Jangan padamkan kamera, tanggalkan pek bateri,
atau tanggalkan “Memory Stick Duo” ketika
lampu capaian sedang menyala. Kalau tidak, data
memori dalaman atau “Memory Stick Duo”
mungkin telah rosak. Pastikan satu salinan data
dilaksanakan untuk melindungi data anda.
[ Nota-nota mengenai rakaman/
main balik
• Sebelum anda mula rakaman, lakukan rakaman
percubaan untuk memastikan bahawa kamera
berfungsi dengan betul.
• Kamera tidak tahan debu, tidak kalis cepuk dan
tidak kalis air. Baca “Langkah-langkah
beringat” (muka surat 37) sebelum
mengoperasikan kamera.
• Elakkan mendedahkan kamera kepada air. Jika
air masuk ke dalam kamera, satu pincang tugas
mungkin berlaku. Dalam sesetengah kes,
kamera tidak boleh diperbaiki.
• Jangan tujukan kamera kepada matahari atau
cahaya terang yang lain. Ia mungkin
menyebabkan pincang tugas kamera.
• Jangan gunakan kamera berdekatan satu tempat
yang menghasilkan gelombang-gelombang
radio yang kuat atau memancarkan sinaran.
Kalau tidak, kamera mungkin tidak merakam
atau memain balikkan imej-imej dengan betul.
• Menggunakan kamera di tempat-tempat berpasir
atau berdebu mungkin menyebabkan pincang
tugas.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku,
hilangkannya terlebih dahulu sebelum
menggunakan kamera (muka surat 37).
• Jangan goncang atau pukul kamera. Ia mungkin
menyebabkan satu pincang tugas dan anda
mungkin tidak boleh merakam imej-imej.
Tambahan pula, media rakaman mungkin
menjadi tidak stabil atau data imej mungkin
akan dirosakkan.
• Bersihkan permukaan lampu denyar sebelum
mengguna. Kepanasan pancaran lampu denyar
mungkin menyebabkan kekotoran pada
permukaan lampu denyar menjadi nyahwarna
atau melekat pada permukaan lampu denyar,
menghasilkan pancaran cahaya yang tidak
mencukupi.
4
[ Nota-nota mengenai skrin LCD,
pencari LCD dan lensa-lensa
• Skrin LCD dan pencari LCD dibuat dengan
menggunakan teknologi ketepatan tinggi yang
sangat tinggi oleh itu lebih daripada 99.99%
piksel-piksel adalah beroperasi untuk kegunaan
berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa bintik
kecil hitam dan/atau terang (putih, merah, biru
atau hijau) mungkin muncul pada skrin LCD atau
pencari LCD. Bintik-bintik ini adalah hasil biasa
proses penghasilan, dan tidak menjejas rakaman.
• Apabila aras bateri menjadi rendah, lensa
mungkin berhenti bergerak. Masukkan satu pek
bateri yang telah dicas dan hidupkan kamera
sekali lagi.
• Jangan pegang kamera dengan memegang skrin
LCD.
[ Mengenai keserasian data imej
• Kamera mematuhi piawaian sedunia DCF
(Design rule for Camera File system) yang
ditubuhkan oleh JEITA (Japan Electronics and
Information Technology Industries Association).
• Sony tidak menjamin bahawa kamera akan
memain balikkan imej-imej yang dirakam atau
disunting dengan peralatan lain, atau peralatan
lain akan dapat memain balik imej-imej yang
dirakam dengan kamera.
[ Amaran mengenai hak cipta
Program-program televisyen, filem-filem, pita-pita
video dan bahan-bahan lain mungkin
dihakciptakan. Rakaman bahan-bahan tersebut
yang tidak diberi kebenaran mungkin bertentangan
dengan peruntukan undang-undang hak cipta.
[
Tiada ganti rugi bagi kandungan
yang rosak atau kegagalan rakaman
Sony tidak akan menganti rugi bagi kegagalan
untuk merakam atau kehilangan atau kerosakan
kandungan rakaman yang disebabkan oleh satu
pincang tugas kamera atau media rakaman, dll.
Page 5
Langkah permulaan
Memeriksa aksesori-aksesori yang dibekalkan
• Pengecas bateri BC-CSGB/BC-CSGC (1)
• Kord kuasa (1)
(tidak dibekalkan di Amerika Syarikat dan
Kanada)
• Pek bateri boleh dicas semula NP-BG1 (1)/
Kotak bateri (1)
• Kabel USB, kabel A/V bagi pangkalan
berbilang guna (1)
Pasangkan tali galas dan tali penutup lensa untuk mencegah kamera daripada dijatuhkan dan
dirosakkan.
5
Page 6
Hud lensa/Kawalan Jarak Jauh
[ Memasang hud lensa
12
34
1 Pasangkan cecincin alat suai (A) ketika kuasa terpadam.
2 Putarkan kawasan [a] pada cecincin alat suai dalam arah anak panah dan posisikan
penunjuk 1 kepada penunjuk 2.
3 Posisikan penunjuk 3 pada hud lensa (B) kepada penunjuk 2 dan pasangkan hud lensa.
Putarkan hud lensa pada arah anak panah sehingga ia mengklik.
4 Periksa bahawa tanda “TOP” diposisikan seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
Hud lensa akan dipasangkan dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
• Selepas hud lensa (B) dipasangkan, kawasan [a] pada cecincin alat suai tidak akan putar. Jika hud lensa
dipasang tidak menjajar, bayangan-bayangan gelap akan muncul pada bucu-bucu skrin. Keluarkan hud
lense sekali dan bermula semula daripada langkah 2.
Menyimpan hud lensa
Posisikan hud lensa seperti ditunjukkan pada kanan dan
putarkan hud lensa mengikut arah jam sehingga ia berbunyi
klik.
6
Page 7
[ Kawalan Jarak Jauh
Menggunakan Kawalan Jarak Jauh, anda boleh mengoperasikan kamera dengan mudah.
A Pemancar
B Butang HOME
C Butang (Pertunjukan slaid)
D Butang MENU
E Butang SHUTTER
F untuk menangkap gambar: Butang
Zum (W/T) untuk menonton: Butang
/ (zum main balik)/ (Indeks)
G Butang kawalan
H Sensor kawalan jauh
Nota
Tanggalkan helaian penebat sebelum menggunakan Kawalan
Jarak Jauh.
Helaian penebat
Untuk menukar bateri Kawalan Jarak Jauh
1 Ketika menekan tab, masukkan kuku jari anda ke
dalam lekah untuk menarik keluar kotak bateri.
2 Letakkan satu bateri baru dengan sebelah +
menghadap ke atas.
Ta b
3 Masukkan kembali kotak bateri ke dalam Kawalan
Jarak Jauh sehingga ia mengklik.
AMARAN
Bateri mungkin meletup jika tidak diproses dengan betul. Jangan cas semula, rungkai atau
buangkannya dalam api.
• Apabila bateri lithium menjadi lemah, jarak operasi Kawalan Jarak Jauh mungkin menjadi pendek, atau
Kawalan Jarak Jauh mungkin tidak berfungsi dengan betul. Dalam kes ini, gantikan bateri dengan satu
bateri lithium Sony CR2025.
Penggunaan satu bateri yang lain mungkin menjadi satu risiko api atau letupan.
