Nokia, Nokia Connecting People, dan Navi adalah tanda dagangan atau tanda
dagangan berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune adalah tanda bunyi Nokia
Corporation. Produk dan nama syarikat lain yang disebut di sini merupakan
tanda dagangan atau nama dagangan pemiliknya masing-masing.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan
sebahagian atau semua kandungan dalam dokumen ini dalam sebarang
bentuk tanpa kebenaran bertulis terelebih dahulu daripada Nokia adalah
dilarang.
Merangkumi perisian protokol atau kriptografi RSA BSAFE daripada RSA
Security.
Java dan semua tanda berasaskan Java adalah tanda dagangan Sun
Microsystems, Inc.
Dengan ini, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan
bahawa RM-394 produk ini mematuhi keperluan
penting dan peruntukan berkaitan lain dalam
Perintah 1999/5/EC. Salinan Perisytiharan
Produk ini diberi lesen bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk
kegunaan peribadi dan bukan komersial ber kaitan maklumat yang telah dikod
dengan mematuhi Visual Standard MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam
aktiviti peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan berkaitan
dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada
lesen diberi atau dimaksudkan untuk apa-apa kegunaan lain. Maklumat
tambahan, termasuk yang berkaitan dengan penggunaan promosi, dalaman
dan komersial boleh didapati daripada MPEG LA, LLC. Lihat http://
www.mpegla.com.
Nokia melaksanakan dasar pembangunan yang terus berjalan. Nokia berhak
membuat perubahan dan peningkatan kepada mana-mana produk yang
diperihalkan dalam dokumen ini tanpa notis terlebih dahulu.
NOKIA ATAU MANA-MANA PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB
BAGI SEBARANG KEHILANGAN DATA ATAU PENDAPATAN ATAU SEBARANG
KEROSAKAN KHAS, BERKAITAN, TURUTAN ATAU TIDAK LANGSUNG
WALAUBAGAIMANA CARA SEKALI PUN IA TERJADI HINGGA KE TAKAT MAKSIMUM
YANG DIBENARKAN UNDANG-UNDANG YANG DIKENAKAN.
KANDUNGAN DOKUMEN INI DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA ADANYA". KECUALI
SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN, TIADA
WARANTI SEBARANG JENIS, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI
TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI YANG TERSIRAT MENGENAI KEBOLEHDAGANGAN
DAN KEPADANAN BAGI TUJUAN TERTENTU, DIBUAT BERHUBUNGAN DENGAN
KETEPATAN, KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA
BERHAK MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK PADA BILA-BILA
MASA TANPA NOTIS TERLEBIH DAHULU.
Ketersediaan produk dan aplikasi tertentu untuk produk ini dan perkhidmatan
untuk produk ini mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Sila semak dengan
penjual Nokia anda untuk mendapatkan butiran, dan ketersediaan pilihan
bahasa.
Kawalan eksport
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang
tertakluk kepada undang-undang eksport dan pengawalaturan dari AS dan
negara-negara lain. Pelencongan bertentangan dengan undang-undang
adalah dilarang.
Aplikasi pihak ketiga yang disediakan dengan peranti anda mungkin telah
dibuat dan mungkin dimiliki oleh pihak atau entiti yang tidak bergabung
dengan atau berkaitan dengan Nokia. Nokia tidak memiliki hak cipta atau hak
harta intelektual bagi aplikasi pihak ketiga. Dengan itu, Nokia tidak
bertanggungjawab bagi sokongan pengguna akhir, kefungsian aplikasi atau
maklumat dalam aplikasi atau bahan-bahan ini. Nokia tidak menyediakan
sebarang jaminan bagi aplikasi pihak ketiga ini.
DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI INI ANDA MENGAKUI BAHAWA APLIKASI YANG
DISEDIAKAN SEBAGAIMANA ADA TANPA SEBARANG JENIS JAMINAN, YANG
DINYATAKAN ATAU TERSIRAT, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH
UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA. AND A SETERUSNYA MENGAKUI BAHAWA
BAIK NOKIA MAHUPUN ANGGOTA GABUNGANNYA TIDAK MEMBUAT SEBARANG
PERWAKILAN ATAU JAMINAN, YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI
TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN HAK MILIK, KEPERDAGANGAN ATAU KESESUAIAN
BAGI SESUATU TUJUAN KHUSUS, ATAUBAHAWA APLIKASI TIDAK AKAN MELANGGAR
SEBARANG PATEN, HAK CIPTA, CAP DAGANG ATAU HAK-HAK PIHAK KETIG A YANG
LAIN.
Kandungan
Untuk keselamatan
anda .........................8
Maklumat am.........10
Perihal peranti anda
Perkhidmatan
rangkaian
Tambahan........................11
Kod akses.........................12
.........................10
Bermula..................13
Memasang kad SIM dan
bateri................................13
Mengecas bateri..............14
Antena..............................15
Kekunci dan bahagian-
bahagian..........................16
Menghidupkan dan
mematikan telefon.........17
Mod siap sedia ................17
Kunci pad kekunci (kawal
kekunci)...........................18
Fungsi tanpa kad SIM
.......10
......18
Panggilan...............19
Membuat dan menjawab
panggilan.........................19
Pembesar suara..............19
Dailan cepat.....................19
Tulis teks................20
Mod teks...........................20
Input teks tradisional
Input teks ramalan.........21
Menavigasi menu
.....21
....22
Mesej......................22
Mesej teks dan
multimedia......................23
Mesej teks.....................23
Mesej multimedia dan
mesej tambahan
multimedia...................23
Membuat mesej teks
atau multimedia..........24
E-mel................................25
Wizard persediaan
e-
mel.............................25
Menulis dan
menghantar e-mel
Memuat turun e-mel
Mesej kilat........................26
Mesej audio
Nokia Xpress
Mesej segera....................27
Mesej suara......................28
Tetapan mesej.................28
.......26
....26
.....................27
Kenalan..................29
Panggilan dan telefon
Tambahan........................35
Tatarajah.........................36
Simpan semula tetapan
kilang...............................37
....34
Menu operator........37
Galeri......................37
Media......................38
Kamera dan video...........38
Perakam suara................39
Log panggilan ........30
Tetapan..................31
Profil.................................31
Nada.................................32
Paparan............................32
Tarikh dan masa.............32
Pintasan...........................33
Kesambungan.................33
Data paket.....................33
Pemindahan data.........34
Aplikasi...................39
Pengatur.................40
Jam penggera..................40
Kalendar dan senarai
tugasan............................41
Web .......................42
Menyambung kepada
perkhidmatan..................43
Tetapan kemunculan
Memori cache..................44
......44
Peti masuk
perkhidmatan..................45
Keselamatan penyemak
imbas................................45
Perkhidmatan SIM
Tambahan tulen
Tambahan........................47
Bateri................................47
Pemegang Universal
Nokia CR-39.....................48
Alat Dengar Stereo Nokia
HS-47................................48
Kuasa Ekstra Nokia
..................................48
DC-8
Maklumat bateri
Mengecas dan
Menyahcas.......................49
Garis panduan
pengesahan ketulenan
bateri Nokia.....................51
Sahkan ketulenan
hologram......................52
..46
.....46
.....49
Bagaimana kalau
bateri anda tidak
tulen?............................52
Penjagaan dan
penyelenggaraan
...54
Maklumat
keselamatan
tambahan...............56
Kanak-kanak kecil...........56
Persekitaran
beroperasi
Alat perubatan................57
Alat perubatan yang
diimplan........................57
Alat bantuan
pendengaran................58
Kenderaan.......................58
Persekitaran di mana
letupan boleh berlaku
Panggilan kecemasan
MAKLUMAT PENSIJILAN
(SAR).................................62
........................56
....60
.....61
Indeks.....................64
Untuk keselamatan anda
Baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mematuhinya
mungkin merbahaya atau menyalahi undang-undang.
Baca panduan pengguna yang lengkap untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan peranti apabila telefon
wayarles dilarang daripada digunakan atau
apabila ia mungkin menyebabkan gangguan
atau bahaya.
KESELAMATAN JALANRAYA LEBIH UTAMA
Patuhi semua undang-undang tempatan.
