Ini ialah Panduan pengguna Xperia™ L untuk versi perisian Android™ 4.2 (Jelly Bean).
Jika anda tidak pasti peranti anda menjalankan versi perisian mana, anda boleh
menyemaknya melalui menu Tetapan. Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini
perisian, lihat Mengemas kini peranti anda.
Untuk menyemak versi perisian semasa peranti anda
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik Tetapan.
2
Ketik Mengenai telefon > Versi Android.
Apakah itu Android™?
Telefon pintar Xperia anda dari Sony dijalankan pada platform Android. Telefon Android
boleh melaksanakan banyak fungsi yang sama dengan komputer dan anda boleh
menyesuaikannya mengikut keperluan anda sendiri. Sebagai contoh, anda boleh
menambah dan memadamkan aplikasi atau mempertingkatkannya untuk memperbaik
kefungsiannya. Anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi dan permainan pada Google
Play™ dari koleksi yang sentiasa berkembang. Anda juga boleh menyepadukan aplikasi
pada telefon Android™ anda dengan aplikasi lain dan dengan perkhidmatan dalam talian
yang anda gunakan. Sebagai contoh, anda boleh membuat sandaran kenalan telefon
anda, mengakses pelbagai akaun e-mel dan kalendar anda dari satu tempat,
mengetahui janji temu anda dan melibatkan diri dalam rangkaian sosial.
Telefon Android™ sentiasa berkembang. Apabila versi perisian baru tersedia dan telefon
anda menyokong perisian baru ini, anda boleh mengemas kini telefon anda untuk
mendapatkan ciri-ciri baru dan peningkatan yang terkini.
Telefon Android™ anda telah dipramuatkan dengan perkhidmatan Google™. Untuk mendapat
sepenuh manfaat daripada perkhidmatan Google™ yang disediakan, anda hendaklah
mempunyai akaun Google™ dan mendaftar masuk apabila anda memulakan telefon anda
buat kali pertamanya. Anda juga perlu mempunyai akses Internet untuk menggunakan banyak
ciri dalam Android™.
Keluaran perisian baru mungkin tidak serasi dengan semua telefon.
Matikan telefon anda dan tanggalkan penutup belakang, kemudian masukkan kad
ingatan dan kad SIM ke dalam slot yang berkenaan.
Kad ingatan mungkin tidak disertakan dengan pembelian dalam semua pasaran.
Untuk memasang penutup belakang
1
Letakkan penutup belakang di atas bahagian belakang peranti, kemudian tekan
penjuru atas ke bawah untuk mengunci penutup ditempatnya.
2
Tekan tepi penutup dari atas ke bawah. Klip di bahagian dalam penutup akan
berbunyi klik apabila terkunci ditempatnya.
Menghidupkan dan mematikan peranti
Untuk menghidupkan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa
2
Jika skrin anda menjadi gelap, tekan kekunci kuasa sebentar untuk
mengaktifkan skrin.
3
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik .
4
Jika skrin anda dikunci, letakkan jari pada skrin dan leret ke atas atau ke bawah
untuk membukanya.
5
Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
sehingga peranti bergetar.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesalahan semasa
memasukkan PIN kad SIM anda, ketik
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.
2
Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
3
Ketik OK.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
Kunci skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa, skrin
menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri, dan dikunci secara automatik. Kunci
skrin menghalang tindakan yang tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda tidak
menggunakannya.
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap .
Untuk membuka kunci skrin
•
Letakkan jari pada skrin dan leret ke atas atau ke bawah.
Terdapat beberapa cara untuk membuka kunci skrin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
lihat Menetapkan kunci skrin pada halaman 117.
Untuk mengunci skrin secara manual
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.
Panduan persediaan
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan dibuka bagi
menerangkan fungsi asas dan membantu anda memasukkan tetapan penting. Ini
merupakan masa yang baik untuk menyelaraskan peranti mengikut keperluan khusus
anda. Anda juga boleh mengakses panduan persediaan kemudian dari menu tetapan.
Untuk mengakses wizard persediaan secara manual
1
Dari Skrin utama, ketik .
2
Ketik Tetapan > Panduan persediaan.
Akaun dan perkhidmatan
Daftar masuk ke akaun khidmat dalam talian anda daripada peranti anda untuk
mendapatkan akses mudah semasa anda sedang dalam perjalanan. Contohnya, anda
boleh menyepadukan kenalan dari akaun Google™ anda ke buku alamat anda supaya
anda mempunyai semuanya di satu tempat. Anda boleh mendaftar ke khidmat dalam
talian baru dari peranti anda serta dari komputer.
Akaun Google™
Anda perlu mempunyai akaun Google™ untuk menggunakan pelbagai aplikasi dan
perkhidmatan dengan peranti Android™ anda. Contohnya, anda memerlukan akaun
Google™ untuk menggunakan aplikasi Gmail™ pada peranti anda, untuk bersembang
dengan rakan menggunakan Hangouts™ dan untuk melaraskan aplikasi kalendar pada
peranti anda dengan Google Calendar™ anda. Anda memerlukan akaun Google™ untuk
memuat turun aplikasi dan permainan, muzik, filem serta buku dari Google Play™ juga.