7
Page 8
1 Menyediakan pek bateri
Bagi pengguna-pengguna di
Amerika Syarikat dan Kanada
Palam
ɟ
Lampu CHARGE
Bagi pengguna-pengguna di negara-negara/
rantau-rantau selain daripada Amerika Syarikat
dan Kanada
ɟ
Lampu CHARGE
Kord kuasa
1Masukkan pek bateri ke dalam pengecas bateri.
2Sambungkan pengecas bateri kepada saluran keluar dinding.
Lampu CHARGE menyala, dan pengecasan bermula.
Apabila lampu CHARGE padam, pengecasan selesai (Cas biasa).
Jika anda terus mengecas pek bateri bagi lebih kurang satu jam lagi (Cas penuh), cas akan tahan lebih
lama.
[ Masa mengecas
Cas penuhCas biasa
Lebih kurang 330 minitLebih kurang 270 minit
• Jadual atas menunjukkan masa yang diperlu untuk mengecaskan satu pek bateri yang telah dihauskan
sepenuhnya pada satu suhu 25 °C. Pengecasan mungkin mengambil masa lebih lama bergantung kepada
keadaan-keadaan penggunaan dan suasana.
• Lihat muka surat 32 bagi bilangan imej-imej yang boleh dirakam.
• Sambungkan pengecas bateri kepada saluran keluar dinding terdekat.
• Walaupun lampu CHARGE tidak menyala, pengecas bateri tidak ditanggalkan daripada sumber kuasa
Arus Ulang-alik selama ia disambung kepada saluran keluar dinding. Jika sesuatu kesusahan berlaku
ketika menggunakan pengecas bateri, padamkan kuasa dengan segera dengan menanggalkan palam
daripada saluran keluar dinding.
• Apabila pengecasan telah selesai, tanggalkan kord kuasa daripada saluran keluar dinding, dan tanggalkan
pek bateri daripada pengecas bateri.
• Direka bentuk untuk kegunaan dengan bateri-bateri serasi Sony.
8
Page 9
2 Memasukkan pek bateri/satu “Memory Stick Duo” (tidak
dibekalkan)
Penutup bateri/
“Memory Stick Duo”
ɟ
Dengan sebelah pangkalan
menghala ke arah lensa,
masukkan “Memory Stick
Duo” sehingga ia mengklik
masuk ke tempatnya.
ɠ
Masukkan pek bateri ketika
menekan tuas lenting bateri
dengan hujung pek bateri.
Kamera merakam/memain balik imej-imej dengan menggunakan memori dalaman (lebih
kurang 15 MB).
[ Untuk memeriksa baki cas bateri
Tekan POWER untuk menghidupkan kamera dan memeriksa baki cas bateri pada skrin LCD.
Penunjuk
baki cas
Kedudukan Baki kuasa
yang
mencukupi
• Jika anda menggunakan pek bateri NP-FG1 (tidak dibekalkan), minit-minit juga muncul di belakang
penunjuk baki bateri (60 Min).
• Ia mengambil masa lebih kurang satu minit untuk penunjuk baki cas yang betul muncul.
• Penunjuk baki cas mungkin tidak betul bergantung kepada keadaan-keadaan penggunan dan suasana.
• Skrin Atur Jam muncul apabila anda menghidupkan kamera buat kali yang pertama (muka surat 11).
Bateri
hampir
penuh dicas
Bateri
separuh
penuh
Bateri
rendah,
rakaman/
main balik
akan
berhenti
tidak lama
lagi.
Tukarkan bateri
dengan satu yang
telah dicas penuh,
atau caskan bateri.
(Penunjuk amaran
berkelip.)
9
Page 10
[ Untuk mengeluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo”
Buka penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
Pek bateri“Memory Stick Duo”
Pastikan lampu capaian tidak
menyala, kemudian tolak “Memory
Stick Duo” ke dalam sekali.
• Jangan sekali-kali mengeluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo” apabila lampu capaian sedang menyala.
Ini mungkin menyebabkan kerosakan pada data dalam “Memory Stick Duo”/memori dalaman.
Gelongsorkan tuas lenting bateri.
Pastikan agar tidak menjatuhkan pek
bateri.
10
Page 11
3 Menghidupkan kamera/mengatur jam
Butang POWER
1
2
Butang z
Butang kawalan
ɟ
Butang HOME
1Tekan POWER.
2Aturkan jam dengan butang kawalan.
1 Pilih format paparan tarikh dengan v/V, kemudian tekan z.
2 Pilih setiap item dengan b/B, dan atur nilai angka dengan v/V, kemudian tekan z.
3 Pilih [OK], kemudian tekan z.
• Kamera tidak mempunyai satu ciri untuk menindih tarikh-tarikh pada imej-imej. Dengan menggunakan
“Picture Motion Browser” dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh mencetak atau menyimpan
imej-imej dengan tarikh.
• Tengah malam ditunjukkan sebagai 12:00 AM dan tengah hari sebagai 12:00 PM.
[ Untuk menukar tarikh dan waktu
Tekan HOME, dan pilih [ Seting Jam] dalam (Seting) (muka surat 22, 23).
[ Nota-nota mengenai apabila kuasa dihidupkan
• Setelah pek bateri dimasukkan ke dalam kamera, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum operasi
boleh dilaksanakan.
• Jika kamera sedang menggunakan kuasa bateri dan anda tidak mengoperasikan kamera untuk lebih kurang
tiga minit, kamera memadam secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri (fungsi
pemadaman automatik).
3
11
Page 12
Menangkap imej-imej dengan mudah
Denyar
Pencari
Lampu pemasa-diri/Lampu
Pengatup Senyum
Butang pengatup
ɠ
Mod dial
Butang W/T (Zum)
Butang MENU
Mikrofon
Butang makro
Butang DISP
Butang kawalan
Bekas tripod (bawah)
Butang denyar
Butang pemasa
diri
1Pilih fungsi yang diingini daripada mod dial.
Apabila menangkap imej-imej pegun (mod Auto Pelarasan):
Apabila menangkap wayang gambar: Pilih .
Pilih .
2Pegang kamera, dengan siku anda di sisi badan anda untuk
menegapkannya.
Posisikan subjek di
tengah bingkai fokus.
3Menangkap gambar dengan butang pengatup.
Apabila menangkap imej-imej pegun:
1 Tekan dan tahan butang pengatup
separuh ke bawah untuk memfokus.
Penunjuk z (kunci AE/AF) (hijau)
berkelip, satu bunyi bip kedengaran,
penunjuk berhenti berkelip dan tetap
menyala.
2 Tekan butang pengatup ke bawah
sepenuhnya.
Apabila menangkap wayang gambar:
Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya.
Untuk berhenti merakam, tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya sekali lagi.
• Jarak tangkap terdekat adalah lebih kurang 1 cm (W)/120 cm (T) (dari bahagian hadapan lensa).
Penunjuk kunci AE/AF
12
Page 13
Mod dial/Zum/Denyar/Makro/Pemasa diri/Paparan
[ Menggunakan mod dial
Atur mod dial kepada fungsi yang diingini.
Auto Pelarasan
Membenarkan anda menangkap gambar dengan aturan-aturan yang telah dilaras secara automatik.
