Nokia 7373 User Manual [ms]

Panduan Pengguna untuk Nokia 7373
DECLARATION OF CONFORMITY NOKIA CORPORATION, dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-209 ini mematuhi keperluan penting dan peruntukan berkaitan Arahan 1999/5/EC yang lain Satu salinan Penisytiharan Kepatuhan ini boleh didapati dari http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
0434
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Dilarang dicetak semula, dipindah, diedar atau disimpan sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa bentuk jua pun tanpa terlebih dahulu mendapatkan izin bertulis daripada Nokia.
Nokia, Nokia Connecting People, Xpress-on, XpressPrint dan Pop-Port adalah cap-cap dagang atau cap-cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Produk­produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat­syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
US Patent No 5818437 dan lain-lain paten menunggu kelulusan. Perisian input teks T9 Hak cipta © 1997-2006. Tegic Communications, Inc. Semua hak terpelihara.
Termasuk perisian protokol keselamatan atau kriptografik RSA BSAFE daripada RSA Security.
Java adalah cap dagang Sun Microsystems, Inc.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten MPEG-4 Visual (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial berhubung dengan maklumat yang telah dikodkan menurut Standard MPEG-4 Visual oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan berhubung
2
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
dengan video MPEG-4 video yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan penggunaan promosi, dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat <http://www.mpegla.com>.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang diperihalkan di dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
Peranti ini mematuhi Arahan 2002/95/EC terhadap sekatan penggunaan bahan berbahaya tertentu di dalam peralatan elektrik dan elektronik.
Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang kehilangan data atau pendapatan, atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara akibatnya atau secara tidak langsung walau macam mana pun ia berlaku.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan "seperti sedia ada". Kecuali dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, tidak ada jaminan dalam bentuk apa pun, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jaminan yang tersirat kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat berdasarkan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Kesedia adanya produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila hubungi pengedar Nokia yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Keluaran 1
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
3
Jagaan Nokia
PERISIAN
PANDUAN
PENGGUNA
DEMONSTRASI
INTERAKTIF
TETAPAN
Dalam Talian
Sokongan web Jagaan Nokia memberi anda lebih banyak maklumat mengenai perkhidmatan dalam talian kami.
DEMONSTRASI INTERAKTIF
Pelajari cara untuk menyediakan telefon anda buat kali pertama, dan ketahui dengan lebih lanjut mengenai cirinya. Demonstrasi Interaktif memberi arahan langkah-demi-langkah mengenai penggunaan telefon anda.
PANDUAN PENGGUNA
Panduan Pengguna dalam talian ini mengandungi maklumat terperinci mengenai telefon anda. Ingatlah untuk memeriksa dengan kerap untuk mendapatkan kemas kinian.
PERISIAN
Gunakan sepenuhnya telefon anda dengan perisian untuk telefon dan PC anda. Nokia PC Suite menyambung telefon anda dan PC agar anda boleh menguruskan kalendar, kenalan, muzik, dan imej, sementara aplikasi lain melengkapi penggunaannya.
TETAPAN
Sesetengah fungsi telefon, seperti mesej multimedia, menyemak imbas mudah alih dan e-mel*, mungkin memerlukan tetapan sebelum anda boleh menggunakannya. Dapatkannya agar dihantar ke telefon anda secara percuma.
*Tidak terdapat pada semua telefon.
BAGAIMANA SAYA MENGGUNAKAN TELEFON SAYA?
Bahagian Persediaan, di www.nokia-asia.com/setup, membantu anda menyediakan telefon anda untuk digunakan. Biasakan diri anda dengan fungsi dan ciri telefon dengan merujuk kepada bahagian Panduan dan Demo di
www.nokia-asia.com/guides.
BAGAIMANA SAYA SEGERAKKAN TELEFON DAN PC SAYA?
Menyambung telefon anda ke PC yang serasi dengan versi Nokia PC Suite yang perlu dari www.nokia-asia.com/pcsuite membolehkan anda menyegerakkan kalendar dan kenalan anda.
DI MANAKAH BOLEH SAYA DAPATKAN PERISIAN UNTUK TELEFON SAYA?
Dapatkan lebih daripada telefon anda dengan muat turun dari seksyen Perisian di
www.nokia-asia.com/software.
DI MANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN JAWAPAN BAGI SOALAN BIASA?
Cari di bahagian Soalan Lazim di www.nokia-asia.com/faq untuk mendapatkan jawapan bagi soalan anda mengenai telefon anda dan produk dan perkhidmatan Nokia yang lain.
BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BERITA NOKIA?
Langgani dalam talian ke Nokia Connections di jadilah orang pertama yang mengetahui mengenai produk, promosi terkini dan peristiwa yang akan datang.
Sekiranya anda masih memerlukan bantuan lanjut, sila rujuk kepada
www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan pembaikan, sila lawati www.nokia-asia.com/repair.
www.nokia-asia.com/signup,
dan
Sila lawati www.nokia-asia.com/support untuk mendapatkan butiran.

Kandungan

Untuk keselamatan anda...... 10
Perihal peranti anda ....................... 11
Perkhidmatan rangkaian ............... 11
Memori yang dikongsi.................... 12
Tambahan .......................................... 13
Maklumat am ........................ 14
Kod akses ........................................... 14
Kod keselamatan ............................. 14
Kod-kod PIN...................................... 14
Kod PUK.............................................. 14
Kata laluan sekatan ........................ 14
Perkhidmatan tetapan
tatarajah ............................................ 14
Memuat turun kandungan............ 15
Sokongan Nokia............................... 15
1. Mulakan............................. 16
Memasang kad SIM dan bateri.... 16
Masukkan kad microSD ................. 17
Mengecas bateri ............................. 17
Buka dan tutup telefon.................. 18
Menghidupkan dan mematikan
telefon ................................................ 19
Menetapkan masa dan tarikh ...... 19
Perkhidmatan pasang dan main.. 19
Antena ................................................ 19
Tali telefon......................................... 20
2. Telefon anda...................... 21
Kekunci dan bahagian.................... 21
Mod siap sedia ................................. 21
Paparan .............................................. 21
Menjimatkan kuasa......................... 22
Siap sedia aktif................................. 22
Pintasan dalam mod siap sedia... 22
Penunjuk ............................................ 23
Mod penerbangan ........................... 24
Kunci pad kekunci (kawal
kekunci).............................................. 24
Fungsi tanpa kad SIM .................... 24
3. Fungsi-fungsi panggilan ... 26
Membuat panggilan....................... 26
Mendail cepat................................... 26
Panggilan dailan suara .................. 26
Menjawab atau menolak
panggilan........................................... 27
Panggilan menanti.......................... 27
Pilihan-pilihan semasa
panggilan........................................... 27
4. Menulis teks....................... 29
Input teks tradisional..................... 29
Input teks ramalan.......................... 29
5. Menavigasi menu............... 31
6. Mesej .................................. 32
Mesej teks ......................................... 32
Menulis dan menghantar mesej.. 32 Membaca dan membalas mesej.. 33
Mesej multimedia .......................... 33
Menulis dan menghantar mesej
multimedia ........................................ 33
Menulis dan menghantar mesej
multimedia tambahan.................... 34
Hantaran mesej................................ 35
Membaca dan membalas mesej.. 35
Mesej kilat......................................... 36
Menulis mesej .................................. 36
Menerima mesej .............................. 36
Mesej audio Nokia Xpress............. 36
Membuat mesej ............................... 36
Mendengar mesej............................ 36
Memori penuh.................................. 37
Folder.................................................. 37
Aplikasi e-mel .................................. 37
6
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Wizard tetapan................................. 38
Menulis dan menghantar e-mel .. 38
Memuat turun e-mel ...................... 39
Membaca dan membalas e-mel .. 39
Folder e-mel ...................................... 39
Penapis e-mel remeh ...................... 40
Mesej segera..................................... 40
Akses.................................................... 40
Sambung............................................. 41
Sesi....................................................... 41
Menambah kenalan IM .................. 43
Halang atau lepaskan mesej......... 43
Kumpulan ........................................... 43
Mesej suara....................................... 44
Mesej maklumat.............................. 44
Arahan perkhidmatan .................... 44
Memadam mesej ............................. 44
Mesej-mesej SIM............................. 44
Tetapan mesej .................................. 45
Tetapan umum.................................. 45
Mesej teks .......................................... 45
Mesej multimedia ............................ 46
Mesej e-mel....................................... 47
7. Kenalan............................... 48
Mencari kenalan.............................. 48
Menyimpan nama dan nombor
telefon ................................................ 48
Menyimpan butiran........................ 48
Menyalin atau memindahkan
kenalan............................................... 49
Edit butiran kenalan....................... 49
Menyegerakkan semua.................. 49
Memadam kenalan ......................... 49
Kad niaga........................................... 50
Tetapan............................................... 50
Kumpulan .......................................... 50
Dail cepat .......................................... 50
Maklumat, perkhidmatan, dan
nombor saya ..................................... 51
8. Log panggilan .................... 52
Maklumat lokasi .............................. 52
9. Tetapan.............................. 54
Profil ................................................... 54
Tema ................................................... 54
Nada ................................................... 54
Tetapan .............................................. 55
Masa dan tarikh .............................. 55
Pintasan saya ................................... 56
Kekunci pilihan kiri.......................... 56
Kekunci pilihan kanan .................... 56
Kekunci navigasi............................... 56
Arahan suara..................................... 56
Kesambungan................................... 57
Teknologi wayarles Bluetooth ...... 57
Data Paket ........................................ 59
Pemindahan data............................. 59
Kabel data USB................................. 61
Panggilan .......................................... 61
Telefon ............................................... 62
Tambahan.......................................... 63
Tatarajah ........................................... 64
Keselamatan..................................... 65
Menyimpan semula tetapan
kilang.................................................. 66
Kemas kini perisian telefon.......... 66
Tetapan ............................................... 66
Meminta kemas kini perisian ....... 67
Pasang kemas kini perisian ........... 67
10. Menu operator ............... 68
11. Galeri............................... 69
Mencetak imej ................................. 69
Kad memori ...................................... 70
Memformat kad memori................ 70
Mengunci kad memori.................... 70
Memeriksa penggunaan memori. 70
12. Media .............................. 71
Kamera dan video ........................... 71
Mengambil imej ............................... 71
Merakam klip video......................... 71
Pilihan kamera dan video .............. 72
Pemain media .................................. 72
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
7
Tatarajah untuk perkhidmatan
strim .................................................... 72
Pemain muzik ................................... 73
Memainkan trek muzik .................. 73
Pilihan pemain muzik..................... 73
Radio ................................................... 74
Simpan frekuensi radio.................. 75
Mendengar radio ............................. 75
Perakam suara.................................. 76
Merakamkan bunyi ......................... 76
Penyama............................................. 76
Peluasan stereo................................ 76
13. Pengatur.......................... 78
Jam penggera ................................... 78
Hentikan penggera.......................... 78
Kalendar ............................................. 78
Membuat nota kalendar................ 79
Penggera nota .................................. 79
Senarai tugasan ............................... 79
Nota..................................................... 79
Kalkulator .......................................... 80
Pemasa undur................................... 80
Jam randik ......................................... 80
14. Aplikasi............................ 82
Lancarkan permainan..................... 82
Melancarkan aplikasi...................... 82
Pilihan-pilihan aplikasi .................. 82
Muat turun aplikasi ........................ 82
15. Web ................................. 84
Menyediakan semakan imbas...... 84
Menyambung kepada
perkhidmatan.................................... 84
Menyemak imbas halaman........... 85
Semak imbas dengan kekunci-
kekunci telefon................................. 85
Panggilan langsung ........................ 85
Penanda buku................................... 85
Menerima penanda buku .............. 86
Tetapan kemunculan ...................... 86
Tetapan keselamatan ..................... 87
Kuki...................................................... 87
Skrip melalui sambungan
terjamin.............................................. 87
Tetapan muat turun ....................... 87
Peti masuk khidmat........................ 87
Tetapan peti masuk
perkhidmatan ................................... 88
Memori cache .................................. 88
Keselamatan penyemak imbas.... 88
Modul keselamatan ........................ 89
Sijil....................................................... 89
Tandatangan digital........................ 90
16. Perkhidmatan SIM.......... 91
17. Kesambungan PC ............ 92
Nokia PC Suite ................................. 92
Data paket, HSCSD, dan CSD....... 92
Bluetooth........................................... 92
Aplikasi komunikasi data ............. 93
18. Maklumat bateri............. 94
Mengecas dan menyahcas ........... 94
Garis panduan pengesahan
ketulenan bateri Nokia.................. 95
19. Tambahan Tulen.............. 98
Kuasa .................................................. 98
Alat Dengar Wayarles .................... 98
Alat Dengar Bluetooth Nokia
BH-700............................................... 98
Penyelesaian Kereta -
Penyelesaian plug-in...................... 99
Bebas Tangan Kereta Plug-in
Nokia HF-3 ........................................ 99
Alat Dengar - Alat Dengar
Berwayar............................................ 99
Alat Dengar Stereo Fesyen Nokia
(HS-31)............................................... 99
Kad memori....................................... 99
512 MB Kad microSD Nokia
MU-28 ................................................ 99
8
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Penjagaan dan
penyelenggaraan ................. 100
Maklumat keselamatan
tambahan ............................. 102
Persekitaran beroperasi .............. 102
Alat perubatan .............................. 102
Perentak jantung....................... 102
Alat bantuan pendengaran .... 103
Kenderaan ...................................... 103
Persekitaran di mana letupan
boleh berlaku................................. 104
Panggilan kecemasan.................. 104
Untuk membuat panggilan
kecemasan: ................................. 104
Maklumat pensijilan (SAR) ............ 106
Indeks ....................................107
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
9

