PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
NOKIA CORPORATION, dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-78 ini mematuhi
keperluan penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC yang lain. Satu salinan Pengisytiharan
Kepatuhan boleh didapati di http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau
sebahagian kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Nokia, Visual Radio, Nokia Connecting People dan Pop Port adalah cap-cap dagangan atau
cap-cap dagangan berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang
disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya-tuan
punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
Bluetooth adalah cap dagang berdaftar Bluetooth SIG, Inc.
Termasuk perisian protokol keselamatan atau kriptografik RSA BSAFE daripada RSA
Security.
Java adalah cap dagang Sun Microsystems, Inc.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten MPEG-4 Visual (i) untuk kegunaan
peribadi dan bukan komersial berhubung dengan maklumat yang telah dikodkan menurut
Standard MPEG-4 Visual oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi dan bukan
komersial dan (ii) untuk kegunaan berhubung dengan video MPEG-4 video yang
disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk
sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan
penggunaan promosi, dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC.
Lihat <http://www.mpegla.com>.
Nokia melaksanakan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia mempunyai hak untuk
membuat perubahan dan penambahbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan
dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang kehilangan data atau
pendapatan, atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara akibatnya atau secara tidak langsung walau
macam mana pun ia berlaku.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan “seperti sedia ada”. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang
yang terpakai, tidak ada jaminan dalam bentuk apa pun, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak
terhad kepada jaminan yang tersirat kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat
berdasarkan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia mempunyai hak
untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Kesedia adanya produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila hubungi pengedar Nokia
yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk pada undang-undang dan
peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan
undang-undang adalah dilarang.
Baca garis panduan mudah ini.
Tidak mematuhinya boleh
menjadikannya berbahaya atau salah
di sisi undang-undang. Baca panduan
pengguna lengkap ini untuk maklumat
lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan telefon
apabila penggunaan
telefon wayarles dilarang
atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan
atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI
JALAN RAYA
Patuhi semua undangundang tempatan.
Sentiasa pastikan tangan
anda bebas untuk
mengendalikan kenderaan
semasa memandu. Perkara
pertama yang harus anda
pertimbangkan semasa
memandu haruslah
keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles
terdedah kepada
gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan.
Matikan telefon apabila
berdekatan dengan
peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL
TERBANG
Patuhi sebarang sekatan.
Peranti-peranti wayarles
boleh menyebabkan
gangguan di dalam
pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI
BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di
tempat mengisi bahan
bakar. Jangan gunakan
berdekatan bahan bakar
atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN
PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan.
Jangan gunakan telefon di
tempat letupan sedang
dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan
gaya biasa seperti yang
diterangkan di dalam
dokumentasi produk.
Jangan sentuh antena jika
tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan
berkelayakan boleh
memasang atau membaiki
produk ini.
Hanya gunakan tambahan
dan bateri yang diluluskan.
Jangan sambungkan
produk-produk yang tidak
serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak kalis
air. Pastikan ia sentiasa
kering.
SALINAN SANDARAN
Ingatlah untuk membuat
salinan-salinan sandaran
atau menyimpan rekod
bertulis mengenai semua
maklumat penting yang
disimpan di dalam telefon
anda.
MENYAMBUNG KEPADA
PERANTI LAIN
Apabila menyambung
kepada sebarang peranti
lain, baca panduan
penggunanya untuk
arahan-arahan
keselamatan terperinci.
Jangan sambungkan
produk-produk yang tidak
serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon
dihidupkan dan boleh
digunakan. Tekan kekunci
tamat seberapa banyak
kali yang perlu untuk
mengosongkan paparan
dan kembali ke skrin
permulaan.
Masukkan nombor
kecemasan, kemudian
tekan kekunci panggil.
Berikan lokasi anda.
Jangan tamatkan
panggilan sehingga
dibenarkan
berbuat demikian.
menggunakan sebarang ciri
di dalam peranti ini, selain
daripada jam penggera,
peranti ini mestilah
dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila
penggunaan wayarles boleh
menyebabkan gangguan
atau bahaya.
■ Perkhidmatan
rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda
mestilah mempunyai perkhidmatan
daripada pembekal perkhidmatan
wayarles. Banyak ciri di dalam peranti
ini bergantung kepada ciri-ciri dalam
rangkaian wayarles untuk berfungsi.
