Nokia 6085 User Manual [ms]

Panduan Pengguna untuk Nokia 6085
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-198 ini mematuhi keperluan penting dan peruntukan Arahan1999/5/EC berkaitan yang lain.
0434
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Logo Nokia, Nokia Connecting People, Pop Port PC Suite, dan Tambahan Tulen Nokia adalah cap-cap dagang atau cap-cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
US Patent No 5818437 dan lain-lain paten menunggu kelulusan. Perisian input teks T9 Hak cipta © 1997-2006. Tegic Communications, Inc. Semua hak terpelihara.
Termasuk perisian protokol keselamatan atau kriptografik RSA BSAFE daripada RSA Security.
Java dan semua tanda berasaskan Java adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Sun Microsystems, Inc.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten MPEG-4 Visual (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial berhubung dengan maklumat yang telah dikodkan menurut Standard MPEG-4 Visual oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan berhubung dengan video MPEG-4 video yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan
2
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
termasuk yang berkaitan dengan penggunaan promosi, dalaman, dan komersial, boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat <http://www.mpegla.com>.
Nokia mempunyai hak untuk membuat perubahan dan penambahbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Nokia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kehilangan data atau pendapatan atau sebarang kerugian khas, secara kebetulan, berakibat atau tidak langsung tanpa mengira bagaimana ia disebabkan.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan “seperti sedia ada”. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, tidak ada jaminan dalam bentuk apa pun, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad bkepada jaminan yang tersirat kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat berdasarkan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Kesedia adanya produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila hubungi pengedar Nokia yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.
KAWALAN EKSPORT Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Keluaran 1
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
3
Jagaan Nokia
PERISIAN
PANDUAN
PENGGUNA
DEMONSTRASI
INTERAKTIF
TETAPAN
Dalam Talian
Sokongan web Jagaan Nokia memberi anda lebih banyak maklumat mengenai perkhidmatan dalam talian kami.
DEMONSTRASI INTERAKTIF
Pelajari cara untuk menyediakan telefon anda buat kali pertama, dan ketahui dengan lebih lanjut mengenai cirinya. Demonstrasi Interaktif memberi arahan langkah-demi-langkah mengenai penggunaan telefon anda.
PANDUAN PENGGUNA
Panduan Pengguna dalam talian ini mengandungi maklumat terperinci mengenai telefon anda. Ingatlah untuk memeriksa dengan kerap untuk mendapatkan kemas kinian.
PERISIAN
Gunakan sepenuhnya telefon anda dengan perisian untuk telefon dan PC anda. Nokia PC Suite menyambung telefon anda dan PC agar anda boleh menguruskan kalendar, kenalan, muzik, dan imej, sementara aplikasi lain melengkapi penggunaannya.
TETAPAN
Sesetengah fungsi telefon, seperti mesej multimedia, menyemak imbas mudah alih dan e-mel*, mungkin memerlukan tetapan sebelum anda boleh menggunakannya. Dapatkannya agar dihantar ke telefon anda secara percuma.
*Tidak terdapat pada semua telefon.
BAGAIMANA SAYA MENGGUNAKAN TELEFON SAYA?
Bahagian Persediaan, di www.nokia-asia.com/setup, membantu anda menyediakan telefon anda untuk digunakan. Biasakan diri anda dengan fungsi dan ciri telefon dengan merujuk kepada bahagian Panduan dan Demo di
www.nokia-asia.com/guides.
BAGAIMANA SAYA SEGERAKKAN TELEFON DAN PC SAYA?
Menyambung telefon anda ke PC yang serasi dengan versi Nokia PC Suite yang perlu dari www.nokia-asia.com/pcsuite membolehkan anda menyegerakkan kalendar dan kenalan anda.
DI MANAKAH BOLEH SAYA DAPATKAN PERISIAN UNTUK TELEFON SAYA?
Dapatkan lebih daripada telefon anda dengan muat turun dari seksyen Perisian di
www.nokia-asia.com/software.
DI MANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN JAWAPAN BAGI SOALAN BIASA?
Cari di bahagian Soalan Lazim di www.nokia-asia.com/faq untuk mendapatkan jawapan bagi soalan anda mengenai telefon anda dan produk dan perkhidmatan Nokia yang lain.
BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BERITA NOKIA?
Langgani dalam talian ke Nokia Connections di jadilah orang pertama yang mengetahui mengenai produk, promosi terkini dan peristiwa yang akan datang.
Sekiranya anda masih memerlukan bantuan lanjut, sila rujuk kepada
www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan pembaikan, sila lawati www.nokia-asia.com/repair.
www.nokia-asia.com/signup,
dan
Sila lawati www.nokia-asia.com/support untuk mendapatkan butiran.

