Jangan padamkan kamera, tanggalkan pek bateri,
atau tanggalkan “Memory Stick Duo” ketika
lampu capaian sedang menyala. Kalau tidak, data
memori dalaman atau “Memory Stick Duo”
mungkin telah rosak. Pastikan satu salinan data
dilaksanakan untuk melindungi data anda.
[ Nota-nota mengenai rakaman/
main balik
• Sebelum anda mula rakaman, lakukan rakaman
percubaan untuk memastikan bahawa kamera
berfungsi dengan betul.
• Kamera tidak tahan debu, tidak kalis cepuk dan
tidak kalis air. Baca “Langkah-langkah
beringat” (muka surat 32) sebelum
mengoperasikan kamera.
• Elakkan mendedahkan kamera kepada air. Jika
air masuk ke dalam kamera, satu pincang tugas
mungkin berlaku. Dalam sesetengah kes,
kamera tidak boleh diperbaiki.
• Jangan tujukan kamera kepada matahari atau
cahaya terang yang lain. Ia mungkin
menyebabkan pincang tugas kamera.
• Jangan gunakan kamera berdekatan satu tempat
yang menghasilkan gelombang-gelombang
radio yang kuat atau memancarkan sinaran.
Kalau tidak, kamera mungkin tidak merakam
atau memain balikkan imej-imej dengan betul.
• Menggunakan kamera di tempat-tempat berpasir
atau berdebu mungkin menyebabkan pincang
tugas.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku,
hilangkannya terlebih dahulu sebelum
menggunakan kamera (muka surat 32).
• Jangan goncang atau pukul kamera. Ia mungkin
menyebabkan satu pincang tugas dan anda
mungkin tidak boleh merakam imej-imej.
Tambahan pula, media rakaman mungkin
menjadi tidak stabil atau data imej mungkin
akan dirosakkan.
• Bersihkan permukaan lampu denyar sebelum
mengguna. Kepanasan pancaran lampu denyar
mungkin menyebabkan kekotoran pada permukaan
lampu denyar menjadi nyahwarna atau melekat
pada permukaan lampu denyar, menghasilkan
pancaran cahaya yang tidak mencukupi.
4
[ Nota-nota mengenai skrin LCD
dan lensa-lensa
• Skrin LCD dibuat dengan menggunakan
technologi ketepatan tinggi yang sangat tinggi
oleh itu lebih daripada 99.99% piksel-piksel
adalah beroperasi untuk kegunaan berkesan.
Walau bagaimanapun, beberapa bintik kecil
hitam dan/atau terang (putih, merah, biru atau
hijau) mungkin muncul pada skrin LCD. Bintikbintik ini adalah hasil biasa proses penghasilan,
dan tidak menjejas rakaman.
• Apabila aras bateri menjadi rendah, lensa
mungkin berhenti bergerak. Masukkan satu pek
bateri yang telah dicas dan hidupkan kamera
sekali lagi.
[ Mengenai keserasian data imej
• Kamera mematuhi piawaian sedunia DCF
(Design rule for Camera File system) yang
ditubuhkan oleh JEITA (Japan Electronics and
Information Technology Industries
Association).
• Sony tidak menjamin bahawa kamera akan
memain balikkan imej-imej yang dirakam atau
disunting dengan peralatan lain, atau peralatan
lain akan dapat memain balik imej-imej yang
dirakam dengan kamera.
[ Amaran mengenai hak cipta
Program-program televisyen, filem-filem, pitapita video dan bahan-bahan lain mungkin
dihakciptakan. Rakaman bahan-bahan tersebut
yang tidak diberi kebenaran mungkin
bertentangan dengan peruntukan undang-undang
hak cipta.
[ Tiada ganti rugi bagi kandungan
yang rosak atau kegagalan
rakaman
Sony tidak akan menganti rugi bagi kegagalan
untuk merakam atau kehilangan atau kerosakan
kandungan rakaman yang disebabkan oleh satu
pincang tugas kamera atau media rakaman, dll.
Langkah permulaan
Memeriksa aksesori-aksesori yang dibekalkan
• Pengecas bateri BC-CSGB/BC-CSGC (1)
• Kord kuasa (1)
(tidak dibekalkan di Amerika Syarikat dan
Kanada)
• Pek bateri boleh dicas semula NP-BG1 (1)/
Kotak bateri (1)
• Kabel USB, kabel A/V bagi pangkalan
berbilang guna (1)
Pasangkan tali pergelangan tangan dan letakkan tangan anda menerusi lingkaran untuk
mengelakkan kamera daripada kerosakan apabila terjatuh.
Cangkut
5
1 Menyediakan pek bateri
Bagi pengguna-pengguna di
Amerika Syarikat dan Kanada
Palam
ɟ
Lampu CHARGE
Bagi pengguna-pengguna di negara-negara/
rantau-rantau selain daripada Amerika Syarikat
dan Kanada
ɟ
Lampu CHARGE
Kord kuasa
1Masukkan pek bateri ke dalam pengecas bateri.
2Sambungkan pengecas bateri kepada saluran keluar dinding.
Lampu CHARGE menyala, dan pengecasan bermula.
Apabila lampu CHARGE padam, pengecasan selesai (Cas biasa).
Jika anda terus mengecas pek bateri bagi lebih kurang satu jam lagi (sehingga ia penuh dicas), cas akan
tahan lebih lama.
[ Masa mengecas
Masa mengecas penuhMasa mengecas biasa
Lebih kurang 330 minitLebih kurang 270 minit
• Jadual atas menunjukkan masa yang diperlu untuk mengecaskan satu pek bateri yang telah dihauskan
sepenuhnya pada satu suhu 25 °C. Pengecasan mungkin mengambil masa lebih lama bergantung kepada
keadaan-keadaan penggunaan dan suasana.
• Lihat muka surat 26 bagi bilangan imej-imej yang boleh dirakam.
• Sambungkan pengecas bateri kepada saluran keluar dinding terdekat.
• Walaupun lampu CHARGE tidak menyala, pengecas bateri tidak ditanggalkan daripada sumber kuasa
Arus Ulang-alik selama ia disambung kepada saluran keluar dinding. Jika sesuatu kesusahan berlaku
ketika menggunakan pengecas bateri, padamkan kuasa dengan segera dengan menanggalkan palam
daripada saluran keluar dinding.
• Apabila pengecasan telah selesai, tanggalkan kord kuasa daripada saluran keluar dinding, dan tanggalkan
pek bateri daripada pengecas bateri.
• Direka bentuk untuk kegunaan dengan bateri-bateri serasi Sony.
6
2 Memasukkan pek bateri/satu “Memory Stick Duo” (tidak
dibekalkan)
Penutup bateri/
“Memory Stick Duo”
ɟ
Dengan sebelah pangkalan
menghala ke arah lensa, masukkan
“Memory Stick Duo” sehingga ia
mengklik masuk ke tempatnya.
ɠ
Masukkan pek bateri ketika
menekan tuas lenting bateri
dengan hujung pek bateri.
