Dji Goggles Integra User Manual v1.2 [ms]

Page 1
Manual Pengguna
2023.04v1.2
Page 2
 Mencari Kata Kunci
Cari kata kunci seperti “bateri” dan “pasang” untuk mencari topik. Sekiranya anda menggunakan Adobe Acrobat Reader untuk membaca dokumen ini, tekan Ctrl+F pada Windows atau Command+F pada Mac untuk memulakan carian.
 Menavigasi ke Topik
Lihat senarai topik yang lengkap dalam senarai kandungan. Klik pada topik untuk menavigasi ke bahagian tersebut.
 Mencetak Dokumen ini
Dokumen ini menyokong percetakan beresolusi tinggi.
Log Semakan
Versi Tarikh Semakan
v1.2 2023.04 1. Mengemas kini fungsi dail FN.
2. Mengemas kini paparan FPV Gogal.
3. Mengemas kini kaedah kemas kini perisian tegar.
4. Mengemas kini senarai model pesawat yang disokong.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
2
Page 3

Menggunakan Manual ini

Petunjuk

Penting Petua dan Tip

Sebelum Penerbangan

Adalah disarankan untuk menonton semua video tutorial dan membaca panduan keselamatan itu sebelum menggunakannya untuk pertama kali. Bersiap sedia bagi penerbangan pertama anda dengan menyemak panduan permulaan pantas dan merujuk kepada manual pengguna ini untuk maklumat lebih lanjut.
5.8 GHz tidak disokong di beberapa rantau. Jalur frekuensi akan dinyakaktif secara automatik apabila pesawat diaktifkan atau disambungkan kepada aplikasi DJI™ Fly di wilayah ini. Patuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
Menggunakan gogal tidak memenuhi keperluan garis visual pandangan (VLOS).
Sesetengah negara atau rantau memerlukan pemerhati visual untuk membantu semasa penerbangan. Pastikan mematuhi peraturan setempat apabila menggunakan gogal.

Tutorial Video

https://www.dji.com/goggles-integra/video

Muat turun Aplikasi DJI Fly

https://www.dji.com/goggles-integra/downloads

Muat turun DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna)

https://www.dji.com/goggles-integra/downloads
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
3
Page 4
Isi Kandungan
Menggunakan Manual ini 3
Petunjuk 3
Sebelum Penerbangan 3
Tutorial Video 3
Muat turun Aplikasi DJI Fly 3
Muat turun DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna) 3
Gambaran Keseluruhan 6
DJI Goggles Integra 6
DJI RC Motion 2 7
Mari Mulakan 9
Menyediakan Gogal 9
Menyediakan Pengawal Gerakan 13
Pengaktifan 14
Memautkan 15
Memakai Gogal 17
DJI Goggles Integra 18
Mengendalikan Gogal 18
Paparan FPV Gogal 18
Menu Pintasan 20
Tetapan Kamera 21
Menu Gogal 22
Mod Tidur 25
Storan dan Mengeksport Bahan Visual 25
Pemformatan Kad microSD 26
Penyembunyian Skrin 26
Menggunakan Fungsi Penjejakan Kepala 26
Bertukar Pesawat 26
DJI RC Motion 2 27
Mengawal Pesawat 27
Mengawal Kamera 29
Kawalan Gerakan 30
Amaran Pengawal Gerakan 31
Penentukuran Pengawal Gerakan 31
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
4
Page 5
Kemas Kini Perisian Tegar dan Penyelenggaraan Peranti 32
Kemas Kini Perisian Tegar 32
Menyimpan Gogal 34
Pembersihan dan Penyelenggaraan 35
Menggantikan Pelapik Buih 35
Maklumat Selepas Jualan 36
Lampiran 37
Spesifikasi 37
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
5
Page 6

Gambaran Keseluruhan

DJI Goggles Integra (selepas ini dirujuk sebagai gogal) dilengkapi dengan dua skrin berprestasi tinggi dan transmisi imej kependaman ultra-rendah untuk digunakan dengan pesawat DJI, memberikan pengalaman FPV udara (Pandangan Orang Pertama) masa nyata. Apabila digunakan dengan DJI RC Motion 2 (selepas ini dirujuk sebagai pengawal gerakan), pengguna boleh mengawal pesawat dengan mudah dan intuitif.

DJI Goggles Integra

1
8
7
2
6
3
4
5
9
11
10
12
1. Antena
2. Slot Kad microSD
3. Butang 5D
Tekan ke bawah atau togol ke kanan untuk membuka menu daripada paparan FPV
gogal. Togol butang ke hadapan untuk membuka panel tetapan kamera dan togol ke belakang untuk membuka menu pintasan.
Selepas panel tetapan itu dibuka, togol butang untuk menavigasi menu atau
melaraskan nilai parameter. Tekan butang untuk mengesahkan pemilihan.
4. Butang Kembali
Tekan untuk kembali ke menu sebelumnya atau keluar dari paparan semasa.
5. Ikat Kepala
Wayar bateri dibenamkan dalam ikat kepala. JANGAN tarik ikat kepala dengan
kuat untuk mengelakkan dari merosakkan wayar.
6. Petak Bateri
7. Tombol Pelarasan Ikat Kepala
Putar tombol untuk melaraskan panjang ikat kepala.
8. Pelapik Buih
9. Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
6
Page 7
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
10. Butang Kuasa/Butang Pautan
Tekan sekali untuk memeriksa tahap bateri semasa.
Tekan dan kemudian tekan sekali lagi dan tahan untuk menghidupkan atau mematikan
gogal.
Apabila dihidupkan, tekan dan tahan butang untuk memulakan pemautan.
11. Port USB-C
Untuk mengecas, menyambungkan fon kepala atau menyambungkan gogal ke
komputer.
Hanya menyokong fon kepala Jenis C dan penyesuai fon kepala dengan DAC
terbina dalam (penukar digital-ke-analog).
Disyorkan untuk menggunakan kabel USB-C OTG yang disediakan dan kabel
USB-A ke USB-C untuk menyambungkan gogal ke peranti mudah alih.
Gogal tidak menyokong sambungan komputer yang menggunakan kabel USB-C
ke USB-C.
12. Gelangsar IPD (Jarak Antarapupil)
Luncurkan ke kiri dan kanan untuk melaraskan jarak antara kanta sehingga imej
dijajarkan dengan betul.

