PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-429 ini
mematuhi dengan keperluan yang penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC yang
berkaitan. Satu salinan Pengisytiharan Pematuhan ini boleh didapati di
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune adalah cap bunyi
Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini
merupakan cap-cap dagang atau nama dagang tuan punya-tuan punya
masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau
semua kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Termasuk perisian kriptografi RSA BSAFE atau protokol keselamatan
daripada RSA Security.
Java adalah cap dagangan Sun Microsystems, Inc.
This product is licensed under the MPEG-4 Visual Patent Portfolio License (i) for
personal and noncommercial use in connection with information which has been
encoded in compliance with the MPEG-4 Visual Standard by a consumer engaged
in a personal and noncommercial activity and (ii) for use in connection with
MPEG-4 video provided by a licensed video provider. No license is granted or shall
be implied for any other use. Additional information including that related to
promotional, internal, and commercial uses, may be obtained from MPEG LA, LLC.
See <http://www.mpegla.com>.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk
kegunaan peribadi dan bukan komersil yang berkaitan dengan maklumat yang telah
dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat
dalam kegiatan peribadi dan bukan komersil dan (ii) untuk kegunaan yang
berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh pembekal video berlesen.
Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat
tambahan termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan
komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat
<http://www.mpegla.com>.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak membuat
perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang diperihalkan di dalam
dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
HINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG
BERKUAT KUASA, DALAM APA JUA KEADAAN NOKIA ATAU MANA-MANA PEMBERI
LESENNYA AKA N BERTANGGUNGJAWAB ATAS K EHILANGAN DATA ATAU
PENDAPATAN ATAU APA-APA KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, TURUTAN ATAU
TIDAK LANGSUNG YANG BERLAKU.
ISI KANDUNGAN DOKUMEN INI DIBEKALKAN "SEBAGAIMANA ADANYA". KECUALI
DITUNTUT OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, TIADA APA-APA JENIS
JAMINAN, SAMA ADA YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK
TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BAGI KEPERDAGANGAN DAN KESESUAIAN
UNTUK TUJUAN TERTENTU, DIBUAT BERKAITAN DENGAN KETEPATAN,
KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA BERHAK UNTUK
MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK PADA BILA-BILA MASA
TANPA NOTIS YANG TERDAHULU.
Ketersediaan produk yang tertentu serta aplikasi dan perkhidmatan bagi produk ini
mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila semak dengan wakil penjual Nokia unt uk
mendapatkan butiran, dan ketersediaan pilihan bahasa.
Kawalan eksport
Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan
negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang- undang adalah
dilarang.
Aplikasi pihak ketiga yang disediakan bersama peranti anda mungkin telah
diwujudkan dan boleh dimiliki oleh orang atau entiti yang tidak bergabung atau
berkaitan dengan Nokia. Nokia tidak memiliki hak cipta atau hak harta intelektual
bagi aplikasi pihak ketiga ini. Oleh yang demikian, Nokia tidak bertanggungja wab
terhadap sebarang sokongan pengguna akhir, kefungsian aplikasi ini, mahu pun
maklumat dalam aplikasi atau bahan-ba han ini. Nokia tidak menyediakan sebarang
jaminan bagi aplikasi pihak ketiga ini.
DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI INI ANDA MENGAKUI BAHAWA APLIKASI
YANG DISEDIAKAN SEBAGAIMANA ADA TANPA SEBARANG JENIS JAMINAN, YANG
DINYATAKAN ATAU TERSIRAT, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH
UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA. ANDA SETERUSNYA MENGAKUI
BAHAWA BAIK NOKIA MAHUPUN ANGGOTA GABUNGANNYA TIDAK MEMBUAT
SEBARANG PERWAKIL AN ATAU JAMINAN, YANG NYATA ATAU TERSIRAT,
TERMASUK TETAPI TIDAK TERH AD KEPADA JAMINAN HAK MILIK, KEPERDAGANGAN
ATAU KESESUAIAN BAGI SESUATU TUJUAN KHUSUS ATAU BAHAWA APLIKASI
TIDAK AKAN MELANGGAR SEBARANG PATEN, HAK CIPTA, CAP DAGANG ATAU
HAK-HAK PIHAK KETIGA YANG LAIN.
NOTIS FCC/INDUSTRY CANADA
Peranti anda mungkin menyebabkan gangguan TV atau radio (contohnya, semasa
menggunakan telefon yang berdekatan dengan peralatan yang menerima). FCC
atau Industry Canada boleh menghendaki anda menghentikan menggunakan
telefon anda jika gangguan sedemikian tidak boleh dihapuskan. Jika anda perlukan
bantuan, hubungi kemudahan servis tempatan anda. Peranti ini mematuhi
bahagian 15 peraturan FCC. Operasi adalah tertakluk kepada dua syarat yang
berikut: (1) Peranti ini mungkin tidak menyebabkan gangguan yang berbahaya, d an
(2) pearnti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk
gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini. Sebarang
perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan dengan jelas oleh Nokia
boleh membatalkan kebenaran pengguna untuk menggunakan peralatan ini.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh
jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca
panduan pengguna yang lengkap untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT Jangan
hidupkan peranti apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN
RAYA Patuhi semua undang-undang
tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda
bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa
memandu. Perkara pertama yang harus anda
pertimbangkan semasa memandu haruslah
keselamatan jalan raya.
GANGGUAN Semua peranti wayarles boleh
mendapat gangguan, yang mungkin boleh
menjejas prestasinya.
MATIKAN TELEFON DI KAWASAN
LARANGAN Patuhi sebarang sekatan. Matikan
peranti di dalam kapal terbang, berdekatan
peralatan perubatan, bahan bakar, bahan kimia
atau kawasan letupan.
Susun. Tatal ke item menu yang anda hendak pindahkan,
dan pilih Alih. Tatal ke tempat yang dikehendaki dan pilih
OK.
Mesej
S: Bagaimanakah saya menyediakan e-mel?
J: Untuk menggunakan fungsi e-mel di telefon anda, anda
memerlukan sistem e-mel yang serasi. Periksa tetapan
e-mel anda dengan pembekal khidmat e-mel anda. Anda
boleh menerima tetapan-tetapan tatarajah e-mel sebagai
mesej tatarajah.
Untuk mengaktifkan tetapan e-mel, pilih Menu > Mesej >
Tetapan mesej > Mesej e-mel.
Kesambungan PC
S: Mengapa saya mempunyai masalah untuk menyambung
telefon ke PC saya?
J: Pastikan agar Nokia PC Suite dipasangkan dan berjalan
di PC anda. Lihat panduan pengguna Nokia PC Suite atau
fungsi bantuan dalam Nokia PC Suite. Juga, lihat halaman
sokongan di www.nokia-asia.com.
Pintasan
S: Adakah terdapat pintasan pada telefon saya?
J: Terdapat beberapa pintasan dalam telefon anda:
• Untuk mengakses senarai nombor yang terakhir didail
atau diterima, tekan kekunci panggil sekali. Tatal ke
nombor atau nama yang anda kehendaki, tekan kekunci
panggil.
• Untuk membuka penyemak imbas web, tekan dan
tahan 0.
• Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan
tahan 1.
• Gunakan kekunci tatal sebagai pintasan. Lihat
"Pintasan saya", h. 38.
• Untuk menukar ke profil Senyap atau kembali ke profil
Normal, tekan dan tahan #.
Mengenai peranti anda
Peranti wayarles yang diperihalkan dalam panduan ini
diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 850
dan 900, dan rangkaian GSM 1800 dan 1900. Hubungi
pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi
semua undang-undang dan hormati adat tempatan,
privasi dan hak-hak sah orang lain termasuk hak cipta.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej,
muzik dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai,
dipindahkan atau dikemukakan.
Peranti anda mungkin mempunyai penanda buku dan
pautan tapak internet pihak ketiga yang telah diprapasang.
Anda boleh juga mengakses tapak pihak ketiga yang lain
melalui peranti anda. Tapak pihak ketiga tidak bersekutu
dengan Nokia, dan Nokia tidak mengendors atau memikul
liabiliti untuk mereka. Jika anda memilih untuk mengakses
tapak sedemikian, anda hendaklah berhati-hati terhadap
keselamatan atau kandungannya.
Ingatlah untuk membuat salinan sandaran atau
menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat
penting yang disimpan dalam peranti anda.
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca
panduan penggunanya untuk arahan-arahan keselamatan
terperinci. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak
serasi.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri
dalam peranti ini, selain daripada jam penggera,
peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan peranti wayarles
boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Perkhidmatan rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai
perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles.
Kebanyakan cirinya memerlukan ciri rangkaian yang khas.
Ciri ini tidak didapati pada semua rangkaian; rangkaian
lain mungkin menghendaki anda membuat pengurusan
khusus dengan pembekal khidmat anda sebelum anda
boleh menggunakan perkhidmatan rangkaiannya.
Pembekal khidmat anda boleh memberi anda arahan dan
menjelaskan caj mana yang dikenakan. Sesetengah
rangkaian mungkin mempunyai had-had yang menjejas
cara anda menggunakan perkhidmatan rangkaian.
Contohnya , sesetengah rangkaian mungkin tidak
menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang
bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciriciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam
peranti anda. Jika demikian, ciri ini tidak akan muncul pada
menu peranti anda. Telefon anda mungkin mempunyai
tatarajah yang khusus seperti perubahan dalam nama
menu, susunan menu, dan ikon. Hubungi pembekal
khidmat anda untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTPdan SSL)
yang menggunakan protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti
ini, seperti mesej multimedia (MMS), menyemak imbas,
aplikasi e-mel, mesej segera, kenalan ditambah tersedia,
penyegerakan jauh, dan muat turun kandungan
menggunakan penyemak imbas atau MMS, memerlukan
sokongan rangkaian bagi teknologi-teknologi ini.
Memori yang dikongsi
Ciri-ciri yang berikut di dalam peranti ini mungkin
berkongsi memori: Galeri, kenalan, mesej teks, mesej
multimedia, dan mesej segera, e-mel, kalendar, nota
tugasan, permainan dan aplikasi dan permainan JavaTM
serta aplikasi nota. Penggunaan satu atau lebih daripada
ciri-ciri ini boleh mengurangkan memori yang terdapat
bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori. Contohnya,
menyimpan banyak aplikasi Java boleh menggunakan
kesemua memori yang ada. Peranti anda mungkin
memaparkan mesej bahawa memori telah penuh apabila
anda cuba menggunakan ciri memori yang dikongsi. Dalam
hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang
disimpan dalam ciri memori yang dikongsi sebelum
meneruskan.
Tambahan
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan khususnya dengan model telefon ini.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa kelulusan atau jaminan,
dan mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan
tambahan yang diluluskan, sila hubungi wakil penjual
telefon anda. Apabila anda mencabut kord kuasa bagi
sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
Kod akses
Untuk menetapkan cara peranti anda menggunakan kod
akses, pilih Menu > Tetapan > Keselama-tan.
• Kunci pad kekunci (kawal
kekunci) mencegah
tekanan kekunci secara
tidak sengaja:
1 Untuk mengunci pad
kekunci, dengan lipatan
terbuka, pilih Menu > *
dalam masa 3.5 saat.
2 To membuka kunci pad
kekunci, dengan lipatan
terbuka, pilih Menu > *
dalam masa 1.5 saat.
Untuk menjawab panggilan apabila pad kekunci
dikunci, tekan kekunci panggil. Apabila anda
menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci
mengunci secara automatik.
Anda juga boleh memilih Menu > Tetapan > Telefon >
Kawal kekunci automatik atau Kawal kekunci
keselamatan > Aktif atau Tak aktif. Jika kawal
kekunci keselamatan diaktifkan, masukkan kod
keselamatan apabila diminta.
• Kod keselamatan (5-10 digit) melindungi telefon anda
daripada digunakan tanpa izin. Anda boleh membuat
atau menukar kod, serta menghidupkan atau
mematikan tetapan ini. Jika anda terlupa kod dan
telefon dikunci, telefon itu anda akan memerlukan
servis dan caj tambahan mungkin dikenakan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pusat jagaan
Nokia atau penjual telefon anda.
• Kod PIN yang dibekalkan bersama kad SIM melindungi
kad daripada digunakan tanpa izin.
• Kod PIN2, yang dibekalkan dengan beberapa kad SIM,
dikehendaki untuk mengakses perkhidmatan tertentu.
• Kod PUK dan PUK2 mungkin dibekalkan dengan kad
SIM. Jika anda memasukkan kod PIN atau PIN2 yang
salah sebanyak tiga kali berturut-turut, anda akan
diminta memasukkan kod PUK atau PUK2. Jika anda
tidak mempunyainya, hubungi pembekal khidmat anda.
• Kata laluan sekatan (4 digit) diperlukan untuk
menyekat panggilan ke dan dari telefon anda.
• Untuk melihat atau menukar tetapan modul
keselamatan, jika dipasang, pilih Menu > Tetapan >
Keselama-tan > Tetapan modul keselamatan
Perkhidmatan tetapan tatarajah
Untuk menggunakan sesetengah khidmat rangkaian,
seperti perkhidmatan internet bergerak, MMS, mesej audio
Nokia Xpress, penyegerakan pelayan Internet jauh, telefon
anda memerlukan tetapan tatarajah yang betul. Untuk
maklumat lanjut mengenai ketersediaan, hubungi operator
rangkaian anda, pembekal khidmat, wakil penjual Nokia
berdaftar yang terdekat dengan anda, atau lihat halaman
sokongan di www.nokia-asia.com/3610/support.
Setelah anda menerima tetapan sebagai mesej tatarajah,
dan tetapan itu tidak disimpan dan diaktifkan secara
automatik, Tetapan tata- rajah diterima dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan, pilih Tunjuk > Simpan. Jika
dikehendaki, masukkan kod PIN yang dibekalkan pembekal
khidmat.
Untuk membuang tetapan yang diterima, pilih Keluar atau
Tunjuk > Buang.
Kemas kini perisian
Nokia mungkin mengeluarkan kemas kinian perisian yang
boleh menawarkan ciri baru, fungsi yang dipertingkatkan,
atau prestasi yang lebih baik. Anda boleh meminta kemas
kinian ini melalui aplikasi Nokia Software Updater PC.
Untuk mengemas kini perisian peranti, anda memerlukan
aplikasi Nokia Software Updater dan PC yang serasi
dengan sistem operasi Microsoft Windows 2000 atau XP,
akses internet jalur lebar, dan kabel data yang serasi untuk
menyambung peranti anda dengan PC.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk memuat
turun aplikasi Nokia Software Updater, lawati www.nokiaasia.com/softwareupdate atau tapak web Nokia tempatan
anda.
Memuat turun kemas kinian perisian mungkin melibatkan
penghantaran jumlah data yang besar melalui rangkaian
pembekal khidmat anda. Hubungi pembekal khidmat anda
untuk mendapatkan maklumat tentang caj pemindahan
data.
Pembekal khidmat anda mungkin menghantar kemas kini
perisian telefon melalui udara langsung kepada peranti
anda. Pilihan ini mungkin tidak tersedia, bergantung
kepada telefon anda.
Pastikan bateri peranti anda mempunyai kuasa yang
mencukupi atau sambungkan pengecas sebelum
memulakan kemas kinian.
Amaran: Jika anda memasang satu kemas kini
perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti
ini, walaupun untuk membuat panggilan
kecemasan, sehingga pemasangan tersebut
selesai dan peranti dimulakan semula. Pastikan
sandaran data dibuat sebelum menerima
pemasangan kemas kini.
Muat turun kandungan
Anda boleh memuat turun kandungan baru (contohnya,
tema) ke telefon (perkhidmatan rangkaian). Hubungi
pembekal khidmat anda untuk mendapatkan ketersediaan
mengenai perkhidmatan yang berbeza dan penentuan
harga.
Penting: Guna hanya perkhidmatan yang anda
percayai dan yang boleh menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang mencukupi
terhadap perisian yang berbahaya.
Pengurusan hak digital
Pemilik kandungan boleh menggunakan jenis teknologi
pengurusan hak digital (DRM) yang berlainan untuk
melindungi harta intelektualnya, termasuk hak cipta.
