Perakam Kamera Video
Berdefinisi Tinggi (HD)
Digital
Panduan Operasi
Jadual Kandungan
Langkah permulaan
Rakaman/Main balik
Operasi-operasi lanjutan
Menyimpan wayang gambar dan
foto dengan sebuah komputer
Menyimpan imej-imej dengan
satu peranti luaran
Mengkustomkan camcorder
anda
Maklumat tambahan
Rujukan cepat
HDR-CX130E/CX160E/CX180E
Baca ini terlebih dahulu
Sila baca manual ini dengan teliti, sebelum
mengendalikan unit, dan simpankannya
bagi rujukan pada masa akan datang.
AMARAN
Untuk mengurangkan bahaya
kebakaran atau kejutan elektrik,
jangan dedahkan unit kepada hujan
atau kelembapan.
Jangan dedahkan bateri-bateri kepada
kepanasan melampau seperti cahaya
matahari, api atau seumpamanya.
AMARAN
Pek bateri
Jika pek bateri tidak dikendali dengan
betul, pek bateri akan letus, mengakibatkan
satu kebakaran atau lecuran kimia.
Memperhatikan amaran-amaran berikut.
Jangan nyahhimpun.
Jangan renyuk dan jangan dedahkan pek
bateri kepada sebarang kejutan atau kuasa
seperti menukul-nukul, menjatuh atau
memijakkannya.
Jangan litar pintaskannya dan jangan benarkan
objek-objek logam bersentuhan dengan
pangkalan-pangkalan bateri.
Jangan dedahkannya kepada suhu tinggi
melebihi 60 °C seperti di bawah sinaran
matahari terus atau di dalam sebuah kereta
yang diletak di bawah matahari.
Jangan bakar atau hapuskannya dengan api.
Jangan kendalikan bateri-bateri ion lithium
yang rosak atau terbocor.
Pastikan untuk mengecaskan pek bateri dengan
menggunakan satu pengecas bateri Sony yang
asli atau satu peranti yang boleh mengecaskan
pek bateri.
Jauhkan pek bateri daripada capaian kanakkanak kecil.
Pastikan pek bateri kering.
Hanya ganti dengan jenis yang sama atau
bersamaan seperti disyorkan oleh Sony.
MY
2
Hapuskan pek-pek bateri yang telah digunakan
dengan segera seperti yang diterangkan dalam
arahan.
Gantikan bateri dengan jenis yang
ditetapkan sahaja. Jika tidak, kebakaran
atau kecederaan mungkin berlaku.
Alat Suai Arus Ulang-alik
Jangan guna Alat Suai Arus Ulang-alik yang
ditempatkan di tempat yang sempit, seperti
di antara dinding dan perabot.
Guna soket dinding yang berhampiran
apabila menggunakan Alat Suai Arus
Ulang-alik. Tanggalkan Alat Suai Arus
Ulang-alik daripada soket dinding sertamerta jika berlaku sebarang pincang tugas
semasa menggunakan camcorder anda.
Walaupun jika camcorder anda dipadamkan,
kuasa Arus Ulang-alik masih lagi yang
dibekalkan kepadanya semasa ia tersambung
kepada soket dinding melalui Alat Suai Arus
Ulang-alik.
Nota mengenai kord kuasa
Kord kuasa tersebut direkabentuk khas
untuk kegunaan camcorder ini sahaja, dan
tidak patut digunakan dengan peralatan
elektrik yang lain.
Item-item yang dibekalkan
Nombor dalam ( ) ialah bilangan yang
dibekalkan.
Alat Suai Arus Ulang-alik (1)
Kord kuasa (1)
Kabel komponen A/V (1)
Kabel penyambung A/V (1)
Kabel penyokong sambungan USB (1)
Gunakan kabel ini apabila Kabel USB terbinadalam camcorder (m.s. 9) terlalu pendek untuk
digunakan.
Pek bateri boleh cas semula NP-FV50 (1)
CD-ROM “Handycam” Application
Software (1) (m.s. 34)
“PMB” (perisian, termasuk “PMB Help”)
Panduan buku “Handycam” (PDF)
“Panduan Operasi” (Manual ini) (1)
Camcorder ini mempunyai satu perisian
aplikasi terbina-dalam yang dinamakan “PMB
able” (m.s. 36).