Akaun Microsoft® Exchange ActiveSync
Selaraskan peranti anda dengan akaun korporat Microsoft® Exchange ActiveSync
anda. Dengan cara ini, anda menyimpan e-mel kerja, kenalan dan acara kalendar
bersama anda pada setiap masa.
Facebook™ adalah perkhidmatan rangkaian sosial yang menghubungkan anda dengan
rakan, keluarga dan rakan sekerja anda di seluruh dunia. Sediakan Facebook untuk
berfungsi pada peranti anda supaya anda boleh kekal berhubung dari mana-mana.
Tutup pad kekunci pada skrin, kotak dialog, menu pilihan, panel Pemberitahuan atau aplikasi
Skrin Utama
•
Pergi ke Skrin utama
Tugas
•
Ketik untuk membuka tetingkap yang menunjukkan aplikasi yang paling kerap digunakan dan bar
aplikasi kecil
Bateri
Mengecas bateri
Bateri anda tidak dicas sepenuhnya semasa anda membeli peranti tersebut. Ia boleh
mengambil masa beberapa minit sebelum ikon bateri
anda menyambungkan kabel pengecas ke sumber kuasa seperti port USB atau
pengecas. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia sedang dicas.
Mengecas peranti anda dalam tempoh yang lama, contohnya, semalaman, tidak
merosakkan bateri atau peranti.
Bateri akan mula menyahcas sedikit setelah ia dicas sepenuhnya dan kemudian mengecas
semula selepas masa tertentu apabila pengecas telefon disambungkan. Ini adalah bagi
memanjangkan hayat bateri dan boleh mengakibatkan status pengecasan menunjukkan tahap
bawah 100 peratus.
Pasangkan palam pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. LED status bateri menyala semasa
pengecasan bermula.
4
Apabila LED status bateri berwarna hijau, peranti telah dicas sepenuhnya.
Tanggalkan kabel USB dari peranti anda dengan menariknya keluar. Pastikan
penyambung tidak dibengkokkan semasa mencabut kabel dari peranti.
Gunakan pengecas dan kabel USB yang dibekalkan dengan peranti untuk memastikan
pengecasan pantas.
Sekiranya bateri telah dinyahcas sepenuhnya, lampu LED boleh mengambil masa beberapa
minit untuk menyala selepas anda menyambungkan kabel pengecas ke sumber kuasa.
Status Bateri LED
Hijau
Berdenyar merahTahap bateri rendah
JinggaBateri sedang mengecas. Tahap bateri berada antara rendah dan penuh
Untuk menyemak paras bateri
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Mengenai telefon > Status > Paras bateri.
Bateri dicas sepenuhnya
.
Memperbaik prestasi bateri
Petua berikut dapat membantu anda memperbaik prestasi bateri:
•
Cas peranti anda dengan kerap. Hal ini tidak akan menjejaskan jangka hayat bateri
tersebut.
•
Memuat turun data dari Internet menggunakan kuasa. Apabila anda tidak menggunakan
Internet, anda boleh menjimatkan kuasa dengan menyahdayakan semua sambungan
data melalui rangkaian mudah alih. Tetapan ini tidak menghalang peranti anda daripada
menghantar data melalui rangkaian wayarles lain.
•
Matikan sambungan Bluetooth® dan Wi-Fi® apabila anda tidak memerlukan ciri ini.
Anda boleh menghidupkannya dan mematikannya dengan lebih mudah dari panel
Pemberitahuan dengan menyeret bar status ke bawah.
•
Gunakan ciri STAMINA mode dan Mod bateri lemah untuk mengurangkan
penggunaan bateri. Anda boleh memilih mod penjimatan kuasa yang paling sesuai
dengan cara anda menggunakan peranti anda. Anda juga boleh menyesuaikan tetapan
setiap mod jimat kuasa.
•
Tetapkan aplikasi penyelarasan anda (digunakan untuk menyelaraskan e-mel, kalendar
dan kenalan anda) untuk menyelaras secara manual. Anda juga boleh menyelaras secara
automatik, tetapi meningkatkan selang penyelarasan itu.
•
Semak menu penggunaan bateri dalam peranti anda untuk melihat aplikasi mana
menggunakan paling banyak kuasa. Bateri anda menggunakan lebih banyak kuasa
semasa anda menggunakan aplikasi penstriman video dan muzik, seperti YouTube™.
Sesetengah aplikasi yang dimuat turun dari Google Play™ juga mungkin menggunakan
lebih banyak kuasa.
•
Tutup dan keluar daripada aplikasi yang anda tidak gunakan.
•
Rendahkan paras kecerahan paparan skrin.
•
Matikan peranti anda atau aktifkan tetapan Mod pesawat jika anda berada dalam
kawasan yang tiada liputan rangkaian. Jika tidak, peranti anda berulang kali mengimbas
rangkaian tersedia dan hal ini menggunakan kuasa.
•
Gunakan peranti bebas tangan tulen Sony™ untuk mendengar muzik. Peranti bebas
tangan memerlukan kuasa bateri yang lebih rendah daripada pembesar suara peranti
anda.
•
Jika boleh, pastikan peranti anda sentiasa dalam keadaan bersedia. Masa bersedia
merujuk pada tempoh waktu peranti disambungkan ke rangkaian dan tidak digunakan.
