PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata
bahawa produk RM-47 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan dari
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau
kesemua kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Nokia, Nokia Connecting People, dan Pop-Port adalah cap dagang atau cap dagang
berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini
merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya-tuan punya
syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
No Paten Amerika Syarikat 5818437 dan paten-paten lain sedang menunggu kelulusan.
Perisian input teks T9 Hak cipta (C) 1997-2004. Tegic Communications, Inc. Semua hak
terpelihara.
Termasuk perisian kriptografi atau protokol keselamatan RSA BSAFE daripada
RSA Security.
Java adalah cap dagang Sun Microsystems, Inc.
PENGGUNAAN PRODUK INI DENGAN APA CARA PUN YANG MEMATUHI PIAWAI VISUAL
MPEG-4 ADALAH DILARANG, KECUALI UNTUK KEGUNAAN YANG BERKAITAN
LANGSUNG DENGAN (A) DATA ATAU MAKLUMAT (i) YANG DIHASILKAN OLEH DAN
DIDAPATI TANPA DIKENAKAN BAYARAN DARIPADA PENGGUNA YANG DENGAN ITU
TIDAK TERLIBAT DALAM SESUATU USAHA PERNIAGAAN, DAN (ii) BAGI KEGUNAAN
PERIBADI SAHAJA; DAN (B) KEGUNAAN LAIN YANG SECARA KHUSUS DAN
BERASINGAN DILESENKAN OLEH MPEG LA, L.L.C.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia mempunyai hak
untuk membuat perubahan dan perbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan
dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Nokia tidak bertanggung jawab dalam keadaan apa pun atas apa-apa kehilangan data
atau pendapatan atau apa-apa kerugian khas, sampingan, akibat, atau tidak langsung
walau apa jua puncanya.
Isi kandungan dokumen ini dibekalkan “sebagaimana adanya”. Kecuali dikehendaki oleh
undang-undang yang berkaitan, tidak ada waranti walau apa jua sifatnya, baik nyata
mahupun tersirat, termasuk tetapi tidak terbatas kepada, waranti tersirat tentang
kebolehdagangan dan kelayakan untuk tujuan tertentu, dibuat berhubung dengan
ketepatan, kebolehpercayaan, atau kandungan dokumen ini. Nokia berhak menyemak
atau menarik balik dokumen ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terdahulu.
Ketersediaan produk tertentu mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Sila tanya
penjual Nokia yang terdekat dengan anda.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak
mematuhinya mungkin berbahaya atau
menyalahi undang-undang. Baca
panduan pengguna yang lengkap untuk
maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN
SELAMAT
Jangan hidupkan telefon
apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau
apabila ia boleh
menyebabkan gangguan
atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN
DI JALAN RAYA
Patuhi semua undangundang. Sentiasa pastikan
tangan anda bebas untuk
mengendalikan kenderaan
semasa memandu.
Keselamatan di jalan raya
harus menjadi pertimbangan
anda yang utama.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles
boleh mendapat gangguan,
yang mungkin boleh
menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan.
Matikan telefon apabila
berdekatan dengan
peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL
TERBANG
Patuhi sebarang sekatan.
Peranti-peranti wayarles
boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI
BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di
tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan
bahan bakar atau bahan
kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN
PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan.
Jangan gunakan telefon di
mana letupan sedang
dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya
biasa seperti yang
diterangkan di dalam
pendokumenan produk.
Jangan sentuh antena jika
tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan yang
berkelayakan sahaja yang
boleh memasang atau
membaiki peralatan produk
ini.
Gunakan hanya tambahan
dan bateri yang diluluskan.
Jangan sambungkan produkproduk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak tahan air.
Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingat untuk membuat
salinan-salinan sandaran
atau menyimpan rekod
semua maklumat penting
yang disimpan di dalam
telefon anda.
MENYAMBUNG KEPADA
PERANTI LAIN
Apabila menyambung
kepada sebarang peranti lain,
baca panduan penggunanya
untuk mendapatkan arahan
keselamatan yang terperinci.
Jangan sambungkan produkproduk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan
dan boleh digunakan. Tekan
seberapa banyak kali
yang perlu untuk
mengosongkan paparan dan
kembali ke skrin permulaan.
Masukkan nombor
kecemasan, kemudian tekan
. Berikan lokasi anda.
Jangan tamatkan panggilan
sehingga dibenarkan berbuat
demikian.
■ MENGENAI PERANTI
ANDA
Peranti wayarles yang diperihalkan
dalam panduan ini diluluskan untuk
digunakan pada rangkaian EGSM900,
GSM 1800 dan GSM1900. Hubungi
pembekal perkhidmatan anda untuk
maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam
peranti ini, patuhi semua undangundang dan hormati privasi dan hak-hak
sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan
sebarang ciri di dalam peranti
ini, selain daripada jam
penggera, peranti ini mestilah
dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan
wayarles boleh menyebabkan
gangguan atau bahaya.
Peranti anda dan tambahantambahannya mungkin mengandungi
bahagian-bahagian kecil. Jauhkan ia dari
kanak-kanak kecil.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh
mendapatkan tambahan yang diluluskan,
sila tanya wakil penjual telefon anda.