Port
Lihat muka surat 16 bagi kad memori yang
anda boleh gunakan dengan camcorder ini.
Menggunakan camcorder
Jangan pegang camcorder dengan bahagian-
bahagian berikut, dan juga jangan pegang
camcorder dengan penutup-penutup jek.
Skrin LCDPek bateri
Kabel USB terbina-dalam
Camcorder tidak kalis habuk, kalis titisan atau
kalis air. Lihat “Langkah beringat” (m.s. 61).
Item-item menu, panel LCD, dan lensa
Satu item menu yang dikelabukan tidak
didapati di bawah keadaan-keadaan merakam
atau main balik semasa.
Skrin LCD dibuat dengan menggunakan
teknologi yang sangat berketepatan tinggi, oleh
sebab itu lebih daripada 99.99% piksel boleh
dikendalikan untuk penggunaan yang berkesan.
Walau bagaimanapun, mungkin terdapat
beberapa titik hitam kecil dan/atau titik terang
(berwarna putih, merah, biru, atau hijau) yang
sentiasa muncul pada skrin LCD. Titik-titik ini
adalah kesan-kesan normal daripada proses
pembuatan dan tidak menjejas rakaman dalam
apa cara sekalipun.
Titik-titik hitam
Titik-titik putih, merah, biru atau hijau
Pendedahan skrin LCD atau lensa secara
langsung kepada cahaya matahari untuk
jangka masa yang lama mungkin menyebabkan
pincang tugas.
Jangan tujukan pada matahari. Dengan
melakukannya sedemikian mungkin
menyebabkan camcorder anda menjadi pincang
tugas. Ambil imej-imej matahari hanya di
dalam keadaan cahaya yang rendah, seperti
pada waktu senja.
Mengenai seting bahasa
Paparan pada skrin dalam setiap bahasa
tempatan digunakan untuk mengilustrasikan
prosedur-prosedur operasi. Tukar bahasa skrin
sebelum menggunakan camcorder jika perlu
14).
(m.s.
Mengenai rakaman
Untuk memastikan operasi stabil kad memori,
adalah disyorkan bahawa anda memformatkan
kad memori dengan camcorder anda
sebelum menggunakannya buat pertama kali.
Pemformatan kad memori akan memadamkan
semua data yang disimpan padanya dan data
tersebut tidak dapat dipulihkan. Simpankan data
penting anda pada komputer peribadi anda.
Sebelum memulakan rakaman, uji fungsi
rakaman untuk memastikan imej dan bunyi
dirakam tanpa sebarang masalah.
MY
3
Ganti rugi untuk kandungan-kandungan
rakaman tidak dapat diberikan, walaupun
rakaman atau main balik tidak dapat dilakukan
akibat satu pincang tugas pada camcorder,
media rakaman, dll.
Sistem-sistem televisyen berwarna berbeza
bergantung kepada negara/kawasan. Untuk
melihat rakaman anda pada sebuah televisyen,
anda memerlukan satu televisyen yang
berasaskan sistem PAL.
Rancangan-rancangan televisyen, filem-filem,
pita-pita video, dan bahan-bahan lain mungkin
mempunyai hak cipta. Merakam bahan-bahan
tersebut tanpa kebenaran mungkin melanggar
undang-undang hak cipta.
Gunakan camcorder menurut peraturan
tempatan.
Nota mengenai main balik
Anda mungkin tidak boleh memain balik
dengan biasa imej-imej yang dirakam pada
camcorder anda dengan peranti-peranti lain.
Juga, anda mungkin tidak boleh memain balik
imej-imej yang dirakam pada peranti-peranti
lain dengan camcorder anda.
Wayang gambar berkualiti imej biasa (STD)
yang dirakam pada kad-kad memori SD tidak
boleh dimainkan pada peralatan AV pengeluar
yang lain.
Media DVD yang dirakam dengan
kualiti imej HD (definisi tinggi)
Media DVD yang dirakam dengan kualiti
imej definisi tinggi (HD) boleh dimain balik
dengan peranti-peranti yang serasi dengan
piawaian AVCHD. Anda tidak boleh memain
cakera-cakera yang dirakam dengan kualiti imej
definisi tinggi (HD) denga pemain/perakam
DVD kerana mereka tidak serasi dengan
format AVCHD. Jika anda memasukkan satu
cakera yang dirakam dengan format AVCHD
(kualiti imej definisi tinggi (HD)) ke dalam satu
pemain/perakam DVD, anda mungkin tidak
dapat mengeluarkan cakera tersebut.
