Nokia 2310 User Manual [ms]

Panduan Pengguna Nokia 2310
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-189 ini mematuhi dengan keperluan penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC yang lain.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapati di http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
0434
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau sebahagian daripada kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
US Patent No 5818437 dan lain-lain paten menunggu kelulusan. Perisian input teks T9 Hak cipta © 1997-2006. Tegic Communications, Inc. Semua hak terpelihara.
Nokia dan Nokia Connecting People adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
i
Nokia melaksanakan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia mempunyai hak untuk membuat perubahan dan penambahbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang kehilangan data atau pendapatan, atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara akibatnya atau secara tidak langsung walau macam mana pun ia berlaku.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan “seperti sedia ada”. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, tidak ada jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jaminan yang tersirat kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat berdasarkan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Kesedia adanya produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila hubungi pengedar Nokia yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
ii
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Daftar kandungan

Untuk keselamatan anda....v
Perihal peranti anda............viii
Perkhidmatan rangkaian ....viii
Maklumat am .................... x
Kod akses.................................. x
Memori yang dikongsi ......... xi
Maklumat sokongan dan
hubungan Nokia ................... xii
1. Memulakan................... 1
Memasang kad SIM dan
bateri.......................................... 1
Mengecas bateri..................... 3
Menghidupkan dan
mematikan ............................... 4
Kekunci dan bahagian-
bahagian ................................... 5
Pintasan dalam mod siap
sedia........................................... 6
Mengunci pad kekunci.......... 7
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
2. Fungsi-fungsi
panggilan............................ 9
Membuat dan menjawab
panggilan ................................. 9
Pembesar suara .................... 10
Mesej suara ........................... 10
3. Menulis teks .............. 11
4. Fungsi menu............... 13
Mesej....................................... 13
Kenalan................................... 17
Daftar panggilan .................. 19
Tetapan ................................... 20
Jam penggera........................ 27
Radio ....................................... 28
Peringatan.............................. 30
Permainan.............................. 31
Tambahan............................... 31
Perkhidmatan SIM ............... 33
iii
5. Maklumat bateri........ 34
Mengecas dan menyahcas 34 Garis panduan pengesahan
bateri Nokia........................... 36
6. Tambahan Tulen......... 40
Bateri....................................... 41
Pengecas Bergerak Nokia
LCH-12.................................... 42
Audio....................................... 42
7. Penjagaan dan
penyelenggaraan............. 43
8. Maklumat keselamatan
tambahan......................... 46
Persekitaran beroperasi....... 46
Alat perubatan ...................... 47
Kenderaan............................... 49
Persekitaran di mana letupan
boleh berlaku ......................... 50
Panggilan kecemasan.......... 51
Maklumat pensijilan
(SAR)......................................... 53
Indeks............................... 55
iv
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Untuk keselamatan anda

Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya mungkin berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca panduan pengguna lengkap ini untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Perkara pertama yang harus anda pertimbangkan semasa memandu haruslah keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan telefon apabila berdekatan dengan peralatan perubatan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
v
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan telefon di mana letupan sedang dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam dokumentasi produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan berkelayakan boleh memasang atau membaiki produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI
Gunakan hanya tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
vi
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
KETAHANAN-AIR
Telefon anda tidak kalis air. Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN-SANDARAN
Ingatlah untuk membuat salinan-salinan sandaran atau menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat penting yang disimpan di dalam telefon anda.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan keselamatan terperinci. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu untuk mengosongkan paparan dan kembali ke skrin permulaan. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci panggil. Berikan lokasi anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
vii

Perihal peranti anda

Peranti wayarles yang diperihalkan dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 900 dan GSM
1800. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati privasi dan hak-hak sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri dalam peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Perkhidmatan rangkaian

Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini bergantung kepada ciri-ciri dalam rangkaian wayarles untuk berfungsi. Perkhidmatan rangkaian ini mungkin tidak dapat diperolehi pada kesemua rangkaian atau anda mungkin perlu membuat persiapan tertentu dengan pembekal khidmat anda sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan
viii
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
rangkaian ini. Pembekal khidmat anda mungkin perlu memberi anda arahan-arahan tambahan bagi penggunaannya dan menerangkan bayaran yang mungkin dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had yang menjejas cara anda menggunakan perkhidmatan rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti anda. Jika demikian, ia tidak akan muncul pada menu peranti anda. Peranti anda mungkin juga telah ditatarajah secara khusus. Tatarajah ini mungkin termasuk perubahan dalam nama menu, susunan menu, dan ikon. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat lanjut.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
ix

Maklumat am

Kod akses

Kod keselamatan ini yang dibekalkan dengan telefon melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod yang dipratetap ialah 12345.
Kod PIN ini yang dibekalkan dengan kad SIM membantu melindungi kad daripada digunakan tanpa izin. Kod PIN2 ini dibekalkan dengan sesetengah kad diperlukan untuk mengakses perkhidmatan tertentu. Jika anda memasukkan kod PIN atau PIN2 yang salah sebanyak tiga kali berturut-turut, anda akan diminta memasukkan kod PUK atau PUK2. Jika anda tidak mempunyai kod-kod tersebut, hubungi pembekal khidmat tempatan anda.
Pilih Menu > Tetapan > Tetapan keselamatan untuk menetapkan cara telefon anda menggunakan kod akses dan tetapan keselamatan.
x
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Memori yang dikongsi

Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini mungkin menggunakan memori yang dikongsi: Mesej dan Komposer. Penggunaan satu atau lebih daripada ciri-ciri ini boleh mengurangkan memori yang terdapat bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori. Sebagai contoh, menyimpan banyak mesej teks mungkin akan menggunakan semua memori yang sedia ada. Peranti anda mungkin memaparkan mesej bahawa memori telah penuh apabila anda cuba menggunakan ciri memori yang dikongsi. Dalam hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang disimpan di dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan. Sesetengah daripada ciri-ciri ini, seperti Kenalan, mungkin mempunyai jumlah memori tertentu yang diperuntukkan khas kepadanya tambahan kepada memori yang dikongsi dengan ciri-ciri lain.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
xi

Maklumat sokongan dan hubungan Nokia

Untuk mendapatkan versi terkini panduan ini, muat turun, perkhidmatan dan maklumat tambahan yang berkaitan dengan produk Nokia anda, sila lawat www.nokia-asia.com/2310/ support atau tapak web Nokia tempatan anda. Anda boleh juga memuat turun tetapan tatarajah percuma seperti MMS, GPRS, e-mel, dan perkhidmatan lain untuk model telefon anda di www.nokia-asia.com/phonesettings.
Sekiranya anda masih perlukan bantuan, sila rujuk kepada www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk menyemak lokasi pusat jagaan Nokia terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan, anda boleh mengunjungi www.nokia-asia.com/repair.
xii
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Memulakan

1. Memulakan

Memasang kad SIM dan bateri

Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum mengeluarkan bateri.
Jauhkan semua kad SIM dari capaian kanak-kanak kecil.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal khidmat, operator rangkaian, atau penjual lain.
Peranti ini seharusnya digunakan dengan bateri BL-5C.
1. Tekan butang lepas, dan luncurkan penutup belakang untuk menanggalkannya (1). Angkat bateri, dan tanggalkannya (2).
2. Angkat keluar pemegang kad SIM dengan berhati-hati dari genggaman jari telefon (3). Masukkan kad SIM ke dalam pemegang, dengan memastikan bahawa sudut potongan serongnya di sebelah kanan atas dan sesentuh keemasannya menghadap ke bawah (4). Tutup pemegang kad SIM, dan tekan ia supaya ia terkunci di tempatnya (5).
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
1
Memulakan
3. Pasang semula bateri dan penutup belakang (6, 7).
Nota: Sentiasa matikan kuasa dan cabut pengecas dan sebarang peranti lain sebelum menanggalkan penutup-penutup. Elakkan daripada menyentuh komponen elektronik semasa menukar penutup. Sentiasa simpan dan gunakan peranti dengan penutupnya terpasang.
2
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Memulakan

Mengecas bateri

Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan khususnya dengan model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa kelulusan atau jaminan, dan mungkin berbahaya.
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila dibekalkan dengan kuasa daripada pengecas AC-2.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon anda.
1. Sambung pengecas ke soket dinding.
2. Sambung pengecas dengan telefon. Palang penunjuk bateri akan mula menatal. Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, palang penunjuk akan berhenti menatal.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
3
Memulakan
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.

