PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata
bahawa produk RH-53 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan dari
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau
sebahagian kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa
mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Nokia dan Nokia Connecting People adalah cap-cap dagangan atau cap-cap
dagangan berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat
yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan
tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Termasuk perisian kriptografi atau protokol keselamatan RSA BSAFE
daripada RSA Security.
Nokia melaksanakan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia mempunyai hak
untuk membuat perubahan dan Nokia melaksanakan dasar pembangunan yang
berterusan. Nokia mempunyai hak untuk membuat perubahan dan
penambahbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan dalam dokumen ini
tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang
kehilangan data atau pendapatan, atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara
akibatnya atau secara tidak langsung walau macam mana pun ia berlaku.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan "seperti sedia ada". Kecuali
dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, tidak ada jaminan dalam bentuk
apa pun, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada
jaminan yang tersirat kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan,
dibuat berdasarkan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan
dokumen ini. Nokia mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen
ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Kesedia adanya produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila
hubungi pengedar Nokia yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negaranegara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah
dilarang.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya mungkin berbahaya atau
menyalahi undang-undang. Baca panduan pengguna yang lengkap untuk
maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles
dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang. Sentiasa pastikan tangan anda bebas
untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Keselamatan di
jalan raya harus menjadi pertimbangan anda yang utama.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang mungkin
boleh menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan telefon apabila berdekatan dengan
peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan
gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan telefon di mana letupan
sedang dijalankan.
Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam
pendokumenan produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan yang berkelayakan sahaja yang boleh memasang
atau membaiki peralatan produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI
Gunakan hanya penambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan
sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingat untuk membuat salinan-salinan sandaran atau menyimpan rekod
semua maklumat penting yang disimpan di dalam telefon anda.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan
penggunanya untuk mendapatkan arahan keselamatan yang terperinci.
Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan seberapa
banyak kali yang perlu untuk mengosongkan paparan dan kembali ke
skrin permulaan. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan .
Berikan lokasi anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan
berbuat demikian.
Peranti wayarles yang diperihalkan dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan
pada rangkaian EGSM 900 dan GSM 1800. Hubungi pembekal perkhidmatan anda
untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang
dan hormati privasi dan hak-hak sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di dalam peranti ini, selain
daripada jam penggera, peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan
hidupkan peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh menyebabkan
gangguan atau bahaya.
■ Perkhidmatan Rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada
pembekal perkhidmatan wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini bergantung
kepada ciri-ciri dalam rangkaian wayarles untuk berfungsi. Perkhidmatanperkhidmatan Rangkaian ini mungkin tidak dapat diperolehi pada kesemua
rangkaian atau anda mungkin perlu membuat persiapan tertentu dengan pembekal
perkhidmatan anda sebelum anda boleh menggunakan Perkhidmatanperkhidmatan Rangkaian ini. Pembekal perkhidmatan anda mungkin perlu
memberi anda arahan-arahan tambahan bagi penggunaannya dan menerangkan
bayaran yang mungkin dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai
had-had yang menjejas cara anda menggunakan Perkhidmatan Rangkaian.
Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan
perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.
Pembekal perkhidmatan anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri tertentu
dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti anda. Jika demikian, ia tidak
akan muncul pada menu peranti anda. Peranti anda mungkin juga dikonfigurasi
secara khas. Tatarajah ini mungkin termasuk perubahan dalam nama-nama menu,
susunan menu dan ikon. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk maklumat
lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTP dan SSL) yang berjalan atas
protokol TCP/IP. Sesetengah ciri peranti ini, seperti mesej multimedia (MMS) dan
menyemak imbas, memerlukan sokongan rangkaian bagi teknologi-teknologi ini.
■ Memori yang Dikongsi
Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini mungkin menggunakan memori yang dikongsi:
senarai kenalan; mesej teks dan multimedia; senarai edaran; imej dan nada dering
dalam menu
satu atau lebih daripada ciri-ciri ini boleh mengurangkan memori yang terdapat
bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori. Contohnya, menyimpan banyak imej
boleh menggunakan kesemua memori yang terdapat. Peranti anda mungkin
memaparkan mesej bahawa memori telah penuh apabila anda cuba menggunakan
ciri memori yang dikongsi. Dalam hal ini, padam beberapa maklumat atau entri
yang disimpan di dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan.
Sesetengah ciri, seperti cache dan penanda buku mungkin mempunyai jumlah
memori tertentu yang diperuntukkan khusus untuknya sebagai tambahan kepada
memori yang dikongsi dengan ciri-ciri lain.
Galeri; nota kalendar, dan permainan dan aplikasi Java™. Penggunaan
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan
peranti ini. Peranti ini dimaksudkan untuk digunakan dengan bekalan kuasa dari
AC-1, ACP-7, ACP-8, ACP-12, LCH-9, dan LCH-12.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengeca,s dan tambahan yang
diluluskan oleh Nokia untuk digunakan khususnya dengan model telefon
ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa
kelulusan atau jaminan, dan mungkin berbahaya.
Amaran: Jangan gunakan Alat Dengar Boleh Sentut Nokia HDC-10
dengan telefon ini.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan tambahan yang diluluskan,
sila tanya wakil penjual telefon anda. Apabila mencabut kord kuasa sebarang
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
Mengecas bateri
1. Sambungkan penyambung dari pengecas
kepada pangkal telefon.
2. Sambungkan pengecas kepada soket dinding
AC. Palang penunjuk bateri akan mula
menatal.
Apabila bateri telah dicas sepenuhnya,
palang penunjuk akan berhenti menatal.
• Kod keselamatan: Kod ini, yang dibekalkan dengan telefon anda,
melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod yang
dipratetap ialah 12345.
Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kod keselamatan, lihat
"Tetapan keselamatan" di halaman 58.
• Kod PIN: Kod ini, yang mungkin dibekalkan dengan kad SIM anda,
melindungi kad daripada digunakan tanpa izin. Jika anda
mengaktifkan fungsi Permintaan kod PIN di dalam menu Tetapan
keselamatan, kod akan diminta setiap kali telefon dihidupkan.
Jika anda memasukkan kod PIN yang salah tiga kali berturut-turut,
kad SIM akan dihalang. Anda mestilah memasukkan kod PUK untuk
menyahhalang kad SIM dan menetap kod PIN baru.
• Kod PIN2: Kod ini mungkin dibekalkan bersama kad SIM dan
diperlukan untuk mengakses beberapa fungsi, seperti pembilang unit
mengecaj.
Tukar kod keselamatan, kod PIN, dan kod PIN2 di dalam Kod akses di
dalam menu Tetapan keselamatan. Rahsiakan kod-kod baru dan
simpan ia di tempat yang selamat berasingan dengan telefon anda.
• Kod PUK dan PUK2: Kod-kod ini mungkin dibekalkan bersama kad
SIM. Jika ini bukan halnya, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
• Kata laluan sekatan: Kod ini diperlukan apabila menggunakan fungsi
Khidmat sekat panggilan di dalam menu Tetapan keselamatan.
■ Amaran lampu
Lampu paparan dan pad kekunci memberitahu anda tentang fungsifungsi telefon yang berlainan dengan memancar. Fungsi-fungsi telefon
yang berikut adalah contoh-contoh bila lampu digunakan:
• Ketika ada panggilan masuk.
• Ketika ada SMS atau mesej multimedia yang masuk.
• Satu nota kalendar atau pemasa undur tamat tempohnya, atau jam
penggera atau bateri lemah mengaktifkan penggera.
Anda boleh mengaktifkan amaran lampu menggunakan fungsi Urutan
lampu di dalam menu Profil, lihat halaman 46.
■ Memuat turun kandungan dan aplikasi
Anda boleh memuat turun kandungan baru (misalnya imej dan nada
deringan) dan aplikasi Java dari tapak-tapak Internet ke dalam telefon
(perkhidmatan rangkaian).
Peranti ini mungkin mempunyai beberapa penanda buku yang telah
dimuatkan untuk tapak-tapak yang bukan anggota gabungan Nokia.
Nokia tidak menjamin atau menyokong tapak-tapak ini. Jika anda
memilih untuk mengaksesnya, anda harus mengambil langkah-langkah
berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau kandungan, seperti
yang anda ambil untuk sebarang tapak Internet lain.
Penting: Hanya pasang dan gunakan aplikasi-aplikasi dan
perisian lain dari sumber-sumber yang menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang
merosakkan.
■ GPRS
GPRS (Perkhidmatan Radio Paket Umum) adalah khidmat rangkaian yang
membolehkan telefon bimbit digunakan untuk menghantar dan
menerima data melalui rangkaian yang berdasarkan Protokol Internet (IP).
Melalui sambungan GPRS anda boleh, misalnya, menghantar dan
menerima mesej multimedia (perkhidmatan rangkaian).
Untuk menggunakan perkhidmatan GPRS, langgani ia daripada operator
rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda dan simpan tetapantetapan GPRS bagi fungsi-fungsi yang ingin anda gunakan melalui
rangkaian GPRS. Untuk maklumat mengenai harga, ketersediaan dan
kelajuan pemindahan data, hubungi operator rangkaian atau pembekal
perkhidmatan anda.
Sila ambil perhatian bahawa bagi sesetengah aplikasi, seperti menyemak
imbas halaman WAP atau xHTML, anda mungkin boleh memilih sama ada
GPRS atau Data GSM (CSD, Data Tersuis Litar).
Untuk maklumat mengenai penunjuk-penunjuk yang ditunjukkan semasa
sambungan GPRS, lihat "Sambungan GPRS" di halaman 52.
■ Maklumat hubungan dan bantuan Nokia
Periksa www.nokia-asia.com/support atau laman Web Nokia tempatan
anda untuk versi terkini panduan ini, maklumat tambahan, muat turun,
dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan produk Nokia
anda.
Di laman Web, anda boleh mendapat maklumat mengenai penggunaan
produk dan perkhidmatan Nokia. Jika anda perlu menghubungi
perkhidmatan pelanggan, semak senarai pusat hubungan Nokia di
www.nokia.com/customerservice.
Bagi perkhidmatan penyelenggaraan, semak bagi pusat perkhidmatan
Nokia yang berhampiran dengan anda di www.nokia.com/repair.
Membolehkan anda menatal nama, nombor telefon, menu atau
tetapan. Semasa panggilan, tekan untuk menambah dan
untuk mengurangkan kelantangan cuping telinga. Dalam mod tunggu
sedia, tekan
• atau untuk nama-nama dan nombor-nombor telefon
yang disimpan di dalam Kenalan
• untuk menulis mesej
• untuk mengakses Kalendar
Sila ambil perhatian bahawa masa dan tarikh hendaklah
ditetapkan dahulu.
8. mendail nombor telefon dan menjawab panggilan, atau
memaparkan nombor-nombor yang paling baru didail dalam mod
tunggu sedia.
9. menamatkan panggilan aktif atau menolak panggilan, dan juga
menghidupkan dan mematikan telefon. Keluar dari sebarang fungsi.
Dengan menutup lipat telefon anda juga boleh keluar dari sebarang
fungsi.
10. - memasukkan nombor dan aksara.
dan digunakan untuk pelbagai tujuan di dalam fungsi-
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan
kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal
perkhidmatan, operator rangkaian, atau penjual lain.
Buka penutup SIM di bahagian tepi
telefon dengan menariknya keluar
dan membengkokkan ia ke bawah (1).
Masukkan kad SIM ke dalam telefon
dengan sudut serongnya menghadap
ke kanan (2). Tolak kad SIM ke dalam
dan tutup penutup SIM (3).
Sila ambil perhatian bahawa jika anda
mengeluarkan kad SIM anda semasa
menggunakan telefon, Masukkan kad
SIM muncul pada paparan. Masukkan
semula kad SIM anda dan masukkan
PIN anda untuk memulakan telefon
anda semula.
Untuk menggunakan telefon, anda
mestilah membuka lipatnya seperti yang
ditunjukkan di dalam gambar rajah.
Jangan cuba memaksa lipat untuk
membuka lebih daripada apa yang
termampu oleh engsel.
Tutup lipat dengan menolak dari
bahagian atas telefon, bukan dari engsel.
■ Menghidupkan dan mematikan telefon
Tekan dan tahan kekunci kuasa selama lebih dari 3 saat.
• Jika telefon meminta kod PIN atau kod keselamatan, masukkan kod itu
dan tekan OK.
• Jika telefon memaparkan Masukkan kad SIM walaupun kad SIM telah
dimasukkan dengan betul, atau Kad SIM tak disokong, hubungi
operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda. Telefon anda
tidak menyokong kad SIM 5-Volt dan kad itu mungkin perlu ditukar.
Nota: Seperti sebarang peranti pemancar radio
lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu
apabila peranti dihidupkan. Menyentuh antena
akan menjejas mutu panggilan dan boleh
menyebabkan peranti beroperasi pada aras
kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan.