Menyimpan semua data imej rakaman
anda
Untuk mengelakkan kehilangan data imej anda,
simpankan semua imej rakaman anda pada
media luaran secara berkala. Untuk menyimpan
imej-imej pada komputer anda, lihat muka
surat 32, dan untuk menyimpan imej-imej pada
peranti luaran, lihat muka surat 39.
Jenis cakera atau media pada mana imej-imej
boleh disimpan bergantung kepada [
Mod
RAKAM] yang terpilih apabila imej-imej
dirakam. Wayang gambar yang dirakam
dengan [Kualiti 50p
] akan disimpan
dengan menggunakan media luaran (m.s. 41).
Wayang gambar yang dirakam dengan [Kualiti
Tertinggi
] boleh disimpan pada media
luaran atau pada cakera-cakera Blu-ray.
Nota mengenai pek bateri/Alat Suai
Arus Ulang-alik
Pastikan untuk menanggalkan pek bateri atau
Alat Suai Arus Ulang-alik selepas memadamkan
camcorder.
Tanggalkan Alat Suai Arus Ulang-alik daripada
camcorder, dengan memegang kedua-dua
camcorder dan palam Arus Terus.
Nota mengenai suhu camcorder/pek
bateri
Apabila suhu camcorder atau pek bateri
menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah, anda
mungkin tidak boleh merakam atau memain
balik pada camcorder, oleh kerana ciri-ciri
perlindungan camcorder yang telah diaktifkan
dalam situasi-situasi demikian. Dalam kes ini,
satu penunjuk muncul pada skrin LCD.
Apabila camcorder disambung kepada
sebuah komputer atau aksesoriaksesori
Jangan cuba memformat media rakaman
camcorder dengan menggunakan sebuah
komputer. Jika anda membuat demikian,
camcorder anda mungkin tidak beroperasi
dengan betul.
MY
4
Apabila menyambungkan camcorder
kepada peranti yang lain dengan kabel-kabel
komunikasi, pastikan anda memasukkan
palam penyambung dengan cara yang betul.
Menolak palam dengan paksa ke dalam
pangkalan akan merosakkan pangkalan dan
mungkin menyebabkan satu pincang tugas pada
camcorder.
Apabila camcorder disambungkan kepada
peranti yang lain melalui satu sambungan USB
dan kuasa camcorder dihidupkan, jangan tutup
panel LCD. Data imej yang telah dirakamkan
mungkin hilang.
Jika anda tidak boleh merakam/
memain balik imej-imej, laksanakan
[Format]
Jika anda mengulangi rakaman/pemadaman
imej-imej bagi satu jangka masa yang lama,
perpecahan data berlaku pada media rakaman.
Imej-imej tidak boleh disimpan atau dirakam.
Dalam kes sedemikian, simpankan imejimej anda pada sesuatu jenis media luaran
terlebih dahulu, dan kemudian laksanakan
[Format] dengan menyentuh
[Persediaan] [
(Seting Media)]
(MENU)
[Format] media yang diingini (HDRCX160E/CX180E)
.
Nota-nota mengenai aksesori-aksesori
opsyenal
Kami mengesyorkan bahawa anda
menggunakan aksesori-aksesori Sony yang asli.
Aksesori Sony asli mungkin tidak didapati pada
sesetengah negara/rantau.
Mengenai manual ini, ilustrasi dan
paparan pada-skrin
Imej-imej contoh yang digunakan dalam
manual ini untuk tujuan-tujuan ilustrasi
ditangkap dengan menggunakan sebuah
kamera pegun digital, maka mungkin kelihatan
berbeza daripada imej dan penunjuk skrin
yang muncul sebenarnya pada camcorder
anda. Dan juga, ilustrasi camcorder anda dan
penunjuk skrinnya telah dibesar-besarkan atau
dimudahkan untuk kesenangan pemahaman.
Dalam manual ini, memori dalaman (HDR-
CX160E/CX180E) dan kad memori digelar
“media rakaman”.