Sentiasa bebaskan tangan anda untuk
mengenderai kenderaan semasa memandu.
Pertimbangan anda yang pertama semasa
memandu semestinyalah keselamatan
jalanraya.
GANGGUAN
Semua peranti wayarles mudah terdedah
kepada gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan peranti
berhampiran peralatan perubatan.
Peranti wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini
diluluskan untuk digunakan pada rangkaian GSM 900 dan
1800. Hubungi pembekal khidmat anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi
semua undang-undang dan hormati adat tempatan,
privasi dan hak-hak sah orang lain, termasuk hak cipta.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej,
muzik serta kandungan lain daripada disalin, diubah suai
atau dipindahkan.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri dalam
peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini
mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini apabila
penggunaan wayarles boleh menyebabkan gangguan
atau bahaya.
Perkhidmatan rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda mesti mempunyai
perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles.
Kebanyakan ciri ini memerlukan ciri rangkaian khusus. Ciri
ini tidak tersedia pada semua rangkaian; rangkaian lain
mungkin menghendaki anda membuat persediaan
tertentu dengan pembekal khidmat anda sebelum anda
boleh menggunakan perkhidmatan rangkaian. Pembekal
khidmat anda boleh memberi anda arahan dan
menerangkan mengenai bayaran yang dikenakan.
Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had yang
menjejaskan cara anda menggunakan perkhidmatan
rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin
tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang
bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciriciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan dalam
peranti anda. Jika demikian, ciri ini tidak akan muncul pada
menu peranti anda. Peranti anda mungkin juga
mempunyai tatarajah khas seperti perubahan dalam nama
menu, urutan menu, dan ikon. Hubungi pembekal khidmat
anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tambahan
Peraturan praktis mengenai aksesori dan tambahan
● Jauhkan semua aksesori dan tambahan dari capaian
kanak-kanak kecil.
● Apabila mencabut kord kuasa sebarang aksesori atau
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
● Periksa secara tetap bagi memastikan bahawa
sebarang tambahan yang dipasang pada kenderaan
telah dipasang dan beroperasi dengan betul.
● Pemasangan sebarang tambahan kereta yang
kompleks mesti dibuat oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Kod akses
Kod keselamatan melindungi telefon anda daripada
digunakan tanpa izin.
Kod PIN yang dibekalkan bersama kad SIM melindungi kad
daripada digunakan tanpa izin. Kod PIN2 yang dibekalkan
bersama sesetengah kad SIM diperlukan untuk mengakses
perkhidmatan tertentu. Jika anda memasukkan kod PIN
atau PIN2 yang salah sebanyak tiga kali berturut-turut,
anda akan diminta memasukkan kod PUK atau PUK2. Jika
anda tidak mempunyainya, hubungi pembekal khidmat
anda.
PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat di
dalam modul keselamatan kad SIM anda. PIN tandatangan
mungkin diperlukan untuk tandatangan digital. Kata
laluan sekatan diperlukan semasa menggunakan
perkhidmatan sekatan panggilan.
Untuk menetapkan bagaimana telefon anda
menggunakan kod akses dan tetapan keselamatan, pilih
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Kad SIM dan sesentuhnya mudah dirosakkan oleh calar
atau dibengkokkan, oleh itu berhati-hatilah apabila
memegang, memasukkan, atau mengeluarkan kad itu.
1. Untuk mengeluarkan penutup, tekan dan luncurkan
penutup belakang ke arah bawah telefon (1).
2. Keluarkan bateri (2).
3. Masukkan kad SIM (3).
4. Masukkan bateri (4) dan letakkan semula penutup
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum
menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini
bertujuan untuk digunakan apabila dibekalkan dengan
kuasa daripada pengecas AC-3.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan
khususnya dengan model telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa
kelulusan atau jaminan, dan mungkin berbahaya.
Telefon ini seharusnya digunakan dengan bateri BL-5CA.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan
tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon
anda. Apabila anda mencabut kord kuasa bagi sebarang
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
1. Sambungkan pengecas ke soket dinding.
2. Sambungkan penyambung dari
pengecas ke penyambung pengecas
telefon anda.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa,
beberapa minit diperlukan sebelum
penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Antena
Nota:Peranti anda mungkin
dilengkapi dengan antena dalaman dan
luaran. Sebagaimana dengan peranti
pemancaran radio, elakkan daripada menyentuh antena
jika tidak perlu apabila antena sedang digunakan.
Sentuhan dengan antena sedemikian menjejaskan kualiti
komunikasi, boleh menyebabkan peranti beroperasi pada
paras kuasa tinggi daripada yang diperlukan dan boleh
mengurangkan jangka hayat bateri.
Gambar menunjukkan kawasan antena yang ditandakan
dengan warna kelabu.
dimaksudkan untuk digunakan oleh personel yang layak
sahaja.
Menghidupkan dan mematikan telefon
Untuk membuka atau mematikan telefon, tekan dan tahan
kekunci kuasa.
Mod siap sedia
Apabila telefon sedia untuk digunakan, dan anda tidak
memasukkan sebarang aksara, telefon berada dalam mod
siap sedia.
1
Kekuatan isyarat rangkaian
2 Paras cas bateri
3 Nama rangkaia n atau logo operator
4 Fungsi kekunci pilihan
Kekunci pilihan kiri ialah Pergi ke untuk anda melihat
fungsi dalam senarai pintasan peribadi anda. Semasa
melihat senarai, pilih Pilihan > Pilih pilihan untuk
melihat fungsi yang tersedia, atau pilih Pilihan > Susun
untuk menyusun fungsi dalam senarai pintasan anda.
Kunci pad kekunci (kawal kekunci)
Untuk mengelakkan kekunci daripada ditekan secara tidak
sengaja, pilih Menu, dan tekan * dalam masa 3.5 saat
untuk mengunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci, pilih B/kunci, dan
tekan * dalam masa 1.5 saat. Jika Kawal kekuncikeselamatan dihidupkan, masukkan kod keselamatan
apabila diminta.
Untuk menetapkan pad kekunci agar mengunci secara
automatik selepas tundaan masa yang dipratetapkan
apabila telefon berada dalam mod siap sedia, pilih Menu >
Tetapan > Telefon > Kawal kekunci automatik >
Aktif.
Untuk menjawab panggilan apabila pad kekunci dikunci,
tekan kekunci panggil. Apabila anda menamatkan atau
menolak panggilan, pad kekunci mengunci secara
automatik.
Apabila peranti atau pad kekunci dikunci, panggilan masih
dapat dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda.
Fungsi tanpa kad SIM
Sesetengah fungsi telefon anda boleh digunakan tanpa
memasukkan kad SIM, seperti fungsi dan permainan
Pengatur. Sesetengah fungsi kelihatan dimalapkan di
dalam menu dan tidak boleh digunakan.
Panggilan
Membuat dan menjawab panggilan
Untuk membuat panggilan, masukkan nombor telefon
termasuk kod negara dan kod kawasan jika perlu. Tekan
kekunci panggil untuk memanggil nombor. Tatal ke
sebelah kanan untuk menambah atau tatal ke sebelah kiri
untuk mengurangkan kelantangan cuping telinga
(telefon) atau alat dengar semasa panggilan telefon.
Untuk menjawab panggilan masuk, tekan kekunci panggil.
Untuk menolak panggilan tanpa menjawab, tekan kekunci
tamat.
Pembesar suara
Jika tersedia, anda boleh memilih P/suara atau Normal
untuk menggunakan pembesar suara atau cuping telinga
telefon semasa dalam panggilan.
Amaran:Jangan pegang peranti ini dekat pada
telinga apabila pembesar suara sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin sangat kuat.
Dailan cepat
Untuk memperuntukkan nombor telefon ke salah satu
kekunci nombor 2 hingga 9, pilih Menu > Kenalan >
Untuk menetapkan bahasa penulisan, pilih Pilihan >
Bahasa tulisan.
Input teks tradisional
Tekan satu kekunci nombor, 2 hingga 9, berkali-kali
sehingga aksara yang dikehendaki muncul. Aksara yang
terdapat bergantung kepada bahasa menulis yang dipilih.
Jika huruf seterusnya yang anda mahu terletak pada
kekunci yang sama dengan yang sedang digunakan,
tunggu sehingga kursor muncul dan masukkan huruf
tersebut.
