Waranti, SAR dan garis panduan penggunaan................................ 128
Mengitar semula peranti anda......................................................... 128
Maklumat undang-undang.............................................................. 128
5
Langkah permulaan
Tentang Panduan pengguna ini
Ini merupakan Xperia™ L1 Panduan pengguna untuk versi perisian Android™ 7.0. Jika
anda tidak pasti versi perisian mana yang sedang menjalankan peranti anda, anda boleh
menyemaknya dalam menu Tetapan.
Kemas kini sistem dan aplikasi boleh mewujudkan ciri dalam peranti anda dengan cara yang
lain daripada dihuraikan dalam panduan Pengguna ini. Versi Android™ mungkin tidak terjejas
dalam kemas kini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemas kini perisian, lihat
Mengemas kini peranti anda
Untuk menyemak versi perisian semasa peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari Tetapan > Mengenai telefon > Versi Android™.
Untuk mencari nombor model dan nama peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik .
Nombor model peranti dan nama dipaparkan.
Had pada perkhidmatan dan ciri
Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini
mungkin tidak disokong di semua negara atau rantau atau oleh semua rangkaian atau
pembekal perkhidmatan. Nombor Kecemasan Antarabangsa GSM sentiasa boleh
digunakan di semua negara, rantau, rangkaian dan oleh semua pembekal khidmat,
sekiranya peranti disambungkan ke rangkaian mudah alih. Sila hubungi operator
rangkaian atau pembekal khidmat anda untuk menentukan ketersediaan sebarang
perkhidmatan atau ciri khusus dan sama ada bayaran akses atau penggunaan tambahan
dikenakan.
Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini mungkin
memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj penyambungan data
apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda. Hubungi pengendali rangkaian
wayarles anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Kad SIM nano dan kad memori
mempunyai slot berasingan dalam peranti yang sama. Pastikan anda tidak terkeliru
antara kedua-duanya.
Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau menyahlekapkan
kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk mengeluarkan kad SIM nano atau
kad memori daripada peranti.
Untuk memasukkan dua kad SIM nano dan kad memori
Jangan potong kad SIM anda, contohnya menggunakan pisau atau gunting, kerana ini boleh
merosakkan peranti anda.
Menggunakan kuku anda, seret keluar bekas kad SIM nano.
2
Masukkan kad SIM utama (SIM 1) dengan kemas dalam orientasi yang betul
dalam kedudukan (1) seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
3
Masukkan kad SIM tambahan (SIM 2) dengan kemas dalam orientasi yang betul
dalam kedudukan (2) seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
4
Masukkan kad memori dalam orientasi yang betul ke dalam slot kad memori
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
5
Tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke dalam
tempatnya.
Untuk mengeluarkan kad SIM nano
1
Matikan peranti anda.
2
Dengan skrin menghadap ke bawah, buka penutup slot kad SIM nano/Kad
ingatan.
3
Seret keluar bekas kad SIM nano menggunakan kuku anda.
4
Keluarkan kad SIM nano, kemudian tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam
slot sehingga ia masuk ke dalam tempatnya.
5
Tutup penutup slot kad SIM nano/Kad ingatan.
Untuk mengeluarkan kad ingatan
1
Matikan peranti anda.
2
Dengan peranti menghadap ke bawah, buka penutup slot kad SIM nano/Kad
ingatan.
3
Tolak masuk kad ingatan dengan lembut untuk melepaskannya daripada slotnya.
Tanggalkan kad ingatan dan tutup penutup slot kad SIM nano/Kad ingatan.
Perlindungan skrin
Sebelum menggunakan peranti anda, keluarkan
ke atas.
Penutup dan pelindung skrin boleh membantu anda melindungi peranti anda daripada
rosak. Kami mengesyorkan anda hanya menggunakan penutup skrin yang dicadangkan
untuk peranti Xperia™ anda. Penggunaan aksesori perlindungan skrin pihak ketiga boleh
menghalang peranti anda daripada berfungsi dengan menutup sensor, kanta, pembesar
suara atau mikrofon dan ia boleh membatalkan jaminan.
filem perlindungan dengan menarik tab terjulur
Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit sebelum memulakan
peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia
sedang dicas, lihat
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan membantu anda
mengkonfigurasikan tetapan asas, memperibadikan peranti anda dan mendaftar masuk
ke akaun anda, contohnya akaun Google™.
Menggunakan kabel USB Type-C™ (disediakan) adalah penting apabila mengecas peranti
anda kerana jenis kabel USB lain boleh merosakkan peranti anda. Bateri disyorkan agar dicas
selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan peranti untuk pertama kali.
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga peranti bergetar.
2
Masukkan PIN untuk kad SIM 1 dan 2 anda apabila diminta, kemudian ketik
3
Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesilapan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik .
Untuk mematikan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa
2
Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
sehingga menu pilihan dibuka.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google?
Peranti Xperia anda daripada Sony dijalankan pada platform Android yang dibangunkan
oleh Google. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google tersedia pada peranti anda
apabila anda membelinya, contohnya, Gmail™, Google Maps™, YouTube™ dan Play
Store™. Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda
memerlukan akaun Google. Sebagai contoh, akaun Google membolehkan anda untuk
melakukan perkara berikut:
•
Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•
Menyelaraskan e-mel, kenalan dan kalendar anda menggunakan Gmail.
•
Sembang dengan rakan menggunakan aplikasi Duo™.
•
Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan
penyemak imbas web Google Chrome™.
•
Mengenal pasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia Companion.
•
Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan
jauh menggunakan perkhidmatan Cari peranti saya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Android dan Google, pergi ke
http://support.google.com
.
.
Ia adalah penting untuk mengingati nama dan kata laluan akaun Google anda, kerana dalam
beberapa situasi, anda mungkin memerlukannya untuk mengenal pasti diri anda atas sebabsebab keselamatan. Jika anda gagal memberikan nama pengguna dan kata laluan akaun
Google anda dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci. Selain itu, jika anda mempunyai lebih
daripada satu akaun Google, pastikan anda memasukkan butiran untuk akaun yang berkaitan.
Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan > Tambah akaun > Google.
3
Ikut wizard pendaftaran untuk mencipta akaun Google™ atau daftar masuk jika
anda sudah mempunyai akaun.
Anda juga boleh mendaftar masuk ke atau mencipta akaun Google™ daripada panduan
persediaan apabila anda memulakan peranti anda buat pertama kali. Sebagai alternatif, anda
boleh pergi ke dalam talian dan mencipta akaun di
Peranti anda termasuk pilihan keselamatan, amat disyorkan sekiranya hilang atau dicuri.
Apabila menggunakan pilihan keselamatan untuk melindungi peranti anda, ia penting untuk
mengingati butiran yang diberikan semasa penyediaan.
Kunci skrin
Tetapkan kunci skrin selamat pada peranti anda menggunakan PIN, kata laluan, corak
atau bagi menghalang orang lain daripada menggunakan peranti anda tanpa kebenaran.
Sebaik sahaja kunci skrin ditetapkan, ia mustahil untuk membuka kunci skrin atau
memadamkan kandungan melalui Penetapan Data Kilang tanpa menyediakan maklumat
kunci skrin.
Jika anda menambah maklumat perhubungan anda pada kunci skrin, contohnya e-mel anda,
maklumat ini boleh digunakan untuk mendapatkan kembali peranti anda jika anda
kehilangannya.
Akaun Google
Tambah akaun Google supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan Cari peranti
saya. Dalam beberapa situasi, anda juga mungkin perlu memperkenalkan diri anda di
atas sebab-sebab keselamatan menggunakan akaun Google anda.
Cari peranti saya
Gunakan perkhidmatan Cari peranti saya untuk mencari, mengunci, membuka kunci
atau memadamkan dari jauh kandungan pada peranti yang hilang. Selepas anda telah
mendaftar masuk ke akaun Google anda, Cari peranti saya dihidupkan secara lalai.
Kunci kad SIM
Kunci kad SIM anda dengan PIN untuk melindungi langganan anda daripada
penyalahgunaan. PIN diperlukan setiap kali anda memulakan semula peranti anda.
Nombor IMEI
Simpan salinan nombor IMEI. Jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian
boleh menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses
rangkaian dalam negara atau rantau anda.
Sandaran
Sandarkan kandungan pada peranti anda sekiranya peranti anda rosak, hilang atau
dicuri. Lihat
Membuat sandaran dan memulihkan kandungan
di halaman 42.
Kunci skrin
Terdapat beberapa pilihan kunci skrin yang tersedia. Tahap keselamatan bagi setiap jenis
kunci disenaraikan di bawah dalam susunan paling lemah hingga paling kukuh:
•
Leret: tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin Laman Utama.
•
Corak: lukis corak yang ringkas menggunakan jari anda untuk membuka kunci peranti
anda.
•
PIN: masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk membuka kunci
peranti anda.
•
Kata laluan: masukkan kata laluan abjad angka untuk membuka kunci peranti anda.
Anda perlu mengingati corak, PIN atau kata laluan kunci skrin anda. Jika anda terlupa
maklumat ini, data penting seperti kenalan dan mesej mungkin tidak dapat dipulihkan.
Jika anda telah menyediakan akaun Microsoft® Exchange ActiveSync® (EAS) pada
peranti Xperia™ anda, tetapan keselamatan EAS mungkin mengehadkan jenis skrin
kunci kepada PIN atau kata laluan sahaja. Ini berlaku apabila pentadbir rangkaian anda
menentukan jenis skrin kunci untuk semua akaun EAS atas sebab keselamatan
perusahaan. Hubungi pentadbir rangkaian syarikat atau organisasi anda untuk
menyemak dasar keselamatan rangkaian yang dilaksanakan untuk peranti mudah alih.
Bagi lebih banyak tetapan untuk setiap jenis kunci skrin, ketik di sebelah Kunci skrin.
Untuk mengubah jenis kunci skrin anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.
3
Buat pilihan dan ikut arahan pada peranti anda.
Untuk mencipta corak kunci skrin
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin > Corak.
3
Buat pilihan dan ikut arahan pada peranti anda.
Jika anda memasukkan corak kunci yang salah sebanyak lima kali serentak, anda mesti
menunggu 30 saat sebelum mencuba lagi.
.
Untuk menukar corak kunci skrin
1
Dari
Skrin utama
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.
3
Lukis corak buka kunci skrin anda.
4
Ketik Corak, buat pilihan dan ikut arahan pada peranti anda.
anda, ketik
.
Untuk mencipta PIN kunci skrin
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Buat pilihan. Masukkan PIN angka, kemudian ketik TERUSKAN.
4
Masukkan semula dan sahkan PIN anda, kemudian ketik OK.
Tetapan
>
Skrin kunci & keselamatan
>
Kunci skrin
>
PIN
.
Untuk mencipta kata laluan kunci skrin
1
Dari
Skrin utama
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin > Kata
Lalulan
3
Buat pilihan dan ikut arahan pada peranti anda.
.
anda, ketik
.
Untuk mengaktifkan fungsi buka kunci Leret
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Lukiskan corak buka kunci skrin anda, atau masukkan PIN atau kata laluan anda
Tetapan
>
Skrin kunci & keselamatan
>
Kunci skrin
.
bergantung pada jenis kunci skrin ini yang didayakan.
4
Ketik Leretkan, kemudian ketik YA, ALIH KELUAR.
Membuka kunci peranti anda secara automatik
Ciri Kunci Pintar membolehkan anda menetapkan peranti anda tidak berkunci secara
automatik dalam situasi tertentu, contohnya, apabila bersambung ke peranti Bluetooth®
atau apabila anda sedang membawanya bersama anda. Apabila Kunci Pintar didayakan,
anda masih perlu membuka kunci peranti anda secara manual selepas memulakan
semula dan selepas membiarkan peranti tidak aktif selama 4 jam.
