Lenovo S90-A
Pdn Pnggna V1.1
Asas
Sebelum menggunakan maklumat ini dan produk yang disokongnya, pastikan anda membaca item
berikut:
Panduan Bermula Pantas
Notis Kawal Selia
Lampiran
Panduan Bermula Pantas dan Notis Kawal Selia telah dimuat naik ke tapak web di
http://support.lenovo.com.
Skrin utama
Skrin utama ialah titik permulaan penggunaan telefon anda. Untuk kemudahan anda, skrin utama sudah
disediakan dengan beberapa apl dan widget yang berguna.
Perhatian: Ciri telefon dan skrin utama anda mungkin berbeza, bergantung pada lokasi, bahasa,
pengendali rangkaian dan model anda.
Mengurus skrin utama
Anda boleh menambahkan, mengalih atau memadamkan skrin utama menggunakan Pengurus Skrin.
1. Tekan butang Menu, kemudian ketik Pengurus Skrin.
Atau, rapatkan dua jari anda dalam gerakan mencubit pada sebarang skrin utama untuk membuka
Pengurus Skrin.
Petua: Pengurus skrin memaparkan lakaran kecil skrin utama. Skrin utama lalai mempunyai
dalam lakaran kecilnya manakala skrin utama yang lain mempunyai dalam lakaran kecilnya.
2. Lakukan sebarang perkara berikut:
Untuk menambahkan skrin utama, ketik .
Untuk mengalihkan skrin utama, tekan dan tahan lakaran kecil skrin sehingga saiz lakaran menjadi
besar sedikit, seretnya ke lokasi baharu, kemudian lepaskannya.
Untuk memadamkan skrin utama yang kosong, ketik pada skrin.
Untuk menjadikan skrin utama sebagai lalai, ketik dalam lakaran kecil skrin.
Menggunakan mod edit
Dalam mod edit, anda boleh menambah dan mengalihkan widget atau aplikasi, membuat folder aplikasi
dan menyahpasang aplikasi.
1. Tekan butang Menu, kemudian ketik Mengedit.
Atau, tekan dan tahan di mana -mana sahaja pada skrin utama untuk memasuki mod edit dengan
pantas.
2. Lakukan sebarang perkara berikut:
Untuk menambahkan widget pada skrin utama, luncurkan widget itu ke kiri atau kanan, tekan dan
tahan widget sehingga timbul, seretnya ke lokasi yang diingini, kemudian lepaskannya.
Untuk mengalihkan widget atau apl, tekan dan tahan widget atau apl itu sehingga saiz ikonnya
menjadi besar sedikit, seretnya ke lokasi yang diingini, kemudian lepaskannya.
Untuk membuat folder apl, tekan dan tahan apl itu sehingga saiz ikonnya menjadi besar sedikit,
kemudian seretnya ke atas apl lain.
Untuk menyahpasang apl, tekan dan tahan apl, luncurkan jari anda ke arah bahagian atas skrin,
dan kemudian lepaskan apl di atasnya
Nota: Apl sistem tidak boleh dinyahpasang. Apabila anda mencuba untuk menyahpasang apl
sistem,
Menukar kertas dinding
1. Tekan butang Menu, kemudian ketik Hias Latar.
2. Lakukan sebarang perkara berikut:
Untuk menjadikan foto sebagai kertas dinding, ketik Masuk Galeri, pilih dan pangkas foto,
kemudian ketik Guna.
Untuk menggunakan hias latar, ketik lakaran kecil hias latar, dan kemudian ketik Guna.
muncul pada bahagian atas skrin.
.
Butang skrin
Terdapat tiga butang pada telefon anda.
Butang menu: Ketik untuk memaparkan pilihan menu. Tekan dan tahan butang Menu untuk
melihat apl yang sedang dijalankan. Kemudian, anda boleh melakukan perkara berikut:
Ketik apl untuk membukanya.
Ketik untuk mengunci apl atau ketik untuk membukanya.
Ketik untuk menghentikan operasi apl.
Ketik untuk menghentikan semua operasi apl kecuali yang dikunci.
Butang skrin utama: Ketik untuk kembali ke skrin utama lalai.
Butang kembali: Ketik untuk kembali ke halaman sebelumnya atau keluar daripada apl semasa.
Kunci skrin
Semasa telefon anda hidup, tekan butang Hidup/Mati untuk mengunci skrin secara manual. Tekan
butang Hidup/Mati sekali lagi untuk memaparkan skrin kunci, dan kemudian leret ke atas dari bahagian
bawah skrin untuk membuka skrin.