Mengelakkan daripada menyentuh bahagian antena semasa
mengendalikan peranti ini menghasilkan prestasi optimum
antena dan hayat bateri.
1. Buka lipat telefon, dan masukkan nombor telefon, termasuk kod
kawasan.
Untuk membuat panggilan antarabangsa: Tekan dua kali untuk
aksara + dan masukkan kod negara, kod kawasan (tinggalkan awalan
kosong, jika perlu) dan nombor telefon.
Tekan Padam untuk memadam angka yang terakhir dimasukkan.
2. Tekan untuk memanggil nombor tersebut. Tekan untuk
menambah atau untuk mengurangkan kelantangan cuping
telinga atau alat dengar.
3. Tekan atau tutup lipat untuk menamatkan panggilan atau
membatalkan percubaan memanggil.
Membuat panggilan menggunakan senarai kenalan
Dalam mod tunggu sedia, tekan atau untuk mencari nama
yang anda mahu. Tekan untuk memanggil nombor tersebut.
Memanggil nombor yang baru didail
Untuk mendail salah satu daripada dua puluh nombor terakhir yang telah
anda panggil atau cuba memanggil, tekan sekali dalam mod tunggu
sedia, tatal ke nombor telefon atau nama yang anda mahu, dan tekan
Untuk memanggil peti mel suara anda (perkhidmatan rangkaian) dalam
mod tunggu sedia, tekan dan tahan , atau tekan dan .
Apabila anda menerima mesej suara, mungkin ditunjukkan di
bahagian atas paparan (perkhidmatan rangkaian). Tekan Dengar untuk
memanggil nombor peti mel suara anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai mesej suara, lihat "Mesej suara" di
halaman 32.
Mendail cepat sesuatu nombor telefon
Jika anda telah memberikan satu nombor telefon kepada salah satu
kekunci hingga , anda boleh memanggil telefon nombor itu
dengan memilih salah satu pilihan di bawah:
• Dalam mod tunggu sedia, tekan kekunci nombor yang diingini dan
.
•Jika fungsi Dail cepat diaktifkan, tekan dan tahan kekunci nombor
dalam mod tunggu sedia sehingga panggilan dimulakan.
Untuk maklumat lanjut tentang memberikan nombor kepada kekunci
dail cepat, lihat "Dail cepat" di halaman 45.
Untuk maklumat lanjut tentang fungsi Dail cepat, lihat "Tetapan
DTMF, Kunci pad kekunci, Pindah (perkhidmatan rangkaian), Alat dengar,
Lan. auto aktif atau Lan. auto t/aktif.
Pilih
• Lan. auto aktif / Lan. auto t/aktif untuk mengaktifkan atau
menyahaktifkan kawalan kelantangan automatik. Lihat "Tetapan
panggilan" di halaman 53.
• Pindah untuk menyambungkan panggilan yang ditahan kepada
panggilan yang aktif dan untuk memutuskan sambungan anda kepada
panggilan itu.
• Alat dengar untuk menukar panggilan yang aktif ke aksesori serasi
yang dipilih apabila aksesori itu disambungkan kepada telefon.
Untuk membuat panggilan lain semasa dalam panggilan (Perkhidmatan
rangkaian), tekan Pilihan dan pilih Panggilan baru. Masukkan nombor
telefon, atau cari ia di dalam kenalan, dan tekan Panggil atau .
Panggilan yang pertama akan ditahan.
• Untuk bertukar-tukar antara kedua-dua panggilan, tekan Bertukar
atau . Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan , atau
tekan Pilihan dan pilih Tamat panggilan. Untuk menamatkan keduadua panggilan, tekan Pilihan dan pilih Tmt semua pang..
• Untuk menyambungkan kedua-dua panggilan kepada panggilan
persidangan (perkhidmatan rangkaian), tekan Pilihan dan pilih
Persidangan. Untuk mengadakan perbualan sulit dengan salah
seorang peserta, pilih Panggilan peribadi dan peserta tersebut. Untuk
menyertai semula panggilan tersebut, pilih Persidangan. Untuk
menamatkan panggilan, tekan .
■ Menjawab atau menolak panggilan masuk
Buka lipat dan tekan untuk menjawab panggilan. Jika anda tidak
menekan dalam masa lima saat, panggilan akan dijawab secara
automatik. Jika anda ingin membisukan nada deringan, tekan Senyap.
Untuk menolak panggilan, tekan , atau tekan Pilihan dan pilih
Menolak. Anda juga boleh membuka lipat dan menutupnya dalam masa
1.5 saat untuk menolak panggilan. Panggilan yang ditolak akan dialihkan
jika anda telah mengaktifkan satu pilihan alihan panggilan seperti Alih
Anda boleh menjawab panggilan semasa anda mempunyai panggilan lain
yang sedang berlangsung jika anda telah mengaktifkan fungsi Khidmat
panggilan menanti di dalam menu Tetapan panggilan (perkhidmatan
rangkaian). Untuk menjawab panggilan menanti, tekan Jawab atau .
Panggilan yang pertama akan ditahan.
■ Penguncian pad kekunci (Kawal kekunci)
Anda boleh mengunci pad kekunci untuk mencegah kekunci-kekunci
daripada ditekan dengan tidak sengaja.
Untuk mengunci pad kekunci, tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
kemudian dengan cepat. Kawal kekunci tidak diaktifkan apabila
anda menutup lipat. Apabila pad kekunci dikunci, ditunjukkan di
bahagian atas paparan. Untuk membuka kunci pad kekunci, tekan
B/kunci dan dengan cepat.
Apabila pad kekunci dikunci, anda boleh menjawab panggilan dengan
menekan . Semasa panggilan, telefon boleh beroperasi seperti biasa.
Apabila anda menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci akan
dikunci secara automatik.
Untuk maklumat tentang penetapan pad kekunci agar mengunci secara
automatik selepas tempoh masa yang tertentu, lihat Kawal kekunci
automatik di halaman 56.
Apabila kawal kekunci sedang aktif, panggilan masih boleh dibuat ke
nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti
anda.
Anda boleh memasukkan teks dengan dua cara yang berbeza,
menggunakan input teks tradisional , atau input teks ramal (kamus
terbina dalam) .
Untuk menukar kaedah input teks dengan cepat semasa menulis teks,
tekan dua kali.
Menggunakan input teks tradisional: Tekan kekunci yang ditandakan
dengan huruf yang anda mahu berkali-kali sehingga huruf itu muncul.
Menggunakan input teks ramal:
1. Masukkan perkataan yang anda mahu dengan menekan setiap kekunci
sekali untuk satu huruf. Perkataan berubah selepas setiap kali kekunci
ditekan. Sebagai contoh, untuk menulis ‘Nokia’ apabila kamus Inggeris
dipilih, tekan , , , , .
2. Jika perkataan yang dipaparkan adalah perkataan yang anda mahu,
tekan dan mula menulis perkataan seterusnya.
• Jika anda mahu menukar perkataan, tekan berkali-kali
sehingga perkataan yang anda mahu muncul.
• Jika "?" ditunjukkan selepas perkataan, perkataan itu tidak ada di
dalam kamus. Untuk menambah perkataan kepada kamus, tekan
Mengeja, masukkan perkataan itu (input teks tradisional
Petua-petua bagi menulis teks dengan input teks tradisional dan
ramal:
• Untuk menggerakkan kursor ke kiri atau ke kanan, tekan masingmasing atau .
• Untuk menambah ruang, tekan .
• Untuk memadam aksara di sebelah kiri kursor, tekan Padam. Untuk
mengosongkan skrin, tekan dan tahan Padam.
• Untuk bertukar-tukar antara huruf besar dan kecil, atau antara input
teks tradisional dan ramal, tekan berkali-kali dan lihat penunjuk
di bahagian atas paparan.
• Untuk bertukar-tukar antara huruf dan nombor, tekan dan tahan .
• Untuk menambah nombor, tekan dan tahan kekunci yang diingini.
• Untuk mendapatkan senarai aksara khas, tekan dan tahan , pilih
aksara yang anda mahu, dan tekan Guna. Dalam input teks
tradisional, anda boleh juga menambah tanda baca dan aksara khas
tertentu dengan menekan berulang kali.
• Tradisional: Untuk memasukkan satu huruf yang di bawah kekunci
yang sama dengan huruf sebelumnya, tekan atau (atau
tunggu sehingga kursor muncul), dan masukkan huruf yang baru.
• Ramal: Untuk menambah perkataan majmuk, masukkan bahagian
pertama perkataan tersebut, tekan , dan kemudian masukkan
bahagian yang kedua.
Kebanyakan fungsi menu ini disediakan dengan teks bantuan ringkas.
Untuk melihat teks bantu, tatal ke fungsi menu yang anda ingini dan
tunggu selama sekitar 15 saat.
Untuk maklumat tentang menghidupkan atau mematikan fungsi Aktivasi
teks bantu, lihat menu "Tetapan telefon" di halaman 55.
■ Mengakses fungsi menu
Dengan menatal
1. Tekan Menu dalam mod tunggu sedia.
2. Tekan atau untuk menatal ke menu utama yang anda
mahu, dan tekan Pilih untuk memasukinya.
3. Tatal ke satu submenu dan tekan Pilih.
Jika submenu mengandungi submenu-submenu lanjut, ulang langkah
ini.
4. Tekan Balik untuk kembali ke paras menu sebelumnya, dan tekan
Menu, submenu dan pilihan tetapan diberi nombor. Nombor pintasan
ditunjukkan di sebelah kanan atas paparan.
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia. Dalam masa dua saat, masukkan
nombor pintasan menu utama yang ingin anda buka. Ulang langkah ini
untuk submenu dan pilihan tetapan.
Sebelum anda boleh menghantar mesej teks, gambar,
multimedia, atau e-mel, anda mestilah menetap
tetapan-tetapan mesej anda. Untuk maklumat lanjut, lihat "Tetapan
mesej" di halaman 33.
Nota: Apabila menghantar mesej, peranti anda mungkin
memaparkan perkataan-perkataan "Mesej dihantar". Ini
menandakan mesej telah dihantar oleh peranti anda ke nombor
pusat mesej yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda. Ini
bukan menandakan mesej telah diterima di destinasi tujuan.
Untuk butiran lanjut mengenai perkhidmatan SMS, sila periksa
dengan pembekal perkhidmatan anda.
Mesej teks dan gambar (SMS)
Anda boleh menulis dan menghantar mesej berbilang bahagian, yang
boleh termasuk gambar, yang terdiri daripada beberapa mesej teks biasa
(Perkhidmatan Rangkaian). Invois mungkin berdasarkan bilangan mesej
biasa yang diperlukan untuk sebarang mesej berbilang bahagian.
Bilangan aksara yang terdapat/nombor bahagian semasa mesej berbilang
bahagian ditunjukkan di sebelah kanan atas paparan, sebagai contoh
120/2. Jika anda menggunakan aksara khas, seperti aksara Cyrillic, lebih
banyak bahagian mungkin diperlukan untuk mesej daripada yang
diperlukan sebaliknya. Sila ambil perhatian bahawa input teks ramal
mungkin menggunakan aksara khas.
Nota: Fungsi mesej gambar hanya boleh digunakan jika ia
disokong oleh operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan
anda. Hanya peranti-peranti serasi yang menawarkan ciri-ciri
mesej gambar boleh menerima dan memaparkan mesej gambar.
Kemunculan mesej boleh berbeza-beza bergantung kepada
peranti yang menerima.
Menulis dan menghantar mesej teks atau gambar
1. Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Mesej, Mesej teks dan
Buat mesej.
2. Masukkan mesej. Lihat "Menulis teks" di halaman 12.
• Untuk memasukkan gambar, atau nombor telefon atau nama dari
senarai kenalan ke dalam mesej, tekan Pilihan dan pilih:
• Masukkan gambar. Tatal ke gambar yang diingini, dan tekan Pamer
dan Masuk. Jika anda mahu, tekan Pilihan dan pilih pilihan untuk
mempranonton dan mengubah mesej sebelum menghantarnya.
• Masukkan nombor. Tekan Cari atau dan pilih nombor.
• Masuk. kenalan. Tatal ke nama yang diingini dan tekan Pilihan.
Pilih Masuk. kenalan atau Pamer butiran jika anda mahu
memasukkan nombor atau perkara teks yang disimpan dengan
nama.
• Untuk menggunakan teks yang dipratakrif sebagai asas bagi mesej,
tekan Pilihan dan pilih Guna templat dan templat yang diingini.
• Untuk menyimpan mesej di dalam folder Item disimpan atau Templat
atau di dalam folder yang telah anda cipta di dalam folder Folder saya,
tekan Pilihan dan pilih Simpan mesej.
3. Untuk menghantar mesej, tekan , atau tekan Pilihan dan pilih
Hantar, masukkan nombor telefon penerima atau cari ia di dalam
senarai kenalan, dan tekan OK.