Peranti ini menggunakan pelbagai jenis perisian DRM yang
berlainan untuk mengakses kandungan yang dilindungi
DRM. Dengan peranti ini, anda boleh mengakses
kandungan yang dilindungi WMDRM 10. Jika perisian DRM
tertentu gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan
boleh meminta supaya kemampuan perisian DRM
sedemikian untuk mengakses kandungan baru yang
dilindungi DRM dibatalkan. Pembatalan boleh juga
menghindarkan pembaharuan semula kandungan yang
dilindungi DRM ini yang ada dalam peranti anda.
Pembatalan perisian DRM ini tidak menjejaskan
penggunaan kandungan yang dilindungi oleh jenis lain
DRM atau penggunaan kandungan yang tidak dilindungi
DRM.
Kandungan yang dilindungi pengurusan hak digital (DRM)
disertakan dengan kunci pengaktifan yang berkaitan yang
menentukan hak anda untuk menggunakan kandungan
tersebut.
Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi
OMA DRM, untuk membuat sandaran kedua-dua kunci
pengaktifan dan kandungan, gunakan ciri sandaran Nokia
PC Suite. Kaedah pemindahan lain mungkin tidak
memindahkan kunci pengaktifan yang perlu dipulihkan
dengan kandungannya agar anda boleh meneruskan
menggunakan kandungan yang dilindungi OMA DRM
selepas memori peranti diformat. Anda juga mungkin perlu
menyimpan semula kunci pengaktifan andainya fail pada
peranti anda menjadi rosak.
Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi
WMDRM, kedua-dua kunci pengaktifan dan
kandungannya akan hilang jika memori peranti diformat.
Anda juga mungkin kehilangan kunci pengaktifan dan
kandungannya jika fail pada peranti anda rosak.
Kehilangan kunci pengaktifan atau kandungan boleh
mengehadkan kebolehan anda untuk menggunakan
kandungan yang sama pada peranti anda lagi. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal
khidmat anda.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Kad SIM dan sesentuhnya mudah rosak oleh kerana
tercalar atau dibengkokkan, jadi berhati-hatilah apabila
memegang, memasukkan, atau mengeluarkan kad itu.
Masukkan kad SIM dengan bahagian sesentuh berwarna
emas menghadap ke bawah.
Mengecas bateri
Bateri anda telah dipracas, tetapi tahap pengecasan
mungkin berbeza.
dicaskan sepenuhnya,
putuskan sambungan
pengecas daripada telefon, kemudian daripada soket
dinding.
Menghidupkan dan mematikan
telefon
1 Tekan dan tahan kekunci kuasa.
2 Jika telefon meminta kod PIN,
masukkan kod (contohnya,
dipaparkan sebagai ****), dan pilih
OK.
Apabila anda menghidupkan telefon
anda buat kali pertama, dan telefon
berada dalam mod siap sedia, anda
akan diminta untuk mendapatkan tetapan tatarajah
daripada pembekal khidmat anda. Sah atau tolak
Bermula
pertanyaannya. Lihat "Tatarajah", h. 45 dan "Perkhidmatan
tetapan tatarajah", h. 13.
Menetapkan masa, zon masa,
dan tarikh
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali
pertama, dan telefonnya berada dalam mod siap sedia,
anda akan diminta untuk menetapkan masa dan tarikh.
Isikan medan, dan pilih Simpan.
Untuk menukar tetapan masa dan tarikh, pilih Menu >
Tetapan > Tarikh dan masa > Ttpan. tarikh & masa,
Format tarkh. & masa, atau Kms. kini auto masa
(perkhidmatan rangkaian).
Antena
Peranti anda mungkin
mempunyai antena dalaman
dan luaran. Sebagaimana
dengan sebarang peranti
pemancaran radio, elakkan
daripada menyentuh kawasan
antena jika tidak perlu apabila
antena sedang memancar atau
menerima. Sentuhan dengan antena yang sedemikian
boleh menjejaskan kualiti komunikasi dan boleh
menyebabkan peranti beroperasi pada tahap kuasa yang
lebih tinggi daripada yang diperlukan dan boleh
mengurangkan hayat bateri.
Sambungkan telefon dan PC anda
Kabel data CA-101 digunakan untuk pemindahan data dan
menyegerakkan telefon dan PC anda. Lihat "Pemindahan
data", h. 41.
Anda mesti memuat turun Nokia PC Suite untuk digunakan
bersama peranti anda. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, lihat www.nokia-asia.com/3610/support.
1 Sambungkan kabel data CA-101 ke soket USB mikro
pada sisi kiri bahagian bawah telefon anda.
2 Sambungkan kabel data CA-101 ke PC atau komputer
riba anda. Kabel data USB tersambung. Pilih mod.
muncul pada skrin paparan telefon anda.
tahan)
9 Pad kekunci
10 Penyambung alat dengar
11 Penyambung pengecas
12 Kekunci kamera atau kekunci
PTT jika PTT diaktifkan
13 Kekunci kelantangan
14 Penyambung USB
15 Kanta kamera
16 Paparan mini; gambar skrin jam
analog
Kad microSD
Kad microSD boleh dimuatkan dengan
data seperti nada dering, tema, nada, imej,
dan video. Jika anda padam, memuat
semula, atau menggantikan kad ini,
fungsi-fungsi dan ciri-ciri ini mungkin tidak akan
berfungsi dengan betul.
Hanya gunakan kad microSD yang serasi yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini. Nokia
menggunakan piawaian industri untuk kad memori, tetapi
sesetengan jenama mungkin tidak serasi sepenuhnya
dengan peranti ini. Kad tidak serasi boleh merosakkan kad
dan peranti serta merosakkan data yang disimpan pada
kad. Anda boleh mengeluarkan atau menggantikan kad
microSD semasa telefon dikendalikan tanpa mematikan
telefon.
Penting: Jangan keluarkan kad memori ketika
berada di tengah-tengah beroperasi apabila kad
sedang diakses. Memadamkan kad semasa
sedang beroperasi boleh merosakkan kad memori
serta peranti, dan data yang tersimpan dalam
kad menjadi rosak.
1 Tanggalkan
penutup
bateri dan
bateri. Buka
pemegang
kad memori.
2 Masukkan
kad memori
dengan
bahagian
sesentuh berwarna emas menghadap ke atas.
3 Letakkan pemegang kad kembali pada tempatnya.
4 Tutup pemegang kad memori. Letak semula penutup
bateri.
Mod siap sedia
Apabila telefon sedia digunakan, dan anda tidak
memasukkan sebarang aksara, telefon berada dalam mod
siap sedia.
Paparan mini
1 Penunjuk mod rangkaian
2 Kekuatan isyarat
rangkaian selular
3 Status cas bateri
4 Penunjuk
5 Nama rangkaian atau logo
operator
6 Jam dan tarikh atau profil
Paparan utama
1 Penunjuk mod rangkaian
2 Kekuatan isyarat rangkaian
selular
3 Status cas bateri
4 Penunjuk
5 Nama rangkaian atau logo
operator
6 Jam
7 Paparan utama
8 Kekunci pilihan kiri adalah
Pergi ke atau pintasan ke fungsi lain. Lihat "Kekunci
mengakses senarai kenalan dalam menu Kenalan, nama
khusus operator untuk mengakses tapak Web khusus
operator, atau pintasan ke satu fungsi yang anda pilih.
Lihat "Pintasan saya", h. 38.
Siap sedia aktif
Dalam mod siap sedia aktif terdapat senarai ciri telefon
yang dipilih serta maklumat pada skrin yang anda boleh
akses secara langsung dalam mod siap sedia. Untuk
menghidup atau mematikan mod, pilih Menu > Tetapan >
Paparan utama > Siap sedia aktif > Mod siap sedia
aktif > Aktif atau Tak aktif.
Dalam mod siap sedia aktif, tatal ke atas atau bawah untuk
menavigasi senarai. Anak panah ke kiri dan ke kanan pada
awal dan akhir baris menandakan maklumat lanjut boleh
didapati dengan menatal ke kiri atau ke kanan. Untuk
menamatkan mod navigasi siap sedia aktif, pilih Keluar.
Untuk mengatur dan menukar mod siap sedia aktif,
aktifkan mod navigasi, dan pilih Pilihan > Peribadikan
pameran.
Penunjuk
Anda mempunyai mesej yang belum dibaca.
Anda mempunyai mel suara baru.
Anda mempunyai mesej yang tidak dihantar,
dibatalkan atau yang gagal.
Anda mempunyai panggilan yang tidak dijawab.
, Telefon anda disambungkan kepada
perkhidmatan mesej segera, dan status
ketersediaan adalah dalam talian atau luar
talian.
Anda menerima satu atau beberapa mesej
segera.
Pad kekunci dikunci.
Telefon tidak berdering untuk panggilan masuk
atau mesej teks.
Jika anda mempunyai dua talian telefon, talian
telefon yang kedua dipilih.
Semua panggilan masuk dialihkan ke nombor
lain.
Pembesar suara diaktifkan, atau pemegang
muzik disambungkan ke telefon.
Panggilan dihadkan kepada kumpulan pengguna
tertutup.
Profil ditetap masa dipilih.
, , , atau
Tambahan alat dengar, bebas tangan, set
gelung, atau tambahan dirian muzik
disambungkan kepada telefon.
Mod penerbangan
Anda boleh menyahaktifkan semua fungsi frekuensi radio
dan masih mempunyai akses ke permainan luar talian,
kalendar, dan nombor telefon. Gunakan mod penerbangan
dalam persekitaran peka radio—di dalam kapal terbang
atau di hospital. Apabila mod penerbangan aktif,
ditunjukkan.
Pilih Menu > Tetapan > Profil > Penerbangan >
Aktifkan atau Pilihan sendiri.
Untuk menyahaktifkan mod penerbangan, pilih manamana profil lain.
Amaran: Dengan profil penerbangan anda tidak
boleh membuat atau menerima sebarang
panggilan, atau menggunakan ciri lain yang
memerlukan liputan rangkaian. Untuk membuat
panggilan, anda hendaklah mengaktifkan fungsi
telefon dahulu dengan menukar profil. Jika anda
perlu membuat panggilan kecemasan apabila
peranti dikunci dan berada dalam profil
penerbangan, anda juga mungkin boleh
memasukkan nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda dalam
medan kod kunci dan pilih Panggilan. Peranti akan
mengesahkan bahawa anda akan keluar dari profil
penerbangan untuk memulakan panggilan
kecemasan.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk
awalan antarabangsa (aksara + menggantikan kod
akses antarabangsa), masukkan kod negara, kod
kawasan tanpa awalan 0, jika perlu, dan nombor
telefon.
2 Untuk memanggil nombor, tekan kekunci panggil.
Untuk melaraskan kelantangan dalam panggilan, tekan
kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
3 Untuk menamatkan panggilan atau untuk
membatalkan percubaan memanggil, tekan kekunci
tamat atau tutup telefon.
Untuk mengambil jalan pintas ke nombor yang telah didail,
tekan kekunci panggil sekali dalam mod siap sedia. Untuk
memanggil nombornya, pilih nombor atau nama, dan
tekan kekunci panggil.
Jawab atau tolak panggilan suara
Untuk menjawab panggilan, tekan kekunci panggil. Untuk
menamatkan panggilan, tekan kekunci tamat.
Untuk membisukan nada deringan, pilih Senyap. Kemudian
anda boleh menjawab atau menolak panggilan.
Dail cepat
Peruntukkan nombor telefon kepada salah satu daripada
kekunci dail cepat, 2-9. Lihat "Dail cepat", h. 35. Panggil
nombor menggunakan salah satu cara berikut:
• Tekan kekunci dail cepat, kemudian kekunci panggil.
• Jika dail cepat diaktifkan, tekan dan tahan kekunci dail
cepat sehingga panggilan bermula. Lihat Dail cepat
dalam "Panggilan", h. 43.
Dailan suara tambahan
Dailan suara membenarkan anda membuat panggilan
dengan menyebut nama dalam senarai kenalan. Arahan
suara tidak bergantung kepada bahasa. Untuk menetapkan
bahasa, lihat Bahasa pengecaman dalam "Telefon", h. 43.
Catatan: Menggunakan tag suara mungkin sukar
dalam persekitaran yang bising atau semasa
kecemasan, oleh itu jangan bergantung
semata-mata pada dailan suara.
Panggilan
1 Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci
kelantangan ke bawah. Satu nada pendek berbunyi, dan
Cakap sekarang dipaparkan.
2 Sebutkan arahan suara dengan jelas. Jika pengecaman
suara tersebut berjaya, senarai dengan padanannya
dipaparkan. Telefon memainkan arahan suara padanan
yang teratas dalam senarai itu. Sekiranya keputusan
tidak tepat, tatal ke entri yang lain.
Menggunakan perintah suara untuk menjalankan fungsi
telefon yang dipilih adalah serupa dengan dailan suara.
Lihat Arahan suara dalam "Pintasan saya", h. 39.
Panggilan menanti
Untuk menjawab panggilan yang menanti semasa berada
dalam panggilan aktif, pilih Jawab. Panggilan yang
pertama akan ditunda. Untuk menamatkan panggilan yang
aktif, tekan kekunci tamat. Untuk beralih ke panggilan
pertama tanpa menamatkan panggilan kedua, pilih Pilihan
> Bertukar.
Untuk mengaktifkan fungsi Panggilan mananti, lihat
"Panggilan", h. 43.
Pilihan-pilihan semasa panggilan
Banyak daripada pilihan yang boleh anda gunakan semasa
panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk
ketersediaan, hubungi pembekal khidmat anda.
Semasa dalam panggilan, pilih Pilihan dan daripada yang
berikut; Bisu, Bersuara, Kenalan, Menu, Kunci pad
kekunci, Rakam, Pembesar suara, atau Telefon bimbit.
Pilihan perkhidmatan rangkaian adalah Jawab atau Tolak,
Tunggu atau Lepas, Panggilan baru, Tmb. ke p'sidang.,
Tamat panggilan, Tmt semua pang., dan yang berikut:
Hantar DTMF — untuk menghantar rentetan nada
Bertukar — untuk bertukar-tukar antara panggilan aktif
dan panggilan yang menunggu
Pindah — untuk menyambungkan panggilan yang ditunda
kepada panggilan aktif dan memutuskan sambungan anda
sendiri
Persidangan — untuk membuat panggilan persidangan
sehingga lima orang
Panggilan peribadi — untuk berbincang secara peribadi
dalam panggilan persidangan
Amaran: Jangan pegang peranti ini pada telinga
anda apabila pembesar suara sedang digunakan,
kerana kelantangannya mungkin terlalu kuat.
Anda boleh memasukkan teks menggunakan input teks
tradisional atau ramalan . Dengan input
tradisional, anda menekan kekunci sehingga huruf yang
betul muncul. Dengan input ramalan, anda menekan
kekunci sekali untuk setiap huruf dan membiarkan telefon
meramalkan perkataan tersebut. Apabila anda menulis
teks, pilih dan tahan Pilihan untuk beralih antara kaedah
input teks. Tidak semua bahasa disokong oleh input teks
ramalan.
Huruf-huruf besar atau kecil ditandakan oleh , ,
dan . Untuk menukar huruf besar atau huruf kecil,
tekan #. Untuk mengubah dari mod huruf ke mod nombor,
tandakan dengan , tekan dan tahan #, dan pilih Mod
nombor. Untuk menukar daripada mod nombor kepada
huruf, tekan dan tahan #.
Untuk menetap bahasa menulis, pilih Pilihan > Bahasa
tulisan.
Input teks ramalan
Petua: Untuk menghidupkan atau mematikan
input teks ramalan dengan cepat semasa menulis
teks, tekan # dua kali.
Untuk memilih jenis input ramalan, pilih Pilihan > Pilihan
ramalan > Jenis ramalan > Biasa atau Cadangan kata.
Input teks ramalan berdasarkan kamus terbina dalam yang
boleh ditambahkan dengan kata baru.
1 Mula menulis perkataan dengan menggunakan kekunci
2 hingga 9. Telefon memaparkan * atau huruf itu jika ia
mempunyai makna sebagai perkataan secara
berasingan. Huruf-huruf yang dimasukkan dipaparkan
dengan bergaris bawah.
2 Apabila anda selesai menulis perkataan dan ia betul,
untuk mengesahkannya, tekan 0 untuk menambah
ruang.
Jika perkataan itu tidak betul, tekan * berkali-kali, dan
pilih perkataan dari senarai.