Perkhidmatan-perkhidmatan
rangkaian ini mungkin tidak dapat
diperolehi pada kesemua rangkaian
atau anda mungkin perlu membuat
persiapan tertentu dengan pembekal
perkhidmatan anda sebelum anda
boleh menggunakan perkhidmatan
rangkaian ini. Pembekal
perkhidmatan anda mungkin perlu
memberi anda arahan-arahan
tambahan bagi penggunaannya dan
menerangkan bayaran yang mungkin
dikenakan. Sesetengah rangkaian
mungkin mempunyai had yang
menjejas cara anda menggunakan
perkhidmatan rangkaian. Contohnya,
sesetengah rangkaian mungkin tidak
menyokong semua aksara dan
perkhidmatan yang bergantung
kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah
meminta agar ciri-ciri tertentu
dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di
dalam peranti anda. Jika demikian, ia
tidak akan muncul pada menu peranti
anda. Peranti anda mungkin juga telah
ditatarajah secara khusus. Tatarajah ini
mungkin termasuk perubahan dalam
nama menu, susunan menu, dan ikon.
Hubungi pembekal khidmat anda
untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP
2.0 (HTTP dan SSL) yang berjalan pada
protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti
ini, seperti mesej multimedia (MMS),
menyemak imbas, aplikasi e-mel, mesej
segera, kenalan ditambah tersedia,
penyegerakan jauh, dan muat turun
kandungan menggunakan penyemak
imbas atau MMS, memerlukan
sokongan rangkaian bagi teknologiteknologi ini.
Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini
mungkin menggunakan memori yang
dikongsi: galeri, kenalan, mesej teks,
mesej multimedia, mesej segera, e-mel,
kalendar, nota-tugasan, permainan dan
aplikasi Java
Penggunaan satu atau lebih daripada
ciri-ciri ini boleh mengurangkan
memori yang terdapat bagi ciri-ciri lain
yang berkongsi memori. Contohnya,
menyimpan banyak aplikasi Java boleh
menggunakan kesemua memori yang
ada. Peranti anda mungkin
memaparkan mesej bahawa memori
telah penuh apabila anda cuba
menggunakan ciri memori yang
dikongsi. Dalam hal ini, padam
beberapa maklumat atau entri yang
disimpan di dalam ciri-ciri memori
yang dikongsi sebelum meneruskan.
Sesetengah ciri ini, seperti mesej teks,
mungkin mempunyai jumlah memori
tertentu yang diperuntukkan khusus
untuknya sebagai tambahan kepada
memori yang dikongsi dengan ciri-ciri
lain.
TM
, dan aplikasi nota.
■ Tambahan
• Beberapa peraturan praktis
mengenai aksesori dan tambahan:
Jauhkan semua aksesori dan
tambahan dari kanak-kanak kecil.
• Apabila mencabut kord kuasa
sebarang aksesori atau tambahan,
genggam dan tarik palamnya,
bukan kordnya.
• Periksa secara tetap bagi
memastikan bahawa sebarang
tambahan yang dipasang pada
kenderaan telah dipasang dan
beroperasi dengan betul.
• Pemasangan sebarang tambahan
kereta yang kompleks mesti dibuat
oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Kod keselamatan (5 hingga 10 angka)
membantu melindungi telefon anda
daripada digunakan tanpa izin.
Kod yang dipratetap adalah 12345.
Untuk menukar kod, dan untuk
menetapkan telefon supaya meminta
kod, lihat “Keselamatan”, h. 59.
Jika anda memasukkan kod
keselamatan yang salah lima kali
berturut-turut, telefon tidak akan
menghiraukan kod-kod yang
dimasukkan selepas itu. Tunggu
selama 5 minit, dan masukkan
kod sekali lagi.
Kod PIN
Kod nombor pengenalan peribadi (PIN)
dan kod nombor pengenalan peribadi
universal (UPIN) (4 hingga 8 angka)
membantu melindungi kad SIM anda
daripada digunakan tanpa izin. Lihat
“Keselamatan”, h. 59. Kod PIN
biasanya dibekalkan dengan kad SIM.
Tetapkan telefon supaya meminta kod
PIN setiap kali telefon dihidupkan.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka) mungkin
dibekalkan dengan kad SIM dan
diperlukan untuk sesetengah fungsi.