Pilih daripada tetapan Kunci Pintar berikut:
•
Pengesanan pada tubuh: Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila anda sedang
membawanya bersama anda.
•
Tempat yang dipercayai: Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila berada di lokasi
yang biasa anda pergi dan selamat seperti rumah anda.
Peranti dipercayai: Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila peranti Bluetooth®
atau NFC yang dipercayai disambungkan.
•
Muka yang dipercayai: Buka kunci peranti anda dengan melihat padanya.
•
Suara yang dipercayai: Gunakan pengecaman suara untuk membuka kunci peranti
anda daripada skrin kunci atau semasa ia sedang dicas dan aktifkan Google™.
Ciri Kunci Pintar dibangunkan oleh Google™, jadi kefungsiannya boleh berubah atau dikemas
kini dari masa ke masa. Tambahan pula, ciri tersebut mungkin tidak tersedia di setiap pasaran,
negara atau rantau.
Untuk mendayakan Kunci Pintar
1
Tetapkan corak, PIN atau kata laluan sebagai kunci skrin jika anda belum berbuat
demikian.
2
Dari Skrin utama anda, ketik
3
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Ejen amanah.
4
Ketik penggelangsar Kunci Pintar (Google) untuk mendayakan fungsi tersebut.
5
Ketik anak panah undur bersebelahan Ejen amanah.
6
Cari dan ketik Kunci Pintar.
7
Masukkan corak, PIN atau kata laluan anda. Anda perlu memasukkan kelayakan
.
pada bila-bila masa anda ingin mengubah tetapan Kunci Pintar anda.
8
Pilih jenis Kunci Pintar.
Untuk menyediakan atau mengalih keluar muka yang dipercayai
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
Tetapan
>
.
Skrin kunci & keselamatan
>
Kunci Pintar
>
Muka yang
dipercayai.
3
Ketik
SEDIAKAN
>
SETERUSNYA
. Ikut arahan pada peranti anda, kemudian
ketik SELESAI.
4
Untuk mengalih keluar muka yang dipercayai, ketik
Keluarkan muka yang
dipercayai > KELUARKAN.
Untuk ketepatan yang dipertingkat, ketik
Muka yang dipercayai > Tingkatkan padanan muka.
Untuk menyediakan suara yang dipercayai
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan
>
Skrin kunci & keselamatan
>
Kunci Pintar
>
Suara
yang dipercayai.
3
Ikut arahan pada peranti anda.
Mengekalkan peranti anda berkunci semasa anda membawanya
Menggunakan ciri Pengesanan pada badan, anda boleh mengekalkan peranti anda tidak
berkunci semasa anda membawanya dalam tangan anda atau dalam poket atau beg.
Akselerometer dalam peranti anda mengekalkan peranti anda berkunci apabila ia
merasakan yang ia sedang dibawa. Peranti terkunci apabila akselerometer mengesan
bahawa peranti telah diletakkan ke bawah.
Apabila anda menggunakan ciri Pengesanan pada badan, anda perlu menyedari tingkah
laku berikut:
•
Bila-bila masa anda meletakkan peranti anda ke bawah dan ia mengesan bahawa ia
tidak lagi dibawa, ia terkunci secara automatik.
•
Peranti tersebut boleh mengambil masa sehingga satu minit untuk terkunci.
•
Selepas anda menaiki kereta, bas, kereta api atau kenderaan darat yang lain, peranti
anda boleh mengambil masa antara 5 dan 10 minit untuk terkunci.
•
Ambil perhatian bahawa apabila anda menaiki kapal terbang atau bot (atau kenderaan
berasaskan bukan darat yang lain), peranti anda mungkin tidak terkunci secara
automatik, jadi pastikan ia dikunci secara manual jika perlu.
Apabila anda mengambil peranti anda sekali lagi atau keluar daripada kenderaan, hanya
buka kuncinya sekali dan peranti anda kemudian kekal tidak berkunci selama mana ia
berada bersama anda.
Ciri pengesanan pada badan tidak boleh membezakan badan yang disambungkan. Jika anda
memberikan peranti anda kepada orang lain semasa ia berkunci menggunakan Pengesanan
pada badan, peranti anda mungkin kekal terkunci untuk pengguna lain. Jangan lupa bahawa
Pengesanan pada badan sebagai ciri keselamatan adalah kurang selamat berbanding corak,
PIN atau kata laluan.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan Pengesanan pada badan
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci Pintar >
.
Pengesanan pada tubuh.
3
Ketik penggelangsar untuk mendayakan fungsi tersebut, kemudian ketik
TERUSKAN. Untuk melumpuhkan fungsi tersebut, ketik penggelangsar di
sebelah Dihidupkan.
Menyambung ke peranti yang dipercayai
Anda boleh menandakan peranti yang bersambung sebagai dipercayai dan mengekalkan
peranti Xperia™ anda tidak berkunci semasa bersambung. Jika anda mempunyai peranti
yang anda sambung secara kerap menggunakan Bluetooth® atau NFC, contohnya,
sistem hiburan rumah atau penjejak kecergasan, anda boleh menambahnya sebagai
peranti yang dipercayai dan memintas keselamatan skrin kunci tambahan bagi
menjimatkan masa. Ciri ini sesuai jika anda biasanya di tempat yang selamat secara
relatif apabila anda menggunakan peranti ini. Dalam sesetengah kes, anda mungkin
masih perlu membuka kunci peranti anda secara manual sebelum peranti yang
dipercayai boleh disambungkan.
Tidak disyorkan untuk menambah peranti yang disambungkan secara kerap ke peranti anda
sebagai peranti yang dipercayai, contohnya, papan kekunci Bluetooth® atau sarung.
Sebaik sahaja peranti yang dipercayai dimatikan atau beralih ke luar julat, skrin anda dikunci
dan anda memerlukan PIN, corak atau kata laluan anda untuk membuka kuncinya.