Jika aksara ? dipaparkan selepas kata, kata yang ingin
anda tuliskan tiada di dalam kamus. Untuk
menambahkan perkataan pada kamus, pilih Mengeja.
Masukkan perkataan menggunakan input teks
tradisional, dan pilih Simpan.
Untuk menulis perkataan majmuk, masukkan bahagian
pertama perkataan tersebut dahulu, dan tekan kekunci
tatal kanan untuk mengesahkannya. Tulis bahagian
akhir perkataan dan sahkan kata tersebut.
3 Mulakan menulis kata seterusnya.
Input teks tradisional
Tekan kekunci nombor, 1-9, berulang kali sehingga aksara
yang dikehendaki muncul. Aksara yang tersedia
bergantung kepada bahasa menulis yang dipilih. Tekan 0
untuk membuat ruang. Tanda baca dan aksara khas yang
paling sering digunakan terdapat di bawah kekunci 1.
Untuk menghidupkan input teks tradisional, pilih Pilihan >
Pilihan ramalan > Ramalan > Tak aktif.
Jika huruf seterusnya yang anda kehendaki terletak pada
kekunci yang sama yang telah anda tekan, tunggu
sehingga kursor muncul sebelum menekan kekunci itu
semula.
Anda boleh membaca, menulis, menghantar, dan
menyimpan mesej teks, multimedia, e-mel, audio, dan
mesej kilat.
Peranti anda menyokong mesej teks yang melebihi had
bagi sesuatu mesej. Mesej panjang dihantar sebagai dua
atau lebih mesej. Pembekal khidmat anda mungkin
mengenakan bayaran sewajarnya. Aksara dengan aksen
atau penanda lain, dan aksara dari beberapa pilihan
bahasa, menggunakan lebih banyak ruang, dan hadkan
bilangan aksara yang boleh dihantar dalam satu mesej.
Penunjuk di bahagian atas paparan menunjukkan jumlah
bilangan aksara yang tinggal dan bilangan mesej yang
perlu dihantar. Sebagai contoh, 673/2 bermakna terdapat
673 aksara yang tinggal dan bahawa mesej akan dihantar
sebagai siri yang terdiri daripada 2 mesej.
Menulis dan menghantar mesej
1 Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej teks.
2 Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat
e-mel dalam medan Kepada:. Untuk mengambil
nombor telefon atau alamat e-mel dari memori, pilih
3 Masukkan mesej anda dalam medan Mesej:.
4 Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Membaca dan membalas mesej
1 Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk. Untuk
melihatnya kemudian, pilih Keluar.
Untuk membaca mesej kemudian, pilih Menu >
Mesej > Peti masuk.
2 Untuk membalas mesej, pilih Balas. Menulis mesej
balasan.
3 Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Mesej multimedia
Hanya peranti yang mempunyai ciri serasi boleh menerima
dan memaparkan mesej multimedia. Kemunculan mesej
mungkin berbeza-beza bergantung kepada peranti
penerima.
Mesej multimedia boleh mengandungi beberapa lampiran.
Untuk memeriksa ketersediaan dan untuk melanggani
perkhidmatan mesej multimedia, hubungi pembekal
khidmat anda.
Permesejan
Menulis dan menghantar mesej
multimedia
Rangkaian wayarles mungkin mengehadkan saiz mesej
MMS. Jika gambar yang dimasukkan melebihi had ini,
peranti mungkin menukarkan saiznya.
1 Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej > Pilihan >
Tukar ke multimedia.
2 Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat
e-mel dalam medan Kepada:. Untuk mengambil
nombor telefon atau alamat e-mel dari memori, pilih
Tambah.
3 Tuliskan mesej anda. Untuk menambah fail, tatal ke
ikon di bahagian bawah paparan. Cari jenis fail yang
anda kehendaki, dan kemudian pilih Masukkan. Tatal
ke fail yang dikehendaki.
4 Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, pilih
Pilihan > Pratonton.
5 Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Membaca dan membalas mesej
multimedia
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej.
Mesej mungkin mengandungi perisian yang
berniat jahat atau jika tidak, ia mungkin
mengganggu peranti atau PC anda.
1 Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk. Untuk
melihatnya kemudian, pilih Keluar.
2 Untuk melihat seluruh mesej jika mesej yang diterima
mengandungi persembahan, pilih Main.
Untuk melihat fail dalam persembahan atau lampiran,
pilih Pilihan > Objek atau Lampiran.
3 Untuk menjawab mesej, pilih Pilihan > Balas > Mesej
teks, Mesej e-mel, Mesej kilat, atau Mesej audio.
Menulis mesej balasan.
4 Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Mesej kilat
Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej kilat.
Masukkan nombor telefon penerima, dan tulis mesej anda.
Mesej kilat adalah mesej teks yang dipaparkan dengan
serta-merta selepas diterima. Mesej kilat tidak disimpan
secara automatik.
Pemesejan audio Nokia Xpress
Anda boleh menggunakan MMS untuk membuat dan
menghantar mesej audio. MMS mesti diaktifkan sebelum
anda boleh menggunakan mesej audio.
medan Kepada: atau pilih Tambah untuk mengambil
satu nombor.
4 Tulis mesej anda; dan pilih Hantar, atau tekan kekunci
panggil.
Untuk membuka mesej audio yang diterima, pilih Main.
Jika lebih daripada satu mesej diterima, pilih Tunjuk >
Main. Untuk mendengar mesej kemudian, pilih Keluar.
Memori penuh
Apabila anda menerima mesej ini, Memori penuh. Gagal
mene-rima mesej., anda mesti memadam beberapa item.
Untuk memadam mesej lama dahulu, pilih OK > Ya dan
foldernya. Tatal ke mesej yang diingini, dan pilih Padam.
Untuk memadam berbilang mesej, pilih Tanda. Tandakan
semua mesej yang anda hendak padam, dan kemudian
pilih Pilihan > Padam yg. ditanda.
Aplikasi e-mel
Sebelum anda boleh menghantar dan mengambil mesej
e-mel, anda mesti mendapatkan akaun e-mel yang baru
atau menggunakan akaun semasa anda. Untuk melihat
sama ada akaun e-mel anda tersedia, hubungi pembekal
khidmat e-mel anda.
Untuk mengaktifkan tetapan e-mel, pilih Menu > Mesej >
Tetapan mesej > Mesej e-mel.
Untuk menggunakan fungsi e-mel di telefon anda, anda
memerlukan sistem e-mel yang serasi.
Anda boleh menerima tetapan-tetapan tatarajah e-mel
sebagai mesej tatarajah.
E-mail tetapan wizard
Pilih Menu > Mesej > Peti mel e-mel > Pilihan > Tambah
peti mel > Wiz. p’sediaan. e-mel.
Untuk memasukkan tetapan secara manual, pilih Menu >
Mesej > Peti mel e-mel > Pilihan > Tambah peti mel >
Buat secara manual.
Aplikasi e-mel memerlukan pusat akses Internet tanpa
proksi. Pusat akses WAP biasanya merangkumi proksi dan
tidak berfungsi dengan aplikasi e-mel.
Menulis dan menghantar e-mel
Anda boleh menulis mesej e-mel anda sebelum
menyambung kepada perkhidmatan e-mel; atau
menyambung dahulu kepada perkhidmatan itu, kemudian
menulis dan menghantar e-mel anda.
1 Pilih Menu > Mesej > E-mel.
2 Jika lebih daripada satu akaun e-mel ditentukan, pilih
3 Masukkan alamat e-mel penerima, tulis subjeknya, dan
masukkan mesej e-melnya. Untuk melampirkan fail
daripada Galeri, pilih Pilihan > Masukkan.
4 Untuk menghantar mesej e-mel, pilih Hantar > Hantar
sekarang.
Memuat turun e-mel
1 Untuk memuat turun mesej e-mel yang telah dihantar
ke akaun e-mel anda, pilih Menu > Mesej > E-mel >
Check new e-mail.
Jika lebih daripada satu akaun e-mel ditentukan, pilih
akaun yang dikehendaki.
Aplikasi e-mel hanya memuat turun tajuk e-mel
dahulu.
2 Pilih Balik > Peti masuk, nama akaun, dan mesej baru,
dan kemudian pilih Mendapat kembali untuk memuat
turun mesej e-mel yang lengkap.
Untuk memuat turun mesej e-mel baru atau untuk
menghantar e-mel yang telah disimpan dalam folder Peti
Keluar, pilih Pilihan > Send/check e-mail.
Membaca dan membalas e-mel
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej.
Mesej e-mel mungkin mengandungi perisian yang
berbahaya atau yang mungkin boleh merosakkan
peranti atau PC anda.
1 Pilih Menu > Mesej > E-mel > Peti masuk, nama
akaun, dan mesej yang diingini.
2 Untuk membalas e-mel, pilih Balas > Mesej asal.
Untuk membalas banyak, pilih Pilihan > Balas semua.
Sahkan atau edit alamat dan perkara e-mel, kemudian
tulis balasan anda.
3 Untuk menghantar mesej, pilih Hantar > Hantar
sekarang.
Untuk mengurus folder-folder dan kandungan e-melnya,
pilih Pilihan untuk melihat pilihan-pilihan yang tersedia
bagi setiap folder.
Mesej segera
Dengan mesej segera (IM) (perkhidmatan rangkaian) anda
boleh menghantar mesej ringkas dan mudah kepada
pengguna dalam talian. Telefon mesti disambungkan
kepada internet, dan anda mesti telah berdaftar dengan
perkhidmatan IM yang anda hendak gunakan sebelum
anda dapat menggunakan ciri ini. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai pendaftaran untuk
perkhidmatan IM, hubungi pembekal khidmat anda.
Kesahan mesej — untuk memilih jangka masa rangkaian
cuba menghantar mesej anda
Mesej dihantar sbg. — untuk memilih format mesej untuk
dihantar: Teks, Mengelui, atau Faks
Guna data paket — untuk menetapkan GPRS sebagai
pembawa SMS yang diutamakan
Sokongan aksara — untuk memilih semua aksara dalam
mesej untuk dihantar sebagaimana ia dilihat, pilih Penuh.
Jika anda memilih Dikurangkan, aksara dengan aksen dan
tanda-tanda lain boleh ditukar kepada aksara-aksara lain.
Bls. m’lui pusat sama — untuk membenarkan penerima
mesej anda menghantar balasan kepada anda
menggunakan pusat mesej anda (perkhidmatan rangkaian)
Mesej multimedia
Tetapan mesej menjejas penghantaran, penerimaan, dan
paparan mesej multimedia. Anda mungkin menerima
tetapan tatarajah bagi mesej multimedia sebagai mesej
tatarajah. Lihat "Perkhidmatan tetapan tatarajah", h. 13.
Anda juga boleh memasukkan tetapan secara manual.
Lihat "Tatarajah", h. 45.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Mesej
multimedia dan daripada yang berikut:
Tamb kenalan baru > Ya — untuk meminta rangkaian
menghantarkan laporan penghantaran tentang mesejmesej anda (perkhidmatan rangkaian)
Mod ciptaan MMS — untuk menyekat atau membenarkan
pelbagai jenis multimedia ditambah pada mesej
Saiz imej (terbatas) — untuk menetapkan saiz imej dalam
mesej multimedia
Pemasaan slaid lalai — untuk menetap masa lalai antara
slaid-slaid dalam mesej multimedia
Bnrkn terima m’media — untuk menerima atau
menghalang mesej multimedia, pilih Ya atau Tidak. Jika
anda pilih Dalam rangkn. Rumah, anda tidak boleh
menerima mesej multimedia apabila di luar rangkaian
rumah anda. Tetapan lalai perkhidmatan mesej multimedia
adalah Dalam rangkn. Rumah. Ketersediaan menu ini
bergantung pada telefon anda.
Mesej multim. Masuk — untuk membolehkan penerimaan
mesej multimedia secara automatik, secara manual
selepas diminta, atau untuk menolak penerimaan. Tetapan
ini tidak ditunjukkan jika Bnrkn terima m’media ditetap
ke Tidak.
Benarkan iklan — untuk menerima atau menolak iklan.
Tetapan ini tidak dipaparkan jika Bnrkn terima m’media
ditetapkan pada Tidak, atau Mesej multim. Masuk
ditetapkan pada Tolak.
Tetapan tatarajah — untuk menunjukkan hanya tatarajah
yang menyokong mesej multimedia, pilih Tatarajah. Pilih
satu pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah peribadi
bagi mesej multimedia. Pilih Akaun dan akaun MMS yang
terkandung dalam tetapan tatarajah aktif.
Mesej e-mel
Tetapan-tetapan mesej menjejas penghantaran,
penerimaan, dan paparan e-mel. Anda boleh menerima
tetapan sebagai mesej tatarajah. Lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah", h. 13. Anda juga boleh memasukkan
tetapan secara manual. Lihat "Tatarajah", h. 45.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Mesej e-mel dan
daripada yang berikut:
P’britahu. e-mel baru — untuk menghidup atau
mematikan pemberitahuan e-mel baru
Bnr. penerimaan mel — untuk sentiasa membenarkan
mesej atau hanya dalam rangkaian rumah anda
Balas dgn. mesej asal — untuk membalas dengan
menyertakan teks asal dalam e-mel
Saiz imej dlm. e-mel — untuk menentukan saiz lalai bagi
Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon
(kenalan) dalam telefon dan pada memori kad SIM.
Memori telefon boleh menyimpan kenalan dengan butiran
tambahan, seperti pelbagai nombor telefon dan item teks.
Anda juga boleh menyimpan imej untuk sebilangan
kenalan yang terhad.
Memori kad SIM boleh menyimpan nama dengan satu
nombor telefon dilampirkan padanya. Kenalan-kenalan
yang disimpan dalam memori kad SIM ditandakan dengan
.
Untuk menyegerak daripada PC, lihat "Kesambungan",
h. 39.
Mencari kenalan
Pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal melalui senarai
kenalan, atau masukkan aksara pertama bagi nama yang
anda sedang mencari.
Menyimpan nama dan nombor
telefon
Nama dan nombor disimpan di dalam memori yang
digunakan. Untuk menyimpan nama dan nombor telefon, pilih
Menu > Kenalan > Nama > Pilihan > Tamb kenalan baru.
Menyimpan butiran
Dalam memori telefon anda boleh menyimpan berlainan
jenis nombor telefon, nada atau klip video, dan item teks
ringkas untuk satu kenalan.
Nombor pertama yang disimpan ditetap sebagai nombor
lalai secara automatik, dan ia ditandakan dengan bingkai
di sekeliling penunjuk jenis nombor, (contohnya, ).
Apabila anda memilih nama dari kenalan (contohnya,
untuk membuat panggilan), nombor lalai digunakan
kecuali anda memilih nombor lain.
Pastikan memori yang sedang digunakan adalah Telefon
atau Telefon dan SIM. Lihat "Tetapan", h. 35.
Cari kenalan yang ingin ditambahkan butiran, dan pilih
Anda boleh memindahkan dan menyalin kenalan antara
telefon dan memori kad SIM. Memori kad SIM boleh
menyimpan nama dengan satu nombor telefon
dilampirkan padanya.
Untuk mengalih atau menyalin kenalan satu demi satu,
pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal ke kenalan, dan pilih
Pilihan > Pindah kenalan atau Salin kenalan.
Untuk memindahkan atau menyalin kenalan yang ditanda,
pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal ke kenalan, dan pilih
Pilihan > Tanda. Kemudian tanda semua kenalan lain dan
pilih Pilihan > Pindah yang ditanda atau Salin yang
ditanda.
Untuk memindahkan atau menyalin semua kenalan, pilih
Menu > Kenalan > Pindah kenalan atau Salin kenalan.
Edit butiran kenalan
Cari kenalan tersebut, dan pilih Butiran. Untuk mengedit
nama, nombor, item teks, atau untuk menukar imej, pilih
Pilihan > Edit. Untuk menukar jenis nombor, tatal ke
nombor yang diingini, dan pilih Pilihan > Tukar jenis.
Untuk menetap nombor yang dipilih sebagai nombor lalai,
pilih Tetapkan sbg. Lalai.
Segerakkan kalendar, data kenalan, dan nota anda dengan
pelayan internet jauh (perkhidmatan rangkaian). Untuk
mendapatkan butiran, lihat "Menyegerakkan dari pelayan",
h. 42.
