Sony DSC-T500 Users guide [ms]

Kamera digital
Manual Arahan
DSC-T500
Untuk butir-butir tentang operasi termaju, sila baca
“Panduan buku Cyber-shot” (PDF) dan “Panduan Termaju Cyber-shot” pada CD-ROM (yang dibekalkan) dengan
menggunakan komputer.
Arahan-Arahan Operasi
Sebelum mengoperasikan unit, sila baca panduan ini dengan teliti dan simpan untuk rujukan di masa depan.
© 2008 Sony Corporation 3-700-731-43(1)
MY
AMARAN
Untuk mengurangkan bahaya kebakaran atau kejutan elektrik, jangan dedahkan unit kepada hujan atau kelembapan.
AMARAN
Gantikan bateri dengan jenis yang ditetapkan sahaja. Jika tidak, kebakaran atau kecederaan mungkin berlaku.
Jangan dedahkan bateri-bateri kepada kepanasan melampau seperti cahaya matahari, api atau seumpamanya.
2

Jadual Kandungan

Nota-nota mengenai penggunaan kamera anda ..................................... 4
Untuk bermula ................................................................................. 6
Memeriksa aksesori-aksesori yang dibekalkan ....................................... 6
1 Menyediakan pek bateri ........................................................................ 8
2 Memasukkan pek bateri/“Memory Stick Duo” (tidak dibekalkan) ......... 9
3 Menghidupkan kamera/menetapkan jam ............................................ 11
Mengambil imej ..............................................................................13
Saiz imej/Pemasa kendiri/Mod mengambil gambar/Denyar/Makro/
Paparan .................................................................................................. 15
Melihat/memadam imej ................................................................. 18
Mempelajari pelbagai fungsi – HOME/Menu ............................... 22
Menggunakan skrin HOME .................................................................... 22
Item HOME.............................................................................................. 23
Menggunakan item menu ....................................................................... 24
Item menu................................................................................................ 25
Menikmati komputer anda ............................................................ 26
Sistem Pengoperasian Yang Disokong untuk sambungan USB dan
perisian aplikasi “Picture Motion Browser” (yang dibekalkan) ............... 26
Melihat “Panduan buku Cyber-shot” ...................................................... 27
Penunjuk pada skrin ..................................................................... 28
Hayat bateri dan kapasiti memori ................................................30
Jangka hayat bateri dan bilangan imej yang boleh dirakam/dilihat ...... 30
Bilangan imej pegun dan masa rakaman wayang ................................. 31
Penyelesaian masalah ..................................................................33
Pek bateri dan kuasa .............................................................................. 33
Mengambil imej pegun/wayang gambar ............................................... 34
Melihat imej ............................................................................................ 34
Langkah berjaga-jaga .................................................................... 35
Spesifikasi ......................................................................................37
3

Nota-nota mengenai penggunaan kamera anda

[ Memori dalaman dan salinan
“Memory Stick Duo”
Jangan matikan kamera, keluarkan pek bateri, atau keluarkan “Memory Stick Duo” ketika lampu akses menyala. Jika tidak, data memori dalaman atau “Memory Stick Duo” mungkin rosak. Pastikan untuk membuat salinan sokongan untuk melindungi data anda.
[ Nota-nota mengenai rakaman/
main balik
• Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan kamera berfungsi dengan betul.
• Kamera ini tidak kalis-habuk, atau kalis­percikan, mahupun kalis-air. Baca “Langkah berjaga-jaga” (muka surat 35) sebelum mengoperasi kamera.
• Elakkan pendedahan kamera kepada air. Jika air memasuki kamera, pincang tugas mungkin terjadi. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh dibaiki.
• Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
• Jangan gunakan kamera berhampiran dengan lokasi yang menjana gelombang radio yang kuat atau memancarkan radiasi. Jika tidak, kamera mungkin tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
• Penggunaan kamera di lokasi-lokasi berpasir atau berhabuk mungkin menyebabkan pincang tugas.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, lapkan ia sebelum menggunakan kamera (muka surat 35).
• Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan pincang tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu, media rakaman mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin rosak.
• Bersihkan permukaan denyar sebelum digunakan. Haba pancaran denyar mungkin menyebabkan habuk pada permukaan denyar berubah warna atau melekat pada permukaan denyar, mengakibatkan pancaran cahaya tidak mencukupi.
[ Nota-nota mengenai skrin LCD
• Skrin LCD dibuat dengan menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi. Oleh itu, lebih daripada 99.99% piksel boleh berfungsi untuk penggunaan berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa titik hitam kecil dan/ atau titik terang (berwarna putih, merah, biru atau hijau) mungkin dipapar pada skrin LCD. Titik-titik ini adalah normal dalam proses pembuatan dan tidak menjejas rakaman.
• Jika titisan air atau cecair lain terpercik pada skrin LCD dan membuatnya basah, lap skrin dengan segera dengan menggunakan kain lembut. Kualiti boleh terjejas dan pincang tugas mungkin berlaku jika cecair ditinggalkan pada permukaan skrin LCD.
[ Mengenai keserasian data imej
• Kamera mematuhi piawaian universal DCF (Design rule for Camera File system) yang ditetapkan oleh JEITA (Japan Electronics and Information Technology Industries Association).
• Sony tidak menjamin bahawa kamera akan memainkan balik imej yang dirakam atau disunting dengan kelengkapan lain, atau kelengkapan lain akan memainkan balik imej yang dirakam dengan kamera.
[ Nota semasa memainkan wayang
pada peranti lain
Kamera ini menggunakan MPEG-4 AVC/H.264 Profil Utama untuk merakam wayang. Oleh itu, wayang yang dirakam dengan menggunakan kamera ini tidak boleh dimainkan pada peranti yang tidak menyokong MPEG-4 AVC/H.264.
[ Amaran mengenai hak cipta
Program-program televisyen, filem-filem, pita­pita video, dan bahan-bahan lain mungkin dihak cipta. Perakaman bahan-bahan tersebut secara tanpa izin mungkin bertentangan dengan peruntukan undang-undang hak cipta.
4
[ Tiada pampasan untuk
kandungan rosak atau kegagalan rakaman
Sony tidak boleh membayar pampasan untuk kegagalan rakaman atau kehilangan atau kerosakan kandungan yang telah dirakam yang disebabkan pincang tugas kamera atau media rakaman, dll.
5

Untuk bermula

Memeriksa aksesori-aksesori yang dibekalkan

• Pengecas bateri BC-CSD (1)
• Kord kuasa (1) (tidak dibekalkan di Amerika Syarikat dan Kanada)
• Pek bateri yang boleh dicas NP-BD1 (1)/ Selongsong bateri (1)
• Kabel USB (1)
Tentang tali pergelangan tangan
• Kabel AV (1)
• Kaki berbilang output UC-TE (1)
• Tali pergelangan tangan (1)
•CD-ROM (1) – Perisian aplikasi Cyber-shot – “Panduan buku Cyber-shot” – “Panduan Termaju Cyber-shot”
• Manual Arahan (buku manual ini) (1)
Ikatkan tali dan letakkan tangan anda ke dalam gelung untuk mengelakkan kamera menjadi rosak akibat terjatuh.
Cangkuk
6
Tentang kaki berbilang output
Di dalam keadaan-keadaan berikut, pasangkan kamera pada kaki berbilang output, kemudian sambungkan kaki tersebut ke peralatan lain dengan kabel.
• Apabila menyambungkan kamera dan komputer dengan kabel USB.
• Apabila bersambung dengan jek input audio/video sebuah TV.
• Apabila menyambung kepada pencetak serasi PictBridge.
7

