Nokia 3530 User Manual [ms]

Panduan Pengguna untuk
Nokia 3530
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Senarai fungsi menu

1. Buku telefon
1. Cari
2. Tambah nama
3. Edit nama
5. Salin
6. Tambah nombor
7. Tetapan
1. Memori digunakan
2. Pamer buku telefon
3. Taraf memori
8. Dail cepat
9. Tag suara
10. No. khidmat
11. Nombor sendiri
2. Mesej
1. Mesej teks
1. Mencipta mesej
2. Peti masuk
3. Mencipta e-mel
4. Perkara dihantar
5. Arkib
6. Templat
7. Folder saya
8. Padam mesej
1. Semua mesej
2. Peti masuk
3. Perkara dihantar
4. Arkib
2. Mes. multimedia
1. Mencipta mesej
2. Peti masuk
3. Peti keluar
4. Perkara dihantar
5. P'kara disimpan
6. Padam mesej
3. Bual
4. Mesej suara
1. Dengar mesej suara
2. Nombor peti mel suara
5. Mesej maklumat
6. Tetapan mesej
1
1. Mesej teks
2. Mes. multimedia
3. Tetapan lain
7. Arahan khidmat
3. Daftar pang.
1. Panggilan tak dijawab
2. Panggilan dijawab
3. Nombor yang sudah didail
4. Padam senarai panggilan terbaru
1. Semua
2. Tak dijawab
3. Diterima
4. Sudah didail
5. Tempoh panggilan
1. Tempoh panggilan akhir
2. Tempoh pang. dijawab
3. Tempoh panggilan didail
4. Tempoh semua panggilan
5. Kosongkan pemasa
1. Dapat dilihat hanya jika disokong oleh operator atau pembekal perkhidmatan anda.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
i
6. Kos panggilan
1. Unit panggilan akhir
2. Unit semua panggilan
3. Tetapan kos panggilan
7. Pembilang data GPRS
1. Data dihantar dlm sesi akhir
2. Data diterima dlm sesi akhir
3. Semua data dihantar
4. Semua data yang diterima
5. Kosongkan pembilang
8. Pemasa sambungan GPRS
1. Tempoh pada sesi terakhir
2. Tempoh semua sesi
3. Kosongkan pemasa
9. Pembilang mesej
4. Nada
1. Tetapan nada
1. Isyarat panggilan masuk
2. Nada deringan
3. Lantang deringan
4. Isyarat getar
5. Nada isyarat mesej
6. Nada pad kekunci
7. Nada amaran
2. Khidmat nada
5. Profil
1. Umum
1. Aktifkan
2. Pilihan sendiri
3. Ditetap masa
2. Senyap
3. Hati-hati
4. Kuat
5. Gaya saya 1
6. Gaya saya 2
6. Tetapan
1. Tetapan masa dan tarikh
1. Jam
2. Tarikh
3. Kemas kini auto tarikh dan
masa
2. Tetapan panggilan
1. Alih panggilan
2. Jawab guna sebarang kunci
3. Dail semula automatik
4. Dail cepat
5. Khidmat panggilan menanti
6. Ringkasan selepas panggilan
7. Hantar identiti pemanggil
saya
8. Talian untuk pang. keluar
3. Tetapan telefon
1. Bahasa
2. Kawal kekunci automatik
3. Paparan maklumat sel
4. Kata sapaan
5. Pilihan rangkaian
6. Sah tindakan p'khidmatan
SIM
7. Aktivasi teks bantu
8. Nada permulaan
4. Tetapan paparan
1. Kertas hias dinding
2. Skema warna
3. Logo operator
4. Masa muncul gambar skrin
5. Tetapan aksesori
1
1. Alat dengar
2. Bebas tangan
3. Set gelung
1. Dipaparkan hanya apabila sesuatu aksesori telah digunakan.
ii
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
6. Tetapan keselamatan
1. Permintaan kod PIN
2. Khidmat sekat panggilan
3. Dail tetap
4. Kump. pengguna terhad
5. Tahap keselamatan
6. Pertukaran kod akses
7. Simpan semula tetapan kilang
7. Galeri
1. Pamer folder
2. Tambah folder
3. Padam folder
4. Nama sml folder
5. Khidmat galeri
8. Permainan
1. Pilih permainan
2. Khid. p'mainan
3. Memori
4. Tetapan
1. Bunyi
2. Lampu
3. Goncangan
4. Kawalan main.
9. Pengatur
1. Jam penggera
2. Kalendar
10. Aplikasi
1. Pilih aplikasi
2. Khid. aplikasi
3. Memori
11. Tambahan
1. Kalkulator
2. Pemasa undur
3. Jam randik
4. Dompet
12. Perkhidmatan
1. Rumah
2. Penanda buku
1. Hantar
3. Khid. P/masuk
4. Tetapan
1. Tetapan khidmat aktif
2. Edit tetapan khidmat aktif
3. Tetapan kemunculan
4. Tetapan kuki
5. Sijil
6. Tetapan modul keselamatan
7. Tetapan peti masuk khidmat
5. Pergi ke alamat
6. Kosong cache
13. Khidmat SIM
1
1. Hanya dipaparkan jika disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan bergantung kepada kad SIM.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
iii
PENGISYTIHARAN KEPATUHAN Kami, Nokia Corporation mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata bahawa produk RH-9 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC. Satu salinan pengisytiharan kepatuhan ini boleh didapatkan dari http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Dilarang dicetak semula, dipindah, diedar atau disimpan sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa bentuk jua pun tanpa terlebih dahulu mendapatkan izin bertulis daripada Nokia.
Nokia dan Nokia Connecting People adalah cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Lain-lain nama produk dan nama syarikat yang disebut di sini berkemungkinan adalah cap dagang atau nama dagang pemilik masing-masing.
Nokia tune adalah tanda bunyi Nokia Corporation.
No Paten Amerika Syarikat 5818437 dan paten-paten lain sedang menunggu. Perisian input teks T9 Hak cipta (C) 1997-200 terpelihara.
Termasuk perisian kriptografik atau protokol keselamatan RSA BSAFE dari RSA
Security.
Java adalah cap dagang Sun Microsystems, Inc.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang diperihalkan di dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
Nokia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kehilangan data atau pendapatan atau sebarang kerugian khas, secara kebetulan, berakibat atau tidak langsung tanpa mengira bagaimana ia disebabkan.
Kandungan dokumen ini adalah "seperti adanya". Kecuali dituntut oleh undang-undang yang berkaitan, tiada apa-apa jaminan, yang nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan termaklum bagi keperdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, dibuat berkaitan dengan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan dokumen ini. Nokia berhak menyemak atau menarik balik dokumen ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terdahulu.
Keterdapatan aksesori-aksesori tertentu mungkin berbeza-beza mengikut pasaran. Sila periksa dengan peniaga Nokia anda yang terdekat.
Peleraian imej yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada peleraian yang dipaparkan oleh produk sebenar.
6. Tegic Communications, Inc. Semua hak
iv
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Cepat dan mudah

Panduan Cepat ini menerangkan fungsi-fungsi asas telefon bimbit Nokia 3530 anda. Maklumat lanjut mengenai fungsi-fungsi ini diberi di dalam bab 3-6.

Membuat panggilan

• Sebelum anda membuat panggilan anda yang pertama, lihat ”Memasang kad SIM dan
bateri” untuk mempelajari cara
memasukkan kad SIM, memasang dan mengecas bateri, dan menghidupkan telefon anda.
1. Masukkan kod kawasan dan nombor telefon dan tekan .
2. Tekan untuk menamatkan panggilan.
Fungsi-fungsi
panggilan
Menjawab panggilan: Tekan
.
Menamatkan/menolak panggilan: Tekan boleh menekan Senyap untuk membisukan deringan, dan kemudian sama ada menjawab atau menolak panggilan.
. Anda juga
Melaras kelantangan cuping telinga: Semasa panggilan, tekan kekunci-kekunci tatal.
Memanggil peti mel suara anda: Tekan dan tahan . Jika telefon meminta nombor peti mel suara, masukkan ia dan tekan OK.
Dail cepat: Pertama berikan nombor telefon kepada kekunci dail cepat (lihat halaman 10). Kemudian tekan kekunci dail cepat yang anda mahu dan
Menjawab panggilan menunggu: Pertama aktifkan
Khidmat panggilan menanti
(lihat halaman 10). Kemudian anda boleh menjawab panggilan menunggu dengan menekan Panggilan yang pertama akan dipegang. Tekan menamatkan panggilan yang aktif.
untuk
.

Menghantar mesej teks

1. Tekan Menu, pilih Mesej, Mesej
teks dan Mencipta mesej.
2. Masukkan mesej. Lihat ”Mencipta teks” di halaman 25. Lihat juga ”Templat” di halaman
29.
.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
v
3. Untuk menghantar mesej, tekan
Pilihan dan pilih Hantar.
4. Masukkan nombor telefon penerima dan tekan OK untuk menghantar mesej, atau mencari nombor telefon di dalam buku telefon. Tekan OK untuk menghantar mesej.
Mengunci dan membuka kunci pad kekunci
Untuk mengunci pad kekunci:
• Dalam mod tunggu sedia,
tekan Menu dan masa 1.5 saat untuk mengunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci:
• Dalam mod tunggu sedia,
tekan Buka dan masa 1.5 saat untuk membuka kunci pad kekunci.
Untuk menetap pad kekunci supaya mengunci secara automatik:
•Tekan Menu, Tetapan,
Tetapan telefon dan Kawal kekunci automatik. Pilih Aktif
untuk mengaktifkan kawal kekunci dan memilih jangka masa yang selepasnya pad kekunci mengunci secara automatik.
dalam
dalam
vi
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

UNTUK KESELAMATAN ANDA

Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan boleh membahayakan atau menyalahi undang­undang. Maklumat terperinci selanjutnya diberi di dalam buku panduan ini.
Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang mungkin boleh menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang peraturan atau undang-undang. Matikan telefon apabila berdekatan dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Jangan gunakan telefon di mana letupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan-sekatan, dan sebarang peraturan atau undang-undang.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya biasa. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan yang berkelayakan sahaja yang boleh memasang atau membaiki peralatan telefon.
AKSESORI DAN BATERI
Gunakan hanya aksesori dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa kering.
MENYAMBUNGKAN KEPADA PERANTI-PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk arahan keselamatan terperinci. Jangan sambungkan produk­produk yang tidak serasi.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
xi
MEMBUAT PANGGILAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan, kemudian tekan Untuk menamatkan panggilan, tekan panggilan, tekan
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan seberapa banyak kali yang perlu (misalnya untuk keluar dari panggilan, untuk keluar dari menu, dll.) untuk mengosongkan paparan. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan
tamatkan panggilan sehingga diarahkan untuk berbuat demikian.
. Untuk menjawab
.
. Berikan lokasi anda. Jangan
.
xii
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Khidmat Rangkaian

Telefon wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 900 dan GSM 1800.
Jalur kembar adalah ciri yang bergantung kepada rangkaian. Sila periksa dengan pembekal perkhidmatan setempat anda sama ada anda boleh melanggani dan menggunakan ciri ini.
Beberapa ciri yang disertakan di dalam panduan ini dipanggil Khidmat Rangkaian. Ini adalah khidmat-khidmat khas yang anda atur menerusi pembekal perkhidmatan wayarles anda. Sebelum anda dapat memanfaatkan sebarang Khidmat Rangkaian ini, anda mestilah melanggani khidmat­khidmat ini menerusi pembekal perkhidmatan anda dan mendapatkan arahan bagi penggunaannya dari pembekal perkhidmatan anda.
Nota: Sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara yang bergantung kepada bahasa dan/atau perkhidmatan.
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila mendapat bekalan kuasa dari ACP-7, ACP-12 dan LCH-9.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan oleh pembuat telefon untuk digunakan khususnya dengan telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau jaminan untuk telefon ini, dan mungkin membahayakan.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan aksesori yang diluluskan, sila tanya peniaga telefon anda.
Apabila anda mencabut kord kuasa sebarang aksesori, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
xiii

Maklumat am

Pelekat-pelekat di dalam bungkusan jualan

Pelekat-pelekat ini mengandungi maklumat penting untuk tujuan servis dan sokongan pelanggan.
Tampal pelekat pada halaman Keterangan Diri Anda di dalam panduan pengguna ini.

Kod akses

Kod kawalan (5 angka): Kod kawalan melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin, dan dibekalkan bersama telefon. Kod yang dipratetap ialah 2345. Tukar kod di dalam menu
Tetapan, lihat ”Tetapan kawalan
di halaman 44. Rahsiakan kod baru tersebut dan simpan di tempat yang selamat berasingan dengan telefon anda.
Untuk menetap telefon supaya meminta kod, lihat ”Tetapan
kawalan” di halaman 44.
Kod PIN (4 hingga 8 angka): Kod Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) melindungi kad SIM anda daripada digunakan tanpa izin. Kod PIN biasanya dibekalkan bersama kad SIM.
Untuk menetap telefon supaya meminta kod PIN setiap kali telefon dihidupkan, lihat ”Tetapan kawalan” di halaman
44.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka): Kod PIN2 mungkin dibekalkan dengan kad SIM dan diperlukan untuk mengakses beberapa fungsi, seperti pembilang unit mengecaj.
Kod PUK dan PUK2 (8 angka): Kod Kekunci Nyahsekat Peribadi (PUK) diperlukan untuk menukar kod PIN yang disekat. Kod PUK2 diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang disekat.
Jika kod-kod tidak dibekalkan bersama kad SIM, hubungi pembekal perkhidmatan setempat anda untuk mendapatkan kod-kod tersebut.
Kata laluan menyekat: Kata laluan menyekat diperlukan apabila menggunakan Khidmat
sekat panggilan, lihat ”Tetapan
kawalan” di halaman 44. Kata
laluan ini dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan anda.
xiv

1. Bermula

Bermula

Kekunci dan penyambung

1. Kekunci kuasa,
Menghidupkan dan mematikan telefon.
Semasa di dalam buku telefon atau di dalam fungsi menu, atau apabila pad kekuci dikunci, menekan kekunci kuasa sebentar menghidupkan lampu paparan telefon selama kira-kira 15 saat.
2. Kekunci pemilihan, dan
Fungsi kekunci-kekunci bergantung kepada teks panduan yang ditunjukkan pada paparan di atas kekunci tersebut, sebagai contoh Menu dan Nama dalam mod tunggu sedia.
3. Kekunci tatal, dan
Membolehkan anda menatal nama, nombor telefon, menu atau tetapan. Juga melaras kelantangan cuping telinga semasa panggilan.
4. menamatkan panggilan yang aktif. Keluar dari sebarang
fungsi.
5. mendail nombor telefon, dan menjawab panggilan. Dalam mod tunggu sedia, ia memaparkan nombor yang paling baru dipanggil.
6. - memasukkan nombor dan aksara. Menekan dan menahan suara anda.
dan digunakan untuk pelbagai tujuan dalam fungsi­fungsi yang berlainan, misalnya, apabila mengunci pad kekunci.
memanggil peti mel
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
1
Bermula

Mod tunggu sedia dan penunjuk-penunjuk penting

Apabila telefon sudah sedia untuk digunakan dan tiada aksara yang telah dimasukkan oleh pengguna, telefon berada dalam mod tunggu sedia.
kekunci-kekunci pemilihan dalam mod tunggu sedia ialah Menu dan
Nama.
xxxxxx Menunjukkan di dalam
rangkaian selular mana telefon sedang digunakan.
Menunjukkan kekuatan isyarat rangkaian selular di lokasi semasa anda. Lebih tinggi palangnya, lebih kuat isyaratnya.
Menunjukkan paras pengecasan bateri. Lebih tinggi palangnya, lebih tinggi kuasa yang ada di dalam bateri.
Anda telah menerima satu atau beberapa mesej teks atau mesej gambar. Lihat ”Mesej teks dan multimedia” di halaman 24.
Anda telah menerima satu atau beberapa mesej suara. Lihat ”Peti mel suara” di halaman 10.
Pad kekunci telefon dikunci. Lihat ”Penguncian pad
kekunci (Kawal kekunci)” di
halaman 5.
Telefon tidak berdering untuk panggilan atau mesej teks yang masuk apabila
Isyarat panggilan masuk
ditetap ke Tak aktif dan
Nada isyarat mesej ditetap
ke Tak aktif. Lihat ”Nada” di halaman 22.
Jam penggera ditetap ke
Aktif. Lihat ”Jam penggera
di halaman 61.
Pengira masa undur sedang berjalan. Lihat ”Pemasa
undur” di halaman 64.
Jam randik sedang berjalan di latar belakang. Lihat ”Jam
randik” di halaman 63.
Semua panggilan anda dialih ke nombor lain, Alih
semua panggilan bersuara.
Jika mempunyai dua talian telefon, penunjuk alihan untuk talian pertama ialah
dan untuk talian kedua ialah
panggilan” di halaman 14.
. Lihat ”Tetapan
2
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Bermula
Panggilan dihadkan kepada kumpulan pengguna terhad (khidmat rangkaian). Lihat ”Tetapan kawalan” di halaman 44.

Memasang kad SIM dan bateri

• Jauhkan semua kad SIM kecil dari kanak-kanak kecil.
• Kad SIM dan sentuhan­sentuhannya mudah rosak oleh kerana tercalar atau dibengkokkan, oleh itu berhati­hati apabila memegang, memasukkan atau mengeluarkan kad itu.
• Sebelum memasang kad SIM, sentiasa pastikan bahawa telefon dimatikan dan anda kemudian boleh menanggalkan bateri.
1. Dengan belakang telefon menghadap anda, tekan butang pelepas. Gelongsorkan dan angkat penutup belakang dari telefon mengikut arah anak panah.
2. Keluarkan bateri dari telefon, bermula dengan bahagian bawah.
3. Masukkan kad SIM ke dalam telefon. Pastikan kad SIM diletakkan di kedudukan yang betul dan bahagian sentuhan emas pada kad menghadap ke bawah.
4. Pasang semula bateri.
5. Pasang semula penutup belakang. Pastikan kancing­kancing pengunci di sisi penutup-penutup masuk ke dalam takuk-takuk pada telefon.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
3
Bermula

Menanggalkan kad SIM

Jika anda perlu menanggalkan kad SIM dari telefon, tanggalkan penutup belakang dan bateri, tekan pengatup pemegang kad SIM dan tolak kad SIM dengan lembut ke arah bahagian atas telefon.

Menukar bateri

1. Sambungkan penyambung pengecas kepada soket di bahagian bawah telefon anda.
2. Sambungkan pengecas kepada soket dinding AC.
Teks Mengecas dipaparkan sebentar jika telefon dihidupkan. Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum palang penunjuk muncul di paparan atau sebarang panggilan boleh dibuat.
Anda boleh menggunakan telefon semasa pengecas disambungkan.
Masa pengecasan bergantung kepada pengecas dan bateri yang digunakan. Misalnya, mengecas bateri BLC-2 dengan pengecas ACP-7 mengambil masa kira-kira 3 jam 45 minit.

Menghidupkan dan mematikan telefon

Tekan dan tahan kekunci kuasa, .
Sila ambil perhatian bahawa jika telefon memaparkan
Masukkan SIM
walaupun setelah kad SIM dimasukkan dengan betul, anda harus menghubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda. Telefon anda tidak menyokong kad SIM 5 Volt dan kad itu mungkin perlu ditukar.
• Jika telefon meminta kod PIN, masukkan ia (dipaparkan sebagai ****) dan tekan OK.
Lihat juga Permintaan kod PIN di dalam ”Tetapan kawalan” di halaman 44 dan ”Kod akses” di halaman xvi.
• Jika telefon meminta kod kawalan, masukkan ia (dipaparkan sebagai *****) dan tekan OK.
Lihat juga ”Kod akses” di halaman xvi.
4
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Bermula
Amaran:Jangan hidupkan
telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
PETUA UNTUK OPERASI YANG CEKAP: Telefon anda mempunyai antena terbina dalam. Seperti sebarang peranti pemancar radio lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu apabila telefon dihidupkan. Menyentuh antena menjejas mutu panggilan dan boleh menyebabkan telefon beroperasi pada paras kuasa yang lebih tinggi daripada yang diperlukan. Prestasi antena dan masa bual telefon anda akan lebih optimum jika bahagian antena tidak disentuh semasa panggilan telefon.