• Untuk menghantar mesej kepada beberapa orang, tekan Pilihan dan
pilih Pilihan hantaran dan Hantar ke ramai. Tatal ke peserta pertama
dan tekan Hantar. Apabila anda telah memilih semua peserta anda,
tekan Selesai.
• Untuk menghantar mesej menggunakan tetapan yang telah
dipratakrif, tekan Pilihan dan pilih Pilihan hantaran dan Menghantar
profil.
Mesej yang dihantar disimpan di dalam folder Perkara dihantar.
Peranti anda menyokong penghantaran mesej teks yang melebihi had
aksara bagi satu mesej. Mesej-mesej yang lebih panjang akan dihantar
sebagai satu siri yang terdiri daripada dua atau lebih mesej. Pembekal
perkhidmatan anda boleh mengenakan bayaran yang sewajarnya. Aksaraaksara yang menggunakan aksen atau tanda-tanda lain, dan aksaraaksara dari beberapa pilihan bahasa seperti Cina, mengambil lebih banyak
ruang dan membataskan bilangan aksara yang boleh dihantar dalam satu
mesej.
Anda mungkin boleh menulis dan menghantar mesej e-mel
(perkhidmatan rangkaian). Untuk menyimpan alamat e-mel di dalam
buku telefon, lihat "Menyimpan berbilang nombor dan perkara teks bagi
setiap nama" di halaman 40.
1. Tekan Menu, dan pilih Mesej, Mesej teks dan Buat e-mel SMS.
2. Masukkan alamat e-mel penerima atau cari ia di dalam senarai
kenalan dan tekan OK.
3. Jika anda mahu, masukkan tajuk untuk mesej itu dan tekan OK.
4. Masukkan mesej e-mel.
5. Untuk menghantar mesej, tekan Pilihan, pilih Hantar e-mel SMS dan
tekan OK.
Membaca dan membalas mesej teks, bergambar atau e-mel
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej. E-mesej mel
boleh mengandungi perisian berniat jahat atau mungkin
berbahaya kepada peranti atau PC anda.
Apabila anda menerima mesej, penunjuk dan bilangan mesej baru
diikuti oleh ... mesej diterima dipaparkan.
Jika penunjuk berkelip, memori mesej teks telah penuh. Untuk
maklumat tentang memadam templat, lihat "Memadam mesej" di
halaman 31.
1. Tekan Tunjuk untuk melihat mesej baru dengan segera.
Untuk melihat mesej kemudian, tekan Keluar. Apabila anda mahu
membaca mesej, tekan Menu dan pilih Mesej, Mesej teks dan Pe ti
masuk.
2. Pilih mesej yang ingin anda baca, dan gunakan kekunci-kekunci tatal
untuk menyemak imbas mesej. menunjukkan mesej yang belum
dibaca.
3. Untuk membalas mesej yang dipaparkan, tekan Pilihan dan pilih Balas.
Pilih
• Skrin kosong untuk menulis mesej dari mula.
• Mesej asal untuk menyertakan mesej asal dalam balasan.
• Templat untuk menggunakan teks pratetap sebagai asas bagi mesej
baru. Untuk maklumat mengenai templat, lihat "Folder-folder bagi
mesej teks dan gambar." di halaman 26.
Apabila membalas mesej e-mel, sahkan atau edit alamat dan tajuk
e-mel dan kemudian tulis balasan anda.
4. Untuk menghantar balasan anda, tekan Pilihan pilih Hantar, dan
tekan OK. ATAU: Tekan dua kali.
Fungsi-fungsi lain yang boleh diakses dengan kekunci Pilihan
Semasa membaca mesej, menekan Pilihan juga membolehkan akses
kepada fungsi-fungsi berikut: Padam, Guna butiran, Hantar, Edit (untuk
mesej teks) / Edit teks (untuk mesej gambar), Pindah, Nama semula, Salin
ke kalendar, Simpan gambar (untuk mesej gambar), Butiran mesej.
• Guna butiran untuk mengambil nombor telefon, alamat e-mel atau
alamat Web dari mesej.
• Salin ke kalendar untuk menyalin teks mesej ke kalendar telefon anda
sebagai memo.
• Simpan gambar untuk menyimpan gambar yang dimasukkan di dalam
mesej gambar di dalam folder Templat.
Senarai edaran
Untuk menghantar mesej kepada sekumpulan orang yang tetap, anda
boleh mentakrif senarai edaran bagi tujuan tersebut dalam memori
telefon anda. Telefon menghantar mesej secara berasingan kepada setiap
penerima di dalam senarai. Oleh itu, menghantar mesej dengan
menggunakan senarai edaran mungkin lebih mahal berbanding
menghantar mesej kepada seorang penerima.
Senarai edaran menggunakan memori berkongsi, lihat "Memori yang
Dikongsi" di halaman ix.
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Mesej, Mesej teks dan
Senarai edaran.
• Untuk menambahkan senarai, tekan Tambah (jika tiada senarai) atau
tekan Pilihan dan pilih Tambah senarai. Masukkan nama bagi senarai.
• Untuk memasukkan seorang kenalan kepada senarai, tatal ke senarai
tersebut, tekan Pilihan dan pilih Pamer senara i. tekan Tambah (jika
tiada senarai) atau tekan Pilihan dan pilih Tambah kenalan. Pilih
kenalan dari memori kenalan telefon atau kad SIM.
Selepas menulis mesej, untuk menghantar mesej dengan menggunakan
senari, tekan Pilihan, pilih Pilihan hantaran dan Hantar ke senarai.
Folder-folder bagi mesej teks dan gambar.
Untuk membuka satu folder, tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Mesej, Mesej teks dan kemudian Peti ma suk, Perkara dihantar, Item
disimpan, Templat atau Folder saya.
•Dalam Templat, anda boleh menyimpan mesej teks yang ingin anda
gunakan sebagai asas bagi mesej baru. Templat teks ditandakan
dengan dan templat gambar dengan .
Untuk mengedit atau memadam templat, pilih templat yang diingini,
tekan Pilihan, dan pilih fungsi yang diigini.
•Dalam Folder saya anda boleh mencipta folder-folder baru bagi mesej
anda.
Untuk menambah folder, tekan Tambah (jika senarai folder kosong)
atau tekan Pilihan dan pilih Tambah folder. Untuk memadam atau
menamakan semula folder, tekan Pilihan dan pilih fungsi yang diigini.
Mesej multimedia (MMS)
Telefon ini boleh menghantar dan menerima mesej multimedia yang
besarnya sehingga 100 kilobait (perkhidmatan rangkaian).
Nota: Hanya peranti-peranti yang mempunyai ciri-ciri yang
serasi boleh menerima dan memaparkan mesej-mesej
multimedia ini. Kemunculan mesej boleh berbeza-beza
bergantung kepada peranti yang menerima.
Jika Benarkan peneri- maan multimedia ditetap ke Ya atau Dlm rang.
rumah, operator atau pembekal perkhidmatan anda boleh mengenakan
bayaran untuk setiap mesej yang anda terima.
Sila ambil perhatian bahawa mesej multimedia tidak boleh diterima
semasa panggilan, semasa menggunakan permainan atau aplikasi Java
lain atau apabila anda mempunyai sesi semak imbas yang aktif
menggunakan pembawa data GSM (lihat di "Memasukkan tetapan
perkhidmatan secara manual" halaman 75).
Oleh kerana penghantaran mesej multimedia boleh gagal atas pelbagai
sebab, jangan bergantung semata-mata pada mesej ini untuk komunikasi
penting.
Mesej multimedia yang dihantar atau diterima menggunakan memori
yang dikongsi, lihat halaman ix.
Tetapan lalai perkhidmatan mesej multimedia umumnya ditetapkan ke
aktif.
Kemunculan mesej multimedia boleh berbeza-beza bergantung kepada
peranti yang menerima.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, muzik
(termasuk nada dering) dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai,
dipindahkan atau dikemukakan.
Menulis dan menghantar mesej multimedia
Sebelum menghantar mesej multimedia, baca "Nota-nota bagi
1. Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan pilih Mesej, Mesej
multimedia dan Buat mesej.
2. Masukkan mesej. Lihat "Menulis teks" di halaman 12.
• Untuk memasukkan imej, tekan Pilihan dan pilih Masukkan.
Buka satu folder tertentu di dalam menu Galeri, tatal ke imej atau
bunyi yang diingini, tekan Pilihan dan pilih Masuk.
• Telefon anda menyokong mesej multimedia yang mengandungi
beberapa halaman. Untuk menambah slaid baru kepada mesej,
tekan Pilihan dan pilih Masukkan dan Slaid. Setiap slaid boleh
mengandungi teks dan satu imej.
Pilih Pilihan dan:
• Slaid sebelumnya, Slaid berikutnya atau Senarai slaid untuk
mengemudi antara slaid.
• Pemasaan slaid untuk mentakrif berapa lama setiap slaid
ditunjukkan.
• Letak teks di atas atau Letak teks di bwh untuk menggerakkan
kedudukan teks.
• Untuk memasukkan kad niaga atau nota kalendar bagi peranti
yang serasi, tekan Pilihan dan pilih Masukkan dan pilihan yang
diingini.
• Untuk memasukkan nama atau nombor dari senarai kenalan, tekan
Pilihan, pilih Pilihan lain, dan Masuk. kenalan dan nama yang
• Untuk memadam imej atau slaid dari mesej, tekan Pilihan dan pilih
Padam dan fungsi yang diingini.
• Untuk menyimpan mesej di dalam folder Perkara disimpan, tekan
Pilihan dan pilih Simpan mesej.
• Untuk menambah tajuk kepada mesej, tekan Pilihan dan pilih
Pilihan lain dan Edit subjek.
• Untuk melihat saiz atau penerima mesej, tekan Pilihan dan pilih
Pilihan lain dan Butiran mesej.
• Untuk melihat mesej atau persembahan slaid sebelum
menghantarnya, tekan Pilihan dan pilih Pratonton.
3. Untuk menghantar mesej, tekan Pilihan dan pilih Hantar ke nombor
(atau Hantar ke e-mel atau Hantar ke ramai).
4. Masukkan nombor telefon atau alamat e-mel, atau cari ia di dalam
senarai kenalan. Tekan OK untuk menghantar mesej.
Jika anda memilih Hantar ke ramai dalam langkah 3, tekan Pilihan,
pilih Cari nombor atau Cari e-mel, dan pilih penerima satu persatu dari
senarai kenalan. Untuk menghantar mesej, tekan , atau tekan
Selesai dan Pilihan dan pilih Hantar.
Mesej disimpan di dalam folder Peti keluar sehingga ia dihantar. Mesejmesej yang dihantar disimpan di dalam folder Perkara dihantar jika
tetapan Simpan mesej dihantar ditetap ke Ya. Lihat "Tetapan bagi mesej
• Menghantar mesej multimedia mungkin mengambil masa yang lebih
lama dari menghantar mesej teks. Semasa penghantaran, penunjuk
animasi dipaparkan dan anda boleh menggunakan kebanyakan
fungsi-fungsi telefon yang lain.
Jika penghantaran terganggu, telefon akan cuba menghantar mesej
semula beberapa kali. Jika penghantaran gagal, mesej akan kekal di
dalam folder Peti keluar di mana anda boleh cuba menghantarnya
semula.
Rangkaian wayarles boleh membatas saiz mesej MMS. Jika gambar yang
dimasukkan melebihi had ini, peranti ini boleh membuatnya lebih kecil
supaya ia boleh dihantar melalui MMS.
Membaca dan membalas mesej multimedia
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej. Mesej
multimedia mungkin mengandungi perisian berniat jahat atau
mungkin berbahaya kepada peranti atau PC anda.
Apabila telefon sedang menerima mesej multimedia, penunjuk animasi
dipaparkan. Apabila mesej telah diterima, penunjuk dan teks
Mesej multimedia diterima dipaparkan.
Jika penunjuk berkelip, memori bagi mesej multimedia telah penuh.
Untuk maklumat tentang memadam templat, lihat "Memadam mesej" di
halaman 31.
2. Untuk memadam semua mesej di dalam folder, tatal ke folder yang
diingini dan tekan OK.
Untuk memadam semua mesej dari semua folder mesej teks, pilih
Semua mesej dan tekan OK.
Mesej suara
Peti mel suara adalah perkhidmatan rangkaian dan anda mungkin perlu
melangganinya dahulu.
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan pilih Mesej dan Mesej suara.
Pilih Nombor peti mel suara untuk menyimpan nombor peti mel suara
anda atau Dengar mesej suara untuk memanggilnya.
Petua: Untuk memanggil peti mel suara anda dengan cepat, tekan
dan tahan .
Mesej maklumat
Perkhidmatan rangkaian ini membolehkan anda menerima mesej
mengenai pelbagai topik daripada pembekal perkhidmatan anda.