Ambil gambar dgn mudah
Membenarkan tangkapan mudah dengan penunjuk-penunujuk mudah-dilihat.
• Kuasa bateri berkurang dengan cepat sebab keterangan cahaya latar LCD bertambah secara
automatik.
• Anda tidak boleh menangkap imej-imej dengan menggunakan pencari.
P Auto program
Membenarkan anda menangkap gambar dengan dedahan yang telah dilaras secara automatik (keduadua kelajuan pengatup dan nilai bukaan). Anda boleh melaras aturan-aturan lain dengan menggunakan
menu.
S Tangkapan Keutamaan Kelajuan Pengatup
Membenarkan anda menangkap gambar selepas melaras kelajuan pengatup secara manual.
A Tangkapan Keutamaan Bukaan
Membenarkan anda menangkap gambar selepas melaras nilai bukaan secara manual.
M Tangkapan Dedahan Manual
Membenarkan anda menangkap gambar selepas melaras dedahan secara manual.
Mod Wayang
Membenarkan anda merakam wayang gambar dengan audio.
Sensitiviti Tinggi
Menangkap imej-imej tanpa lampu denyar walaupun dalam pencahayaan rendah.
Pengatup Senyum
Apabila kamera mengesan satu senyuman, pengatup dilepaskan secara automatik. Bagi butiran-butiran
lengkap, lihat muka surat 16.
Potret
Menangkap gambar dengan latar belakang dikaburkan, dan subjek menjadi tajam.
Ambil Gambar Sukan Lanjut
Menangkap imej-imej dengan menjangka pergerakan subjek dan mengatur fokus.
SCN* Pemilihan Adegan
Memilih satu aturan daripada menu Pemilihan Adegan.
* Pemilihan Adegan dalam mod SCN
Tekan MENU dan pilih satu aturan.
Landskap
Menangkap dengan fokus pada satu subjek jauh.
Potret Samar-samar
Menangkap imej-imej orang ramai yang tajam di satu tempat gelap tanpa kehilangan suasana waktu
malam.
Samar-samar
Menangkap adegan-adegan malam tanpa kehilangan suasana waktu malam.
Pantai
Menangkap adegan-adegan tepi laut atau tepi tasik dengan kebiruan air dirakamkan dengan lebih
terang.
Salji
Menangkap adegan-adegan salji dalam warna putih dengan lebih jelas.
Bunga api
Menangkap gambar bunga api dalam kesemua keindahan mereka.
13
Page 14
[ W/T Menggunakan zum
Tekan T untuk zum, tekan W untuk membatalkan zum.
Menekan butang dengan sedikit menzum dengan perlahan dan menekan butang ke bawah
sepenuhnya menzum dengan cepat.
[ Denyar (Memilih satu mod denyar bagi imej-imej pegun)
Tekan B ( ) pada butang kawalan berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
: Denyar Automatik
Berkelip apabila tidak mempunyai cahaya atau cahaya latar yang mencukupi (aturan default).
: Denyar dipaksa menyala
: Selaras lambat (Denyar dipaksa menyala)
Kelajuan pengatup adalah lambat di satu tempat yang gelap untuk menangkap gambar dengan jelas latar
belakang di luar cahaya denyar.
: Denyar dipaksa padam
• Denyar pop keluar secara automatik dan strob. Tutupkan denyar dengan tangan selepas guna.
[Makro (Tangkapan diambil dari dekat)
Tekan b ( ) pada butang kawalan berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
: Automatik
Kamera melaras fokus secara automatik daripada subjek-subjek jauh kepada yang diambil dari dekat.
Biasanya, laraskan kamera dalam mod ini.
: Makro
Kamera melaras fokus dengan keutamaan pada subjek-subjek yang diambil dari dekat. Atur Makro
Hidup apabila menangkap gambar subjek-subjek dekat.
[Menggunakan pemasa diri
Tekan V ( ) pada butang kawalan berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
: Tidak menggunakan pemasa diri
: Mengatur pemasa diri penangguh 10-saat
: Mengatur pemasa diri penangguh 2-saat
Apabila anda menekan butang pengatup, lampu pemasa diri berkelip dan satu bunyi bip
kedengaran sehingga pengatup beroperasi.
[ DISP Menukar paparan skrin
Tekan v (DISP) pada butang kawalan.
Setiap kali anda menekan v (DISP), paparan dan keterangan bertukar seperti berikut:
Penunjuk-penunjuk hidup
r
Penunjuk-penunjuk hidup*
r
Histogram hidup*
r
Penunjuk-penunjuk padam*
* Keterangan Cahaya latar LCD diatur tinggi.
14
Page 15
[ Menangkap gambar dalam gelap
Fungsi Night Shot membenarkan anda menangkap gambar subjek dalam tempat-tempat gelap
tanpa menggunakan lampu denyar.
Aturkan suis NIGHTSHOT kepada ON.
Suis NIGHTSHOT
[ Untuk menangkap gambar menggunakan pencari
Dengan butang FINDER/LCD, anda boleh pilih menangkap gambar sama ada dengan
menggunakan pencari atau skrin LCD. Apabila anda menggunakan pencari, imej tidak muncul
pada skrin LCD. Laraskan dial pelarasan pencari kepada penglihatan anda supaya imej
muncul jelas di dalam pencari, kemudian menangkap imej.
Butang FINDER/LCD
Dial Pelarasan Pencari
[ Melaras sudut skrin LCD
Anda boleh melaras sudut skrin LCD untuk mematuhi pelbagai situasi tangkapan.
• Memaksa skrin LCD bergerak melampaui julat pergerakan mungkin menyebabkan pincang tugas.
15
Page 16
Menangkap dalam mod Pengatup Senyum
Apabila kamera mengesan satu senyuman, pengatup dilepaskan secara automatik.
1Pilih mod (Pengatup Senyum) daripada mod dial.
2Tujukan kamera pada subjek dan tekan butang pengatup separuh ke bawah
untuk memfokus pada subjek.
3Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya untuk mengatur mod
Pengesanan Senyum.
Pengatup Senyum berada dalam bersedia.
Tanda Pengesanan Senyum/Bilangan imej
Bingkai Pengesanan Senyum (Oren)
Penunjuk Sensitiviti Kesan Senyum
Ini menunjukkan aras senyuman semasa.
Setiap kali aras senyuman mencapai Sensitiviti Kesan Senyum yang diatur (ditunjukkan
dengan b), kamera secara automatik mengoperasikan pengatup dan menangkap sebanyak
enam imej. Selepas merakam imej, lampu Pengatup Senyum menyala.
4Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya sekali lagi untuk keluar
daripada mod Pengatup Senyum.
• Apabila Pengatup Senyum berada dalam bersedia, lampu Rakam (Oren) berkelip.
• Menangkap gambar dengan menggunakan Pengatup Senyum berhenti secara automatik apabila sama ada
“Memory Stick Duo” atau memori dalam telah penuh atau apabila enam imej telah dirakam.
• Anda boleh memilih subjek yang mempunyai keutamaan bagi pengesanan senyum dengan [Pengesanan
Senyum] (muka surat 25).
• Jika satu senyuman tidak dikesan, aturkan [Sensitiviti Kesan Senyum] (muka surat 25).