Penguncian pad kekunci (Kawal kekunci)

Anda boleh mengunci pad kekunci untuk mencegah kekunci-kekunci daripada ditekan dengan tidak sengaja, misalnya, apabila telefon anda berada di dalam beg anda.
Mengunci pad kekunci
Dalam mod tunggu sedia, tekan
Menu dan kemudian dalam
masa 1.5 saat untuk mengunci pad kekunci.
Apabila pad kekunci dikunci, muncul di bahagian atas paparan.
Membuka kunci pad kekunci
Tekan Buka dan kemudian dalam masa 1.5 saat untuk membuka kunci pad kekunci.
Apabila kawal kekunci aktif
Untuk menjawab panggilan, tekan . Semasa panggilan, telefon boleh beroperasi seperti biasa. Apabila anda menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci akan mengunci secara automatik.
Kawal kekunci automatik
Anda boleh menetap pad kekunci supaya mengunci secara automatik selepas tempoh masa yang tertentu. Lihat ”Tetapan
kawal kekunci” di halaman 40.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
5
Bermula
Nota: Apabila Kawal
kekunci aktif, panggilan mungkin boleh dibuat ke nombor kecemasan yang telah diprogram ke dalam telefon anda (misalnya 112 atau nombor kecemasan rasmi lain). Masukkan nombor dan tekan Nombor akan dipaparkan hanya setelah anda memasukkan angka terakhirnya.
.

Memori yang dikongsi

Ciri-ciri berikut di dalam telefon ini boleh berkongsi memori: buku telefon, mesej teks dan multimedia, imej dan nada deringan di dalam galeri, kalendar, dan permainan dan aplikasi Java. Menggunakan sebarang ciri sedemikian mungkin mengurangkan memori yang terdapat bagi sebarang ciri yang berkongsi memori. Ini berlaku terutamanya dengan penggunaan berat sebarang ciri ini (walaupun beberapa ciri ini mungkin mempunyai jumlah memori tertentu yang diperuntukkan khas untuknya selain daripada jumlah memori yang dikongsi dengan ciri-ciri lain). Misalnya, menyimpan banyak imej, penanda buku, aplikasi Java, dll. boleh mengambil semua memori yang dikongsi dan telefon anda mungkin memaparkan mesej bahawa memori telah penuh. Dalam
6
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang disimpan di dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan.

Menukar penutup

Sebelum menukar mana-mana penutup, sentiasa matikan kuasa dan putuskan sambungan telefon dari pengecas atau sebarang peranti lain. Sentiasa simpan dan gunakan telefon dengan penutupnya terpasang.
1. Untuk menanggalkan penutup belakang telefon, dengan belakang telefon menghadap anda, tekan butang pelepas penutup belakang dan gelongsorkan penutup dari telefon. Lihat ”Memasang kad
SIM dan bateri” di halaman 3.
Bermula
2. Tarik penutup depan dari telefon dengan lembut, bermula dari bahagian bawah.
3. Pasang semula alas kekunci pada penutup depan yang baru, jika perlu.
4. Untuk memasang semula penutup depan, sejajarkan bahagian bawah telefon dengan bahagian bawah penutup depan dan tolak telefon ke arah penutup dengan lembut. Pastikan kancing-kancing pengunci di sisi masuk ke dalam takuk-takuk pada telefon, dan penutup terkunci di tempatnya.
5. Untuk memasang semula penutup belakang telefon, halakan ia ke arah kancing­kancing pengunci pada penutup depan dan gelongsorkan penutup belakang sehingga ia terkunci di tempatnya. Lihat ”Memasang kad
SIM dan bateri” di halaman 3.

Memasang tali bimbit

1. Tanggalkan penutup belakang dan penutup depan, lihat ”Menukar penutup” di halaman 6.
2. Angkat kekunci kuasa dari pinggir seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
Anda juga boleh menanggalkan terus kekunci kuasa, tetapi pastikan ia tidak hilang.
Masukkan tali bimbit dengan memasukkan ia ke dalam lubang
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
7
Bermula
seperti yang ditunjukkan dan menarik ia sehingga ketat.
3. Tekan kekunci kuasa balik ke dalam. Pastikan ia dipasang di tempatnya dengan betul.
4. Pasang semula penutup depan dan penutup belakang, lihat ”Menukar penutup” di halaman 6.

Menggunakan menu

Telefon ini menawarkan anda pelbagai fungsi, yang dikumpulkan di dalam menu-menu. Kebanyakan fungsi menu ini disediakan dengan teks bantu ringkas. Untuk mengaktifkan teks bantu, lihat ”Pengaktifan teks bantu” di halaman
41. Untuk melihat teks bantu, tatal
ke fungsi menu yang anda ingini dan tunggu selama 15 saat. Untuk keluar dari teks bantu, tekan Balik.

Mengakses fungsi menu

Dengan menatal
1. Untuk mengakses menu, tekan
Menu.
2. Tatal menu dan pilih, misalnya,
Tetapan dengan menekan Pilih.
3. Jika menu mengandungi submenu-submenu, pilih submenu yang anda mahu, misalnya Tetapan panggilan.
4. Jika submenu yang dipilih mengandungi submenu lanjut, ulang langkah 3. Pilih submenu seterusnya, misalnya Jawab
guna sebarang kunci.
5. Pilih tetapan pilihan anda.
6. Tekan Balik untuk kembali ke paras menu sebelumnya, dan
Keluar untuk keluar dari menu.
Melalui jalan pintas
Menu-menu, submenu-submenu dan pilihan-pilihan tetapan diberi nombor dan anda boleh mengaksesnya menggunakan nombor jalan pintasnya. Nombor jalan pintas ditunjukkan di sudut kanan atas paparan.
• Untuk mengakses menu, tekan
Menu dan dalam masa dua saat
masukkan nombor indeks fungsi menu yang ingin anda akses.
Sebagai contoh, untuk menetap
Jawab guna sebarang kunci Aktif,
tekan Menu,
, , dan .
8
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Fungsi panggilan dan buku telefon

2. Fungsi panggilan dan buku telefon

Fungsi panggilan asas

Membuat panggilan

1. Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan. Untuk mengedit nombor di paparan, tekan menggerakkan kursor dan tekan
Padam untuk memadam aksara
di sebelah kiri kursor.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan antarabangsa (aksara + menggantikan kod akses antarabangsa) dan kemudian masukkan kod negara, kod kawalan dan nombor telefon.
2. Tekan untuk memanggil nombor tersebut.
3. Tekan atau Tamat untuk menamatkan panggilan (atau membatalkan percubaan memanggil).
Membuat panggilan menggunakan buku telefon
1. Lihat ”Mencari nama di dalam
buku telefon” di halaman 18.
2. Tekan untuk memanggil nombor di paparan.
atau untuk
dua kali untuk awalan
Mendail semula nombor terakhir
Dalam mod tunggu sedia, tekan sekali untuk mengakses senarai 20 nombor yang terbaru anda panggil atau cuba memanggil. Tatal ke nombor atau nama yang anda mahu, dan tekan nombor tersebut.
untuk memanggil
Menjawab atau menolak panggilan masuk
Tekan untuk menjawab panggilan masuk dan tekan untuk menamatkan panggilan.
Tekan untuk menolak panggilan masuk.
Jika anda tekan Senyap, hanya nada deringan yang dibisukan. Kemudian anda boleh menjawab atau menolak panggilan.
Petua: Jika fungsi Alih jika
sibuk telah diaktifkan untuk
mengalihkan panggilan, misalnya ke peti mel suara anda, menolak panggilan masuk akan juga mengalihkan panggilan tersebut. Lihat ”Tetapan
panggilan” di halaman 14.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
9
Fungsi panggilan dan buku telefon
Dail cepat
Tekan Nama atau Menu dan Buku
telefon dan pilih Dail cepat. Tatal ke
nombor kekunci dail cepat yang anda mahu.
•Tekan Berikan dan kemudian
Cari. Pilih nama dahulu dan
kemudian nombor yang ingin anda berikan kepada kekunci tersebut.
• Jika satu nombor telahpun diberi kepada kekunci tersebut, tekan
Pilihan, dan anda boleh melihat,
menukar atau memadam nombor yang telah diberi.
Anda boleh memanggil nombor dail cepat yang diberi menggunakan salah satu cara berikut:
• Tekan kekunci dail cepat yang anda ingini dan kemudian tekan
.
•Jika Dail cepat diaktifkan, tekan dan tahan kekunci dail cepat sehingga panggilan dimulakan.
Panggilan menanti
Anda boleh menjawab panggilan masuk semasa anda sedang melayani panggilan lain jika anda telah mengaktifkan fungsi Khidmat
panggilan menanti, lihat ”Tetapan
panggilan” di halaman 14.
Semasa dalam panggilan, tekan untuk menjawab panggilan yang menunggu. Panggilan yang pertama akan dipegang. Tekan menamatkan panggilan yang aktif.
untuk

Peti mel suara

Peti mel suara adalah satu khidmat rangkaian. Untuk maklumat lanjut dan untuk nombor peti mel suara, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Jika disokong oleh rangkaian, akan menandakan mesej suara baru.
Menetap nombor peti mel suara anda
1. Tekan Menu, pilih Mesej dan
Mesej suara.
2. Pilih Nombor peti mel suara.
3. Masukkan nombor peti mel suara anda dan tekan OK untuk menyimpannya.
Memanggil peti mel suara anda
1. Dalam mod tunggu sedia, tekan dan tahan .
2. Jika telefon meminta nombor peti mel suara, masukkannya dan tekan OK.

Daftar panggil an

Telefon ini mendaftarkan nombor­nombor telefon panggilan yang tidak dijawab, yang diterima dan yang didail, serta anggaran jangka masa dan kos panggilan anda.
10
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Fungsi panggilan dan buku telefon
Telefon ini hanya mendaftarkan panggilan yang tidak dijawab dan yang diterima jika rangkaian menyokong fungsi-fungsi ini, dan telefon dihidupkan dan berada di dalam kawasan khidmat rangkaian.
Apabila anda menekan Pilihan di dalam menu Panggilan tak dijawab,
Panggilan dijawab, dan No. sudah didail, anda boleh melihat tarikh dan
masa panggilan, mengedit atau memadam nombor telefon dari senarai, menyimpan nombor di dalam buku telefon, atau menghantar mesej ke nombor tersebut.

Panggilan yang tidak dijawab dan panggilan yang diterima

Untuk melihat senarai sepuluh nombor terbaru dari mana seseorang telah cuba memanggil anda (khidmat rangkaian), tekan Menu, pilih Daftar pang. dan Panggilan
tak dijawab.
Petua: Apabila nota mengenai panggilan yang tidak dijawab dipaparkan tekan Senarai untuk mengakses senarai nombor telefon. Tatal ke nombor yang ingin anda panggil dan tekan
.

Nombor yang didail

Untuk melihat senarai 20 nombor telefon yang terbaru anda panggil atau cuba memanggil, tekan Menu, pilih Daftar pang. dan Nombor yang
sudah didail. Lihat juga ”Mendail
semula nombor terakhir” di
halaman 9.

Padam senarai panggilan terbaru

Untuk memadam senarai panggilan terbaru, tekan Menu, pilih Daftar
pang. dan pilih Padam senarai panggilan terbaru. Pilih sama ada
anda mahu memadam semua nombor telefon di dalam senarai panggilan terbaru, atau hanya nombor-nombor di dalam senarai panggilan yang tidak dijawab, panggilan yang diterima atau nombor yang didail. Anda tidak boleh membuat asal operasi ini.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
11
Fungsi panggilan dan buku telefon

Pembilang panggilan dan pemasa panggilan

Nota: Invois sebenar untuk
penggilan dan khidmat dari pembekal perkhidmatan anda mungkin berbeza­beza, bergantung kepada ciri-ciri rangkaian, pembulatan untuk bil, cukai dan sebagainya.
Tekan Menu dan pilih Daftar pang.. Pilih
Tempoh panggilan dan tatal untuk melihat anggaran tempoh panggilan masuk dan keluar anda dalam jam, minit dan saat. Kod kawalan anda diperlukan untuk mengosongkan pengira masa. Setiap talian telefon mempunyai pengira masa panggilannya sendiri dan pengira masa talian yang terpilih dipaparkan. Lihat ”Tetapan panggilan” di halaman
14.
Kos panggilan (khidmat rangkain) dan pilih Unit
panggilan akhir atau Unit semua panggilan untuk
memeriksa kos panggilan terakhir atau semua panggilan anda.
Pilih Tetapan kos panggilan dan kemudian pilih Kosongkan
pembilang atau Tunjukkan kos dalam untuk menetap telefon
supaya menunjukkan masa bual yang tinggal dalam bentuk unit
12
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
mengecaj, Unit, atau unit mata wang, Mata wang. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk mendapatkan harga-harga unit mengecaj. Pilih Had kos
panggilan untuk mengehadkan
kos panggilan-panggilan anda kepada jumlah unit mengecaj atau unit mata wang tertentu. Kod PIN2 diperlukan untuk tetapan-tetapan kos panggilan.
Nota: Apabila tiada lagi unit mengecaj atau unit mata wang yang tinggal, panggilan mungkin hanya boleh dibuat ke nombor kecemasan yang telah diprogram ke dalam telefon anda (misalnya, 112 atau nombor kecemasan rasmi lain).
Pembilang data GPRS dan tatal untuk memeriksa jumlah data yang terbaru dihantar dan diterima, jumlah data yang dihantar dan diterima, dan untuk mengosongkan pengira masa. Unit pembilang ialah satu bait.
Pemasa sambungan GPRS dan tatal untuk memeriksa tempoh sambungan GPRS yang terakhir atau jumlah tempoh sambungan GPRS. Anda juga boleh mengosongkan pengira masa.
Fungsi panggilan dan buku telefon

Membuat panggilan persidangan

Panggilan persidangan adalah khidmat rangkaian yang membolehkan sehingga enam orang mengambil bahagian dalam satu panggilan persidangan.
1. Buat panggilan kepada peserta yang pertama.
2. Untuk membuat panggilan kepada seorang peserta baru, tekan Pilihan dan pilih
Panggilan baru.
3. Masukkan atau cari di dalam buku telefon nombor telefon peserta baru dan tekan Panggil. Panggilan yang pertama akan dipegang.
4. Apabila panggilan baru telah dijawab, sertakan peserta pertama di dalam panggilan persidangan. Tekan Pilihan dan pilih Persidangan.
5. Untuk menambah satu lagi peserta baru kepada panggilan, ulang langkah 2 hingga 4.
6. Untuk mengadakan perbualan sulit dengan salah seorang peserta:
Tekan Pilihan dan pilih Peribadi. Tatal ke peserta yang diingini dan tekan OK. Setelah anda tamatkan perbualan sulit, mulakan semula panggilan persidangan seperti yang
diperihalkan di dalam langkah 4 di atas.
7. Untuk menamatkan panggilan persidangan, tekan
.

Pilihan-pilihan semasa panggilan

Tekan Pilihan semasa panggilan untuk beberapa pilihan khidmat rangkaian yang berikut (jika ia terdapat daripada pembekal perkhidmatan dan operator anda untuk panggilan yang sedang berjalan):
Bisu atau Bersuara, Tamat pang., Tmt s'mua pang., Buku telefon, Menu dan Tunggu atau Lepas, Panggilan baru, Persidangan, Peribadi, Jawab, dan Menolak.
Hantar DTMF digunakan untuk
menghantar rentetan nada DTMF, misalnya, kata laluan atau nombor akaun bank. Masukkan rentetan DTMF, atau cari ia di dalam buku telefon, dan tekan OK. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh memasukkan aksara tunggu (w) dan aksara jeda (p) dengan berulang kali menekan
Bertukar digunakan untuk bertukar-
tukar antara panggilan aktif dan panggilan yang dipegang.
.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
13
Fungsi panggilan dan buku telefon
Pindah digunakan untuk
menyambungkan panggilan yang dipegang kepada panggilan yang aktif dan untuk memutuskan sambungan anda kepada panggilan.

Tetapan panggilan

Tekan Menu, pilih Tetapan dan
Tetapan panggilan. Kemudian pilih
Alih panggilan untuk menghalakan panggilan masuk anda ke nombor lain. Untuk butiran, hubungi pembekal perkhidmatan anda. Pilih pilihan alihan yang anda mahu dan kemudian Aktifkan. Pilihan alihan yang tidak disokong oleh kad SIM anda atau operator rangkaian anda mungkin tidak dipaparkan.
Jawab guna sebarang kunci untuk menjawab panggilan masuk dengan menekan sebarang kekunci sebentar, kecuali
Dail semula automatik dan telefon anda akan membuat maksimum sepuluh percubaan untuk menyambungkan panggilan selepas satu percubaan yang gagal.
Dail cepat dan anda boleh memanggil nombor telefon yang diberi kepada kekunci-kekunci dail cepat, dengan menekan dan menahan kekunci nombor yang sepadan.
14
dan .
hingga ,
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat panggilan menanti dan rangkaian akan memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang melayan panggilan lain (khidmat rangkaian).
Ringkasan selepas panggilan dan telefon akan memaparkan sebentar tempoh dan kos (khidmat rangkaian) panggilan terakhir.
Hantar identiti pemanggil saya dan nombor telefon anda akan dipaparkan kepada orang yang anda panggil (khidmat rangkaian). Jika anda memilih
Tetapan rang., tetapan yang
telah anda persetujui dengan pembekal perkhidmatan anda akan digunakan.
Talian untuk pang. keluar untuk memilih talian telefon 1 atau 2 untuk membuat panggilan. Ini adalah satu khidmat rangkaian. Jika anda memilih Talian 2 dan anda belum melanggani khidmat rangkaian ini, anda tidak akan dapat membuat panggilan. Bagaimanapun, panggilan­panggilan di kedua-dua talian boleh dijawab tidak kira talian mana yang dipilih.
Fungsi panggilan dan buku telefon

Dail suara

Anda boleh membuat panggilan dengan menyebut tag suara yang telah ditambahkan kepada sesuatu nombor telefon. Sebarang perkataan (-perkataan) yang disebut, seperti nama(-nama), boleh digunakan sebagai tag suara.
Sebelum menggunakan dail suara, ambil perhatian bahawa:
• Tag suara tidak bergantung kepada bahasa. Ia bergantung kepada suara penuturnya.
• Tag suara peka terhadap hingar latar belakang. Rakamkan ia dan buat panggilan dalam sekitaran yang senyap.
• Apabila merakamkan tag suara atau membuat panggilan dengan menyebut tag suara, pegang telefon dengan cara biasa dekat pada telinga anda.
• Nama-nama yang sangat pendek tidak diterima. Gunakan nama panjang dan elakkan nama yang serupa untuk nombor yang berlainan.
Nota: Anda mestilah menyebut nama betul-betul seperti yang anda sebutkan apabila anda merakamkannya. Ini mungkin sukar dalam, misalnya, sekitaran yang hingar atau semasa kecemasan, jadi anda tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada pendailan suara dalam semua keadaan.

Menambah tag suara

Simpan atau salin nama dan nombor telefon yang ingin anda tambahkan dengan tag suara di dalam memori telefon.
Anda juga boleh menambah tag suara kepada nama pada kad SIM, tetapi jika anda menggantikan kad SIM anda dengan yang baru, anda perlu memadam tag-tag suara yang lama sebelum anda boleh menambah yang baru.
1. Dalam mod tunggu sedia, tekan atau .
2. Tatal ke nama yang ingin anda
tambahkan tag suara dan tekan
Butiran. Tatal ke nombor telefon
yang anda ingini dan tekan
Pilihan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
15
Fungsi panggilan dan buku telefon
3. Pilih Tamb tag suara.
4. Tekan Mula, dan dengan jelas, sebutkan perkataan (-perkataan) yang ingin anda rakamkan sebagai tag suara. Selepas itu, telefon akan memainkan tag suara.
5. Apabila tag suara telah berjaya disimpan, Tag suara disimpan dipaparkan, satu bip berbunyi dan simbol nombor telefon dengan tag suara.
muncul selepas

Membuat panggilan menggunakan tag suara

Apabila sesuatu aplikasi yang menggunakan sambungan GPRS sedang menghantar atau menerima data, anda tidak boleh membuat panggilan menggunakan dail suara. Untuk membuat panggilan menggunakan tag suara, tamatkan aplikasi yang menggunakan sambungan GPRS.
1. Dalam mod tunggu sedia, tekan dan tahan Nama. Suatu nada pendek kedengaran dan Cakap
sekarang dipaparkan.
2. Sebutkan tag suara dengan jelas.
3. Telefon memainkan tag suara yang dikenali dan kemudian mendail nombor telefon selepas
1.5 saat.
Jika anda menggunakan alat dengar, tekan dan tahan kekunci alat dengar untuk memulakan dail suara.