DJI RC Motion 2

1
2
5
7
3
4
6
8
10
9
1. Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
2. Butang Kunci
Mula/henti motor: tekan butang kunci dua kali untuk menghidupkan atau
menghentikan motor pesawat.
Berlepas: tekan dua kali untuk menghidupkan motor pesawat, kemudian tekan dan
tahan untuk membuat pesawat berlepas. Pesawat akan naik ke ketinggian sekitar 1.2 m dan mengambang.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
7
Page 8
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Pendaratan: semasa pesawat mengambang, tekan dan tahan untuk mendaratkannya
dan menghentikan motor.
Brek: tekan sekali untuk membrek pesawat dan mengambang di tempatnya. Tekan
sekali lagi untuk membuka kunci atitud (sikap).
Apabila pesawat melakukan pendaratan automatik atau RTH, tekan butang sekali
untuk membatalkan RTH atau pendaratan.
3. Kayu bedik
Togol ke atas atau ke bawah untuk membuat pesawat naik atau turun. Togol ke kiri
atau kanan untuk membuat pesawat bergerak secara mendatar ke kiri atau kanan.
4. Butang Mod
Tekan untuk bertukar antara mod Normal dan Sukan. Tekan dan tahan untuk
memulakan RTH. Tekan sekali lagi untuk membatalkan RTH.
5. Dail FN
Tekan dail untuk membuka panel tetapan kamera dalam paparan FPV. Tatal dail untuk
menavigasi menu tetapan atau melaraskan nilai parameter, kemudian tekan dail untuk mengesahkan pemilihan. Tekan dan tahan dail untuk keluar dari menu semasa.
Dail FN juga boleh digunakan untuk mengawal kecondongan kamera sebelum
berlepas atau semasa RTH dan mendarat. Tekan dan tahan dail FN dari paparan FPV dan kemudian tatal ke atas atau ke bawah untuk mencondongkan kamera. Lepaskan dail untuk menghentikan kecondongan kamera.
Jika pesawat menyokong Mod Teroka dan Mod Teroka dihidupkan, tatal dail pada
paparan FPV gogal untuk melaraskan zum kamera.
6. Butang Pengatup/Rakam
Tekan sekali: ambil gambar atau mulakan/hentikan rakaman.
Tekan dan tahan: beralih antara mod foto dan video.
7. Pemecut
Tekan untuk menerbangkan pesawat ke arah bulatan dalam gogal. Tolak ke hadapan
untuk menerbangkan pesawat ke arah belakang. Tekan dengan kuat untuk memecut. Lepaskan untuk berhenti dan mengambang.
8. Port USB-C
9. Butang Kuasa/Butang Pautan
Tekan sekali untuk memeriksa tahap bateri semasa.
Tekan, dan kemudian tekan dan tahan untuk menghidupkan atau mematikan
pengawal gerakan.
Apabila dihidupkan, tekan dan tahan butang untuk memulakan pemautan.
10. Lubang Lanyard
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
8
Page 9

Mari Mulakan

Bab ini membantu pengguna dalam penggunaan kali pertama.

Menyediakan Gogal

Memasang Kanta Pembetulan
Gogal dilengkapi dengan sepasang bingkai cermin mata dan 10 pasang kanta pembetulan penglihatan (dari -8.0 diopter hingga +2.0 diopter, tanpa pembetulan astigmatisme) serta sepasang kanta biasa (0 diopter). Pengguna boleh memasang kanta yang sesuai mengikut penglihatan sebenar mereka.
Walaupun pembetulan penglihatan tidak diperlukan, adalah amat disyorkan untuk
memasang kanta biasa bagi melindungi cermin mata skrin gogal daripada tercalar.
Jika pembetulan astigmatisme diperlukan atau kanta yang disediakan tidak sesuai,
pengguna boleh membeli kanta tambahan. Semasa membeli kanta, bawa bingkai cermin mata (sepasang) dan sepasang kanta ke pakar optik profesional untuk memastikan bentuk, saiz, paksi astigmatisme dan ketebalan tepi (< 2.8 mm) kanta memenuhi keperluan pemasangan bingkai cermin mata.
1. Tanggalkan bingkai cermin mata daripada gogal (tidak perlu memutarkan bingkai). Terbalikkan bingkai dan kenal pasti tanda garis terpendek (a), tanda garis terpanjang (b), dan tanda garis sisi (c), seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
a
2. Keluarkan kanta yang sesuai dari bungkusan. Diopter kanta dicetak pada bahagian dalam penutup kotak kanta dan juga ditanda pada tepi setiap kanta. Kenal pasti bucu potong terpendek (a), bucu potong terpanjang (b), dan bucu potong sisi (c), seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
a
+2D
0D
+1D
-1D
-7D
-8D -5D-6D -3D-4D
-2D
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
9
Page 10
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
3. Bezakan bingkai kiri dan kanan serta kanta yang sepadan, kemudian pasangkan kanta ke dalam bingkai. Pastikan bahawa bucu potong terpendek (a), bucu potong terpanjang (b), dan bucu potong sisi (c) kanta masing-masing sejajar dengan tanda garisan yang sepadan pada bingkai. Untuk pemasangan yang lebih mudah, jajarkan dan masukkan bucu terpanjang (b) dahulu.
Pastikan kanta dipasang pada tempatnya dan tidak condong. Jika bucu potong kanta
tidak diselaraskan dengan tanda garis bingkai secara betul, kanta tidak akan muat ke dalam bingkai.
Bersihkan kanta dengan kain pembersih yang disediakan untuk mengelap cap jari dan
habuk selepas pemasangan.
a
a
a
b
4. Lekapkan bingkai dengan kanta yang terpasang pada gogal (tidak perlu memutarkan bingkai). Semasa memasang, pastikan huruf L/R di bahagian atas bingkai menghadap ke atas dan tanda kedudukan pada bingkai diselaraskan dengan tanda kedudukan pada gogal.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
10
Page 11
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Memasang Ikat Kepala dan Membuka Antena
Wayar bateri dibenamkan dalam ikat kepala. JANGAN tarik ikat kepala dengan
kuat untuk mengelakkan dari merosakkan wayar.
Lipat antena untuk mengelakkan kerosakan apabila gogal tidak digunakan. JANGAN koyakkan atau calar pelapik buih dan bahagian lembut petak bateri
dengan objek tajam.
Sangkut ikat kepala dan buka antena.
Pasang bahagian atas ikat kepala yang disediakan untuk meningkatkan kestabilan jika perlu. Pasangkan satu hujung ikat kepala ke lubang penetap ikat kepala di bahagian atas gogal dan hujung satu lagi pada lubang di bahagian atas petak bateri. Laraskan ikat kepala mengikut panjang yang sesuai.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
11
Page 12
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Hidupkan
Diod Pemancar Cahaya
(LED) Tahap Bateri
Butang Kuasa
Tekan butang kuasa sekali untuk memeriksa tahap bateri semasa. Tekan kemudian tekan sekali lagi dan tahan butang kuasa untuk menghidupkan gogal.
LED tahap bateri menunjukkan tahap kuasa bateri semasa pengecasan dan penyahcasan. Status LED dijelaskan seperti di bawah:
LED menyala.
LED berkelip.
  LED mati.
LED Tahap Bateri
89%-100%
76%-88%
64%-75%
51%-63%
39%-50%
26%-38%
14%-25%
1%-13%
Jika tahap bateri rendah, adalah disarankan untuk menggunakan pengecas Penghantaran
Kuasa USB yang menyokong output 9 V, ≥2 A bagi mengecas peranti.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
12
Page 13
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Jadual di bawah menunjukkan status LED tahap bateri semasa mengecas.
LED Tahap Bateri
1%-50%
51%-75%
76%-99%
100%