1Buka penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
2Masukkan “Memory Stick Duo” (tidak dibekalkan).
3Masukkan pek bateri.
4Tutup penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
[ Apabila tidak ada “Memory Stick Duo” dimasukkan
Kamera merakam/memain balik imej-imej dengan menggunakan memori dalaman (lebih
kurang 15 MB).
7
[ Untuk memeriksa baki cas bateri
Tekan POWER untuk menghidupkan kamera dan memeriksa baki cas bateri pada skrin LCD.
Penunjuk
baki cas
Kedudukan Baki kuasa
yang
mencukupi
• Jika anda menggunakan pek bateri NP-FG1 (tidak dibekalkan), minit-minit juga muncul di belakang
penunjuk baki bateri (60 Min).
• Ia mengambil masa lebih kurang satu minit untuk penunjuk baki cas yang betul muncul.
• Penunjuk baki cas mungkin tidak betul bergantung kepada keadaan-keadaan penggunan dan suasana.
• Skrin Atur Jam muncul apabila anda menghidupkan kamera buat kali yang pertama (muka surat 9).
Bateri
hampir
penuh dicas
Bateri
separuh
penuh
Bateri
rendah,
rakaman/
main balik
akan
berhenti
tidak lama
lagi.
Tukarkan bateri
dengan satu yang
telah dicas penuh,
atau caskan bateri.
(Penunjuk amaran
berkelip.)
[ Untuk mengeluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo”
Buka penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
Pek bateri“Memory Stick Duo”
Pastikan lampu capaian tidak
menyala, kemudian tolak “Memory
Stick Duo” ke dalam sekali.
• Jangan sekali-kali mengeluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo” apabila lampu capaian sedang menyala.
Ini mungkin menyebabkan kerosakan pada data dalam “Memory Stick Duo”/memori dalaman.
Gelongsorkan tuas lenting bateri.
Pastikan agar tidak menjatuhkan pek
bateri.
8
3 Menghidupkan kamera/mengatur jam
Butang POWER
Butang
HOME
1
Butang z
Butang kawalan
ɟ
1Tekan POWER.
2Aturkan jam dengan butang kawalan.
1 Pilih format paparan tarikh dengan v/V, kemudian tekan z.
2 Pilih setiap item dengan b/B dan atur nilai angka dengan v/V, kemudian tekan z.
3 Pilih [OK], kemudian tekan z.
• Kamera tidak mempunyai satu ciri untuk menindih tarikh-tarikh pada imej-imej. Dengan menggunakan
“Picture Motion Browser” dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh mencetak atau menyimpan
imej-imej dengan tarikh.
• Tengah malam ditunjukkan sebagai 12:00 AM dan tengah hari sebagai 12:00 PM.
[ Untuk menukar tarikh dan waktu
Tekan HOME, dan pilih [ Seting Jam] dalam (Seting) (muka surat 17, 18).
[ Nota-nota mengenai apabila kuasa dihidupkan
• Setelah pek bateri dimasukkan ke dalam kamera, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum operasi
boleh dilaksanakan.
• Jika kamera sedang menggunakan kuasa bateri dan anda tidak mengoperasikan kamera untuk lebih kurang
tiga minit, kamera memadam secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri (fungsi
pemadaman automatik).
2
3
9
Menangkap imej-imej dengan mudah
Pencari
Lampu rakaman
Bekas tripod
(bawah)
Butang pengatup
ɠ
Butang W/T (Zum)
Mod dial
Butang MENU
Butang kawalan
Mikrofon
Denyar
Lampu pemasa-diri/
Lampu Pengatup Senyum
Butang makro
Butang DISP
Butang denyar
Butang pemasa
diri
1Pilih fungsi yang diingini daripada mod dial.
Apabila menangkap imej-imej pegun (mod Auto Pelarasan):
Apabila menangkap wayang gambar: Pilih .
Pilih .
2Pegang kamera, dengan siku anda di sisi badan anda untuk menegapkannya.
Posisikan subjek di
tengah bingkai fokus.
3Menangkap gambar dengan butang pengatup.
Apabila menangkap imej-imej pegun:
1 Tekan dan tahan butang pengatup
separuh ke bawah untuk memfokus.
Penunjuk z (kunci AE/AF) (hijau)
berkelip, satu bunyi bip kedengaran,
penunjuk berhenti berkelip dan tetap
menyala.
2 Tekan butang pengatup ke bawah
sepenuhnya.
Apabila menangkap wayang gambar:
Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya.
Untuk berhenti merakam, tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya sekali lagi.
Penunjuk kunci AE/AF
• Jarak tangkapan terdekat adalah lebih kurang 10cm (W)/50 cm (T) (dari bahagian hadapan lensa).
10
Mod dial/Zum/Denyar/Makro/Pemasa diri/Paparan
[ Menggunakan mod dial
Atur mod dial kepada fungsi yang diingini.
Auto Pelarasan
Membenarkan anda menangkap gambar dengan aturan-aturan yang telah dilaras secara automatik.
Ambil gambar dgn mudah
Membenarkan tangkapan mudah dengan penunjuk-penunujuk mudah-dilihat.
Auto program
Membenarkan anda menangkap gambar dengan dedahan yang telah dilaras secara automatik (keduadua kelajuan pengatup dan nilai bukaan). Anda boleh melaras aturan-aturan lain dengan menggunakan
menu.
Mod Wayang
Membenarkan anda merakam wayang gambar dengan audio.
Sensitiviti Tinggi
Menangkap imej-imej tanpa lampu denyar walaupun dalam pencahayaan rendah.
Pengatup Senyum
Apabila kamera mengesan satu senyuman, pengatup dilepaskan secara automatik. Bagi butiran-butiran
lengkap, lihat muka surat 13.
Ambil Gambar Lembut
Menangkap imej-imej dengan satu suasana lembut bagi potret-potret orang, bunga-bunga, dll.
Landskap
Menangkap dengan fokus pada satu subjek jauh.
Potret Samar-samar
Menangkap imej-imej orang ramai yang tajam di satu tempat gelap tanpa kehilangan suasana waktu
malam.
SCN* Pemilihan Adegan
Memilih satu aturan daripada menu Pemilihan Adegan.
* Pemilihan Adegan dalam mod SCN
Tekan MENU dan pilih satu aturan.
Samar-samar
Menangkap adegan-adegan malam tanpa kehilangan suasana waktu malam.
Pantai
Menangkap adegan-adegan tepi laut atau tepi tasik dengan kebiruan air dirakamkan dengan lebih
terang.
Salji
Menangkap adegan-adegan salji dalam warna putih dengan lebih jelas.
Bunga api
Menangkap gambar bunga api dalam kesemua keindahan mereka.
Dalam air
Menangkap di dalam air dalam warna-warna semulajadi dengan menggunakan satu selongsong kalisair.
11
[ W/T Menggunakan zum
Tekan T untuk zum, tekan W untuk membatalkan zum.
