PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-230 ini
mematuhi dengan keperluan yang penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC
berkaitan yang lain. Satu salinan Pengisytiharan Pematuhan ini boleh didapati di
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune dan Visual Radio
adalah tanda bunyi Nokia Corporation. Lain-lain nama produk dan nama syarikat
yang disebut di sini berkemungkinan adalah cap dagang atau nama dagang pemilik
masing-masing.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk
kegunaan peribadi dan bukan komersial yang berkaitan dengan maklumat yang
telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang
terlibat dalam kegiatan peribadi dan bukan komersil dan (ii) untuk kegunaan yang
berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh pembekal video berlesen.
Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat
tambahan termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan
komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat
<http://www.mpegla.com>.
JavaTM dan semua tanda berasaskan Java adalah cap dagangan atau cap
dagangan berdaftar Sun Microsystems, Inc.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak
membuat perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang diperihalkan di
dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
HINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG
YANG BERKUAT KUASA, DALAM APA JUA KEADAAN NOKIA ATAU MANA-MANA
PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA JUA
KEHILANGAN DATA ATAU PENDAPATAN ATAU APA-APA KEROSAKAN KHAS,
SAMPINGAN, TURUTAN ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG YANG BAGAIMANA
BERLAKU.
ISI KANDUNGAN DOKUMEN INI DIBEKALKAN "SEBAGAIMANA ADANYA". KECUALI
DITUNTUT OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, TIADA APA-APA JENIS
JAMINAN, SAMA ADA YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK
TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BAGI KEPERDAGANGAN DAN KESESUAIAN
UNTUK TUJUAN TERTENTU, DIBUAT BERKAITAN DENGAN KETEPATAN,
KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA BERHAK UNTUK
MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK PADA BILA-BILA MASA
TANPA NOTIS YANG TERDAHULU.
Ketersediaan produk dan aplikasi yang tertentu untuk produk ini mungkin berbezabeza mengikut wilayah. Sila semak dengan penjual Nokia anda untuk
mendapatkan butiran, dan ketersediaan pilihan bahasa.
Peranti ini mematuhi Arahan 2002/95/EC terhadap sekatan penggunaan bahan
berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik.
Kawalan eksport
Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negaranegara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah
dilarang.
TIADA WARANTI
Aplikasi pihak ketiga yang disediakan bersama peranti anda mungkin telah
diwujudkan dan boleh dimiliki oleh individu atau entiti yang tidak bergabung atau
berkaitan dengan Nokkia. Nokia tidak memiliki hak cipta atau hak harta intelektual
bagi aplikasi pihak ketiga ini. Oleh yang demikian, Nokia tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang sokongan pengguna akhir, kefungsian aplikasi ini, mahu pun
maklumat dalam aplikasi atau bahan-bahan ini. Nokia tidak menyediakan
sebarang jaminan bagi aplikasi pihak ketiga ini. DENGAN MENGGUNAKAN
APLIKASI INI ANDA MENGAKUI BAHAWA APLIKASI YANG DISEDIAKAN
SEBAGAIMANA ADA TANPA SEBARANG JENIS JAMINAN, YANG DINYATAKAN ATAU
TERSIRAT, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG
YANG BERKUAT KUASA. ANDA SETERUSNYA MENGAKUI BAHAWA BAIK NOKIA
MAHUPUN ANGGOTA GABUNGANNYA TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN
ATAU JAMINAN, YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD
KEPADA JAMINAN HAK MILIK, KEPERDAGANGAN ATAU KESESUAIAN BAGI
SESUATU TUJUAN KHUSUS ATAU BAHAWA APLIKASI TIDAK AKAN MELANGGAR
SEBARANG PATEN, HAK CIPTA, CAP DAGANG ATAU HAK-HAK PIHAK KETIGA YANG
LAIN.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh
jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca
panduan pengguna yang lengkap untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT Jangan
hidupkan peranti apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN
RAYA Patuhi semua undang-undang
tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda
bebas untuk mengendalikan kenderaan
semasa memandu. Perkara pertama yang
harus anda pertimbangkan semasa memandu
adalah keselamatan jalan raya.
GANGGUAN Semua peranti wayarles boleh
mendapat gangguan, yang mungkin boleh
menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL Patuhi sebarang
sekatan. Matikan peranti apabila berdekatan
dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti
wayarles boleh menyebabkan gangguan di
dalam kapal terbang.
MATIKAN SEMASA MENGISI SEMULA
BAHAN API (MINYAK) Jangan gunakan
peranti di tempat mengisi bahan bakar. Jangan
gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan
kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan
peranti di mana peletupan sedang dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK Gunakan hanya
dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di
dalam pendokumenan produk. Jangan sentuh
antena jika tidak perlu.
PERKHIDMATAN YANG DIBENARKAN
Hanya kakitangan berkelayakan boleh
memasang atau membaiki produk ini.
tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan
sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR Peranti anda tidak tahan air.
Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN Ingatlah untuk
membuat salinan sandaran atau menyimpan
rekod bertulis mengenai semua maklumat
penting yang disimpan dalam peranti anda.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang
peranti lain, baca panduan penggunanya
untuk arahan-arahan keselamatan terperinci.
Jangan sambungkan produk-produk yang
tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN Pastikan fungsi
telefon peranti dihidupkan dan boleh
digunakan. Tekan kekunci tamat seberapa
banyak kali yang perlu untuk mengosongkan
paparan dan kembali ke mod siap sedia.
Masukkan nombor kecemasan, kemudian
tekan kekunci panggil. Berikan lokasi anda.
Jangan tamatkan panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
Mengenai peranti anda
Telefon wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini
diluluskan untuk digunakan pada rangkaian GSM 850,
900, 1800, dan 1900 serta UMTS 2100. Hubungi pembekal
khidmat anda untuk maklumat lanjut mengenai
rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi
semua undang-undang dan hormati adat tempatan,
privasi dan hak-hak sah orang lain termasuk hak cipta.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej,
muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain
daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau
dikemukakan.
Peranti anda menyokong sambungan internet dan kaedah
kesambungan yang lain. Seperti komputer, peranti anda
boleh terdedah kepada virus, mesej dan aplikasi
berbahaya, dan kandungan berbahaya yang lain. Amalkan
waspada dan buka mesej, terima permintaan
kesambungan, muat turun kandungan, dan terima
pemasangan hanya daripada sumber yang dipercayai.
Untuk meningkatkan keselamatan peranti anda,
pertimbangkan untuk memasang perisian antivirus
dengan perkhidmatan kemas kini yang tetap dan
menggunakan aplikasi dinding api.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di
dalam peranti ini, selain daripada jam penggera,
peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
Perkhidmatan rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah
mempunyai perkhidmatan daripada pembekal khidmat
wayarles. Kebanyakan cirinya memerlukan ciri rangkaian
yang khas. Ciri ini tidak didapati pada semua rangkaian;
rangkaian lain mungkin menghendaki anda membuat
pengurusan khusus dengan pembekal khidmat anda
sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan
rangkaiannya. Pembekal khidmat anda boleh memberi
anda arahan dan menjelaskan caj mana yang dikenakan.
Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had-had yang
menjejas cara anda menggunakan perkhidmatan
rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin
tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang
bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciriciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan dalam
peranti anda. Jika demikian, ciri ini tidak akan muncul
pada menu peranti anda. Peranti anda boleh juga
mempunyai tatarajah khas seperti perubahan dalam nama
menu, susunan menu, dan ikon. Hubungi pembekal
khidmat anda untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTP dan SSL)
yang berjalan pada protokol TCP/IP. Sesetengah ciri
peranti ini, seperti menyemak imbas web, e-mel,
tekan untuk cakap, mesej segera, dan mesej multimedia,
memerlukan sokongan rangkaian untuk teknologi ini.
Tambahan, bateri dan
pengecas
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum
menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini
dimaksudkan untuk digunakan apabila dibekalkan dengan
kuasa daripada pengecas AC-3, AC-4, AC-5, DC-4 atau
penyesuai pengecas CA-44.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan khususnya dengan model telefon ini.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa kelulusan atau jaminan,
dan mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan
tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon
anda. Apabila anda mencabut kord kuasa bagi sebarang
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
Kod kunci (5 digit) membantu melindungi telefon anda
daripada penggunaan yang tidak diizinkan. Kod pra tetap
ialah 12345. Tukar kod tersebut dan rahsiakan kod baru
serta simpannya di tempat selamat yang berasingan dari
telefon anda. Untuk menukar kod dan untuk menetapkan
telefon supaya meminta kod, lihat “Keselamatan”, h. 85.
Jika anda memasukkan kod kunci yang salah lima kali
berturut-turut, telefon tidak akan menghiraukan kod-kod
yang dimasukkan selepas itu. Tunggu selama 5 minit, dan
masukkan kod sekali lagi.
Apabila peranti dikunci, panggilan mungkin boleh dibuat
ke nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke
dalam peranti anda.
Kod PIN
Kod nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kod nombor
pengenalan peribadi universal (UPIN) (4 hingga 8 angka)
membantu melindungi kad SIM anda daripada digunakan
tanpa izin. Lihat “Keselamatan”, h. 85. Kod PIN biasanya
dibekalkan dengan kad SIM.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka) mungkin dibekalkan dengan
kad SIM dan diperlukan untuk sesetengah fungsi.
PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat di
dalam modul keselamatan. PIN modul dibekalkan bersama
kad SIM jika kad SIM mempunyai modul keselamatan di
dalamnya.
PIN tandatangan diperlukan untuk tandatangan digital.
PIN tandatangan dibekalkan bersama kad SIM jika kad
SIM mempunyai modul keselamatan di dalamnya.