Menyediakan Pengawal Gerakan

Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
Butang Kuasa
Tekan butang kuasa sekali untuk memeriksa tahap bateri semasa. Tekan kemudian tekan sekali lagi dan tahan butang kuasa untuk menghidupkan pengawal gerakan.
LED tahap bateri menunjukkan tahap kuasa bateri semasa pengecasan dan penyahcasan. Status LED dijelaskan seperti di bawah:
LED menyala.
LED berkelip.
  LED mati.
LED Tahap Bateri
81%-100%
76%-80%
64%-75%
51%-63%
26%-50%
16%-25%
9%-15%
1%-8%
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
13
Page 14
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Jika tahap bateri rendah, adalah disarankan untuk menggunakan pengecas yang menyokong output 5 V, 2 A bagi mengecas peranti.
Pastikan voltan output lalai pengecas ialah 5 V. Voltan yang berlebihan akan mer-
osakkan peranti.
5V, 2A
Jadual di bawah menunjukkan status LED tahap bateri semasa mengecas.
LED Tahap Bateri
1%-50%
51%-75%
76%-99%
100%

Pengaktifan

Aktifkan dan kemas kini perisian tegar sebelum menggunakan peranti buat kali pertama.
Sambungkan port USB-C gogal ke peranti mudah alih dan jalankan aplikasi DJI Fly. Ikuti arahan di skrin untuk mengaktifkan peranti dan mengemas kini perisian tegar tersebut. Pastikan peranti mudah alih disambungkan ke internet semasa pengaktifan.
DJI Fly
App
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
14
Page 15
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Gunakan kabel OTG USB-C yang disediakan untuk menyambung jika anda
menggunakan kabel USB-A ke USB-C.
Gogal hanya menyokong protokol USB-C standard dan kabel Kilat yang diperakui
oleh MFI. Kabel bukan standard tidak disokong. Jika peranti tidak bertindak balas selepas menyambung, gunakan kabel data lain dan cuba lagi.

Memautkan

Penyediaan sebelum memaut:
1. Hidupkan pesawat, gogal serta pengawal gerakan.
2. Tekan butang 5D pada gogal untuk membuka menu. Pilih pesawat yang dipaparkan di bahagian atas menu adalah betul. Jika tidak, pilih dari penjuru kanan sebelah atas menu dan kemudian pilih pesawat yang betul.
Memautkan melalui Aplikasi DJI Fly (disyorkan)
Pastikan gogal disambungkan ke peranti mudah alih selepas pengaktifan. Ketik
Panduan Sambungan
peranti mudah alih dan ikut arahan pada skrin untuk menyambungkan pesawat.
pada DJI Fly dari
dan pastikan model
Status
Tukar
Memautkan melalui Butang
1. Pautkan pesawat dengan gogal:
5s 5s
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
15
Page 16
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
a) Tekan dan tahan butang kuasa pada pesawat sehingga LED tahap bateri mula
berkelip mengikut urutan.
b) Tekan dan tahan butang kuasa pada gogal sehingga gogal mula berbunyi bip secara
berterusan.
c) Setelah pemautan selesai, LED tahap bateri pesawat bertukar padu dan
memaparkan tahap bateri, gogal berhenti berbunyi bip dan transmisi imej boleh dipaparkan seperti biasa.
Tekan butang kuasa pada gogal untuk menghentikan proses jika gogal gagal
disambungkan ke pesawat. Sambungkan gogal ke peranti mudah alih dan jalankan aplikasi DJI Fly, pilih
Panduan Sambungan
dan kemudian ikuti arahan
pada skrin untuk memaut.
2. Pautkan pesawat dengan pengawal gerakan:
5s
5s
a) Tekan dan tahan butang kuasa pada pesawat sehingga LED tahap bateri mula
berkelip mengikut urutan.
b) Tekan dan tahan butang kuasa pada pengawal gerakan sehingga ia berbunyi bip
secara berterusan dan LED tahap bateri berkelip mengikut urutan.
c) Pengawal gerakan berhenti berbunyi bip apabila pemautan berjaya dilakukan
dan warna kedua-dua LED tahap bateri pesawat dan pengawal gerakan bertukar menjadi padu serta memaparkan tahap bateri.
Pesawat boleh dikawal dengan hanya satu alat kawalan jauh semasa
penerbangan. Jika pesawat anda telah dipaut dengan beberapa alat kawalan jauh, matikan alat kawalan lain sebelum penerbangan.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
16
Page 17
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna

Memakai Gogal

1. Pakai gogal selepas peranti dihidupkan dan transmisi imej dipaparkan.
2. Luncur peluncur IPD ke kiri dan kanan untuk melaraskan jarak antara kanta sehingga imej dijajarkan dengan betul.
3. Putar tombol pelarasan ikat kepala pada petak bateri untuk melaraskan panjang ikat kepala. Putar mengikut arah jam untuk mengetatkan ikat kepala dan lawan jam untuk melonggarkan ikat kepala.
Wayar bateri dibenamkan dalam ikat kepala. JANGAN tarik ikat kepala dengan
kuat untuk mengelakkan dari merosakkan wayar.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
17
Page 18