Memainkan semula, menukar atau memadam tag suara

Tekan Nama dan pilih Tag suara. Tatal ke nama dengan tag suara yang anda ingini, dan tekan Pilihan.
• Untuk memainkan semula tag suara, pilih Main semula.
• Untuk memadam tag suara, pilih
Padam dan tekan OK.
• Untuk menukar tag suara, pilih
Tukar. Tekan Mula untuk
menambah tag suara baru.

Buku telefon

Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon di dalam memori telefon (buku telefon dalaman) atau di dalam memori kad SIM (buku telefon SIM).
• Buku telefon dalaman boleh mengandungi maksimum 256 nama dengan beberapa nombor dan nota teks untuk setiap nama. Jumlah bilangan nama yang boleh disimpan bergantung kepada bilangan nama dan nombor telefon dan perkara teks yang ditambahkan kepadanya.
16
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Fungsi panggilan dan buku telefon
• Telefon ini menyokong kad-kad SIM yang boleh menyimpan maksimum 250 nama dan nombor telefon. Nama dan nombor yang disimpan di dalam memori kad SIM ditandakan dengan
.

Menyimpan nama dan nombor telefon (Tambah nama)

Nama dan nombor akan disimpan di dalam memori yang sedang digunakan, lihat Memilih tetapan buku telefon di halaman 20.
1. Tekan Nama atau Menu dan
Buku telefon dan pilih Tambah nama.
2. Masukkan nama dan tekan OK. Lihat ”Mencipta teks” di halaman
25.
3. Masukkan nombor telefon dan tekan OK. Untuk memasukkan nombor, lihat ”Membuat
panggilan” di halaman 9.
4. Apabila nama dan nombor telah disimpan, tekan Selesai.
Petua: Simpan cepat: Dalam mod tunggu sedia, masukkan nombor telefon. Tekan Pilihan dan pilih Simpan. Masukkan nama dan tekan OK.
Menyimpan berbilang nombor dan perkara teks untuk setiap nama
Anda boleh menyimpan maksimum lima nombor telefon dan tiga perkara teks ringkas untuk setiap nama di dalam buku telefon dalaman telefon. Perkara-perkara teks yang disimpan untuk setiap nama, misalnya, alamat jalan dan e­mel, nota dan alamat web.
Nombor pertama yang disimpan ditetap secara automatik sebagai nombor lalai, dan ditandakan dengan nama dari buku telefon, misalnya, untuk membuat panggilan, nombor lalai digunakan kecuali anda memilih nombor lain.
1. Pastikan bahawa memori yang
2. Untuk mengakses senarai nama
. Apabila anda memilih
digunakan ialah sama ada
Telefon atau Telefon dan SIM,
kerana nombor dan perkara teks yang berbilang hanya boleh disimpan di dalam memori telefon. Lihat ”Memilih tetapan
buku telefon” di halaman 20.
dan nombor telefon, tekan atau dalam mod tunggu sedia.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
17
Fungsi panggilan dan buku telefon
3. Tatal ke nama yang disimpan di dalam buku telefon dalaman telefon yang ingin anda tambahkan dengan nombor atau perkara teks baru dan tekan
Butiran. (Jika nama tidak
disimpan di dalam telefon, telefon akan bertanya anda sama ada mahu menyimpannya di situ.)
4. Tekan Pilihan dan pilih Tambah
nombor atau Tambah butiran.
5. Pilih salah satu daripada jenis nombor atau teks berikut:
Umum adalah jenis lalai yang digunakan apabila tiada jenis nombor lain yang ditetap sebagai nombor lalai. Jenis-jenis nombor lain ialah
Rumah, Pejabat dan Faks.
Jenis-jenis teks ialah E-mel,
Alamat web:.
Untuk menukar jenis nombor atau teks, pilih Tukar jenis di dalam senarai pilihan.
6. Masukkan nombor atau perkara teks dan tekan OK untuk menyimpannya.
7. Tekan Balik dan kemudian
Keluar untuk kembali ke mod
tunggu sedia.
Tel. bimbit,
Alamat pos, Nota dan
Menukar nombor lalai
Tekan atau dalam mod tunggu sedia, tatal ke nama yang anda ingini dan tekan Butiran. Tatal ke nombor yang ingin anda tetap sebagai lalai. Tekan Pilihan dan pilih
Tetap sbg. lalai.

Mencari nama di dalam buku telefon

1. Tekan Nama atau Menu dan
Buku telefon, kemudian pilih Cari.
2. Tekan Senarai untuk mengakses buku telefon atau masukkan aksara (-aksara) pertama nama yang sedang anda cari dan tekan
Cari. Padanan-padanannya
muncul dengan tetingkap pop­atas.
3. Tatal ke nama yang anda mahu dan tekan Butiran. Tatal untuk melihat butiran nama yang dipilih.
Petua: Untuk mencari nama dan nombor telefon dengan cepat, tekan dalam mod tunggu sedia. Masukkan huruf (-huruf) pertama nama, dan/atau tatal ke nama yang anda mahu.
atau
18
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Fungsi panggilan dan buku telefon

Mengedit nama, nombor atau perkara teks

Cari nama (dan nombor) yang ingin anda edit dan tekan Butiran. Tatal ke nama, nombor atau perkara teks yang ingin anda edit dan tekan
Pilihan. Pilih Edit nama, Edit nombor atau Edit butiran, buat
perubahan dan tekan OK.

Memadam nama dan nombor

Tekan Nama atau Menu dan Buku
telefon, dan pilih Padam.
• Untuk memadam nama dan nombor satu persatu, pilih Satu
persatu dan tatal ke nama (dan
nombor) yang ingin anda padam. Tekan Padam dan tekan OK untuk mengesahkan.
• Untuk memadam semua nama dan nombor di dalam buku telefon sekali gus, pilih Padam
semua, pilih buku telefon, Telefon atau Kad SIM, dan tekan
Padam. Tekan OK dan sahkan
dengan kod kawalan anda.

Menyalin buku telefon

Anda boleh menyalin nama dan nombor telefon dari memori telefon ke memori kad SIM anda dan sebaliknya.
1. Tekan Nama atau Menu dan
Buku telefon, dan pilih Salin.
2. Pilih arah penyalinan, Dari
telefon ke kad SIM atau Dari kad SIM ke telefon.
3. Pilih Satu persatu, Semua atau
Nombor lalai
• Jika anda memilih Satu
persatu, tatal ke nama yang
ingin anda salin dan tekan
Salin.
Nombor lalai dipaparkan jika
anda menyalin dari telefon ke kad SIM. Hanya nombor-nombor lalai akan disalin kerana kad SIM anda mungkin tidak menyokong berbilang nombor yang disimpan di bawah satu nama.
4. Untuk memilih sama ada anda mahu meyimpan atau memadam nama dan nombor asal, pilih
Simpan asal atau Pindah asal.
• Jika anda memilih Semua
atau Nombor lalai, tekan OK apabila Mula menyalin? atau
Mula memindah? dipaparkan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
19
Fungsi panggilan dan buku telefon

Menghantar dan menerima kad niaga

Anda boleh menghantar dan menerima butiran kontak seseorang sebagai kad niaga sebagai mesej Melalui Udara (OTA), jika disokong oleh rangkaian.
Menerima kad niaga
Apabila anda menerima kad niaga sebagai mesej Melalui Udara (OTA), tekan Tunjuk. Tekan
Pilihan dan pilih Simpan untuk
menyimpan kad niaga di dalam memori telefon, atau Buang untuk membuang kad yang diterima.
Menghantar kad niaga
Anda boleh menghantar maklumat kontak seseorang sebagai kad niaga ke telefon yang serasi atau peranti pegang tangan lain yang serasi yang menyokong piawai vCard.
1. Cari buku telefon untuk nama dan nombor telefon yang ingin anda hantar, tekan
Pilihan dan pilih H'tar kad niaga.
2. Untuk menghantar kad niaga sebagai mesej OTA, pilih Lalu
SMS

Memilih tetapan buku telefon

1. Tekan Nama atau Menu dan
Buku telefon dan kemudian pilih Tetapan.
2. Pilih Memori digunakan dan pilih salah satu pilihan berikut:
Telefon dan SIM untuk
mendapatkan nama dan nombor dari kedua-dua buku telefon. Nama dan nombor akan disimpan di dalam memori telefon.
Telefon gunakan buku telefon
dalaman telefon.
Kad SIM untuk menggunakan
buku telefon kad SIM.
3. Pilih Pamer buku telefon dan pilih salah satu pilihan berikut:
Senarai nama untuk
memaparkan empat nama pada satu masa.
Nama dan no. untuk
memaparkan satu nama dan nombor telefon pada satu masa.
4. Pilih Taraf memori. Pilih Telefon atau Kad SIM untuk melihat berapa banyak nama dan nombor telefon yang sedang disimpan dan berapa banyak yang masih boleh disimpan di dalam buku telefon yang dipilih.
20
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Fungsi panggilan dan buku telefon

Nombor khidmat

Anda boleh memanggil nombor­nombor khidmat pembekal perkhidmatan anda jika nombor­nombor tersebut disertakan pada kad SIM anda.
Tekan Nama dan pilih No. khidmat Tatal ke nombor khidmat dan tekan
untuk memanggil nombor
tersebut.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
21
Profil dan nada

3. Profil dan nada

Profil

Telefon anda mempunyai pelbagai kumpulan tetapan, yang dipanggil profil, yang boleh anda khususkan nada deringan untuknya bagi acara dan sekitaran yang berbeza. Pertama, pilih sendiri profil-profil dan kemudian anda hanya perlu aktifkan sesuatu profil untuk menggunakannya.
Profil-profil yang terdapat ialah
Umum, Senyap, Hati-hati, Kuat, Gaya saya 1, dan Gaya saya 2.
Tekan Menu dan pilih Profil. Tatal ke profil dan tekan Pilih.
• Untuk mengaktifkan profil, pilih
Aktifkan.
Petua: Untuk menukar profil dengan cepat dalam mod tunggu sedia, tekan kekunci kuasa ingin anda aktifkan dan tekan
Pilih.
• Untuk menetap profil supaya aktif untuk tempoh waktu yang tertentu sehingga 24 jam, pilih
Ditetap masa dan tetapkan
tempoh waktu yang diingini. Apabila masa yang ditetap untuk profil tamat tempohnya, profil yang sebelumnya yang tidak
, tatal ke profil yang
ditentukan masanya menjadi aktif.
• Untuk memilih sendiri profil, pilih
Pilihan sendiri. Pilih tetapan
yang ingin anda tukar dan buat perubahan.
Untuk profil yang sedang aktif, tetapan-tetapan boleh juga ditukar di dalam menu Nada, lihat ”Nada” di halaman 22. Sebagai tambahan, anda boleh menamakan semula sesuatu profil, Nama profil. Profil Umum tidak boleh dinamakan semula.

Nada

Tekan
Menu, pilih
Nada dan Tetapan nada. Anda boleh
menemui tetapan yang sama di dalam menu Profil.
Pilih Isyarat panggilan masuk untuk memilih bagaimana telefon memberitahu anda tentang panggilan suara yang masuk. Pilihan-pilihannya adalah Deringan,
Menaik, Dering sekali, Bip sekali
dan Tak aktif.
22
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Profil dan nada
Pilih Nada deringan, Lantang
deringan dan Isyarat getar untuk
panggilan suara yang masuk dan mesej yang masuk. Isyarat getar tidak berfungsi apabila telefon disambungkan kepada pengecas, pesawat mengecas atas meja atau kit kereta.
Pilih Nada isyarat mesej untuk menetap nada isyarat bagi mesej masuk, Nada pad kekunci, atau
Nada amaran untuk menetap
telefon supaya membunyikan nada, misalnya, apabila bateri kehabisan kuasa.
Jika anda menerima nada deringan tradisional sebagai mesej OTA, anda boleh menyimpannya di dalam senarai nada deringan. Anda juga boleh memuat turun nada deringan polifonik dari tapak WAP yang dipratakrif menggunakan submenu
Khidmat nada atau melalui MMS.
Bilangan nada deringan yang boleh anda simpan di dalam senarai nada deringan bergantung kepada saiz nada deringan masing-masing. Jika tidak terdapat ruang bebas untuk nada deringan baru, anda boleh menggantikan nada deringan yang telah disimpan sebelumnya dengan yang baru diterima. Senarai nada deringan mengandungi kedua-dua nada deringan tradisional dan polifonik.

Nada deringan untuk setiap nama

Anda boleh memberi nada deringan kepada setiap entri memori buku telefon. Anda boleh, misalnya, memberi nada deringan yang sama untuk semua teman atau rakan sekerja anda.
1. Tekan Nama atau Menu dan
Buku telefon, pilih Cari dan tatal
ke entri (nama) yang ingin anda berikan nada deringan.
2. Tekan Butiran dan tekan Pilihan. Pilih Berikan nada dan kemudian nada deringan yang ingin anda berikan kepada entri. Sila ambil perhatian bahawa Lalai bermakna anda akan menggunakan nada deringan umum yang sama yang digunakan di dalam profil yang aktif.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
23
Mesej teks dan multimedia

4. Mesej teks dan multimedia

Anda boleh membaca, menulis dan menghantar mesej teks, gambar dan multimedia dan e-mel, atau menyimpan mesej anda. Semua mesej di dalam memori mesej telefon anda diatur di dalam folder­folder.
Sebelum anda boleh menghantar sebarang mesej teks atau bergambar, anda perlu menyimpan nombor pusat mesej anda, lihat ”Tetapan mesej teks” di halaman 32.
Nota: Telefon anda mestilah dihidupkan untuk menggunakan fungsi-fungsi ini. Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Mencipta dan menghantar mesej teks

Telefon anda boleh menghantar dan menerima mesej berbilang bahagian yang terdiri daripada beberapa mesej teks biasa (khidmat rangkaian). Invois adalah berdasarkan bilangan mesej biasa yang diperlukan untuk mesej berbilang bahagian.
Bilangan aksara yang terdapat dan nombor bahagian semasa mesej berbilang bahagian ditunjukkan di sebelah atas kanan paparan.
1. Tekan Menu, dan pilih Mesej,
Mesej teks dan Mencipta mesej.
2. Masukkan mesej. Lihat ”Mencipta teks” di halaman 25.
Lihat juga ”Templat” di halaman
29.
3. Untuk menghantar mesej, tekan
Pilihan dan pilih Hantar.
4. Masukkan nombor telefon penerima, atau cari ia di dalam buku telefon, dan tekan OK untuk menghantar mesej.
Nota: Apabila menghantar mesej melalui khidmat rangkaian SMS, telefon anda mungkin memaparkan perkataan-perkataan "Mesej dihantar". Ini menandakan mesej telah dihantar melalui telefon anda ke nombor pusat mesej yang telah diprogram ke dalam telefon anda. Ini bukan menandakan mesej telah diterima di destinasi tujuan. Untuk butiran tentang khidmat SMS, sila periksa dengan pembekal perkhidmatan anda.
24
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia

Pilihan-pilihan bagi menghantar mesej teks

Setelah anda menulis mesej, tekan
Pilihan, dan pilih Pilihan hantar.
• Untuk menghantar mesej kepada beberapa penerima, pilih Hntr. ke
ramai. Apabila anda telah
menghantar mesej kepada semua orang yang ingin anda hantar, tekan Selesai.
• Untuk menghantar mesej menggunakan profil mesej, pilih
Hantar profil dan kemudian
profil mesej yang ingin anda gunakan.
Misalnya, jika anda memilih profil yang telah anda takrif bagi menghantar mesej e-mel, masukkan atau cari di dalam buku telefon alamat e-mel penerima dan tekan OK. Masukkan nombor khidmat e-mel dan pilih Terima untuk menghantar mesej.
Untuk mentakrif profil mesej, lihat ”Tetapan mesej teks” di halaman 32.

Mencipta teks

Anda boleh memasukkan teks, misalnya, semasa menulis teks, menggunakan kaedah tradisional, atau kaedah lain yang dipanggil input teks ramal.
Apabila anda menulis teks, input teks ramal ditandakan dengan dan input teks tradisional dengan
di sebelah kiri atas paparan. Jenis aksara ditandakan dengan Abc, abc, atau ABC di sebelah penunjuk input teks, dan anda boleh menukar jenis huruf dengan menekan nombor ditandakan dengan 123, dan anda boleh bertukar-tukar antara mod huruf dan nombor dengan menekan dan menahan
. Mod

Menetap input teks ramal supaya aktif atau tak aktif

Apabila menulis teks, tekan Pilihan dan pilih Kamus.
• Untuk mengaktifkan input teks
ramal, pilih bahasa dari senarai
pilihan kamus. Input teks ramal
hanya terdapat untuk bahasa-
bahasa yang di dalam senarai.
• Untuk menukar balik ke input
teks tradisional, pilih Kamus
dipadam.
Petua: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan input teks ramal dengan cepat apabila menulis teks, tekan
dua kali, atau tekan dan
tahan Pilihan.
.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
25
Mesej teks dan multimedia

Menggunakan input teks ramal

Anda boleh memasukkan sebarang huruf dari A hingga Z dengan satu tekanan kekunci. Input teks ramal berdasarkan kamus terbina dalam yang boleh juga ditambahkan dengan perkataan-perkataan baru.
1. Mula menulis perkataan menggunakan kekunci hingga sekali sahaja untuk satu huruf. Perkataan berubah selepas setiap kali kekunci ditekan.
Sebagai contoh, untuk menulis Nokia apabila kamus Inggeris dipilih, tekan
untuk k, sekali untuk i dan
Untuk memasukkan nombor semasa dalam mod huruf, tekan dan tahan kekunci nombor yang diingini.
Untuk arahan lanjut mengenai penulisan teks, lihat ”Petua untuk
mencipta teks” di halaman 27.
2. Apabila anda telah selesai menulis perkataan dan ia betul, sahkan perkataan itu dengan menekan ruang dengan
. Tekan setiap kekunci
sekali untuk N,
sekali untuk o, sekali
sekali untuk a:
atau menambah
.
Jika perkataan itu salah, anda mempunyai pilihan-pilihan berikut:
•Tekan berulang kali sehingga perkataan yang anda mahu muncul dan kemudian sahkan ia.
•Tekan Pilihan dan pilih
Kesesuaian.
Jika aksara ? dipaparkan selepas perkataan, perkataan yang ingin anda tuliskan tidak ada di dalam kamus. Untuk menambah perkataan kepada kamus, tekan
Eja, masukkan perkataan (input
teks tradisional digunakan) dan tekan Simpan. Apabila kamus telah penuh, perkataan yang baru akan menggantikan perkataan yang terdahulu ditambahkan.
3. Mulakan menulis perkataan seterusnya.
Menulis perkataan majmuk
Masukkan bahagian pertama perkataan dan sahkan ia dengan menekan . Tulis bahagian akhir perkataan dan sahkan ia dengan menekan
atau .
26
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia

Menggunakan input teks tradisional

Tekan sesuatu kekunci nombor, hingga , berulang kali sehingga aksara yang anda ingini muncul. Tidak semua aksara yang terdapat di bawah sesuatu kekunci nombor dicetak pada kekunci. Aksara-aksara yang terdapat bergantung kepada bahasa yang dipilih dalam menu
Bahasa, lihat ”Bahasa” di halaman
40.
Untuk memasukkan nombor semasa dalam mod huruf, tekan dan tahan kekunci nombor yang diingini.
• Jika huruf seterusnya yang anda ingini adalah di bawah kekunci yang sama dengan huruf yang sebelumnya, tunggu sehingga kursor muncul, atau tekan atau dan kemudian masukkan huruf tersebut.
• Tanda-tanda baca dan aksara­aksara khas yang paling sering digunakan terdapat di bawah kekunci nombor
Untuk arahan lanjut mengenai penulisan teks, lihat ”Petua untuk
mencipta teks” di bawah.
.

Petua untuk mencipta teks

Anda juga boleh menggunakan kekunci-kekunci berikut untuk menulis teks:
• Untuk menyisipkan ruang, tekan .
• Untuk menggerakkan kursor ke
kanan atau ke kiri, tekan masing­masing
• Untuk memadam aksara di
sebelah kiri kursor, tekan Padam. Tekan dan tahan Padam untuk memadam aksara-aksara dengan lebih cepat.
• Untuk memasukkan aksara khas
apabila menggunakan input teks tradisional, tekan , atau apabila menggunakan input teks ramal, tekan dan tahan tekan Pilihan dan pilih Masuk
simbol.
Tatal senarai aksara dan tekan
Guna untuk memilih sesuatu
aksara.
Untuk menatal senarai dengan lebih cepat, tekan , , atau memilih sesuatu aksara.
• Untuk memasukkan nombor
semasa dalam mod huruf, tekan
Pilihan dan pilih Masukkan no..
Masukkan nombor-nombor yang anda ingini dan tekan OK.
atau .
, atau
, dan tekan untuk
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
27
Mesej teks dan multimedia
• Untuk memasukkan nama dan nombor telefon dengan mencarinya di dalam buku telefon, tekan Pilihan dan pilih
Masukkan nama atau Masukkan no..
• Untuk memasukkan perkataan apabila menggunakan input teks ramal, tekan Pilihan dan pilih
Masukkan kata. Tulis perkataan
menggunakan input teks tradisional dan tekan Simpan. Perkatan tersebut juga akan ditambah kepada kamus.

