Sony DSC-W110 Users guide [ms]

Kamera digital
Manual Arahan
DSC-W110/W115/W120/W125/W130
Untuk butir-butir tentang operasi termaju, sila baca
“Panduan buku Cyber-shot” (PDF) dan “Panduan Termaju Cyber-shot” pada CD-ROM (yang dibekalkan) dengan
menggunakan komputer.
Arahan-Arahan Operasi
Sebelum mengoperasikan unit, sila baca panduan ini dengan teliti dan simpan untuk rujukan di masa depan.
© 2008 Sony Corporation 3-700-781-42(1)
MY
AMARAN
Untuk mengurangkan bahaya kebakaran atau kejutan elektrik, jangan dedahkan unit kepada hujan atau kelembapan.
AMARAN
Gantikan bateri dengan jenis yang ditetapkan sahaja. Jika tidak, kebakaran atau kecederaan mungkin berlaku.
Jangan dedahkan bateri-bateri kepada kepanasan melampau seperti cahaya matahari, api atau seumpamanya.
2

Jadual Kandungan

Nota-nota mengenai penggunaan kamera anda ..................................... 4
Untuk bermula ................................................................................. 5
Memeriksa aksesori-aksesori yang dibekalkan ....................................... 5
1 Menyediakan pek bateri ........................................................................ 6
2 Memasukkan pek bateri/“Memory Stick Duo” (tidak dibekalkan) ......... 7
3 Menghidupkan kamera/menetapkan jam .............................................. 9
Mengambil imej dengan mudah ................................................... 10
Dail mod/Zum/Denyar/Makro/Pemasa kendiri/Paparan ......................... 11
Mengambil gambar dalam mod Pengatup Senyum .............................. 13
Melihat/memadam imej ................................................................. 14
Mempelajari pelbagai fungsi – HOME/Menu ............................... 17
Menggunakan skrin HOME .................................................................... 17
Item HOME.............................................................................................. 18
Menggunakan item menu ....................................................................... 19
Item menu................................................................................................ 20
Menikmati komputer anda ............................................................ 22
Sistem Pengoperasian yang disokong untuk sambungan USB dan
perisian aplikasi (yang dibekalkan) ........................................................ 22
Melihat “Panduan buku Cyber-shot” ...................................................... 23
Penunjuk pada skrin ..................................................................... 24
Hayat bateri dan kapasiti memori ................................................ 26
Hayat bateri dan bilangan imej yang anda boleh rakam/lihat ............... 26
Bilangan imej pegun dan masa rakaman wayang gambar ................... 27
Penyelesaian masalah .................................................................. 29
Pek bateri dan kuasa .............................................................................. 29
Mengambil imej pegun/wayang gambar ............................................... 30
Melihat imej ............................................................................................ 31
Langkah berjaga-jaga ....................................................................32
Spesifikasi ...................................................................................... 33
3

Nota-nota mengenai penggunaan kamera anda

[ Memori dalaman dan salinan
“Memory Stick Duo”
Jangan matikan kamera, keluarkan pek bateri, atau keluarkan “Memory Stick Duo” ketika lampu akses menyala. Jika tidak, data memori dalaman atau “Memory Stick Duo” mungkin rosak. Pastikan untuk membuat salinan sandar untuk melindungi data anda.
[ Nota-nota mengenai rakaman/
main balik
• Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan kamera berfungsi dengan betul.
• Kamera ini tidak kalis-habuk, atau kalis­percikan, mahupun kalis-air. Baca “Langkah berjaga-jaga” (muka surat 32) sebelum mengoperasi kamera.
• Elakkan pendedahan kamera kepada air. Jika air memasuki kamera, pincang tugas mungkin terjadi. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh dibaiki.
• Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
• Jangan gunakan kamera berhampiran dengan lokasi yang menjana gelombang radio yang kuat atau memancarkan radiasi. Jika tidak, kamera mungkin tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
• Penggunaan kamera di lokasi-lokasi berpasir atau berhabuk mungkin menyebabkan pincang tugas.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, buangkannya sebelum menggunakan kamera (muka surat 32).
• Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan pincang tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu, media rakaman mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin rosak.
• Bersihkan permukaan denyar sebelum digunakan. Haba pancaran denyar mungkin menyebabkan habuk pada permukaan denyar menjadi pudar atau melekat pada permukaan denyar, mengakibatkan pancaran cahaya tidak mencukupi.
[ Nota-nota mengenai skrin LCD
dan lensa
• Skrin LCD dibuat dengan menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi. Oleh itu, lebih daripada 99.99% piksel boleh berfungsi untuk penggunaan berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa titik hitam kecil dan/ atau titik terang (berwarna putih, merah, biru atau hijau) mungkin dipapar pada skrin LCD. Titik-titik ini adalah normal dalam proses pembuatan dan tidak menjejas rakaman.
• Apabila tahap bateri menjadi rendah, lensa mungkin berhenti bergerak. Masukkan pek bateri yang telah dicas, kemudian hidupkan kamera sekali lagi.
[ Mengenai keserasian data imej
• Kamera ini mematuhi piawaian universal DCF (Design rule for Camera File system) ditubuhkan oleh JEITA (Japan Electronics and Information Technology Industries Association).
• Sony tidak menjamin bahawa kamera akan memainkan balik imej yang dirakam atau disunting dengan kelengkapan lain, atau kelengkapan lain akan memainkan balik imej yang dirakam dengan kamera.
[ Amaran mengenai hak cipta
Program-program televisyen, filem-filem, pita­pita video, dan bahan-bahan lain mungkin dihak cipta. Bahan-bahan demikian yang dirakam secara tidak haram mungkin bertentangan dengan peruntukan undang-undang hak cipta.
[ Tiada pampasan untuk
kandungan rosak atau kegagalan rakaman
Sony tidak boleh membayar pampasan untuk kegagalan rakaman atau kehilangan atau kerosakan kandungan yang telah dirakam yang disebabkan pincang tugas kamera atau media rakaman, dll.
4

Untuk bermula

Memeriksa aksesori-aksesori yang dibekalkan

• Pengecas bateri BC-CSGB/BC-CSGC (1)
• Kord kuasa (1) (tidak dibekalkan di Amerika Syarikat dan Kanada)
• Pek bateri yang boleh dicas NP-BG1 (1)/ Selongsong bateri (1)
• Kabel USB, A/V untuk terminal berbilang guna (1)
•Tali Tali pergelangan tangan (1) (DSC-W110/
W115/W120/W130)
Tali leher (1) (DSC-W125)
• Selongsong pembawa lembut (1) (DSC-W115/ W125 sahaja)
•CD-ROM (1) – Perisian aplikasi Cyber-shot – “Panduan buku Cyber-shot” – “Panduan Termaju Cyber-shot”
• Manual Arahan (buku manual ini) (1)
Ikatkan tali dan letakkan tangan anda ke dalam gelung untuk mengelakkan kamera menjadi rosak akibat terjatuh.
Cangkuk
5