•
Nyahdayakan mana-mana hias latar hidup.
Untuk mengakses menu penggunaan bateri
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan bateri untuk
melihat aplikasi terpasang mana yang menggunakan paling banyak kuasa bateri.
Menggunakan mod STAMINA
Aktifkan ciri STAMINA mode untuk menjeda sambungan Wi-Fi® , trafik data anda dan
beberapa aplikasi yang menggunakan kuasa semasa skrin anda tidak aktif. Semasa mod
STAMINA aktif, anda masih boleh menerima panggilan telefon serta mesej teks dan
multimedia. Anda juga boleh menyediakan senarai aplikasi untuk membenarkan
sesetengah aplikasi supaya terus berjalan semasa skrin anda tidak aktif. Selepas skrin
menjadi aktif semula, semua fungsi yang dijeda diteruskan.
Untuk mengaktifkan mod STAMINA
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik
2
Cari dan ketik Pengurusan kuasa.
3
Seret penggelangsar bersebelahan STAMINA mode ke kanan, kemudian ketik
Aktifkan. kelihatan dalam bar status apabila mod STAMINA diaktifkan.
Untuk menyahaktifkan mod STAMINA
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Ketik
Untuk menukar tetapan bagi mod STAMINA
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Untuk membuka menu tetapan, ketik STAMINA mode.
4
Tambah atau alih keluar aplikasi seperti yang diinginkan.
5
Setelah anda selesai, ketik Selesai.
bersebelahan STAMINA mode.
.
Menganggarkan masa bersedia untuk peranti anda
Masa bersedia merujuk kepada jumlah masa bateri boleh bertahan semasa peranti anda
disambungkan ke rangkaian tetapi tidak digunakan secara aktif, contohnya bagi
menerima atau membuat panggilan telefon. Mod STAMINA, apabila diaktifkan,
berterusan menilai baki masa bersedia, yang berbeza-beza bergantung kepada cara
anda menggunakan peranti anda. Mod STAMINA lebih efektif dalam memanjangkan
masa bersedia jika anda membiarkan skrin peranti anda dikunci. Jika anda jarang
mengunci skrin, anda mungkin tidak akan melihat banyak peningkatan dalam prestasi
bateri.
Apabila anda menggunakan peranti anda buat pertama kali, anggaran masa bersedia mungkin
tidak tepat kerana tiada sejarah penggunaan terdahulu untuk dibuat anggaran.
Anda boleh mengaktifkan ciri Mod bateri lemah untuk menjimatkan kuasa semasa
tahap bateri rendah. Ciri ini membantu anda melaraskan tetapan untuk kecerahan skrin,
trafik data dan fungsi getar supaya anda boleh mengurangkan penggunaan bateri.
Untuk mengaktifkan mod Bateri lemah
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Cari dan ketik Pengurusan kuasa.
3
Seret penggelangsar bersebelahan Mod bateri lemah ke arah kanan.
Untuk menyahaktifkan mod Bateri lemah
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Ketik bersebelahan Mod bateri lemah.
Untuk menukar tetapan bagi mod Bateri lemah
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Untuk membuka menu tetapan, ketik Mod bateri lemah.
4
Laraskan tetapan seperti yang diinginkan.
5
Setelah anda selesai, ketik .
.
.
Menggunakan skrin sentuh
Suatu lapisan pelindung plastik telah dilekatkan pada skrin peranti anda semasa anda
membelinya. Anda boleh menanggalkan lapisan ini sebelum menggunakan skrin sentuh.
Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi dengan betul.
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu set masa, skrin
menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan mengunci secara automatik. Kunci ini
menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda tidak
menggunakannya. Anda juga boleh menetapkan kunci peribadi untuk melindungi
langganan anda dan memastikan hanya anda sahaja yang boleh mengakses kandungan
pada peranti anda.
Skrin peranti diperbuat daripada kaca. Jangan sentuh skrin jika kaca retak atau berkecai.
Elakkan daripada mencuba untuk membaiki skrin yang rosak sendiri. Skrin kaca sensitif
kepada terjatuh dan kejutan mekanikal. Kes penjagaan cuai tidak diliputi oleh perkhidmatan
waranti Sony.
Untuk membuka atau menyerlahkan item
•
Ketuk item.
Pilihan menanda
Kotak semak yang ditandakan
Kotak semak yang dinyahtandakan
Dihidupkan
Dimatikan
Untuk menanda atau menyahtanda pilihan
•
Ketik kotak semak yang relevan atau tukar bersebelahan dengan nama pilihan.
Pilihan zum yang tersedia bergantung pada aplikasi yang anda gunakan.
Untuk mengezum
•
Letakkan dua jari pada skrin serentak dan cubitnya bersama (untuk mengezum
keluar) atau kembangkan dua jari (untuk mengezum masuk).
Apabila anda menggunakan dua jari pada skrin untuk mengezum, ia hanya boleh mengezum
jika kedua-dua jari berada dalam kawasan boleh dizum. Jika anda, contohnya, ingin
mengezum masuk pada foto, pastikan kedua-dua jari berada dalam kawasan bingkai foto.
