Nokia 2600 User Manual [ms]

Panduan Pengguna untuk Nokia 2600
PENGISYTIHARAN KEPATUHAN Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata bahawa produk RH-59 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan di http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
No Paten Amerika Syarikat 5818437 dan paten-paten lain sedang menunggu kelulusan. Perisian input teks T9 Hak cipta (C) 1997-2004. Tegic Communications, Inc. Semua hak terpelihara.
Nokia, Nokia Connecting People dan Navi adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya­tuan punya syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia mempunyai hak untuk membuat perubahan dan perbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. i
Nokia tidak bertanggung jawab dalam keadaan apa pun atas apa-apa kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerugian khas, sampingan, akibat, atau tidak langsung walau apa jua puncanya.
Isi kandungan dokumen ini dibekalkan “sebagaimana adanya”. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang yang berkaitan, tidak ada waranti walau apa jua sifatnya, baik nyata mahupun tersirat, termasuk tetapi tidak terbatas kepada, waranti tersirat tentang kebolehdagangan dan kelayakan untuk tujuan tertentu, dibuat berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, atau kandungan dokumen ini. Nokia berhak menyemak atau menarik balik dokumen ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terdahulu.
Ketersediaan produk tertentu mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Sila tanya penjual Nokia yang terdekat dengan anda.
PERANTI INI MUNGKIN MENGANDUNGI KOMODITI, TEKNOLOGI ATAU PERISIAN YANG TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN EKSPORT DARI AMERIKA SYARIKAT DAN NEGARA-NEGARA LAIN. LENCONGAN YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG ADALAH DILARANG.
Keluaran 1
ii Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

Kandungan

UNTUK KESELAMATAN
ANDA......................................... v
PERIHAL PERANTI ANDA ........... vii
Perkhidmatan Rangkaian .......... vii
Pengecas dan tambahan .......... viii
Maklumat am........................... ix
Pelekat-pelekat di dalam
bungkusan jualan......................... ix
Kod akses........................................ ix
1. Bermula................................ 1
Bagaimana untuk bermula ......... 1
Memasukkan kad SIM dan
bateri................................................. 3
Mengecas bateri............................ 5
Menghidupkan dan mematikan 6
Menukar penutup.......................... 6
2. Fungsi-fungsi panggilan..... 8
Membuat panggilan ..................... 8
Membuat panggilan persidangan.. 8
Mendail semula .................................. 9
Dail cepat ............................................. 9
Menjawab panggilan.................... 9
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. iii
Operasi dalam panggilan............. 9
Mendengar mesej suara ............ 10
Mengunci pad kekunci............... 10
3. Menulis teks....................... 11
4. Fungsi menu ...................... 14
Senarai fungsi menu................... 15
Mesej (Menu 01).......................... 17
Menulis mesej teks ......................... 17
Membaca mesej teks
(Peti masuk) ...................................... 18
Draf dan perkara dihantar ............ 19
Bual ..................................................... 19
Mesej bergambar............................. 20
Senarai edaran ................................. 21
Mesej ditapis..................................... 21
Padam mesej..................................... 22
Pembilang mesej.............................. 22
Tetapan mesej .................................. 22
Editor arahan khidmat ................... 24
Kenalan (Menu 2)........................ 25
Mencari nama dan nombor
telefon ................................................ 25
Tetapan untuk Kenalan.................. 26
Daftar pang. (Menu 3)............... 27
Senarai panggilan terbaru ............ 28
Pemasa panggilan ........................... 28
Pembilang mesej.............................. 29
Tetapan (Menu 4)........................ 29
Nada.................................................... 29
Tetapan paparan ............................. 30
Profil.................................................... 31
Tetapan masa.................................... 32
Tetapan panggilan........................... 32
Tetapan telefon................................ 34
Tetapan kos ....................................... 35
Tetapan tambahan .......................... 36
Tetapan keselamatan...................... 36
Tetapan kekunci pandu arah
kanan .................................................. 38
Simpan semula tetapan kilang.... 38
Jam p'gera (Menu 5).................. 38
Peringatan (Menu 6).................. 39
Permainan (Menu 7) .................. 40
Tambahan (Menu 8)................... 40
Kalkulator .......................................... 40
Penukar............................................... 41
Lembaran kerja................................. 41
Kalendar............................................. 43
Pemasa undur................................... 43
Jam randik ......................................... 43
Komposer ........................................... 44
Khidmat SIM (Menu 9).............. 45
5. Maklumat bateri................ 46
Mengecas dan Menyahcas ....... 46
6. Tambahan Tulen ................ 48
Bateri .............................................. 49
Di Dalam Bangunan.................... 49
Pengecas Biasa (ACP-7)................. 49
Pengecas Kembara (ACP-12)........ 50
Di Dalam Bangunan dan
Kenderaan ..................................... 51
Alat Dengar Dentum (HDB-5) ...... 51
Kenderaan ..................................... 52
Bebas Tangan Palam dan Main
(PPH-1) ............................................... 52
7. Penjagaan dan
penyelenggaraan.................... 53
8. Maklumat Tambahan
Penting Bagi Keselamatan..... 55
Indeks....................................... 61
iv Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

