NOKIA CORPORATION dengan ini, mengisytiharkan bahawa produk RM-217 ini mematuhi keperluan penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC yang lain. Satu
salinan Pengisytiharan Kepatuhan boleh didapati di http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa
mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Nokia, Nokia Connecting People, Nokia Care, Visual Radio, dan Navi adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation. Produkproduk lain dan nama syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Termasuk perisian kriptografi RSA BSAFE atau protokol keselamatan daripada RSA Security.
Java dan semua tanda berasaskan Java adalah cap dagangan atau cap dagangan berdaftar Sun Microsystems, Inc.
This product is licensed under the MPEG-4 Visual Patent Portfolio License (i) for personal and noncommercial use in connection with information which has been encoded in compliance with
the MPEG-4 Visual Standard by a consumer engaged in a personal and noncommercial activity and (ii) for use in connection with MPEG-4 video provided by a licensed video provider. No license
is granted or shall be implied for any other use. Additional information, including that related to promotional, internal, and commercial uses, may be obtained from MPEG LA, LLC. See http://
www.mpegla.com.Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial yang berkaitan dengan maklumat yang telah dikodkan
dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan video MPEG-4 yang
disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi,
dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat http://www.mpegla.com.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang diperihalkan di dalam dokumen ini tanpa
pemberitahuan terdahulu.
HINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, DALAM APA JUA KEADAAN NOKIA ATAU MANA-MANA PEMBERI LESENNYA AKAN BERTANGGUNGJAWAB
ATAS KEHILANGAN DATA ATAU PENDAPATAN ATAU APA-APA KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, TURUTAN ATAU TIDAK LANGSUNG YANG BERLAKU.
ISI KANDUNGAN DOKUMEN INI DIBEKALKAN "SEBAGAIMANA ADANYA". KECUALI DITUNTUT OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, TIADA APA-APA JENIS JAMINAN, SAMA ADA YANG NYATA
ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BAGI KEPERDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DIBUAT BERKAITAN DENGAN KETEPATAN,
KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA BERHAK UNTUK MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK PADA BILA-BILA MASA TANPA NOTIS YANG TERDAHULU.
Ketersediaan produk dan aplikasi tertentu untuk produk ini mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Sila semak dengan penjual Nokia anda untuk mendapatkan butiran, dan ketersediaan
pilihan bahasa.
Kawalan eksport
Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau perisian yang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan
yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Menyediakan semakan imbas.............................................................39
Menyambung kepada perkhidmatan................................................39
Untuk keselamatan anda
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca panduan pengguna yang
lengkap untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan peranti apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu.
Perkara pertama yang harus anda pertimbangkan semasa memandu haruslah keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua peranti wayarles boleh mendapat gangguan, yang mungkin boleh menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan peranti apabila berdekatan dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam kapal terbang.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan peranti di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan peranti di tempat letupan sedang dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam pendokumenan produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan berkelayakan boleh memasang atau membaiki produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI
Gunakan hanya tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Peranti anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingatlah untuk membuat salinan sandaran atau menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat penting yang disimpan
dalam peranti anda.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan keselamatan terperinci.
Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan fungsi telefon peranti dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu untuk
mengosongkan paparan dan kembali ke mod siap sedia. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci panggil. Berikan
lokasi anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.
Perihal peranti anda
Peranti wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 900, GSM 1800 dan GSM
1900. Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan, privasi dan hak-hak
sah orang lain, termasuk hak cipta.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain daripada disalin, diubah
suai, dipindahkan atau dikemukakan.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di dalam peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini mestilah dihidupkan.
Jangan hidupkan peranti ini apabila penggunaan peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles. Kebanyakan ciri ini
memerlukan ciri rangkaian khusus. Ciri ini tidak tersedia pada semua rangkaian; rangkaian lain mungkin menghendaki anda mengatur dengan
pembekal khidmat anda sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan rangkaian. Pembekal khidmat anda boleh memberi anda arahan
dan penerangan mengenai caj yang dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had yang menjejaskan cara anda menggunakan
perkhidmatan rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang bergantung
kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti anda. Jika demikian,
ciri ini tidak akan muncul pada menu peranti anda. Peranti anda mungkin juga mempunyai tatarajah khas seperti perubahan dalam nama
menu, urutan menu, dan ikon. Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTP dan SSL) yang berjalan pada protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti ini, seperti mesej multimedia
(MMS), menyemak imbas, aplikasi e-mel, mesej segera, penyegerakan jauh, dan muat turun kandungan dengan menggunakan penyemak imbas
atau MMS, memerlukan sokongan rangkaian bagi teknologi ini.