Kandungan

Untuk keselamatan anda...... 10
Perihal peranti anda ....................... 11
Perkhidmatan rangkaian ............... 12
Memori yang dikongsi.................... 12
Tambahan, bateri dan pengecas.. 13
Maklumat am ........................ 14
Kod akses ........................................... 14
Kod keselamatan ............................. 14
Kod PIN............................................... 14
Kod PUK.............................................. 14
Kata laluan sekatan ........................ 15
Perlindungan hak cipta.................. 15
Perkhidmatan tetapan tatarajah. 15 Muat turun kandungan dan
muat turun ........................................ 16
Maklumat sokongan dan
hubungan Nokia .............................. 16
1. Mulakan ............................. 17
Pemasangan kad SIM dan bateri 17
Mengecas bateri .............................. 18
Pemasangan kad memori .............. 19
Menghidupkan dan mematikan
telefon ................................................ 20
Perkhidmatan pasang dan main.. 20
Membuka lipatan ............................ 20
Kedudukan beroperasi biasa......... 20
Tali telefon......................................... 21
2. Telefon anda...................... 22
Kekunci dan bahagian-bahagian 22
Mod siap sedia ................................. 23
Mod siap sedia aktif ....................... 24
Pintasan mod siap sedia................ 25
Penunjuk dan ikon........................... 25
Penunjuk ............................................ 25
Kunci pad kekunci (kawal
kekunci).............................................. 26
3. Fungsi-fungsi panggilan ... 28
Membuat panggilan....................... 28
Dailan cepat...................................... 28
Dailan suara tambahan ................. 28
Membuat panggilan dailan
suara.................................................... 28
Menjawab atau menolak
panggilan........................................... 29
Panggilan menanti.......................... 29
Pilihan-pilihan semasa
panggilan........................................... 30
4. Menu telefon ..................... 31
Pameran menu................................. 31
Akses fungsi menu.......................... 31
5. Mesej .................................. 32
Mesej teks ......................................... 32
Entri teks............................................ 33
Menulis dan menghantar.............. 34
Membaca dan membalas .............. 35
Mesej-mesej SIM............................. 35
Mesej multimedia ........................... 35
Menulis dan menghantar mesej
multimedia ........................................ 36
Hantaran mesej................................ 37
Membaca dan membalas .............. 37
Memori penuh.................................. 38
Folder .................................................. 38
Mesej kilat......................................... 39
Mesej audio Nokia Xpress............. 39
Membuat mesej audio ................... 39
Menerima mesej audio .................. 40
Mesej segera..................................... 40
Mendaftar dengan perkhidmatan
mesej segera ..................................... 41
Mengakses......................................... 41
Menyambung.................................... 42
Sesi ...................................................... 42
6
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Menambah kenalan IM .................. 44
Menghalang atau melepaskan
mesej.................................................... 44
Kumpulan ........................................... 44
Aplikasi e-mel .................................. 44
Wizard Tetapan................................. 45
Menulis dan menghantar e-mel .. 45
Memuat turun e-mel ...................... 46
Membaca dan membalas e-mel .. 46
Folder e-mel ...................................... 47
Menapis mel remeh......................... 47
Mesej suara....................................... 47
Mesej maklumat.............................. 48
Arahan khidmat ............................... 48
Memadam mesej ............................. 48
Tetapan mesej .................................. 49
Tetapan umum.................................. 49
Mesej teks .......................................... 49
Multimedia......................................... 50
Mesej e-mel....................................... 51
6. Kenalan............................... 53
Cari ...................................................... 53
Menyimpan nama dan nombor
telefon ................................................ 53
Menyimpan nombor, item, atau
imej...................................................... 53
Menyalin kenalan............................ 54
Mengedit butiran kenalan ............ 54
Memadam kenalan atau
butiran................................................ 54
Kad perniagaan................................ 55
Tetapan............................................... 55
Kumpulan .......................................... 55
Dailan cepat...................................... 55
Perkhidmatan dan nombor saya . 56
7. Log panggilan .................... 57
Maklumat kedudukan .................... 57
8. Tetapan............................... 59
Profil.................................................... 59
Tema.................................................... 59
Nada ................................................... 60
Paparan.............................................. 60
Paparan utama ................................. 60
Paparan mini ..................................... 61
Masa dan tarikh .............................. 61
Pintasan saya ................................... 62
Kekunci pilihan kiri.......................... 62
Kekunci pilihan kanan .................... 62
Kekunci navigasi............................... 62
Membolehkan siap sedia aktif ..... 63
Arahan suara..................................... 63
Kesambungan................................... 63
Teknologi wayarles Bluetooth ...... 64
Data paket.......................................... 65
Kabel data USB................................. 68
Panggilan .......................................... 69
Telefon ............................................... 70
Tambahan.......................................... 71
Tatarajah ........................................... 72
Keselamatan..................................... 73
Menyimpan semula tetapan
kilang.................................................. 74
Kemas kini perisian telefon.......... 74
Muat turun ........................................ 74
Memasang.......................................... 75
9. Menu operator.................. 76
10.Galeri ................................ 77
Memformat kad memori............... 77
11.Media ............................... 78
Kamera............................................... 78
Mengambil gambar ......................... 78
Merakamkan klip video .................. 79
Tetapan kamera................................ 79
Kesan kamera.................................... 79
Pemain media .................................. 79
Menetapkan untuk perkhidmatan
menstrim ............................................ 79
Pemain muzik................................... 79
Memainkan trek muzik................... 80
Tetapan ............................................... 80
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
7
Radio ................................................... 81
Menyimpan saluran ........................ 81
Mendengar ........................................ 82
Perakam.............................................. 83
Merakam bunyi ................................ 83
Senarai rakaman.............................. 83
Tetapkan folder simpanan............. 84
Penyama............................................. 84
Peluasan stereo................................ 84
12.Tekan untuk cakap.......... 85
Menyambung dan memutuskan
sambungan........................................ 85
Membuat dan menerima
panggilan PTT ................................... 86
Membuat panggilan saluran atau
kumpulan .......................................... 87
Membuat panggilan satu sama
satu...................................................... 87
Membuat panggilan PTT ke
berbilang penerima ......................... 87
Menerima panggilan PTT............... 87
Permintaan panggilan balik.......... 88
Menghantar permintaan panggil
balik..................................................... 88
Menjawab permintaan panggil
balik..................................................... 88
Menambahkan kenalan satu
sama satu........................................... 89
Saluran PTT........................................ 89
Menambahkan saluran .................. 90
Menerima jemputan ....................... 90
Tetapan PTT ....................................... 90
13.Pengatur........................... 92
Jam penggera ................................... 92
Nada dan mesej isyarat ................. 92
Kalendar ............................................. 93
Membuat nota.................................. 93
Penggera nota .................................. 93
Senarai tugasan ............................... 94
Nota tugas......................................... 94
Nota..................................................... 94
Kalkulator.......................................... 94
Pemasa............................................... 95
Jam randik......................................... 95
14.Aplikasi ............................. 96
Permainan ......................................... 96
Melancarkan ..................................... 96
Muat turun........................................ 96
Tetapan............................................... 96
Koleksi ................................................ 96
Melancarkan aplikasi...................... 96
Pilihan-pilihan aplikasi lain.......... 96
Aplikasi muat turun........................ 97
15.Web................................... 98
Latar belakang teknologi .............. 98
Pembekal khidmat .......................... 98
Perkhidmatan akses........................ 98
Perkhidmatan persediaan.............. 98
Mengaktifkan tetapan ................... 99
Menyambung kepada
perkhidmatan ................................... 99
Menyemak imbas ............................ 99
Kekunci telefon .............................. 100
Pilihan............................................... 100
Panggilan langsung ...................... 100
Tetapan kemunculan .................... 100
Tetapan keselamatan .................. 101
Kuki.................................................... 101
Skrip melalui sambungan
terjamin............................................ 101
Penanda buku................................ 102
Menerima......................................... 102
Tetapan muat turun .................... 102
Peti masuk perkhidmatan.......... 102
Tetapan............................................. 103
Memori cache ............................... 103
Keselamatan penyemak imbas. 103
Modul keselamatan ...................... 104
Sijil..................................................... 104
Tandatangan digital...................... 105
16.Perkhidmatan SIM ........ 107
8
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
17.Kesambungan komputer 108
Penyimpanan data USB.............. 108
Nokia PC Suite .............................. 108
EGPRS, GPRS, HSCSD, dan CSD 108
Aplikasi komunikasi data ........... 109
Bluetooth........................................ 109
18.Maklumat bateri............ 110
Mengecas dan menyahcas......... 110
Garis panduan pengesahan
ketulenan bateri Nokia ............... 111
19.Tambahan Tulen............. 114
Kuasa ............................................... 114
Alat Dengar Wayarles ................. 114
Alat Dengar Bluetooth BH-202 114
PENYELESAIAN KERETA -
Penyelesaian Plug-in .................. 115
Bebas Tangan Kereta Plug-in
Wayarles Nokia HF-33W ............ 115
Alat Dengar Berwayar................. 115
Alat Dengar Stereo Fesyen Nokia
HS-31 ............................................... 115
Kad Memori ................................... 115
Kad microSD 512 MB Nokia
MU-28.............................................. 115
PENJAGAAN DAN
PENYELENGGARAAN .......... 116
Maklumat keselamatan
tambahan ............................. 118
Persekitaran beroperasi .............. 118
Alat perubatan .............................. 118
Perentak jantung....................... 118
Alat bantuan pendengaran .... 119
Kenderaan ...................................... 119
Persekitaran di mana letupan
boleh berlaku................................. 120
Panggilan kecemasan.................. 120
Untuk membuat panggilan
kecemasan: ................................. 120
Maklumat pensijilan (SAR)......... 122
Indeks................................... 123
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
9