Untuk keselamatan anda

Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca panduan pengguna lengkap ini untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang­undang tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Perkara pertama yang harus anda pertimbangkan semasa memandu haruslah keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles terdedah kepada gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan telefon apabila berdekatan dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan telefon di tempat letupan sedang dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam dokumentasi produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan berkelayakan boleh memasang atau membaiki produk ini.
10
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
TAMBAHAN DAN BATERI
Hanya gunakan tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak kalis air. Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingatlah untuk membuat salinan-salinan sandaran atau menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat penting yang disimpan di dalam telefon anda.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan keselamatan terperinci. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu untuk mengosongkan paparan dan kembali ke skrin permulaan. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci panggil. Berikan lokasi
anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.

Perihal peranti anda

Peranti wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 900, GSM 1800 dan GSM 1900. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati privasi dan hak-hak sah orang lain.
Apabila mengambil dan menggunakan imej atau klip video, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan serta hak privasi dan undang-undang orang lain termasuk hak cipta.
Amaran: Dengarkan muzik pada aras kelantangan yang sederhana. Pendedahan kepada kelantangan yang tinggi secara terus menerus boleh merosakkan pendengaran anda.

Perkhidmatan rangkaian

Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada pembekal perkhidmatan wayarles. Banyak ciri di dalam peranti
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
11
ini bergantung kepada ciri-ciri dalam rangkaian wayarles untuk berfungsi. Perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian ini mungkin tidak dapat diperolehi pada kesemua rangkaian atau anda mungkin perlu membuat persiapan tertentu dengan pembekal perkhidmatan anda sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan­perkhidmatan rangkaian ini. Pembekal perkhidmatan anda mungkin perlu memberi anda arahan-arahan tambahan bagi penggunaannya dan menerangkan bayaran yang mungkin dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had-had yang boleh menjejaskan cara anda menggunakan perkhidmatan rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti anda. Jika demikian, ia tidak akan muncul pada menu peranti anda. Peranti anda mungkin juga telah ditatarajah secara khusus untuk pembekal rangkaian anda. Tatarajah ini mungkin termasuk perubahan dalam nama menu, susunan menu dan ikon. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP
2.0 (HTTP dan SSL) yang yang berjalan pada protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti ini, seperti perkhidmatan mesej multimedia (MMS), menyemak imbas, aplikasi e-mel, mesej segera, kenalan
tertingkat kehadiran, penyegerakan jauh, dan muat turun kandungan menggunakan penyemak imbas atau MMS, memerlukan sokongan rangkaian bagi teknologi ini.

Memori yang dikongsi

Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini mungkin menggunakan memori yang dikongsi: galeri, kenalan, mesej teks, mesej multimedia, dan mesej segera, e-mel, kalendar, nota tugasan, permainan dan aplikasi Java aplikasi nota. Penggunaan satu atau lebih daripada ciri-ciri ini boleh mengurangkan memori yang terdapat bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori. Contohnya, menyimpan banyak aplikasi Java boleh menggunakan kesemua memori yang ada. Peranti anda mungkin memaparkan mesej bahawa memori telah penuh apabila anda cuba menggunakan ciri memori yang dikongsi. Dalam hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang disimpan di dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan. Sesetengah ciri ini, seperti mesej teks, mungkin mempunyai jumlah memori tertentu yang diperuntukkan khusus untuknya sebagai tambahan kepada memori yang dikongsi dengan ciri-ciri lain.
TM
, dan
12
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

Tambahan

Beberapa peraturan praktis mengenai aksesori dan tambahan:
• Jauhkan semua aksesori dan tambahan daripada jangkauan kanak-kanak kecil.
• Apabila anda mencabut kord kuasa sebarang aksesori atau tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
• Periksa secara tetap bagi memastikan bahawa sebarang tambahan yang dipasang pada kenderaan telah dipasang dan beroperasi dengan betul.
• Pemasangan sebarang tambahan kereta yang kompleks mesti dibuat oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
13

Maklumat am

Kod akses

Kod keselamatan

Kod keselamatan (5 hingga 10 angka) membantu melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod yang dipratetap adalah 12345. Untuk menukar kod, dan untuk menetapkan telefon supaya meminta kod, lihat
”Keselamatan” h. 57.

Kod-kod PIN

Kod nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kod nombor pengenalan peribadi universal (UPIN) (4 hingga 8 angka) membantu melindungi kad SIM anda daripada digunakan tanpa izin. Lihat ”Keselamatan” h. 57.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka) mungkin dibekalkan dengan kad SIM dan diperlukan untuk sesetengah fungsi.
PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat di dalam modul keselamatan. Lihat ”Modul
keselamatan” h. 89.
PIN tandatangan diperlukan untuk tandatangan digital. Lihat
”Tandatangan digital” h. 90.

Kod PUK

Kod kekunci nyahhalang peribadi (PUK) dan kod kekunci nyahhalang peribadi universal (UPUK) (8 angka) diperlukan untuk menukar kod PIN dan UPIN yang dihalang. Kod PUK2 (8 angka) diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang. Jika kodnya tidak dibekalkan bersama kad SIM, hubungi pembekal khidmat setempat anda untuk mendapatkan kod-kod tersebut.

Kata laluan sekatan

Kata laluan sekatan (4 angka) diperlukan apabila menggunakan
Khidmat sekat pgln.. Lihat
”Keselamatan” h. 57.