Memori yang dikongsi
Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini mungkin menggunakan memori yang dikongsi: galeri, kenalan, mesej teks, mesej multimedia, dan mesej
segera, e-mel, kalendar, nota tugasan, permainan dan aplikasi Java™, dan aplikasi nota. Penggunaan satu atau lebih daripada ciri ini boleh
mengurangkan memori yang terdapat bagi ciri lain yang berkongsi memori. Peranti anda mungkin memaparkan mesej bahawa memori telah
penuh apabila anda cuba menggunakan ciri memori yang dikongsi. Dalam hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang disimpan di
dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan.
Kod keselamatan (5 hingga 10 angka) membantu melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod yang dipratetap
ialah 12345. Anda boleh menukar kod, dan menetapkan telefon supaya meminta kod. Lihat"Keselamatan," h. 29.
Kod PIN
Kod nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kod nombor pengenalan peribadi universal (UPIN) (4 hingga 8 angka) membantu
melindungi kad SIM anda daripada digunakan tanpa izin. Lihat"Keselamatan," h. 29.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka) mungkin dibekalkan dengan kad SIM dan diperlukan untuk sesetengah fungsi.
PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat di dalam modul keselamatan. Lihat"Modul sekuriti," h. 41.
PIN tandatangan diperlukan untuk tandatangan digital. Lihat"Tandatangan digital," h. 42.
Kod PUK
Kod kunci nyahhalang peribadi (PUK) dan kod kunci nyahhalang peribadi universal (UPUK) (8 angka) masing-masing diperlukan
untuk menukar kod PIN dan UPIN yang terhalang. Kod PUK2 (8 angka) diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang. Jika
kodnya tidak dibekalkan bersama kad SIM, hubungi pembekal khidmat setempat anda untuk mendapatkan kod-kod tersebut.
Kata laluan sekatan
Kata laluan sekatan (4 angka) diperlukan apabila menggunakan Khidmat sekat pgln.. Lihat"Keselamatan," h. 29.
Perkhidmatan tetapan tatarajah
Untuk menggunakan sesetengah perkhidmatan rangkaian, seperti perkhidmatan Internet mudah alih, MMS, mesej audio Nokia
Xpress, penyegerakan pelayan Internet jauh, peranti anda memerlukan tetapan tatarajah yang betul. Untuk maklumat lanjut
mengenai ketersediaan, hubungi pembekal khidmat anda, wakil penjual Nokia berdaftar yang terdekat, atau lawati bahagian
sokongan pada tapak web Nokia. Lihat"Sokongan Nokia," h. 8.
Setelah anda menerima tetapan sebagai mesej tatarajah, dan tetapan itu tidak disimpan dan diaktifkan secara automatik,
Tetapan tatarajah diterima dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan ini, pilih Tunjuk > Simpan. Jika perlu, masukkan kod PIN yang dibekalkan oleh pembekal khidmat.
Untuk membuang tetapan yang diterima, pilih Keluar atau Tunjuk > Buang.
Memuat turun kandungan
Anda mungkin boleh memuat turun kandungan baru (contohnya, tema) ke telefon anda (perkhidmatan rangkaian).
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan yang menawarkan keselamatan dan perlindungan
yang mencukupi daripada perisian yang berbahaya.
Untuk ketersediaan perkhidmatan yang berbeza, harga dan tarif, hubungi pembekal khidmat anda.
Kemas kini perisian
Nokia mungkin akan menghasilkan kemas kini perisian yang mungkin menawarkan ciri-ciri baru, fungsi tambahan, atau prestasi
yang lebih baik. Anda mungkin boleh meminta kemas kini tersebut melalui Nokia Sofware Updater PC application. Untuk
mengemas kini perisian, anda memerlukan aplikasi Nokia Sofware Updater dan PC yang serasi dengan sistem operasi Microsoft
Windows 2000 atau XP, akses internet jalur lebar, dan kabel data yang serasi untuk menyambungkan peranti anda kepada PC.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi dan untuk memuat turun aplikasi Nokia Software Updater, layari www.nokiaasia.com/softwareupdate atau laman web Nokia tempatan anda.
Jika kemas kini perisian di udara dapat disokong oleh rangkaian anda, anda juga boleh meminta kemas kini melalui peranti
anda.
Lihat"Kemas kinian perisian melalui udara," h. 29.
Memuat turun kemas kini perisian mungkin melibatkan penghantaran amaun data yang besar melalui rangkaian perkhidmatan
anda. Hubungi pembekal khidmat anda bagi maklumat tentang caj penghantaran data.
Pastikan bateri peranti anda mempunyai kuasa yang cukup, atau sambungkan pengecas sebelum memulakan kemas kini.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan yang menawarkan keselamatan dan perlindungan
yang mencukupi daripada perisian yang berbahaya.
Sokongan Nokia
Maklumat sokongan
Periksa www.nokia-asia.com/6300/support atau halaman web Nokia tempatan anda untuk mendapatkan versi terbaru
panduan ini, maklumat tambahan, muat turun, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan produk Nokia anda.
