PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata
bahawa produk RH-37 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan dari
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau
sebahagian kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Nokia, Nokia Connecting People, X-press-on dan Pop-Port adalah cap-cap dagangan
atau cap-cap dagangan berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama
syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama
perdagangan tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
No Paten Amerika Syarikat 5818437 dan paten-paten lain sedang menunggu kelulusan.
Perisian input teks T9 Hak cipta
terpelihara.
Termasuk perisian kriptografi atau protokol keselamatan RSA BSAFE daripada
RSA Security.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten MPEG-4 Visual (i) untuk kegunaan
peribadi dan bukan komersial berhubung dengan maklumat yang telah dikodkan
menurut Standard MPEG-4 Visual oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi
dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan berhubung dengan video MPEG-4 video
yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat
untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan
penggunaan promosi, dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC.
Lihat <http://www.mpegla.com>.
Nokia melaksanakan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia mempunyai hak
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan kepada mana-mana produk yang
dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang
kehilangan data atau pendapatan, atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara
akibatnya atau secara tidak langsung walau macam mana pun ia berlaku.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan "seperti sedia ada". Kecuali dikehendaki
oleh undang-undang yang terpakai, tidak ada jaminan dalam bentuk apa pun, sama ada
nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jaminan yang tersirat
kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat berdasarkan
ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia
mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini tanpa memberi notis
terlebih dahulu.
Kesedia adanya produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila
hubungi pengedar Nokia yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara
lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak
mematuhinya mungkin berbahaya atau
menyalahi undang-undang. Baca
panduan pengguna yang lengkap untuk
maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN
SELAMAT
Jangan hidupkan telefon
apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau
apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau
bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN
DI JALAN RAYA
Patuhi semua
undang-undang. Sentiasa
pastikan tangan anda bebas
untuk mengendalikan
kenderaan semasa memandu.
Keselamatan di jalan raya
harus menjadi pertimbangan
anda yang utama.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles
boleh terdedah kepada
gangguan, yang mungkin
boleh menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan.
Matikan telefon apabila
berdekatan dengan peralatan
perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL
TERBANG
Patuhi sebarang sekatan.
Peranti-peranti wayarles
boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI
BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di
tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan
bahan bakar atau bahan
kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN
PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan.
Jangan gunakan telefon di
tempat letupan sedang
dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya
biasa seperti yang
diterangkan di dalam
dokumentasi produk. Jangan
sentuh antena jika tidak
perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan yang
berkelayakan sahaja yang
boleh memasang atau
membaiki peralatan produk
ini.
TAMBAHAN DAN BATERI
Hanya gunakan tambahan
dan bateri yang diluluskan.
Jangan sambungkan
produk-produk yang tidak
serasi.
Telefon anda tidak kalis air.
Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingatlah untuk membuat
salinan-salinan sandaran
atau menyimpan rekod
bertulis mengenai semua
maklumat penting yang
disimpan di dalam telefon
anda.
MENYAMBUNG KEPADA
PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada
sebarang peranti lain, baca
panduan penggunanya untuk
arahan-arahan keselamatan
terperinci. Jangan
sambungkan produk-produk
yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan
dan boleh digunakan. Tekan
kekunci tamat seberapa
banyak kali yang perlu untuk
mengosongkan paparan dan
kembali ke skrin permulaan.
Masukkan nombor
kecemasan, kemudian tekan
kekunci panggil. Berikan
lokasi anda. Jangan tamatkan
panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
■ Mengenai peranti anda
Peranti wayarles yang diperihalkan di
dalam panduan ini diluluskan untuk
digunakan pada rangkaian EGSM 900
dan GSM 1800 dan 1900. Hubungi
pembekal perkhidmatan anda untuk
maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam
peranti ini, patuhi semua undangundang dan hormati privasi dan hak-hak
sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan
sebarang ciri di dalam peranti
ini, selain daripada jam
penggera, peranti ini mestilah
dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan
wayarles boleh menyebabkan
gangguan atau bahaya.
■ Perkhidmatan
rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda
mestilah mempunyai perkhidmatan
daripada pembekal perkhidmatan
wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini
bergantung kepada ciri-ciri dalam
rangkaian wayarles untuk berfungsi.
Perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian
ini mungkin tidak dapat diperolehi pada
kesemua rangkaian atau anda mungkin
perlu membuat persiapan tertentu
dengan pembekal perkhidmatan anda
sebelum anda boleh menggunakan
perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian
ini. Pembekal perkhidmatan anda
mungkin perlu memberi anda
arahan-arahan tambahan bagi
penggunaannya dan menerangkan
bayaran yang mungkin dikenakan.
Sesetengah rangkaian mungkin
mempunyai had-had yang menjejaskan
cara anda menggunakan perkhidmatanperkhidmatan rangkaian. Contohnya,
sesetengah rangkaian mungkin tidak
menyokong semua aksara dan
perkhidmatan yang bergantung kepada
bahasa.
Pembekal perkhidmatan anda mungkin
telah meminta agar ciri-ciri tertentu
dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di
dalam peranti anda. Jika demikian, ia
tidak akan muncul pada menu peranti
anda. Peranti anda mungkin juga telah
ditatarajah secara khusus untuk
pembekal rangkaian anda. Tatarajah ini
mungkin termasuk perubahan dalam
nama-nama menu, susunan menu dan
ikon-ikon. Hubungi pembekal
perkhidmatan anda untuk maklumat
lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0
(HTTP dan SSL) yang berjalan pada
protokol TCP/IP. Sesetengah ciri peranti
ini, seperti mesej teks, mesej multimedia,
perkhidmatan mesej segera, aplikasi
e-mel, kenalan ditambah hadiran,
perkhidmatan Internet bergerak, muat
turun kandungan dan aplikasi, dan
penyegerakan dengan pelayan Internet
jauh, memerlukan sokongan rangkaian
bagi teknologi-teknologi ini.
■ Memori yang dikongsi
Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini
mungkin menggunakan memori yang
dikongsi: kenalan, mesej teks, mesej
segera, e-mel SMS, tag suara, kalendar,
dan nota. Penggunaan satu atau lebih
daripada ciri-ciri ini boleh
mengurangkan memori yang terdapat
bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori.
Contohnya, menyimpan banyak e-mel
SMS boleh menggunakan kesemua
memori yang tersedia. Peranti anda
mungkin memaparkan mesej bahawa
memori telah penuh apabila anda cuba
menggunakan ciri memori yang dikongsi.
Dalam hal ini, padam beberapa maklumat
atau entri yang disimpan di dalam
ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum
meneruskan. Sesetengah ciri ini, seperti
kenalan, mesej teks, mesej segera dan
e-mel SMS mungkin mempunyai jumlah
memori tertentu yang diperuntukkan
khusus untuknya sebagai tambahan
kepada memori yang dikongsi dengan
ciri-ciri lain.
■ Tambahan
Beberapa peraturan praktis mengenai
aksesori dan tambahan adalah seperti
berikut:
• Jauhkan semua aksesori dan
tambahan dari kanak-kanak kecil.
• Apabila mencabut kord kuasa
sebarang aksesori atau tambahan,
genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
• Periksa secara tetap bagi memastikan
bahawa sebarang tambahan yang
dipasang pada kenderaan telah
dipasang dan beroperasi dengan
betul.
• Pemasangan sebarang tambahan
kereta yang kompleks mesti dibuat
oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Telefon anda menyediakan banyak
fungsi yang praktikal untuk
penggunaan harian, seperti kalendar,
jam, jam penggera, radio, dan
kamera terbina dalam. Telefon anda
juga menyokong fungsi-fungsi
berikut:
• Mesej multimedia. Lihat ”Mesej
multimedia (MMS)” h. 19.
• Mesej segera. Lihat ”Mesej segera
(IM)” h. 22.
• E-mel. Lihat ”Aplikasi e-mel”
h. 26.
• Kenalan ditambah hadiran. Lihat
”Hadiran saya” h. 36.
• EDGE (Kadar data Dipertingkat
bagi Evolusi GSM). Lihat ”Data
paket (EGPRS)” h. 45.
• Java 2 Platform, Micro Edition,
• Penyemak imbas XHTML. Lihat
®
. Lihat ”Aplikasi” h. 57.
J2ME
”Web” h. 63.
■ Kod akses
Kod keselamatan
Kod keselamatan (5 hingga 10
angka) membantu melindungi
telefon anda daripada digunakan
tanpa izin. Kod yang dipratetap ialah
12345. Untuk menukar kod dan
untuk menetap telefon supaya
meminta kod, lihat ”Keselamatan”
h. 47.