• Anda boleh mengatur kamera supaya menangkap imej secara automatik apabila seseorang yang
dipaparkan dalam bingkai pengesanan senyum (Oren) bersenyum selepas menekan butang pengatup ke
bawah sepenuhnya.
• Imej mungkin tidak berada dalam fokus jika jarak di antara kamera dan subjek ditukar selepas menekan
butang pengatup ke bawah sepenuhnya. Dedahan yang sesuai mungkin tidak dicapai jika keterangan
sekeliling bertukar.
• Muka-muka mungkin tidak dikesan dengan betul apabila:
– Ia adalah terlalu gelap atau terlalu terang.
– Muka-muka tersembunyi separuh oleh cermin mata hitam, topeng, topi, dll.
– Subjek-subjek tidak berhala ke arah kamera.
• Senyuman-senyuman mungkin tidak dikesan dengan betul bergantung kepada keadaan-keadaan.
• Anda tidak boleh menggunakan fungsi Zum Digital.
• Anda tidak boleh menukar nisbah zum apabila Pengatup Senyum berada dalam bersedia.
16
Page 17
Menangkap gambar dengan pelarasan manual
[ Menggunakan roda dial
Anda boleh menukar aturan-aturan berikut dengan menggunakan roda dial.
• Nilai ISO
• Kelajuan pengatup
• Nilai bukaan
• Nilai dedahan (EV)
• Penunjuk bingkai pencari julat AF
– Apabila fokus manual dipilih, jarak di mana fokus
diatur dilaraskan.
Kelajuan pengatup
Nilai ISO
PilihAtur
Penunjuk bingkai
pencari julat AF
Nilai dedahan
Nilai bukaan
Roda dial
Butang kawalan
Untuk memilih item
1 Putarkan roda dial untuk memilih item yang anda ingin atur.
Gerakkan tanda kuning V untuk memilih item.
2 Tekan z pada butang kawalan.
Nilai bertukar menjadi kuning.
Putarkan dial roda untuk mengatur nilai ketika nilai dipaparkan dalam kuning.
Nilai yang dipaparkan diatur.
3 Untuk mengatur item-item lain, tekan z dan kemudian laksanakan operasi-operasi berikut.
Item-item yang tidak boleh dipilih dipaparkan dalam warna kelabu.
17
Page 18
[ Menangkap gambar dengan Mod Burst/mod Braket
Pilih sama ada kamera melaksanakan tangkapan gambar Burst/Braket atau tidak apabila anda
menekan butang pengatup.
Tekan butang /BRK (Mod RAKAM) berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
Butang /BRK (Mod RAKAM)
: Normal
Tidak menangkap gambar secara berterusan.
: Ambil gambar berterusan
Merakam sehingga 100 imej berturut-turut ketika anda tekan dan tahan ke bawah butang pengatup.
BRK: Braket
Merakam satu siri tiga imej dalam satu jenis tangkapan braket terpilih daripada Dedahan, Imbangan
Cahaya, atau Mod Warna.
• Aturkan jenis braket dengan menggunakan [Kumpulan Braket] dalam skrin menu (muka surat 25).
• Denyar diatur kepada (Denyar dipaksa padam).
[ Memilih mod meter
Pilih mod meter yang mengatur bahagian subjek untuk mengukur keterangan, untuk
menentukan dedahan.
Tekan butang (Mod meter) berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
Butang (Mod meter)
: Berbilang
Menentukan dedahan berdasarkan keterangan seluruh imej.
: Tengah
Menentukan dedahan berdasarkan keterangan bahagian tengah imej.
: Bintik (hanya bagi imej pegun)
Mengukur keterangan satu bahagian subjek sahaja.
Atur posisi + (Silang meter tumpu) kepada bahagian yang anda ingin untuk mengukur keterangan
dalam imej.
• Anda boleh memilih mod meter hanya apabila [Pengesanan muka] diatur kepada [Matikan] (muka
surat 25).
18
Page 19
Menonton/memadam imej-imej
Butang
(Main balik)
Butang
(Pertunjukan slaid)
Penyambung berbilang
(Di bawah skrin LCD)
(sebelah)
Pembesar suara
1Tekan (Main balik).
Jika anda tekan apabila kamera dipadamkan, kamera dihidupkan secara automatik dan diatur
kepada mod main balik. Untuk menukar kepada mod merakam, tekan sekali lagi.
2Pilih satu imej dengan b/B pada butang kawalan.
Wayang gambar:
Tekan z untuk main balik satu wayang gambar. (Tekan z sekali lagi untuk berhenti main balik.)
Tekan B untuk mara laju, b untuk putar balik. (Tekan z untuk kembali kepada main balik normal.)
Tekan V untuk memaparkan skrin kawalan kekuatan bunyi, kemudian tekan b/B untuk melaras
kekuatan bunyi.
• Kadang-kadang imej-imej yang ditangkap dengan menggunakan model-model Sony yang lebih awal tidak
boleh dimain balik.
Tekan butang HOME, pilih [ PndanganFolder] daripada (Lihat Imej), kemudian main balik imejimej.
• Dengan memutar roda dial, anda juga boleh menonton imej berikut/sebelum dengan mudah.
[ Untuk memadam imej-imej
1 Papar imej yang anda ingin padam, kemudian tekan MENU.
2 Pilih [Padam] dengan v/V dan pilih [Imej Ini] dengan b/B, kemudian tekan z.
3 Pilih [OK] dengan v, kemudian tekan z.
Butang (Indeks)/
(zum main balik)
Butang (zum main
balik)
Butang MENU
ɟ
Butang kawalan
Butang HOME
[ Untuk menonton satu imej yang telah dibesarkan (zum main balik)
Tekan ketika memaparkan satu imej pegun. Untuk membatalkan zum, tekan .
Laraskan posisi dengan v/V/b/B.
Untuk membatalkan zum main balik, tekan z.
19
Page 20
[Untuk menonton satu skrin indeks
Tekan (Indeks) untuk memaparkan skrin indeks ketika satu imej pegun dipaparkan.
Kemudian, pilih satu imej dengan v/V/b/B.
Untuk kembali kepada skrin imejtunggal, tekan z.
• Dalam aturan default, imej-imej dipaparkan dalam Pandangan Tarikh (apabila menggunakan “Memory
Stick Duo”) atau dalam Pandangan Folder (apabila menggunakan memori dalaman).
Apabila menggunakan satu “Memory Stick Duo”, anda boleh mengubah Mod Pandangan dengan memilih
(Lihat Imej) pada skrin HOME (muka surat 23).
• Setiap kali anda menekan (Indeks), bilangan imej pada skrin indeks bertambah.
[ Untuk memadam imej-imej dalam mod indeks
1 Tekan MENU ketika skrin indeks dipaparkan.
2 Pilih [Padam] dengan v/V dan pilih [Imej berbilang] dengan b/B, kemudian tekan z.
3 Pilih imej yang anda ingin padam dengan v/V/b/B, kemudian tekan z.
Tanda ditandakan dalam kotak petak imej.
Untuk membatalkan satu pilihan, pilih satu imej yang anda telah pilih untuk pemadaman, kemudian tekan
z sekali lagi.
4 Tekan MENU dan pilih [OK] dengan v, kemudian tekan z.
• Untuk memadam semua imej dalam satu tarikh/folder, pilih [Semua Imej dlm Julat Tarikh]/
[SmuaDlmFld] dalam langkah 2, kemudian tekan z.