PIN modul diperlukan untuk
mengakses maklumat di dalam modul
keselamatan. Lihat “Modul
keselamatan”, h. 92. PIN modul
dibekalkan bersama kad SIM jika kad
SIM mempunyai modul keselamatan
di dalamnya.
PIN tandatangan diperlukan untuk
tandatangan digital.
Lihat “Tandatangan digital”, h. 93. PIN
tandatangan dibekalkan bersama kad
SIM jika kad SIM mempunyai modul
keselamatan di dalamnya.
Kod PUK
Kod kekunci buka halangan peribadi
(PUK) dan kod kekunci buka halangan
peribadi universal (UPUK) (8 angka)
diperlukan untuk menukar kod PIN dan
UPIN yang terhalang, masing-masing.
Jika kodnya tidak dibekalkan bersama
kad SIM, hubungi pembekal khidmat
anda untuk mendapatkan kod tersebut.
Kata laluan sekatan (4 angka)
diperlukan apabila menggunakan
Khidmat sekat panggilan. Lihat
“Keselamatan”, h. 59. Anda boleh
mendapatkan kata laluan ini daripada
pembekal khidmat anda. Jika anda
memasukkan kata laluan sekatan yang
salah sebanyak tiga kali berturutturut, kata laluan tersebut akan
dihalang. Hubungi pembekal khidmat
atau operator rangkaian anda.
■ Perkhidmatan
tetapan tatarajah
Sebelum anda menggunakan mesej
multimedia, mesej segera dan tersedia,
tekan untuk cakap, e-mel,
penyegerakan, pengestriman, dan
penyemak imbas, anda mestilah
mempunyai tetapan tatarajah yang
betul pada telefon anda. Anda boleh
menerima tetapan-tetapan ini
langsung sebagai mesej tatarajah,
yang anda simpan ke telefon anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai
ketersediaan, hubungi operator
rangkaian anda, pembekal khidmat
atau wakil penjual Nokia berdaftar
yang terdekat dengan anda.
Setelah anda menerima tetapantetapan sebagai mesej tatarajah,
dan tetapan-tetapan itu tidak
disimpan dan diaktifkan secara
automatik, Tetapan tatarajah diterima
dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan-tetapan
yang diterima, pilih Tunjuk > Simpan.
Jika telefon meminta Masukkan PIN
tetapan:, masukkan kod PIN untuk
tetapan, dan pilih OK. Untuk m enerima
kod PIN, hubungi pembekal
khidmat yang membekalkan tetapantetapan itu.
Jika tiada tetapan yang disimpan,
tetapan ini disimpan dan ditetapkan
sebagai tetapan tatarajah lalai. Jika
tidak, telefon bertanya Aktifkan
tetapan tatarajah tersimpan?.
Untuk membuang tetapan-tetapan
yang diterima, pilih Tunjuk > Buang.
■ Muat turun
kandungan dan
aplikasi
Anda boleh memuat turun kandungan
baru (contohnya, tema) ke telefon
(perkhidmatan rangkaian). Pilih fungsi
muat turun (contohnya, dalam menu
Galeri). Untuk mengakses fungsi muat
turun, lihat perihalan menu masingmasing.
Anda boleh juga memuat turun kemas
kini perisian telefon (perkhidmatan
rangkaian). Lihat “Telefon”, h. 57,
Untuk ketersediaan perkhidmatanperkhidmatan yang berbeza, harga dan
tarif, hubungi pembekal khidmat anda.
Penting: Gunakan hanya
perkhidmatan yang anda
percayai dan yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada perisian
yang merosakkan.
■ Maklumat sokongan
dan hubungan Nokia
Untuk mendapatkan versi terkini
panduan ini, muat turun,
perkhidmatan dan maklumat
tambahan yang berkaitan dengan
produk Nokia anda, sila lawat
www.nokia-asia.com/6288/support
atau tapak web Nokia tempatan anda.
Anda boleh juga memuat turun
tetapan tatarajah percuma seperti
MMS, GPRS, e-mel, dan perkhidmatan
lain untuk model telefon anda di
www.nokia-asia.com/phonesettings.
Sekiranya anda masih memerlukan
bantuan, sila rujuk kepada
www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk menyemak lokasi pusat jagaan
Nokia terdekat untuk perkhidmatan
penyelenggaraan, anda boleh
melawati www.nokia-asia.com/repair.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut
pengecas sebelum mengeluarkan
bateri.