Perkhidmatan tetapan tatarajah

Untuk menggunakan sesetengah khidmat rangkaian, seperti khidmat Internet bergerak, MMS, mesej audio Nokia Xpress, penyegerakan pelayan Internet jauh, telefon anda memerlukan tetapan tatarajah yang betul. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan, hubungi operator
14
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
rangkaian, pembekal khidmat, wakil penjual Nokia berdaftar yang terdekat dengan anda, atau bahagian sokongan pada tapak Web Nokia, www.nokia-asia.com/ support.
Setelah anda menerima tetapan sebagai mesej tatarajah, dan tetapan itu tidak disimpan dan diaktifkan secara automatik,
Tetapan tatarajah diterima
dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan ini, pilih Tunjuk > Simpan. Jika perlu, masukkan kod PIN yang dibekalkan oleh pembekal khidmat.
Untuk membuang tetapan yang diterima, pilih Keluar atau Tunjuk > Buang.

Memuat turun kandungan

Anda mungkin boleh memuat turun kandungan baru (contohnya, tema) ke telefon (perkhidmatan rangkaian). Anda juga mungkin dapat memuat turun kemas kini-kemas kini perisian telefon (perkhidmatan rangkaian). Lihat
”Telefon” h. 62, Kemas kini telefon.
Untuk ketersediaan perkhidmatan yang berbeza, harga dan tarif, hubungi pembekal khidmat anda.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang merosakkan.

Sokongan Nokia

Untuk mendapatkan versi terkini panduan ini, muat turun, perkhidmatan dan maklumat tambahan yang berkaitan dengan produk Nokia anda, sila lawat www.nokia-asia.com/7373/ support atau tapak web Nokia tempatan anda. Anda boleh juga memuat turun tetapan tatarajah percuma seperti MMS, GPRS, e-mel, dan perkhidmatan lain untuk model telefon anda di www.nokia-asia.com/ phonesettings.
Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila rujuk kepada www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk menyemak lokasi pusat penjagaan Nokia yang terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan, anda boleh berkunjung www.nokia-asia.com/ repair.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
15
Mulakan

1. Mulakan

Memasang kad SIM dan bateri

Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum mengeluarkan bateri.
Jauhkan semua kad SIM dan kad memori daripada jangkauan kanak-kanak kecil.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan khidmat kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal khidmat, operator rangkaian, atau penjual lain.
Peranti ini seharusnya digunakan dengan bateri BL-4B. Sentiasa gunakan bateri Nokia yang asli. Lihat ”Garis panduan pengesahan
ketulenan bateri Nokia” h. 95
Kad SIM dan sesentuhnya mudah rosak oleh calaran atau bengkokkan, jadi berhati-hatilah apabila mengendalikan, memasukkan, atau mengeluarkan kad itu.
Untuk menanggalkan penutup belakang telefon, tekan dan luncurkan penutupnya (1).
Keluarkan bateri seperti ditunjukkan (2). Buka (3) pemegang kad SIM.
Masukkan kad SIM dengan betul ke dalam pemegang kad SIM (4). Tutup pemegang kad SIM (5) dan luncurkan sedikit pemegang untuk menguncinya (6).
Pasang semula bateri (7). Perhatikan sesentuh bateri. Luncurkan penutup belakang ke tempatnya (8, 9).
16
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mulakan

Masukkan kad microSD

Jauhkan semua kad memori microSD daripada jangkauan kanak-kanak kecil.
Matikan telefon, dan tanggalkan penutup belakang dan bateri telefon.
Luncurkan pemegang kad memori untuk membuka kunci (1) dan buka pemegang kad (2).
Masukkan kad memori ke dalam pemegang kad dengan permukaan sesentuhnya menghadap ke belakang (3), dan tutup pemegang kad (4).
Luncurkan pemegang kad untuk menguncinya (5).
Pasang semula bateri dan tutup penutup belakang telefon.
Gunakan hanya kad microSD yang serasi dengan peranti ini. Kad memori lain, seperti kad MultiMedia Saiz Kecil (Reduced
Size MultiMedia Cards), tidak muat dalam lubang alur kad microSD dan tidak serasi dengan peranti ini. Menggunakan kad memori yang tidak serasi boleh merosakkan kad memori itu dan peranti ini juga, dan data yang disimpan pada kad yang tidak serasi itu boleh rosak.
Gunakan hanya kad microSD yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini. Nokia menggunakan piawai industri yang diluluskan bagi kad memori tetapi tidak semua jenama lain mungkin berfungsi dengan betul atau benar-benar serasi dengan peranti ini.

Mengecas bateri

Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila dibekalkan dengan kuasa daripada pengecas AC-3.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan khususnya dengan model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
17
Mulakan
mentaksahkan apa-apa kelulusan atau waranti, dan mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon anda. Apabila mencabut kord kuasa sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
1. Sambungkan pengecas ke soket dinding.
2. Sambungkan penyambung dari pengecas dengan soket di bahagian bawah telefon anda.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung kepada pengecas yang digunakan. Mengecas bateri BL-4B dengan pengecas AC-3 mengambil masa kira-kira 2 jam 20 minit semasa telefon dalam mod siap sedia.

Buka dan tutup telefon

Untuk membuka telefon putar bahagian atas kanan (1) atau ke kiri sehingga sehingga ia berdetap ke dalam tempatnya.
Untuk menutup telefon, putar bahagian atas kanan ke bawah dalam arahan bertentangan (2).
Penting: Apabila anda membuka telefon, putar bahagian atas 180 darjah ke kiri atau kanan. Jangan putar bahagian atas lebih daripada 180 darjah. Jika anda memaksa bahagian atas lebih daripada 180 darjah dalam mana-mana arah, telefon akan rosak.
Untuk mematikan nada yang berbunyi apabila anda membuka dan menutup telefon, lihat ”Nada” h. 54.
18
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mulakan

Menghidupkan dan mematikan telefon

Amaran: Jangan hidupkan
telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Tekan dan tahan kekunci kuasa. Lihat ”Kekunci dan bahagian” h.
21. Jika telefon meminta PIN atau
kod UPIN, masukkan kod (dipaparkan sebagai ****), dan pilih
OK.

Menetapkan masa dan tarikh

Masukkan masa tempatan, pilih zon masa bagi lokasi anda dari segi perbezaan masa berhubung dengan Waktu Min Greenwich (GMT), dan masukkan tarikh. Lihat
”Masa dan tarikh” h. 55.

Perkhidmatan pasang dan main

Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali pertama, dan telefon anda berada dalam mod siap sedia, anda akan diminta untuk mendapatkan tetapan tatarajahnya dari pembekal khidmat anda (perkhidmatan
rangkaian). Sahkan atau tolak pertanyaan tersebut. Lihat "Sambung ke bantuan," h. 64, dan
”Perkhidmatan tetapan tatarajah”
h. 14.

Antena

Peranti anda mempunyai antena dalaman.
Nota: Seperti sebarang peranti pemancar radio lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu apabila peranti dihidupkan. Menyentuh antena akan menjejas mutu panggilan dan boleh menyebabkan peranti beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan. Mengelakkan daripada menyentuh bahagian antena semasa mengendalikan peranti ini mengoptimumkan prestasi antena dan hayat bateri.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
19
Mulakan

Tali telefon

Masukkan tali menembusi lelubang telefon seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dan ketatkan ia.
20
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

2. Telefon anda

Telefon anda

Kekunci dan bahagian

Alat cuping telinga (1)
Dua pembesar suara stereo (2)
Kekunci pilihan kiri (3)
Kekunci pilihan tengah (4)
Kekunci pilihan kanan (5)
Kekunci kelantangan dan kekunci zum (6)
Kekunci tatal 4-hala (7)
Kekunci panggil (8)
Kekunci tamat (9)
Pad kekunci (10)
Mikrofon (11)
Lelubang tali telefon (12)
Penyambung pengecas (13)
Penyambung Pop-Port
Kanta kamera (15)
Kekunci kuasa (16)
Kekunci kamera (17)
TM
(14)

Mod siap sedia

Apabila telefon sedia digunakan, dan anda tidak memasukkan sebarang aksara, telefon berada dalam mod siap sedia.

Paparan

Kekuatan isyarat rangkaian selular (1)
Status cas bateri (2)
Penunjuk (3)
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
21
Telefon anda
Nama rangkaian atau logo operator (4)
Jam (5)
Skrin utama (6)
Fungsi kekunci pilihan kiri (7) adalah Pergi ke atau pintasan ke fungsi lain. Lihat ”Kekunci pilihan
kiri” h. 56.
Fungsi kekunci pilihan tengah (8) adalah Menu
Fungsi kekunci pilihan kanan (9) adalah Pemain atau pintasan ke fungsi lain. Lihat ”Kekunci pilihan
kanan” h. 56. Operator yang
berlainan mungkin mempunyai nama khusus operator untuk mengakses laman Web khusus operator.
mungkin diaktifkan atau tidak. Lihat Penjimat kuasa dan Mod
tidur di ”Tetapan” h. 55.

Siap sedia aktif

Dalam mod siap sedia aktif terdapat satu senarai ciri telefon yang dipilih dan maklumat pada skrin yang boleh anda akses secara langsung. Untuk menghidupkan atau mematikannya, pilih Menu >
Tetapan > Paparan > Siap sedia aktif > Mod siap sedia aktif > Aktif
atau Tak aktif .
Dalam mod siap sedia, tatal ke atas atau ke bawah untuk mengaktifkan navigasi dalam senarai itu, dan pilih Pilih atau
Pamer. Anak panah ke kiri dan ke
kanan pada awal dan akhir baris menandakan maklumat lanjut boleh didapati dengan menatal ke kiri atau ke kanan. Untuk menamatkan mod navigasi siap sedia aktif, pilih Keluar.
Untuk mengatur dan menukar mod siap sedia aktif, aktifkan mod navigasi, dan pilih Pilihan dan daripada pilihan yang tersedia:

Menjimatkan kuasa

Telefon anda mempunyai beberapa ciri untuk menyimpan kuasa bateri dalam mod siap sedia jika telefon tidak aktif. Ciri ini
22
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

Pintasan dalam mod siap sedia

• Untuk mengakses senarai nombor yang didail, tekan kekunci panggil sekali. Tatal ke
Telefon anda
nombor atau nama yang anda mahu; dan untuk memanggil nombor tersebut, tekan kekunci panggil.
• Untuk membuka penyemak imbas web, tekan dan tahan 0.
• Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan tahan 1.
• Gunakan kekunci tatal sebagai pintasan. Lihat ”Pintasan saya” h. 56.

