PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata
bahawa produk RM-161 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan dari
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau
sebahagian kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Nokia dan Nokia Connecting People, Xpress-on dan Pop-Port adalah cap-cap dagangan
atau cap-cap dagangan berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama
syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama
perdagangan tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
Bluetooth adalah cap dagang berdaftar Bluetooth SIG, Inc.
Paten AS No 5818437 dan paten-paten lain yang menunggu kelulusan. Perisian input
teks T9 Hak Cipta (C) 1997-2006 . Tegic Communications, Inc. Hak Cipta Terpelihara.
Termasuk perisian protokol keselamatan atau kriptografik RSA BSAFE daripada
Nokia melaksanakan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia mempunyai hak
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan kepada mana-mana produk yang
dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Peranti Nokia ini mematuhi Arahan 2002/95/EC terhadap pembatasan penggunaan
bahan berbahaya tertentu di dalam kelengkapan elektrik dan elektronik.
Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang
kehilangan data atau pendapatan, atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara
akibatnya atau secara tidak langsung walau macam mana pun ia berlaku.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan "seperti sedia ada". Kecuali
dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, tidak ada jaminan dalam bentuk apa
pun, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jaminan yang
tersirat kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat berdasarkan
ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia
mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini tanpa memberi
notis terlebih dahulu.
Kesedia adanya produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan.
Sila hubungi pengedar Nokia yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara
lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak
mematuhinya boleh jadi berbahaya atau
salah di sisi undang-undang. Baca
panduan pengguna lengkap ini untuk
maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN
SELAMAT
Jangan hidupkan telefon
apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau
apabila ia boleh
menyebabkan gangguan
atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN
DI JALAN RAYA
Patuhi semua
undang-undang tempatan.
Sentiasa pastikan tangan
anda bebas untuk
mengendalikan kenderaan
semasa memandu. Perkara
pertama yang harus anda
pertimbangkan semasa
memandu haruslah
keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles
boleh mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan
prestasi.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan.
Matikan telefon apabila
berdekatan dengan
peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL
TERBANG
Patuhi sebarang sekatan.
Peranti-peranti wayarles
boleh menyebabkan
gangguan di dalam kapal
terbang.
MATIKAN APABILA MENGISI
BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di
tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan
bahan bakar atau bahan
kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN
PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan.
Jangan gunakan telefon di
mana letupan sedang
dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya
biasa seperti yang
diterangkan di dalam
pendokumenan produk.
Jangan sentuh antena jika
tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan
berkelayakan boleh
memasang atau membaiki
produk ini.
Gunakan hanya tambahan
dan bateri yang diluluskan.
Jangan sambungkan
produk-produk yang tidak
serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak tahan air.
Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingatlah untuk membuat
salinan-salinan sandaran atau
menyimpan rekod bertulis
mengenai semua maklumat
penting yang disimpan di
dalam telefon anda.
MENYAMBUNG KEPADA
PERANTI LAIN
Apabila menyambung
dengan sebarang peranti
lain, baca panduan
penggunanya untuk
arahan-arahan keselamatan
terperinci. Jangan
sambungkan produk-produk
yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan
dan boleh digunakan. Tekan
kekunci tamat seberapa
banyak kali yang perlu untuk
mengosongkan paparan dan
kembali ke skrin permulaan.
Masukkan nombor kecemasan,
kemudian tekan kekunci
panggil. Berikan lokasi anda.
Jangan tamatkan panggilan
sehingga dibenarkan berbuat
demikian.
■ Mengenai peranti anda
Peranti wayarles yang diperihalkan di
dalam panduan ini diluluskan untuk
digunakan pada rangkaian EGSM 900
dan GSM 1800 dan 1900. Hubungi
pembekal khidmat anda untuk maklumat
lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam
peranti ini, patuhi semua
undang-undang dan hormati privasi dan
hak-hak sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan
sebarang ciri di dalam peranti
ini, selain daripada jam
penggera, peranti ini mestilah
dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan
wayarles boleh menyebabkan
gangguan atau bahaya.
■ Perkhidmatan
rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda
mestilah mempunyai perkhidmatan
daripada pembekal khidmat wayarles.
Banyak ciri di dalam peranti ini
bergantung kepada ciri-ciri dalam
rangkaian wayarles untuk berfungsi.
Perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian
ini mungkin tidak dapat diperolehi pada
kesemua rangkaian atau anda mungkin
perlu membuat persiapan tertentu
dengan pembekal khidmat anda sebelum
anda boleh menggunakan
perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian
ini. Pembekal khidmat anda mungkin
perlu memberi anda arahan-arahan
tambahan bagi penggunaannya dan
menerangkan bayaran yang mungkin
dikenakan. Sesetengah rangkaian
mungkin mempunyai had-had yang
menjejas cara anda menggunakan
perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian.
Contohnya, sesetengah rangkaian
mungkin tidak menyokong semua aksara
dan perkhidmatan yang bergantung
kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah
meminta agar ciri-ciri tertentu
dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di
dalam peranti anda. Jika demikian, ia
tidak akan muncul pada menu peranti
anda. Peranti anda mungkin juga telah
ditatarajah secara khusus untuk
pembekal rangkaian anda. Tatarajah ini
mungkin termasuk perubahan dalam
nama-nama menu, susunan menu dan
ikon-ikon. Hubungi pembekal khidmat
anda untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0
(HTTP dan SSL) yang berjalan pada
protokol TCP/IP. Sesetengah ciri peranti
ini, seperti mesej teks, mesej multimedia,
mesej audio, perkhidmatan mesej segera,
mesej kilat, e-mel, kenalan ditambah
hadiran, perkhidmatan Internet bergerak,
muat turun kandungan dan aplikasi, dan
penyegerakan dengan pelayan Internet
jauh, memerlukan sokongan rangkaian
bagi teknologi-teknologi ini.
■ Memori yang dikongsi
Telefon ini mempunyai dua memori.
Ciri-ciri yang berikut mungkin berkongsi
memori yang pertama: kenalan, mesej
teks, mesej multimedia (tanpa lampiran),
mesej segera, kumpulan, arahan suara,
kalendar, dan nota tugasan. Memori yang
dikongsi kedua digunakan oleh fail-fail
yang disimpan di
multimedia, e-mel, dan aplikasi Java
Penggunaan satu atau lebih daripada
ciri-ciri ini boleh mengurangkan memori
yang terdapat bagi ciri-ciri lain yang
berkongsi memori. Contohnya,
menyimpan banyak aplikasi Java boleh
menggunakan kesemua memori yang
terdapat. Peranti anda mungkin
memaparkan mesej bahawa memori
telah penuh apabila anda cuba
menggunakan ciri memori yang dikongsi.
Dalam hal ini, padam beberapa maklumat
atau entri yang disimpan di dalam
ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum
meneruskan. Sesetengah ciri ini, seperti
mesej teks, mungkin mempunyai jumlah
memori tertentu yang diperuntukkan
khusus untuknya sebagai tambahan
kepada memori yang dikongsi dengan
ciri-ciri lain.
Telefon anda menyediakan banyak
fungsi yang praktikal untuk
penggunaan harian, seperti kalendar,
jam, jam penggera, radio, dan
kamera terbina dalam. Telefon anda
juga menyokong fungsi-fungsi
berikut:
• Kadar-kadar tertingkat bagi
evolusi GSM (EDGE), lihat "Data
paket (EGPRS)" pada halaman 46
• Bahasa tokokan hiperteks boleh
diperluas (Extensible hypertext
markup language) (XHTML), lihat
"Web" pada halaman 73
• Mesej segera, lihat "Mesej audio
Nokia Xpress" pada halaman 20
• Mesej segera, lihat "Mesej
segera" pada halaman 21
• Aplikasi e-mel, lihat "Aplikasi
e-mel" pada halaman 25
• Teknologi Bluetooth, lihat
"Teknologi wayarles Bluetooth"
pada halaman 43
• Tekan untuk cakap, lihat "Tekan
untuk cakap" pada halaman 64
• Kenalan ditambah hadiran, lihat
"Hadiran saya" di halaman 33
• Java 2 Platform, Micro Edition
TM
), lihat "Aplikasi" di
(J2ME
halaman 61
■ Kod akses
Kod keselamatan
Kod keselamatan (5 hingga 10
angka) membantu melindungi
telefon anda daripada digunakan
tanpa izin. Kod yang dipratetap
ialah 12345. Untuk menukar kod,
dan untuk menetapkan telefon
supaya meminta kod, lihat
"Keselamatan" di halaman 48.
Kod PIN
Kod nombor pengenalan peribadi
(PIN) dan kod nombor pengenalan
peribadi universal (UPIN) (4 hingga
8 angka) menolong melindungi kad
SIM anda daripada digunakan
tanpa izin. Lihat "Keselamatan" di
halaman 48.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka)
mungkin dibekalkan dengan kad SIM
dan diperlukan bagi sesetengah
fungsi.
PIN modul diperlukan untuk
mengakses maklumat di dalam
modul keselamatan. Lihat "Modul
PIN tandatangan diperlukan
untuk tandatangan digital. Lihat
"Tandatangan digital" di
halaman 81.
Kod PUK
Kod kekunci buka halangan peribadi
(PUK) dan kod kekunci buka
halangan peribadi universal (UPUK)
(8 angka) diperlukan untuk menukar
kod PIN dan UPIN yang terhalang,
masing-masing. Kod PUK2 (8 angka)
diperlukan untuk menukar kod PIN2
yang dihalang. Jika kod-kod tidak
dibekalkan bersama kad SIM,
hubungi pembekal khidmat
setempat anda untuk mendapatkan
kod-kod tersebut.
Kata laluan sekatan
Kata laluan sekatan (4 angka)
diperlukan apabila menggunakan
Khidmat sekat panggilan. Lihat
"Keselamatan" di halaman 48.
■ Perkhidmatan tetapan
tatarajah
Untuk menggunakan beberapa
perkhidmatan rangkaian, seperti
perkhidmatan Internet bergerak,
MMS, mesej audio Nokia Express,
atau penyegerakan pelayan Internet
jauh, telefon anda memerlukan
tetapan-tetapan tatarajah yang
betul. Anda mungkin boleh
menerima tetapan-tetapan
langsung sebagai mesej tatarajah.
Selepas menerima tetapan itu anda
perlu menyimpan ia pada telefon
anda. Pembekal khidmat mungkin
memberikan PIN yang diperlukan
untuk menyimpan tetapan-tetapan
itu. Untuk maklumat lanjut
mengenai ketersediaan, hubungi,
pembekal khidmat, wakil penjual
Nokia berdaftar yang terdekat
dengan anda, atau bahagian
sokongan pada tapak Web Nokia,
www.nokia-asia.com/support.
Setelah anda menerima mesej
tatarajah Tetapan tatarajah
diterima dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan, pilih
Tunjuk > Simpan. Jika telefon
meminta Masukkan PIN tetapan:,
masukkan kod PIN bagi tetapan, dan
pilih OK. Untuk menerima kod PIN,
hubungi pembekal khidmat yang
membekalkan tetapan-tetapan itu.
Jika tiada tetapan yang disimpan,
tetapan-tetapan ini disimpan dan
ditetapkan sebagai tetapan-tetapan
tatarajah lalai. Jika tidak, telefon
bertanya Aktifkan tetapan tatarajah
tersimpan?.
Untuk membuang tetapan-tetapan
yang diterima, pilih Keluar atau
Anda boleh memuat turun
kandungan baru (contohnya, tema)
ke telefon (perkhidmatan
rangkaian). Pilih fungsi muat turun
(misalnya, di dalam menu Galeri).
Untuk mengakses fungsi muat turun,
lihat perihalan menu
masing-masing. Untuk ketersediaan
perkhidmatan-perkhidmatan yang
berbeza, harga dan tarif, hubungi
pembekal khidmat anda.
Penting: Gunakan hanya
perkhidmatan yang anda
percayai dan yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada
perisian yang merosakkan.
■ Maklumat sokongan
dan hubungan Nokia
Untuk mendapatkan versi terkini
buku panduan ini, muat turun,
perkhidmatan dn maklumat
tambahan berkaitan dengan produk
Nokia anda, sila kunjungi
www.nokia-asia.com/support atau
laman Nokia tempatan anda. Anda
juga boleh memuat turun tetapan
tatarajah percuma seperti MMS,
GPRS, e-mel, dan khidmat lain untuk
model telefon anda di
www.nokia-asia.com/phonesettings.
Sekiranya anda masih memerlukan
bantuan, sila rujuk
www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk mengetahui lokasi pusat
penjagaan Nokia yang terdekat bagi
anda mendapatkan khidmat segera,
anda dipersilakan berkunjung ke
www.nokia-asia.com/repair.
Apabila anda membuka lipatan
telefon, ia membuka hingga
kira-kira 155 darjah. Jangan cuba
memaksa lipatan untuk membuka
lebih daripada itu.
■ Memasang kad SIM
dan bateri
Sentiasa matikan peranti ini dan
cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Jauhkan semua kad SIM dari
kanak-kanak kecil. Untuk
ketersediaan dan maklumat
mengenai penggunaan
perkhidmatan kad SIM, hubungi
penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi
pembekal khidmat, operator
rangkaian, atau penjual lain.
Peranti ini bermaksud untuk
digunakan dengan bateri BL-4C.
Kad SIM dan sentuhan-sentuhannya
mudah rosak oleh kerana tercalar
atau dibengkokkan, jadi
berhati-hatilah apabila
memegang,memasukkan, atau
mengeluarkan kad itu.
Untuk menanggalkan penutup
belakang telefon tekan
butang-butang pelepas (1), dan
gelongsorkan penutup belakang
untuk menanggalkannya dari
telefon (2).
Keluarkan bateri seperti yang
ditunjukkan(3). Lepaskan pemegang
kad SIM (4).
Masukkan kad SIM (5). Pastikan
bahawa kad SIM dimasukkan
dengan betul, dan bahagian
sentuhan emas pada kad
menghadap ke bawah. Tutup
pemegang kad SIM (6) dan tekan ia
Pasang semula bateri (7).
Perhatikan sentuhan-sentuhan
bateri. Sentiasa gunakan bateri
Nokia yang asli. Lihat "Garis
panduan pengesahan ketulenan
bateri Nokia" di halaman 85.
Gelongsorkan penutup belakang ke
tempatnya (8, 9).
■ Mengecas bateri
Amaran: Gunakan hanya
bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan
khususnya dengan model
telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa
kelulusan atau jaminan, dan
mungkin berbahaya.
Periksa nombor model sebarang
pengecas sebelum menggunakannya
dengan peranti ini. Peranti ini
dimaksudkan untuk digunakan
apabila mendapat kuasa daripada
pengecas AC-3, AC-4, dan DC-4, dan
dari pengecas AC-1, ACP-7, ACP-12,
dan LCH-12 apabila digunakan
dengan penyesuai pengecas CA-44 .
Untuk mengetahui sama ada anda
boleh mendapatkan tambahan yang
diluluskan, sila tanya wakil penjual
telefon anda.
1. Sambungkan pengecas kepada
soket dinding.
2. Sambungkan penyambung dari
pengecas ke soket di bahagian
bawah telefon anda.
Jika bateri benar-benar kehabisan
kuasa, beberapa minit diperlukan
sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung
kepada pengecas dan bateri yang
digunakan. Misalnya, mengecas
bateri BL-4C dengan pengecas AC-3
mengambil masa kira-kira 2 jam
12 minit semasa telefon dalam mod
siap sedia.
Amaran: Jangan hidupkan
telefon apabila penggunaan
telefon wayarles dilarang
atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan
atau bahaya.
Tekan dan tahan kekunci kuasa.
Lihat "Kekunci dan
bahagian-bahagian" di halaman 5.
Jika telefon meminta kod PIN atau
UPIN, masukkan kod (paparkan
sebagai ****), dan pilih OK.
Perkhidmatan palam dan
main
Apabila anda menghidupkan telefon
anda buat pertama kalinya, dan
telefon berada dalam mod siap
sedia, anda akan diminta
mendapatkan tetapan tatarajah
daripada pembekal khidmat anda
(perkhidmatan rangkaian). Sahkan
atau tolak permintaan ini. Lihat
"S'bung ke bantu¦an p'bkal khidmat "
di halaman 48, and "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" di halaman xi.
■ Kedudukan beroperasi
biasa
Gunakan telefon hanya dengan gaya
beroperasi biasa.
Peranti anda mempunyai antena
luaran.
Nota: Seperti sebarang
peranti pemancar radio lain,
jangan sentuh antena jika
tidak perlu apabila peranti
dihidupkan. Menyentuh
antena akan menjejas mutu
panggilan dan boleh
menyebabkan peranti
beroperasi pada aras kuasa
lebih tinggi daripada yang
diperlukan. Mengelak
daripada menyentuh
bahagian antena semasa
mengendalikan peranti ini
mengoptimumkan prestasi
antena dan hayat bateri.
Untuk melihat senarai fungsi-fungsi
yang tersedia, pilih Pergi ke >
Pilihan > Pilih pilihan. Untuk
menambah fungsi pada senarai
pintasan, pilih Tanda. Untuk
membuang fungsi dari senarai, pilih
B'ng tnd.
Untuk menyusun semula
fungsi-fungsi di dalam senarai
pintasan peribadi anda, pilih Pergi
ke > Pilihan > Susun. Pilih fungsi
yang diingini, Pindah, dan tempat
yang anda hendak pindahkan fungsi.
Pintasan dalam mod siap
sedia
• Untuk mengakses senarai
nombor yang didail, tekan
kekunci panggil sekali. Tatal ke
nombor atau nama yang anda
mahu; dan untuk memanggil
nombor tersebut, tekan kekunci
panggil.
• Untuk membuka penyemak
imbas web, tekan dan tahan 0.
• Untuk memanggil peti mel suara
anda, tekan dan tahan 1.
• Gunakan kekunci navigasi
sebagai pintasan. Lihat "Pintasan
saya" di halaman 40.
Menjimatkan
kuasa
Paparan jam
digital
menggantikan
paparan apabila
tiada fungsi
telefon telah digunakan untuk
tempoh masa tertentu. Untuk
mengaktifkan penjimat kuasa, lihat
Penjimat kuasa dalam "Paparan
utama" di halaman 40, dan "Paparan
mini" di halaman 41. Untuk
menyahaktifkan penjimat kuasa,
buka lipatan, atau tekan sebarang
kekunci.
Penunjuk
Anda menerima satu atau
beberapa mesej teks atau
mesej gambar. Lihat
"Membaca dan membalas
mesej SMS" di halaman 15.
Anda menerima satu atau
beberapa mesej multimedia.
Lihat "Membaca dan
membalas mesej
multimedia" di halaman 18.
Telefon mendaftarkan satu
panggilan yang tak dijawab.
Lihat "Daftar panggilan" di
halaman 38.
Telefon tidak berdering bagi
panggilan atau mesej teks
yang masuk apabila Isyarat
panggilan masuk dan Nada
isyarat mesej ditetap ke Tak
aktif. Lihat "Nada" di
halaman 39.
Jam penggera ditetap ke
Aktif. Lihat "Jam penggera"
di halaman 55.
Apabila mod sambungan
data paket Sentiasa
bertalian dipilih dan
perkhidmatan data paket
terdapat, penunjuk
ditunjukkan. Lihat "Data
paket (EGPRS)" di
halaman 46.
Satu sambungan data paket
diwujudkan. Lihat "Data
paket (EGPRS)" di halaman
46 dan "Laman semak
imbas" di halaman 74.
Sambungan data paket
digantung (ditahan),
misalnya, jika terdapat
panggilan masuk atau
panggilan keluar semasa
sambungan dailan data paket.
Apabila sambungan
inframerah diaktifkan,
penunjuk dipaparkan secara
berterusan.
Penunjuk sambungan
Bluetooth. Lihat "Teknologi
wayarles Bluetooth" di
halaman 43.
■ Kunci pad kekunci
(kawal kekunci)
Untuk mencegah kekunci-kekunci
daripada ditekan secara tidak
sengaja, pilih Menu, dan tekan *
dalam masa 3.5 saat untuk
mengunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci,
pilih B/kunci, dan tekan *. Jika
Kawal kekunci keselamatan ditetap
ke Aktif, masukkan kod keselamatan
jika diminta.
Untuk menjawab panggilan semasa
kawal kekunci sedang aktif, tekan
kekunci panggil. Apabila anda
menamatkan atau menolak
panggilan, pad kekunci mengunci
secara automatik.
Untuk Kawal kekunci automatik dan
Kawal kekunci keselamatan, lihat
"Telefon" di halaman 42.
Apabila kawal kekunci sedang aktif,
panggilan masih boleh dibuat ke
nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda.
Untuk panggilan antarabangsa,
tekan * dua kali untuk awalan
antarabangsa (aksara +
menggantikan kod akses
antarabangsa) dan kemudian
masukkan kod negara, kod
kawasan tanpa awalan 0, jika
perlu, dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil nombor, tekan
kekunci panggil.
3. Untuk menamatkan panggilan
atau untuk membatalkan
percubaan memanggil, tekan
kekunci tamat, atau tutup
telefon.
Untuk membuat panggilan
menggunakan nama, mencari nama
atau nombor telefon dalam Kenalan,
lihat "Mencari kenalan" di
halaman 31. Tekan kekunci panggil
untuk memanggil nombor.
Untuk mengakses senarai sehingga
20 nombor yang terakhir anda
panggil atau cuba memanggil, tekan
kekunci panggil sekali dalam mod
siap sedia. Untuk memanggil
nombor, pilih satu nombor atau
nama, dan tekan kekunci panggil.
Dail cepat
Anda boleh memberikan nombor
telefon kepada salah satu daripada
kekunci-kekunci dail cepat, 2 hingga
9. Lihat "Dail cepat" di halaman 37.
Panggil nombor menggunakan salah
satu cara berikut:
• Tekan kekunci dailan cepat,
kemudian kekunci panggilan.
•Jika Dail cepat ditetap ke Aktif,
tekan dan tahan satu kekunci dail
cepat sehingga panggilan
bermula. Lihat Dail cepat dalam
"Panggil" di halaman 41.