Untuk mengakses tanda baca yang biasa digunakan serta
aksara khas, tekan butang nombor 1 berkali-kali atau
tekan * untuk memilih aksara khas.
Input teks ramalan
Input teks ramalan adalah berdasarkan pada kamus
terbina dalam yang boleh ditambahkan dengan
perkataan-perkataan baru.
1. Mula menulis perkataan dengan menggunakan
kekunci 2 hingga 9. Tekan setiap kekunci sekali sahaja
untuk satu huruf.
2. Untuk mengesahkan perkataan dengan menambah
jarak, tekan 0.
● Jika perkataan itu tidak betul, tekan * berkali-kali,
● Jika aksara ? dipaparkan selepas perkataan tersebut,
perkataan yang ingin anda tuliskan tiada di dalam
kamus. Untuk menambahkan perkataan tersebut
pada kamus, pilih Mengeja. Masukkan perkataan
dengan menggunakan input teks tradisional, dan
pilih Simpan.
● Untuk menulis perkataan majmuk, masukkan
bahagian pertama perkataan, dan tekan kekunci
tatal kanan untuk mengesahkannya. Tulis bahagian
akhir perkataan dan sahkan perkataan tersebut.
3. Mulakan menulis perkataan seterusnya.
Menavigasi menu
Fungsi telefon ini dikelompokkan ke dalam menu. Bukan
semua fungsi menu atau item pilihan dijelaskan di sini.
Dalam mod siap sedia, pilih Menu dan menu dan submenu
yang dikehendaki. Pilih Keluar atau Balik untuk keluar
dari tahap menu semasa. Tekan kekunci tamat untuk
kembali terus ke mod siap sedia. Untuk menukar paparan
menu, pilih Menu > Pilihan > P/menu utama >
Senarai atau Grid.
Mesej
Anda boleh membaca, menulis, menghantar, dan
menyimpan mesej teks, multimedia, audio, dan kilat, dan
e-mel. Perkhidmatan mesej hanya boleh digunakan jika ia
disokong oleh rangkaian atau pembekal khidmat anda.
Anda boleh membuat mesej dan melampirkan secara
optimum sebuah gambar, sebagai contoh. Telefon anda
menukarkan mesej teks kepada mesej multimedia secara
automatik apabila fail dipasang.
Mesej teks
Peranti anda menyokong penghantaran mesej teks yang
melebihi had bagi satu mesej. Mesej yang lebih panjang
akan dihantar sebagai dua atau lebih mesej. Pembekal
khidmat anda boleh mengenakan bayaran yang
sewajarnya. Aksara yang menggunakan aksen atau tanda
lain, dan aksara dari beberapa pilihan bahasa, mengambil
lebih banyak ruang, membataskan bilangan aksara yang
boleh dihantar dalam satu mesej.
Penanda pada bahagian atas paparan menunjukkan
jumlah bilangan aksara yang tinggal dan bilangan mesej
yang diperlukan untuk penghantaran.
Sebelum anda boleh menghantar sebarang mesej teks
atau mesej e-mel SMS, anda perlu menyimpan nombor
pusat mesej anda. Pilih Menu > Mesej > Tetapanmesej > Mesej teks > Pusat mesej > Tambah pusat,
masukkan nama, dan nombor dari pembekal khidmat.
Mesej multimedia dan mesej tambahan
multimedia
Mesej multimedia (MMS) boleh mengandungi teks,
gambar, klip bunyi dan klip video. Multimedia tambah
mesej boleh juga mengandungi sebarang kandungan lain,
termasuk fail yang tidak disokong oleh telefon anda.
Hanya peranti yang mempunyai ciri-ciri yang serasi boleh
menerima dan memaparkan mesej multimedia.
Penampilan mesej mungkin berbeza bergantung kepada
peranti yang menerima.
Rangkaian wayarles boleh membataskan saiz mesej MMS.
Jika gambar yang dimasukkan melebihi had ini, peranti
mungkin mengecilkannya agar ia dapat dihantar melalui
MMS.
Penting:Berhati-hati apabila membuka mesej.
Mesej mungkin mengandungi perisian yang berbahaya
atau jika tidak berbahaya kepada peranti atau PC anda.
Untuk memeriksa ketersediaan dan untuk melanggani
perkhidmatan mesej multimedia (MMS), hubungi
pembekal khidmat anda. Anda juga boleh memuat turun
tetapan tatarajah.
Membuat mesej teks atau multimedia
1. Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej.
2. Untuk menambah penerima, tatal ke medan
Kepada:, dan masukkan nombor penerima atau
alamat e-mel, atau pilih Tambah untuk memilih
penerima dari yang tersedia. Pilih Pilihan untuk
menambah penerima dan subjek dan untuk
menetapkan pilihan menghantar.
Tatal ke medan Teks:, dan masukkan teks mesej.
Untuk menambah kandungan pada mesej, tatal
4.
pada bar lampiran di hujung paparan dan pilih
jenis kandungan yang dikehendaki.
5. Untuk menghantar mesej, tekan Hantar.
Jenis mesej ditunjukkan pada bahagian atas paparan
dan bertukar secara automatik bergantung pada
kandungan mesej.
Pembekal perkhidmatan mungkin meminta bayaran
berbeza mengikut jenis mesej. Semak butirannya
dengan pembekal khidmat anda.
E-mel
Akses akaun e-mel POP3 atau IMAP4 anda dengan telefon
anda untuk membaca, menulis dan menghantar e-mel.
Aplikasi e-mel ini berbeza daripada fungsi e-mel SMS.
Sebelum anda menggunakan e-mel, anda mesti
mempunyai akaun e-mel dan tetapan yang betul. Untuk
memeriksa ketersediaan dan tetapan akaun e-mel anda,
hubungi pembekal perkhidmatan e-mel anda. Anda boleh
menerima tetapan-tetapan tatarajah e-mel sebagai mesej
tatarajah.
Wizard persediaan e-mel
Wizard tetapan akan bermula secara automatik jika tiada
tetapan e-mel diberikan di dalam telefon. Untuk
memulakan wizard tetapan untuk akaun e-mel tambahan,
pilih Menu > Mesej dan akaun e-mel yang sedia ada. Pilih
Pilihan > Tambah peti mel untuk memulakan wizard
tetapan e-mel. Ikut arahan pada paparan.
Menulis dan menghantar e-mel
Untuk menulis e-mel, pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Mesej e-mel. Untuk melampirkan fail pada e-
mel, pilih Pilihan > Masukkan. Untuk menghantar e-mel,
tekan kekunci panggil. Pilih akaun yang dikehendaki jika
perlu.
Memuat turun e-mel
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej.
Mesej e-mel mungkin mengandungi perisian niat jahat
atau mungkin boleh merosakkan peranti atau PC anda.
Untuk memilih mod pengambilan, pilih Menu > Mesej >Tetapan mesej > Mesej e-mel > Edit peti mel dan peti
mel yang dikehendaki dan Memuat turun tetapan >Mod pengambilan.
Untuk memuat turun e-mel, pilih Menu > Mesej dan peti
mel yang dikehendaki; sahkan pertanyaan untuk
sambungan jika perlu.
Mesej kilat
Mesej kilat adalah mesej teks yang dipaparkan dengan
serta-merta selepas diterima.
1. Untuk menulis mesej kilat, pilih Menu > Mesej >
Buat mesej > Mesej kilat.
2. Masukkan nombor telefon penerima, tulis mesej anda
(maksimum 70 aksara), dan pilih Hantar.
Mesej audio Nokia Xpress
Membuat dan menghantar mesej audio menggunakan
MMS dengan cara yang mudah.
1. Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej audio.
Perakam suara terbuka.
2. Rakam mesej anda.
3. Masukkan satu atau lebih nombor telefon dalam
medan Kepada: tersebut, atau pilih Tambah untuk
mengambil semula nombor.
4. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Mesej segera
Dengan mesej segera (IM, perkhidmatan rangkaian) anda
boleh menghantar mesej teks pendek kepada pengguna
dalam talian. Anda perlu melanggani perkhidmatan dan
berdaftar dengan perkhidmatan IM yang anda mahu
gunakan. Periksa ketersediaan perkhidmatan ini,
penentuan harga, dan arahan bersama pembekal khidmat
anda. Menu mungkin berbeza bergantung kepada
pembekal IM anda.