Mencipta dan menghantar e-mel

Sebelum anda boleh menghantar sebarang e-mel melalui SMS anda perlu menyimpan tetapan-tetapan untuk penghantaran e-mel, lihat ”Tetapan mesej teks” di halaman 32. Untuk keterdapatan dan langganan khidmat e-mel, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda. Untuk menyimpan alamat e-mel di dalam buku telefon, lihat ”Menyimpan
berbilang nombor dan perkara teks untuk setiap nama” di halaman 17.
1. Tekan Menu, dan pilih Mesej,
Mesej teks dan Mencipta e-mel.
2. Masukkan alamat e-mel penerima atau cari ia di dalam buku telefon dan tekan OK.
3. Anda boleh memasukkan subjek untuk e-mel jika anda mahu dan tekan OK.
4. Masukkan mesej e-mel. Lihat ”Mencipta teks” di halaman 25. Bilangan aksara yang boleh anda masukkan ditunjukkan di sebelah kanan atas paparan. Alamat e-mel dan subjek termasuk dalam jumlah bilangan aksara.
Lihat juga ”Templat” di halaman
29. Anda tidak boleh
memasukkan gambar.
5. Untuk menghantar e-mel, tekan
Pilihan dan pilih Hantar e-mel.
Jika anda belum menyimpan tetapan-tetapan untuk menghantar e-mel, telefon akan meminta nombor pelayan e-mel.
Tekan OK untuk menghantar e-mel.
28
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia
Nota: Apabila menghantar
e-mel melalui khidmat rangkaian SMS, telefon anda mungkin memaparkan perkataan-perkataan Mesej
dihantar. Ini menandakan
bahawa e-mel telah dihantar oleh telefon anda kepada pelayan e-mel. Ini bukan menandakan mesej telah diterima di destinasi tujuan. Untuk butiran lanjut tentang khidmat e-mel, sila periksa dengan pembekal perkhidmatan anda.

Templat

Telefon anda menyertakan templat teks, yang ditandakan dengan , dan templat gambar, yang ditandakan dengan boleh menyimpan gambar-gambar baru dari tapak web Nokia, http://www.
Untuk mengakses senarai templat, tekan Menu dan pilih Mesej, Mesej
teks dan Templat.
club.nokia.com.

Memasukkan templat teks ke dalam mesej atau e-mel

Apabila anda menulis atau membalas mesej, atau e-mel, tekan
Pilihan. Pilih Guna templat dan
pilih templat yang anda ingin masukkan.
. Anda juga

Memasukkan gambar ke dalam mesej teks

Telefon anda menyertakan templat­templat mesej gambar. Anda juga boleh menyimpan gambar-gambar baru ke dalam folder Templat. Lebih banyak gambar boleh didapati di tapak web Nokia, http://www.
• Setiap mesej gambar terdiri daripada beberapa mesej teks. Oleh itu, menghantar satu mesej gambar boleh melibatkan kos yang lebih tinggi daripada menghantar satu mesej teks.
• Oleh kerana mesej gambar disimpan di dalam memori telefon, anda tidak boleh melihatnya jika anda menggunakan kad SIM anda dengan telefon lain.
club.nokia.com.
Nota: Fungsi ini boleh digunakan hanya jika disokong oleh operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda. Hanya telefon yang menawarkan ciri-ciri mesej gambar boleh menerima dan memaparkan mesej gambar.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
29
Mesej teks dan multimedia
Apabila anda menulis atau membalas sesuatu mesej, tekan
Pilihan. Pilih Masukkan gbr. dan
pilih gambar untuk melihatnya. Tekan Masuk untuk memasukkan gambar di dalam mesej. Penunjuk
pada pengepala mesej menandakan gambar telah dilampirkan. Bilangan aksara yang boleh anda masukkan di dalam mesej bergantung kepada saiz gambar.
Untuk melihat teks bersama-sama dengan gambar sebelum menghantar mesej, tekan Pilihan dan pilih Pratonton.
Membaca dan
membalas mesej atau e-mel
Apabila anda menerima mesej teks atau e-mel, penunjuk dan bilangan mesej baru diikuti oleh
... mesej diterima dipaparkan.
yang berkelip menandakan memori mesej telah penuh. Sebelum anda boleh menerima mesej baru, padam beberapa mesej lama anda.
1. Tekan Tunjuk untuk melihat
mesej, atau tekan Keluar untuk
melihatnya kemudian.
Membaca mesej kemudian:
Tekan Menu, dan pilih Mesej,
Mesej teks, dan Peti masuk.
2. Jika lebih daripada satu mesej telah diterima, pilih mesej yang ingin anda baca. Mesej yang belum dibaca ditandakan dengan
di depannya dan mesej gambar yang belum dilihat dengan
3. Semasa membaca atau melihat mesej, tekan Pilihan.
Anda boleh memilih, misalnya, satu pilihan untuk memadam, menghantar lanjut, atau mengedit mesej sebagai mesej teks atau e-mel, memindahkan, atau menamakan semula mesej yang sedang anda baca.
Pilih Salin ke kalen. untuk menyalin teks dari permulaan mesej ke kalendar telefon anda sebagai nota peringatan untuk hari semasa.
Pilih Butiran mesej untuk melihat nama dan nombor telefon penghantar, pusat mesej yang digunakan, dan tarikh dan masa penerimaan.
Pilih Guna butiran untuk mengambil nombor, alamat e­mel, dan alamat tapak web dari mesej yang sedang dibaca.
Apabila melihat mesej gambar, pilih Simpan gambar untuk menyimpan gambar di dalam folder Templat.
.
30
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia
4. Pilih Balas untuk membalas mesej. Pilih Mesej asal untuk menyertakan mesej asal dalam balasan, atau memilih jawapan biasa untuk disertakan dalam balasan, atau pilih Skrin kosong.
Apabila membalas e-mel, sahkan atau edit alamat e-mel dan subjek dahulu. Kemudian tulis mesej balasan anda.
5. Tekan Pilihan, pilih Hantar, dan tekan OK untuk menghantar mesej ke nombor yang dipaparkan.

Folder peti masuk dan peti keluar

Selepas anda membaca mesej teks atau gambar yang baru, telefon menyimpan mesej itu di dalam folder Peti masuk bagi menu Mesej.
Anda boleh menyimpan mesej yang ingin anda hantar kemudian di dalam folder Arkib atau Templat.

Folder saya dan Folder arkib

Untuk mengatur mesej-mesej anda, anda boleh menambahkan folder­folder baru dan kemudian memindahkan mesej-mesej ke folder baru itu atau ke folder Arkib.
Untuk menambah atau menghapuskan sesuatu folder, tekan
Menu, pilih Mesej, Mesej teks dan Folder saya.
• Untuk menambah folder, tekan
Pilihan dan pilih Tambah folder.
• Untuk memadam folder, tatal ke folder yang ingin anda padam, tekan Pilihan dan pilih Padam
folder.
Untuk memindahkan mesej ke folder lain, tekan Pilihan semasa membaca mesej yang ingin anda pindahkan. Pilih Pindah, tatal ke folder di mana mesej ingin dipindahkan dan tekan
OK.

Memadam mesej teks

Tekan Menu, pilih Mesej, Mesej teks dan pilih Padam mesej.
Untuk memadam semua mesej di dalam folder, tatal ke folder tersebut dan tekan OK. Kemudian tekan OK apabila Padam mesej yg telah
dibaca drp folder dipaparkan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
31
Mesej teks dan multimedia

Bual

Anda boleh mengadakan perbualan dengan orang lain menggunakan khidmat mesej teks yang lebih cepat ini. Mesej-mesej yang dihantar atau diterima semasa sesi perbualan tidak disimpan.
1. Untuk memulakan perbualan, tekan Menu, pilih Mesej dan
Bual. Masukkan atau cari di
dalam buku telefon nombor telefon orang yang ingin anda ajak berbual dan tekan OK.
Satu lagi cara untuk memulakan perbualan: Apabila anda
menerima mesej, tekan Tunjuk untuk membacanya. Untuk memulakan perbualan, tekan
Pilihan dan pilih Bual.
2. Masukkan nama panggilan anda untuk perbualan dan tekan OK.
3. Tulis mesej perbualan anda, lihat ”Mencipta teks” di halaman 25.
4. Untuk menghantar mesej, tekan
Pilihan dan pilih Hantar.
5. Mesej balasan dari orang itu dipaparkan di atas mesej asal anda. Untuk membalas mesej, tekan OK dan ulang langkah 3.
Untuk melihat mesej yang paling baru bagi sesi perbualan yang sedang berlangsung, tekan Pilihan dan pilih Sejarah bual. Mesej-mesej yang anda hantar ditandakan dengan "<" dan nama panggilan anda, dan mesej-mesej yang anda terima dengan ">" dan nama panggilan penghantar. Tekan Balik untuk kembali kepada mesej yang sedang anda tulis.
Untuk mengedit nama panggilan, pilih pilihan Nama bual.

Tetapan mesej teks

Tetapan mesej teks menjejas penghantaran mesej.
Tekan Menu, pilih Mesej, Tetapan
mesej, dan Mesej teks. Jika lebih
daripada satu kumpulan profil mesej disokong oleh kd SIM anda, pilih kumpulan profil mesej yang ingin anda tukar. Pilih
Nombor pusat mesej untuk menyimpan nombor telefon pusat mesej. Anda memerlukan nombor pusat mesej untuk menghantar mesej teks dan gambar. Anda akan menerima nombor daripada pembekal perkhidmatan anda.
32
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia
Mesej dihantar sebagai untuk memilih format mesej.
Kesahan mesej untuk menetap jangka masa rangkaian akan cuba menghantar mesej kepada anda, misalnya, apabila telefon anda dimatikan.
Nombor penerima lalai untuk menyimpan nombor lalai bagi menghantar mesej untuk profil mesej ini.
Penghantaran laporan untuk meminta rangkaian menghantarkan laporan penghantaran tentang mesej­mesej anda (khidmat rangkaian).
Guna GPRS untuk menetap GPRS sebagai pembawa SMS yang lebih digemari.
Balas melalui pusat yg. sama untuk membolehkan penerima mesej anda menghantar balasan kepada anda melalui pusat mesej anda (khidmat rangkaian).
Nama sml profil yg sedang
dihantar untuk menukar nama
profil mesej yang terpilih.

Pembilang mesej

Tekan Menu, pilih Daftar pang. dan
Pembilang mesej untuk melihat
bilangan mesej teks dan gambar, mesej bual dan e-mel yang dihantar dan diterima. Sila ambil perhatian, misalnya, mesej gambar dibentuk oleh beberapa mesej teks, dan
pembilang mesej mengira mesej­mesej teks ini secara berasingan. Ikut arahan di paparan telefon.

Mesej maklumat

Dengan khidmat rangkaian mesej maklumat, anda boleh menerima mesej-mesej mengenai pelbagai topik, misalnya keadaan cuaca atau lalu lintas, daripada pembekal perkhidmatan anda. Untuk topik­topik yang tersedia dan nombor­nombor topik yang relevan, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Jika Sambungan GPRS ditetap ke
Sent. bertalian, mesej-mesej
maklumat mungkin tidak boleh diterima. Jika begitu, tetapkan
Sambungan GPRS ke Apabila perlu,
lihat ”Menyediakan telefon untuk
khidmat WAP” di halaman 46.

Editor arahan khidmat

Tekan Menu, pilih Mesej dan
Arahan khidmat. Masukkan dan
hantar permintaan khidmat (juga dikenali sebagai arahan USSD), seperti arahan pengaktifan bagi khidmat rangkaian, kepada pembekal perkhidmatan anda.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
33
Mesej teks dan multimedia

Mesej multimedia

Nota: Fungsi ini boleh digunakan hanya jika disokong oleh operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda. Hanya telefon-telefon yang menawarkan ciri-ciri mesej multimedia boleh menerima dan memaparkan mesej multimedia.
Mesej multimedia boleh mengandungi teks, gambar dan nada deringan polifonik. Telefon menyokong mesej multimedia yang bersaiz sehingga 45 KB. Jika saiz maksimum itu dilebihi, telefon mungkin tidak dapat menerima mesej. Bergantung kepada rangkaian, anda boleh menerima mesej teks termasuk alamat Internet di mana anda boleh melihat mesej multimedia.
Jika mesej mengandungi gambar, telefon akan mengecilkannya agar muat di dalam bahagian paparan.
Nota: Jika Benarkan pe-
nerimaan multi. ditetapkan
ke Ya atau Rangkai. laman, operator atau pembekal perkhidmatan anda boleh mengenakan bayaran untuk setiap mesej yang anda terima.
Mesej multimedia menyokong format-format berikut:
• Gambar: JPEG, GIF, PNG dan BMP.
• Bunyi: MIDI
Jika mesej yang diterima mengandungi sebarang unsur yang tidak disokong, ia mungkin digantikan dengan nama fail dan teks Format objek tak disokong
Sila ambil perhatian bahawa anda tidak dapat menerima sebarang mesej multimedia jika anda mempunyai panggilan yang sedang berlangsung, permainan atau aplikasi Java lain yang sedang berjalan, atau sambungan WAP yang sedang aktif melalui data GSM (lihat Memasukkan tetapan khidmat secara manual di halaman 81). Oleh kerana penghantaran mesej multimedia boleh gagal atas pelbagai sebab, jangan bergantung semata-mata kepada mesej ini untuk komunikasi penting.

Mencipta dan menghantar mesej multimedia

Untuk menetap tetapan-tetapan bagi mesej multimedia, lihat ”Tetapan bagi mesej multimedia” di halaman 37. Untuk keterdapatan dan langganan khidmat mesej multimedia, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
34
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia
1. Tekan Menu, dan pilih Mesej,
Mes. multimedia, dan Mencipta mesej.
2. Masukkan mesej. Lihat ”Mencipta teks” di halaman 25.
Anda boleh memasukkan satu gambar ke dalam mesej multimedia. Untuk memasukkan gambar, tekan Pilihan dan pilih
Masukkan imej. Senarai folder-
folder yang terdapat di dalam
Galeri dipaparkan. Untuk
membuka folder yang diingini, pilih ia dan kemudian pilih gambar yang diingini. Penunjuk
pada pengepala mesej menandakan gambar telah dilampirkan.
Untuk memasukkan nama dari buku telefon, tekan Pilihan, dan pilih Pilihan lain dan Masukkan
nama. Tatal ke nama yang
diingini, tekan Pilihan dan pilih
Masukkan nama.
Untuk memasukkan nombor, tekan Pilihan, dan pilih Pilihan
lain dan Masukkan no..
Masukkan nombor atau cari ia di dalam buku telefon, dan tekan
OK.
3. Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, tekan Pilihan dan pilih Pratonton.
4. Untuk menghantar mesej, tekan
Pilihan dan pilih Hantar ke no.
(atau Hntr. ke e-mel).
5. Masukkan nombor telefon penerima (atau alamat e-mel) atau cari ia di dalam buku telefon. Tekan OK dan mesej dipindahkan ke folder Peti keluar untuk penghantaran.
Menghantar mesej multimedia mengambil masa yang lebih lama dari menghantar mesej teks. Semasa mesej sedang dihantar, penunjuk animasi
dipaparkan dan anda boleh menggunakan fungsi-fungsi lain pada telefon. Jika penghantaran terganggu, telefon akan cuba menghantarnya beberapa kali. Jika ini gagal, mesej akan kekal di dalam folder Peti keluar dan anda boleh cuba menghantarnya kemudian.
Mesej-mesej yang dihantar akan disimpan di dalam folder Perkara
dihantar jika tetapan Simpan mesej dihantar ditetap ke Ya.
Lihat ”Tetapan bagi mesej
multimedia” di halaman 37.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
35
Mesej teks dan multimedia

Membaca dan membalas mesej multimedia

Apabila telefon sedang menerima mesej multimedia, penunjuk animasi
dipaparkan. Apabila mesej telah
diterima, penunjuk dan teks
Mesej multimedia diterima
dipaparkan.
yang berkelip menandakan memori untuk mesej multimedia telah penuh, dan Memori penuh,
pamer mesej tunggu dipaparkan.
Sebelum anda boleh menerima mesej baru, padam beberapa mesej lama anda.
1. Tekan Tunjuk untuk melihat mesej. Tekan Keluar untuk melihatnya kemudian.
Membaca mesej kemudian: Tekan Menu dan pilih Mesej,
Mes. multimedia, dan Peti masuk.
2. Tatal untuk melihat mesej. Tekan
Pilihan dan beberapa pilihan
berikut mungkin boleh didapatkan.
Padam mesej untuk
memadam mesej yang disimpan.
Balas untuk membalas mesej.
Untuk menghantar mesej balasan, tekan Pilihan dan pilih Hantar. Nombor telefon (atau alamat e-mel) penghantar digunakan sebagai nilai lalai.
Hantar ke no. atau Hntr. ke e-
mel untuk menghantar lanjut
mesej ke nombor telefon atau alamat e-mel.
Edit untuk mengedit mesej. Anda hanya boleh mengedit mesej yang telah anda tulis. Lihat ”Mencipta dan
menghantar mesej multimedia” di halaman 34.
Butiran mesej untuk melihat subjek mesej, saiz dan kelas.
Main untuk mendengar nada deringan di dalam mesej.
Simpan suara untuk menyimpan nada deringan ke dalam Galeri.
Zum masuk untuk menambah saiz gambar di dalam mesej.
Simpan imej untuk menyimpan gambar di dalam
Galeri.

Folder Peti masuk, Peti keluar, Disimpan, dan Perkara dihantar

Telefon menyimpan mesej multimedia yang diterima di dalam folder Peti masuk bagi submenu
Mes. multimedia .
Mesej multimedia yang hendak dihantar dipindahkan ke folder Peti
keluar bagi submenu Mes. multimedia .
36
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia
Mesej multimedia yang ingin anda hantar kemudian boleh disimpan di dalam folder P'kara disimpan bagi submenu Mes. multimedia .
Mesej multimedia yang telah dihantar disimpan di dalam folder
Perkara dihantar bagi submenu Mes. multimedia .

Tetapan bagi mesej multimedia

Tekan Menu dan pilih Mesej,
Tetapan mesej, dan Mes. multimedia Pilih
Simpan mesej dihantar. Pilih Ya untuk menetap telefon supaya menyimpan mesej multimedia yang telah dihantar di dalam folder Perkara dihantar. Jika anda memilih Tidak, mesej yang dihantar tidak akan disimpan.
Benarkan pe-nerimaan multi.. Pilih Tidak, Ya atau Rangkai.
laman untuk menggunakan
khidmat-khidmat multimedia. Jika anda memilih Rangkai.
laman, anda tidak boleh
menerima mesej multimedia apabila di luar rangkaian tanah air anda.
Mes. multi-media masuk. Pilih
M'dapat kembali untuk menetap
telefon secara automatik supaya mengambil mesej-mesej multimedia yang baru, atau pilih
Menolak jika anda tidak mahu
menerima mesej multimedia.
Tetapan sambungan. Takrif tetapan-tetapan sambungan WAP untuk mendapatkan kembali mesej multimedia. Aktifkan set di mana anda mahu menyimpan tetapan-tetapan sambungan dan kemudian edit tetapan-tetapan. Rujuk juga kepada ”Memasukkan tetapan
khidmat secara manual” di
halaman 47.
Nama tetapan. Masukkan
nama baru untuk set sambungan dan tekan OK.
Laman. Masukkan alamat
lelaman khidmat WAP yang ingin anda gunakan, tekan
untuk titik, dan tekan OK.
Pembawa data. Pilih GPRS.
Pusat akses GPRS. Masukkan
nama pusat akses dan tekan
OK. Nama pusat akses
diperlukan untuk mewujudkan sambungan dengan rangkaian GPRS. Anda boleh mendapatkan nama pusat akses daripada operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
37
Mesej teks dan multimedia
Alamat IP. Masukkan alamat, tekan untuk titik, tekan
OK. Anda boleh mendapatkan
alamat IP daripada operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Jenis kesahan. Pilih Terjamin atau Biasa.
Nama pengguna. Masukkan nama pengguna dan tekan
OK.
Kata laluan. Masukkan kata laluan dan tekan OK.
Benarkan iklan. Anda boleh menerima atau menolak iklan.
Untuk menerima tetapan sambungan multimedia sebagai mesej teks
Anda mungkin menerima tetapan­tetapan khidmat sebagai mesej teks dari operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan yang menawarkan khidmat WAP yang ingin anda gunakan. Untuk maklumat lanjut, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda, atau kinjungi tapak web Kelab Nokia (www.
club.nokia.com).