[Untuk memain balik satu siri imej-imej dengan kesan-kesan dan muzik
(Pertunjukan slaid)
1 Tekan butang (Pertunjukan slaid).
Skrin setup muncul.
2 Tekan butang (Pertunjukan slaid) sekali lagi.
• Ini adalah sama dengan menekan butang (Pertunjukan slaid) pada Kawalan Jarak Jauh.
Muzik akan bertukar bersama dengan [Kesan]. Anda juga boleh memindah dan menukar
muzik kepada muzik yang anda ingini.
Untuk memindah dan menukar muzik, ambil langkah-langkah berikut.
1 Tekan butang HOME. Kemudian pilih [ Alat Muzik] t [Muat Turun Muzik] dalam
(Pertunjukan Slaid) (muka surat 22, 23).
2 Memasang perisian yang termasuk dalam CD-ROM (yang dibekalkan) kepada komputer anda.
3 Menyambung kamera dan sebuah komputer dengan kabel USB.
4 Hidupkan “Music Transfer” yang dipasang pada komputer anda dan tukarkan muzik.
Bagi butiran-butiran tentang menukar muzik, rujuk kepada Bantuan dalam “Music Transfer”.
20
Page 21
[ Untuk menonton imej-imej pada televisyen
Menyambung kamera kepada televisyen dengan kabel bagi pangkalan berbilang guna (yang
dibekalkan).
Kepada jek-jek
Kepada penyambung berbilang
Kabel bagi pangkalan berbilang guna (yang dibekalkan)
input audio/video
Untuk menonton pada televisyen HD (Definisi Tinggi), satu Kabel Penyesuai Output HD
(tidak dibekalkan) diperlukan.
• Jika anda mengatur saiz imej kepada [16:9], anda boleh merakam imej-imej dalam saiz yang memenuhi
seluruh skrin televisyen HD.
• Anda tidak boleh menonton output wayang gambar dalam format isyarat [HD(1080i)]. Aturkan
[COMPONENT] kepada [SD] apabila merakam wayang gambar.
21
Page 22
Belajar pelbagai fungsi – HOME/Menu
Menggunakan skrin HOME
Skrin HOME adalah skrin pintu masuk bagi semua fungsi kamera, dan boleh dipilih tanpa
mengira aturan mod (menangkap/menonton).
Butang z
ɟ ɠ
Butang kawalan
Butang HOME
1Tekan HOME untuk memaparkan skrin HOME.
Kategori
Item
Panduan
2 Pilih satu kategori dengan b/B pada butang kawalan.
3 Pilih satu item dengan v/V, kemudian tekan z.
[ Apabila anda memilih kategori (Mengurus Memori) atau (Seting)
1 Pilih aturan yang diingini dengan v/V, kemudian tekan z.
• Skrin HOME dipaparkan dengan menekan b.
2 Pilih satu aturan dengan v/V, kemudian tekan z.
• Kamera diatur kepada mod menangkap atau menonton dengan menekan butang HOME sekali lagi.
22
Page 23
Bagi butiran-butiran lengkap mengenai operasi 1 muka surat 22
Item-item HOME
Menekan HOME memaparkan item-item berikut. Hanya item-item yang didapati dipaparkan
pada skrin. Butiran-butiran lanjut mengenai setiap item dipapar dalam panduan di bawah skrin.
Kategori-kategoriItem-item
Ambil Gambar
Lihat Imej
Pertunjukan Slaid
Cetak
Mengurus Memori
Seting
Ambil Gambar
PndanganTarikh
PndanganFolder
Kegemaran
Pertunjukan Slaid
Alat Muzik
Muat Turun MuzikFormat Muzik
Cetak
Alat Memory
Alat Memory Stick
FormatBuat Folder RAKAM
UbahFldeRAKMSalin
Alatan Memori Dalaman
Format
Seting Utama
Seting Utama 1
BipPanduan Fungsi
MemulaMod demo senyum
Seting Utama 2
Sambung USBCOMPONENT
Video KeluarPaparan Zum Lebar
Seting Ambl Gmbar
Seting Ambil Gambar 1
Cahaya AFBarisan Grid
Mod AFZum Digital
Lensa Pertukaran
Seting Ambil Gambar 2
Sgrk DenyarOrientasi Auto
Auto SemakFokus Ditambah
Seting Jam
Language Setting
23
Page 24
Menggunakan item-item menu
Butang MENU
Butang z
ɟ ɠ
Butang kawalan
1
Tekan MENU untuk memaparkan menu.
Panduan Fungsi
• Menu akan dipaparkan hanya semasa mod merakam atau main balik.
• Item-item yang berlainan kelihatan bergantung kepada mod terpilih.
2Pilih satu item menu yang diingini dengan v/V pada butang kawalan.
• Jika item yang diingini tersembunyi, terus menekan v/V sehingga item muncul pada skrin.
3Pilih satu aturan dengan b/B.
• Jika item yang diingini tersembunyi, terus menekan b/B sehingga item muncul pada skrin.
• Pilih satu item dalam mod main balik, kemudian tekan z.
4Tekan MENU untuk memadamkan menu.
24
Page 25
Bagi butiran-butiran lengkap mengenai operasi 1 muka surat 24
Item-item menu
Item-item menu yang didapati berbeza bergantung kepada aturan mod (menangkap/
menonton), dan posisi mod dial dalam mod menangkap. Hanya item-item yang didapati
dipaparkan pada skrin.
Menu tangkapan gambar
Pemilihan AdeganPilih aturan-aturan dilaras terlebih dahulu untuk memadani
Saiz ImejMemilih saiz imej.
DenyarMemilih aturan denyar dalam mod Ambil gambar dgn mudah.
Pengesanan mukaMemilih subjek keutamaan untuk melaras fokus apabila
Pengesanan SenyumMemilih keutamaan subjek bagi fungsi Pengatup Senyum.
Sensitiviti Kesan SenyumMengatur aras sensiviti untuk mengesan senyuman.
Kumpulan BraketMengatur jenis tangkapan braket.
Pengecaman AdeganMengesan keadaan-keadaan tangkapan secara automatik dan
Imbangan PutihMelaras ton-ton warna.
Tahap DenyarMelaras jumlah cahaya denyar.
Pengurangan Mata MerahMengatur untuk mengurangkan fenomena mata-merah.
DROMengoptimumkan keterangan dan kontras.
Pengurangan HingarMelaras resolusi dan imbangan hingar.
Mod WarnaMenukar kejelasan imej atau menambah kesan-kesan khas.
Penuras WarnaMenambah kesan-kesan seperti menggunakan satu penuras
Tingkat kepekatan warnaMelaras tingkat kepekatan warna.
KontrasMelaras kontras.
KetajamanMelaras ketajaman.
SteadyShotMemilih mod anti-kabur.
(Seting Ambl Gmbar)Memilih aturan-aturan rakaman.
pelbagai keadaan adegan.
menggunakan pengesanan muka.
kemudian mengambil tangkapan.
warna.
25
Page 26
Bagi butiran-butiran lengkap mengenai operasi 1 muka surat 24
Menonton menu
(Padam)Memadam imej-imej.
(Mod Pandangan)Menukar Mod Pandangan.