Untuk menyambung kepada perkhidmatan tersebut, pilih
Menu > Mesej > Mesej segera dan ikut arahan pada
paparan.
Mesej suara
Peti mel suara ialah perkhidmatan rangkaian yang anda
mungkin perlu langgani. Untuk maklumat lanjut, hubungi
pembekal khidmat anda.
Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan tahan
1.
Untuk mengedit nombor peti mel suara anda, pilih Menu >
Mesej > Mesej suara > Nombor peti mel suara.
Tetapan mesej
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej untuk
menetapkan ciri mesej anda.
● Tetapan umum — untuk menetapkan telefon anda
untuk menyimpan mesej yang telah dihantar, untuk
membenarkan penggantian mesej lama jika memori
mesej penuh, dan untuk menetapkan keutamaan lain
yang berkaitan dengan mesej
● Mesej teks — untuk membenarkan laporan
penghantaran, untuk menetapkan pusat mesej untuk
SMS dan e-mel SMS, untuk memilih jenis sokongan
aksara, dan untuk menetapkan keutamaan lain yang
berkaitan dengan mesej teks
penghantaran, untuk menetapkan kemunculan mesej
multimedia, untuk membenarkan penerimaan mesej
multimedia dan iklan, dan untuk menetapkan
keutamaan lain yang berkaitan pada mesej multimedia
● Mesej e-mel — untuk membenarkan penerimaan e-
mel, untuk menetapkan saiz imej dalam e-mel, dan
untuk menetapkan keutamaan lain berkaitan pada emel
Kenalan
Pilih Menu > Kenalan.
Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon di
dalam memori telefon dan di dalam memori kad SIM.
Memori telefon boleh menyimpan kenalan-kenalan
dengan nombor dan item teks. Nama dan nombor yang
disimpan dalam memori kad SIM ditandakan dengan
.
Untuk menambah kenalan, pilih Nama > Pilihan >Tamb kenalan br. Untuk menambah butiran kepada
kenalan, pastikan memori yang digunakan adalah
Telefon atau Telefon dan SIM. Pilih Nama, tatal kepada
nama, dan pilih Butiran > Pilihan > Tambah butiran.
Untuk mencari kenalan, pilih Nama, dan tatal melalui
senarai kenalan atau masukkan huruf pertama bagi nama
yang hendak dicari.
Untuk menyalin kenalan antara memori telefon dan
memori kad SIM, pilih Nama > Pilihan > Salinkenalan. Memori kad SIM hanya boleh menyimpan satu
nombor telefon bagi setiap nama.
Untuk memilih kad SIM atau memori telefon bagi kenalan
anda, untuk memilih bagaimana nama dan nombor dalam
kenalan dipaparkan dan untuk melihat muatan memori
bebas dan yang telah digunakan, pilih Tetapan.
Anda boleh menghantar dan menerima maklumat
hubungan seseorang sebagai kad niaga dari peranti yang
serasi yang menyokong piawai vCard. Untuk menghantar
kad niaga, pilih Nama, cari kenalan yang maklumatnya
anda hendak hantar, dan pilih Butiran > Pilihan >
Hantar kad niaga.
Log panggilan
Untuk melihat maklumat pada panggilan anda, pilih
Menu > Log.
● Log panggilan — untuk melihat panggilan yang tidak
dijawab dan diterima yang terbaru dan nombor sudah
didail mengikut susunan waktu
● Log mesej, atau Log penyegerakan — untuk melihat
bilangan mesej yang dihantar dan diterima atau
penyegerakan
Nota:Invois sebenar untuk panggilan dan
perkhidmatan dari pembekal khidmat anda mungkin
berbeza-beza, bergantung pada ciri rangkaian,
pembundaran untuk bil, cukai, dan sebagainya.
Tetapan
Profil
Telefon anda mempunyai pelbagai kumpulan tetapan,
yang disebut profil, yang boleh anda sesuaikan dengan
nada dering bagi acara dan persekitaran yang berbeza.
Pilih Menu > Tetapan > Profil, profil yang dikehendaki,
dan daripada pilihan yang berikut:
● Aktifkan — untuk mengaktifkan profil yang dipilih.
● Pilihan sendiri — untuk mengubah tetapan profil.
● Ditetap masa — untuk menetapkan profil menjadi
aktif sehingga masa akhir. Apabila masa yang
ditetapkan untuk profil telah tamat tempohnya, profil
yang sebelumnya yang tidak ditetapkan masanya akan
diaktifkan.
Dengan pintasan peribadi, anda boleh mengakses fungsi
telefon yang kerap digunakan dengan cepat . Pilih Menu >Tetapan > Pintasan saya.
Untuk memperuntukkan satu fungsi telefon kepada
kekunci pilihan kanan atau kiri, pilih Kekunci pilihankanan atau Kekunci pilihan kiri.
Untuk memilih fungsi pintasan untuk kekunci tatal, pilih
Kekunci navigasi. Tatal ke arah yang dikehendaki dan
pilih Tukar atau Berikan dan fungsi dari senarai.
Kesambungan
Telefon anda menyediakan beberapa ciri untuk
menyambungkan kepada peranti lain untuk menghantar
dan menerima data.
Data paket
Perkhidmatan radio paket umum (General packet radio
service, GPRS) adalah perkhidmatan rangkaian yang
membolehkan telefon mudah alih menghantar dan
menerima data melalui rangkaian berasaskan protokol
internet (IP).
Untuk menentukan bagaimana untuk menggunakan
perkhidmatan tersebut, pilih Menu > Tetapan >
Kesambung-an > Data paket > Sambungan data
paket dan daripada pilihan berikut:
● Apabila diperlukan — untuk mewujudkan
sambungan data paket apabila aplikasi
memerlukannya. Sambungan akan ditutup apabila
aplikasi ditamatkan.
● Sentiasa bertalian — untuk menyambung kepada
rangkaian data paket secara automatik apabila anda
menghidupkan telefon
Pemindahan data
Telefon anda membolehkan pemindahan data (kalendar,
data kenalan, dan nota) dengan pelayan internet jauh
(perkhidmatan rangkaian).
Menyegerak dari pelayan
Untuk menggunakan pelayan Internet jauh, langgani
perkhidmatan penyegerakan. Untuk maklumat lanjut dan
tetapan yang diperlukan untuk perkhidmatan ini, hubungi
pembekal khidmat anda.
Untuk memulakan penyegerakan dari telefon anda, pilih
Menu > Tetapan > Kesambung-an > P'mindahn
data > P'grkkn p'layan.
Untuk mengalihkan panggilan masuk anda, pilih Alih
panggilan (perkhidmatan rangkaian). Untuk butiran,
hubungi pembekal khidmat anda.
Untuk membuat sepuluh percubaan untuk
menyambungkan panggilan selepas percubaan tidak
berjaya, pilih Dail semula automatik > Aktif.
Agar rangkaian memberitahu anda tentang panggilan
masuk semasa anda sedang melayani panggilan lain, pilih
Khidmat panggilan menanti > Aktifkan
(perkhidmatan rangkaian).
Untuk menetapkan sama ada untuk menunjukkan nombor
telefon anda kepada orang yang sedang anda hubungi,
pilih Hantar identiti pemanggil saya (perkhidmatan
rangkaian).
Untuk menetapkan bahasa paparan telefon anda, pilih
Menu > Tetapan > Telefon > Tetapan bahasa >
Bahasa telefon.
Tambahan
Menu ini dan pelbagai pilihannya dipaparkan hanya jika
telefon sedang atau telah disambungkan pada tambahan
mudah alih yang serasi.
Pilih Menu > Tetapan > Tambahan. Pilih tambahan dan
pilihan yang bergantung pada tambahan.
Anda boleh menatarajah telefon anda dengan tetapan
yang diperlukan untuk perkhidmatan tertentu. Pembekal
khidmat anda mungkin juga menghantar anda tetapan ini.