Padam kenalan
Untuk memadam semua kenalan dan butirannya daripada
telefon atau memori kad SIM, pilih Menu > Kenalan >
Pdm semua knln. > Drpd. memori telefon atau Daripada
kad SIM.
Untuk memadam kenalan, cari kenalan yang diingini, dan
pilih Pilihan > Padam kenalan.
Untuk memadam nombor, item teks, atau imej yang
dilampirkan pada kenalan, cari kenalan, dan pilih Butiran.
Tatal ke butiran yang dikehendaki, dan pilih Pilihan >
Padam.
Kad niaga
Anda boleh menghantar dan menerima maklumat kenalan
seseorang dari peranti yang serasi yang menyokong piawai
vCard sebagai kad niaga.
Kenalan
Untuk menghantar kad niaga, cari kenalan yang
maklumatnya anda hendak hantar, dan pilih Pilihan >
Hantar kad niaga.
Apabila anda menerima kad niaga, pilih Tunjuk > Simpan
untuk menyimpan kad niaga di dalam memori telefon.
Untuk membuang kad niaga, pilih Keluar > Ya.
Tetapan
Pilih Menu > Kenalan > Tetapan dan daripada pilihan
yang berikut:
Memori digunakan — untuk memilih kad SIM atau
memori telefon bagi kenalan anda. Pilih Telefon dan SIM
untuk mengambil nama dan nombor dari kedua-dua
memori. Dalam hal itu, apabila anda menyimpan nama dan
nombor, ia disimpan di dalam memori telefon.
Pameran kenalan — untuk memilih cara nama dan nombor
dalam Kenalan dipaparkan
Paparan nama — untuk memilih sama ada nama pertama
atau nama akhir kenalan dipaparkan dahulu
Saiz fon — untuk menetap saiz fon bagi senarai kenalan
Taraf memori — untuk melihat muatan memori yang
bebas dan yang digunakan
Kumpulan
Untuk menyusun nama dan nombor telefon yang disimpan
dalam memori ke dalam kumpulan yang mempunyai nada
dering dan imej kumpulan yang berlainan, pilih Menu >
Kenalan > Kumpulan.
Dail cepat
Untuk memperuntukkan nombor kepada kekunci dail
cepat, pilih Menu > Kenalan > Dail cepat, dan tatal ke
nombor dail cepat yang anda kehendaki.
Pilih Berikan, atau jika satu nombor sudah pun ditetapkan
kepada kekunci itu, pilih Pilihan > Tukar. Pilih Cari dan
cari kenalan yang anda hendak peruntukkan. Jika fungsi
Dail cepat dimatikan, telefon akan menanya sama ada
anda hendak mengaktifkannya. Lihat juga Dail cepat
dalam "Panggilan", h. 43.
Untuk membuat panggilan dengan menggunakan kekunci
dail cepat, lihat "Dail cepat", h. 22.
Pilih Menu > Log > Panggilan tak jwb, Panggilan dit’ma,
atau No. yg s’dh didail. Untuk melihat panggilan tidak
dijawab dan panggilan diterima anda yang terbaru serta
nombor yang didail mengikut susunan waktu, pilih Log
panggilan. Untuk melihat kenalan yang terbaru anda
hantarkan mesej, pilih Penerima mesej.
Untuk melihat bilangan mesej teks dan multimedia yang
telah anda hantar dan terima, pilih Menu > Log > Log
mesej.
Catatan: Invois sebenar untuk panggilan dan
perkhidmatan dari pembekal khidmat anda
mungkin berbeza-beza, bergantung kepada ciriciri rangkaian, pembundaran untuk bil, cukai, dan
sebagainya.
Telefon anda mempunyai pelbagai kumpulan tetapan yang
disebut profil, yang boleh anda peribadikan nada
deringnya bagi acara dan persekitaran yang berbeza.
Pilih Menu > Tetapan > Profil, profil yang dikehendaki,
dan daripada yang berikut:
Aktifkan — untuk mengaktifkan profil yang dipilih
Pilihan sendiri — untuk mengubah suai profil
Ditetap masa — untuk menetapkan profil supaya aktif
sehingga masa yang tertentu sehingga 24 jam, dan
tetapkan masa tamatnya. Apabila masa yang ditetapkan
untuk profil telah tamat tempohnya, profil yang
sebelumnya yang tidak ditetapkan masanya menjadi aktif.
Tema
Tema mengandungi unsur untuk memperibadikan telefon
anda.
Pilih Menu > Tetapan > Tema dan daripada pilihan yang
berikut:
Pilih tema — untuk menetap tema. Satu senarai folder
dalam Galeri terbuka. Buka folder Tema, dan pilih tema.
Muat turun tema — untuk membuka senarai pautan bagi
memuat turun lebih banyak tema
Nada
Anda boleh menukar tetapan nada bagi profil aktif yang
dipilih.
Pilih Menu > Tetapan > Nada. Anda boleh mendapatkan
tetapan yang sama dalam menu Profil.
Jika anda memilih tahap nada dering yang tertinggi, nada
dering mencapai tahapnya yang tertinggi setelah beberapa
saat.
Untuk menetap telefon supaya berdering hanya jika
terdapat panggilan dari nombor-nombor telefon yang di
dalam kumpulan pemanggil yang terpilih, pilih Isyarat
untuk. Tatal ke kumpulan pemanggil yang anda mahu atau
Semua pang., dan pilih Tanda.
Pilih Pilihan > Simpan untuk menyimpan tetapan atau
Pilih Menu > Tetapan > Paparan utama dan daripada
pilihan yang tersedia:
Gambar latar — untuk menambah imej latar belakang
dalam mod siap sedia
Siap sedia aktif — untuk menghidupkan atau mematikan
mod siap sedia aktif dan untuk mengatur dan
memperibadikan mod siap sedia aktif
Warna fon siap sedia — untuk memilih warna bagi teks
dalam mod siap sedia
Ikon k’kunci navigasi — untuk memaparkan ikon pintasan
kekunci navigasi semasa dalam mod siap sedia apabila siap
sedia aktif dimatikan
Butiran p’beritahuan — untuk memaparkan atau
menyembunyikan butiran seperti maklumat kenalan dalam
pemberitahuan panggilan tidak dijawab atau mesej yang
diterima
Animasi lipatan — untuk menetapkan telefon anda supaya
memaparkan animasi apabila anda membuka atau
menutup telefon
Saiz fon — untuk menetapkan saiz fon untuk mesej,
kenalan dan halaman web
Logo operator — untuk menetapkan telefon anda supaya
memaparkan atau menyembunyikan logo operator
Paparan maklumt. Sel — untuk memaparkan identiti sel,
jika tersedia daripada rangkaian
Paparan mini
Pilih Menu > Tetapan > Paparan mini. Anda boleh
menukar tetapan untuk kertas hias dinding, gambar skrin,
penjimat kuasa, mod tidur dan animasi lipatan.
Tarikh dan masa
Untuk menukar tetapan masa dan tarikh, pilih Menu >
Tetapan > Tarikh dan masa.
Pintasan saya
Dengan pintasan peribadi, anda boleh menyediakan akses
cepat kepada fungsi telefon yang kerap digunakan.
Kekunci pilihan kiri atau kanan
Untuk memperuntukkan pintasan bagi kekunci pilihan kiri
atau kanan, pilih Menu > Tetapan > Pintasan saya >
Kekunci pilihan kiri atau Kekunci pilihan kanan dan
Untuk memperuntukkan fungsi telefon lain daripada
senarai yang telah dipratentukan bagi kekunci tatal, pilih
Menu > Tetapan > Pintasan saya > Kekunci navigasi.
Kekunci siap sedia aktif
Untuk memperuntukkan kekunci navigasi untuk
mengakses siap sedia aktif, pilih Menu > Tetapan >
Pintasan saya > Kknci siap sedia aktif.
Arahan suara
Arahan suara membolehkan anda menyebut arahan untuk
menjalankan fungsi selain daripada menekan kekunci.
Arahan suara tidak bergantung kepada bahasa. Untuk
menetapkan bahasa, lihat Bahasa pengecaman dalam
"Telefon", h. 43.
Untuk memilih fungsi telefon untuk diaktifkan melalui
arahan suara, pilih Menu > Tetapan > Pintasan saya >
Arahan suara dan folder. Tatal ke fungsi. menandakan
bahawa tag suara diaktifkan. Untuk mengaktifkan tag
suara, pilih Tambah. Untuk memainkan arahan suara yang
telah diaktifkan, pilih Main sml.. Untuk menggunakan
arahan suara, lihat "Dailan suara tambahan", h. 22.
Kesambungan
Anda boleh menyambungkan telefon ke peranti yang serasi
dengan menggunakan teknologi wayarles Bluetooth, atau
kabel data USB. Anda juga boleh menetap tetapan-tetapan
bagi sambungan dailan EGPRS.
Teknologi wayarles Bluetooth
Peranti ini serasi dengan Bluetooth Spesifikasi 2.0 + EDR
yang menyokong profil-profil berikut: akses generik, akses
rangkaian, pertukaran objek generik, bebas tangan, alat
dengar, tolak objek, pemindahan fail, rangkaian dailan,
akses kad SIM, profil rangkaian kawasan peribadi, profil
edaran audio/video generik, profil aplikasi penemuan
perkhidmatan, profil audio dan edaran lanjutan, profil
kawalan jauh audio/video dan port siri. Untuk memastikan
keantarakendalian antara peranti-peranti lain yang
menyokong teknologi Bluetooth, gunakan tambahantambahan Nokia yang diluluskan untuk model ini. Periksa
dengan pembuat peranti lain untuk menentukan
keserasiannya dengan peranti ini.
Mungkin terdapat sekatan terhadap penggunaan teknologi
Bluetooth di sesetengah lokasi. Semak dengan penguasa
setempat atau pembekal khidmat anda.
Ciri-ciri yang menggunakan teknologi Bluetooth atau yang
membolehkan ciri-ciri tersebut berjalan di latar belakang
semasa menggunakan ciri-ciri lain, menambah
penggunaan kuasa bateri dan mengurangkan hayat bateri.
Teknologi Bluetooth membolehkan anda menyambungkan
telefon ke peranti Bluetooth yang serasi dalam jarak 10
meter (32 kaki). Oleh kerana peranti yang menggunakan
teknologi Bluetooth berkomunikasi menggunakan
gelombang radio, telefon anda dan peranti yang satu lagi
itu tidak perlu berada dalam garis tampak langsung,
walaupun sambungan terdedah kepada gangguan dari
halangan seperti tembok atau dari peranti-peranti
elektronik lain.
Mesej penting:
• Mengendalikan peranti dalam mod tersembunyi adalah
cara yang lebih selamat bagi mengelakkan perisian
berbahaya.
• Jangan terima kesambungan Bluetooth daripada
sumber yang anda tidak percaya.
• Secara alternatif, matikan fungsi Bluetooth. Ini tidak
menjejas fungsi lain telefon.
Menyediakan sambungan Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth dan
daripada pilihan yang berikut:
Bluetooth — untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan
fungsi Bluetooth. menunjukkan bahawa kesambungan
Bluetooth diaktifkan. Apabila mengaktifkan teknologi
Bluetooth buat kali pertama, anda diminta untuk
memberikan nama kepada telefon tersebut. Gunakan
nama unik yang memudahkan orang lain untuk mengenal
pasti.
Cari tambahan audio — untuk mencari peranti audio
Bluetooth yang serasi. Pilih peranti yang ingin anda
sambungkan kepada telefon.
Peranti yg berpasang — untuk mencari sebarang peranti
Bluetooth yang di dalam lingkungan jarak. Pilih Baru
untuk menyenaraikan sebarang peranti Bluetooth yang
berada dalam lingkungan jarak. Pilih peranti dan Psgkan.
Masukkan kod laluan Bluetooth peranti yang dipersetujui
(hingga 16 aksara) untuk mengaitkan (pasangkan) peranti
ke telefon anda. Anda hanya perlu memberi kod laluan ini
apabila anda menyambung ke peranti buat kali pertama.
Telefon anda menyambung ke peranti, dan anda boleh
memulakan pemindahan data.
Sambungan wayarles Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth.
Untuk memeriksa sambungan Bluetooth mana yang
sedang aktif, pilih Peranti aktif. Untuk melihat senarai
peranti Bluetooth yang sedang dipasangkan dengan
telefon, pilih Peranti yg berpasang.
Untuk menentukan cara telefon anda ditunjukkan kepada
peranti Bluetooth yang lain, pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Bluetooth > K’bolhlihatan tel saya atau
Nama telefon saya.
Jika anda prihatin mengenai keselamatan, matikan fungsi
Bluetooth, atau tetapkan K’bolhlihatan tel saya ke
Tersembunyi. Sentiasa terima hanya komunikasi
Bluetooth daripada pihak yang telah anda persetujui.
Data paket
Perkhidmatan radio paket umum (General packet radio
service, GPRS) adalah perkhidmatan rangkaian yang
membolehkan telefon mudah alih menghantar dan
menerima data melalui rangkaian berasaskan protokol
internet (IP).
Untuk menentukan cara menggunakan perkhidmatan, pilih
Menu > Tetapan > Kesambungan > Data paket >
Sambgn. data paket dan daripada yang berikut:
Apabila diperlukan — untuk menetapkan sambungan data
paket apabila sesuatu aplikasi memerlukannya.
Sambungan akan ditutup apabila aplikasi ditamatkan.
Sentiasa bertalian — untuk menetapkan telefon supaya
menyambung kepada rangkaian data paket secara
automatik apabila anda menghidupkan telefon
Pemindahan data
Segerakkan kalendar, data kenalan dan nota anda dengan
peranti lain yang serasi (contohnya, telefon mudah alih),
PC yang serasi, atau pelayan internet jauh (perkhidmatan
rangkaian).
Telefon anda membenarkan pemindahan data dengan PC
yang serasi atau peranti lain yang serasi apabila
menggunakan telefon tanpa kad SIM.
Pemindahan senarai kenalan
Untuk menyalin atau menyegerakkan data daripada
telefon anda, nama peranti dan tetapannya mesti berada
dalam senarai kenalan pemindahan. Jika anda menerima
data dari peranti yang lain (misalnya, telefon bimbit yang
serasi), kenalan pemindahan ditambah pada senarai secara
automatik, dengan menggunakan data kenalan dari
peranti yang lain itu. P’ygrakan. Pelayan dan
Penyegerakan PC adalah item asal dalam senarai.
Untuk menambah kenalan pemindahan baru pada senarai
(misalnya, telefon mudah alih), pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Pindahan data > Pilihan > Tmb. prnti.
Pindahan > P’nyegerakan telefon atau Salin telefon, dan
masukkan tetapan menurut jenis pemindahan.
Untuk mengedit tetapan menyalin dan menyegerak, pilih
kenalan daripada senarai kenalan pemindahan dan
Untuk memadam kenalan pemindahan, pilih ia dari senarai
kenalan pemindahan dan Pilihan > Padam.
Pemindahan data dengan peranti
yang serasi
Untuk penyegerakan, gunakan teknologi wayarles
Bluetooth atau sambungan kabel. Peranti lain mesti
diaktifkan untuk menerima data.
Untuk memulakan pemindahan data, pilih Menu >
Tetapan > Kesambungan > Pindahan data dan kenalan
pemindahan daripada senarai, selain daripada P’ygrakan.
Pelayan atau Penyegerakan PC. Menurut tetapan, data
yang dipilih disalin atau disegerakkan.
Menyegerakkan dari PC yang serasi
Untuk menyegerakkan data dari kalendar, nota, dan
kenalan, pasang perisian Nokia PC Suite untuk telefon
anda pada PC. Gunakan teknologi wayarles Bluetooth atau
kabel data USB untuk penyegerakan, dan mulakan
penyegerakan dari PC.
Menyegerakkan dari pelayan
Untuk menggunakan pelayan Internet jauh, langgani
perkhidmatan penyegerakan. Untuk maklumat lanjut dan
tetapan yang diperlukan untuk perkhidmatan ini, hubungi
pembekal khidmat anda. Anda boleh menerima tetapan
sebagai mesej tatarajah. Lihat "Perkhidmatan tetapan
tatarajah", h. 13 dan "Tatarajah", h. 45.