Apabila anda mencabut kord kuasa
sebarang tambahan, genggam dan tarik
palamnya, bukan kordnya.
■ Perkhidmatan
Rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda
mestilah mempunyai perkhidmatan
daripada pembekal perkhidmatan
wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini
bergantung kepada ciri-ciri dalam
rangkaian wayarles untuk berfungsi.
Perkhidmatan-perkhidmatan Rangkaian
ini mungkin tidak dapat diperolehi pada
kesemua rangkaian atau anda mungkin
perlu membuat persiapan tertentu
dengan pembekal perkhidmatan anda
sebelum anda boleh menggunakan
Perkhidmatan-perkhidmatan Rangkaian
ini. Pembekal perkhidmatan anda
mungkin perlu memberi anda arahanarahan tambahan bagi penggunaannya
dan menerangkan bayaran yang mungkin
dikenakan. Sesetengah rangkaian
mungkin mempunyai had-had yang
menjejas cara anda menggunakan
Perkhidmatan Rangkaian. Contohnya,
sesetengah rangkaian mungkin tidak
menyokong semua aksara dan
perkhidmatan yang bergantung kepada
bahasa.
Pembekal perkhidmatan anda mungkin
telah meminta agar ciri-ciri tertentu
dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di
dalam peranti anda. Jika demikian, ia
tidak akan muncul pada menu peranti
anda. Hubungi pembekal perkhidmatan
anda untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0
(HTTP dan SSL) yang berjalan pada
protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti ini,
seperti perkhidmatan mesej multimedia
(MMS), penyemakan imbas, mesej
segera, e-mel, kenalan ditambah
tersedia, penyegerakan jauh, muat turun
kandungan menggunakan penyemak
imbas atau MMS, memerlukan sokongan
rangkaian untuk teknologi-teknologi ini.
■ MEMORI YANG
DIKONGSI
Telefon ini mempunyai tiga memori yang
berlainan. Ciri-ciri berikut di dalam
peranti ini mungkin berkongsi memori
yang pertama: kenalan, mesej teks, mesej
segera dan e-mel SMS, tag suara,
kalendar dan nota. Memori dikongsi yang
kedua digunakan oleh mesej multimedia,
fail-fail yang disimpan di dalam Galeri
dan tetapan-tetapan tatarajah. Memori
dikongsi yang ketiga digunakan oleh
aplikasi e-mel, permainan dan aplikasi
Java. Penggunaan satu atau lebih
daripada ciri-ciri ini boleh
mengurangkan memori yang terdapat
bagi baki ciri-ciri yang berkongsi memori
yang sama. Misalnya, menyimpan banyak
perkara Galeri boleh menggunakan
kesemua memori yang terdapat di dalam
memori kedua. Peranti anda mungkin
memaparkan mesej bahawa memori
telah penuh apabila anda cuba
menggunakan ciri memori yang dikongsi.
Dalam hal ini, padam beberapa maklumat
atau entri yang disimpan di dalam
memori dikongsi yang sepadan sebelum
meneruskan.
■ Sokongan Nokia di Web
Periksa di <www.nokia-asia.com/
support> atau tapak Web Nokia
setempat anda untuk versi terkini
panduan ini, maklumat tambahan, muat
turun, dan perkhidmatan-perkhidmatan
yang berkaitan dengan produk Nokia
anda.
Pelekat-pelekat ini mengandungi
maklumat penting untuk tujuan
perkhidmatan dan sokongan
pelanggan. Simpan pelekat-pelekat
ini di tempat yang selamat.
■ Kod akses
• Kod keselamatan (5 hingga 10
angka): Kod keselamatan
membantu melindungi telefon
anda daripada digunakan tanpa
izin. Kod yang dipratetap ialah
12345. Tukar kod, dan rahsiakan
kod baru dan simpan ia di tempat
yang selamat berasingan dengan
telefon anda. Anda boleh
menetap telefon supaya meminta
kod, lihat ”Tetapan keselamatan”
di halaman 58.
Jika anda memasukkan satu kod
keselamatan yang salah
sebanyak lima kali berturutturut, telefon tidak
menghiraukan entri-entri kod
selanjutnya. Tunggu selama 5
minit, dan masukkan kod sekali
lagi.
• Kod PIN dan PIN2 (4 hingga 8
angka):
Kod PIN (Nombor Pengenalan
Peribadi) membantu melindungi
kad SIM anda daripada
digunakan tanpa izin. Kod PIN
biasanya dibekalkan dengan kad
SIM. Anda boleh menetap telefon
supaya meminta kod PIN setiap
kali telefon dihidupkan, lihat
”Tetapan keselamatan” di
halaman 58.
Kod PIN2 mungkin dibekalkan
bersama kad SIM dan diperlukan
untuk mengakses beberapa
fungsi.
• PIN modul dan PIN
tandatangan:
PIN modul diperlukan untuk
mengakses maklumat dalam
modul keselamatan, lihat ”Modul
keselamatan” di halaman 88.
