Menggunakan panduan lorong ....................................................................................................... 37
Menukar laluan anda 39
Membuat perubahan kepada laluan anda ....................................................................................... 39
Tukar menu laluan ............................................................................................................................ 39
Perihal titik jalan ................................................................................................................................ 40
Menambah titik jalan pertama ke laluan anda ................................................................................ 41
Menambah titik jalan selanjutnya pada laluan anda ....................................................................... 41
Menukar susunan titik jalan ............................................................................................................. 42
Memadam titik jalan ......................................................................................................................... 42
Menukar tetapan pemberitahuan untuk titik jalan .......................................................................... 43
Mengaktifkan semula titik jalan ........................................................................................................ 43
Lihat peta 44
Perihal melihat peta .......................................................................................................................... 44
Pilihan ................................................................................................................................................ 45
Menu kursor ...................................................................................................................................... 46
Pembetulan peta 48
Mengenai Map Share ....................................................................................................................... 48
Simbol kereta .................................................................................................................................... 56
Jam .................................................................................................................................................... 57
Status GPS ........................................................................................................................................ 58
Lokasi rumah .................................................................................................................................... 59
Papan kekunci ................................................................................................................................... 59
Bahasa ............................................................................................................................................... 59
Buat menu anda sendiri ................................................................................................................... 59
Uruskan POI ...................................................................................................................................... 59
Warna peta ........................................................................................................................................ 60
Saya dan peranti saya ...................................................................................................................... 61
Kendalikan dengan tangan kiri / Kendalikan dengan tangan kanan .............................................. 61
Telefon .............................................................................................................................................. 61
Tetapkan semula tetapan kilang ...................................................................................................... 61
Perancangan laluan .......................................................................................................................... 62
Matikan Panduan suara/Hidupkan Panduan suara ......................................................................... 64
Unit .................................................................................................................................................... 65
Guna warna malam / Guna warna siang ......................................................................................... 65
Kenderaan dan laluan ....................................................................................................................... 65
Suara ................................................................................................................................................. 66
Kawalan suara .................................................................................................................................. 66
Peranti navigasi TomTom dengan pelekap boleh alih atau bersepadu
Kabel USB
atau
Pengecas kereta USB
Cakera lekapan papan pemuka. Cakera tersedia dalam beberapa produk dan tersedia sebagai
aksesori untuk yang lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke
tomtom.com/accessories.
Poster pemasangan
7
Menempatkan peranti
Baca ini dahulu
Pertimbangkan dengan teliti di mana untuk memasang peranti navigasi TomTom anda di dalam
kereta anda. Peranti navigasi hendaklah tidak menghalang atau mengganggu mana-mana yang
berikut:
Pandangan anda ke arah jalan
Sebarang kawalan di dalam kereta
Mana-mana cermin anda
Sebarang beg udara
Apabila peranti nagivasi anda dipasang, anda hendaklah boleh mencapai peranti dengan mudah
tanpa perlu menyendeng atau meregangkan mana-mana bahagian badan. Anda boleh melekapkan
peranti pada cermin depan atau anda boleh menggunakan Ceper Pelekap Papan Pemuka untuk
melekapkan pelekap pada papan pemuka anda. Cakera Lekapan Papan Pemuka disertakan dengan
beberapa produk dan tersedia sebagai aksesori. Gambar rajah berikut menunjukkan di mana anda
boleh melekapkan pelekap dengan selamat.
TomTom juga menawarkan penyelesaian pelekapan alternatif untuk peranti navigasi TomTom
anda. Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Ceper Pelekap Papan Pemuka dan penyelesaian
pelekapan alternatif, pergi ke tomtom.com/accessories.
Memasang dalam kereta anda
Gunakan pelekap yang disediakan bersama peranti anda untuk memasang peranti TomTom anda
di dalam kenderaan anda. Anda boleh memasang peranti anda pada cermin depan atau
menggunakan Cakera Pelekapan Papan Pemuka untuk memasang peranti anda pada papan pemuka anda. Lihat arahan pemasangan bercetak yang disertakan dengan produk anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut. Baca arahan mengenai menentududukan peranti anda sebelum
anda memasang peranti anda.
Untuk memasang peranti anda, lakukan yang berikut:
1. Pilih tempat terbaik untuk melekapkan peranti TomTom anda. Tempatnya hendaklah selancar
yang mungkin.
2. Jika anda menggunakan Cakera Pelekapan Papan Pemuka, bersihkan papan pemuka dan
pasang cakera ini.
8
3. Pastikan kedua-dua cawan penyedut pada pelekap dan cermin depan anda bersih dan kering.
4. Tekan cawan penyedut bagi pelekap dengan teguh pada cermin depan anda atau cakera.
5. Pulas pemegang getah berdekatan dasar pelekap mengikut arah jam sehingga anda rasa ia
terkunci di tempatnya.
6. Jika pelekap anda tidak disepadukan ke dalam peranti anda, letakkan peranti anda di dalam
pelekap, dengan memastikan ia terkunci di tempatnya.
7. Pasang plag pengecas kereta USB ke dalam bekalan kuasa pada papan pemuka anda.
8. Sambung kabel USB kepada pengecas kereta dan peranti anda.
Peranti navigasi anda kini dipasang. Langkah seterusnya adalah untuk menghidupkannya dan
menjawab beberapa soalan.