Perhatian: Leretan merupakan kaedah lalai mengunci skrin. Untuk menukar kunci skrin anda, lihat
"Menetapkan kunci skrin" dalam Tetapan.
Pemberitahuan dan Tetapan Pantas
Panel Pemberitahuan (lihat Rajah 1: Pemberitahuan) memberitahu anda tentang panggilan terlepas,
mesej baharu dan aktiviti yang sedang berjalan, seperti muat turun fail. Panel Tetapan Pantas (lihat
Rajah 2: Tetapan Pantas) membenarkan anda untuk mengakses tetapan yang kerap digunakan, seperti
suis WLAN.
Rajah 1 : Pemberitahuan
Rajah 2: Tetapan Pantas
Anda boleh melakukan sebarang perkara berikut:
Untuk melihat pemberitahuan, leret ke bawah dari bahagian atas skrin dengan satu jari.
Untuk menutup panel Pemberitahuan, leret ke atas dari bahagian bawah skrin dengan satu jari.
Untuk menolak pemberitahuan, leret ke kiri atau ke kanan merentasi pemberitahuan.
Untuk menolak semua pemberitahuan, ketik pada bahagian bawah panel Pemberitahuan.
Untuk membuka Tetapan Pantas, leret ke bawah dari bahagian atas skrin dua kali dengan satu jari
atau dengan dua jari sekali gus.
Untuk menutup Tetapan Pantas, leret ke atas dari bahagian bawah skrin dua kali dengan satu jari
atau dengan dua jari sekali gus.
Sambungan USB
Apabila anda menyambungkan telefon pada komputer menggunakan kabel USB, panel Pemberitahuan
memaparkan misalnya "Disambungkan sebagai peranti media". Anda boleh mengetik pemberitahuan itu,
kemudian membuat salah satu pilihan berikut:
Peranti media (MTP): Pilih mod ini jika anda mahu memindahkan fail media seperti foto, video dan
nada dering antara telefon dan komputer anda.
Kamera (PTP): Pilih mod ini jika anda mahu memindahkan foto dan video sahaja antara telefon dan
komputer anda.
Penyahpepijatan USB (ADB): Pilih mod ini untuk mendayakan penyahpepijatan. Selepas itu, anda
boleh menggunakan alat seperti Alat Idea pada komputer untuk mengurus data telefon anda.
Panggilan
Membuat panggilan
Mendail nombor secara manual
1. Buka apl Telefon.
2. Pada panel Telefon, ketik Telefon untuk memaparkan pad kekunci, jika perlu.
3. Masukkan nombor telefon yang ingin anda dail, kemudian ketik
Memanggil daripada log panggilan
1. Buka apl Telefon.
2. Ketik tab Log panggilan .
3. Lihat semua panggilan terlepas, keluar, dan diterima, dan kemudian ketik entri yang anda mahu
panggil.
Memanggil kenalan
1. Buka apl Telefon.
2. Ketik tab Kenalan.
3. Cari kenalan yang ingin anda panggil, kemudian ketik nama kenalan itu untuk memaparkan butiran
hubungannya.
4. Ketik nombor telefon yang ingin anda dail.
.
Menerima panggilan
Menjawab atau menolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan telefon, skrin panggilan masuk akan dipaparkan. Anda boleh
melakukan salah satu perkara berikut:
Seret imej kenalan ke untuk menjawab panggilan.
Seret imej kenalan ke untuk menolak panggilan.
Menyenyapkan panggilan
Anda boleh menggunakan cara berikut untuk menyenyapkan panggilan:
Tekan butang kelantangan tinggi atau butang kelantangan rendah.
Tekan butang Hidup/Mati.
Letakkan telefon menghadap ke bawah.
Pilihan semasa panggilan
Apabila anda sedang menjawab panggilan, pilihan berikut tersedia pada skrin:
Tambah panggilan: memaparkan pendail supaya anda dapat memanggil orang lain.
Tunda/Sambung: menunda panggilan semasa atau menyambung semula panggilan.
Redam: menghidupkan atau mematikan mikrofon.
Rakam: memulakan atau menghentikan rakaman panggilan.
Pad Dail/Sembunyikn: memaparkan atau menyembunyikan pad kekunci.
Speaker: menghidupkan atau mematikan pembesar suara.