DJI Goggles Integra

Mengendalikan Gogal

1. Butang 5D
Tekan ke bawah atau togol ke kanan untuk
membuka menu daripada paparan FPV
1
2

Paparan FPV Gogal

Antara muka skrin sebenar mungkin berbeza daripada penerangan dalam
manual ini dan berbeza bergantung pada pesawat yang digunakan dan versi perisian tegar bagi gogal.
gogal. Togol butang ke hadapan untuk membuka panel tetapan kamera dan togol ke belakang untuk membuka menu pintasan.
Selepas panel tetapan dibuka, togol butang
untuk menavigasi menu atau melaraskan nilai parameter. Tekan butang untuk mengesahkan pemilihan.
2. Butang Kembali
Tekan untuk kembali ke menu sebelumnya
atau keluar dari paparan semasa.
1
2
3
16
679 8101112131415
1. Penunjuk Arah Penerbangan
Apabila mengawal pesawat dengan pengawal gerakan, ia menunjukkan arah tujuan
pesawat.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
18
4
5
Page 19
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
2. Maklumat Penyimpanan
Memaparkan baki kapasiti pesawat atau storan gogal. Ikon berkelip akan muncul
apabila merakam untuk memaparkan masa rakaman.
3. Gelangsar Gimbal
Memaparkan sudut kecondongan gimbal.
4. Nisbah Zum
Jika pesawat menyokong Mod Teroka dan Mod Teroka dihidupkan dalam mod
Penggambaran, nisbah zum semasa akan dipaparkan. Tatal dail pada paparan FPV gogal untuk melaraskan zum kamera.
5. Prom
Memaparkan pemberitahuan dan maklumat seperti apabila mod baharu digunakan
atau tahap bateri rendah.
6. Tahap Bateri Gogal
Memaparkan tahap bateri gogal.
7. Kekuatan Isyarat GNSS
Memaparkan kekuatan semasa isyarat GNSS pesawat.
Jika peranti tidak digunakan untuk satu tempoh yang berpanjangan, ia mungkin
mengambil masa lebih lama untuk mencari isyarat GNSS. Jika menghidupkan dan mematikan secara berulang dalam tempoh yang singkat, ia mengambil kira-kira 20 saat untuk mencari isyarat GNSS apabila isyarat terhalang.
8. Status Sistem Penglihatan
Memaparkan status sistem penglihatan pesawat yang dipautkan, ikon ini berbeza
mengikut model pesawat. Ikon berwarna putih ketika sistem penglihatan berfungsi dengan normal dan bertukar kepada merah ketika sistem penglihatan tidak tersedia.
9. Kadar Bit Video
Memaparkan kadar bit video semasa tontonan langsung.
10. Kekuatan Isyarat Transmisi Imej dan Alat Kawalan Jauh
Memaparkan kekuatan isyarat antara pesawat dan alat kawalan jauh dan kekuatan
isyarat transmisi imej antara pesawat dan gogal.
11. Masa Penerbangan yang Tinggal
Memaparkan masa penerbangan pesawat yang tinggal selepas memulakan motor.
12. Tahap Bateri Pesawat
13. Jarak dari Daratan
Memaparkan maklumat ketinggian semasa pesawat dari daratan apabila pesawat
kurang 10 m daripada daratan.
14. Telemetri Penerbangan
Memaparkan jarak mendatar (D) dan kelajuan serta jarak menegak (H) dan kelajuan
antara pesawat dan Titik Tempat Mula.
15. Mod Penerbangan
Memaparkan mod penerbangan semasa.
16. Titik Tempat Mula
Menunjukkan kedudukan relatif Titik Tempat Mula.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
19
Page 20
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna

Menu Pintasan

Togol butang 5D ke belakang untuk membuka menu pintasan daripada paparan FPV dan akses kawalan pantas bagi fungsi berikut:
Ambil gambar atau mulakan/hentikan
rakaman
Aktifkan/nyahaktifkan Paparan
Dipertingkatkan
Aktifkan/nyahaktifkan Penjejakan
Kepala
Laraskan kecerahan
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
20
Page 21
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
15min
10min
Mode
Manual
300
ISO
1/200
Shutter
5.5
Aperture+3M.M
ManualWB1200K

Tetapan Kamera

Togol butang 5D ke hadapan untuk membuka panel tetapan kamera daripada paparan FPV dan tukar parameter berkaitan kamera.
Tetapan kamera mungkin berbeza bergantung pada pesawat yang digunakan.
锁屏
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
21
Page 22
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Status
Album
Transmission
abnormal
Settings

