Philips BDP2510B/98 user manual [ms]

User manual
使用手冊
Manual pengguna
คู่มือผู้ใช้
Register your product and get support at
www.philips.com/support
Notis keselamatan penting
Baca dan fahami semua arahan sebelum anda menggunakan cakera Blu-ray / pemain DVD ini. Jika kerosakan terjadi disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.
Keselamatan
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
Sebelum anda membuat atau menukar sebarang sambungan, pastikan semua peranti telah ditanggalkan daripada alur keluar kuasa.
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan produk. Jika cecair tertumpah pada atau ke dalam produk, putuskan sambungan dengan alur keluar kuasa dengan serta merta. Hubungi Penjagaan Pelanggan Philips agar produk diperiksa sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori berhampiran nyalaan terbuka atau sumber haba lain, termasuk cahaya matahari langsung.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada teater rumah.
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding perkakas digunakan sebagai peranti putus sambungan,
peranti putus sambungan tersebut akan tetap sedia beroperasi.
Bateri (pek bateri atau bateri yang dipasang) tidak boleh didedahkan kepada haba yang melampau seperti cahaya matahari, api atau sebagainya.
Putuskan sambungan produk daripada alur keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
Apabila anda memutuskan sambungan kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan, lihat plat jenis di bahagian belakang atau bawah produk.
Sebelum anda menyambungkan produk ke alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan kuasa sepadan dengan nilai yang dicetak di belakang atau bahagian bawah produk tersebut. Jangan sekali-kali sambungkan produk ke alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan terhadap produk!
Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada pancaran.
Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam petak cakera.
Jangan sekali-kali letakkan produk atau sebarang objek pada kord kuasa atau kelengkapan elektrik yang lain.
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5 °C, buka bungkusan produk dan tunggu sehingga suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
6
Risiko pemanasan melampau!
Jangan pasang produk dalam ruangan terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang sekurang­kurangnya 4 inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada produk.
Risiko pencemaran!
Jangan campurkan bateri (lama dan baru atau karbon dan alkali, dll.).
Bahaya letupan jika bateri tidak diganti dengan yang betul. Ganti hanya dengan jenis yang sama atau setara.
Keluarkan bateri jika telah kehabisan atau jika alat kawalan jauh tidak akan digunakan buat tempoh masa yang lama.
Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
Produk/alat kawalan jauh mungkin mengandungi bateri jenis syiling/ butang, yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa! Jika tertelan, bateri ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Kelecuran dalaman yang teruk boleh berlaku dalam masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah tertelan atau termasuk ke dalam mana-mana bahagian badan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Apabila anda menukar bateri, pastikan semua bateri baru dan lama jauh dari jangkauan kanak­kanak. Pastikan petak bateri telah ditutup dengan kemas selepas anda mengganti bateri.
Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan kemas, berhenti menggunakan produk ini. Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan hubungi pengeluar.
Ini adalah perkakas CLASS II dengan penebatan berganda, dan tiada perlindungan pembumian dibekalkan.
Jagaan produk anda
Jangan letakkan sebarang objek
selain daripada cakera ke dalam petak cakera.
Jangan masukkan cakera yang meleding atau merekah ke dalam petak cakera.
Keluarkan cakera daripada petak cakera jika anda tidak menggunakan produk untuk tempoh masa yang lama.
Hanya gunakan kain mikrogentian untuk membersihkan produk.
Jagaan alam sekitar
Pembuangan barang lama anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan menggunakan bahan dan komponen yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula dan digunakan semula. Jangan buang produk dengan sisa rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke pusat pungutan rasmi atau kitar semula. Dengan
7
melakukan ini, anda membantu memelihara alam sekitar.
Hak cipta
anda ke: Cinavia Consumer Information Center, P.O. Box 86851, San Diego, CA, 92138, USA.
Perisian sumber terbuka
Produk ini mengandungi teknologi perlindungan hak cipta yang dilindungi oleh paten A.S. dan hak harta intelek lain Rovi Corporation. Kejuruteraan undur dan penyahhimpunan adalah dilarang. Produk ini termasuk teknologi proprietari dengan kebenaran daripada Verance Corporation dan dilindungi oleh Paten AS 7,369,677 dan paten seluruh dunia lain yang telah dikeluarkan dan yang belum selesai, di samping perlindungan hak cipta dan rahsia dagangan bagi aspek tertentu teknologi tersebut. Cinavia adalah tanda dagangan Verance Corporation. Hak Cipta 2004-2013 Verance Corporation. Semua hak terpelihara bagi Verance. Kejuruteraan balikan atau pembukaan pemasangan adalah dilarang.
Notis Cinavia
Produk ini menggunakan teknologi Cinavia untuk mengehadkan penggunaan salinan tanpa izin beberapa lem dan video serta trek bunyinya yang diterbitkan secara dagangan. Apabila penggunaan salinan yang dilarang dikesan, mesej akan dipaparkan dan main semula atau penyalinan akan terganggu. Maklumat lanjut mengenai teknologi Cinavia ada disediakan oleh Pusat Maklumat Pengguna Cinavia Dalam Talian di http://www.cinavia.com. Untuk memohon maklumat tambahan mengenai Cinavia melalui pos, hantarkan poskad berserta alamat pos
Philips Electronics Hong Kong dengan ini menawarkan untuk menghantar, apabila diminta, salinan kod sumber lengkap yang sepadan bagi pakej perisian sumber terbuka berhak cipta yang digunakan dalam produk ini yang baginya penghantaran seumpama ini diminta oleh lesen yang berkaitan. Tawaran ini sah sehingga tiga tahun selepas pembelian produk kepada sesiapa yang menerima maklumat ini. Untuk mendapatkan kod sumber, sila hantarkan permintaan anda dalam bahasa Inggeris dengan jenis produk kepada open.source@philips.com. Jika anda tidak mahu menggunakan e-mel atau jika anda tidak menerima pengesahan penerimaan dalam masa 2 minggu selepas menulis ke alamat e-mel ini, sila hantarkan surat dalam bahasa Inggeris kepada “Open Source Team, Philips Intellectual Property & Standards, P.O. Box 220, 5600 AE Eindhoven, The Netherlands”. Jika anda tidak menerima pengesahan penerimaan surat anda pada masa yang sepatutnya, sila hantar e-mel ke alamat e-mel di atas. Teks bagi lesen dan perakuan bagi perisian sumber terbuka yang digunakan dalam produk ini ada disertakan dalam manual pengguna bercetak.
8
1
C
OA
AL
COAXIAL
I
User manual
HDMI
HDMI
11
2
HDMI OUT
HDMI OUT
COAXIAL
12
COAXIAL
3
4
5
1
2
SOURCE
TV
13
6
2
USB
BD DVD/VCD/CD DivX Plus HD/MKV MP3 / JPEG
3
4
1
1
2
3
14
Loading...
+ 18 hidden pages