(Senarai Tarikh)Memilih tarikh main balik.
(Tapis mengikut Muka)Memain balik imej-imej yang dituras untuk mematuhi
(Tambah/Padam
Kegemaran)
(Pertunjukan Slaid)Mengatur dan melaksanakan Pertunjukan slaid (memain balik
(Perapi)Mengemasi imej-imej pegun.
(Saiz semula berbilang) Menukar saiz imej menurut penggunaan.
(Melindung)Mencegah pemadaman secara tidak sengaja.
(Cetak)Mencetak imej-imej dengan menggunakan satu pencetak
(Putar)Memutar satu imej pegun.
(Pilih Folder)Memilih folder bagi menonton imej-imej.
keadaan-keadaan tertentu.
Mendaftar imej-imej kepada Kegemaran atau memadamkan
imej-imej daripada Kegemaran.
satu siri imej-imej).
Menambah satu tanda Arahan cetak pada imej yang anda ingin
cetak keluar.
serasi PictBridge.
26
Page 27
Menikmati komputer anda
Anda boleh menonton imej-imej yang ditangkap dengan kamera pada sebuah komputer.
Dengan menggunakan perisian dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh menikmati
imej-imej pegun dan wayang gambar daripada kamera dengan lebih kerap.
Bagi butiran-butiran lengkap, rujuk kepada “Panduan buku Cyber-shot” dalam CD-ROM
(yang dibekalkan).
Sistem-sistem Operasi yang disokong bagi sambungan USB dan perisian
aplikasi (yang dibekalkan)
Bagi pengguna-pengguna WindowsBagi pengguna-pengguna Macintosh
Sambungan USB
Perisian aplikasi
“Picture Motion
Browser”
* Edisi-edisi 64-bit dan (Edisi) Pemula tidak disokong.
• Komputer anda mesti dipasang terlebih dahulu dengan salah satu Sistem Operasi yang disenaraikan di
atas. Pengemaskinian Sistem Operasi tidak disokong.
• Jika Sistem Operasi anda tidak menyokong sambungan USB, salinkan imej-imej dengan memasukkan
“Memory Stick Duo” ke dalam slot Memory Stick pada komputer anda, atau menggunakan satu Pembaca/
Penulis Memory Stick yang didapati secara komersial.
• Bagi butiran-butiran lanjutan mengenai persekitaran operasi “Picture Motion Browser”
Cyber-shot perisian aplikasi, rujuk kepada “Panduan buku Cyber-shot”.
Windows 2000 Professional SP4,
Windows XP* SP2, Windows
Vista*
Windows 2000 Professional SP4,
Windows XP* SP2, Windows
Vista*
Mac OS 9.1/9.2/ Mac OS X(v10.1
hingga v10.5)
tidak serasi
27
Page 28
Melihat “Panduan buku Cyber-shot”
“Panduan buku Cyber-shot” dalam CDROM (yang dibekalkan) menerangkan
bagaimana menggunakan kamera dengan
lebih lanjut. Adobe Reader diperlukan
untuk melihatnya.
[ Bagi pengguna-pengguna
Windows
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam
pemacu CD-ROM.
Skrin di bawah muncul.
Apabila anda mengklik button [Cyber-shot
Handbook], skrin untuk menyalin “Panduan
buku Cyber-shot” muncul.
2 Ikut arahan-arahan pada skrin untuk
menyalin.
• Apabila anda memasang “Panduan buku
Cyber-shot”, “Panduan Termaju Cybershot” juga dipasangkan secara automatik.
3 Selepas pemasangan telah selesai, klik dua
kali jalan pintas yang dicipta pada desktop.
[ Bagi pengguna-pengguna
Macintosh
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam
pemacu CD-ROM.
2 Pilih folder [Handbook] dan salin
“Handbook.pdf” yang disimpan dalam
folder [MY] kepada komputer anda.
3 Selepas penyalinan telah selesai, klik dua
kali “Handbook.pdf”.
28
Page 29
Penunjuk-penunjuk pada skrin
Setiap kali anda menekan v (DISP) pada
butang kawalan, paparan bertukar (muka
surat 14).
[ Apabila menangkap imej-imej
pegun
• Penunjuk-penunjuk terhad dalam mod Ambil
Gambar Mudah.
• muncul apabila paparan
histogram tidak dibolehkan.
31
Page 32
Hayat bateri dan kapasiti memori
Hayat bateri dan bilangan imej yang anda boleh rakam/tonton
Nombor-nombor yang ditunjukkan dalam
jadual-jadual berikut menganggapkan satu
pek bateri (yang dibekalkan) yang penuh
dicas digunakan pada satu suhu sekeliling
25 °C. Nombor-nombor yang ditunjukkan
bagi imej-imej yang anda boleh rakam/
tonton adalah anggaran dan membenarkan
penukaran “Memory Stick Duo” apabila
perlu.
Ambil perhatian bahawa nombor-nombor
sebenar mungkin lebih kurang daripada
yang ditunjukkan dalam jadual bergantung
kepada keadaan-keadaan penggunaan.
[ Apabila menangkap imej-imej
pegun
Skrin
LCD/
Pencari
Skrin
LCD
PencariLebih kurang
• Menangkap gambar dalam situasi-situasi
berikut:
– [Mod RAKAM] diatur kepada [Normal].
– [Mod AF] diatur kepada [Satu].
– [SteadyShot] diatur kepada [Mengambil
– Menangkap gambar sekali setiap 30 saat.
– Zum ditukar di antara hujung-hujung W dan T
– Lampu denyar strob sekali setiap dua kali.
– Kuasa dihidup dan dipadam sekali setiap
• Cara pengukuran berasaskan piawaian CIPA.
(CIPA: Camera & Imaging Products
Association)
• Hayat bateri dan bilangan imej tidak bertukar,
tanpa mengambil kira saiz imej.
Hayat bateri
(minit)
Lebih kurang
150
165
gambar].
secara bersilih ganti.
sepuluh kali.
Bilangan imej-imej
Lebih kurang
300
Lebih kurang
330
[ Apabila menonton imej-imej
pegun
Hayat bateri (minit)Bilangan imej-imej
Lebih kurang 360Lebih kurang 7200
• Menonton imej-imej tunggal dalam urutan pada
selang masa lebih kurang tiga saat
[ Nota-nota mengenai pek bateri
• Kapasiti bateri berkurangan selepas masa
panjang dan penggunaan berulangan.
• Hayat bateri dan bilangan imej yang anda boleh
rakam/tonton berkurangan di bawah keadaankeadaan berikut:
– Suhu persekitaran rendah.
– Lampu denyar sering digunakan.
– Kamera telah dihidup dan dipadamkan
banyak kali.
– Zum sering digunakan.
– Keterangan Cahaya latar LCD diatur tinggi.
– [Mod AF] diatur kepada [Pengawas].
– [SteadyShot] diatur kepada [Berterusan].
– Kuasa bateri rendah.
– Fungsi Pengesanan Muka diaktifkan.
32
Page 33
Bilangan imej pegun boleh rakam dan masa boleh rakam wayang gambar
Bilangan imej-imej pegun dan panjang masa bagi wayang gambar mungkin berbeza
bergantung kepada keadaan-keadaan menangkap gambar.