1 Menyediakan pek bateri

Untuk pelanggan-pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada
Palam
Lampu CHARGE
Untuk pelanggan-pelanggan di negara/rantau selain daripada Amerika Syarikat dan Kanada
Lampu CHARGE
Kord kuasa
1Masukkan pek bateri ke dalam pengecas bateri.
2Sambungkan pengecas bateri ke saluran keluar dinding.
Lampu CHARGE menyala dan pengecasan bermula. Apabila lampu CHARGE padam, pengecasan selesai (pengecasan biasa). Jika anda terus mengecas pek bateri untuk lebih kurang satu jam lagi (sehingga ia dicas penuh), cas
akan tahan lebih lama sedikit.
[ Masa pengecasan
Masa cas penuh Masa cas biasa
Lebih kurang 220 min. Lebih kurang 160 min.
• Jadual di atas menunjukkan waktu yang diperlukan untuk mengecaskan pek bateri yang kehabisan kuasa sepenuhnya pada suhu 25°C. Pengecasan mungkin mengambil masa lebih lama bergantung pada syarat­syarat penggunaan dan keadaan.
• Lihat muka surat 30 untuk bilangan imej yang boleh dirakam/dilihat.
• Sambungkan pengecas bateri ke saluran keluar dinding.
• Walaupun lampu CHARGE tidak menyala, pengecas bateri tidak ditanggalkan daripada sumber kuasa Arus Ulang-alik selama ia disambung kepada saluran keluar dinding. Jika sesuatu kesusahan berlaku ketika menggunakan pengecas bateri, padamkan kuasa dengan segera dengan menanggalkan palam daripada saluran keluar dinding.
• Apabila pengecasan tamat, cabutkan palam atau kord kuasa dari saluran keluar dinding, dan keluarkan pek bateri dari pengecas bateri.
• Direka bentuk untuk digunakan dengan bateri-bateri serasi Sony.
8
2 Memasukkan pek bateri/“Memory Stick Duo” (tidak
dibekalkan)
Penutup bateri/ “Memory Stick Duo”
Dengan sebelah pangkalan menghadap lensa, masukkan “Memory Stick Duo” sehingga kedengaran
Buka
Tutup
1Buka penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
2Masukkan “Memory Stick Duo” (tidak dibekalkan).
bunyi klik.
Jajarkan tanda v pada pek bateri dengan tuas lenting bateri, dan masukkan bateri sambil menekan ke luar pada cangkuk.
Tuas lenting bateri
3Masukkan pek bateri.
4Tutup penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
[ Apabila tiada “Memory Stick Duo” dimasukkan
Kamera akan merakam/memain balik imej dengan menggunakan memori dalaman (lebih kurang 4 MB).
9
[ Untuk memeriksa baki cas bateri
Tekan butang POWER untuk menghidupkan dan memeriksa baki cas bateri pada skrin LCD.
Penunjuk baki cas
Status Baki kuasa
mencukupi
• Jika pek bateri jenis NP-FD1 (tidak dibekalkan) digunakan, paparan minit ( 60 Min) akan juga ditunjukkan selepas penunjuk tahap bateri.
• Penunjuk cas yang betul akan mengambil masa lebih kurang satu minit untuk dipaparkan.
• Dalam sesetengah keadaan tertentu, penunjuk baki cas mungkin tidak betul.
• Skrin Tetap Jam dipaparkan apabila anda menghidupkan kamera buat pertama kali (muka surat 11).
Cas bateri hampir penuh
Bateri separuh penuh
Bateri lemah, rakaman/ main balik akan berhenti tidak lama lagi.
Tukar bateri dengan yang telah dicas penuh, atau caskan bateri. (Penunjuk amaran berkelip.)
[ Untuk mengeluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo”
Buka penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
Pek Bateri“Memory Stick Duo”
Pastikan yang lampu akses tidak menyala, kemudian tolak “Memory Stick Duo” ke dalam sekali.
Gelongsorkan tuas lenting bateri. Pastikan pek bateri tidak jatuh.
• Jangan sekali-kali keluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo” apabila lampu akses menyala. Ini mungkin akan menyebabkan kerosakan pada data di dalam “Memory Stick Duo”/memori dalaman.
10

3 Menghidupkan kamera/menetapkan jam

Lensa
Butang POWER
Penutup lensa
Panel sentuh
Sokong bahagian yang ditunjukkan dalam ilustrasi dan turunkan penutup lensa.
Penutup lensa mempunyai pembinaan dua lapis. Jangan menekan bahagian penutup dalam.
1Tekan butang POWER atau gelongsorkan penutup lensa ke bawah.
• Berhati-hati agar tidak memaksa penutup lensa semasa menurunkannya.
2Tetapkan jam dengan menyentuh butang pada panel sentuh.
1 Sentuh format paparan tarikh yang dihasratkan, kemudian sentuh . 2 Sentuh setiap item, kemudian tetapkan nilai angkanya dengan menyentuh v/V. 3 Sentuh [OK].
• Kamera tidak mempunyai ciri untuk menindih tarikh pada imej. Dengan menggunakan “Picture Motion Browser” dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh mencetak atau menyimpan imej dengan tarikh.
• Tengah malam dipaparkan sebagai 12:00 AM, dan tengahari sebagai 12:00 PM.
[ Untuk menetapkan tarikh dan waktu sekali lagi
Sentuh [HOME], kemudian sentuh (Seting) t [ Seting Jam] (muka surat 22, 23).
11
[ Nota-nota mengenai bila kuasa dihidupkan
Jika kamera menggunakan kuasa bateri dan anda tidak mengoperasi kamera untuk lebih kurang tiga minit, kamera akan dimatikan secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri (Fungsi dimatikan automatik).
Mengenai butang panel sentuh
Laksanakan seting pada kamera ini dengan menyentuh butang pada skrin secara lembut dengan jari anda.
• Apabila item yang anda mahu tetapkan tidak ada pada skrin,
sentuh v/V/b/B untuk menukar muka surat.
• Anda boleh kembali ke skrin sebelumnya dengan menyentuh [BACK] atau [×].
• Menyentuh [?] akan memaparkan panduan tentang item yang disentuh. Untuk menyembunyikan panduan ini, sentuh [?] sekali lagi.
• Menyentuh [OK] akan membawa anda ke skrin berikut.
• Jika anda menyentuh sebelah kanan atas skrin semasa mengambil gambar, butang dan ikon akan hilang seketika. Butang dan ikon akan muncul semula apabila anda mengalihkan jari dari skrin.
Laksanakan penentukuran jika tindak balas terhadap sentuhan anda adalah lemah.
1 Sentuh [HOME] dan di bawah (Seting) pilih [ Seting
Utama] t [Penentukuran].
2 Sentuh tanda “×” yang dipaparkan pada skrin dengan bucu
“Memory Stick Duo” atau sesuatu yang serupa.
12