Kod PIN
Kod nombor pengenalan peribadi
(PIN) dan kod nombor pengenalan
peribadi universal (UPIN) (4 hingga
8 angka) menolong melindungi kad
SIM anda daripada digunakan tanpa
izin. Lihat ”Keselamatan” h. 47.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka)
mungkin dibekalkan dengan kad SIM
dan diperlukan bagi sesetengah
fungsi.
PIN modul diperlukan untuk
mengakses maklumat di dalam
modul keselamatan. Lihat ”Modul
keselamatan” h. 68.
PIN tandatangan diperlukan untuk
tandatangan digital. Lihat
”Tandatangan digital” h. 69.
Kod PUK
Kod kunci nyahhalang peribadi (PUK)
dan kod kunci nyahhalang peribadi
unversal (UPIN) (8 angka) masingmasing diperlukan untuk menukar
kod PIN dan kod UPIN yang dihalang.
Kod PUK2 (8 angka) diperlukan
untuk menukar kod PIN2 yang
dihalang. Jika kod-kod tidak
dibekalkan bersama kad SIM,
hubungi pembekal perkhidmatan
setempat anda untuk mendapatkan
kod-kod tersebut.
Kata laluan sekatan
Kata laluan sekatan (4 angka)
diperlukan apabila menggunakan
Khidmat sekat panggilan. Lihat
”Keselamatan” h. 47.
Kod dompet
Kod dompet (4 hingga 8 angka)
diperlukan untuk mengakses
perkhidmatan-perkhidmatan
dompet. Untuk maklumat lanjut,
lihat ”Dompet” h. 60.
■ Perkhidmatan tetapan
tatarajah
Untuk menggunakan beberapa
perkhidmatan rangkaian, seperti
perkhidmatan Internet bergerak,
MMS, atau penyegerakan pelayan
Internet jauh, telefon anda mestilah
mempunyai tetapan-tetapan
tatarajah yang betul. Anda mungkin
boleh menerima tetapan-tetapan
langsung sebagai mesej tatarajah.
Selepas menerima tetapan itu anda
mestilah menyimpan ia pada telefon
anda. Pembekal perkhidmatan
mungkin memberikan PIN yang
diperlukan untuk menyimpan
tetapan-tetapan itu. Untuk
maklumat lanjut mengenai
ketersediaan, hubungi operator
rangkaian anda, pembekal
perkhidmatan, wakil penjual Nokia
berdaftar yang terdekat, atau
kunjungi bahagian sokongan di
laman Web Nokia,
<www.nokia-asia.com/support>.
Setelah anda menerima mesej
tatarajah, Tetapan tatarajah
diterima dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan, pilih
Tunjuk > Simpan. Jika telefon
meminta Masukkan PIN tetapan:,
masukkan kod PIN bagi tetapan, dan
pilih OK. Untuk menerima kod PIN,
hubungi pembekal perkhidmatan
yang membekalkan tetapan-tetapan
itu. Jika tiada tetapan yang
disimpan, tetapan-tetapan ini
disimpan dan ditetapkan sebagai
tetapan-tetapan tatarajah lalai. Jika
tidak, telefon bertanya Aktifkan
tetapan tatarajah tersimpan?.
Untuk membuang tetapan-tetapan
yang diterima, pilih Keluar atau
Tunjuk > Buang.
Untuk mengedit tetapan, lihat
”Tatarajah” h. 46.
■ Muat turun kandungan
dan aplikasi
Anda mungkin boleh memuat turun
kandungan baru (misalnya, tema) ke
telefon (perkhidmatan rangkaian).
Pilih fungsi muat turun (misalnya, di
dalam menu Galeri). Untuk
mengakses fungsi muat turun, lihat
perihalan menu masing-masing.
Untuk ketersediaan perkhidmatan-
perkhidmatan yang berbeza, harga
dan tarif, hubungi pembekal
perkhidmatan anda.
Penting: Gunakan hanya
perkhidmatan yang anda
percayai dan yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada
perisian yang merosakkan.
■ Sokongan Nokia dan
maklmumat hubungan
Lihat www.nokia-asia.com/support
atau laman Web Nokia setempat
anda untuk versi terkini panduan ini,
maklumat tambahan, muat turun,
dan perkhidmatan-perkhidmatan
yang berkaitan dengan produk Nokia
anda.
Di laman Web, anda boleh
mendapatkan maklumat tentang
penggunaan produk-produk dan
khidmat-khidmat Nokia. Jika anda
perlu menghubungi perkhidmatan
pelanggan, lihat senarai pusat
hubungan Nokia Care di
www.nokia-asia.com/
customerservice.