PIN tanda tangan diperlukan
untuk tanda tangan digital, lihat
”Tandatangan digital” di halaman
89. PIN modul dan tanda tangan
dibekalkan bersama kad SIM jika
kad SIM mempunyai modul
keselamatan di dalamnya.
Jika anda memasukkan kod PIN
yang salah tiga kali berturutturut, telefon mungkin
memaparkan PIN dihalang atau
Kod PIN disekat, misalnya, dan
meminta anda memasukkan kod
PUK.
• Kod PUK dan PUK2 (8 angka):
Kod PUK (Kekunci Nyahsekat
Peribadi) atau kod PUK2
diperlukan untuk menukar kod
PIN atau kod PIN2 yang disekat.
Jika kod-kod tidak dibekalkan
bersama kad SIM, hubungi
pembekal perkhidmatan
setempat anda untuk
mendapatkan kod-kod tersebut.
• Kata laluan sekatan (4 angka):
Kata laluan sekatan diperlukan
apabila menggunakan Khidmat
sekat panggilan, lihat ”Tetapan
keselamatan” di halaman 58.
Anda boleh mendapatkan kata
laluan ini daripada pembekal
perkhidmatan anda.
• Kod dompet (4 hingga 10 angka): Kod dompet diperlukan
untuk mengakses perkhidmatan
dompet, lihat ”Dompet” di
halaman 75. Jika anda
memasukkan kod dompet yang
salah tiga kali, aplikasi dompet
disekat selama 5 minit. Selepas
tiga percubaan yang salah
seterusnya, jangka masa aplikasi
disekat akan digandakan.
■ Perkhidmatan tetapan
tatarajah
Untuk menggunakan mesej
multimedia dan mesej segera, dan
perkhidmatan wayarles lain, anda
perlu mempunyai tetapan-tetapan
tatarajah yang betul pada telefon
anda. Anda mungkin menerima
tetapan-tetapan secara langsung
sebagai mesej tatarajah, dan anda
perlu menyimpan tetapan-tetapan
tersebut pada telefon anda. Untuk
maklumat lanjut mengenai
ketersediaan tetapan, hubungi
operator rangkaian, pembekal
perkhidmatan atau wakil penjual
Nokia berdaftar yang terdekat
dengan anda.
Anda boleh menerima tetapantetapan tatarajah bagi mesej
multimedia, mesej segera dan
tersedia, Tekan untuk Cakap, aplikasi
e-mel, penyegerakan, striming, dan
bagi penyemak imbas.
Apabila anda menerima tetapantetapan sebagai mesej tatarajah,
dan tetapan-tetapan itu tidak
disimpan dan diaktifkan secara
automatik, Tetapan tata- rajah
diterima dipaparkan.
Untuk melihat tetapan yang
diterima, tekan Tunjuk.
masukkan kod PIN bagi tetapan,
dan tekan OK. Untuk menerima
kod PIN, hubungi pembekal
perkhidmatan yang
membekalkan tetapan tersebut.
Jika belum ada tetapan yang
disimpan, tetapan-tetapan ini
disimpan dan ditetapkan sebagai
tetapan-tetapan tatarajah lalai.
Jika tidak, telefon bertanya Tetap
sebagai tetapan lalai.
• Untuk membuang tetapantetapan yang diterima, tekan
Jauhkan semua kad SIM dari kanakkanak kecil. Untuk ketersediaan dan
maklumat mengenai penggunaan
perkhidmatan kad SIM, hubungi
penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi
pembekal perkhidmatan, operator
rangkaian, atau penjual lain.
Sentiasa matikan peranti ini dan
cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
1. Dengan lipat telefon ditutup dan
belakang telefon menghadap
anda, tekan butang pelepas, dan
angkat penutup untuk
menanggalkan ia dari telefon (1).
2. Keluarkan bateri (2).
3. Untuk melepaskan pemegang kad
SIM, dengan perlahan-lahan
tarik klip pengunci, dan buka
pemegang (3). Masukkan kad SIM
ke dalam pemegang kad SIM
supaya bahagian sentuhan emas
pada kad menghadap ke bawah
(4). Pastikan kad SIM dimasukkan
dengan betul. Tutup penutup
pemegang kad SIM (5), dan tekan
ia dengan lembut supaya masuk
berdetap ke dalam tempatnya.
5. Letakkan mula-mula kancingkancing pengunci di dalam
penutup pada kancing-kancing
pengunci pada telefon (7),
kemudian tekan hujung penutup
yang satu lagi ke dalam
tempatnya (8).
■ Memasang tali
pergelangan tangan
Tali pergelangan tangan terdapat
sebagai aksesori. Periksa
ketersediaannya dengan wakil
penjual Nokia setempat anda.
Tanggalkan penutup dari telefon.
Lihat langkah 1 di dalam
”Memasang bateri dan kad SIM” di
halaman 1.
Masukkan tali ke dalam lubang
seperti yang ditunjukkan di dalam
gambar.
Tutup penutup. Lihat langkah 5 di
dalam ”Memasang bateri dan kad
SIM” di halaman 1.