Menghidup dan mematikan
Untuk menghidupkan peranti navigasi anda, tekan dan tahan butang Hidup/Mati sehingga anda
melihat skrin permulaan. Kali pertama anda menghidupkan peranti anda, anda perlu menahan
butang selama 15 saat.
Membuat persediaan
Penting: Berhati-hati supaya anda memilih bahasa yang betul, kerana bahasa yang anda pilih akan
digunakan bagi semua teks pada skrin.
Apabila anda mula-mula menghidupkan peranti anda, anda mesti menjawab beberapa soalan
untuk membuat persediaan peranti. Jawab soalan yang ditanya dengan mengetuk skrin.
Penerimaan GPS
Kali pertama anda memulakan peranti navigasi TomTom anda, peranti ini mungkin memerlukan
beberapa minit untuk menentukan kedudukan GPS anda dan menunjukkan kedudukan semasa
anda pada peta. Pada kali berikutnya, kedudukan anda akan dicari dengan lebih cepat, selalunya
dalam masa beberapa saat sahaja.
Untuk memastikan penerimaan GPS yang baik, anda perlu menggunakan peranti anda di luar dan
memastikan peranti anda dalam kedudukan menegak. Objek besar seperti bangunan tinggi kadang
kala boleh mengganggu penerimaan. Penerimaan GPS juga boleh terjejas jika peranti anda diletakkan secara rata pada permukaan atau di atas tapak tangan anda.
Slot kad micro-SD
Beberapa jenis peranti navigasi TomTom mempunyai slot kad microSD yang terletak di sisi atau di
bahagian bawah peranti.
Sebelum anda menggunakan slot kad memori, pastikan versi terkini aplikasi telah dipasang pada
peranti navigasi anda dengan menyambung kepada MyTomTom. Apabila peranti anda terkini,
anda boleh menggunakan kad memori sebagai ruang simpanan tambahan untuk menambah peta
tambahan pada peranti anda. Peta boleh dibeli dari tomtom.com.
9
Perihal MyTomTom
MyTomTom membantu anda mengurus kandungan dan perkhidmatan peranti navigasi TomTom
anda, serta memberikan anda akses kepada komuniti TomTom. Anda log masuk ke MyTomTom
pada laman web TomTom. Adalah sebaiknya untuk kerap menyambung peranti navigasi anda ke
MyTomTom untuk memastikan anda sentiasa mendapat kemas kini yang terkini.
Tip: Kami mengesyorkan anda menggunakan sambungan internet jalur lebar apabila anda
menyambungkan peranti navigasi anda ke MyTomTom.
Menyediakan MyTomTom
Untuk menyediakan MyTomTom, lakukan yang berikut:
1. Sambungkan komputer anda ke Internet.
2. Mulakan penyemak imbas dan pergi ke tomtom.com/getstarted.
3. KlikMuat Turun sekarang.
Penyemak imbas anda memuat turun aplikasi sokongan MyTomTom, yang anda perlu pasang
pada komputer anda untuk menyambungkan peranti anda kepada MyTomTom. Ikuti arahan
pada skrin jika anda ditanya soalan semasa memuat turun.
4. Apabila digesa, sambungkan peranti anda ke komputer anda menggunakan kabel USB.
Kemudian, hidupkan peranti anda.
Penting: Anda hendaklah memasang kabel USB terus kepada port USB pada komputer anda dan
bukan kepada hab USB atau port USB pada papan kekunci atau monitor.
Sebaik sahaja aplikasi sokongan MyTomTom dipasang, anda boleh mengakses MyTomTom dari
kawasan pemberitahuan pada desktop anda.
Tip: Apabila anda menyambung peranti navigasi anda ke komputer anda, MyTomTom memberitahu anda jika terdapat sebarang kemas kini untuk peranti anda.
10
Tetapan keselamatan
Kami menggalakkan penggunaan tetapan keselamatan untuk menjadikan pemanduan anda
seselamat mungkin.
Ini adalah beberapa pilihan yang disertakan dalam tetapan keselamatan:
Tunjukkan butang menu penting semasa memandu
Tunjukkan peringatan keselamatan
Beri amaran apabila memandu lebih laju daripada yang dibenarkan
Jika peranti anda menyokong arahan suara, anda juga boleh memandu dengan lebih selamat
menggunakan kawalan suara untuk mengawal peranti navigasi anda.
Peranti tidak bermula
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, peranti navigasi TomTom anda mungkin tidak bermula
dengan betul atau mungkin berhenti memberi respons kepada ketikan anda.
Mula-mula, periksa bahawa bateri dicas. Untuk mengecas bateri, sambung peranti anda kepada
pengecas kereta. Ia mungkin mengambil masa sehingga 2 jam untuk mengecas bateri sepenuhnya.
Jika ini tidak menyelesaikan masalah, anda boleh set semula peranti. Untuk melakukannya, tekan
dan tahan butang Hidupkan/Matikan sehingga peranti anda bermula untuk mula semula.
Mengecas peranti anda
Bateri di dalam peranti navigasi TomTom anda akan mengecas apabila anda menyambungkannya
kepada pengecas kereta atau komputer.
Penting: Anda hendaklah memasang penyambung USB terus kepada port USB di komputer anda
dan bukan kepada hab USB atau port USB pada papan kekunci atau monitor.
Berkongsi maklumat dengan TomTom
Pada kali pertama anda mula menavigasi atau melakukan tetapan semula, peranti anda akan
meminta kebenaran untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai penggunaan anda terhadap
peranti navigasi ini. Maklumat akan disimpan pada peranti ini sehingga kami mengambilnya. Kami
menggunakannya tanpa nama untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami.