Dalam manual ini, cakera DVD yang dirakam
dengan kualiti imej definisi tinggi (HD)
dipanggil cakera rakaman AVCHD.
Reka bentuk dan spesifikasi camcorder anda
dan aksesori-aksesori adalah tertakluk kepada
perubahan tanpa pemberitahuan.
Pastikan nama model camcorder anda
Nama model ditunjukkan dalam manual
ini apabila terdapat satu perbezaan dalam
spesifikasi di antara model. Pastikan nama
model pada bahagian bawah camcorder anda.
Perbezaan-perbezaan utama dalam spesifikasi
bagi siri ini adalah seperti berikut.
Media
rakaman
HDR-CX130E Kad memori—
HDR-CX160E Memori
HDR-CX180E32 GB
dalaman + kad
memori
Kapasiti media
rakaman
dalaman
16 GB
Nota tentang penggunaan
Jangan laksanakan yang berikut. Jika tidak,
media rakaman mungkin dirosak, imej-imej
yang dirakam mungkin tidak boleh dimain
balik atau hilang, atau pincang tugas yang lain
mungkin berlaku.
lentingkan kad memori apabila lampu
ian (m.s. 17) menyala atau berkelip
apa
c
mengeluarkan pek bateri atau Alat Suai
Arus Ulang-alik daripada camcorder, atau
mengenakan kejutan mekanikal atau gegaran
kepada camcorder apabila lampu-lampu
(Wayang gambar)/ (Foto) (m.s. 19)
atau lampu capaian (m.s. 17) menyala atau
berkelip
Apabila menggunakan satu tali galas (dijual
berasingan), jangan hempaskan camcorder
terhadap objek lain.
Jajarkan tanda pada palam DC dengan
tanda yang ada pada jek DC IN.
Anda boleh mengecas pek bateri “InfoLITHIUM” (siri V) selepas memasangnya kepada
camcorder anda.
Nota
Anda tidak boleh memasang pek bateri “InfoLITHIUM” selain daripada siri V kepada camcorder anda.
Padamkan camcorder anda dengan menutup skrin LCD.
1
Pasangkan pek bateri dengan menggelongsorkannya dalam arahan anak
2
panah sehingga bunyi klik.
Sambungkan Alat Suai Arus Ulang-alik dan kord kuasa kepada camcorder
3
anda dan saluran keluar dinding.
Lampu CHG (cas) menyala dan pengecasan bermula. Lampu CHG (cas) padam apabila
pek bateri telah dicas sepenuhnya.
MY
Palam DC
Ke saluran keluar dinding
8
Apabila bateri telah dicas, tanggalkan Alat Suai Arus Ulang-alik daripada
4
jek DC IN camcorder anda.
Untuk mengecaskan bateri dengan menggunakan komputer anda
Kaedah ini adalah berguna apabila Alat Suai AU tidak didapati.
Padamkan camcorder dan pasangkan pek bateri kepada camcorder.
ungkan camcorder kepada sebuah komputer yang sedang berjalan dengan
Samb
gunakan Kabel USB Terbina-dalam.
meng
Ke saluran keluar dinding
Apabila bateri telah penuh dicaskan, tanggalkan camcorder daripada komputer (m.s. 35).
Nota
Operasi dengan semua komputer tidak terjamin.
Jika anda menyambungkan camcorder kepada sebuah komputer riba yang tidak disambungkan kepada
suatu sumber kuasa, bateri komputer riba akan terus menghauskan casnya. Jangan biarkan camcorder
tersambung kepada sebuah komputer dalam keadaan ini.
Mengecas dengan sebuah komputer yang dipasang sendiri, dengan sebuah komputer yang telah
diubahsuai, atau melalui satu hub USB tidak terjamin. Camcorder mungkin tidak berfungsi dengan betul
bergantung kepada peranti USB yang digunakan dengan komputer.
Tip
Anda akan mengecas bateri dengan menyambungkan Kabel USB terbina-dalam kepada satu saluran
keluar dinding dengan menggunakan satu pengecas USB/alat suai Arus Ulang-alik AC-U501AD/ACU50AG (dijual berasingan). Anda tidak boleh menggunakan suatu CP-AH2R atau CP-AL Sony peranti
pembekal kuasa mudah alih (dijual berasingan) untuk mengecas camcorder.