Menu Gogal

Tekan ke bawah butang 5D atau togol ke kanan untuk membuka menu daripada paparan FPV.
Pilihan menu sebenar mungkin berbeza daripada penerangan dalam manual ini
dan berbeza bergantung pada pesawat yang digunakan dan versi perisian tegar bagi gogal.
1
2
3
4
Switch
Calibration
Calibration
1. Status
• Memaparkan model pesawat yang sedang digunakan dan maklumat terperinci
peringatan prom.
• Gunakan fungsi tukar di penjuru kanan sebelah atas untuk menukar pesawat.
2. Album
Menunjukkan gambar atau video yang disimpan pada kad microSD. Pilih mana-mana
fail untuk dipratonton.
3. Transmisi
Menu Transmisi mempunyai submenu juruterbang dan submenu penonton:
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
22
Page 23
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
• Mod transmisi video untuk peranti semasa boleh ditetapkan di bawah submenu
juruterbang, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
a) Aktifkan atau nyahaktifkan mod siaran (hanya disokong oleh pesawat tertentu).
Nombor peranti akan dipaparkan apabila mod siaran diaktifkan supaya peranti lain boleh mencari peranti dan masuk ke saluran untuk melihat pandangan kamera.
b) Aktifkan atau nyahaktifkan mod fokus, atau tetapkan kepada auto.
c) Tetapkan mod saluran kepada automatik atau manual. Disarankan untuk
memilih automatik supaya transmisi video akan bertukar sendiri antara jalur frekuensi 2.4 dan 5.8 GHz dan memilih saluran dengan isyarat terbaik.
d) Tetapkan jalur frekuensi. Jika mod saluran ditetapkan kepada manual, anda
boleh memilih 2.4 atau 5.8 GHz (sesetengah pesawat hanya menyokong jalur frekuensi tunggal).
e) Tetapkan transmisi video lebar jalur. Bilangan saluran tersedia adalah berbeza
mengikut lebar jalur. Saluran dengan kekuatan isyarat terbaik boleh dipilih secara manual. Lebih tinggi lebar jalur, lebih banyak data boleh dipindahkan untuk menyediakan kadar transmisi video yang lebih tinggi dan kualiti imej yang lebih jelas. Namun, terdapat kemungkinan besar gangguan wayarles apabila menggunakan lebar jalur yang lebih tinggi dan jumlah peralatan yang boleh ditampung adalah lebih terhad. Untuk mengelakkan gangguan dalam persaingan pemain berbilang, pilih lebar jalur dan saluran secara manual.
• Jika mana-mana peranti transmisi video berdekatan menghidupkan mod siaran,
peranti dan kekuatan isyaratnya boleh dilihat dalam submenu penonton. Pilih satu saluran untuk melihat pandangan kamera.
4. Tetapan
Keselamatan
a) Tetapkan kongurasi keselamatan seperti ketinggian penerbangan maksimum.
jarak penerbangan maksimum dan ketinggian RTH. Pengguna juga boleh mengemas kini Titik Tempat Mula, menetapkan tingkah laku pengelakan halangan (jika pesawat menyokong pengelakan halangan) dan melihat status IMU dan kompas serta menentukurnya jika perlu.
b) Paparan Kamera Sebelum Hilang membantu mencari lokasi pesawat di daratan
dengan menggunakan video cache dalam gogal. Jika pesawat masih mempunyai kuasa bateri, hidupkan bunyi bip ESC untuk mengesan pesawat menggunakan bunyi.
c) Tetapan Keselamatan Lanjutan termasuk yang berikut:
Tindakan Hilang Isyarat Pesawat: Tingkah laku pesawat boleh ditetapkan
untuk mengambang, mendarat atau kembali Ke Tempat Mula (RTH) apabila isyarat alat kawalan jauh hilang.
AirSense: Gogal akan memaklumkan pengguna jika ada kapal terbang awam
menghampiri di ruang udara berhampiran. Fungsi ini diaktifkan secara lalai. JANGAN nyahaktifkannya.
Hentikan Bebaling Kecemasan (dinyahaktifkan secara lalai): Apabila diaktifkan,
motor pesawat boleh dihentikan semasa penerbangan pada bila-bila masa apabila pengguna menekan butang kunci pengawal gerakan sebanyak empat
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
23
Page 24
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
kali. Jika suis dinyahaktifkan, motor hanya boleh dihentikan dengan tindakan ini dalam situasi kecemasan, seperti jika berlaku pelanggaran, motor tertegun, pesawat berpusing di udara atau pesawat hilang kawalan dan menaik atau menurun dengan laju.
Menghentikan motor di pertengahan penerbangan akan menyebab-
kan pesawat terhempas. Kendalikan dengan berhati-hati.
Kawalan
a) Konfigurasikan fungsi berkaitan alat kawalan jauh seperti menetapkan mod
batang, butang-butang boleh disesuaikan serta menentukur IMU dan kompas.
b) Tentukurkan pengawal gerakan atau lihat video tutorial.
c) Tentukurkan gimbal, laraskan kelajuan kecondongan gimbal, tetapkan unit atau
gunakan mod terbalik untuk menegakkan pesawat yang terbalik (hanya pesawat tertentu menyokong mod terbalik).
d) Lihat tutorial gogal.
Kamera
a) Tetapkan nisbah aspek, kualiti video, format video, garis grid, peranti storan atau
formatkan kad microSD.
Data tidak boleh dipulihkan selepas diformatkan. Kendalikan dengan
berhati-hati.
b) Tetapan Kamera Lanjutan:
Tetapkan peranti rakaman, warna dan anti-kerlipan, aktifkan atau
nyahaktifkan rakaman auto semasa berlepas, serta aktifkan atau nyahaktifkan sari kata video.
Rakaman Paparan Kamera (diaktifkan secara lalai): jika dinyahaktifkan,
rakaman skrin gogal tidak akan memasukkan ciri-ciri OSD.
c) Pilih
Tetapkan Semula Parameter Kamera
untuk mengembalikan semua
tetapan kamera kepada lalai.
Paparan
Laraskan kecerahan skrin, zum, papar atau sorok Titik Tempat Mula dan
nyahaktifkan fungsi penyembunyian skrin.
Tentang
a) Lihat maklumat peranti seperti nombor siri, perisian tegar gogal serta peranti
dipautkan.
b) Tetapkan bahasa sistem.
c) Lihat maklumat pematuhan.
d) Tetapkan semula gogal dan peranti yang dipaut kepada tetapan lalai.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
24
Page 25
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna

Mod Tidur

Jika gogal melahu selama lebih 40 saat tanpa aktiviti selepas dihidupkan, gogal akan memasuki mod tidur dan skrin akan dimatikan. Menggoncang gogal dalam masa 5 minit akan menghidupkan skrin. Jika tidak, gogal akan dimatikan secara automatik.
Jika anda memakai atau memegang gogal selama 40 saat tanpa sebarang operasi, gogal akan membunyikan amaran dan memaparkan prom sama ada untuk mematikannya. Jika pengguna tidak mengambil sebarang tindakan, gogal akan dimatikan secara automatik selepas 60 saat.

Storan dan Mengeksport Bahan Visual

Slot Kad microSD
Gogal menyokong pemasangan kad microSD. Sebaik sahaja kad microSD dimasukkan ketika pesawat sedang merakam video, gogal akan merakam transmisi imej yang dipaparkan pada skrin dan menyimpannya pada kad microSD gogal secara serentak.
Untuk mengeksport bahan visual yang dirakam, ambil langkah-langkah berikut:
1. Hidupkan gogal.
2. Sambungkan port USB-C gogal ke komputer menggunakan kabel USB-A ke USB-C dan ikuti prom pada skrin untuk mengeksport bahan visual.
Gogal tidak menyokong sambungan komputer yang menggunakan kabel USB-C
ke USB-C.
Rakaman skrin termasuk ciri-ciri OSD secara lalai. Untuk merakam skrin tanpa ciri-ciri OSD, tukar tetapan seperti yang ditunjukkan di bawah:
1. Tekan ke bawah butang 5D untuk membuka menu daripada paparan FPV.
2. Pilih
Tetapan > Kamera > Tetapan Kamera Lanjutan
Paparan Kamera
.
dan nyahaktifkan
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
Rakaman
25
Page 26
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna

Pemformatan Kad microSD

Untuk memformat kad microSD, ambil langkah-langkah berikut:
1. Tekan ke bawah butang 5D untuk membuka menu daripada paparan FPV.
2. Pilih
Tetapan > Kamera > Format
3. Pilih peranti storan untuk diformat dan ikut arahan pada skrin untuk menyelesaikan operasi.
Data tidak boleh dipulihkan selepas diformatkan. Kendalikan dengan berhati-
hati.
.