Penunjuk

Anda mempunyai mesej belum dibaca dalam folder
Peti masuk .
Anda mempunyai mesej yang belum dihantar, dibatalkan atau gagal dalam folder Peti keluar.
Telefon mendaftarkan satu panggilan yang tak dijawab.
/ Telefon anda
disambungkan kepada perkhidmatan mesej segera, dan status ketersediaan adalah dalam talian atau luar talian.
Anda menerima satu atau beberapa mesej segera.
Pad kekunci dikunci.
Telefon tidak berdering untuk panggilan masuk atau mesej teks.
Jam penggera diaktifkan.
Pemasa undur sedang berjalan.
Jam randik sedang berjalan di latar belakang.
/ Telefon didaftarkan pada
rangkaian GPRS atau EGPRS.
/ Sambungan GPRS atau
EGPRS diwujudkan.
/ Sambungan GPRS atau
EGPRS digantung (ditahan).
Satu sambungan Bluetooth sedang aktif.
Jika anda mempunyai dua talian telefon, talian telefon yang kedua dipilih.
Semua panggilan masuk dialihkan ke nombor lain.
Pembesar suara diaktifkan, atau pemegang muzik disambungkan ke telefon.
Panggilan dihadkan kepada kumpulan pengguna terhad.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
23
Telefon anda
Profil ditetap masa dipilih.
, , , atau
Tambahan alat dengar, bebas tangan, set gelung, atau pemegang muzik disambungkan kepada telefon.

Mod penerbangan

Anda boleh menyahaktifkan semua fungsi frekuensi radio dan tetap mempunyai akses kepada permainan, kalendar, dan nombor­nombor telefon. Gunakan mod penerbangan dalam persekitaran peka radio—di dalam kapal terbang atau di hospital. Apabila mod penerbangan aktif,
dipaparkan.
Pilih Menu > Tetapan > Profil >
Penerbangan > Aktifkan atau Pilihan sendiri.
Untuk menyahaktifkan mod penerbangan, pilih sebarang profil lain.
Dalam mod penerbangan anda boleh membuat panggilan kecemasan. Masukkan nombor kecemasan, tekan kekunci panggil, dan pilih Ya apabila ditanya Keluar
dari profil penerbangan? Telefon
mencuba untuk membuat panggilan kecemasan.

Kunci pad kekunci (kawal kekunci)

Untuk mengelakkan kekunci daripada ditekan secara tidak sengaja, pilih Menu, dan tekan * dalam masa 3.5 saat untuk mengunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci, pilih Buka k'ci, dan tekan * dalam masa 1.5 saat. Jika Kawal
k'knci k'slmtan ditetap Aktif,
masukkan kod keselamatan jika diminta.
Untuk menjawab panggilan semasa kawal kekunci sedang aktif, tekan kekunci panggil. Apabila anda menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci mengunci secara automatik.
Untuk Kawal kekunci auto. dan
Kawal k'knci k'slmtan, lihat
”Telefon” h. 62.
Apabila kawal kekunci sedang aktif, panggilan mungkin boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda.

Fungsi tanpa kad SIM

Beberapa fungsi telefon anda boleh digunakan tanpa memasang kad SIM (contohnya, pemindahan data dengan PC yang serasi atau
24
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
peranti lain yang serasi). Beberapa fungsi kelihatan dimalapkan di dalam menu-menu dan tidak boleh digunakan.
Bagi panggilan kecemasan, sesetengah rangkaian mungkin memerlukan kad SIM yang sah dimasukkan dengan betul ke dalam peranti.
Telefon anda
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
25
Fungsi-fungsi panggilan

3. Fungsi-fungsi panggilan

Membuat panggilan

1. Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk awalan antarabangsa (+ aksara menggantikan kod akses antarabangsa), masukkan kod negara, kod kawasan tanpa awalan 0, jika perlu, dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil nombor, tekan kekunci panggil.
Untuk melaraskan kelantangan dalam panggilan, tekan kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
3. Untuk menamatkan panggilan atau untuk membatalkan percubaan memanggil, tekan kekunci tamat atau tutup telefon.
Untuk mencari nama atau nombor telefon yang telah anda simpan dalam Kenalan, lihat ”Mencari
kenalan” h. 48. Tekan kekunci
panggil untuk memanggil nombor.
Untuk mengakses senarai nombor yang sudah didail, tekan kekunci panggil sekali dalam mod siap sedia. Untuk memanggil nombor
tersebut, pilih nombor atau nama, dan tekan kekunci panggil.

Mendail cepat

Berikan nombor telefon ke salah satu kekunci dail cepat, 2 hingga
9. Lihat ”Dail cepat” h. 50. Panggil nombor menggunakan salah satu daripada cara berikut:
• Tekan kekunci dail cepat, kemudian kekunci panggil.
•Jika Dail cepat, ditetapkan kepada Aktif, tekan dan tahan kekunci dail cepat sehingga panggilan bermula. Lihat Dail
cepat dalam ”Panggilan” h. 61.

Panggilan dailan suara

Anda boleh membuat panggilan telefon dengan menyebut nama yang disimpan dalam senarai kenalan telefon. Arahan suara bergantung kepada bahasa. Untuk menetapkan bahasa, lihat Bahasa
pengecaman dalam ”Telefon”
h. 62.
Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar dalam persekitaran yang bising atau semasa kecemasan, dari itu anda tidak seharusnya
26
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi-fungsi panggilan
bergantung semata-mata pada dailan suara dalam semua keadaan.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci pilihan kanan, atau tekan dan tahan kekunci kelantangan turun. Satu nada pendek kedengaran, dan Cakap sekarang dipaparkan.
2. Sebutkan arahan suara dengan jelas. Jika suara berjaya dikenali, senarai dengan padanannya dipaparkan. Telefon memainkan arahan suara padanan yang paling atas dalam senarai itu. Jika hasilnya bukan hasil yang betul, tatal ke entri lain.
Menggunakan arahan suara untuk menjalankan fungsi telefon yang dipilih adalah serupa dengan dailan suara. Lihat Arahan suara dalam
”Pintasan saya” h. 56.

Menjawab atau menolak panggilan

Untuk menjawab panggilan masuk, tekan kekunci panggil atau buka telefon. Untuk menamatkan panggilan, tekan kekunci tamat, atau tutup telefon.
Untuk menolak panggilan masuk, tekan kekunci tamat. Untuk membisukan nada dering, pilih
Senyap.

Panggilan menanti

Untuk menjawab panggilan yang menanti semasa panggilan aktif (perkhidmatan rangkaian), tekan kekunci panggil. Panggilan yang pertama akan ditahan. Untuk menamatkan panggilan yang aktif, tekan kekunci tamat.
Untuk mengaktifkan fungsi
Panggilan menanti , lihat
”Panggilan” h. 61.

Pilihan-pilihan semasa panggilan

Banyak pilihan yang boleh anda gunakan semasa panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk ketersediaan, hubungi pembekal khidmat anda.
Semasa dalam panggilan, pilih
Pilihan dan daripada pilihan yang
berikut:
Pilihan panggilan adalah Bisu atau
Bersuara, Kenalan, Menu, Kunci pad kekunci, Rakam, Kejelasan suara, Pembesar suara atau Telefon bimbit.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
27
Fungsi-fungsi panggilan
Pilihan perkhidmatan rangkaian adalah Jawab atau Tolak, Tunggu atau Lepas, Panggilan baru, Tmbh.
ke p'sidangan, Tamat panggilan, Tmt semua panggiln., dan yang
berikut:
Hantar DTMF — untuk menghantar
rentetan nada
Bertukar — untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan panggilan yang ditahan
Pindah — untuk menyambung
panggilan yang ditahan ke panggilan aktif dan memutuskan sambungan anda sendiri
Persidangan — untuk membuat
panggilan persidangan
Panggilan peribadi — untuk
berbincang secara persendirian dalam panggilan persidangan
Amaran: Jangan pegang peranti ini pada telinga apabila pembesar suara sedang digunakan, kerana kelantangannya mungkin sangat kuat.
28
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

4. Menulis teks

Menulis teks
Untuk memasukkan teks (contohnya, semasa menulis mesej), gunakan input teks tradisional atau ramalan. Apabila anda menulis teks, tekan dan tahan Pilihan untuk bertukar antara input teks tradisional, ditandakan dengan , dan input teks ramalan, ditandakan dengan . Tidak semua bahasa disokong oleh input teks ramalan.
Huruf kecil besar ditandakan dengan , , dan . Untuk menukar huruf besar atau huruf kecil, tekan #. Untuk menukar daripada mod huruf kepada nombor, ditandakan dengan , tekan dan tahan #, dan pilih Mod
nombor. Untuk menukar daripada
mod nombor kepada huruf, tekan dan tahan #.
Untuk menetapkan bahasa penulisan, pilih Pilihan > Bahasa
tulisan.

Input teks tradisional

Tekan satu kekunci nombor, 1 hingga 9, berkali-kali sehingga aksara yang diingini muncul. Aksara-aksara yang terdapat bergantung kepada bahasa menulis yang dipilih. Jika huruf
seterusnya yang anda mahu terletak pada kekunci yang anda sedang gunakan, tunggu sehingga kursor muncul dan masukkan huruf tersebut. Tanda baca dan aksara khas yang paling sering digunakan terdapat di bawah kekunci nombor 1.