Galeri

Anda boleh menyimpan gambar dan nada deringan, misalnya, yang diterima di dalam mesej multimedia, di dalam folder­folder galeri, lihat ”Membaca dan
membalas mesej multimedia” di
halaman 36.
1. Tekan Menu dan pilih Galeri. Satu senarai pilihan dipaparkan.
2. Pilih Pamer folder untuk membuka senarai folder.
Pilihan-pilihan lain yang terdapat ialah:
Padam folder untuk memilih
folder yang ingin anda padam. Anda tidak boleh memadam folder-folder asal di dalam telefon.
Nama sml folder untuk
memilih folder yang ingin anda namakan semula. Anda tidak boleh menamakan semula folder-folder asal di dalam telefon.
Tambah folder untuk
menambah folder baru. Masukkan nama untuk folder dan tekan OK.
38
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Mesej teks dan multimedia
Khidmat galeri untuk memuat turun imej dan nada. Pilih Khidmat imej atau
Khidmat nada. Telefon cuba
menyambung kepada halaman WAP Kelab Nokia menggunakan kumpulan tetapan khidmat yang sedang aktif. Jika sambungan gagal, anda mungkin tidak dapat mengakses Kelab Nokia dari khidmat WAP yang tetapan­tetapan sambungannya sedang aktif. Dalam hal ini, masukkan menu
Perkhidmatan, aktifkan set
tetapan khidmat yang lain, lihat ”Membuat sambungan
kepada khidmat WAP” di
halaman 49. Cuba lagi untuk menyambung kepada Kelab Nokia.
Hubungi operator rangkaian anda dan/atau pembekal perkhidmatan WAP untuk keterdapatan khidmat WAP yang berlainan, harga dan tarif.
3. Pilih folder yang diingini dan satu senarai fail di dalam folder tersebut dipaparkan. Grafik dan
Nada adalah folder-folder asal di
dalam telefon.
4. Pilih fail yang diingini. Tekan
Pilihan dan beberapa pilihan
berikut akan terdapat:
Buka untuk membuka fail terpilih.
Padam untuk memadam fail terpilih.
Ttp sbg h/dind. untuk menetap fail terpilih sebagai kertas hias dinding.
Tetap sbg nada untuk menetap fail terpilih sebagai nada deringan.
Pindah untuk memindahkan fail ke folder lain.
Nama semula untuk memberi nama baru kepada fail.
Butiran untuk melihat butiran fail.
Susun untuk mengisih fail­fail dan folder-folder mengikut tarikh, jenis, nama, atau saiz.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
39
Tetapan

5. Tetapan

Tetapan masa dan tarikh

Tetapan jam

Tekan Menu, pilih Tetapan, Tetapan
masa dan tarikh dan Jam. Pilih
Tunjukkan jam (Sembunyi jam) dan masa dipaparkan di sebelah kanan atas paparan apabila telefon dalam mod tunggu sedia.
Tetap waktu, masukkan masa yang betul dan tekan OK.
Format waktu dan pilih format masa 12 jam atau 24 jam.
Jam juga digunakan untuk fungsi­fungsi berikut: Mesej, Daftar pang.,
Jam penggera, Profil ditetap masa
dan Kalendar.
Jika bateri ditanggalkan dari telefon untuk lebih dari beberapa minit, anda mungkin perlu menetap masa lagi.

Tetapan data

Tekan Menu, select Tetapan,
Tetapan masa dan tarikh, dan Tarikh. Pilih
Tetap tarikh untuk menetap tarikh semasa.
Format tarikh untuk memilih bagaimana tarikh dipaparkan pada skrin.
40
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Pengemaskinian automatik tarikh dan masa

Pilih Kemas kini auto tarikh dan
masa dan Aktif untuk menetap
telefon supaya mengemaskini masa dan tarikh secara automatik menurut zon masa semasa. Untuk menetap telefon supaya meminta pengesahan sebelum mengemaskini, pilih Mengesah dulu.

Tetapan telefon

Bahasa

Tekan Menu, pilih Tetapan, Tetapan
telefon dan Bahasa. Pilih bahasa
untuk teks paparan. Jika Automatik dipilih, telefon akan memilih bahasa menurut maklumat pada kad SIM.

Tetapan kawal kekunci

Tekan Menu, Tetapan, Tetapan
telefon, dan Kawal kekunci automatik. Pilih Aktif untuk
mengaktifkan kawal kekunci dan memilih jangka masa yang selepasnya pad kekunci mengunci secara automatik.
Tetapan

Paparan maklumat sel

Tekan Menu, pilih Tetapan, Tetapan
telefon, dan Paparan maklumat sel.
Pilih Aktif untuk menetap telefon supaya menunjukkan apabila ia digunakan di dalam rangkaian selular berdasarkan teknologi Rangkaian Selular Mikro (MCN).
Jika Sambungan GPRS ditetap ke
Sent. bertalian, mesej-mesej
maklumat mungkin tidak boleh diterima. Jika begitu, tetapkan
Sambungan GPRS ke Apabila perlu,
lihat ”Menyediakan telefon untuk
khidmat WAP” di halaman 46.

Kata sapaan

Tekan Menu, pilih Tetapan, Tetapan
telefon, dan Kata sapaan.
Masukkan nota yang anda mahu dipaparkan sebentar apabila telefon dihidupkan. Untuk menyimpan nota tekan Pilihan dan pilih Simpan.

Pemilihan rangkaian

Rangkaian selular mana yang telefon anda disambungkan boleh dipilih secara manual atau automatik.
Tekan Menu, pilih Tetapan, Tetapan
telefon, dan Pilihan rangkaian. Pilih Automatik dan telefon secara
automatik memilih salah satu daripada rangkaian-rangkaian selular yang terdapat di kawasan anda.
Jika anda pilih Manual, telefon memaparkan senarai rangkaian yang terdapat dan anda boleh memilih rangkaian yang mempunyai persetujuan merayau dengan operator rangkaian tanah air anda. Jika tidak, Tiada akses akan dipaparkan dan anda mestilah memilih rangkaian lain. Telefon tetap dalam mod manual sehingga mod automatik dipilih atau kad SIM yang lain dimasukkan ke dalam telefon.

Mengesahkan tindakan khidmat SIM

Lihat ”Khidmat SIM” di halaman 68.

Pengaktifan teks bantu

Untuk menetap telefon supaya memaparkan atau tidak memaparkan teks-teks bantu, tekan
Menu, pilih Tetapan, Tetapan telefon, dan Aktivasi teks bantu.
Lihat juga ”Menggunakan menu” di halaman 8.

Nada permulaan

Untuk menetap telefon supaya memainkan atau tidak memainkan nada permulaan apabila telefon dihidupkan, tekan Menu, pilih
Tetapan, Tetapan telefon, dan Nada permulaan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
41
Tetapan

Tetapan paparan

Kertas hias dinding

Anda boleh menetap telefon anda supaya memaparkan gambar latar belakang, yang dipanggil kertas hias dinding, apabila telefon dalam mod tunggu sedia. Beberapa gambar telah diprasimpan di dalam menu
Galeri. Anda juga boleh menerima
gambar melalui mesej multimedia atau muat turun ia dari halaman WAP dan kemudian simpan ia di dalam Galeri. Telefon anda menyokong format JPEG, GIF, BMP dan PNG.
Untuk memilih gambar kertas hias dinding
1. Tekan Menu dan pilih Tetapan,
Tetapan paparan, dan Kertas hias dinding.
2. Pilih Tukar imej dan senarai folder di dalam menu Galeri akan dipaparkan.
3. Pilih folder dan tatal ke gambar yang diingini.
4. Untuk menetap gambar sebagai kertas hias dinding, tekan Pilihan dan pilih Ttp sbg h/dind..
Sila ambil perhatian bahawa jika anda memadam gambar kertas hias dinding yang terpilih dari galeri, ia akan tetap digunakan sebagai kertas hias dinding sehingga anda menggantikannya dengan gambar lain.
Sila ambil perhatian bahawa kertas hias dinding tidak dipaparkan apabila telefon mengaktifkan gambar skrin.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kertas hias dinding
Tekan Menu dan pilih Tetapan,
Tetapan paparan dan Kertas hias dinding. Untuk mengaktifkan/
menyahaktifkan kertas hias dinding, pilih masing-masing Aktif atau Tak
aktif.

Skema warna

Anda boleh menukar warna sesetengah komponen paparan, misalnya, penunjuk dan palang isyarat.
Tekan Menu dan pilih Tetapan,
Tetapan paparan, dan Skema warna. Pilih skema warna yang
diingini.
42
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Tetapan

Logo operator

Untuk menetap telefon anda supaya memaparkan atau menyembunyikan logo operator, tekan Menu dan pilih
Tetapan, Tetapan paparan, dan Logo operator.
Sila ambil perhatian bahawa logo operator tidak dipaparkan apabila telefon mengaktifkan gambar skrin.

Gambar skrin

Gambar skrin jam digital digunakan untuk menjimatkan kuasa dalam mod tunggu sedia. Ia diaktifkan apabila tiada fungsi telefon yang telah digunakan untuk jangka masa tertentu. Tekan sebarang kekunci untuk menyahaktifkan gambar skrin. Gambar skrin juga dinyahaktifkan apabila telefon di luar kawasan liputan rangkaian.
Tekan Menu dan pilih Tetapan,
Tetapan paparan, dan Masa muncul gambar skrin. Pilih jangka masa
yang selepasnya paparan jam digital akan diaktifkan. Masa tamat boleh berubah-ubah dari 5 saat hingga 60 minit.
Sila ambil perhatian bahawa gambar skrin mengatasi semua grafik dan teks yang dipaparkan dalam mod tunggu sedia.

Tetapan aksesori

Menu tetapan aksesori hanya dipaparkan jika telefon sedang atau telah disambungkan kepada salah satu aksesori berikut: alat dengar HDC-5 atau HDE-2, set gelung LPS­3, atau kit kereta bebas tangan PPH­1 atau CARK 134.
Tekan Menu, pilih Tetapan dan
Tetapan aksesori. Pilih Alat dengar, Bebas tangan atau Set gelung.
• Pilih Profil lalai untuk memilih profil yang ingin anda aktifkan secara automatik apabila anda menyambungkan aksesori yang terpilih. Anda boleh memilih profil lain semasa aksesori tersambung.
• Pilih Jawapan automatik untuk menetap telefon supaya menjawab panggilan masuk secara automatik selepas lima saat. Jika Isyarat panggilan
masuk ditetap ke Bip sekali atau Tak aktif, jawapan automatik
tidak akan digunakan.
• Pilih Lampu dan kemudian Aktif untuk menetap lampu supaya sentiasa hidup. Pilih Automatik untuk menghidupkan lampu selama 15 saat selepas tekanan kekunci. Pilihan Lampu hanya terdapat apabila Bebas tangan dipilih.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
43
Tetapan
• Pilih Guna set gelung dan kemudian Ya untuk menggunakan set gelung dan bukan alat dengar. Guna set
gelung hanya terdapat apabila Set gelung dipilih.

Tetapan kawalan

Nota: Apabila ciri-ciri kawalan, yang mengehadkan panggilan, sedang digunakan (sekatan panggilan, kumpulan pengguna terhad dan dail tetap), panggilan mungkin boleh dibuat ke nombor­nombor kecemasan di dalam sesetengah rangkaian (misalnya 112 atau nombor kecemasan rasmi lain).
Tekan Menu, pilih Tetapan dan
Tetapan keselamatan. Pilih
Permintaan kod PIN untuk menetap telefon supaya meminta kod PIN anda setiap kali telefon dihidupkan. Sesetengah kad SIM tidak membenarkan permintaan kod PIN dinyahaktifkan.
Khidmat sekat panggilan (khidmat rangkaian) untuk menyekat panggilan masuk dan panggilan keluar dari telefon anda. Kata laluan menyekat diperlukan.
Dail tetap untuk mengehadkan panggilan keluar anda kepada nombor-nombor telefon tertentu, jika fungsi ini disokong oleh kad SIM anda. Kod PIN2 diperlukan.
Kump. pengguna terhad. Kumpulan pengguna terhad adalah khidmat rangkaian yang menentukan sekumpulan orang yang boleh anda panggil dan yang boleh memanggil anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Tahap keselamatan. Pilih Telefon dan telefon akan meminta kod kawalan setiap kali kad SIM baru dimasukkan ke dalam telefon.
Pilih Memori dan telefon akan meminta kod kawalan apabila anda mahu memilih memori dalaman telefon atau untuk menyalin dari satu memori ke memori yang lain. Sila ambil perhatian bahawa memori yang dipilih haruslah memori kad SIM. Lihat ”Memilih tetapan buku
telefon” di halaman 20 dan
Menyalin buku telefon” di halaman 19.
44
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Pertukaran kod akses dan anda boleh menukar kod kawalan, kod PIN, kod PIN2 atau kata laluan menyekat. Kod-kod hanya boleh terdiri daripada nombor 0 hingga
9.
Sila ambil perhatian bahawa anda harus mengelak daripada menggunakan kod-kod akses yang sama dengan nombor­nombor kecemasan, seperti 112, untuk mencegah pendailan nombor kecemasan yang tidak disengajakan.

Kembalikan tetapan kilang

Untuk menetap semula tetapan­tetapan menu kepada nilai-nilai asalnya, tekan Menu, pilih Tetapan dan Simpan semula tetapan kilang. Masukkan kod kawalan dan tekan
OK. Nama-nama dan nombor-
nombor telefon yang disimpan di dalam buku telefon tidak dipadam.
Tetapan
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
45
Khidmat WAP

6. Khidmat WAP

Anda boleh mengakses pelbagai khidmat WAP seperti berita, laporan cuaca, hiburan, pawagam, dan permainan dalam talian. Khidmat­khidmat ini adalah khas untuk telefon bimbit dan ia diselenggarakan oleh para pembekal perkhidmatan WAP.
Khidmat WAP menggunakan Bahasa Tokokan Wayarles (WML), xHTML dan HTML mod-i pada halaman­halaman WAPnya. Halaman­halaman web yang menggunakan Bahasa Tokokan Hiper Teks (HTML) tidak boleh dilihat pada telefon anda.
Periksa keterdapatan khidmat, harga dan tarif WAP dengan operator rangkaian anda dan/atau pembekal perkhidmatan yang khidmatnya ingin anda gunakan. Para pembekal perkhidmatan akan juga memberi anda arahan-arahan tentang cara menggunakan khidmat-khidmat mereka.
Nota: Telefon mestilah dihidupkan untuk menggunakan fungsi ini. Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Menyediakan telefon untuk khidmat WAP

Anda mungkin menerima tetapan­tetapan khidmat pada telefon anda secara langsung daripada operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan yang menawarkan khidmat WAP yang ingin anda gunakan. Untuk maklumat lanjut, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan, atau kunjungi tapak Web Kelab Nokia (www.club.nokia.com).
Anda boleh juga memasukkan tetapan secara manual. Untuk tetapan yang betul, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda. Tetapan­tetapan WAP mungkin terdapat, misalnya, di tapak web operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan .

Menyimpan tetapan khidmat yang diterima sebagai mesej teks

Apabila anda menerima tetapan khidmat sebagai mesej teks, Tetapan
perkhidmatan diterima dipaparkan.
46
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat WAP
• Untuk menyimpan dan mengaktifkan tetapan-tetapan yang diterima, tekan Pilihan dan pilih Simpan.
Jika tiada tetapan yang disimpan di dalam Tetapan khidmat aktif, tetapan disimpan di dalam kumpulan sambungan bebas yang pertama dan juga diaktifkan.
• Untuk membuang tetapan yang diterima, tekan Pilihan dan pilih
Buang.
• Untuk melihat tetapan yang diterima dahulu, tekan Pilihan dan pilih Pamer. Untuk menyimpan tetapan, tekan
Simpan.

Memasukkan tetapan khidmat secara manual

1. Tekan Menu, pilih Perkhidmatan dan Tetapan.
2. Pilih Tetapan khidmat aktif.
Anda perlu mengaktifkan kumpulan di tempaat di mana anda mahu menyimpan tetapan­tetapan khidmat. Satu kumpulan ialah sekumpulan tetapan yang diperlukan untuk membuat sambungan kepada khidmat WAP.
3. Tatal ke kumpulan yang ingin anda aktifkan dan tekan
Aktifkan.
4. Pilih Edit tetapan khidmat aktif.
Pilih setiap tetapan khidmat satu persatu dan masukkan semua tetapan yang diperlukan.
Nama tetapan - Masukkan
nama baru untuk kumpulan sambungan dan tekan OK.
Laman - Masukkan alamat
lelaman khidmat WAP yang ingin anda gunakan, tekan untuk titik dan tekan OK.
Kawalan sambungan - Pilih
Aktif atau Tak aktif.
Apabila kawalan sambungan ialah Aktif, telefon cuba menggunakan sambungan yang selamat kepada khidmat WAP. Jika sambungan yang selamat tidak terdapat, sambungan tidak akan dibuat. Jika anda masih mahu menyambung, dengan sambungan yang tidak selamat, anda mestilah menetap kawalan sambungan ke Tak aktif.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
47
Khidmat WAP
Pembawa data - Pilih Data
GSM atau GPRS. Untuk
tetapan-tetapan bagi pembawa terpilih, lihat ”Tetapan-tetapan apabila
Data GSM ialah pembawa data terpilih” dan ”Tetapan­tetapan apabila GPRS ialah pembawa data terpilih” di
bawah.
Untuk harga, kelajuan sambungan, dan maklumat lain, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Tetapan-tetapan apabila Data GSM ialah pembawa data terpilih
Nombor didail - Masukkan nombor telefon dan tekan OK.
Alamat IP - Masukkan alamat, tekan untuk titik dan tekan
OK. Anda boleh mendapatkan
alamat IP daripada operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Jenis kesahan - Pilih Terjamin atau Biasa.
Jenis panggilan data - Pilih
Analog atau ISDN.
Kelajuan panggilan data - Pilih kelajuan yang ingin anda gunakan, atau pilih Automatik.
Automatik hanya terdapat jika
jenis panggilan data yang sedang dipilih ialah Analog. Kelajuan
sebenar panggilan data bergantung kepada pembekal perkhidmatan.
Jenis log masuk - Pilih Manual atau Automatik. Jika anda memilih Automatik, jenis log masuk menggunakan nama dan kata laluan pengguna yang dimasukkan untuk tetapan­tetapan berikut. Jika anda memilih Manual, maklumat log masuk mestilah dimasukkan apabila mewujudkan sambungan.
Nama pengguna - Masukkan nama pengguna dan tekan OK.
Kata laluan - Masukkan kata laluan dan tekan OK.
Tetapan-tetapan apabila GPRS ialah pembawa data terpilih
Sambungan GPRS - Pilih Sent.
bertalian atau Apabila perlu.
Jika anda memilih Sent.
bertalian, telefon secara
automatik mendaftar dengan rangkaian GPRS apabila anda menghidupkan telefon. Memulakan aplikasi WAP mewujudkan sambungan antara telefon anda dengan rangkaian, dan membolehkan pemindahan data. Apabila anda menamatkan aplikasi, sambungan GPRS tamat tetapi pendaftaran kepada rangkaian GPRS kekal.
48
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat WAP
Jika anda memilih Apabila perlu, sambungan GPRS diwujudkan apabila anda menyambung kepada khidmat WAP dan ditutup apabila anda menamatkan sambungan WAP.
Pusat akses GPRS - Masukkan nama pusat akses dan tekan OK.
Suatu nama pusat akses diperlukan untuk mewujudkan sambungan kepada rangkaian GPRS. Anda boleh mendapatkan nama pusat akses daripada operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Alamat IP - Masukkan alamat, tekan untuk titik dan tekan
OK. Anda boleh mendapatkan
alamat IP daripada operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Jenis kesahan - Pilih Terjamin atau Biasa.
Jenis log masuk - Pilih Manual atau Automatik. Jika anda memilih Manual apabila
Sambungan GPRS ditetap ke Sent. bertalian, sambungan Sent. bertalian akan di lumpuhkan.
Nama pengguna - Masukkan nama pengguna dan tekan OK.
Kata laluan - Masukkan kata laluan dan tekan OK.