1 Menyediakan pek bateri

Untuk pelanggan-pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada
Palam
ɟ
Lampu CHARGE
Untuk pelanggan-pelanggan di negara-negara/ rantau-rantau Amerika Syarikat dan Kanada
ɟ
Lampu CHARGE
Kord kuasa
1Masukkan pek bateri ke dalam pengecas bateri.
2Sambungkan pengecas bateri ke saluran keluar dinding.
Lampu CHARGE menyala dan pengecasan bermula. Apabila lampu CHARGE padam, pengecasan selesai (pengecasan biasa). Jika anda terus mengecas pek bateri untuk lebih kurang satu jam lagi (sehingga ia dicas penuh), cas
akan tahan lebih lama sedikit.
[ Masa pengecasan
Masa cas penuh Masa pengecasan biasa
Lebih kurang 330 min. Lebih kurang 270 min.
• Jadual di atas menunjukkan waktu diperlukan untuk mengecaskan pek bateri yang kehabisan kuasa sepenuhnya pada suhu 25°C. Pengecasan mungkin mengambil masa lebih lama bergantung pada syarat­syarat penggunaan dan keadaan.
• Lihat muka surat 26 untuk bilangan imej yang boleh dirakam.
• Sambungkan pengecas bateri ke saluran keluar dinding.
• Walaupun lampu CHARGE tidak menyala, pengecas bateri tidak ditanggalkan daripada sumber kuasa Arus Ulang-alik selama ia disambung kepada saluran keluar dinding. Jika sesuatu kesusahan berlaku ketika menggunakan pengecas bateri, padamkan kuasa dengan segera dengan menanggalkan palam daripada saluran keluar dinding.
• Apabila pengecasan siap, tanggalkan kord kuasa dari saluran keluar dinding, dan keluarkan pek bateri dari pengecas bateri.
• Direka bentuk untuk kegunaan dengan bateri-bateri serasi Sony.
6
2 Memasukkan pek bateri/“Memory Stick Duo” (tidak
dibekalkan)
Penutup bateri/ “Memory Stick Duo”
ɟ
Dengan sebelah pangkalan menghadap lensa, masukkan “Memory Stick Duo” sehingga kedengaran bunyi klik.
ɠ
Masukkan pek bateri semasa menekan tuas lenting bateri dengan hujung pek bateri.
1Buka penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
2Masukkan “Memory Stick Duo” (tidak dibekalkan).
3Masukkan pek bateri.
4Tutup penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
[ Apabila tiada “Memory Stick Duo” dimasukkan
Kamera akan merakam/memain balik imej dengan menggunakan memori dalaman (lebih kurang 15 MB).
[ Untuk memeriksa baki cas bateri
Tekan POWER untuk menghidupkan dan memeriksa baki cas bateri pada skrin LCD.
Penunjuk baki cas
Status Baki kuasa
mencukupi
• Jika anda menggunakan pek bateri NP-FG1 (tidak dibekalkan), minit juga akan muncul selepas penunjuk baki bateri ( 60 Min).
• Penunjuk cas yang betul akan mengambil masa lebih kurang satu minit untuk dipaparkan.
• Penunjuk baki cas mungkin tidak betul bergantung pada syarat-syarat penggunaan dan keadaan.
• Skrin Tetap Jam dipaparkan apabila anda menghidupkan kamera buat pertama kali (muka surat 9).
Bateri hampir dicas penuh
Bateri separuh penuh
Bateri rendah, rakaman/main balik akan berhenti tidak lama lagi.
Tukar bateri dengan yang telah dicas penuh, atau caskan bateri. (Penunjuk amaran berkelip.)
7
[ Untuk mengeluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo”
Buka penutup bateri/“Memory Stick Duo”.
Pek Bateri“Memory Stick Duo”
Pastikan yang lampu akses tidak menyala, kemudian tolak “Memory Stick Duo” ke dalam sekali.
• Jangan sekali-kali keluarkan pek bateri/“Memory Stick Duo” apabila lampu akses menyala. Ini mungkin akan menyebabkan kerosakan pada data di dalam “Memory Stick Duo”/memori dalaman.
Tolak tuas lenting bateri. Pastikan pek bateri tidak jatuh.
8

3 Menghidupkan kamera/menetapkan jam

Butang POWER
Butang HOME
1
Butang z
Butang kawalan
ɟ
1Tekan POWER.
2Tetapkan jam dengan butang kawalan.
1 Pilih format paparan tarikh dengan v/V, kemudian tekan z. 2 Pilih setiap item dengan b/B dan setkan nilai angka dengan v/V, kemudian tekan z. 3 Pilih [OK], kemudian tekan z.
• Kamera tidak mempunyai ciri untuk menindih tarikh pada imej. Dengan menggunakan “Picture Motion Browser” dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh mencetak atau menyimpan imej dengan tarikh.
• Tengah malam dipaparkan sebagai 12:00 AM, dan tengahari sebagai 12:00 PM.
[ Untuk mengubah tarikh dan masa
Tekan HOME dan pilih [ Seting Jam] dalam (Seting) (muka surat 17, 18).
[ Nota-nota mengenai bila kuasa dihidupkan
• Apabila pek bateri dimasukkan dalam kamera, ia mungkin mengambil masa sebelum boleh beroperasi.
• Jika kamera menggunaka kuasa bateri dan anda tidak mengoperasi kamera untuk lebih kurang tiga minit, kamera akan dimatikan secara automatik untuk mengelakkan pek bateri menjadi haus (Fungsi dimatikan automatik).
2 3
9

Mengambil imej dengan mudah

Pencari
Lampu rakam
Butang pengatup
ɠ
Butang W/T (Zum)
Dail mod
Butang MENU
Mikrofon
Denyar
Lampu pemasa kendiri/ Lampu pengatup senyum
Butang makro
Butang DISP
Penyangga tripod
(bawah)
Butang kawalan
Butang denyar Butang pemasa
kendiri
1Pilih fungsi yang diingini dari dail mod.
Apabila mengambil gambar imej pegun (Mod Pelarasan Automatik): Apabila mengambil wayang gambar: Pilih .
Pilih .
2Untuk menetapkan kedudukan kamera, pegang kamera dengan menekan
siku anda di sisi tubuh anda.
Tetapkan kedudukan subjek di tengah-tengah bingkai fokus.
3Ambil gambar dengan butang pengatup.
Apabila mengambil gambar imej pegun:
1 Tekan dan tahan butang pengatup
separuh ke bawah untuk memfokus.
Penunjuk z (kunci AE/AF) (hijau) berkelip, bunyi bip kedengaran, penunjuk berhenti berkelip dan tetap menyala.
2 Tekan butang pengatup ke bawah
sepenuhnya.
Apabila mengambil wayang gambar:
Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya.
Untuk menghentikan rakaman, tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya sekali lagi.
Penunjuk kunci AE/AF
• Jarak pengambilan gambar yang terdekat ialah lebih kurang 4 cm (W)/50 cm (T) (dari lensa).
10