[ Denyar (Memilih satu mod denyar bagi imej-imej pegun)
Tekan B ( ) pada butang kawalan berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
: Denyar Automatik
Berkelip apabila tidak mempunyai cahaya atau cahaya latar yang mencukupi (aturan default).
: Denyar dipaksa menyala
: Selaras lambat (Denyar dipaksa menyala)
Kelajuan pengatup adalah lambat di satu tempat yang gelap untuk menangkap gambar dengan jelas latar
belakang di luar cahaya denyar.
: Denyar dipaksa padam
[Makro (Tangkapan diambil dari dekat)
Tekan b ( ) pada butang kawalan berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
: Automatik
Kamera melaras fokus secara automatik daripada subjek-subjek jauh kepada yang diambil dari dekat.
Biasanya, laraskan kamera dalam mod ini.
: Makro
Kamera melaras fokus dengan keutamaan pada subjek-subjek yang diambil dari dekat. Atur Makro
Hidup apabila menangkap gambar subjek-subjek dekat.
[Menggunakan pemasa diri
Tekan V ( ) pada butang kawalan berulang kali sehingga mod yang diingini dipilih.
: Tidak menggunakan pemasa diri
: Mengatur pemasa diri penangguh 10-saat
: Mengatur pemasa diri penangguh 2-saat
Apabila anda menekan butang pengatup, lampu pemasa diri berkelip dan satu bunyi bip
kedengaran sehingga pengatup beroperasi.
[ DISP Menukar paparan skrin
Tekan v (DISP) pada butang kawalan.
Setiap kali anda menekan v (DISP), paparan dan keterangan bertukar seperti berikut:
Penunjuk-penunjuk hidup
r
Penunjuk-penunjuk hidup*
r
Histogram hidup*
r
Penunjuk-penunjuk padam*
r
Skrin LCD padam
* Keterangan Cahaya latar LCD diatur tinggi.
12
Menangkap dalam mod Pengatup Senyum
Apabila kamera mengesan satu senyuman, pengatup dilepaskan secara automatik.
1Pilih mod (Pengatup Senyum) daripada mod dial.
2Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya untuk mengatur mod
Pengesanan Senyum.
Pengatup Senyum berada dalam bersedia.
Tanda Pengesanan Senyum/Bilangan imej
Bingkai Pengesanan Senyum (Oren)
Penunjuk Sensitiviti Kesan Senyum
Ini menunjukkan aras senyuman semasa.
Setiap kali aras senyuman mencapai Sensitiviti Kesan Senyum yang diatur (ditunjukkan
dengan b), kamera secara automatik mengoperasikan pengatup dan menangkap sebanyak
enam imej. Selepas merakam imej, lampu Pengatup Senyum menyala.
3Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya sekali lagi untuk keluar
daripada mod Pengatup Senyum.
• Apabila Pengatup Senyum berada dalam bersedia, lampu Rakam (Oren) berkelip.
• Menangkap gambar dengan menggunakan Pengatup Senyum berhenti secara automatik apabila sama ada
“Memory Stick Duo” atau memori dalam telah penuh atau apabila enam imej telah dirakam.
• Anda boleh memilih subjek yang mempunyai keutamaan bagi pengesanan senyum dengan [Pengesanan
Senyum] (muka surat 20).
• Jika satu senyuman tidak dikesan, aturkan [Sensitiviti Kesan Senyum] (muka surat 20).
• Anda boleh mengatur kamera supaya menangkap imej secara automatik apabila seseorang yang
dipaparkan dalam bingkai pengesanan senyum (Oren) bersenyum selepas menekan butang pengatup ke
bawah sepenuhnya.
• Imej mungkin tidak berada dalam fokus jika jarak di antara kamera dan subjek ditukar selepas menekan
butang pengatup ke bawah sepenuhnya. Dedahan yang sesuai mungkin tidak dicapai jika keterangan
sekeliling bertukar.
• Muka-muka mungkin tidak dikesan dengan betul apabila:
– Ia adalah terlalu gelap atau terlalu terang.
– Muka-muka tersembunyi separuh oleh cermin mata hitam, topeng, topi, dll.
– Subjek-subjek tidak berhala ke arah kamera.
• Senyuman-senyuman mungkin tidak dikesan dengan betul bergantung kepada keadaan-keadaan.
• Anda tidak boleh menggunakan Zum Digital.
• Anda tidak boleh menukar nisbah zum apabila Pengatup Senyum berada dalam bersedia.
13
Menonton/memadam imej-imej
Butang (Indeks)/ (zum main balik)
Pembesar suara
Butang MENU
Penyambung
berbilang (bawah)
Butang (Main balik)
Butang (zum main balik)
Butang HOME
ɟ
Butang kawalan
Butang (Pertunjukan
slaid)
1Tekan (Main balik).
Jika anda tekan apabila kamera dipadamkan, kamera dihidupkan secara automatik dan diatur
kepada mod main balik. Untuk menukar kepada mod merakam, tekan sekali lagi.
2Pilih satu imej dengan b/B pada butang kawalan.
Wayang gambar:
Tekan z untuk main balik satu wayang gambar. (Tekan z sekali lagi untuk berhenti main balik.)
Tekan B untuk mara laju, b untuk putar balik. (Tekan z untuk kembali kepada main balik normal.)
Tekan V untuk memaparkan skrin kawalan kekuatan bunyi, kemudian tekan b/B untuk melaras
kekuatan bunyi.
• Kadang-kadang imej-imej yang ditangkap dengan menggunakan model-model Sony yang lebih awal tidak
boleh dimain balik.
Tekan butang HOME, pilih [ PndanganFolder] daripada (Lihat Imej), kemudian main balik imejimej.
[ Untuk memadam imej-imej
1 Papar imej yang anda ingin padam, kemudian tekan MENU.
2 Pilih [Padam] dengan v/V dan pilih [Imej Ini] dengan b/B, kemudian tekan z.
3 Pilih [OK] dengan v, kemudian tekan z.
[ Untuk menonton satu imej yang telah dibesarkan (zum main balik)
Tekan ketika memaparkan satu imej pegun. Untuk membatalkan zum, tekan .
Laraskan posisi dengan v/V/b/B.
Untuk membatalkan zum main balik, tekan z.
14
[Untuk menonton satu skrin indeks
Tekan (Indeks) untuk memaparkan skrin indeks ketika satu imej pegun dipaparkan.
Kemudian, pilih satu imej dengan v/V/b/B.
Untuk kembali kepada skrin imej-tunggal, tekan z.
• Dalam aturan default, imej-imej dipaparkan dalam Pandangan Tarikh (apabila menggunakan “Memory
Stick Duo”) atau dalam Pandangan Folder (apabila menggunakan memori dalaman).
Anda boleh mengubah Mod Pandangan dengan memilih (Lihat Imej) pada skrin HOME (muka
surat 18).
• Setiap kali anda menekan (Indeks), bilangan imej pada skrin indeks bertambah.
[ Untuk memadam imej-imej dalam mod indeks
1 Tekan MENU ketika skrin indeks dipaparkan.
2 Pilih [Padam] dengan v/V dan pilih [Imej berbilang] dengan b/B, kemudian tekan z.
3 Pilih imej yang anda ingin padam dengan v/V/b/B, kemudian tekan z.
Tanda ditandakan dalam kotak petak imej.