Pilih Menu > Tetapan > Tatarajah dan daripada pilihan
yang berikut:
● Tetapan tatarajah lalai — untuk melihat pembekal
khidmat yang disimpan di dalam telefon dan
menetapkan tetapan tatarajah pembekal khidmat
sebagai tetapan lalai
● Aktifkan lalai dlm semua aplikasi — untuk
mengaktifkan tetapan tatarajah lalai untuk aplikasi
yang disokong
● Pusat akses diutamakan — untuk melihat pusat
akses yang disimpan
● S'bung ke bantuan p'bkal khidmat — untuk memuat
turun tetapan tatarajah daripada pembekal khidmat
anda
● Tetapan pengurus peranti — untuk membenarkan
atau mencegah telefon daripada menerima kemas
kinian perisian. Pilihan ini mungkin tidak tersedia,
bergantung
● Tetapan tatarajah peribadi — untuk menambah
akaun peribadi baru bagi pelbagai perkhidmatan secara
manual dan untuk mengaktifkan atau memadamnya.
Untuk menambah akaun peribadi baru, pilih Tamb br
atau Pilihan > Tambah baru. Pilih jenis
perkhidmatan, dan masukkan parameter yang
diperlukan. Untuk mengaktifkan nota peribadi, tatal
kepadanya dan pilih Pilihan > Aktifkan.
Simpan semula tetapan kilang
Untuk menyimpan semula telefon kembali ke keadaan
kilang, pilih Menu > Tetapan > S'pan s'mla ttpnkilang dan daripada pilihan berikut:
● Simpan semula tetapan sahaja — untuk menetapkan
semula tetapan keutamaan tanpa memadam sebarang
data peribadi.
● Simpan semula semua — untuk menetapkan semula
semua tetapan keutamaan dan memadam semua data
peribadi, seperti kenalan, mesej dan fail media dan
kekunci pengaktifan.
Menu operator
Mengakses portal kepada perkhidmatan yang dibekalkan
oleh operator rangkaian anda. Untuk maklumat lanjut,
hubungi operator rangkaian anda. Operator boleh
mengemas kini menu ini dengan satu mesej
perkhidmatan.
Galeri
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej,
muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain
daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau
dikemukakan.
Kandungan pengurusan hak digital (DRM) disediakan
dengan kunci pengaktifan berkaitan yang mentakrifkan
hak anda untuk menggunakan kandungan sepert itu.
Telefon anda menyokong sistem pengurusan hak digital
(DRM) untuk melindungi kandungan yang diperolehi.
Sentiasa periksa syarat penghantaran sebarang
kandungan dan kunci pengaktifan sebelum
memperolehinya, kerana ia mungkin dikenakan bayaran.
Untuk melihat folder, pilih Menu > Galeri.
Media
Kamera dan video
Peranti anda menyokong resolusi tangkapan imej
sehingga 640 x 480 piksel.
Ambil gambar
Untuk menggunakan fungsi gambar pegun, pilih Menu >
Media > Kamera, atau jika fungsi video dihidupkan, tatal
ke kiri atau ke kanan. Untuk menangkap imej, pilih
Tangkap.
Untuk menetapkan kamera kepada mod malam, untuk
menghidupkan pemasa kendiri, atau untuk mengambil
imej dalam turutan yang cepat, pilih Pilihan dan pilihan
yang dikehendaki. Untuk menetapkan mod dan masa
pratonton, pilih Pilihan > Tetapan > Masa pratonton
Untuk menggunakan fungsi video, pilih Menu > Media >
Kamera > Pilihan > Video, atau jika fungsi kamera
dihidupkan, tatal ke kiri atau ke kanan. Untuk memulakan
rakaman video, pilih Rakam.
Untuk menetapkan panjang klip video yang anda ambil,
pilih Menu > Media > Kamera > Pilihan > Tetapan >
Panjang klip video.
Perakam suara
Untuk memulakan rakaman, pilih Menu > Media >
Perakam dan butang rakaman maya pada paparan.
Untuk memulakan rakaman semasa panggilan, pilih
Pilihan > Rakam. Semasa merakamkan panggilan,
pegang telefon di kedudukan biasa berdekatan dengan
telinga anda. Rakaman disimpan dalam Galeri >Rakaman.
Untuk mendengar rakaman terkini, pilih Pilihan > Mainrakam t'akhir. Untuk menghantar rakaman terakhir
menggunakan mesej multimedia, pilih Pilihan > Hntr
rakam t'akhir.
Aplikasi
Perisian telefon anda merangkumi beberapa permainan
dan aplikasi Java yang direka khusus bagi telefon Nokia ini.
Untuk melancarkan permainan atau aplikasi, pilih
Permainan atau Kutipan. Tatal ke permainan atau
aplikasi, dan pilih Buka.
Untuk melihat jumlah memori yang tersedia untuk
pemasangan permainan dan aplikasi, pilih Pilihan >Status memori.
Untuk memuat turun permainan atau aplikasi, pilih
Pilihan > Muat turun > M/turun mainan atau M/turun
aplikasi. Telefon anda menyokong aplikasi Java J2ME™ .
Pastikan bahawa aplikasi itu serasi dengan telefon anda
sebelum memuat turunnya.
Penting: Hanya pasang dan gunakan aplikasi dan
perisian lain dari sumber yang dipercayai, seperti aplikasi
yang Ditandatangani Symbian atau telah lulus ujian Java
TM
Verified
Aplikasi yang dimuat turun boleh disimpan dalam Galeri
dan bukannya Aplikasi.
.
Pengatur
Jam penggera
Pilih Menu > Pengatur > Jam p'ggera.
Untuk menghidupkan atau mematikan penggera, pilih
Penggera:. Untuk menetapkan masa untuk penggera,
pilih Masa penggera:. Untuk menetapkan telefon supaya
memberi isyarat kepada anda pada hari-hari terpilih, pilih
Ulang:. Untuk memilih atau memperibadikan nada
penggera, pilih Nada penggera:. Untuk menetapkan
masa tamat bagi isyarat tunda, pilih Tmt. masa tunda:.
Untuk berhenti memainkan, pilih Henti. Jika anda
membiarkan telefon terus membunyikan penggera
selama seminit atau memilih Tunda, penggera akan
terhenti selama tamat masa tunda, kemudian
menyambung semula.
Jika tiba masa penggera semasa peranti ini dimatikan,
peranti ini akan dihidupkan dengan sendirinya dan mula
membunyikan nada penggera. Jika anda memilih Henti,
peranti ini akan bertanya sama ada anda ingin
mengaktifkan peranti ini untuk panggilan. Tekan Tidak
untuk mematikan telefon atau Ya untuk membuat dan
menerima panggilan. Jangan pilih Ya apabila penggunaan
peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan atau
bahaya.
Kalendar dan senarai tugasan
Pilih Menu > Pengatur > Kalendar. Hari semasa
dibingkaikan. Jika terdapat sebarang nota yang ditetapkan
untuk hari itu, hari tersebut ditebalkan.
Untuk membuat nota kalendar, tatal ke tarikh tersebut dan
pilih Pilihan > Buat nota.
Untuk melihat nota-nota hari, pilih Pamer. Untuk
memadam semua nota dalam kalendar, pilih pameran
bulan atau minggu, dan Pilihan > Pdm semua nota.
Untuk melihat senarai tugasan, pilih Menu > Pengatur >Senarai tugasan. Senarai tugas dipapar dan disusun
mengikut keutamaan. Untuk menambah, memadam, atau
untuk menghantar nota, untuk menandakan tugasan
sebagai telah selesai, atau untuk menyusun senarai
tugasan mengikut tarikh akhir, pilih Pilihan.
Web
Anda boleh mengakses pelbagai khidmat internet
bergerak dengan penyemak imbas telefon anda.
Kemunculan boleh berubah-ubah disebabkan saiz skrin.
Anda mungkin tidak dapat melihat semua butiran di
laman-laman internet.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda
percayai dan yang menawarkan keselamatan dan
perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang
berbahaya.
Periksa ketersediaan perkhidmatan ini, penentuan harga,
dan arahan dengan pembekal khidmat anda.
Anda boleh menerima tetapan tatarajah yang diperlukan
untuk menyemak imbas sebagai mesej tatarajah daripada
pembekal khidmat.