Kod PUK
Kod kunci nyahhalang peribadi (PUK) dan kod kunci
nyahhalang peribadi universal (UPUK) (8 angka)
diperlukan untuk menukar kod PIN dan UPIN yang
terhalang. Kod PUK2 diperlukan untuk menukar kod PIN2
yang dihalang.
Jika kodnya tidak dibekalkan bersama kad SIM, hubungi
pembekal khidmat setempat anda untuk mendapatkan
kod-kod tersebut.
Maklumat am
Kata laluan sekatan
Kata laluan sekatan (4 angka) diperlukan apabila
menggunakan Sekatan panggilan. Lihat “Sekatan
panggilan”, h. 89. Anda boleh mendapatkan kata laluan ini
daripada pembekal khidmat anda.
Jika anda memasukkan kata laluan sekatan yang salah
sebanyak tiga kali berturut-turut, kata laluan tersebut
akan dihalang. Hubungi pembekal khidmat anda.
Maklumat sokongan dan
hubungan Nokia
Untuk mendapatkan versi terkini panduan ini, muat turun,
perkhidmatan dan maklumat tambahan yang berkaitan
dengan produk Nokia anda, sila lawati www.nokiaasia.com/5700/support atau tapak web Nokia tempatan
anda. Anda juga boleh muat turun tetapan-tetapan
tatarajah percuma, seperti MMS, GPRS, e-mel, dan
perkhidmatan lain untuk model telefon anda di
www.nokia-asia.com/phonesettings.
Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila rujuk
kepada www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk menyemak lokasi pusat jagaan Nokia yang terdekat
untuk khidmat penyelenggaraan, anda boleh mengunjungi
www.nokia-asia.com/repair.
Kemas kini perisian
Nokia boleh mengeluarkan kemas kinian perisian yang
mungkin menawarkan ciri baru, fungsi yang ditambah,
atau prestasi yang dipertingkatkan. Anda mungkin boleh
meminta kemas kinian ini melalui aplikasi PC Nokia
Software Updater. Untuk mengemas kini perisian peranti,
anda perlukan aplikasi Nokia Software Updater dan PC
yang serasi dengan sistem pengendalian Microsoft
Windows 2000 atau XP, akses internet jalur lebar, dan
kabel data yang serasi untuk menyambungkan peranti
anda pada PC.
Untuk mendapat maklumat lanjut dan untuk memuat
turun aplikasi Nokia Software Updater, kunjungilah
www.nokia-asia.com/softwareupdate atau tapak web
Nokia tempatan anda.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Telefon ini menggunakan bateri BP-5M.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan
perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini
boleh jadi pembekal khidmat, atau penjual lain.
1. Untuk membuka penutup bahagian belakang telefon
buat pertama kali, angkatnya dengan menggunakan
jalur plastik seperti yang ditunjukkan pada bahagian
belakang telefon (1). Anda kemudiannya boleh
mengeluarkan jalurnya.
Untuk membuka penutup bahagian belakang
kemudian, pusingkan bahagian bawah telefon 90
darjah ke kiri atau ke kanan apabila kekunci nombor
bahagian bawahnya berada pada sisi yang sama
seperti paparannya, dan angkat penutup bahagian
belakang (2). Untuk mengeluarkan bateri, angkat ia
seperti yang ditunjukkan (3).
2. Untuk melepaskan pemegang kad SIM, luncurkannya
ke belakang (4), dan angkat ia (5).
Masukkan kad (U)SIM ke pemegang kad SIM (6).
Pastikan bahawa kad (U)SIM dimasukkan dengan betul
dan bahagian sesentuh berwarna keemasan pada kad
menghadap ke bawah, dan potongan serongnya
menghadap ke atas.
Bermula
Tutup pemegang kad SIM (7), dan luncurkannya ke
hadapan untuk menguncinya (8).
3. Gantikan bateri (9). Gantikan penutup bahagian
belakang (10) dan (11).
Slot kad MicroSD
Gunakan hanya kad microSD serasi
yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan dengan peranti ini. Nokia
menggunakan piawaian industri
yang diluluskan untuk kad memori, tetapi sesetengah
jenama mungkin serasi sepenuhnya dengan peranti. Kad
yang tidak serasi mungkin boleh meroaskkan kad dan
peranti dan merosakkan data yang disimpan pada kad.
Jauh microSD dari capaian kanak-kanak kecil.
Anda boleh memanjangkan memori yang tersedia dengan
kad memori microSD. Anda boleh memasukkan atau
menukar kad microSD tanpa mematikan telefon.
Penting: Jangan keluarkan kad memori ketika
sedang beroperasi apabila kad sedang diakses.
Mengeluarkan kad semasa sesuatu operasi
mungkin akan merosakkan kad memori serta
peranti ini, dan data yang tersimpan dalam kad
mungkin juga tercemar.
Memasukkan kad microSD
Sila ambil perhatian bahawa kad memori boleh dibekalkan
dengan telefon, dan mungkin telah dimasukkan.
Jika telefon meminta kod PIN,
masukkan kod, dan pilih OK
Jika telefon meminta kod kunci,
masukkan kod kunci, dan pilih OK
Tetapan kilang untuk kod kunci
ialah 12345.