Mengambil imej

Suis mod
Tuas (W/T) zum
Mikrofon stereo
Denyar
Suis mod (Bahagian panel sentuh)
Penyangga tripod (bawah)
Butang pengatup
Lampu pemasa kendiri
Penutup lensa
1Pilih mod mengambil gambar dengan suis mod.
Apabila mengambil gambar imej pegun: Pilih . Apabila mengambil wayang gambar: Pilih .
2Buka penutup lensa.
3Untuk menetapkan kedudukan kamera, pegang kamera dengan menekan
siku anda di sisi tubuh anda.
Tetapkan kedudukan subjek di tengah-tengah bingkai fokus.
13
4Ambil gambar dengan butang pengatup.
Apabila mengambil gambar imej pegun:
1 Tekan dan tahan butang pengatup separuh ke
bawah untuk memfokus.
Penunjuk z (kunci AE/AF) (hijau) berkelip, bunyi bip kedengaran, penunjuk berhenti berkelip dan tetap menyala.
2 Tekan butang pengatup ke bawah
sepenuhnya.
• Anda boleh memilih titik untuk difokuskan dengan menyentuh skrin. dipaparkan pada sebelah kanan atas skrin jika muka dikesan di kedudukan yang disentuh atau dipaparkan jika objek selain daripada muka seseorang dikesan.
Apabila mengambil wayang gambar:
1 Tekan butang pengatup ke bawah
sepenuhnya.
2 Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya
sekali lagi untuk menghentikan rakaman.
• Anda boleh mengambil imej pegun dengan menyentuh (butang Foto) semasa rakaman wayang sahaja apabila “Memory Stick Duo” (tidak dibekalkan) dimasukkan ke dalam kamera. Anda boleh mengambil sebanyak tiga imej pegun semasa merakamkan sebuah wayang.
(lebih kurang 0.9 MB) digunakan sebagai saiz
rakaman untuk imej pegun semasa mengambil gambar di dalam mod [1280×720], sementara digunakan semasa mengambil gambar di dalam mod [VGA].
Menggunakan zum:
Gelongsorkan tuas zum (W/T) ke sisi T untuk mengezum dan gelongsorkannya ke sisi W untuk kembali.
Penunjuk kunci AE/AF
Butang foto
14

Saiz imej/Pemasa kendiri/Mod mengambil gambar/Denyar/Makro/ Paparan

Seksyen ini menerangkan butang-butang asas yang muncul pada panel sentuh. Sentuh butang tersebut dan apabila selesai menetapkan seting, sentuh [BACK].
A Saiz imej B Pemasa kendiri C Mod mengambil gambar D Mod denyar (hanya untuk imej pegun) E Makro/Fokus Rapat F DISP (Papar Pemasangan)
[ / Menukar saiz imej
Sentuh butang seting saiz imej pada skrin.
Imej pegun
Untuk cetakan sehingga A3+
Untuk cetakan sehingga A4
Untuk cetakan sehingga 10×15 cm atau 13×18 cm
Ambil gambar pada saiz imej kecil untuk lampiran emel
Ambil gambar dalam nisbah aspek 3:2
*
*
Wayang gambar
1280×720(Halus)
1280×720(Biasa)
VGA
*
*
Untuk melihat pada HDTV dan pencetakan sehingga A4
Untuk melihat pada HDTV
Ambil wayang kualiti tertinggi untuk paparan di HDTV
Ambil wayang kualiti biasa untuk paparan di HDTV
Ambil pada saiz yang sesuai untuk muat naik Web
* Imej mengisi seluruh skrin.
[ Menggunakan pemasa kendiri
Sentuh butang seting pemasa kendiri pada skrin.
: Tidak menggunakan pemasa kendiri
: Menetapkan pemasa kendiri tertangguh 10 saat
: Menetapkan pemasa kendiri tertangguh 2 saat
Apabila anda menekan butang pengatup, lampu pemasa kendiri berkelip, dan bunyi bip kedengaran sehingga pengatup beroperasi.
15
[ Menukar mod mengambil gambar
Sentuh butang seting mod mengambil gambar pada skrin.
Imej pegun
Auto Pelarasan
Pemilihan Adegan
Auto program
Membolehkan anda mengambil imej pegun dengan seting dilaraskan secara automatik.
Sentuh , kemudian pilih mod yang diingini. Membolehkan anda mengambil gambar dengan seting praset mengikut adegan.
(Sensitiviti Tinggi): Mengambil imej tanpa denyar meskipun
dalam cahaya malap.
(Ambil Gambar Lembut): Mengambil imej dengan suasana yang
lebih lembut untuk portret orang, bunga, dll.
(Potret Samar-samar): Mengambil imej tajam orang di tempat
yang gelap tanpa kehilangan suasana malam.
(Samar-samar): Mengambil gambar adegan malam tanpa
kehilangan suasana malam.
(Landskap): Mengambil gambar dengan memfokus pada subjek
jauh.
(Pengatup Kelajuan Tinggi): Mengambil gambar subjek yang
bergerak di tempat yang cerah.
(Pantai): Mengambil gambar adegan tepi laut atau tepi tasik
dengan merakam kebiruan air dengan lebih jelas.
(Salji): Mengambil gambar adegan salji berwarna putih dengan
lebih jelas.
(Bunga api): Mengambil gambar bunga api yang indah belaka.
Membolehkan anda mengambil gambar dengan dedahan dilaras secara automatik (kedua-dua kelajuan pengatup dan nilai apertur). Anda boleh melaraskan seting lain dengan menggunakan menu.
Wayang gambar
16
Auto Pelarasan
Sensitiviti Tinggi
Butang seting untuk Fokus, Mod Meter, ISO dan EV akan muncul di bahagian bawah skrin.
Membenarkan anda mengambil wayang dengan seting yang dilaraskan secara automatik.
Mengambil wayang dengan suasana semula jadi walaupun di dalam tempat yang gelap.
[ Denyar (Memilih mod denyar untuk imej pegun)
Sentuh butang seting mod denyar pada skrin.
: Auto Denyar
Memancar apabila cahaya atau lampu belakang tidak mencukupi (seting asal)
Denyar dipaksa hidup
:
: Segerak perlahan (Denyar dipaksa hidup)
Kelajuan pengatup adalah perlahan di tempat yang gelap agar dapat mengambil gambar latar belakang yang terletak di luar cahaya denyar dengan jelas.
Denyar dimatikan secara paksa
:
[ Makro/Fokus rapat dibolehkan (Mengambil gambar rapat)
Sentuh butang seting mod Makro/Fokus rapat pada skrin.
: Makro Dimatikan
: Makro Dihidupkan
Sebelah W: Lebih kurang 8 cm atau lebih jauh Sebelah T: Lebih kurang 80 cm atau lebih jauh
: Fokus rapat dibolehkan (hanya untuk imej pegun)
Terkunci pada sebelah W: Lebih kurang 1 hingga 20 cm
[ Menukar paparan skrin
Sentuh [DISP] pada skrin untuk menukar kepada skrin pemilihan paparan.
Fungsi Paparan: Ini menetapkan sama ada hendak memaparkan atau tidak memaparkan butang dan ikon
Papar Histogram: Ini menetapkan sama ada histogram dipaparkan atau tidak pada skrin. Terangnya LCD: Ini menetapkan kecerahan cahaya latar.
pada skrin. Pilih dari [Normal], [Mudah] atau [Imej Sahaja].
17