Untuk menambah atau mengalih keluar peranti Bluetooth® dipercayai
1
Pastikan peranti anda dipasangkan dan disambungkan ke peranti Bluetooth®
yang anda ingin tambah sebagai peranti dipercayai.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
4
Dalam menu kunci Pintar, ketik Peranti dipercayai > TAMBAH PERANTI YANG
DIPERCAYAI
5
Ketik nama peranti untuk memilihnya daripada senarai peranti yang bersambung
Tetapan
>
dan berpasangan, kemudian ketik
6
Untuk mengalih keluar peranti yang berpasangan, pilihnya daripada senarai dan
>
Bluetooth
Skrin kunci & keselamatan
.
YA, TAMBAH
.
>
Kunci Pintar
.
ketik ALIH KELUAR PERANTI YANG DIPERCAYAI.
Untuk menambah atau mengalih keluar peranti NFC dipercayai
1
Pastikan peranti anda dipasangkan dan disambungkan ke peranti Bluetooth®
yang anda ingin tambah sebagai peranti dipercayai.
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci Pintar.
3
Ketik Peranti dipercayai > TAMBAH PERANTI YANG DIPERCAYAI > NFC.
4
Ikut arahan pada skrin.
5
Untuk mengalih keluar peranti yang berpasangan, pilihnya daripada senarai dan
ketik ALIH KELUAR PERANTI YANG DIPERCAYAI.
Memastikan anda selamat apabila menggunakan peranti dipercayai
Peranti Bluetooth® yang berbeza menyokong standard dan keupayaan keselamatan
Bluetooth® yang berbeza. Terdapat kemungkinan bahawa seseorang boleh
mengekalkan peranti Xperia™ anda berkunci dengan meniru sambungan Bluetooth®
anda, walaupun peranti dipercayai anda tidak lagi berada berdekatan. Peranti anda
sentiasa tidak dapat menentukan sama ada sambungan anda selamat daripada
seseorang yang cuba untuk menirunya.
Apabila peranti anda tidak boleh menentukan sama ada anda sedang menggunakan
sambungan yang selamat, anda akan mendapat pemberitahuan pada peranti Xperia™
anda dan mungkin perlu membuka kuncinya secara manual sebelum peranti dipercayai
boleh mengekalkannya berkunci.
Julat ketersambungan Bluetooth® boleh berbeza bergantung pada faktor-faktor seperti model
peranti anda, peranti Bluetooth® yang bersambung dan persekitaran anda. Bergantung pada
faktor-faktor ini, sambungan Bluetooth® boleh berfungsi melebihi jarak sehingga 100 meter.
Menyambung ke tempat dipercayai
Apabila ciri Tempat dipercayai disediakan, keselamatan skrin kunci pada peranti Xperia™
anda dinyahdayakan apabila anda berada di lokasi dipercayai yang ditandakan. Untuk
ciri ini berfungsi, anda mesti mempunyai sambungan Internet (seelok-eloknya melalui WiFi) dan membenarkan peranti anda menggunakan lokasi semasa anda.
Untuk menyediakan tempat dipercayai, pastikan dahulu mod lokasi ketepatan tinggi atau
mod lokasi menjimatkan bateri didayakan pada peranti anda sebelum anda menambah
lokasi rumah atau tersuai.
Dimensi tepat bagi lokasi dipercayai adalah anggaran dan boleh melangkaui dinding fizikal
rumah anda atau kawasan lain yang telah anda tambah sebagai lokasi dipercayai. Ciri ini boleh
mengekalkan peranti anda terkunci dalam radius sehingga 80 meter. Berhati-hati juga bahawa
isyarat lokasi boleh ditiru atau dimanipulasi. Seseorang dengan akses ke peralatan khusus
boleh membuka kunci peranti anda.
Untuk menambah lokasi rumah anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan
>
Skrin kunci & keselamatan
>
Kunci Pintar >Tempat
yang dipercayai > Laman Utama.
3
Taipkan alamat dalam bar carian untuk memasukkan lokasi yang dikehendaki.
Peranti anda mencari lokasi yang dimasukkan.
Untuk mengedit lokasi rumah anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan
>
Skrin kunci & keselamatan
>
Kunci Pintar
>
Tempat
yang dipercayai.
3
Pilih lokasi rumah anda.
4
Ketik Sunting.
5
Dalam bar carian, masukkan lokasi yang anda ingin gunakan sebagai lokasi rumah
anda.
Jika penduduk lain berkongsi alamat jalan anda, anda boleh menambah lokasi sebenar rumah
anda dalam kompleks bangunan sebagai tempat tersuai.
Untuk mengalih keluar lokasi rumah anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci Pintar >Tempat
yang dipercayai > Laman Utama.
3
Ketik Sunting > .
Menggunakan lokasi tersuai
Anda boleh menambah sebarang lokasi sebagai tempat dipercayai, tersuai di mana
peranti anda boleh kekal berkunci.
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci Pintar > Tempat
yang dipercayai.
3
Ketik Tambah tempat yang dipercayai.
4
Untuk menggunakan lokasi semasa anda sebagai tempat tersuai, ketik Pilih lokasi
ini.
5
Sebagai alternatif, ketik
anda mencari lokasi yang dimasukkan. Ketik alamat yang dicadangkan, untuk
menggunakannya.
6
Untuk menala lokasi dengan tepat, ketik anak panah undur bersebelahan alamat,
seret pin lokasi ke lokasi yang diingini, kemudian ketik Pilih lokasi ini.
Untuk mengedit tempat tersuai
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci Pintar > Tempat
yang dipercayai.
3
Pilih tempat yang ingin anda sunting.
4
Ketik Edit alamat.
5
Untuk memasuki lokasi lain, ketik
mencari lokasi yang dimasukkan. Untuk menggunakan alamat yang dicadangkan,
ketik alamat.
6
Untuk menala lokasi dengan tepat, ketik anak panah undur bersebelahan alamat,
seret pin lokasi ke lokasi yang diingini, kemudian ketik Pilih lokasi ini.
dan taipkan alamat untuk memasuki lokasi lain. Peranti
.
dan kemudian, taipkan alamat. Peranti anda
Untuk mengalih keluar tempat tersuai
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
yang dipercayai.