• Walaupun kapasiti media rakaman anda adalah sama dengan yang ditunjukkan dalam jadual di bawah,
bilangan imej pegun dan panjang masa bagi wayang gambar mungkin berbeza.
• Anda boleh memilih saiz imej daripada menu (muka surat 24, 25).
[ Anggaran bilangan imej-imej pegun boleh rakam
Kapasiti
Saiz
Memori
dalaman
Lebih
kurang
15 MB
256 MB 512 MB1GB2GB4GB8GB16 GB
9M464133273550108921884437
5M692190390786155631276339
3M1014830562512612497501610169
VGA9614202932600012102239564813897618
3:2 (8M)465135278560111022294520
16:9 (6M)469142291588116323374739
16:9 (2M)16236489100120183995802516270
• Bilangan imej yang disenaraikan menganggapkan [Mod RAKAM] diatur kepada [Normal].
• Apabila baki bilangan imej boleh tangkap adalah lebih daripada 9,999, penunjuk “>9999” muncul.
• Apabila satu imej yang dirakam dengan menggunakan model-model Sony yang lebih awal dan dimain
balik pada kamera, imej mungkin tidak muncul dalam saiz imej sebenar.
“Memory Stick Duo” diformat dengan kamera
[ Anggaran masa boleh rakam wayang gambar
Nombor-nombor dalam jadual di bawah menunjukkan anggaran masa boleh rakam
maksimum yang diperolehi dengan menjumlahkan semua fail wayang gambar. Panjang masa
maksimum yang anda boleh merakam berterusan adalah lebih kurang 10 minit.
• Wayang gambar dengan saiznya diatur kepada [640(Halus)] hanya boleh dirakam pada satu “Memory
Stick PRO Duo”.
• Kamera tidak menyokong rakaman atau main balik HD bagi wayang gambar.
33
Page 34
Pencari silapan
Jika anda mengalami kesusahan dengan kamera, cuba penyelesaian-penyelesaian berikut.
1 Periksa item-item di bawah, dan rujuk kepada “Panduan buku Cyber-shot”
(PDF).
Jika satu kod seperti “C/E:ss:ss” muncul pada skrin, rujuk kepada “Panduan
buku Cyber-shot”.
2 Keluarkan pek bateri, tunggu lebih kurang satu minit, masukkan pek bateri
sekali lagi, kemudian hidupkan kuasa.
3 Kembalikan aturan-aturan ke asal (muka surat 23).
4 Rujuk kepada pengedar Sony anda atau pusat kemudahan servis Sony
tempatan yang sah.
Ambil perhatian bahawa dengan menghantarkan kamera untuk diperbaiki, anda memberi
kebenaran bahawa kandungan-kandungan memori dalaman, fail-fail muzik boleh diperiksa.
Pek bateri dan kuasa
Tidak boleh memasukkan pek bateri.
• Masukkan pek bateri dengan betul dengan menolak tuas lenting bateri (muka surat 9).
Tidak boleh menghidupkan kamera.
• Selepas memasukkan pek bateri ke dalam kamera, ia mungkin mengambil sedikit masa bagi
kamera dihidupkan.
• Masukkan pek bateri dengan betul (muka surat 9).
• Pek bateri dinyahcaskan. Masukkan pek bateri yang telah dicas (muka surat 8).
• Pek bateri telah kehabisan. Gantikannya dengan satu bateri baru.
• Gunakan satu pek bateri yang disyorkan.
Kuasa terpadam dengan tiba-tiba.
• Jika anda tidak mengoperasikan kamera untuk lebih kurang tiga minit ketika kuasa
dihidupkan, kamera memadam secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri.
Hidupkan kamera sekali lagi (muka surat 11).
• Pek bateri telah kehabisan. Gantikannya dengan satu bateri baru.
34
Page 35
Penunjuk baki cas tidak betul.
• Fenomena ini berlaku apabila anda menggunakan kamera dalam satu lokasi yang terlalu
panas atau sejuk.
• Satu percanggahan mungkin berlaku di antara penunjuk baki cas dan baki cas bateri sebenar.
Nyahcaskan pek bateri sepenuhnya sekali, kemudian caskannya untuk membetulkan
penunjuk.
• Pek bateri dinyahcaskan. Masukkan pek bateri yang telah dicas (muka surat 8).
• Pek bateri telah kehabisan. Gantikannya dengan satu bateri baru.
Tidak boleh mengecas pek bateri.
• Anda tidak boleh mengecas bateri dengan menggunakan Alat Suai Arus Ulang-alik (tidak
dibekalkan). Gunakan pengecas bateri untuk mengecas bateri.
Menangkap imej-imej pegun/wayang gambar
Tidak boleh merakam imej-imej.
• Periksa kapasiti bebas memori dalaman atau “Memory Stick Duo” (muka surat 33). Jika ia
adalah penuh, lakukan satu daripada berikut:
– Padamkan imej-imej yang tidak diperlukan (muka surat 19).
– Menukar “Memory Stick Duo”.
• Anda tidak boleh merakam imej-imej ketika mengecas denyar.
• Apabila menangkap satu imej pegun, atur mod dial kepada satu posisi selain daripada .
• Atur mod dial kepada apabila menangkap wayang gambar.
• Saiz imej diatur kepada [640(Halus)] apabila merakam wayang gambar. Laksanakan satu
daripada yang berikut:
– Aturkan saiz imej kepada satu yang selain daripada [640(Halus)].
– Masukkan satu “Memory Stick PRO Duo”.
• Penutup lensa terpasang. Keluarkannya.
Jalur-jalur menegak muncul apabila anda menangkap gambar satu subjek yang
sangat terang.
• Fenomena sememeh sedang berlaku dan jalur-jalur putih, hitam, merah, ungu, atau warna lain
muncul pada imej. Fenomena ini bukan satu pincang tugas.
35
Page 36
Menonton imej-imej
Tidak boleh memain balik imej-imej.
• Tekan (Main balik) (muka surat 19).
• Nama folder/fail telah ditukar pada komputer anda.
• Sony tidak menjamin main balik fail-fail imej pada kamera jika fail-fail telah diproses dengan
menggunakan sebuah komputer atau dirakamkan dengan kamera yang lain.
• Kamera dalam mod USB. Padamkan sambungan USB.
• Main balik tidak mungkin jika Pengatup Senyum berada dalam mod bersedia. Keluar
daripada mod bersedia dengan menekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya.
• Ini disebabkan oleh menyalin imej-imej pada komputer kepada “Memory Stick Duo” tanpa
menggunakan “Picture Motion Browser”. Mainkan imej-imej begini dalam Pandangan Folder
(muka surat 23).
• Kadang-kadang satu “Memory Stick Duo” yang mengandungi imej-imej ditangkap dengan
model-model Sony yang lebih awal tidak boleh dimain balik. Mainkan imej-imej begini
dalam Pandangan Folder (muka surat 23).
36
Page 37
Langkah-langkah beringat
[ Jangan guna/simpan kamera
dalam tempat-tempat berikut
• Di satu tempat terlalu panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam sebuah kereta
yang diletak di bawah pancaran matahari, badan
kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin
menyebabkan satu pincang tugas.
• Di bawah pancaran matahari secara langsung
atau berhampiran satu alat pemanas
Badan kamera mungkin menjadi nyahwarna
atau cacat, dan ini mungkin menyebabkan satu
pincang tugas.