Untuk memulakan penyegerakan dari telefon anda, pilih
Menu > Tetapan > Kesambungan > Pindahan data >
P’ygrakan. Pelayan. Bergantung kepada tetapan, pilih
Memulakan penyegerakan atau Memulakan salinan.
Penyegerakan yang dibuat bagi pertama kali atau selepas
penyegerakan yang tergendala mungkin mengambil masa
sehingga 30 minit untuk selesai.
Kabel data USB
Anda boleh menggunakan kabel data USB untuk
memindahkan data antara telefon dan PC yang serasi.
Anda juga boleh menggunakan kabel data USB dengan
Nokia PC Suite.
Untuk mengaktifkan telefon untuk pemindahan data atau
mencetak imej, sambungkan kabel data. Sahkan Kabel
data USB tersambung. Pilih mod. dan daripada yang
berikut:
Mod Nokia — untuk menggunakan telefon untuk
berinteraksi dengan aplikasi pada PC yang mempunyai
Nokia PC Suite
P'cetakn & media — untuk menyambungkan telefon
kepada PC untuk menyegerakkannya dengan Windows
Media Player (muzik, video)
tidak mempunyai perisian Nokia dan menggunakan telefon
sebagai peranti simpanan data
Untuk menukar mod USB, pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Kabel data USB > Mod Nokia, P'cetakn
& media, atau Simpanan data.
Panggilan
Pilih Menu > Tetapan > Panggilan dan daripada pilihan
yang berikut:
Alih panggilan — untuk memajukan panggilan masuk
anda (perkhidmatan rangkaian). Anda mungkin tidak dapat
mengalihkan panggilan anda jika beberapa fungsi sekatan
panggilan sedang aktif. Lihat Khidmat sekat pgln. dalam
"Keselamatan", h. 45.
Jwb guna sbrg. Kknci — untuk menjawab panggilan
masuk dengan menekan sebentar sebarang kekunci,
kecuali kekunci kuasa, kekunci kamera, kekunci pilihan kiri
dan kanan, atau kekunci tamat
Dail s’mla automatik — untuk membuat maksimum 10
percubaan untuk menyambungkan panggilan selepas satu
percubaan memanggil yang gagal
Kejelasan suara — untuk menambah kejelasan pertuturan
terutamanya dalam persekitaran yang bising, pilih Aktif
Dail cepat — untuk mendail nama dan nombor telefon
yang diperuntukkan kepada kekunci dail cepat 2-9 dengan
menekan dan menahan kekunci nombor yang sepadan
Panggilan mananti — untuk memastikan rangkaian
memberitahu anda mengenai panggilan masuk semasa
anda sedang melayani panggilan lain (perkhidmatan
rangkaian), pilih Aktifkan. Lihat "Panggilan menanti",
h. 23.
Ringkasan slps. pgln. — untuk memaparkan sebentar
anggaran tempoh dan kos (perkhidmatan rangkaian)
panggilan selepas setiap panggilan
Htr id’titi pmggl. Saya — untuk menunjukkan nombor
telefon anda kepada orang yang anda panggil
(perkhidmatan rangkaian). Untuk menggunakan tetapan
yang telah dipersetujui dengan pembekal khidmat anda,
pilih Tetapan rang..
Jwb. apb. lipat. Buka — untuk menjawab panggilan masuk
dengan membuka lipatan
Telefon
Pilih Menu > Tetapan > Telefon dan salah satu daripada
pilihan yang berikut:
Tetapan bahasa — untuk menetap bahasa paparan telefon
anda, pilih Bahasa telefon. Pilih Automatik untuk
menetapkan bahasa menurut kad SIM anda. Untuk
menetapkan bahasa untuk main balik suara, pilih Bahasa
pengecaman. Lihat "Dailan suara tambahan", h. 22 dan
Arahan suara dalam "Pintasan saya", h. 38.
Taraf memori — untuk melihat jumlah penggunaan dan
memori telefon yang tersedia
Kawal kekunci auto. — untuk menetapkan pad kekunci
telefon anda supaya mengunci secara automatik selepas
tundaan masa yang dipratetap apabila telefon berada
dalam mod siap sedia dan tiada fungsi digunakan. Pilih
Aktif, dan tetapkan masanya.
Kawal k’knci k’slmtan — untuk menetap telefon supaya
meminta kod keselamatan apabila anda membuka kunci
kawal kekunci. Masukkan kod keselamatan, dan pilih Aktif.
Kata sambutan — untuk menulis nota yang diperlihatkan
apabila telefon dihidupkan
Kemas kinian telefon — untuk menyemak perisian semasa
atau memasang kemas kinian perisian
Pilihan operator — untuk menetapkan telefon supaya
memilih salah satu daripada rangkaian selular yang
tersedia di kawasan anda secara automatik, pilih
Automatik. Pilih Manual untuk memilih rangkaian yang
mempunyai perjanjian perayauan dengan pembekal
khidmat anda.
Aktifkn teks bantuan — untuk memilih sama ada telefon
memaparkan teks bantuan
Nada permulaan — telefon memainkan nada apabila ia
dihidupkan
M’gndali p’ntpn lipat. — untuk memilih sama ada untuk
kembali ke mod siap sedia, atau membiarkan semua
aplikasi terbuka apabila lipatan ditutup
Pertanyaan p’nrbngn. — telefon bertanya sama ada untuk
menggunakan profil penerbangan setiap kali ia
dihidupkan. Lihat "Mod penerbangan", h. 21.
Tambahan
Pilihan berikut ditunjukkan hanya jika telefon sedang atau
telah disambungkan kepada tambahan mudah alih yang
serasi.
Pilih Menu > Tetapan > Tambahan. Pilih tambahan, dan
bergantung pada tambahan itu, daripada yang berikut:
Profil lalai — untuk memilih profil untuk diaktifkan secara
automatik apabila anda menyambung kepada tambahan
yang dipilih
Lampu — untuk menetapkan lampu secara kekal Aktif.
Untuk menghidupkan lampu selama 15 saat setelah
kekunci ditekan, pilih Automatik.
Anda boleh menatarajahkan telefon anda dengan tetapan
yang diperlukan supaya perkhidmatan tertentu dapat
berfungsi dengan betul. Pembekal khidmat anda mungkin
juga menghantar anda tetapan ini. Lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah", h. 13.
Pilih Menu > Tetapan > Tatarajah dan daripada yang
berikut:
Ttpan. tatarajah lalai — untuk melihat pembekal-
pembekal khidmat yang disimpan di dalam telefon. Untuk
menetap tetapan tatarajah pembekal khidmat sebagai
tetapan lalai, pilih Pilihan > Tetap sebagai lalai.
Akt. lalai dlm sma apl — untuk mengaktifkan tetapan
tatarajah lalai bagi aplikasi yang disokong
Sambung ke bantuan — untuk memuat turun tetapan
tatarajah daripada pembekal khidmat anda
Ttpn tatarajah pribdi — untuk menambah akaun peribadi
baru secara manual bagi pelbagai perkhidmatan dan untuk
mengaktifkan atau memadamnya. Untuk menambah
akaun peribadi baru jika anda belum menambah satu pun,
pilih Tambah; jika tidak, pilih Pilihan > Tambah baru.
Parameter berbeza-beza menurut jenis perkhidmatan yang
dipilih.
Keselamatan
Apabila ciri keselamatan yang menyekat panggilan sedang
digunakan (seperti sekatan panggilan, kumpulan
pengguna terhad, dan dailan tetap) panggilan masih boleh
dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda.
Pilih Menu > Tetapan > Keselamatan dan daripada yang
berikut:
Permintaan kod PIN — untuk menetapkan telefon supaya
meminta kod PIN anda setiap kali telefon dihidupkan.
Sesetengah kad SIM tidak membenarkan permintaan kod
dinyahaktifkan.
Permintaan kod PIN2 — untuk memilih sama ada kod
PIN2 diperlukan apabila menggunakan ciri telefon tertentu
yang dilindungi oleh kod PIN2. Sesetengah kad SIM tidak
membenarkan permintaan kod dinyahaktifkan.
Khidmat sekat pgln. — untuk menyekat panggilan masuk
dan panggilan keluar dari telefon anda (perkhidmatan
rangkaian). Kata laluan sekatan diperlukan.
Dail tetap — untuk menyekat panggilan keluar anda
kepada nombor telefon yang terpilih, jika fungsi ini
disokong oleh kad SIM anda. Apabila dailan tetap sedang
berjalan, sambungan GPRS tidak dapat dijalankan kecuali
semasa menghantar mesej teks melalui sambungan GPRS.
Dalam kes ini, nombor telefon penerima dan nombor pusat
mesej mesti disertakan dalam senarai dailan tetap.
Kump. p’guna terhad — untuk menentukan sekumpulan
orang yang boleh anda panggil dan yang boleh memanggil
anda (perkhidmatan rangkaian)
Tahap keselamatan — untuk menetapkan telefon supaya
meminta kod keselamatan setiap kali kad SIM baru
dimasukkan ke dalam telefon, pilih Telefon. Jika anda pilih
Memori, telefon meminta kod keselamatan apabila
memori kad SIM dipilih, dan anda mahu menukar memori
yang sedang digunakan.
Kod akses — untuk menukar kod keselamatan, kod PIN, kod
PIN2, atau kata laluan sekatan
Sijil kuasa atau Sijil pengguna — untuk melihat senarai
sijil kuasa atau pengguna yang dimuat turun ke dalam
telefon anda. Lihat "Sijil", h. 62.
Ttpn modul k’selamtn — untuk melihat butiran modul
keselamatan, pilih Permintaan PIN modul, atau menukar
PIN modul dan PIN tandatangan. Lihat juga "Kod akses",
h. 12.
Menyimpan semula tetapan
kilang
Untuk menetapkan semula sesetengah tetapan menu
kepada nilai asalnya, pilih Menu > Tetapan > S/smla ttp
kilang > Smpn semula ttpn shj. Masukkan kod
keselamatan. Jika anda tidak membuat kod keselamatan,
telefon akan menggesa anda untuk membuatnya. Nama
dan nombor telefon yang disimpan dalam Kenalan tidak
dipadam.
Menu ini membolehkan anda mengakses perkhidmatan
yang disediakan oleh operator rangkaian anda. Nama dan
ikon bergantung kepada operator. Untuk maklumat lanjut,
hubungi operator rangkaian anda.
Pilih Menu > Mesej > Mesej maklumat untuk menerima
mesej tentang pelbagai topik dari pembekal khidmat anda
(perkhidmatan rangkaian). Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Pilih Menu > Mesej > Arahan khidmat untuk menulis dan
menghantar permintaan perkhidmatan (arahan USSD) ke
pembekal khidmat anda, seperti arahan pengaktifan untuk
perkhidmatan rangkaian.
Dalam menu ini, anda boleh mengurus imej, klip video, fail
muzik, tema, grafik, nada, rakaman, dan fail yang diterima.
Fail disimpan dalam memori telefon atau pada kad memori
microSD yang dilampirkan dan boleh disusun mengikut
folder.
Telefon anda menyokong sistem kunci pengaktifan bagi
melindungi kandungan yang diperoleh. Sentiasa periksa
syarat penghantaran sebarang kandungan dan kunci
pengaktifan sebelum memperolehinya, kerana ia mungkin
dikenakan bayaran.
Perlindungan hak cipta mungkin menghalang sesetengah
imej, muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain
daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau
dikemukakan.
Untuk melihat senarai folder, pilih Menu > Galeri.
Untuk melihat senarai fail dalam folder, pilih folder
tersebut dan kemudian Buka.
Untuk melihat folder kad memori semasa menggerakkan
fail, tatal ke kad memori, dan tekan kekunci tatal kanan.
Peranti anda menyokong Nokia XpressPrint. Untuk
menyambungkannya kepada pencetak yang serasi,
gunakan kabel data atau hantar imej menerusi sambungan
Bluetooth ke pencetak yang menyokong teknologi
Bluetooth. Lihat "Kesambungan", h. 39.
Anda boleh mencetak imej yang berada dalam format JPG.
Imej yang ditangkap dengan kamera disimpan secara
automatik dalam format JPG.
Pilih imej yang ingin anda cetak dan Pilihan > Cetak.
Tekan untuk cakap
Dengan Tekan untuk cakap (PTT) (perkhidmatan
rangkaian), anda boleh berbual dengan seorang atau
sekumpulan orang (saluran) yang mempunyai peranti yang
serasi. Anda perlu melanggani perkhidmatan dan berdaftar
dengan perkhidmatan PTT yang anda mahu gunakan.
Untuk butiran lanjut mengenai perkhidmatan PTT, hubungi
pembekal khidmat anda.
Apabila menangkap dan menggunakan imej atau klip
video, patuhi semua undang-undang dan hormati adat
tempatan serta hak privasi dan undang-undang orang lain,
termasuk hak cipta.
Anda boleh menangkap imej atau merakam klip video
secara langsung dengan kamera 1.3 megapiksel yang
terbina dalam.
Kamera
Kamera ini menghasilkan gambar dalam format JPEG dan
klip video dalam format 3GPP. Kanta kamera ini berada di
bahagian hadapan telefon. Paparan warna berfungsi
sebagai pencari pandangan.
Tangkap imej
Untuk membuka pemidang tilik kamera, pilih Menu >
Media > Kamera.
Untuk mengezum masuk dan keluar dalam mod kamera,
tekan kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
Untuk menangkap imej, pilih Tangkap, atau tekan kekunci
kamera. Telefon menyimpan imej pada kad memori.
Jika pencahayaan malap, pilih Pilihan > Aktifkan mod
malam.
Untuk mengambil jujukan imej dengan cepat, pilih Pilihan
> Aktifkan urutan imej. Tiga hingga lapan imej diambil
bergantung pada saiz imej.
Untuk memaparkan imej serta merta selepas anda
mengambilnya, pilih Pilihan > Tetapan > Masa pratonton
imej dan masa pratonton. Semasa masa pratonton, pilih
Balik untuk mengambil imej lain atau Hantar untuk
menghantar imej sebagai mesej multimedia.
Telefon anda menyokong resolusi tangkapan imej
1024 x 1280 piksel.
Pilihan-pilihan kamera dan video
Untuk menggunakan penapis, pilih Pilihan > Kesan >
Biasa, Skala kelabu, Sepia, atau Negatif.
Untuk menukar tetapan kamera dan video, pilih Pilihan >
Tetapan.
Media
Video
Anda boleh merakam klip video dalam format 3GPP. Masa
merakam yang tersedia bergantung pada panjang klip
video dan tetapan kualiti.
Panjang dan saiz fail klip mungkin berbeza bergantung
pada kualiti yang dipilih dan memori sedia ada. Untuk
menetapkan kualiti bagi klip video anda, pilih Menu >
Media > Video > Pilihan > Tetapan > Kualiti klip video >
Tinggi, Biasa atau Asas.
Untuk memilih pengehadan saiz fail, pilih Menu > Media
> Video > Pilihan > Tetapan > Panjang klip video. Lalai
bermakna saiz fail adalah terhad oleh itu ia muat dalam
mesej multimedia (saiz mesej multimedia boleh berbeza
antara peranti). Maksimum bermakna bahawa semua
memori yang tersedia telah digunakan. Memori sedia ada
bergantung pada tempat klip video disimpan.
Merakam klip video
Pilih Menu > Media > Video > Rakam. Anda juga boleh
menekan dan menahan kekunci kamera. Untuk
menjedakan rakaman, pilih Jeda; untuk menyambung
rakaman, pilih Teruskan. Untuk menghentikan rakaman,
pilih Henti. Telefon menyimpan rakaman di dalam Galeri >
Klip video.
Untuk mengezum masuk atau keluar, tekan kekunci
kelantangan ke atas atau ke bawah, atau tatal ke kiri dan
kanan.
Pemain muzik
Telefon anda mempunyai pemain muzik untuk mendengar
lagu, rakaman atau fail bunyi lain yang telah anda
pindahkan ke telefon dengan aplikasi Nokia Audio
Manager, yang merupakan sebahagian daripada Nokia PC
Suite. Lihat "Nokia PC Suite", h. 64.
Fail muzik yang disimpan dalam folder dalam telefon atau
kad memori ditambah secara automatik kepada senarai
main lalai.
Untuk membuka pemain muzik, pilih Menu > Media >
Pemain muzik.