Menetapkan masa
dan tarikh
Untuk menetapkan zon masa, masa, dan tarikh yang betul,
pilih negara yang anda kini berada, dan masukkan masa
tempatan dan tarikh.
Kedudukan beroperasi biasa
Gunakan telefon hanya dengan gaya beroperasi biasa.
Nota: Seperti sebarang
peranti pemancar radio lain,
jangan sentuh antena jika
tidak perlu apabila antena
sedang digunakan.
Contohnya, elakkan
menyentuk antena selular
semasa dalam panggilan
telefon. Apabila tersentuh
dengan antena yang
memancar atau menerima,
kualiti komunikasi radio mungkin akan terjejas,
boleh menyebabkan peranti beroperasi pada
paras kuasa yang lebih tinggi daripada yang
diperlukan, dan mengurangkan hayat bateri.
Sebelum anda menggunakan mesej multimedia, mesej
segera dan tekan untuk cakap, e-mel, penyegerakan, strim,
dan penyemak imbas, anda mestilah mempunyai tetapan
tatarajah yang betul pada telefon anda. Telefon anda
boleh menatarajahkan secara automatik tetapan
penyemak imbas, mesej multimedia, pusat akses, dan
strim berdasarkan kad SIM yang digunakan. Anda boleh
juga langsung menerima tetapan ini sebagai mesej
tatarajah, yang anda simpan ke telefon anda. Untuk
maklumat lanjut mengenai ketersediaan, hubungi
pembekal khidmat anda atau wakil penjual Nokia
berdaftar yang terdekat dengan anda.
Apabila anda menerima mesej tatarajah, dan tetapannya
tidak disimpan dan diaktifkan secara automatik, 1 mesej
baru dipaparkan. Pilih Tunjuk untuk membuka mesej.
Untuk menyimpan tetapan, pilih Pilihan > Simpan. Anda
mungkin perlu memasukkan kod PIN yang diberikan oleh
pembekal khidmat.
Telefon anda mempunyai lima mod fungsi: mod telefon
(1), mod kamera (2), mod muzik (3), mod panggilan video
(4), dan mod pandangan video (5). Untuk beralih antara
mod, pusingkan bahagian bawah telefon. Telefon akan
berhenti sebentar sebelum sesuatu mod diaktifkan. Dalam
mod telefon, jangan cuba pusingkan bahagian bawah
telefon lebih daripada 90 darjah ke kiri atau 180 darjah ke
kanan. Jika bahagian bawah telefon dipaksa pusing
dengan lebih banyak, telefon tersebut akan rosak.
Mod telefon
Mod telefon diaktifkan apabila kekunci nombor bahagian
bawah adalah di sisi yang sama seperti pemaparnya.
Mod kamera
Untuk mengaktifkan mod kamera semasa dalam mod
telefon, pusingkan bahagian bawah telefon 90 darjah ke
kiri supaya kanta kamera menghadap jauh dari anda
apabila anda melihat pada pemaparnya.
Untuk mengaktifkan potret diri, pusingkan bahagian
bawah telefon 90 darjah ke kanan semasa mod telefon
supaya kanta kamera menghadap ke arah anda apabila
anda melihat pada pemaparnya.
Mod muzik
Untuk mengaktifkan mod muzik semasa dalam mod
telefon, pusingkan bahagian bawah telefon 180 darjah ke
kanan supaya kekunci yang digunakan untuk mengawal
main balik muzik berada pada sisi yang sama seperti
pemaparnya.
Mod panggilan video
Semasa panggilan video, anda boleh membuat penerima
panggilan melihat wajah anda. Pusingkan bahagian
bawah telefon supaya kanta kamera menghadap ke arah
anda semasa anda melihat pada pemaparnya. Anda boleh
juga memusingkan kanta kamera ke arah yang
bertentangan.
Apabila anda sedang
menonton video atau
imej pegun dalam mod
telefon, anda boleh
mengaktifkan mod
pandangan video
Pusingkan bahagian
bawah telefon 90 darjah
ke kiri supaya kanta kamera menghadap jauh dari anda.
Dalam mod pandangan video, paparan bertukar menjadi
landskap secara automatik, dan anda boleh meletakkan
telefon di atas meja, contohnya, sambil menonton.
Untuk melihat imej pegun yang seterusnya atau yang
sebelumnya atau untuk memaju cepat atau memutar balik
video, tekan kekunci media maju cepat atau putar balik.
Untuk memainkan atau menjedakan video, tekan kekunci
media main/jeda/berhenti. Untuk menghentikan video,
tekan dan tahan kekunci media main/jeda/berhenti
Mod siap sedia
Apabila anda telah menghidupkan telefon, dan ia
berdaftar dengan rangkaian, telefon tersebut berada
dalam mod siap sedia dan bersedia untuk digunakan.
Untuk membuka senarai nombor yang terakhir didail,
tekan kekunci panggil.