Perkhidmatan tetapan tatarajah
Anda juga boleh memuat turun tetapan tatarajah percuma seperti MMS, GPRS, e-mail, dan perkhidmatan lain untuk model
peranti anda di www.nokia-asia.com/setup.
Nokia PC Suite
Anda boleh mendapatkan PC Suite dan maklumat berkaitan di laman web Nokia di www.nokia-asia.com/pcsuite.
Khidmat pelanggan
Jika anda ingin menghubungi perkhidmatan pelanggan, lihat senarai perhubungan pusat Nokia Care tempatan
www.nokia-asia.com/contactus.
Penyelenggaraan
Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, lihat di pusat perkhidmatan Nokia yang terdekat di www.nokia-asia.com/repair.
2.Bermula
Memasukkan kad SIM dan bateri
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum mengeluarkan bateri.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi
pembekal khidmat atau penjual lain.
Peranti ini seharusnya digunakan dengan bateri BL-4C. Sentiasa gunakan bateri Nokia yang asli. Lihat"Garis panduan
pengesahan ketulenan bateri Nokia," h. 44.
Kad SIM dan sesentuhnya mudah rosak kerana tercalar atau dibengkokkan, jadi berhati-hatilah apabila mengendalikan,
memasukkan, atau mengeluarkan kad itu.
1. Untuk menanggalkan penutup belakang peranti, tekan dan luncurkan
penutupnya (1). Keluarkan bateri seperti ditunjukkan (2).
2. Buka pemegang kad SIM (3). Masukkan SIM kad dengan sesentuhnya yang
berwarna emas menghadap ke bawah pemegang (4). Tutup pemegang kad SIM
(5).
3. Perhatikan sesentuh bateri (6), dan masukkan bateri (7). Luncurkan penutup
belakang ke tempatnya (8).
Memasukkan kad microSD
Gunakan hanya kad microSD yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini. Nokia menggunakan standard
industri yang diperakui untuk kad memori, tetapi sesetengah jenama mungkin tidak sesuai sepenuhnya dengan peranti ini.
Kad yang tidak sesuai boleh merosakkan kad tersebut dan peranti dan merosakkan data yang disimpan pada kad.
Masukkan kad ke dalam slot kad mikroSD dengan permukaan sentuhnya menghadap ke bawah, dan
tekan ia sehingga ia terkunci di tempatnya.
3. Tutup penutup bahagian belakang peranti.
Mengeluarkan kad mikroSD
Penting: Jangan keluarkan kad memori semasa sedang melakukan sesuatu operasi apabila kad tersebut sedang
diakses. Mengeluarkan kad semasa sedang melakukan sesuatu operasi boleh merosakkan kad memori dan peranti,
serta data yang disimpan pada kad.
Anda boleh mengeluarkan atau menggantikan kad mikroSD semasa operasi telefon tanpa mematikan peranti.
1. Pastikan bahawa tiada aplikasi sedang mengakses kad memori mikroSD.
2. Tanggalkan penutup belakang peranti.
3. Tekan kad mikroSD sedikit untuk melepaskan kuncinya.
4. Keluarkan kad mikroSD dari lubang alurnya.
Mengecaskan bateri
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini untuk dimaksudkan untuk
digunakan apabila dibekalkan dengan kuasa daripada pengecas AC-3 atau AC-4.
Amaran:Gunakan hanya bateri, pengecas, dan tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan khususnya
dengan model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa kelulusan atau waranti, dan
mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon anda. Apabila
anda mencabut kord kuasa bagi sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
1. Sambungkan pengecas ke soket dinding.
2. Sambungkan penyambung dari pengecas dengan soket di bahagian bawah peranti anda.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung kepada pengecas yang digunakan. Mengecas bateri BL-4C dengan
pengecas AC-3 mengambil masa kira-kira 2 jam dan 45 minit semasa peranti dalam mod siap sedia.
Menghidupkan dan mematikan peranti
Untuk menghidupkan atau mematikan peranti, tekan dan tahan kekunci kuasa.
bahagian," h. 10.
Jika peranti meminta kod PIN atau UPIN, masukkan kod tersebut (dipaparkan sebagai ****), dan pilih OK.
Peranti tersebut mungkin akan meminta anda menetapkan masa dan tarikh. Masukkan masa tempatan, pilih zon masa bagi
lokasi anda dari segi perbezaan masa berhubung dengan Waktu Min Greenwich (GMT), dan masukkan tarikh. Lihat"Masa dan
tarikh," h. 25.
Apabila anda menghidupkan peranti anda buat kali pertama, dan perantinya berada dalam mod tunggu sedia, anda akan
diminta untuk mendapatkan tetapan tatarajahnya dari pembekal khidmat anda (perkhidmatan rangkaian). Untuk
mendapatkan maklumat tambahan rujuk di Sambung ke bantuan. Lihat"Tatarajah," h. 29.Lihat"Perkhidmatan tetapan
tatarajah," h. 7.