Jauhkan semua kad SIM dari kanakkanak kecil.
Untuk ketersediaan dan maklumat
mengenai penggunaan perkhidmatan
kad SIM, hubungi penjual kad SIM
anda. Ini boleh jadi pembekal khidmat,
operator rangkaian, atau penjual lain.
Peranti ini seharusnya digunakan
dengan bateri BP-6M.
Kad SIM dan sentuhan-sentuhannya
mudah rosak oleh kerana tercalar atau
dibengkokkan, jadi berhati-hatilah
apabila memegang, memasukkan,
atau mengeluarkan kad itu.
1. Dengan belakang telefon
menghadap anda,
luncurkan penutup belakang untuk
mengeluarkannya daripada telefon
(1).
2. Untuk mengeluarkan bateri,
angkat ia seperti yang
ditunjukkan (2).
3. Untuk melepaskan pemegang kad
SIM, tarik klip pengunci pemegang
kad dengan perlahan, dan buka
ia (3).
4. Masukkan kad SIM ke dalam
pemegang kad SIM (4). Pastikan
kad SIM dimasukkan (1) dengan
betul dan bahagian sesentuh
berwarna emas pada kad
menghadap ke bawah.
Tutup pemegang (2) kad SIM,
dan tekan ia sehingga ia masuk ke
kedudukannya berdetap.
5. Pasang semula bateri (5).
6. Luncurkan penutup belakang ke
tempatnya (6).
■ Memasang kad
memori
Kad miniSD yang
disertakan dalam
telefon anda
mengandungi nada dering, tema, nada,
dan grafik yang dipramuatkan. Jika
anda memadam, memuatkan semula,
atau menggantikan kad ini, fungsi dan
ciri ini mungkin tidak berfungsi dengan
betul.
Gunakan hanya kad miniSD yang serasi
dengan peranti ini. Kad-kad memori
lain, seperti kad MMC, tidak muat di
dalam lubang alur kad memori dan
tidak serasi dengan peranti ini.
Menggunakan kad memori yang tidak
serasi boleh merosakkan kad memori
itu dan peranti ini juga, dan data yang
disimpan pada kad yang tidak serasi itu
boleh tercemar.
Hanya gunakan kad miniSD diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan dengan
peranti ini. Nokia menggunakan
piawaian industri yang diluluskan
untuk kad memori tetapi bukan semua
jenama lain mungkin serasi
sepenuhnya dengan peranti ini.
Menggunakan kad memori yang tidak
diluluskan oleh Nokia boleh
merosakkan kad memori itu dan
peranti ini juga, dan data yang
disimpan pada kad yang tidak serasi itu
boleh tercemar.
Anda boleh menggunakan kad memori
untuk memanjangkan memori Galeri.
Lihat “Galeri”, h. 63.
Anda boleh memasukkan atau
menukar kad memori tanpa
mematikan telefon.
Penting: Jangan keluarkan
kad memori semasa sedang
beroperasi apabila kad
sedang diakses.
Mengeluarkan kad semasa
sedang beroperasi boleh
merosakkan kad memori
serta peranti, dan data yang
disimpan pada kad mungkin
tercemar.
Untuk memasukkan kad memori,
buka pemegang kad memori seperti
yang dipaparkan (1). Letakkan kad
memori di dalam pemegang kad (2).
Pastikan kad memori dimasukkan
dengan betul —bahawa ia klik ke
dalam pemegangnya (3)—dan
bahagian sesentuh berwarna emas
menghadap ke bawah. Tutup
pemegang kad memori.
Anda boleh menggunakan kad memori
untuk menyimpan fail multimedia,
seperti klip video, fail bunyi, dan imej,
dalam Galeri.
Untuk memformat kad memori,
lihat “Format kad memori”, h. 63.
■ Mengecas bateri
Periksa nombor model sebarang
pengecas sebelum menggunakannya
dengan peranti ini. Peranti ini
bertujuan untuk digunakan apabila
dibekalkan dengan kuasa dari
pengecas AC-4, AC-1, AC-3, dan DC-4.
Amaran: Gunakan hanya
bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan
khususnya dengan model
telefon ini.
Penggunaan sebarang jenis
lain boleh mentaksahkan
apa-apa kelulusan atau
jaminan, dan mungkin
berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda
boleh mendapatkan tambahan yang
diluluskan, sila tanya wakil penjual
telefon anda. Apabila mencabut kord
kuasa sebarang tambahan,
genggam dan tarik palamnya,
bukan kordnya.