Penyembunyian Skrin

Bucu imej yang dihantar dan rakaman skrin mungkin terherot. Fungsi penyembunyian skrin boleh menambah sempadan hitam pada imej untuk menutup herotan yang jelas. Fungsi ini diaktifkan secara lalai dan bahan visual yang dirakam akan memasukkan sempadan hitam.
Pengguna boleh menyahaktifkan fungsi penyembunyian skrin dengan cara berikut:
1. Tekan ke bawah butang 5D untuk membuka menu daripada paparan FPV.
2. Pilih
Tetapan > Paparkan
dan nyahaktifkan
Penyembunyian Skrin
.

Menggunakan Fungsi Penjejakan Kepala

Fungsi penjejakan kepala hanya disokong oleh pesawat tertentu dan boleh didayakan
dengan memilih butang 5D ke belakang daripada paparan FPV.
Dengan mengaktifkan penjejakan kepala, orientasi mendatar pesawat dan kecondongan gimbal boleh dikawal melalui pergerakan kepala. Peranti kawalan jauh hanya akan mengawal laluan penerbangan pesawat.
daripada menu pintasan. Untuk membuka menu pintasan, togol

Bertukar Pesawat

Untuk menukar pesawat, tekan ke bawah butang 5D untuk membuka menu daripada paparan FPV dan pilih pesawat yang akan digunakan. Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan pertukaran.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
26
Status
. Pilih
dari sudut kanan di atas dan kemudian pilih
Tukar
Page 27

DJI RC Motion 2

Untuk memastikan keselamatan penerbangan apabila mengawal pesawat
dengan pengawal gerakan, tekan butang kunci sekali untuk membrek dan mengambang pesawat sebelum mengendalikan gogal. Kegagalan untuk berbuat begitu merupakan suatu risiko keselamatan dan boleh menyebabkan pesawat hilang kawalan.

Mengawal Pesawat

Butang Kunci
Kayu bedik
Butang Mod
Pemecut
Butang Mod
Pengawal gerakan mempunyai dua mod: Mod Normal dan mod Sukan. Mod Normal dipilih secara lalai. Tekan butang mod untuk bertukar antara mod Normal dan mod Sukan. Tekan dan tahan untuk memulakan RTH. Tekan sekali lagi untuk membatalkan RTH.
Butang Kunci
Gunakan butang kunci untuk mengawal berlepas, mendarat dan membrek pesawat: Mula/henti motor: tekan butang kunci dua kali untuk menghidupkan atau menghentikan motor pesawat. Berlepas: tekan dua kali untuk menghidupkan motor pesawat, kemudian tekan dan tahan untuk membuat pesawat berlepas. Pesawat akan naik ke ketinggian sekitar 1.2 m dan mengambang. Mendarat: tekan dan tahan butang kunci semasa pesawat mengambang untuk mendaratkannya dan menghentikan motor secara automatik. Brek: semasa penerbangan, tekan sekali untuk membrek pesawat dan membuat ia mengambang di tempatnya dengan atitud (sikap) terkunci. Tekan sekali lagi untuk membuka kunci atitud (sikap) dan sambung semula kawalan penerbangan. Apabila pesawat melakukan pendaratan automatik atau RTH, tekan butang sekali untuk membatalkan RTH atau pendaratan.
Pendaratan Bateri Sangat Rendah tidak boleh dibatalkan.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
27
Page 28
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Menghentikan Motor Pesawat Semasa Penerbangan: jika kecemasan berlaku (seperti perlanggaran atau pesawat di luar kawalan) semasa penerbangan, menekan butang kunci empat kali boleh menghentikan motor pesawat dengan serta-merta.
Menghentikan motor di pertengahan penerbangan akan menyebabkan pesawat
terhempas. Kendalikan dengan berhati-hati.
Kayu bedik
Togol ke atas atau ke bawah untuk membuat pesawat naik atau turun. Togol ke kiri atau kanan untuk membuat pesawat bergerak secara mendatar ke kiri atau kanan.
Selepas motor pesawat dimulakan dengan menekan butang kunci sebanyak dua
kali, tolak kayu bedik ke atas dengan perlahan untuk berlepas.
Selepas pesawat terbang ke kedudukan pendaratan, tarik kayu bedik ke bawah
untuk mendaratkan pesawat. Selepas mendarat, tarik kayu bedik ke bawah dan tahan pada kedudukan sehingga motor berhenti.
Pemecut
Tekan pemecut untuk menerbangkan pesawat ke arah bulatan dalam gogal. Tolak ke ha­dapan untuk menerbangkan pesawat ke arah belakang. Tekan dengan kuat untuk meme­cut. Lepaskan untuk berhenti dan mengambang.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
28
Page 29
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Kelajuan terbang yang dikawal oleh kayu bedik dan pemecut boleh
dikongurasikan seperti berikut:
1. Tekan ke bawah butang 5D untuk membuka menu daripada paparan FPV
2. Pilih
Tetapan > Kawalan > Pengawal Gerakan > Penalaan “Gain”
tetapkan kelajuan maksimum dalam setiap arah.

Mengawal Kamera

, kemudian
Dail FN
Butang Pengatup/Rakam
Dail FN
Melaraskan parameter kamera: tekan dail untuk membuka panel tetapan kamera daripada paparan FPV gogal. Tatal dail untuk menavigasi menu tetapan atau melaraskan nilai parameter, kemudian tekan dail untuk mengesahkan pemilihan. Tekan dan tahan dail untuk keluar dari menu semasa.
Mengawal kecondongan kamera: sebelum berlepas atau semasa Kembali ke Tempat Mula (RTH) dan mendarat, tekan dan tahan dail daripada paparan FPV dan kemudian tatal ke atas atau ke bawah untuk mencondongkan kamera. Lepaskan dail untuk menghentikan kecondongan kamera.
Melaraskan zum dalam Mod Teroka: Jika pesawat menyokong Mod Teroka dan Mod Teroka dihidupkan, tatal dail pada paparan FPV gogal untuk melaraskan zum kamera.
Butang Pengatup/Rakam
Tekan dan tahan untuk beralih antara mod foto dan video. Tekan sekali untuk mengambil gambar atau memulakan atau menghentikan rakaman.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
29
Page 30
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna

Kawalan Gerakan

Orientasi pesawat boleh dikawal dengan mencondongkan pengawal gerakan ke kiri dan kanan. Condong ke kiri untuk memutar pesawat berlawanan arah jam dan ke kanan untuk memutar mengikut arah jam. Bulatan dalam skrin gogal akan bergerak ke kiri dan kanan dan transmisi imej akan berubah dengan sewajarnya.
Lebih besar sudut kecondongan pengawal gerakan, lebih cepat pesawat akan berputar.
Condongkan pengawal gerakan ke atas dan ke bawah untuk mengawal kecondongan gimbal semasa penerbangan. Bulatan dalam skrin gogal akan bergerak ke atas dan ke bawah dan transmisi imej akan berubah dengan sewajarnya.
Untuk mengawal kenaikan atau menurunkan pesawat, mula-mula condongkan pengawal gerakan 90° ke atas atau ke bawah. Sebaik sahaja bulatan dalam gogal masuk ke dalam
ikon naik
30
atau turun , tekan pemecut untuk membuat pesawat naik atau turun.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
Page 31
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna

Amaran Pengawal Gerakan

Alat kawalan jauh membunyikan amaran apabila tahap bateri adalah antara 6% dan 15%. Amaran tahap bateri rendah boleh dibatalkan dengan menekan butang kuasa. Amaran tahap bateri kritikal akan berbunyi apabila tahap bateri kurang daripada 5% dan tidak boleh dibatalkan.
Alat kawalan jauh membunyikan amaran semasa RTH. Amaran tidak boleh dibatalkan.

Penentukuran Pengawal Gerakan

Kompas, IMU, pemecut, dan kayu bedik pengawal gerakan boleh ditentukur.
Tentukur mana-mana modul dengan serta-merta apabila diarahkan untuk berbuat demikian:
1. Tekan ke bawah butang 5D dalam paparan FPV untuk membuka menu.
2. Pilih
Tetapan > Kawalan > Pengawal Gerakan > Penentukuran RC
3. Pilih modul dan ikuti prom untuk melengkapkan penentukuran.
JANGAN tentukur peranti di lokasi yang mempunyai gangguan magnet yang
kuat, seperti berhampiran magnet, tempat letak kereta, atau tapak pembinaan dengan struktur konkrit bertetulang bawah tanah.
JANGAN bawa bahan feromagnet seperti telefon bimbit semasa penentukuran.
.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
31
Page 32
Kemas Kini Perisian Tegar dan Penyelenggaraan
Peranti

Kemas Kini Perisian Tegar

Gunakan salah satu kaedah berikut untuk mengemas kini perisian tegar:
Menggunakan Aplikasi DJI Fly
Apabila digunakan dengan DJI Avata:
Hidupkan pesawat, gogal serta pengawal gerakan. Pastikan semua peranti dipaut.
Sambungkan port USB-C gogal ke peranti mudah alih, jalankan DJI Fly dan ikut gesaan untuk mengemas kini perisian tegar. Pastikan peranti mudah alih anda disambungkan ke internet semasa kemas kini perisian tegar.
Apabila digunakan dengan pesawat DJI lain:
Matikan pesawat. Hidupkan gogal dan pengawal gerakan. Sambungkan port USB-C
gogal ke peranti mudah alih dan jalankan aplikasi DJI Fly. Pilih Profil > Pengurusan Peranti. Cari gogal yang sepadan. Pilih Kemas Kini Perisian Tegar dan ikut arahan pada skrin untuk mengemas kini perisian tegar tersebut. Pastikan peranti mudah alih anda disambungkan ke internet semasa kemas kini perisian tegar.
Gunakan kabel OTG USB-C yang disediakan untuk menyambung jika anda
menggunakan kabel USB-A ke USB-C.
Gogal hanya menyokong protokol USB-C standard dan kabel Kilat yang diperakui
oleh MFI. Kabel bukan standard tidak disokong. Jika peranti tidak bertindak balas selepas menyambung, gunakan kabel data lain dan cuba lagi.
Menggunakan DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna)
1. Hidupkan peranti. Sambungkan port USB-C gogal ke komputer dengan menggunakan kabel USB-C ke USB-A.
Gogal tidak menyokong sambungan komputer yang menggunakan kabel USB-C
ke USB-C.
2. Lancarkan DJI ASSISTANT™ 2 dan log masuk dengan akaun DJI anda.
3. Pilih peranti dan klik
4. Pilih versi perisian tegar.
5. Perisian tegar akan dimuat turun dan dikemas kini secara automatik.
6. Peranti akan membut semula secara automatik setelah kemas kini perisian tegar selesai.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
32
Kemas Kini Perisian Tegar
di sebelah kiri skrin.
Page 33
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Pastikan anda mengikuti semua langkah untuk mengemas kini perisian tegar,
jika tidak, kemas kini mungkin gagal.
Kemas kini perisian tegar akan mengambil masa beberapa minit. Ia merupakan
perkara biasa jika skrin dimatikan atau gogal dimulakan semula secara automatik semasa kemas kini. Sila tunggu untuk peningkatan perisian tegar selesai dengan
sabar. Pastikan komputer bersambung ke internet semasa kemas kini. Pastikan peranti mempunyai bekalan kuasa mencukupi sebelum mengemas kini
perisian tegar. Jangan cabut kabel USB-C semasa kemas kini. Sila ambil maklum bahawa kemas kini mungkin menetapkan semula parameter.
Sebelum mengemas kini, catatkan tetapan pilihan anda dan konfigurasi ia
semula selepas kemas kini.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
33
Page 34
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
1
1
2
1
1
2
3

Menyimpan Gogal

Apabila gogal tidak digunakan, simpannya dengan cara berikut:
1. Lipat antena dan tanggalkan ikat kepala.
1
1
2
2. Putar tombol pelarasan ikat kepala mengikut arah lawan jam untuk melonggarkan ikat kepala ke kedudukan terpanjang.
3. Lipat petak bateri dan sangkut ikat kepala seperti yang ditunjukkan di bawah, gogal kini sedia untuk disimpan dalam kotak.
3
5
4
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
34
Page 35
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna

Pembersihan dan Penyelenggaraan

Lap dan bersihkan permukaan gogal dengan kain kering dan lembut. Gunakan kain pembersih kanta yang disediakan untuk membersihkan kanta dalam gerakan bulat dari tengah ke tepi luar.
JANGAN gunakan alkohol untuk membersihkan cermin skrin gogal. Kanta
pembetulan penglihatan yang dipasang secara tambahan boleh dibersihkan dengan pad alkohol pakai buang.
Lensa tersebut halus. Bersihkan dengan lembut. JANGAN menggoresnya kerana
ini akan menjejaskan kualiti tontonan.
JANGAN gunakan alkohol atau pembersih lain untuk mengelap lapik buih dan
bahagian lembut petak bateri.
JANGAN koyakkan atau calar pelapik buih dan bahagian lembut petak bateri
dengan objek tajam.
Simpan gogal di tempat yang kering pada suhu bilik untuk mengelakkan
kerosakan pada lensa dan komponen optik lain dari suhu tinggi dan persekitaran lembap.
Jauhkan kanta dari sinar matahari langsung untuk mengelakkan kerosakan skrin.