Lihat"Kekunci dan bahagian-
Antena
Peranti anda mempunyai antena dalaman
Nota:Seperti peranti penghantaran radio lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu apabila
peranti dihidupkan. Menyentuh antena akan menjejas mutu panggilan dan boleh
menyebabkan peranti beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan. Untuk
mengoptimumkan prestasi dan hayat bateri, elakkan menyentuh bahagian antena apabla
mengendalika peranti.
Amaran: Dengar muzik pada aras kelantangan yang sederhana. Pendedahan kepada kelantangan yang tinggi secara
terus menerus boleh merosakkan pendengaran anda.
Tumpulan perhatian yang penuh pada tahap kelantangan jika anda menyambungkan sebarang alt dengar lain kepada peranti
tersebut.
Amaran: Apabila anda menggunakan alat dengar, keupayaan anda untuk mendengar bunyi-bunyi di luar mungkin
terjejas. Jangan gunakan alat dengar apabila ia boleh membahayakan keselamatan anda.
Jangan sambungkan produk yang membuat isyarat keluaran, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan pada peranti
ini. Jangan sambungkan sebarang sumber voltan pada Penyambung AV Nokia.
Apabila menyambungkan sebarang peranti luaran atau sebarang alat dengar, yang lain telah diperakui oleh Nokia
untuk digunakan dengan peranti, pada Penyambung Nokia AV, tumpukan perhatian yang penuh pad tahap
kelantangan.
Tali
Masukkan tali menerusi lelubang peranti seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dan sangkutkan
ia disebalik pengapitnya.
3.Peranti anda
Kekunci dan bahagian-bahagian
1 — Cuping telinga
2 — Paparan
3 — Kekunci pilihan kiri dan kanan
4 — kekunci Navi™: Kekunci tatal 4-hala dan kekunci pilihan tengah
5 — Kekunci panggil
6 — Pad kekunci
7 — Kekunci tamat
8 — Mikrofon
9 — Penyambung pengecas
10 — Penyambung AU Nokia (2.5 mm)
11 — Penyambung kabel USB mini
12 — Kekunci kelantangan turun
13 — Kekunci kelantangan naik
14 — Kekunci kuasa
15 — Kanta kamera
Amaran:Kekunci Navi (4) dalam peranti ini mungkin mengandungi nikel. Ia tidak direka bentuk untuk bersentuhan
yang berpanjangan dengan kulit. Pendedahan yang berterusan kepada nikel pada kulit boleh menyebabkan alergi
nikel.
Apabila peranti anda sedia untuk digunakan, dan anda tidak memasukkan apa-apa aksara, peranti anda berada dalam mod
siap sedia.
Paparan
1 — Kekuatan isyarat rangkaian selular
2 — Status cas bateri
3 — Penunjuk
4 — Nama rangkaian atau logo operator
5 — Jam
6 — Skrin utama
7 — Fungsi kekunci pilihan kanan adalah Pergi ke atau pintasan ke fungsi yang lain. Lihat"Kekunci pilihan kiri," h. 25.
8 — Fungsi kekunci pilihan tengah adalah Menu.
9 — Fungsi kekunci pilihan kanan adalah Nama atau pintasan ke fungsi yang lain. Lihat"Kekunci pilihan kanan," h. 25. Operator
yang berlainan mungkin mempunyai nama khusus operator untuk mengakses laman Web khusus operator.
Menjimatkan kuasa
Telefon anda mempunyai ciri Penjimat kuasa dan Mod tidur untuk menyimpan kuasa bateri dalam mod siap sedia jika tiada
kekunci pada peranti yang ditekan. Ciri ini boleh diaktifkan. Lihat"Paparan," h. 25.
Siap sedia aktif
Mod siap sedia aktif memaparkan senarai ciri peranti yang dipilih dan maklumat yang anda boleh akses secara langsung.
Untuk menghidupkan atau mematikan siap sedia aktif, pilih Menu > Tetapan > Paparan > Siap sedia aktif > Mod siap sedia
aktif > Aktif atau Tak aktif.
Dalam mod siap sedia, tatal ke atas atau ke bawah untuk menavigasi dalam senarai, dan pilih Pilih atau Pamer. Anak panah
menandakan maklumat lanjut tersedia. Untuk menghentikan navigasi, pilih Keluar.
Untuk mengatur dan menukar mod siap sedia aktif, pilih Pilihan dan daripada pilihan yang tersedia.
Pintasan dalam mod siap sedia
Untuk mengakses senarai nombor yang didail, tekan kekunci panggil sekali. Tatal ke nombor atau nama, dan tekan kekunci
panggilan untuk memanggil nombor tersebut.
Untuk membuka penyemak imbas web, tekan dan tahan 0.
Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan tahan 1.
Gunakan kekunci sebagai pintasan Lihat"Pintasan saya," h. 25.
Penunjuk
mesej belum dibaca
mesej tidak terhantar, dibatalkan atau digagalkan
panggilan tak dijawab
/ Telefon anda disambungkan kepada perkhidmatan IM, dan status ketersediaan adalah dalam talian atau luar talian.