Membuat sambungan kepada khidmat WAP

Pertama, pastikan tetapan-tetapan khidmat bagi khidmat WAP yang ingin anda gunakan telah diaktifkan. Untuk mengaktifkan tetapan:
•Tekan Menu, pilih Perkhidmatan dan Tetapan. Pilih Tetapan
khidmat aktif dan tatal ke
kumpulan yang ingin aktifkan dan tekan Aktifkan.
Kedua, buat sambungan kepada khidmat WAP. Terdapat tiga cara untuk menyambung:
• Buka lelaman khidmat WAP:
Tekan Menu, pilih Perkhidmatan dan Rumah.
Petua: Untuk membuka lelaman khidmat WAP dengan cepat: Tekan dan tahan dalam mod tunggu sedia.
ATAU
• Pilih penanda buku untuk khidmat WAP:
Tekan Menu, pilih Perkhidmatan,
Penanda buku dan pilih satu
penanda buku.
Jika penanda buku tidak berfungsi dengan tetapan­tetapan khidmat yang sedang aktif, aktifkan satu lagi kumpulan tetapan khidmat dan cuba lagi.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
49
Khidmat WAP
ATAU
• Masukkan alamat khidmat WAP:
Tekan Menu, pilih Perkhidmatan dan kemudian Pergi ke alamat. Masukkan alamat khidmat WAP, tekan tekan OK.
Sila ambil perhatian bahawa anda tidak perlu menambah awalan http:// di depan alamat kerana ia akan ditambahkan secara automatik.
untuk aksara khas dan

Menyemak imbas halaman khidmat WAP

Selepas anda membuat sambungan kepada khidmat WAP, anda boleh mula menyemak imbas halaman­halaman WAPnya. Fungsi kekunci­kekunci telefon boleh berubah-ubah untuk khidmat WAP yang berlainan. Ikut panduan teks pada paparan telefon. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal perkhidmatan WAP anda.
Sila ambil perhatian bahawa jika GPRS dipilih sebagai pembawa data, penunjuk kiri atas paparan semasa menyemak imbas. Jika terdapat panggilan masuk (atau keluar) semasa sambungan GPRS, penunjuk ditunjukkan di sebelah kanan atas paparan. Sambungan GPRS digantung.
ditunjukkan di sebelah
Garis panduan umum untuk menggunakan kekunci­kekunci telefon
• Gunakan kekunci-kekunci tatal atau untuk menyemak
imbas halaman WAP.
• Untuk memilih perkara yang
diserlah, tekan .
• Untuk memasukkan huruf dan
nombor, tekan kekunci dan untuk memasukkan akssara khas, tekan kekunci .
• Beberapa atau semua pilihan
berikut terdapat semasa sambungan WAP sedang berjalan. Tekan Pilihan dan pilih pilihan yang anda ingini.
Rumah - untuk kembali ke
lelaman khidmat WAP
Penanda buku - untuk
memaparkan senarai penanda buku. Untuk butiran, lihat ”Penanda buku” di halaman 53.
Edit/Buka baris/Buka p'hubung/ Buka senarai - untuk
memasukkan teks atau memilih perkara yang diserlah pada halaman WAP.
Tambah p/buku - untuk
menambah halaman WAP semasa kepada senarai penanda buku anda.
-
50
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat WAP
Pergi ke alamat - untuk
memasukkan alamat khidmat WAP yang anda mahu disambungkan.
Khid. P/masuk - satu senarai
mesej khidmat dipaparkan, lihat ”Peti masuk khidmat” di halaman
53.
Ttpn muncul - lihat ”Tetapan
kemunculan browser WAP” di
halaman 52.
Tetapan kuki - lihat ”Tetapan
muat turun” di halaman 52.
Guna nombor - untuk menyalin
nombor dari halaman WAP semasa untuk disimpan atau dipanggil (ini akan menamatkan sambungan WAP). Jika halaman WAP mengandungi beberapa nombor, anda boleh memilih satu yang diingini.
Muat semula - untuk memuat
semula dan mengemaskini halaman WAP semasa.
Kosong cache - lihat ”Memori
cache” di halaman 54.
Makl. kawalan - untuk melihat
maklumat kawalan tentang sambungan WAP semasa dan pelayan.
Henti - untuk menyemak imbas
dan menamatkan panggilan.
Pilihan-pilihan juga boleh termasuk pautan-pautan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan.

Panggilan langsung WAP

Halaman-halaman WAP tertentu menyokong fungsi-fungsi yang boleh anda akses semasa menyemak imbas. Ini ditunjukkan pada halaman WAP. Anda mungkin, misalnya, dapat
• membuat panggilan suara
semasa anda di halaman WAP.
• menghantar nada DTMF semasa
panggilan suara sedang berlangsung.
• menyimpan nama dan nombor
telefon dari halaman WAP ke dalam buku telefon.
Telefon meminta pengesahan sebelum melaksanakan sebarang fungsi ini.
Menamatkan
sambungan WAP
Apabila anda menggunakan khidmat WAP, tekan Pilihan dan pilih Henti. Apabila Henti menyemak imbas? dipaparkan, tekan Ya.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
51
Khidmat WAP
Ataupun,
Apabila GPRS ialah pembawa data terpilih: Tekan sekali untuk keluar dari menu WAP. Sambungan GPRS kekal aktif.
Apabila Data GSM ialah pembawa data yang terpilih: Tekan menamatkan sambungan dan kemudian keluar dari menu WAP.
dua kali untuk

Tetapan kemunculan browser WAP

1. Apabila tiada sambungan WAP yang sedang berjalan
•Tekan Menu, pilih
Perkhidmatan, Tetapan dan Tetapan kemunculan.
Apabila sambungan WAP sedang berjalan
•Tekan Pilihan dan pilih Ttpn
muncul
2. Pilih Susunan teks atau
Tunjukkan imej.
3. Pilih Aktif atau Tak aktif untuk
Susunan teks dan Ya atau Tidak
untuk Tunjukkan imej.
Apabila Susunan teks ditetap ke
Aktif, teks bersambung di baris
seterusnya jika ia tidak boleh dipaparkan pada satu baris.
Apabila Tunjukkan imej ditetapkan Tidak, gambar­gambar yang muncul di halaman WAP tidak dipaparkan. Ini boleh mempercepatkan penyemakan halaman WAP yang mengandungi banyak gambar.

Tetapan muat turun

Anda boleh menetap telefon supaya membolehkan atau mencegah penerimaan kuki.
Satu kuki ialah data yang disimpan tapak WAP di dalam memori cache browser telefon anda. Data tersebut boleh jadi, misalnya, maklumat pengguna anda atau pilihan menyemak imbas anda. Kuki akan disimpan sehingga anda mengosongkan memori cache, lihat ”Memori cache” di halaman 54.
1. Apabila tiada sambungan WAP
yang sedang berjalan
•Tekan Menu, pilih
Perkhidmatan, Tetapan dan Tetapan kuki.
Apabila sambungan WAP sedang berjalan
•Tekan Pilihan dan pilih
Tetapan kuki.
2. Pilih Kuki dan pilih Benar atau
Menolak untuk membenarkan
atau mencegah telefon daripada menerima kuki.
52
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat WAP

Penanda buku

Anda boleh menyimpan maksimum 50 alamat halaman WAP sebagai penanda buku di dalam memori telefon.
1. Apabila tiada sambungan WAP
yang sedang berjalan
•Tekan Menu, pilih
Perkhidmatan dan kemudian Penanda buku.
Apabila sambungan WAP sedang berjalan
•Tekan Pilihan dan pilih
Penanda buku.
2. Tatal ke penanda buku yang ingin anda gunakan dan tekan Pilihan.
3. Pilih salah satu daripada pilihan­pilihan berikut:
Pergi ke untuk membuat
sambungan kepada halaman WAP yang berkaitan dengan penanda buku.
Edit atau Padam untuk
mengubah suai atau memadam penanda buku yang terpilih.
Hantar untuk menghantar
penanda buku terpilih ke telefon lain melalui SMS.
P/buku baru untuk mencipta
penanda buku baru tanpa menyambung kepada khidmat WAP. Masukkan alamat dan tajuk halaman WAP dan tekan OK.
Note that your phone may have some pre-installed bookmarks for sites not affiliated with Nokia. Nokia tidak menjamin atau menyokong tapak-tapak ini. Jika anda memilih untuk mengaksesnya, anda harus mengambil langkah­langkah berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau kandungan, seperti yang anda ambil untuk sebarang tapak lain.

Menerima penanda buku

Apabila anda menerima penanda buku dari telefon yang serasi, tekan
Pilihan dan pilih Pamer untuk
melihat penanda buku, Simpan untuk menyimpan penaanda buku, atau Buang untuk membuangnya.

Peti masuk khidmat

Telefon ini boleh menerima mesej­mesej khidmat (mesej ditolak) yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan anda. Mesej-mesej khidmat adalah pemberitahuan, misalnya, tajuk berita, dan ia mungkin mengandungi alamat khidmat WAP.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
53
Khidmat WAP
1. Untuk mengakses peti masuk khidmat apabila tiada sambungan WAP yang sedang berjalan
Apabila anda telah menerima mesej servis, 1 mesej khidmat
diterima akan dipaparkan. Tekan Pamer untuk mengakses Khid. p/ masuk.
Jika anda menekan Keluar, mesej dipindahkan ke Khid. P/masuk. Untuk mengakses Khid. P/masuk kemudian, tekan Menu, pilih
Perkhidmatan, dan kemudian Khid. P/masuk.
Apabila sambungan WAP sedang berjalan
Tekan Pilihan dan pilih Khid. p/
masuk.
2. Tatal ke mesej yang anda ingini dan tekan Pilihan.
Pilih M'dapat kembali untuk mengaktifkan browser dan memuat turun kandungan mesej khidmat.
Pilih Butiran untuk memaparkan maklumat terperinci mengenai pemberitahuan khidmat.
Pilih Padam untuk memadam pemberitahuan khidmat yang terpilih.

Untuk menetap telefon supaya menerima mesej khidmat

Tekan Menu, pilih Perkhidmatan,
Tetapan, Tetapan peti masuk khidmat, dan Mesej khidmat. Untuk
menetap telefon supaya menerima mesej khidmat, pilih Aktif. Jika anda memilih Tak aktif, telefon tidak akan menerima mesej khidmat.

Memori cache

Nota: Maklumat atau khidmat yang telah anda akses disimpan di dalam cache telefon anda. Suatu cache ialah memori penimbal, yang digunakan untuk menyimpan data buat sementara. Jika anda telah cuba mengakses atau telah mengakses maklumat sulit yang memerlukan kata laluan (misalnya, akaun bank anda), kosongkan cache telefon anda selepas setiap kali digunakan.
54
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat WAP
Untuk mengosongkan memori cache apabila tiada sambungan WAP sedang berjalan
•Tekan Menu, pilih Perkhidmatan dan Kosong cache.
Untuk mengosongkan memori cache apabila sambungan WAP sedang berjalan
•Tekan Pilihan dan pilih Kosong
cache.

Kawalan browser

Ciri-ciri kawalan diperlukan untuk sesetengah khidmat WAP, seperti khidmat perbankan atau membeli­belah di tapak WAP. Untuk sambungan-sambungan seperti itu anda memerlukan sijil kawalan dan mungkin modul kawalan yang mungkin terdapat pada kad SIM anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Modul kawalan

Modul kawalan boleh mengandungi sijil-sijil serta kunci-kunci peribadi dan awam. Modul kawalan menyediakan khidmat-khidmat keselamatan bagi aplikasi yang berhubung dengan WAP dan membolehkan anda menggunakan tandatangan digital. Sijil-sijil disimpan di dalam modul kawalan oleh pengeluar kad SIM atau pembekal perkhidmatan.
Tekan Menu dan pilih
Perkhidmatan, Tetapan, dan Tetapan modul keselamatan. Pilih
Butiran modul keselamatan untuk memaparkan tajuk, status, pembuat dan nombor siri modul kawalan.
Tukar PIN tandangan untuk memilih PIN tandatangan yang ingin anda tukar. Masukkan kod PIN tandatangan semasa. Tekan
Tukar dan masukkan kod baru
dua kali.
Lihat juga ”Kod akses” di halaman
xvi.

Sijil

Terdapat tiga jenis sijil; sijil pelayan, sijil sah kuasa, dan sijil pengguna. Sijil sah kuasa boleh sama ada disimpan di dalam modul kawalan oleh pengeluar kad SIM atau pembekal perkhidmatan, atau ia boleh dimuat turun dari halaman WAP dan disimpan di dalam memori telefon. Sijil pengguna disimpan di dalam modul kawalan oleh pengeluar kad SIM atau pembekal perkhidmatan. Sijil pelayan tidak disimpan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
55
Khidmat WAP
• Sijil pelayan
Sijil pelayan dihantar dari pelayan WAP ke telefon dan kesahannya diperiksa menggunakan sijil sah kuasa yang disimpan di telefon atau di dalam modul kawalan. Telefon memberitahu anda apabila identiti pelayan WAP atau gerbang laluan tidak boleh ditentusahkan, apabila sijil pelayan WAP atau gerbang laluan WAP tidak tulen dan apabila anda tidak mempunyai sijil sah kuasa yang betul pada telefon anda.
Penunjuk kawalan dipaparkan semasa sambungan WAP jika penghantaran data antara telefon dan gerbang laluan WAP atau pelayan WAP (yang dikenalpasti melalui Alamat IP di dalam Edit tetapan khidmat
aktif) dienkripsikan.
Adalah tanggungjawab pembekal perkhidmatan untuk memastikan keselamatan penghantaran data antara gerbang laluan dan pelayan kandungan.
• Sijil sah kuasa
Sijil sah kuasa digunakan oleh beberapa khidmat WAP, seperti khidmat perbankan, untuk memeriksa tandatangan sijil pelayan atau sijil sah kuasa lain. Anda boleh memuat turun sijil sah kuasa dari halaman WAP, jika
khidmat WAP menyokong penggunaan sijil sah kuasa. If you save the certificate, it is added to the certificate list on the phone. Sijil sah kuasa mungkin juga terdapat di dalam modul kawalan.
• Sijil pengguna
Sijil pengguna dikeluarkan kepada pengguna oleh Penguasa Sijil. Ia mengaitkan pengguna dengan kunci peribadi tertentu di dalam modul kawalan dan ia disimpan di dalam modul itu oleh pengeluar kad SIM atau pembekal perkhidmatan.

Tandatangan digital

Anda boleh membuat tandatangan digital menggunakan telefon anda. Tandatangan ini boleh dikesan balik kepada anda melalui kunci peribadi dan sijil yang berkaitan yang telah digunakan untuk tandatangan tersebut. Menggunakan tandatangan digital sama seperti menandatangani nama anda pada bil, kontrak atau dokumen kertas lain.
Untuk menggunakan tandatangan digital, pilih pautan pada halaman WAP, misalnya, tajuk buku yang ingin anda beli dan harganya. Teks yang hendak ditandatangani, kemungkinannya termasuk jumlah dan tarikh, misalnya akan dipaparkan.
56
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat WAP
Periksa bagi memastikan bahawa teks pengepala ialah Baca dan ikon tandatangan digital dipaparkan.
Nota: Jika ikon tandatangan digital tidak muncul, terdapat pecah kawalan, dan anda tidak harus memasukkan sebarang data peribadi seperti PIN tandatangan anda.
Untuk menandatangani teks, baca semua teks dahulu dan kemudian pilih T/tangan.
Nota: Teks mungkin tidak muat di dalam satu skrin. Oleh itu, pastikan anda menatal dan membaca semua teks sebelum menandatangani.
Pilih sijil pengguna yang ingin anda gunakan. Masukkan PIN menandatangan dan tekan OK. Ikon tandatangan digital akan hilang dan khidmat WAP mungkin memaparkan pengesahan pembelian anda.

Dompet

Di dalam Dompet anda boleh menyimpan maklumat peribadi dan membuat pembelian menggunakan telefon anda.
Anda boleh mengakses dompet melalui menu Dompet atau melalui browser WAP, lihat ”Garis panduan
umum untuk menggunakan kekunci­kekunci telefon” di halaman 50.
Apabila anda mengakses dompet buat pertama kali, anda perlu mencipta kod dompet anda sendiri. Pada Mencipta kod dompet: masukkan kod dan tekan OK untuk mengesahkannya dan pada Sahkan
kod dompet: masukkan kod sekali
lagi dan tekan OK.
Jika anda mahu memadam semua kandungan dompet dan kod dompet, masukkan *#3925538# (*#ewallet# dalam huruf) dalam mod tunggu sedia. Anda juga akan memerlukan kod kawalan telefon.
PIN menandatangan
PIN menandatangan dibekalkan bersama kad SIM jika kad SIM menyertakan modul kawalan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Menyimpan dan menukar maklumat kad peribadi

Untuk mengakses dompet, tekan
Menu, pilih Tambahan dan Dompet.
Jika perlu, masukkan kod dompet anda dan tekan OK, lihat ”Tetapan
dompet” di halaman 58. Pilih Kad
untuk melihat senarai kad. Bilangan maksimum kad ialah lima. Tatal ke kad yang diingini.
57
Khidmat WAP
• Untuk menyimpan maklumat pada kad, tekan Pilihan dan pilih
Pamer. Pilih
Maklumat kad untuk
memasukkan, misalnya, nama pemegang kad, jenis kad, nombor dan maklumat tamatnya tempoh.
Makl. pengguna untuk
menyimpan nama dan kata laluan pengguna.
Makl. hantaran untuk
menyimpan maklumat kontak anda.
Maklumat bil untuk
menyimpan maklumat kontak sekiranya berlaku keadaan di mana alamat menginvois berlainan dengan alamat anda, misalnya, dengan kad kredit syarikat.
Maklumat resit untuk
menyimpan nombor-nombor telefon dan alamat-alamat e­mel ke mana anda mahu pembekal perkhidmatan menghantar resit pembelian anda.
• Untuk membuat salinan kad, tekan Pilihan dan pilih Salin kad.
• Untuk memadam semua maklumat pada kad, tekan
Pilihan dan pilih Kosongkan kad.
• Untuk menamakan kad semula, tekan Pilihan dan pilih Nama
sem. kad.

Nota peribadi

Anda boleh menyimpan sehingga 30 nota peribadi sulit, misalnya, kata laluan, kod, atau memo.
Tekan Menu, pilih Tambahan,
Dompet, dan Nota peribadi. Tekan
Pilihan dan anda boleh melihat,
menambah, mengedit nota terpilih, dan mengisih nota sama ada melalui nama atau tarikh. Hantar sbg teks menyalin nota sebagai mesej teks.
Salin ke kalend. menyalin nota ke
kalendar sebagai peringatan. Guna
nombor mengambil nombor dari
nota.

Tetapan dompet

Tekan Menu, pilih Tambahan,
Dompet, dan Tetapan. Pilih
Permintaan kod untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan permintaan kod dompet. Anda perlu memasukkan kod dompet yang betul sebelum anda boleh menetap permintaan kod.
Tukar kod untuk menukar kod dompet.
58
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Khidmat WAP

Garis panduan untuk membayar pembelian anda dengan dompet

1. Akases tapak membeli-belah WAP yang diingini, lihat ”Membuat sambungan kepada
khidmat WAP” di halaman 49,
dan pilih produk yang ingin anda beli.
2. Untuk membayar pembelian anda, tekan Pilihan dan pilih
Guna dompet. Lihat ”Garis
panduan umum untuk menggunakan kekunci-kekunci telefon” di halaman 50.
3. Pilih kad yang ingin anda gunakan untuk membayar. Isi borang data yang anda terima dari pembekal perkhidmatan dengan memindahkan butiran kad kredit dari dompet. Jika anda mahu mengisi semua medan secara automatik, pilih Isi sem.
bidang. Pilihan hanya dipaparkan
apabila khidmat WAP menyokong piawai Bahasa Model Perdagangan Elektronik. Anda juga boleh mengisi borang dengan memilih medan maklumat dari kad satu persatu. Telefon memaparkan borang yang telah diisi.
4. Luluskan pembelian, dan maklumat dihantar.
5. Anda mungkin menerima dokumen tandatangan masuk dari khidmat WAP yang perlu anda tandatangani untuk membuat pembelian mengikat, lihat ”Tandatangan digital” di halaman 56.
6. Untuk menutup dompet, pilih
Tutup dompet. Lihat ”Garis
panduan umum untuk menggunakan kekunci-kekunci telefon” di halaman 50.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
59
Ciri-ciri lain

7. Ciri-ciri lain

Nota: Telefon anda mestilah dihidupkan untuk menggunakan fungsi-fungsi ini. Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Kalendar

Kalendar membantu anda menjejak peringatan, panggilan yang perlu anda buat dan hari jadi. Telefon akan membunyikan nada penggeraan apabila tarikh yang ditetapkan untuk sesuatu acara telah tiba jika anda telah menetapkan penggeraan untuk nota.
Tekan Menu, pilih Pengatur dan
Kalendar. Tatal ke hari yang anda
ingini. Jika anda mahu melihat nota­nota hari, tekan Pilihan dan pilih
Nota hari. Penunjuk nota
ditunjukkan di baris pertama. Anda boleh melihat sesuatu nota dengan menatal ke nota tersebut dalam pamer hari, kemudian menekan
Pilihan dan Pamer. Pamer minggu
menunjukkan empat minggu pada satu masa.
Pilihan-pilihan lain bagi kalendar mungkin termasuk:
• Pilihan-pilihan untuk membuat nota atau untuk menghantar nota langsung ke kalendar telefon lain sebagai mesej teks.
• Pilihan-pilihan untuk memadam, mengedit, memindah, dan mengulang nota, dan untuk menyalin nota ke hari lain.
Tetapan untuk menetap, misalnya tarikh, masa, format tarikh atau format masa. Di dalam pilihan Padam auto, anda boleh menetap telefon supaya memadam nota-nota lama secara automatik selepas masa yang ditentukan. Bagaimanapun, nota-nota berulang, sebagai contoh, nota hari jadi, tidak akan dipadam.