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan pilih Mesej dan Mesej
maklumat. Untuk topik-topik yang terdapat dan nombor-nombor topik
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan pilih Mesej, Tetapan mesej,
Mesej teks dan Menghantar profil. Pilih kumpulan tetapan (‘profil
menghantar’) yang ingin anda tukar. Seterusnya, pilih
• Nombor pusat mesej untuk menyimpan nombor telefon yang
diperlukan untuk menghantar mesej teks dan gambar. Anda dapatkan
nombor ini daripada pembekal perkhidmatan anda.
• Mesej dihantar sebagai untuk memilih jenis mesej Teks, E-mel,
Mengelui atau Faks (perkhidmatan rangkaian).
• Kesahan mesej untuk memilih berapa lama rangkaian harus cuba
menghantar mesej anda kepada penerimanya (perkhidmatan
rangkaian).
• Nombor penerima lalai untuk menyimpan nombor telefon di mana
mesej dihantar secara lalai apabila profil menghantar ini digunakan.
Tetapan ini ditunjukkan apabila tetapan Mesej dihantar sebagai ialah
Teks.
Jika tetapan Mesej dihantar sebagai ialah E-mel, tetapan ini ialah
Pel ayan e-me l yang membolehkan anda menyimpan nombor telefon
pelayan e-mel.
• Penghantaran laporan untuk meminta rangkaian supaya
menghantarkan laporan penghantaran tentang mesej-mesej anda
(perkhidmatan rangkaian).
• Guna GPRS dan Ya untuk menetap telefon supaya menghantar mesej
teks melalui sambungan GPRS jika ini boleh dilakukan. Anda juga
boleh menetapkan Sambungan GPRS ke Sentiasa bertalian, lihat
"Sambungan GPRS" di halaman 52.
• Membalas melalui pusat yg sama untuk membolehkan penerima mesej
anda menghantar mesej balasan kepada anda melalui pusat mesej
anda (perkhidmatan rangkaian).
• Nama sml profil yg sedang dihantar untuk menukar nama profil
menghantar. Nama profil lalai tidak boleh ditukar.
Tetapan mengganti
Anda boleh menetap telefon supaya menggantikan mesej-mesej teks
lama dengan yang baru secara automatik. Tekan Menu dalam mod
tunggu sedia dan pilih Mesej, Tetapan mesej, Mesej teks dan Mengganti
dalam perkara dihantar atau Mengganti dalam peti masuk. Pilih
Dibenarkan untuk menetap telefon supaya menggantikan mesej-mesej
teks lama dengan yang baru di dalam folder Perkara dihantar atau Peti
masuk.
Tetapan bagi mesej multimedia
Tekan Menu, dan pilih Mesej, Tetapan mesej dan Mesej multimedia. Pilih
• Simpan mesej dihantar dan Ya untuk menetap telefon supaya
menyimpan mesej multimedia yang telah dihantar di dalam folder
Perkara dihantar. Jika anda memilih Tidak, mesej yang dihantar tidak
• Penghantaran laporan untuk meminta rangkaian supaya
menghantarkan laporan penghantaran tentang mesej-mesej anda
(perkhidmatan rangkaian).
• Mengecilkan imej untuk memilih sama ada imej diskala kepada saiz
yang lebih kecil apabila dimasukkan ke dalam mesej.
• Pemasaan slaid lalai untuk mentakrif berapa lama setiap slaid dalam
persembahan anda ditunjukkan secara lalai.
• Benarkan peneri- maan multimedia untuk membolehkan (Ya) atau
mencegah (Tidak) penerimaan mesej multimedia atau untuk
membolehkan ia hanya dalam rangkaian rumah anda (Dlm rang.
rumah).
• Mesej multimedia masuk untuk menetap telefon supaya mengambil
mesej-mesej multimedia secara automatik (Mendapat kembali), atau
pilih Menolak jika anda tidak mahu menerima mesej multimedia.
Tetapan ini tidak ditunjukkan jika Benarkan peneri- maan multimedia
ditetap ke Tidak.
• Tetapan sambungan untuk mentakrif tetapan penyemak imbas bagi
mengambil mesej multimedia yang baru diterima. Aktifkan kumpulan
sambungan di mana anda mahu menyimpan tetapan-tetapan dan
kemudian edit ia. Lihat juga "Memasukkan tetapan perkhidmatan
secara manual" di halaman 75.
Untuk tetapan yang betul, hubungi operator rangkaian atau pembekal
perkhidmatan anda.
• Benarkan iklan untuk membolehkan atau mencegah penerimaan iklan.
Tetapan ini tidak ditunjukkan jika Benarkan peneri- maan multimedia
ditetap ke Tidak atau Mesej multimedia masuk ditetap ke Menolak.
Tetapan saiz fon
Untuk memilih saiz fon bagi membaca dan menulis mesej, tekan Menu,
dan pilih Mesej, Tetapan mesej, Tetapan lain dan Saiz fon.
Arahan khidmat
Anda boleh menghantar permintaan perkhidmatan kepada pembekal
perkhidmatan anda (perkhidmatan rangkaian). Untuk mengakses menu
ini, tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan pilih Mesej dan Arahan
khidmat. Masukkan aksara yang diingini dan tekan Hantar.
■ Daftar panggilan (Menu 2)
Dalam menu ini anda boleh melihat nombor-nombor
telefon yang tidak dijawab, yang diterima dan yang telah
didail, dan anggaran tempoh panggilan anda.
Panggilan yang tidak dijawab, yang diterima dan yang
sudah didail
Untuk melihat nombor-nombor telefon yang tidak dijawab, yang diterima
dan yang sudah didail, tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih
• Panggilan tak dijawab untuk melihat sehingga sepuluh nombor
telefon daripada seseorang yang terbaru cuba memanggil anda tetapi
tidak berjaya (perkhidmatan rangkaian).
• Panggilan dijawab untuk melihat sehingga sepuluh nombor telefon
bagi panggilan yang terbaru anda terima (perkhidmatan rangkaian).
• Nombor yang sudah didail untuk melihat sehingga dua puluh nombor
telefon yang terbaru anda panggil atau cuba memanggil. Lihat juga
"Memanggil nombor yang baru didail" di halaman 7.
• Padam senarai panggilan terbaru untuk mengosongkan senarai
panggilan yang tidak dijawab, yang diterima dan yang sudah didail.
Nota-nota mengenai panggilan yang tidak dijawab, yang diterima
dan yang sudah didail
• Telefon mendaftarkan panggilan yang tidak dijawab dan yang diterima
hanya jika rangkaian menyokong fungsi-fungsi ini dan telefon
dihidupkan dan berada di dalam kawasan perkhidmatan rangkaian.
• Jika anda menekan Pilihan di dalam menu Panggilan tak dijawab,
Panggilan dijawab atau Nombor yang sudah didail, anda boleh,
misalnya, melihat tarikh dan masa panggilan, memanggil nombor
telefon yang terdaftar, menyimpan ia di dalam senarai kenalan atau
menghantar mesej ke nombor tersebut.
Nota: Invois sebenar untuk panggilan dan perkhidmatan dari
pembekal perkhidmatan anda mungkin berbeza-beza jumlahnya,
bergantung kepada ciri-ciri rangkaian, pembulatan jumlah bil,
cukai dan sebagainya.
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Daftar pang.. Pilih
• Tempoh panggilan untuk melihat anggaran tempoh panggilan masuk
dan panggilan keluar anda.
• Pembilang data GPRS untuk melihat jumlah data yang telah dihantar
dan diterima semasa sambungan GPRS.
• Pemasa sambungan GPRS untuk melihat anggaran tempoh
sambungan GPRS.
■ Kenalan (Menu 3)
Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon
(kenalan) di dalam memori telefon dan di dalam memori
kad SIM.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Kenalan.
Bilangan nama yang boleh disimpan bergantung kepada kepanjangan
nama, dan bilangan dan kepanjangan nombor-nombor telefon dan
perkara teks. Telefon ini menyokong kad SIM yang boleh menyimpan
sehingga 250 nama dan nombor telefon.
Kenalan-kenalan yang disimpan di dalam memori telefon menggunakan
memori yang dikongsi, lihat halaman ix.
Cara lain untuk mengakses fungsi-fungsi dalam menu ini
Anda boleh mengakses fungsi-fungsi dengan menekan Kenalan dalam
mod tunggu sedia (atau dengan menekan Pergi ke dan memilih Kenalan).
Beberapa fungsi boleh juga diakses seperti berikut: Tekan atau
dalam mod tunggu sedia, tatal ke nama yang anda mahu, tekan
Butiran, tatal ke nombor atau perkara teks, tekan Pilihan dan pilih fungsi
yang diingini.
Untuk mengakses kenalan semasa panggilan, tekan Pilihan dan pilih
Kenalan.
Memilih tetapan untuk kenalan
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Kenalan dan Tetapan. Pilih
• Memori digunakan untuk memilih memori kenalan yang ingin anda
gunakan. Jika anda mahu mencari nama dan nombor telefon di dalam
kedua-dua memori, pilih Telefon dan SIM. Dalam hal ini, nama dan
nombor akan disimpan di dalam memori telefon.
• Pameran kenalan untuk memilih bagaimana nama, nombor dan imej
dipaparkan di dalam senarai kenalan. Misalnya, pilih Nama dan imej
untuk melihat nama dengan imej yang terlampir.
• Taraf memori untuk melihat berapa banyak memori bebas yang
terdapat di dalam setiap memori kenalan.
1. Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Kenalan dan Tambah
kenalan.
2. Masukkan nama dan tekan OK untuk menyimpannya.
3. Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan, dan tekan OK
untuk menyimpannya.
• Untuk menggunakan nombor telefon semasa di luar negeri, tekan
dua kali (untuk aksara +) dan masukkan kod negara, kod
kawasan (tinggalkan awalan kosong, jika perlu) dan nombor
telefon.
4. Apabila nama dan nombor telah disimpan, tekan Selesai.
Petua: Untuk menyimpan nama dan nombor telefon dengan cepat,
masukkan nombor telefon dalam mod tunggu sedia, tekan Pilihan
dan pilih Simpan.
Menyimpan berbilang nombor dan perkara teks bagi setiap nama
Anda boleh menyimpan berlainan jenis nombor telefon dan perkara teks
bagi setiap nama di dalam memori kenalan telefon.
Nombor telefon pertama yang anda simpan dengan nama ialah nombor
lalai. Ia ditandakan dengan bingkai di sekeliling penunjuk jenis nombor,
misalnya . Apabila anda memilih nama dari senarai kenalan, misalnya
untuk membuat panggilan, nombor lalai digunakan kecuali anda memilih
nombor lain.
1. Pastikan memori yang sedang dipilih adalah Telefon atau Telefon dan
3. Tatal ke nama yang ingin anda tambahkan dengan nombor atau
perkara teks, dan tekan Butiran.
4. Tekan Pilihan, dan pilih Tambah nombor, Tambah butiran atau Tukar
jenis.
• Untuk menambah nombor telefon, pilih Tambah nombor dan jenis
nombor. Masukkan nombor, dan tekan OK untuk menyimpannya.
• Untuk menambah perkara teks, pilih Tambah butiran dan jenis teks,
misalnya Alamat e-mel. Untuk menambah aksara khas, tekan .
• Untuk menukar jenis nombor atau perkara teks yang terpilih , pilih
Tukar jenis dan jenis yang diingini.
5. Tekan Balik dan kemudian Keluar untuk kembali ke mod tunggu sedia.
Menukar nombor lalai
Tekan atau dalam mod tunggu sedia, tatal ke nama yang
diingini dan tekan Butiran. Tatal ke nombor yang ingin anda tetap
sebagai nombor lalai. Tekan Pilihan dan pilih Tetapkan sbg lalai.
Menambah imej kepada nama atau nombor yang
disimpan
Anda boleh menambah imej kepada nama atau nombor yang disimpan di
dalam memori telefon. Imej ditunjukkan apabila anda menerima
panggilan dari nombor telefon yang diberi.
Tekan atau dalam mod tunggu sedia, tatal ke nama (dan
nombor) yang ingin anda tambahkan dengan imej dan tekan Butiran.
Tekan Pilihan dan pilih Tambah imej. Senarai folder-folder di dalam menu
Galeri dipaparkan. Tatal ke nama yang diingini, tekan Pilihan dan pilih
Sim. ke kenalan.
Mencari nama di dalam kenalan
1. Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Kenalan dan Cari.
ATAU: Tekan atau dalam mod tunggu sedia.
2. Masukkan aksara(-aksara) pertama nama yang diingini, jika anda
mahu.
3. Tatal ke nama yang diingini, dan tekan Butiran. Jika nama disimpan
pada kad SIM, ditunjukkan di bahagian atas paparan.
4. Tatal nombor-nombor telefon dan perkara teks yang ditambahkan
kepada nama.
Memadam kenalan
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Kenalan dan Padam. Pilih
Satu persatu atau Padam semua.
Memadam nama dan nombor telefon akan juga memadam nombor,
perkara teks dan imej tambahan yang ditambahkan kepadanya.
Memadam imej dari kenalan tidak memadamnya dari menu Galeri.