Anda boleh menukar sama ada anda berkongsi maklumat ini dengan kami pada bila-bila masa
dengan melakukan yang berikut:
1. Dalam Menu Utama, ketik Tetapan.
2. KetikSaya dan peranti saya.
3. Ketik Maklumat saya.
4. Ketik Tidak untuk berhenti berkongsi atau ketik Ya untuk mula berkongsi.
11
Maklumat tambahan
Hanya jika anda memberi kami keizinan, peranti navigasi anda akan terus-menerus mengumpul
maklumat. Maklumat disimpan dalam peranti anda sehingga anda sambungkannya ke PC anda,
dan maklumat akan dihantar kepada TomTom dan dipadamkan daripada peranti anda. Maklumat
termasuk butiran yang mengecam peranti navigasi, butiran mengenai laluan dan lokasi dan
maklumat yang dimasukkan ketika anda menggunakan peranti navigasi.
Sebaik sahaja menerima maklumat ini, TomTom menghapuskan secara automatik dan tanpa dapat
dikembalikan mana-mana data yang membolehkan pengecaman diri atau peranti anda. Maklumat
yang kini tanpa nama ini digunakan untuk memperbaik produk dan perkhidmatan TomTom, seperti peta, laporan tentang Tempat Menarik dan purata kelajuan dipandu. Produk dan perkhidmatan
ini juga digunakan oleh agensi kerajaan dan perniagaan.
Menggunakan peranti navigasi anda, anda boleh menyertai Komuniti Perkongsian Peta atau
melaporkan kamera laju dan zon bahaya. Jika anda memilih untuk menggunakan salah satu daripada perkhidmatan ini, laporan anda, yang termasuk maklumat lokasi dan nama akaun MyTomTom anda, akan dihantar kepada TomTom dan disimpan bersama akaun MyTomTom anda.
TomTom kemudian akan menggunakan maklumat anda untuk memperbaiki peta dan kamera kelajuannya.
Jika anda tak lagi benarkan perkongsian maklumat, maklumat di atas tak akan dihantar kepada
TomTom dan maklumat yang sebelumnya disimpan dalam peranti anda akan dipadamkan.
TomTom tidak akan memberikan orang lain akses kepada maklumat yang dikumpul daripada
peranti navigasi anda.
Dalam memilih untuk memberi TomTom maklumat yang membantu ke arah pemanduan yang
lebih baik, terutamanya dengan memperbaik peta, aliran lalu lintas dan mengurangkan kesesakan.
Kami menghargai bantuan anda.
Jika anda merasakan maklumat anda tidak digunakan untuk tujuan sebagaimana yang dinyatakan
semasa memberikannya kepada TomTom, hubungi kami di tomtom.com/support.
Lihat dasar privasi kami ditomtom.com/privacy.
Notis Keselamatan
Sesetengah peranti navigasi mengandungi modul GSM/GPRS yang boleh mengganggu peranti
elektrik seperti perentak jantung kardium, alat bantuan pendengaran dan peralatan penerbangan.
Gangguan dengan peranti ini mungkin membahayakan kesihatan atau nyawa anda atau orang lain.
Jika peranti anda merangkumi modul GDM/GPRS, jangan gunakannya berdekatan unit elektrik
yang tidak dilindungi atau di kawasan di mana penggunaan telefon mudah alih adalah dilarang,
seperti di hospital dan di dalam pesawat.
Jaga peranti anda dengan baik
Menjaga peranti anda dengan baik adalah penting:
Jangan buka selongsong peranti anda dalam apa jua keadaan. Berbuat demikian mungkin
berbahaya dan akan mentaksahkan waranti anda.
12
Lap atau keringkan skrin peranti anda dengan menggunakan kain lembut. Jangan gunakan
sebarang pencuci cecair.
Mendapatkan bantuan untuk menggunakan peranti navigasi anda
Anda boleh mendapatkan bantuan selanjutnya dengan pergi ke tomtom.com/support.
Untuk maklumat waranti, pergi ke tomtom.com/legal.
13
Merancang laluan
Merancang laluan
Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengurangkan gangguan semasa anda memandu, anda
perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.
Penting: Jika anda menggunakan produk pekhemah dan karavan TomTom, sebelum merancang
laluan, anda hendaklah menyediakan peranti anda untuk kenderaan anda.
Untuk merancang laluan pada peranti TomTom anda, lakukan yang berikut:
1. Ketik skrin untuk membuka Menu Utama.
2. Ketik Navigasi ke atau Pandu ke.
3. Ketik Alamat.
Anda boleh menukar tetapan negara atau negeri dengan mengetik bendera sebelum anda
memilih bandar.
4. Masukkan nama bandar atau poskod.
Tip: Jika peranti anda menyokong kawalan suara, dan bukan menaip alamat, ketik butang
mikrofon untuk memasukkan alamat dengan menuturkannya kepada peranti TomTom anda.
Bandar dengan nama yang sama ditunjukkan dalam senarai semasa anda menaip.
14
Apabila bandar yang betul kelihatan dalam senarai, ketik nama tersebut untuk memilih destinasi.
5. Masukkan nama jalan.
Jalan dengan nama yang sama ditunjukkan dalam senarai semasa anda menaip.
Apabila nama jalan yang betul kelihatan dalam senarai, ketik nama untuk memilih destinasi.