Dail mod/Zum/Denyar/Makro/Pemasa kendiri/Paparan

[ Menggunakan dail mod
Setkan dail mod pada fungsi yang diingini.
Auto Pelarasan
Membolehkan anda mengambil gambar dengan seting dilaraskan secara automatik.
Ambil gambar dgn mudah
Membolehkan pengambilan gambar secara mudah dengan penunjuk-penunjuk mudah lihat.
Auto program
Membolehkan anda mengambil gambar dengan dedahan dilaras secara automatik (kedua-dua kelajuan pengatup dan nilai apertur). Anda boleh melaraskan seting lain menggunakan menu.
Mod Wayang
Membenarkan anda merakam wayang gambar dengan audio.
Sensitiviti Tinggi
Mengambil imej tanpa denyar meskipun dalam cahaya malap.
Pengatup Senyum
Apabila kamera mengesan senyuman, pengatup dilepaskan secara automatik (muka surat 13).
Ambil Gambar Lembut
Mengambil imej dengan suasana yang lebih lembut untuk portret orang, bunga, dll.
Landskap
Mengambil gambar dengan memfokus pada subjek jauh.
Potret Samar-samar
Mengambil imej tajam orang di tempat yang gelap tanpa kehilangan suasana malam.
SCN* Pemilihan Adegan
Memilih seting daripada menu Pemilihan Adegan.
* Pemilihan Adegan dalam mod SCN
Tekan MENU dan pilih seting.
Samar-samar
Mengambil gambar adegan malam tanpa kehilangan suasana malam.
Pantai
Mengambil gambar adegan tepi laut atau tepi tasik dengan merakam kebiruan air dengan lebih jelas.
Salji
Mengambil gambar adegan salji berwarna putih dengan lebih jelas.
Bunga api
Mengambil gambar bunga api yang indah belaka.
11
[ W/T Menggunakan zum
Tekan T untuk mengezum, tekan W untuk menyahbuat zum.
[ Denyar (Memilih mod denyar untuk imej pegun)
Tekan B ( ) pada butang kawalan secara berulang sehingga mod yang diingini dipilih.
: Auto Denyar
Memancar apabila cahaya tidak mencukupi atau cahaya berada di belakang subjek (backlit) (seting asal)
: Denyar dipaksa hidup
: Segerak Pelahan (Denyar dipaksa hidup)
Kelajuan pengatup adalah perlahan di tempat yang gelap agar dapat mengambil gambar latar belakang yang terletak di luar cahaya denyar dengan jelas.
: Denyar dimatikan secara paksa
[ Makro (Ambil gambar rapat)
Tekan b ( ) pada butang kawalan secara berulang sehingga mod yang diingini dipilih.
: Auto
Kamera melaraskan fokus secara automatik dari subjek jauh hingga subjek rapat. Biasanya, kamera diletakkan dalam mod ini.
: Makro
Kamera melaraskan fokus dengan memberi keutamaan kepada subjek rapat. Set Makro Dihidupkan semasa mengambil gambar subjek yang rapat.
[ Menggunakan pemasa kendiri
Tekan V ( ) pada butang kawalan secara berulang sehingga mod yang diingini dipilih.
: Tidak menggunakan pemasa kendiri
: Seting pemasa kendiri tertangguh 10 saat
: Seting pemasa kendiri tertangguh 2 saat
Apabila anda menekan butang pengatup, lampu pemasa kendiri berkelip, dan bunyi bip kedengaran sehingga pengatup beroperasi.
[ DISP Menukar paparan skrin
Tekan v (DISP) pada butang kawalan. Setiap kali anda menekan v (DISP), paparan dan kecerahan berubah seperti berikut:
Penunjuk hidup
r
Penunjuk hidup*
r
Histogram hidup*
r
Penunjuk mati*
r
Skrin LCD mati
* Terangnya Lampu latar LCD ditetapkan ke atas.
12

Mengambil gambar dalam mod Pengatup Senyum

Apabila kamera mengesan senyuman, pengatup dilepaskan secara automatik.
1Pilih mod (Pengatup Senyum) dari dail mod.
2Talakan kamera pada subjek dan tekan butang pengatup separuh ke bawah
untuk memfokus.
3Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya untuk menetapkan mod
Pengesanan Senyum.
Pengatup Senyum memasuki tunggu sedia.
Tanda Pengesanan Senyum/Bilangan foto
Bingkai Pengesanan Senyum (Jingga)
Penunjuk Kesensitifan Pengesanan Senyum
Ini menandakan tahap senyum semasa.
Apabila tahap senyuman mencapai Kesensitifan Pengesanan Senyum yang telah ditetapkan (ditunjukkan dengan b), kamera akan mengendalikan pengatup secara automatik dan merakam sebanyak enam imej. Selepas merakamkan imej, lampu Pengatup Senyum akan menyala.
4Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya sekali lagi untuk keluar dari
mod Pengatup Senyum.
• Apabila Pengatup Senyum berada dalam tunggu sedia, lampu Rakam (Jingga) akan berkelip.
• Pengambilan gambar dengan Pengatup Senyum akan tamat secara automatik sama ada apabila “Memory Stick Duo” atau memori dalaman menjadi penuh atau apabila enam imej telah dirakam.
• Anda boleh memilih subjek untuk mempunyai keutamaan pengesanan senyum dengan menggunakan [Pengesanan Senyum] (muka surat 20).
• Jika senyuman tidak dikesan, tetapkan [Sensitiviti Kesan Senyum] (muka surat 20).
• Anda boleh menggunakan kamera untuk mengambil imej secara automatik apabila sesiapa jua yang dipaparkan dalam bingkai pengesanan senyuman (Jingga) tersenyum selepas butang pengatup ditekan ke bawah sepenuhnya.
• Imej mungkin tidak berada dalam fokus jika jarak antara kamera dan subjek diubah setelah butang pengatup ditekan sepenuhnya ke bawah. Pendedahan yang bersesuaian mungkin tidak boleh diperolehi jika kecerahan persekitaran berubah.
• Muka mungkin tidak dapat dikesan dengan tepat apabila:
– Keadaan terlalu gelap atau terlalu cerah. – Sebahagian muka terselindung di sebalik cermin mata gelap, topeng, topi, dll. – Subjek tidak menghadap kamera.
• Senyuman mungkin tidak dikesan dengan betul bergantung pada keadaan.
• Anda tidak boleh menggunakan fungsi Zum Digital.
• Anda tidak boleh mengubah nisbah zum apabila Pengatup Senyum berada dalam tunggu sedia.
13