2. Sambungkan plag dari pengecas
ke penyesuai pengecas CA-44 (1),
dan plag penyesuai ke soket di
bahagian bawah telefon anda (2).
Jika bateri benar-benar kehabisan
kuasa, beberapa minit diperlukan
sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung kepada
pengecas dan bateri yang digunakan.
Contohnya, mengecas bateri BP-6M
Li-Ion dengan pengecas AC-4
mengambil masa kira-kira 1 jam 45
minit semasa telefon dalam mod siap
sedia.
■ Menghidupkan dan
mematikan telefon
Amaran: Jangan hidupkan
telefon apabila penggunaan
telefon wayarles dilarang
atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau
bahaya.
Tekan dan tahan
kekunci kuasa
seperti yang
ditunjukkan.
Jika telefon meminta
kod PIN atau UPIN,
masukkan kod,
dan pilih OK.
Anda boleh
menghidupkan mod
demo tanpa memasukkan kad SIM.
Dalam mod ini semua ciri tidak
tergantung pembawa dan anda boleh,
membuat panggilan kecemasan.
Tetapkan masa, zon masa,
dan tarikh
Masukkan masa tempatan, pilih zon
masa lokasi anda berdasarkan
perbezaan masa berhubung dengan
Waktu Min Greenwich (GMT), dan
masukkan tarikhnya. Lihat “Masa dan
tarikh”, h. 43.
Perkhidmatan pasang
dan main
Apabila anda menghidupkan telefon
anda buat kali pertama,
dan telefonnya berada dalam mod
siap sedia, anda akan diminta untuk
mendapatkan tetapan tatarajahnya
dari pembekal khidmat anda
(perkhidmatan rangkaian).
Sahkan atau tolak pertanyaannya.
Lihat Samb ke b'tuan p'bkl khid dalam
“Tatarajah”, h. 58 dan “Perkhidmatan
tetapan tatarajah”, h. xiii.
■ Memulakan tanpa
kad SIM
Untuk memulakan telefon tanpa kad
SIM, terima Mulakan telefon tanpa kad
SIM?. Kemudian gunakan ciri yang
tidak memerlukan kad SIM.
■ Membuka pad
kekunci
Untuk membuka pad kekunci,
luncurkan telefon seperti yang
dipaparkan.
■ Kedudukan
beroperasi biasa
Gunakan telefon hanya dengan gaya
beroperasi biasa.
Peranti anda mempunyai antena
dalaman.
Nota: Seperti sebarang
peranti pemancar radio lain,
jangan sentuh antena jika
tidak perlu apabila peranti
dihidupkan. Menyentuh
antena akan menjejas mutu
panggilan dan boleh
menyebabkan peranti
beroperasi pada aras kuasa
lebih tinggi daripada yang
diperlukan. Mengelak
daripada menyentuh
bahagian antena semasa
mengendalikan peranti ini
menghasilkan prestasi
optima antena dan
hayat bateri.
Dalam mod siap sedia aktif, paparan
telefon boleh menunjukkan tetingkap
item kandungan yang berasingan,
seperti pintasan (1), fungsi audio (2),
kalendar (3), dan nota pengguna (4).
Untuk memilih sama ada siap sedia
aktif dipaparkan, lihat Siap sedia aktif
dalam “Tetapan siap sedia”, h. 47.
Semasa siap sedia aktif sedang
melahu, untuk mengakses struktur
menu, pilih Menu (5). Untuk
mengakses ciri dalam siap sedia aktif,
tekan kekunci navigasi ke atas atau ke
bawah.
Untuk menukar kekunci untuk
mengakses mod navigasi,
lihat Benarkan siap sedia aktif dalam
“Tetapan siap sedia”, h. 47.
Apabila penunjuk anak panah (6)
dipaparkan, anda boleh tatal ke item
ke kiri dan ke kanan.
Item kandungan dalam
mod navigasi
Bar pintasan — Untuk memilih
pintasan, tatal ke fungsi yang
dikehendaki, dengan
menggunakan kekunci navigasi kiri/
kanan, dan pilihnya.
Untuk menukar atau mengatur
pintasan semasa berada dalam mod
navigasi, pilih Pilihan > Siap sedia
aktif > Siap sedia aktif saya >
Pilihan > Peribadikan > Pilihan >
Pilih pautan atau Susun pautan.