Untuk membatalkan satu pilihan, pilih satu imej yang anda telah pilih untuk pemadaman, kemudian tekan
z sekali lagi.
4 Tekan MENU dan pilih [OK] dengan v, kemudian tekan z.
• Untuk memadam semua imej dalam satu tarikh/folder, pilih [Semua Imej dlm Julat Tarikh]/
[SmuaDlmFld] dalam langkah 2, kemudian tekan z.
[ Untuk memain balik satu siri imej-imej dengan kesan-kesan dan muzik
(Pertunjukan slaid)
1 Tekan butang (Pertunjukan slaid).
Skrin setup muncul.
2 Tekan butang (Pertunjukan slaid) sekali lagi.
Muzik akan bertukar bersama dengan [Kesan]. Anda juga boleh memindah dan menukar
muzik kepada muzik yang anda ingini.
Untuk memindah dan menukar muzik, ambil langkah-langkah berikut.
1 Tekan butang HOME. Kemudian pilih [ Alat Muzik] t [Muat Turun Muzik] dalam
(Pertunjukan Slaid) (muka surat 18).
2 Memasang perisian yang termasuk dalam CD-ROM (yang dibekalkan) kepada komputer anda.
3 Menyambung kamera dan sebuah komputer dengan kabel USB.
4 Hidupkan “Music Transfer” yang dipasang pada komputer anda dan tukarkan muzik.
Bagi butiran-butiran tentang menukar muzik, rujuk kepada Bantuan dalam “Music Transfer”.
15
[ Untuk menonton imej-imej pada televisyen
Menyambung kamera kepada televisyen dengan kabel bagi pangkalan berbilang guna (yang
dibekalkan).
Kepada
penyambung
berbilang
Kabel bagi pangkalan berbilang guna (yang dibekalkan)
Kepada jek-jek
input audio/video
Untuk menonton pada televisyen HD (Definisi Tinggi), satu Kabel Penyesuai Output HD
(tidak dibekalkan) diperlukan.
• Jika anda mengatur saiz imej kepada [16:9], anda boleh merakam imej-imej dalam saiz yang memenuhi
seluruh skrin televisyen HD.
• Anda tidak boleh menonton output wayang gambar dalam format isyarat [HD (1080i)]. Aturkan
[COMPONENT] kepada [SD] apabila merakam wayang gambar.
16
Belajar pelbagai fungsi – HOME/Menu
Menggunakan skrin HOME
Skrin HOME adalah skrin pintu masuk bagi semua fungsi kamera, dan boleh dipilih tanpa
mengira aturan mod (menangkap/menonton).
Butang HOME
Butang z
ɟ ɠ
Butang kawalan
1Tekan HOME untuk memaparkan skrin HOME.
Kategori
Item
Panduan
2 Pilih satu kategori dengan b/B pada butang kawalan.
3 Pilih satu item dengan v/V, kemudian tekan z.
[ Apabila anda memilih kategori (Mengurus Memori) atau (Seting)
1 Pilih aturan yang diingini dengan v/V, kemudian tekan z.
• Skrin HOME dipaparkan dengan menekan b.
2 Pilih satu aturan dengan v/V, kemudian tekan z.
• Kamera diatur kepada mod menangkap atau menonton dengan menekan butang HOME sekali lagi.
17
Bagi butiran-butiran lengkap mengenai operasi 1 muka surat 17
Item-item HOME
Menekan HOME memaparkan item-item berikut. Hanya item-item yang didapati dipaparkan
pada skrin. Butiran-butiran lanjut mengenai setiap item dipapar dalam panduan di bawah skrin.
Kategori-kategoriItem-item
Ambil Gambar
Lihat Imej
Pertunjukan Slaid
Cetak
Mengurus Memori
Seting
Ambil Gambar
PndanganTarikh
PndanganFolder
Kegemaran
Pertunjukan Slaid
Alat Muzik
Muat Turun MuzikFormat Muzik
Cetak
Alat Memory
Alat Memory Stick
FormatBuat Folder RAKAM
UbahFldeRAKMSalin
Alatan Memori Dalaman
Format
Seting Utama
Seting Utama 1
BipPanduan Fungsi
MemulaMod demo senyum
Seting Utama 2
Sambung USBCOMPONENT
Video KeluarPaparan Zum Lebar
Seting Ambl Gmbar
Seting Ambil Gambar 1
Cahaya AFBarisan Grid
Mod AFZum Digital
Lensa Pertukaran
Seting Ambil Gambar 2
Orientasi AutoAuto Semak
Seting Jam
Language Setting
18
Menggunakan item-item menu
Butang MENU
Butang z
ɟ ɠ
Butang kawalan
1
Tekan MENU untuk memaparkan menu.
Panduan Fungsi
• Menu akan dipaparkan hanya semasa mod merakam dan main balik.
• Item-item yang berlainan kelihatan bergantung kepada mod terpilih.
2Pilih satu item menu yang diingini dengan v/V pada butang kawalan.
• Jika item yang diingini tersembunyi, terus menekan v/V sehingga item muncul pada skrin.
3Pilih satu aturan dengan b/B.
• Jika item yang diingini tersembunyi, terus menekan b/B sehingga item muncul pada skrin.
• Pilih satu item dalam mod main balik, kemudian tekan z.
4Tekan MENU untuk memadamkan menu.
19
Bagi butiran-butiran lengkap mengenai operasi 1 muka surat 19
Item-item menu
Item-item menu yang didapati berbeza bergantung kepada aturan mod (menangkap/
menonton), dan posisi mod dial dalam mod menangkap. Hanya item-item yang didapati
dipaparkan pada skrin.
Menu tangkapan gambar
Pemilihan AdeganMemilih aturan-aturan yang dilaras terlebih dahulu untuk
Saiz ImejMemilih saiz imej.
DenyarMemilih aturan denyar dalam mod Ambil gambar dgn mudah.
Pengesanan mukaMemilih subjek keutamaan untuk melaras fokus apabila
Pengesanan SenyumMemilih keutamaan subjek bagi fungsi Pengatup Senyum.
Sensitiviti Kesan SenyumMengatur aras sensiviti untuk mengesan senyuman.
Mod RAKAMMemilih cara tangkapan gambar berterusan.
Pengecaman AdeganMengesan keadaan-keadaan tangkapan secara automatik dan
EVMelaras Dedahan.
ISOMemilih satu kepekaan kilau.
Mod meterMemilih mod meter.
FokusMenukar cara fokus.
Imbangan PutihMelaras ton-ton warna.
Imbangan Putih Dalam AirMelaras ton-ton warna dalam air.
Tahap DenyarMelaras jumlah cahaya denyar.
Pengurangan Mata MerahMengatur untuk mengurangkan fenomena mata-merah.
DROMengoptimumkan keterangan dan kontras.
Mod WarnaMenukar kejelasan imej atau menambah kesan-kesan khas.