Untuk menggunakan arahan suara atau dailan suara,
tekan dan tahan kekunci pilihan kanan.
Untuk menukar profil, tekan kekunci kuasa, dan pilih
profil.
Untuk memulakan sambungan kepada web, tekan dan
tahan 0.
Siap sedia aktif
Apabila siap sedia aktif didayakan, anda boleh
menggunakan paparan untuk akses cepat ke aplikasi yang
sering digunakan. Untuk memilih sama ada siap sedia aktif
ditunjukkan, pilih Menu > Tetapan > Ttpn telefon >
Umum > Pemperibadian > Mod bersedia > Siap sedia
aktif > Aktif atau Tidak aktif.
Untuk mengakses aplikasi siap sedia aktif, tatal ke aplikasi,
dan pilih aplikasi tersebut. Dalam siap sedia aktif aplikasi
lalai ditunjukkan merentasi bahagian atas kawasan siap
sedia aktif, dan kalender, dan peristiwa pemain
disenaraikan di bawah. Untuk memilih aplikasi atau
peristiwa, tatal ke aplikasi atau peristiwa tersebut, dan
pilihnya
Profil Luar talian membolehkan anda menggunakan
telefon tanpa menyambung kepada rangkaian. Apabila
profil Luar talian aktif, sambungan kepada rangkaian
wayarles dimatikan, seperti yang ditunjukkan oleh
dalam kawasan penunjuk kekuatan isyarat. Semua isyarat
RF wayarles ke atau dari telefon anda disekat, dan anda
boleh menggunakan peranti anda tanpa kad (U)SIM.
Gunakan profil luar talian dalam persekitaran peka radio—
di dalam kapal terbang atau hospital. Anda boleh
mendengarkan muzik tanpa pemain muzik apabila profil
luar talian aktif.
Untuk meninggalkan profil Luar Talian, tekan kekunci
kuasa, dan pilih profil lain.
Penting: Dalam mod luar talian anda tidak boleh
membuat atau menerima sebarang panggilan,
atau menggunakan ciri lain yang memerlukan
liputan rangkaian selular. Panggilan masih boleh
di buat ke nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda. Untuk
membuat panggilan, anda mesti mengaktifkan
fungsi telefon dengan menukar profil. Jika peranti
telah dikunci, masukkan kod kunci.
Telefon dalam mod luar talian dan tidak
disambungkan kepada rangkaian selular. Lihat
“Profil luar talian”, h. 22.
Anda telah menerima satu atau beberapa mesej
ke folder Peti masuk dalam Pesanan.
Anda telah menerima e-mel baru dalam peti
mel jauh anda.
Terdapat mesej yang menunggu untuk dihantar
dalam Peti Keluar. Lihat “Peti keluar”, h. 41.
Anda mempunyai panggilan yang tidak dijawab.
Lihat “Panggilan terbaru”, h. 34.
Ditunjuk jika Jenis deringan ditetapkan pada
Senyap dan Nada isyarat mesej dan Nada
isyarat e-mel ditetapkan pada Tak aktif. Lihat
“Profil”, h. 67.
Pad kekunci telefon dikunci. Lihat “Kunci pad
kekunci (kawal kekunci)”, h. 25.
Pembesar suara diaktifkan.
Ada penggera yang aktif.
Talian telefon kedua sedang digunakan. Lihat
Talian sedang diguna dalam “Panggilan”, h. 87.
Telefon anda
/
Semua panggilan ke telefon dialihkan ke peti
mel panggilan atau ke nombor lain. Jiika anda
mempunyai dua talian telefon, penunjuk alihan
adalah bagi talian pertama dan
bagi yang kedua.
Alat dengar disambungkan dengan telefon.
Set gelung disambungkan dengan telefon.
Sambungan pada alat dengar Bluetooth telah
hilang.
/ Panggilan data sedang aktif.
Sambungan data paket GPRS aktif.
menunjukkan sambungan sedang ditunda dan
bahawa sambungan boleh didapati.
Sambungan data paket adalah aktif dalam
bahagian rangkaian yang menyokong EGPRS.
menunjukkan sambungan ditunda dan
bahawa sambungan adalah tersedia. Ikon
menunjukkan bahawa EGPRS tersedia dalam
rangkaian, tetapi peranti anda tidak semestinya
menggunakan EGPRS dalam pemindahan data.
Sambungan data paket UMTS aktif.
menunjukkan sambungan sedang ditunda dan
bahwa sambungan boleh didapati.
Bluetooth dihidupkan.
Data sedang dihantar dengan menggunakan
Bluetooth. Lihat “Sambungan Bluetooth”, h. 96.
Sambungan inframerah aktif. Apabila
inframerah aktif, tetapi tiada sambungan,
penunjuknya berkelip.
Sambungan USB aktif.
Penunjuk lain mungkin juga ditunjukkan. Bagi penunjuk
tekan untuk cakap, lihat “Tekan untuk cakap”, h. 99.