■ Menjawab atau
menolak panggilan
Untuk menjawab panggilan masuk,
tekan kekunci panggil, atau buka
telefon. Untuk menamatkan
panggilan, tekan kekunci tamat,
atau tutup telefon.
Untuk menolak panggilan masuk
apabila telefon dibuka, tekan
kekunci tamat, atau tutup telefon.
Untuk menolak panggilan masuk
apabila telefon ditutup, buka
telefon, dan tekan kekunci tamat
dalam masa 1.5 saat.
Untuk membisukan nada deringan,
tekan salah satu kekunci
kelantangan, atau pilih Senyap.
mengalihkan panggilan
(misalnya, ke peti mel suara
anda) menolak panggilan
masuk akan juga mengalihkan
panggilan tersebut. Lihat
"Panggil" di halaman 41.
Jika alat dengar yang serasi yang
dibekalkan bersama telefon
disambungkan kepada telefon,
untuk menjawab dan menamatkan
panggilan, tekan kekunci alat dengar.
Panggilan menanti
Untuk menjawab panggilan yang
menanti semasa panggilan aktif,
tekan kekunci panggil. Panggilan
yang pertama akan ditahan. Untuk
menamatkan panggilan yang aktif,
tekan kekunci tamat.
Untuk mengaktifkan fungsi Khidmat
panggilan menanti, lihat "Panggil" di
halaman 41.
■ Pilihan-pilihan semasa
panggilan
Banyak pilihan yang boleh anda
gunakan semasa panggilan adalah
perkhidmatan rangkaian. Untuk
ketersediaan, hubungi operator
rangkaian atau pembekal khidmat
anda.
Semasa panggilan, pilih Pilihan dan
daripada pilihan-pilihan berikut:
Pilihan-pilihan panggilan adalah
Bisu or Bersuara, Kenalan, Menu,
Rakam, Kunci pad kekunci, Lan. auto
aktif, Pembesar suara atau Telefon
bimbit.
Pilihan-pilihan perkhidmatan
rangkaian adalah Jawab dan
Menolak, Tunggu atau Lepas,
Panggilan baru, Tmb. ke p'sidang.,
Tamat panggilan, Tmt semua pang.,
dan yang berikut:
Hantar DTMF — untuk menghantar
rentetan nada
Bertukar — untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan
panggilan yang ditahan
Pindah — untuk menyambung
panggilan yang ditahan kepada
panggilan yang aktif dan
memutuskan sambungan anda
sendiri
Persidangan — untuk membuat
panggilan persidangan yang
membolehkan sehingga lima orang
mengambil bahagian dalam satu
panggilan persidangan
Panggilan peribadi — untuk
berbincang secara persendirian
dalam panggilan persidangan.
Amaran: Jangan pegang
peranti ini pada telinga
apabila pembesar suara
sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin
sangat kuat.
Anda boleh memasukkan teks
(misalnya, semasa menulis mesej)
menggunakan input teks tradisional
atau ramal. Semasa menggunakan
input teks tradisional, tekan kekunci
nombor, 1 hingga 9, berkali-kali
hingga aksara yang diingini muncul.
Dalam input teks ramal anda boleh
memasukkan satu huruf dengan satu
tekanan kekunci.
Semasa anda menulis teks, input
teks ramal ditandakan dengan
dan input teks tradisional dengan
di sebelah kiri atas paparan.
, , atau muncul di
sebelah penunjuk input teks,
menandakan huruf besar atau huruf
kecil.
Untuk menukar kepada huruf besar
atau huruf kecil dan mod input teks,
tekan #. menandakan mod
nombor. Untuk menukar daripada
mod huruf kepada mod nombor,
tekan dan tahan #, dan pilih Mod
nombor.
■ Tetapan
Untuk menetap bahasa penulisan,
pilih Pilihan > Bahasa tulisan. Input
teks ramal hanya tersedia bagi
bahasa-bahasa yang disenaraikan.
Pilih Pilihan > Kamus aktif untuk
menetapkan input teks ramalan atau
Kamus tak aktif untuk menetapkan
input teks tradisional.
■ Input teks ramal
Input teks ramal berdasarkan kamus
terbina dalam yang anda boleh
tambahkan dengan
perkataan-perkataan baru.
1. Mula menulis perkataan
menggunakan kekunci 2 hingga
9. Tekan setiap kekunci sekali
sahaja untuk satu huruf.
Perkataan berubah selepas setiap
tekanan kekunci.
2. Apabila anda selesai menulis
perkataan dan ianya betul, untuk
mengesahkannya, tekan 0 untuk
menambah ruang, atau tekan
mana-mana kekunci navigasi.
Tekan satu kekunci navigasi
untuk menggerakkan kursor.
Jika perkataan itu tidak betul,
tekan * berkali-kali, atau pilih
Jika ? dipaparkan selepas
perkataan, perkataan yang ingin
anda tuliskan tidak ada di dalam
kamus. Untuk menambahkan
perkataan pada kamus, pilih
Mengeja. Masukkan perkataan
(input teks tradisional
digunakan), dan pilih Simpan.
3. Mula menulis perkataan
seterusnya.
Menulis perkataan majmuk
Masukkan bahagian pertama
perkataan, dan tekan kekunci
navigasi kanan untuk
mengesahkannya. Tulis bahagian
berikut perkataan, dan sahkan
perkataan itu.
■ Input teks tradisional
Tekan satu kekunci nombor, 1 hingga
9, berkali-kali sehingga aksara yang
diingini muncul. Tidak semua aksara
yang boleh didapatkan di bawah
sesuatu kekunci nombor dicetak
pada kekunci tersebut.
Aksara-aksara yang terdapat
bergantung kepada bahasa menulis.
Lihat "Tetapan" di halaman 11 .
Jika huruf seterusnya yang anda
mahu terletak pada kekunci yang
sama dengan kekunci yang sedang
digunakan, tunggu sehingga kursor
muncul, atau tekan mana-mana
kekunci navigasi dan masukkan
huruf tersebut.
Tanda-tanda baca dan
aksara-aksara khas yang paling
sering digunakan terdapat di bawah
kekunci 1.
Perkhidmatan-perkhidmatan mesej
hanya boleh digunakan jika disokong
oleh rangkaian atau pembekal
khidmat anda.
Nota: Apabila menghantar
mesej, telefon anda
mungkin memaparkan
perkataan-perkataan Mesej
dihantar. Ini menandakan
mesej telah dihantar oleh
peranti anda ke nombor
pusat mesej yang telah
diprogramkan ke dalam
peranti anda. Ini bukan
menandakan mesej telah
diterima di destinasi tujuan.
Untuk butiran lanjut
mengenai perkhidmatan
SMS, sila periksa dengan
pembekal khidmat anda.
Penting: Berhati-hati
apabila membuka mesej.
Mesej-mesej mungkin
mengandungi perisian niat
jahat atau mungkin boleh
merosakkan peranti atau PC
anda.
Hanya peranti-peranti yang
mempunyai ciri-ciri yang serasi
boleh menerima dan memaparkan
mesej-mesej ini. Kemunculan mesej
boleh berbeza-beza bergantung
kepada peranti yang menerima.
■ Mesej teks (SMS)
Dengan menggunakan
perkhidmatan mesej ringkas (SMS)
anda boleh menghantar dan
menerima mesej berbilang bahagian
yang terdiri daripada beberapa
mesej teks biasa (perkhidmatan
rangkaian) yang boleh mengandungi
gambar.
Sebelum anda boleh menghantar
sebarang mesej teks, gambar, atau
e-mel, anda perlu menyimpan
nombor pusat mesej anda. Lihat
"Tetapan mesej" di halaman 28.
Untuk memeriksa ketersediaan
perkhidmatan e-mel SMS dan untuk
melanggani perkhidmatan ini,
hubungi pembekal khidmat anda.
Peranti anda menyokong
penghantaran mesej teks yang
melebihi had aksara bagi satu mesej.
Mesej-mesej yang lebih panjang
akan dihantar sebagai satu siri yang
terdiri daripada dua atau lebih
mesej. Pembekal khidmat anda boleh
mengenakan bayaran yang
sewajarnya. Aksara-aksara yang
menggunakan aksen atau
tanda-tanda lain, dan aksara-aksara
dari beberapa pilihan bahasa seperti
bahasa Cina, mengambil lebih
banyak ruang dan membataskan
bilangan aksara yang boleh dihantar
dalam satu mesej.
Di bahagian atas paparan, anda
boleh melihat penunjuk
kepanjangan mesej yang menjejak
bilangan aksara yang terdapat.
Misalnya, 10/2 bermakna anda
masih boleh menambah 10 aksara
bagi mesej yang hendak dihantar
sebagai dua mesej.
Menulis dan menghantar
mesej SMS
1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Mesej teks.
2. Masukkan satu mesej. Lihat
"Menulis teks" di halaman 11 .
Untuk memasukkan templat teks
atau gambar ke dalam mesej,
lihat "Templat" di halaman 16.
Setiap mesej gambar terdiri
daripada beberapa mesej teks.
Menghantar satu mesej gambar
atau mesej berbilang bahagian
boleh melibatkan kos yang lebih
tinggi daripada menghantar satu
mesej teks.
3. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar > Baru digunakan, Kpd.
nombor tel., Kepada ramai, atau
Kpd. alamat e-mel. Untuk
menghantar mesej menggunakan
profil mesej yang dipratetap, pilih
M'lalui m'hntr profil. Untuk profil
mesej, lihat "Teks dan e-mel
SMS" di halaman 28. Pilih atau
masukkan nombor telefon atau
alamat e-mel, atau pilih satu
profil.
Membaca dan membalas
mesej SMS
dipaparkan apabila anda
menerima mesej SMS atau e-mel
SMS. yang berkelip menandakan
memori mesej telah penuh. Sebelum
anda boleh menerima mesej baru,
padam beberapa mesej lama anda di
dalam folder Peti masuk.
pindahkan ia ke folder lain, atau
lihat atau ambil butiran mesej.
Anda juga boleh menyalin teks
dari permulaan mesej ke kalendar
telefon anda sebagai nota
peringatan. Untuk menyimpan
gambar di dalam folder Templat
semasa membaca mesej gambar,
pilih Simpan gambar.
3. Untuk menjawab mesej, pilih
Balas > Mesej teks, Mesej
multimedia, Mesej kilat, atau
Mesej audio. Masukkan mesej
balasan. Apabila membalas
e-mel, mula-mula sahkan atau
edit alamat dan perkara e-mel.
4. Untuk menghantar mesej ke
nombor yang dipaparkan, pilih
Hantar > OK.
Templat
Telefon anda mempunyai
templat-templat teks dan
templat-templat gambar yang
boleh anda gunakan di dalam
mesej-mesej teks, gambar, atau
e-mel SMS.
Untuk mengakses senarai templat,
pilih Menu > Mesej > Item
disimpan > Mesej teks > Templat.
■ Mesej multimedia
Satu mesej multimedia boleh
mengandungi teks, bunyi, gambar,
nota kalendar, kad niaga, atau klip
video. Jika mesej terlalu besar,
telefon mungkin tidak dapat
menerimanya. Sesetengah rangkaian
membenarkan mesej teks yang
menyertakan alamat Internet di
mana anda boleh melihat mesej
multimedia.
Anda tidak boleh menerima mesej
multimedia semasa panggilan,
permainan, aplikasi Java yang lain,
atau sesi semak imbas yang aktif
melalui data GSM. Oleh kerana
penghantaran mesej multimedia
boleh gagal atas pelbagai sebab,
jangan bergantung semata-mata
kepada mesej ini untuk komunikasi
penting.
Menulis dan menghantar
mesej multimedia
Untuk menetapkan tetapan untuk
mesej multimedia, lihat
"Multimedia" pada halaman 29.
Untuk memeriksa ketersediaan dan
untuk melanggani perkhidmatan
mesej multimedia, hubungi
pembekal khidmat anda.
Untuk memasukkan satu fail,
pilih Pilihan > Masukkan dan
dari pilihan berikut:
Imej, Klip bunyi atau Klip video —
untuk memasukkan fail dari
Galeri
Imej baru membuka Kamera —
untuk mengambil imej baru
untuk ditambah pada mesej
Klip bunyi baru opens the
Pera kam — untuk membuat
rakaman baru untuk ditambah ke
mesej
Kad bisnes atau Nota kalendar —
untuk memasukkan kad bisnes
atau nota kalendar dalam mesej
Slaid — untuk memasukkan slaid
ke mesej. Telefon anda
menyokong mesej multimedia
yang mengandungi beberapa
halaman (slaid). Setiap slaid
boleh mengandungi teks, satu
imej, nota kalendar, kad niaga,
dan satu klip bunyi. Untuk
membuka slaid yang diingini jika
mesej mengandungi beberapa
slaid, pilih Pilihan > Slaid
sebelumnya, Slaid berikutnya,
atau Senarai slaid. Untuk
menetap jarak waktu antara
slaid-slaid, pilih Pilihan >
Pemasaan slaid. Untuk
menggerakkan komponen teks ke
atas atau ke bawah mesej, pilih
Pilihan > Letak teks di atas atau
Letak teks di bwh.
Pilihan-pilihan berikut mungkin
juga terdapat: Padam untuk
memadam imej, slaid atau klip
bunyi dari mesej, Padam teks,
Pratonton, atau Simpan mesej. Di
dalam Pilihan lain pilihan-pilihan
berikut mungkin terdapat:
Masuk. kenalan, Masukkan
nombor, Butiran mesej, dan Edit
subjek.
3. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar > Baru digunakan, Kpd.
nombor tel., Kpd. alamat e-mel,
atau Kepada ramai.
4. Pilih kenalan dari senarai, atau
masukkan nombor telefon atau
alamat e-mel penerima, atau cari
ia di dalam Kenalan. Pilih OK.
Mesej dipindahkan ke folder Pet i
keluar untuk dihantar.
Semasa mesej multimedia
sedang dihantar, penunjuk
yang dianimasi dipaparkan dan
anda boleh menggunakan
fungsi-fungsi lain pada telefon.
Jika penghantaran gagal, telefon
cuba menghantar ia semula
beberapa kali. Jika ini gagal,
mesej kekal di dalam folder Peti
Apabila mesej dihantar, ia
bukanlah suatu tanda bahawa
mesej itu telah diterima di
destinasi tujuannya.
Perlindungan hak cipta boleh
mencegah sesetengah imej, nada
dering, dan kandungan lain daripada
disalin, diubah suai, dipindahkan
atau dikemukakan.
Membaca dan membalas
mesej multimedia
Penting: Berhati-hati
apabila membuka mesej.
Objek-objek mesej
multimedia mungkin
mengandungi perisian niat
jahat atau mungkin boleh
merosakkan peranti atau PC
anda.
Apabila telefon menerima mesej
multimedia, penunjuk yang
dianimasi dipaparkan. Apabila mesej
telah diterima, dan teks Mesej
multimedia diterima dipaparkan.
1. Untuk membaca mesej, pilih
Main. Untuk melihatnya
kemudian, pilih Keluar.
Untuk membaca mesej
kemudian, pilih Menu > Mesej >
Peti masuk. Di dalam senarai
mesej, menandakan mesej
yang belum dibaca. Pilih mesej
yang ingin anda lihat.
2. Fungsi kekunci pemilihan tengah
berubah menurut lampiran yang
sedang dipaparkan di dalam
mesej.
Untuk melihat seluruh mesej jika
mesej yang diterima
mengandungi persembahan, klip
bunyi, atau menonton klip video,
pilih Main.
Untuk mengezum masuk pada
sesuatu imej, pilih Zum. Untuk
melihat kad niaga atau nota
kalendar atau untuk membuka
suatu objek tema, pilih Buka.
3. Untuk membalas mesej, pilih
Pilihan > Balas > Mesej teks,
Mesej multimedia, Mesej kilat,
atau Mesej audio. Masukkan
mesej balasan, dan pilih Hantar.
Anda boleh menghantar mesej
balasan hanya kepada orang
yang telah menghantar mesej
asal kepada anda.
Pilih Pilihan untuk mengakses
pilihan-pilihan yang tersedia.
Apabila anda menerima mesej teks
baru dan memori mesej telah penuh,
berkelip dan Memori mesej teks
penuh, padam mesej. dipaparkan.
Pilih Tidak, dan padam beberapa
mesej dari folder. Untuk membuang
mesej yang menunggu, pilih Keluar >
Ya.
Apabila anda mempunyai mesej
multimedia baru yang menunggu
dan memori untuk mesej telah
penuh, berkelip dan Memori
multim. penuh. Lihat mesej tunggu.
dipaparkan. Untuk melihat mesej
yang menunggu, pilih Tunjuk.
Sebelum anda boleh menyimpan
mesej yang menunggu, padam
mesej-mesej lama untuk
membebaskan ruang memori. Untuk
menyimpan mesej, pilih Simpan.
Untuk membuang mesej yang
menunggu, pilih Keluar > Ya. Jika
anda pilih Tidak, anda boleh melihat
mesej.
■ Folder
Telefon ini menyimpan mesej teks
dan multimedia yang diterima di
dalam folder Peti masuk.
Mesej multimedia yang belum lagi
dihantar dipindahkan ke folder Peti
keluar.
Jika anda memilih Menu > Mesej >
Tetapan mesej > Mesej teks >
Simpan mesej dihantar > Ya, dan
Menu > Mesej > Message settings >
Mesej multimedia > Simpan mesej
dihantar > Ya, mesej yang dihantar
disimpan di dalam folder Item
dihantar.
Untuk menyimpan mesej teks yang
anda sedang tulis dan mahu
menghantar kemudian di dalam
folder Item disimpan, pilih Pilihan >
Simpan mesej > Mesej teks disimp.
Untuk mesej multimedia, pilih
pilihan Simpan mesej.
menandakan mesej yang belum
dihantar.
Untuk mengatur mesej teks anda,
pindahkan beberapa mesej ke Folder
saya atau tambah folder baru untuk
mesej anda. Pilih Mesej > Item
disimpan > Mesej teks > Folder saya.
Untuk menambah folder, pilih
Pilihan > Tambah folder. Jika anda
belum menyimpan sebarang folder,
pilih Tambah.
Untuk memadam atau menamakan
semula folder, tatal ke folder yang
diingini, dan pilih Pilihan > Padam
Mesej kilat adalah mesej teks yang
dipaparkan segera selepas diterima.
Tulis mesej kilat
Pilih Menu > Mesej > Buat mesej >
Mesej kilat. Tulis mesej anda.
Kepanjangan maksimum mesej kilat
ialah 70 aksara. Untuk memasukkan
teks berkelip di dalam mesej, pilih
Mskkn aks'ra kelip dari senarai
pilihan untuk menetapkan penanda.
Teks selepas penanda berkelip
sehingga penanda kedua
dimasukkan.
Menerima mesej kilat
Mesej kilat yang diterima tidak
disimpan secara automatik. Untuk
membaca mesej, pilih Baca. Untuk
mengambil nombor, alamat e-mel
dan alamat laman Web dari mesej
semasa, pilih Pilihan > Guna
butiran. Untuk menyimpan mesej,
pilih Simpan dan pilih folder di
mana anda ingin menyimpan mesej.
■ Mesej audio Nokia
Xpress
Dengan menu ini, gunakan
perkhidmatan mesej multimedia
untuk membuat dan menghantar
mesej suara dengan cara yang
mudah. Perkhidmatan mesej
multimedia mestilah diaktifkan
sebelum perkhidmatan ini boleh
digunakan.
Membuat dan menghantar
mesej audio
1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Mesej audio. Perakam
dibuka. Untuk menggunakan
perakam, lihat "Perakam" di
halaman 54.
2. Apabila mesej sudah sedia untuk
dihantar, pilih Pilihan > Main
untuk menyemak mesej sebelum
menghantar, Ganti klip bunyi
untuk mengulang rakaman,
Simpan mesej untuk menyimpan
mesej dalam folder Item
disimpan, Simpan klip bunyi
untuk menyimpan rakaman
dalam Galeri, Edit subjek untuk
memasukkan perkara ke dalam
mesej, Butiran mesej untuk
melihat butiran mesej, atau
Pembesar suara atau Telefon
bimbit.
3. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar > Baru digunakan, Kpd.
nombor tel., Kpd. alamat e-mel,
atau Kepada ramai. Bergantung
kepada pembekal khidmat anda,
mungkin terdapat lebih banyak
pilihan-pilihan lain.
4. Pilih kenalan dari senarai,
masukkan nombor telefon atau
alamat e-mel penerima, atau cari
ia dalam Kenalan. Pilih OK, dan
mesej dipindahkan ke folder Peti
keluar untuk penghantaran.
Menerima mesej audio
Apabila telefon anda menerima
mesej audio, 1 mesej audio diterima
dipaparkan. Pilih Main untuk
membuka mesej atau Tunjuk >
Main jika terdapat lebih daripada
satu mesej yang diterima. Pilih
Pilihan untuk melihat
pilihan-pilihan yang tersedia. Untuk
mendengar mesej itu kemudian, pilih
Keluar.
Untuk menyimpan mesej, pilih
Pilihan > Simpan klip bunyi dan
folder tempat anda hendak
menyimpan mesej.
■ Mesej segera
Mesej segera (perkhidmatan
rangkaian) adalah satu cara untuk
menghantar mesej teks yang ringkas
dan mudah kepada pengguna dalam
talian.
Sebelum anda boleh menggunakan
mesej segera, anda mestilah
melanggani perkhidmatan tersebut.
Untuk memeriksa ketersediaan dan
kos, dan untuk melanggani
perkhidmatan ini, hubungi pembekal
khidmat anda, yang akan
memberikan ID unik, kata laluan,
dan tetapan-tetapan anda.
Untuk menetap tetapan-tetapan
yang diperlukan bagi perkhidmatan
mesej segera, lihat Tetapan samb di
dalam "Mengakses menu mesej
segera" di halaman 21. Ikon-ikon
dan teks di paparan mungkin
berbeza-beza, bergantung kepada
perkhidmatan mesej segera.