Untuk keselamatan anda

Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca panduan pengguna lengkap ini untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang­undang tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Perkara pertama yang harus anda pertimbangkan semasa memandu haruslah keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles terdedah kepada gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan telefon apabila berdekatan dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan telefon di tempat letupan sedang dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam dokumentasi produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan berkelayakan boleh memasang atau membaiki produk ini.
10
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
TAMBAHAN DAN BATERI
Hanya gunakan tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produk­produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak kalis air. Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingatlah untuk membuat salinan-salinan sandaran atau menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat penting yang disimpan di dalam telefon anda.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan keselamatan terperinci. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu untuk mengosongkan paparan dan kembali ke skrin permulaan. Masukkan nombor kecemasan,
kemudian tekan kekunci panggil. Berikan lokasi anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.

Perihal peranti anda

Telefon wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 850, 900, 1800, dan 1900. Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati privasi dan hak-hak sah orang lain, termasuk hak cipta.
Apabila mengambil dan menggunakan imej atau klip video, patuhi semua undang-undang dan hormati adat­adat tempatan serta hak privasi dan hak sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di dalam peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
11

Perkhidmatan rangkaian

Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada pembekal perkhidmatan wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini bergantung kepada ciri-ciri dalam rangkaian wayarles untuk berfungsi. Perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian ini mungkin tidak dapat diperolehi pada kesemua rangkaian atau anda mungkin perlu membuat persiapan tertentu dengan pembekal perkhidmatan anda sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan­perkhidmatan rangkaian ini. Pembekal perkhidmatan anda mungkin perlu memberi anda arahan-arahan tambahan bagi penggunaannya dan menerangkan bayaran yang mungkin dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had-had yang boleh menjejaskan cara anda menggunakan perkhidmatan rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.
Pembekal perkhidmatan anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti anda. Jika demikian, ia tidak akan muncul pada menu peranti anda. Peranti anda juga mungkin telah ditatarajah secara khusus. Tatarajah ini mungkin termasuk perubahan dalam nama-nama menu, susunan menu dan ikon-ikon. Hubungi pembekal
perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP
2.0 (HTTP dan SSL) yang berjalan pada protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti ini, seperti mesej multimedia (MMS), menyemak imbas, aplikasi e-mel, mesej segera, penyegerakan jauh, dan muat turun kandungan menggunakan penyemak imbas atau MMS, memerlukan sokongan rangkaian bagi teknologi-teknologi ini.