UNTUK KESELAMATAN ANDA

Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya mungkin berbahaya atau menyalahi undang-undang. Baca panduan pengguna yang lengkap untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Keselamatan di jalan raya harus menjadi pertimbangan anda yang utama.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang mungkin boleh menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan telefon apabila berdekatan dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. v
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan telefon di mana letupan sedang dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam pendokumenan produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan yang berkelayakan sahaja yang boleh memasang atau membaiki peralatan produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI
Gunakan hanya tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa kering.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk mendapatkan arahan keselamatan yang terperinci. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan seberapa banyak kali yang perlu untuk mengosongkan paparan dan kembali ke skrin permulaan. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan
. Berikan lokasi anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
vi Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

PERIHAL PERANTI ANDA

Peranti wayarles yang diperihalkan dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 900 dan GSM 1800. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati privasi dan hak-hak sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di dalam peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Perkhidmatan Rangkaian

Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada pembekal perkhidmatan wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini bergantung kepada ciri-ciri dalam rangkaian wayarles untuk berfungsi. Perkhidmatan­perkhidmatan Rangkaian ini mungkin tidak dapat diperolehi pada kesemua rangkaian atau anda mungkin perlu membuat persiapan tertentu dengan pembekal perkhidmatan anda sebelum anda boleh menggunakan Perkhidmatan­perkhidmatan Rangkaian ini. Pembekal perkhidmatan anda mungkin perlu memberi anda arahan-arahan tambahan bagi penggunaannya dan menerangkan bayaran yang mungkin dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had-had yang menjejas cara anda menggunakan Perkhidmatan Rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. vii
Pembekal perkhidmatan anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti anda. Jika demikian, ia tidak akan muncul pada menu peranti anda. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.

Pengecas dan tambahan

Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila mendapat bekalan kuasa dari ACP-7, ACP-12 dan LCH-12.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan khususnya dengan model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa kelulusan atau jaminan, dan mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon anda. Apabila anda mencabut kord kuasa sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
Peranti anda dan tambahan-tambahannya mungkin mengandungi bahagian­bahagian kecil. Jauhkan ia dari kanak-kanak kecil.
viii Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

Maklumat am

Pelekat-pelekat di dalam bungkusan jualan

Pelekat-pelekat ini mengandungi maklumat penting untuk tujuan perkhidmatan dan sokongan pelanggan. Simpan pelekat-pelekat ini di tempat yang selamat.
Tampal pelekat pada halaman Keterangan Diri Anda di dalam panduan pengguna ini.

Kod akses

Kod keselamatan: Kod ini, yang dibekalkan dengan telefon,
membantu melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod yang dipratetap ialah 12345.
Rujuk kepada halaman 36 untuk melihat bagaimana ia berfungsi.
Kod PIN: Kod ini, yang dibekalkan dengan kad SIM, membantu
melindungi kad daripada digunakan tanpa izin.
Aktifkan Permintaan kod PIN di dalam menu Tetapan keselamatan (lihat halaman 36), supaya kod diminta setiap kali telefon dihidupkan.
Jika anda memasukkan kod PIN secara salah tiga kali berturut-turut, kad SIM akan dihalang. Anda mestilah memasukkan kod PUK untuk menyahhalang kad SIM dan menetap kod PIN baru.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. ix
Kod PIN2: Kod ini dibekalkan dengan sesetengah kad SIM dan
diperlukan untuk mengakses perkhidmatan tertentu, seperti tetepan kos panggilan. Jika anda memasukkan kod PIN2 secara salah tiga kali berturut-turut, Kod PIN2 dihalang muncul pada paparan, dan anda akan diminta memberikan kod PUK2.
Tukar kod keselamatan, kod PIN dan kod PIN2 di dalam Tukar kod akses di dalam menu Tetapan keselamatan (lihat halaman 36). Rahsiakan kod-kod baru dan simpan ia di tempat yang selamat berasingan dengan telefon anda.
Kod PUK dan PUK2: Kod-kod ini mungkin dibekalkan dengan kad SIM.
Jika ini bukan halnya, hubungi pembekal perkhidmatan setempat anda.
x Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Bermula