Bergantung kepada rangkaian,
perbualan mesej segera yang aktif
boleh menggunakan kuasa bateri
telefon dengan lebih cepat, dan
anda mungkin perlu
menyambungkan telefon kepada
pengecas.
Mengakses menu mesej
segera
Untuk mengakses menu semasa
masih di luar talian, pilih Menu >
Mesej > Mesej segera. Jika lebih
daripada satu kumpulan tetapan
sambungan bagi perkhidmatan
mesej segera terdapat, pilih satu
yang diingini. Jika terdapat hanya
satu kumpulan yang ditetapkan, ia
dipilih secara automatik.
memadam atau menamakan semula
perbualan mesej segera yang telah
anda simpan semasa sesi mesej
segera
Tetapan samb — untuk mengedit
tetapan-tetapan yang diperlukan
bagi mesej dan sambungan hadiran
Menyambung kepada
perkhidmatan mesej segera
Untuk menyambung kepada
perkhidmatan mesej segera, masuki
menu Mesej segera, aktifkan
perkhidmatan mesej segera, dan
pilih Log masuk. Apabila telefon
telah berjaya menyambung, Sudah
log masuk dipaparkan.
Untuk memutuskan sambungan
kepada perkhidmatan mesej segera,
pilih Log keluar.
Memulakan satu sesi mesej
segera
Buka menu Mesej segera, dan
sambung kepada perkhidmatan itu.
Mulakan perkhidmatan itu dengan
berlainan cara.
Perbualan — untuk melihat senarai
mesej segera atau jemputan
menyertai mesej segera yang baru
dan yang telah dibaca semasa sesi
mesej segera yang aktif. Tatal ke
mesej atau jemputan yang anda
mahu, dan pilih Buka untuk
membaca mesej.
menandakan mesej kumpulan
yang baru dan yang telah dibaca.
menandakan mesej segera yang
baru dan yang telah dibaca.
menandakan jemputan.
Ikon-ikon dan teks di paparan
mungkin berbeza-beza, bergantung
kepada perkhidmatan mesej segera.
Kenalan IM — untuk melihat
kenalan-kenalan yang telah anda
tambah. Tatal ke kenalan yang ingin
anda ajak berbual dan pilih Bual
atau Buka jika satu kenalan baru
ditunjukkan di dalam senarai. Untuk
menambah kenalan lihat "Kenalan
bagi mesej segera" di halaman 24.
menandakan kenalan dalam
talian dan kenalan luar talian di
dalam memori kenalan telefon.
menandakan kenalan yang dihalang.
menandakan kenalan yang telah
dihantarkan satu mesej baru.
Kumpulan > Kumpulan umum —
untuk memaparkan senarai penanda
buku kepada kumpulan umum yang
disediakan oleh pembekal khidmat.
Untuk memulakan sesi mesej segera
dengan satu kumpulan, tatal ke satu
kumpulan, dan pilih Sertai.
Masukkan nama skrin anda yang
ingin digunakan dalam perbualan.
Apabila anda telah berjaya
menyertai perbualan kumpulan,
anda boleh memulakan satu
perbualan kumpulan. Untuk
membuat kumpulan peribadi, lihat
"Kumpulan" di halaman 25.
Cari > Pengguna or Kumpulan —
untuk mencari pengguna-pengguna
mesej segera atau
kumpulan-kumpulan umum yang
lain di rangkaian melalui nombor
telefon, nama skrin, alamat e-mel,
atau nama. Jika anda pilih
Kumpulan, anda boleh mencari
kumpulan melalui seorang ahli
dalam kumpulan itu atau melalui
nama kumpulan, topik, atau ID.
Untuk memulakan perbualan apabila
anda telah menemui pengguna atau
kumpulan yang anda mahu, pilih
Pilihan > Berbual atau Sertai
kumpulan.
Mulakan perbualan dari Kenalan,
lihat "Melihat nama dilanggan" di
halaman 34.
Menerima atau menolak
jemputan
Dalam mod siap sedia, apabila anda
disambungkan kepada perkhidmatan
mesej segera dan anda menerima
jemputan baru, Jemputan baru
diterima dipaparkan. Untuk
membacanya, pilih Baca. Jika lebih
daripada satu jemputan diterima,
tatal ke jemputan yang anda mahu,
dan pilih Buka. Untuk menyertai
perbualan kumpulan peribadi, pilih
Terima, dan masukkan nama skrin;
atau untuk menolak atau memadam
jemputan, pilih Pilihan > Tolak atau
Padam.
Membaca mesej segera yang
diterima
Dalam mod siap sedia, apabila anda
disambungkan kepada perkhidmatan
mesej segera, dan anda menerima
mesej baru yang bukan mesej yang
berkaitan dengan perbualan yang
aktif, Mesej segera baru dipaparkan.
Untuk membacanya, pilih Baca. Jika
anda menerima lebih daripada satu
mesej, tatal ke mesej itu, dan pilih
Buka.
Mesej baru yang diterima semasa
perbualan aktif diletakkan di dalam
Mesej segera > Perbualan. Jika anda
menerima mesej daripada seseorang
yang tidak di dalam Kenalan IM, ID
penghantar dipaparkan. Untuk
menyimpan kenalan baru yang tidak
ada di dalam memori telefon, pilih
Pilihan > Simpan kenalan.
Mengambil bahagian dalam
perbualan
Untuk menyertai atau memulakan
sesi mesej segera, pilih Tulis. Tulis
mesej anda, dan pilih Hantar atau
tekan kekunci panggil untuk
menghantarnya. Pilih Pilihan >
Pamer perbualan, Simpan kenalan,
Ahli kumpulan, Halang kenalan, atau
Hentikan p'bualan.
Mengedit status
ketersediaan anda
1. Buka menu Mesej segera, dan
sambung kepada perkhidmatan
mesej segera.
2. Untuk melihat dan mengedit
maklumat ketersediaan, atau
nama skrin anda sendiri, pilih
Tetapan saya.
3. Untuk membenarkan pengguna
mesej segara yang lain melihat
anda apabila anda berada dalam
talian, pilih Ketersediaan > Sedia
bagi semua.
Untuk membenarkan hanya
kenalan-kenalan di dalam
senarai kenalan mesej segera
anda melihat anda apabila anda
dalam talian, pilih
Ketersediaan > Sedia utk
kenalan.
Untuk kelihatan sebagai di luar
talian, pilih Ketersediaan >
Muncul luar talian.
Apabila anda disambungkan kepada
perkhidmatan mesej segera,
menandakan bahawa anda dalam
talian, dan menandakan bahawa
anda tidak dapat dilihat oleh orang
lain.
Kenalan bagi mesej segera
Untuk menambah kenalan pada
senarai kenalan mesej segera,
sambung kepada perkhidmatan
mesej segera, dan pilih Kenalan IM.
Untuk menambah kenalan kepada
senarai, pilih Pilihan > Tambah
kenalan, atau jika anda tidak ada
kenalan yang ditambahkan, pilih
Tambah. Pilih Manual masuk. ID,
Cari dari pelayan, Salin dari pelayan,
atau Melalui no. bimbit.
Tatal ke satu kenalan, dan untuk
memulakan perbualan, pilih Bual,
atau Pilihan > Maklumat kenalan,
Halang kenalan or Kenalan dilepas,
Tambah kenalan, Padam kenalan,
Tukar senarai, Salin ke pelayan, atau
Isy. ketersediaan.
Menghalang dan
melepaskan mesej
Untuk menghalang mesej, sambung
kepada perkhidmatan mesej segera,
dan pilih Perb ualan > Kenalan IM;
atau sertai atau mulakan satu
perbualan. Tatal ke kenalan yang
ingin anda halang daripada
menerima mesej-mesej yang masuk,
pilih Pilihan > Halang kenalan > OK.
Untuk melepaskan mesej-mesej,
sambung kepada perkhidmatan
mesej segera, dan pilih Senarai
dihalang. Tatal ke kenalan yang
ingin anda lepaskan mesej-mesej
kepadanya, dan pilih Dilepas.
Anda boleh membuat
kumpulan-kumpulan peribadi anda
sendiri bagi perbualan mesej segera,
atau gunakan kumpulan-kumpulan
umum yang disediakan oleh
pembekal khidmat.
Kumpulan-kumpulan peribadi hanya
wujud semasa perbualan mesej
segera. Kumpulan-kumpulan
disimpan pada pelayan pembekal
khidmat. Jika pelayan yang anda log
masuk tidak menyokong
perkhidmatan-perkhidmatan
kumpulan, semua menu- yang
berkaitan dengan kumpulan
dimalapkan.
Kumpulan umum
Kumpulan — Anda boleh menanda
buku kumpulan-kumpulan umum
yang mungkin diselenggarakan oleh
pembekal khidmat anda. Sambung
kepada perkhidmatan mesej segera,
dan pilih Kumpulan umum. Tatal ke
satu kumpulan yang ingin anda ajak
berbual, dan pilih Sertai. Jika anda
tidak di dalam kumpulan, masukkan
nama skrin anda sebagai nama
ringkas anda bagi kumpulan itu.
Untuk memadam kumpulan dari
senarai kumpulan anda, pilih
Pilihan > Padam kumpulan.
Untuk mencari kumpulan, pilih
Kumpulan > Kumpulan umum > Cari
kumpulan. Anda boleh mencari
kumpulan melalui seorang ahli
dalam kumpulan itu, melalui nama
kumpulan, topik, atau ID.
Membuat kumpulan peribadi
Sambung kepada perkhidmatan
mesej segera, dan pilih Kumpulan >
Buat kumpulan. Masukkan nama
bagi kumpulan itu dan nama skrin
yang ingin anda gunakan. Tandakan
ahli-ahli kumpulan peribadi itu di
dalam senarai kenalan, dan tulis satu
jemputan.
■ Aplikasi e-mel
Aplikasi e-mel membolehkan anda
mengakses akaun e-mel anda yang
serasi dari telefon anda apabila anda
tidak ada di pejabat atau di rumah.
Aplikasi e-mel ini berbeza daripada
fungsi e-mel MMS dan SMS.
Telefon anda menyokong
pelayan-pelayan e-mel POP3 dan
IMAP4. Sebelum anda boleh
menghantar dan mengambil
sebarang mesej e-mel, anda
mungkin perlu lakukan perkara
berikut:
• Dapatkan akaun e-mel baru atau
gunakan akaun semasa. Untuk
ketersediaan akaun e-mel anda
hubungi pembekal khidmat
e-mel anda.
• Untuk tetapan-tetapan yang
diperlukan bagi e-mel, hubungi
pembekal khidmat e-mel anda.
Anda boleh menerima
tetapan-tetapan tatarajah e-mel
sebagai mesej tatarajah. Lihat
"Perkhidmatan tetapan
tatarajah" di halaman xi. Anda
boleh juga memasukkan tetapan
secara manual. Lihat "Tatarajah"
di halaman 47.
Untuk mengaktifkan
tetapan-tetapan e-mel, pilih
Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Mesej e-mel. Lihat
"E-mel" di halaman 29.
Aplikasi ini tidak menyokong
nada-nada pad kekunci.
Menulis dan menghantar
e-mel
1. Pilih Menu > Mesej > E-mel >
Buat e-mel.
2. ’Masukkan alamat e-mel
penerima, perkara, dan mesej
e-mel.
Untuk melampirkan fail pada
e-mel, pilih Pilihan > Lampir dan
fail yang di dalam Galeri.
3. Pilih Hantar > Hantar sekarang.
Memuat turun e-mel
1. Untuk mengakses aplikasi e-mel,
pilih Menu > Mesej > E-mel.
2. Untuk memuat turun mesej
e-mel yang telah dihantar ke
akaun e-mel anda, pilih Ambil
semula.
Untuk memuat turun
mesej-mesej e-mel yang baru
dan untuk menghantar e-mel
yang telah disimpan di dalam
folder Peti ke luar , pilih Pilihan >
Ambil s'mla dan htr.
Untuk terlebih dahulu memuat
turun tajuk-tajuk mesej e-mel
baru yang telah dihantar ke
akaun e-mel anda, pilih Pilihan >
Periksa e-mel baru. Kemudian,
untuk memuat turun e-mel yang
dipilih, tandakan e-ml yang
diingini, dan pilih Pilihan > Ambil
semula.
3. Pilih mesej baru di dalam Peti
masuk. Untuk melihatnya
kemudian, pilih Balik.
menandakan mesej yang
belum dibaca.
Membaca dan membalas
e-mel
Penting: Berhati-hati
apabila membuka mesej.
Mesej e-mel mungkin
mengandungi perisian niat
jahat atau jika tidak
mungkin merbahaya
kepada peranti atau PC
anda.
atau edit alamat dan perkara e-mel;
kemudian tulis balasan anda. Untuk
menghantar mesej, pilih Hantar >
Hantar sekarang.
Folder Peti masuk dan
lain-lain
Telefon anda menyimpan e-mel yang
telah anda muat turun dari akaun
e-mel anda di dalam folder Peti
masuk. Folder lain mengandungi
folder-folder berikut: Draf bagi
menyimpan e-mel yang belum
selesai, Arkib bagi menyusun dan
menyimpan e-mel anda, Peti keluar
bagi menyimpan e-mel yang belum
dihantar, dan Item dihantar bagi
menyimpan e-mel yang telah
dihantar.
Untuk mengurus folder-folder dan
kandungan e-melnya, pilih Pilihan >
Urus folder.
Memadam mesej e-mel
Pilih Menu > Mesej > E-mel >
Pilihan > Urus folder dan folder
yang diingini. Tandakan mesej yang
ingin anda padam. Untuk
memadamnya, pilih Pilihan >
Padam.
Memadam e-mel dari telefon anda
tidak memadam ia dari pelayan
e-mel. Untuk menetap telefon
supaya memadam e-mel dari
pelayan e-mel juga, pilih Menu >
Mesej > E-mel > Pilihan > Ttpan
tambahan > Tinggal salinan: > Pdm
msj ambil s'ml.
■ Mesej suara
Peti mel suara adalah perkhidmatan
rangkaian dan anda mungkin perlu
melangganinya. Untuk butiran,
hubungi pembekal khidmat anda.
Untuk memanggil peti mel suara
anda, pilih Menu > Mesej > Mesej
suara > Dengar mesej suara. Untuk
memasukkan, mencari, atau
mengedit nombor peti mel suara
anda, pilih Nombor peti mel suara.
Jika disokong oleh rangkaian,
menandakan adanya mesej suara
baru. Pilih Dengar untuk memanggil
nombor peti mel suara anda.
rangkaian Mesej maklumat, anda
boleh menerima mesej mengenai
pelbagai topik dari pembekal
khidmat anda. Untuk mengetahui
ketersediaan, topik-topik, dan
nombor-nombor topik yang relevan,
hubungi pembekal khidmat anda.
■ Arahan khidmat
Pilih Menu > Mesej > Arahan
khidmat. Masukkan dan hantar
permintaan perkhidmatan (juga
dikenali sebagai arahan USSD)
kepada pembekal khidmat anda,
seperti arahan pengaktifan bagi
perkhidmatan rangkaian.
■ Memadam mesej
Untuk memadam semua mesej dari
folder, pilih Menu > Mesej > Padam
mesej dan folder dari mana anda
mahu memadam mesej-mesej. Pilih
Ya, dan jika folder tersebut
mengandungi mesej yang belum
dibaca, telefon akan bertanya sama
ada anda ingin memadamnya juga.
Pilih Ya sekali lagi.
■ Tetapan mesej
Teks dan e-mel SMS
Tetapan-tetapan mesej menjejas
penghantaran, penerimaan, dan
paparan mesej.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Mesej teks dan daripada
pilihan yang berikut:
Menghantar profil — Jika lebih
daripada satu kumpulan profil mesej
disokong oleh kad SIM anda, pilih
kumpulan yang ingin anda tukar.
Pilihan-pilihan berikut mungkin
terdapat: Nombor pusat mesej
(dihantar dari pembekal khidmat
anda), Mesej dihantar sebagai,
Kesahan mesej, Nombor penerima
lalai (mesej teks) atau Pelayan e-mel
(e-mail), Penghantaran laporan,
Guna data paket, Membalas melalui
pusat yang sama (perkhidmatan
rangkaian), dan Nama sml profil yg
sedang dihantar.
Simpan mesej dihantar > Ya —
Tetapkan telefon supaya menyimpan
mesej-mesej teks yang dihantar di
dalam folder Item dihantar.
Menghantar semula automatik >
Aktif — Telefon mencuba secara
automatik untuk menghantar
semula mesej teks, jika
penghantaran gagal.
Tetapan-tetapan mesej menjejas
penghantaran, penerimaan, dan
paparan mesej multimedia.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Mesej multimedia dan
daripada pilihan-pilihan berikut:
Simpan mesej dihantar > Ya — untuk
menetap telefon supaya menyimpan
mesej multimedia yang dihantar di
dalam folder Perkara dihantar
Penghantaran laporan — untuk
meminta rangkaian menghantarkan
laporan penghantaran tentang
mesej-mesej anda (perkhidmatan
rangkaian).
Mengecilkan imej — untuk menetap
saiz imej apabila anda memasukkan
imej ke dalam mesej multimedia.
Pemasaan slaid lalai — untuk
menetap masa lalai antara
slaid-slaid di dalam mesej
multimedia.
Benarkan terima multimedia > Ya
atau Tidak — untuk menerima atau
menghalang mesej multimedia. Jika
anda pilih Dlm rang. rumah, anda
tidak boleh menerima mesej
multimedia apabila di luar rangkaian
rumah anda.
Mesej multimedia masuk >
Mendapat kembali, Ambil s'cara
m'nual, atau Menolak — untuk
membenarkan penerimaan mesej
multimedia secara automatik, secara
manual selepas digesa, atau untuk
menolak penerimaan.
Tetapan tatarajah > Tatarajah —
Hanya tatarajah yang menyokong
mesej multimedia dipaparkan. Pilih
satu pembekal khidmat, Lalai, atau
Tatarajah peribadi bagi mesej
multimedia. Pilih Akaun dan pilih
akaun perkhidmatan mesej
multimedia yang terkandung di
dalam tetapan-tetapan tatarajah
yang aktif.
Benarkan iklan — untuk menerima
atau menolak iklan. Tetapan ini tidak
ditunjukkan jika Benarkan terima
multimedia ditetap ke Tidak.
E-mel
Tetapan-tetapan mesej menjejas
penghantaran, penerimaan, dan
paparan e-mel.
Anda mungkin menerima
tetapan-tetapan tatarajah bagi
aplikasi e-mel sebagai mesej
tatarajah. Lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" di halaman xi.
Anda boleh juga memasukkan
tetapan secara manual. Lihat
Untuk mengaktifkan
tetapan-tetapan bagi aplikasi e-mel,
pilih Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Mesej e-mel dan daripada
pilihan-pilihan berikut:
Tatarajah — Pilih kumpulan yang
ingin anda aktifkan.
Akaun — Pilih akaun yang diberikan
oleh pembekal khidmat.
Nama saya — Masukkan nama atau
nama ringkas anda.
Alamat e-mel — Masukkan alamat
e-mel.
Termasuk tandatangan — Anda
boleh menetap tandatangan yang
ditambahkan secara automatik pada
akhir e-mel anda semasa anda
menulis mesej anda.
Alamat balas — Masukkan alamat
e-mel ke mana anda ingin
menghantar balasan-balasan.
Nama pengguna SMTP — Masukkan
nama yang ingin anda gunakan bagi
mel keluar.
Kata laluan SMTP — Masukkan kata
laluan yang ingin anda gunakan bagi
mel keluar.
Papar tetingkap terminal — Pilih Ya
untuk melaksanakan pengesahan
pengguna manual bagi sambungan
intranet.
Jenis pelayan masuk — Pilih sama
ada POP3 atau IMAP4, bergantung
kepada jenis sistem e-mel yang anda
gunakan. Jika kedua-dua jenis
disokong, pilih IMAP4.
Tetapan mel masuk — Pilih
pilihan-pilihan yang terdapat bagi
POP3 atau IMAP4.
Tetapan-tetapan lain
Untuk memilih tetapan-tetapan lain
bagi mesej, pilih Menu > Mesej >
Tetapan mesej > Tetapan lain. Untuk
menukar saiz fon bagi membaca dan
menulis mesej, pilih Saiz fon. Untuk
menggantikan senyuman
berasaskan aksara dengan senyuman
grafik pilih Senyuman grafik > Ya.
Anda boleh menyimpan nama dan
nombor telefon (Kenalan) di dalam
memori telefon dan di dalam
memori kad SIM. Lihat "Tetapan" di
halaman 35.
Memori telefon boleh menyimpan
kenalan-kenalan dengan nombor
dan item teks. Anda juga boleh
menyimpan imej untuk sebilangan
kenalan yang tertentu.
Nama dan nombor yang disimpan
di dalam memori kad SIM,
ditandakan dengan .
■ Mencari kenalan
Pilih Menu > Kenalan > Nama >
Pilihan > Cari. Tatal seluruh senarai
kenalan atau masukkan huruf
pertama nama yang sedang anda
cari.
■ Menyimpan nama dan
nombor telefon
Nama dan nombor disimpan di
dalam memori yang digunakan. Pilih
Menu > Kenalan > Nama >
Pilihan > Tamb kenalan br.
Masukkan nama dan nombor
telefon.
■ Menyimpan nombor,
item, atau imej
Di dalam memori telefon bagi
kenalan, anda boleh menyimpan
berlainan jenis nombor telefon dan
item teks ringkas bagi setiap nama.
Nombor pertama yang anda simpan
ditetap secara automatik sebagai
nombor lalai. Ia ditandakan dengan
bingkai di sekeliling penunjuk jenis
nombor (misalnya, ). Apabila
anda memilih nama (misalnya, untuk
membuat panggilan), nombor lalai
digunakan kecuali anda memilih
nombor lain.
1. Pastikan memori yang sedang
digunakan adalah sama ada
Telefon atau Telefon dan SIM.
Lihat "Tetapan" di halaman 35.