Menu
Dalam menu tersebut anda boleh mengakses fungsi dalam
telefon anda. Untuk mengakses menu utama, tekan
kekunci menu, selepas ini dihuraikan sebagai "pilih
Menu".
Untuk membuka aplikasi atau folder, tatal kepadanya, dan
tekan kekunci tatal.
Untuk menukar pandangan menu, pilih Menu > Pilihan >
Tukar Paparan menu dan jenis pandangan.
Jika anda menukar susunan fungsi dalam menu, susunan
tersebut mungkin berbeza daripada susunan lalai yang
dihuraikan dalam panduan pengguna ini.
Untuk menutup aplikasi atau folder, pilih Balik and Keluar
seberapa banyak kali yang diperlukan untuk kembali ke
mod siap sedia atau pilih Pilihan > Keluar.
Untuk memaparkan dan beralih antara aplikasi terbuka,
pilih dan tunda Menu. Tetingkap pertukaran aplikasi
terbuka, menunjukkan senarai aplikasi yang terbuka. Tatal
ke aplikasi, dan pilih ia.
Untuk menandakan atau menyahtandakan item dalam
aplikasi, tekan #. Untuk menandakan atau
menyahtandakan beberapa item secara berturut-turut,
tekan dan tahan #, dan tatal ke atas atau ke bawah.
Membiarkan aplikasi berjalan di latar belakang akan
menambah tuntutan terhadap kuasa bateri dan
mengurangkan hayat bateri.
Aplikasi selamat datang
Welcome aplikasi bermula apabila anda menghidupkan
telefon anda buat kali pertama. Dengan aplikasi Welcome
anda boleh mengakses aplikasi berikut:
Tutorial — Belajar mengenai ciri-ciri telefon anda dan
bagaimana menggunakannya.
Wizard ttpan. — Tatarajah tetapan sambungan.
Pindah — Salin atau segerakkan data dari peranti serasi
yang lain.
Untuk membuka Selamat datang kemudian, pilih Menu >
Aplikasi > Welcome.
Tutorial
Tutorial mengandungi pengenalan kepada ciri telefon dan
tutorial mengajar cara untuk menggunakan telefon.
Tutorial bermula secara automatik apabila anda
menghidupkan telefon anda pada kali pertama. Untuk
memulakan tutorial sendiri, pilih Menu > Tutorial dan
item tutorial.
Bantuan
Peranti anda mempunyai bantuan peka konteks. Anda
boleh mengakses bantuan dari suatu aplikasi atau dari
menu utama.
Untuk mengakses bantuan apabila aplikasi sedang
terbuka, pilih Pilihan > Bantuan. Untuk beralih antara
bantuan dan aplikasi yang terbuka dalam latar belakang,
pilih dan tahan Menu. Pilih Pilihan dan daripada pilihan
yang berikut:
Senarai topik — untuk melihat satu senarai tajuk yang
Untuk membuka bantuan dari menu utama, pilih Menu >
Aplikasi > Bantuan. Dalam senarai kategori bantuan, pilih
aplikasi yang diingini untuk melihat senarai tajuk bantuan.
Untuk beralih antara senarai kategori bantuan, yang
ditunjukkan dengan , dan senarai kata kunci, yang
ditunjukkan dengan , tatal ke kiri atau ke kanan.
Untuk memaparkan teks bantuan yang berkaitan, pilihnya.
Kawalan kelantangan
Untuk melaraskan kelantangan alat cuping telinga atau
pembesar suara semasa panggilan atau semasa
mendengar fail audio, tekan kekunci kelantangan.
Untuk mengaktifkan pembesar suara semasa panggilan,
pilih Bsr suara.
Untuk menyahaktifkan pembesar suara semasa panggilan,
pilih Telefon.
Amaran: Jangan pegang peranti ini dekat dengan
telinga apabila pembesar suara sedang
digunakan, kerana kelantangannya mungkin
terlalu kuat.
Kunci pad kekunci (kawal
kekunci)
Untuk mengelakkan tekanan kekunci yang tidak sengaja,
anda boleh mengunci pad kekunci.
Untuk mengunci pad kekunci dalam mod telefon, tekan
kekunci pilihan kiri dan * dalam masa 1.5 saat. Untuk
menetapkan telefon agar mengunci pad kekunci secara
automatik selepas beberapa waktu, pilih Menu > Tetapan
> Ttpn telefon > Umum > Keselamatan > Telefon dan
kad SIM > T'poh knci auto pad kkci > Ditentu pengguna
dan masa yang ditentukan.
Untuk mengunci pad kekunci dalam mod muzik, tekan
kekunci kuasa dengan cepat, dan ilih Kunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci dalam mod telefon,
pilih Buka kunci, dan tekan * dalam masa 1.5 saat.
Untuk membuka kunci pad kekunci dalam mod muzik, pilih
Buka kunci > OK.
Apabila kunci pad kekunci sedang aktif, panggilan
mungkin boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang
telah diprogramkan ke dalam peranti anda.