Untuk khidmat penjagaan, cari
lokasi khidmat Nokia Care yang
terdekat dengan anda di
www.nokia-asia.com/repair.
Jauhkan semua kad SIM dari kanakkanak kecil. Untuk ketersediaan dan
maklumat mengenai penggunaan
perkhidmatan kad SIM, hubungi
penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi
pembekal perkhidmatan, operator
rangkaian, atau penjual lain.
Nota: Sentiasa matikan
kuasa dan cabut pengecas
dan apa-apa peranti lain
sebelum menanggalkan
penutup. Elakkan daripada
menyentuh komponen
elektronik semasa menukar
penutup. Sentiasa simpan
dan gunakan peranti
dengan penutupnya
terpasang.
1. Untuk menanggalkan penutup
belakang telefon: Tolak butang
pelepas penutup belakang (1)
dan buka penutup belakang
dengan perlahan dari telefon
bermula dari bahagian bawah
telefon (2).
2. Keluarkan bateri dengan
mengangkatnya seperti yang
ditunjukkan. Masukkan kad SIM
ke dalam pemegang kad SIM
sehingga ia masuk ke dalam
tempatnya berdetap. Pastikan
bahawa kad SIM dimasukkan
dengan betul dan bahagian
sentuhan emas pada kad
menghadap ke bawah.
3. UUntuk menanggalkan kad SIM,
tekan pelepas kad (1) dan
gelongsor kad SIM ke bahagian
atas telefon (2).
4. Pasang semula bateri. Perhatikan
sentuhan-sentuhan bateri.
5. Sejajarkan bahagian atas
penutup belakang dengan
bahagian atas telefon (1), tekan
bahagian bawah penutup
belakang untuk menguncinya (2).
■ Caskan bateri
Amaran: Gunakan hanya
bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan
khususnya dengan model
telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa
kelulusan atau jaminan, dan
mungkin berbahaya.
Periksa nombor model sebarang
pengecas sebelum menggunakannya
dengan peranti ini. Peranti ini
bertujuan untuk digunakan apabila
dibekalkan dengan kuasa daripada
pengecas ACP-7, ACP-8, ACP-12,
LCH-9 atau LCH-12.
Untuk mengetahui sama ada anda
boleh mendapatkan tambahan yang
diluluskan, sila tanya wakil penjual
telefon anda. Apabila mencabut kord
kuasa sebarang tambahan, genggam
dan tarik palamnya, bukan kordnya.
1. Sambungkan pengecas kepada
soket dinding.
2. Sambungkan penyambung dari
pengecas ke soket di bahagian
bawah telefon anda.
Jika bateri benar-benar kehabisan
kuasa, beberapa minit diperlukan
sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung
kepada pengecas dan bateri yang
digunakan. Misalnya, mengecas
bateri dengan pengecas ACP-12
mengambil masa kira-kira 1 jam 20
minit semasa telefon dalam mod
tunggu sedia.
■ Menghidupkan dan
mematikan telefon
Amaran: Jangan hidupkan
telefon apabila penggunaan
telefon wayarles dilarang
atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan
atau bahaya.
Tekan dan tahan
kekunci kuasa.
Jika telefon
meminta kod PIN
atau UPIN,
masukkan kod
(dipaparkan sebagai ****),
dan pilih OK.
■ Antena
Peranti anda mempunyai antena
dalaman.
Nota: Seperti sebarang
peranti pemancar radio lain,
jangan sentuh antena jika
tidak perlu apabila peranti
dihidupkan. Menyentuh
antena akan menjejas mutu
panggilan dan boleh
menyebabkan peranti
beroperasi pada aras kuasa
lebih tinggi daripada yang
diperlukan. Mengelak
daripada menyentuh
bahagian antena semasa
mengendalikan peranti ini
memberi prestasi optima
antena dan hayat bateri.
■ Tali pergelangan
tangan
Tanggalkan
penutup
belakang dan
susupkan tali
pencengkam
seperti yang
ditunjukkan dalam gambar dan
ketatkannya. Pasang semula
penutup belakang.
Nota: Sebelum
menanggalkan penutup,
sentiasa matikan kuasa dan
cabut pengecas dan
apa-apa peranti lain.
Elakkan daripada
menyentuh komponen
elektronik semasa menukar
penutup. Sentiasa simpan
dan gunakan peranti
dengan penutupnya
terpasang.