2. Tatal ke nama yang ingin
ditambahkan dengan nombor
atau item teks baru, dan pilih
Butiran > Pilihan > Tambah
butiran.
3. Untuk menambah nombor, pilih
Nombor dan salah satu jenis
nombor.
Untuk menambah butiran lain
pilih jenis teks atau satu imej dari
Untuk mencari ID dari pelayan
pembekal khidmat anda jika anda
telah menyambung kepada
perkhidmatan hadiran, pilih ID
pengguna > Cari. Lihat "Hadiran
saya" di halaman 33. Jika hanya
satu ID ditemui, is disimpan
secara automatik. Jika tidak,
untuk menyimpan ID, pilih
Pilihan > Simpan. Untuk
memasukkan ID, pilih Manual
masuk. ID.
Untuk menukar jenis nombor,
tatal ke nombor yang diingini,
dan pilih Pilihan > Tukar jenis.
Untuk menetap nombor yang
dipilih sebagai nombor lalai, pilih
Tetapkan sbg lalai.
4. Masukkan nombor atau item
teks; dan untuk menyimpannya,
pilih OK.
5. Untuk kembali ke mod siap sedia,
pilih Balik > Keluar.
■ Menyalin kenalan
Anda boleh menyalin nama dan
nombor telefon dari memori kenalan
telefon ke memori kad SIM, atau
sebaliknya. Memori kad SIM boleh
menyimpan nama dengan satu
nombor telefon dilampirkan
padanya.
Cari kenalan yang ingin anda salin,
dan pilih Pilihan > Salin.
■ Mengedit butiran
kenalan
1. Cari kenalan yang ingin anda
edit, pilih Butiran, dan tatal ke
nama, nombor, item teks, atau
imej yang diingini.
2. Untuk mengedit nama, nombor,
atau item teks, atau untuk
menukar imej, pilih Pilihan > Edit
nama, Edit nombor, Edit butiran,
atau Tukar imej.
Anda tidak boleh mengedit satu
ID apabila ia ada pada senarai
Kenalan IM atau Nama dilanggan.
■ Memadam kenalan
atau Butiran kenalan
Untuk memadam semua kenalan
dan butiran yang dilampirkan
padanya dari memori telefon atau
kad SIM, pilih Menu > Kenalan >
Pdm. semua k'lan > Drpd. memori tel.
atau Daripada kad SIM. Sahkan
dengan kod keselamatan.
Untuk memadam kenalan, cari
kenalan yang diingini, dan pilih
Pilihan > Padam kenalan.
Untuk memadam nombor, item teks,
atau imej yang dilampirkan pada
kenalan, cari kenalan itu, dan pilih
Butiran. Tatal ke butiran yang
diingini, dan pilih Pilihan > Padam >
Padam nombor, Padam butiran, atau
Padam imej. Memadam imej dari
Anda boleh menghantar dan
menerima maklumat kenalan
seseorang dari peranti yang serasi
yang menyokong piawai vCard
sebagai kad niaga.
Untuk menghantar kad niaga, cari
kenalan yang maklumatnya anda
hendak hantar, dan pilih Butiran >
Pilihan > Hantar kad niaga >
Melalui multimedia, Melalui mesej
teks, Melalui inframerah atau
Melalui Bluetooth.
Apabila anda telah menerima kad
niaga, pilih Tunjuk > Simpan untuk
menyimpan kad niaga di dalam
memori telefon. Untuk membuang
kad niaga, pilih Keluar > Ya.
■ Hadiran saya
Dengan perkhidmatan hadiran
(perkhidmatan rangkaian) anda
boleh berkongsi status hadiran anda
dengan pengguna-pengguna lain
dengan peranti-peranti yang serasi
dan akses kepada perkhidmatan ini.
Status hadiran termasuk
ketersediaan, mesej status, dan logo
peribadi anda. Pengguna-pengguna
lain yang mempunyai akses kepada
perkhidmatan ini dan yang meminta
maklumat anda akan dapat melihat
status anda. Maklumat yang diminta
dipaparkan dalam Nama dilanggan
dalam menu Kenalan pemerhati.
Anda boleh mengubah suai
maklumat yang ingin anda kongsi
dengan orang lain dan mengawal
siapa yang boleh melihat status
anda.
Sebelum anda boleh menggunakan
hadiran, anda mestilah melanggani
perkhidmatan ini. Untuk mengetahui
ketersediaan, dan kos, dan untuk
melanggani perkhidmatan ini,
hubungi pembekal khidmat anda,
yang akan memberikan anda ID anda
yang unik, kata laluan, dan
tetapan-tetapan bagi perkhidmatan
ini. Lihat "Tatarajah" di halaman 47.
Semasa anda disambungkan kepada
perkhidmatan hadiran, anda boleh
menggunakan fungsi-fungsi lain
pada telefon; dan perkhidmatan
hadiran aktif di latar belakang. Jika
anda memutuskan sambungan
kepada perkhidmatan ini, status
hadiran anda dipaparkan bagi
jumlah masa yang tertentu kepada
pemerhati-pemerhati, bergantung
kepada pembekal khidmat.
Pilih Menu > Kenalan > Hadiran
saya dan daripada pilihan yang
berikut:
Samb ke khidmat 'Hadiran saya'
atau Putus sambungan dari
perkhidmatan — untuk
menyambung atau memutuskan
sambungan kepada perkhidmatan.
Ketersediaan saya, Mesej hadiran
saya, Logo hadiran saya, atau
Tunjuk ke.
Pemerhati saya > Pemerhati smsa,
Senarai peribadi, atau Snr dihalang
Tetapan > Tunjuk tersedia semasa
dlm t'biar, Segerak dengan profil,
Jenis sambungan, atau Tetapan
hadiran
■ Nama dilanggan
Anda boleh membuat satu senarai
kenalan yang maklumat status
hadirannya anda ingin tahu. Anda
boleh melihat maklumat tersebut
jika ia dibenarkan oleh kenalan itu
dan rangkaian. Untuk melihat
nama-nama dilanggan, tatal
kenalan-kenalan atau gunakan
menu Nama dilanggan.
Pastikan memori yang sedang
digunakan adalah sama ada Telefon
atau Telefon dan SIM.
Untuk menyambung kepada
perkhidmatan Hadiran, pilih Menu >
Kenalan > Hadiran saya > Samb ke
khidmat 'Hadiran saya'.
Menambah kenalan pada
nama dilanggan
1. Pilih Menu > Kenalan > Nama
dilanggan.
2. Jika anda tidak mempunyai
kenalan pada senarai anda, pilih
Tambah. Jika tidak, pilih
Pilihan > Langgan baru. Senarai
kenalan anda dipaparkan.
3. Pilih satu kenalan dari senarai
dan jika kenalan itu mempunyai
satu ID pengguna yang disimpan,
kenalan itu ditambahkan pada
senarai nama dilanggan.
Melihat nama dilanggan
Untuk melihat maklumat hadiran,
lihat "Mencari kenalan" di
halaman 31.
1. Pilih Menu > Kenalan > Nama
dilanggan.
Maklumat status kenalan
pertama di dalam senarai nama
dilanggan dipaparkan. Maklumat
yang seseorang ingin beri kepada
orang lain mungkin termasuk
teks dan beberapa ikon berikut:
, , atau menandakan
bahawa orang itu sama ada
tersedia, tidak menonjol, atau
tidak tersedia.
menandakan bahawa
maklumat hadiran orang itu tidak
tersedia.
Untuk henti langgan kenalan dari
senarai Kenalan, pilih kenalan dan
Butiran > the user ID > Pilihan >
Henti langgan > OK.
Untuk henti langgan, gunakan menu
Nama dilanggan. Lihat "Melihat
nama dilanggan" di halaman 34.
■ Tetapan
Pilih Menu > Kenalan > Tetapan
dan daripada pilihan-pilihan berikut:
Memori digunakan — untuk memilih
kad SIM atau memori telefon untuk
kenalan anda
Pameran kenalan — untuk memilih
bagaimana nama dan nombor di
dalam kenalan dipaparkan
Taraf memori — untuk melihat
muatan memori yang bebas dan
yang digunakan
■ Kumpulan
Pilih Menu > Kenalan > Kumpulan
untuk menyusun nama dan bombor
telefon yang disimpan dalam
memori ke dalam kumpulan
pemanggil dengan nada dering dan
imej kumpulan yang berlainan.
■ Dailan suara
Anda boleh membuat panggilan
telefon dengan menyebut tag suara
yang telah ditambahkan pada
nombor telefon. Sebarang perkataan
yang disebut, seperti nama, boleh
menjadi tag suara. Bilangan tag
suara yang boleh anda buat adalah
terhad.
Sebelum menggunakan tag suara,
sila ambil perhatian bahawa:
• Tag suara tidak bergantung
kepada bahasa. Ia bergantung
kepada suara penuturnya.
• Anda mestilah menyebut nama
betul-betul sepertimana anda
menyebutnya sewaktu anda
merakamkannya.
• Tag suara peka terhadap hingar
latar belakang. Rakamkan tag
suara dan gunakan ia dalam
persekitaran yang senyap.
• Nama-nama yang sangat pendek
tidak diterima. Gunakan nama
panjang dan elakkan nama yang
serupa untuk nombor yang
berlainan.
suara mungkin sukar dalam
persekitaran yang bising
atau semasa suatu
kecemasan, jadi anda tidak
seharusnya bergantung
semata-mata pada dailan
suara dalam semua keadaan.
Menambah dan urus tag
suara
Simpan atau salin kenalan-kenalan
yang ingin anda tambahkan tag
suara ke memori telefon. Anda juga
boleh menambah tag suara pada
nama di dalam kad SIM, tetapi jika
anda menggantikan kad SIM anda
dengan kad yang baru, anda perlu
memadam dahulu tag-tag suara
yang lama sebelum anda boleh
menambah yang baru.
1. Cari kenalan yang ingin anda
tambahkan tag suara.
2. Pilih Butiran, tatal ke nombor
telefon yang diingini, dan pilih
Pilihan > Tambah tag suara.
3. Pilih Mula, dan sebutkan dengan
jelas perkataan-perkataan yang
ingin anda rakamkan sebagai tag
suara. Selepas rakaman, telefon
memainkan tag yang
dirakamkan.
muncul di belakang nombor
telefon dengan tag suara di
dalam Kenalan.
Untuk memeriksa tag suara, pilih
Menu > Kenalan > Tag suara. Tatal
ke kenalan dengan tag suara yang
anda mahu, dan pilih satu pilihan
untuk mendengar, memadam, atau
menukar tag suara yang dirakamkan.
Membuat panggilan dengan
tag suara
Jika telefon mempunyai aplikasi
yang sedang berjalan yang
menghantar atau menerima data
menggunakan sambungan GPRS,
anda mestilah menamatkan aplikasi
itu sebelum mendail suara.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan
tahan kekunci kelantangan
turun. Satu nada pendek
kedengaran, dan Cakap sekarang
dipaparkan.
2. Sebutkan tag suara dengan jelas.
Telefon memainkan tag suara
yang dikenali, dan mendail
nombor telefon tag suara itu
selepas 1.5 saat.
Jika anda menggunakan alat dengar
yang serasi dengan kekunci alat
dengar, tekan dan tahan kekunci alat
dengar untuk memulakan dailan
suara.
Untuk memberi nombor ke kekunci
dail cepat, pilih Menu > Kenalan >
Dail cepat, dan tatal ke nombor dai
cepat yang anda mahu.
Pilih Berikan, atau jika satu nombor
sudah pun diberikan kepada kekunci
itu, pilih Pilihan > Tukar. Pilih Cari,
nama, kemudian nombor yang ingin
anda berikan. Jika fungsi Dail cepat
tidak aktif, telefon bertanya sama
ada anda mahu mengaktifkannya.
Lihat juga Dail cepat di dalam
"Panggil" di halaman 41.
Untuk membuat panggilan
menggunakan kekunci dail cepat,
lihat "Dail cepat" di halaman 9.
■ Nombor maklumat,
nombor khidmat, dan
nombor saya
Pilih Menu > Kenalan dan daripada
pilihan-pilihan berikut:
Nombor maklumat — untuk
memanggil nombor-nombor
maklumat pembekal khidmat anda
jika nombor-nombor itu disertakan
pada kad SIM anda (perkhidmatan
rangkaian)
Nombor khidmat — untuk
memanggil nombor-nombor
maklumat pembekal khidmat anda
jika nombor-nombor itu disertakan
pada kad SIM anda (perkhidmatan
rangkaian)
Nombor saya — untuk melihat
nombor-nombor telefon yang
diberikan kepada kad SIM anda, jika
nombor-nombor tersebut disertakan
pada kad SIM anda
Telefon mendaftarkan
nombor-nombor telefon yang
dikenal pasti bagi panggilan yang
tak dijawab, yang diterima, dan yang
didail; penerima mesej; dan
anggaran tempoh
panggilan-panggilan anda.
Telefon mendaftar jika ia
dihidupkan dan berada di dalam
kawasan perkhidmatan rangkaian,
dan rangkaian menyokong
fungsi-fungsi ini.
■ Senarai panggilan
terbaru
Apabila anda memilih Pilihan di
dalam menu Panggilan tak dijawab,
Panggilan diterima , Nombor yg
sudah didail, atau Penerima mesej ,
anda boleh melihat masa panggilan;
mengedit, melihat, atau memanggil
nombor telefon yang didaftar;
menambahnya pada memori; atau
memadamnya dari senarai. Anda
juga boleh menghantar mesej teks.
Untuk memadam senarai-senarai
panggilan terbaru, pilih Padam
pa-ng. terbaru.
■ Pembilang dan pemasa
Nota: Invois sebenar untuk
panggilan dan perkhidmatan
dari pembekal khidmat anda
mungkin berbeza-beza,
bergantung kepada ciri-ciri
rangkaian, pembulatan
untuk bil, cukai dan
sebagainya.
Beberapa pemasa, termasuk pemasa
hayat, mungkin ditetap semula
semasa naik taraf perkhidmatan
atau perisian.
Pilih Menu > Daftar pang. > Tempoh
panggilan, Pembilang data paket,
atau Pemasa smb data paket untuk
maklumat anggaran tentang
komunikasi terbaru anda.
Telefon anda mempunyai pelbagai
kumpulan tetapan, yang disebut
profil, yang boleh anda sesuaikan
nada deringnya bagi acara dan
sekitaran yang berbeza.
Pilih Menu > Tetapan > Profil. Tatal
ke satu profil, dan pilih ia.
Untuk mengaktifkan profil terpilih,
pilih Aktifkan.
Untuk menetap profil supaya aktif
sehingga jumlah masa yang tertentu
sehingga 24 jam, pilih Ditetap masa
dan tetapkan masa tetapan profil
akan tamat. Apabila masa yang
ditetapkan untuk profil telah tamat
tempohnya, profil yang sebelumnya
yang tidak ditetapkan masanya,
menjadi aktif.
Untuk memperibadikan profil, pilih
Pilihan sendiri. Pilih tetapan yang
ingin anda tukar, dan buat
perubahan. Untuk menukar
maklumat status hadiran anda, pilih
Hadiran saya > Ketersediaan saya
atau Mesej hadiran saya. Menu
Hadiran saya terdapat jika anda
menetap Segerak dengan profil ke
Aktif. Lihat "Hadiran saya" di
halaman 33.
■ Tema
Satu tema mengandungi banyak
unsur untuk memperibadikan
telefon anda, seperti kertas hias
dinding, gambar skrin, skema warna,
dan nada dering.
Pilih Menu > Tetapan > Tema dan
daripada pilihan yang berikut:
Pilih tema — untuk menetap tema di
dalam telefon anda. Satu senarai
folder di dalam Galeri dibuka. Buka
folder Tema, dan pilih satu tema.
Muat turun tema — untuk membuka
senarai pautan untuk memuat turun
lebih banyak tema. Lihat "Memuat
turun fail" di halaman 77.
■ Nada
Anda boleh menukar
tetapan-tetapan profil aktif yang
dipilih.
Pilih Menu > Tetapan > Nada. Pilih
dan tukar pilihan nada yang tersedia.
Anda boleh mendapati tetapan yang
sama di dalam menu Profil. Lihat
"Profil" di halaman 39.
Jika anda memilih paras nada dering
yang tertinggi, nada dering sampai
ke paras tertingginya selepas
beberapa saat.
Untuk menetap telefon supaya
berdering hanya bagi panggilan dari
nombor-nombor telefon yang di
dalam kumpulan pemanggil yang
terpilih, pilih Isyarat untuk. Tatal ke
kumpulan pemanggil yang anda
mahu atau Semua pang., dan pilih
Tanda.
■ Pintasan saya
Dengan pintasan peribadi, anda
mendapatkan akses cepat ke
fungsi-fungsi telefon yang kerap
digunakan. Untuk mengurus
pintasan-pintasan, pilih Menu >
Tetapan > Pintasan saya dan
daripada pilihan-pilihan berikut:
Kekunci pilihan kanan — untuk
memilih satu fungsi dari senarai bagi
kekunci pemilihan kanan. Lihat juga
"Mod siap sedia" di halaman 6.
Menu ini mungkin tidak ditunjukkan,
bergantung kepada pembekal
khidmat anda.
Kekunci navigasi — untuk memilih
fungsi-fungsi pintasan bagi kekunci
navigasi. Tatal ke kekunci navigasi
yang diingini, pilih Tukar dan satu
fungsi dari senarai. Untuk
membuang fungsi pintasan dari
kekunci, pilih (kosong). Untuk
memberi semula fungsi bagi kekunci,
pilih Berikan. Menu ini mungkin
tidak ditunjukkan, bergantung
kepada pembekal khidmat anda.
Arahan suara — untuk mengaktifkan
fungsi-fungsi telefon dengan
menyebut tag suara. Pilih satu
folder, tatal ke fungsi yang ingin
anda tambahkan tag suara, dan pilih
Tambah. menandakan tag suara.
Untuk menambah arahan suara,
lihat "Menambah dan urus tag
suara" di halaman 36. Untuk
mengaktifkan arahan suara, lihat
"Membuat panggilan dengan tag
suara" di halaman 36.
■ Paparan utama
Pilih Menu > Tetapan > Paparan
utama dan pilih daripada
pilihan-pilihan berikut:
Kertas hias dinding — untuk
menambahkan imej latar belakang
pada paparan utama dalam mod siap
sedia. Untuk memilih, atau
menyahaktifkan kertas hias dinding,
pilih Pilih k/hias dinding > Aktif atau
Tak ak tif. Pilih Pilih set slaid dan satu
folder di dalam Galeri untuk
menggunakan imej-imej di dalam
folder sebagai suatu set slaid. Untuk
memuat turun lebih banyak imej
bagi kertas hias dinding, pilih Muat
turun grafik.
Gambar skrin > Aktif — untuk
mengaktifkan gambar skrin bagi
paparan utama. Untuk menetap
masa yang selepasnya gambar skrin
diaktifkan, pilih Masa muncul. Untuk
memilih satu grafik bagi gambar
skrin, pilih Imej dan pilih satu imej
atau grafik dari Galeri. Pilih Pilih set
slaid dan satu folder di dalam Galeri
untuk menggunakan imej-imej di
dalam folder sebagai suatu set slaid.
Untuk memuat turun lebih banyak
imej bagi gambar skrin, pilih Muat
turun grafik.
Penjimat kuasa > Aktif — untuk
menjimatkan sedikit kuasa bateri.
Jam digital dipaparkan apabila tiada
fungsi telefon digunakan buat
jangka masa tertentu.
Skema warna — untuk menukar
warna dalam sesetengah komponen,
contohnya, warna latar belakang
menu dan warna isyarat dan palang
Warna fon keadaan terbiar — untuk
memilih warna bagi teks di paparan
dalam mod siap sedia.
Logo operator — untuk menetap
telefon anda supaya memaparkan
atau menyembunyikan logo
operator. Menu dimalapkan, jika
anda belum menyimpan logo
operator. Untuk maklumat lanjut
tentang ketersediaan logo operator,
hubungi operator rangkaian atau
pembekal khidmat anda.
■ Paparan mini
Pilih Menu > Tetapan > Tetapan
paparan mini. Anda boleh mengubah
tetapan yang tersedia.
■ Masa dan tarikh
Pilih Menu > Tetapan > Masa dan
tarikh dan pilih daripada
pilihan-pilihan berikut:
Jam — untuk menetap telefon
supaya menunjukkan jam dalam
mod siap sedia, laraskan jam dan
pilih zon masa dan format masa
Tarikh — untuk menetap telefon
supaya menunjukkan tarikh dalam
mod siap sedia, tetapkan tarikh, dan
pilih format tarikh dan pemisah
tarikh.
Kemas kini auto tarikh dan masa
(perkhidmatan rangkaian) — untuk
menetap telefon supaya mengemas
kini masa dan tarikh secara
automatik menurut zon masa
semasa
■ Panggil
Pilih Menu > Tetapan > Panggilan
dan daripada pilihan-pilihan berikut:
Kawalan lantang auto — untuk
menetap telefon supaya melaras
kelantangan pembesar suara secara
automatik mengikut hingar latar
belakang
Alih panggilan (perkhidmatan
rangkaian) — untuk mengalihkan
panggilan masuk anda. Anda
mungkin tidak dapat mengalihkan
panggilan-panggilan anda, jika
beberapa fungsi sekatan panggilan
Jawab guna sebarang kekunci >
Aktif — untuk menjawab panggilan
masuk, tekan sebentar sebarang
kekunci, kecuali kekunci tamat dan
kekunci-kekunci pemilihan kiri dan
kanan.
Jawab apabila lipatan dibuka >
Aktif — untuk menjawab panggilan
masuk, buka telefon.
Dail semula automatik > Aktif —
untuk menetap telefon anda supaya
membuat maksimum 10 percubaan
untuk menyambungkan panggilan
selepas satu percubaan memanggil
yang gagal
Dail cepat > Aktif — untuk
mengaktifkan dail cepat. Untuk
menyediakan dail cepat, lihat "Dail
cepat" di halaman 37. Untuk
mendail, tekan dan tahan kekunci
nombor yang sepadan.