Alat pengecas USB/alat suai Arus Ulang-alik mungkin tidak didapati pada sesetengah negara/rantau.
Lampu CHG (cas) mungkin tidak menyala apabila baki kuasa bateri terlalu rendah. Dalam kes
sedemikian, caskan bateri dengan menggunakan alat suai Arus Ulang-alik yang dibekalkan.
Langkah permulaan
MY
9
Masa mengecas
Masa anggaran (minit) berikut diperlukan apabila anda mengecas sepenuhnya pek bateri yang
telah dinyahcas sepenuhnya.
Pek bateri
NP-FV50 (yang
Alat Suai Arus Ulang-alik
155315
Masa mengecas
Kabel USB terbina-dalam
*
dibekalkan)
NP-FV70195600
NP-FV1003901050
Masa pengecasan yang ditunjukkan dalam jadual di atas diukur ketika mengecaskan camcorder pada suhu
C . Adalah disyorkan bahawa anda mengecaskan bateri pada satu julat suhu 10 C hingga 30 C.
25
* Masa-masa pengecasan diukur tanpa menggunakan kabel penyokong sambungan USB.
Tip
Lihat muka surat 58 mengenai masa rakaman dan main.
Apabila camcorder anda hidup, anda boleh memeriksa jumlah anggaran baki kuasa bateri dengan
penunjuk baki bateri di bahagian kanan atas pada skrin LCD.
Untuk menanggalkan pek bateri
Menutup skrin LCD. Gelongsorkan tuas lepas BATT (bateri) () dan tanggalkan pek bateri
().
Untuk menggunakan satu saluran keluar dinding sebagai satu sumber kuasa
Laksanakan sambungan yang sama seperti “Langkah 1: Mengecas pek bateri” (m.s. 8).
Walaupun pek bateri terpasang, pek bateri tidak dicaskan.
Nota mengenai pek bateri
Apabila anda mengeluarkan pek bateri atau menanggalkan Alat Suai Arus Ulang-alik, padamkan
camcorder dan pastikan bahawa lampu-lampu
(m.s. 17) telah dipadamkan.
Lampu CHG (cas) berkelip semasa pengecasan di bawah keadaan-keadaan yang berikut:
Pek bateri tidak dipasang dengan betul.
Pek bateri telah rosak.
Suhu pek bateri rendah.
Keluarkan pek bateri daripada camcorder anda dan letakkannya di suatu tempat yang panas.
MY
(Wayang gambar)/ (Foto) (m.s. 19), lampu capaian
10
Suhu pek bateri tinggi.
Keluarkan pek bateri daripada camcorder anda dan letakkannya di suatu tempat yang sejuk.
Kami tidak syorkan anda menggunakan satu NP-FV30, yang hanya membenarkan masa rakaman dan
main balik yang pendek, dengan camcorder anda.
Dalam seting default, kuasa terpadam secara automatik jika anda biarkan camcorder anda tanpa sebarang
operasi untuk lebih kurang 5 minit, untuk menjimat kuasa bateri ([Padam Auto]).
Nota mengenai Alat Suai Arus Ulang-alik
Guna saluran keluar dinding yang berhampiran apabila menggunakan Alat Suai Arus Ulang-alik.
Tanggalkan Alat Suai Arus Ulang-alik daripada soket dinding serta-merta jika berlaku sebarang pincang
tugas semasa menggunakan camcorder anda.
Jangan guna Alat Suai Arus Ulang-alik yang ditempatkan di tempat yang sempit, seperti di antara
dinding dan perabot.
Jangan pintaskan litar palam DC Alat Suai Arus Ulang-alik atau pangkalan bateri dengan sebarang objek
logam. Ini mungkin menyebabkan satu pincang tugas.
Mengecas pek bateri di luar negara
Anda boleh mengecas pek bateri di mana-mana negara/rantau dengan menggunakan Alat
Suai Arus Ulang-alik yang dibekalkan dengan camcorder anda di dalam julat AC 100 V 240 V, 50 Hz/60 Hz.
Jangan gunakan pengubah voltan elektronik.
Langkah permulaan
MY
11
Langkah 2: Menghidupkan kuasa, dan mengatur
tarikh dan waktu
Buka skrin LCD camcorder anda.