Aplikasi audio — Untuk menghidupkan
radio atau pemain muzik, tatal ke
padanya dan pilihnya. Untuk menukar
trek dalam pemain muzik atau saluran
dalam radio, tatal ke kiri atau ke kanan.
Untuk menghidupkan carian saluran
radio, tatal dan pegang ke kiri atau ke
kanan.
Kalendar — Untuk melihat nota hari
ini, pilih yang diingini. Untuk melihat
nota hari sebelum atau berikutnya,
tatal ke kiri atau ke kanan.
Nota saya — Untuk memasukkan nota,
pilih tetingkap kandungan, tulis nota
anda, dan simpannya.
Hadiran saya — Untuk menukar
maklumat status hadiran anda, pilih
item kandungan.
Pema sa ki raan det ik — Untuk
memulakan pemasa undur, pilih item
kandungan. Baki masa dengan nota
akan dipaparkan.
penunjuk siap sedia, seperti tarikh,
paparan info sel, mesej maklumat,
nama kumpulan lalai PTT, dan indeks
kumpulan pengguna yang ditutup.
Tarikh dipaparkan jika kalendar tidak
dipilih sebagai kandungan siap sedia
aktif.
Pintasan mod siap sedia
• Untuk mengakses senarai nombor
yang didail, tekan kekunci panggil
sekali. Lihat “Membuat panggilan
suara”, h. 12.
• Untuk memanggil peti mel suara
anda (perkhidmatan rangkaian)
apabila anda telah menyimpan
nombor peti mel suara anda di
dalam telefon, tekan dan tahan 1.
• Untuk mengakses nombor mel
video, tekan dan tahan 2.
• Untuk menyambung ke
perkhidmatan penyemak imbas,
tekan dan tahan 0.
• Untuk menetapkan fungsi-fungsi
pintasan untuk kekunci navigasi,
lihat Kekunci navigasi dalam
“Pintasan saya”, h. 49.
• Untuk menukar profil, tekan
sebentar kekunci kuasa untuk
membuka senarai profil Tatal ke
profil yang diingini, dan pilih ia.
Penjimat kuasa
Untuk menetap fungsi jimat kuasa
Aktif, lihat Penjimat kuasa dalam
“Paparan”, h. 47.
Penunjuk
Anda mempunyai mesej
belum dibaca dalam folder
Peti masu k.
Anda mempunyai mesej yang
belum dihantar, dibatalkan,
atau mesej yang gagal dalam
folder Peti k elua r.
Telefon mendaftarkan satu
panggilan yang tak dijawab.
/ Telefon anda disambungkan
kepada perkhidmatan mesej
segera, dan status
ketersediaan adalah dalam
talian atau luar talian.
Anda menerima satu atau
beberapa mesej segera, dan
anda disambungkan kepada
perkhidmatan mesej segera.
Pad kekunci dikunci.
Telefon tidak berdering untuk
panggilan masuk atau mesej
teks. Lihat juga “Nada”, h. 47.
digantung (ditahan),
misalnya, jika terdapat
panggilan masuk atau
panggilan keluar semasa
sambungan dailan data
paket.
Apabila sambungan
inframerah diaktifkan,
penunjuk dipaparkan secara
berterusan.
Satu sambungan Bluetooth
sedang aktif.
Jika anda mempunyai dua
talian telefon, talian telefon
yang kedua dipilih.
Semua panggilan masuk
dialihkan ke nombor lain.
Pembesar suara diaktifkan,
atau pemegang muzik
disambungkan dengan
telefon.
Panggilan dihadkan kepada
kumpulan pengguna terhad.
Profil ditetap masa dipilih.
, , , atau
Tambahan alat dengar,
bebas-tangan, set gelung,
atau pemegang muzik
disambungkan kepada
telefon.
atau
Satu sambungan cakap
sehala sedang aktif atau
digantung.
■ Kunci pad kekunci
(kawal kekunci)
Untuk mencegah kekunci-kekunci
daripada ditekan secara tidak sengaja,
pilih Menu, dan tekan * dalam masa
3.5 saat untuk mengunci pad kekunci;
atau tutup gelangsar, dan pilih Kunci.
Untuk membuka pad kekunci, buka
gelangsar, atau pilih Buka k'ci > OK.