Penatalan
Tatal dengan mengalihkan jari anda ke atas atau ke bawah pada skrin. Pada laman web
anda juga boleh menatal ke sisi.
Menyeret atau menukar tidak akan mengaktifkan apa-apa pada skrin.
Untuk menatal
•
Seret atau kuis jari anda dalam arah yang anda hendak tatal pada skrin.
Untuk menatal dengan lebih cepat, kuis jari anda dalam arah yang anda hendak pergi pada
skrin.
Untuk menatal dengan lebih cepat, kuis jari anda dalam arah yang anda hendak
pergi pada skrin. Anda boleh menunggu penatalan berhenti dengan sendiri, atau
atau anda boleh menghentikannya segera dengan mengetuk skrin.
Sensor
Peranti anda mempunyai sensor yang mengesan cahaya dan kehampiran. Sensor
cahaya mengesan aras cahaya ambien dan melaraskan kecerahan skrin sewajarnya.
Sensor kehampiran mematikan skrin sentuh semasa panggilan suara apabila telinga
anda berada dekat dengan skrin. Ini menghalang anda daripada mengaktifkan fungsi lain
pada peranti anda secara tidak sengaja semasa anda sedang menjawab panggilan.
Menggunakan kunci skrin
Pada skrin kunci, anda boleh memainkan trek, mengambil foto dan merakam video
tanpa membuka kunci skrin.
Untuk mengambil foto daripada skrin kunci
1
Untuk mengaktifkan skrin, tekan sebentar kekunci kuasa
2
Untuk mengaktifkan kawalan kamera, seret ke kiri merentasi skrin.
3
Ketik .
Untuk menjeda trek audio dari skrin kunci
1
Untuk mengaktifkan skrin, tekan sebentar kekunci kuasa .
2
Apabila kawalan pemain muzik kelihatan, ketik .
Untuk menukar trek audio yang sedang dimainkan dari skrin kunci
1
Untuk mengaktifkan skrin, tekan sebentar kekunci kuasa .
2
Apabila kawalan pemain muzik kelihatan, ketik atau .
.
Skrin Utama
Skrin utama merupakan pintu anda kepada ciri utama pada peranti anda. Anda boleh
menyesuaikan Skrin utama anda dengan widget, jalan pintas, folder, tema, hias latar
dan item lain.
Skrin utama melebihi lebar paparan skrin biasa, jadi anda perlu menguis ke kiri atau ke
kanan untuk melihat kandungan dalam semua anak tetingkap Skrin Utama.
menunjukkan lokasi anda pada bahagian Skrin utama.
Anda boleh menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap Skrin Utama dan
menambahkan serta memadamkan anak tetingkap.
Item dalam bar di bahagian bawah skrin sentiasa tersedia untuk akses pantas.
Untuk pergi ke skrin Utama
•
Tekan .
Untuk menyemak imbas skrin Utama
•
Kuis ke kanan atau kiri.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama Skrin utama
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
tetapkan sebagai anak tetingkap utama Skrin utama, kemudian ketik .
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan kepada anak tetingkap penyemak imbas, kemudian ketik
.
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
padamkan, kemudian ketik .
Widget
Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada Skrin utama
anda. Contohnya, widget “WALKMAN” membolehkan anda terus memainkan muzik.
Sesetengah widget boleh disaiz semula, maka anda boleh mengembangkannya untuk
melihat lebih banyak kandungan atau mengecilkannya untuk menjimatkan ruang pada
Skrin utama anda.
Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik Widget.
2
Cari dan ketik widget yang anda ingin tambah.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
lepaskan widget. Jika widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar
maka bingkai yang diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.
2
Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana pada Skrin utama.
Mengatur semula skrin Utama anda
Suaikan penampilan Skrin utama anda dan tukar ciri-ciri yang boleh anda akses darinya.
Tukar latar belakang skrin, alihkan item, wujudkan folder dan tambah jalan pintas dan
widget.
Pilihan penyuaian
Apabila anda menyentuh terus pada bahagian kosong Skrin utama anda, pilihan
penyuaian berikut akan kelihatan:
Tambah widget pada Skrin utama anda.
Tambah aplikasi dan jalan pintas.
Tetapkan hias latar untuk Skrin utama anda.
Tetapkan tema latar belakang.
Untuk melihat pilihan penyuaian daripada Skrin utama
•
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar
dan pilihan penyuaian kelihatan di bahagian bawah skrin.
Untuk menambah jalan pintas pada Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Ketik Aplikasi > Jalan pintas.
3
Pilih jalan pintas.
Anda boleh menambah jalan pintas aplikasi terus dari skrin Aplikasi dengan menyentuh terus
aplikasi tersebut.
Untuk memindahkan item pada skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke lokasi baru.
Untuk memadam item dari Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke .
Untuk membuat folder pada Skrin utama
1
Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga ia membesar dan peranti
bergetar, kemudian seret dan lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi lain atau
jalan pintas.
2
Masukkan nama untuk folder dan ketik Selesai.
Untuk menambah item pada folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke folder.
Sentuh bar tajuk folder untuk menunjukkan medan Nama folder.
3
Masukkan nama folder baru dan ketik Selesai.
Menukar latar belakang skrin Utama anda
Sesuaikan Skrin utama mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias latar dan
tema berbeza.