6. Masukkan nombor rumah dan kemudian ketik Selesai.
7. Lokasi ditunjukkan pada peta. Ketik Pilih untuk teruskan atau ketik Balik untuk memasukkan
alamat lain.
Penting: Jika anda merancang laluan karavan atau pekhemah dan tiada laluan khusus yang
ditemui, anda akan ditanya sama ada anda hendak menggunakan laluan kereta. Jika anda
menggunakan laluan kereta, berikan perhatian khusus kepada sebarang sekatan laluan semasa memandu.
15
Tip: Jika anda inginkan destinasi akhir anda sebuah parkir kereta, ketik Parkir kereta dan pilih
lokasi dari senarai parkir kereta berdekatan destinasi umum anda.
8. Apabila laluan baru ditunjukkan, ketik Selesai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai laluan, ketik Butiran.
Untuk menukar laluan anda, contohnya, untuk berjalan melalui lokasi tertentu atau untuk memilih destinasi baru, ketik Tukar laluan.
Peranti anda mula memandu anda ke destinasi anda, dengan menggunakan arahan bersuara dan
arahan pada skrin.
Ringkasan laluan
Ringkasan laluan menunjukkan gambaran keseluruhan laluan anda, baki jarak ke destinasi anda
dan baki masa perjalanan yang dianggarkan.
Untuk melihat ringkasan laluan, ketik panel sebelah kanan pada palang status dalam pandangan
Pemanduan atau ketik Lihat laluan dalam Menu Utama dan kemudian, ketik Tunjukkan ringkasan laluan.
Jika anda mempunyai HD Traffic atau penerima RDS-TMC, ringkasan laluan juga menunjukkan
maklumat lalu lintas mengenai kelewatan pada laluan anda.
16
Nota: Untuk menggunakan perkhidmatan maklumat lalu lintas TomTom, anda mungkin memerlukan langganan atau penerima. Perkhidmatan lalu lintas tidak terdapat di semua negara atau
rantau. Untuk maklumat lanjut, lawati tomtom.com/services.
Laluan alternatif
Nota: Ciri ini tidak tersedia dalam semua peranti navigasi TomTom.
Peranti TomTom anda membantu anda tiba ke destinasi anda secepat mungkin dengan menunjukkan kepada anda laluan alternatif paling cepat jika ada.
Untuk menggunakan laluan alternatif, ketik belon di atas skrin. Jika anda tidak mahu mengikuti
laluan alternatif, teruskan memandu untuk terus menerima arahan untuk laluan asal anda.
17
Tip: Laluan alternatif hilang apabila ia bukan lagi yang paling cepat daripada laluan asal anda
atau ia terlalu lewat untuk anda memilihnya.
Untuk menukar bagaimana anda ditanya mengenai laluan alternatif, ketik Tetapan dan kemudian,
Perancangan laluan. Ketik Seterusnya sehingga anda tiba ke Tetapan perancangan semula.
Memilih jenis laluan
Setiap kali anda merancang laluan, anda boleh memilih untuk ditanya mengenai jenis laluan yang
anda ingin rancangkan.
Untuk melakukannya, ketik Tetapan diikuti dengan Perancangan Laluan, kemudian Jenis laluan.
Ketik Tanya saya setiap kali saya merancang.
Jika anda menggunakan produk pekhemah dan karavan TomTom, untuk memilih jenis laluan,
anda hendaklah menetapkan jenis kenderaan anda kepada Kereta. Ketik Tetapan diikuti Kender-aan dan laluan, kemudian Jenis kenderaan dan laluan. Pilih Kereta sebagai jenis kenderaan anda,
lalu ketik Tanya saya setiap kali saya merancang.
Nota: Anda hanya boleh memilih untuk ditanya mengenai jenis laluan apabila anda memilih
kereta sebagai kenderaan anda.
Jenis laluan yang anda boleh pilih adalah seperti berikut:
Laluan tercepat - laluan yang mengambil masa paling singkat.
Laluan eko - laluan paling menjimatkan petrol bagi perjalanan anda.
Laluan terdekat - jarak paling pendek di antara lokasi yang anda tetapkan. Ini mungkin
bukan laluan tercepat, terutama jika laluan terdekat itu melalui pekan atau bandar.
Laluan jalan kaki - laluan yang dirangka untuk perjalanan berjalan kaki.
Laluan basikal - laluan yang dirangka untuk perjalanan berbasikal.
Ketik Seterusnya. Jika anda memilih Laluan tercepat, anda perlu memilih sama ada anda hendak
mengelakkan lebuh raya setiap kali.
18
Destinasi kerap
Jika anda selalu melakukan perjalanan ke destinasi yang sama, anda boleh menetapkan peranti
TomTom anda untuk bertanya jika anda ingin merancang laluan ke salah satu lokasi ini setiap kali
peranti dihidupkan. Ini lebih cepat berbanding merancang laluan menggunakan cara biasa.
Tunjukkan destinasi kerap saya
Anda boleh menetapkan peranti TomTom anda untuk bertanya jika anda ingin merancang laluan
ke salah satu destinasi kerap anda, setiap kali peranti dihidupkan.
Untuk menukar tetapan ini, lakukan yang berikut:
1. Ketik Muladi dalam menu Tetapan dan kemudian pilih Tanya destinasi.
2. Ketik Ya, kemudian ketik Ya sekali lagi untuk mula memasukkan maklumat tentang destinasi.
3. Pilih satu simbol untuk destinasi dan ketik Selesai untuk menetapkan simbol, kemudian ketik
Ya.