Khidmat panggilan menanti >
Aktifkan — untuk menetap
rangkaian supaya memberitahu
anda tentang panggilan masuk
semasa anda sedang melayani
panggilan lain (perkhidmatan
rangkaian). Lihat "Panggilan
menanti" di halaman 10.
Ringkasan selepas panggilan >
Aktif — untuk memaparkan
sebentar anggaran tempoh dan kos
(perkhidmatan rangkaian)
panggilan selepas setiap panggilan
Hantar identiti pemanggil saya
(perkhidmatan rangkaian) > Ya ,
Tidak, atau Tetapan rang.
Talian untuk panggilan keluar
(perkhidmatan rangkaian) — untuk
memilih talian telefon 1 atau 2 bagi
membuat panggilan, jika disokong
oleh kad SIM anda
■ Telefon
Pilih Menu > Tetapan > Telefon dan
daripada pilihan-pilihan berikut:
Bahasa telefon — untuk menetap
bahasa paparan dan tulisan
Taraf memori — untuk melihat
memori yang bebas dan memori
yang digunakan di dalam Galeri,
Mesej, dan Aplikasi
Kawal kekunci automatik — untuk
menetap pad kekunci telefon anda
supaya mengunci secara automatik
selepas tundaan masa yang
dipratetap apabila telefon dalam
mod siap sedia dan tiada fungsi
telefon telah digunakan. Pilih Aktif,
dan anda boleh menetapkan
masanya dari 5 saat hingga 60 minit.
Kawal kekunci keselamatan — untuk
menetap telefon supaya meminta
kod keselamatan apabila anda
membuka kunci kawal kekunci.
Masukkan kod keselamatan, dan
pilih Aktif.
Apabila kawal kekunci sedang aktif,
panggilan masih boleh dibuat ke
nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti
anda.
Paparan maklumat sel > Aktif —
untuk menerima maklumat dari
operator rangkaian bergantung
kepada sel rangkaian yang
digunakan (perkhidmatan
rangkaian)
Kata sambutan — untuk
memasukkan nota pembukaan yang
anda mahu diperlihatkan sebentar
apabila telefon dihidupkan.
Pilihan operator > Automatik —
untuk menetap telefon supaya
memilih secara automatik salah satu
daripada rangkaian-rangkaian
selular yang terdapat di kawasan
anda. Dengan Manual, anda boleh
memilih satu rangkaian yang
mempunyai perjanjian rayau dengan
operator rangkaian rumah anda.
Sahkan tindakan p'khidmatan SIM —
Lihat "Perkhidmatan SIM" di
halaman 82.
Aktifkan teks bantuan — untuk
memilih sama ada telefon
memaparkan teks bantuan
Nada permulaan — untuk memilih
sama ada telefon memainkan nada
permulaan apabila telefon
dihidupkan
■ Kesambungan
Anda boleh menyambungkan telefon
anda kepada peranti-peranti yang
serasi menggunakan sambungan
inframerah, atau teknologi wayarles
Bluetooth. Anda juga boleh menetap
tetapan-tetapan bagi sambungan
dailan data paket.
Teknologi wayarles
Bluetooth
Peranti ini serasi dengan Bluetooth
Spesifikasi 1.1 yang menyokong
profil-profil berikut: Peranti ini
serasi dengan Bluetooth Spesifikasi
1.1 yang menyokong profil-profil
berikut: Untuk memastikan
keantarakendalian di antara
peranti-peranti lain yang
menyokong teknologi Bluetooth,
gunakan tambahan-tambahan
Nokia yang diluluskan untuk model
ini. Periksa dengan pembuat peranti
lain untuk menentukan
keserasiannya dengan peranti ini.
Mungkin terdapat batasan-batasan
tentang penggunaan teknologi
Bluetooth di sesetengah lokasi.
Periksa dengan pihak berkuasa atau
pembekal khidmat setempat anda.
Ciri-ciri yang menggunakan
teknologi Bluetooth, atau yang
membolehkan ciri-ciri tersebut
berjalan di latar belakang semasa
menggunakan ciri-ciri lain,
menambah penggunaan kuasa bateri
dan mengurangkan hayat bateri.
Teknologi Bluetooth membolehkan
anda menyambungkan telefon
kepada peranti Bluetooth yang
serasi dalam jarak 10 meter. Oleh
kerana peranti yang menggunakan
teknologi Bluetooth berkomunikasi
menggunakan gelombang radio,
telefon anda dan peranti yang satu
lagi itu tidak perlu berada dalam
garis tampak langsung, walaupun
sambungan boleh jadi mendapat
gangguan dari halangan seperti
tembok atau dari peranti-peranti
elektronik lain.
Menyediakan sambungan
Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan >
Kesambung-an > Bluetooth dan
daripada pilihan yang berikut:
Bluetooth > Aktif atau Tak akt if —
untuk mengaktifkan atau
menyahaktifkan fungsi Bluetooth.
menandakan sambungan
Bluetooth yang aktif.
Cari tambahan audio — untuk
mencari peranti audio Bluetooth
yang serasi. Pilih peranti yang ingin
anda sambungkan kepada telefon.
Peranti yang berpasang — untuk
mencari sebarang peranti Bluetooth
yang di dalam julat. Pilih Baru untuk
menyenaraikan sebarang peranti
Bluetooth yang di dalam julat. Tatal
ke satu peranti, dan pilih M'msgkn.
Masukkan kata laluan Bluetooth
peranti untuk mengaitkan
(memasangkan) peranti dengan
telefon anda. Anda hanya perlu
memberi kod laluan ini apabila anda
menyambung kepada peranti buat
pertama kali. Telefon anda
menyambung kepada peranti, dan
anda boleh memulakan pemindahan
data.
Sambungan wayarles
Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan >
Kesambung-an > Bluetooth. Untuk
memeriksa sambungan Bluetooth
mana yang sedang aktif, pilih Per anti
aktif. Untuk melihat senarai peranti
Bluetooth yang sedang dipasangkan
dengan telefon, pilih Peranti yang
berpasang.
Pilih Pilihan untuk mengakses
pilihan yang tersedia bergantung
kepada status peranti dan
sambungan Bluetooth. Select Beri
nama pendek, Sambungan auto
tanpa p'gesahan, Padam pasangan
Untuk menetap bagaimana telefon
anda dipaparkan kepada
peranti-peranti Bluetooth lain, pilih
Menu > Tetapan >
Kesambung-an > Bluetooth >
Tetapan Bluetooth > Kebolehlihatan
telefon saya atau Nama telefon saya.
Jika anda prihatin mengenai
keselamatan, matikan Bluetooth
atau tetapkan Kebolehlihatan
telefon saya ke Tersembunyi.
Sentiasa terima hanya komunikasi
Bluetooth daripada pihak-pihak
yang mempunyai persetujuan
dengan anda.
Inframerah
Anda boleh menetap telefon supaya
menghantar dan menerima data
melalui port inframerahnya (IR).
Untuk menggunakan sambungan IR,
peranti yang ingin anda gunakan
untuk mewujudkan sambungan
mestilah mematuhi IrDA. Anda boleh
menghantar atau menerima data ke
atau dari telefon atau peranti data
(misalnya, komputer) yang serasi
melalui port IR telefon anda.
Jangan halakan alur IR (inframerah)
ke arah mata sesiapa pun atau
membenarkan ia mengganggu
peranti-peranti IR lain.
Peranti-peranti inframerah adalah
produk laser Kelas 1.
Semasa menghantar atau menerima
data, pastikan bahawa port IR
peranti yang menghantar dan
menerima menghala ke arah satu
sama lain dan tidak terdapat
halangan di antara peranti-peranti
tersebut.
Untuk mengaktifkan port IR telefon
anda supaya menerima data
menggunakan IR, pilih Menu >
Tetapan > Kesambung-an >
Inframerah.
Untuk menyahaktifkan sambungan
IR, pilih Menu > Tetapan >
Kesambung-an > Inframerah.
Apabila telefon memaparkan
Nyahaktifkan inframerah?, pilih Ya.
Jika pemindahan data tidak
dimulakan dalam masa 2 minit
selepas pengaktifan port IR,
sambungan dibatalkan dan mesti
dimulakan sekali lagi.
Penunjuk sambungan IR
Apabila dipaparkan secara
berterusan, sambungan IR
diaktifkan, dan telefon anda sudah
bersedia untuk menghantar atau
menerima data melalui port IRnya.
Apabila berkelip, telefon anda
sedang cuba menyambung kepada
peranti yang satu lagi, atau
sambungan telah terputus.
Perkhidmatan radio paket umum
dipertingkat (EGPRS), data paket,
adalah perkhidmatan rangkaian
yang membolehkan telefon bimbit
menghantar dan menerima data
melalui rangkaian berasaskanprotikol Internet (IP). Ia
membolehkan akses wayarles
kepada rangkaian-rangkaian data
seperti Internet.
Aplikasi-aplikasi yang boleh
menggunakan data paket adalah
MMS, sesi semak imbas, e-mel,
Tekan untuk cakap, SyncML jauh,
muat turun aplikasi Java, dan
dailan-PC.
Untuk menetapkan cara
menggunakan perkhidmatan ini,
pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Data paket >
Sambungan data paket.
Pilih Apabila diperlukan untuk
menetap sambungan data paket
yang hendak diwujudkan apabila
sesuatu aplikasi memerlukannya.
Sambungan ini akan ditutup apabila
aplikasi ditamatkan.
Pilih Sentiasa bertalian untuk
menetap telefon supaya
menyambung secara automatik
kepada rangkaian data paket apabila
ia dihidupkan.
menandakan sambungan data
paket.
Tetapan data paket
Anda boleh menyambungkan telefon
menggunakan IR, teknologi
Bluetooth, atau sambungan kabel
data (CA-42) dengan PC yang serasi,
dan menggunakan telefon sebagai
modem untuk membolehkan
kesambungan data paket dari PC.
Untuk menetap tetapan-tetapan
bagi sambungan dari PC, pilih
Menu > Tetapan >
Kesambung-an > Data paket >
Tetapan data paket > Pusat akses
aktif, aktifkan pusat akses yang ingin
anda gunakan, dan pilih Edit pusat
akses aktif. Pilih Alias untuk pusat
akses, dan masukkan nama ringkas
untuk pusat akses yang sedang
dipilih. Pilih Pusat akses data paket,
dan masukkan nama pusat akses
(APN) untuk mewujudkan
sambungan kepada rangkaian
EGPRS.
Anda juga boleh menetapkan
tetapan-tetapan perkhidmatan
dailan (APN) pada PC anda
menggunakan perisian Nokia
Modem Options. Lihat "PC Suite" di
halaman 83. Jika anda telah
menetap tetapan-tetapan
kedua-duanya pada PCdan pada
telefon anda, tetapan-tetapan PC
akan digunakan.
Menu ini dipaparkan hanya jika
telefon sedang atau telah
disambungkan kepada tambahan
bimbit yang serasi.
Pilih Menu > Tetapan > Tambahan.
Anda boleh memilih menu
tambahan jika tambahan yang
sepadan sedang, atau telah
disambungkan dengan telefon.
Bergantung kepada tambahannya,
pilih daripada pilihan-pilihan
berikut:
Profil lalai — untuk memilih profil
yang ingin anda aktifkan secara
automatik apabila anda
menyambung kepada tambahan
yang dipilih
Jawapan automatik — untuk
menetap telefon supaya menjawab
panggilan masuk secara automatik
selepas 5 saat. Jika Isyarat panggilan
masuk ditetap ke Bip sekali atau Tak
aktif, jawapan automatik tidak akan
aktif.
Lampu — untuk menetap lampu
sentiasa Aktif. Pilih Automatik untuk
menetap lampu supaya hidup
selama 15 saat selepas penekanan
kekunci
Telefon te ks > Guna telefon teks >
Ya — untuk menggunakan tetapan
telefon teks dan bukan tetapan alat
dengar atau set gelung.
■ Tatarajah
Anda boleh menatarajah telefon
anda dengan tetapan-tetapan yang
diperlukan untuk
perkhidmatan-perkhidmatan
tertentu berfungsi dengan betul.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini
adalah penyemak imbas, mesej
multimedia, penyegerakan pelayan
Internet jauh, hadiran, tekan untuk
cakap dan aplikasi e-mel. Dapatkan
tetapan-tetapan dari kad SIM anda,
daripada pembekal khidmat sebagai
mesej tatarajah, atau masukkan
tetapan-tetapan peribadi anda
secara manual. Anda boleh
menyimpan tetapan-tetapan
tatarajah dari sehingga 20 pembekal
khidmat di dalam telefon dan
mengurusnya di dalam menu ini.
Untuk menyimpan tetapan-tetapan
tatarajah yang diterima sebagai
mesej tatarajah dari pembekal
khidmat, lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" di halaman xi.
Pilih Menu > Tetapan > Tatarajah
dan daripada pilihan-pilihan berikut:
Tetapan tatarajah lalai — untuk
melihat pembekal-pembekal
khidmat yang disimpan di dalam
telefon. Tatal ke satu pembekal
khidmat, dan pilih Butiran untuk
melihat aplikasi-aplikasi yang
disokong oleh tetapan-tetapan
tatarajah pembekal khidmat ini.
Untuk menetap tetapan tatarajah
pembekal khidmat sebagai tetapan
lalai, pilih Pilihan > Tetap sbg lalai.
Untuk memadam tetapan tatarajah,
pilih Padam.
Aktifkan lalai dlm semua aplikasi —
untuk mengaktifkan tetapan
tatarajah lalai bagi aplikasi-aplikasi
yang disokong
Pusat akses diutamakan — untuk
melihat pusat-pusat akses yang
disimpan. Tatal ke satu pusat akses,
dan pilih Pilihan > Butiran untuk
melihat nama pembekal khidmat,
pembawa data, dan pusat akses data
paket atau nombor dailan- GSM.
S'bung ke bantu¦an p'bkal khidmat —
untuk memuat turun
tetapan-tetapan tatarajah daripada
pembekal khidmat anda
Tetapan tatarajah peribadi — untuk
menambah akaun-akaun peribadi
baru bagi pelbagai perkhidmatan
secara manual, dan untuk
mengaktifkan atau memadamnya.
Untuk menambah akaun peribadi
baru jika anda belum menambah
satu pun, pilih Tamb br; jika tidak,
pilih Pilihan > Tambah baru. Pilih
jenis perkhidmatan, dan pilih dan
masukkan setiap parameter yang
diperlukan. Parameter-parameter
berbeza-beza menurut jenis
perkhidmatan yang dipilih. Untuk
memadam atau mengaktifkan akaun
peribadi, tatal ke akaun itu, dan pilih
Pilihan > Padam atau Aktifkan.
■ Keselamatan
Apabila ciri-ciri keselamatan yang
menyekat panggilan sedang
digunakan (seperti sekatan
panggilan, kumpulan pengguna
terhad dan dail tetap) panggilan
masih boleh dibuat ke nombor
kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti
anda.
Pilih Menu > Tetapan >
Keselama-tan dan daripada
pilihan-pilihan berikut:
Permintaan kod PIN — untuk
menetap telefon supaya meminta
kod PIN atau UPIN anda setiap kali
telefon dihidupkan. Sesetengah kad
SIM tidak membenarkan permintaan
kod dinyahaktifkan.
Khidmat sekat panggilan
(perkhidmatan rangkaian) — untuk
menyekat panggilan masuk dan
panggilan keluar dari telefon anda.
Kata laluan sekatan diperlukan.
Dail tetap — untuk menyekat
panggilan keluar anda kepada
nombor-nombor telefon yang
terpilih jika fungsi ini disokong oleh
kad SIM anda.
(perkhidmatan rangkaian) — untuk
menentukan sekumpulan orang
yang boleh anda panggil dan yang
boleh memanggil anda
Tahap keselamatan > Telefon —
untuk menetap telefon supaya
meminta kod keselamatan setiap
kali kad SIM baru dimasukkan ke
dalam telefon. Pilih Memori dan
telefon meminta kod keselamatan
apabila memori kad SIM dipilih dan
anda mahu menukar memori yang
digunakan.
Kod akses — untuk menukar kod
keselamatan, kod PIN, kod UPIN, kod
PIN2, atau kata laluan sekatan
Kod digunakan — untuk memilih
sama ada kod PIN atau kod UPIN
yang harus aktif
Permintaan kod PIN2 — untuk
memilih sama ada kod PIN2
diperlukan apabila menggunakan
ciri telefon tertentu yang
dirangkumi kod PIN2 (bergantung
pada kad SIM)
■ Menyimpan semula
tetapan kilang
Untuk menetap semula
tetapan-tetapan menu kepada
nilai-nilai asalnya, pilih Menu >
Tetapan > S'pan s'mla ttpn kilang.
Masukkan kod keselamatan.
Nama-nama dan nombor telefon
yang disimpan dalam Kenalan tidak
akan dipadam.
Menu ini membolehkan anda
mengakses portal kepada
perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan oleh operator rangkaian
anda. Nama dan ikon bergantung
kepada operator. Untuk maklumat
lanjut hubungi operator rangkaian
anda. Jika menu ini tidak dipaparkan
nombor-nombor menu yang berikut
berubah sewajarnya.
Operator boleh mengemas kini menu
ini dengan satu mesej perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut, lihat "Peti
Di dalam menu ini anda boleh
mengurus grafik, imej, rakaman, klip
video, tema, dan nada. Fail-fail ini
disusun di dalam folder-folder.
Telefon anda menyokong sistem
kunci pengaktifan bagi melindungi
kandungan yang diperoleh. Sentiasa
periksa syarat-syarat penghantaran
sebarang kandungan dan kunci
pengaktifan sebelum
memperolehnya, kerana ia mungkin
dikenakan bayaran.
Perlindungan hak cipta boleh
mencegah sesetengah imej, muzik
(termasuk nada dering), dan
kandungan lain daripada disalin,
diubah suai, dipindahkan atau
dikemukakan.
Fail-fail yang disimpan di dalam
Galeri menggunakan memori yang
mempunyai muatan kira-kira 3 MB.
Untuk melihat senarai folder
tersebut, pilih Menu > Galeri.
Untuk melihat pilihan folder yang
tersedia, pilih folder > Pilihan.
Untuk melihat senarai fail dalam
folder, pilih > Buka.
Untuk melihat pilihan fail yang ada,
pilih > Pilihan fail.
Perlindungan hak cipta boleh
mencegah sesetengah imej, nada
dering, dan kandungan lain daripada
disalin, diubah suai, dipindahkan
atau dikemukakan.
■ Kamera
Anda boleh mengambil gambar atau
merakam klip video dengan kamera
terbina dalam. Kamera ini
menghasilkan gambar dalam format
JPEG dan klip video dalam format
3GP.
Apabila mengambil dan
menggunakan imej atau klip video,
patuhi semua undang-undang dan
hormati adat-adat tempatan serta
hak privasi dan hak sah orang lain.
Peranti anda menyokong resolusi
tangkapan imej 640 x 480 piksel.
Resolusi imej dalam bahan ini
mungkin kelihatan berlainan.
Mengambil gambar
Pilih Menu > Media > Kamera.
Untuk mengambil foto, pilih
Tangkap atau tekan kekunci pelepas
kamera. Telefon menyimpan foto
dalam Galeri > Imej. Untuk
mengambil gambar lain, pilih Balik;
untuk menghantar gambar sebagai
mesej multimedia, pilih Hantar.
Untuk melihat pilihan-pilihan, pilih
Pilihan.
Untuk mengambil portret sendiri,
tutup lipatan dan gunakan paparan
mini sebagai pemidang tilik. Telam
kekunci lepas kamera.
Merakam klip video
Pilih Menu > Media > Kamera.
Untuk memilih mod video, tatal ke
kiri atau ke kanan, pilih Pilihan >
Video; pilih Rakam atau tekan
kekunci lepas kamera. Untuk
menjedakan rakaman, pilih Jeda;
untuk menyambung rakaman, pilih
Terus.. Untuk menghentikan
rakaman, pilih Henti. Telefon
menyimpan rakaman di dalam
Galeri > Klip video. Untuk melihat
pilihan-pilihan, pilih Pilihan.
■ Radio
Radio FM bergantung kepada antena
yang bukan antena peranti wayarles.
Alat dengar atau tambahan yang
serasi perlu dipasangkan kepada
peranti ini supaya radio FM boleh
berfungsi dengan betul.
aras kelantangan yang
sederhana. Pendedahan
kepada kelantangan yang
tinggi secara terus menerus
boleh merosakkan
pendengaran anda. Jangan
pegang peranti ini dekat
pada telinga apabila
pembesar suara sedang
digunakan, kerana
kelantangannya mungkin
amat kuat.
Pilih Menu > Media > Radio. Untuk
menggunakan kekunci-kekunci
grafik , , , atau pada
paparan, tatal ke kiri atau ke kanan
ke kekunci yang diingini, dan pilih ia.
Untuk menukar kelantangan, tekan
kekunci-kekunci kelantangan.
Menyimpan saluran radio
1. Untuk mulakan carian saluran,
pilih dan tahan atau .
Untuk menukarkan frekuensi
radio dalam langkah 0.05 MHz,
tekan seketika atau .
2. Untuk menyimpan saluran ke
lokasi memori,1 hingga 9, tekan
dan tahan kekunci nombor yang
sepadan. Untuk menyimpan
saluran di dalam lokasi memori
dari 10 hingga 20, tekan sebentar
1 atau 2, dan tekan dan tahan
kekunci nombor yang diingini, 0
hingga 9.
3. Masukkan nama saluran, dan
pilih OK.
Mendengar radio
Pilih Menu > Media > Radio. Untuk
tatal ke saluran yang diingini, pilih
atau atau tekan kekunci alat
dengar. Untuk memilih suatu lokasi
saluran radio, tekan sebentar
kekunci-kekunci nombor yang
sepadan.
Pilih Pilihan dan daripada
pilihan-pilihan berikut:
Matikan suis — untuk mematikan
radio
Simpan saluran — untuk menyimpan
saluran baru, dan masukkan nama
saluran
Saluran — untuk memilih senarai
saluran yang disimpan. Untuk
memadam atau menamakan semula
saluran, tatal ke saluran yang
diingini, dan pilih Pilihan > Padam
saluran atau Nama semula.