1. Bermula

Bagaimana untuk bermula

Penunjuk-penunjuk yang diperihalkan di bawah dipaparkan apabila telefon sudah sedia untuk digunakan dan tiada aksara telah dimasukkan oleh pengguna. Skrin ini dipanggil mod tunggu sedia.
1. Kekuatan isyarat rangkaian selular di lokasi semasa anda.
2. Paras pengecasan bateri.
3. Menunjukkan nama rangkaian selular di mana telefon sedang digunakan, atau logo operator.
4. Fungsi semasa kekunci Navi
.
5. Kekunci Navi (Pandu arah)
Fungsi kekunci Navi bergantung kepada teks panduan yang ditunjukkan pada paparan di atasnya.
TM
3
1
5
7 8
2
4
6
9
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 1
Bermula
6. Kekunci kuasa
Menghidupkan dan mematikan telefon. Apabila pad kekunci dikunci, menekan sebentar menghidupkan lampu paparan telefon selama kira-kira 15 saat.
7. Kekunci padam/keluar
Memadam aksara dari paparan dan keluar dari fungsi-fungsi yang berlainan.
8. Kekunci-kekunci tatal
, , , dan .
Membolehkan anda menatal nama, nombor telefon, menu atau tetapan. Semasa panggilan, tekan untuk menambah dan untuk mengurangkan kelantangan cuping telinga. Dalam mod tunggu sedia, tekan
untuk senarai nombor-nombor yang terakhir didail
untuk nama-nama dan nombor-nombor telefon yang disimpan di dalam Kenalan
untuk menulis mesej
untuk mengakses pintasan-pintasan menu. Untuk mengubah suai pintasan, lihat halaman 38.
9. - untuk memasukkan nombor dan aksara.
dan digunakan untuk pelbagai tujuan bergantung kepada
fungsi.
2 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Bermula

Memasukkan kad SIM dan bateri

Jauhkan semua kad SIM dari kanak-kanak kecil. Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal perkhidmatan, operator rangkaian, atau penjual lain.
1. Tekan butang pelepas penutup belakang (1), buka penutup belakang (2,3) dan tanggalkan ia.
2
3
1
3
2. Angkat bateri dari genggaman jari dan keluarkan ia (4).
3. Dengan berhati-hati, angkat pemegang kad SIM dari genggaman jari telefon dengan jari anda, dan buka penutup flip (5).
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 3
4
5
Bermula
4. Masukkan kad SIM, sambil memastikan sudut serongnya berada di sebelah kanan atas dan sentuhan emasnya menghadap ke bawah (6).
5. Tutup pemegang kad SIM (7) dan tekan ia supaya ia terkunci di tempatnya.
6. Masukkan bateri (8).
6
7
8
4 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Bermula

Mengecas bateri

1. Sambungkan penyambung dari pengecas kepada pangkal telefon.
2. Sambungkan pengecas kepada soket dinding AC. Palang penunjuk bateri akan mula menatal.
Jika Bateri tak dicas dipaparkan, tunggu sebentar, cabut pengecas, palamkan ia semula, dan cuba lagi. Jika pengecasan masih gagal, hubungi wakil penjual anda.
3. Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, palang penunjuk akan berhenti menatal. Cabut pengecas dari telefon dan soket AC.
Peranti anda mempunyai antena dalaman.
Nota: Seperti sebarang peranti pemancar radio
lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu apabila peranti dihidupkan. Menyentuh antena akan menjejas mutu panggilan dan boleh menyebabkan peranti beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan. Mengelakkan daripada menyentuh bahagian antena semasa mengendalikan peranti ini menghasilkan prestasi optimum antena dan hayat bateri.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 5
Bermula

Menghidupkan dan mematikan

Tekan dan tahan kekunci selama beberapa saat.
Amaran! Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Menukar penutup

Nota: Sebelum menanggalkan penutup, sentiasa matikan kuasa
dan cabut pengecas dan sebarang peranti lain. Elakkan daripada menyentuh komponen elektronik semasa menukar penutup. Sentiasa simpan dan gunakan peranti dengan penutupnya terpasang.
1. Tekan butang pelepas penutup belakang (1), buka penutup belakang dan tanggalkan ia (2).
1
2
6 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Bermula
2. Tanggalkan penutup depan dengan berhati-hati (3).
3. Masukkan alas kekunci di dalam penutup depan yang baru (4).
4. Sejajarkan bahagian bawah penutup belakang dengan bahagian bawah telefon, tekan bahagian atas penutup belakang untuk mengunci ia ke dalam tempatnya (5).
3
4
5
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 7
Fungsi-fungsi panggilan

2. Fungsi-fungsi panggilan

Membuat panggilan

1. Masukkan nombor telefon, dan kod kawasan jika perlu.
Untuk membuat panggilan telefon antarabangsa: Tambah "+" dengan menekan dua kali, dan tambah kod negara (atau wilayah) di depan kod kawasan (padam awalan 0 jika perlu).
Tekan untuk memadam angka terakhir yang dimasukkan.
2. Tekan Panggil untuk memanggil nombor tersebut. Tekan untuk
menambah atau untuk mengurangkan kelantangan cuping telinga atau alat dengar semasa panggilan telefon itu.
3. Tekan Tamat untuk menamatkan panggilan (atau untuk membatalkan
percubaan memanggil).