Jangan
sambungkan
produk yang
membuat
isyarat
keluaran
kerana ini boleh menyebabka
Jangan sambungkan sebarang sumber voltan pada
penyambung Nokia AV.
Semasa menyambungkan sebarang peranti luaran atau
sebarang alat dengar, selain daripada yang diluluskan oleh
Nokia untuk digunakan dengan peranti ini, ke
penyambung AV Nokia, beri
paras kelantangan.
dikehendaki. Untuk
menetapkan sama ada
mod lalai diaktifkan secara
automatik, pilih
>
USB > Mod
Tnya ketika m'yamb.
2
1
> Tidak.
Memasang tali telefon
Sambungkan tali
telefon menurut
grafik.
Fungsi-fungsi panggilan
Fungsi-fungsi panggilan
Membuat panggilan suara
1 Dalam mod siap sedia, masukkan nombor telefon,
termasuk kod kawasan. Tekan kekunci kosongkan
untuk mengeluarkan nombor.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk
awalan antarabangsa (aksara + menggantikan kod
akses antarabangsa), dan masukkan kod negara, kod
kawasan (tinggalkan awalan 0 jika perlu), dan nombor
telefon.
2 Untuk memanggil nombor, tekan kekunci panggil.
Untuk melaraskan kelantangan semasa panggilan,
tekan kekunci kelantangan.
3 Untuk menamatkan panggilan, atau untuk
membatalkan percubaan memanggil, tekan kekunci
tamat.
Untuk membuat panggilan dari Kenalan, select Menu >
Kenalan. Tatal kepada nama yang diingini; atau masukkan
huruf pertama dari nama tersebut dan tatal kepada nama
yang diingini. Untuk memanggil nombor, tekan kekunci
panggil.
Untuk memanggil peti mel panggilan (perkhidmatan
rangkaian) anda, tekan dan tahan 1 dalam mod siap sedia.
Anda mesti menentukan nombor peti mel sebelum anda
boleh memanggil peti mel anda. Lihat “Peti mel
panggilan”, h. 82.
Untuk memanggil nombor yang baru dipanggil, tekan
kekunci panggil dalam mod siap sedia. Senarai 20 nombor
terakhir yang anda panggil atau cuba memanggil
ditunjukkan. Tatal ke nombor yang dikehendaki, dan tekan
kekunci panggil.
Untuk membuat panggilan tekan untuk cakap, lihat “Tekan
untuk cakap”, h. 99.
Dailan cepat
Anda boleh peruntukkan satu nombor telefon pada salah
satu daripada kekunci dailan cepat, 2 pada 9. Lihat
“Peruntukkan kekunci dailan cepat”, h. 48, atau “Dail
cepat”, h. 82.
Panggil nombor dailan cepat menggunakan salah satu
daripada cara berikut:
• Tekan kekunci dailan cepat, kemudian kekunci
panggilan.
•Jika Dail cepat is set to Aktif, tekan dan tahan kekunci
dailan cepat sehingga panggilan bermula. Untuk
Tetapan > Ttpn telefon > Telefon > Panggilan > Dail
cepat > Aktif.
Dailan suara
Tag suara ditambah secara automatik pada semua entri
dalam Kenalan.
Gunakan nama panjang, dan elakkan nama yang serupa
untuk nombor yang berlainan.
Membuat panggilan dailan suara
Tag suara adalah sensitif pada hingar latar belakang.
Gunakan tag suara dalam persekitaran yang senyap.
Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar
dalam persekitaran yang bising atau semasa
kecemasan, dari itu anda tidak seharusnya
bergantung semata-mata pada dailan suara
dalam semua keadaan.
1 Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci pilihan
ke kanan. Satu nada pendek dimainkan, dan Sila cakap
sekarang dipaparkan.
Jika anda menggunakan alat dengar yang serasi
dengan kekunci alat dengar, tekan dan tahan kekunci
alat dengar.
2 Sebutkan arahan suara dengan jelas. Telefon
memainkan arahan suara yang paling sepadan. Selepas
1.5 saat, telefon mendail nombor, jika hasilnya tidak
betul, sebelum mendail pilih Berikut dan entri yang
lain.
Menggunakan arahan suara untuk menjalankan fungsi
telefon adalah serupa dengan dailan suara. Lihat “Arahan
suara”, h. 82.
Buat panggilan persidangan
(perkhidmatan rangkaian)
1 Buat panggilan kepada peserta pertama.
2 Untuk membuat panggilan kepada peserta lain, pilih
Pilihan > Panggilan baru. Panggilan yang pertama
ditunda secara automatik.
3 Untuk menyertai peserta pertama dalam panggilan
persidangan apabila panggilan baru dijawab, pilih
Pilihan > Sidang.
Untuk menambah orang baru kepada panggilan, ulangi
langkah 2 dan pilih Pilihan > Sidang > Tambah ke
sidang. Telefon menyokong panggilan persidangan
antara maksimum enam peserta termasuk diri anda.