Input teks ramalan

Input teks ramalan berdasarkan kamus terbina dalam yang boleh juga anda tambahkan dengan perkataan-perkataan baru.
1. Mula menulis kata dengan menggunakan kekunci 2 hingga 9. Tekan setiap kekunci sekali sahaja untuk satu huruf.
2. Apabila anda selesai menulis katanya dan ia betul, untuk mengesahkannya dengan menambahkan ruang, tekan 0.
Jika perkataan itu tidak betul, tekan * berkali-kali, dan pilih perkataan dari senarai.
Jika aksara ? dipaparkan selepas kata tersebut, kata yang ingin anda tuliskan tidak ada di dalam kamus. Untuk menambahkan kata tersebut pada kamus, pilih Mengeja. Masukkan kata dengan
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
29
Menulis teks
menggunakan input teks tradisional, dan pilih Simpan.
Untuk menulis perkataan majmuk, masukkan bahagian pertama perkataan, dan tekan kekunci tatal kanan untuk mengesahkannya. Tulis bahagian akhir perkataan tersebut, dan sahkan perkataan tersebut.
3. Mula menulis perkataan yang seterusnya.
30
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

5. Menavigasi menu

Telefon ini menawarkan anda pelbagai fungsi, yang dikumpulkan ke dalam menu-menu.
1. Untuk mengakses menu, pilih
Menu.
Untuk menukar paparan menu, pilih Pilihan > Pamer. menu
utama > Senarai, Grid, Grid dengan label, atau Tab.
Untuk menyusun semula menu, tatal ke menu yang anda hendak pindahkan, dan pilih
Pilihan > Susun > Alih. Tatal ke
tempat yang anda hendak menu dipindahkan, dan pilih
OK. Untuk menyimpan
perubahan, pilih Selesai > Ya.
2. Tatal melalui menu, dan pilih pilihan (contohnya, Tetapan).
3. Jika menu yang dipilih mengandungi submenu lanjut, pilih submenu yang anda mahu (contohnya, Panggilan).
4. Jika menu yang dipilih mengandungi submenu lanjut, ulang langkah 3.
5. Pilih tetapan pilihan anda.
6. Untuk kembali ke paras menu yang sebelumnya, pilih Balik. Untuk keluar dari menu, pilih
Keluar.
Menavigasi menu
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
31
Mesej

6. Mesej

Anda boleh membaca, menulis, menghantar, dan menyimpan mesej teks, multimedia, e-mel, mesej audio, dan mesej kilat. Semua mesej diatur ke dalam folder.

Mesej teks

Dengan perkhidmatan mesej ringkas (SMS) anda boleh menghantar dan menerima mesej teks, dan menerima mesej yang boleh mengandungi gambar (perkhidmatan rangkaian).
Sebelum anda boleh menghantar sebarang mesej teks atau e-mel SMS, anda perlu menyimpan nombor pusat mesej anda. Lihat
”Tetapan mesej” h. 45.
Untuk memeriksa ketersediaan perkhidmatan e-mel SMS dan untuk melanggani perkhidmatan ini, hubungi pembekal khidmat anda. Untuk menyimpan alamat e-mel dalam Kenalan, lihat
”Menyimpan butiran” h. 48.
Peranti anda menyokong penghantaran mesej teks yang melebihi had aksara bagi satu mesej. Mesej-mesej yang lebih
panjang akan dihantar sebagai satu siri yang terdiri daripada dua atau lebih mesej. Pembekal khidmat anda boleh mengenakan bayaran yang sewajarnya. Aksara­aksara yang menggunakan aksen atau tanda-tanda lain, dan aksara-aksara dari beberapa pilihan bahasa seperti Cina, mengambil lebih banyak ruang dan membataskan bilangan aksara yang boleh dihantar dalam satu mesej.
Satu penunjuk di bahagian atas paparan menunjukkan menunjukkan jumlah bilangan aksara yang tinggal dan bilangan mesej yang diperlukan untuk menghantar. Contohnya, 673/2 bermakna terdapat 673 aksara yang tinggal dan bahawa mesej akan dihantar sebagai satu siri yang terdiri daripada dua mesej.

Menulis dan menghantar mesej

1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Mesej teks.
2. Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat e-mel dalam medan Kepada:
32
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
Untuk mengambil nombor telefon atau alamat e-mel dari memori, pilih Tambah.
3. Untuk e-mel SMS, masukkan subjek dalam medan Subjek:.
4. Masukkan mesej anda dalam medan Mesej:.
5. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar. Lihat ”Hantaran mesej”
h. 35.

Membaca dan membalas mesej

1. Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk. Untuk melihatnya kemudian, pilih
Keluar.
Untuk membaca mesej ini kemudian, pilih Menu > Mesej > Peti masuk. dipaparkan jika anda mempunyai mesej yang belum di baca dalam Peti
masuk.
2. Untuk membalas mesej, pilih
Balas dan jenis mesejnya.
3. Membuat mesej balasan.
4. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar. Lihat ”Hantaran mesej”
h. 35.

Mesej multimedia

Nota: Hanya peranti yang
mempunyai ciri serasi boleh menerima dan memaparkan mesej multimedia. Kemunculan mesej boleh berbeza-beza bergantung kepada peranti yang menerima.
Satu mesej multimedia boleh mengandungi beberapa lampiran.
Untuk memeriksa ketersediaan dan untuk melanggani perkhidmatan mesej multimedia (MMS), hubungi pembekal khidmat anda. Lihat ”Tetapan
mesej” h. 45.

Menulis dan menghantar mesej multimedia

Rangkaian wayarles boleh membataskan saiz mesej MMS. Jika imej yang dimasukkan melebihi had ini, peranti ini boleh membuatnya lebih kecil supaya ia boleh dihantar melalui mesej MMS.
1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Multimedia.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
33
Mesej
2. Tulis mesej anda.
Telefon anda menyokong mesej multimedia yang mengandungi beberapa halaman (slaid). Mesej boleh mengandungi nota kalendar dan kad niaga sebagai lampiran. Slaid boleh mengandungi teks, satu imej, dan satu klip bunyi; atau teks dan klip video. Untuk memasukkan slaid ke dalam mesej, pilih Baru; atau pilih
Pilihan > Masukkan > Slaid.
Untuk memasukkan fail ke dalam mesej, pilih Masukkn.; atau pilih Pilihan > Masukkan.
3. Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, pilih Pilihan >
Pratonton.
4. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar. Lihat ”Hantaran mesej”
h. 35.
5. Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat e-mel dalam medan Kepada:. Untuk mengambil nombor telefon atau alamat e-mel dari memori, pilih Tambah.
6. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar. Lihat ”Hantaran mesej”
h. 35.

Menulis dan menghantar mesej multimedia tambahan

Rangkaian wayarles boleh membataskan saiz mesej MMS. Jika imej yang dimasukkan melebihi had ini, peranti ini boleh membuatnya lebih kecil supaya ia boleh dihantar melalui mesej MMS.
Sebarang kandungan boleh ditambahkan pada mesej multimedia tambahan. Kandungan demikian boleh jadi imej, klip video, klip bunyi, kad niaga, nota kalendar, tema, pautan strim, atau malah fail yang tidak disokong (contohnya, fail yang diterima dengan e-mel).
1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Multim. tambahan.
2. Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat e-mel dalam medan Kepada:. Untuk mengambil nombor telefon atau alamat e-mel dari memori, pilih Tambah.
3. Masukkan subjek dan tulis mesej anda.
4. Untuk menambah fail, pilih
Masukkan dan daripada
pilihan.
34
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
5. Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, pilih Pilihan >
Pratonton.
6. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar. Lihat ”Hantaran mesej”
h. 35.

Hantaran mesej

Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau dihantar lanjut.
Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar. Telefon menyimpan mesej
dalam folder Peti keluar, dan hantaran bermula.
Nota: Apabila telefon sedang menghantar mesej, animasi dipaparkan. Ini menandakan mesej telah dihantar oleh peranti anda ke nombor pusat mesej yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda. Ini bukan menandakan mesej telah diterima di destinasi tujuan. Untuk butiran lanjut mengenai khidmat mesej, sila periksa dengan pembekal khidmat anda.
Jika terdapat gangguan semasa mesej sedang dihantar, telefon akan cuba menghantarnya semula beberapa kali. Jika percubaan­percubaan ini gagal, mesej akan kekal di dalam folder Peti keluar. Untuk membatalkan hantaran mesej dalam folder Peti keluar, tatal ke mesej diingini, dan pilih
Pilihan > Batal hantaran.

Membaca dan membalas mesej

Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej. Objek mesej multimedia mungkin mengandungi perisian yang berbahaya atau jika tidak berbahaya kepada peranti atau PC anda.
1. Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk. Untuk melihatnya kemudian, pilih
Keluar.
2. Untuk melihat seluruh mesej jika mesej yang diterima mengandungi persembahan, pilih Main.
Untuk melihat fail dalam persembahan atau lampiran, pilih Pilihan > Objek atau
Lampiran.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
35
Mesej
3. Untuk membalas mesej, pilih
Pilihan > Balas dan jenis
mesejnya.
4. Membuat mesej balasan.
5. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar. Lihat ”Hantaran mesej”
h. 35.

Mesej kilat

Mesej kilat adalah mesej teks yang dipaparkan dengan serta-merta selepas diterima. Mesej kilat tidak disimpan secara automatik.