SteadyShotMemilih mod anti-kabur.
Seting Ambl GmbarMemilih aturan-aturan rakaman.
memadani pelbagai keadaan adegan.
menggunakan pengesanan muka.
kemudian mengambil tangkapan.
20
Bagi butiran-butiran lengkap mengenai operasi 1 muka surat 19
Menonton menu
(Padam)Memadam imej-imej.
(Mod Pandangan)Menukar Mod Pandangan.
(Senarai Tarikh)Memilih tarikh main balik.
(Tapis mengikut Muka)Memain balik imej-imej yang dituras untuk mematuhi keadaan-
(Tambah/Padam
Kegemaran)
(Pertunjukan Slaid)Mengatur dan melaksanakan Pertunjukan slaid (memain balik
(Perapi)Mengemasi imej-imej pegun.
(Saiz semula berbilang) Menukar saiz imej menurut penggunaan.
(Melindung)Mencegah pemadaman secara tidak sengaja.
(Cetak)Mencetak imej-imej dengan menggunakan satu pencetak
(Putar)Memutar satu imej pegun.
(Pilih Folder)Memilih folder bagi menonton imej-imej.
keadaan tertentu.
Mendaftar imej-imej kepada Kegemaran atau memadamkan
imej-imej daripada Kegemaran.
satu siri imej-imej).
Menambah satu tanda Arahan cetak pada imej yang anda ingin
cetak keluar.
serasi PictBridge.
21
Menikmati komputer anda
Anda boleh menonton imej-imej yang ditangkap dengan kamera pada sebuah komputer.
Dengan menggunakan perisian dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh menikmati
imej-imej pegun dan wayang gambar daripada kamera dengan lebih kerap. Bagi butiranbutiran lengkap, rujuk kepada “Panduan buku Cyber-shot” dalam CD-ROM (yang
dibekalkan).
Sistem-sistem Operasi yang disokong bagi sambungan USB dan perisian
aplikasi (yang dibekalkan)
Bagi pengguna-pengguna WindowsBagi pengguna-pengguna Macintosh
Sambungan USB
Perisian aplikasi
“Picture Motion
Browser”
* Edisi-edisi 64-bit dan (Edisi) Pemula tidak disokong.
• Komputer anda mesti dipasang terlebih dahulu dengan salah satu Sistem Operasi yang disenaraikan di
atas. Pengemaskinian Sistem Operasi tidak disokong.
• Jika Sistem Operasi anda tidak menyokong sambungan USB, salinkan imej-imej dengan memasukkan
“Memory Stick Duo” ke dalam slot Memory Stick pada komputer anda, atau menggunakan satu Pembaca/
Penulis Memory Stick yang didapati secara komersial.
• Bagi butiran-butiran lanjutan mengenai persekitaran operasi “Picture Motion Browser” Cyber-shot
perisian aplikasi, rujuk kepada “Panduan buku Cyber-shot”.
Windows 2000 Professional SP4,
Windows XP* SP2, Windows
Vista*
Windows 2000 Professional SP4,
Windows XP* SP2, Windows
Vista*
Mac OS 9.1/9.2/ Mac OS X(v10.1
hingga v10.5)
tidak serasi
22
Melihat “Panduan buku Cyber-shot”
“Panduan buku Cyber-shot” dalam CDROM (yang dibekalkan) menerangkan
bagaimana menggunakan kamera dengan
lebih lanjut. Adobe Reader diperlukan
untuk melihatnya.
[ Bagi pengguna-pengguna
Windows
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam
pemacu CD-ROM.
Skrin di bawah muncul.
Apabila anda mengklik button [Cyber-shot
Handbook], skrin untuk menyalin “Panduan
buku Cyber-shot” muncul.
2 Ikut arahan-arahan pada skrin untuk
menyalin.
• Apabila anda memasang “Panduan buku
Cyber-shot”, “Panduan Termaju Cybershot” juga dipasangkan secara automatik.
3 Selepas pemasangan telah selesai, klik dua
kali jalan pintas yang dicipta pada desktop.
[ Bagi pengguna-pengguna
Macintosh
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam
pemacu CD-ROM.
2 Pilih folder [Handbook] dan salin
“Handbook.pdf” yang disimpan dalam
folder [MY] kepada komputer anda.
3 Selepas penyalinan telah selesai, klik dua
kali “Handbook.pdf”.
23
Penunjuk-penunjuk pada skrin
Setiap kali anda menekan v (DISP) pada
butang kawalan, paparan bertukar (muka
surat 12).
[ Apabila menangkap imej-imej
pegun
• Penunjuk-penunjuk terhad dalam mod Ambil
Gambar Mudah.
[ Apabila menangkap wayang
gambar
Tnggusdia
A
Baki bateri
Amaran bateri rendah
Mod dial (Auto program)
Mod Ambil Gambar
Mod meter
Pengesanan muka/
SteadyShot
DRO
Saiz imej
• adalah bagi
DSC-W150 sahaja.
• adalah bagi
DSC-W170 sahaja.
Mod dial/Menu (Pemilihan
Adegan)
Imbangan cahaya
Berterusan/mod Braket
Pengesanan Senyum
Amaran gegaran
Penunjuk Sensitiviti Kesan
Senyum/Bilangan imej
[ Apabila memain balik
24
Tapis mengikut Muka
Skala zum
Mod warna
Menyambung PictBridge
Mod Pandangan
Kegemaran
Lindung
Tanda arahan cetak (DPOF)
Skala zum
KUAT Kekuatan bunyi
Menyambung PictBridge
B
zKunci AE/AF
ISO400Nombor ISO
Pengatup lambat NR
125Kelajuan pengatup
F3.5Nilai bukaan
+2.0EVNilai Dedahan
Penunjuk bingkai pencari
1.0mNilai semi manual
RAKAM
Tnggusdia
0:12Masa rakaman (minit: saat)
101-0012Nombor folder-fail
2008 1 1
9:30 AM
z STOP
z PLAY
BACK/NEXT Memilih imej-imej
VVOLUMEMelaras kekuatan bunyi
julat AF
Makro
Merakam/Bersedia satu
wayang gambar
Tarikh/waktu imej main
balik yang dirakam
Panduan fungsi bagi
memain imej
Media rakaman/main balik
Menukar folder
Mod meter
Mod denyar
C:32:00Paparan diagnostik diri
ISO400Nombor ISO
+2.0EVNilai Dedahan
500Kelajuan pengatup
F3.5Nilai bukaan
Lensa tukaran
(“Memory Stick Duo”,
Memori dalaman)
Pengecaman Adegan
Cahaya AF
Pengurangan mata-merah
Mengecas denyar
Imbangan cahaya
D
Pemasa diri
C:32:00Paparan diagnostik diri
Database penuh
Bingkai pencari julat AF
C
Folder rakaman
Folder main balik
96Bilangan imej boleh
dirakam
8/8 12/12Nombor imej/Bilangan
imej-imej yang dirakam
dalam folder terpilih
00:25:05Masa rakaman (jam: minit:
saat)
+Silang meter tumpu
NMain balik
Bar main balik
Histogram
• muncul apabila paparan
histogram tidak dibolehkan.