1
Camcorder anda dihidupkan.
Untuk menghidupkan camcorder anda apabila skrin LCD terbuka, tekan POWER.
Lampu MODE
Butang POWER
Pilih bahasa yang diingini, kemudian sentuh [Brikt].
2
Sentuh butang pada
skrin LCD
Pilih kawasan geografi yang diingini dengan
3
[Brikt].
/, kemudian sentuh
12
Untuk mengatur tarikh dan waktu sekali lagi, sentuh (MENU) [Persediaan]
(Seting Jam)] [Seting Tarikh&Masa] [Tarikh & Masa]. Apabila satu item tidak berada
[
pada skrin, sentuh
MY
/ sehingga item tersebut muncul.
Aturkan [Waktu Msm. Panas], kemudian sentuh [Brikt].
4
Jika anda mengatur [Waktu Msm. Panas] kepada [Hidupkan], jam mara 1 jam ke hadapan.
Pilih format tarikh, kemudian sentuh [Brikt].
5
Pilih tarikh dan waktu, sentuh
6
sentuh [Brikt]
Jam bermula.
.
/ untuk mengatur nilai, kemudian
Langkah permulaan
Nota
Tarikh dan waktu tidak muncul semasa rakaman, tetapi mereka akan dirakamkan secara automatik pada
media rakaman, dan boleh dipaparkan semasa main balik. Untuk memaparkan tarikh dan waktu, sentuh
Anda boleh memadamkan bunyi bip operasi dengan menyentuh
(Seting Umum)] [Bip] [Matikan] .
[
Jika butang yang anda sentuh tidak bertindak balas dengan betul, tentukurkan panel sentuh.
(MENU) [Persediaan]
MY
13
Untuk memadamkan kuasa
Menutup skrin LCD.
Lampu
(Wayang gambar) berkelip untuk beberapa saat dan kuasa camcorder terpadam.
Tip
Anda boleh memadamkan camcorder dengan menekan POWER juga.
Apabila [Kuasa Hidup Olh LCD] diatur kepada [Matikan], padamkan camcorder anda dengan menekan
POWER.
Menukar aturan bahasa
Anda boleh menukar paparan-paparan pada skrin untuk menunjukkan mesej-mesej dalam
satu bahasa yang ditentukan.
Sentuh
satu bahasa yang diingini
Sentuh media rakaman yang diingini, kemudian sentuh .
Kedua-dua wayang gambar dan foto dirakam pada media yang dipilih.
Untuk memeriksa seting media rakaman
Sama ada dalam mod rakaman wayang gambar atau mod rakaman foto, ikon media bagi
media rakaman yang terpilih akan ditunjukkan pada bahagian atas kanan skrin.
Ikon media rakaman
Ikon yang dipaparkan mungkin berbeza bergantung pada model anda.
Langkah permulaan
MY
15
Memasukkan satu kad memori
Nota
Mengatur media rakaman kepada [Kad Memori] untuk merakam wayang gambar dan/atau foto pada
satu kad memori (HDR-CX160E/CX180E).
Jenis-jenis kad memori yang anda boleh gunakan dengan camcorder anda
Kelas Kelajuan SDDiterangkan dalam
manual ini
“Memory Stick PRO
Duo” (Mark2)
“Memory Stick PRO-
—
HG Duo”
Kad memori SD
Kad memori SDHC
Kad memori SDXC
Operasi dengan semua kad memori tidak terjamin.
“Memory Stick PRO Duo”, separuh saiz “Memory Stick”, atau kad SD saiz biasa boleh digunakan untuk
camcorder ini.
Jangan lekatkan label atau yang seumpama kepada suatu kad memori atau alat suai kad memori.
Melakukan perkara sedemikian mungkin menyebabkan satu pincang tugas.
“Memory Stick PRO Duo” sehingga 32 GB dan kad-kad SD sehingga 64 GB telah disahkan beroperasi
dengan camcorder anda.
Nota
Suatu MultiMediaCard tidak boleh diguna dengan camcorder ini.