3
Pilih tempat yang ingin anda alih keluar.
4
Ketik Padam.
Tetapan
>
.
Skrin kunci & keselamatan
>
Kunci Pintar
>
Tempat
Perlindungan kad SIM
Anda boleh mengunci dan membuka kunci setiap kad SIM yang anda gunakan dalam
peranti anda dengan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi). Apabila kad SIM dikunci,
langganan yang dipautkan pada kad itu dilindungi daripada salah guna, yang bermaksud
anda perlu memasukkan PIN setiap kali anda memulakan peranti anda.
Jika anda salah masukkan PIN terlalu banyak kali, kad SIM anda akan disekat. Anda
kemudiannya perlu memasukkan PUK (Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan PIN
baru. PIN dan PUK anda diberikan oleh pengendali rangkaian anda.
Untuk menyediakan atau mengeluarkan kunci kad SIM
1
Dari skrin Laman Utama, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Sediakan kunci kad SIM.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik penggelangsar Kunci kad SIM untuk mendayakan atau menyahdayakan kad
SIM.
5
Masukkan PIN kad SIM dan ketik OK. Kunci kad SIM sekarang aktif dan anda
akan digesa untuk memasukkan PIN ini setiap kali anda memulakan semula
peranti.
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Sediakan kunci kad SIM.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik Tukar PIN SIM.
5
Masukkan PIN kad SIM lama dan ketik OK.
6
Masukkan PIN kad SIM baru dan ketik OK.
7
Taipkan semula PIN kad SIM baru dan ketik OK.
Untuk membuka kunci kad SIM yang disekat menggunakan kod PUK
1
Masukkan kod PUK dan ketik
2
Masukkan kod PIN baharu dan ketik .
3
Masukkan semula kod PIN baharu dan ketik
Jika anda memasukkan kod PUK yang salah terlalu banyak kali, anda perlu menghubungi
operator rangkaian anda untuk mendapatkan kad SIM.
.
.
Menggunakan pelbagai kad SIM
Peranti berfungsi dengan sama ada satu atau dua kad SIM yang dimasukkan. Anda
mendapat komunikasi yang masuk ke kedua-dua kad SIM dan boleh memilih daripada
nombor mana yang anda mahu lakukan komunikasi keluar. Sebelum anda boleh
menggunakan kedua-dua kad SIM, anda perlu mendayakannya dan pilih kad SIM yang
akan mengendalikan trafik data.
Anda boleh memajukan panggilan yang masuk pada kad SIM 1 ke kad SIM 2 apabila
kad SIM 1 tidak dapat dicapai, dan sebaliknya. Fungsi ini dipanggil kebolehcapaian Dwi
SIM. Anda mesti mendayakannya secara manual. Lihat
laman 72.
Memajukan panggilan
di
Untuk mendayakan atau melumpuhkan penggunaan dua kad SIM
1
Dari Skrin utama, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Ketik penggelangsar SIM1 dan SIM2 untuk mendayakan atau menyahdayakan
kad SIM.
Untuk menamakan semula kad SIM
1
Dari
Skrin utama
2
Cari dan ketik Tetapan > Kad SIM.
3
Pilih kad SIM dan masukkan nama baru untuknya.
4
Ketik OK.
Untuk memilih kad SIM yang mengendalikan trafik data
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Kad SIM > Trafik data mudah alih.
3
Pilih kad SIM yang mahu anda gunakan untuk trafik data.
Untuk mendapatkan kelajuan data yang lebih tinggi, pilih kad SIM yang menyokong rangkaian
mudah alih paling pantas, contohnya 3G.
Tetapan
>
, ketik .
Kad SIM
.
Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor pengenalan yang unik. Nombor ini dirujuk sebagai IMEI
(Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah menyimpan salinan
nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila anda mengakses
perkhidmatan sokongan Xperia™ Care untuk mendaftarkan peranti anda. Selain itu, jika
peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh menggunakan nombor ini
untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian dalam negara atau rantau
anda.
Untuk peranti dengan dua kad SIM, terdapat dua nombor IMEI, satu untuk setiap slot kad SIM.
Untuk melihat nombor IMEI anda pada jalur label
1
Buka penutup slot kad SIM nano/Kad ingatan.
2
Keluarkan bekas kad SIM.
3
Seret jalur keluar menggunakan kuku jari anda. Nombor IMEI yang dipaparkan
pada jalur.
Anda juga boleh melihat nombor IMEI, dengan membuka pendail telefon dan memasukkan
*#06#.
Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti
1
Dari
Skrin utama
2
Cari dan ketik Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.
anda, ketik .
Mencari peranti yang hilang
Jika anda mempunyai akaun Google™, perkhidmatan web “Protection by my Xperia”
boleh membantu anda mencari dan melindungi peranti anda jika anda kehilangannya.
Jika anda mengaktifkan perkhidmatan ini pada peranti anda, anda boleh:
•
Cari peranti anda pada peta.
•
Bunyikan peringatan walaupun peranti dalam mod Jangan ganggu.
•
Kunci peranti dari jauh dan jadikan peranti memaparkan butiran kenalan anda kepada
sesiapa sahaja yang menemuinya.
•
Kosongkan ingatan dalaman dan luaran pada peranti secara jauh sebagai jalan terakhir.
Jika anda mengosongkan memori dalaman peranti menggunakan perkhidmatan web
rotection by my Xperia・ anda mesti mendaftar masuk ke akaun Google™ yang sebelumnya
disegerakkan pada peranti ini apabila anda menghidupkan peranti selepas ini.
Perkhidmatan “Protection by my Xperia” mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Pastikan anda mempunyai sambungan data yang aktif dan dayakan perkhidmatan
lokasi pada peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Perlindungan oleh my
Xperia > Aktifkan.
4
Tandakan kotak semak untuk bersetuju dengan terma dan syarat perkhidmatan,
kemudian ketik TERIMA.