Jika gelangsar dibuka, pilih Buka k'ci,
dan tekan * dalam masa 1.5 saat.
Jika Kawal k'knci keselamatan ditetap
ke Aktif, pilih Buka k'ci, tekan *,
dan masukkan kod keselamatan.
Untuk menjawab panggilan semasa
kawal kekunci sedang aktif,
tekan kekunci panggil. Apabila anda
menamatkan atau menolak panggilan,
pad kekunci mengunci secara
automatik.
Untuk panggilan antarabangsa,
tekan * dua kali untuk awalan
antarabangsa (aksara +
menggantikan kod akses
antarabangsa), masukkan kod
negara, kod kawasan tanpa awalan
0, jika perlu, dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil nombornya,
tekan kekunci panggil.
3. Untuk menamatkan panggilan,
atau untuk membatalkan
percubaan memanggil,
tekan kekunci tamat.
Untuk menamatkan panggilan
dengan menutup gelangsar,
lihat P'dalian pang. gelangsar
dalam “Panggil”, h. 56.
Untuk mencari nama atau nombor
telefon yang telah anda simpan dalam
Kenalan, lihat “Mencari kenalan”,
h. 39. Tekan kekunci panggil untuk
memanggil nombor.
Untuk mengakses senarai nombor
telefon yang terbaru anda panggil atau
cuba memanggil, dalam mod siap
sedia, tekan sekali kekunci panggilan.
Untuk memanggil nombornya,
pilih nombor atau nama, dan tekan
kekunci panggil.
Dail cepat
Berikan nombor telefon ke salah satu
kekunci dail cepat, 3 hingga 9.
Lihat “Dail cepat”, h. 44.
Panggil nombor menggunakan salah
satu cara berikut:
• Tekan kekunci dail cepat,
kemudian tekan kekunci panggil.
•Jika Dail cepat di tetap ke Aktif,
tekan dan tahan kekunci dail cepat
sehingga panggilan bermula.
Lihat “Panggil”, h. 56.
Dailan suara tambahan
Untuk membuat panggilan telefon,
pilih dan tahan Nama dan sebutkan
nama kenalan yang anda ingin
hubungi. Telefon akan mengaitkan
secara automatik tag suara maya
kepada setiap kenalan dalam memori
telefon.
Jika aplikasi sedang menghantar atau
menerima data dengan menggunakan
sambungan data paket, tamatkan
aplikasi sebelum anda menggunakan
dailan suara dalam GSM. Suara dan
data boleh dihantar secara sekali gus
dalam WCDMA.
Arahan suara adalah bergantung
kepada bahasa. Untuk menetapkan
bahasa, lihat Bahasa main balik suara
dalam “Telefon”, h. 57.
Nota: Menggunakan tag
suara mungkin sukar dalam
persekitaran yang bising
atau semasa kecemasan, dari
itu anda tidak seharusnya
bergantung semata-mata
pada dail suara dalam semua
keadaan.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan
tahan kekunci pilihan kanan.
Satu nada pendek kedengaran,
dan Cakap sekarang dipaparkan.
Jika anda menggunakan alat
dengar yang serasi dengan kekunci
alat dengar, tekan dan tahan
kekunci alat dengar untuk
memulakan dail suara.
2. Sebutkan tag suara dengan jelas.
JIka suaranya berjaya dicam,
senarai dengan padanannya
dipaparkan. Telefon memainkan
arahan suara padanan yang teratas
pada senarai tersebut.
Selepas kira-kira 1.5 saat, telefon
akan mendail nombornya, atau jika
keputusannya bukan yang betul,
tatal ke entri yang lain, dan pilih
untuk mendail entri.
Dengan menggunakan perintah
suara untuk menjalankan fungsi
telefon yang dipilih adalah serupa
dengan dailan suara. Lihat Arahan
suara dalam “Pintasan saya”, h. 49.
■ Menjawab atau
menolak panggilan
suara
Untuk menjawab panggilan masuk,
tekan kekunci panggil.
Untuk menjawab panggilan dengan
membuka gelangsar, lihat juga
P'dalian pang. gelangsar dalam
“Panggil”, h. 56.
Untuk membisukan nada dering
sebelum anda menjawab panggilan,
pilih Senyap.
Untuk menamatkan panggilan,
atau menolak panggilan,
tekan kekunci tamat.
Semasa dalam panggilan,
untuk menjawab panggilan menanti,
tekan kekunci panggilan.