Melihat/memadam imej

Butang (Indeks)/ (Zum main balik)
Pembesar suara
Butang MENU
Penyambung
berbilang (bawah)
Butang
(Main balik)
Butang (Zum main balik)
Butang HOME
ɟ
Butang kawalan
Butang (Pertunjukan slaid)
1Tekan (Main balik).
Jika anda tekan apabila kamera dimatikan, kamera dihidupkan secara automatik dan ditetapkan kepada mod main balik. Untuk menetapkan ke mod mengambil gambar, tekan sekali lagi.
2Pilih imej dengan b/B pada butang kawalan.
Wayang:
Tekan z untuk memainkan balik wayang. (Tekan z sekali lagi untuk menghentikan main balik.) Tekan B untuk maju ke depan, b untuk mandir. (Tekan z untuk kembali ke main balik biasa.) Tekan V untuk memaparkan skrin kawalan kekuatan, kemudian tekan b/B untuk melaraskan kekuatan.
[ Untuk memadamkan imej
1 Paparkan imej yang hendak dipadam, kemudian tekan MENU. 2 Pilih [Padam] dengan v/V dan pilih [Imej Ini] dengan b/B, kemudian tekan z. 3 Pilih [OK] dengan v, kemudian tekan z.
[ Untuk melihat adegan imej yang dibesarkan (zum main balik)
Tekan sambil memaparkan imej pegun. Untuk membatalkan zum, tekan . Laraskan kedudukan dengan v/V/b/B. Untuk membatalkan zum main balik, tekan z.
14
[ Untuk melihat adegan skrin indeks
Tekan (Indeks) untuk memaparkan skrin indeks sewaktu memaparkan imej pegun. Kemudian, pilih imej dengan v/V/b/B. Untuk kembali ke skrin imej tunggal, tekan z.
• Anda juga boleh mengakses skrin indeks dengan memilih [ Indeks imej] dalam (Lihat Imej) pada skrin HOME.
• Setiap kali anda menekan (Indeks), bilangan imej pada skrin indeks akan meningkat.
[ Untuk memadam imej dalam mod indeks
1 Tekan MENU semasa skrin indeks dipaparkan. 2 Pilih [Padam] dengan v/V dan pilih [Imej berbilang] dengan b/B, kemudian tekan z. 3 Pilih imej yang hendak dipadam dengan v/V/b/B, kemudian tekan z.
Tanda ditandakan dalam petak tanda imej tersebut. Untuk membatalkan pilihan, pilih imej yang telah dipilih untuk dipadam, kemudian tekan z sekali lagi.
4 Tekan MENU dan pilih [OK] dengan v, kemudian tekan z.
• Untuk memadam semua imej dalam folder, pilih [SmuaDlmFld], kemudian tekan z dalam
langkah 2.
[ Untuk memainkan balik satu siri imej dengan kesan dan muzik
(Pertunjukan Slaid)
1 Tekan butang (Pertunjukan Slaid).
Skrin pemasangan akan muncul.
2 Tekan butang (Pertunjukan Slaid) sekali lagi.
Muzik akan bertukar bersama-sama dengan [Kesan]. Anda boleh juga memindah dan menukar muzik kepada muzik yang dihasratkan. Untuk memindahkan dan menukar muzik, ambil langkah-langkah berikut.
1 Tekan butang HOME. Kemudian pilih [ Alat Muzik] t [Muat Turun Muzik] dalam [Pertunjukan
Slaid] (muka surat 17, 18).
2 Pasang perisian yang boleh didapati dalam CD-ROM (yang dibekalkan) dalam komputer anda. 3 Sambungkan kamera dan komputer dengan kabel USB. 4 Mulakan “Music Transfer” yang dipasang ke komputer anda dan tukar muzik.
Untuk butir-butir mengenai menukar muzik, rujuk kepada Bantuan dalam “Music Transfer”.
15
[ Untuk melihat imej pada TV
Sambungkan kamera kepada televisyen dengan kabel pangkalan berbilang guna (yang dibekalkan).
Ke penyambung berbilang
Kabel untuk pangkalan berbilang guna (yang dibekalkan)
Ke jek input audio/video
Untuk menonton pada TV HD (Definisi Tinggi), sebuah Kabel Penyesuai Output HD (tidak dibekalkan) diperlukan.
• Jika anda menetapkan saiz imej pada [16:9], anda boleh merakam imej d alam saiz yang memenuhi seluruh skrin TV HD itu.
• Anda tidak boleh melihat output wayang dalam format isyarat [HD(1080i)]. Setkan [COMPONENT] kepada [SD] apabila mengambil wayang.
16
Mempelajari pelbagai fungsi – HOME/Menu

Menggunakan skrin HOME

Skrin HOME adalah gerbang untuk semua fungsi kamera dan boleh dipaparkan tanpa mengira seting mod (mengambil gambar/melihat).
Butang HOME
Butang z
ɟ ɠ
Butang kawalan
1Tekan HOME untuk memaparkan skrin HOME.
Kategori
Item
Panduan
2 Pilih kategori dengan b/B pada butang kawalan.
3 Pilih item dengan v/V, kemudian tekan z.
[ Apabila anda memilih kategori (Mengurus Memori) atau (Seting)
1 Pilih seting yang diingini dengan v/V, kemudian tekan z.
• Skrin HOME dipaparkan dengan menekan b.
2 Pilih seting dengan v/V, kemudian tekan z.
• Kamera boleh disetkan pada mod mengambil gambar atau mod melihat dengan menekan HOME sekali lagi.
17
Untuk butir-butir mengenai operasi 1 muka surat 17
Item HOME
Item-item berikut akan dipaparkan dengan menekan HOME. Butir-butir mengenai item dipaparkan pada skrin oleh panduan.
Kategori Item-item
Ambil Gambar
Lihat Imej
Pertunjukan Slaid
Cetak
Mengurus Memori
Seting
* DSC-W120/W125/W130 sahaja.
Ambil Gambar
Imej tunggal
Indeks imej
Pertunjukan Slaid
Alat Muzik
Muat Turun Muzik Format Muzik
Cetak
Alat Memory
Alat Memory Stick
Format Buat Folder RAKAM UbahFldeRAKM Salin
Alatan Memori Dalaman
Format
Seting Utama
Seting Utama 1
Bip Panduan Fungsi Memula
Seting Utama 2
Sambung USB COMPONENT Video Keluar Paparan Zum Lebar
Seting Ambl Gmbar
Seting Ambil Gambar 1
Cahaya AF Barisan Grid Mod AF Zum Digital Lensa Pertukaran
Seting Ambil Gambar 2
Orientasi Auto* Auto Semak
Seting Jam
Language Setting
18