Memori yang dikongsi

Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini mungkin menggunakan memori yang dikongsi: galeri, kenalan, mesej teks, mesej multimedia, mesej segera, e-mel, kalendar, nota tugasan, dan permainan dan aplikasi Java Penggunaan satu atau lebih daripada ciri-ciri ini boleh mengurangkan memori yang terdapat bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori. Contohnya, menyimpan banyak aplikasi
Java boleh menggunakan kesemua memori yang ada. Peranti anda mungkin memaparkan mesej bahawa memori telah penuh apabila anda cuba menggunakan ciri memori yang dikongsi. Dalam hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang disimpan di dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan. Sesetengah ciri ini, seperti mesej teks, mungkin mempunyai jumlah memori tertentu yang diperuntukkan khusus untuknya sebagai tambahan kepada
TM
.
12
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
memori yang dikongsi dengan ciri-ciri lain.

Tambahan, bateri dan pengecas

Periksa nombor model mana-mana pengecas sebelum menggunakan dengan peranti ini. Peranti ini dimaksudkan untuk digunakan bersama kuasa dari pengecas AC-3. Peranti ini menggunakan bateri BL-5C.
Amaran: Hanya gunakan bateri, pengecas dan tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan bersama model tertentu ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentahsahkan sebarang kelulusan atau jaminan dan mungkin berbahaya.
Untuk ketersediaan tambahan yang diluluskan, sila semak dengan penjual anda.
Beberapa peraturan praktis mengenai aksesori dan tambahan:
• Jauhkan semua aksesori dan tambahan dari kanak-kanak kecil.
• Apabila mencabut kord kuasa sebarang aksesori atau tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
• Periksa secara tetap bagi memastikan bahawa sebarang penambahan yang dipasang pada
kenderaan telah dipasang dan beroperasi dengan betul.
• Pemasangan sebarang tambahan kereta yang kompleks mesti dibuat oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
13

Maklumat am

Tahniah di atas pembelian telefon bimbit Nokia ini. Beberapa ciri­cirinya yang lain termasuk kalendar, jam, jam penggera, radio, pemain muzik, dan kamera binaan dalam.

Kod akses

Kod keselamatan

Kod keselamatan (5 hingga 10 angka) membantu melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod yang dipratetap adalah 12345. Untuk menukar kod, dan untuk menetapkan telefon supaya meminta kod, lihat
”Keselamatan” h. 73.
Jika anda memasukkan kod keselamatan yang salah lima kali berturut-turut, telefon tidak akan menghiraukan kod-kod yang dimasukkan selepas itu. Tunggu selama lima minit, dan masukkan kod sekali lagi.

Kod PIN

Kod nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kod nombor pengenalan peribadi universal (UPIN) (empat hingga lapan angka) membantu melindungi kad SIM anda daripada
digunakan tanpa izin. Lihat
”Keselamatan” h. 73. Kod PIN
biasanya dibekalkan dengan kad SIM. Untuk menetapkan telefon untuk meminta kod PIN, lihat
”Keselamatan” h. 73.
Kod PIN2 (empat hingga lapan angka) mungkin dibekalkan dengan kad SIM dan diperlukan untuk sesetengah fungsi.
PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat di dalam modul keselamatan. Lihat ”Modul
keselamatan” h. 104. PIN modul
dibekalkan bersama kad SIM jika kad SIM mempunyai modul keselamatan di dalamnya.
PIN tandatangan diperlukan untuk tandatangan digital. Lihat
”Tandatangan digital” h. 105. PIN
tandatangan dibekalkan bersama kad SIM jika kad SIM mempunyai modul keselamatan di dalamnya.

Kod PUK

Kod kunci nyahhalang peribadi (PUK) dan kod kunci nyahhalang peribadi universal (UPUK) (lapan angka) diperlukan untuk menukar kod PIN dan UPIN yang dihalang. Kod PUK2 diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang.
14
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Jika kodnya tidak dibekalkan bersama kad SIM, hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan kod-kod tersebut.

Kata laluan sekatan

Kata laluan sekatan (empat angka) diperlukan apabila menggunakan
Khidmat sekat panggilan. Lihat
”Keselamatan” h. 73. Anda boleh
mendapatkan kata laluan ini daripada pembekal khidmat anda.
Jika anda memasukkan kata laluan sekatan yang salah sebanyak tiga kali berturut-turut, kata laluan tersebut akan dihalang. Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan bantuan.

Perlindungan hak cipta

Perlindungan hak cipta mungkin menghalang sesetengah imej, muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau dihantar lanjut.