Hasil mono atau Hasil stereo —
untuk mendengar radio dalam bunyi
monofonik atau dalam stereo
Pembesar suara atau Alat dengar —
untuk mendengar radio
menggunakan pembesar suara atau
alat dengar. Pastikan alat dengar
disambungkan kepada telefon.
Wayar penyambung alat dengar
berfungsi sebagai antena radio.
Biasanya, anda boleh membuat
panggilan atau menjawab panggilan
masuk semasa mendengar radio.
Semasa panggilan, kelantangan
radio dibisukan.
Apabila suatu aplikasi yang
menggunakan sambungan data
paket atau HSCSD sedang
menghantar atau menerima data, ia
mungkin mengganggu radio.
■ Perakam
Anda boleh merakam cebisan
pertuturan, bunyi, atau panggilan
aktif selama 5 minit.
Perakam tidak boleh digunakan
apabila panggilan data atau
sambungan data paket sedang aktif.
Merakam bunyi
1. Pilih Menu > Media > Pera kam.
Untuk menggunakan
kekunci-kekunci grafik, , ,
atau , pada paparan, tatal ke
kiri atau ke kanan ke kekunci
yang diingini, dan pilih ia.
2. Untuk memulakan rakaman, pilih
. Untuk memulakan rakaman
semasa panggilan, pilih Pilihan >
Rakam. Semasa merakamkan
panggilan, semua pihak dalam
panggilan mendengar bunyi bip
perlahan kira-kira setiap 2 saat.
Semasa merakamkan panggilan,
pegang telefon di kedudukan
biasa berdekatan dengan telinga
anda.
3. Untuk menamatkan rakaman,
pilih . Rakaman disimpan di
dalam Galeri > Rakaman.
4. Untuk mendengar rakaman
terbaru, pilih Pilihan > Main
rakam t'akhir.
5. Untuk menghantar rakaman
terakhir dengan menggunakan
mesej multimedia, teknoloti
Bluetooth, atau IR, pilih Pilihan >
Hntr rakam t'akhir.
Senarai rakaman
Pilih Menu > Media > Perak am >
Pilihan > Senarai rakaman. Senarai
folder-folder di dalam Galeri
dipaparkan. Buka Rakaman untuk
melihat senarai dengan rakaman.
Pilih Pilihan untuk memilih
pilihan-pilihan bagi fail-fail di
dalam Galeri. Lihat "Galeri" di
halaman 51.
Anda boleh menetap telefon untuk
menggera pada masa yang diingini.
Pilih Menu > Pengatur > Jam
p'ggera.
Untuk menetap penggera, pilih
Waktu penggera, dan masukkan
masa penggera. Untuk menukar
masa penggera semasa masa
penggera ditetapkan, pilih Aktif.
Untuk menetap telefon supaya
memberi isyarat kepada anda pada
hari-hari tertentu, pilih Ulangi
penggera.
Untuk memilih nada penggera atau
untuk menetap satu saluran radio
sebagai nada penggera, pilih Nada
penggera. Jika anda memilih radio
sebagai nada penggera, sambungkan
alat dengar kepada telefon. Telefon
menggunakan saluran terakhir yang
anda dengar sebagai penggera, dan
penggera ini dimainkan menerusi
pembesar suara. Jika anda
menanggalkan alat dengar atau
mematikan telefon, nada penggera
lalai menggantikan radio.
Untuk menetap tamat masa tunda,
pilih Tamat masa tunda.
Menghentikan penggera
Telefon membunyikan nada isyarat,
dan memancarkan Penggera! dan
masa semasa di paparan, walaupun
semasa telefon dimatikan. Untuk
menghentikan penggera, pilih Henti
atau buka telefon. Jika anda
membiarkan telefon terus
membunyikan penggera selama satu
minit atau memilih Tunda, penggera
berhenti selama masa-tamat tunda
yang dipilih, dan kemudian berbunyi
lagi.
Jika tiba masa penggera semasa
peranti ini dimatikan, peranti ini
akan dihidupkan dengan sendirinya
dan mula membunyikan nada
penggera. Jika anda menekan Henti,
peranti ini akan bertanya sama ada
anda ingin mengaktifkannya untuk
panggilan. Pilih Tidak untuk
mematikan peranti ini atau Ya untuk
membuat dan menerima panggilan.
Jangan pilih Ya apabila penggunaan
telefon wayarles boleh
menyebabkan gangguan atau
bahaya.
Hari semasa ditandakan dengan
bingkai. Jika terdapat sebarang nota
yang ditetapkan untuk hari itu, hari
tersebut ditebalkan. Untuk melihat
nota-nota hari, pilih Pamer. Untuk
melihat minggu, pilih Pilihan >
Pamer minggu. Untuk memadam
semua nota di dalam kalendar, pilih
pameran bulan atau minggu, dan
pilih Pilihan > Pdm semua nota.
Pilihan-pilihan lain untuk pameran
hari mungkin Buat nota, Padam,
Edit, Pindah, atau Ulang a note;
Salin a note to another day; Hantar
nota sebagai mesej teks, mesej
multimedia, dengan IR, atau
teknologi Bluetooth ke kalendar
telefon lain yang serasi. Dalam
Tetapan anda boleh menetapkan
tetapan tarikh dan masa. Di dalam
Padam automatik nota anda boleh
menetap telefon supaya memadam
nota-nota lama secara automatik
selepas masa yang ditentukan.
Membuat nota kalendar
Pilih Menu > Pengatur > Kalendar.
Tatal ke tarikh yang anda mahu, dan
pilih Pilihan > Buat nota dan satu
daripada jenis-jenis nota berikut:
Mesyuarat, Panggil,
Harijadi, Memo, atau
Peringatan.
Satu penggera nota
Telefon membunyikan bip dan
memaparkan nota. Dengan nota
panggilan di paparan, anda
boleh memanggil nombor yang
dipaparkan, dengan menekan
kekunci panggil. Untuk
menghentikan penggera dan melihat
nota, pilih Pamer. Untuk
menghentikan penggera selama
10 minit, pilih Tunda. Untuk
menghentikan penggera tanpa
melihat nota, pilih Keluar.
■ Senarai tugasan
Untuk menyimpan nota bagi
tugas-tugas yang perlu anda
lakukan, pilih Menu > Pengatur >
Senarai tugasan.
Untuk membuat nota jika tiada nota
yang ditambah, pilih Tbh nota; jika
tidak, pilih Pilihan > Tambah. Tulis
nota, dan pilih keutamaan, tarikh
akhir, dan jenis penggera bagi nota.
Kemudian pilih Simpan.
Untuk melihat nota, tatal ke nota
tersebut, dan pilih Pamer. Anda juga
boleh memilih pilihan untuk
memadam nota yang dipilih dan
memadam semua nota yang telah
anda tandakan sebagai selesai. Anda
boleh mengisih nota-nota mengikut
keutamaan atau mengikut tarikh
akhir, menghantar nota ke telefon
lain sebagai mesej teks atau mesej
multimedia, dengan menggunakan
Bluetooth atau IR, menyimpan nota
sebagai nota kalendar, atau
mengakses kalendar. Semasa
melihat nota, anda juga boleh
memilih satu pilihan untuk mengedit
tarikh akhir atau keutamaan nota
atau menandakan nota sebagai
selesai.
■ Nota
Untuk menggunakan aplikasi ini
bagi menulis dan menghantar nota,
pilih Menu > Pengatur > Nota.
Untuk membuat nota jika tiada nota
yang ditambah, pilih Tbh nota; jika
tidak, pilih Pilihan > Buat suatu
nota. Tulis nota, dan pilih Simpan.
Pilihan-pilihan lain untuk nota
termasuk memadam, dan mengedit
nota. Semasa mengedit nota, anda
juga boleh keluar dari editor teks
tanpa menyimpan
perubahan-perubahan. Anda boleh
menghantar nota ke peranti-peranti
yang serasi menggunakan mesej
teks, mesej multimedia, teknologi
Blueotooth, atau IR. Jika nota itu
terlalu panjang untuk dihantar
sebagai mesej teks, telefon ini akan
meminta anda memadam
sebilangan aksara yang sesuai dari
nota anda.
■ Penyegerakan
Penyegerakan membolehkan anda
menyimpan data kalendar dan
Kenalan anda pada pelayan Internet
jauh (perkhidmatan rangkaian) atau
pada PC yang serasi. Jika anda
hendak menyimpan data pada
pelayan Internet jauh, untuk
menyegerakkan telefon anda,
mulakan penyegerakan dari telefon
anda. Untuk menyegerakkan data di
dalam kenalan, kalendar, dan nota
telefon supaya sepadan dengan data
PC anda yang serasi, mulakan
penyegerakan dari PC. Data kenalan
di dalam kad SIM anda tidak
disegerakkan.
Menjawab panggilan masuk semasa
penyegerakan menamatkan
penyegerakan, dan anda harus
memulakan ia semula.
Menyegerak dari telefon
anda
Sebelum menyegerak dari telefon
anda, anda perlu melakukan perkara
berikut:
• Langgani satu perkhidmatan
penyegerakan. Untuk butiran,
hubungi pembekal khidmat anda.
• Ambil tetapan penyegerakan dari
pembekal khidmat anda. Lihat
"Tetapan penyegerakan" di
halaman 58.
Untuk memulakan penyegerakan dari
telefon anda, lakukan yang berikut:
1. Pilih tetapan penyegerakan yang
anda perlukan untuk
penyegerakan. Lihat "Tetapan
P'yegerakkn > Penyegerakan
pelayan > Data untuk
disegerakkan. Tandakan data
yang hendak disegerakkan.
3. Pilih Menu > Pengatur >
P'yegerakkn > Penyegerakan
pelayan > Segerakkan. Data yang
ditandakan bagi kumpulan yang
aktif disegerakkan selepas
pengesahan.
Penyegerakan yang dibuat bagi
pertama kali atau selepas
penyegerakkan yang tergendala
mungkin mengambil masa sehingga
30 minit untuk selesai, jika kenalan
atau kalendar penuh.
Tetapan penyegerakan
Anda boleh menerima tetapan
tatarajah yang diperlukan untuk
penyegerakan sebagai mesej
tatarajah daripada operator
rangkaian atau pembekal khidmat.
Untuk mengurus tetapan tatarajah,
lihat "Tatarajah" di halaman 47.
yang menyokong penyegerakan
dipaparkan. Pilih satu pembekal
khidmat, Lalai, atau Tatarajah
peribadi bagi penyegerakan.
Akaun — Pilih satu akaun
perkhidmatan penyegerakan
yang terkandung dalam
tetapan-tetapan tatarajah yang
aktif.
2. Pilih Tetapan penyegerakan PC
untuk memasukkan tetapan bagi
penyegerakan diisyarat pelayan.
Tetapkan Nama pengguna dan
Kata laluan.
Nama pengguna dan kata laluan
mestilah sama di dalam telefon
dan di dalam PC.
Menyegerak dari PC yang
serasi
Untuk menyegerak Kenalan,
Kalendar, dan Nota dari PC yang
serasi, gunakan sambungan IR,
teknologi Bluetooth, atau kabel
data. Anda juga perlukan perisian
Nokia PC Suite telefon anda
dipasang pada PC. Mulakan
penyegerakan dari PC menggunakan
Nokia PC Suite.
■ Kalkulator
Kalkulator di dalam telefon anda
menambah, menolak, mendarab,
membahagi, mengira kuasa dua dan
punca kuasa dua dan menukar
nilai-nilai mata wang.
mempunyai ketepatan
terhad dan direka bentuk
untuk pengiraan yang
mudah.
Pilih Menu > Pengatur > Kalkulator.
Apabila 0 dipaparkan di skrin,
masukkan nombor pertama dalam
pengiraan. Tekan # untuk titik
perpuluhan. Pilih Pilihan > Tambah,
Tolak, Darab, Bahagi, Kuasa dua,
Punca kuasa 2, atau Tukar tanda.
Masukkan nombor kedua. Untuk
jumlahnya, pilih Hasil. Ulang urutan
ini seberapa banyak kali yang perlu.
Untuk memulakan pengiraan baru,
mula-mula pilih dan tahan Padam.
Untuk melaksanakan penukaran
mata wang, pilih Menu >
Pengatur > Kalkulator. Untuk
menyimpan kadar tukaran, pilih
Pilihan > Kadar pertukaran. Pilih
salah satu daripada pilihan-pilihan
yang dipaparkan. Masukkan kadar
tukaran, tekan # untuk titik
perpuluhan, dan pilih OK. Kadar
tukaran akan tetap berada di dalam
memori sehingga anda
menggantikannya dengan kadar
tukaran yang lain. Untuk membuat
penukaran mata wang, masukkan
jumlah yang hendak ditukar, dan
pilih Pilihan > Dalam tempatan atau
Dalam asing.
Nota: Apabila anda menukar
mata wang asas, anda
mestilah memasukkan
kadar-kadar baru kerana
semua kadar tukaran yang
ditetap sebelumnya ditetap
ke sifar.
■ Jam randik
Untuk mengukur masa, mengambil
masa pertengahan, atau mengambil
masa pusingan, gunakan jam randik.
Semasa mengukur masa,
fungsi-fungsi telefon yang lain
boleh digunakan. Untuk menetap
pemasaan jam randik di latar
belakang, tekan kekunci tamat.
Menggunakan jam randik atau
membiarkan ia berjalan di latar
belakang apabila menggunakan
ciri-ciri lain menambah penggunaan
kuasa bateri dan mengurangkan
hayat bateri.
Pilih Menu > Pengatur > Jam randik
dan daripada pilihan-pilihan berikut:
Pemisahan masa — untuk
mengambil masa pertengahan.
Untuk memulakan pemerhatian
masa, pilih Mula. Pilih Pisahkan
setiap kali anda mahu mengambil
masa pertengahan. Untuk
menghentikan pemerhatian masa,
pilih Henti. Untuk menyimpan masa
yang diukur, pilih Simpan. Untuk
memulakan pemerhatian masa
sekali lagi, pilih Pilihan > Mula.
Masa yang baru ditambahkan
kepada masa yang sebelumnya.
Untuk menetap semula masa tanpa
menyimpannya, pilih Tetap semula.
Untuk menetap pemasaan jam
randik di latar belakang, tekan
kekunci tamat.
Masa pusingan — untuk mengambil
masa pusingan. Untuk menetap
pemasaan jam randik di latar
belakang, tekan kekunci tamat.
Teruskan — untuk melihat pemasaan
yang telah anda tetapkan di latar
belakang
Tunjukkan akhir — untuk melihat
masa yang paling baru diukur jika
jam randik tidak ditetap semula
Pamer masa atau Padam masa —
untuk melihat atau memadam
masa-masa yang disimpan
■ Pemasa undur
Pilih Menu > Pengatur > Pemasa.
Masukkan masa penggera dalam
jam, minit, dan saat, dan pilih OK.
Jika anda mahu, tulis teks nota anda
sendiri yang dipaparkan apabila
tamat tempoh masa. Untuk
memulakan pemasa undur, pilih
Mula. Untuk menukar masa undur,
pilih Tukar masa. Untuk
menghentikan pemasa, pilih Henti
pemasa.
Jika masa penggera tiba semasa
telefon dalam mod siap sedia,
telefon akan membunyikan nada
dan memancarkan teks nota jika ia
ditetap atau Pemasa undur tamat.
Untuk menghentikan penggera,
tekan sebarang kekunci. Jika tiada
kekunci yang ditekan, penggera
berhenti secara automatik dalam
masa 30 saat. Untuk menghentikan
penggera dan untuk memadam teks
nota, pilih Keluar. Untuk memulakan
semula pemasa undur, pilih Mula
Perisian telefon anda termasuk
beberapa permainan.
Melancarkan permainan
Pilih Menu > Aplikasi > Permainan.
Tatal ke permainan yang diingini,
dan pilih Buka.
Untuk pilihan-pilihan yang
berkaitan dengan permainan, lihat
"Pilihan-pilihan aplikasi lain" di
halaman 61.
Memuat turun permainan
Pilih Menu > Aplikasi > Pilihan >
Muat turun > M/turun mainan.
Senarai penanda buku yang terdapat
dipaparkan. Pilih Lebih p/buku untuk
mengakses senarai penanda buku di
dalam menu Web. Lihat "Penanda
buku" di halaman 76.
Penting: Hanya pasang dan
gunakan aplikasi-aplikasi
dan perisian lain dari
sumber-sumber yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada perisian
yang merosakkan.
Tetapan permainan
Untuk menetap bunyi, lampu, dan
goncangan bagi permainan, pilih
Menu > Aplikasi > Pilihan >
Tetapan aplikasi.
■ Kutipan
Perisian telefon anda termasuk
beberapa aplikasi Java yang direka
khusus bagi telefon Nokia ini.
Melancarkan aplikasi
Pilih Menu > Aplikasi > Kutipan.
Tatal ke aplikasi, dan pilih Buka.
Pilihan-pilihan aplikasi lain
Padam — untuk memadam aplikasi
atau kumpulan aplikasi dari telefon
Pindah — untuk memindahkan
aplikasi atau permainan ke folder
yang lain
Butiran — untuk melihat maklumat
tambahan mengenai aplikasi
Versi terkini — untuk memeriksa
sama ada versi baru aplikasi
terdapat untuk dimuat turun dari
aplikasi daripada mengakses
rangkaian. Pelbagai kategori
dipaparkan. Pilih di dalam setiap
kategori, jika terdapat, satu daripada
izin-izin berikut: Tanya setiap kali
untuk menetap telefon supaya
sentiasa bertanya bagi akses
rangkaian, Tanya kali p'tama untuk
menetap telefon supaya bertanya
bagi akses rangkaian hanya pada
percubaan pertama, Selalu
dibenarkan untuk membenarkan
akses rangkaian, atau Tidak
dibenarkan untuk tidak
membenarkan akses rangkaian.
Laman web — untuk memberi
maklumat lanjut atau data
tambahan bagi aplikasi dari laman
Internet. Ciri ini mestilah disokong
oleh rangkaian. Ia hanya ditunjukkan
jika satu alamat Internet telah diberi
bersama aplikasi.
Memuat turun aplikasi
Telefon anda menyokong aplikasi
Java J2ME
aplikasi itu serasi dengan telefon
anda sebelum memuat turun ia.
TM
. Pastikan bahawa
Penting: Hanya pasang dan
gunakan aplikasi-aplikasi
dan perisian lain dari
sumber-sumber yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada
perisian yang merosakkan.
Anda boleh memuat turun
aplikasi-aplikasi Java baru dengan
beberapa cara berlainan.
Pilih Menu > Aplikasi > Pilihan >
Muat turun > M/turun aplikasi.
Senarai penanda buku yang terdapat
dipaparkan. Pilih Lebih p/buku untuk
mengakses senarai penanda buku di
dalam menu Web. Pilih penanda
buku yang sesuai untuk
menyambung kepada laman yang
diingini. Untuk ketersediaan
perkhidmatan-perkhidmatan yang
berbeza, harga dan tarif, hubungi
pembekal khidmat anda.
Pilih Menu > Web > Pautan muat
turun. Muat turun aplikasi atau
permainan yang sesuai. Lihat
"Memuat turun fail" di halaman 77.
Gunakan fungsi muat turun
permainan. Lihat "Memuat turun
Gunakan Nokia Application Installer
di dalam PC Suite untuk memuat
turun aplikasi-aplikasi ke telefon
anda.
Peranti ini mungkin mempunyai
beberapa penanda buku yang telah
dimuatkan untuk laman-laman yang
bukan anggota gabungan Nokia.
Nokia tidak menjamin atau
menyokong laman-laman ini. Jika
anda memilih untuk mengaksesnya,
anda harus mengambil
langkah-langkah berjaga-jaga yang
sama, untuk keselamatan atau
kandungan, seperti yang anda ambil
untuk sebarang laman Internet lain.
Tekan untuk cakap (PTT) melalui
selular adalah perkhidmatan radio
dua hala yang terdapat melalui
rangkaian selular GSM/GPRS
(perkhidmatan rangkaian). PTT
menyediakan komunikasi suara
langsung. Untuk menyambung,
tekan kekunci PTT.
Anda boleh menggunakan PTT untuk
mengadakan perbualan dengan
seorang atau sekumpulan orang
yang mempunyai peranti yang
serasi. Apabila panggilan anda
disambungkan, orang atau
kumpulan yang anda panggil tidak
perlu menjawab telefon. Para
peserta harus mengesahkan
penerimaan sebarang komunikasi di
mana sesuai, kerana tidak ada
pengesahan lain sama ada
penerima-penerima telah
mendengar panggilan tersebut.
Untuk mengetahui ketersediaan dan
kos, dan untuk melanggani
perkhidmatan ini, hubungi operator
rangkaian atau pembekal khidmat
anda. Perkhidmatan-perkhidmatan
rayau mungkin lebih terbatas
daripada perkhidmatan bagi
panggilan biasa.
Sebelum anda menggunakan
perkhidmatan PTT, anda mestilah
menetap tetapan-tetapan
perkhidmatan PTT yang diperlukan.
Lihat "Tetapan PTT" di halaman 71.
Semasa anda tersambung kepada
perkhidmatan PTT, anda boleh
menggunakan fungsi-fungsi lain
pada telefon. PTT melalui
perkhidmatan selular tidak
berhubungan dengan komunikasi
suara tradisional, dan oleh itu
banyak perkhidmatan yang tersedia
bagi panggilan suara tradisional
(misalnya, peti mel suara) tidak
terdapat bagi PTT melalui
komunikasi selular.
■ Menu Tekan untuk
cakap
Pilih Menu > Tekan utk ckp.
• Untuk menyambung atau
memutuskan sambungan kepada
perkhidmatan PTT, pilih Aktifkan
PTT atau Nyahaktif¦kan PTT.
• Untuk melihat permintaan
panggil balik yang diterima, pilih
Peti masuk pang. balik.
• Untuk melihat senarai kumpulan
PTT, pilih Senarai kumpulan.