Melihat/memadam imej

Butang (Main balik)
Tuas (W/T) zum
Pembesar suara
Panel sentuh
1Tekan butang (Main balik).
Jika anda tekan (Main balik) apabila kamera dimatikan, kamera dihidupkan secara automatik dan ditetapkan kepada mod main balik. Untuk bertukar kepada mod mengambil gambar, tekan (Main balik) sekali lagi.
2Sentuh (dahulu) / (berikut) pada skrin untuk memilih imej.
Untuk melihat wayang:
Sentuh N untuk main balik wayang. Mara cepat/mandir cepat: M/m Kawalan kekuatan: Sentuh semasa main balik wayang, kemudian laraskan kekuatan dengan / .
Berhenti: Sentuh x.
• Anda boleh memulakan main balik berterusan dengan menyentuh N apabila [Mainbalik bertrusan] disetkan kepada [Hidupkan]; apabila [Mainbalik bertrusan] adalah [Padam], N digunakan sebagai butang main balik wayang.
Sentuh [Keluar] untuk mematikan skrin kawalan kekuatan.
Butang main balik wayang/[Mainbalik bertrusan] (muka surat 19)
Anda boleh menghidupkan/mematikan fungsi ini dari skrin HOME, bertrusan] (muka surat 22, 23).
(Seting) t [ Seting Utama 1] t [Mainbalik
[ Untuk memadamkan imej
1 Paparkan imej yang anda mahu padam, kemudian sentuh (Padam). 2 Sentuh [OK].
18
[ Untuk melihat adegan imej yang dibesarkan (zum main balik)
Sentuh imej pegun ketika ia dipaparkan untuk membesarkan kawasan sepadan. v/V/b/B: Melaraskan kedudukan.
: Mengubah skala zum.
: Menghidupkan/Mematikan v/V/b/B.
BACK: Batalkan zum main balik.
• Anda juga boleh membesarkan imej dengan menggelongsorkan tuas zum (W/T) ke sisi T. Gelongsorkan tuas ke sisi W untuk kembali.
• Anda tidak boleh menggunakan zum main balik semasa main balik berterusan.
Menunjukkan kawasan imej keseluruhan yang dipaparkan
Dalam hal ini, kawasan tengah akan dibesarkan.
[ Untuk melihat beberapa fail secara berturut-turut dengan menggunakan
main balik berterusan
Kamera ini boleh memain balik imej pegun dan wayang secara berterusan. Fungsi ini berguna semasa memainkan beberapa fail wayang bersama.
1 Sentuh / untuk memaparkan fail di mana anda hendak memulakan main balik
berterusan.
2 Sentuh N.
Main balik berterusan akan bermula.
m/M: Mandir cepat/mara cepat
x: Berhenti Sentuh N untuk memulakan main balik berterusan sekali lagi. >: Mara ke permulaan fail seterusnya. .: Kembali ke permulaan fail yang sedang dimainkan.
Menyentuh dua kali pada . akan membawa turutan imej ke permulaan fail sebelumnya.
• Semua fail dimainkan balik dari fail yang dipilih sebagai titik permulaan sehingga fail yang terakhir, kemudian main balik berterusan akan berhenti secara automatik.
19
[ Untuk melihat adegan skrin indeks
Sentuh (Indeks) untuk memaparkan skrin indeks. Sentuh
/ untuk memaparkan muka surat sebelumnya/seterusnya.
Untuk kembali ke skrin imej tunggal, sentuh imej kecil.
• Jika anda menyentuh [DISP] dalam mod indeks, anda boleh menetapkan bilangan imej yang dipaparkan dalam skrin indeks pada 6 atau 20 imej.
[ Untuk memadam imej dalam mod indeks
1 Sentuh (Padam) ketika skrin indeks dipaparkan. 2 Sentuh imej kecil yang hendak dipadam.
Tanda ditandakan dalam petak tanda imej. Untuk membatalkan pemadaman, sentuh imej sekali lagi untuk menyahpilih tanda.
3 Sentuh , dan kemudian sentuh [OK].
• Untuk memadam semua imej di dalam folder yang dipilih, pilih (SmuaDlmFld) dari (Padam) dalam skrin menu, kemudian sentuh [OK].
[ Untuk memain balik suatu siri imej dengan BGM (Pertunjukan Slaid)
Sentuh (Pertunjukan Slaid). Anda boleh menukar seting pertunjukan slaid dari skrin menu (muka surat 24, 25). Muzik akan bertukar bersama-sama dengan [Kesan]. Anda boleh juga memindah dan menukar muzik kepada muzik yang dihasratkan.
Untuk memindahkan dan menukar muzik, ambil langkah-langkah berikut.
1 Sentuh [HOME]. Kemudian pilih [ Alat Muzik] t [Muat Turun Muzik] dalam (Pencetakan,
Lain) (muka surat 22, 23).
2 Pasang perisian yang boleh didapati dalam CD-ROM (yang dibekalkan) dalam komputer anda. 3 Pasangkan kamera pada kaki berbilang output, kemudian sambungkan kaki tersebut dan komputer
dengan kabel USB.
4 Mulakan “Music Transfer” yang dipasang ke komputer anda dan tukar muzik.
Untuk butir-butir mengenai menukar muzik, rujuk kepada Bantuan dalam “Music Transfer”.
20
[ Untuk melihat imej pada TV
1 Sambungkan kaki berbilang output dan televisyen dengan kabel AV (yang dibekalkan). 2 Sambungkan kamera pada kaki berbilang output, kemudian hidupkan kamera.
Ke jek input audio/ video
Ke jek keluar A/V (STEREO)
Kabel AV (yang dibekalkan)
[ Untuk melihat imej pada TV HD (Definisi Tinggi)
1 Sambung ke kaki berbilang output dan TV HD (Definisi Tinggi) dengan kabel HDMI (tidak
dibekalkan).
2 Sambungkan kamera pada kaki berbilang output, kemudian hidupkan kamera.
Ke jek HDMI
Ke jek HDMI OUT
Kabel HDMI (tidak dibekalkan)
• Gunakan sebuah kabel HDMI dengan logo HDMI.
• Jika anda hendak menetapkan saiz imej ke [16:9] (imej pegun), atau [1280×720] (wayang), anda boleh merakam imej di dalam saiz yang memenuhi seluruh skrin HDTV.
• Apabila bersambung dengan sebuah TV yang menyokong “BRAVIA” Sync* dengan menggunakan kabel HDMI, anda boleh mengoperasikan fungsi main balik kamera dengan peranti kawalan jauh TV.
* Anda boleh menjalankan operasi main balik dengan menggunakan peranti kawalan jauh TV dengan
menyambungkan kamera kepada TV serasi “BRAVIA” Sync yang dijual pada tahun 2008 atau selepasnya dengan kabel HDMI. Untuk butir-butir, lihat arahan pengoperasian yang dibekalkan bersama TV.
21
Mempelajari pelbagai fungsi – HOME/Menu