Perkhidmatan tetapan tatarajah

Untuk menggunakan beberapa perkhidmatan rangkaian, seperti perkhidmatan Internet bergerak,
MMS, atau penyegerakan pelayan Internet jauh, telefon anda memerlukan tetapan-tetapan tatarajah yang betul. Anda boleh menerima tetapan-tetapannya secara langsung sebagai mesej tatarajah. Selepas menerima tetapannya, anda perlu menyimpannya pada telefon anda. Pembekal khidmat mungkin menyediakan PIN yang diperlukan untuk menyimpan tetapannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ketersediaan tetapannya, hubungi pembekal khidmat anda.
Apabila anda menerima mesej tatarajah, Tetapan tata- rajah
diterima dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan, pilih
Tunjuk > Simpan. Jika telefon
meminta Masukkan PIN tetapan:, masukkan kod PIN bagi tetapan, dan pilih OK. Untuk menerima kod PIN, hubungi pembekal khidmat yang membekalkan tetapan­tetapan itu. Jika tiada tetapan yang disimpan, tetapan-tetapan ini disimpan dan ditetapkan sebagai tetapan-tetapan tatarajah lalai. Jika tidak, telefon meminta,
Aktifkan tetapan tatarajah tersimpan?
Untuk melihat tetapan yang diterima, pilih Tunjuk > Buang.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
15
Untuk mengedit tetapan, lihat
”Tatarajah” h. 72.

Muat turun kandungan dan muat turun

Anda boleh memuat turun kandungan, seperti tema, nada, dan klip video, ke telefon (perkhidmatan rangkaian). Pilih fungsi muat turun (contohnya, dalam menu Galeri). Untuk mengakses fungsi muat turun, lihat perihalan menu masing­masing. Untuk ketersediaan perkhidmatan-perkhidmatan yang berbeza, harga dan tarif, hubungi pembekal khidmat anda.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang merosakkan.

Maklumat sokongan dan hubungan Nokia

Bagi mendapatkan versi terbaru panduan ini, muat turun, khidmat dan maklumat tambahan yang berkaitan dengan produk Nokia anda, kunjungi www.nokia­asia.com/6085/support atau atau laman web Nokia tempatan anda. Anda boleh juga muat turun tetapan-tetapan tatarajah percuma, seperti MMS, GPRS, e-mel, dan khidmat lain untuk model telefon andan di www.nokia-asia.com/ phonesettings.
Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila rujuk kepada www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk menyemak lokasi pusat jagaan Nokia yang terdekat untuk khidmat penyelenggaraan, anda boleh berkunjung www.nokia­asia.com/repair.
16
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

1. Mulakan

Pemasangan kad SIM dan bateri

Sentiasa matikan peranti, dan cabut pengecas sebelum mengeluarkan bateri.
Jauhkan semua kad SIM dari capaian kanak-kanak kecil.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan khidmat kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal khidmat, operator rangkaian, atau penjual lain.
Kad SIM dan sesentuh­sesentuhnya mudah rosak bila dicalar atau dibengkokkan, jadi berhati-hatilah apabila mengendalikan, memasukkan, atau mengeluarkan kad itu.
Untuk memasang kad SIM:
1. Tekan dengan kukuh dan luncurkan bahagian atas penutup belakang untuk melepaskannya; kemudian tanggalkan penutup belakang dengan mengangkatnya dari telefon.
Mulakan
2. Selepas anda menanggalkan penutup belakang, masukkan kuku anda di bawah bateri, dan angkatnya seperti yang ditunjukkan.
3. Letak kuku di tengah logam pemegang kad SIM. Kemudian, buka selak dan buka pemegang kad SIM.
4. Masukkan kad SIM ke dalam pemegangnya seperti yang ditunjukkan, bahagian yang dipotong serong dahulu,
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
17
Mulakan
dengan sesentuh berwarna emas pada kad SIM menghadap ke atas (jauh dari telefon).
5. Tutup pemegang kad SIM. Sesentuh berwarna keemasan pada kad SIM bertemu dengan sesentuh berwarna keemasan di dalam telefon. Tekan perlahan-lahan pemegang kad SIM ke dalam telefon sehingga ia berdetap di tempatnya.
6. Gantikan bateri, dengan meletakkannya (dengan labelnya menghadap ke atas), agar sesentuh berwarna emas sepadan dengan yang ada pada telefon. Luncurkan bateri ke dalam sehingga ia berdetap di tempatnya.
7. Luncurkan penutup belakang sehingga ia berdetap di tempatnya.

Mengecas bateri

1. Sambungkan pengecas pada soket dinding biasa.
2. Masukkan plag pengecas ke dalam jek bulat di bahagian bawah telefon. Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
3. Cabut pengecas dari telefon apabila bateri telah dicas sepenuhnya.
Anda boleh menggunakan telefon semasa ia bersambung dengan pengecas. Masa pengecasan bergantung kepada pengecas dan bateri yang digunakan. Misalnya, mengecas bateri BL-5C dengan pengecas AC-3 mengambil masa kira-kira 2 jam 20 minit semasa telefon dalam mod siap sedia.
18
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mulakan