Membuat panggilan persidangan

Panggilan persidangan adalah Perkhidmatan rangkaian yang membolehkan sehingga empat orang mengambil bahagian dalam panggilan yang sama.
1. Untuk membuat panggilan kepada peserta baru, takan dan
Pilihan, dan pilih Panggilan baru.
2. Apabila panggilan baru telah dijawab, tambahkan ia kepada panggilan
persidangan dengan menekan Pilihan dan memilih Sidang.
8 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi-fungsi panggilan

Mendail semula

Untuk mendail salah satu daripada dua puluh nombor terakhir yang telah anda panggil atau cuba memanggil, tekan sekali dalam mod tunggu sedia, tatal ke nombor telefon atau nama yang anda mahu, dan tekan
Panggil.

Dail cepat

Pastikan Dail cepat diaktifkan dalam menu Kenalan. Tekan Menu, pilih
Kenalan, Dail cepat dan kemudian Edit. Pilih kekunci yang anda mahu,
(kekunci 2 hingga Kekunci 9) dan tekan Berikan. Pilih sama ada anda mahu memberi kepada panggilan atau SMS. Tatal ke nama yang anda mahu dan tekan Pilih.

Menjawab panggilan

Dalam mod tunggu sedia, tekan Jawab. Untuk menolak panggilan tanpa menjawabnya, tekan .

Operasi dalam panggilan

Semasa panggilan, tekan dan Pilihan untuk beberapa fungsi yang berikut. Kebanyakan operasi ini adalah Perkhidmatan Rangkaian. Bisu atau Bersuara, Pegang atau Lepas, Panggilan baru, Jawab, Tolak, Tamat
semua, Kenalan, Hantar DTMF, Tukar talian dan Menu.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 9
Fungsi-fungsi panggilan

Mendengar mesej suara

Ciri ini adalah satu Perkhidmatan rangkaian. Untuk menerima nombor peti mel suara anda, hubungi peembekal perkhidmatan anda. Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan tahan dalam mod tunggu sedia. Anda mungkin perlu memasukkan nombor itu apabila memanggil buat pertama kali. Untuk menukar nombor peti mel suara, lihat halaman
26.
Untuk mengalihkan panggilan ke peti mel suara anda, lihat halaman 32.

Mengunci pad kekunci

Penguncian pad kekunci membantu mencegah kekunci-kekunci daripada ditekan dengan tidak sengaja.
Untuk mengunci atau membuka kunci pad kekunci: Dalam mod tunggu sedia, tekan Menu dan kemudian dengan cepat.
Untuk mengaktifkan kunci pad kekunci secara automatik, tetapkan tetapan Kawal kekunci automatik ke Aktif dalam menu Tetapan kawal
kekunci di bawah Tetapan telefon, Tetapan.
Apabila kunci pad kekunci sedang aktif, panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda. Masukkan nombor kecemasan dan tekan .
10 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Menulis teks

3. Menulis teks

Anda boleh memasukkan teks dengan dua cara yang berbeza, menggunakan input teks tradisional , atau input teks ramal (kamus terbina dalam) .
Untuk menukar kaedah input teks dengan cepat semasa menulis teks, tekan dua kali.
Menggunakan input teks tradisional: Tekan kekunci yang ditandakan dengan huruf yang anda mahu berkali-kali sehingga huruf itu muncul.
Mengaktifkan dan menyahaktifkan input Inggeris ramal
Apabila menulis teks, tekan (Pilihan) dan pilih Kamus.
• Untuk mengaktifkan input teks ramal, pilih bahasa di dalam senarai pilihan kamus. Input teks ramal hanya terdapat untuk bahasa-bahasa yang ada di dalam senarai.
• Untuk menukar balik kepada input teks tradisional, pilih Kamus
dipadam.
Menggunakan input teks ramal:
1. Masukkan perkataan yang anda mahu dengan menekan setiap kekunci sekali untuk satu huruf. Perkataan berubah selepas setiap kali kekunci ditekan. Sebagai contoh, untuk menulis ‘Nokia’ apabila kamus Inggeris dipilih, tekan , , , , .
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 11
Loading...
+ 51 hidden pages