Wayang gambar yang dirakamkan pada kad-kad memori SDXC tidak boleh diimport atau dimain balik
pada komputer atau peranti AV yang tidak menyokong sistem fail exFAT* dengan menyambungkan
camcorder kepada peranti-peranti ini dengan kabel USB. Pastikan terlebih dahulu bahawa peralatan
yang akan disambungkan menyokong sistem exFAT. Jika anda menyambung suatu peralatan yang tidak
menyokong sistem exFAT dan skrin format muncul, jangan laksanakan pemformatan. Semua data yang
dirakam akan hilang.
* exFAT merupakan satu sistem fail yang digunakan untuk kad-kad memori SDXC.
Class 4 atau lebih
cepat
“Memory Stick PRO
Duo”
Kad SD
16
MY
Buka penutup, dan masukkan kad memori dengan tepi bertakuk mengikut
arah seperti yang diilustrasikan sehingga ia mengklik.
Tutup penutup selepas memasukkan kad memori.
Lampu capaian
Ambil perhatian mengenai arah bucu bertakuk.
Skrin [Menyedia fail pangkalan data imej. Sila tunggu.] muncul jika anda memasukkan
satu kad memori yang baru. Tunggu sehingga skrin hilang.
Tutupkan penutup.
Nota
Jika [Gagal untuk mencipta satu Fail Pangkalan Data Imej baru. Ini mungkin kerana tidak terdapat ruang
bebas yang mencukupi.] dipaparkan, formatkan kad memori.
Pastikan arah kad memori. Jika anda memasukkan kad memori mengikut arah yang salah dengan paksa,
kad memori, slot kad memori, atau data imej mungkin rosak.
Jangan buka penutup semasa merakam.
Apabila memasukkan atau melentingkan kad memori, berhati-hati supaya kad memori tidak terlompat
keluar dan terjatuh.
Untuk melenting kad memori
Buka penutup dan tolak sekali kad memori dengan lembut.
Langkah permulaan
Menyalin wayang gambar dan foto (HDR-CX160E/CX180E)
Anda boleh menyalin wayang gambar dan foto-foto dari media rakaman dalaman kepada
kad memori.
Sentuh
dipapar pada skrin.
(MENU) [Sunting/Salin] [Salin], kemudian ikut arahan-arahan yang
MY
17
Rakaman/Main balik
Merakam
Dalam seting default, wayang gambar dan foto dirakam pada media yang berikut. Wayang
gambar dirakam dengan kualiti imej definisi tinggi (HD).
HDR-CX130E: Kad memori
HDR-CX160E/CX180E: Media rakaman dalaman
Tip
Untuk menukar media rakaman, lihat muka surat 15 (HDR-CX160E/CX180E).
Kancingkan tali cengkaman.
1
Buka skrin LCD camcorder anda.
2
Camcorder anda dihidupkan dan penutup lensa terbuka.
18
MY
Merakam wayang gambar
Butang MODE
(Wayang gambar): Apabila merakam satu wayang gambar
(Foto): Apabila merakam satu foto
Butang START/STOP
[SEDIA] [RAKAM]
Tekan MODE untuk menghidupkan lampu (Wayang gambar).
Tekan START/STOP untuk mulakan rakaman.
Untuk berhenti merakam, tekan START/STOP sekali lagi.
Untuk memaparkan item-item pada skrin LCD sekali lagi
Sentuh mana saja pada skrin kecuali butang-butang pada skrin LCD supaya anda boleh
menggunakan item-item. Anda boleh menukar seting dengan menggunakan menu [Seting
Paparan].
selepas lebih
kurang 4saat
Rakaman/Main balik
MY
19
Untuk merakam senyuman
Dalam seting default, satu foto dirakam secara automatik apabila camcorder mengesan
senyuman seseorang semasa rakaman wayang gambar (Pengatup Senyum). Apabila
camcorder mengesan muka-muka semasa rakaman wayang gambar, kualiti imej dilaraskan
secara automatik ([Pengesanan muka]).
Menangkap satu foto
Bingkai Pengesanan Senyum
(Oren)
Bingkai Pengesanan Muka
(Putih)
Nota
Jika anda menutup skrin LCD semasa rakaman wayang gambar, camcorder berhenti merakam.
Masa boleh rakam berterusan maksimum wayang gambar adalah lebih kurang 13 jam.
Apabila satu fail wayang gambar melebihi 2 GB, fail wayang gambar yang berikut dicipta secara automatik.