25
Hayat bateri dan kapasiti memori
Hayat bateri dan bilangan imej yang anda boleh rakam/tonton
Nombor-nombor yang ditunjukkan dalam
jadual-jadual berikut menganggapkan satu
pek bateri (yang dibekalkan) yang penuh
dicas digunakan pada satu suhu sekeliling
25 °C. Nombor-nombor yang ditunjukkan
bagi imej-imej yang anda boleh rakam/
tonton adalah anggaran dan membenarkan
penukaran “Memory Stick Duo” apabila
perlu.
Ambil perhatian bahawa nombor-nombor
sebenar mungkin lebih kurang daripada
yang ditunjukkan dalam jadual bergantung
kepada keadaan-keadaan penggunaan.
[ Apabila menangkap imej-imej
pegun
Skrin LCD
DSC-W170
Hidup
Padam
DSC-W150
Hidup
Padam
• Menangkap gambar dalam situasi-situasi
berikut:
– [Mod RAKAM] diatur kepada [Normal].
– [Mod AF] diatur kepada [Satu].
– [SteadyShot] diatur kepada [Mengambil
gambar].
– Menangkap gambar sekali setiap 30 saat.
– Zum ditukar di antara hujung-hujung W dan T
secara bersilih ganti.
– Lampu denyar strob sekali setiap dua kali.
– Kuasa dihidup dan dipadam sekali setiap
sepuluh kali.
Hayat bateri
(minit)
Lebih kurang
195
Lebih kurang
230
Lebih kurang
200
Lebih kurang
240
Bilangan
imej-imej
Lebih kurang
390
Lebih kurang
460
Lebih kurang
400
Lebih kurang
480
• Cara pengukuran berasaskan piawaian CIPA.
(CIPA: Camera & Imaging Products
Association)
• Hayat bateri dan bilangan imej tidak bertukar,
tanpa mengambil kira saiz imej.
[ Apabila menonton imej-imej
pegun
Hayat bateri (minit)Bilangan imej-imej
Lebih kurang 410Lebih kurang 8200
• Menonton imej-imej tunggal dalam urutan pada
selang masa lebih kurang tiga saat
[ Nota-nota mengenai pek bateri
• Kapasiti bateri berkurangan selepas masa
panjang dan penggunaan berulangan.
• Hayat bateri dan bilangan imej yang anda boleh
rakam/tonton berkurangan di bawah keadaankeadaan berikut:
– Suhu persekitaran rendah.
– Lampu denyar sering digunakan.
– Kamera telah dihidup dan dipadamkan
banyak kali.
– Zum sering digunakan.
– Keterangan Cahaya latar LCD diatur tinggi.
– [Mod AF] diatur kepada [Pengawas].
– [SteadyShot] diatur kepada [Berterusan].
– Kuasa bateri rendah.
– Fungsi Pengesanan Muka diaktifkan.
26
Bilangan imej pegun boleh rakam dan masa boleh rakam wayang gambar
Bilangan imej-imej pegun dan panjang masa bagi wayang gambar mungkin berbeza
bergantung kepada keadaan-keadaan menangkap gambar.
• Walaupun kapasiti media rakaman anda adalah sama dengan yang ditunjukkan dalam jadual di bawah,
bilangan imej pegun dan panjang masa bagi wayang gambar mungkin berbeza.
• Anda boleh memilih saiz imej daripada menu (muka surat 19, 20).
[ Anggaran bilangan imej-imej pegun boleh rakam
DSC-W170(Unit-unit: Imej-imej)
Kapasiti
Saiz
Memori
dalaman
Lebih kurang
15 MB
128 MB 256 MB 512 MB1GB2GB4GB8GB
10M332581202464969821973
5M6519219039078615563127
3M1081148305625126124975016
VGA967821420293260001210223956 48138
3:2 (8M)332581212485009901990
16:9 (7M)4346112726152610422093
16:9 (2M)161322364891001201839958025
DSC-W150(Unit-unit: Imej-imej)
Kapasiti
Saiz
Memori
dalaman
Lebih kurang
15 MB
128 MB 256 MB 512 MB1GB2GB4GB8GB
8M4397214930661812232457
5M6519219039078615563127
3M1081148305625126124975016
VGA967821420293260001210223956 48138
3:2 (7M)4407315130962412352482
16:9 (6M)5427715932665813032617
16:9 (2M)161322364891001201839958025
“Memory Stick Duo” diformat dengan kamera
“Memory Stick Duo” diformat dengan kamera
• Bilangan imej yang disenaraikan menganggapkan [Mod RAKAM] diatur kepada [Normal].
• Apabila baki bilangan imej boleh tangkap adalah lebih daripada 9,999, penunjuk “>9999” muncul.
• Apabila satu imej yang dirakam dengan menggunakan model-model Sony yang lebih awal dan dimain
balik pada kamera, imej mungkin tidak muncul dalam saiz imej sebenar.
27
[ Anggaran masa boleh rakam wayang gambar
Nombor-nombor dalam jadual di bawah menunjukkan anggaran masa boleh rakam
maksimum yang diperolehi dengan menjumlahkan semua fail wayang gambar. Panjang masa
maksimum yang anda boleh merakam berterusan adalah lebih kurang 10 minit.
• Wayang gambar dengan saiznya diatur kepada [640(Halus)] hanya boleh dirakam pada satu “Memory
Stick PRO Duo”.
• Kamera tidak menyokong rakaman atau main balik HD bagi wayang gambar.
Memori
dalaman
Lebih kurang
15 MB
128 MB 256 MB 512 MB 1GB2GB4GB8GB
“Memory Stick Duo” diformat dengan kamera
28
Pencari silapan
Jika anda mengalami kesusahan dengan kamera, cuba penyelesaian-penyelesaian berikut.
1 Periksa item-item di bawah, dan rujuk kepada “Panduan buku Cyber-shot”
(PDF).
Jika satu kod seperti “C/E:ss:ss” muncul pada skrin, rujuk kepada “Panduan
buku Cyber-shot”.
2 Keluarkan pek bateri, tunggu lebih kurang satu minit, masukkan pek bateri
sekali lagi, kemudian hidupkan kuasa.
3 Kembalikan aturan-aturan ke asal (muka surat 18).
4 Rujuk kepada pengedar Sony anda atau pusat kemudahan servis Sony
tempatan yang sah.
Ambil perhatian bahawa dengan menghantarkan kamera untuk diperbaiki, anda memberi
kebenaran bahawa kandungan-kandungan memori dalaman, fail-fail muzik boleh diperiksa.
Pek bateri dan kuasa
Tidak boleh memasukkan pek bateri.
• Masukkan pek bateri dengan betul dengan menolak tuas lenting bateri (muka surat 7).
Tidak boleh menghidupkan kamera.
• Selepas memasukkan pek bateri ke dalam kamera, ia mungkin mengambil sedikit masa bagi
kamera dihidupkan.