1. Tanggalkan penutup belakang
dari telefon seperti yang
diterangkan di halaman 1.
2. Tanggalkan penutup depan dari
telefon. Untuk berbuat demikian,
bermula dari bahagian atas
telefon (1) tarik penutup depan
dengan perlahan dari telefon dan
tanggalkan penutup depan (2).
3. Tanggalkan alas kekunci dari
penutup depan dengan
mengeluarkannya dengan
perlahan.
4. Letakkan alas kekunci di dalam
penutup depan yang baru (3).
5. Pasang semula penutup depan
dengan menekan pada telefon
dengan perlahan sehingga masuk
berdetap ke kedudukannya .
6. Sejajarkan bahagian atas
penutup belakang dengan
bahagian atas telefon (5), tekan
bahagian bawah penutup
belakang untuk menguncinya (6).
■ Tukar pencengkam
1. Tanggalkan penutup-penutup
dari telefon. Lihat ”Tukar
2. Untuk menanggalkan
pencengkam, gelongsorkannya
ke bahagian atas telefon (1),
kemudian keluarkan pencengkam
itu (2).
3. Gantikan pencengkam seperti
yang ditunjukkan.
4. Pasang semula penutup telefon.
Lihat ”Tukar penutup” di
halaman 4.
■ Mencipta pelapik
potongan
Gunakan stensil plastik untuk
mencipta pelapik potongan dengan
menggunakan reka bentuk anda
sendiri.
Nota: Gunakan kertas biasa
yang kosong seperti yang
terdapat bagi pencetak
biasa atau gunakan cetak
foto dengan ketebalan tidak
melebihi 0.3 mm. Untuk
mengelak dari mengganggu
prestasi antena, bahan itu
tidak boleh mengandungi
zarah-zarah logam.
1. Letakkan stensil dalam
kedudukan yang betul dan lukis
garis kasarnya.
2. Potong lapik potongan baru anda
dengan rapi.
Petua: Nokia PC Suite
menyediakan alat untuk
menghasilkan lapik potongan
dalam pengedit imej.
■ Menukar lapik
potongan
1. Tanggalkan penutup belakang
dari telefon. Lihat ”Tukar
2. Tanggalkan pelapik potongan
dari penutup belakang.
3. Letakkan lapik potongan baru ke
dalam penutup belakang dengan
menggelongsor lapik potongan di
bawah kedua-dua panduan di
bahagian bawah (1) diikuti di
bawah panduan di bahagian atas
(2).
Varian-varian operator mungkin
mempunyai nama khusus
operator untuk mengakses laman
Web yang khusus operator.
Senarai pintasan peribadi
Kekunci pemilihan kiri adalah Pergi
ke.
Untuk melihat fungsi-fungsi di
dalam senarai pintasan peribadi,
pilih Pergi ke. Untuk mengaktifkan
satu fungsi pilih ia.
Untuk melihat senarai fungsi-fungsi
yang tersedia, pilih Pergi ke >
Pilihan > Pilih pilihan. Untuk
menambah fungsi pada senarai
pintasan, pilih Tanda. Untuk
membuang fungsi dari senarai, pilih
B'ng tnd.
Untuk menyusun semula fungsifungsi di dalam senarai pintasan
peribadi anda, pilih Pergi ke >
Pilihan > Susun. Pilih fungsi yang
diingini, dan Pindah, dan letakkan di
mana anda mahu memindahkan
fungsi itu.
Pintasan dalam mod tunggu
sedia
Untuk mengakses senarai nombor
yang didail, tekan kekunci panggil
sekali. Tatal ke nombor atau nama
yang anda mahu; dan untuk
memanggil nombor tersebut, tekan
kekunci panggil.
Untuk membuka penyemak imbas
web, tekan dan tahan 0.
Untuk memanggil peti mel suara
anda, tekan dan tahan 1.
Gunakan kekunci navigasi sebagai
pintasan. Tekan kekunci navigasi ke
kanan untuk mengakses fungsi
kalendar, ke kiri untuk mula menulis
mesej SMS, ke atas untuk
mengaktifkan kamera dan ke bawah
untuk mengakses senarai kenalan.
Menjimatkan kuasa
Paparan jam digital
menggantikan
paparan apabila
tiada fungsi telefon
telah digunakan
untuk tempoh masa tertentu. Tekan
sebarang kekunci untuk
menyahaktifkan gambar skrin.