Untuk menukar hias latar Skrin Utama anda
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Hias latar dan buat pilihan.
Untuk menetapkan tema untuk Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Ketik Tema, kemudian pilih tema.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut bertukar dalam sesetengah aplikasi.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej pegun untuk sebarang skrin pada peranti anda sebagai
tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang diambil disimpan secara automatik dalam Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa dan kekunci kelantangan turun secara serentak
sehingga anda mendengar bunyi klik.
2
Untuk melihat tangkapan skrin, seret bar status ke bawah sepenuhnya.
Mengakses dan menggunakan aplikasi
Buka aplikasi dari jalan pintas pada Skrin utama anda atau dari skrin Aplikasi.
Skrin aplikasi
Skrin aplikasi, yang anda buka dari Skrin utama anda, mengandungi aplikasi yang
didatangkan sedia dipasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.
Skrin Aplikasi melangkaui kelebaran skrin biasa, maka, anda perlu menguis ke kiri dan
kanan untuk melihat semua kandungan.
Untuk membuka skrin Aplikasi
•
Dari Skrin utama anda, ketik
Untuk menyemak imbas skrin Aplikasi
•
Dari skrin Aplikasi, kuis ke kanan atau ke kiri.
.
Untuk membuka menu skrin Aplikasi
•
Apabila skrin Aplikasi dibuka, seret tepi kiri skrin ke kanan.
Untuk membuat pintasan ke aplikasi pada Skrin utama
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Sentuh terus ikon aplikasi sehingga skrin bergetar, kemudian seret ikon ke
bahagian atas skrin. Skrin utama dibuka.
3
Seret ikon ke lokasi yang diinginkan pada Skrin utama, kemudian lepaskan jari
anda.
Membuka dan menutup aplikasi
Untuk membuka aplikasi
•
Dari Skrin utama anda atau skrin Aplikasi, ketik aplikasi.
Untuk menutup aplikasi
•
Tekan .
Beberapa aplikasi dijeda apabila anda menekan
mungkin terus dijalankan dalam latar belakang. Dalam kes pertama, pada lain kali anda
membuka aplikasi, anda boleh teruskan di mana anda tinggalkannya. Harus diingati bahawa
sesetengah aplikasi mungkin dikenakan bayaran untuk sambungan dta apabila ia dijalankan di
latar belakang, sebagai contoh, perkhidmatan rangkaian sosial.
untuk keluar, sementara, aplikasi lain
Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini
Anda boleh melihat dan mengakses aplikasi yang digunakan baru-baru ini daripada
tetingkap ini.
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Menggunakan apl kecil
Dari tetingkap aplikasi yang baru digunakan, anda boleh mendapat akses pantas kepada
beberapa apl kecil pada bila-bila masa menggunakan bar apl kecil. Apl kecil hanya
menggunakan bahagian kecil skrin anda. Oleh itu, anda boleh berinteraksi dengan apl
kecil dan aplikasi lain pada masa yang sama pada skrin yang sama.
Untuk membuka bar aplikasi kecil
•
Tekan .
Untuk membuka aplikasi kecil
1
Untuk membuatkan bar aplikasi kecil kelihatan, tekan .
2
Ketik aplikasi kecil yang anda ingin buka.
Anda boleh membuka beberapa aplikasi kecil pada masa yang sama.
Untuk menutup apl kecil
•
Ketik pada tetingkap apl kecil.
Untuk mengalih aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian alihkannya ke lokasi yang diinginkan.
Untuk meminimumkan aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian seretnya ke sisi kanan atau sisi bawah skrin.
Untuk mengatur semula aplikasi kecil dalam bar aplikasi kecil
•
Sentuh terus aplikasi kecil dan seretnya ke kedudukan yang diingini.
Untuk mengeluarkan aplikasi kecil daripada bar aplikasi kecil
•
Sentuh terus aplikasi kecil, kemudian seretnya di luar bar aplikasi kecil.
Untuk memulihkan aplikasi kecil yang dikeluarkan sebelum ini
1
Buka bar aplikasi kecil, kemudian ketik .
2
Sentuh terus aplikasi kecil yang anda mahu dipulihkan, kemudian seretnya ke
dalam bar aplikasi kecil.
Untuk memuat turun aplikasi kecil
1
Dari bar aplikasi kecil, ketik , kemudian ketik , dan ketik .
2
Cari aplikasi kecil yang anda ingin muat turun, kemudian ikut arahan untuk
memuat turunnya dan menyelesaikan pemasangan.
Untuk menambah widget sebagai aplikasi kecil
1
Untuk memaparkan bar aplikasi kecil, tekan .
2
Ketik > > .
3
Pilih widget.
4
Masukkan nama untuk widget itu, jika dinginkan, kemudian ketik OK.
Menu aplikasi
Anda boleh membuka menu pada bila-bila masa apabila anda menggunakan aplikasi.
Menunya akan kelihatan berbeza bergantung pada aplikasi yang anda gunakan.
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
Mengatur semula skrin Aplikasi anda
Pindahkan aplikasi di sekeliling skrin Aplikasi mengikut pilihan anda.
Untuk menyusun aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret sisi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Pilih pilihan yang diinginkan di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.