Menulis mesej

Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej kilat. Masukkan nombor telefon penerima dan tuliskan mesej anda. Panjang maksimum mesej kilat adalah 70 aksara. Untuk memasukkan teks berkelip ke dalam mesej, pilih Pilihan >
Mskkan aksara kelip untuk
menetapkan penanda. Teks di sebalik penanda berkelip. Untuk menamatkan julat teks berkelip masukkan penanda kedua.

Menerima mesej

Mesej kilat yang diterima ditandakan dengan Mesej: dan beberapa perkataan dari awal mesej. Untuk membaca mesej, pilih Baca. Untuk mengambil
nombor dan alamat dari mesej semasa, pilih Pilihan > Guna
butiran. Untuk menyimpan mesej,
pilih Simpan dan folder tempat anda hendak menyimpannya.

Mesej audio Nokia Xpress

Anda boleh menggunakan MMS untuk membuat dan menghantar mesej audio dengan cara yang mudah. MMS mesti diaktifkan sebelum anda boleh menggunakan mesej audio.

Membuat mesej

1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Mesej audio. Perakam
terbuka. Untuk menggunakan perakam, lihat ”Perakam suara” h. 76.
2. Menuturkan mesej anda.
3. Masukkan satu atau lebih nombor telefon dalam medan
Kepada:, atau pilih Tambah
untuk mendapatkan semula nombor.
4. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar.

Mendengar mesej

Untuk membuka mesej audio yang diterima, pilih Main; atau jika
36
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
lebih daripada satu mesej yang diterima, pilih Tunjuk > Main. Untuk mendengar mesej kemudian, pilih Keluar.

Memori penuh

Apabila anda menerima mesej, dan memori untuk mesej penuh,
Memori penuh. Gagal menerima mesej. dipaparkan. Untuk
memadam mesej lama, pilih OK >
Ya dan foldernya. Tatal ke mesej
yang diingini, dan pilih Padam. Jika lebih banyak mesej yang hendak dipadam, pilih Tanda. Tandakan semua mesej yang anda hendak padam, dan pilih Pilihan >
Padam yang ditandai.

Folder

Telefon menyimpan mesej yang diterima dalam folder Peti masuk.
Mesej yang belum lagi dihantar disimpan dalam folder Peti keluar.
Untuk menetap telefon supaya menyimpan mesej yang telah dihantar di dalam folder Item
dihantar, lihat Simpan mesej dihntr. dalam ”Tetapan umum”
h. 45.
Untuk mengedit dan menghantar mesej yang anda telah tulis dan simpan dalam folder Draf, pilih
Menu > Mesej > Draf.
Anda boleh memindahkan mesej anda ke folder Item disimpan. Untuk mengatur subfolder Item
disimpan anda, pilih Menu > Mesej > Item disimpan. Untuk
menambah folder, pilih Pilihan >
Tambah folder. Untuk memadam
atau menamakan semula folder, tatal ke folder yang diingini, dan pilih Pilihan > Padam folder atau
Nama semula folder.
Telefon anda mempunyai templat. Untuk membuat templat baru, simpan mesej sebagai templat. Untuk mengakses senarai templat, pilih Menu > Mesej > Item
disimpan > Templat.

Aplikasi e-mel

Aplikasi e-mel menggunakan sambungan data paket (perkhidmatan rangkaian) untuk membolehkan anda mengakses akaun e-mel anda. Aplikasi e-mel ini berbeza daripada fungsi e-mel SMS. Untuk menggunakan fungsi e-mel di telefon anda, anda memerlukan sistem e-mel yang serasi.
Anda boleh menulis, menghantar, dan membaca e-mel dengan telefon anda. Telefon anda menyokong pelayan e-mel POP3 dan IMAP4.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
37
Mesej
Sebelum anda boleh menghantar dan mengambil mesej e-mel, anda mestilah mendapatkan akaun e-mel yang baru atau menggunakan akaun semasa anda. Untuk memeriksa ketersediaan akaun e-mel anda, hubungi pembekal khidmat e-mel anda.
Periksa tetapan-tetapan e-mel anda dengan pembekal khidmat e-mel anda. Anda boleh menerima tetapan-tetapan tatarajah e-mel sebagai mesej tatarajah. Lihat
”Perkhidmatan tetapan tatarajah”
h. 14.
Untuk mengaktifkan tetapan e-mel, pilih Menu > Mesej >
Tetapan mesej > Mesej e-mel.
Lihat ”Mesej e-mel” h. 47.
Aplikasi ini tidak menyokong nada-nada pad kekunci.

Wizard tetapan

Wizard tetapan akan bermula secara automatik jika tiada tetapan e-mel ditetapkan dalam telefon. Untuk memasukkan tetapan secara manual, pilih
Menu > Mesej > E-mel > Pilihan > Urus akaun > Pilihan > Baru.
Pilihan Urus akaun membolehkan anda menambah, memadam, dan menukar tetapan e-mel.

Menulis dan menghantar e-mel

Anda boleh menulis mesej e-mel anda sebelum menyambung kepada perkhidmatan e-mel; atau menyambung dahulu kepada perkhidmatan itu, kemudian menulis dan menghantar e-mel anda.
1. Pilih Menu > Mesej > E-mel >
Tulis e-mel baru.
2. Jika lebih daripada satu akaun e-mel ditetapkan, pilih akaun dari mana anda ingin menghantar e-mel.
3. Masukkan alamat e-mel penerima, tulis subjeknya, dan masukkan mesej e-melnya. Untuk melampirkan fail dari
Galeri, pilih Pilihan > Lampirkan fail.
4. Untuk menghantar mesej e-mel, pilih Hantar > Hantar
sekarang.
Untuk menyimpan e-mel dalam folder Peti keluar untuk dihantar kemudian, pilih
Hantar > Hantar kemudian.
Untuk mengedit atau meneruskan menulis e-mel anda kemudian, pilih Pilihan >
Simpan sebagai draf. E-mel
disimpan dalam Peti keluar >
Draf.
38
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
Untuk menghantar e-mel kemudian, pilih Menu > Mesej > E-mel > Pilihan > Hantar e-
mel atau Hantar/semak e-mel.

Memuat turun e-mel

1. Untuk memuat turun mesej e-mel yang telah dihantar ke akaun e-mel anda, pilih Menu > Mesej > E-mel > Semak e-
mel baru.
Jika lebih daripada satu akaun e-mel ditetapkan, pilih akaun dari mana anda ingin memuat turun e-mel.
Aplikasi e-mel hanya memuat turun pengepala e-mel dahulu.
2. Pilih Balik > Peti masuk, nama akaun, dan mesej baru, dan pilih Ambil sml untuk memuat turun mesej e-mel yang lengkap.
Untuk memuat turun mesej e-mel baru dan untuk menghantar e-mel yang telah disimpan dalam folder
Peti keluar, pilih Pilihan > Hantar/ semak e-mel.

Membaca dan membalas e-mel

Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej. Mesej e-mel mungkin mengandungi perisian
yang berbahaya atau jika tidak mungkin boleh merosakkan peranti atau PC anda.
1. Pilih Menu > Mesej > E-mel >
Peti masuk, nama akaun, dan
mesej yang dikehendaki.
2. Untuk membalas e-mel, pilih
Balas > Teks asal atau Mesej kosong. Untuk membalas
kepada ramai, pilih Pilihan >
Balas semua. Sahkan atau edit
alamat dan perkara e-mel; kemudian tulis balasan anda.
3. Untuk menghantar mesej, pilih
Hantar > Hantar sekarang.

Folder e-mel

Telefon anda menyimpan e-mel yang telah anda muat turun dari akaun e-mel anda di dalam folder
Peti masuk. Folder Peti masuk
mengandungi folder-folder yang berikut: "Nama akaun" untuk e­mel masuk, Arkib untuk mengarkibkan e-mel, Suai 1Suai
3 untuk mengisih e-mel, dan Sampah tempat semua e-mel
remeh disimpan. Folder Peti keluar mengandungi folder yang berikut:
Draft untuk menyimpan e-mel
yang belum selesai, Peti keluar untuk menyimpan e-mel yang belum dihantar, dan Item yang
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
39
Mesej
dihantar untuk menyimpan e-mel
yang telah dihantar.
Untuk mengurus folder dan kandungan e-melnya, pilih Pilihan untuk melihat pilihan yang tersedia bagi setiap folder.

Penapis e-mel remeh

Untuk mengaktifkan dan menentukan penapis e-mel remeh, pilih Pilihan > Tapis mel remeh >
Tetapan dalam skrin melahu e-mel
utama. Tapis mel remeh membolehkan pengguna meletakkan penghantar­penghantar tertentu dalam senarai hitam atau putih. Mesej penghantar yang disenarai hitamkan ditapis ke folder
Sampah. Mesej-mesej penghantar
yang tidak dikenali dan senarai putih dimuat turun ke dalam peti masuk akaun. Untuk menyenaraihitamkan penghantar, pilih mesej e-mel dalam folder Pet i
masuk dan Pilihan > Sen. hitamkan p'hntr..

Mesej segera

Dengan mesej segera (IM) (perkhidmatan rangkaian) anda boleh menghantar mesej ringkas dan mudah kepada pengguna dalam talian. Anda perlu melanggani satu perkhidmatan
dan mendaftar dengan perkhidmatan IM yang anda mahu gunakan. Untuk maklumat lanjut tentang mendaftar untuk perkhidmatan IM, hubungi pembekal khidmat anda.
Untuk menetapkan tetapan yang dikehendaki untuk perkhidmatan IM, lihat Tetapan samb in ”Akses” h. 40. Ikon-ikon dan teks-teks di paparan mungkin berbeza-beza, bergantung kepada perkhidmatan IMnya.
Nota: Bergantung kepada perkhidmatan IM anda, anda mungkin tidak mempunyai akses kepada semua ciri yang diperihalkan di dalam panduan ini.