Mainkan muzik
Amaran: Mendengar muzik pada tahap
sederhana. Pendedahan berterusan pada
kelantangan tinggi boleh merosakkan
pendengaran anda. Jangan pegang peranti dekat
dengan telinga anda apabila pembesar suara
digunakan, kerana kelantangan mungkin
terlampau kuat.
Mainkan pemain muzik dengan kekunci pada telefon atau
dengan kekunci maya pada paparan.
Apabila anda membuka menu pemain Muzik, butiran lagu
pertama pada senarai main lalai ditunjukkan. Untuk
memainkan, pilih.
Untuk melaraskan paras kelantangan, gunakan kekuncikekunci kelantangan di sebelah tepi telefon.
Untuk menjedakan memainkan, pilih .
Untuk berhenti memainkan, tekan dan tahan kekunci
tamat.
Untuk melangkau ke lagu seterusnya, pilih . Untuk
melangkau ke permulaan lagu sebelumnya, pilih .
Untuk memutar semula lagu semasa, pilih dan tahan .
Untuk memaju cepat lagu semasa, tekan dan tahan .
Lepaskan kekunci di kedudukan yang anda mahu.
Perakam suara
Anda boleh merakam cebisan percakapan, bunyi, atau
panggilan aktif, dan menyimpannya dalam Galeri. Ini
berguna apabila merakamkan nama dan nombor telefon
untuk dituliskan kemudian.
Perakam tidak boleh digunakan semasa panggilan data
atau sambungan GPRS sedang aktif.
Rakamkan bunyi
1 Pilih Menu > Media > Perakam.
Untuk menggunakan kekunci grafik , , atau
pada paparan, tatal ke kiri atau ke kanan ke kekunci
yang diingini, dan pilih ia.
2 Untuk memulakan rakaman, pilih . Untuk
memulakan rakaman semasa panggilan, pilih Pilihan >
Rakam. Semasa merakam panggilan, semua pihak
mendengar bunyi bip perlahan. Semasa merakamkan
panggilan, pegang telefon di kedudukan biasa
berdekatan dengan telinga anda. Untuk menjedakan
rakaman, pilih .
3 Untuk menamatkan rakaman, pilih . Rakaman
disimpan dalam Galeri > Rakaman.
Untuk mendengar rakaman terbaru, pilih Pilihan >
Main rakam terakhir.
Untuk menghantar rakaman terakhir, pilih Pilihan >
Hntr rakam t'akhir.
Untuk melihat senarai rakaman dalam Galeri, pilih
Pilihan > Senarai rakaman > Rakaman.
Penyama
Untuk menukar jalur frekuensi bes yang anda dengar
bersama pemain muzik. Pilih Menu > Media > Penyama.
Untuk mengaktifkan set yang direka bentuk untuk
meningkatkan sejenis muzik, tatal ke salah satu daripada
set penyama, dan pilih Aktifkan.
Peluasan stereo
Peluasan stereo menambah output audio telefon dengan
membolehkan kesan bunyi stereo yang lebih luas. Untuk
menukar tetapan, pilih Menu > Media > Peluasan stereo.
Anda boleh menetap telefon untuk menggera pada masa
yang diingini. Pilih Menu > Pengatur > Jam penggera.
Untuk menetap penggera, pilih Masa penggera:, dan
masukkan masa penggera. Untuk menukar masa penggera
semasa masa penggera ditetapkan, pilih Aktif.
Untuk menetap telefon supaya memberi isyarat kepada
anda pada hari-hari tertentu, pilih Ulang hari:.
Untuk memilih nada penggera, pilih Nada penggera:.
Untuk menetapkan tamat masa tunda, pilih Tamat masa
tunda: dan masanya.
Menghentikan penggera
Telefon membunyikan nada isyarat walaupun jika telefon
dimatikan. Untuk menghentikan penggera, pilih Henti. Jika
anda membiarkan telefon terus membunyikan penggera
selama seminit atau memilih Tunda, penggera berhenti
selama tempoh masa yang anda tetapkan dalam Tamat
Hari semasa ditandakan dengan bingkai. Jika terdapat
sebarang nota yang ditetapkan untuk hari itu, hari tersebut
ditebalkan, dan permulaan nota dipaparkan di bawah
kalendar. Untuk melihat nota-nota hari, pilih Pamer. Untuk
melihat minggu, pilih Pilihan > Pamer minggu. Untuk
memadam semua nota dalam kalendar, pilih pameran
bulan atau minggu, dan kemudian pilih Pilihan > Padam
semua nota.
Untuk menukar maklumat masa dan tarikh, pilih Tetapan.
Untuk menetapkan telefon supaya memadamkan nota
lama secara automatik selepas tempoh masa yang
ditentukan, pilih Padam automat. Nota.
Membuat nota kalendar
Pilih Menu > Pengatur > Kalendar. Tatal ke tarikh, dan
pilih Pilihan > Buat nota dan salah satu daripada jenis
nota yang berikut: Peringatan, Mesyuarat,
Panggil, Harijadi, atau Memo. Isikan medan.
Pengatur
Penggera nota
Telefon memaparkan nota, dan jika ditetapkan,
membunyikan nada. Dengan nota panggilan pada
paparan, panggil nombor yang dipaparkan dengan
menekan kekunci panggil. Untuk menghentikan penggera
dan melihat nota, pilih Pamer. Untuk menghentikan
penggera selama 10 minit, pilih Tunda.
Untuk menghentikan penggera tanpa melihat nota, pilih
Keluar.
Senarai tugasan
Untuk menyimpan nota untuk tugas yang anda mesti
lakukan, pilih Menu > Pengatur > Senarai tugasan.
Untuk membuat nota jika tiada nota ditambah, pilih
Tambah. Isikan medan, dan pilih Simpan.
Untuk melihat nota, tatal ke nota itu, dan pilih Pamer.
Semasa melihat nota, anda boleh mengedit sifatnya. Anda
juga boleh memadam nota yang dipilih dan memadam
semua nota yang telah anda tandakan sebagai telah
selesai.
Nota
Untuk menulis dan menghantar nota, pilih Menu >
Pengatur > Nota. Untuk membuat nota jika tiada nota
ditambah, pilih Tambah. Tulis nota, dan pilih Simpan.
Kalkulator
Kalkulator dalam telefon anda menyediakan fungsi
pengiraan yang asas.
Catatan: Kalkulator ini mempunyai ketepatan
yang terhad dan direka bentuk untuk pengiraan
yang mudah.
Pilih Menu > Pengatur > Kalkulator. Apabila 0
dipaparkan di skrin, masukkan nombor pertama dalam
pengiraan. Tekan # untuk titik perpuluhan. Tatal ke operasi
atau fungsi yang dikehendaki, atau pilih dari Pilihan.
Masukkan nombor kedua. Ulang turutan ini seberapa
banyak kali yang perlu. Untuk memulakan pengiraan baru,
mula-mula pilih dan tahan Padam.
masa penggera, dan tulis teks nota yang dipaparkan
apabila tamat tempoh masanya. Untuk menukar masa
undur, pilih Tukar masa.
2 Untuk memulakan pemasa, pilih Mula.
3 Untuk menghentikan pemasa, pilih Henti pemasa.
Pemasa selang
1 Untuk mendapatkan jarak masa sehingga dimulakan 10
jarak, masukkan jarak dahulu.
2 Pilih Menu > Pengatur > Pemasa undur > Pemasa
jarak waktu.
3 Untuk memulakan pemasa, pilih Mula pemasa > Mula.
Jam randik
Anda boleh mengukur masa, mengambil masa
pertengahan, atau masa pusingan menggunakan jam
randik. Semasa mengukur masa, anda boleh menggunakan
fungsi lain telefon.
Pilih Menu > Pengatur > Jam randik dan daripada yang
berikut:
Pemisahan masa — untuk mengambil masa pertengahan.
Untuk memulakan pemerhatian masa, pilih Mula. Pilih
Pisahkan setiap kali anda hendak mengambil masa
pertengahan. Untuk menghentikan pemerhatian masa,
pilih Henti.
Untuk memulakan pemerhatian masa sekali lagi, pilih
Pilihan > Mula. Masa yang baru ditambahkan kepada
masa yang sebelumnya. Untuk menetap semula masa
tanpa menyimpannya, pilih Tetap semula.
Untuk menyimpan masa yang diukur, pilih Simpan.
Masa pusingan — untuk mengambil masa pusingan.
Untuk menetap pemasaan jam randik di latar belakang,
tekan kekunci tamat. Pilih Teruskan untuk melihat
pengukuran masa di latar belakang.
Menu ini membolehkan anda mengurus aplikasi dan
permainan anda. Fail ini disimpan dalam memori telefon
atau pada kad microSD.
Lancarkan permainan atau
aplikasi
Untuk melancarkan permainan, pilih Menu > Aplikasi >
Permainan. Tatal ke permainan yang diingini, dan pilih
Buka. Untuk melancarkan permainan, pilih Menu>
Aplikasi > Kutipan. Tatal ke satu aplikasi, dan pilih Buka.
Beberapa pilihan aplikasi
Versi terkini — untuk memeriksa sama ada versi baru
aplikasi tersedia untuk dimuat turun dari web
(perkhidmatan rangkaian)
Laman web — untuk memberi maklumat lanjut atau data
tambahan bagi aplikasi dari halaman web (perkhidmatan
rangkaian), jika tersedia
Akses aplikasi — untuk menyekat aplikasi daripada
mengakses rangkaian
Muat turun aplikasi
Telefon anda menyokong aplikasi Java J2ME. Pastikan
bahawa aplikasi itu serasi dengan telefon anda sebelum
memuat turunkannya.
Penting: Hanya pasang dan gunakan aplikasi dan
perisian lain dari sumber yang dipercayai, seperti
aplikasi yang Ditandatangani Symbian (Symbian
Signed) atau telah lulus ujian Java Verified
Anda boleh memuat turun aplikasi-aplikasi Java baru
dengan beberapa cara berlainan.
Gunakan Nokia Application Installer dari PC Suite untuk
memuat turun aplikasi ke telefon anda, atau pilih Menu >
Aplikasi > Pilihan > Muat turun > Muat turun aplikasi;
senarai penanda buku yang tersedia ditunjukkan. Lihat
"Penanda buku", h. 60.
Untuk ketersediaan dan penentuan harga, hubungi
pembekal khidmat anda.
Kad SIM anda mungkin menyediakan khidmat-khidmat
tambahan. Anda boleh mengakses menu ini hanya jika ia
disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan menu
ini bergantung kepada khidmat yang tersedia. Mengakses
perkhidmatan ini mungkin melibatkan penghantaran
mesej atau membuat panggilan telefon yang boleh
dikenakan bayaran.
Anda boleh mengakses pelbagai perkhidmatan internet
bergerak dengan penyemak imbas telefon anda.
Penting: Guna hanya perkhidmatan yang anda
percayai dan yang boleh menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang mencukupi
terhadap perisian yang berbahaya.
Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan
ketersediaan, penentuan harga, tarif dan arahan.
Anda boleh melihat perkhidmatan yang menggunakan
bahasa tokokan wayarles (WML) atau bahasa tokokan
hiperteks diperluas (XHTML) pada halamannya dengan
penyemak imbas telefon. Kemunculan boleh berubah-ubah
disebabkan saiz skrin. Anda mungkin tidak dapat melihat
semua butiran pada halaman web.
Sambung kepada perkhidmatan
Pastikan tetapan tatarajah yang betul bagi khidmat yang
ingin anda gunakan diaktifkan.
Untuk memilih tetapan untuk menyambung ke
perkhidmatan itu:
1 Pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan tatarajah.
2 Pilih Tatarajah. Hanya tatarajah yang menyokong
perkhidmatan semak imbas dipaparkan. Pilih satu
pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah peribadi
untuk menyemak imbas.
Anda mungkin menerima tetapan tatarajah yang
diperlukan untuk menyemak imbas sebagai mesej
tatarajah daripada pembekal khidmat yang
menawarkan perkhidmatan.
3 Pilih Akaun dan satu akaun perkhidmatan semak imbas
yang terkandung dalam tetapan-tetapan tatarajah
yang aktif.
4 Pilih Papar tetingkap terminal > Ya untuk
menjalankan pengesahan pengguna manual untuk
sambungan intranet.
Buat sambungan kepada khidmat dengan salah satu
daripada cara berikut:
• Pilih Menu > Web > Rumah; atau dalam mod siap
sedia, tekan dan tahan 0.
• Untuk memilih penanda buku untuk perkhidmatan,
pilih Menu > Web > Penanda buku.
• Untuk memilih URL terakhir, pilih Menu > Web > Almt
• Untuk memasukkan alamat bagi perkhidmatan, pilih
Menu > Web > Pergi ke alamat. Masukkan alamat
perkhidmatan, dan pilih OK.
Penanda buku
Anda boleh menyimpan alamat web sebagai penanda buku
dalam memori telefon.
1 Semasa menyemak imbas, pilih Pilihan > Penanda
buku.
2 Tatal ke satu penanda buku, dan pilih ia, atau tekan
kekunci panggil untuk membuat sambungan kepada
halaman yang berkaitan dengan penanda buku itu.
3 Pilih Pilihan untuk melihat, mengedit, memadam, atau
menghantar penanda buku; untuk membuat penanda
buku baru; atau untuk menyimpan penanda buku ke
folder.
Tetapan kemunculan
Untuk memperibadikan cara halaman web dipaparkan
pada telefon anda, semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Tetapan kemunculan.
Tetapan keselamatan
Kuki dan cache
Kuki adalah data yang disimpan oleh tapak di dalam
memori cache telefon anda. Kuki disimpan sehingga anda
mengosongkan memori cache.
Semasa menyemak imbas, pilih Pilihan > Pilihan lain >
Keselamatan > Tetapan kuki. Untuk membenarkan atau
menghalang telefon daripada menerima kuki, pilih
Membenarkan atau Tolak.
Cache merupakan lokasi memori yang digunakan untuk
menyimpan data secara sementara. Jika anda telah
mencuba mengakses atau telah mengakses maklumat sulit
yang memerlukan kata laluan, kosongkanlah cache setiap
kali setelah digunakan. Maklumat atau perkhidmatan yang
telah anda akses disimpan di dalam cache. Untuk
mengosongkan cache, pilih Pilihan > Pilihan lain >
Kosongkan cache.
Skrip melalui sambungan terjamin
Anda boleh memilih sama ada hendak membenarkan skrip
berjalan dari laman terjamin. Telefon ini menyokong skrip
WML.
Semasa menyemak imbas, untuk membenarkan skrip, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Keselamatan > Tetapan
WMLScript.
Peti masuk khidmat
Telefon boleh menerima mesej khidmat yang dihantar oleh
pembekal khidmat anda (perkhidmatan rangkaian). Mesej
perkhidmatan adalah pemberitahuan (contohnya, tajuk
berita), dan ia mungkin mengandungi mesej teks atau
alamat khidmat.
Untuk mengakses Peti msk khidmt. dalam mod siap sedia,
apabila anda menerima mesej perkhidmatan, pilih Tunjuk.
Jika anda memilih Keluar, mesej akan dipindahkan ke peti
masuk Khidmat. Untuk mengakses peti masuk Khidmat
kemudian, pilih Menu > Web > Peti msk khidmt..
Tetapan peti masuk khidmat
Pilih Menu > Web > Tetapan > Ttpn peti masuk khid..
Untuk menetapkan sama ada anda hendak menerima
mesej perkhidmatan, pilih Mesej perkhidmatan > Aktif
atau Tak aktif.
Untuk menetap telefon supaya menerima mesej
perkhidmatan hanya daripada pengarang kandungan yang
diluluskan oleh pembekal perkhidmatan, pilih Penurasan
mesej > Aktif.
Untuk menetap telefon supaya mengaktifkan penyemak
imbas secara automatik dari mod siap sedia apabila telefon
menerima mesej perkhidmatan, pilih Sambungan
automat. > Aktif. Jika anda pilih Tak aktif, telefon akan
mengaktifkan penyemak imbas hanya selepas anda
memilih Ambil apabila telefon menerima mesej
perkhidmatan.
