Untuk kandungan telefon tambahan, pergi ke
www.sonyericsson.com/fun. Daftar sekarang untuk mendapatkan
satu set alatan, simpanan dalam talian percuma, tawaran khas,
berita dan pertandingan di www.sonyericsson.com/myphone.
Untuk sokongan produk, pergi ke
www.sonyericsson.com/support.
Simbol arahan
Yang berikut terpapar dalam Panduan pengguna ini:
>Gunakan kekunci navigasi untuk menatal dan memilih
Kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan), yang ada
perolehi daripada operator rangkaian anda, mengandungi
maklumat mengenai langganan anda. Sentiasa matikan
telefon anda dan tanggalkan pengecas dan bateri sebelum
anda memasukkan atau mengeluarkan kad SIM.
Anda boleh menyimpan kenalan pada kad SIM sebelum
anda mengeluarkannya daripada telefon anda. Lihat Kenalan
pada halaman 26.
Kod PIN (kunci kad SIM)
Anda mungkin memerlukan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi)
untuk mengaktifkan perkhidmatan dan fungsi dalam telefon anda.
PIN anda diberikan oleh operator rangkaian anda. Setiap digit
PIN muncul sebagai *, melainkan ia bermula dengan digit nombor
keselamatan, sebagai contoh, 112 atau 911. Anda boleh melihat
dan memanggil nombor kecemasan tanpa memasukkan PIN.
Untuk menggunakan kunci kad SIM atau menukar kod PIN anda,
lihat Kunci kad SIM pada halaman 34.
Jika anda memasukkan PIN yang salah tiga kali berturutturut, kad SIM disekat. Lihat Kunci kad SIM pada
halaman 34.
Telefon anda menyokong kad ingatan Memory Stick Micro™
(M2™), menambah lagi banyak ruang simpanan ke telefon anda.
Ia boleh juga digunakan sebagai kad ingatan mudah alih dengan
peranti serasi yang lain. Anda boleh memindahkan kandungan
di antara kad ingatan dan ingatan telefon. Lihat Hiburan pada
halaman 14 dan Teknologi wayarles Bluetooth™ pada
halaman 29.
Untuk memasukkan kad ingatan
1 Buka penutup.
2 Masukkan kad ingatan dengan sentuhan berwarna emas
menghala kepada anda.
Untuk mengeluarkan kad ingatan
1 Buka penutup.
2 Tekan hujung kad ingatan untuk melepaskannya dan
Bateri telefon tercas separuh semasa anda membelinya.
Untuk mengecas bateri
1 Sambung pengecas kepada telefon dengan ikon kuasa pada
pengecas menghala ke atas. Ia mengambil masa lebih kurang
3 jam untuk mengecas penuh bateri. Tekan kekunci untuk
melihat skrin dan melihat status pengecasan.
2 Untuk menanggalkan pengecas, sengetkan plag ke atas.
Ia mungkin mengambil masa beberapa minit sebelum ikon
bateri muncul pada skrin.
Anda boleh menggunakan telefon anda semasa ia sedang
mengecas. Anda boleh mengecas bateri pada bila-bila
masa dan untuk lebih atau kurang daripada 3 jam. Anda
boleh mengganggu pengecasan tanpa merosakkan bateri.
1 Tekan dan tahan .
2 Masukkan PIN anda, jika diminta.
3 Pilih OK untuk menggunakan wizard persediaan.
Jika anda mahu membetulkan kesilapan semasa anda
memasukkan PIN anda, tekan .
Bersedia
Selepas anda menghidupkan telefon dan memasukkan PIN anda,
nama operator rangkaian anda muncul. Paparan ini disebut
bersedia. Telefon anda kini sedia untuk digunakan.
Bar rangkaian menunjukkan kekuatan rangkaian GSM di kawasan
anda. Anda haruslah bergerak ke lokasi lain jika anda mempunyai
masalah memanggil dan liputan rangkaian anda lemah. Tiada
rangkaian bermaksud anda tidak berada dalam julat liputan
Penggera, Aplikasi, Kalendar, Tugas,
Penyelarasan*, Pemasa, Jam randik,
Kalkulator
12
Tetapan**
Umum
Profil
Masa & tarikh
Bahasa telefon
Jalan pintas
Mod penerbangan
Keselamatan
Status telefon
Ttp semula semua
Panggilan
Dail pantas
Alihkan panggilan
Uruskan panggilan
Waktu & kos*
Tunjk/smbunyi no.
Bebas tangan
Buka untuk jawab
Ttup utk tmt pgiln
* Sesetengah menu bergantung pada operator, rangkaian,
dan langganan.
** Anda boleh menggunakan kekunci navigasi untuk menatal antara
tab dalam submenu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Navigasi
pada halaman 11.