Menggunakan item menu

Butang MENU
Butang z
ɟ ɠ
Butang kawalan
1
Tekan MENU untuk memaparkan menu.
Panduan Fungsi
• Menu hanya akan dipaparkan semasa mod mengambil gambar dan mod main balik.
• Item berlainan boleh dilihat bergantung pada mod dipilih.
2Pilih item menu yang diingini dengan v/V pada butang kawalan.
• Jika item yang diingini tersembunyi, tekan v/V dengan berterusan sehingga item itu muncul pada
skrin.
3Pilih seting dengan b/B.
• Jika item yang diingini tersembunyi, tekan b/B dengan berterusan sehingga item itu muncul pada
skrin.
• Pilih item dalam mod main balik dan tekan z.
4Tekan MENU untuk mematikan menu.
19
Untuk butir-butir mengenai operasi 1 muka surat 19
Item menu
Item menu yang tersedia berbeza bergantung pada seting mod (mengambil gambar/melihat) dan kedudukan dail mod dalam mod mengambil gambar. Hanya item-item yang didapati akan dipaparkan pada skrin.
Menu Mengambil Gambar
Pemilihan Adegan Memilih seting yang telah dipraset untuk berpadanan dengan
Saiz Imej Memilih saiz imej.
Denyar Memilih seting denyar dalam mod Ambil gambar dgn mudah.
Pengesanan muka Memilih subjek utama untuk melaraskan fokus semasa
Pengesanan Senyum Memilih subjek utama untuk fungsi Pengatup Senyum.
Sensitiviti Kesan Senyum Menetapkan tahap kesensitifan untuk pengesanan senyum.
Mod RAKAM Memilih cara mengambil gambar secara berterusan.
EV Melaraskan Pendedahan.
ISO Memilih kesensitifan cahaya.
Mod meter Memilih mod meter.
Fokus Menukar cara fokus.
Imbangan Putih Melaraskan ton-ton warna.
Tahap Denyar Melaraskan jumlah cahaya denyar.
Pengurangan Mata Merah Menetapkan untuk mengurangkan fenomena mata merah.
Mod Warna Menukar terangnya imej atau menambah kesan-kesan khas.
SteadyShot (DSC-W120/W125/W130 sahaja)
Seting Ambl Gmbar Memilih seting mengambil gambar.
pelbagai keadaan adegan.
menggunakan pengesanan muka.
Pilih mod anti-kabur.
20
Untuk butir-butir mengenai operasi 1 muka surat 19
Menu melihat
(Padam) Memadamkan imej.
(Pertunjukan Slaid) Memainkan balik satu siri imej dengan kesan dan muzik.
(Perapi)
(DSC-W130 sahaja)
(Saiz semula berbilang)
(DSC-W130 sahaja)
(Melindung) Mencegah pemadaman tidak sengaja.
(Cetak) Mencetak imej dengan menggunakan PictBridge serasi
(Putar) Memutar imej pegun.
(Pilih Folder) Memilih folder untuk melihat imej.
Merapi imej pegun.
Mengubah saiz imej menurut penggunaan.
Menambahkan tanda arahan Cetak pada imej yang hendak dicetak.
pencetak.
21

Menikmati komputer anda

Anda boleh melihat imej yang diambil dengan kamera pada komputer. Dengan menggunakan perisian dalam CD-ROM (yang dibekalkan), anda boleh menikmati imej pegun dan wayang dari kamera lebih daripada dahulu. Untuk butir-butir, rujuk “Panduan buku Cyber-shot” dalam CD-ROM (yang dibekalkan).

Sistem Pengoperasian yang disokong untuk sambungan USB dan perisian aplikasi (yang dibekalkan)

Untuk pengguna-pengguna Windows Untuk pengguna Macintosh
Sambungan USB
Perisian aplikasi “Picture Motion Browser”
* Edisi 64-bit dan Starter (Edition) tidak disokong.
• Komputer anda mesti telah diprapasang dengan OS yang disenaraikan di atas. Naik taraf OS tidak disokong.
• Jika OS anda tidak menyokong sambungan USB anda, salin imej dengan memasukkan “Memory Stick Duo” dalam alur Memory Stick pada komputer anda atau gunakan Memory Stick Reader/Writer yang dijual di pasaran.
• Untuk butir-butir lanjut tentang persekitaran pengoperasian perisian aplikasi “Picture Motion Browser” Cyber-shot , rujuk “Panduan Buku Cyber-shot”.
Windows 2000 Professional SP4, Windows XP* SP2, Windows Vista*
Windows 2000 Professional SP4, Windows XP* SP2, Windows Vista*
Mac OS 9.1/9.2/ Mac OS X(v10.1 hingga v10.5)
tidak serasi
22

Melihat “Panduan buku Cyber-shot”

“Panduan buku Cyber-shot” dalam CD­ROM (yang dibekalkan) menjelaskan cara menggunakan kamera dengan terperinci. Adobe Reader diperlukan untuk melihatnya.
[ Untuk pengguna-pengguna
Windows
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam pemacu CD-ROM.
Skrin bawah dipaparkan.
Apabila anda klik butang [Cyber-shot Handbook], skrin untuk menyalin “Panduan buku Cyber-shot” dipaparkan.
2 Ikut arahan-arahan atas skrin untuk
menyalin.
• Apabila anda memasang “Panduan buku Cyber-shot”, “Panduan Termaju Cyber­shot” akan dipasang secara automatik.
3 Setelah pemasangan selesai, klik dua kali
jalan pintas yang dicipta pada desktop.
[ Untuk pengguna Macintosh
1 Hidupkan komputer anda, dan masukkan
CD-ROM (yang dibekalkan) ke dalam pemacu CD-ROM.
2 Pilih folder [Handbook] dan salin
“Handbook.pdf” yang disimpan dalam folder [MY] kepada komputer anda.
3 Apabila selesai menyalin, klik dua kali
pada “Handbook.pdf”.
23

Penunjuk pada skrin

Setiap kali anda menekan v (DISP) pada butang kawalan, paparan berubah (muka surat 12).
[ Apabila mengambil gambar imej
pegun
• Penunjuk-penunjuk adalah terhad dalam mod Ambil Gambar Mudah.
[ Apabila mengambil wayang
gambar
A
Baki Bateri
Amaran bateri rendah
Dail mod (Auto program)
Mod rakaman/mod Braket
Mod meter
Pengesanan muka/
SteadyShot (DSC-W120/
Saiz imej
adalah untuk DSC-W130 sahaja.
adalah untuk DSC-W110/W115/W120/ W125 sahaja.
Dail mod/Menu (Pemilihan Adegan)
Imbangan putih
• Mod Braket adalah untuk DSC-W130 sahaja.
Pengesanan Senyum
W125/W130 sahaja)
Amaran getaran
Penunjuk Kesensitifan Pengesanan Senyum/ Bilangan imej
[ Apabila memainkan balik
24
KUAT Kekuatan bunyi
Skala zum
Mod warna
PictBridge sedang bersambung
Lindung
Tanda (DPOF) arahan cetak
Skala zum
PictBridge sedang bersambung
B
z Kunci AE/AF
ISO400 Nombor ISO
Pengatup perlahan NR
125 Kelajuan pengatup
F3.5 Nilai Apertur
+2.0EV Nilai Dedahan
Penunjuk bingkai pencari
1.0m Nilai separa manual
RAKAM Tnggusdia
0:12 Masa rakaman (minit : saat)
101-0012 Nombor fail folder
2008 1 1 9:30 Pagi
STOP
z
PLAY
z
BACK/NEXT Memilih imej
VOLUME Melaras kekuatan
V
julat AF
Makro
Rakaman wayang gambar/ Tunggu sedia wayang gambar
Tarikh/waktu imej main balik yang dirakam
Panduan fungsi untuk memainkan imej
C
Folder rakaman
Folder main balik
96 Bilangan imej boleh
12/12 Nombor imej/Bilangan
Media rakaman/main balik
dirakam
imej yang dirakam dalam folder yang dipilih
(“Memory Stick Duo”, Memori dalaman)
00:25:05 Masa boleh dirakam (jam :
Menukar folder
Mod meter
Mod denyar
C:32:00 Paparan diagnostik diri
ISO400 Nombor ISO
+2.0EV Nilai Dedahan
500 Kelajuan pengatup
F3.5 Nilai Apertur
Lensa pertukaran
minit : saat)
Cahaya AF
Pengurang mata merah
Mengecas denyar
Imbangan putih
D
C:32:00 Paparan diagnostik diri
Pemasa kendiri
Bingkai pencari julat AF
+ Bebenang silang meter
N Main balik
tumpu
Bar main balik
Histogram
dipapar apabila paparan histogram dilumpuhkan.
25