Telefon tidak berdering untuk panggilan masuk atau mesej teks.
Jam penggera diaktifkan.
Pemasa undur sedang berjalan.
Jam randik sedang berjalan di latar belakang.
/ Telefon didaftarkan pada rangkaian GPRS atau EGPRS.
/ Sambungan GPRS atau EGPRS diwujudkan.
/ Sambungan GPRS atau EGPRS digantung (ditahan).
Satu sambungan Bluetooth sedang aktif.
/ Satu sambungan tekan untuk cakap sedang aktif atau digantung.
Jika anda mempunyai dua talian telefon, talian telefon yang kedua dipilih.
Semua panggilan masuk dialihkan ke nombor lain.
Pembesar suara diaktifkan, atau dirian muzik disambungkan ke peranti.
Panggilan dihadkan kepada kumpulan pengguna terhad.
Profil ditetap masa dipilih.
/ / Tambahan alat dengar, bebas tangan atau set gelung disambungkan pada peranti.
Mod penerbangan
Anda boleh menyahaktifkan semua fungsi frekuensi radio dan tetap mempunyai akses kepada permainan, kalendar, dan
nombor-nombor telefon. dan tetap mempunyai akses kepada permainan, kalendar, dan nombor-nombor telefon.
Gunakan mod penerbangan dalam persekitaran peka radio—di dalam kapal terbang atau di hospital. Apabila mod penerbangan
aktif, dipaparkan.
Pilih Menu > Tetapan > Profil > Penerbangan > Aktifkan atau Pilihan sendiri untuk mengaktifkan atau menetapkan mod
penerbangan.
Untuk menyahaktifkan mod penerbangan, pilih sebarang profil lain.
Panggilan kecemasan dalam mod penerbangan - Masukkan nombor kecemasan, tekan kekunci panggil, dan pilih Ya apabila
Keluar dari profil penerbangan? ia dipaparkan. Telefon akan cuba membuat panggilan kecemasan.
Amaran:Dengan profail penerbangan anda tidak boleh membuat atau menerima sebarang panggilan, termasuklah
panggilan kecemasan, atau menggunakan ciri lain yang memerlukan liputan rangkaian. Untuk membuat panggilan,
anda mestilah mengaktifkan fungsi telefon dengan menukar profail terlebih dahulu. Jika peranti telah dikunci,
masukkan kod kunci. Jika anda perlu membuat panggilan kecemasan semasa peranti dikunci dan dalam profail
penerbangan, anda juga mungkin boleh memasukkan nombor kecemasan rasmi yang telah diprogrmkan dalam
peranti anda dalam medan kod kekunci dan pilih 'Panggil'. Peranti akan memastikan bahawa anda mewujudkan
profail penerbangan untuk memulakan panggilan kecemasan.
Kunci pad kekunci (kawal kekunci)
Untuk mengelakkan kekunci daripada ditekan secara tidak sengaja, pilih Menu, dan tekan * dalam masa 3.5 saat untuk
mengunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci, pilih Buka k'ci, dan tekan * dalam masa 1.5 saat. Jika Kawal k'knci k'slmtan ditetapkan
pada Aktif, masukkan kod keselamatan jika diminta.
Untuk menjawab panggilan semasa kawal kekunci sedang aktif, tekan kekunci panggil. Apabila anda menamatkan atau
menolak panggilan, pad kekunci mengunci secara automatik.
Ciri-ciri lain adalah Kawal kekunci auto. dan Kawal k'knci k'slmtan. Lihat"Telefon," h. 28.
Apabila kawal kekunci sedang aktif, panggilan mungkin boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan
ke dalam peranti anda.
Fungsi tanpa kad SIM
Beberapa fungsi peranti anda boleh digunakan tanpa memasang kad SIM (contohnya, pemindahan data dengan PC yang serasi
atau peranti lain yang serasi). Beberapa fungsi kelihatan dimalapkan di dalam menu dan tidak boleh digunakan.
1. Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk awalan antarabangsa (aksara + menggantikan kod akses
antarabangsa), masukkan kod negara, kod kawasan tanpa awalan 0, jika perlu, dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil nombor, tekan kekunci panggil. Untuk melaraskan kelantangan dalam panggilan, tekan kekunci
kelantangan ke atas atau ke bawah.
3. Untuk menamatkan panggilan atau untuk membatalkan percubaan memanggil, tekan kekunci tamat.
Anda boleh mencari nama aatu nombor yang telah anda simpan didalam Kenalan. Tekan kekunci panggil untuk memanggil
nombor.
Untuk mengakses senarai nombor yang sudah didail, tekan kekunci panggil sekali dalam mod siap sedia. Untuk memanggil
nombor tersebut, pilih nombor atau nama, dan tekan kekunci panggil.