• Untuk melihat senarai kenalan
yang telah anda tambahkan
dengan alamat PTT yang diterima
daripada pembekal khidmat, pilih
Senarai kenalan.
• Untuk menambah kumpulan PTT
pada telefon, pilih Tambah
kumpulan.
• Untuk menetap tetapan-tetapan
PTT untuk digunakan, pilih
Tetapan PTT.
• Untuk menetap tetapan-tetapan
yang diperlukan bagi sambungan
PTT, pilih Tetapan tatarajah.
• Untuk membuka penyemak
imbas dan untuk menyambung
kepada portal rangkaian PTT yang
disediakan oleh pembekal
khidmat, pilih Web.
■ Menyambung
kepada PTT
Untuk menyambung kepada
perkhidmatan PTT, pilih Menu >
Tekan utk ckp > Aktifkan PTT.
menandakan sambungan PTT.
menandakan bahawa perkhidmatan
ini tidak terdapat buat sementara
waktu. Telefon mencuba secara
automatik untuk menyambung
semula kepada perkhidmatan itu
sehingga anda memutuskan
sambungan kepada perkhidmatan
PTT. Jika anda telah menambah
kumpulan pada telefon, anda
disambungkan secara automatik
kepada kumpulan-kumpulan yang
aktif (Lalai atau Didengar), dan
nama kumpulan lalai dipaparkan
dalam mod siap sedia.
Untuk memutuskan sambungan
kepada perkhidmatan PTT, pilih
Nyahaktif¦kan PTT.
■ Membuat dan
menerima panggilan
PTT
Tetapkan telefon supaya
menggunakan pembesar suara atau
cuping telinga bagi komunikasi PTT.
Amaran: Jangan pegang
peranti ini pada telinga
apabila pembesar suara
sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin
sangat kuat.
Semasa disambungkan kepada
perkhidmatan PTT, anda boleh
membuat atau menerima panggilan
kumpulan atau panggilan satu sama
satu. Panggilan satu sama satu
adalah panggilan yang anda buat
kepada seorang sahaja.
Membuat dail keluar
panggilan PTT
Bagi panggilan PTT dail keluar anda
boleh memilih berbilang kenalan PTT
dari senarai kenalan. Para penerima
mendapat panggilan masuk dan
perlu menerima panggiloan tersebut
untuk mengambil bahagian.
Panggilan dail keluar membuat satu
kumpulan sementara dan
peserta-peserta menyertai
kumpulan ini hanya untuk jangka
masa panggilan itu. Selepas
panggilan, kumpulan dail keluar
sementara itu dipadam.
Pilih Menu > Tekan utk ckp >
Senarai kenalan dan tandakan
kenalan-kenalan yang diingini untuk
panggilan dail-keluar.
Ikon di belakang kenalan di dalam
senarai menandakan status log
masuk semasa: , , atau
menandakan bahawa orang itu sama
ada tersedia, tidak tersedia, atau
tidak diketahui, menandakan
bahawa status log masuk tidak
tersedia. Status log masuk hanya
tersedia bagi kenalan-kenalan yang
dilanggani. Untuk mengubah
kenalan yang dilanggan, pilih
Pilihan dan dari pilihan senarai
kenalan yang tersedia, L'gganan
kenalan or Kenalan tak l'ggan, atau
jika satu atau lebih kenalan telah
ditanda L'gganan ditanda or H'nti
l'ggan dit'nda.
Tekan kekunci PTT sebentar untuk
mulakan panggilan dail- keluar.
Kenalan-kenalan yang ditandakan
dipanggil oleh perkhidmatan PTT,
dan kenalan-kenalan yang
menyertai ditunjukkan di paparan.
Tekan dan tahan kekunci PTT untuk
bercakap dengan kenalan-kenalan
yang disertakan. Lepaskan kekunci
PTT untuk mendengar jawapan.
Tekan kekunci tamat untuk
tamatkan panggilan dail- keluar.
Membuat panggilan
kumpulan
Untuk membuat panggilan kepada
kumpulan lalai, tekan kekunci PTT.
Satu nada berbunyi, menandakan
akses dibenarkan, dan telefon
memaparkan nama ringkas anda dan
nama kumpulan.
Untuk membuat panggilan kepada
kumpulan bukan lalai, pilih Senarai
kumpulan dalam menu PTT, tatal ke
kumpulan yang dikehendaki, dan
tekan kekunci PTT.
Tekan dan tahan kekunci PTT
sepanjang masa anda bercakap, dan
pegang telefon di hadapan anda
supaya anda dapat melihat paparan.
Setelah anda selesai, lepaskan
kekunci PTT. Seseorang dibenarkan
bercakap mengikut dasar yang
dahulu-didahulukan. Apabila
seseorang berhenti bercakap, orang
pertama yang menekan kekunci PTT
boleh bercakap selepas itu.
Untuk memulakan panggilan satu
sama satu dari senarai kenalan yang
telah anda tambahkan dengan
alamat PTT, pilih Senarai kenalan.
Tatal ke satu kenalan, dan tekan
kekunci PTT. Anda juga boleh
memilih kenalan dari Kenalan.
Untuk memulakan panggilan satu
sama satu dari senarai kumpulan
PTT, pilih Senarai kumpulan, dan
tatal ke kumpulan yang diingini.
Pilih Pilihan > Ahli aktif, tatal ke
kenalan yang diingini, dan tekan
kekunci PTT.
Untuk memulakan panggilan satu
sama satu dari senarai permintaan
panggil balik yang telah anda
terima, pilih Peti masuk pang. balik.
Tatal ke nama ringkas yang diingini,
dan tekan kekunci PTT.
Menerima panggilan PTT
Satu nada pendek memberitahu
anda tentang panggilan masuk
kumpulan dan satu sama satu.
Apabila menerima panggilan
kumpulan, nama kumpulan dan
nama ringkas pemanggil dipaparkan.
Apabila menerima panggilan satu
sama satu daripada seseorang yang
maklumatnya telah anda simpan di
dalam Kenalan, nama yang disimpan
dipaparkan jika dikenal pasti; jika
tidak, hanya nama ringkas
pemanggil sahaja yang dipaparkan.
Anda boleh sama ada menerima
atau menolak panggilan satu sama
satu yang masuk jika anda telah
menetap telefon supaya
memberitahu anda terlebih dahulu
tentang panggilan satu sama satu.
Jika anda menekan kekunci PTT
untuk cuba memberi respons kepada
satu kumpulan semasa seorang ahli
lain sedang bercakap, anda
mendengar satu nada beratur, dan
Beratur dipaparkan selagi anda
menekan kekunci PTT. Tekan dan
tahan kekunci PTT, dan tunggu orang
yang satu lagi selesai; kemudian
anda boleh bercakap.
■ Permintaan panggil
balik
Jika anda membuat panggilan satu
sama satu dan tidak mendapat
jawapan, anda boleh menghantar
permintaan supaya orang tersebut
memanggil anda balik.
Apabila seseorang menghantar anda
permintaan panggil balik,
Permintaan panggilan balik diterima
dipaparkan dalam mod siap sedia.
Apabila anda menerima permintaan
panggil balik dari seseorang yang
tidak di dalam senarai kenalan anda,
anda boleh menyimpan nama itu ke
Anda boleh menghantar permintaan
panggil balik dengan cara-cara
berikut:
• Untuk menghantar permintaan
panggil balik dari senarai kenalan
di dalam menu Tekan utk. cakap,
pilih Senarai kenalan. Tatal ke
satu kenalan, dan pilih Pilihan >
Hantar pang. balik.
• Untuk menghantar permintaan
panggil balik dari Kenalan, cari
kenalan yang diingini, pilih
Pilihan > Butiran kenalan, tatal
ke alamat PTT, dan pilih Pilihan >
Hantar pang. balik.
• Untuk menghantar permintaan
panggil balik dari senarai
kumpulan di dalam menu PTT,
pilih Senarai kumpulan, dan tatal
ke kumpulan yang diingini.
Pilihan > Ahli aktif, tatal ke
kenalan yang diingini, dan pilih
Pilihan > Hantar pang. balik.
• Untuk menghantar permintaan
panggil balik dari senarai
permintaan panggil balik di
dalam menu Tekan utk. cakap,
pilih Peti masuk pang. balik. Tatal
ke satu kenalan, dan pilih
Pilihan > Hantar pang. balik.
Menjawab permintaan
panggil balik
1. Untuk membuka Peti masuk
pang. balik, pilih Pamer. Senarai
nama ringkas orang-orang yang
telah menghantar permintaan
panggil balik kepada anda
dipaparkan.
2. Untuk membuat panggilan satu
sama satu, tekan kekunci PTT.
3. Untuk menghantar balik
permintaan panggilan kepada
penghantar, pilih Pilihan >
Hantar pang. balik.
Untuk memadam permintaan,
pilih Padam.
Menyimpan penghantar
permintaan panggil balik
1. Untuk membuka Peti masuk
pang. balik, pilih Pamer. Senarai
nama ringkas orang-orang yang
telah menghantar permintaan
panggil balik kepada anda
dipaparkan.
2. Untuk melihat alamat PTT
penghantar, pilih Pilihan > Lihat
alamat PTT.
Untuk menyimpan kenalan baru
atau untuk menambah alamat
PTT pada kenalan, pilih Pilihan >
Anda boleh menyimpan nama
orang-orang yang anda kerap buat
panggilan satu sama satu dengan
cara-cara berikut:
• Untuk menambah alamat PTT
pada nama di dalam Kenalan,
cari kenalan yang diingini, dan
pilih Pilihan > Tambah butiran >
Alamat PTT.
• Untuk menambah kenalan pada
senarai kenalan PTT, pilih
Menu > Tekan utk ckp > Senarai
kenalan > Pilihan > Tambah
kenalan.
• Untuk menambah kenalan dari
senarai kumpulan, sambung
kepada perkhidmatan PTT, pilih
Senarai kumpulan, dan tatal ke
kumpulan yang dikehendaki. Pilih
Pilihan > Ahli aktif. Tatal ke ahli
yang maklumat kenalannya ingin
anda simpan, dan pilih Pilihan.
Untuk menambah kenalan baru,
pilih Simpan sebagai. Untuk
menambah alamat PTT pada
nama di dalam Kenalan, pilih
Tamb. ke kenalan.
■ Membuat dan
Menyediakan kumpulan
Apabila anda memanggil sesuatu
kumpulan, semua ahli kumpulan
tersebut mendengar panggilan itu
secara serentak.
Setiap ahli dalam kumpulan dikenal
pasti melalui nama ringkas, yang
ditunjukkan sebagai pengenalan
pemanggil. Ahli-ahli kumpulan
boleh memilih nama ringkas untuk
diri mereka di dalam setiap
kumpulan.
Kumpulan-kumpulan didaftarkan
dengan alamat URL. Seorang
pengguna mendaftarkan URL
kumpulan itu dalam rangkaian
dengan menyertai sesi kumpulan
buat pertama kali.
Terdapat tiga jenis kumpulan PTT:
• Kumpulan yang diperuntukkan
adalah kumpulan terhad yang
membenarkan hanya
peserta-peserta terpilih yang
diperuntukkan oleh pembekal
khidmat untuk menyertai.
• Kumpulan ad hoc adalah
kumpulan yang boleh dibuat oleh
pengguna. Anda boleh membuat
kumpulan anda sendiri, dan
menjemput ahli-ahli menyertai
kumpulan itu.
• Kumpulan ad hoc pro adalah
kumpulan yang boleh anda buat
daripada ahli-ahli kumpulan
yang diperuntukkan. Misalnya,
satu perniagaan boleh
mempunyai kumpulan terhad
dan kumpulan berasingan yang
dibuat bagi fungsi-fungsi
perniagaan tertentu.
Menambah kumpulan
Pilih Menu > Tekan utk ckp >
Tambah kumpulan dan daripada
pilihan yang berikut:
Berpandu — untuk menambah
kumpulan baru. Untuk menetap
tahap keselamatan bagi kumpulan,
pilih Kumpulan umum atau
Kumpulan peribadi. Jika anda pilih
Kumpulan peribadi, telefon secara
automatik membuat bahagian
terkarau dalam alamat kumpulan
yang tidak dapat dilihat oleh
ahli-ahli apabila mereka menerima
jemputan menyertai kumpulan.
Hanya orang yang membuat
kumpulan peribadi itu yang boleh
menjemput lebih ramai ahli
menyertai kumpulan itu. Masukkan
nama untuk kumpulan tersetut. Pilih
Lalai, Didengar, atau Tak aktif.
Telefon menunjukkan kumpulan
telah disimpan dan statusnya. Lalai
dan Didengar adalah
kumpulan-kumpulan aktif. Apabila
anda menekan kekunci PTT untuk
membuat panggilan kumpulan,
kumpulan lalai akan dipanggil jika
anda belum menatal ke sebarang
kumpulan atau kenalan lain. Untuk
menghantar jemputan kepada
kumpulan, pilih Ya apabila telefon
memintanya. Anda boleh
menghantar jemputan
menggunakan mesej teks, teknologi
Bluetooth atau IR.
Ahli-ahli yang anda jemput
menyertai kumpulan umum boleh
juga menjemput lebih banyak ahli
menyertai kumpulan itu.
Manual — untuk menyertai
kumpulan yang sedia ada. Masukkan
alamat kumpulan. Pilih Lalai,
Didengar, atau Tak akt if. Telefon
menunjukkan kumpulan telah
disimpan dan statusnya. Lalai dan
Didengar adalah
kumpulan-kumpulan aktif. Apabila
anda menekan kekunci PTT untuk
membuat panggilan kumpulan,
kumpulan lalai akan dipanggil jika
anda belum menatal ke sebarang
kumpulan atau kenalan lain.
1. Apabila anda menerima
jemputan mesej teks untuk
menyertai sesuatu kumpulan,
Jemputan kump diterima:
dipaparkan.
2. Untuk melihat nama ringkas
orang yang menghantar
jemputan dan alamat kumpulan
jika kumpulan itu bukan
kumpulan peribadi, pilih Pamer.
3. Untuk menambah kumpulan
pada telefon anda, pilih Simpan.
Untuk menetap status bagi
kumpulan, pilih Lalai, Didengar,
atau Tak aktif.
Untuk menolak jemputan, pilih
Keluar > Ya, atau pilih Pamer >
Buang > Ya.
■ Tetapan PTT
Terdapat dua jenis tetapan PTT.
tetapan bagi menyambung kepada
perkhidmatan dan tetapan bagi
penggunaan.
Anda boleh menerima
tetapan-tetapan bagi menyambung
kepada perkhidmatan daripada
operator rangkaian atau pembekal
khidmat anda. Lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" di halaman xi.
Anda boleh masuk tetapannya
secara manual. Lihat "Tatarajah" di
halaman 47.
Untuk memilih tetapan bagi
menyambung kepada perkhidmatan,
pilih Menu > Tekan utk ckp >
Tetapan tatarajah dan daripada
pilihan-pilihan berikut:
Tatarajah — untuk memilih satu
pembekal khidmat, Lalai, atau
Tatarajah peribadi bagi
perkhidmatan PTT. Hanya tatarajah
yang menyokong perkhidmatan PTT
dipaparkan.
Akaun — untuk memilih akaun
perkhidmatan PTT yang terkandung
di dalam tetapan-tetapan tatarajah
yang aktif
Nama pengguna PTT, Nama ringkas
lalai, Kata laluan tekan untuk cakap,
Domain, dan Alamat pelayan
Untuk mengedit tetapan PTT untuk
digunakan, pilih Menu > Tekan utk
ckp > Tetapan PTT.
Untuk memilih telefon supaya
membenarkan penerimaan
panggilan satu sama satu yang
masuk, pilih Panggilan 1 ke 1 > Aktif.
Untuk membuat tetapi tidak
menerima panggilan satu sama satu,
pilih Tak aktif . Pembekal khidmat
mungkin menawarkan beberapa
perkhidmatan yang menggantikan
tetapan-tetapan ini. Untuk menetap
telefon supaya memberitahu anda
dahulu tentang panggilan satu sama
satu yang masuk dengan nada
deringan, pilih Beritahu.
Anda boleh mengakses pelbagai
perkhidmatan Internet bergerak
dengan penyemak imbas telefon
anda.
Penting: Gunakan hanya
perkhidmatan yang anda
percayai dan yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada
perisian yang merosakkan.
Periksa ketersediaan
perkhidmatan-perkhidmatan ini,
harga dan tarif, dan arahan dengan
pembekal khidmat anda.
Dengan penyemak imbas anda
boleh melihat
perkhidmatan-perkhidmatan yang
menggunakan bahasa tokokan
wayarles (WML) atau bahasa
tokokan hiperteks diperluas
(XHTML) di laman-lamannya.
Kemunculan boleh berubah-ubah
disebabkan saiz skrin. Anda
mungkin tidak dapat melihat semua
butiran di laman-laman Internet.
■ Menyediakan semakan
imbas
Anda boleh menerima
tetapan-tetapan perkhidmatan yang
diperlukan untuk menyemak imbas
sebagai mesej tatarajah daripada
pembekal khidmat yang
menawarkan perkhidmatan yang
ingin anda gunakan. Lihat
"Perkhidmatan tetapan tatarajah" di
halaman xi. Anda boleh juga
memasukkan semua tetapan
tatarajah secara manual. Lihat
"Tatarajah" di halaman 47.
■ Menyambung kepada
perkhidmatan
Pertama, tentusahkan bahawa
tetapan tatarajah yang betul bagi
perkhidmatan yang ingin anda
gunakan diaktifkan.
1. Untuk memilih tetapan bagi
menyambung kepada
perkhidmatan, pilih Menu >
2. Pilih Tatarajah. Hanya tatarajah
yang menyokong perkhidmatan
semak imbas dipaparkan. Pilih
satu pembekal khidmat, Lalai,
atau Tatarajah peribadi bagi
semak imbas. Lihat
"Menyediakan semakan imbas" di
halaman 73.
Pilih Akaun dan satu akaun
perkhidmatan semak imbas yang
terkandung di dalam
tetapan-tetapan tatarajah yang
aktif.
Pilih Papar tetingkap terminal >
Ya untuk melaksanakan
pengesahan pengguna manual
bagi sambungan intranet.
Kedua, buat sambungan kepada
perkhidmatan dengan salah satu
cara berikut:
• Pilih Menu > Web > Rumah;
atau dalam mod siap sedia, tekan
dan tahan 0.
• Untuk memilih penanda buku
bagi perkhidmatan, pilih Menu >
Web > Penanda buku.
• Untuk memilih URL terakhir, pilih
Menu > Web > Alamat web
terakhir.
• Untuk memasukkan alamat
perkhidmatan, pilih Menu >
Web > Pergi ke alamat, masukkan
alamat perkhidmatan, dan pilih
OK.
■ Laman semak imbas
Selepas anda membuat sambungan
kepada perkhidmatan, anda boleh
mula menyemak imbas
laman-lamannya. Fungsi
kekunci-kekunci telefon boleh
berubah-ubah dalam perkhidmatan
yang berlainan. Ikut panduan teks
pada paparan telefon. Untuk
maklumat lanjut, hubungi pembekal
khidmat anda.
Jika data paket dipilih sebagai
pembawa data, ditunjukkan di
sebelah kiri atas paparan semasa
menyemak imbas. Jika anda
menerima panggilan atau mesej
teks, atau membuat panggilan
semasa sambungan data paket,
ditunjukkan di sebelah kanan atas
paparan untuk menandakan bahawa
sambungan digantung (ditahan).
Selepas panggilan, telefon cuba
menyambung semula sambungan
data paket.
Menyemak imbas dengan
kekunci-kekunci telefon
Gunakan kekunci-kekunci navigasi
untuk menyemak imbas laman.
Untuk memilih item yang
diserlahkan, tekan kekunci untuk
panggil, atau pilih Pilih.
Untuk memasukkan huruf dan
nombor, tekan kekunci-kekunci, 0
hingga 9. Untuk memasukkan aksara
khas, tekan *.
Tambah p/buku, Penanda buku,
Pilihan laman, Sejarah, Pautan muat
turun, Pilihan lain, Muat semula, dan
Henti mungkin terdapat. Pembekal
khidmat mungkin juga menawarkan
pilihan-pilihan lain.
Suatu cache ialah lokasi memori
yang digunakan untuk menyimpan
data buat sementara waktu. Jika
anda telah cuba mengakses atau
telah mengakses maklumat sulit
yang memerlukan kata laluan,
kosongkan cache selepas setiap kali
digunakan. Maklumat atau
perkhidmatan yang telah anda akses
disimpan di dalam cache.
Untuk mengosongkan cache, lihat
"Memori cache" di halaman 78.
Panggilan langsung
Penyemak imbas menyokong
fungsi-fungsi yang boleh anda akses
semasa menyemak imbas. Anda
boleh membuat panggilan telefon,
menghantar nada DTMF semasa
panggilan suara sedang
berlangsung, dan menyimpan nama
dan nombor telefon dari laman.
■ Tetapan kemunculan
Semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Ttpn
kemunculan; atau dalam mod siap
sedia, pilih Menu > Web >
Tetapan > Tetapan kemunculan dan
daripada pilihan-pilihan berikut:
Susunan teks > Aktif — untuk
menetap teks supaya berterusan
pada baris berikutnya di paparan.
Jika anda pilih Tak ak tif, teks
disingkatkan.
Saiz fon > Lebih kecil, Kecil, atau
Sederhana — untuk menetap saiz
fon.
Tunjukkan imej > Tidak — untuk
menyembunyikan gambar-gambar
di laman. Ini boleh mempercepatkan
penyemakan laman yang
mengandungi banyak gambar.
Isyarat > Isyarat untuk samb. tak
terjamin > Ya — untuk menetapkan
telefon supaya memberi isyarat
apabila sambungan dienkripsi
bertukar menjadi sambungan tidak
dienkripsi semasa menyemak imbas.
Isyarat > Isyarat untuk item tak
terjamin > Ya — untuk menetap
telefon supaya mengisyarat apabila
laman yang disulitkan mengandungi
item yang tak dijamin.