• Masukkan pek bateri dengan betul (muka surat 7).
• Pek bateri dinyahcaskan. Masukkan pek bateri yang telah dicas (muka surat 6).
• Pek bateri telah kehabisan. Gantikannya dengan satu bateri baru.
• Gunakan satu pek bateri yang disyorkan.
Kuasa terpadam dengan tiba-tiba.
• Jika anda tidak mengoperasikan kamera untuk lebih kurang tiga minit ketika kuasa
dihidupkan, kamera memadam secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri.
Hidupkan kamera sekali lagi (muka surat 9).
• Pek bateri telah kehabisan. Gantikannya dengan satu bateri baru.
29
Penunjuk baki cas tidak betul.
• Fenomena ini berlaku apabila anda menggunakan kamera dalam satu lokasi yang terlalu
panas atau sejuk.
• Satu percanggahan mungkin berlaku di antara penunjuk baki cas dan baki cas bateri sebenar.
Nyahcaskan pek bateri sepenuhnya sekali, kemudian caskannya untuk membetulkan
penunjuk.
• Pek bateri dinyahcaskan. Masukkan pek bateri yang telah dicas (muka surat 6).
• Pek bateri telah kehabisan. Gantikannya dengan satu bateri baru.
Tidak boleh mengecas pek bateri.
• Anda tidak boleh mengecas bateri dengan menggunakan Alat Suai Arus Ulang-alik (tidak
dibekalkan). Gunakan pengecas bateri untuk mengecas bateri.
Menangkap imej-imej pegun/wayang gambar
Tidak boleh merakam imej-imej.
• Periksa kapasiti bebas memori dalaman atau “Memory Stick Duo” (muka surat 27). Jika ia
adalah penuh, lakukan satu daripada berikut:
– Padamkan imej-imej yang tidak diperlukan (muka surat 14).
– Menukar “Memory Stick Duo”.
• Anda tidak boleh merakam imej-imej ketika mengecas denyar.
• Apabila menangkap satu imej pegun, atur mod dial kepada satu posisi selain daripada .
• Atur mod dial kepada apabila menangkap wayang gambar.
• Saiz imej diatur kepada [640(Halus)] apabila merakam wayang gambar. Laksanakan satu
daripada yang berikut:
– Aturkan saiz imej kepada satu yang selain daripada [640(Halus)].
– Masukkan satu “Memory Stick PRO Duo”.
Jalur-jalur menegak muncul apabila anda menangkap gambar satu subjek yang
sangat terang.
• Fenomena sememeh sedang berlaku dan jalur-jalur putih, hitam, merah, ungu, atau warna lain
muncul pada imej. Fenomena ini bukan satu pincang tugas.
30
Menonton imej-imej
Tidak boleh memain balik imej-imej.
• Tekan (Main balik) (muka surat 14).
• Nama folder/fail telah ditukar pada komputer anda.
• Sony tidak menjamin main balik fail-fail imej pada kamera jika fail-fail telah diproses dengan
menggunakan sebuah komputer atau dirakamkan dengan kamera yang lain.
• Kamera dalam mod USB. Padamkan sambungan USB.
• Main balik tidak mungkin jika Pengatup Senyum berada dalam mod bersedia. Keluar
daripada mod bersedia dengan menekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya.
• Ini disebabkan oleh menyalin imej-imej pada komputer kepada “Memory Stick Duo” tanpa
menggunakan “Picture Motion Browser”. Mainkan imej-imej begini dalam Pandangan Folder
(muka surat 18).
• Kadang-kadang satu “Memory Stick Duo” yang mengandungi imej-imej ditangkap dengan
model-model Sony yang lebih awal tidak boleh dimain balik. Mainkan imej-imej begini
dalam Pandangan Folder (muka surat 18).
31
Langkah-langkah beringat
[ Jangan guna/simpan kamera
dalam tempat-tempat berikut
• Di satu tempat terlalu panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam sebuah kereta
yang diletak di bawah pancaran matahari, badan
kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin
menyebabkan satu pincang tugas.
• Di bawah pancaran matahari secara langsung
atau berhampiran satu alat pemanas
Badan kamera mungkin menjadi nyahwarna
atau cacat, dan ini mungkin menyebabkan satu
pincang tugas.
• Di satu lokasi yang mengalami gegaran ayunan
• Berhampiran medan magnet yang kuat
• Di tempat-tempat berpasir atau berdebu
Berhati-hati agar tidak membenarkan pasir atau
debu masuk ke dalam kamera. Ini mungkin
menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam
sesetengah kes pincang tugas ini mungkin tidak
boleh diperbaiki.
[ Mengenai pembawaan
Jangan duduk di atas kerusi atau tempat lain
dengan kamera di dalam poket belakang seluar
atau skirt anda, ini mungkin menyebabkan
pincang tugas atau merosakkan kamera.
[ Mengenai pembersihan
Membersihkan skrin LCD
Lapkan permukaan skrin dengan satu kit
membersih LCD (tidak dibekalkan) untuk
menanggalkan tanda-tanda cap jari, debu, dll.
Membersihkan lensa
Lapkan lensa dengan satu kain lembut untuk
menanggalkan tanda-tanda cap jari, debu, dll.
Membersihkan permukaan kamera
Bersihkan permukaan kamera dengan satu kain
lembut yang dilembapkan dengan sedikit air,
kemudian lapkan permukaan dengan satu kain
kering. Untuk mengelakkan kerosakan kepada
kemasan atau selongsong.
– Jangan dedahkan kamera kepada produk-
produk kimia seperti pencair, benzin, alkohol,
kain-kain pakai buang, bahan pencegah
serangga, bahan penapis cahaya matahari atau
racun serangga.
– Jangan sentuh kamera dengan sebarang bahan-
bahan yang dinyatakan di atas ada pada tangan
anda.
– Jangan biarkan kamera bersentuhan dengan
objek getah atau vinil untuk satu jangka masa
yang lama.
[ Mengenai suhu-suhu operasi
Kamera direka bentuk untuk diguna di bawah
suhu-suhu antara 0°C dan 40°C. Menangkap
gambar di tempat-tempat terlalu sejuk atau panas
yang melebihi julat ini adalah tidak disyorkan.
[ Mengenai pemeluwapan
lembapan
Jika kamera dibawa secara terus daripada satu
tempat sejuk ke satu tempat suam, lembapan
mungkin terpeluwap di dalam atau di luar kamera.
Pemeluwapan lembapan ini mungkin
menyebabkan satu pincang tugas kamera.
Jika pemeluwapan lembapan berlaku
Padamkan kamera dan tunggu lebih kurang satu
jam supaya lembapan menyejat. Ambil perhatian
bahawa jika anda menangkap gambar dengan
lembapan masih berada dalam lensa, imej-imej
tidak akan menjadi jelas.
[ Mengenai bateri backup boleh
dicas semula dalaman
Kamera mempunyai satu bateri boleh dicas
semula dalaman untuk mengekalkan tarikh dan
waktu dan aturan-aturan lain tanpa mengambil
kira sama ada kuasa dihidupkan atau dipadamkan.