Mendail pintasan
Berikan nombor telefon ke salah satu daripada kekunci nombor, 2 hingga 9. Lihat"Mendail jalan pintas," h. 23.
Panggil nombor menggunakan salah satu daripada cara yang berikut:
Tekan nombor kekunci, kemudian tekan kekunci panggil.
ATAU
Jika Dail cepat ditetapkan pada Aktif, tekan dan tahan kekunci nombor sehingga panggilan bermula.
Butiran selanjutnya diterangkan dalam Dail cepat. Lihat"Panggilan," h. 28.
Dailan suara tambahan
Anda boleh membuat panggilan telefon dengan menyebut nama yang disimpan dalam senarai kenalan peranti.
Arahan suara bergantung pada bahasa. Tetapkan Bahasa pengecaman sebelum menggunakan dailan suara.
Lihat"Telefon," h. 28.
Nota:Menggunakan tag suara mungkin sukar dalam persekitaran yang bising atau semasa kecemasan, dari itu anda
tidak seharusnya bergantung semata-mata pada dailan suara dalam semua keadaan.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci pilihan kanan atau kekunci kelantangan turun. Satu nada pendek
kedengaran, dan Cakap sekarang dipaparkan.
2. Sebutkan arahan suara dengan jelas. Jika suara berjaya dikenali, senarai dengan padanannya dipaparkan. Peranti
memainkan arahan suara padanan pertama pada senarai. Jika ia bukan arahan yang betul, tatal ke entri lain.
Menggunakan arahan suara untuk menjalankan fungsi peranti yang dipilih adalah serupa dengan dailan suara. Lihat"Arahan
suara," h. 26.
Menjawab atau menolak panggilan
Untuk menjawab panggilan masuk, tekan kekunci panggil. Untuk menamatkan panggilan, tekan kekunci tamat.
Untuk menolak panggilan masuk, tekan kekunci tamat. Untuk membisukan nada dering, pilih Senyap.
Untuk menjawab panggilan menanti semasa panggilan aktif (perkhidmatan rangkaian), tekan kekunci panggil. Panggilan yang
pertama akan ditahan. Untuk menamatkan panggilan yang aktif, tekan kekunci tamat. Anda boleh juga mengaktifkan fungsi
Panggilan menanti. Lihat"Panggilan," h. 28.
Pilihan semasa panggilan
Banyak pilihan yang boleh anda gunakan semasa panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk ketersediaan, hubungi
pembekal khidmat anda.
Semasa dalam panggilan, pilih Pilihan dan daripada pilihan yang berikut:
Pilihan panggilan adalah Bisu atau Bersuara, Kenalan, Menu, Kunci pad kekunci, Rakam, Kejelasan suara, Pembesar
Pilihan rangkaian adalah Jawab atau Tolak, Tunggu atau Lepas, Panggilan baru, Tmbh. ke p'sidangan, Tamat
panggilan, Tmt semua panggiln., dan yang berikut:
• Hantar DTMF — untuk menghantar rentetan nada
• Bertukar — untuk bertukar-tukar antara panggilan aktif dan panggilan yang dipegang.
• Pindah — untuk menyambung panggilan yang dipegang ke panggilan aktif dan memutuskan sambungan anda sendiri.
• Persidangan — untuk membuat panggilan persidangan
• Panggilan peribadi — untuk mengadakan perbincangan peribadi dalam panggilan persidangan
Amaran:Jangan pegang peranti ini dekat pada telinga apabila pembesar suara sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin sangat kuat.
5.Menulis teks
Mod teks
Untuk memasukkan teks (misalnya, semasa menulis mesej), anda boleh menggunakan input teks tradisional atau ramalan.
Apabila anda menulis teks, tekan dan tahan Pilihan untuk menogol antara input teks tradisional, ditandakan dengan
input teks ramalan, ditandakan dengan . Tidak semua bahasa disokong input teks ramalan.
Huruf kecil besar ditandakan dengan , , dan . Untuk menukar huruf besar atau huruf kecil, tekan #. Untuk menukar
daripada mod huruf kepada nombor, ditandakan dengan , tekan dan tahan #, dan pilih Mod nombor. Untuk menukar
daripada mod nombor kepada huruf, tekan dan tahan #.
Untuk menetapkan bahasa penulisan, pilih Pilihan > Bahasa tulisan.
, dan
Input teks tradisional
Tekan satu kekunci nombor, 2 hingga 9, berkali-kali sehingga aksara yang diingini muncul. Aksara yang terdapat bergantung
kepada bahasa menulis yang dipilih.
Jika huruf seterusnya yang anda mahu terletak pada kekunci yang anda sedang gunakan, tunggu sehingga kursor muncul dan
masukkan huruf tersebut.
Untuk mengakses tanda baca yang biasa digunakan serta aksara khas, tekan butang nombor 1 berkali-kali atau tekan * untuk
memilih aksara khas.
Input teks ramalan
Input teks ramalan adalah berdasarkan kamus yang telah tersedia yang boleh anda tambahkan dengan perkataan-perkataan
baru.