Isyarat-isyarat ini tidak menjamin
sambungan yang terjamin. Untuk
maklumat lanjut, lihat "Keselamatan
Pengekodan aksara > Pengekodan
kandungan — untuk memilih
pengekodan bagi kandungan laman
penyemak imbas
Pengekodan aksara > Alamat web
unicode (UTF-8) > Aktif — untuk
menetap telefon supaya menghantar
URL sebagai pengekodan UTF-8.
Anda mungkin perlukan tetapan ini
apabila anda mengakses laman Web
yang dibuat dalam bahasa asing.
Saiz skrin > Penuh atau Kecil —
untuk menetapkan saiz skrin
■ Kuki
Satu kuki ialah data yang disimpan
oleh satu laman di dalam memori
cache telefon anda. Kuki disimpan
sehingga anda memadam memori
cache. Lihat "Memori cache" di
halaman 78.
Semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain >
Keselamatan > Tetapan kuki; atau
dalam mod siap sedia, pilih Menu >
Web > Tetapan > Tetapan
keselamatan > Kuki. Untuk
membenarkan atau menghalang
telefon daripada menerima kuki,
pilih Membenarkan atau Menolak.
■ Skrip melalui
sambungan terjamin
Anda boleh memilih sama ada
hendak membenarkan skrip berjalan
dari laman terjamin. Telefon ini
menyokong skrip WML.
1. Semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Tetapan
keselamatan > Tetapan skrip;
atau dalam mod siap sedia, pilih
Menu > Web > Tetapan >
Tetapan keselamatan > Skrip
bagi sam- bungan terjamin.
2. Untuk membenarkan skrip, pilih
Membenarkan.
■ Penanda buku
Anda boleh menyimpan alamat
laman sebagai penanda buku di
dalam memori telefon.
1. Semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Penanda buku; atau
dalam mod siap sedia, pilih
Menu > Web > Penanda buku.
2. Tatal ke satu penanda buku, dan
pilih ia; atau tekan kekunci
panggil untuk membuat
sambungan kepada laman yang
berkaitan dengan penanda buku
itu.
mengedit, memadam, atau
menghantar penanda buku;
membuat penanda buku baru;
atau menyimpan penanda buku
ke folder.
Peranti ini mungkin mempunyai
beberapa penanda buku yang telah
dimuatkan untuk laman-laman yang
bukan anggota gabungan Nokia.
Nokia tidak menjamin atau
menyokong laman-laman ini. Jika
anda memilih untuk mengaksesnya,
anda harus mengambil
langkah-langkah berjaga-jaga yang
sama, untuk keselamatan atau
kandungan, seperti yang anda ambil
untuk sebarang laman Internet lain.
Menerima penanda buku
Apabila anda menerima penanda
buku yang dihantar sebagai penanda
buku, 1 penanda buku diterima
dipaparkan. Untuk menyimpan
penanda buku, pilih Tunjuk. Untuk
membuang penanda buku sebaik
saja anda menerima penanda buku
itu, pilih Keluar.
■ Memuat turun fail
Untuk memuat turun lebih banyak
nada, imej, permainan, atau aplikasi
ke telefon anda (perkhidmatan
rangkaian), pilih Menu > Web >
Pautan muat turun > Muat turun
nada, Muat turun grafik, M/turun
mainan, Muat turun video, Muat
turun tema, atau M/turun aplikasi.
Penting: Hanya pasang dan
gunakan aplikasi-aplikasi
dan perisian lain dari
sumber-sumber yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada
perisian yang merosakkan.
Untuk menyimpan semua fail yang
dimuat turun secara automatik
dalam folder yang sesuai dalam
Galeri atau dalam Aplikasi, pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan
memuat turun > Menyimpan
automatik > Aktif.
■ Peti masuk khidmat
Telefon boleh menerima mesej
perkhidmatan (mesej ditekan
(pushed)) yang dihantar oleh
pembekal khidmat anda
(perkhidmatan rangkaian). Mesej
perkhidmatan adalah
pemberitahuan (misalnya, tajuk
berita) dan ia mungkin
mengandungi mesej teks atau
alamat perkhidmatan.
Untuk mengakses Peti ma suk
khidmat dalam mod siap sedia,
apabila anda menerima mesej
perkhidmatan, pilih Tunjuk. Jika
anda pilih Keluar, mesej akan
dipindahkan ke Peti masuk khidmat.
Untuk mengakses Peti masuk
khidmat kemudian, pilih Menu >
Web > Peti masuk khidmat.
Untuk mengakses Peti masuk
khidmat semasa menyemak imbas,
pilih Pilihan > Pilihan lain > Pet i
masuk khidmat. Tatal ke mesej yang
anda ingini, dan untuk mengaktifkan
penyemak imbas dan memuat turun
kandungan yang ditandakan, pilih
Ambil. Untuk memaparkan
maklumat terperinci tentang
pemberitahuan perkhidmatan atau
untuk memadam mesej, pilih
Pilihan > Butiran atau Padam.
Tetapan peti masuk khidmat
Pilih Menu > Web > Tetapan >
Tetapan peti masuk Khidmat.
Untuk menetap sama ada anda
mahu menerima mesej
perkhidmatan, pilih Mesej
perkhidmatan > Aktif atau Tak aktif.
Untuk menetap telefon supaya
menerima mesej perkhidmatan
hanya daripada pengarang
kandungan yang diluluskan oleh
pembekal khidmat, pilih Penurasan
mesej > Aktif. Untuk melihat senarai
pengarang kandungan yang
diluluskan, pilih Saluran dipercayai.
Untuk menetap telefon supaya
mengaktifkan penyemak imbas
secara automatik dari mod siap sedia
apabila telefon menerima mesej
perkhidmatan, pilih Sambungan
automatik > Aktif. Jika anda pilih
Tak ak tif, telefon akan mengaktifkan
penyemak imbas hanya selepas anda
memilih Ambil apabila telefon
menerima mesej perkhidmatan.
■ Memori cache
Suatu cache ialah lokasi memori
yang digunakan untuk menyimpan
data buat sementara waktu. Jika
anda telah cuba mengakses atau
telah mengakses maklumat sulit
yang memerlukan kata laluan,
kosongkan cache selepas setiap kali
digunakan. Maklumat atau
perkhidmatan yang telah anda akses
disimpan di dalam cache.
Untuk mengosongkan cache, semasa
menyemak imbas, pilih Pilihan >
Pilihan lain > Kosongkan cache;
dalam mod siap sedia, pilih Menu >
Web > Kosongkan cache.
■ Maklumat kedudukan
Rangkaian mungkin menghantar
permintaan lokasi kepada anda.
Anda boleh memastikan rangkaian
menghantar maklumat lokasi
telefon anda hanya jika anda
meluluskannya (perkhidmatan
rangkaian). Hubungi pembekal
khidmat anda untuk melanggani dan
untuk menyetujui penghantaran
maklumat lokasi.
Untuk menerima atau menolak
permintaan lokasi, pilih Terima atau
Menolak. Jika anda terlepas
permintaan itu, telefon menerima
atau menolaknya secara automatik
menurut apa yang telah dipersetujui
dengan operator rangkaian atau
pembekal khidmat anda. Telefon
memaparkan 1 permintaan
kedudukan terlepas. Untuk melihat
permintaan lokasi yang terlepas,
pilih Tunjuk.
Untuk melihat maklumat pada 10
pemberitahuan dan permintaan
privasi terbaru atau untuk
memadamnya, pilih Menu > Web >
Kedudukan > Log kedudukan > Buka
folder atau Padam semua.
■ Keselamatan penyemak
imbas
Ciri-ciri keselamatan diperlukan
untuk sesetengah perkhidmatan,
seperti perbankan atau
membeli-belah dalam talian. Untuk
sambungan seumpama ini anda
perlukan sijil keselamatan dan
mungkin juga modul keselamatan,
yang mungkin tersedia pada kad SIM
anda. Untuk maklumat lanjut,
hubungi pembekal khidmat anda.
Modul keselamatan
Modul keselamatan memperbaiki
khidmat-khidmat keselamatan bagi
aplikasi yang memerlukan
sambungan penyemak imbas, dan
membolehkan anda menggunakan
tandatangan digital. Modul
keselamatan boleh mengandungi
sijil-sijil serta kunci-kunci peribadi
dan awam. Sijil-sijil disimpan di
dalam modul keselamatan oleh
pembekal khidmat.
Pilih Menu > Web > Tetapan >
Tetapan keselamatan > Tetapan
modul keselamatan dan daripada
pilihan-pilihan berikut:
Butiran modul keselamatan — untuk
memaparkan tajuk, status, pembuat,
dan nombor siri modul keselamatan.
Permintaan PIN modul — untuk
menetap telefon supaya meminta
PIN modul apabila menggunakan
perkhidmatan yang disediakan oleh
modul keselamatan. Masukkan kod,
dan pilih Aktif. Untuk melumpuhkan
permintaan PIN modul, pilih Tak
aktif.
Tukar PIN modul — untuk menukar
PIN modul, jika dibenarkan oleh
modul keselamatan. Masukkan kod
PIN modul semasa, kemudian
masukkan kod baru dua kali.
Tukar PIN yang ditandatangan —
untuk menukar kod PIN tandatangan
bagi tandatangan digital. Pilih PIN
tandatangan yang ingin anda tukar.
Masukkan kod PIN modul semasa,
kemudian masukkan kod baru dua kali.
Lihat juga "Kod akses" di halaman x.
Sijil
Penting: Sila ambil
perhatian bahawa,
walaupun penggunaan sijil
membuat risiko yang
terlibat dalam sambungan
jauh dan pemasangan
perisian sangat kecil, ia
mestilah digunakan dengan
betul untuk mendapat
faedah daripada
keselamatan yang
dipertingkat. Adanya sijil
tidak menawarkan sebarang
perlindungan dengan
sendirinya; pengurus sijil
mestilah mangandungi
sijil-sijil yang betul, tulen
dan dipercayai untuk
memperoleh keselamatan
yang dipertingkat. Sijil-sijil
mempunyai hayat yang
terhad. Jika Sijil tamat
tempoh atau
Sijil yang belum sah lagi
dipaparkan meskipun sijil
sepatutnya sah, periksa
bahawa tarikh dan masa
semasa dalam peranti anda
adalah batul.
Sebelum menukar sebarang tetapan
sijil, anda mestilah memastikan
bahawa anda benar-benar
mempercayai pemilik sijil dan sijil
benar-benar kepunyaan pemilik
yang disenaraikan.
Terdapat tiga jenis sijil: sijil pelayan,
sijil kuasa, dan sijil pengguna. Anda
boleh menerima sijil-sijil ini
daripada pembekal khidmat anda.
Sijil kuasa dan sijil pengguna boleh
juga disimpan di dalam modul
keselamatan oleh pembekal
khidmat.
Untuk melihat senarai sijil-sijil kuasa
atau pengguna yang dimuat turun
ke dalam telefon anda, pilih Menu >
Web > Tetapan > Tetapan
keselamatan > Sijil kuasa atau Sijil
pengguna.
Penunjuk keselamatan
dipaparkan semasa sambungan, jika
penghantaran data antara telefon
dan pelayan kandungan disulitkan.
Ikon keselamatan tidak
menunjukkan bahawa penghantaran
data antara get laluan dan pelayan
kandungan (atau tempat di mana
sumber yang diminta disimpan)
adalah terjamin. Pembekal khidmat
menjamin penghantaran data antara
get laluan dan pelayan kandungan.
Anda boleh membuat tandatangan
digital dengan telefon anda jika kad
SIM mempunyai modul keselamatan.
Menggunakan tandatangan digital
boleh jadi sama seperti
menandatangani nama anda pada
bil, kontrak, atau dokumen kertas
lain.
Untuk membuat tandatangan
digital, pilih pautan pada laman,
misalnya, tajuk buku yang ingin
anda beli dan harganya. Teks untuk
ditandatangani, yang mungkin
termasuk jumlah dan tarikh,
dipaparkan.
Periksa bagi memastikan bahawa
teks pengepala ialah Baca dan ikon
tandatangan digital
dipaparkan.
Jika ikon tandatangan digital tidak
muncul, terdapat pecah
keselamatan, dan anda tidak harus
memasukkan sebarang data peribadi
seperti PIN tandatangan anda.
Untuk menandatangani teks, baca
semua teks dahulu, dan pilih Tanda.
Teksnya mungkin tidak muat di
dalam satu skrin. Oleh itu, pastikan
anda menatal dan membaca semua
teks sebelum menandatangani.
Pilih sijil pengguna yang ingin anda
gunakan. Masukkan PIN
tandatangan (lihat "Kod akses" di
halaman x), dan pilih OK. Ikon
tandatangan digital akan hilang, dan
perdkhidmatan itu mungkin
memaparkan pengesahan pembelian
anda.
Kad SIM anda mungkin menyediakan
perkhidmatan-perkhidmatan
tambahan yang boleh anda akses.
Menu ini dipaparkan hanya jika ia
disokong oleh kad SIM anda. Nama
dan kandungan menu bergantung
kepada kad SIM.
Untuk ketersediaan dan maklumat
mengenai penggunaan
perkhidmatan kad SIM, hubungi
penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi
pembekal khidmat, operator
rangkaian, atau penjual lain.
Untuk menetapkan telefon supaya
memaparkan pengesahan bahawa
mesej telah dihantar antara
telefon anda dan rangkaian
semasa anda menggunakan
perkhidmatan SIM, pilih Menu >
Tetapan > Telefon > Sahkan
tindakan p'khidmatan SIM >Ya.
Mengakses
perkhidmatan-perkhidmatan ini
mungkin melibatkan penghantaran
mesej atau membuat panggilan
telefon yang boleh dikenakan
bayaran.
Anda boleh menghantar dan
menerima e-mel, dan mengakses
Internet apabila telefon anda
disambungkan kepada PC yang
serasi menerusi sambungan
inframerah atau kabel data (CA-42).
Anda boleh menggunakan telefon
anda dengan pelbagai aplikasi
kesambungan PC dan komunikasi
data.
■ PC Suite
Dengan PC Suite anda boleh
menyegerak Kenalan, kalendar dan
nota tugasan, dan nota antara
telefon anda, dan PC yang serasi,
atau pelayan Internet jauh
(perkhidmatan rangkaian).
Anda boleh mendapatkan lebih
banyak maklumat mengenai PC
suite, misalnya, fail-fail yang boleh
dimuat turun di dalam bahagian
sokongan pada laman Web Nokia di
www.nokia-asia.com/support.
■ Data paket, HSCSD,
dan CSD
Dengan telefon anda, anda boleh
menggunakan data paket, data
ditukar litar kelajuan tinggi (HSCSD),
dan data ditukar litar (CSD, Data
GSM).
Untuk ketersediaan dan langganan
perkhidmatan data, hubungi
operator rangkaian atau pembekal
khidmat anda.
Penggunaan perkhidmatan HSCSD
menggunakan kuasa bateri dengan
lebih cepat daripada panggilan suara
atau data biasa. Anda mungkin perlu
menyambungkan telefon kepada
pengecas selama tempoh
pemindahan data.
Lihat "Data paket (EGPRS)" di
halaman 46.
■ Aplikasi komunikasi
data
Untuk maklumat mengenai
penggunaan aplikasi komunikasi
data, rujuk kepada pendokumenan
yang disediakan bersamanya.
Membuat atau menjawab panggilan
telefon semasa sambungan
komputer tidak disyorkan, kerana ia
mungkin mengganggu operasi ini.
Untuk prestasi yang lebih baik
semasa panggilan data, letakkan
telefon di atas permukaan pegun
dengan pad kekuncinya menghadap
ke bawah. Jangan gerakkan telefon
dengan memegang ia di dalam
tangan semasa panggilan data.
Peranti anda mendapat kuasa dari
bateri yang boleh dicas semula.
Prestasi penuh bateri baru dapat
dicapai hanya selepas dua atau tiga
kitaran mengecas dan menyahcas
yang lengkap! Bateri boleh dicas dan
dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi
lama kelamaan ia akan haus. Apabila
masa bual dan masa siap sedia nyata
lebih pendek dari biasa, gantikanlah
bateri. Gunakan hanya bateri yang
diluluskan oleh Nokia, dan cas
semula bateri anda hanya dengan
pengecas yang diluluskan oleh Nokia
untuk digunakan dengan peranti ini.
Jika bateri gantian digunakan buat
kali pertama atau jika bateri tidak
digunakan untuk suatu tempoh yang
lama, ia mungkin perlu untuk
menyambung pengecas dan
kemudian mencabut dan
menyambungkannya semula untuk
memulakan mengecas.
Cabut pengecas dari palam elektrik
dan peranti ini apabila tidak
digunakan. Jangan biarkan bateri
yang telah dicas penuh tersambung
kepada pengecas, kerana
pengecasan berlebihan boleh
memendekkan hayatnya. Jika
dibiarkan tanpa digunakan bateri
yang dicas penuh lama kelamaan
akan nyahcas dengan sendirinya.
Jika bateri benar-benar kehabisan
kuasa, beberapa minit diperlukan
sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan
kegunaannya. Jangan sekali-kali
menggunakan sebarang pengecas
atau bateri yang rosak.
Jangan melitar pintas bateri.
Melintar pintas secara tidak sengaja
boleh berlaku apabila objek logam
seperti duit syiling, klip, atau pen
menyebabkan sambungan langsung
terminal positif (+) dan negatif (-)
bateri. (Ini kelihatan seperti
jalur-jalur logam pada bateri.) Ini
mungkin berlaku, contohnya, apabila
anda membawa bateri ganti di
dalam saku atau beg tangan anda.
Melitar pintas terminal boleh
merosakkan bateri atau objek yang
menyambungkan.
Membiarkan bateri di tempat panas
atau sejuk, seperti di dalam kereta
yant tertutup dalam keadaan musim
panas atau musim sejuk, akan
mengurangkan muatan dan hayat
bateri dan keupayaannya mengecas.
Sentiasa cuba pastikan bateri berada
pada suhu antara 15°C dan 25°C
(59°F dan 77°F). Peranti dengan
bateri yang panas atau sejuk
mungkin tidak berfungsi buat
sementara waktu, walaupun
baterinya telah dicas sepenuhnya.
Prestasi bateri terhad terutamanya
dalam suhu yang jauh di bawah
beku.
Jangan buang bateri ke dalam api
kerana ia boleh meletup. Bateri
boleh juga meletup jika rosak. Buang
bateri menurut peraturan tempatan.
Harap kitar semula jika boleh.
Jangan buang sebagai sisa rumah.
■ Garis panduan
pengesahan ketulenan
bateri Nokia
Sentiasa gunakan bateri-bateri asli
Nokia untuk keselamatan anda.
Untuk memeriksa bagi memastikan
anda telah mendapat bateri asli
Nokia, belilah ia daripada wakil
penjual Nokia yang berdaftar, cari
logo Tambahan Asli Nokia pada
bungkusan dan periksa label
hologram menggunakan
langkah-langkah berikut:
Menyelesaikan keempat-empat
langkah itu bukanlah jaminan
mutlak ketulenan bateri. Jika anda
mempunyai sebarang sebab untuk
mempercayai bahawa bateri anda
bukanlah bateri asli Nokia yang
tulen, jangan gunakannya, dan bawa
ia ke pusat servis atau wakil penjual
Nokia berdaftar yang terdekat
dengan anda untuk mendapatkan
bantuan. Pusat servis atau wakil
penjual Nokia anda yang berdaftar
akan memeriksa bateri itu bagi
memastikan ketulenannya. Jika
ketulenannya tidak dapat
ditentusahkan, kembalikan bateri itu
ke tempat pembelian.
Sahkan ketulenan hologram
1. Apabila anda melihat hologram
pada label, anda seharusnya
melihat simbol tangan berjalinan
Nokia dari satu sudut dan logo
Tambahan Asli Nokia apabila
dilihat dari sudut lain.
2. Apabila anda menyerongkan
hologram ke kiri, ke kanan, ke
bawah, dan ke atas, anda
seharusnya melihat 1, 2, 3, dan 4
bintik di setiap sisi masing-masing.
3. Goreskan sisi label untuk
menunjukkan kod 20-angka,
misalnya
12345678919876543210.
Pusingkan bateri supaya
nombor-nombor itu menghadap
ke atas. Kod 20-angka itu dibaca
bermula dari nombor yang di
baris atas diikuti oleh baris
bawah.
4. Sahkan bahawa kod 20-angka itu
sah dengan mengikut arahan di
www.nokiaoriginals.com/check.
Untuk membuat mesej teks
masukkan kod 20-angka, misalnya,
12345678919876543210, dan
hantar ke +44 7786 200276.
Untuk membuat mesej teks,
• Bagi negara di Asia Pasifik, tidak
termasuk India: Masukkan kod
20-angka, misalnya,
12345678919876543210, dan
hantar ke +61 427151515.
• Bagi India sahaja: Masukkan
Bateri diikuti oleh kod bateri
20-angka, misalnya, Bateri
12345678919876543210, dan
hantar ke 5555.
Bayaran operator negara atau
antarabangsa akan dikenakan.
Anda seharusnya menerima mesej
yang menunjukkan sama ada kod itu
boleh disahkan ketulenannya.
Jika anda memerlukan bantuan
mengesahkan kod bateri, hubungi
Nokia Care Centres setempat anda di
www.nokia-asia.com/
carecentrelocator.
Bagaimana sekiranya bateri anda
tidak tulen?
Jika anda tidak boleh mengesahkan
bahawa bateri Nokia anda dengan
hologram pada label adalah bateri
tulen Nokia, jangan gunakan bateri
tersebut Bawa ia ke tempat servis
atau wakil penjual Nokia berdaftar
yang terdekat untuk mendapatkan
bantuan Penggunaan bateri yang
tidak diluluskan oleh pembuat
mungkin merbahaya dan mungkin
menghasilkan prestasi yang lemah
dan merosakkan peranti anda dan
tambahan-tambahannya. Ia
mungkin juga mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti
untuk peranti ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai bateri Nokia asli, kunjungi
www.nokiaoriginals.com/battery.