Menggunakan skrin HOME

Skrin HOME ialah skrin masuk untuk semua fungsi kamera anda, dan boleh dipaparkan, tanpa mengira seting mod (mengambil gambar/melihat).
1Sentuh [HOME] untuk memaparkan skrin HOME.
Item
Kategori
HOME
2Sentuh kategori yang anda mahu tetapkan.
3Sentuh item dalam kategori yang anda mahu tetapkan.
Panduan Fungsi
Jika panduan fungsi dipaparkan, sentuh [OK] untuk mengesahkan.
[ Apabila anda memilih kategori (Mengurus Memori) atau (Seting)
1 Sentuh item yang hendak diubah setingnya.
• Jika anda memilih (Mengurus Memori), sentuh [ Alat Memory].
2 Sentuh v/V di hujung kanan skrin untuk memaparkan item seting yang lain.
• Operasi ini hanya boleh digunapakai apabila (Seting) telah dipilih.
3 Sentuh item seting yang hendak diubah, kemudian sentuh [OK]. 4 Sentuh nilai seting yang diingini.
• Sentuh [×] atau [BACK] untuk kembali kepada skrin sebelumnya.
22
Panduan
Untuk butir-butir mengenai operasi 1 muka surat 22
Item HOME
Menyentuh [HOME] akan memaparkan item berikut. Hanya item-item yang didapati akan dipaparkan pada skrin. Butir-butir tentang setiap item dipaparkan dalam panduan di bawah skrin.
Kategori Item-item
Ambil Gambar
Lihat Imej
Pencetakan, Lain
Mengurus Memori
Seting
Ambil Gambar
Imej tunggal Indeks imej Pertunjukan Slaid
Cetak Alat Muzik
Muat Turun Muzik Format Muzik
Alat Memory
Alat Memory Stick
Format Buat Folder RAKAM UbahFldeRAKM Salin
Alatan Memori Dalaman
Format
Seting Utama
Seting Utama 1
Bip Panduan Fungsi Mainbalik bertrusan Memula Penentukuran
Seting Utama 2
Sambung USB KAWAL: HDMI Video Keluar JENIS TV
Seting Ambl Gmbar
Seting Ambil Gambar 1
Cahaya AF Garis Grid Mod AF Zum Digital
Seting Ambil Gambar 2
Orientasi Auto Auto Semak
Seting Jam
Language Setting
23

Menggunakan item menu

1
Sentuh [MENU] untuk memaparkan menu.
Panduan
Anda boleh menghidupkan atau mematikan pandua n ini dengan menyentuh [?].
[?]
MENU
• Item berlainan boleh dilihat bergantung pada mod yang dipilih.
2Sentuh item menu yang diingini.
• Jika item yang dihasratkan tersembunyi, teruskan menyentuh v/V sehingga item dipaparkan pada
skrin.
3Sentuh item seting yang diingini.
4Sentuh [BACK] untuk mematikan menu.
24
Untuk butir-butir mengenai operasi 1 muka surat 24
Item menu
Item menu yang tersedia berbeza bergantung pada seting mod (mengambil gambar/melihat) dan mod mengambil gambar. Hanya item-item yang didapati akan dipaparkan pada skrin.
Menu Mengambil Gambar
Mod RAKAM Memilih cara mengambil gambar secara berterusan.
EV Melaraskan Pendedahan.
Fokus Menukar cara fokus.
Mod meter Memilih mod meter.
Imbangan Putih Melaraskan ton-ton warna.
Mod Warna Menukar terangnya imej atau menambah kesan-kesan khas.
Tahap Denyar Melaraskan jumlah cahaya denyar.
Pengurangan Mata Merah Menetapkan untuk mengurangkan fenomena mata merah.
Pengesanan muka Mengesan muka-muka subjek anda dan melaras fokus, dsb.
SteadyShot Memilih mod anti-kabur.
Pemasangan Memilih seting mengambil gambar.
Menu melihat
(Perapi) Merapi imej pegun.
(Saiz semula berbilang) Mengubah saiz imej menurut penggunaan.
(Paparan Zum Lebar) Memaparkan imej pegun dalam 16:9.
(Pertunjukan Slaid) Menetapkan dan melaksanakan kesan dan BGM untuk sebuah
(Padam) Memadamkan imej.
(Melindung) Mencegah pemadaman tidak sengaja.
(Cetak) Mencetak imej dengan menggunakan pencetak serasi
(Putar) Memutar imej pegun.
(Pilih Folder) Memilih folder untuk melihat imej.
(Seting Kekuatan) Melaraskan kekuatan.
pertunjukan slaid.
Menambahkan tanda arahan Cetak pada imej yang hendak dicetak.
PictBridge.
25

Menikmati komputer anda

Anda boleh melihat imej yang diambil dengan kamera pada komputer. Dengan menggunakan perisian dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh menikmati imej pegun dan wayang dari kamera lebih daripada dahulu. Untuk butir-butir, rujuk “Panduan buku Cyber-shot” dalam CD-ROM (yang dibekalkan).

Sistem Pengoperasian Yang Disokong untuk sambungan USB dan perisian aplikasi “Picture Motion Browser” (yang dibekalkan)

Untuk pengguna Windows Untuk pengguna Macintosh
Sambungan USB
Perisian aplikasi “Picture Motion Browser”
* Edisi 64-bit dan Starter (Edition) tidak disokong.
• Komputer anda mesti telah diprapasang dengan OS yang disenaraikan di atas. Naik taraf OS tidak disokong.
• Jika OS anda tidak menyokong sambungan USB anda, salin imej dengan memasukkan “Memory Stick Duo” dalam alur Memory Stick pada komputer anda atau gunakan Memory Stick Reader/Writer yang dijual di pasaran.
• Untuk butir-butir lanjut tentang persekitaran pengoperasian perisian aplikasi “Picture Motion Browser” Cyber-shot, rujuk “Panduan buku Cyber-shot”.
Windows 2000 Professional SP4, Windows XP* SP3/Windows Vista SP1*
Windows 2000 Professional SP4, Windows XP* SP3/Windows Vista SP1*
Mac OS 9.1/9.2/ Mac OS X (v10.1 hingga v10.5)
tidak serasi
26

Melihat “Panduan buku Cyber-shot”

“Panduan buku Cyber-shot” dalam CD­ROM (yang dibekalkan) menjelaskan cara menggunakan kamera dengan terperinci. Adobe Reader diperlukan untuk melihatnya.
[ Untuk pengguna Windows
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam pemacu CD-ROM.
Skrin bawah dipaparkan.
Apabila anda klik butang [Cyber-shot Handbook], skrin untuk menyalin “Panduan buku Cyber-shot” dipaparkan.
2 Ikut arahan-arahan atas skrin untuk
menyalin.
• Apabila anda memasang “Panduan buku Cyber-shot”, “Panduan Termaju Cyber­shot” akan dipasang secara automatik.
3 Setelah pemasangan selesai, klik dua kali
pada jalan pintas yang dicipta pada desktop.
[ Untuk pengguna Macintosh
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam pemacu CD-ROM.
2 Pilih folder [Handbook] dan salin
“Handbook.pdf” yang disimpan dalam folder [MY] kepada komputer anda.
3 Apabila selesai menyalin, klik dua kali
pada “Handbook.pdf”.
27