Tip: Untuk menambah destinasi baru, pilih salah satu simbol bernombor dan masukkan na-
ma untuk butang destinasi baru.
4. Ketik Ya dan jika perlu masukkan nama baru, kemudian ketik Selesai.
5. Masukkan butiran alamat dengan cara yang sama anda masukkan alamat semasa merancang
laluan, kemudian ketik Selesai.
6. Jika anda ingin menetapkan lebih banyak destinasi, ulangi langkah di atas. Jika tidak, ketik
Selesai.
7. Anda akan ditanya jika anda ingin menukar imej permulaan.
8. Jika anda ingin menukar imej, ketik Yakemudian, ikut arahan yang ditunjukkan pada skrin. Jika
tidak, ketik Tidak.
Setiap kali peranti anda dihidupkan, anda akan ditanya jika anda ingin merancang laluan. Jika anda
mengetik Batal, Pandangan Pemanduan terbuka.
Menggunakan masa ketibaan
Anda boleh menetapkan peranti TomTom anda untuk menanyakan kepada anda jika anda perlu
untuk tiba pada waktu tertentu apabila anda merancang laluan.
19
Palang status
Ketik Palang Status dalam menu Tetapan, untuk mendayakan atau
menyahdayakan pemberitahuan masa ketibaan.
Untuk mendayakan pemberitahuan masa ketibaan, pilih Ruang masa.
Selepas merancang laluan, ketik YA untuk memasukkan masa ketibaan yang dipilih.
Anda akan tiba 55 minit sebelum masa ketibaan yang anda masukkan.
Jika masa ketibaan yang dianggarkan lebih daripada lima minit sebelum
masa yang anda masukkan, ia ditunjukkan dengan warna hijau.
Anda akan tiba 3 minit sebelum masa ketibaan yang anda masukkan.
Jika masa ketibaan yang dianggarkan adalah kurang daripada 5 minit
sebelum masa yang anda masukkan, ia ditunjukkan dengan warna
kuning.
Anda akan tiba lewat 19 minit.
Jika masa ketibaan yang dianggarkan adalah lewat daripada masa yang
anda masukkan, ia ditunjukkan dengan warna merah.
Rumah
Ketik butang ini untuk menavigasi ke lokasi Rumah anda.
Anda mungkin akan menggunakan butang ini lebih kerap daripada yang
lain.
Kegemaran
Ketik butang ini untuk memilih Kegemaran sebagai destinasi anda.
Peranti anda mengira masa ketibaan anda dan menunjukkan kepada anda sama ada anda akan
tiba tepat pada masanya.
Anda juga boleh menggunakan maklumat ini untuk menentukan bila anda perlu beredar. Jika
peranti anda menunjukkan bahawa anda akan tiba 30 minit lebih awal, anda boleh menunggu dan
beredar dalam masa 30 minit, daripada tiba awal.
Masa ketibaan anda akan sentiasa dikira semula semasa perjalanan anda. Palang status menunjukkan sama ada anda akan tiba pada masanya atau sama ada anda akan terlewat, seperti yang ditunjukkan di bawah:
Pilihan menu navigasi
Apabila anda mengetik Navigasi ke atau Pandu ke, anda boleh menetapkan destinasi anda dalam
pelbagai cara, bukan hanya dengan memasukkan alamat. Opsyen-opsyen lain disenaraikan di
bawah:
20
Alamat
Ketik butang ini untuk memasukkan alamat sebagai destinasi anda.
Destinasi terkini
Ketik butang ini untuk memilih destinasi anda dari senarai tempat yang
anda gunakan sebagai destinasi baru-baru ini.
Tempat Tumpuan
Ketik butang ini untuk menavigasi ke Tempat Tumpuan (POI).
Alamat ucapan
Pada sesetengah peranti, anda boleh memasukkan alamat menggunakan
pertuturan. Lihat Kawalan suara.
Titik dalam peta
Ketik butang ini untuk memilih tempat pada peta sebagai destinasi anda
menggunakan penyemak imbas peta.
Latitud Longitud
Ketik butang ini untuk memasukkan destinasi menggunakan nilai latitud
dan longitud.
Kedudukan hentian
terakhir
Ketik butang ini untuk memilih kedudukan terakhir anda yang direkodkan
sebagai destinasi anda.
Carian tempatan
Ketik butang ini untuk menggunakan Carian Tempatan dengan TomTom
Places untuk membantu anda mencari kedai dan tempat perniagaan di
dalam dan sekitar lokasi semasa anda.
Anda boleh memilih untuk mencari kedai dan tempat perniagaan berdekatan anda, berhampiran destinasi anda, berdekatan sebarang destinasi
lain atau di sebuah bandar.
Contohnya, jika anda mencari kolam renang berhampiran lokasi semasa
anda, masukkan 'kolam renang' dan pilih hasil carian terbaik.
21
Merancang laluan terlebih dahulu
Anda boleh menggunakan peranti TomTom anda untuk merancang laluan lebih awal, memilih titik
permulaan anda dan destinasi anda.
Di sini ada beberapa alasan lagi untuk merancang laluan lebih awal:
Lihat berapa lama akan diambil untuk sesuatu perjalanan sebelum anda bermula.