Untuk mengalih aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Buka menu skrin Aplikasi dan pastikan Susunan sendiri dipilih di bawah
TUNJUKKAN APLIKASI.
2
Sentuh terus aplikasi sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seret aplikasi ke lokasi baru.
Untuk menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Ketik Nyahpasang. Semua aplikasi yang boleh dinyahpasang ditandakan dengan
.
3
Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik Nyahpasang.
Status dan pemberitahuan
Bar status pada bahagian atas skrin anda menunjukkan apa yang berlaku dalam peranti
anda. Di sebelah kiri, anda mendapat pemberitahuan apabila terdapat sesuatu yang baru
atau sedang berlangsung. Sebagai contoh, pemberitahuan mesej baru dan kalendar
kelihatan di sini. Sebelah kanan menunjukkan kekuatan isyarat, status bateri dan
maklumat lain.
Panel Pemberitahuan membolehkan anda melaraskan tetapan asas pada peranti anda,
contohnya, Wi-Fi®, Bluetooth®, trafik data dan bunyi. Anda juga boleh membuka menu
tetapan daripada panel Pemberitahuan untuk menukar tetapan lain.
Memeriksa pemberitahuan dan aktiviti yang sedang dijalankan
Anda boleh menyeret ke bawah bar status untuk membuka panel Pemberitahuan dan
mendapatkan maklumat lanjut. Contohnya, anda boleh menggunakan panel untuk
membuka mesej baru atau melihat acara kalendar. Anda juga boleh membuka beberapa
aplikasi yang dijalankan pada latar belakang, seperti pemain muzik.
Untuk membuka panel Pemberitahuan
•
Seret bar status ke bawah.
Untuk menutup panel Pemberitahuan
•
Seret tab pada bahagian bawah panel Pemberitahuan ke bahagian atas.
Untuk membuka aplikasi yang sedang berjalan dari panel Pemberitahuan
•
Ketik ikon aplikasi yang sedang berjalan untuk membukanya.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk mengosongkan panel Pemberitahuan
•
Dari panel Pemberitahuan, ketik Ksngkn.
Menetapkan peranti anda dari panel Pemberitahuan
Anda boleh membuka menu tetapan dari panel Pemberitahuan untuk melaraskan
tetapan peranti asas. Contohnya, anda boleh menghidupkan Wi-Fi®.
Untuk membuka menu tetapan peranti dari panel Pemberitahuan
Untuk melaraskan tetapan bunyi dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Untuk mengawal fungsi Bluetooth® dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Untuk mengawal fungsi Wi-Fi® dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Untuk mendayakan atau menyahdayakan lalu lintas data dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Menu tetapan
Lihat dan tukar tetapan untuk peranti anda dari menu Tetapan.
Untuk mengakses tetapan peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan.
Anda juga boleh menyeret bar status ke bawah pada skrin Utama dan ketik
mengakses tetapan peranti anda.
untuk
Menaip teks
Anda boleh pilih daripada sebilangan papan kekunci dan kaedah input untuk menaip
teks yang mengandungi huruf, nombor dan aksara lain. Anda boleh menaip dalam dua
atau tiga bahasa Latin tanpa menukar papan kekunci. Papan kekunci antarabangsa
Xperia™ mengesan bahasa dan meramalkan perkataan sambil anda menaip.
Papan kekunci pada paparan
Ketik kekunci papan kekunci QWERTY pada paparan untuk memasukkan teks dengan
mudah. Sesetengah aplikasi membuka papan kekunci pada paparan secara automatik.
Anda juga boleh membuka papan kekunci ini dengan menyentuh medan teks.
Menggunakan papan kekunci pada paparan
1
Tukar kes aksara dan hidupkan huruf besar. Untuk sesetengah bahasa, kekunci ini digunakan untuk
mengakses aksara tambahan dalam bahasa.
2 Tutup paparan papan kekunci pada paparan. Ambil perhatian bahawa ikon ini tidak kelihatan dalam mod
4 Peribadikan papan kekunci anda. Kekunci ini hilang selepas papan kekunci diperibadikan.
5 Masukkan ruang.
6 Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks.
7 Padam aksara sebelum kursor.
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan
peranti sebenar dengan tepat.
Untuk memaparkan papan kekunci pada paparan untuk memasukkan teks
•
Ketik medan entri teks.
Untuk menyembunyikan papan kekunci pada paparan
•
Apabila papan kekunci pada paparan dibuka, ketik .
Untuk memperibadikan papan kekunci pada paparan
1
Buka papan kekunci pada paparan, kemudian ketik . .
2
Ikuti arahab untuk memperibadikan papan kekunci pada paparan anda, sebagai
contoh, tanda kotak semak Kekunci senyuman.
Jika anda tidak menandakan kotak semak Kekunci senyuman semasa anda memperibadikan
papan kekunci pada paparan, ikon smiley tidak akan kelihatan.
Untuk menggunakan papan kekunci pada paparan dalam orientasi landskap
•
Apabila anda memasukkan teks, pusingkan peranti ke arah sisi.
Untuk papan kekunci menyokong ciri ini, mod landskap mesti disokong oleh aplikasi yang
anda sedang gunakan dan tetapan orientasi skrin anda mesti ditetapkan pada automatik.