Untuk menetapkan perkhidmatan, pilih Menu > Web >
Tetapan > Tetapan tatarajah, dan pilih tatarajah dan
akaun.
Menyambung kepada perkhidmatan
Untuk membuat sambungan pada perkhidmatan, pilih
Menu > Web > Rumah; atau dalam mod siap sedia,
tekan dan tahan 0.
Untuk memilih penanda buku, pilih Menu > Web >Penanda buku. Peranti anda mungkin mempunyai
beberapa penanda buku atau pautan yang diprapasang
untuk atau mungkin membolehkan akses ke tapak yang
diberikan oleh pihak ketiga yang tidak bergabung dengan
Nokia. Nokia tidak menyokong atau memikul sebarang
liabiliti untuk tapak ini. Jika anda memilih untuk
mengaksesnya, anda harus mengambil langkah-langkah
berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau
kandungan, seperti yang anda ambil untuk sebarang tapak
internet.
Untuk memilih URL terakhir, pilih Menu > Web > Alamatweb terakhir.
Untuk memasukkan alamat perkhidmatan, pilih Menu >
Web > Pergi ke alamat. Masukkan alamat, dan pilih
OK.
Selepas anda membuat sambungan ke perkhidmatan
tersebut, anda boleh mula menyemak imbas halamanhalamannya. Fungsi kekunci-kekunci telefon boleh
berubah-ubah dalam khidmat yang berlainan. Ikut
panduan teks pada paparan telefon. Untuk maklumat
lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Tetapan kemunculan
Semasa menyemak imbas, pilih Pilihan > Pilihan lain >
Ttpn kemunculan. Pilihan tersedia mungkin merangkumi
yang berikut:
● Susunan teks — Pilih bagaimana teks dipaparkan.
● Isyarat — Pilih Isyarat untuk samb. tak terjamin >
Ya untuk memberi isyarat apabila sambungan terjamin
bertukar menjadi sambungan tidak terjamin semasa
menyemak imbas. Pilih Isyarat untuk item takterjamin > Ya untuk memberi isyarat apabila halaman
terjamin mengandungi item yang tidak terjamin.
Isyarat-isyarat ini tidak menjamin sambungan yang
terjamin.
● Pengekodan aksara — Pilih Pengekodan
kandungan untuk menetapkan pengekodan untuk
kandungan halaman penyemak imbas.
Memori cache
Cache ialah lokasi memori yang digunakan untuk
menyimpan data buat sementara waktu. Jika anda telah
cuba mengakses atau telah mengakses maklumat sulit
yang memerlukan kata laluan, kosongkan cache selepas
setiap kali digunakan. Maklumat atau khidmat yang telah
anda akses disimpan di dalam cache.
Untuk mengosongkan cache semasa menyemak imbas,
pilih Pilihan > Pilihan lain > Kosongkan cache. Untuk
membenarkan atau mencegah telefon daripada menerima
kuki, semasa menyemak imbas pilih Pilihan > Pilihanlain > Keselamatan > Tetapan kuki; atau dalam mod
siap sedia pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan
keselamatan > Kuki.
Peti masuk perkhidmatan
Pembekal khidmat anda mungkin menolak mesej
perkhidmatan (perkhidmatan rangkaian) ke telefon anda.
Mesej perkhidmatan adalah pemberitahuan (contohnya,
tajuk berita), dan ia mungkin mengandungi mesej teks
atau alamat perkhidmatan.
Untuk membaca mesej perkhidmatan, pilih Tunjuk. Jika
anda memilih Keluar, mesej dipindahkan ke Peti masukkhidmat.
Untuk menetapkan telefon agar menerima mesej
perkhidmatan, pilih Menu > Web > Tetapan >
Tetapan peti masuk Khidmat > Mesej
perkhidmatan > Aktif.
Keselamatan penyemak imbas
Ciri-ciri keselamatan diperlukan untuk sesetengah
perkhidmatan, seperti perkhidmatan perbankan atau
membeli-belah dalam talian. Untuk sambungan
seumpama ini anda perlukan sijil keselamatan dan
mungkin juga modul keselamatan, yang mungkin tersedia
pada kad SIM anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi
pembekal khidmat anda.
Perkhidmatan SIM
Kad SIM anda mungkin menyediakan khidmat-khidmat
tambahan. Anda boleh mengakses menu ini hanya jika ia
disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan menu
ini bergantung kepada khidmat yang tersedia.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan
perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini
boleh jadi pembekal khidmat atau penjual lain.
Tambahan tulen
Amaran:Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan
khususnya dengan model telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa
kelulusan atau waranti, dan mungkin berbahaya.
Berbagai-bagai jenis tambahan
baru terdapat untuk peranti anda.
Pilih tambahan yang menampung
keperluan komunikasi anda yang
khusus.
● Jauhkan semua aksesori dan tambahan dari capaian
kanak-kanak kecil.
● Apabila mencabut kord kuasa sebarang aksesori atau
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
● Periksa secara tetap bagi memastikan bahawa
sebarang tambahan yang dipasang pada kenderaan
telah dipasang dan beroperasi dengan betul.
● Pemasangan sebarang tambahan kereta yang
kompleks mesti dibuat oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Bateri
JenisMasa bualSiap Sedia
BL-5CASehingga 7.6Sehingga 18 hari
Penting: Masa percakapan dan siap sedia bateri
adalah anggaran sahaja dan bergantung pada kekuatan
isyarat, keadaan rangkaian, fungsi yang digunakan, usia
dan keadaan bateri, suhu bateri didedahkan, penggunaan
dalam mod digital, dan banyak faktor lain. Jumlah masa
peranti digunakan untuk berbual akan memberi kesan
kepada masa siap sedianya. Begitu juga jumlah masa
peranti dihidupkan dan dalam keadaan siap sedia akan
mempengaruhi masa berbualnya.
Pemegang Universal Nokia CR-39
Pemegang Universal Nokia CR-39 adalah untuk anda jika
anda mahukan pemegang telefon yang praktis dan
menarik untuk digunakan bersama telefon bimbit yang
berlainan di dalam kereta anda.
Dengan Pemegang Universal Nokia CR-39 anda boleh:
● menggunakan pelbagai jenis telefon bimbit di dalam
kereta anda
● menggunakan peranti yang anda pilih daripada telefon
bimbit yang muat dengan pemegangnya.
Alat Dengar Stereo Nokia HS-47
Fungsi bisu automatik semasa menerima panggilan pada
fon kepala stereo ini seterusnya memastikan anda tidak
terlepas apa-apa.
Kuasa Ekstra Nokia DC-8
Kuasa Ekstra Nokia DC-8 adalah untuk anda jika anda mahu
menghidupkan kuasa semasa anda sibuk. Jika anda dalam
perjalanan dan jauh daripada bekalan AC, hati anda akan
tenang dengan sumber kuasa sandaran bersaiz saku dan
boleh dipercayai. Selain itu, anda boleh memilih untuk
mengecas semula DC-8 atau membekalkan kuasa dengan
bateri yang dibeli di mana-mana kedai.
Dengan Kuasa Ekstra Nokia DC-8 anda boleh:
● melanjutkan bekalan kuasa anda
● mendapatkan kebanyakan fungsi multimedia yang
intensif tenaga
● mengecas semula peranti mudah alih serasi anda pada
bila-bila masa
● mengecas semula dengan pengecas Nokia 2mm yang
serasi
● membekali kuasa dengan bateri AA yang biasa
Maklumat bateri
Mengecas dan Menyahcas
Peranti anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas
semula. Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus
kali, tetapi lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual
dan masa siap sedia nyata lebih pendek dari biasa,
gantikanlah bateri. Gunakan hanya bateri yang diluluskan
oleh Nokia, dan cas semula bateri anda hanya dengan
pengecas yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan
dengan peranti ini.
Jika bateri ganti digunakan buat pertama kalinya atau jika
bateri telah tidak digunakan untuk tempoh yang lama,
anda mungkin perlu menyambungkan pengecas dan
kemudian mencabutnya dan menyambungkannya semula
untuk memulakan pengecasan.
Cabut pengecas dari palam elektrik dan peranti ini apabila
tidak digunakan. Jangan biarkan bateri yang telah dicas
penuh tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan
berlebihan boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan
tanpa digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan
akan hilang casnya.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit
diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di
paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya. Jangan
sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri
yang rosak.