5
Jika digesa, daftar masuk ke akaun Google™ anda atau buat akaun baru jika
anda tidak mempunyai akaun.
6
Untuk mengesahkan bahawa Protection by my Xperia dapat mencari peranti
anda, pergi ke
myxperia.sonymobile.com
dan daftar masuk ke akaun Google™
anda.
Harap maklum bahawa sekiranya anda berkongsi peranti dengan berbilang pengguna,
perkhidmatan Protection by my Xperia hanya boleh digunakan oleh pengguna yang melog
masuk sebagai pemilik.
Mencari, mengunci atau memadamkan peranti yang hilang
Google menawarkan perkhidmatan lokasi dan keselamatan web yang dipanggil Cari
peranti saya. Selepas anda telah mendaftar masuk ke akaun Google, Cari peranti saya
dihidupkan secara lalai. Sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menggunakan
Cari peranti saya untuk:
•
Cari dan tunjukkan lokasi peranti anda pada peta.
•
Kunci peranti anda dan tunjukkan mesej pada skrin kunci.
•
Buka kunci peranti anda dan tetapkannya semula dengan memadamkan kandungannya.
•
Aktifkan pendering, walaupun bunyi dimatikan.
Peranti anda mesti dihidupkan, mempunyai sambungan Internet dan perkhidmatan
lokasi diaktifkan. Perkhidmatan Cari peranti saya mungkin tidak tersedia di semua negara
atau rantau.
Untuk maklumat tambahan mengenai Cari peranti saya, pergi ke
https://www.support.google.com/
dan cari “Cari peranti saya”.
Jika anda memadamkan kandungan pada peranti anda menggunakan Cari peranti saya, anda
perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun Google supaya anda boleh
menggunakan peranti anda sekali lagi. Ia boleh jadi mana-mana akaun Google yang telah anda
sediakan pada peranti anda sebagai pemilik. Jika anda tidak boleh memberikan maklumat ini
semasa penyediaan, anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda langsung selepas
penetapan semula.
Untuk mengesahkan bahawa peranti anda boleh ditemui
Tatal ke kiri atau ke kanan, contohnya, antara anak tetingkap skrin Laman Utama.
•
Leret ke kiri atau kanan untuk mendedahkan lebih banyak pilihan.
Menguis
•
Tatal dengan pantas, contohnya, dalam senarai atau pada laman web Anda boleh
hentikan pergerakan penatalan dengan mengetik skrin.
Mengunci dan membuka kunci skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk tempoh masa yang
ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan mengunci secara
automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda
tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas sudah
sedia ditetapkan. Ini bermakna anda telah meleret ke kiri atau ke atas pada skrin untuk
membuka kuncinya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan
menambahkan jenis kunci yang lain. Lihat
Sebagai alternatif, ketik dua kali mana-mana tempat kosong di skrin Laman Utama.
sebentar.
Untuk mendayakan fungsi ini, sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Utama anda
sehingga peranti bergetar, kemudian ketik
dan ketik penggelangsar di sebelah Ketik
dua kali untuk tidur.
Skrin laman utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa dengan
desktop pada skrin komputer. Skrin Utama anda boleh mempunyai sehingga dua puluh
anak tetingkap yang melebihi lebar paparan skrin biasa. Bilangan anak tetingkap skrin
Utama diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang diserlahkan
menunjukkan anak tetingkap yang sedang dipaparkan.
1Selamat datang ke widget Xperia™ — Ketik untuk membuka widget dan memilih tugas seperti menyalin
kandungan dari peranti lama anda atau menyediakan perkhidmatan Xperia™
2Titik — Mewakili bilangan anak tetingkap Laman Utama
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga dua puluh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga boleh
menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak tetingkap skrin
Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama Skrin laman utama
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas ke anak tetingkap yang anda
ingin tetapkan sebagai anak tetingkap skrin Laman Utama anda yang utama,
kemudian ketik
Apabila Google Search & Now didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk
perkhidmatan ini dan anak tetingkap skrin Laman Utama tidak boleh diubah. Untuk maklumat
lanjut, lihat
Google Search & Now
di hujung kiri atas skrin.
di halaman 117.
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Untuk menyemak imbas anak tetingkap, kuis sepenuhnya ke kiri atau kanan,
kemudian ketik .
Apabila Google Search & Now didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk
perkhidmatan ini dan anak tetingkap tambahan tidak boleh ditambah ke kiri. Untuk maklumat
lanjut, lihat
Google Search & Now
di halaman 117.
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
padamkan, kemudian ketik pada sudut kanan atas anak tetingkap.
Tetapan skrin utama
Untuk menyahdaya atau menyahpasang aplikasi dari skrin Laman Utama
Menyahdayakan aplikasi yang dipasang awal memadamkan semua data, tetapi aplikasi
tersebut boleh didayakan sekali lagi daripada Tetapan > Apps. Hanya aplikasi yang dimuat
turun boleh dinyahpasang sepenuhnya.
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap. Semua aplikasi
yang boleh dinyahdayakan atau dinyahpasang ditandakan dengan .
3
Ketik aplikasi berkaitan, kemudian ketik Nyahdaya jika aplikasi datang dipasang
awal pada peranti anda atau OK jika aplikasi dimuat turun dan anda ingin
menyahpasangnya.
Sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar, kemudian ketik .
2
Ketik Saiz ikon, kemudian buat pilihan.
Skrin aplikasi
Skrin Aplikasi, yang anda buka dari skrin Utama , mengandungi aplikasi yang
diprapasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.
Untuk melihat semua aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Kuis kiri atau kanan pada skrin Aplikasi.
Untuk mendayakan atau penyenaraian aplikasi yang disyorkan
Kali pertama anda mengakses skrin aplikasi, anda mendapat pilihan untuk mendayakan
atau menyahdayakan penyenaraian aplikasi yang disyorkan. Anda juga boleh
mendayakan atau menyahdayakan ciri ini kemudian dengan mengikuti langkah-langkah
di bawah:
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar, kemudian ketik .