■ Membuka lipat
Apabila anda membuka lipat telefon,
ia terbuka hingga kira-kira 150
darjah. Jangan cuba membuka lipat
lebih dari itu secara paksa.
■ Mengecas bateri
Amaran: Gunakan hanya
bateri, pengecas dan
tambahan yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan
khususnya dengan model
telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa
kelulusan atau jaminan, dan
mungkin berbahaya.
Periksa nombor model sebarang
pengecas sebelum menggunakannya
dengan peranti ini. Peranti ini
dimaksudkan untuk digunakan
dengan bekalan kuasa dari ACP-12,
ACP-7, AC-1, dan LCH-12.
1. Sambungkan bahagian
menyambung dari pengecas pada
soket di bahagian bawah telefon
anda.
2. Sambungkan pengecas pada
soket dinding AC.
Penunjuk bateri menatal semasa
pengecasan, dan apabila kuasa
dihidupkan, Mengecas
dipaparkan sebentar apabila
pengecasan bermula. Jika bateri
benar-benar telah nyahcas,
beberapa minit diperlukan
sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan dan sebelum
panggilan boleh dibuat.
Anda boleh menggunakan telefon
semasa pengecas disambungkan.
Masa pengecasan bergantung
kepada pengecas dan bateri yang
digunakan. Misalnya, mengecas
batery BL-4C yang kosong dengan
pengecas ACP-7 mengambil kirakira 3 jam, dan dengan pengecas
ACP-12 kira-kira 1 jam 30 minit
semasa telefon dalam mod tunggu
sedia.
■ Menghidupkan dan
mematikan telefon
Untuk menghidupkan atau
mematikan telefon, tekan dan tahan
kekunci kuasa.
Jika telefon memaparkan Masukkan
kad SIM walaupun kad SIM telah
dimasukkan dengan betul, atau Kad
SIM tak disokong, hubungi operator
rangkaian atau pembekal
perkhidmatan anda.
Jika telefon meminta kod PIN atau
kod keselamatan, buka lipat,
masukkan kod, dan tekan OK. Lihat
juga ”Kod akses” di halaman ix.
peranti pemancar radio lain,
jangan sentuh antena jika
tidak perlu apabila peranti
dihidupkan. Menyentuh
antena akan menjejas mutu
panggilan dan boleh
menyebabkan peranti
beroperasi pada aras kuasa
lebih tinggi daripada yang
diperlukan. Mengelakkan
daripada menyentuh
bahagian antena semasa
mengendalikan peranti ini
menghasilkan prestasi
optimum antena dan hayat
bateri.
5. Penyambung Pop-PortTM yang
digunakan, misalnya, untuk alat
dengar dan kabel data.
6. Kanta kamera
7. Kekunci kuasa menghidupkan
dan mematikan telefon.
Untuk menghidupkan lampu
paparan selama kira-kira 15 saat
apabila pad kekunci dikunci,
tekan kekunci kuasa sebentar.
Apabila pad kekunci tidak
dikunci, anda boleh menukar
profil; untuk mengakses profil
dan untuk menatal profil-profil,
tekan kekunci kuasa sebentar,
dan untuk mengaktifkan profil,
tekan dan tahan kekunci kuasa.
Lihat ”Profil” di halaman 49.
8. Port inframerah (IR)
9. Kekunci Tekan untuk Cakap
untuk membuat panggilan
sehala. Lihat ”Membuat dan
menerima panggilan Tekan untuk
Cakap” di halaman 66.
3. Kekunci pemilihan kiri ,
kekunci pemilihan tengah ,
right selection key
Fungsi kekunci-kekunci ini
bergantung kepada teks panduan
yang ditunjukkan pada paparan
di atas kekunci-kekunci tersebut.
Lihat ”Mod tunggu sedia” di
halaman 6.
4. menamatkan panggilan
yang aktif.
Tekan dan tahan untuk keluar
dari sebarang fungsi.
5. - memasukkan
nombor dan aksara.
dan digunakan untuk
pelbagai tujuan di dalam fungsifungsi yang berlainan.
6. Kekunci tatal 4-hala:
atas, bawah, kiri, kanan
Membolehkan menatal kenalan,
menu atau tetapan, dalam
kalendar, atau menggerakkan
kursor apabila menulis teks.
7. mendail nombor telefon,
dan menjawab panggilan.
8. Kekunci kelantangan bagi
melaraskan kelantangan cuping
telinga atau pembesar suara,
atau alat dengar apabila
dipasang pada telefon.
Apabila lipat ditutup, untuk
membisukan nada deringan bagi
panggilan masuk, untuk menukar
jam penggera kepada tunda, atau
untuk membisukan, misalnya,
penggera nota kalendar.
■ Mod tunggu sedia
Apabila telefon sudah sedia untuk
digunakan, dan anda tidak
memasukkan sebarang aksara,
telefon berada dalam mod tunggu
sedia.
Paparan mini
Apabila lipat ditutup, paparan mini
mungkin menunjukkan yang berikut:
• Kekuatan isyarat rangkaian
selular di lokasi semasa anda dan
aras pengecasan bateri. Rujuk
kepada ”Paparan utama” di
halaman 7.