Jangan melitar pintas bateri. Melintar pintas secara tidak
sengaja boleh berlaku apabila objek logam seperti duit
syiling, klip, atau pen menyebabkan sambungan langsung
terminal positif (+) dan negatif (-) bateri. (Ia kelihatan
seperti jalur-jalur logam pada bateri.) Ini mungkin berlaku,
contohnya, apabila anda membawa bateri ganti di dalam
saku atau beg tangan anda. Melitar pintas terminal boleh
merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.
Membiarkan bateri di tempat panas atau sejuk, seperti di
dalam kereta dalam keadaan musim panas atau musim
sejuk, akan mengurangkan keupayaan dan hayat bateri.
Sentiasa cuba kekalkan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F
dan 77°F). Peranti dengan bateri yang panas atau sejuk
mungkin tidak berfungsi buat sementara waktu,
walaupun baterinya telah dicas sepenuhnya. Prestasi
bateri terhad terutamanya dalam suhu yang jauh di bawah
beku.
Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup.
Bateri juga boleh meletup jika rosak. Buang bateri
menurut peraturan tempatan. Harap kitar semula jika
boleh. Jangan buang sebagai sisa rumah.
Jangan membuka atau mencincang sel atau bateri.
Sekiranya bateri bocor, jangan biarkan cecairnya terkena
pada kulit atau mata. Sekiranya berlaku kebocoran
sedemikain, segera siram kulit atau mata anda dengan air,
atau dapatkan bantuan perubatan.
Garis panduan pengesahan ketulenan
bateri Nokia
Sentiasa gunakan bateri-bateri asli Nokia untuk
keselamatan anda. Untuk memeriksa bagi memastikan
anda telah mendapat bateri asli Nokia, belilah ia daripada
wakil penjual Nokia yang berdaftar, dan periksa label
hologram menggunakan langkah-langkah berikut:
Berjaya menyelesaikan langkah itu bukanlah
mutlak ketulenan bateri. Jika anda
sebab untuk mempercayai
bateri asli Nokia
ketulenannya tidak dapat ditentusahkan,
bateri itu ke tempat pembelian.
1. Apabila anda melihat hologram
pada label, anda seharusnya
melihat simbol tangan berjalinan
Nokia dari satu sudut dan logo
Tambahan Asli Nokia apabila
melihat dari sudut lain.
2. Apabila anda menyerongkan
hologram ke kiri, ke kanan, ke
bawah dan ke atas, anda
seharusnya melihat 1, 2, 3 dan 4
bintik masing-masing di setiap
sisi.
Bagaimana kalau bateri anda tidak tulen?
Jika anda tidak boleh mengesahkan bahawa
anda dengan hologram pada label
Nokia, jangan gunakan
yang tidak
dan mungkin menghasilkan prestasi yang lemah
merosakkan peranti anda dan
Ia mungkin juga
waranti
Peranti anda adalah produk hasil reka bentuk dan
ketukangan unggul dan patut dijaga dengan baik.
Cadangan-cadangan yang berikut akan membantu anda
melindungi perlindungan jaminan anda.
● Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan,
kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan
boleh mengandungi mineral-mineral yang akan
mengakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi
basah, keluarkan baterinya, dan biarkan peranti ini
benar-benar kering sebelum memasangnya semula.
● Jangan gunakan atau simpan peranti ini di tempat yang
berhabuk dan kotor. Bahagian-bahagian bergerak dan
komponen-komponen elektrik di dalamnya boleh
menjadi rosak.
● Jangan simpan peranti ini di tempat yang panas. Suhu
tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik,
merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan
plastik tertentu.
● Jangan simpan peranti ini di tempat yang sejuk. Apabila
peranti ini kembali kepada suhu normalnya, lembapan
boleh terbentuk di dalam peranti ini, dan merosakkan
papan litar elektroniknya.
● Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain
● Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini.
Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan
litar dalaman dan mekanisme halus.
● Jangan gunakan kimia, pelarut pembersihan, atau
bahan cuci yang keras untuk membersihkan peranti ini.
● Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan
bahagian-bahagian yang boleh digerakkan menjadi
tersendat dan menghalang operasi sempurna.
● Gunakan kain kering yang lembut dan bersih untuk
membersihkan sebarang kanta, seperti kanta kamera,
sensor jarak dan sensor cahaya.
● Gunakan hanya antena ganti yang dibekalkan atau
diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan
yang tidak dibenarkan boleh merosakkan peranti ini
dan mungkin melanggar peraturan yang berkuatkuasa
bagi peranti radio.
● Gunakan pengecas di dalam bangunan.
● Sentiasa buat sandaran data yang anda hendak simpan,
seperti kenalan dan nota kalendar.
● Untuk menetapkan semula peranti dari masa ke semasa
untuk mendapatkan prestasi optimum, matikan peranti
dan keluarkan bateri.
Semua cadangan ini sama berkaitan dengan peranti anda,
bateri, pengecas atau sebarang tambahan. Jika sebarang
peranti tidak berfungsi dengan betul, bawa ia ke
kemudahan servis berdaftar yang terdekat untuk servis.
Peranti anda dan tambahan-tambahannya mungkin
mengandungi bahagian-bahagian kecil. Jauhkan ia dari
capaian kanak-kanak kecil.
Persekitaran beroperasi
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF
apabila digunakan dalam kedudukan biasa pada telinga
atau apabila diletakkan sekurang-kurangnya 2.2
sentimeter (7/8 inci) jauhnya dari badan. Apabila sarung
pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan
bagi operasi pakai pada badan, ia tidak seharusnya
mengandungi logam dan harus meletakkan peranti sejauh
jarak yang disebut di atas dari badan.
Untuk menghantar fail data atau mesej, peranti ini
memerlukan sambungan yang bermutu kepada
rangkaian. Dalam sesetengah hal, penghantaran fail data
atau mesej mungkin tertunda sehingga sambungan
demikian terdapat. Pastikan arahan jarak pemisahan di
atas dipatuhi sehingga penghantaran selesai.
Sebahagian daripada peranti bermagnet. Bahan-bahan
logam boleh tertarik pada peranti ini. Jangan letakkan kad
kredit atau media storan bermagnet lain berdekatan
dengan peranti, kerana maklumat yang tersimpan
padanya mungkin boleh terpadam.
Alat perubatan
Operasi sebarang peralatan pemancar radio, termasuk
telefon wayarles, boleh mengganggu fungsi alat-alat
perubatan yang tidak dilindungi secukupnya. Anda harus
berjumpa dengan pakar perubatan atau pembuat alat
perubatan tersebut untuk menentukan sama ada ia
di lind ungi secu kupn ya dar ipa da te na ga R F lu aran atau jika
anda mempunyai sebarang pertanyaan. Matikan peranti
ini di kemudahan jagaan kesihatan apabila diarahkan
berbuat demikian oleh peraturan yang ditampalkan di
tempat-tempat ini. Hospital atau kemudahan jagaan
kesihatan mungkin menggunakan peralatan yang peka
terhadap tenaga RF luaran.
Alat perubatan yang diimplan
Pengilang alat perubatan menyarankan bahawa
pemisahan minimum sebanyak 15.3 sentimeter (6 inci)
hendaklah dikekalkan di antara peranti wayarles dan alat
perubatan yang diimplan, seperti perentak jantung atau
kardioverter defibrilator yang diimplan, untuk
mengelakkan gangguan yang mungkin berlaku dengan
alat perubatan. Orang yang memiliki peranti sedemikian
hendaklah:
● Sentiasa pastikan peranti wayarles berada lebih
daripada 15.3 sentimeter (6 inci) dari alat perubatan
apabila peranti wayarles dihidupkan.
bertentangan dengan alat perubatan untuk
mengurangkan gangguan yang mungkin berlaku.
● Matikan peranti wayarles dengan segera jika terdapat
sebarang sebab untuk mengesyaki gangguan sedang
berlaku.
● Baca dan ikut arahan daripada pengilang alat
perubatan yang diimplan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai
menggunakan peranti wayarles dengan alat perubatan
yang diimplan, rujuk penyedia jagaan kesihatan anda.