Anda juga boleh membandingkan masa perjalanan untuk laluan yang sama pada waktu ber-
beza dalam sehari atau pada hari berbeza dalam seminggu. Peranti anda menggunakan IQ
Routes semasa merancang laluan. IQ Routes mengira laluan berdasarkan kepada kelajuan purata sebenar yang diukur di atas jalan.
Kaji laluan perjalanan yang sedang anda rancang.
Periksa laluan untuk seseorang yang akan datang untuk melawat anda dan kemudian ter-
angkan laluan itu kepada mereka secara terperinci.
Untuk merancang laluan terlebih dahulu, ikuti langkah ini:
1. Ketik skrin untuk menunjukkan Menu utama.
2. Ketik butang anak panah untuk beralih ke skrin menu berikutnya dan ketik Rancang laluan.
Butang ini ditunjukkan apabila tiada laluan yang dirancang pada peranti TomTom anda.
3. Pilih titik permulaan untuk perjalanan anda dengan cara yang sama akan anda gunakan untuk
memilih destinasi anda.
4. Tetapkan destinasi untuk perjalanan anda.
5. Jika Tetapan perancangan laluan ditetapkan kepada Tanya saya setiap kali saya merancang,
pilih jenis laluan yang anda ingin rancangkan:
Laluan tercepat - laluan yang mengambil masa paling singkat.
Laluan eko - laluan paling menjimatkan petrol bagi perjalanan anda.
Laluan terdekat - jarak paling pendek di antara lokasi yang anda tetapkan. Ini mungkin
bukan laluan tercepat, terutama jika laluan terdekat itu melalui pekan atau bandar.
Elak lebuh raya - laluan yang mengelakkan lebuh raya.
Laluan jalan kaki - laluan yang dirangka untuk perjalanan berjalan kaki.
Laluan basikal - laluan yang dirangka untuk perjalanan berbasikal.
6. Pilih tarikh dan masa yang anda akan membuat perjalanan yang anda rancangkan.
Peranti anda menggunakan IQ Route untuk mencari kemungkinan laluan terbaik pada masa itu. Ia
berguna untuk melihat berapa lama perjalanan pada masa berbeza bagi hari atau hari berbeza bagi
minggu.
Peranti navigasi anda merancang laluan di antara kedua-dua lokasi yang anda pilih.
22
Melihat maklumat laluan
Tunjukkan arahan
Ketik butang ini untuk mendapatkan senarai semua arahan belokan dalam laluan.
Ini sangat berguna jika anda perlu menjelaskan laluan kepada orang lain.
Tunjukkan peta
laluan
Ketik butang ini untuk melihat gambaran keseluruhan laluan
menggunakan penyemak imbas peta.
Tunjukkan demo
laluan
Ketik butang ini untuk melihat demo perjalanan. Anda boleh mengganggu demo pada sebarang masa dengan mengetik skrin.
Tunjukkan ringka-
san laluan
Ketik bahagian ini untuk membuka skrin ringkasan laluan.
Tunjukkan desti-
nasi
Ketik butang ini untuk melihat pratonton destinasi anda.
Anda boleh menavigasi ke parkir kereta berdekatan destinasi anda, dan
melihat sebarang maklumat yang tersedia mengenai destinasi anda,
contohnya, nombor telefon.
Tunjukkan lalu
lintas pada laluan
Ketik butang ini untuk melihat semua insiden lalu lintas pada laluan anda.
Nota: Butang ini hanya ditunjukkan jika peranti anda mempunyai sama
ada langganan lalu lintas atau Penerima RDS-TMC. Maklumat lalu
lintas tidak terdapat di semua negara atau rantau. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai perkhidmatan maklumat lalu lintas
TomTom, pergi ke tomtom.com/services
Anda boleh mengakses opsyen ini untuk laluan terakhir yang anda rancang dengan mengetik
Lihat laluan dalam Menu Utama atau butang Butiran pada skrin ringkasan laluan.
Anda boleh memilih daripada opsyen berikut:
23
Nota: Kawalan suara tidak disokong pada semua peranti atau dalam semua bahasa.
Kawalan suara
Kawalan suara berfungsi dengan berbagai cara bergantung pada jenis peranti anda.
Navigasi ke
Jika anda nampak butang Navigasi ke dalam Menu Utama pada peranti anda, baca topik berikut
mengenai Kawalan Suara:
Kawalan suara - Navigasi ke
Pandu ke
Jika anda nampak butang Pandu ke dalam Menu Utama pada peranti anda, baca topik berikut
mengenai Kawalan Suara:
Kawalan suara - Pandu ke
24
Kawalan suara - Navigasi ke
Perihal kawalan suara
Nota: Kawalan suara tidak disokong pada semua peranti atau dalam semua bahasa.
Daripada mengetik skrin untuk mengawal peranti TomTom anda, anda boleh menggunakan suara
anda untuk mengawal peranti anda.
Contohnya, untuk meningkatkan kelantangan pada peranti anda, anda boleh menyebut "Tingkatkan kelantangan".
Untuk melihat senarai komen yang disediakan, ketik Bantuan dalam Menu utama, ketik Manual
produk dan kemudian, ketik Apa yang dapat saya katakan?
Penting: Kawalan suara memerlukan suara komputer. Apabila tiada suara komputer yang
dipasang dan dipilih pada peranti TomTom anda, ciri ini tidak tersedia.
Untuk memilih suara komputer, ketik Suara dalam menu Tetapan, kemudian, ketik Tukar suara
dan pilih suara komputer.