2
Ketik penggelangsar yang disyorkan oleh Aplikasi.
Untuk membuka aplikasi daripada skrin Aplikasi
•
Apabila skrin Aplikasi dibuka, kuis kiri atau kanan untuk mencari aplikasi dan
kemudian ketik aplikasi.
Untuk mencari aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Apabila skrin Aplikasi dibuka, ketik
skrin Aplikasi atau skrin Laman Utama.
2
Masukkan nama aplikasi yang ingin anda cari.
Untuk mengatur aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Apabila skrin Aplikasi buka, ketik
2
Ketik Isih aplikasi, kemudian buat pilihan.
Untuk menambah pintasan aplikasi ke skrin Laman Utama
1
Pada skrin Aplikasi, sentuh terus ikon aplikasi sehingga peranti bergetar, kemudian
seret ikon ke bahagian atas skrin. Skrin Utama terbuka.
2
Seret ikon ke lokasi yang dikehendaki pada skrin Laman Utama, kemudian
lepaskannya.
Pastikan bahawa Susunan sendiri dipilih di bawah Isih aplikasi.
3
Sentuh terus aplikasi sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke lokasi
baharu.
Untuk menyahdaya atau menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi
Menyahdayakan aplikasi yang dipasang awal memadamkan semua data, tetapi aplikasi
tersebut boleh didayakan sekali lagi daripada Tetapan > Apps. Hanya aplikasi yang dimuat
turun boleh dinyahpasang sepenuhnya.
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Aplikasi anda sehingga peranti
bergetar. Semua aplikasi yang boleh dinyahdayakan atau dinyahpasang akan
ditandakan oleh
2
Ketik aplikasi berkaitan, kemudian ketik LUMPUHKAN jika aplikasi datang
.
dipasang awal pada peranti anda atau OK jika aplikasi dimuat turun dan anda
ingin menyahpasangnya.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi dan tetingkap
aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda bertukar dengan mudah
antara semua aplikasi yang terbaru digunakan. Kekunci navigasi terdiri daripada kekunci
Undur, kekunci Laman Utama dan kekunci aplikasi Terbaru. Anda juga boleh membuka
dua aplikasi pada skrin serentak menggunakan mod skrin pisah, jika aplikasi menyokong
fungsi berbilang tetingkap. Sesetengah aplikasi ditutup apabila anda menekan kekunci
Skrin utama
belakang. Jika aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh teruskan di
tempat anda berhenti apabila anda membuka aplikasi selepas ini.
untuk keluar sementara aplikasi lain dijeda atau terus berjalan dalam latar
1Kosongkan semua – Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
2Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Buka aplikasi yang digunakan baru-baru ini
3Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini dan bar kegemaran
4Kekunci laman utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Laman Utama
5Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk menukar dengan cepat antara aplikasi yang digunakan baru-baru ini.
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•
Ketik dan kemudian, ketik KOSONGKAN SEMUA.
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
Mod skrin pisah
Mod skrin pisah membolehkan anda melihat dua aplikasi serentak, sebagai contoh, jika
anda mahu melihat peti masuk e-mel dan penyemak imbas web anda pada masa yang
sama.
1 Aplikasi 1 dalam tetingkap atas
2 Sempadan skrin pisah – Seret untuk mensaiz semula tetingkap
3 Aplikasi 2 dalam tetingkap bawah
4 Kekunci skrin pisah – Pilih aplikasi yang digunakan baru-baru ini
5 Kekunci laman utama – Kembali ke skrin Laman Utama
6 Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Tidak semua aplikasi menyokong mod skrin pisah.
Untuk menggunakan mod skrin pisah
1
Pastikan bahawa dua aplikasi yang anda ingin gunakan dalam mod skrin pisah
dibuka dan berjalan dalam latar belakang.
2
Ketik dan kemudian, seret dan lepaskan aplikasi yang dikehendaki ke bahagian
atas skrin.
3
Di bahagian bawah skrin, ketik aplikasi kedua yang dikehendaki.
4
Dalam orientasi potret, seret bar hitam di tengah ke atas atau bawah untuk
mensaiz semula tetingkap.
5
Untuk keluar mod skrin pisah, ketik dan tahan
.
Widget
Widget ialah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Laman
Utama anda. Ia juga berfungsi sebagai pintasan. Contohnya, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas secara terus pada skrin Laman Utama
anda. Tetapi apabila anda mengetik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh
memuat turun widget tambahan daripada Google Play™.
Untuk menambah widget ke Skrin utama
1
Sentuh terus mana-mana kawasan kosong pada Skrin utama anda sehingga
peranti bergetar, kemudian ketik Widget.
Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian lepaskannya. Jika
widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar maka bingkai yang
diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.
2
Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana sahaja pada Skrin
utama.
Untuk mengalihkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke lokasi
baharu.
Untuk mengalih keluar widget
•
Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke Alih keluar
dari skrin laman utama.
Jalan pintas dan folder
Gunakan jalan pintas dan folder untuk mengurus aplikasi anda dan memastikan skrin
Utama anda kemas.
1Akses aplikasi menggunakan jalan pintas
2Akses folder yang mengandungi aplikasi
Untuk menambahkan pintasan aplikasi ke Skrin laman utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik
3
Tatal melalui senarai dan pilih aplikasi. Aplikasi yang dipilih akan ditambah ke Skrin
Widget
>
Jalan pintas
.
utama.
Untuk mengalihkan item pada skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga peranti bergetar, kemudian seret item ke lokasi baru.
Untuk mengalih keluar item dari skrin Laman Utama
•
Sentuh terus item sehingga peranti bergetar, kemudian seret item ke Alih keluar
dari skrin laman utama pada bahagian atas skrin.
Untuk mencipta folder pada Skrin laman utama
•
Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga peranti bergetar, kemudian
seret dan lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi lain atau pintasan.