Alat bantuan pendengaran
Sesetengah peranti wayarles digital boleh mengganggu
sesetengah alat bantuan pendengaran. Jika gangguan
berlaku, hubungi pembekal khidmat anda.
Kenderaan
Isyarat RF boleh menjejas sistem elektronik yang tidak
dipasang dengan betul atau tidak dilindungi secukupnya
di dalam kenderaan bermotor seperti sistem pancitan
bahan bakar elektronik, sistem brek anti-kelincir (antikunci) elektronik, sistem kawalan kelajuan elektronik, dan
sistem beg udara. Untuk maklumat lanjut, periksa dengan
pembuat kenderaan, anda atau wakilnya, atau sebarang
peralatan yang telah ditambah.
Hanya kakitangan yang berkelayakan harus membaiki
peranti ini atau memasang peranti ini di dalam kenderaan.
Pemasangan atau servis yang tidak betul membahayakan
dan boleh mentaksahkan sebarang waranti yang mungkin
diberikan bagi peranti ini. Periksa dari masa ke masa
dengan tetap semua peralatan peranti wayarles di dalam
kenderaan anda bagi memastikan ia dipasang dan
beroperasi dengan betul. Jangan simpan atau bawa cecair
mudah terbakar, gas, atau bahan mudah meletup di dalam
tempat yang sama dengan peranti ini, bahagianbahagiannya atau tambahan-tambahannya. Untuk
kenderaan yang dilengkapi beg udara, anda harus ingat
bahawa beg udara mengembung dengan daya yang amat
kuat. Jangan letakkan barang-barang, termasuk peralatan
wayarles baik yang terpasang mahupun yang mudah
dialih di tempat di atas beg udara atau di tempat
pelancaran beg udara. Jika peralatan wayarles dalamkenderaan tidak dipasang dengan betul dan beg udara
mengembung, kecederaan serius boleh berlaku.
Menggunakan peranti anda semasa terbang di dalam
pesawat adalah dilarang. Matikan peranti anda sebelum
menaiki pesawat. Penggunaan peranti telefon wayarles di
dalam pesawat boleh membahayakan pengendalian
pesawat, mengganggu rangkaian telefon wayarles, dan
mungkin menyalahi undang-undang.
Matikan peranti anda apabila berada di kawasan di mana
letupan boleh berlaku, dan patuhi semua papan tanda dan
arahan. Persekitaran di mana letupan boleh berlaku
termasuk tempat-tempat di mana anda biasanya
dinasihatkan supaya mematikan enjin kenderaan anda.
Percikan api di kawasan-kawasan seperti itu boleh
menyebabkan letupan atau kebakaran yang
mengakibatkan kecederaan pada badan ataupun
kematian. Matikan peranti ini di tempat-tempat mengisi
bahan bakar seperti berdekatan dengan pam gas di stesen
minyak. Patuhi sekatan-sekatan terhadap penggunaan
peralatan radio di depo, tempat-tempat penyimpanan,
dan pengedaran bahan bakar, loji kimia atau tempat
operasi peletupan sedang berjalan. Kawasan-kawasan di
mana letupan boleh berlaku sering, tetapi tidak
semestinya, ditandakan dengan jelas. Ia termasuk di
bawah dek di dalam bot, kemudahan memindah atau
menyimpan bahan kimia dan tempat-tempat di mana
udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah seperti
butir, habuk, atau serbuk logam. Anda boleh menyemak
dengan pembuat kenderaan yang menggunakan gas
petroleum cair (seperti propana dan butana) untuk
menentukan jika peranti in boleh digunakan dengan
selamat dalam sekitaran kenderaan.
beroperasi menggunakan isyarat radio, rangkaian
wayarles, rangkaian talian darat, dan fungsi-fungsi yang
diprogram pengguna. Disebabkan ini, sambungan dalam
semua keadaan tidak dapat dijamin. Anda tidak sekalisekali sepatutnya bergantung pada sebarang peranti
wayarles untuk komunikasi penting seperti kecemasan
perubatan.
Untuk membuat panggilan kecemasan:
1. Jika peranti ini belum dihidupkan, hidupkan ia. Periksa
untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi.
Sesetengah rangkaian mungkin memerlukan kad SIM
yang sah dimasukkan dengan betul ke dalam peranti.
2. Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu
untuk mengosongkan paparan dan menyediakan
peranti ini untuk panggilan.
3. Masukkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi
semasa anda. Nombor-nombor kecemasan berbeza
mengikut lokasi.
4. Tekan kekunci panggil .
Jika ciri-ciri tertentu sedang digunakan, anda mungkin
perlu menyahaktifkan ciri-ciri tersebut dahulu sebelum
anda boleh membuat panggilan kecemasan. Lihat
panduan ini atau hubungi pembekal khidmat anda untuk
maklumat lanjut.
Apabila membuat panggilan kecemasan, berikan semua
maklumat yang perlu seberapa tepat yang mungkin.
Peranti wayarles anda mungkin satu-satunya alat
komunikasi di tempat kemalangan itu. Jangan tamatkan
panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.
MAKLUMAT PENSIJILAN (SAR)
Peranti bimbit ini menepati garis panduan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Peranti bimbit anda adalah sebuah pemancar dan
penerima radio. Ia direka bentuk agar tidak melebihi had
untuk pendedahan kepada gelombang radio yang
disarankan oleh garis panduan antarabangsa. Garis
panduan ini dibangunkan oleh organisasi saintifik bebas
ICNIRP dan merangkumi margin keselamatan yang
dibentuk untuk memastikan perlindungan semua orang,
tanpa mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan pendedahan bagi peranti mudah alih
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) atau SAR.
Had SAR yang dinyatakan dalam garis panduan ICNIRP
adalah 2.0 watt/kilogram (W/kg) dipuratakan pada 10
gram tisu. Ujian bagi SAR yang dijalankan menggunakan
kedudukan beroperasi biasa dengan peranti memancar
pada aras kuasa yang disahkan tertinggi dalam semua
jalur frekuensi yang diuji. Paras SAR sebenar bagi peranti
yang beroperasi boleh berada di bawah nilai maksimum
kerana peranti ini telah direka bentuk agar hanya
menggunakan kuasa yang dikehendaki untuk mencapai
rangkaian. Jumlah tersebut berubah bergantung pada
beberapa faktor seperti sehampir mana anda berada
dengan stesen pangkalan rangkaian. Nilai SAR tertinggi
mengikut garis panduan ICNIRP untuk kegunaan peranti di
telinga ialah 1.19 W/kg.
Penggunaan akesori dan tambahan peranti mungkin
menyebabkan nilai SAR yang berlainan. Nilai SAR mungkin
berubah-ubah bergantung kepada keperluan laporan
kebangsaan dan pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat
SAR tambahan boleh diberikan di bawah maklumat produk
di www.nokia.com.
Sokongan web Jagaan Nokia memberi anda lebih banyak maklumat
mengenai perkhidmatan dalam talian kami.
DEMONSTRASI INTERAKTIF
Pelajari cara untuk menyediakan telefon anda buat kali
pertama, dan ketahui dengan lebih lanjut mengenai cirinya.
Demonstrasi Interaktif memberi arahan langkah-demilangkah mengenai penggunaan telefon anda.
PANDUAN PENGGUNA
Panduan Pengguna dalam talian ini mengandungi maklumat
terperinci mengenai telefon anda. Ingatlah untuk memeriksa
dengan kerap untuk mendapatkan kemas kinian.
PERISIAN
Gunakan sepenuhnya telefon anda dengan perisian untuk
telefon dan PC anda. Nokia PC Suite menyambung telefon
anda dan PC agar anda boleh menguruskan kalendar,
kenalan, muzik, dan imej, sementara aplikasi lain melengkapi
penggunaannya.
TETAPAN
Sesetengah fungsi telefon, seperti mesej multimedia,
menyemak imbas mudah alih dan e-mel*, mungkin
memerlukan tetapan sebelum anda boleh menggunakannya.
Dapatkannya agar dihantar ke telefon anda secara percuma.
*Tidak terdapat pada semua te lefon.
Sila lawati www.nokia.com.my/support untuk mendapatkan
butiran.
Loading...
+ hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.