Memadam nombor, perkara teks atau imej yang ditambahkan kepada
nama
Tekan atau dalam mod tunggu sedia, tatal ke nama (dan
nombor) yang diingini dan tekan Butiran. Tatal ke nombor, perkara teks
atau imej yang ingin anda padam, tekan Pilihan, pilih fungsi yang sesuai,
dan tekan OK.
Mengedit nama, nombor atau perkara teks
Tekan atau dalam mod tunggu sedia, tatal ke nama yang
diingini dan tekan Butiran. Tatal ke nama, nombor atau perkara teks yang
diingini dan tekan Pilihan. Pilih fungsi yang diingini, misalnya Edit butiran
untuk mengedit perkara teks.
Menyalin kenalan
Anda boleh menyalin nama dan nombor telefon dari telefon ke kad SIM
dan sebaliknya. Perkara teks atau imej yang disimpan di dalam telefon
tidak akan disalin ke kad SIM.
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Kenalan dan Salin. Pilih
arah penyalinan. Pilih Satu persatu, Semua atau Nombor lalai
(ditunjukkan apabila anda menyalin dari telefon). Pilih sama ada anda
mahu menyimpan nama dan nombor asal (Simpan asal) atau
memindahkannya (Pindah asal).
Fungsi-fungsi lain yang berkaitan dengan senarai
kenalan
Untuk mengakses fungsi-fungsi berikut, tekan Menu dalam mod tunggu
sedia dan pilih Kenalan. Pilih
• Nombor maklumat untuk memanggil nombor-nombor maklumat
pembekal perkhidmatan anda jika nombor-nombor tersebut terdapat
pada kad SIM anda (perkhidmatan rangkaian).
• Nombor khidmat untuk memanggil nombor-nombor khidmat
pembekal perkhidmatan anda jika nombor-nombor tersebut terdapat
pada kad SIM anda (perkhidmatan rangkaian).
• Nombor sendiri untuk melihat nombor-nombor telefon yang diberi
kepada kad SIM anda jika ini dibenarkan oleh kad itu.
• Kump. pemanggil untuk menyusun nama dan nombor telefon yang
disimpan di dalam menu Kenalan ke dalam kumpulan-kumpulan
pemanggil. Untuk setiap kumpulan, anda boleh memilih satu nada
deringan dan logo yang ditunjukkan apabila anda menerima panggilan
daripada nombor telefon yang dikenal pasti dari kumpulan yang diberi.
Anda boleh memilih fungsi-fungsi berikut: Nama kumpulan, Nada
dering kumpulan, Logo kumpulan, Anggota kumpulan.
Jika anda memilih Anggota kumpulan, tekan Tambah (atau tekan
Pilihan dan pilih Tambah kenalan) untuk menambah nama kepada
kumpulan. Untuk memadam nama dari kumpulan, tekan Pilihan dan
pilih Buang kenalan.
Lihat juga Isyarat untuk di dalam "Tetapan nada" di halaman 47.
Anda boleh menetap kekunci hingga supaya berfungsi sebagai
kekunci dail cepat. Untuk membuat panggilan menggunakan dail cepat,
lihat halaman 8.
Memberikan nombor telefon kepada kekunci dail cepat
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Kenalan dan Dail cepat.
Tatal ke kekunci yang diingini dan tekan Berikan. Tekan Cari dan pilih
nama dan nombor yang ingin anda berikan kepada kekunci yang terpilih.
Jika nombor telefon sudah pun diberikan kepada kekunci, anda boleh
melihat atau menukar nombor atau memadam pemberian itu dengan
menekan Pilihan dan memilih fungsi yang diigini.
Kad niaga
Anda boleh menghantar atau menerima maklumat kenalan seseorang
sebagai kad niaga.
Untuk menghantar kad niaga ke telefon yang serasi atau peranti lain yang
menyokong piawai vCard: Tekan atau dalam mod tunggu
sedia, tatal ke nama yang diingini, dan tekan Butiran. Tekan Pilihan dan
pilih Hantar kad niaga dan Melalui mesej teks atau Melalui multimedia
(perkhidmatan rangkaian).
Apabila anda menerima kad niaga, tekan Tunjuk dan Simpan untuk
menyimpan kad niaga di dalam memori telefon. Untuk membuang kad
niaga, tekan Keluar dan OK.
Pilih Urutan lampu untuk mengaktifkan lampu paparan dan lampu
pad kekunci bagi fungsi-fungsi tertentu. Untuk maklumat lanjut,
lihat "Amaran lampu" di halaman xiii.
Untuk maklumat mengenai tetapan-tetapan lain, lihat "Tetapan
nada" di halaman 47. Dengan Nama profil anda boleh menamakan
semula profil yang terpilih. Profil Umum tidak boleh dinamakan
semula.
Nama profil aktif semasa ditunjukkan dalam mod tunggu sedia, kecuali
apabila profil Umum sedang aktif. Jika profil itu ditetap masa,
ditunjukkan di depan namanya.
Petua: Untuk menukar profil dengan cepat dalam mod tunggu
sedia, tekan kekunci kuasa dan pilih profil yang ingin anda
aktifkan.
Tetapan nada
Anda boleh menukar tetapan nada dan getaran bagi profil yang sedang
dipilih. Tetapan-tetapan yang sama juga boleh ditemui di dalam menu
Profil, lihat halaman 46.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Tetapan dan Tetapan nada. Pilih
• Isyarat panggilan masuk untuk memilih bagaimana telefon
memberitahu anda tentang panggilan suara yang masuk. Pilihanpilihannya adalah Deringan, Menaik, Dering sekali, Bip sekali dan Tak
Sila ambil perhatian bahawa apabila lipat dibuka, semua nada
deringan dimainkan dalam mod menaik.
• Nada deringan untuk memilih nada yang berdering apabila anda
menerima panggilan suara. Untuk memilih nada deringan dari menu
Galeri, pilih Buka Galeri.
• Lantang deringan untuk memilih tahap kelantangan bagi nada
deringan dan nada isyarat mesej.
• Isyarat getar untuk menetap telefon supaya menggetar apabila anda
menerima panggilan atau mesej. Isyarat getar tidak berfungsi apabila
telefon disambungkan kepada pengecas.
• Nada isyarat mesej untuk memilih nada yang anda dengar apabila
menerima mesej. Untuk memilih nada dari senarai nada deringan, pilih
Nada dering dan nada yang diingini.
• Nada pad kekunci untuk memilih kelantangan bagi nada pad kekunci.
• Nada amaran untuk menetap telefon supaya membunyikan nada,
misalnya, apabila bateri kehabisan kuasa.
• Isyarat untuk untuk menetap telefon supaya berdering hanya jika
panggilan datang dari nombor-nombor telefon yang di dalam
kumpulan pemanggil tertentu. Tatal ke kumpulan pemanggil yang
anda mahu atau Semua pang. dan tekan Tanda. Lihat juga tetapan
Kump. pemanggil di dalam menu Kenalan.
Apabila Isyarat panggilan masuk ditetap ke Tak aktif dan Nada isyarat
mesej ditetap ke Tak aktif, ditunjukkan dalam mod tunggu sedia.
Untuk ketersediaan nada melalui mesej teks (SMS), mesej multimedia
(MMS) atau perkhidmatan penyemak imbas, hubungi operator rangkaian
atau pembekal perkhidmatan anda. Nada-nada disimpan di dalam menu
Galeri.
Tetapan paparan
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Tetapan dan Tetapan paparan. Pilih
• Kertas hias dinding untuk menetap telefon supaya memaparkan imej
latar belakang, ‘kertas hias dinding’, apabila telefon dalam mod
tunggu sedia.
Imej-imej kertas hias dinding boleh ditemui di dalam menu Galeri.
Anda boleh menyimpan imej-imej baru, misalnya, dari mesej
multimedia.
Untuk menetap imej sebagai kertas hias dinding.
• Untuk memilih imej kertas hias dinding bagi pertama kali atau
menukar imej, pilih Pilih k/hias dinding. Tatal ke folder yang anda
mahu, tekan Buka dan tatal ke imej yang diingini. Tekan Pilihan
dan pilih Ttp sbg h/dinding.
• Jika anda telah menggunakan kertas hias dinding sebelum itu
tetapi telah kemudian memilih Tak aktif, pilih Aktif.
• Skema warna untuk memilih warna bagi sesetengah bahagian
paparan telefon, seperti penunjuk kekuatan isyarat.
• Logo operator untuk menetap telefon supaya memaparkan atau
menyembunyikan logo operator yang disimpan di dalam telefon. Jika
tidak terdapat logo operator di dalam telefon, fungsi ini dimalapkan.
Untuk ketersediaan logo operator, hubungi operator rangkaian atau
pembekal perkhidmatan anda.
• Masa muncul gambar skrin untuk menetap masa yang selepasnya ciri
gambar skrin diaktifkan. Gambar skrin adalah ciri jimat kuasa yang
menjadi aktif jika telefon tidak digunakan untuk tempoh masa
tertentu dalam mod tunggu sedia. Sila ambil perhatian bahawa
gambar skrin dinyahaktifkan apabila telefon di luar kawasan liputan
rangkaian.
Anda boleh menyahaktifkan gambar skrin dengan menekan sebarang
kekunci.
• Kecerahan paparan untuk menukar paras kecerahan. Tekan dan
untuk mengurangkan dan menambah paras, dan tekan OK
untuk menerimanya.
• Pameran menu untuk menetap cara telefon memaparkan menu utama.
Jika anda memilih Senarai, menu-menu ditunjukkan sebagai satu
senarai. Jika anda memilih Grid, menu-menu ditunjukkan sebagai satu
grid. Dalam paparan grid, nama menu ditunjukkan di bahagian atas
paparan.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Tetapan dan Tetapan masa dan tarikh. Pilih
• Jam untuk menetap masa, menunjukkan (atau menyembunyikan)
masa dalam mod tunggu sedia atau memilih format masa 12 jam atau
24 jam dan zon masa. Jika bateri ditanggalkan dari telefon untuk masa
yang lama, anda mungkin perlu menetap masa sekali lagi.
Tetapan jam berkaitan dengan beberapa fungsi seperti Mesej, Daftar
pang., Jam penggera dan Kalendar.
• Tarikh untuk menunjukkan (atau menyembunyikan) tarikh dalam mod
tunggu sedia, menetap tarikh atau memilih format tarikh atau
pemisah tarikh. Jika bateri ditanggalkan dari telefon untuk masa yang
lama, anda mungkin perlu menetap tarikh sekali lagi.
• Kemas kini auto tarikh dan masa untuk menetap telefon supaya
mengemas kini masa dan tarikh secara automatik menurut zon masa
semasa (perkhidmatan rangkaian).
Pengemaskinian automatik tarikh dan masa tidak mengubah masa
yang telah anda tetapkan untuk jam penggera, kalendar atau nota
penggera.
Pintasan peribadi
Anda boleh memilih fungsi bagi kekunci pemilihan kanan yang
ditunjukkan dalam mod tunggu dan fungsi-fungsi (‘pintasan peribadi’)
yang boleh diakses dengan menekan Pergi ke dalam mod tunggu sedia
atau dengan memasukkan menu Pergi ke.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Tetapan dan Pintasan peribadi. Pilih
• Kekunci pilihan kanan untuk memilih fungsi bagi kekunci pemilihan
kanan.
• Pilih pilihan 'Pergi ke' untuk memilih fungsi-fungsi bagi senarai
pintasan anda. Tatal ke fungsi dan tekan Tanda untuk menambahkan
ia kepada senarai. Untuk membuang fungsi dari senarai, tekan B'ng
tnd. Untuk menyimpan perubahan, tekan Selesai dan Ya.
• Susun pilihan 'Pergi ke' untuk menukar susunan fungsi-fungsi pada
senarai. Tatal ke fungsi yang diingini, tekan Pindah dan pilih di mana
anda ingin memindahkan fungsi itu.
Kesambungan
Dalam menu ini anda boleh mentakrif bila telefon menyambung kepada
rangkaian GPRS.
Sambungan GPRS
Dalam menu ini anda boleh mentakrif bila telefon menyambung kepada
rangkaian GPRS (perkhidmatan rangkaian). Untuk maklumat umum
mengenai perkhidmatan GPRS, lihat halaman xiii.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Tetapan, Kesambungan dan GPRS.
Pilih Sambungan GPRS dan Sentiasa bertalian atau Apabila diperlukan.
• Jika anda memilih Sentiasa bertalian, telefon secara automatik
mendaftar kepada satu rangkaian GPRS apabila anda menghidupkan
telefon, jika rangkaian GPRS terdapat di lokasi anda.
Jika anda memilih Apabila diperlukan, telefon mendaftarkan dan
menyambung kepada rangkaian GPRS hanya jika anda menggunakan
fungsi yang memerlukan perkhidmatan GPRS. Dalam hal ini,
mewujudkan sambungan mungkin mengambil masa yang lebih lama
dari apabila Sentiasa bertalian dipilih.
