Robert Bosch Hausgeräte GmbH 3
Untuk keselamatan anda
Aksesori ini adalah sesuai untuk pemproses makanan MUM5... .
Ikuti arahan pengendalian untuk pemproses makanan MUM5... .
Aksesori ini sesuai untuk memerah jus buah-buahan sitrus, contohnya
oren, limau gedang, lemon.
Ia tidak boleh digunakan untuk memproses objek atau bahan yang lain.
, Arahan keselamatan untuk perkakas ini
Gunakan penekan sitrus dalam kedudukan pengendalian yang
dinyatakan sahaja.
Penekan sitrus mestilah dipasang dengan lengkap sebelum digunakan.
Jangan memasang/menanggalkan penekan sitrus sehingga pemacu
telah berhenti sepenuhnya.
Gambaran Keseluruhan
Sila lipat keluar halaman ilustrasi.
Rajah
1 Penapis dengan kon penekan.
2 Mangkuk
3 Tanda untuk kuantiti pengisian maksimum
Rajah
Kedudukan pengendalian
Mengendalikan perkakas
Bersihkan penekan sitrus dengan teliti
sebelum menggunakannya untuk kali
pertama, lihat “Pembersihan dan
penjagaan”.
Penekan sitrus hanya berfungsi apabila
mangkuk adun dimasukkan.
Rajah
Tekan butang Pelepas dan gerakkan
lengan pengayun putar ke kedudukan 3.
Tanggalkan penutup pemacu dari pemacu
penekan sitrus (Rajah 5a).
Masukkan penapis ke dalam mangkuk.
Tempatkan penekan sitrus pada unit asas
dan putar masuk sepenuhnya mengikut
arah pusingan jam.
Masukkan palam sesalur.
Setkan suis putar pada pengesetan 3–5.
Tekan buah pada kon penekan.
Perhatikan kuantiti pengisian maksimum
mangkuk - tanda pada mangkuk (Rajah )!
Selepas menggunakan
perkakas
Matikan perkakas dengan menggunakan
suis putar.
Putar penekan sitrus dalam arah lawan
jam dan tanggalkannya.
Bersihkan penekan sitrus.
Pembersihan dan servis
Perhatian!
JANGAN gunakan agen pembersih yang
melelas. Permukaan mungkin rosak.
Semua bahagian adalah selamat dibasuh
dengan pembasuh pinggan mangkuk.
Jangan menyendal bahagian plastik dalam
pembasuh pinggan mangkuk kerana ia boleh
meleding.