TOMTOM Danger Zones User Manual [ms]

Page 1
TomTom
Panduan Rujukan
Page 2
Kandungan
Zon bahaya di Perancis ...................................................................................................................... 3
Amaran zon bahaya............................................................................................................................ 3
Menukar cara anda diberi amaran ..................................................................................................... 3
Butang laporan ................................................................................................................................... 4
Melaporkan zon bahaya baru semasa sedang bergerak .................................................................. 4
Melaporkan zon bahaya baru semasa berada di rumah .................................................................. 4
Menu Amaran Keselamatan ............................................................................................................... 5
2
Page 3

Zon bahaya di Perancis

Zon Bahaya
Perihal zon bahaya
Sejak 3 Januari 2012, adalah menyalahi undang-undang untuk menerima amaran mengenai kedudukan kamera laju tetap atau mudah alih apabila anda memandu di Perancis. Sebagai menurut perubahan dalam undang-undang Perancis ini, lokasi semua jenis kamera laju dan ciri berkaitan keselamatan kini dilaporkan sebagai zon bahaya.
Di Perancis, perkhidmatan Kamera Laju TomTom dikenali sebagai Zon Bahaya TomTom.
Zon bahaya mungkin mengandungi satu atau lebih kamera laju rangkaian bahaya pemanduan lain:
Lokasi khusus tidak tersedia dan ikon zon bahaya ditunjukkan apabila anda menghampiri zon
tersebut.
Panjang zon bergantung pada jenis jalan pada lokasi semasa dan boleh jadi 300m, 2000m atau
4000m.
Lokasi satu atau lebih kamera laju, jika ada, mungkin berada di sebarang titik di dalam zon
tersebut.
Jika beberapa kamera berada berhampiran antara satu sama lain, amaran boleh digabungkan
dalam zon tunggal yang lebih panjang.
Important: Di luar Perancis, anda terima amaran mengenai kamera laju. Di dalam Perancis, anda terima amaran mengenai zon bahaya. Apabila anda merentasi sempadan, jenis amaran yang anda terima berubah.

Amaran zon bahaya

Amaran diberi 15 saat sebelum anda tiba di zon bahaya. Anda diberi amaran dalam tiga cara:
Peranti anda memainkan bunyi amaran. Jarak anda dari zon bahaya ditunjukkan dalam Pandangan Pemanduan. Jika had kelajuan bagi
zon tersebut diketahui, kelajuan juga ditunjukkan dalam Pandangan Pemanduan. Semasa anda memandu dalam zon bahaya, amaran kekal dalam Pandangan Pemanduan.
Lokasi zon bahaya ditunjukkan pada peta.

Menukar cara anda diberi amaran

Untuk menukar cara TomTom anda memberi amaran mengenai zon bahaya pada anda, ketik Tetapan amaran.
3
Page 4
Kemudian anda boleh tetapkan bunyi amaran yang dimainkan.
1. Ketik Perkhidmatan LIVE dalam Menu Utama.
2. Ketik Amaran Keselamatan.
3. Ketik Tetapan amaran.
4. Pilih bila anda mahu diberi amaran mengenai zon bahaya. Anda boleh pilih untuk sentiasa
diberi amaran,
5. Ketik bunyi yang hendak anda gunakan untuk amaran.
Bunyi amaran dimainkan dan anda diminta untuk mengesahkan jika anda mahu bunyi amaran ini. Ketik No untuk memilih bunyi lain.
6. Ketik Selesai untuk menyimpan perubahan.

Butang laporan

Untuk menunjukkan butang laporan dalam Pandangan Pemanduan, lakukan yang berikut:
1. Ketik Perkhidmatan LIVE dalam Menu Utama.
2. Ketik Amaran Keselamatan.
3. Ketik Dayakan butang laporan.
4. Ketik Selesai.
Butang laporan ditunjukkan di sebelah kiri Pandangan Pemanduan atau jika anda sudah menggunakan menu pantas, ia ditambah pada butang yang tersedia dalam menu pantas.
Tip Untuk menyembunyikan butang laporan, ketik Nyahdayakan butang laporan dalam menu Amaran keselamatan.

Melaporkan zon bahaya baru semasa sedang bergerak

Untuk melaporkan zon bahaya semasa sedang bergerak, lakukan yang berikut:
1. Ketik butang laporan yang ditunjukkan dalam Pandangan Pemanduan atau dalam menu pantas
untuk mencatat lokasi zon bahaya.
2. Sahkan bahawa anda ingin menambah zon bahaya.
Anda lihat mesej mengesahkan laporan telah dicipta.

Melaporkan zon bahaya baru semasa berada di rumah

Anda tidak perlu berada di lokasi zon bahaya untuk melaporkan lokasi baru ini. Untuk melaporkan lokasi zon bahaya baru semasa berada di rumah, lakukan yang berikut:
1. Ketik Perkhidmatan LIVE dalam Menu Utama pada peranti navigasi anda.
2. Ketik Amaran Keselamatan.
3. Ketik Laporkan zon bahaya.
4. Gunakan kursor untuk menanda lokasi zon bahaya pada peta, kemudian ketik Selesai.
5. Ketik Ya untuk mengesahkan lokasi zon bahaya.
4
Page 5
Anda lihat mesej mengesahkan bahawa laporan telah dicipta.
Lapor zon bahaya
Ketik butang ini untuk melaporkan lokasi zon bahaya baru.
Tetapan amaran
Ketik butang ini untuk menetapkan bila anda menerima amaran dan bun­yinya.
Nyahdayakan ama-
ran
Ketik butang ini untuk menyahdayakan amaran.
Dayakan butang
laporan
Ketik butang ini untuk mendayakan butang laporan. Butang laporan di­tunjukkan dalam Pandangan Pemanduan atau dalam menu pantas.
Apabila butang laporan ditunjukkan dalam Pandangan Pemanduan, bu­tang ini bertukar ke Nyahdayakan butang laporan.

Menu Amaran Keselamatan

Untuk membuka menu Amaran Keselamatan, ketik Perkhidmatan LIVE dalam Menu Utama dan kemudian ketik Amaran Keselamatan.
5
Loading...