Penunjuk-penunjuk GPRS
Apabila mod sambungan GPRS yang dipilih adalah Sentiasa bertalian dan
perkhidmatan GPRS tersedia, ditunjukkan di paparan.
Apabila anda memulakan fungsi yang menggunakan perkhidmatan GPRS,
telefon menyambung kepada rangkaian GPRS, ditunjukkan dan
pemindahan data boleh dilakukan.
Jika anda menerima panggilan atau mesej teks, atau membuat panggilan,
semasa sambungan GPRS, ditunjukkan bagi menandakan bahawa
sambungan digantung (ditahan). Telefon cuba mewujudkan semula
sambungan selepas panggilan tersebut.
Tetapan panggilan
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
• Alih panggilan untuk mengarahkan panggilan masuk anda ke peti mel
suara anda atau nombor telefon lain (perkhidmatan rangkaian).
Pilihan alihan yang tidak disokong oleh kad SIM anda atau operator
rangkaian anda mungkin tidak dipaparkan.
Pilih pilihan alihan yang diingini, sebagai contoh, pilih Alih jika sibuk
untuk mengalihkan panggilan suara apabila nombor anda sedang
sibuk atau apabila anda menolak panggilan masuk. Tetapkan pilihan
alihan ke aktif (Aktifkan) atau tak aktif (Batal), atau periksa sama ada
pilihan diaktifkan (Semak status).
• Jika anda memilih Aktifkan, pilih di mana panggilan-panggilan
hendak dialihkan. Untuk sesetengah pilihan alihan anda juga boleh
memilih masa yang selepasnya panggilan dialihkan.
Beberapa pilihan alihan boleh aktif pada masa yang sama. Apabila
semua panggilan dialihkan, dipaparkan dalam mod tunggu sedia.
• Kawalan lantang auto dan Aktif untuk menetap telefon supaya
mengekalkan kelantangan cuping telinga pada paras yang anda pilih
dengan atau secara automatik semasa panggilan.
Misalnya, jika persekitaran bising, telefon akan menambah
kelantangan.
• Jawab guna sebarang kekunci dan Aktif
jika anda mahu menjawab
panggilan masuk dengan menekan sebarang kekunci sebentar, kecuali
kekunci kuasa , dan kekunci-kekunci pemilihan.
• Dail semula automatik untuk menetap telefon supaya membuat
sehingga sepuluh percubaan untuk menyambungkan panggilan
selepas satu percubaan memanggil yang gagal.
• Dail cepat dan Aktif jika anda mahu memanggil nama dan nombor
telefon yang diberi kepada kekunci-kekunci dail cepat hingga
dengan menekan dan menahan kekunci yang sepadan.
• Khidmat panggilan menanti dan Aktifkan untuk meminta rangkaian
supaya memberitahu anda apabila anda menerima panggilan baru
semasa panggilan (khidmat rangkaian).
• Ringkasan selepas panggilan dan Aktif untuk menetap telefon supaya
memaparkan sebentar anggaran tempoh panggilan terakhir.
• Hantar identiti pemanggil saya untuk menunjukkan (Ya) nombor
telefon anda kepada orang yang anda panggil atau
menyembunyikannya (Tidak). Jika anda memilih Tetapan rang.,
tetapan yang telah dipersetujui bersama dengan pembekal
perkhidmatan anda digunakan. Ini adalah satu perkhidmatan
rangkaian.
Tetapan telefon
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Tetapan dan Tetapan telefon. Pilih
• Bahasa telefon untuk memilih bahasa bagi teks paparan. Jika anda
memilih Automatik, telefon akan memilih bahasa menurut maklumat
pada kad SIM.
• Taraf memori untuk melihat jumlah memori bebas dan memori
dikongsi yang digunakan dan jumlah memori yang digunakan oleh
fungsi-fungsi yang berlainan.
• Kawal kekunci automatik untuk menetap pad kekunci sepaya
mengunci secara automatik selepas tempoh masa tertentu apabila
telefon dalam mod tunggu sedia. Lihat juga "Penguncian pad kekunci
(Kawal kekunci)" di halaman 11.
Untuk mengaktifkan kawal kekunci automatik, pilih Aktif dan
tetapkan masa yang selepasnya pad kekunci akan dikunci. Untuk
menyahaktif kawal kekunci automatik, pilih Tak aktif.
Apabila kawal kekunci aktif, panggilan masih boleh dibuat ke nombor
kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda.
• Paparan maklumat sel untuk menetap telefon supaya menunjukkan
apabila ia digunakan di dalam rangkaian selular yang berdasarkan
teknologi Rangkaian Selular Mikro (MCN) (perkhidmatan rangkaian).
• Kata sapaan untuk mentakrif nota yang dipaparkan sebentar apabila
telefon dihidupkan. Untuk menyimpan nota tekan Pilihan dan pilih
Simpan.
• Pilihan operator untuk menetap telefon supaya memilih rangkaian
selular yang terdapat di kawasan anda secara automatik (Automatik)
atau untuk memilih rangkaian yang diingini dari senarai (Manual).
Rangkaian yang dipilih mestilah mempunyai persetujuan perayauan
dengan rangkaian operator rumah anda. Jika Tiada akses dipaparkan,
pilih rangkaian lain.
Telefon tetap dalam mod manual sehingga mod automatik dipilih atau
kad SIM yang lain dimasukkan ke dalam telefon.
Apabila tambahan yang serasi disambungkan kepada telefon, penunjuk
yang sepadan (misalnya ) ditunjukkan dalam mod tunggu sedia.
Tetapan keselamatan
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan
pilih Tetapan dan Tetapan keselamatan.
Apabila ciri-ciri keselamatan yang menyekat panggilan sedang digunakan
(seperti sekatan panggilan, kumpulan pengguna terhad dan dail tetap)
panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda.
Pilih
• Permintaan kod PIN untuk menetap telefon supaya meminta kod PIN
anda setiap kali telefon dihidupkan. Sesetengah kad SIM tidak
membenarkan tetapan ini ditukar.
• Khidmat sekat panggilan untuk mengehadkan panggilan yang boleh
dibuat atau diterima dengan telefon (perkhidmatan rangkaian).
• Dail tetap untuk mengehadkan panggilan dan mesej teks dari telefon
anda ke nombor-nombor telefon yang terpilih, jika dibenarkan oleh
kad SIM anda (perkhidmatan rangkaian).
Apabila pilihan dail tetap sedang aktif, sambungan GPRS hanya boleh
digunakan untuk menghantar mesej teks. Nombor telefon penerima
dan nombor pusat mesej mestilah disertakan di dalam senarai dail
tetap.
• Kumpulan pengguna terhad untuk menentukan sekumpulan orang
yang boleh anda panggil dan yang boleh memanggil anda
(perkhidmatan rangkaian). Apabila anda menggunakan kumpulan
pengguna terhad, nombor kumpulan ditunjukkan dalam mod tunggu
sedia.
• Tahap keselamatan untuk mentakrif bila telefon meminta kod
keselamatan.
Jika anda memilih Telefon, telefon akan meminta kod keselamatan
apabila kad SIM baru dimasukkan ke dalam telefon.
Jika anda memilih Memori, kod keselamatan diminta apabila memori
yang digunakan ialah Kad SIM dan anda ingin menukar memori
kepada Telefon atau Telefon dan SIM atau apabila anda mahu
menyalin nama dan nombor dari satu senarai kenalan ke satu senarai
lain.
Apabila anda menukar tetapan ini, nombor-nombor di dalam menu
Panggilan tak dijawab, Panggilan dijawab dan Nombor yang sudah
didail dipadam.
• Kod akses untuk menukar kod keselamatan, kod PIN, kod PIN2 atau
kata laluan sekatan. Kod-kod hanya boleh terdiri daripada nombor 0
hingga 9.
Simpan semula tetapan kilang
Anda boleh menetap semula sesetengah tetapan menu kepada nilai-nilai
asalnya.
Tekan Menu dalam mod tunggu sedia, dan pilih Tetapan dan Simpan
semula tetapan kilang. Masukkan kod keselamatan dan tekan OK. Sila
ambil perhatian bahawa fungsi ini tidak memadam maklumat yang telah
anda simpan atau muat turun ke telefon.
■ Galeri (Menu 5)
Di dalam menu ini, anda boleh mengurus grafik dan nada
yang telah anda simpan, misalnya, dari mesej multimedia.
Fail-fail format JPEG dan BMP disokong. Fail-fail ini disusun di dalam
folder.
Telefon anda menyokong sistem Pengurusan Hak Digital (DRM) untuk
melindungi kandungan yang telah anda peroleh ke telefon. Suatu
kandungan, seperti nada deringan, boleh dilindungi dan dikaitkan dengan
peraturan-peraturan penggunaan tertentu, misalnya bilangan
penggunaan dan tempoh penggunaan tertentu. Peraturan-peraturan ini
ditakrif di dalam kunci pengaktifan kandungan yang boleh dihantar
dengan kandungan atau secara berasingan, bergantung kepada pembekal
perkhidmatan. Anda mungkin boleh mengemas kini kunci-kunci
pengaktifan ini. Anda harus memeriksa syarat-syarat penghantaran
sebarang kandungan serta kunci pengaktifannya sebelum
memperolehnya, kerana ia mungkin dikenakan bayaran.
Galeri menggunakan memori yang dikongsi, lihat halaman ix.
1. Tekan Menu dan pilih Galeri. Senarai pilihan dipaparkan.
2. Pilih Pamer folder untuk membuka senarai folder.
• Tambah folder, Padam folder, Nama sml folder: Anda boleh
menambah folder baru atau memadam atau menamakan semula
folder yang anda pilih. Folder-folder yang telah dipratetap tidak
boleh dihapus atau dinamakan semula.
• Taraf memori untuk melihat berapa banyak memori bebas yang
terdapat.
• Snr kunci p'aktifan: Anda boleh melihat senarai kunci pengaktifan
yang terdapat. Tatal ke fail yang diingini dan tekan Pilihan. Pilih
Butiran untuk melihat kunci pengaktifan.
• Muat turun: Anda boleh memuat turun imej dan nada
(perkhidmatan rangkaian). Satu senarai penanda buku dipaparkan.
Pilih Lebih p/buku jika anda mahu melihat penanda buku yang
terdapat di dalam menu Perkhidmatan. Pilih penanda buku
halaman penyemak imbas yang ingin anda akses. Ikut arahan yang
diberikan oleh perkhidmatan itu.
3. Untuk membuka folder, tatal ke folder yang diingini dan tekan Buka.
Fail-fail di dalam folder ditunjukkan.
Menekan Pilihan membolehkan akses kepada beberapa fungsi yang
diperihalkan di dalam "Pilihan-pilihan bagi fail di dalam galeri" di
halaman 62.
4. Untuk melihat imej atau mendengar bunyi, tatal ke fail imej atau
bunyi yang diingini, tekan Pilihan dan pilih Buka.
Apabila anda telah memilih atau membuka fail, anda boleh menekan
Pilihan untuk fungsi-fungsi berikut: Buka, Padam, Hantar, Edit imej,
Pindah, Nama semula, Ttp sbg h/dinding, Tetap sbg dering, Butiran, Susun,
Snr kunci p'aktifan. Pilih
• Hantar untuk menghantar fail sebagai mesej multimedia.
• Edit imej untuk menambah teks dan gambar sunting kepada imej
terpilih atau untuk memangkas imej. Tekan Pilihan dan pilih fungsi
yang diingini.
Jika anda memilih Masukkan teks, masukkan teks yang anda mahu,
tekan OK dan gerakkan teks dengan kekunci tatal. Jika anda menekan
Pilihan, anda boleh memilih gaya, saiz dan warna fon teks dan
memusingkan teks. Untuk mengesahkan perubahan, tekan Pilihan dan
pilih OK.
Jika anda memilih Masuk klip gambar, tatal ke imej yang diingini,
tekan Pilihan dan pilih Masuk. Gerakkan imej yang dimasukkan
dengan kekunci tatal dan tekan OK.
Untuk menyimpan imej yang diubah suai dalam format GIF, tekan
Pilihan, pilih Simpan, edit nama imej, tekan OK dan pilih folder yang
diingini.
• Butiran untuk melihat, misalnya, saiz fail.
• Susun untuk mengisih fail-fail dan folder-folder mengikut nama,
tarikh, format atau saiz.
• Snr kunci p'aktifan untuk mengemas kini kunci pengaktifan bagi fail
yang terpilih. Pilihan ini hanya ditunjukkan jika kunci pengaktifan bagi
fail boleh dikemas kini.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, muzik
(termasuk nada dering) dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai,
dipindahkan atau dikemukakan.
■ Pengatur (Menu 6)
Dalam menu ini, anda boleh menggunakan jam penggera
terbina dalam dan kalendar.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Pengatur.
Jam penggera
Anda boleh menetap telefon supaya menggera pada masa yang diingini.
Jam penggera berjalan walaupun jika anda menutup lipat telefon.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Pengatur dan Jam penggera.