Menghidupkan dan mematikan

Tekan dan tahan kekunci tamat.
Gunakan telefon hanya dengan gaya beroperasi biasa.
Peranti anda mempunyai antena dalaman.
Nota: Seperti sebarang peranti pemancar radio lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu apabila peranti dihidupkan. Menyentuh antena akan menjejas mutu panggilan dan boleh menyebabkan peranti beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan. Mengelakkan daripada menyentuh bahagian antena semasa mengendalikan peranti ini menghasilkan prestasi optimum antena dan hayat bateri.
4
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Nota: Jangan sentuh penyambung ini kerana ia bertujuan untuk digunakan oleh kakitangan khidmat yang layak sahaja.
Kekunci dan bahagian­bahagian
Apabila telefon sedia digunakan, sebelum anda memasukkan sebarang aksara, telefon berada dalam mod siap sedia.
• Nama rangkaian atau logo operator (1)
• Kekuatan isyarat rangkaian (2)
• Paras cas bateri (3)
• Cuping telinga (4)
•Pembesar suara(5)
• Fungsi-fungsi kekunci pilihan (6)
• Kekunci pilihan (7)
Memulakan
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
5
Memulakan
• Kekunci tatal (8)
• Kekunci panggil (9)
• Kekunci tamat dan kekunci kuasa (10)
• Pad kekunci (11)
• Penyambung pengecas (12)
• Penyambung alat dengar (13)
Amaran: Kekunci tatal dalam peranti ini mungkin mengandungi nikel. Ia bukan bertujuan bersentuhan dengan kulit untuk jangka masa yang lama. Pendedahan yang berterusan kepada nikel pada kulit boleh menyebabkan alergi nikel.

Pintasan dalam mod siap sedia

Tatal ke atas untuk mengakses Daftar pang..
Tatal ke bawah untuk mengakses nama dan nombor yang disimpan di dalam Kenalan.
Tatal ke kiri untuk menulis mesej.
Tatal ke kanan untuk mengakses kalendar.
Tekan dan tahan untuk mengaktifkan radio.
6
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Memulakan
Tekan kekunci pilihan kanan (P'gi ke) untuk melihat fungsi dalam senarai pintasan anda.
Tekan kekunci panggil sekali untuk mengakses senarai nombor yang didail. Tatal ke nama atau nombor yang anda mahu, dan untuk memanggil nombor tersebut tekan kekunci panggil.

Mengunci pad kekunci

Untuk mengunci pad kekunci agar mengelakkan kekunci daripada tertekan secara tidak sengaja, dalam mod siap sedia, pilih Menu, dan tekan * dengan cepat; untuk membuka kunci, pilih B/kunci, dan tekan * dengan cepat.
Tetapkan pad kekunci untuk mengunci secara automatik selepas masa tunda yang dipratetapkan semasa telefon berada dalam mod siap sedia dan tiada fungsi telefon yang digunakan, pilih
Menu > Tetapan > Tetapan telefon > Tetapan kawal kekunci > Kawal kekunci automatik > Aktif. Untuk menetapkan telefon
agar meminta kod keselamatan apabila anda membuka kunci pad kekunci, pilih Kod kawal kekunci.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
7
Memulakan
Apabila kunci pad kekunci adalah aktif, panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah diatur cara ke dalam peranti anda. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci panggil. Nombor kecemasan yang anda masukkan mungkin tidak dipaparkan pada skrin.
8
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Loading...
+ 49 hidden pages