• Nama rangkaian, atau jika
telefon tidak ada perkhidmatan,
ia ditunjukkan melalui nota teks.
• Masa dan tarikh, profil yang aktif
dan isyarat jam penggera atau
nota kalendar.
• Apabila anda menerima
panggilan masuk, nama
pemanggil atau nombornya
ditunjukkan jika dapat
dikenalpasti. Rujuk kepada
1. Memaparkan nama rangkaian
atau logo operator bagi
menunjukkan dalam rangkaian
selular mana telefon anda sedang
digunakan.
2. Menunjukkan kekuatan isyarat
rangkaian selular di lokasi
semasa anda. Lebih tinggi
palangnya, bererti lebih kuat
isyaratnya.
3. Menunjukkan aras pengecasan
bateri. Lebih tinggi palangnya,
bererti lebih tinggi kuasa bateri.
4. Kekunci pemilihan kiri
dalam mod tunggu sedia ialah
Pergi ke. Anda boleh
menggunakan kekunci sebagai
pintasan ke fungsi-fungsi
kegemaran anda.
Untuk melihat senarai fungsi
yang ada pada senarai pintasan
peribadi anda, tekan Pergi ke.
Untuk mengaktifkan fungsi, tatal
ke fungsi itu, dan tekan Pilih.
• Untuk menambah satu fungsi
kepada senarai pintasan,
tekan Pilihan, dan pilih Pilih
pilihan. Tatal ke satu fungsi,
dan tekan Tanda untuk
menambahnya kepada senarai
pintasan. Untuk membuang
fungsi dari senarai, tekan B'ng
tnd.
Jika tidak ada fungsi dalam
senarai pintasan, tekan
Tambah untuk menambah
fungsi.
• Untuk menyusun fungsifungsi pada senarai, tekan
Pilihan, dan pilih Susun. Tatal
ke fungsi yang ingin anda
pindahkan, tekan Pindah, dan
pilih ke mana anda mahu
memindahkan fungsi
tersebut.
5. Kekunci pemilihan tengah
dalam mod tunggu sedia ialah
Menu.
6. Kekunci pemilihan kanan
dalam mod tunggu sedia boleh
jadi Kenalan untuk mengakses
menu Kenalan, satu kekunci
khusus operator untuk
mengakses lelaman operator,
atau satu fungsi khusus yang
telah anda pilih dalam menu
Anda boleh menetap telefon anda
supaya memaparkan gambar latar
belakang (kertas hias dinding) bagi
paparan utama dan paparan mini
dalam mod tunggu sedia.
Gambar skrin
Anda boleh memilih satu imej bagi
gambar skrin pada paparan mini dan
menetap telefon untuk
mengaktifkan ia selepas jangka
masa tertentu jika tiada fungsi
telefon digunakan. Lihat Gambar
skrin dalam ”Tetapan paparan mini”
di halaman 51.
Telefon mengaktifkan gambar skrin
jam digital secara automatik pada
paparan dalam mod tunggu sedia,
dan juga pada paparan mini. Jika
anda belum menetapkan masa,
00:00 akan dipaparkan.
Penunjuk-penunjuk penting
dalam mod tunggu sedia
Anda telah menerima satu
atau lebih mesej teks atau
mesej bergambar.
Anda telah menerima satu
atau lebih mesej
multimedia.
Telefon telah mendaftarkan
satu panggilan yang tidak
dijawab.
atau
Telefon anda disambungkan
kepada perkhidmatan mesej
segera, dan status
ketersediaan adalah dalam
talian atau luar talian.
Anda telah menerima satu
atau lebih mesej segera dan
anda disambungkan kepada
perkhidmatan mesej segera.
Pad kekunci telefon dikunci.
Telefon tidak berdering bagi
panggilan atau mesej teks
yang masuk apabila Isyarat
panggilan masuk ditetap ke
Tak aktif, dan/atau tiada
kumpulan pemanggil telah
ditetap supaya mengisyarat
dalam tetapan Isyarat
untuk, dan Nada isyarat
mesej ditetap ke Tak aktif.
Jam penggera ditetap ke
Aktif.
Pemasa sedang berjalan.
Jam randik sedang berjalan
di latar belakang.
Mod Sentiasa bertalian
telah dipilih bagi
sambungan (E)GPRS, dan
perkhidmatan (E)GPRS
tersedia.
• Untuk mengakses laman
Nokia.com, tekan dan tahan
.
• Untuk membuka Senarai
kumpulan Tekan untuk Cakap
(perkhidmatan rangkaian), tekan
kekunci tatal kanan.
• Untuk mencari nama kenalan,
tekan kekunci tatal ke bawah.
• Untuk mula menulis mesej teks
dengan cepat, tekan kekunci
tatal kiri.
• Untuk membuka pemidang tilik
kamera dalam paparan gambar
standard, tekan kekunci tatal
atas. Untuk menukar mod kamera
dengan cepat, misalnya video,
tekan dan tahan kekunci tatal kiri
atau kekunci tatal kanan.