Untuk menetap penggera, pilih Waktu penggera, masukkan waktu
penggera dan tekan OK. Untuk menukar waktu penggera, pilih Aktif.
Untuk menetap nada bagi penggera, pilih Nada penggera dan nada yang
diingini.
Apabila jam penggera berjalan, ditunjukkan dalam mod tunggu sedia.
Telefon akan membunyikan suatu nada isyarat dan mengerlipkan
Penggera! serta waktu semasa di paparan. Tekan Henti untuk
menghentikan penggera. Jika anda membiarkan telefon menggera selama
satu minit atau menekan Tunda, penggera berhenti selama kira-kira
sepuluh minit dan kemudian berbunyi lagi.
Jika tiba masa penggera semasa peranti dimatikan, peranti ini akan
dihidupkan dengan sendirinya dan mula membunyikan nada penggera.
Jika anda menekan Henti, peranti ini akan bertanya sama ada anda ingin
mengaktifkannya untuk panggilan. Pilih Tidak untuk mematikan peranti
ini atau Ya untuk membuat dan menerima panggilan. Jangan pilih Ya
apabila penggunaan telefon wayarles boleh menyebabkan gangguan atau
bahaya.
Kalendar
Kalendar menggunakan memori yang dikongsi, lihat halaman ix.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Pengatur dan Kalendar. Pamer bulan ditunjukkan. Anda boleh
menatal hari, minggu dan bulan dengan kekunci tatal.
Petua: Untuk membuka kalendar dengan cepat dalam mod tunggu
sedia, tekan .
• Pamer bulan: Pamer ini menunjukkan minggu-minggu dalam sebulan.
Hari semasa ditandakan dengan bingkai di sekelilingnya. Jika terdapat
sebarang nota untuk hari itu, hari tersebut ditunjukkan dalam bentuk
tebal. Untuk melihat nota-nota yang ditetapkan untuk hari (‘pamer
hari’), tatal ke hari yang diingini, tekan Pilihan dan pilih Nota hari.
Menekan Pilihan juga membolehkan akses kepada fungsi-fungsi
berikut: Pameran minggu, Buat nota, Pergi ke tarikh, Tetapan. Pilih
• Tetapan untuk menetap tarikh dan masa atau untuk memilih
formatnya, aksara pemisah (misalnya - ) atau hari pertama dalam
minggu (Minggu bermula). Dengan Padam auto anda boleh
menetap telefon supaya memadam nota-nota lama secara
automatik selepas tempoh masa yang tertentu.
• Pamer Hari: Pamer ini menunjukkan nota-nota yang ditetapkan untuk
hari terpilih. Anda boleh menatal nota-nota dengan menekan
atau dan menatal hari-hari dengan menekan atau .
Tekan Pilihan dan pilih Pame r untuk membuka nota terpilih (‘pamer
nota’).
Menekan Pilihan juga membolehkan akses kepada fungsi-fungsi
berikut: Buat nota, Pada m, Edit, Pindah, Ulang, Pergi ke tarikh, Hantar
nota, Salin, Tetapan. Pilih
• Ulang untuk memilih jarak waktu nota diulang.
• Pamer nota: Pamer ini menunjukkan nota yang anda buka dalam
pamer hari.
Anda boleh menekan Pilihan untuk fungsi-fungsi berikut: Edit, Padam,
Pindah, Ulang, Hantar nota, Salin, Tetapan.
Membuat nota kalendar
Anda boleh mencipta nota baru dalam pamer bulan, minggu atau hari.
Dalam pamer bulan atau minggu, tatal ke hari yang diingini, tekan Pilihan
dan pilih Buat nota. Dalam pamer hari, tekan Pilihan dan pilih Buat nota.
Pilih salah satu jenis nota yang berikut: Mesyuarat, Panggil,
Harijadi, Memo, Peringatan.
Buat nota dan simpan ia. Misalnya, untuk menyimpan nota bagi
mesyuarat dengan penggera, lakukan yang berikut:
Masukkan perkara bagi mesyuarat, tekan Pilihan dan pilih Simpan.
Masukkan lokasi, tekan Pilihan dan pilih Simpan. Masukkan tarikh
mulanya dan tekan OK. Masukkan tarikh tamatnya dan tekan OK.
Masukkan masa mulanya dan tekan OK. Masukkan masa tamatnya dan
tekan OK. Untuk menetap penggera bagi nota, pilih Dengan nada atau
Senyap (tiada nada penggera) dan tetapkan waktu penggera.
Apabila telefon membunyikan penggera untuk nota
Telefon berbunyi bip dan memaparkan nota. Apabila nota panggilan
dipaparkan, anda boleh memanggil nombor dengan menekan .
Untuk menghentikan penggera dan melihat nota, tekan Pamer. Jika anda
menekan Tunda apabila nota dipaparkan, penggera berhenti selama
sekitar sepuluh minit dan kemudian berbunyi lagi.
Untuk menghentikan penggera tanpa melihat nota, tekan Keluar.
Dalam menu ini anda boleh menggunakan permainan dan
aplikasi Java yang dipasang di dalam telefon.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Aplikasi.
Telefon ini menyokong Java 2 Edisi Mikro (J2ME™) yang merupakan versi
teknologi Java yang direka bentuk khas untuk produk-produk elektronik
pengguna yang kecil.
Sebelum anda boleh menggunakan aplikasi Java anda perlu
memindahkannya ke telefon anda. Aplikasi Java menggunakan memori
yang dikongsi, lihat halaman ix.
Permainan
Dalam menu ini anda boleh bermain permainan Java yang dipasang di
dalam telefon.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Aplikasi dan Permainan.
Tetapan permainan: Pilih Tetapan aplikasi untuk menetap bunyi, lampu
dan getaran, (Goncangan apl) bagi permainan. Apabila fungsi Isyarat
getar di dalam menu Tetapan nada tidak aktif, telefon tidak menggetar
Untuk memulakan permainan, pilih Pilih permainan, tatal ke permainan
yang diingini dan tekan , atau tekan Pilihan dan pilih Buka. Anda
boleh menekan Pilihan untuk fungsi yang sama seperti yang di dalam
menu Kutipan. Sila ambil perhatian bahawa menjalankan beberapa
permainan menggunakan kuasa bateri telefon dengan lebih cepat (dan
anda mungkin perlu menyambungkan telefon kepada pengecas).
Untuk melihat jumlah memori yang terdapat untuk permainan, pilih
Memori.
Untuk memuat turun permainan ke dalam telefon, pilih M/turun mainan.
Satu senarai penanda buku dipaparkan. Pilih Lebih p/buku jika anda mahu
melihat penanda buku yang terdapat di dalam menu Perkhidmatan. Pilih
penanda buku halaman penyemak imbas yang ingin anda akses. Ikut
arahan yang diberikan oleh perkhidmatan itu. Apabila memuat turun
permainan, ia boleh disimpan di dalam menu Kutipan dan bukan menu
Permainan.
Kutipan
Dalam menu ini, anda boleh menggunakan dan mengurus aplikasi Java
yang dipasang di dalam telefon.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Aplikasi dan Kutipan.
Untuk melancarkan aplikasi, pilih Pilih aplikasi. Tatal ke aplikasi atau
kumpulan aplikasi yang ingin anda gunakan. Tekan Pilihan dan pilih Buka,
atau tekan , untuk melancarkan aplikasi atau untuk membuka
kumpulan aplikasi.
Sila ambil perhatian bahawa menjalankan beberapa aplikasi
menggunakan kuasa bateri telefon dengan lebih cepat (dan anda
mungkin perlu menyambungkan telefon kepada pengecas).
Pilihan-pilihan lain yang terdapat bagi sesuatu aplikasi atau
kumpulan aplikasi
Anda boleh mengakses fungsi-fungsi di bawah dengan menekan Pilihan
di dalam senarai aplikasi. Pilih
• Padam untuk memadam aplikasi atau kumpulan aplikasi terpilih dari
telefon.
• Butiran untuk melihat maklumat tambahan mengenai aplikasi.
• Semak versi untuk mencari versi baru aplikasi dari perkhidmatan
Internet (perkhidmatan rangkaian).
• Laman web untuk mengakses halaman Internet yang berkaitan
dengan aplikasi itu (perkhidmatan rangkaian). Pilihan ini ditunjukkan
hanya jika aplikasi mengandungi alamat Internet halaman itu.
• Akses web untuk menyekat aplikasi daripada mengakses rangkaian.
Pilih Tanya dulu untuk menetap telefon supaya meminta akses,
Dibenarkan untuk membenarkan akses, atau Tidak dibenarkan untuk
tidak membenarkan akses.
• Sambung melalui untuk menetap telefon supaya menggunakan
tetapan perkhidmatan tertentu jika aplikasi memerlukannya. Telefon
ini menggunakan tetapan perkhidmatan lalai untuk penyemak imbas.
Anda boleh memuat turun aplikasi Java baru seperti berikut:
•Dalam menu Kutipan, pilih M/turun aplikasi. Satu senarai penanda
buku dipaparkan. Pilih Lebih p/buku jika anda mahu melihat penanda
buku yang terdapat di dalam menu Perkhidmatan. Pilih penanda buku
halaman penyemak imbas yang ingin anda akses. Ikut arahan yang
diberikan oleh perkhidmatan itu.
•Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan pilih Perkhidmatan untuk
mengakses halaman penyemak imbas dari mana anda boleh memuat
turun aplikasi Java yang anda mahu.
• Gunakan fungsi M/turun mainan di dalam menu Permainan.
Penting: Hanya pasang dan gunakan aplikasi-aplikasi dan
perisian lain dari sumber-sumber yang menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang
merosakkan.
Semasa memuat turun permainan atau aplikasi, ia boleh disimpan di
dalam menu Permainan dan bukan menu Kutipan.
Memeriksa status memori
Untuk memeriksa jumlah memori yang terdapat bagi aplikasi Java, pilih
Petua: Untuk membuat penukaran mata wang dalam mod tunggu
sedia, masukkan, tekan Pilihan dan pilih Dalam tempatan atau
Dalam asing.
Jam randik
Tekan Menu, dan pilih Tambahan dan Jam randik.
Pilih Pemisahan masa atau Masa pusingan dan tekan Mula untuk mula
mengambil masa. Untuk mengambil masa, tekan Henti. Apabila
pemasaan dihentikan, anda boleh menekan Pilihan untuk Mula, Simpan,
atau Tetap semula. Jika anda memilih Mula, pemasaan diteruskan dari
masa henti sebelumnya. Tetap semula menghentikan pemasaan semasa
dan menetapkan masa ke sifar.
Untuk menetap pemasaan supaya berterusan di latar belakang, tekan
. Semasa masa sedang berjalan, muncul dalam mod tunggu
sedia.
Menggunakan jam randik atau membiarkan ia berjalan di latar belakang
apabila menggunakan ciri-ciri lain menambah penggunaan kuasa bateri
dan mengurangkan hayat bateri.
Pemasa undur
Tekan Menu, pilih Tambahan dan Pemas a undur. Masukkan masa
penggeraan dan tekan OK. Anda juga boleh memasukkan nota untuk
penggera, menukar masa dan menghentikan pemasa.
Apabila pemasa sedang berjalan, dipaparkan dalam mod tunggu
sedia.
Apabila waktu penggera tiba, telefon akan membunyikan satu nada dan
memancarkan teks yang berkaitan. Tekan sebarang kekunci untuk
menghentikan penggera.
■ Perkhidmatan (Menu 9)
Menu ini mengandungi penyemak imbas yang boleh anda
gunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan
(perkhidmatan rangkaian). Perkhidmatan-perkhidmatan ini mungkin
termasuk, misalnya, laporan cuaca, berita atau masa penerbangan.
Untuk mengakses menu ini: Tekan Menu dalam mod tunggu sedia dan
pilih Perkhidmatan.
Periksa ketersediaan, harga, dan tarif perkhidmatan semak imbas ini
dengan operator rangkaian dan/atau pembekal perkhidmatan anda.
Mereka juga akan memberi anda arahan bagaimana hendak
menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan mereka.
Dengan penyemak imbas berbilang mod telefon anda, anda boleh melihat
perkhidmatan-perkhidmatan yang menggunakan Bahasa Tokokan
Wayarles (WML) atau Bahasa Tokokan HiperTeks boleh diperluas (xHTML)
di halaman-halamannya.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan
yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang
mencukupi daripada perisian yang merosakkan.
Langkah-langkah asas untuk mengakses dan
menggunakan perkhidmatan penyemak imbas
1. Simpan tetapan-tetapan yang diperlukan untuk mengakses
perkhidmatan yang ingin anda gunakan. Lihat halaman 74.
2. Buat sambungan ke perkhidmatan yang berkenaan. Lihat halaman 76.
3. Mulakan menyemak imbas halaman perkhidmatan berkenaan. Lihat
halaman 77.
4. Setelah anda selesai menyemak imbas, tamatkan sambungan kepada
perkhidmatan. Lihat halaman 79.