1. Mula menulis kata dengan menggunakan kekunci 2 hingga 9. Tekan setiap kekunci sekali sahaja untuk satu huruf.
2. Apabila anda selesai menulis katanya dan ia betul, untuk mengesahkannya dengan menambahkan ruang, tekan 0.
Jika perkataan itu tidak betul, tekan * berkali-kali, dan pilih perkataan dari senarai.
Jika aksara ? dipaparkan selepas kata tersebut, kata yang ingin anda tuliskan itu tiada di dalam kamus. Untuk menambahkan
kata tersebut pada kamus, pilih Mengeja. Masukkan kata dengan menggunakan input teks tradisional, dan pilih Simpan.
Untuk menulis kata majmuk, masukkan bahagian pertama perkataan, dan tekan kekunci tatal kanan untuk
mengesahkannya. Tulis bahagian akhir perkataan tersebut, dan sahkan perkataan tersebut.
3. Mulakan menulis perkataan yang seterusnya.
6.Menavigasi menu
Peranti ini menawarkan anda pelbagai fungsi, yang dikumpulkan ke dalam menu.
1. Untuk mengakses menu, pilih Menu.
2. Tatal melalui menu, dan pilih pilihan (contohnya, Tetapan).
3. Jika menu yang dipilih mengandungi submenu lanjut, pilih submenu yang anda mahu (contohnya, Panggilan).
4. Jika menu yang dipilih mengandungi submenu-submenu lanjut, ulang langkah 3.
5. Pilih tetapan pilihan anda.
6. Untuk kembali ke paras menu yang sebelumnya, pilih Balik.
Untuk menukar paparan menu, pilih Pilihan > Pamer. menu utama > Senarai, Grid, Grid dengan label, atau Tab.
Untuk menyusun semula menu, tatal ke menu yang hendak dipindahkan, dan pilih Pilihan > Susun > Alih. Tatal ke tempat
yang anda hendak menu dipindahkan, dan pilih OK. Untuk menyimpan perubahan, pilih Selesai > Ya.
7.Mesej
Anda boleh membaca, menulis, menghantar, dan menyimpan mesej teks, multimedia, emel, audio, mesej flash dan poskad.
Semua mesej diatur ke dalam folder.
Mesej teks
Peranti anda menyokong penghantaran mesej teks melebihi had aksara bagi satu mesej. Mesej-mesej yang lebih panjang akan
dihantar sebagai satu siri yang terdiri daripada dua atau lebih mesej. Pembekal khidmat anda boleh mengenakan bayaran yang
sewajarnya. Aksara-aksara yang menggunakan aksen atau tanda-tanda lain, dan aksara-aksara dari beberapa pilihan bahasa,
mengambil lebih banyak ruanng, membataskan bilangan aksara yang boleh dihantar dalam satu mesej.
Dengan mesej servis pendek (SMS) anda boleh menghantar dan menerima mesej teks dan menerima mesej teks yang mungkin
mengandungi gambar (perkhidmatan rangkaian).
Sebelum anda boleh menghantar sebarang mesej teks atau e-mel SMS, anda perlu menyimpan nombor pusat mesej anda.
Lihat"Tetapan mesej," h. 21.
Untuk menyemak ketersediaan perkhidmatan e-mel SMS dan untuk melanggani perkhidmatan ini, hubungi pembekal khidmat
anda. Anda boleh menyimpan alamat e-mel didalam Kenalan. Lihat"Menyimpan butiran," h. 22.
Menulis dan menghantar mesej teks
1. Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej teks.
2. Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat e-mel dalam medan Kepada:. Untuk mengambil nombor telefon atau
alamat e-mel, pilih Tambah.
3. Untuk e-mel SMS, masukkan subjek dalam medan Subjek:.
4. Masukkan mesej anda dalam medan Mesej:.
Satu penunjuk di bahagian atas paparan menunjukkan menunjukkan jumlah bilangan aksara yang tinggal dan bilangan
mesej yang diperlukan untuk menghantar. Misalnya, 673/2 bermakna terdapat 673 aksara yang tinggal dan mesej akan
dihantar sebagai satu siri yang terdiri daripada 2 mesej.
5. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar. Lihat"Proses penghantaran mesej," h. 16.
Membaca dan membalas mesej teks
1. Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk. Untuk melihatnya kemudian, pilih Keluar.
2. Untuk membaca mesej ini kemudian, pilih Menu > Mesej > Peti masuk. dipaparkan jika anda mempunyai mesej yang
belum di baca dalam peti masuk.
3. Untuk membalas mesej, pilih Balas dan jenis mesejnya.
4. Membuat mesej balasan.
5. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Lihat"Proses penghantaran mesej," h. 16.
Mesej multimedia
Hanya peranti yang mempunyai ciri serasi boleh menerima dan memaparkan mesej-mesej multimedia. Kemunculan mesej
boleh berbeza-beza bergantung kepada peranti yang menerima.