• Untuk menukar profil, buka
senarai profil dan tatal ke profil
yang diingini dengan menekan
sebentar kekunci kuasa. Untuk
mengaktifkan profil, tekan Pilih.
■ Penguncian pad
kekunci (Kawal
kekunci)
Kawal kekunci melumpuhkan
kekunci-kekunci, yang membantu
mengelakkan kekunci-kekunci
daripada ditekan secara tidak
sengaja.
• Untuk mengunci pad kekunci
dalam mod tunggu sedia, tekan
Menu dan dalam masa 1.5
saat. Pad kekunci tidak diaktifkan
apabila lipat telefon ditutup.
• Untuk membuka kunci pad
kekunci, buka lipat, tekan B/
kunci dan dalam masa 1.5
saat.
Untuk menjawab panggilan semasa
kawal kekunci sedang aktif, buka
lipat telefon, atau tekan .
Semasa panggilan, telefon boleh
beroperasi seperti biasa. Apabila
anda menamatkan atau menolak
panggilan, kawal kekunci akan
diaktifkan semula secara automatik.
Untuk penguncian pad kekunci
keselamatan, lihat Kawal kekunci
keselamatan dalam bahagian
”Tetapan telefon” di halaman 56.
Untuk mengunci pad kekunci
semasa panggilan, lihat ”Pilihan-
pilihan semasa panggilan” di
halaman 12.
Apabila kawal kekunci sedang aktif,
panggilan masih boleh dibuat ke
nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti
anda.
1. Buka lipat telefon, dan masukkan
nombor telefon, termasuk kod
kawasan. Jika anda memasukkan
aksara yang salah, tekan Padam
untuk memadamnya.
Untuk panggilan antarabangsa,
tekan dua kali untuk
awalan antarabangsa (aksara +
menggantikan kod akses
antarabangsa), dan kemudian
masukkan kod negara, kod
kawasan tanpa awalan 0, jika
perlu, dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil nombor, tekan
.
3. Untuk menamatkan panggilan
atau membatalkan percubaan
memanggil, tekan oatau
tutup lipat.
Membuat panggilan
menggunakan kenalan
Untuk mencari nama atau nombor
telefon yang telah anda simpan di
dalam Kenalan, tekan kekunci tatal
bawah dalam mod tunggu sedia.
Tatal ke nama atau nombor telefon,
dan untuk memanggil nombor itu,
tekan .
Dail cepat
Sebelum anda menggunakan dail
cepat, berikan nombor telefon
kepada salah satu kekunci dail cepat,
dari hingga . Lihat Dail
cepat dalam ”Fungsi-fungsi lain
dalam Kenalan” di halaman 47.
Panggil nombor menggunakan salah
satu cara berikut:
• Tekan kekunci dail cepat yang
anda mahu, dan tekan .
•Jika Dail cepat diaktifkan, tekan
dan tahan kekunci dail cepat
hingga panggilan dimulakan.
Anda boleh menetap Dail cepat
Aktif atau Tak aktif. Lihat
”Tetapan panggilan” di halaman
55.
■ Menjawab atau
menolak panggilan
Untuk menjawab panggilan masuk
apabila lipat telefon ditutup, buka
lipat. Untuk menolak panggilan
masuk apabila lipat ditutup, buka
lipat, dan dalam masa 1.5 saat, tutup
ia semula, atau tekan .
• Jika anda menekan salah satu
kekunci kelantangan dan tidak
menjawab panggilan, hanya nada
deringan yang dibisukan.
Untuk menjawab panggilan masuk
apabila anda telah menetap Jawab
apabila lipatan dibuka ke Tidak aktif,
buka lipat, dan tekan . Rujuk
kepada ”Tetapan panggilan” di
halaman 55.
Untuk menjawab panggilan masuk
apabila lipat dibuka, tekan ,
atau untuk menolak panggilan
masuk, tekan .
• Jika anda menekan Pilihan dan
tidak menjawab panggilan, nada
deringan dibisukan, dan anda
boleh menjawab atau menolak
panggilan.
• Jika anda tekan Senyap, hanya
nada deringan yang dibisukan.
Anda boleh menjawab atau
menolak panggilan.
Untuk menamatkan panggilan,
tekan , atau tutup lipat telefon.
Jika alat dengar serasi yang
dilengkapi kekunci alat dengar
disambungkan pada telefon, anda
boleh menjawab dan menamatkan
panggilan dengan menekan kekunci
alat dengar.
Apabila seseorang sedang
memanggil anda, telefon
memaparkan nama pemanggil,
nombor telefon, atau teks Nombor
peribadi atau Panggilan. Jika anda
menerima panggilan daripada
seseorang yang nombor telefonnya
mempunyai tujuh angka terakhir
sebagai kenalan yang disimpan di
dalam Kenalan, maklumat mungkin
tidak dipaparkan dengan betul.
■ Pilihan-pilihan semasa
panggilan
Banyak pilihan yang boleh anda pilih
semasa panggilan adalah
perkhidmatan rangkaian. Untuk
ketersediaan, hubungi operator
rangkaian atau pembekal
perkhidmatan anda.