Menggunakan kawalan suara
Untuk menghidupkan kawalan suara dan menunjukkan butang dalam Pandangan pemanduan,
ketik Kawalan suara dalam menu Tetapan dan pilih Dayakan kawalan suara.
Untuk mematikan kawalan suara dan mengeluarkan butang dari pandangan Pemanduan, ketik
Kawalan suara dalam menu Tetapan dan pilih Nyahdayakan kawalan suara.
Contoh berikut menunjukkan bagaimana untuk menggunakan kawalan suara untuk merancang
perjalanan ke alamat Rumah anda:
1. Ketik butang mikrofon dalam pandangan Pemanduan untuk menghidupkan mikrofon.
Anda nampak skrin dengan contoh arahan yang anda boleh katakan.
Ketik Apa yang dapat saya katakan? untuk melihat senarai penuh arahan yang anda boleh katakan. Secara alternatif, ketik Tetapan dalam Menu utama, ketik Kawalan suara dan kemudian, ketik Apa yang dapat saya katakan?
2. Apabila anda mendengar nada, katakan arahan pilihan anda. Contohnya, anda boleh menga-
takan "Navigasi rumah". Peranti anda hanya sedia untuk didengar selepas anda mendengar
nada.
Semasa anda bercakap, monitor mikrofon menunjukkan sebaik mana peranti boleh
mendengar suara anda:
Bar hijau bermaksud peranti boleh mendengar suara anda.
Bar merah bermaksud suara anda terlalu kuat untuk peranti mengecam perkataan individu.
25
Bar kelabu bermaksud suara anda terlalu senyap untuk peranti mengecam perkataan indi-
vidu.
Untuk sesetengah ungkapan, peranti anda meminta pengesahan.
Tip: Untuk pengecaman terbaik bagi apa yang anda katakan, bercakap seperti biasa tanpa
cuba untuk menyebut perkataan dengan cara yang dibuat-buat. Jika terdapat bunyi jalan
yang bising, contohnya, anda mungkin perlu bercakap ke arah mikrofon.
3. Jika arahan betul, katakan "Ya".
Jika arahan salah, katakan "Tidak" dan ulang arahan selepas anda mendengar gesaan dan nada
semula.
Peranti anda merancang laluan dari lokasi semasa ke destinasi anda.
Tip: Untuk menghentikan peranti anda daripada mendengar arahan selanjutnya, katakan "Batalkan". Untuk balik ke belakang satu langkah, sebut "Balik".
Merancang perjalanan menggunakan suara anda
Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengurangkan gangguan semasa anda memandu, anda
perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.
Nota: Tidak dapat merancang laluan menggunakan suara anda untuk semua peta di semua
negara, atau dalam semua bahasa.
Untuk merancang laluan ke alamat menggunakan pertuturan, lakukan yang berikut:
1. Ketik butang kawalan suara dalam pandangan Pemanduan.
2. Apabila anda mendengar nada, katakan, "Navigasi ke alamat".
3. Sebutkan nama bandar.
Peranti anda menunjukkan senarai bandar yang bunyinya sama dengan apa yang anda katakan
dan memberitahu anda bandar mana berada di atas senarai.
26
Jika bandar yang anda dengar sama dengan bandar yang anda minta, kemudian, sebut,
"Selesai" atau "OK" atau "Ya" atau "Satu" atau ketik bandar di atas senarai.
Jika bandar yang anda dengar salah, tetapi, bandar yang betul berada dalam senarai, sebut
nombor di sebelah bandar yang betul atau ketik nama bandar.
Contohnya, jika bandar yang betul adalah Rotterdam dan bandar ini ditunjukkan pada item ketiga dalam senarai, anda boleh sebut, "Tiga" atau ketik nama, Rotterdam.
Jika nama tersebut tidak berada dalam senarai, kemudian, sebut "Balik" atau "Tidak" atau ketik
Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya dan sebut semula bandar apabila anda mendengar
nada.
4. Sebutkan nama jalan.
Peranti anda menunjukkan senarai nama jalan yang bunyinya sama dengan apa yang anda katakan dan memberitahu anda nama jalan berada di atas senarai.
Jika nama jalan yang anda dengar sama dengan nama jalan yang anda minta, kemudian, katakan, "Selesai" atau "OK" atau "Ya" atau "Satu" atau ketik nama jalan di atas senarai.
Tip: Lokasi berbeza mungkin mempunyai nama yang sama, seperti jalan yang mempunyai
beberapa poskod. Apabila ini berlaku, anda perlu melihat pada skrin dan ketik lokasi yang
betul.
Jika nama jalan yang anda dengar salah, tetapi, bandar yang betul berada dalam senarai, katakan nombor di sebelah nama jalan yang betul atau ketik nama jalan dalam senarai.
Jika nama jalan tidak berada dalam senarai, kemudian, sebut "Balik" atau "Tidak" atau ketik Ba-lik untuk kembali ke skrin sebelumnya dan sebut semula nama jalan apabila anda mendengar
nada.
5. Sebut nombor rumah.
Penting: Nombor perlu dikatakan dalam bahasa yang sama seperti butang nama dan menu
pada peranti anda.
Nombor perlu disebut dengan cara yang sama anda biasanya sebut nombor, dalam satu ayat
berterusan. Maka, 357 disebut, "Tiga ratus lima puluh tujuh".
Jika nombor ditunjukkan dengan betul, sebut, "Selesai" atau "OK" atau ketik papan kekunci untuk memasukkan nombor.