Hayat bateri dan kapasiti memori

Hayat bateri dan bilangan imej yang anda boleh rakam/lihat

Nombor yang ditunjukkan dalam jadual berikut mengandaikan pek bateri dicaskan sepenuhnya (yang dibekalkan) digunakan pada suhu ambien 25°C. Bilangan yang ditunjukkan untuk imej yang boleh dirakam/dilihat adalah anggaran dan membolehkan penukaran “Memory Stick Duo” jika perlu. Ambil perhatian bahawa bilangan sebenar mungkin kurang dari yang ditunjukkan dalam jadual bergantung kepada keadaan­keadaan penggunaan.
[ Apabila mengambil gambar imej
pegun
Skrin LCD
DSC-W130
Hidupkan
Matikan
DSC-W120/W125
Hidupkan
Matikan
DSC-W110/W115
Hidupkan
Matikan
• Mengambil gambar dalam keadaan-keadaan berikut:
– [Mod RAKAM] ditetapkan kepada [Normal]. – [Mod AF] ditetapkan kepada [Satu]. – [SteadyShot] ditetapkan kepada [Mengambil
gambar]. – Mengambil gambar sekali setiap 30 saat. – Zum ditukar berselang seli antara hujung-
hujung W dan T.
Hayat bateri
(min.)
Lebih kurang
185
Lebih kurang
225
Lebih kurang
175
Lebih kurang
215
Lebih kurang
210
Lebih kurang
260
26
Bil. imej
Lebih kurang
370
Lebih kurang
450
Lebih kurang
350
Lebih kurang
430
Lebih kurang
420
Lebih kurang
520
– Strob berkelip sekali setiap dua kali. – Kuasa hidup dan mati sekali setiap sepuluh
kali.
• Cara mengukur adalah berdasarkan piawaian CIPA.
(CIPA: Camera & Imaging Products Association)
• Jangka hayat bateri dan bilangan imej tidak akan berubah, tanpa mengira saiz imej.
[ Apabila melihat imej-imej pegun
Hayat bateri (min.) Bil. imej
DSC-W130
Lebih kurang 410
DSC-W120/W125
Lebih kurang 400
DSC-W110/W115
Lebih kurang 480
• Melihat urutan imej tunggal dalam urutan pada jarak lebih kurang tiga saat
Lebih kurang 8200
Lebih kurang 8000
Lebih kurang 9600
[ Nota-nota mengenai pek bateri
• Kapasiti bateri menurun mengikut masa dan melalui penggunaan berulang.
• Jangka hayat bateri dan bilangan imej yang boleh dirakam/dilihat berkurangan di bawah keadaan berikut:
– Suhu persekitaran rendah. – Lampu denyar kerap digunakan. – Kamera telah dihidupkan dan dimatikan
banyak kali. – Zum kerap digunakan. – Terangnya Lampu latar LCD ditetapkan ke
atas. – [Mod AF] ditetapkan kepada [Pengawas]. – [SteadyShot] ditetapkan kepada [Berterusan]. – Kuasa bateri rendah. – Fungsi pengesan muka diaktifkan.

Bilangan imej pegun dan masa rakaman wayang gambar

Bilangan imej-imej pegun dan tempoh masa untuk wayang mungkin berbeza bergantung kepada keadaan-keadaan rakaman.
• Meskipun kapasiti media rakaman anda sama seperti dalam jadual di bawah, bilangan imej pegun dan jangka masa wayang gambar mungkin berlainan.
• Anda boleh memilih saiz imej daripada menu (muka surat 19, 20).
[ Anggaran bilangan imej pegun yang boleh dirakam
DSC-W130 (Unit: imej-imej)
Kapasiti
Saiz
Memori
dalaman
Lebih kurang 15 MB
256 MB 512 MB 1GB 2GB 4GB 8GB 16 GB
8M 4 72 150 306 618 1223 2457 4981
5M 6 92 191 390 787 1557 3127 6340
3M 10 148 306 626 1262 2498 5017 10171
VGA 96 1428 2941 6013 12121 23983 48166 97646
3:2 (7M) 4 73 151 309 624 1236 2482 5033
16:9 (6M) 5 77 159 326 658 1303 2617 5306
16:9 (2M) 16 238 490 1002 2020 3997 8027 16274
DSC-W110/W115/W120/W125 (Unit: imej-imej)
Kapasiti
Saiz
Memori
dalaman
Lebih kurang 15 MB
256 MB 512 MB 1GB 2GB 4GB 8GB 16 GB
7M 5 74 153 313 631 1249 2508 5085
5M 6 92 191 390 787 1557 3127 6340
3M 10 148 306 626 1262 2498 5017 10171
VGA 96 1428 2941 6013 12121 23983 48166 97646
3:2 (6M) 5 74 153 313 631 1249 2508 5085
16:9 (5M) 5 88 181 371 748 1480 2973 6027
16:9 (2M) 16 238 490 1002 2020 3997 8027 16274
“Memory Stick Duo” diformatkan dengan kamera
“Memory Stick Duo” diformatkan dengan kamera
• Bilangan imej yang disenaraikan mengandaikan [Mod RAKAM] ditetapkan kepada [Normal].
• Apabila bilangan baki imej yang boleh dirakam adalah lebih daripada 9,999, penunjuk “>9999” muncul.
• Apabila sesuatu imej yang telah dirakam menggunakan model Sony yang lebih awal dan dimainkan balik pada kamera, imej tersebut mungkin tidak dipapar mengikut saiz imej sebenar.
27
[ Anggaran masa rakaman wayang
Nombor-nombor dalam jadual di bawah menunjukkan anggaran masa rakaman maksimum yang didapati dengan menjumlahkan semua fail wayang. Tempoh maksimum anda boleh mengambil gambar secara berterusan ialah lebih kurang 10 minit.
(Unit: jam: minit: saat)
Kapasiti
Saiz
640(Halus) 0:02:50 0:06:00 0:12:30 0:25:10 0:49:50 1:40:20 3:23:20
640(Biasa) 0:00:40 0:10:40 0:22:00 0:45:00 1:30:50 2:59:50 6:01:10 12:12:20
320 0:02:50 0:42:50 1:28:10 3:00:20 6:03:30 11:59:30 24:04:50 48:49:20
• Wayang dengan saiz yang disetkan pada [640(Halus)] hanya boleh dirakam pada “Memory Stick PRO Duo”.
• Kamera tidak menyokong rakaman HD atau main balik untuk wayang.
Memori
dalaman
Lebih kurang 15 MB
256 MB 512 MB 1GB 2GB 4GB 8GB 16 GB
“Memory Stick Duo” diformatkan dengan kamera
28