Semasa panggilan, tekan Pilihan
untuk memilih daripada yang
berikut:
• Bisu atau Bersuara, Tamat
panggilan, Tmt semua pang.,
Kenalan, Menu dan Tunggu atau
Lepas, Kunci pad kekunci, Rakam,
Panggilan baru (perkhidmatan
rangkaian).
• Persidangan untuk membuat
panggilan persidangan yang
membolehkan sehingga lima
orang mengambil bahagian
(perkhidmatan rangkaian).
Semasa panggilan, buat
panggilan kepada peserta baru
(Panggilan baru). Panggilan yang
pertama akan ditahan. Apabila
panggilan baru dijawab, pilih
Persidangan untuk menyertakan
peserta pertama dalam panggilan
persidangan. Untuk mengadakan
perbualan sulit dengan salah
diingini. Untuk menyertai semula
panggilan persidangan, pilih Tmb.
ke p'sidang..
• Hantar DTMF untuk menghantar
rentetan nada DTMF (Nada Dual
Berbilang Frekuensi), misalnya,
kata laluan atau nombor akaun
bank. Sistem DTMF digunakan
oleh semua telefon nada sentuh.
Anda boleh memasukkan aksara
tunggu w dan aksara jeda p
dengan berkali-kali menekan
.
• Bertukar untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan
panggilan yang ditahan
(perkhidmatan rangkaian),
Pindah untuk menyambungkan
panggilan yang ditahan kepada
panggilan aktif dan untuk
memutuskan sambungan anda
sendiri dari kedua-dua panggilan
(perkhidmatan rangkaian).
• Pembesar suara untuk
menggunakan telefon anda
sebagai pembesar suara semasa
panggilan. Pembesar suara
dinyahaktifkan secara automatik
apabila anda menamatkan
panggilan atau percubaan
memanggil atau
menyambungkan unit bebas
tangan atau alat dengar kepada
telefon.
Apabila anda telah mengaktifkan
pembesar suara, anda juga boleh
menutup lipat telefon semasa
panggilan. Mula-mula tekan
Pilihan, dan kemudian tutup lipat
dalam masa 5 saat.
Amaran: Jangan pegang
peranti ini pada telinga
apabila pembesar suara
sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin
sangat kuat.
Anda boleh memasukkan teks,
misalnya semasa menulis mesej,
menggunakan input teks tradisional
atau input teks ramal.
Apabila anda menulis teks,
muncul di bahagian paparan, yang
menunjukkan input teks ramal, dan
muncul, yang menunjukkan
input teks tradisional. , ,
atau muncul di sebelah
penunjuk input teks, yang
menunjukkan jenis huruf. Untuk
menukar jenis huruf, tekan .
menunjukkan mod nombor.
Untuk menukar dari mod huruf
kepada mod nombor, tekan dan
tahan , dan pilih Mod nombor.
Untuk kembali ke mod huruf, tekan
dan tahan .
■ Mengaktifkan dan
menyahaktifkan input
teks ramal
Apabila anda menulis teks, tekan
Pilihan. Untuk mengaktifkan input
teks ramal jika ia terdapat bagi
bahasa itu, pilih Kamus aktif, atau
untuk kembali ke input teks
tradisional, pilih Kamus tak aktif.
Petua: Untuk mengaktifkan
atau menyahaktifkan input
teks ramal semasa menulis
teks dalam mod huruf, tekan
dua kali, atau tekan dan
tahan Pilihan.
■ Memilih bahasa
menulis
Apabila anda menulis teks dalam
mod huruf, tekan Pilihan, atau tekan
dan tahan . Untuk menukar
bahasa buat sementara waktu bagi
menulis teks, pilih Bahasa tulisan.
Untuk menetap bahasa lain bagi
menulis teks dan bagi teks yang
ditunjukkan di paparan, tekan
Menu, dan pilih Tetapan, Tetapan
telefon, dan Tetapan bahasa.
■ Menggunakan input
teks ramal
Input teks ramal berdasarkan kamus
terbina dalam yang boleh juga anda
tambahkan dengan perkataanperkataan baru. Anda boleh
memasukkan huruf dengan sekali
tekanan kekunci.
1. Mula menulis perkataan
menggunakan kekunci
hingga . Tekan setiap
kekunci sekali sahaja untuk satu
huruf. Perkataan berubah selepas
setiap kali kekunci ditekan.
2. Apabila anda selesai menulis
perkataan itu dan ia betul,
sahkan ia dengan menambah
ruang dengan atau dengan
menekan mana-mana kekunci
tatal. Tekan kekunci tatal untuk
menggerakkan kursor.
Jika perkataan tidak betul, tekan
berulang kali, atau tekan
Pilihan, pilih Sepadan, dan tatal
senarai perkataan. Apabila
perkataan yang anda mahu
muncul, sahkan ia.
Jika aksara ? dipaparkan selepas
perkataan, perkataan yang ingin
anda tuliskan tidak ada di dalam
kamus. Untuk menambah
perkataan itu ke dalam kamus,
tekan Mengeja, masukkan
perkataan (input teks tradisional
digunakan), dan tekan Simpan.