4 Untuk berbual secara peribadi dengan salah seorang
peserta, pilih Pilihan > Sidang > Sulit. Pilih seorang
peserta dan Sulit. Panggilan persidangan ditunda pada
telefon anda. Peserta lain masih boleh meneruskan
dengan panggilan persidangan. Untuk kembali ke
5 Untuk menggugurkan peserta, pilih Pilihan > Sidang >
Gugurkan peserta, tatal ke peserta dan pilih
Gugurkan.
6 Untuk menamatkan panggilan persidangan, tekan
kekunci tamat.
Menjawab atau menolak
panggilan
Untuk menjawab panggilan, tekan kekunci panggil.
Untuk melaraskan kelantangan semasa panggilan, tekan
kekunci kelantangan.
Untuk membisukan nada deringan, pilih Senyap.
Petua: Jika alat dengar yang serasi disambungkan
pada telefon, tekan kekunci alat dengar untuk
menjawab dan menamatkan panggilan.
Untuk menolak panggilan tekan kekunci tamat, atau pilih
Pilihan > Tolak. Pemanggil mendengar nada sibuk. Jika
anda telah mengaktifkan Alihan panggil. option Jika
sibuk untuk mengalihkan panggilan, menolak alihan
panggilan bagi sesuatu panggilan.
Untuk menghantar mesej teks kepada pemanggil yang
memaklumkan anda mengapa anda tidak boleh menjawab
panggilan, pilih Pilihan > Hantar mesej teks. Anda boleh
mengaktifkan balasan mesej teks dan mengedit teks
dalam mesej. Lihat Tolak panggil. dgn SMS dan Teks
mesej dalam “Panggilan”, h. 87.
Panggilan menunggu
(perkhidmatan rangkaian)
Semasa dalam panggilan, untuk menjawab panggilan
menanti, tekan kekunci panggilan. Panggilan yang
pertama akan dijadikan panggilan menunggu. Untuk
menamatkan panggilan yang aktif, tekan kekunci tamat.
Untuk mengaktifkan fungsi Panggilan menunggu, pilih
Menu > Tetapan > Ttpn telefon > Telefon > Panggilan >
Panggilan menunggu > Aktifkan.
Untuk beralih antara dua panggilan, pilih Tukar.
Pilihan-pilihan semasa panggilan
Banyak pilihan yang boleh anda gunakan semasa
panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk
ketersediaan, hubungi pembekal khidmat anda.
Pilih Pilihan semasa panggilan untuk mendapat beberapa
pilihan dari yang berikut:
Alih — untuk menyambungkan panggilan yang menunggu
kepada panggilan aktif dan memutuskan sambungan anda
sendiri
(contohnya, kata laluan). Masukkan rentetan DTMF atau
carinya dalam Kenalan. Untuk memasukkan aksara
menanti (w) atau aksara menjeda (p), tekan * berulang
kali. Untuk menghantar nada, pilih OK.
Petua: Anda boleh menambah nada DTMF pada
medan DTMF dalam kad kenalan.
Buat panggilan video
Apabila anda membuat panggilan video, anda dapat
melihat video masa-nyata, dua-hala antara anda dan
penerima panggilan tersebut. Imej video langsung atau
imej video yang ditangkap oleh kamera dalam peranti
anda ditunjukkan kepada penerima panggilan video.
Untuk membuat panggilan video, anda mestilah
mempunyai kad USIM dan berada dalam liputan rangkaian
UMTS. Untuk ketersediaan dan langganan perkhidmatan
panggilan video, hubungi pembekal khidmat anda.
Panggilan video hanya boleh dibuat antara dua pihak.
Panggilan video boleh dibuat ke telefon mudah alih yang
serasi atau klien ISDN. Panggilan video tidak boleh dibuat
semasa terdapat panggilan suara, video, atau data sedang
aktif.
Anda tidak menerima video (penerima tidak
menghantar video atau rangkaian tidak
memancarkannya).
Anda telah menolak hantaran video dari peranti anda.
1. Masukkan nombor telefon dalam mod siap sedia; atau
pilih Menu > Kenalan, dan tatal kepada kenalan yang
diingini.
2. Pilih Pilihan > Panggil > Panggilan video.
Memulakan panggilan video mungkin mengambil
masa yang agak lama. Menunggu imej video
dipaparkan. Jika panggilan tersebut tidak berjaya
(contohnya, panggilan video tidak disokong oleh
rangkaian, atau peranti yang menerima tidak serasi),
anda akan ditanya sama ada anda hendak mencuba
panggilan biasa atau menghantar mesej sebagai ganti.
Panggilan video aktif apabila anda melihat dua imej
video dan mendengar bunyi melalui pembesar suara.
Penerima panggilan mungkin menolak hantaran video,
dalam hal yang demikian anda mungkin melihat imej
pegun atau grafik latar belakang berwarna kelabu.
Semasa panggilan video semasa telefon berada dalam
mod telefon, pusingkan bahagian bawah telefon
supaya kanta kamera menghadap ke arah anda untuk
membolehkan penerima panggilan melihat wajah
anda, atau tekan bahagian bawah pada arah yang