Akses

Pilih Menu > Mesej > Mesej
segera. Mesej segera boleh
digantikan dengan istilah lain bergantung kepada pembekal khidmatnya. Jika lebih daripada satu set tetapan sambungan bagi perkhidmatan IM tersedia, pilih satu yang anda mahu. Pilih daripada pilihan yang berikut:
Log masuk — untuk bersambung
kepada perkhidmatan IM Untuk menetapkan telefon agar bersambung secara automatik
40
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
kepada perkhidmatan IM apabila anda menghidupkan telefon, dalam sesi log masuk, pilih Log
msk. auto.: > Aktif, atau pilih Menu > Mesej > Mesej segera,
sambung kepada perkhidmatan IM, dan pilih Pilihan > Tetapan >
Log masuk automat. > Aktif.
Bualan disimpan — untuk melihat,
memadam, atau menamakan semula perbualan yang anda simpan semasa sesi IM.
Tetapan samb — untuk mengedit
tetapan yang diperlukan untuk sambungan mesej dan hadiran

Sambung

Untuk bersambung kepada perkhidmatan, akses menu perkhidmatan mesej segera, jika perlu, pilih perkhidmatan IM, jika perlu, dan pilih Log masuk.
Untuk memutuskan sambungan kepada perkhidmatan IM, pilih
Pilihan > Log keluar.

Sesi

Apabila tersambung kepada perkhidmatan, status anda, seperti yang dilihat oleh orang lain, ditunjukkan di dalam baris status:
Status: Dlm. talian, Status saya: Sibuk atau Stat: Mncul l/talian.
Untuk menukar status anda sendiri, pilih Tukar.
Di bawah baris status terdapat tiga folder yang mengandungi kenalan anda dan menunjukkan status mereka: Perbualan, Dalam
talian dan Luar talian. Untuk
mengembangkan folder, serlahkannya, dan pilih Kembang (atau tatal ke kanan); untuk meruntuhkan folder, pilih
Rapatkan (atau tatal ke kiri).
Perbualan — memaparkan senarai
mesej segera baru dan telah dibaca atau jemputan untuk IM semasa sesi IM yang aktif.
menandakan mesej kumpulan
baru.
menandakan mesej kumpulan
yang telah dibaca.
menandakan mesej segera
baru.
menandakan mesej segera
yang telah dibaca.
menandakan jemputan.
Ikon-ikon dan teks-teks di paparan bergantung kepada perkhidmatan IMnya.
Dalam talian — memaparkan
bilangan kenalan yang ada dalam talian
Luar talian — memaparkan
bilangan kenalan yang ada di luar talian
Untuk memulakan perbualan, kembangkan folder Dalam talian
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
41
Mesej
atau Luar talian, tatal ke kenalan yang ingin anda ajak berbual, dan pilih Bual. Untuk menjawab jemputan atau membalas mesej, kembangkan folder Perbualan, tatal ke kenalan yang ingin anda ajak berbual dan pilih Buka. Untuk menambahkan kenalan, lihat
”Menambah kenalan IM” h. 43.
Kumpulan > Kumpulan umum
(tidak dapat dilihat jika kumpulan­kumpulan tidak disokong oleh rangkaian) — Senarai penanda buku ke kumpulan umum yang disediakan oleh pembekal khidmat dipaparkan. Untuk memulakan sesi IM dengan kumpulan, tatal ke kumpulan itu, dan pilih Sertai. Masukkan nama skrin yang ingin anda gunakan sebagai nama ringkas anda dalam perbualan. Apabila anda telah berjaya menyertai perbualan kumpulan, anda boleh memulakan satu perbualan kumpulan. Anda boleh membuat kumpulan peribadi. Lihat ”Kumpulan” h. 43.
Cari > Pengguna atau Kumpulan
untuk mencari pengguna IM atau kumpulan umum yang lain di rangkaian melalui nombor telefon, nama skrin, alamat e-mel, atau nama. Jika anda pilih Kumpulan, anda boleh mencari kumpulan melalui seorang ahli dalam
kumpulan itu atau melalui nama kumpulan, topik, atau ID.
Pilihan > Berbual atau Sertai kumpulan — untuk memulakan
perbualan apabila anda telah menemui pengguna atau kumpulan yang anda mahu.
Menerima atau menolak jemputan
Jika anda menerima jemputan baru, untuk membacanya, pilih
Baca. Jika lebih daripada satu
jemputan diterima, pilih satu jemputan dan Buka. Untuk menyertai perbualan kumpulan peribadi, pilih Terima, dan masukkan nama skrin yang ingin anda gunakan sebagai nama ringkas anda. Untuk menolak atau memadam jemputan, pilih Pilihan > Tolak atau Padam.
Membaca mesej segera
Jika anda menerima mesej baru yang bukan mesej yang berkaitan dengan perbualan yang aktif,
Mesej segera baru dipaparkan.
Untuk membacanya, pilih Baca. Jika lebih daripada satu mesej diterima, pilih satu mesej dan
Buka.
Mesej baru yang diterima semasa ada perbualan aktif ditempatkan dalam Mesej segera > Perbualan. Jika anda menerima mesej
42
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
daripada seseorang yang tidak di dalam Kenalan IM, ID penghantar dipaparkan. Untuk menyimpan kenalan baru yang tiada dalam memori telefon, pilih Pilihan >
Simpan kenalan.
Menyertai perbualan
Untuk menyertai atau memulakan sesi IM, tulis mesej anda, dan pilih
Hantar.
Jika anda menerima mesej baru semasa satu perbualan daripada seseorang yang tidak mengambil bahagian dalam perbualan yang sedang berlangsung, dipaparkan, dan telefon membunyikan satu nada isyarat.
Tulis mesej anda, dan pilih Hantar. Mesej anda dipaparkan, dan mesej balasan dipaparkan di bawah mesej anda.

Menambah kenalan IM

Apabila disambungkan kepada perkhidmatan IM, dalam menu utama IM, pilih Pilihan > Tambah
kenalan > Melalui no. bimbit, Manual masukkan ID, Cari dari pelayan, atau Salin dari pelayan
(bergantung kepada pembekal khidmat).
Tatal ke kenalan. Untuk memulakan perbualan, pilih Bual.

Halang atau lepaskan mesej

Apabila anda dalam satu perbualan dan ingin menghalang mesej, pilih Pilihan > Halang
kenalan.
Untuk menghalang mesej daripada kenalan tertentu dalam senarai kenalan anda, tatal ke kenalan tersebut dalam Perbualan, Dalam
talian, atau Luar talian, dan pilih Pilihan > Halang kenalan > OK.
Untuk melepaskan kenalan, dalam menu utama IM, pilih Pilihan >
Senarai dihalang. Tatal ke kenalan
yang ingin anda lepaskan, dan pilih Dilepas > OK.

Kumpulan

Anda boleh menggunakan kumpulan-kumpulan umum yang disediakan oleh pembekal khidmat, atau membuat kumpulan-kumpulan peribadi anda sendiri untuk perbualan IM.
Umum
Anda boleh menanda buku kumpulan umum yang mungkin diselenggarakan oleh pembekal khidmat anda. Sambung kepada perkhidmatan IM dan pilih
Kumpulan > Kumpulan umum.
Pilih kumpulan dan Sertai. Jika anda tidak di dalam kumpulan, masukkan nama skrin anda
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
43
Mesej
sebagai nama ringkas anda bagi kumpulan itu. Untuk memadam kumpulan dari senarai anda, pilih
Pilihan > Padam kumpulan.
Untuk mencari kumpulan, pilih
Kumpulan > Kumpulan umum > Cari kumpulan.
Peribadi
Sambung kepada perkhidmatan IM, dan dari menu utama, pilih
Pilihan > Buat kumpulan.
Masukkan nama bagi kumpulan itu dan nama skrin yang ingin anda gunakan sebagai nama ringkas anda. Tandakan ahli-ahli kumpulan peribadi itu di dalam senarai kenalan, dan tulis satu jemputan.

Mesej suara

Peti mel suara ialah perkhidmatan rangkaian yang anda mungkin perlu langgani. Untuk maklumat lanjut hubungi pembekal khidmat anda.
Untuk memanggil nombor peti mel suara anda, pilih Menu > Mesej >
Mesej suara > Dengar mesej suara.
Untuk memasukkan, mencari, atau mengedit nombor peti mel suara anda, pilih No. peti mel suara.
Jika disokong oleh rangkaian, menandakan mesej suara baru.
Untuk memanggil nombor peti mel suara anda, pilih Dengar.

Mesej maklumat

Anda boleh menerima mesej mengenai pelbagai topik dari pembekal khidmat anda (pembekal khidmat). Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda. Pilih Menu > Mesej > Mesej
maklumat dan dari pilihan yang
tersedia.

Arahan perkhidmatan

Tulis dan hantar permintaan perkhidmatan (arahan USSD) kepada pembekal khidmat anda, seperti arahan pengaktifan untuk perkhidmatan rangkaian. Pilih
Menu > Mesej > Arahan khidmat.

Memadam mesej

Untuk memadam mesej, pilih
Menu > Mesej > Padam mesej > Mengikut mesej untuk memadam
satu mesej, Mengikut folder untuk memadam semua mesej dari folder, atau Semua mesej.

Mesej-mesej SIM

Mesej SIM adalah mesej teks khusus yang disimpan ke kad SIM anda. Anda boleh menyalin atau
44
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
memindahkan mesej tersebut ke memori telefon, tetapi tidak sebaliknya. Untuk membaca mesej SIM kemudian, pilih Menu > Mesej > Pilihan > Mesej SIM.