Panggilan dihadkan untuk
kumpulan pengguna terhad
sahaja. Lihat ”Keselamatan”
h. 47.
Alat dengar atau bebas
tangan disambungkan.
Set gelung atau pemegang
muzik disambungkan.
■ Kunci pad kekunci
(kawal kekunci)
Untuk mencegah kekunci-kekunci
daripada ditekan secara tidak
sengaja, pilih Menu, dan tekan *
dalam masa 3.5 saat untuk
mengunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci,
pilih B/kunci, dan tekan *.
Untuk menjawab panggilan semasa
kawal kekunci sedang aktif, tekan
kekunci panggil. Apabila anda
menamatkan atau menolak
panggilan, pad kekunci mengunci
secara automatik.
Untuk Kawal kekunci automatik,
lihat ”Telefon” h. 44.
Apabila kawal kekunci sedang aktif,
panggilan masih boleh dibuat ke
nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti
anda.
Untuk panggilan antarabangsa,
tekan * dua kali untuk awalan
antarabangsa (aksara +
menggantikan kod akses
antarabangsa) dan kemudian
masukkan kod negara, kod
kawasan tanpa awalan 0, jika
perlu, dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil nombor, tekan
kekunci panggil.
3. Untuk menamatkan panggilan
atau untuk membatalkan
percubaan memanggil, tekan
kekunci tamat.
Untuk membuat panggilan
menggunakan nama, cari nama atau
nombor telefon di dalam Kenalan,
lihat ”Mencari kenalan” h. 34. Tekan
kekunci panggil untuk memanggil
nombor.
Untuk mengakses senarai sehingga
20 nombor yang terakhir anda
panggil atau cuba memanggil, tekan
kekunci panggil sekali dalam mod
tunggu sedia. Untuk memanggil
nombor, pilih satu nombor atau
nama, dan tekan kekunci panggil.
Dail cepat
Anda boleh memberikan nombor
telefon kepada salah satu daripada
kekunci-kekunci dail cepat, 2 hingga
9. Lihat ”Dail cepat” h. 38. Panggil
nombor menggunakan salah satu
cara berikut:
• Tekan satu kekunci dail cepat,
kemudian tekan kekunci panggil.
•Jika Dail cepat ditetap ke Aktif,
tekan dan tahan satu kekunci dail
cepat sehingga panggilan
bermula. Lihat Dail cepat di
dalam ”Panggilan” h. 43.
■ Jawab atau tolak
panggilan
Untuk menjawab panggilan masuk,
tekan kekunci panggil. Untuk
menamatkan panggilan, tekan
kekunci tamat.
Untuk menolak panggilan masuk,
tekan kekunci tamat.
Untuk membisukan nada dering,
pilih Senyap.
Jika alat dengar yang serasi yang
dibekalkan bersama telefon
disambungkan kepada telefon,
untuk menjawab dan menamatkan
panggilan, tekan kekunci alat
dengar.
Untuk menjawab panggilan yang
menanti semasa panggilan aktif,
tekan kekunci panggil. Panggilan
yang pertama akan ditahan. Untuk
menamatkan panggilan yang aktif,
tekan kekunci tamat.
Untuk mengaktifkan fungsi Khidmat
panggilan menanti, lihat ”Panggilan”
h. 43.
■ Pilihan-pilihan semasa
panggilan
Banyak pilihan yang boleh anda
gunakan semasa panggilan adalah
perkhidmatan rangkaian. Untuk
maklumat mengenai ketersediaan,
hubungi operator rangkaian anda.
Semasa panggilan, pilih Pilihan dan
daripada pilihan-pilihan berikut:
Pilihan-pilihan panggilan adalah
Bisu atau Bersuara, Kenalan, Menu,
Rakam, Kunci pad kekunci, Lan. auto
aktif atau Lan. auto t/aktif, Pembesar
suara atau Telefon bimbit.
Pilihan-pilihan perkhidmatan
rangkaian adalah Jawab dan
Menolak, Tunggu atau Lepas,
Panggilan baru, Tmb. ke p'sidang.,
Tamat panggilan, Tmt semua pang.,
dan yang berikut:
Hantar DTMF— untuk menghantar
rentetan nada
Bertukar — untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan
panggilan yang ditahan
Pindah — untuk menyambung
panggilan yang ditahan kepada
panggilan yang aktif dan
memutuskan sambungan anda
sendiri
Persidangan — untuk membuat
panggilan persidangan yang
membolehkan sehingga lima orang
mengambil bahagian dalam satu
panggilan persidangan
Panggilan peribadi — untuk
berbincang secara sulit dalam satu
panggilan persidangan
Amaran: Jangan pegang
peranti ini pada telinga
apabila pembesar suara
sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin
sangat kuat.