Penunjuk pada skrin

Sentuh [DISP] pada skrin untuk menukar kepada skrin pemilihan paparan (muka surat 17).
[ Apabila mengambil gambar imej
pegun
[ Apabila mengambil wayang
gambar
[ Apabila memainkan balik
KUAT
A
Paparan Penunjuk
Baki Bateri
Amaran bateri lemah
Saiz imej
Skala zum
Lindung
Tanda arahan cetak (DPOF)
Mengecas denyar
C:32:00 Paparan diagnostik diri
Zum main balik
B
Paparan Penunjuk
SteadyShot
Media rakaman/main balik
(“Memory Stick Duo”, Memori dalaman)
Folder rakaman
Folder main balik
00:25:05 Masa boleh dirakam (j:m:s)
96 Bilangan imej boleh
dirakam
8/8 Nombor imej/Bilangan
imej yang dirakam dalam folder yang dipilih
Cahaya AF
Amaran getaran
PictBridge sedang bersambung
Menukar folder
Pengurang mata merah
Tahap denyar
Mod rakaman
28
Paparan Penunjuk
Pengesanan muka
Mod meter
Fokus
Penunjuk sentuh AF
Pemasa kendiri
Imbangan putih
Mod warna
PictBridge sedang bersambung
C
Paparan Penunjuk
Bingkai pencari julat AF
KUAT Kekuatan bunyi
Histogram
dipapar apabila paparan histogram dilumpuhkan.
0/3 Pembilang imej pegun
Butang foto
z Kunci AE/AF
Pengatup perlahan NR
125 Kelajuan pengatup
F3.5 Nilai Apertur
ISO400 Nombor ISO
+2.0EV Nilai Dedahan
Mod meter
Denyar
Imbangan putih
Paparan Penunjuk
Makro/Fokus Rapat
• Dipaparkan apabila [Fungsi Paparan] ditetapkan pada [Imej Sahaja].
Mod denyar
• Dipaparkan apabila [Fungsi Paparan] ditetapkan pada [Imej Sahaja].
Tnggusdia RAKAM
Tunggu sedia wayang gambar/Rakaman wayang gambar
0:12 Masa rakaman (m:s)
N Main balik
Bar main balik
0:00:12 Pembilang 101-0012 Nombor fail folder
2008 1 1 9:30 AM
Tarikh/waktu imej main balik yang dirakam
29

Hayat bateri dan kapasiti memori

Jangka hayat bateri dan bilangan imej yang boleh dirakam/dilihat

Nombor yang ditunjukkan dalam jadual berikut mengandaikan pek bateri (yang dibekalkan) dicaskan sepenuhnya digunakan pada suhu ambien 25°C. Bilangan yang ditunjukkan untuk imej yang boleh dirakam/dilihat adalah anggaran dan membolehkan penukaran “Memory Stick Duo” jika perlu. Ambil perhatian bahawa bilangan sebenar mungkin kurang dari yang ditunjukkan dalam jadual bergantung kepada keadaan­keadaan penggunaan.
[ Apabila mengambil gambar imej
pegun
Hayat bateri (min.) Bil. imej
Lebih kurang 80 Lebih kurang 160
• Mengambil gambar dalam keadaan-keadaan berikut:
– [Mod RAKAM] ditetapkan kepada [Normal]. – [Mod AF] ditetapkan kepada [Satu]. – [SteadyShot] ditetapkan kepada [Mengambil
gambar]. – Mengambil gambar sekali setiap 30 saat. – Zum ditukar berselang seli antara hujung-
hujung W dan T. – Strob berkelip sekali setiap dua kali. – Kuasa hidup dan mati sekali setiap sepuluh
kali.
• Cara mengukur adalah berdasarkan piawaian CIPA.
(CIPA: Camera & Imaging Products Association)
• Jangka hayat bateri dan bilangan imej tidak akan berubah, tanpa mengira saiz imej.
[ Apabila melihat imej pegun
Hayat bateri (min.) Bil. imej
Lebih kurang 160 Lebih kurang 3200
• Melihat imej tunggal dalam urutan pada sela masa lebih kurang tiga saat
[ Nota-nota mengenai bateri
• Kapasiti bateri menurun mengikut masa dan melalui penggunaan berulang.
• Jangka hayat bateri dan bilangan imej yang boleh dirakam/dilihat berkurangan di bawah keadaan berikut:
– Suhu persekitaran rendah. – Lampu denyar kerap digunakan. – Kamera telah dihidupkan dan dimatikan
banyak kali. – Zum kerap digunakan. – Kecerahan skrin LCD ditetapkan ke tinggi. – [Mod AF] ditetapkan kepada [Pengawas]. – [SteadyShot] ditetapkan kepada [Berterusan]. – Kuasa bateri rendah. – Fungsi pengesan muka diaktifkan.
30

Bilangan imej pegun dan masa rakaman wayang

Jumlah imej pegun dan tempoh masa untuk wayang mungkin berbeza bergantung kepada keadaan mengambil gambar dan media rakaman.
Meskipun kapasiti yang dipaparkan pada media sama seperti dalam jadual di bawah,
bilangan imej pegun dan jangka masa wayang gambar mungkin berlainan.
[ Anggaran bilangan imej pegun yang boleh dirakam
(Unit: imej-imej)
Kapasiti
Saiz
10M 1 58 120 246 496 982 1973 4001
5M 1 92 190 390 786 1556 3127 6340
3M 2 148 305 625 1261 2497 5016 10170
VGA 25 1420 2932 6000 12100 23950 48130 97640
3:2(8M) 1 58 121 248 500 990 1990 4034
16:9(7M) 1 61 127 261 526 1042 2093 4245
16:9(2M) 4 236 489 1001 2018 3995 8025 16270
• Bilangan imej yang disenaraikan mengandaikan [Mod RAKAM] ditetapkan kepada [Normal].
• Apabila bilangan baki imej yang boleh dirakam adalah lebih daripada 9,999, penunjuk “>9999” muncul.
• Apabila sesuatu imej telah dirakam menggunakan model Sony yang lebih awal dan dimainkan balik pada kamera, imej tersebut mungkin tidak dipapar mengikut saiz imej sebenar.
Memori
dalaman
Lebih
kurang
4MB
256 MB 512 MB 1GB 2GB 4GB 8GB 16 GB
“Memory Stick Duo” diformatkan dengan kamera ini
31
[ Anggaran masa rakaman wayang
Jadual di bawah menunjukkan anggaran maksimum masa-masa rakaman. Ini adalah jumlah masa bagi kesemua fail wayang. Rakaman berterusan boleh dibuat untuk lebih kurang 10 minit.
(Unit: jam: minit: saat)
Kapasiti
Saiz
1280×720 (Halus)*
1280×720 (Biasa)*
Memori
dalaman
Lebih
kurang
256 MB 512 MB 1GB 2GB 4GB 8GB 16 GB
4MB
0:00:02 0:02:50 0:05:50 0:12:00 0:24:30 0:48:30 1:37:30 3:17:50
0:00:03 0:04:10 0:08:40 0:17:50 0:36:00 1:11:30 2:23:40 4:51:30
“Memory Stick Duo” diformatkan dengan kamera ini
VGA 0:00:07 0:07:50 0:16:30 0:33:50 1:08:30 2:15:50 4:32:50 9:13:20
*Wayang dengan saiz yang disetkan pada [1280×720] boleh dirakam pada “Memory Stick PRO Duo”.
• Anda tidak boleh memainkan balik wayang yang dirakam dengan menggunakan kamera lain.
• Wayang yang diambil dengan kamera ini akan dirakamkan dalam MPEG-4 AVC/H.264, Lebih kurang 30 bingkai sesaat, Progresif, AAC, format mp4.
• Kamera ini mengandungi sistem VBR (Kadar Bit Pemboleh Ubah) untuk melaraskan kadar bit secara automatik (jumlah data yang dirakamkan seunit masa) menurut adegan yang diambil. Oleh itu, masa rakaman ke media berbeza-beza. Sebagai contoh, masa rakaman ke media adalah pendek untuk wayang objek yang bergerak pantas kerana jumlah media yang besar digunakan untuk merakam imej secara terperinci.
32