Rangkaian wayarles boleh membataskan saiz mesej MMS. Jika gambar yang dimasukkan melebihi had ini, peranti ini boleh
membuatnya lebih kecil supaya ia boleh dihantar melalui mesej MMS.
Suatu mesej multimedia (MMS) boleh mempunyai teks dan objek seperti imej, klip suara, atau klip video.
Untuk memeriksa ketersediaan dan untuk melanggani perkhidmatan mesej multimedia (MMS), hubungi pembekal khidmat
Peranti anda menyokong mesej multimedia yang mengandungi beberapa halaman (slaid). Mesej boleh mengandungi nota
kalendar dan kad niaga sebagai lampiran. Slaid boleh mengandungi teks, imej, dan klip bunyi; atau teks dan klip video. Untuk
memasukkan slaid ke dalam mesej, pilih Baru; atau pilih Pilihan > Masukkan > Slaid. Untuk memasukkan fail ke dalam
mesej, pilih Masukkn..
3. Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, pilih Pilihan > Pratonton.
4. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
5. Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat e-mel dalam medan Kepada:. Untuk mengambil nombor telefon atau
alamat e-mel, pilih Tambah.
6. Untuk e-mel SMS, masukkan subjek dalam medan Subjek:.
7. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar. Lihat"Proses penghantaran mesej," h. 16.
Menulis dan menghantar mesej multimedia tambahan
Sebarang kandungan boleh ditambahkan pada mesej multimedia tambahan. Kandungan demikian boleh jadi imej, klip video,
klip bunyi, kad niaga, nota kalendar, tema, pautan strim, atau malah fail yang tidak disokong (misalnya, fail yang diterima
dengan e-mel).
1. Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Multim. tambahan.
2. Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat e-mel dalam medan Kepada:. Untuk mengambil nombor telefon atau
alamat e-mel, pilih Tambah.
3. Masukkan subjek dan tulis mesej anda.
4. Untuk memasukkan fail ke dalam mesej, pilih Masukkan atau pilih Pilihan > Masukkan dan jenis failnya.
5. Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, pilih Pilihan > Pratonton.
6. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar. Lihat"Proses penghantaran mesej," h. 16.
Membaca dan membalas mesej multimedia
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej. Mesej e-mel atau mesej multimedia mungkin mengandungi perisian
yang berbahaya atau jika tidak mungkin boleh merosakkan peranti atau PC anda.
1. Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk. Untuk melihatnya kemudian, pilih Keluar.
2. Untuk melihat seluruh mesej jika mesej yang diterima mengandungi persembahan, pilih Main. Untuk melihat fail dalam
persembahan atau lampiran, pilih Pilihan > Objek atau Lampiran.
3. Untuk membalas mesej, pilih Pilihan > Balas dan jenis mesejnya.
4. Membuat mesej balasan.
5. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar. Lihat"Proses penghantaran mesej," h. 16.
Proses penghantaran mesej
Untuk menghantar mesej, pilih Hantar. Telefon menyimpan mesej dalam folder Peti keluar, dan hantaran bermula.
Nota:Peranti anda mungkin akan menyatakan bahawa mesej anda telah dihantar ke nombor pusat mesej yang
diprogramkan dalam peranti anda. Peranti anda mungkin tidak menyatakan sama ada mesej anda telah sampai ke
tempat yang ditentukan. Untuk butiran lanjut mengenai khidmat mesej, sila periksa dengan pembekal khidmat anda.
Jika terdapat gangguan semasa mesej sedang dihantar, telefon akan cuba menghantarnya semula beberapa kali. Jika percubaan
ini gagal, mesej akan kekal di dalam folder Peti keluar. Untuk membatalkan hantaran mesej dalam folder Peti keluar, tatal
ke mesej diingini, dan pilih Pilihan > Batal hantaran.
Poskad
Dengan perkhidmatan mesej poskad (perkhidmataan rangkaian), buat dan hantarkan poskad yang boleh mengandungi imej
dan teks ucapan. Poskad itu dihantar kepada pembekal khidmat dengan menggunakan mesej multimedia. Pembekal khidmat
mencetak poskad dan menghantarnya ke alamat pos yang diberikan bersama mesej. MMS mesti diaktifkan dahulu sebelum
perkhidmatan ini boleh digunakan.
Sebelum menggunakan perkhidmatan poskad ini, ada mestilah melanggan perkhidmatannya dahulu. Untuk mengetahui
ketersediaan dan kos dan untuk melanggani perkhidmatan ini, hubungi operator rangkaian atau pembekal khidmat anda.
Untuk menghantar poskad, pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Poskad. Lengkapkan alamat; medan editor wajib ditandakan
dengan *. Tatal ke medan imej, pilih Masukkn. dan imej dari galeri, atau Imej baru untuk memasukkan imej baru; kemudian
tuliskan teks ucapan anda. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.