Anda boleh memasukkan teks
(misalnya, semasa menulis mesej)
menggunakan input teks tradisional
atau ramal. Semasa menggunakan
input teks tradisional, tekan kekunci
nombor, 1 hingga 9, berkali-kali
hingga aksara yang diingini muncul.
Dalam input teks ramal anda boleh
memasukkan satu huruf dengan satu
tekanan kekunci.
Semasa anda menulis teks, input
teks ramal ditandakan dengan
dan input teks tradisional dengan
di sebelah kiri atas paparan.
, , atau muncul di
sebelah penunjuk input teks,
menandakan huruf besar atau huruf
kecil.
Untuk menukar kepada huruf besar
atau huruf kecil dan mod input teks,
tekan #. menandakan mod
nombor. Untuk menukar daripada
mod huruf kepada mod nombor,
tekan dan tahan #, dan pilih Mod
nombor.
■ Tetapan
Untuk menetapkan bahasa tulisan,
pilih Pilihan > Kamus dan bahasa
yang diingini. Input teks ramalan
hanya disediakan bagi
bahasa-bahasa yang disenaraikan.
Pilih Pilihan > Kamus tak aktif untuk
menetapkan input teks tradisional.
■ Input teks ramal
Input teks ramal berdasarkan kamus
terbina dalam yang anda boleh
tambahkan dengan perkataanperkataan baru.
1. Mula menulis perkataan
menggunakan kekunci 2 hingga
9. Tekan setiap kekunci sekali
sahaja untuk satu huruf.
Perkataan berubah selepas setiap
tekanan kekunci.
2. Apabila anda selesai menulis
perkataan dan ia betul, untuk
mengesahkannya, tekan 0 untuk
menambahkan ruang, atau tekan
mana-mana kekunci navigasi.
Tekan suatu kekunci navigasi
untuk menggerakkan kursor.
Jika perkataan itu tidak betul,
tekan * berkali-kali, atau pilih
Pilihan > Sepadan. Apabila
perkataan yang anda mahu
muncul, sahkan ia.
Jika ? dipaparkan selepas
perkataan, perkataan yang ingin
anda tuliskan tidak ada di dalam
kamus. Untuk menambahkan
perkataan pada kamus, pilih
Mengeja. Masukkan perkataan
(input teks tradisional
digunakan), dan pilih Simpan.
3. Mula menulis perkataan
seterusnya.
Tulis perkataan majmuk
Sila masukkan bahagian pertama
perkataan dan sahkannya dengan
menekan kekunci arah ke kanan.
Tulis bahagian terakhir perkataan
dan sahkan perkataan itu.
■ Input teks tradisional
Tekan satu kekunci nombor, 1 hingga
9, berkali-kali sehingga aksara yang
diingini muncul. Tidak semua aksara
yang boleh didapatkan di bawah
sesuatu kekunci nombor dicetak
pada kekunci tersebut. Aksaraaksara yang tersedia bergantung
kepada bahasa-bahasayang dipilih
di dalam menu Bahasa telefon, lihat
”Telefon” h. 44.
Jika huruf seterusnya yang anda
mahu terletak pada kekunci yang
sama dengan yang sedang
digunakan, tunggu sehingga kursor
muncul, atau tekan mana-mana
kekunci navigasi dan masukkan
huruf tersebut.
Tanda-tanda baca dan aksaraaksara khas yang paling sering
digunakan terdapat di bawah
kekunci 1.
Telefon ini menawarkan anda
pelbagai fungsi yang dikumpulkan
ke dalam menu-menu.
1. Untuk mengakses menu, pilih
Menu.
2. Gunakan kekunci navigasi untuk
menatal menu dan pilih suatu
submenu (misalnya, Tetapan).
Untuk menukar paparan menu,
lihat Pameran menu di ”Paparan”
ms. 42.
3. Jika menu yang dipilih
mengandungi submenusubmenu, pilih submenu yang
anda mahu (misalnya, Tetapan
panggilan).
4. Jika menu yang dipilih
mengandungi submenusubmenu lanjut, pilih submenu
yang anda mahu (misalnya,
Jawab guna sebarang kekunci).