Pemasangan kad memori

Gunakan hanya kad microSD diluluskan oleh Nokia untuk penggunaan dengan peranti ini. Nokia menggunakan standard industri untuk kad memori, tetapi sesetengan jenama mungkin tidak serasi sepenuhnya dengan peranti ini. Kad yang tidak serasi boleh merosakkan kad dan peranti serta data yang disimpan pada kad.
Anda boleh menggunakan kad memori untuk memanjangkan memori Galeri. Lihat ”Galeri” h. 77. Anda boleh memasukkan atau menukar kad memori tanpa mematikan telefon.
Penting: Jangan keluarkan kad memori semasa sedang beroperasi apabila kad sedang diakses. Mengeluarkan kad semasa sedang beroperasi boleh merosakkan kad memori serta peranti, dan data yang tersimpan dalam kad menjadi rosak.
Untuk memasukkan kad memori, gunakan kuku sebagai tuil, letakkannya di bahagian ceruk pemegang kad memori dan buka pemegangnya (1). Letakkan kad memori di dalam pemegang kad (2). Pastikan bahawa kad memori dimasukkan dengan betul dan bahagian sesentuh berwarna keemasan pada kad menghadap ke bawah. Tutup pemegang kad memori (3).
Anda boleh menggunakan kad memori untuk menyimpan fail multimedia, seperti klip video, dan imej, dalam Galeri.
Untuk mengeluarkan kad memori, gunakan kuku sebagai tuil. Letakkannya di bahagian ceruk pemegang kad memori dan buka pemegang tersebut. Tolak secara
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
19
Mulakan
perlahan-lahan dengan kuku pada kad untuk melonggarkannya dari pemegang. Kemudian tarik keluar kad tersebut. Tutup pemegang kad memori.
Untuk memformat kad memori, lihat ”Memformat kad memori” h.
77.

Menghidupkan dan mematikan telefon

Tekan dan tahan kekunci tamat sehingga hidup atau mati. Jika telefon meminta kod PIN, masukkan kod, dan pilih OK.

Perkhidmatan pasang dan main

Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali pertama, dan telefonnya berada dalam mod siap sedia, anda akan diminta untuk mendapatkan tetapan tatarajahnya dari pembekal khidmat anda (perkhidmatan rangkaian). Sahkan atau tolak pertanyaannya. Lihat S'bung ke
bantu-an p'bkal khidmat dalam
”Tatarajah” h. 72 dan ”Perkhidmatan tetapan tatarajah”
h. 15.

Membuka lipatan

Apabila anda membuka lipatan telefon, ia membuka kira-kira 155 darjah. Jangan cuba memaksa untuk membuka lipatan lebih daripada itu.

Kedudukan beroperasi biasa

Gunakan telefon hanya dengan gaya beroperasi biasa.
20
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mulakan
Peranti anda mempunyai antena dalaman.
Nota: Seperti sebarang peranti pemancar radio lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu apabila peranti dihidupkan. Menyentuh antena akan menjejas mutu panggilan dan boleh menyebabkan peranti beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan. Mengelakkan daripada menyentuh bahagian antena semasa mengendalikan peranti ini menghasilkan prestasi optimum antena dan hayat bateri.

Tali telefon

Tanggalkan penutup belakang dari telefon dan masukkan tali tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
21
Telefon anda

2. Telefon anda

Kekunci dan bahagian-bahagian

• Alat cuping telinga (1)
• Paparan utama (2)
• Kekunci pilihan kiri, tengah dan kanan (3)
• Kekunci navigasi empat-hala (4)
• Kekunci panggil (5)
• Kekunci tamat menamatkan panggilan (tekanan kekunci yang pendek) dan menghidupkan serta mematikan telefon (tekanan kekunci yang panjang) (6)
• Pad kekunci (7)
•Kanta kamera (8)
• Paparan mini (9)
• Kad memori (10)
• Pembesar suara (11)
• Mikrofon (12)
• Penyambung Pop-Port
• Penyambung pengecas (14)
• Kekunci pelepas kamera (15)
• Kelantangan diaktifkan dengan kekunci ke atas/bawah kelantangan (tekanan kekunci pendek), dailan suara diaktifkan dengan kekunci kurang kelantangan (tekanan kekunci panjang) dan Tekan untuk cakap (PTT) diaktifkan dengan kekunci tambah kelantangan (tekanan kekunci panjang) (16)
TM
(13)
22
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

Mod siap sedia

Semasa anda menghidupkan telefon anda, skrin pertama yang muncul adalah skrin permulaan, yang menandakan telefon anda dalam mod siap sedia. Semasa telefon anda dalam mod siap sedia, kekunci pilihan mengakses fungsi khusus, dan penandanya muncul pada skrin permulaan. Penunjuk menunjukkan status telefon.
Telefon anda
• Kekuatan isyarat rangkaian (1)
• Penunjuk kekuatan bateri (2)
• Jam (3) — jika masa ditetapkan supaya muncul pada paparan. Lihat ”Masa dan tarikh” dalam
”Tetapan” h. 61.
• Nama pembekal khidmat atau logo operator (4)
• Kalendar (5) — tarikhnya dipaparkan jika ia ditetapkan supaya muncul pada paparan dan siap sedia aktif tidak ditetapkan. Lihat ”Mod siap
sedia aktif” h. 24 dan ”Masa dan tarikh” h. 61.
• Tunggu sedia aktif (6). Lihat
”Mod siap sedia aktif” h. 24.
• Kekunci pilihan kiri (7) adalah
Pergi ke atau pintasan ke
fungsi yang lain. Lihat ”Kekunci
pilihan kiri” h. 62.
• Mod kekunci pilihan tengah (8) adalah Menu.
• Kekunci pilihan kanan (9) boleh jadi Nama untuk mengakses senarai kenalan dalam menu
Kenalan, nama khusus operator
untuk mengakses laman Web khusus operator, atau pintasan ke satu fungsi yang anda pilih. Lihat ”Kekunci pilihan kanan” h. 62.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
23
Telefon anda