Jika nombor ditunjukkan dengan betul, sebut, "Balik" atau "Tidak" atau ketik kekunci Backspace
dan ulang nombor.
27
Tip: Jika anda sebut, "Balik" apabila tiada nombor pada skrin, peranti anda akan membawa
anda kembali ke skrin sebelumnya.
Apabila nombor ditunjukkan dengan betul, sebut, "Selesai" atau "OK". Secara alternatif, masukkan nombor dengan mengetik skrin.
6. Apabila laluan telah dikira dan ringkasan laluan ditunjukkan, ketik Selesai.
Peranti anda mula memandu anda ke destinasi anda, dengan menggunakan arahan bersuara dan
arahan pada skrin.
Tip: Selain daripada untuk merancang laluan menggunakan kawalan Suara, anda boleh mengetik Navigasi ke dalam Menu utama dan kemudian, ketik Alamat yang Dikatakan. Secara alternatif, anda boleh mengetik butang di bawah papan kekunci sewaktu entri alamat. Apabila butang berwarna kelabu, anda tidak boleh menggunakan pertuturan untuk memasukkan alamat.
28
Kawalan suara - Pandu ke
Perihal kawalan suara
Nota: Kawalan suara tidak disokong pada semua peranti atau dalam semua bahasa.
Daripada mengetik skrin untuk mengawal peranti TomTom anda, anda boleh menggunakan suara
anda untuk mengawal peranti anda.
Contohnya, untuk meningkatkan kelantangan pada peranti anda, anda boleh menyebut "Tingkatkan kelantangan" atau "Kelantangan 50%".
Untuk melihat senarai komen yang disediakan, ketik Bantuan dalam Menu utama, ketik Manual
produk dan kemudian, ketik Apa yang dapat saya katakan.
Penting: Kawalan suara memerlukan suara komputer. Apabila tiada suara komputer yang
dipasang dan dipilih pada peranti TomTom anda, ciri ini tidak tersedia.
Untuk memilih suara komputer, ketik Suara dalam menu Tetapan, kemudian, ketik Tukar suara
dan pilih suara komputer.
Menggunakan kawalan suara
Kawalan suara dihidupkan secara lalai jika ia disokong oleh bahasa yang anda pilih.
Untuk mematikan kawalan suara dan mengeluarkan butang dari pandangan Pemanduan, ketik
Kawalan suara dalam menu Tetapan dan pilih Nyahdayakan kawalan suara.
Contoh berikut menunjukkan bagaimana untuk menggunakan kawalan suara untuk merancang
perjalanan ke alamat Rumah anda:
1. Ketik butang mikrofon dalam pandangan Pemanduan untuk menghidupkan mikrofon.
Anda nampak skrin dengan contoh arahan yang anda boleh katakan.
Ketik Apa yang dapat saya katakan untuk melihat senarai penuh arahan yang anda boleh katakan. Secara alternatif, ketik Tetapan dalam Menu utama, ketik Kawalan suara dan kemudian, ketik Apa yang dapat saya katakan.
2. Apabila anda mendengar "Sebutkan arahan" diikuti dengan nada, katakan arahan pilihan anda.
Contohnya, anda boleh mengatakan "Pandu ke rumah". Peranti anda hanya sedia untuk
didengar selepas anda mendengar nada.
Semasa anda bercakap, monitor mikrofon menunjukkan sebaik mana peranti boleh
mendengar suara anda:
29
Bar hijau bermaksud peranti boleh mendengar suara anda.
Bar merah bermaksud suara anda terlalu kuat untuk peranti mengecam perkataan individu.
Bar kelabu bermaksud suara anda terlalu senyap untuk peranti mengecam perkataan individu.
Untuk sesetengah ungkapan, peranti anda mengulangi apa yang anda katakan dan meminta
pengesahan.
Tip: Untuk pengecaman terbaik bagi apa yang anda katakan, bercakap seperti biasa tanpa
cuba untuk menyebut perkataan dengan cara yang dibuat-buat. Jika terdapat bunyi jalan
yang bising, contohnya, anda mungkin perlu bercakap ke arah mikrofon.
3. Jika arahan betul, katakan "Ya".
Jika arahan salah, katakan "Tidak" dan ulang arahan selepas anda mendengar gesaan dan nada
semula.
Peranti anda merancang laluan dari lokasi semasa ke destinasi anda.
Tip: Untuk menghentikan peranti anda daripada mendengar arahan selanjutnya, katakan "Batalkan". Untuk balik ke belakang satu langkah, sebut "Balik".
Merancang perjalanan menggunakan suara anda
Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengurangkan gangguan semasa anda memandu, anda
perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.
Nota: Tidak dapat merancang laluan menggunakan suara anda untuk semua peta di semua
negara, atau dalam semua bahasa.
Untuk merancang laluan ke alamat menggunakan pertuturan, lakukan yang berikut:
1. Ketik butang kawalan suara dalam pandangan Pemanduan.
2. Apabila anda mendengar nada, katakan, "Navigasi ke Alamat" atau "Pandu ke alamat".
Tip: Peranti anda mempunyai sama ada Navigasi ke atau Pandu ke pada butang dalam Menu
Utama. Apabila merancang laluan ke suatu alamat menggunakan pertuturan, sebutkan "Navigasi ke alamat" jika butang menunjukkan Navigasi ke atau "Pandu ke alamat" jika butang
menunjukkan Pandu ke.
30
Loading...
+ 76 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.