Untuk menambahkan item ke folder pada Skrin laman utama
•
Sentuh terus item sehingga peranti bergetar, kemudian seret item ke folder.
Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan Nama folder.
3
Masukkan nama folder baru dan ketik SELESAI.
Latar belakang dan tema
Peranti anda datang dengan latar belakang lalai, tetapi anda boleh sesuaikan skrin
Utama dan skrin Kunci mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias latar dan tema
yang menampilkan warna dan corak yang berbeza.
Hias latar boleh digunakan tanpa mengubah sebarang elemen lain bagi skrin Utama dan
skrin Kunci anda. Hias latar langsung menambah kesan visual pada interaksi anda
dengan skrin sentuh, membenarkan paparan berubah secara dinamik.
Tema boleh meliputi hias latar, penjimat skrin, bar tajuk dan skim bunyi yang semuanya
sesuai untuk mencipta rupa dan rasa yang unik untuk peranti anda.
Untuk menukar hias latar anda
1
Sentuh terus mana-mana kawasan kosong pada Skrin utama anda sehingga
peranti bergetar.
2
Ketik Hias latar dan buat pilihan.
Anda juga boleh mengubah hiasan latar skrin Kunci anda atau menetapkan imej yang sama
untuk kedua-dua skrin Laman Utama dan skrin Kunci anda. Ikuti langkah-langkah di atas,
kemudian ketik Album . Ketik imej yang dikehendaki dan buat pilihan.
Untuk menetapkan tema
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Tema.
3
Pilih satu pilihan:
•
Untuk menggunakan tema sedia ada, pilih tema tersebut, kemudian ketik
GUNAKAN TEMA
•
Untuk memuat turun tema baharu, ketik DAPATKAN LEBIH BANYAK TEMA.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej-imej pegun daripada sebarang skrin pada peranti anda
sebagai tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara automatik
dalam Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2
Ketik .
Anda boleh mengambil tangkapan skrin dengan menekan terus kekunci kuasa dan kekunci
kelantangan rendah serentak juga.
Untuk melihat tangkapan skrin anda
1
Ketik dua kali bar status untuk memaparkan panel Pemberitahuan.
2
Ketik tangkapan skrin.
Anda juga boleh melihat tangkapan skrin anda dalam aplikasi Album.
Pemberitahuan memaklumkan anda tentang acara seperti mesej baharu dan
pemberitahuan kalendar serta aktiviti yang sedang berlangsung seperti muat turun fail.
Pemberitahuan muncul di tempat berikut:
•
Bar status
•
Panel Pemberitahuan
•
Skrin kunci
Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan
1
Untuk membuka panel Pemberitahuan, seret bar status ke bawah atau ketik dua
kali padanya sahaja.
2
Untuk menutup panel Pemberitahuan, seret atau kuis panel ke atas.
Selepas membuka panel Pemberitahuan, anda boleh mengakses tetapan Pantas dengan
menyeret bar status ke bawah sekali lagi.
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik pemberitahuan.
Anda boleh membalas bual atau mesej e-mel secara terus dalam Panel pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Leret pemberitahuan ke kiri atau ke kanan.
Tidak semua pemberitahuan boleh ditolak.
Bagi menukar tetapan untuk pemberitahuan, hanya seret pemberitahuan dengan perlahan ke
kiri atau kanan, kemudian ketik .
Untuk memperbesarkan pemberitahuan pada panel Pemberitahuan
•
Hanya ketik untuk mengembang dan melihat maklumat lanjut mengenai
pemberitahuan tanpa membuka aplikasi.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik KOSONGKAN SEMUA.
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada skrin kunci
Untuk memperbesarkan pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Mengurus pemberitahuan pada skrin kunci
Tunjukkan semua
kandungan
pemberitahuan
Sembunyikan
kandungan
pemberitahuan sensitif
Jangan tunjukkan
pemberitahuan sama
sekali
Dapatkan semua pemberitahuan pada skrin kunci. Apabila anda menghidupkan
tetapan ini, perlu diingat bahawa semua kandungan (termasuk kandungan e-mel
masuk dan mesej sembang) akan kelihatan pada skrin kunci melainkan anda
menguntukkan aplikasi berkaitan Sembunyikan kandungan sensitif dalam
Pemberitahuan menu tetapan.
Anda mesti mempunyai PIN, kata laluan atau persediaan corak sebagai kunci skrin
anda untuk tetapan ini tersedia. Kandungan tersembunyi dipaparkan pada
dipaparkan pada skrin kunci apabila pemberitahuan sensitif tiba. Sebagai contoh,
anda akan mendapat pemberitahuan untuk e-mel masuk atau sembang, tetapi
kandungan tidak akan kelihatan pada skrin kunci anda.
Anda tidak akan mendapat sebarang pemberitahuan pada skrin kunci.
Untuk memilih pemberitahuan untuk dipaparkan pada skrin kunci
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Ketik dan kemudian ketik Pada skrin kunci.
4
Pilih satu pilihan.
Anda boleh mengekalkan pemberitahuan pada skrin kunci sehingga anda meleret untuk
membuangnya. Untuk mendayakan ciri ini, ketik penggelangsar Kkalkn pbritahuan pd skrn
knci.
Tetapan
>
Pemberitahuan
.
Menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
Sekat semua
Bunyi dan getaran mati
Keutamaan Gangguan
sahaja
Jangan sekali-kali terima pemberitahuan daripada aplikasi yang dipilih.
Terima pemberitahuan tetapi tanpa bunyi, getaran atau mengintai paparan.
Terima pemberitahuan daripada aplikasi ini walaupun semasa Jangan ganggu
ditetapkan kepada Keutamaan sahaja.
Untuk menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pemberitahuan.
3
Pilih aplikasi yang diingini.
4
Ketik penggelangsar untuk melaraskan tetapan pemberitahuan seperti yang
diingini.
Lampu pemberitahuan
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa
lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau
panggilan terlepas. Lampu pemberitahuan didayakan secara lalai tetapi boleh
dilumpuhkan secara manual.