KENWOOD CHEF KM300, 400, 410 / MAJOR KM600, 800, 810
resipi - sambungan
gateau strawberi dan aprikot
bahan-bahan: sepan●3 biji telur
●
75g (3oz) gula halus
●
75g (3oz) tepung biasa
bahan isi dan hias
●
150ml (1/4 pain) krim pekat
●
Gula secukup rasa
●
225g (8oz) strawberi
●
225g (8oz) aprikot
cara
1 Aprikot dipotong dua dan bijinya dibuang. Masukkan ke dalam sedikit
air dan masak api perlahan, dan masukkan gula secukup rasa
sehingga lembut.
2 Strawberi dibasuh dan dipotong dua.
3
Untuk membuat sepan, pukul telur dan gula pada kelajuan maksimum
sehingga ia menjadi pucat dan tebal.
4
Tanggalkan mangkuk dan pemukul. Kaup dan balikkan tepung dengan
tangan dengan menggunakan sudu logam besar - buatlah dengan
berhati hati supaya sepan kekal ringan.
5 Masukkan campuran itu ke dalam dua tin sandwic berukuran 18cm (7”)
yang telah disapu lemak dan dialaskan kertas.
6 Bakar pada suhu 180˚C/350˚F/Tanda Gas 4 selama lebihkurang 20
minit sehingga kek itu melentun balik jika ditekan sedikit.
7 Terbalikkan di atas rak dawai.
8 Bancuhkan krim dengan laju maksimum sehingga keras. Masukkan
gula mengikut rasa.
9 Cincangkan aprikot kasar-kasar dan sepertiga daripada strawberi itu.
Gaulkan ke dalam separuh daripada krim tadi.
10 Sapukannya ke atas satu daripada sepan, kemudian letakkan sepan
yang satu lagi ke atasnya.
11 Sapukan krim yang tinggal itu ke atasnya dan hiaskan dengan
strawberi yang lebih tadi.
meringue
bahan-bahan●4 putih telur
●
250g (9oz) gula icing, ayakkan dahulu.
cara
1 Alaskan talam bakar anda dengan parcmen (kertas) bakar yang tidak
melekat.
2
Pukul putih telur dengan gula dengan laju maksimum selama
lebihkurang 10 minit sehingga terbentuk gunung-gunung.
3 Masukkan campuran itu ke dalam talam bakar dengan sudu (atau
gunakan beg piping yang muncungnya berbintang berukuran 2.5cm
(1”).
4 Bakar dengan suhu 110˚C/225˚F/Tanda Gas
1
⁄4 selama lebihkurang 4 - 5
jam sehingga pejal dan rangup. Jika mereka mula menjadi warna
cokelat, biarkan pintu ketuhar itu terbuka sedikit.
Simpankan meringue-meringue itu di dalam tin yang tidak masuk
angin.
tepung shortcrust
bahan-bahan●450g (1 lb) tepung gandum, diayakkan dengan garam seperti di
bawah.
●
5ml (satu sudu teh) garam
●
225g (8oz) lemak (masukkan lemak babi atau lemak sayur dan majerin
yang diambil daripada peti sejuk)
●
Air lebihkurang 80ml (4 sudu makan)
●
Jangan campur berlebihan.
cara 1 Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Cincangkan lemak
secara kasar, dan masukkan ke dalam tepung gandum.
2 Bancuh dengan kelajuan 1 sehingga ia merupai serbuk roti. Berhenti
sebelum ia nampak berminyak.
petua Berhenti sebelum rupanya berminyak.
3 Masukkan air dan bancuhkan dengan mengguna laju minima. Berhenti
sebaik sahaja air sebati ke dalamnya.
4 Masak dengan mengguna kepanasan lebihkurang 200˚C/400˚F/Tanda
Gas 6, bergantung kepada isinya.
burger daging lembu
bahan-bahan●250g (9oz) daging lembu terbaik tanpa urat.
cara
1 Potong menjadi kiub sebesar 2.5cm (1”)
2 Jika anda tiada mesen cincang, gunakan mesen pencair (liquidiser)
dan cincangkan daging itu berdikit-dikit. Gunakan laju 2 selama 15
saat
maksimum. Cucikan di sekeliling mata pencair itu dahulu
sebelum mencincang lagi.
3 Campurkan dengan perasa seperti bawang cincang, campuran herba
(yang segar atau kering), lada hitam yang ditumbuk kasar, dan jus dan
kulit sebiji lemon.
4 Bentukkan menjadi dua burger daging lembu dan bakar di atas api di
antara sederhana dan tinggi sehingga masak seluruhnya.
8