Ia mungkin mengambil masa beberapa saat sehingga anda boleh mula merakam selepas anda
menghidupkan camcorder. Anda tidak boleh mengoperasikan camcorder anda semasa masa ini.
Keadaan-keadaan berikut akan ditunjukkan jika data masih ditulis pada media rakaman selepas rakaman
telah selesai. Pada masa ini, jangan kenakan kejutan atau gegaran kepada camcorder, atau mengeluarkan
bateri atau Alat Suai Arus Ulang-alik.
u capaian (m.s. 17) menyala atau berkelip
amp
L
Ikon media di bahagian kanan atas skrin LCD berkelip
Tip
Lihat muka surat 59 mengenai masa boleh rakam wayang gambar.
Anda boleh merakam foto semasa rakaman wayang gambar dengan menekan PHOTO sepenuhnya (Dual
Rec).
SteadyShot] diaturkan kepada [Aktif] dalam seting default.
[
Anda boleh menentukan muka keutamaan dengan menyentuhnya.
Anda boleh menangkap foto daripada wayang gambar yang dirakam.
Anda boleh memeriksa masa boleh rakam, baki kapasiti anggaran, dll., dengan menyentuh
Skrin LCD camcorder anda akan memaparkan imej-imej yang dirakam melintasi seluruh skrin (paparan
piksel penuh). Walau bagaimanapun, ini mungkin menyebabkan sedikit potongan tepi bahagian atas,
bawah, kiri dan kanan imej apabila dimain balik pada sebuah televisyen yang tidak serasi dengan paparan
piksel penuh. Dalam kes ini, aturkan [Bingkai Panduan] kepada [Hidupkan], dan rakamkan imej dengan
menggunakan bingkai luaran yang dipaparkan pada skrin sebagai satu panduan.
20
MY
Untuk melaras sudut panel LCD, mula dengan membuka panel LCD 90 darjah kepada camcorder (),
dan kemudian laraskan sudut ().
90 darjah (maksimum)
180 darjah (maksimum)
90 darjah ke camcorder
Kod data semasa rakaman
Tarikh, waktu dan keadaan rakaman dirakamkan secara automatik pada media rakaman.
Mereka tidak dipaparkan semasa rakaman. Walau bagaimanapun, anda boleh memeriksa
mereka sebagai [Kod Data] semasa main balik. Untuk memaparkan mereka, sentuh
(MENU) [Persediaan] [ (Seting Main balik)] [Kod Data] satu seting
yang diingini
.
Merakam foto
Butang MODE
Butang PHOTO
(Wayang gambar): Apabila merakam satu wayang gambar
(Foto): Apabila merakam satu foto
Apabila terpadam, foto tersebut dirakamkan.
Berkelip Lampu menyala
Tekan MODE untuk menghidupkan lampu (Foto).
Paparan skrin LCD bertukar bagi mod rakaman foto, dan nisbah bidang skrin menjadi 4:3.
Tekan PHOTO dengan lembut untuk melaras fokus, kemudian tekan
sepenuhnya.
Rakaman/Main balik
MY
21
Tip
Lihat muka surat 60 mengenai bilangan boleh rakam foto.
Untuk menukar saiz imej, sentuh
seting yang diingini
Anda tidak boleh merakam foto-foto ketika
(MENU) [Kualiti/Saiz Imej] [Saiz Imej] satu
.
dipaparkan.
Memilih mod rakaman
Anda boleh menukar kualiti imej yang anda rakam dengan menyentuh (MENU)
[Kualiti/Saiz Imej] [
Jenis-jenis media pada mana imej boleh disimpan akan bergantung kepada mod rakaman
yang dipilih.
Untuk butiran mengenai satu operasi simpan dengan menggunakan peranti luaran, lihat
muka surat 39.
Jenis-jenis media
Pada camcorder ini
Media rakaman dalaman
Kad memori
Pada peranti-peranti luaran
Media luaran (peranti-peranti storan USB)
Cakera-cakera Blu-ray—
Cakera-cakera rakaman AVCHD——
* [PS] hanya boleh diatur apabila [Kadar Bingkai] diatur kepada [50p].
Mod RAKAM].
*
PS
Mod rakaman
FXFH/HQ/LP
22
MY
Loading...
+ 50 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.