Penyelesaian masalah

Jika anda mengalami masalah dengan kamera, cuba penyelesaian berikut.
1 Periksa item-item di bawah, dan rujuk “Panduan buku Cyber-shot” (PDF).
Jika sesuatu kod seperti “C/E:ss:ss” dipapar pada skrin, rujuk “Panduan buku Cyber-shot”.
2 Keluarkan pek bateri, dan masukkan pek bateri sekali lagi selepas lebih
kurang satu minit, dan hidupkan kuasa.
3 Mulakan seting (muka surat 18).
4 Hubungi pengedar Sony anda atau pusat kemudahan servis Sony tempatan
yang sah.
Ketahuilah bahawa dengan menghantar kamera untuk dibaiki, anda mempersetujui bahawa kandungan memori dalaman, fail Muzik boleh diperiksa.

Pek bateri dan kuasa

Tidak boleh memasukkan pek bateri.
Masukkan pek bateri dengan betul untuk menolak tuas lenting bateri (muka surat 7).
Tidak boleh menghidupkan kamera.
Selepas memasukkan pek bateri ke dalam kamera, kamera akan mengambil sedikit masa
untuk dihidupkan.
Masukkan pek bateri dengan betul (muka surat 7).
Pek bateri di nyahcas. Masukkan pek bateri yang telah dicas (muka surat 6).
Pek bateri telah kehabisan kuasa. Gantikan dengan bateri baru.
Gunakan pek bateri yang disyorkan.
Kuasa dimatikan dengan tiba-tiba.
Jika anda tidak mengoperasi kamera untuk lebih kurang tiga minit ketika kuasa dihidupkan,
kamera dimatikan secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri. Hidupkan kamera sekali lagi (muka surat 9).
Pek bateri telah kehabisan kuasa. Gantikan dengan bateri baru.
29
Penunjuk baki cas tidak betul.
Fenomena ini berlaku apabila anda menggunakan kamera di dalam lokasi yang terlalu panas
atau sejuk.
Terdapat percanggahan antara penunjuk baki cas dan baki cas bateri yang sebenar.
Nyahcaskan pek bateri sepenuhnya sekali, dan kemudian caskan ia untuk membetulkan penunjuk.
Pek bateri di nyahcas. Masukkan pek bateri yang dicas (muka surat 6).
Pek bateri telah kehabisan kuasa. Gantikan dengan bateri baru.
Tidak boleh mengecas pek bateri.
Anda tidak boleh mengecas pek bateri dengan menggunakan Penyesuai Arus Ulang Alik
(tidak dibekalkan). Gunakan pengecas bateri untuk mengecas bateri.

Mengambil imej pegun/wayang gambar

Tidak boleh merakam imej.
Periksa kapasiti kosong memori dalaman atau “Memory Stick Duo” (muka surat 27). Jika ia
penuh, lakukan salah satu daripada berikut:
Padamkan imej yang tidak diperlukan (muka surat 14).Tukar “Memory Stick Duo”.
Anda tidak boleh merakam imej ketika mengecas denyar.
Apabila mengambil imej pegun, setkan dail mod pada kedudukan selain daripada .
Setkan dail mod pada apabila mengambil wayang.
Saiz imej disetkan pada [640(Halus)] apabila merakam wayang. Lakukan salah satu daripada
yang berikut:
Setkan saiz imej pada selain daripada [640(Halus)].Masukkan “Memory Stick PRO Duo”.
Dalam mod (Pengatup Senyum), tiada imej akan ditangkap melainkan sekiranya
senyuman dapat dikesan.
Jalur menegak kelihatan apabila anda mengambil gambar subjek yang sangat terang.
Fenomena sememeh sedang berlaku dan jalur-jalur putih, hitam, merah, ungu, atau lain-lain
muncul pada imej. Fenomena ini bukan pincang tugas.
30

Melihat imej

Tidak boleh mainkan balik imej.
Tekan (Main balik) (muka surat 14).
Nama folder/fail telah ditukar pada komputer anda.
Sony tidak menjamin main balik fail-fail imej pada kamera jika fail-fail telah diproses
menggunakan komputer atau dirakam dengan kamera lain.
Kamera dalam mod USB. Padamkan sambungan USB.
Main balik tidak boleh dilakukan jika Pengatup Senyum berada dalam mod tunggu sedia.
Keluar dari mod tunggu sedia dengan menekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya.
31

Langkah berjaga-jaga

[ Jangan guna/simpan kamera di
tempat-tempat berikut
• Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang
diletakkan di tengah cuaca terik, badan kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang tugas.
• Di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin pudar atau cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang tugas.
• Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
• Berhampiran kawasan magnet yang kuat
• Di tempat-tempat berpasir atau berdebu Berhati-hati jangan biarkan pasir atau debu
memasukki kamera. Ini mungkin menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam sesetengah kes pincang tugas ini tidak boleh dibaiki.
[ Mengenai pembawaan
Jangan duduk atas kerusi atau di tempat lain dengan kamera di kocek belakang seluar atau skirt anda kerana ini mungkin menyebabkan pincang tugas atau kerosakan pada kamera.
[ Mengenai pencucian
Mencuci skrin LCD
Lapkan permukaan skrin dengan kit pencuci LCD (tidak dibekalkan) untuk menghilangkan kesan cap jari, debu, dll.
Mencuci lensa
Lapukan lensa dengan sehelai kain lembut untuk menghilangkan kesan cap jari, debu dll.
Mencuci permukaan kamera
Bersihkan permukaan kamera dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan sedikit dengan air, kemudian lapkan permukaan dengan sehelai kain kering. Untuk mengelak kerosakan pada kemasan atau selongsong:
– Jangan dedahkan kamera pada bahan-bahan
kimia seperti pencair, benzin, alkohol, pakaian pakai buang, penghalau serangga, bidai matahari atau racun serangga.
– Jangan sentuh kamera dengan mana-mana
bahan di atas di tangan anda.
– Jangan biarkan kamera bersentuhan dengan
getah atau vinil bagi satu jangka masa yang panjang.
[ Mengenai suhu pengoperasian
Kamera direka bentuk untuk digunakan di bawah suhu antara 0°C dan 40°C. Mengambil gambar di tempat-tempat yang terlalu sejuk atau panas yang melampaui julat ini adalah tidak digalakkan.
[ Mengenai pemeluwapan lembap
Jika kamera dibawa terus daripada satu lokasi sejuk ke satu lokasi panas, lembapan mungkin memeluwap di dalam atau di luar kamera. Pemeluapan kelembapan mungkin menyebabkan kamera pincang tugas.
Jika pemeluwapan lembap berlaku
Matikan kamera dan tunggu lebih kurang satu jam sehingga lembapan tersejat. Ambil perhatian bahawa jika anda mengambil gambar dengan lembapan masih di dalam lensa, imej-imej akan menjadi tidak jelas.
[ Mengenai bateri sandaran
dalaman yang boleh dicas semula
Kamera mempunyai bateri boleh dicas semula dalaman untuk mengekalkan tarikh dan masa dan seting lain tanpa mengira sama ada kuasa dihidupkan atau dimatikan.
Bateri boleh dicas semula ini sentiasa dicas selagi anda menggunakan kamera. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kamera hanya bagi tempoh-tempoh yang pendek, kuasa bateri akan ia nyahcas secara beransur-ansur, dan jika anda langsung tidak menggunakan kamera selama lebih kurang sebulan, ia menjadi nyahcas sepenuhnya. Dalam kes ini, pastikan anda mengecas bateri boleh dicas ini sebelum menggunakan kamera tersebut.
Walau bagaimanapun, jika bateri boleh dicas semula ini tidak dicas, anda masih boleh menggunakan kamera tetapi tarikh dan masa tidak akan ditunjukkan.
Cara mengecas bateri sandaran dalaman yang boleh dicas semula
Masukkan pek bateri yang dicas ke dalam kamera, dan biarkan kamera selama 24 jam atau lebih lama dengan kuasa ditutup.
32