Mod siap sedia aktif

Dalam mod siap sedia aktif, telefon boleh memaparkan tetingkap item kandungan yang berasingan, seperti penunjuk umum dan logo operator (1), pintasan (2), fungsi audio (3), dan kalendar (4). Untuk memilih sama ada siap sedia aktif dipaparkan, lihat Siap sedia aktif dalam
”Tetapan mod siap sedia” h. 60.
Siap sedia aktif berada dalam mod pasif apabila kekunci pilihan tengah (5) adalah Menu; anda hanya boleh melihat kandungan. Untuk mengaktifkan mod navigasi dan menatal melalui kandungan, pilih kekunci navigasi. Untuk menukar kekunci untuk mengakses mod navigasi, lihat
Kekunci siap sedia aktif dalam
”Tetapan mod siap sedia” h. 60.
Apabila penunjuk anak panah dipaparkan, anda boleh tatal item ke kiri dan ke kanan.
Untuk memperibadikan dan menyusun kandungan siap sedia aktif, pilih Pilihan dan pilih pilihan yang bersamaan. Lihat ”Tetapan
mod siap sedia” h. 60.
Untuk keluar dari mod navigasi, pilih Keluar. Jika tiada kekunci ditekan pada jangka masa tertentu, telefon akan kembali ke mod pasif secara automatik.
Item kandungan dalam mod navigasi
Bar pintasan — Untuk memilih
pintasan, tatal ke fungsi yang anda kehendaki dan pilihnya. Untuk menukar atau menyusun pintasan semasa berada dalam mod navigasi, pilih Pilihan >
Peribadikan.
Radio dan Muzik — Untuk
menghidupkan radio atau pemain muzik, tatal ke radio atau pemain muzik dan pilihnya. Untuk menukar trek dalam pemain muzik, tatal ke bawah atau ke atas. Untuk menghidupkan carian saluran radio, tatal dan pegang ke kiri atau ke kanan.
Kalendar — Untuk melihat nota
hari ini, pilih satu yang anda kehendaki. Untuk melihat nota
24
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Telefon anda
hari sebelum atau berikutnya, tatal ke kiri atau ke kanan.
Nota saya — Untuk memasukkan
nota, pilih tetingkap kandungan, tulis nota anda dan simpannya.
P'masa kiraan dtik — Untuk
memulakan pemasa undur, pilih item kandungan. Masa baki dengan nota dipaparkan.
Petunjuk umum — Untuk
menunjukkan penunjuk siap sedia, seperti tarikh, paparan maklumat sel, mesej maklumat, nama kumpulan lalai PTT, dan indeks kumpulan pengguna yang terhad. Tarikhnya dipaparkan jika kalendar tidak dipilih sebagai kandungan siap sedia.

Pintasan mod siap sedia

Untuk mengakses senarai nombor yang didail, tekan kekunci panggil sekali. Lihat ”Membuat panggilan” h. 28.
Untuk memanggil peti mel suara anda (perkhidmatan rangkaian) apabila anda telah menyimpan nombor peti mel suara anda dalam telefon, tekan dan tahan 1.
Untuk menyambung kepada perkhidmatan penyemak imbas, tekan dan tahan 0.
Untuk memilih fungsi pintasan untuk kekunci navigasi, lihat
Kekunci navigasi dalam ”Pintasan
saya” h. 62.
Untuk membuat panggilan dengan menekan kekunci nombor dengan nombor telefon yang telah diberikan, lihat ”Dailan cepat” h.
28.
Untuk beralih antara profil Umum dan profil Senyap, tekan dan tahan #.

Penunjuk dan ikon

Telefon anda mempunyai dua jenis pengecam: penunjuk dan ikon.

Penunjuk

Lihat ”Mod siap sedia” h. 23 untuk mendapatkan maklumat mengenai penunjuk.
Ikon
Ikon adalah gambaran grafik bagi item atau situasi spesifik. Senarai berikut menjelaskan setiap ikon.
Anda mempunyai mesej belum dibaca dalam folder
Peti masuk.
Anda mempunyai mesej yang belum dihantar, dibatalkan atau gagal dalam folder Peti keluar.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
25
Telefon anda
Telefon mendaftarkan satu panggilan yang tak dijawab.
Anda menerima satu atau beberapa mesej segera, dan anda disambungkan kepada perkhidmatan mesej segera.
Pad kekunci dikunci.
Jam penggera ditetap ke
Aktif.
Telefon tidak berdering untuk panggilan masuk atau mesej teks.
Pemasa undur sedang berjalan.
Jam randik sedang berjalan di latar belakang.
/ Telefon didaftarkan pada
rangkaian GPRS atau EGPRS.
/ Sambungan GPRS atau
EGPRS diwujudkan.
/ Sambungan GPRS atau
EGPRS digantung (ditahan), misalnya, jika terdapat panggilan masuk atau panggilan keluar semasa sambungan dailan EGPRS atau GPRS.
Satu sambungan Bluetooth sedang aktif.
Jika anda mempunyai dua talian telefon, talian telefon yang kedua dipilih.
Semua panggilan masuk dialihkan ke nombor lain.
Pembesar suara diaktifkan, atau pemegang muzik disambungkan dengan telefon.
Panggilan dihadkan kepada kumpulan pengguna terhad.
Profil ditetap masa dipilih.