Membuat nota kalendar

Untuk memasukkan huruf dan nombor, lihat ”Mencipta teks” di halaman 25.
Tekan Menu, pilih Pengatur dan
Kalendar. Tatal ke tarikh yang anda
ingini, tekan Pilihan dan pilih Buat
nota. Pilih salah satu jenis nota yang
berikut:
Peringatan - Masukkan nota, tekan Pilihan dan Simpan. Pilih
60
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Ciri-ciri lain
sama ada anda mahu penggera berbunyi sebagai peringatan, dan masukkan masa jika anda mahu.
Panggil - Masukkan nombor telefon, dan tekan Pilihan dan
Simpan. Anda juga boleh
mencari nombor di dalam buku telefon dengan menekan Pilihan dan Cari. Kemudian masukkan masa untuk panggilan dan tekan
OK. Jika anda mahu, pilih
Dengan nada untuk menetap
penggeraan bagi nota dan masa untuk penggeraan.
Harijadi - Masukkan nama orang tersebut (atau cari ia di dalam buku telefon dengan menekan Pilihan dan Cari), tekan
Pilihan dan Simpan. Kemudian
masukkan tahun kelahiran dan tekan OK. Jika anda memasukkan tahun, nota menunjukkan umur orang tersebut selepas namanya. Jika anda mahu, pilih Dengan
nada untuk menetap penggeraan
bagi nota,dan masa untuk penggeraan.
Apabila isyarat nada telah ditetapkan, penunjuk dipaparkan apabila anda melihat nota-nota.

Apabila penggeraan telefon mengaktif bagi nota

Telefon berbunyi bip dan memaparkan nota. Apabila nota panggilan anda boleh memanggil nombor yang dipaparkan dengan menekan Untuk menghentikan penggera dan melihat nota, tekan Pamer. Untuk menghentikan penggera tanpa melihat nota, tekan Keluar.
berada di paparan,
.

Jam penggera

Jam penggera menggunakan format masa yang ditetap untuk jam. Jam penggera berjalan walaupun semasa telefon dimatikan.
Tekan Menu, pilih Pengatur dan
Jam penggera. Masukkan masa
penggeraan dan tekan OK. Untuk menukar masa selepas masa penggeraan ditetapkan, pilih Aktif.
Sila ambil perhatian bahawa selepas anda menetap penggeraan, anda boleh mematikan telefon, dan ia tetap akan membunyikan penggeraan pada masa yang ditetapkan.
Apabila masa penggeraan telah tamat tempohnya
Telefon akan membunyikan nada isyarat, dan Penggera! dan masa penggeraan akan memancar di paparan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
61
Ciri-ciri lain
Tekan Henti untuk menghentikan penggera. Jika anda membiarkan penggera terus berbunyi selama satu minit atau menekan Tunda, penggera berhenti selama beberapa minit dan kemudian berbunyi lagi.
Jika masa penggeraan telah tiba semasa telefon dimatikan, telefon akan hidup sendiri dan mula membunyikan nada penggeraan. Jika anda menekan Henti, telefon bertanya sama ada anda mahu mengaktifkan telefon untuk panggilan. Tekan Tidak untuk mematikan telefon atau Ya untuk membuat dan menerima panggilan.
Nota: Jangan tekan Ya apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Kalkulator

Kalkulator pada telefon anda menambah, menolak, mendarab, membahagi, menghitung kuasa dua dan punca kuasa dua dan menukar nilai-nilai mata wang.
Kalkulator ini mempunyai ketepatan yang terhad dan ralat pembulatan mungkin berlaku, terutamanya dalam pembahagian panjang.
1. Tekan Menu, pilih Tambahan dan Kalkulator.
2. Apabila ’0’ dipaparkan pada skrin, masukkan nombor pertama pengiraan, tekan perpuluhan.
3. Tekan Pilihan dan pilih Tambah,
Tolak, Darab, Bahagi, Kuasa dua, Punca kuasa 2, atau Tukar tanda.
Petua: Sebagai alternatif, tekan sekali untuk menambah, dua kali untuk menolak, tiga kali untuk mendarab atau empat kali untuk membahagi.
4. Masukkan nombor kedua.
5. Untuk jumlah, tekan Pilihan dan pilih Hasil. Ulang langkah 3 hingga 5 seberapa banyak kali yang perlu.
6. Untuk memulakan pengiraan baru, tekan dan tahan Padam dahulu.
untuk titik

Membuat penukaran mata wang

1. Tekan Menu, pilih Tambahan dan Kalkulator.
2. Untuk menyimpan kadar tukaran, tekan Pilihan dan pilih Kadar
tukaran. Pilih salah satu daripada
pilihan-pilihan yang dipaparkan. Masukkan kadar tukaran, tekan
untuk titik perpuluhan dan
tekan OK. Kadar tukaran akan
62
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Ciri-ciri lain
tetap berada di dalam memori sehingga anda menggantikannya dengan kadar tukaran yang lain.
3. Untuk membuat penukaran mata wang, masukkan jumlah yang hendak ditukar, tekan Pilihan dan pilih Dlm. tempatan atau
Dalam asing.
Anda juga boleh membuat penukaran mata wang dalam mod tunggu sedia. Masukkan jumlah yang hendak ditukar, tekan Pilihan dan pilih Dlm. tempatan atau
Dalam asing.

Jam randik

Anda boleh mengukur masa dan mengambil masa pertengahan atau masa pusingan menggunakan jam randik. Semasa mengukur masa, fungsi-fungsi telefon yang lain boleh digunakan.
Menggunakan jam randik memerlukan kuasa bateri dan masa operasi telefon akan berkurangan. Berhati-hati agar tidak membiarkan ia berjalan di latar belakang apabila melaksanakan operasi-operasi lain dengan telefon anda.

Mengukur masa dan menyela masa

1. Tekan Menu, pilih Tambahan,
Jam randik, dan P'misahan masa.
Anda boleh memilih Teruskan jika jam randik sedang berjalan di latar belakang, misalnya, disebabkan panggilan masuk.
2. Tekan Mula untuk memulakan pengukuran masa. Tekan
Pisahkan setiap kali anda mahu
mengambil masa pertengahan. Masa pertengahan disenaraikan di bawah masa yang berjalan di paparan. Tatal untuk melihat masa-masa.
3. Tekan Henti untuk menghentikan pengukuran masa.
4. Tekan Pilihan dan pilih
Mula untuk memulakan jam
randik semula. Masa yang baru ditambahkan kepada masa yang sebelumnya.
Simpan untuk menyimpan
masa. Masukkan nama untuk masa yang diukur dan tekan
OK. Jika tiada nama yang
dimasukkan, jumlah masa digunakan sebagai tajuk.
Tetap semula untuk menetap
semula masa tanpa menyimpannya.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
63
Ciri-ciri lain

Masa pusingan

Tekan Menu, pilih Tambahan, Jam
randik, dan Masa pusingan. Tekan
Mula untuk memulakan jam randik
dan Pusingan untuk mengambil masa pusingan. Tekan Henti untuk menghentikan pengukuran masa. Tekan Pilihan dan anda boleh menyimpan atau menetap semula masa-masa pusingan. Rujuk kepada ”Mengukur masa dan menyela
masa” di halaman 63.

Melihat dan memadam masa

Tekan Menu, pilih Tambahan dan
Jam randik.
Jika jam randik telah ditetap semula, anda boleh memilih T'njukkan akhir untuk melihat masa yang terbaru diukur. Pilih Pamer m asa dan senarai nama atau masa akhir bagi kumpulan masa dipaparkan. Pilih kumpulan masa yang ingin anda lihat.
Untuk memadam masa yang disimpan, tekan Pilihan dan pilih
Padam masa. Pilih S'mua b'sama pd
dan tekan OK, atau pilih Satu
persatu dan tatal ke masa yang
ingin anda hapuskan. Tekan Padam dan tekan OK.

Pemasa undur

Tekan Menu, pilih Tambahan dan
Pemasa undur. Masukkan masa
penggeraan dalam kiraan jam dan minit dan tekan OK untuk memulakan pengira masa undur. Jika anda suka, anda boleh menulis nota, yang akan dipaparkan apabila masanya tiba, dan tekan OK. Apabila pengira masa berjalan, penunjuk ditunjukkan di dalam mod tunggu sedia.
Jika masa penggeraan telah tiba apabila telefon sedang dalam mod tunggu sedia, telefon membunyikan satu nada dan memancarkan nota, atau jika nota belum ditetapkan,
Pemasa undur tamat. Hentikan
penggera dengan menekan OK. Jika tiada kekunci yang ditekan, penggera berhenti selepas 30 saat. Tekan OK untuk memadam nota.
Untuk menghentikan pengira masa undur atau mengubah masa pengiraan undur:
Tekan Menu, pilih Tambahan dan
Pemasa undur. Pilih Tukar masa
untuk melaras pengira masa semula, atau Henti pemasa untuk menghentikan pengira masa.
64
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Ciri-ciri lain

Permai nan

Memulakan permainan

Tekan Menu, pilih Permainan dan
Pilih permainan. Pilih permainan
yang ingin anda main. Jika terdapat untuk permainan tersebut, pilih jenis permainan dan kemudian
Permainan baru.
Anda boleh membaca arahan tentang cara menggunakan kekunci­kekunci dan bagaimana permainan berjalan dengan menekan Arahan dari submenu.

Khidmat permainan dan tetapan permainan

Tekan Menu, pilih Permainan dan
Khid. p'mainan atau Tetapan. Pilih
Khid. p'mainan dan telefon akan cuba menyambung kepada halaman-halaman WAP Kelab Nokia menggunakan tetapan­tetapan khidmat yang sedang aktif.
Jika sambungan gagal, anda mungkin tidak dapat mengakses Kelab Nokia dari khidmat WAP yang tetapan-tetapan sambungannya sedang aktif. Dalam hal ini, masuk menu
Perkhidmatan dan aktifkan satu
lagi kumpulan tetapan khidmat, lihat ”Membuat sambungan
kepada khidmat WAP” di
halaman 49. Cuba lagi untuk menyambung kepada Kelab Nokia.
Untuk keterdapatan khidmat WAP yang berbeza, harga dan tarif, hubungi operator rangkaian anda dan/atau pembekal khidmat WAP.
Tetapan untuk menetap bunyi, lampu dan penggetar, bagi permainan.
Di bawah Tetapan, pilih Kawalan
main. dan
Lalai untuk mengaktifkan
tetapan-tetapan permainan yang dioptimumkan apabila anda tidak menggunakan asas permainan.
Asas permainan untuk
mengaktifkan tetapan­tetapan permainan yang dioptimumkan apabila anda menggunakan asas permainan.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
65
Ciri-ciri lain

Aplikasi

Menu ini membolehkan anda mengurus aplikasi-aplikasi Java yang dipasang pada telefon anda. Perisian telefon anda menyertakan aplikasi Java yang direka bentuk khas untuk telefon Nokia ini. Pelbagai pembekal perkhidmatan menawarkan aplikasi­aplikasi lain melalui khidmat WAP. Sebelum anda boleh menggunakan aplikasi-aplikasi ini anda perlu memuat turunnya ke dalam telefon anda.

Melancarkan aplikasi

1. Tekan Menu, pilih Aplikasi dan
Pilih aplikasi.
2. Tatal ke satu aplikasi atau kumpulan aplikasi (nama bergantung kepada aplikasi).
3. Tekan Pilihan dan pilih Buka atau tekan . Jika pemilihan ialah satu aplikasi ia akan dilancarkan.
Jika tidak, satu senarai aplikasi di dalam kumpulan aplikasi yang terpilih dipaparkan. Untuk melancarkan satu aplikasi, tatal ke aplikasi yang diingini, tekan
Pilihan dan pilih Buka, atau
tekan
.
Petua: Jika sesuatu aplikasi menggunakan seluruh bahagian paparan, tiada nama kekunci pemilihan yang akan dipaparkan. Tekan kekunci pemilihan untuk melihat senarai pilihan. Kemudian pilih salah satu pilihan atau tekan Balik untuk meneruskan aplikasi.
atau
Pilihan-pilihan lain yang terdapat bagi sesuatu aplikasi atau kumpulan aplikasi
Padam untuk memadam aplikasi atau kumpulan aplikasi dari telefon.
Akses web untuk menyekat aplikasi daripada mengakses rangkaian. Pilih Tanya dulu dan telefon akan meminta akses net,
Dibenarkan untuk membenarkan
akses net, atau Tak dibenar untuk tidak membenarkan akses net.
Semak versi untuk memeriksa sama ada versi baru aplikasi terdapat untuk dimuat turun dari khidmat WAP.
Laman web untuk memberi maklumat lanjut atau data tambahan bagi aplikasi dari halaman Internet. Ciri ini mestilah disokong oleh rangkaian. Ia hanya ditunjukkan jika alamat Internet telah disertakan bersama aplikasi.
66
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Ciri-ciri lain
Butiran untuk memberi maklumat tambahan mengenai aplikasi.

Memuat turun aplikasi

Anda boleh memuat turun aplikasi­aplikasi Java baru dengan beberapa cara berlainan:
•Tekan Menu, pilih Aplikasi dan
Khid. aplikasi dan senarai
penanda buku WAP dipaparkan. Misalnya, anda mungkin menemui aplikasi Java yang sesuai di halaman-halaman WAP Kelab Nokia, lihat ”Penanda
buku” di halaman 53.
•Tekan Menu dan pilih
Perkhidmatan untuk mencari
halaman WAP dari mana anda boleh memuat turun aplikasi Java yang sesuai. Lihat ”Menyemak
imbas halaman khidmat WAP” di
halaman 50.
• Gunakan fungsi memuat turun permainan, lihat ”Khidmat
permainan dan tetapan permainan” di halaman 65.
Sila ambil perhatian bahawa Nokia tidak memberi jaminan bagi aplikasi-aplikasi dari tapak yang bukan Nokia. Jika anda memilih untuk memuat turun aplikasi-aplikasi Java darinya, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga yang sama, bagi keselamatan dan kandungan, dengan yang anda lakukan untuk sebarang tapak lain.
Sila ambil perhatian bahawa apabila memuat turun permainan atau aplikasi, ia boleh disimpan di dalam menu Permainan dan bukan menu
Aplikasi.

Status memori bagi aplikasi

Untuk melihat jumlah memori yang terdapat bagi pemasangan permainan dan aplikasi, tekan
Menu, pilih Aplikasi dan Memori.
Sila ambil perhatian bahawa kandungan Galeri boleh menjejas jumlah memori yang terdapat untuk aplikasi.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
67
Ciri-ciri lain

Khidmat SIM

Sebagai tambahan kepada fungsi-fungsi yang terdapat pada telefon, kad SIM anda menyediakan khidmat­khidmat tambahan yang boleh anda akses dalam Menu 13. Menu 13 hanya dipaparkan jika ia disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan menu bergantung seluruhnya kepada khidmat yang terdapat.
Nota: Untuk keterdapatan, kadar dan maklumat mengenai penggunaan khidmat SIM, hubungi penjual kad SIM anda, misalnya operator rangkaian, pembekal perkhidmatan atau penjual lain.
Anda boleh menetap telefon supaya menunjukkan anda mesej pengesahan yang dihantar antara telefon anda dengan rangkaian apabila anda menggunakan khidmat SIM dengan menekan pilihan Ya di dalam 6-3-6, Sah tindakan
p'khidmatan SIM.
Sila ambil perhatian bahawa mengakses khidmat-khidmat ini melibatkan penghantaran mesej teks atau panggilan yang dibuat yang boleh dikenakan bayaran.
68
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

8. Kenyataan bateri

Kenyataan bateri

Mengecas dan menyahcas

Telefon anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas semula.
Sila ambil perhatian bahawa prestasi penuh bateri baru dicapai hanya selepas dua atau tiga kitaran lengkap pengecasan dan penyahcasan!
Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali tetapi lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa operasi (masa bual dan masa tunggu sedia) nyata lebih pendek dari biasa, sudah tiba masanya anda membeli bateri baru.
Gunakan hanya bateri yang diluluskan oleh pembuat telefon dan cas semula bateri anda hanya dengan pengecas yang diluluskan oleh pembuat. Cabut pengecas apabila tidak digunakan. Jangan biarkan bateri tersambung kepada pengecas lebih dari seminggu, kerana pengecassan berlebihan boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan tanpa digunakan bateri yang dicas penuh lama kelamaan akan menyahcas dengan sendiri.
Suhu keterlaluan boleh menjejas keupayaan bateri untuk mengecas.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya.
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri yang rosak.
Jangan melitar pintas bateri. Litar pintas yang tidak disengajakan boleh berlaku apabila objek logam (duit syiling, klip atau pen) menyebabkan sambungan langsung terminal-terminal + dan – bateri (jalur-jalur logam pada bateri) misalnya apabila anda membawa bateri ganti di dalam kocek atau beg tangan anda. Melitar pintas terminal-terminal boleh merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.
Membiarkan bateri di tempat panas atau sejuk, seperti di dalam kereta dalam keadaan musim panas atau musim sejuk, akan mengurangkan keupayaan dan hayat bateri. Sentiasa pastikan bateri bersuhu antara 15°C dan 25°C. Telefon yang mempunyai bateri yang panas atau sejuk boleh tidak berfungsi buat sementara, walaupun apabila bateri telah dicas sepenuhnya. Prestasi bateri terutamanya terhad dalam suhu yang jauh di bawah beku.
Jangan buang bateri ke dalam api!
Buang bateri menurut peraturan tempatan (misalnya kitaran semula). Jangan buang sebagai sisa rumah.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
69
Aksesori Tulen

9. Aksesori Tulen

Berbagai-bagai jenis aksesori baru terdapat untuk telefon anda. Pilih aksesori yang menampung keperluan komunikasi anda yang khusus.
Beberapa aksesori diperihalkan dengan terperinci di bawah.
Untuk mengetahui sama ada sesuatu aksesori terdapat ataupun tidak sila tanya peniaga setempat anda. Beberapa petua praktikal bagi operasi aksesori:
• Jauhkan aksesori-aksesori dari kanak-kanak kecil.
• Apabila anda mencabut kord kuasa sebarang aksesori, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
• Periksa secara tetap untuk memastikan semua peralatan telefon selular di dalam kenderaan dipasang dan beroperasi dengan betul.
Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan oleh pembuat telefon. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang diberi untuk telefon ini, dan mungkin merbahaya.
70
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Bateri
Jenis Tek Keupayaan Masa bual Tunggu
BLC-2 Li-lon 1000 mAh 2 jam 30min -
4 jam 30min
sedia
Sehingga 13 hari

Di Dalam Bangunan

Pengecas biasa (ACP-7)

Pengecas kecil, ringan dan tahan lasak ACP-7 menyediakan cara mudah yang menyenangkan untuk mengecas telefon. Ia mudah disambungkan kepada telefon atau pesawat mengecas atas meja.
Nota: Jenis palam berbeza-beza mengikut pasaran yang berlainan.
Aksesori Tulen

Pesawat Pengecas Bateri (DDC-1)

Pesawat Pengecas Bateri memberi anda huraian padat untuk mengecas bateri ganti anda. Status pengecasan ditandakan dengan lampu. Lampu merah menandakan pengecasan sedang berjalan; lampu hijau menandakan pengecasan telah selesai. Jika pengecasan dilumpuhkan disebabkan suhu bateri, ini ditandakan dengan pancaran pantas merah dan hijau. Untuk operasi, keselamatan, penjagaan dan penyelenggaraan, lihat panduan pemilik telefon anda.