Untuk memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan
•
Untuk memasukkan aksara yang boleh dilihat pada papan kekunci, ketik aksara.
•
Untuk memasukkan kelainan aksara, sentuh terus aksara papan kekunci biasa
untuk mendapatkan senarai pilihan tersedia, kemudian, pilih dari senarai. Sebagai
contoh, untuk memasukkan "é", sentuh terus "e" sehingga pilihan lain kelihatan,
kemudian, semasa jari anda masih menekan pada papan kekunci, seret dan pilih
"é".
Untuk menukar antara huruf besar dan huruf kecil
•
Sebelum anda memasukan huruf, ketik untuk menukar ke huruf besar , atau
sebaliknya.
Untuk menghidupkan caps lock
•
Sebelum anda menaip perkataan, ketik atau sehingga kelihatan.
Untuk memasukkan nombor atau simbol
•
Apabila anda masukkan teks, ketik . Papan kekunci dengan nombor dan
simbol akan kelihatan. Ketik untuk melihat lebih banyak pilihan.
Untuk memasukkan tanda baca biasa
1
Apabila anda selesai memasukkan perkataan, ketik bar ruang.
2
Pilih tanda baca daripada bar calon. Tanda yang dipilih dimasukkan sebelum
ruang.
Untuk memasukkan noktah dengan cepat, ketik bar ruang dua kali apabila anda selesai
memasukkan perkataan.
Untuk memadam aksara
•
Ketik untuk menggantikan kursir selepas aksara yang anda hendak hapuskan,
kemudian ketik .
Apabila anda memasukkan teks, ketik untuk memasukkan pembawa kembali.
Untuk memilih teks
1
Masukkan sedikit teks, kemudian, ketik dua kali teks. Perkataan yang anda ketik
diserlahkan melalui tab di kedua-dua belah.
2
Seret tab ke kiri atau kanan untuk memilih lebih banyak teks.
Untuk menyunting teks dalam orientasi landskap
1
Masukkan sedikit teks, kemudian, ketik dua kali teks yang dimasukkan.
2
Pilih teks yang anda ingin membuat kerja, kemudian, ketik Sunting... dan pilih
pilihan.
Untuk menyunting dalam orientasi potret
1
Masukkan sedikit teks, kemudian, ketik dua kali teks yang dimasukkan untuk
membuatkan bar aplikasi kelihatan.
2
Pilih teks yang anda ingin sunting, kemudian, gunakan bar aplikasi untuk
membuat perubahan yang anda inginkan.
Bar aplikasi
1
2Pilih semua teks
3Potong teks
4Salin teks
5Tampal teks
hanya muncul apabila anda mempunyai teks yang disimpan pada papan keratan.
Tutup bar aplikasi
Menggunakan fungsi Input gerak isyarat untuk menulis perkataan
Anda boleh memasukkan teks dengan menggelangsar jari anda dari huruf ke huruf pada
papan kekunci pada paparan.
Input gerak isyarat hanya tersedia apabila anda menggunakan papak kekunci skrin pada
paparan.
Untuk memasukkan teks menggunakan fungsi Input gerak isyarat
1
Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, gelangsar jari anda dari huruf
ke huruf untuk menyurih perkataan yang anda mahu tuliskan.
2
Angkat jari anda setelah anda selesai memasukkan sesuatu perkataan. Perkataan
dicadangkan berdasarkan huruf yang anda surih. Jika perlu, pilih perkataan yang
betul dalam bar calon.
3
Untuk melihat lebih banyak pilihan, tatal ke kanan atau kiri dalam bar calon
perkataan. Jika anda tidak menemui perkataan yang diingini, ketik sekali untuk
memadamkan keseluruhan perkataan, kemudian cuba lagi menyurih perkataan
atau ketik setiap huruf untuk memasukkan perkataan.
4
Jika tetapan Ruang automatik diaktifkan, surih perkataan seterusnya yang anda
mahu masukkan. Jika tidak, ketik bar ruang dan kemudian surih perkataan
seterusnya yang anda mahu masukkan.
Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, tekan .
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci > Tetapan input teks.
3
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi input Gerak Isyarat, tanda atau
nyahtanda kotak semak Input gerak isyarat.
Pad telefon
Pad telefon serupa dengan pad kekunci telefon 12 kekunci standard. Ia memberikan
anda pilihan input teks ramalan dan berbilang tap. Anda boleh mengaktifkan kaedah
input teks Pad telefon melalui tetapan papan kekunci. Pad telefon hanya tersedia dalam
orientasi potret.
Menggunakan Pad telefon
1
Buat pilihan input teks
2Tukar penghurufbesaran aksara dan hidupkan kunci huruf besar
3Paparkan nombor
4Paparkan simbol dan senyuman
5Masukkan ruang
6Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks
7Padam aksara sebelum kursor
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan
peranti sebenar dengan tepat.
Untuk membuka Pad telefon untuk kali pertama
1
Ketik medan entri teks, kemudian ketik .
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.
3
Ketik Rupa papan kekunci > Bentangan papan kekunci.
4
Pilih Pad telefon.
Pad telefon hanya boleh digunakan dalam mod potret.