Menggantikan Pelapik Buih

1. Pegang bahagian bawah pelapik buih dan tanggalkannya perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan di bawah.
JANGAN tarik bahagian tepi apabila menanggalkan pelapik buih. Jika tidak,
pelapik mungkin rosak.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
35
Page 36
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
2. Selaraskan turus kedudukan pelapik buih baharu dengan lubang kedudukan pada gogal, pasangkannya dan tekan sepanjang kontur. Selepas mendengar bunyi "klik," semak dan pastikan tiada ruang antara pelapik buih dan gogal.

Maklumat Selepas Jualan

Lawati https://www.dji.com/support untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar perkhidmatan selepas jualan, perkhidmatan baik pulih serta sokongan.
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
36
Page 37

Lampiran

Spesifikasi

DJI Goggles Integra
Nombor model RCDS13
Berat Lebih kurang 410 g (termasuk bateri)
Dimensi
Saiz Skrin (skrin tunggal) 0.49 in
Resolusi (skrin tunggal) 1920×1080p
Kadar Segar Semula Sehingga 100 Hz
Julat IPD 56-72 mm
FOV (skrin tunggal) 44°
Transmisi
Frekuensi Pengendalian
Kuasa Pemancar (EIRP)
Kependaman Transmisi
Kadar Bit Video Maksimum
[2]
[3]
Format Rakaman Video Yang
Disokong
Format Main Video Yang Disokong
Suhu Pengendalian -10° hingga 40° C (14° hingga 104° F)
Kad SD Yang Disokong Kad microSD, maks 512 GB
Kad microSD Yang Disyorkan
Kapasiti Bateri Bersepadu 2450 mAh
Voltan Bateri 5.6-8.4 V
Jenis Bateri Li-ion
Sistem Kimia Bateri LiNiMnCoO2
Tenaga 17.64 Wh
Dengan antena dilipat: 170×104×75 mm Dengan antena dibuka: 205×104×104 mm
Apabila digunakan dengan pesawat yang berbeza, gogal akan memilih perisian tegar yang sepadan secara automatik untuk
sesuai dengan spesikasi transmisi pesawat.
2.4000-2.4835 GHz
5.725-5.850 GHz
[1]
2.4 GHz: <30 dBm (FCC), <20 dBm (CE/SRRC/MIC/KC)
5.8 GHz: <30 dBm (FCC), <23 dBm (SRRC), <14 dBm (CE/KC)
1080p@100fps: serendah 30 ms 1080p@60fps: serendah 40 ms
50 Mbps
MOV
MP4, MOV Format Video: H.264, H.265 Format audio: AAC, PCM
SanDisk Extreme SanDisk Extreme PRO U3 V30 A1 32GB microSDXC
®
Professional 1066x U3 V30 A2 64GB microSDXC
Lexar
®
U3 V30 A1 32GB microSDXC™
Lexar Professional 1066x U3 V30 A2 128GB microSDXC Lexar Professional 1066x U3 V30 A2 256GB microSDXC Lexar Professional 1066x U3 V30 A2 512GB microSDXC
®
Kingston
Canvas Go! Plus U3 V30 A2 64GB microSDXC Kingston Canvas Go! Plus U3 V30 A2 128GB microSDXC Kingston Canvas React Plus U3 V90 A1 64GB microSDXC Kingston Canvas React Plus U3 V90 A1 128GB microSDXC Kingston Canvas React Plus U3 V90 A1 256GB microSDXC
®
Samsung
EVO Plus U3 V30 A2 512GB microSDXC
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
37
Page 38
DJI Goggles Integra Motion Combo Manual Pengguna
Suhu Pengecasan 5° hingga 45° C (41° hingga 113° F)
Masa Operasi Lebih kurang 2 jam (semasa penerbangan)
DJI RC Motion 2
Nombor model RM220
Berat Kira-kira 170 g
Frekuensi Pengendalian
Kuasa Pemancar (EIRP)
Suhu Pengendalian -10° hingga 40° C (14° hingga 104° F)
Masa Operasi Kira-kira 5 jam
Jenis Bateri Bersepadu Li-ion
Sistem Kimia Bateri LiNiMnCoO2
[1] Jalur frekuensi 5.8 GHz kini dilarang di negara atau wilayah tertentu. Rujuk undang-undang dan peraturan tempatan
untuk butiran lanjut.
[2] Diukur dalam persekitaran luar yang terbuka tanpa gangguan. Data sebenar berbeza dengan model pesawat yang
berlainan.
[3] Diukur dalam persekitaran luar yang terbuka tanpa gangguan. Data sebenar berbeza mengikut persekitaran opera-
si.
2.4000-2.4835 GHz
5.725-5.850 GHz
2.4 GHz: <30 dBm (FCC), <20 dBm (CE/SRRC/MIC)
5.8 GHz: <30 dBm (FCC), <23 dBm (SRRC), <14 dBm (CE)
[1]
Model Pesawat yang Disokong:
DJI Avata DJI Mavic 3 Pro / DJI Mavic 3 Pro Cine DJI Mavic 3 / DJI Mavic 3 Cine DJI Mavic 3 Classic DJI Mini 3 Pro
2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
38
Page 39
KAMI BERSEDIA MEMBANTU ANDA
Hubungi
SOKONGAN DJI
https://www.dji.com/support
Kandungan ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Muat turun versi terkini dari laman web DJI.
https://www.dji.com/goggles-integra/downloads
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dokumen ini, sila hubungi DJI dengan menghantar mesej ke:
DocSupport@dji.com
DJI adalah tanda dagangan DJI.
Hak Cipta © 2023 DJI Hak Cipta Terpelihara.
Loading...