Penyelesaian masalah

Jika anda mengalami masalah dengan kamera, cuba penyelesaian berikut.
1 Periksa item-item di bawah, dan rujuk “Panduan buku Cyber-shot” (PDF).
Jika sesuatu kod seperti “C/E:ss:ss” dipapar pada skrin, rujuk “Panduan buku Cyber-shot”.
2 Keluarkan pek bateri, dan masukkan pek bateri sekali lagi selepas lebih
kurang satu minit, dan hidupkan kuasa.
3 Mulakan seting (muka surat 23).
4 Hubungi pengedar Sony anda atau pusat kemudahan servis Sony tempatan
yang sah.
Peringatan: Dengan menghantar kamera untuk dibaiki, anda bersetuju bahawa kandungan memori dalaman dan fail Muzik boleh diperiksa.

Pek bateri dan kuasa

Tidak boleh memasukkan pek bateri.
Masukkan pek bateri dengan betul dengan menekan dan menahan tuas lenting bateri agar
terbuka (muka surat 9).
Tidak boleh menghidupkan kamera.
Masukkan pek bateri dengan betul (muka surat 9).
Pek bateri dinyahcas. Masukkan pek bateri yang telah dicas (muka surat 8).
Pek bateri telah kehabisan kuasa. Gantikan dengan bateri baru.
Gunakan pek bateri yang disyorkan.
Kuasa dimatikan dengan tiba-tiba.
Jika anda tidak mengoperasi kamera untuk lebih kurang tiga minit ketika kuasa dihidupkan,
kamera dimatikan secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri. Hidupkan kamera sekali lagi (muka surat 11).
Pek bateri telah kehabisan kuasa. Gantikan dengan bateri baru.
33
Penunjuk baki cas tidak betul.
Fenomena ini berlaku apabila anda menggunakan kamera di dalam lokasi yang terlalu panas
atau sejuk.
Terdapat percanggahan antara penunjuk baki cas dan baki cas bateri yang sebenar. Nyahcaskan
pek bateri sepenuhnya sekali, dan kemudian caskan ia untuk membetulkan penunjuk.
Pek bateri dinyahcas. Masukkan pek bateri yang dicas (muka surat 8).
Pek bateri telah kehabisan kuasa. Gantikan dengan bateri baru.
Tidak boleh mengecas pek bateri semasa ia masih di dalam kamera.
Anda tidak boleh mengecas pek bateri dengan menggunakan kaki berbilang output (yang
dibekalkan) atau Penyesuai AC (tidak dibekalkan). Gunakan pengecas bateri (yang dibekalkan) untuk mengecas bateri.

Mengambil imej pegun/wayang gambar

Tidak boleh merakam imej.
Periksa kapasiti kosong memori dalaman atau “Memory Stick Duo” (muka surat 31). Jika ia
penuh, lakukan salah satu daripada berikut:
Padamkan imej yang tidak diperlukan (muka surat 18).Tukar “Memory Stick Duo”.
Anda tidak boleh merakam imej ketika mengecas denyar.
Tetapkan suis mod ke mod yang diingini.
Saiz imej ditetapkan pada [1280×720(Halus)] atau [1280×720(Biasa)] dan “Memory Stick
Duo” akan disisipkan apabila merakam wayang. Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tetapkan saiz imej pada [VGA].Masukkan “Memory Stick PRO Duo”.
Jalur menegak kelihatan apabila anda mengambil gambar subjek yang sangat terang.
Fenomena sememeh sedang berlaku dan jalur-jalur putih, hitam, merah, ungu, atau lain-lain
muncul pada imej. Fenomena ini bukan pincang tugas.

Melihat imej

Tidak boleh mainkan balik imej.
Tekan butang (Main balik) (muka surat 18).
Nama folder/fail telah ditukar pada komputer anda.
Sony tidak menjamin main balik fail-fail imej pada kamera jika fail-fail telah diproses
menggunakan komputer atau dirakam dengan kamera lain.
Kamera dalam mod USB. Batalkan penyambungan USB.
Anda tidak boleh memainkan balik wayang yang dirakam dengan menggunakan kamera lain.
Imej akan dimainkan balik secara berturut-turut.
[Mainbalik bertrusan] ditetapkan kepada [Hidupkan]. Tetapkan [Mainbalik bertrusan] kepada
[Padam] (muka surat 22, 23).
34

Langkah berjaga-jaga

[ Jangan guna/simpan kamera di
tempat-tempat berikut
• Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang
diletakkan di tengah cuaca terik, badan kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang tugas.
• Di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin berubah warna atau berubah bentuk dan ini mungkin menyebabkan pincang tugas.
• Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
• Berhampiran kawasan magnet yang kuat
• Di tempat-tempat berpasir atau berdebu Berhati-hati dan jangan biarkan pasir atau debu
memasuki kamera. Ini mungkin menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam sesetengah kes pincang tugas ini tidak boleh dibaiki.
[ Mengenai pembawaan
Jangan duduk atas kerusi atau di tempat lain dengan kamera di kocek belakang seluar atau skirt anda kerana ini mungkin menyebabkan pincang tugas atau kerosakan pada kamera.
[ Mengenai pencucian
Mencuci skrin LCD
Lapkan permukaan skrin dengan kit pencuci LCD (tidak dibekalkan) untuk menghilangkan kesan cap jari, debu, dll.
Mencuci lensa
Lapkan lensa dengan sehelai kain lembut untuk menghilangkan kesan cap jari, debu dll.
Mencuci permukaan kamera
Bersihkan permukaan kamera dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan sedikit dengan air, kemudian lapkan permukaan dengan sehelai kain kering. Untuk mengelak kerosakan pada kemasan atau selongsong:
– Jangan dedahkan kamera pada bahan-bahan
kimia seperti pencair, benzin, alkohol, kain pakai buang, penghalau serangga, krim pelindung matahari atau racun serangga.
– Jangan sentuh kamera dengan mana-mana
bahan di atas di tangan anda.
– Jangan biarkan kamera bersentuhan dengan
getah atau vinil bagi satu jangka masa yang panjang.
[ Mengenai suhu pengoperasian
Kamera anda telah direka bentuk untuk digunakan dalam suhu antara 0°C dan 40°C. Mengambil gambar di tempat-tempat yang terlalu sejuk atau panas yang melampaui julat ini adalah tidak digalakkan.
[ Mengenai suhu kamera
Kamera dan baterinya mungkin menjadi panas jika digunakan untuk jangka masa yang berpanjangan. Orang yang berkulit sensitif harus mengelakkan penggunaan kamera untuk jangka masa yang berpanjangan kerana ini mungkin menyebabkan kelecuran suhu rendah. Apabila mengeluarkan bateri, pastikan anda menunggu beberapa minit agar suhu menurun.
[ Mengenai pemeluwapan
lembapan
Jika kamera dibawa terus dari satu lokasi sejuk ke satu lokasi panas, lembapan mungkin memeluwap di dalam atau di luar kamera. Pemeluapan kelembapan mungkin menyebabkan kamera pincang tugas.
Jika pemeluwapan lembapan berlaku
Matikan kamera dan tunggu lebih kurang satu jam sehingga lembapan tersejat. Ambil perhatian bahawa jika anda cuba mengambil gambar apabila masih ada lembapan di dalam lensa, anda tidak akan dapat merakam imej yang jelas.
35
[ Mengenai bateri sandaran
dalaman yang boleh dicas semula
Kamera ini mempunyai satu bateri boleh dicas semula dalaman untuk mengekalkan seting tarikh dan masa dan lain-lain tanpa menghiraukan sama ada kuasa dihidup atau dimatikan.
Bateri boleh dicas semula ini sentiasa dicas selagi anda menggunakan kamera. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kamera hanya bagi tempoh-tempoh yang pendek, kuasa bateri akan ia nyahcas secara beransur-ansur, dan jika anda langsung tidak menggunakan kamera selama lebih kurang sebulan, ia menjadi nyahcas sepenuhnya. Dalam kes ini, pastikan anda mengecas bateri boleh dicas ini sebelum menggunakan kamera tersebut.
Walau bagaimanapun, jika bateri boleh dicas semula ini tidak dicas, anda masih boleh menggunakan kamera tetapi tarikh dan masa tidak akan ditunjukkan.
Cara mengecas bateri sokongan dalaman yang boleh dicas semula
Masukkan pek bateri yang dicas ke dalam kamera, dan biarkan kamera selama 24 jam atau lebih lama dengan kuasa ditutup.
36