Apabila kamus telah penuh,
perkataan yang baru akan
menggantikan perkataan yang
terdahulu ditambahkan.
Menulis perkataan majmuk
Masukkan bahagian pertama
perkataan, dan untuk
mengesahkannya, tekan kekunci
tatal kanan. Tulis bahagian akhir
perkataan, dan sahkan perkataan
itu.
■ Menggunakan input
teks tradisional
Tekan kekunci nombor, hingga
, berkali-kali sehingga aksara
yang diingini muncul. Tidak semua
aksara yang boleh didapati di bawah
sesuatu kekunci nombor dicetak
pada kekunci tersebut. Aksaraaksara yang terdapat bergantung
kepada bahasa yang dipilih untuk
menulis teks.
• Jika huruf seterusnya yang anda
mahu terletak pada kekunci yang
sama dengan yang sedang
digunakan, tunggu sehingga
kursor muncul, atau tekan manamana kekunci tatal, dan
masukkan huruf tersebut.
• Tanda-tanda baca dan aksara-
aksara khas yang paling sering
digunakan terdapat di bawah
kekunci nombor .
Fungsi-fungsi berikut mungkin juga
terdapat untuk penulisan teks:
• Untuk memasukkan ruang, tekan
.
• Untuk memasukkan nombor
semasa dalam mod huruf, tekan
dan tahan kekunci nombor yang
diingini.
• Untuk menggerakkan kursor ke
kiri, ke kanan, ke bawah, atau ke
atas, tekan kekunci tatal yang
sepadan.
• Untuk memadam aksara di
sebelah kiri kursor, tekan Padam.
Tekan dan tahan Padam untuk
memadam aksara-aksara dengan
lebih cepat.
Untuk memadam semua aksara
sekali gus apabila menulis mesej,
tekan Pilihan dan pilih Padam
teks.
• Untuk memasukkan perkataan
apabila menggunakan input teks
ramal, tekan Pilihan, dan pilih
Masukkan kata. Tulis perkataan
menggunakan input teks
tradisional, dan tekan Simpan.
Perkataan tersebut juga akan
ditambah kepada kamus.
• Untuk memasukkan aksara khas
semasa menggunakan input teks
tradisional, tekan . Semasa
menggunakan input teks ramal,
tekan dan tahan , atau tekan
Pilihan, dan pilih Masuk simbol.
Untuk memasukkan smiley
semasa menggunakan input teks
tradisional, tekan dua kali.
Semasa menggunakan input teks
ramal, tekan dan tahan
untuk aksara-aksara khas, dan
tekan sekali lagi untuk smiley.
Tatal ke satu aksara dan tekan
Guna untuk memilihnya.
Pilihan-pilihan berikut terdapat
apabila menulis mesej teks:
• Untuk memasukkan nombor
semasa dalam mod huruf, tekan
Pilihan, dan pilih Masukkan
nombor. Masukkan nombor
telefon, atau cari ia di dalam
Kenalan, dan tekan OK.
• Untuk memasukkan nama dari
Kenalan, tekan Pilihan, dan pilih
Masuk. kenalan. Untuk
memasukkan nombor telefon
atau perkara teks yang
dilampirkan kepada nama, tekan
Telefon ini menawarkan anda
pelbagai fungsi yang dikumpulkan
ke dalam menu-menu. Kebanyakan
fungsi menu ini disediakan dengan
teks bantu ringkas. Untuk melihat
teks bantu, tatal ke fungsi menu
yang anda ingini dan tunggu selama
15 saat. Untuk keluar dari teks
bantu, tekan Balik. Anda boleh
menetap telefon supaya
memaparkan atau menyembunyikan
teks bantu di dalam menu Aktivasi
teks bantu. Lihat ”Tetapan telefon”
di halaman 56.
■ Mengakses fungsi
menu
Dengan menatal
1. Untuk mengakses menu, tekan
Menu.
2. Tatal ke atas atau ke bawah
seluruh senarai menu, atau tatal
dengan sebarang kekunci tatal
jika pameran menu grid dipilih.
Misalnya, pilih Tetapan dengan
menekan Pilih.
Anda boleh menukar menu di
dalam submenu Pameran menu.
Lihat ”Tetapan paparan utama” di
halaman 50.
3. Jika menu mengandungi
submenu-submenu, pilih
submenu yang anda mahu,
misalnya Tetapan panggilan.
4. Jika submenu yang dipilih
mengandungi submenusubmenu lanjut, ulang langkah 3.
5. Pilih tetapan pilihan anda.
6. Untuk kembali ke paras menu
sebelumnya, tekan Balik, dan
untuk keluar dari menu, tekan
Keluar.
Melalui pintasan
Pilihan menu, submenu dan tetapan
diberi nombor, dan anda boleh
mengakses sesetengahnya dengan
menggunakan nombor pintasannya.
Untuk mengakses menu, tekan
Menu. Masukkan dengan cepat,
dalam masa 2 saat, nombor indeks
fungsi menu yang ingin anda akses.
Untuk kembali ke paras menu
sebelumnya, tekan Balik, dan untuk
keluar dari menu, tekan Keluar.