Kunci pad kekunci (kawal kekunci)

Kawal kekunci melumpuhkan pad kekunci anda untuk mengelakkan daripada tekanan kekunci yang tidak sengaja.
• Untuk mengunci pad kekunci, pilih Menu, dan tekan * dalam masa 3.5 saat.
• Untuk membuka kunci pad kekunci, pilih B/kunci, dan tekan * dalam masa 1.5 saat.
• Untuk mendayakan kawal kekunci automatik, pilih Menu > Tetapan > Telefon > Kawal
26
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
kekunci automatik > Aktif.
Tetapkan masa lengah dalam minit dan saat yang membuat pad kekunci dikunci.
Jika Kawal kekunci keselamatan ditetapkan pada Aktif, masukkan kod keselamatan jika diminta.
Untuk menjawab panggilan semasa kawal kekunci sedang aktif, tekan kekunci panggil. Apabila anda menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci mengunci secara automatik.
Apabila kawal kekunci sedang aktif, panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci panggil.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai Kawal kekunci
keselamatan, lihat ”Telefon” p. 70.
Telefon anda
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
27
Fungsi-fungsi panggilan

3. Fungsi-fungsi panggilan

Membuat panggilan

1. Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan. Untuk memadam aksara yang salah, pilih Padam.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk awalan antarabangsa (aksara + menggantikan kod akses antarabangsa); dan kemudian masukkan kod negara, kod kawasan tanpa awalan 0 jika perlu, dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil nombor, tekan kekunci panggil.
3. Untuk menamatkan panggilan atau untuk membatalkan percubaan panggilan, tekan kekunci tamat, atau pilih
Pilihan > Tamat panggilan.

Dailan cepat

Berikan nombor telefon ke salah satu daripada kekunci dailan cepat, 2 hingga 9. Panggil nombor menggunakan salah satu cara berikut:
• Tekan kekunci dailan cepat, kemudian tekan kekunci panggil.
•Jika Dail cepat, ditetapkan pada Aktif, tekan dan tahan kekunci dail cepat sehingga panggilan bermula. Lihat Dail
cepat dalam ”Panggilan” h. 69.

Dailan suara tambahan

Anda boleh membuat panggilan telefon dengan menyebut nama yang disimpan dalam senarai kenalan telefon. Arahan suara ditambah secara automatik ke semua entri dalam senarai kenalan telefon.

Membuat panggilan dailan suara

Jika aplikasi menghantar atau menerima data dengan menggunakan sambungan data paket, tamatkan aplikasi sebelum anda menggunakan dail suara.
Arahan suara adalah bergantung kepada bahasa. Untuk menetapkan bahasa, lihat Bahasa
penge-caman suara dalam
”Telefon” h 70.
Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar dalam persekitaran yang
28
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi-fungsi panggilan
bising atau semasa kecemasan, dari itu anda tidak seharusnya bergantung semata-mata pada dailan suara dalam semua keadaan.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci pilihan ke kanan. Satu nada pendek kedengaran, dan Cakap
sekarang dipaparkan.
Jika anda menggunakan alat dengar yang serasi dengan kekunci alat dengar, tekan dan tahan kekunci alat dengar untuk memulakan dail suara.
2. Sebutkan tag suara dengan jelas. Jika suara berjaya dikenali, senarai dengan padanannya dipaparkan. Telefon memainkan arahan suara padanan yang teratas pada senarai tersebut. Selepas anggaran 1.5 saat, telefon mendail nombornya, atau jika hasilnya tidak betul, tatal ke entri yang lain, dan pilih untuk mendail entri tersebut.
Dengan menggunakan perintah suara untuk menjalankan fungsi telefon yang dipilih adalah serupa dengan dailan suara. Lihat Arahan suara dalam ”Pintasan saya” h. 62.

Menjawab atau menolak panggilan

• Buka lipatan, atau tekan kekunci panggil untuk menjawab panggilan. Untuk membisukan nada dering, pilih
Senyap, jika lipatan dibuka
atau jika lipatan ditutup, tekan kekunci ke atas/bawah kelantangan.
• Untuk menolak panggilan masuk semasa lipatan dibuka, tekan kekunci tamat.
Jika Alih jika sibuk diaktifkan dalam peti mel suara anda, panggilan dialihkan ke mel suara anda. Jika tidak, panggilan ditolak. Jika alat dengar yang serasi yang dibekalkan bersama telefon disambungkan ke telefon, tekan kekunci alat dengan untuk menjawab dan menamatkan panggilan.

Panggilan menanti

Panggilan menanti adalah rangkaian perkhidmatan. Untuk menjawab panggilan menunggu semasa panggilan aktif, tekan kekunci panggil. Panggilan yang pertama ditunda. Untuk menamatkan panggilan yang aktif, tekan kekunci tamat.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
29
Fungsi-fungsi panggilan
Untuk mengaktifkan fungsi
Khidmat panggilan menanti , lihat
”Panggilan” h. 69.

Pilihan-pilihan semasa panggilan

Banyak pilihan yang boleh anda gunakan semasa panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk ketersediaan, hubungi pembekal khidmat anda.
Untuk menambah atau mengurangkan kelantangan semasa panggilan, tekan kekunci tambah atau kurang kelantangan pada sisi telefon.
Pilih Pilihan semasa panggilan dan pilihan yang berikut mungkin tersedia.
Hantar DTMF — untuk menghantar
rentetan nada
Bertukar — untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan panggilan yang dipegang
Pindah — untuk menyambung
panggilan yang dipegang ke panggilan aktif dan memutuskan sambungan anda sendiri.
Persidangan — untuk membuat
panggilan persidangan yang membenarkan sehingga lima orang menyertai panggilan persidangan
Panggilan peribadi — untuk
berbincang secara persendirian dalam panggilan persidangan
Jangan pegang peranti ini dekat pada telinga apabila pembesar suara sedang digunakan, kerana kelantangannya mungkin sangat kuat.
30
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Loading...
+ 94 hidden pages