Menyediakan telefon untuk perkhidmatan penyemak
imbas
Anda mungkin menerima tetapan-tetapan perkhidmatan sebagai mesej
Melalui Udara (OTA) daripada operator rangkaian atau pembekal
perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan yang ingin anda gunakan.
Anda boleh juga memasukkan tetapan secara manual.
Untuk maklumat lanjut dan tetapan-tetapan yang sesuai, hubungi
operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda yang menawarkan
perkhidmatan itu. Tetapan-tetapan mungkin terdapat, misalnya, di tapak
web mereka.
Menyimpan tetapan perkhidmatan yang diterima sebagai
mesej
• Untuk menyimpan tetapan-tetapan yang diterima, tekan Pilihan dan
pilih Simpan.
• Untuk melihat atau membuang tetapan yang diterima, tekan Pilihan
dan pilih Pamer atau Buang.
Memasukkan tetapan perkhidmatan secara manual
1. Dalam menu Perkhidmatan, pilih Tetapan, Tetapan sambungan dan
Tetap p'khidmatan aktif.
2. Tatal ke kumpulan sambungan yang ingin anda aktifkan dan tekan
Aktifkan. Satu kumpulan sambungan ialah sekumpulan tetapan yang
diperlukan untuk membuat sambungan kepada perkhidmatan.
3. Pilih Edit tetapan p'khidmatan aktif.
4. Pilih tetapan satu persatu dan masukkan semua tetapan yang
diperlukan menurut maklumat yang telah anda terima dari operator
rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Tetapan kemunculan
1. Semasa menyemak imbas, tekan Pilihan dan pilih Pilihan lain dan Ttpn
kemunculan. Atau di dalam menu Perkhidmatan, pilih Tetapan dan
Tetapan kemunculan.
2. Pilih
• Susunan teks untuk mentakrif sama ada teks berterusan di baris
yang seterusnya jika ia tidak dapat ditunjukkan pada satu baris.
• Saiz fon untuk memilih saiz bagi teks yang ditunjukkan pada
halaman penyemak imbas.
• Tunjukkan imej untuk menunjukkan atau menyembunyikan imej-
Anda boleh menetap telefon supaya membolehkan atau mencegah
penerimaan kuki.
Satu kuki ialah perkara data, misalnya maklumat pengguna anda, yang
disimpan perkhidmatan di dalam memori cache telefon anda. Kuki
dipadam jika anda mengosongkan memori cache, lihat halaman 81.
1. Semasa menyemak imbas, tekan Pilihan dan pilih Pilihan lain,
Keselamatan dan Tetapan kuki. Atau di dalam menu Perkhidmatan,
pilih Tetapan, Tetapan keselamatan dan Kuki.
2. Pilih Membenarkan atau Menolak.
Membuat sambungan kepada perkhidmatan penyemak
imbas
1. Aktifkan tetapan perkhidmatan yang ingin anda gunakan.
Dalam menu Perkhidmatan, pilih Tetapan dan Tetapan sambungan.
Pilih Tetap p'khidmatan aktif, tatal ke kumpulan sambungan yang
diingini dan tekan Aktifkan.
2. Buat sambungan dengan salah satu cara berikut:
• Buka halaman mula, misalnya lelaman pembekal perkhidmatan:
Dalam menu Perkhidmatan, pilih Rumah. ATAU: Tekan dan tahan
• Pilih penanda buku perkhidmatan: Dalam menu Perkhidmatan,
pilih Penanda buku dan penanda buku yang diingini.
Jika penanda buku tidak berfungsi dengan tetapan-tetapan
perkhidmatan yang sedang aktif, aktifkan satu lagi kumpulan
tetapan perkhidmatan dan cuba lagi.
• Masukkan alamat perkhidmatan: Dalam menu Perkhidmatan, pilih
Pergi ke alamat, masukkan alamat (tekan bagi aksara khas),
dan tekan OK.
Menyemak imbas halaman perkhidmatan
Selepas anda membuat sambungan kepada perkhidmatan, anda boleh
mula menyemak imbas halaman-halamannya. Fungsi kekunci-kekunci
telefon boleh berubah-ubah dalam perkhidmatan yang berlainan. Ikut
panduan teks pada paparan.
Jika GPRS dipilih sebagai pembawa data, lihat "Sambungan GPRS" di
halaman 52 untuk penunjuk GPRS yang ditunjukkan semasa sambungan.
Menggunakan kekunci-kekunci telefon semasa menyemak
imbas
• Gunakan kekunci-kekunci tatal untuk menyemak imbas seluruh
halaman.
• Untuk memilih perkara yang diserlah, tekan .
• Untuk memasukkan huruf dan nombor, gunakan kekunci hingga
Beberapa pilihan berikut mungkin terdapat semasa menyemak imbas.
Tekan Pilihan dan pilih pilihan yang diingini. Pembekal perkhidmatan
mungkin juga menawarkan pilihan lain.
Penanda buku (lihat halaman 79), P'hbg m/turun, Simpan ke folder,
Pilihan lain, Muat semula, Henti (untuk menamatkan sambungan, lihat
halaman 79).
Pilih
• Rumah untuk kembali ke lelaman pembekal perkhidmatan.
• Pintasan untuk membuka satu senarai baru pilihan-pilihan yang boleh
jadi, misalnya, khusus kepada halaman.
• Tambah p/buku untuk menyimpan halaman semasa sebagai penanda
buku.
• P'hbg m/turun untuk melihat penanda buku bagi memuat turun
kandungan. Untuk maklumat lanjut, lihat langkah 2 dalam "Memuat
turun kandungan dan aplikasi" di halaman xiii.
• Pilihan lain untuk melihat senarai pilihan-pilihan yang terdapat. Ini
termasuk Simpan imej, Guna butiran (untuk menyalin, misalnya,
nombor telefon dari halaman itu), Pergi ke alamat, Peti masuk K hid
(lihat halaman 80), Ttpn kemunculan (lihat halaman 75), Keselamatan
(untuk maklumat keselamatan dan tetapan kuki), Kosongkan cache
(lihat halaman 81).
• Muat semula untuk memuat semula dan mengemas kini laman
semasa.
Memutuskan sambungan dari perkhidmatan penyemak
imbas
Untuk menghentikan penyemakan imbas dan untuk menamatkan
sambungan, tekan Pilihan, pilih Henti dan, apabila Henti menyemak
imbas? dipaparkan, tekan Ya. ATAU: Tekan dan tahan .
Satu cache ialah lokasi memori yang digunakan untuk menyimpan data
buat sementara waktu. Jika anda telah cuba mengakses atau telah
mengakses maklumat sulit yang memerlukan kata laluan, kosongkan
cache selepas setiap kali digunakan. Maklumat atau perkhidmatan yang
telah anda akses disimpan di dalam cache. Untuk mengosongkan cache,
lihat "Mengosongkan memori cache" di halaman 81.
Penanda buku
Untuk menggunakan dan mengurus alamat-alamat halaman yang telah
anda simpan sebagai penanda buku di dalam memori telefon.
1. Semasa menyemak imbas, tekan Pilihan dan pilih Penanda buku, atau
pilih Penanda buku di dalam menu Perkhidmatan.
2. Tatal ke penanda buku yang diingini dan tekan Pilihan.
3. Pilih Pergi ke untuk membuat sambungan kepada halaman yang
berkaitan dengan penanda buku. Anda juga boleh, misalnya, mengedit
atau memadam penanda buku, menghantarnya ke telefon lain,
menyimpannya di dalam folder yang diingini atau mencipta penanda
buku baru.
Peranti ini mungkin mempunyai beberapa penanda buku yang telah
dimuatkan untuk tapak-tapak yang bukan anggota gabungan Nokia.
Nokia tidak menjamin atau menyokong tapak-tapak ini. Jika anda
memilih untuk mengaksesnya, anda harus mengambil langkah-langkah
berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau kandungan, seperti
yang anda ambil untuk sebarang tapak Internet lain.
Menerima penanda buku
Apabila anda menerima penanda buku sebagai mesej OTA, tekan Pilihan
dan pilih Pamer untuk melihat penanda buku atau Simpan untuk
menambahkan ia kepada senarai penanda buku. Untuk membuang
penanda buku yang diterima sebagai mesej OTA, tekan Keluar.
Peti masuk khidmat
Telefon ini boleh menerima mesej perkhidmatan (‘mesej ditolak’) yang
dihantar oleh pembekal perkhidmatan anda (perkhidmatan rangkaian).
Untuk menetap telefon supaya menerima mesej perkhidmatan: Dalam
menu Perkhidmatan, pilih Tetapan, Tetapan peti masuk Khidmat, Mesej
Untuk menetap telefon supaya mengambil kandungan yang ditandakan di
dalam mesej perkhidmatan secara automatik: Dalam menu Perkhidmatan,
pilih Tetapan, Tetapan peti masuk Khidmat, Sambungan automatik dan
Aktif.
Untuk melihat mesej perkhidmatan:
1. Tekan Tunjuk untuk melihat mesej dengan segera atau tekan Keluar
untuk melihatnya kemudian di dalam Peti masuk Khi d di dalam menu
Perkhidmatan. ATAU: Semasa menyemak imbas, tekan Pilihan dan
pilih Pilihan lain dan Peti masu k Khi d.
2. Tatal ke mesej yang anda ingini dan tekan Pilihan. Pilih Mendapat
kembali untuk mengambil kandungan yang ditandakan di dalam
mesej, Butiran untuk melihat butiran mesej perkhidmatan atau Padam
untuk memadam mesej.
Mengosongkan memori cache
Dalam menu Perkhidmatan, pilih Kosongkan cache. ATAU: Semasa
menyemak imbas, tekan Pilihan dan pilih Pilihan lain dan Kosongkan
cache.
Keselamatan penyemak imbas
Ciri-ciri keselamatan mungkin diperlukan untuk sesetengah
perkhidmatan, seperti perkhidmatan perbankan. Untuk sambungan
seperti itu anda perlukan sijil keselamatan dan mungkin modul
keselamatan yang mungkin terdapat pada kad SIM anda. Untuk maklumat
lanjut, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Modul keselamatan boleh mengandungi pelbagai sijil serta kunci peribadi
dan umum. Modul keselamatan adalah untuk memperbaiki perkhidmatan
keselamatan bagi fungsi-fungsi yang memerlukan sambungan penyemak
imbas, dan membolehkan anda menggunakan tandatangan digital. Sijil
disimpan dalam modul keselamatan oleh pembekal perkhidmatan.
Dalam menu Perkhidmatan, pilih Tetapan, Tetapan keselamatan dan
Tetapan modul keselamatan. Pilih
• Butiran modul keselamatan untuk melihat tajuk, status, pembuat dan
nombor siri modul keselamatan.
• Permintaan PIN modul dan Aktif untuk menetap telefon supaya
meminta PIN modul apabila menggunakan perkhidmatan yang
disediakan oleh modul keselamatan.
• Tukar PIN modul untuk menukar PIN modul, jika dibenarkan oleh
modul keselamatan.
Sijil
Telefon ini menyokong tiga jenis sijil. sijil pelayan, sijil kuasa dan sijil
pengguna. Anda boleh menerima sijil-sijil ini dari pembekal
perkhidmatan. Sijil kuasa dan sijil pengguna mungkin juga disimpan
dalam modul keselamatan oleh pembekal perkhidmatan. Untuk butiran
dan ketersediaan, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Apabila menggunakan sijil pelayan, penunjuk keselamatan dipaparkan
semasa sambungan, jika transmisi data antara telefon dan get laluan
(dikenal pasti melalui Alamat IP dalam Edit tetapan p'khidmatan aktif)
disulitkan.
Ikon keselamatan tidak menunjukkan bahawa penghantaran data antara
get laluan dan pelayan kandungan (atau tempat di mana sumber yang
diminta disimpan) adalah selamat. Pembekal perkhidmatan memastikan
keselamatan penghantaran data antara get laluan dan pelayan
kandungan.
Penting: Walaupun penggunaan sijil membuat risiko yang
terlibat dalam sambungan jauh dan pemasangan perisian sangat
kecil, ia mestilah digunakan dengan betul untuk mendapat
faedah daripada keselamatan yang dipertingkatkan. Adanya sijil
tidak menawarkan sebarang perlindungan dengan sendirinya;
pengurus sijil mestilah mangandungi sijil-sijil yang betul, tulen
dan dipercayai untuk memperoleh keselamatan yang
dipertingkat. Sijil-sijil mempunyai hayat yang terhad. Jika Sijil
tamat atau Sijil belum sah lagi dipaparkan walaupun sijil harus
sah, periksa bagi memastikan tarikh dan waktu semasa di dalam
peranti anda adalah betul.
Sebelum menukar sebarang tetapan sijil, anda mestilah memastikan
bahawa anda benar-benar mempercayai pemilik sijil dan sijil benar-benar
kepunyaan pemilik yang disenaraikan.