Keselamatan penyemak imbas
Ciri-ciri keselamatan diperlukan untuk sesetengah
perkhidmatan, seperti perbankan atau beli-belah dalam
talian. Untuk sambungan seumpama ini, anda perlukan sijil
keselamatan dan mungkin juga modul keselamatan, yang
mungkin tersedia pada kad SIM anda. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Modul keselamatan
Modul keselamatan memperbaiki khidmat-khidmat
keselamatan bagi aplikasi yang memerlukan sambungan
penyemak imbas, dan membolehkan anda menggunakan
tandatangan digital. Modul keselamatan boleh
mengandungi sijil-sijil serta kunci-kunci peribadi dan
awam. Sijil-sijil disimpan di dalam modul keselamatan
oleh pembekal khidmat.
Untuk melihat atau menukar tetapan modul keselamatan,
pilih Menu > Tetapan > Keselamatan > Ttpn modul
k’selamtn.
Sijil
Penting: Walaupun penggunaan sijil
mengurangkan lagi risiko yang terlibat dalam
sambungan jauh dan pemasangan perisian, ia
mestilah digunakan dengan betul untuk
mendapat faedah daripada keselamatan yang
dipertingkat.
Kewujudan sijil tidak menawarkan sebarang
perlindungan dengan sendirinya; pengurus sijil
mestilah mengandungi sijil yang betul, tulen atau
dipercayai untuk mendapatkan keselamatan yang
dipertingkatkan. Siji mempunyai jangka hayat
yang terbatas. Jika "Sijil tamat tempoh" atau "Sijil
belum sah lagi" ditunjukkan walaupun ketika sijil
seharusnya sah, periksa bagi memastikan tarikh
dan waktu semasa di dalam peranti anda adalah
betul.
Sebelum menukar tetapan sijil anda perlu
memastikan bahawa anda mempercayai pemilik
sijil dan sijil betul-betul dimiliki pada pemilik yang
disenaraikan.
Terdapat tiga jenis sijil: sijil pelayan, sijil kuasa, dan sijil
pengguna. Anda boleh menerima sijil-sijil ini daripada
pembekal khidmat anda. Sijil kuasa dan sijil pengguna
boleh juga disimpan di dalam modul keselamatan oleh
pembekal khidmat.
Untuk melihat senarai sijil kuasa atau pengguna yang
dimuat turun ke dalam telefon anda, pilih Menu >
Tetapan > Keselamatan > Sijil kuasa atau Sijil
pengguna.
dipaparkan semasa sambungan, jika penghantaran
data antara telefon dan pelayan kandungan dienkripsikan.
Ikon keselamatan tidak menunjukkan bahawa
penghantaran data antara get laluan dan pelayan
kandungan (atau tempat di mana sumber yang diminta
disimpan) adalah terjamin. Pembekal khidmat menjamin
penghantaran data antara get laluan dan pelayan
kandungan.
Tandatangan digital
Anda boleh membuat tandatangan digital dengan telefon
anda jika kad SIM mempunyai modul keselamatan.
Menggunakan tandatangan digital boleh jadi sama seperti
menandatangani nama anda pada bil, kontrak, atau
dokumen kertas lain.
Untuk membuat tandatangan digital, pilih pautan pada
laman, contohnya, tajuk buku yang ingin anda beli dan
harganya. Teks untuk ditandatangani, yang mungkin
termasuk jumlah dan tarikh, dipaparkan.
Periksa bagi memastikan bahawa teks pengepala ialah
Baca dan ikon tandatangan digital dipaparkan.
Catatan: Jika ikon tandatangan digital tidak muncul,
terdapat pelanggaran keselamatan, dan anda tidak harus
memasukkan sebarang data peribadi seperti PIN
tandatangan anda.
Untuk menandatangani teks, baca semua teks dahulu, dan
pilih Tanda.
Teksnya mungkin tidak muat dalam satu skrin. Oleh itu,
pastikan anda menatal dan membaca semua teks sebelum
menandatangani.
Pilih sijil pengguna yang ingin anda gunakan. Masukkan
PIN tandatangan. Ikon tandatangan digital akan hilang,
dan khidmat itu mungkin memaparkan pengesahan
pembelian anda.
Anda boleh menghantar dan menerima e-mel, dan
mengakses internet apabila telefon anda disambungkan
kepada PC yang serasi melalui sambungan Bluetooth atau
kabel data. Anda boleh menggunakan telefon anda dengan
pelbagai aplikasi kesambungan PC dan komunikasi data.
Nokia PC Suite
Dengan Nokia PC Suite anda boleh menyegerakkan
kenalan, kalendar, nota, dan nota tugasan antara telefon
anda dan PC yang serasi atau pelayan internet jauh
(perkhidmatan rangkaian). Anda boleh mendapatkan lebih
banyak maklumat dan PC Suite pada tapak Web Nokia di
www.nokia-asia.com/3610/support atau tapak web Nokia
tempatan anda.
Data paket, HSCSD, dan CSD
Dengan telefon anda ini, anda boleh menggunakan
perkhidmatan data paket, data ditukar litar kelajuan tinggi
(HSCSD), dan data ditukar litar (data CSD, GSM). Untuk
ketersediaan dan langganan perkhidmatan data, hubungi
operator rangkaian atau pembekal khidmat anda.
Penggunaan khidmat HSCSD menggunakan kuasa bateri
dengan lebih cepat daripada panggilan suara atau data
biasa.
Bluetooth
Gunakan teknologi Bluetooth untuk menyambungkan
komputer riba anda yang serasi kepada internet. Telefon
anda mestilah mengaktifkan pembekal khidmat yang
menyokong akses internet dan PC anda mestilah
menyokong PAN teknologi Bluetooth (profil rangkaian
kawasan peribadi). Selepas menyambung ke perkhidmatan
pusat akses rangkaian (NAP) telefon dan berpasangan
dengan PC anda, telefon anda membuka sambungan data
paket secara automatik kepada internet. Pemasangan
perisian PC Suite tidak perlu semasa menggunakan
khidmat NAP pada telefon. Lihat "Teknologi wayarles
Bluetooth", h. 39.
Aplikasi komunikasi data
Untuk mendapatkan maklumat mengenai menggunakan
aplikasi komunikasi data, lihat dokumentasi produk.
Membuat atau menjawab panggilan telefon semasa
sambungan komputer tidak disyorkan, kerana ia mungkin
mengganggu operasi ini.
Untuk prestasi yang lebih baik semasa panggilan data,
letakkan telefon di atas permukaan pegun dengan pad
kekuncinya menghadap ke bawah. Jangan gerakkan
telefon dengan memegangnya di dalam tangan semasa
panggilan data.
Peranti anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas
semula. Bateri yang dimaksudkan untuk digunakan dengan
peranti ini adalah BL-5C. Peranti ini dimaksudkan untuk
digunakan apabila mendapat bekalan kuasa dari pengecas
yang berikut: AC-3U, AC-4U, atau AC-5U. Bateri boleh
dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama
kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa siap
sedia nyata lebih pendek dari biasa, gantikanlah bateri.
Gunakan hanya bateri yang diluluskan oleh Nokia, dan cas
semula bateri anda hanya dengan pengecas yang
diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini.
Penggunaan bateri atau pengecas yang tidak luluskan
boleh mengakibatkan risiko kebakaran, letupan,
kebocoran, atau bahaya yang lain.
Jika bateri digunakan buat pertama kalinya atau jika bateri
telah tidak digunakan untuk tempoh yang lama, anda
mungkin perlu menyambungkan pengecas dan kemudian
mencabutnya dan menyambungkannya semula untuk
memulakan pengecasan. Jika bateri benar-benar
kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum
penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Cabut pengecas dari palam elektrik dan peranti ini apabila
tidak digunakan. Jangan biarkan bateri yang telah dicas
penuh tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan
berlebihan boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan
tanpa digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan
akan hilang casnya.
Sentiasa cuba kekalkan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F
dan 77°F). Suhu yang melampau mengurangkan
keupayaan dan jangka hayat bateri. Peranti dengan bateri
yang sejuk atau panas mungkin tidak akan berfungsi buat
sementara waktu. Prestasi bateri terhad terutamanya
dalam suhu yang jauh di bawah beku.
Jangan melitar pintas bateri. Melintar pintas secara tidak
sengaja boleh berlaku apabila objek logam seperti duit
syiling, klip, atau pen menyebabkan sambungan langsung
terminal positif (+) dan negatif (-) bateri. (Ia kelihatan
seperti jalur-jalur logam pada bateri.) Ini mungkin berlaku,
contohnya, apabila anda membawa bateri ganti di dalam
saku atau beg tangan anda. Melitar pintas terminal boleh
merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.
Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup.
Bateri juga boleh meletup jika rosak. Buang bateri menurut
peraturan tempatan. Sila kitar semula jika boleh. Jangan
buang sebagai sisa rumah.
Maklumat bateri dan pengecas
Jangan hapus, kerat, buka, musnah, bengkok, ubah bentuk,
cucuk, atau cincang sel atau bateri. Sekiranya bateri bocor,
jangan biarkan cecairnya terkena pada kulit atau mata.
Sekiranya berlaku kebocoran sedemikain, segera siram
kulit atau mata anda dengan air, atau dapatkan bantuan
perubatan.
Jangan ubah suai, mengilang semula, cuba untuk
memasukkan objek asing ke dalam bateri, serta merendam
atau mendedahkannya pada air atau cecair yang lain.
Penyalahgunaan bateri boleh mengakibatkan kebakaran,
letupan, atau bahaya yang lain. Jika peranti atau bateri
dijatuhkan, terutamanya pada permukaan keras, dan anda
percaya bateri itu rosak, bawa ia pada pusat perkhidmatan
untuk pemeriksaan sebelum sambung menggunakannya.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya. Jangan
sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri
yang rosak. Jauhkan dari capaian kanak-kanak kecil.
Garis panduan pengesahan
ketulenan bateri Nokia
Sentiasa gunakan bateri-bateri asli Nokia untuk
keselamatan anda. Untuk memeriksa bagi memastikan
anda telah mendapat bateri asli Nokia, belilah ia daripada
wakil penjual Nokia yang sah dan periksa label hologram
menggunakan langkah-langkah berikut:
Berjaya menyelesaikan langkah itu bukanlah jaminan
mutlak ketulenan bateri. Jika anda mempunyai sebarang
sebab untuk mempercayai bahawa bateri anda bukanlah
bateri asli Nokia yang tulen, jangan gunakannya. Jika
ketulenannya tidak dapat ditentusahkan, kembalikan
bateri itu ke tempat pembelian.
Authenticate hologram
1 Apabila melihat hologram pada
label, anda seharusnya melihat
simbol tangan berjalinan Nokia
dari satu sudut dan logo
Tambahan Asli Nokia apabila
melihat dari sudut lain.
2 Apabila anda menyerongkan
hologram ke kiri, ke kanan, ke
bawah, dan ke atas, anda
seharusnya melihat 1, 2, 3, dan
4 bintik masing-masing di
setiap sisi.
Bagaimana kalau bateri anda
tidak tulen?
Jika anda tidak boleh mengesahkan bahawa bateri Nokia
anda dengan hologram pada label adalah bateri tulen
Nokia, jangan gunakan bateri tersebut. Penggunaan bateri
yang tidak diluluskan oleh pembuat mungkin berbahaya
dan mungkin menghasilkan prestasi yang lemah dan
Pelbagai pilihan tambahan boleh
didapati untuk telefon anda. Sila lawati
www.nokia-asia.com/enhancements
untuk mendapatkan butiran lanjut.
Untuk mengetahui sama ada sesuatu
tambahan terdapat, sila tanya wakil penjual setempat
anda. Beberapa petua praktikal bagi operasi tambahan:
• Jauhkan tambahan-tambahan dari jangkauan kanakkanak kecil.
• Apabila anda mencabut kord kuasa bagi sebarang
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
• Periksa dengan kerap bahawa semua peralatan telefon
mudah alih di dalam kenderaan dipasang dan
beroperasi dengan betul.
Gunakan hanya bateri, pengecas dan tambahan yang
diluluskan oleh pembuat telefon. Penggunaan manamana bateri jenis lain boleh membatalkan sebarang
kelulusan atau waranti yang diguna pakai pada telefon
ini, dan mungkin berbahaya.
Bateri
JenisMasa cakapSiap sedia
BL-5Csehingga 4 jamsehingga 250 jam
Penting: Masa bual dan masa siap sedia bateri ini
hanya holeh dicapai dalam keadaan atau
persekitaran rangkaian yang dioptimumkan yang
tertentu. Masa bual dan masa siap sedia bateri
yang sebenar mungkin berbeza bergantung pada
kad SIM, ciri yang digunakan, umur dan keadaan
bateri, suhu bateri didedahkan, keadaan
rangkaian berlainan dan banyak faktor lain, oleh
itu mungkin masa bual dan masa siap sedia
mungkin ternyata jauh lebih singkat berbanding
yang diberikan di sini. Tambahan pula, nada
dering, bebas tangan, penggunaan mod digital
dan lain-lain fungsi menggunakan kuasa, dan
jumlah masa yang digunakan oleh peranti untuk
panggilan akan menjejaskan masa siap sedianya.
Begitu juga, jumlah masa peranti dihidupkan dan
dalam keadaan siap sedia akan mempengaruhi
masa bualnya.
Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-101 adalah sesuai untuk
anda jika anda hendak terus berhubungan dengan
keluarga dan rakan sambil terus menjalani hari-hari sibuk
anda pada masa yang sama. Mudah diguna dan selesa
dipakai, dengan cangkuk telinga yang tidak menonjol,
bereka bentuk ringan serta boleh laras secara ergonomik.
Dengan pengurusan kuasa yang efisien, anda boleh guna
tangan dan bebas tangan sepanjang hari anda.
Dengan Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-101 anda
boleh:
• mendapat kualiti audio yang baik dengan harga yang
berpatutan
• menjadikan berbilang tugasan lebih mudah dengan
adanya kedua-dua tangan untuk digunakan
• menggunakan ciri pengendalian panggilan asas semasa
bergerak
• sentiasa berhubungan secara wayarles sepanjang hari
• bercakap sehingga 8 jam, dengan sehingga 180 jam
siap sedia
• melaraskan gelung telinga untuk dipakai dengan selesa
pada mana-mana telinga
Kad microSD 2GB Nokia MU-37 membenarkan anda
menyimpan jumlah data, muzik dan aplikasi perisian yang
besar dalam telefon anda.
Telefon Pembesar suara Nokia
HF-200
Penyelesaian telefon pembesar suara bebas tangan, plag &
main ini membolehkan anda bercakap dengan bebas dalam kereta, di pejabat atau di rumah. Klipkannya pada
visor matahari kereta anda atau letakkannya di atas meja
anda untuk membuat panggilan bebas tangan secara
wayarles dengan peranti mudah alih anda yang didayakan
Bluetooth. Pembesar suara yang berkuasa dan mikrofon
yang sensitif menggunakan pembatalan gema dan
pengurangan hingar untuk membolehkan anda mendengar
dan didengari dengan jelas. Antara mukanya yang intuitif
mudah digunakan, dengan kekunci yang ditempatkan
dengan optimum dan masa bual yang kompetitif.
Dengan Telefon Pembesar suara Nokia HF-200 anda
boleh:
• mendengar dan didengar dengan jelas dengan
pembesar suara berkuasa lagi kompak serta mikrofon
yang sensitif
• menyambung secara wayarles melalui Bluetooth
kepada rangkaian telefon mudah alih Nokia yang serasi
dan telefon bukan Nokia yang pelbagai
• bercakap dan mendengar lebih lama dengan sehingga
10 jam masa bual dan sehingga 150 jam masa siap
sedia
Pengecas Mudah Alih Nokia DC-4
Mudah dan kompak, pengecas telefon mudah alih ini
menawarkan pengecasan telefon yang pantas daripada
soket pemetik api kereta.
Peranti anda adalah produk hasil reka bentuk dan ketukangan
unggul dan patut dijaga dengan baik. Cadangan-cadangan
yang berikut akan membantu anda melindungi perlindungan
jaminan anda.
• Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan,
kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan
boleh mengandungi mineral-mineral yang akan
mengakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi
basah, keluarkan baterinya, dan biarkan peranti ini
benar-benar kering sebelum memasangnya semula.
• Jangan gunakan atau simpan peranti ini di tempat
yang berhabuk dan kotor. Bahagian yang bergerak dan
komponen elektronik di dalamnya boleh menjadi rosak.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang panas. Suhu
tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik,
merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan
plastik tertentu.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang sejuk. Apabila
peranti ini kembali pada suhu normalnya, lembapan boleh
terbentuk di dalam peranti ini, dan merosakkan papan litar
elektroniknya.
• Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain
daripada yang diarahkan di dalam panduan ini.
• Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini.
Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan litar
dalaman dan mekanisme halus.
• Jangan gunakan kimia, pelarut pembersihan, atau bahan
cuci yang keras untuk membersihkan peranti ini.
• Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian
yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang
operasi sempurna.
• Gunakan kain kering yang lembut dan bersih untuk
membersihkan sebarang kanta seperti kanta kamera,
sensor jarak, dan sensor cahaya.
• Gunakan hanya antena ganti yang dibekalkan atau
diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan
yang tidak dibenarkan boleh merosakkan peranti ini dan
mungkin melanggar peraturan yang berkuatkuasa bagi
peranti radio.
• Gunakan pengecas di dalam bangunan.
• Sentiasa buat data sandaran yang anda hendak simpan,
seperti kenalan dan nota kalendar.
• Untuk menetapkan semula peranti dari masa ke masa
untuk mendapatkan prestasi yang optimum, matikan
peranti dan keluarkan bateri.
Semua cadangan ini sama berkaitan dengan peranti anda,
bateri, pengecas atau sebarang tambahan. Jika sebarang
peranti tidak berfungsi dengan betul, bawanya ke kemudahan
servis sah yang terdekat untuk diservis.
Maklumat keselamatan tambahan
Maklumat keselamatan tambahan
Kanak-kanak kecil
Peranti anda dan tambahan-tambahannya mungkin
mengandungi bahagian-bahagian kecil. Jauhkan dari capaian
kanak-kanak kecil.
Persekitaran beroperasi
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila
digunakan dalam kedudukan biasa pada telinga atau apabila
diletakkan sekurang-kurangnya 2.2 sentimeter (7/8 inci)
jauhnya dari badan. Apabila sarung pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan bagi operasi pakai pada
badan, ia tidak seharusnya mengandungi logam dan harus
meletakkan peranti sejauh jarak yang disebut di atas dari
badan.
Untuk menghantar fail data atau mesej, peranti ini
memerlukan sambungan yang bermutu kepada rangkaian.
Dalam sesetengah hal, penghantaran fail data atau mesej
mungkin tertunda sehingga sambungan demikian terdapat.
Pastikan arahan jarak pemisahan di atas dipatuhi sehingga
penghantaran selesai.
Alat perubatan
Operasi sebarang peralatan pemancar radio, termasuk telefon
wayarles, boleh mengganggu fungsi alat-alat perubatan yang
tidak dilindungi secukupnya. Anda harus berjumpa dengan
pakar perubatan atau pembuat alat perubatan tersebut untuk
menentukan sama ada ia dilindungi secukupnya daripada
tenaga RF luaran atau jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan. Matikan peranti ini di kemudahan jagaan
kesihatan apabila diarahkan berbuat demikian oleh peraturan
yang ditampalkan di tempat-tempat ini. Hospital atau
kemudahan jagaan kesihatan mungkin menggunakan
peralatan yang peka terhadap tenaga RF luaran.
Alat perubatan yang diimplan Pengilang alat perubatan
menyarankan bahawa pemisahan minimum sebanyak 15.3
sentimeter (6 inci) hendaklah dikekalkan di antara peranti
wayarles dan alat perubatan yang diimplan, seperti perentak
jantung atau kardioverter defibrilator yang diimplan, untuk
mengelakkan gangguan yang mungkin berlaku dengan alat
perubatan. Orang yang memiliki peranti sedemikian
hendaklah:
• Sentiasa pastikan peranti wayarles berada lebih daripada
15.3 sentimeter (6 inci) dari alat perubatan apabila peranti
wayarles dihidupkan.
• Tidak membawa peranti wayarles ini di dalam saku dada.
• Pegang peranti wayarles pada telinga yang bertentangan
dengan alat perubatan untuk mengurangkan gangguan
yang mungkin berlaku.
• Matikan peranti wayarles dengan segera jika terdapat
sebarang sebab untuk mengesyaki gangguan sedang
berlaku.
• Baca dan ikut arahan daripada pengilang alat perubatan
yang diimplan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai
menggunakan peranti wayarles dengan alat perubatan yang
diimplan, rujuk penyedia jagaan kesihatan anda.
Alat bantuan pendengaran Sesetengah peranti wayarles
digital boleh mengganggu sesetengah alat bantuan
pendengaran. Jika gangguan berlaku, hubungi pembekal
khidmat anda.
Kenderaan
Isyarat RF boleh menjejas sistem elektronik yang tidak
dipasang dengan betul atau tidak dilindungi secukupnya di
dalam kenderaan bermotor seperti sistem pancitan bahan
bakar elektronik, sistem brek anti-kelincir (anti-kunci)
elektronik, sistem kawalan kelajuan elektronik, dan sistem beg
udara. Untuk maklumat lanjut, periksa dengan pembuat
kenderaan anda atau wakilnya mengenai kenderaan anda atau
sebarang kelengkapan yang telah ditambahkan.
Hanya kakitangan yang berkelayakan harus membaiki peranti
ini atau memasang peranti ini di dalam kenderaan.
Pemasangan atau servis yang tidak betul membahayakan dan
boleh mentaksahkan sebarang waranti yang mungkin
diberikan bagi peranti ini. Periksa dari masa ke masa dengan
tetap semua peralatan peranti wayarles di dalam kenderaan
anda bagi memastikan ia dipasang dan beroperasi dengan
betul. Jangan simpan atau bawa cecair mudah terbakar, gas,
atau bahan mudah meletup di dalam tempat yang sama
dengan peranti ini, bahagian-bahagiannya atau tambahantambahannya. Untuk kenderaan yang dilengkapi beg udara,
anda harus ingat bahawa beg udara mengembung dengan
daya yang amat kuat. Jangan letakkan barang-barang,
termasuk peralatan wayarles baik yang terpasang mahupun
yang mudah dialih di tempat di atas beg udara atau di tempat
pelancaran beg udara. Jika peralatan wayarles dalamkenderaan tidak dipasang dengan betul dan beg udara
mengembung, kecederaan serius boleh berlaku.
Menggunakan peranti anda semasa terbang di dalam pesawat
adalah dilarang. Matikan peranti anda sebelum menaiki
pesawat. Penggunaan peranti telefon wayarles di dalam
pesawat boleh membahayakan pengendalian pesawat,
mengganggu rangkaian telefon wayarles, dan mungkin
menyalahi undang-undang.
Persekitaran di mana letupan boleh berlaku
Matikan peranti anda apabila berada di kawasan di mana
letupan boleh berlaku, dan patuhi semua papan tanda dan
arahan. Persekitaran di mana letupan boleh berlaku termasuk
tempat-tempat di mana anda biasanya dinasihatkan supaya
mematikan enjin kenderaan anda. Percikan api di kawasankawasan seperti itu boleh menyebabkan letupan atau
kebakaran yang mengakibatkan kecederaan pada badan
ataupun kematian. Matikan peranti ini di tempat-tempat
mengisi bahan bakar seperti berdekatan dengan pam gas di
stesen minyak. Patuhi sekatan-sekatan terhadap penggunaan
peralatan radio di depo, tempat-tempat penyimpanan, dan
pengedaran bahan bakar, loji kimia atau tempat operasi
peletupan sedang berjalan. Kawasan-kawasan di mana
letupan boleh berlaku sering, tetapi tidak semestinya,
ditandakan dengan jelas. Ia termasuk di bawah dek di dalam
bot, kemudahan memindah atau menyimpan bahan kimia, dan
tempat-tempat di mana udaranya mengandungi bahan kimia
atau zarah seperti butir, habuk, atau serbuk logam. Anda perlu
semak dengan pengilang kenderaan yang menggunakan gas
petroleum cecair (seperti propana atau butana) untuk
menentukan jika peranti ini boleh digunakan dengan selamat
dalam kawasan sekitar mereka.
Panggilan kecemasan
Penting: Peranti ini beroperasi menggunakan isyarat
radio, rangkaian wayarles, rangkaian talian darat, dan
fungsi-fungsi yang diprogram pengguna. Jika peranti
anda menyokong panggilan suara melalui internet
(panggilan internet), aktifkan kedua-dua panggilan
internet dan telefon selular. Peranti akan cuba
membuat panggilan kecemasan melalui rangkaian
selular dan melalui pembekal panggilan internet anda
jika kedua-duanya diaktifkan. Sambungan dalam
semua keadaan tidak dapat dijamin. Anda tidak harus
sekali-kali bergantung semata-mata kepada sebarang
peranti wayarles untuk komunikasi penting seperti
kecemasan perubatan.
Untuk membuat panggilan kecemasan:
1 Jika peranti ini belum dihidupkan, hidupkan ia. Periksa
untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi.
Bergantung pada peranti anda, anda mungkin perlu
melengkapkan seperti berikut:
• Masukkan kad SIM jika peranti anda menggunakannya.
• Buangkan batasan panggilan tertentu yang telah anda
aktifkan dalam peranti anda.
• Ubah profil anda daripada luar talian atau mod profil
penerbangan ke profil yang aktif.
2 Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu
untuk mengosongkan paparan dan menyediakan peranti
ini untuk panggilan.
3 Masukkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi semasa
anda. Nombor-nombor kecemasan berbeza mengikut
lokasi.
4 Tekan kekunci panggil.
Apabila membuat panggilan kecemasan, berikan semua
maklumat yang perlu seberapa tepat yang mungkin. Peranti
wayarles anda mungkin satu-satunya alat komunikasi di
tempat kemalangan itu. Jangan tamatkan panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
Peranti mobil ini memenuhi garis panduan antarabangsa
bagi pendedahan kepada gelombang radio
Peranti bimbit anda adalah sebuah pemancar dan penerima
radio. Ia direka untuk tidak melebihi had pendedahan kepada
gelombang radio yang disarankan oleh garis panduan
antarabangsa. Garis panduan ini dihasilkan oleh pertubuhan
saintifik ICNIRP dan merangkumi margin keselamatan yang
direka bentuk bagi memastikan keselamatan semua orang,
tidak kira usia dan kesihatan.
Piawai pendedahan bagi peranti-peranti bimbit menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Tertentu
(Specific Absorption Rate) atau SAR. Had SAR yang dinyatakan
di dalam garis panduan ICNIRP adalah 2.0 watts/kilogram
(W/kg) dipuratakan pada sepuluh gram tisu. Ujian bagi SAR
yang dijalankan menggunakan kedudukan beroperasi biasa
dengan peranti memancar pada aras kuasa yang disahkan
tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang diuji. Paras SAR
sebenar bagi peranti yang beroperasi boleh jadi jauh di bawah
nilai maksimum kerana peranti direka bentuk untuk
menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk mencapai
rangkaian. Jumlahnya berubah bergantung pada beberapa
faktor seperti sejauh mana jarak anda dengan stesen
pangkalan rangkaian. Nilai SAR tertinggi mengikut garis
panduan ICNIRP untuk penggunaan peranti ini di telinga ialah
0.95 W/kg.
Penggunaan aksesori dan tambahan peranti boleh
menghasilkan nilai-nilai SAR yang berbeza-beza. Nilai SAR
mungkin berubah-ubah bergantung kepada keperluan laporan
kebangsaan dan pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat SAR
tambahan boleh diberikan di bawah maklumat produk di
www.nokia.com.
Mesej audio
mesej kilat
mesej suara
penunjuk kepanjangan
tetapan mesej
27
27
30
30
27
27
26
12
26
16
26
Indeks
mod siap sedia19, 38
muat turun
N
nada37
nada dering
nota
P
pad kekunci kunci12
panggil
panggilan
panggilan kecemasan
paparan
paparan mini
PC Suite
pemain muzik
pembesar suara
penanda buku
Pengecas Mudah Alih Nokia DC-4
penunjuk
penyama
penyegerakan
penyemak imbas
54, 55
kekunci
log
36
menanti
pilihan
tetapan
22
19
64
20
52
14
37
18
23
23
43
75
38
51
23
60
41
60
71
52
perakam
perkhidmatan
permainan
pesanan segera
PictBridge
pintasan
profil
PTT
49
S
saiz fon38
SAR
76
Senarai tugasan
siap sedia aktif
suara
T
tamat
Tambahan tulen Nokia
tatarajah
Tekan untuk cakap. Lihat PTT.
teks
24
telefon
59
57
29
42
38
37
55
20, 38
arahan
39
22
mendail
mesej
30
52
perakam
22
panggil
69
45
perkhidmatan tetapan
13
49
45
tatarajah
tetapan
Telefon Pembesar suara Nokia
tema
tetapan
tetapan bahasa
tetapan kilang
tetapan mesej
43
70
HF-200
37
GPRS, EGPRS
Kabel data USB
kamera
kertas hias dinding
kesambungan
keselamatan
menyimpan semula tetapan kilang
mesej
nada
panggil
pemindahan data
peti masuk khidmat
pintasan saya
profil
tatarajah
telefon
tema
Sokongan web Jagaan Nokia memberi anda lebih banyak maklumat mengenai
perkhidmatan dalam talian kami.
PERISIAN
PANDUAN
PENGGUNA
TETAPAN
DEMONSTRASI INTERAKTIF
Pelajari cara untuk menyediakan telefon anda buat kali pertama, dan ketahui dengan
lebih lanjut mengenai cirinya. Demonstrasi Interaktif memberi arahan langkah-demilangkah mengenai penggunaan telefon anda.
PANDUAN PENGGUNA
Panduan Pengguna dalam talian ini mengandungi maklumat terperinci mengenai
telefon anda. Ingatlah untuk memeriksa dengan kerap untuk mendapatkan kemas
kinian.
PERISIAN
Gunakan sepenuhnya telefon anda dengan perisian untuk telefon dan PC anda. Nokia
PC Suite menyambung telefon anda dan PC agar anda boleh menguruskan kalendar,
kenalan, muzik, dan imej, sementara aplikasi lain melengkapi penggunaannya.
TETAPAN
Sesetengah fungsi telefon, seperti mesej multimedia, menyemak imbas mudah alih
dan e-mel*, mungkin memerlukan tetapan sebelum anda boleh menggunakannya.
Dapatkannya agar dihantar ke telefon anda secara percuma.
*Tidak terdapat pada semua telefon.
BAGAIMANA SAYA MENGGUNAKAN TELEFON SAYA?
Bahagian Persediaan, di www.nokia.com.my/setup, membantu anda menyediakan telefon anda untuk digunakan.
Biasakan diri anda dengan fungsi dan ciri telefon dengan merujuk kepada bahagian Panduan dan Demo di
www.nokia.com.my/guides.
BAGAIMANA SAYA SEGERAKKAN TELEFON DAN PC SAYA?
Menyambung telefon anda ke PC yang serasi dengan versi Nokia PC Suite yang perlu dari www.nokia.com.my/pcsuite
membolehkan anda menyegerakkan kalendar dan kenalan anda.
DI MANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN PERISIAN UNTUK TELEFON SAYA?
Dapatkan lebih daripada telefon anda dengan muat turun dari seksyen Perisian di www.nokia.com.my/software.
DI MANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN JAWAPAN BAGI SOALAN BIASA?
Cari di bahagian Soalan Lazim di www.nokia.com.my/faq untuk mendapatkan jawapan bagi soalan anda mengenai
telefon anda dan produk dan perkhidmatan Nokia yang lain.
BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BERITA NOKIA?
Langgani dalam talian di www.nokia.com.my/signup dan jadilah orang pertama yang mengetahui mengenai produk
dan promosi terbaru. Daftar dengan “Nokia Connections” untuk menerima berita terkini bulanan mengenai telefon dan
teknologi yang terbaru. Daftar dengan “Be the First To Know” (Jadilah Orang Pertama yang Mengetahui) untuk
mendapatkan previu eksklusif tentang pengumuman telefon baru atau langgani “Promotional Communications”
(Komunikasi Promosi) untuk peristiwa yang akan datang.
Sekiranya anda masih memerlukan bantuan lanjut, sila rujuk kepada www.nokia.com.my/contactus.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan pembaikan, sila lawati www.nokia.com.my/repair.
Sila lawati www.nokia.com.my/support untuk mendapatkan butiran.
Loading...
+ hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.