Spesifikasi

Kamera
[Sistem]
Peranti imej: 7.7 mm (jenis 1/2.3) CCD berwarna,
Penuras warna primer
Jumlah bilangan piksel kamera:
Lebih kurang 10.3 Megapiksel
Bilangan piksel berkesan kamera:
Lebih kurang 10.1 Megapiksel
Lensa:
Carl Zeiss Lensa zum 5× Vario-Tessar f = 5.8 – 29.0 mm (33 – 165 mm (bersamaan filem 35 mm)) F3.5 (W) – F4.4 (T)
Kawalan Dedahan: Pendedahan automatik,
Pilihan Adegan (9 mod)
Imbangan putih: Automatik, Cahaya siang,
Mendung, Pendarfluor 1,2,3, Pijar, Denyar
Format fail:
Imej pegun: Exif Ver. 2.21 mematuhi JPEG, serasi DPOF, memenuhi syarat DCF Wayang: MPEG-4 AVC/H.264 (Stereo)
Media rakaman: Memori dalaman (lebih
kurang. 4 MB), “Memory Stick Duo”
Denyar: Jarak denyar (sensitiviti ISO (indeks
dedahan yang disyorkan) set ke Auto): Lebih kurang 0.15 hingga 3.5 m (W)/lebih kurang 0.8 hingga 2.7 m (T)
[Penyambung-penyambung Input dan Output]
Penyambung berbilang Type2a:
Output video Output audio (STEREO) Output HDMI Komunikasi USB
Komunikasi USB: Hi-Speed USB
(mematuhi USB 2.0)
[Skrin LCD]
Panel LCD:
Lebar (16:9), 8.8 cm (jenis 3.5) pemacu TFT
Jumlah bilangan bintik:
230 400 (960 × 240) bintik
[Kuasa, umum]
Kuasa:
Pek bateri boleh dicas semula NP-BD1, 3.6 V NP-FD1 (tidak dibekalkan), 3.6 V Penyesuai AC-LS5K (tidak dibekalkan),
4.2 V Penggunaan kuasa (ketika merakam): 1.5 W Suhu pengoperasian: 0 hingga 40°C Suhu storan: –20 hingga +60°C Dimensi: 97.0 × 59.3 × 21.4 mm (L/T/D, tidak
termasuk terjulur)
Jisim (termasuk pek bateri NP-BD1 dan tali dll.):
Lebih kurang 180 g Mikrofon: Stereo Pembesar suara: Satu suara Exif Print: Serasi PRINT Image Matching III: Serasi PictBridge: Serasi
Pengecas bateri BC-CSD
Keperluan kuasa: AC 100 V hingga 240 V,
50/60 Hz, 2.2 W Voltan output: DC 4.2 V, 0.33 A Suhu pengoperasian: 0 hingga 40°C Suhu storan: –20 hingga +60°C Dimensi: Lebih kurang. 62 × 24 × 91 mm
(L/T/D) Jisim: Lebih kurang 75 g
Kaki berbilang output UC-TE
[Penyambung-penyambung Input dan Output]
Jek keluar A/V OUT (STEREO): Jek mini
Jek (USB): mini-B
Komunikasi USB: Hi-Speed USB (mematuhi
USB 2.0 Hi-Speed) Jek HDMI Jek DC IN Terminal penyambung kamera
37
Pek bateri boleh dicas semula NP­BD1
Bateri digunakan: Bateri Lithium-ion Voltan maksimum: DC 4.2 V Voltan nominal: DC 3.6 V Kapasiti: 2.4 Wh (680 mAh)
Rekabentuk dan spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
38
Cap Dagang
, “Cyber-shot” adalah cap dagang Sony Corporation.
• “Memory Stick”, , “Memory Stick PRO”,
Duo”, , “Memory Stick PRO-HG Duo”,
Micro”, “MagicGate”, dan adalah cap dagang Sony Corporation.
• “PhotoTV HD” adalah cap dagang Sony Corporation.
• “Info LITHIUM” adalah cap dagang Sony Corporation.
• “BRAVIA” adalah cap dagang Sony Corporation.
• HDMI, logo HDMI dan Antara Muka Multimedia Definisi Tinggi (High Definition Multimedia Interface) adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar HDMI Licensing LLC.
• Microsoft, Windows, DirectX dan Windows Vista adalah cap dagang berdaftar atau cap dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.
• Macintosh, Mac OS, iMac, iBook, PowerBook, Power Mac dan eMac adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Apple Inc.
• Intel, MMX, dan Pentium adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Intel Corporation.
• Adobe dan Reader adalah sama ada cap dagang berdaftar atau cap dagang Adobe Systems Incorporated di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
• Disamping itu, nama-nama sistem dan produk yang digunakan dalam manual ini adalah, pada umumnya, cap dagang atau cap dagang berdaftar pembangun atau pengilang mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, tanda ™ atau ® tidak digunakan dalam semua kes dalam manual ini.
, “Memory Stick Duo”,
, “Memory Stick PRO
, “Memory Stick
39
Maklumat tambahan tentang produk ini dan
jawapan-jawapan kepada soalan lazim boleh
didapati di Laman Web Sokongan Pelanggan kami.
Dicetak atas 70% atau lebih kertas dikitar semula menggunakan dakwat berasaskan minyak sayur tanpa VOC (Sebatian Organik Meruap).
Printed in Japan
Loading...