Bateri boleh dicas semula ini dicas dengan
berterusan selama anda sedang menggunakan
kamera. Walau bagaimanapun, jika anda
menggunakan kamera hanya untuk jangka masa
yang singkat, ia nyahcas beransur-ansur, dan jika
anda tidak menggunakan kamera sama sekali
untuk lebih kurang satu bulan ia menjadi nyahcas
sepenuhnya. Dalam kes ini, pastikan untuk
mengecas bateri boleh dicas semula ini sebelum
menggunakan kamera.
Walau bagaimanapun, jika bateri boleh dicas
semula ini tidak dicaskan, anda masih boleh
menggunakan kamera, tetapi tarikh dan masa
tidak akan ditunjukkan.
Cara mengecas bateri backup boleh dicas
semula dalaman
Masukkan pek bateri yang telah dicas ke dalam
kamera, dan kemudian biarkan kamera untuk 24
jam atau lebih dengan kuasa dipadamkan.
32
Spesifikasi-spesifikasi
Kamera
[Sistem]
Peranti imej:
DSC-W170:
7.70 mm (jenis 1/2.3) warna CCD,
Penuras warna utama
DSC-W150:
7.18 mm (jenis 1/2.5) warna CCD,
Penuras warna utama
Jumlah bilangan piksel kamera:
DSC-W170:
Lebih kurang 10.3 Megapiksel
DSC-W150:
Lebih kurang 8.3 Megapiksel
Bilangan piksel berkesan kamera:
DSC-W170:
Lebih kurang 10.1 Megapiksel
DSC-W150:
Lebih kurang 8.1 Megapiksel
Lensa-lensa:
DSC-W170:
Lensa zum Carl Zeiss Vario-Tessar 5×
f = 5 - 25 mm (28 - 140 mm (sama dengan 35
mm film)) F3.3(W) - 5.2(T)
DSC-W150:
Lensa zum Carl Zeiss Vario-Tessar 5×
f = 5 - 25 mm (30 -150 mm (sama dengan 35
mm film)) F3.3(W) - 5.2(T)
Kawalan dedahan: Dedahan automatik, Pilihan
Adegan (10 mod)
Imbangan cahaya: Automatik, Cahaya siang,
Mendung, Pendarfluor 1,2,3, Pijar, Denyar
Imbangan Cahaya Dalam Air: Automatik, Dalam
Air 1,2, Lampu Denyar
Format fail (menurut piawai DCF):
Imej-imej pegun: Versi Exif menurut piawai
2.21 JPEG, serasi DPOF
Wayang gambar: Menurut piawai MPEG1
(Penghantaran bunyi laluan tunggal)
Media Rakaman: Memori dalaman (lebih kurang
15 MB), “Memory Stick Duo”
Denyar:Julat denyar (Kepekaan ISO (Indeks
dedahan yang disyorkan) diatur kepada
Automatik):
Lebih kurang 0.2 hingga 4.2 m(W)/lebih
kurang 0.5 hingga 2.7 m(T)
[Penyambung-penyambung Input dan Output]
Penyambung berbilang: Output video
Output audio
(Penghantaran bunyi
laluan tunggal)
Komunikasi USB
Komunikasi USB: Hi-Speed USB (menurut
piawai USB 2.0)
[Skrin LCD]
Panel LCD: 6.7 cm (jenis 2.7) pemacu TFT
Jumlah bilangan bintik: 230 400 (960 × 240)
bintik-bintik
[Kuasa, umum]
Kuasa: Pek bateri boleh cas semula
NP-BG1, 3.6 V
NP-FG1 (tidak dibekalkan), 3.6 V
AC-LS5K Alat Suai Arus Ulang-alik (tidak
dibekalkan), 4.2 V
Penggunaan kuasa (semasa menangkap gambar,
skrin LCD hidup): 1.0 W
Suhu operasi: 0 hingga 40°C
Suhu storan: -20 hingga +60°C
Dimensi-dimensi: 93.7 × 58.0 × 24.0 mm (L/T/D,
tidak termasuk bahagian-bahagian yang
mengunjur)
Berat: Lebih kurang 175 g (termasuk pek bateri
NP-BG1, tali pergelangan tangan, dll.)
Mikrofon: Penghantaran bunyi laluan tunggal
Pembesar suara: Penghantaran bunyi laluan
CSGC)
Voltan output: DC 4.2 V, 0.25 A
Suhu operasi: 0 hingga 40°C
Suhu storan: -20 hingga +60°C
Dimensi-dimensi: Lebih kurang 62 × 24 × 91 mm
(L/T/D)
Berat: Lebih kurang 75 g
Pek bateri boleh dicas semula NPBG1
Bateri yang telah diguna: Bateri Lithium-ion
Voltan maksimum: DC 4.2 V
Voltan nominal: DC 3.6 V
Kapasiti: 3.4 Wh (960 mAh)
Reka bentuk dan spesifikasi-spesifikasi boleh
berubah tanpa pemberitahuan.
33
Tanda-tanda dagang
•, “Cyber-shot” merupakan
tanda-tanda dagang Sony Corporation.
• “Memory Stick”, , “Memory Stick PRO”,
Duo”, , “Memory
Stick PRO-HG Duo”,
Micro”, “MagicGate”, dan
merupakan tanda-tanda dagang Sony
Corporation.
• “PhotoTV HD” merupakan satu tanda dagang
Sony Corporation.
• “InfoLITHIUM” merupakan satu tanda dagang
Sony Corporation.
• Microsoft, Windows, DirectX dan Windows
Vista merupakan tanda-tanda dagang berdaftar
atau tanda-tanda dagang Microsoft Corporation
di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara
lain.
• Macintosh, Mac OS, iMac, iBook, PowerBook,
Power Mac dan eMac merupakan tanda-tanda
dagang Apple Inc.
• Intel, MMX, dan Pentium merupakan tandatanda dagang atau tanda-tanda dagang berdaftar
Intel Corporation.
• Adobe dan Reader merupakan tanda-tanda
dagang atau tanda-tanda dagang berdaftar
Adobe Systems Incorporated di Amerika
Syarikat dan/atau negara-negara lain.
• Tambahan, nama-nama sistem dan produk yang
digunakan dalam manual ini, pada amnya,
tanda-tanda dagang atau tanda-tanda dagang
berdaftar pencipta atau pekilang masingmasing. Walau bagaimanapun, tanda-tanda ™
atau ® tidak digunakan pada setiap kes di dalam
manual ini.
, “Memory Stick Duo”,
, “Memory Stick PRO
, “Memory Stick
34
Maklumat tambahan produk ini dan jawapan-
jawapan kepada soalan-soalan yang biasa ditanya
boleh didapati pada Laman Web Bantuan Pengguna
kami.
Dicetak atas 70% atau lebih kertas dikitar semula
menggunakan dakwat berasaskan minyak sayur tanpa
VOC (Sebatian Organik Meruap).
Printed in China
Loading...
+ hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.