Di Dalam Bangunan dan Kenderaan

Kit Alat Dengar Peribadi (HDC-5)

Kit Bebas Tangan peribadi yang padat dan berfungsi dengan Kawalan Jauh. Dengan menggunakan pilihan kawalan jauh, anda boleh menjawab dan menamatkan panggilan dengan menekan butang pada bahagian mikrofon Bebas Tangan Peribadi.
Huraian bebas tangan yang berkesan kos untuk penggunaan di dalam dan di luar bangunan.

Kenderaan

Pengecas Bergerak (LCH-9)

Pengecas Bergerak berbilang voltan, LCH-9, memastikan telefon anda sentiasa sedia untuk digunakan bila­bila masa anda mengembara. Reka bentuk berfungsi pengecas kecil ini sesuai untuk kebanyakan pemetik api dan dalaman kereta.
Lampu hijau menandakan Pengecas Bergerak sudah bersedia untuk mengecas. Periksa status mengecas di paparan telefon. Voltan input boleh jadi 12 atau 24 V DC, pembumian negatif.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
71
Aksesori Tulen
Elakkan daripada mengecas terlalu lama menggunakan Pengecas Bergerak apabila enjin kereta tidak berjalan; ini boleh melemahkan bateri kereta anda. Sila ambil perhatian juga bahawa di dalam sesetengah kereta palam pemetik api rokok tidak disediakan dengan kuasa elektrik jika pencucuhan dimatikan. Pastikan bahawa lampu LED hijau bernyala.

Bebas Tangan Palam dan Main (PPH-1)

Untuk memberi anda kemudahan bebas tangan yang menyenangkan dan mudah alih semasa di dalam kenderaan, kit ini lengkap dengan speaker terbina dalam yang membolehkan anda berbual di telefon dan mengecas telefon anda pada masa yang sama. Anda harus pastikan bahawa kit tersebut, yang memerlukan voltan input 12 volt, boleh dipalamkan dengan betul ke dalam soket pemetik api rokok dan tidak menghalang operasi kenderaan anda. Sambungkan sahaja pengecas bergerak kepada soket pemetik api rokok kenderaan anda dan kepada telefon anda. Harus digunakan bersama dengan pemegang dalam­kenderaan. Boleh digunakan dengan atau tanpa mikrofon luaran opsyenal
HFM-8. Masa pengecasan bergantung kepada keadaan bateri.
72
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Penjagaan dan Penyelenggaraan

10. Penjagaan dan Penyelenggaraan

Telefon anda adalah produk hasil reka bentuk dan ketukangan unggul dan harus dijaga dengan baik. Saranan-saranan di bawah ini akan membantu anda memenuhi sebarang obligasi waranti dan menikmati produk ini selama bertahun­tahun.
• Jauhkan telefon dan semua bahagian dan aksesorinya dari kanak-kanak kecil.
• Pastikan telefon sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan dan semua jenis cecair atau lembapan boleh mengandungi mineral-mineral yang akan mengakis litar elektronik.
• Jangan simpan telefon di tempat yang berhabuk dan kotor. Bahagian­bahagiannya yang boleh digerakkan boleh menjadi rosak.
• Jangan simpan telefon di tempat yang panas. Suhu tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik, merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan plastik tertentu.
• Jangan simpan telefon di tempat yang sejuk. Apabila ia menghangat (ke suhu normalnya), lembapan boleh membentuk di dalamnya, yang boleh merosakkan papan litar elektronik.
• Jangan cuba membuka telefon. Pengendalian tidak mahir boleh merosakkannya.
• Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang telefon. Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan litar dalaman.
• Jangan gunakan kimia, pelarut pembersihan, atau detergen yang keras untuk membersihkan telefon.
• Jangan cat telefon. Cat boleh menyebabkan menyebabkan bahagian-bahagian yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang operasi sempurna.
• Gunakan hanya antena ganti yang dibekalkan atau diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak dibenarkan boleh merosakkan telefon dan mungkin melanggar peraturan-peraturan yang berkuatkuasa bagi peranti radio.
Semua saranan yang di atas sama berkaitan dengan telefon anda, bateri, pengecas atau sebarang aksesori. Jika ada di antaranya tidak berfungsi dengan betul, bawa ia ke kemudahan servis berkelayakan yang terdekat dengan anda. Kakitangan di sana akan membantu anda dan, jika perlu, menguruskan servis.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
73
Maklumat Penting Bagi Keselamatan

11. Maklumat Penting Bagi Keselamatan

Keselamatan Llalu Llintas

Jangan gunakan telefon yang dipegang tangan semasa memandu kenderaan. Sentiasa pasang telefon di dalam pemegangnya dengan kukuh; jangan letakkan telefon di tempat duduk penumpang atau di mana ia boleh tercampak dalam perlanggaran atau pemberhentian mendadak.
Ingatlah, sentiasa utamakan keselamatan di jalan raya!

Sekitaran operasi

Anda mesti ingat untuk mematuhi sebarang peraturan khas yang berkuatkuasa di mana-mana kawasan dan sentiasa matikan telefon anda di mana penggunaannya dilarang, atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Gunakan telefon hanya dengan gaya beroperasi biasa.
Sebahagian daripada telefon adalah bermagnet. Bahan-bahan logam boleh tertarik pada telefon, dan orang-orang yang menggunakan alat bantuan pendengaran tidak seharusnya memegang telefon pada telinga yang menggunakan alat bantuan pendengaran. Sentiasa letakkan telefon dengan kukuh di dalam pemegangnya, kerana bahan-bahan berlogam boleh tertarik pada cuping telinga. Jangan letakkan kad kredit atau medium storan bermagnet dekat dengan telefon, kerana maklumat yang tersimpan padanya boleh terpadam.

Peranti elektronik

Kebanyakan peralatan elektronik modern dilindungi daripada isyarat frekuensi radio (RF). Bagaimanapun, peralatan elektronik tertentu mungkin tidak dilindungi daripada isyarat RF dari telefon wayarles anda.

Perentak jantung

Pembuat perentak jantung menyarankan jarak pemisah minimum sejauh 20 sm dikekalkan antara telefon wayarles pegang tangan dan perentak jantung bagi mengelakkan gangguan yang boleh berlaku kepada perentak jantung. Saranan-saranan ini adalah selaras dengan penyelidikan bebas oleh dan saranan-saranan daripada Penyelidikan Teknologi Wayarles. Orang-orang yang menggunakan perentak jantung:
• Harus sentiasa memegang telefon lebih daripada 20 sm dari perentak jantung mereka apabila telefon dihidupkan;
• Tidak harus membawa telefon di dalam saku dada;
• Harus menggunakan telinga yang bertentangan dengan perentak jantung untuk meminimumkan gangguan yang mungkin berlaku.
• Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mengesyaki bahawa gangguan sedang berlaku, matikan telefon anda dengan segera.
74
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Maklumat Penting Bagi Keselamatan
Alat bantuan pendengaran
Sesetengah telefon wayarles boleh mengganggu sesetengah alat bantuan pendengaran. Jika gangguan seperti itu berlaku, anda mungkin mahu mendapatkan nasihat dari pembekal perkhidmatan anda.
Alat-alat perubatan lain
Operasi sebarang peralatan pemancar radio, termasuk telefon selular, boleh mengganggu fungsi alat-alat perubatan yang tidak dilindungi secukupnya. Anda harus berjumpa dengan pakar perubatan atau pembuat alat perubatan tersebut untuk menentukan sama ada ia dilindungi secukupnya daripada tenaga RF luaran atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Matikan telefon anda di kemudahan jagaan kesihatan apabila peraturan-peraturan yang dilekatkan di tempat-tempat ini mengarahkan anda berbuat demikian. Hospital atau kemudahan jagaan kesihatan mungkin menggunakan peralatan yang peka terhadap tenaga RF luaran.
Kenderaan
Isyarat RF boleh menjejas sistem elektronik yang tidak dipasang dengan betul atau tidak dilindungi secukupnya di dalam kenderaan bermotor (misalnya sistem pancitan bahan bakar elektronik, sistem brek anti-kelincir (anti-kunci) elektronik, sistem kawalan kelajuan elektronik, istem beg udara). Periksa dengan pembuat atau wakilnya mengenai kenderaan anda. Anda juga harus mendapatkan nasihat daripada pembuat sebarang peralatan yang telah ditambahkan pada kenderaan anda.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Kemudahan bernotis tampal
Matikan telefon anda di sebarang kemuudahan di mana notis-notis telah ditampal mengarahkan anda berbuat demikian.
Keadaan di mana letupan
boleh berlaku
Matikan telefon anda apabila berada di sebarang kawasan di mana letupan boleh berlaku dan patuhi semua papan tanda dan arahan. Percikan api di kawasan­kawasan seperti itu boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan kecederaan pada badan ataupun kematian.
Para pengguna dinasihatkan supaya mematikan telefon apabila berada di tempat mengisi bahan bakar (stesen servis). Para pengguna diingatkan tentang perlunya mematuhi sekatan­sekatan yang dikenakan ke atas peralatan radio di depo bahan bakar (kawasan-kawasan penyimpanan dan pengedaran bahan bakar), loji kimia atau di mana operasi peletupan sedang dijalankan.
Kawasan-kawasan di mana letupan boleh berlaku sering tetapi tidak semestinya ditandakan dengan jelas. Ini termasuk di bawah dek di bot; kemudahan pemindahan atau penyimpanan kimia; kenderaan yang menggunakan gas petroleum cair (seperti propana atau butana); kawasan-kawasan di mana udaranya mengandungi kimia atau zarah, seperti butiran, habuk atau serbuk logam; dan sebarang kawasan lain di mana anda biasanya dinasihatkan agar mematikan enjin kenderaan anda.
75
Maklumat Penting Bagi Keselamatan
Kenderaan
Hanya kakitangan yang berkelayakan harus menservis telefon, atau memasang telefon di dalam kenderaan. Pemasangan atau servis yang tidak betul membahayakan dan boleh mentaksahkan sebarang waranti yang mungkin berkaitan dengan unit ini.
Periksa dengan tetap untuk memastikan semua peralatan telefon wayarles di dalam kenderaan anda telah dipasang dan beroperasi dengan betul.
Jangan simpan atau bawa cecair mudah terbakar, gas atau bahan mudah meletup di dalam tempat yang sama dengan telefon, bahagian-bahagiannya atau aksesori-aksesorinya.
Untuk kenderaan yang dilengkapi dengan beg udara, anda harus ingat bahawa beg udara mengembung dengan daya yang amat kuat. Jangan letakkan barang­barang, termasuk kedua-dua peralatan wayarles terpasang atau yang mudah dialih di tempat di atas beg udara atau di tempat pelancaran beg udara. Jika peralatan wayarles dalam-kenderaan tidak dipasang dengan betul dan beg udara mengembung, kecederaan serius boleh berlaku.
Menggunakan telefon anda semasa di udara adalah dilarang. Matikan telefon anda sebelum menaiki kapal terbang. Penggunaan telefon wayarles di dalam kapal terbang boleh membahayakan pengendalian kapal terbang, mengganggu rangkaian telefon wayarles dan boleh menyalahi undang-undang.
Kegagalan mematuhi arahan-arahan ini boleh membawa kepada penggantungan atau penolakan khidmat telefon terhadap pesalah, atau tindakan undang­undang atau kedua-duanya sekali.
Panggilan kecemasan
Penting:
Telefon ini, seperti mana-mana telefon wayarles, beroperasi menggunakan isyarat radio, rangkaian wayarles dan talian darat serta fungsi-fungsi diprogram pengguna. Oleh kerana itu, sambungan dalam semua keadaan tidak dapat dijamin. Oleh itu, anda tidak harus bergantung semata-mata kepada sebarang telefon wayarles untuk komunikasi penting (misalnya, kecemasan perubatan).
Panggilan kecemasan mungkin tidak boleh dibuat pada semua rangkaian telefon wayarles atau apabila khidmat rangkaian tertentu dan/atau ciri-ciri telefon sedang digunakan. Periksa dengan pembekal perkhidmatan setempat.
Untuk membuat panggilan
kecemasan:
1. Jika telefon tidak dihidupkan, hidupkan ia. Periksa untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi.
Sesetengah rangkaian mungkin memerlukan kad SIM yang sah dimasukkan dengan betul ke dalam telefon.
76
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
Maklumat Penting Bagi Keselamatan
2. Tekan seberapa banyak kali yang perlu (misalnya untuk keluar dari panggilan, untuk keluar dari menu, dll.) untuk mengosongkan paparan dan menyediakan telefon untuk panggilan.
3. Masukkan nombor kecemasan bagi lokasi semasa anda (misalnya 112 atau nombor kecemasan rasmi lain). Nombor-nombor kecemasan berbeza mengikut lokasi.
4. Tekan kekunci .
Jika ciri-ciri tertentu sedang digunakan, anda mungkin perlu menyahaktifkan ciri­ciri tersebut dahulu sebelum anda boleh membuat panggilan kecemasan. Rujuk kepada panduan ini dan pembekal perkhidmatan selular setempat anda.
Apabila membuat panggilan kecemasan, jangan lupa untuk memberi semua maklumat yang perlu seberapa tepat yang mungkin. Anda harus ingat bahawa telefon wayarles anda mungkin satu­satunya alat komunikasi di tempat kemalangan – jangan putuskan panggilan sehingga diberi kebenaran untuk berbuat demikian.
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
77
Maklumat Penting Bagi Keselamatan
Maklumat Pensijilan (SAR)
TELEFON MODEL INI MEMENUHI KEPERLUAN-KEPERLUAN UNTUK PENDEDAHAN KEPADA GELOMBANG RADIO.
Telefon bimbit anda adalah alat pemancar dan penerima radio. Ia direka bentuk dan dibuat supaya tidak melebihi had-had bagi pendedahan kepada frekuensi radio (RF) yang disyorkan oleh garis-garis panduan antarabangsa (ICNIRP). Had-had ini adalah sebahagian daripada garis-garis panduan komprehensif dan mewujudkan paras­paras tenaga RF yang dibenarkan bagi penduduk umum. Garis-garis panduan ini dihasilkan oleh pertubuhan-pertubuhan saintifik bebas menerusi penilaian berkala dan teliti kajian-kajian saintifik. Garis-garis panduan ini termasuk margin keselamatan yang cukup besar yang bertujuan untuk memastikan keselamatan semua orang, tanpa mengira usia dan kesihatan.
Piawai pendedahan bagi telefon bimbit menggunakan unit ukuran yang dikenali sebagai Kadar Penyerapan Tertentu, atau SAR. Had SAR yang dinyatakan di dalam garis panduan antarabangsa ialah 2.0 W/ kg*. Ujian-ujian bagi SAR telah dijalankan menggunakan kedudukan­kedudukan operasi biasa dengan telefon memancar pada paras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang diuji. Walaupun SAR ditentukan pada paras kuasa diperakui yang tertinggi, SAR sebenar telefon semasa beroperasi boleh jadi jauh di bawah nilai maksimum. Ini adalah kerana telefon ini direka bentuk supaya beroperasi pada paras kuasa yang
berbilang agar ia menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk menghubungi rangkaian. Pada umumnya, lebih dekat anda berada dengan sebuah stesen pangkalan, lebih rendahlah keluaran kuasa telefon.
Nilai SAR tertinggi bagi telefon model ini apabila diuji untuk penggunaan pada telinga ialah 0.69 W/kg. Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara paras-paras SAR pelbagai telefon dan pada pelbagai kedudukan, semua telefon memenuhi garis panduan antarabangsa yang relevan bagi pendedahan RF.
* Had SAR bagi telefon bimbit yang digunakan oleh orang awam ialah 2.0 watt/kilogram (W/kg) dipuratakan pada sepuluh gram tisu badan. Garis-garis panduan ini mengandungi margin keselamatan yang cukup besar untuk memberi perlindungan tambahan kepada orang awam dan untuk menerangkan sebarang variasi dalam pengukuran. Nilai-nilai SAR mungkin berbeza-beza bergantung kepada keperluan-keperluan melapor kebangsaan dan jalur rangkaian. Untuk maklumat SAR di kawasan­kawasan lain sila lihat di bawah maklumat produk di www.nokia.com.
78
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.

Indeks

A
akses kod
kata laluan menyekat xiv
Aksesori 70 Aksesori Tulen 70 aplikasi 66 Aplikasi Java 66 arkib 31
B
Bateri 70 bual 32 buku telefon 16
memadam nama dan nombor 19 menambah nama 17 mencari nama 18 mengedit nama, nombor atau perkara teks 19 menyalin 19 menyimpan berbilang nombor dan perkara teks 17 tetapan 20
D
daftar panggilan 10
memadam senarai panggilan terbaru 11 nombor yang didail 11 panggilan yang tidak dijawab dan panggilan yang diterima 11 pembilang panggilan dan pemasa panggilan 12
dail suara 15 dail cepat 10 Dompet 57
kad peribadi 57 membayar pembelian anda 59 nota peribadi 58 tetapan 58
E
editor arahan khidmat 33 e-mel
membaca dan membalas 30 mencipta dan menghantar 28 templat 29
F
fungsi menu i fungsi panggilan 9
dail cepat 10 membuat panggilan 9 mendail semula nombor terakhir 9 menjawab atau menolak panggilan masuk
9
panggilan persidangan 13 pilihan-pilihan semasa panggilan 13
G
galeri 38
I
input teks ramal 25 input teks tradisional 27
J
jam penggera 61 jam randik 63
K
kad niaga
menghantar dan menerima 20 kalendar 60 kalkulator 62
penukaran mata wang 62 kata laluan menyekat xiv kawal kekunci 5 kawal kekunci automatik 40 kekunci dan penyambung 1 kertas hias dinding 42 Khidmat SIM 68 kod akses xiv
kod kawalan xiv
Kod PIN xiv
kod PIN2, kod PIN2 xiv
kod PUK xiv kod kawalan xiv Kod PIN xiv kod PUK xiv
L
logo operator 43
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
79
M
Maklumat bateri
jenis 70 Memasang kad SIM dan bateri 3 membuat panggilan 9 memuat turun
aplikasi 67
imej dan nada 38
nada deringan 22
permainan 65 menambah nama di dalam buku telefon 17 menanggalkan kad SIM 4 mencipta teks 25 mendail semula nombor 9 menghidupkan dan mematikan telefon 4 menjawab panggilan 9 menolak panggilan 9 menu khidmat 46 menukar bateri 4 menukar penutup 6 mesej maklumat 33 mesej multimedia 34
folder peti masuk, peti keluar,
disimpan, dan perkara dihantar
galeri 38
membaca dan membalas 36
mencipta dan menghantar 34
tetapan 37 mesej teks
folder Saya dan folder arkib 31
input teks ramal 25
input teks tradisional 27
memadam 31
membaca dan membalas 30
mencipta dan menghantar 24
mencipta teks 25
peti keluar 31
peti masuk 31
templat 29
tetapan 32 modul kawalan 55
sijil 55
36
N
nada 22
nada deringan untuk setiap nama 23 nombor khidmat 21 nombor yang didail 11
80
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
P
panggilan persidangan 13 panggilan yang diterima 11 panggilan yang tidak dijawab 11 Pemasa undur 64 penguncian pad kekunci 5
kawal kekunci automatik 40 penukaran mata wang 62 penunjuk-penunjuk 2 permainan 65 peti keluar 31 peti masuk 31 peti mel suara 10 profil 22
S
senarai fungsi menu i
T
tag suara
memainkan semula, menukar dan
memadam
membuat panggilan 16
menambah 15 tali bimbit 7 tandatangan digital 56 templat 29 tetapan
mesej multimedia 37
mesej teks 32
tetapan aksesori 43
tetapan kawalan 44
tetapan masa dan tarikh 40
tetapan paparan 42
tetapan telefon 40 tetapan masa dan tarikh 40 tetapan nada 22 tetapan panggilan 14 tetapan paparan 42 tetapan telefon 40
16
W
WAP 46
kawalan browser 55
memori cache 54
menamatkan sambungan 51
menggunakan kekunci-kekunci
telefon
50
menyambung kepada khidmat
WAP 49
menyediakan telefon 46 menyemak imbas 50 modul kawalan 55 penanda buku 53 peti masuk khidmat 53 sijil modul kawalan 55 tandatangan digital 56 tetapan kemunculan browser 52 tetapan khidmat 46 tetapan muat turun 52
Copyright © 2006 Nokia. All rights reserved.
81
Loading...