Panggilan yang pertama akan ditahan.
Untuk menamatkan panggilan yang
aktif, tekan kekunci tamat.
Untuk mengaktifkan fungsi
Khid. panggiln menanti,
lihat “Panggil”, h. 56.
■ Pilihan-pilihan
semasa panggilan
suara
Banyak pilihan yang anda gunakan
semasa panggilan adalah
perkhidmatan rangkaian.
Untuk ketersediaan, hubungi operator
rangkaian atau pembekal khidmat
anda.
Pilihan panggilan adalah Bisu atau
Bersuara, Kenalan, Menu, Kunci pad
kekunci, Rakam, Pembesar suara,
atau Telefon bimbit.
Pilihan perkhidmatan rangkaian
adalah Jawab, Tolak, Tunggu atau
Lepas, Panggilan baru, Tambah ke
persidangan, Tamat panggilan, Tamat
semua panggilan, dan yang berikut:
Hantar DTMF — untuk menghantar
rentetan nada
Bertukar — untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan panggilan
yang ditunda.
Pindah — untuk menyambung
panggilan yang ditunda ke panggilan
aktif dan memutuskan sambungan
anda sendiri.
Persidangan — untuk membuat
panggilan persidangan yang
membenarkan sehingga lima orang
menyertai panggilan persidangan.
Panggilan peribadi — untuk berbincang
secara persendirian dalam panggilan
persidangan
Amaran: Jangan pegang
peranti ini pada telinga
apabila pembesar suara
sedang digunakan,
kerana kelantangannya
mungkin sangat kuat.
■ Membuat panggilan
video
Apabila anda membuat panggilan
video, ana menghantar video masa
nyata kepada penerima panggilan.
Imej video yang ditangkap oleh kamera
pada bahagian belakang telefon anda
dipaparkan kepada penerima
panggilan video.
Untuk membolehkan membuat
panggilan video, anda perlu
mempunyai kad USIM dan
disambungkan dalam rangkaian
WCDMA. Untuk ketersediaan dan
langganan perkhidmatan data,
hubungi operator rangkaian atau
pembekal khidmat anda.
Panggilan video hanya boleh dibuat
antara dua pihak. Panggilan video
boleh dibuat ke telefon yang serasi
atau klien ISDN. Panggilan video tidak
boleh dibuat semasa panggilan suara,
video, atau data sedang aktif.
3. Untuk memulakan pangg ilan video,
masukkan nombor telefon dalam
mod siap sedia, atau pilih Kenalan,
dan pilih kenalan.
4. Kemudian tekan dan tahan kekunci
hantar atau pilih Pilihan >
Panggilan video. Panggilan video
mungkin mengambil masa yang
agak lama untuk dimulakan.
Panggilan video dan animasi keluar
dipaparkan. Jika panggilan
tersebut tidak berjaya (misalnya,
panggilan video tidak disokong
oleh rangkaian, atau peranti yang
menerima tidak serasi) anda akan
ditanya sama ada anda hendak
mencuba panggilan biasa atau
menghantar mesej sebagai ganti.
Petua: Untuk menambah
atau mengurangkan
kelantangan semasa
panggilan, tekan kekunci
kelantangan.
Panggilan video aktif apabila anda
boleh melihat dua imej video dan
mendengar bunyi melalui
pembesar suara.
Penerima panggilan mungkin
menolak hantaran video, dalam hal
demikian anda mungkin melihat
imej pegun atau grafik latar
belakang berwarna kelabu.
Anda akan mendengar bunyi.
5. Untuk menamatkan panggilan,
tekan kekunci tamat.
■ Menjawab atau
menolak panggilan
Apabila panggilan video tiba,
Panggilan video dipaparkan.
1. Tekan kekunci hantar untuk
menjawab panggilan video.
Membolehkan imej video dihantar
ke pemanggil? dipaparkan.
Jika anda memilih Ya, imej yang
sedang ditangkap oleh kamera
dalam telefon anda dipaparkan
kepada pemanggil. Jika anda
memilih Tidak, atau tidak
membuat apa-apa, hantar video
tidak diaktifkan, dan terdengar
suatu bunyi. Skrin kelabu
dipaparkan sebagai ganti video.
Grafik dipaparkan di bahagian atas
video, menandakan bahawa ia
tidak dihantar. Anda boleh
mendayakan atau menyahdayakan