5. Pilih tetapan pilihan anda.
6. Untuk kembali ke paras menu
yang sebelumnya, pilih Balik.
Untuk keluar dari menu, pilih
Perkhidmatan-perkhidmatan mesej
hanya boleh digunakan jika disokong
oleh rangkaian atau pembekal
perkhidmatan anda.
Nota: Apabila menghantar
mesej, telefon anda
mungkin memaparkan
perkataan-perkataan Mesej
dihantar. Ini menandakan
mesej telah dihantar oleh
peranti anda ke nombor
pusat mesej yang telah
diprogramkan ke dalam
peranti anda. Ini bukan
menandakan mesej telah
diterima di destinasi tujuan.
Untuk butiran lanjut
mengenai perkhidmatan
SMS, sila periksa dengan
pembekal perkhidmatan
anda.
Penting: Berhati-hati
apabila membuka mesej.
Mesej-mesej mungkin
mengandungi perisian niat
jahat atau mungkin boleh
merosakkan peranti atau PC
anda.
Nota: Hanya perantiperanti yang mempunyai
ciri-ciri yang serasi boleh
menerima dan memaparkan
mesej-mesej. Kemunculan
mesej boleh berbeza-beza
bergantung kepada peranti
yang menerima.
■ Mesej teks (SMS)
Dengan menggunakan
perkhidmatan mesej ringkas (SMS)
anda boleh menghantar dan
menerima mesej berbilang bahagian
yang terdiri daripada beberapa
mesej teks biasa (perkhidmatan
rangkaian) yang boleh mengandungi
gambar.
Sebelum anda boleh menghantar
sebarang mesej teks, gambar, atau
e-mel, anda perlu menyimpan
nombor pusat mesej anda. Lihat
”Tetapan mesej” h. 29.
Untuk memeriksa ketersediaan
perkhidmatan e-mel SMS dan untuk
melanggani perkhidmatan ini,
hubungi pembekal perkhidmatan
anda.
Peranti anda menyokong
penghantaran mesej teks yang
melebihi had aksara bagi satu mesej.
Mesej-mesej yang lebih panjang
akan dihantar sebagai satu siri yang
terdiri daripada dua atau lebih
mesej. Pembekal perkhidmatan anda
boleh mengenakan bayaran yang
sewajarnya. Aksara-aksara yang
menggunakan aksen atau tandatanda lain, dan aksara-aksara dari
beberapa pilihan bahasa seperti
bahasa Cina, mengambil lebih
banyak ruang dan membataskan
bilangan aksara yang boleh dihantar
dalam satu mesej.
Di bahagian atas paparan, anda
boleh melihat penunjuk
kepanjangan mesej yang menjejak
bilangan aksara yang tersedia.
Misalnya, 10/2 bermakna anda
masih boleh menambah 10 aksara
bagi mesej yang hendak dihantar
sebagai dua mesej.
Tulis dan hantar mesej SMS
1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Mesej teks.
2. Masukkan satu mesej. Lihat ”Tulis
teks” h. 13. Untuk memasukkan
templat teks atau gambar ke
dalam mesej, lihat ”Templat”
h. 18. Setiap mesej gambar
terdiri daripada beberapa mesej
teks. Menghantar satu mesej
gambar atau mesej berbilang
bahagian boleh melibatkan kos
yang lebih tinggi daripada
menghantar satu mesej teks.
3. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar, atau tekan kekunci
panggil.
Nota: Fungsi mesej gambar
boleh digunakan hanya jika
ia disokong oleh operator
rangkaian atau pembekal
perkhidmatan anda. Hanya
peranti-peranti serasi yang
menawarkan ciri-ciri mesej
gambar boleh menerima
dan memaparkan mesej
gambar. Kemunculan mesej
boleh berbeza-beza
bergantung kepada peranti
yang menerima.
Pilihan-pilihan untuk
menghantar mesej
Setelah anda menulis mesej, pilih
Pilihan > Pilihan hantaran > Hantar
ke ramai untuk menghantar mesej
itu kepada beberapa penerima. Pilih
Hantar sbg e-mel untuk menghantar
mesej sebagai e-mel SMS
(perkhidmatan rangkaian). Pilih
Menghantar profil untuk
menggunakan satu profil mesej yang
dipratetap. Untuk menetap profil
mesej, lihat ”Teks dan e-mel SMS”
h. 29.