• Di satu lokasi yang mengalami gegaran ayunan
• Berhampiran medan magnet yang kuat
• Di tempat-tempat berpasir atau berdebu
Berhati-hati agar tidak membenarkan pasir atau
debu masuk ke dalam kamera. Ini mungkin
menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam
sesetengah kes pincang tugas ini mungkin tidak
boleh diperbaiki.
[ Mengenai pembawaan
Jangan duduk di atas kerusi atau tempat lain
dengan kamera di dalam poket belakang seluar
atau skirt anda, ini mungkin menyebabkan
pincang tugas atau merosakkan kamera.
[ Mengenai pembersihan
Membersihkan skrin LCD
Lapkan permukaan skrin dengan satu kit
membersih LCD (tidak dibekalkan) untuk
menanggalkan tanda-tanda cap jari, debu, dll.
Membersihkan lensa
Lapkan lensa dengan satu kain lembut untuk
menanggalkan tanda-tanda cap jari, debu, dll.
Membersihkan permukaan kamera
Bersihkan permukaan kamera dengan satu kain
lembut yang dilembapkan dengan sedikit air,
kemudian lapkan permukaan dengan satu kain
kering. Untuk mengelakkan kerosakan kepada
kemasan atau selongsong.
– Jangan dedahkan kamera kepada produk-
produk kimia seperti pencair, benzin, alkohol,
kain-kain pakai buang, bahan pencegah
serangga, bahan penapis cahaya matahari atau
racun serangga.
– Jangan sentuh kamera dengan sebarang bahan-
bahan yang dinyatakan di atas ada pada tangan
anda.
– Jangan biarkan kamera bersentuhan dengan
objek getah atau vinil untuk satu jangka masa
yang lama.
[ Mengenai suhu-suhu operasi
Kamera direka bentuk untuk diguna di bawah
suhu-suhu antara 0°C dan 40°C. Menangkap
gambar di tempat-tempat terlalu sejuk atau panas
yang melebihi julat ini adalah tidak disyorkan.
[ Mengenai pemeluwapan
lembapan
Jika kamera dibawa secara terus daripada satu
tempat sejuk ke satu tempat suam, lembapan
mungkin terpeluwap di dalam atau di luar kamera.
Pemeluwapan lembapan ini mungkin
menyebabkan satu pincang tugas kamera.
Jika pemeluwapan lembapan berlaku
Padamkan kamera dan tunggu lebih kurang satu
jam supaya lembapan menyejat. Ambil perhatian
bahawa jika anda menangkap gambar dengan
lembapan masih berada dalam lensa, imej-imej
tidak akan menjadi jelas.
[ Mengenai bateri backup boleh
dicas semula dalaman
Kamera mempunyai satu bateri boleh dicas
semula dalaman untuk mengekalkan tarikh dan
waktu dan aturan-aturan lain tanpa mengambil
kira sama ada kuasa dihidupkan atau dipadamkan.
Bateri boleh dicas semula ini dicas dengan
berterusan selama anda sedang menggunakan
kamera. Walau bagaimanapun, jika anda
menggunakan kamera hanya untuk jangka masa
yang singkat, ia nyahcas beransur-ansur, dan jika
anda tidak menggunakan kamera sama sekali
untuk lebih kurang satu bulan ia menjadi nyahcas
sepenuhnya. Dalam kes ini, pastikan untuk
mengecas bateri boleh dicas semula ini sebelum
menggunakan kamera.
Walau bagaimanapun, jika bateri boleh dicas
semula ini tidak dicaskan, anda masih boleh
menggunakan kamera, tetapi tarikh dan masa
tidak akan ditunjukkan.
Cara mengecas bateri backup boleh dicas
semula dalaman
Masukkan pek bateri yang telah dicas ke dalam
kamera, dan kemudian biarkan kamera untuk 24
jam atau lebih dengan kuasa dipadamkan.
37
Page 38
Spesifikasi-spesifikasi
Kamera
[Sistem]
Peranti imej: 7.70 mm (jenis 1/2.3) warna CCD,
Penuras warna utama
• Hanya kawasan 7.30 mm (sama dengan jenis 1/
2.5) digunakan dalam kamera.
Jumlah bilangan piksel kamera:
Lebih kurang 10.3 Megapiksel
Bilangan piksel berkesan kamera:
Lebih kurang 9.1 Megapiksel
Lensa-lensa: Zum lensa Carl Zeiss Vario-Tessar
15×
f = 5.2 - 78 mm (31 - 465 mm (sama dengan
35 mm film)) F2.7(W) - 4.5(T)
CSGC)
Voltan output: DC 4.2 V, 0.25 A
Suhu operasi: 0 hingga 40°C
Suhu storan: –20 hingga +60°C
Dimensi-dimensi: Lebih kurang 62 × 24 × 91 mm
(L/T/D)
Berat: Lebih kurang 75 g
Pek bateri boleh dicas semula NPBG1
Bateri yang telah diguna: Bateri Lithium-ion
Voltan maksimum: DC 4.2 V
Voltan nominal: DC 3.6 V
Kapasiti: 3.4 Wh (960 mAh)
Reka bentuk dan spesifikasi-spesifikasi boleh
berubah tanpa pemberitahuan.
38
Page 39
Tanda-tanda dagang
•, “Cyber-shot” merupakan
tanda-tanda dagang Sony Corporation.
• “Memory Stick”, , “Memory Stick PRO”,
Duo”, , “Memory
Stick PRO-HG Duo”,
Micro”, “MagicGate”, dan
merupakan tanda-tanda dagang Sony
Corporation.
• “PhotoTV HD” merupakan satu tanda dagang
Sony Corporation.
• “Info LITHIUM” merupakan satu tanda dagang
Sony Corporation.
• Microsoft, Windows, DirectX dan Windows
Vista merupakan tanda-tanda dagang berdaftar
atau tanda-tanda dagang Microsoft Corporation
di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara
lain.
• Macintosh, Mac OS, iMac, iBook, PowerBook,
Power Mac dan eMac merupakan tanda-tanda
dagang Apple Inc.
• Intel, MMX, dan Pentium merupakan tandatanda dagang atau tanda-tanda dagang berdaftar
Intel Corporation.
• Adobe dan Reader merupakan tanda-tanda
dagang atau tanda-tanda dagang berdaftar
Adobe Systems Incorporated di Amerika
Syarikat dan/atau negara-negara lain.
• Tambahan, nama-nama sistem dan produk yang
digunakan dalam manual ini, pada amnya,
tanda-tanda dagang atau tanda-tanda dagang
berdaftar pencipta atau pekilang masingmasing. Walau bagaimanapun, tanda-tanda ™
atau ® tidak digunakan pada setiap kes di dalam
manual ini.
, “Memory Stick Duo”,
, “Memory Stick PRO
, “Memory Stick
39
Page 40
Maklumat tambahan produk ini dan jaw apan-jawapan
kepada soalan-soalan yang biasa ditanya boleh
didapati pada Laman Web Bantuan Pengguna kami.
Dicetak atas 70% atau lebih kertas dikitar semula
menggunakan dakwat berasaskan minyak sayur tanpa
VOC (Sebatian Organik Meruap).
Printed in Japan
Loading...
+ hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.