Untuk memasukkan teks menggunakan Pad telefon
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik setiap kekunci aksara sekali sahaja,
walaupun huruf yang anda mahukan bukan huruf pertama pada kekunci tersebut.
Ketik perkataan yang kelihatan atau ketik untuk melihat lebih banyak cadangan
perkataan dan memilih perkataan daripada senarai.
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik kekunci pada paparan untuk aksara
yang anda mahu masukkan. Teruskan menekan kekunci ini sehingga aksara yang
diingini dipilih. Kemudian lakukan cara yang sama untuk aksara seterusnya yang
anda mahu masukkan dan seterusnya.
Apabila Pad telefon dibuka, ketik . Pad telefon dengan nombor akan kelihatan.
Untuk memasukkan simbol dan senyuman menggunakan Pad telefon
1
Apabila Pad telefon dibuka, ketik . Grid yang mengandungi simbol dan
senyuman akan kelihatan.
2
Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat lebih banyak pilihan. Ketik simbol atau
senyuman untuk memilihnya.
Tetapan Papan kekunci dan Pad telefon
Anda boleh memilih tetapan untuk papan kekunci pada paparan dan Pad telefon, seperti
bahasa penulisan dan pembetulan automatik.
Untuk mengakses tetapan papan kekunci pada paparan dan Pad telefon
1
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau
Pad telefon, ketik atau .
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.
Untuk menambah bahasa penulisan untuk input teks
1
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau
Pad telefon, ketik atau .
2
Ketik
3
Ketik Bahasa penulisan dan tanda kotak semak yang berkaitan.
4
Ketik OK untuk mengesahkan.
, kemudian ketik Tetapan papan kekunci.
Untuk memilih varian bentangan papan kekunci
Varian bentangan hanya tersedia untuk papan kekunci pada paparan apabila anda memilih
dua atau tiga bahasa penulisan dan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa penulisan.
1
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan,
ketik
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.
3
Ketik Bahasa penulisan, kemudian ketik .
4
Pilih varian bentangan papan kekunci.
5
Ketik OK untuk mengesahkan.
.
Tetapan input teks
Semasa memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau Pad
telefon, anda boleh mengakses menu tetapan input teks yang membantu anda
menetapkan pilihan untuk cadangan perkataan dan penjarakan automatik. Contohnya,
anda boleh menentukan bagaimana perkataan dibetulkan sambil anda menaip.
Untuk menukar tetapan input teks
1
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau
Pad telefon, ketik
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci > Tetapan input teks dan pilih
tetapan yang berkaitan.
atau .
Memasukkan teks menggunakan input suara
Apabila anda memasukkan teks, anda boleh menggunakan fungsi input suara tanpa
perlu menaipkan perkataan. Sebut sahaja perkataan yang anda mahu masukkan. Input
suara ialah suatu teknologi eksperimen daripada Google™ dan tersedia kepada
beberapa bahasa dan rantau.
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau
Pad telefon, ketik atau .
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.
3
Tandakan kotak semak Kekunci menaip suara Google.
4
Tekan untuk menyimpan tetapan anda. Ikon mikrofon kelihatan pada papan
kekunci pada paparan atau Pad telefon.
Untuk memasukkan teks menggunakan input suara
1
Buka papan kekunci pada paparan, kemudian ketik Pad telefon.
2
Ketik . Apabila kelihatan, bercakap untuk memasukkan teks. Setelah anda
selesai, ketik sekali lagi. Teks yang dicadangkan muncul.
3
Sunting teks secara manual, jika perlu.
Menyuaikan peranti anda
Anda boleh melaras beberapa tetapan peranti untuk disesuaikan dengan keperluan anda
sendiri. Contohnya, anda boleh menukar bahasa, menambah nada dering peribadi atau
menukar kecerahan skrin.
Melaraskan kelantangan
Anda boleh menyelaraskan kelantangan nada dering untuk panggilan masuk dan
pemberitahuan serta ulang main muzik dan video.
Untuk melaraskan kelantangan nada dering menggunakan kekunci kelantangan
•
Tekan kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
Untuk menyelaraskan kelantangan media yang dimainkan menggunakan kekunci
kelantangan
•
Apabila main muzik atau menonton video, tekan kekunci kelantangan ke atas atau
ke bawah.
Melaraskan tetapan bunyi
Anda boleh melaras beberapa tetapan bunyi. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan
peranti anda kepada mod senyap supaya ia tidak berdering semasa anda berada dalam
mesyuarat.
Untuk menetapkan peranti anda kepada mod getar
•
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
Anda juga boleh menekan dan menahan kekunci kuasa
yang dibuka untuk menetapkan peranti anda kepada mod getar.
Untuk menetapkan peranti anda kepada mod senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga peranti bergetar dan muncul
dalam bar status.
2
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sekali lagi. muncul dalam bar status.
Anda juga boleh menekan dan menahan kekunci kuasa
yang dibuka untuk menetapkan peranti anda kepada mod senyap.
Untuk menetapkan peranti anda kepada mod getar dan dering
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi.
3
Tandakan kotak semak Bergetar apabila berdering.
dan kemudian ketik dalam menu
, kemudian ketik dalam menu
Tarikh & masa
Anda boleh menukar tarikh dan masa pada peranti anda.