Spesifikasi

Kamera
[Sistem]
Peranti imej:
DSC-W130
7.18 mm (jenis 1/2.5) CCD berwarna, Penuras warna primer
DSC-W110/W115/W120/W125
7.20 mm (jenis 1/2.5) CCD berwarna, Penuras warna primer
Jumlah bilangan piksel kamera:
DSC-W130
Lebih kurang 8.3 Megapiksel
DSC-W110/W115/W120/W125
Lebih kurang 7.4 Megapiksel
Bilangan piksel berkesan kamera:
DSC-W130
Lebih kurang 8.1 Megapiksel
DSC-W110/W115/W120/W125
Lebih kurang 7.2 Megapiksel
Lensa: Lensa zum 4× Carl Zeiss Vario-Tessar
f = 5.35 – 21.4 mm (32 – 128 mm (bersamaan filem 35 mm)) F2.8 (W) – F5.8 (T)
Kawalan Dedahan: Pendedahan automatik,
Pilihan Adegan (9 mod)
Imbangan putih: Automatik, Cahaya siang,
Mendung, Pendarfluor 1,2,3, Pijar, Denyar
Format fail (memenuhi syarat DCF):
Imej-imej pegun: Exif Ver. 2.21 mematuhi JPEG, serasi DPOF Wayang gambar: Mematuhi MPEG1 (satu suara)
Media rakaman: Memori dalaman (lebih kurang.
15 MB), “Memory Stick Duo”
Denyar: Jarak denyar (sensitiviti ISO (indeks
dedahan yang disyorkan) set ke Auto): Lebih kurang 0.2 hingga 3.9 m (W)/lebih kurang 0.5 hingga 1.9 m (T)
[Penyambung-penyambung Input dan Output]
Penyambung berbilang: Output video
Komunikasi USB: USB Kelajuan Tinggi
(mematuhi USB 2.0)
Output Audio (satu suara) Komunikasi USB
[Skrin LCD]
Panel LCD: 6.2 cm (jenis 2.5) pemacu TFT Jumlah bilangan bintik: 115 200 (480 × 240)
bintik
[Kuasa, umum]
Kuasa: Pek bateri boleh dicas semula
NP-BG1, 3.6 V NP-FG1 (tidak dibekalkan), 3.6 V Penyesuai Arus Ulang AC-LS5K (tidak dibekalkan), 4.2 V
Penggunaan kuasa (ketika merakam, skrin LCD
hidup):
DSC-W120/W125/W130
1.0 W
DSC-W110/W115
0.9 W Suhu pengoperasian: 0 hingga 40°C Suhu storan: –20 hingga +60°C Dimensi:
88.2 × 57.2 × 22.9 mm (W/H/D, tidak
termasuk terjulur)
Jisim:
DSC-W110/W115/W120/W130
Lebih kurang 156 g (termasuk pek bateri NP­BG1, tali, dll.)
DSC-W125
Lebih kurang 169 g (termasuk pek bateri NP-
BG1, tali, dll.) Mikrofon: Satu suara Pembersar suara: Satu suara Exif Print: Serasi PRINT Image Matching III: Serasi PictBridge: Serasi
33
Pengecas bateri BC-CSGB/BC­CSGC
Keperluan kuasa: AC 100 V kepada 240 V, 50/
60 Hz, 2.6 W (BC-CSGB), 2 W (BC-CSGC) Voltan output: DC 4.2 V, 0.25 A Suhu pengoperasian: 0 hingga 40°C Suhu storan: –20 hingga +60°C Dimensi: Lebih kurang. 62 × 24 × 91 mm
(W/H/D) Jisim: Lebih kurang 75 g
Pek bateri boleh dicas semula NP­BG1
Bateri digunakan: Bateri Lithium-ion Voltan maksimum: DC 4.2 V Voltan nominal: DC 3.6 V Kapasiti: 3.4 Wh (960 mAh)
Rekabentuk dan spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
34
Cap Dagang
, “Cyber-shot” adalah cap dagang Sony Corporation.
• “Memory Stick”, , “Memory Stick PRO”,
Duo”, , “Memory Stick PRO-HG Duo”,
Micro”, “MagicGate”, dan adalah cap dagang Sony Corporation.
• “Info LITHIUM” adalah cap dagang Sony Corporation.
• “PhotoTV HD” adalah cap dagang Sony Corporation.
• Microsoft, Windows, DirectX dan Windows Vista adalah cap dagang berdaftar atau cap dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.
• Macintosh, Mac OS, iMac, iBook, PowerBook, Power Mac dan eMac adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Apple Inc.
• Intel, MMX, dan Pentium adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Intel Corporation.
• Adobe dan Reader adalah sama ada cap dagang berdaftar atau cap dagang Adobe Systems Incorporated di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
• Tambahan, nama-nama sistem dan produk yang digunakan dalam manual ini adalah, pada umumnya, cap dagang atau cap dagang berdaftar pembangun atau pengilang mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, tanda ™ atau ® tidak digunakan dalam semua kes dalam manual ini.
, “Memory Stick Duo”,
, “Memory Stick PRO
, “Memory Stick
35
Maklumat tambahan tentang produk ini dan
jawapan-jawapan kepada soalan lazim boleh
didapati di Laman Web Sokongan Pelanggan kami.
Dicetak atas 70% atau lebih kertas dikitar semula menggunakan dakwat berasaskan minyak sayur tanpa VOC (Sebatian Organik Meruap).
Printed in China
Loading...