Tetapan mesej

Tetapan umum

Tetapan umum adalah biasa untuk mesej teks dan multimedia.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Tetapan umum dan
daripada pilihan yang berikut:
Simpan mesej dihntr. > Ya — untuk
menetap telefon supaya menyimpan mesej yang telah dihantar di dalam folder Item
dihantar
M'ganti dlm Dihantar > Dibenarkan — untuk menetapkan
telefon supaya menulis ganti mesej lama yang dihantar dengan yang baru apabila memori mesej penuh. Tetapan ini dipaparkan hanya jika anda tetap Simpan
mesej dihntr. > Ya.
Saiz fon — untuk memilih saiz fon
yang digunakan dalam mesej
Senyuman grafik > Ya — untuk
menetapkan telefon supaya menggantikan senyuman yang berdasarkan aksara dengan senyuman grafik

Mesej teks

Tetapan mesej teks mempengaruhi penghantaran, penerimaan, dan paparan mesej dan mesej e-mel SMS.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Mesej teks dan daripada
pilihan yang berikut:
P'hantaran. laporan > Ya — untuk
meminta rangkaian menghantarkan laporan penghantaran tentang mesej­mesej anda (perkhidmatan rangkaian).
Pusat mesej > Tambah pusat
untuk menetapkan nombor telefon dan nama pusat mesej yang dikehendaki untuk menghantar mesej teks. Anda menerima nombor ini daripada pembekal khidmat anda.
Pusat mesej diguna — untuk
memilih pusat mesej yang sedang diguna
Pusat mesej e-mel > Tambah pusat
— untuk menetapkan nombor telefon dan nama pusat e-mel untuk menghantar e-mel SMS.
Pusat e-mel diguna — untuk
memilih pusat mesej e-mel SMS yang sedang diguna
Kesahan mesej — untuk memilih
tempoh masa rangkaian membuat
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
45
Mesej
percubaan untuk menghantar mesej anda
Mesej dihantar sbg. — untuk
memilih format mesej untuk dihantar: Teks, Mengelui, atau
Faks (perkhidmatan rangkaian)
Guna data paket > Ya — untuk
menetapkan GPRS sebagai pembawa SMS
Sokongan aksara > Penuh — untuk
memilih semua aksara dalam mesej untuk dihantar sebagai sudah dilihat. Jika anda memilih
Dikurangkan, aksara dengan aksen
dan tanda-tanda lain boleh ditukar kepada aksara-aksara lain.
Bls. m'lui pusat sama > Ya — untuk
membenarkan penerima mesej anda menghantar balasan kepada anda menggunakan pusat mesej anda (perkhidmatan rangkaian).

Mesej multimedia

Tetapan-tetapan mesej mempengaruhi penghantaran, penerimaan, dan paparan mesej multimedia. Anda mungkin menerima tetapan-tetapan tatarajah bagi mesej multimedia sebagai mesej tatarajah. Lihat
”Perkhidmatan tetapan tatarajah”
h. 14. Anda juga boleh memasukkan tetapan-tetapan secara manual. Lihat ”Tatarajah” h. 64.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Mesej multimedia dan
daripada pilihan yang berikut:
P'hantaran. laporan > Ya — untuk
meminta rangkaian menghantarkan laporan penghantaran tentang mesej­mesej anda (perkhidmatan rangkaian).
S'iz imj (multim tmb) — untuk
menetapkan saiz imej dalam multimedia serta mesej
Saiz imej (multim.) — untuk
menetapkan saiz imej dalam mesej multimedia
Pemasaan slaid lalai — untuk
menetap masa lalai antara slaid­slaid di dalam mesej multimedia.
Bnrkn trima m'media > Ya atau Tidak — untuk menerima atau
menghalang mesej multimedia tersebut. Jika anda pilih Dalam
rangkn. rumah, anda tidak boleh
menerima mesej multimedia apabila di luar rangkaian rumah anda. Tetapan lalai perkhidmatan mesej multimedia biasanya Dalam
rangkn. rumah. Ketersediaan menu
ini bergantung pada telefon anda.
Mesej multim. masuk — untuk
membolehkan penerimaan mesej multimedia secara automatik, secara manual selepas diminta, atau untuk menolak penerimaan. Tetapan ini tidak dipaparkan jika
46
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Mesej
Bnrkn trima m'media ditetap ke Tidak.
Benarkan iklan — untuk menerima
atau menolak iklan. Tetapan ini tidak dipaparkan jika Bnrkn trima
m'media ditetapkan ke Tidak atau Mesej multim. masuk ditetapkan
ke Tolak.
Tetapan tatarajah > Tatarajah
Hanya tatarajah yang menyokong mesej multimedia akan dipaparkan. Pilih pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah
peribadi untuk mesej multimedia.
Pilih Akaun dan akaun MMS yang terkandung dalam tetapan tatarajah yang aktif.

Mesej e-mel

Tetapan-tetapan mesej mempengaruhi penghantaran, penerimaan, dan paparan e-mel. Anda boleh menerima tetapan­tetapan sebagai mesej tatarajah. Lihat ”Perkhidmatan tetapan
tatarajah” h. 14. Anda juga boleh
memasukkan tetapan-tetapan secara manual. Lihat ”Tatarajah” h. 64.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan
mesej > Mesej e-mel dan daripada
pilihan yang berikut:
Tatarajah — pilih set yang anda
hendak aktifkan
Akaun — pilih akaun yang
diberikan oleh pembekal khidmat
Nama saya — untuk memasukkan
nama atau nama panggilan anda
Alamat e-mel — untuk
memasukkan alamat e-mel anda
Maklumat log masuk — untuk
memasukkan maklumat menurut jenis pelayan
Tetapan mel masuk — untuk
memilih bilangan maksimum e-mel untuk diambil
Ttpan. keluar (SMTP) — untuk
memasukkan tetapan SMTP (protokol pemindahan mel ringkas)
Ppr t'tingkp terminal > Ya — untuk
menjalankan pengesahan pengguna manual untuk sambungan intranet
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
47
Kenalan

7. Kenalan

Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon (kenalan) di dalam memori telefon dan di dalam memori kad SIM.
Memori telefon boleh menyimpan kenalan dengan butiran tambahan, seperti pelbagai nombor telefon dan item teks. Anda juga boleh menyimpan imej untuk sebilangan kenalan yang terhad.
Memori kad SIM boleh menyimpan nama dengan satu nombor telefon dilampirkan padanya. Kenalan yang disimpan dalam memori kad SIM ditandakan dengan .

Mencari kenalan

Pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal melalui senarai kenalan, atau masukkan aksara pertama bagi nama yang anda sedang mencari.

Menyimpan nama dan nombor telefon

Nama dan nombor disimpan di dalam memori yang digunakan. Untuk menyimpan nama dan nombor telefon, pilih Menu >
Kenalan > Nama > Pilihan > Tamb kenalan baru.

Menyimpan butiran

Dalam memori telefon anda boleh menyimpan berlainan jenis nombor telefon, nada atau klip video, dan item teks ringkas untuk satu kenalan.
Nombor pertama yang disimpan ditetap sebagai nombor lalai secara automatik dan ia ditandakan dengan bingkai di sekeliling penunjuk jenis nombor (contohnya, ). Apabila anda memilih nama dari kenalan (contohnya, untuk membuat panggilan), nombor lalai digunakan kecuali anda memilih nombor lain.
Pastikan memori digunakan adalah Telefon atau Telefon dan
SIM. Lihat ”Tetapan” h. 50.
Cari kenalan yang ingin anda tambahkan butiran, dan pilih
Butiran > Pilihan > Tambah butiran. Pilih daripada pilihan
yang tersedia.
48
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Kenalan

Menyalin atau memindahkan kenalan

Untuk menyalin atau memindahkan kenalan dari memori kenalan telefon ke memori kad SIM, atau sebaliknya, pilih
Menu > Kenalan > Nama. Pilih
kenalan untuk disalin atau dipindahkan dan Pilihan > Salin
kenalan atau Pindah kenalan.
Untuk menyalin atau memindahkan beberapa kenalan, pilih kenalan yang pertama untuk disalin atau dipindahkan dan
Pilihan > Tanda. Tandakan kenalan
lain, dan pilih Pilihan > Salin yang
ditanda atau Pindah yang ditanda.
Untuk menyalin atau memindahkan semua kenalan dari memori kenalan telefon ke memori kad SIM, atau sebaliknya, pilih
Menu > Kenalan > Salin kenalan
atau Pindah kenalan.
Memori kad SIM boleh menyimpan nama dengan satu nombor telefon dilampirkan padanya.

Edit butiran kenalan

Cari kenalan tersebut, dan pilih
Butiran. Untuk mengedit nama,
nombor, item teks, atau untuk menukar imej, pilih Pilihan > Edit. Untuk menukar jenis nombor, tatal ke nombor yang diingini, dan pilih
Pilihan > Tukar jenis. Untuk
menetapkan nombor yang dipilih sebagai nombor lalai, pilih
Tetapkan sbg. lalai.

Menyegerakkan semua

Segerakkan kalendar, data kenalan, dan nota anda dengan pelayan Internet jauh (perkhidmatan rangkaian). Untuk mendapatkan butiran lanjut lihat
”Menyegerak dari pelayan” h. 60.

Memadam kenalan

Untuk memadam semua kenalan dan butiran yang dilampirkan pada kenalan dari telefon atau memori kad SIM, pilih Menu >
Kenalan > Pdm semua knln. > Drpd. memori telefon atau Daripada kad SIM.
Untuk memadam kenalan, cari kenalan yang diingini, dan pilih
Pilihan > Padam kenalan.
Untuk memadam nombor, teks item, atau imej yang dilampirkan ke kenalan, cari kenalan, dan pilih
Butiran. Tatal ke butiran yang
diingini, dan pilih Pilihan > Padam dan daripada pilihan yang tersedia.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
49
Kenalan

Kad niaga

Anda boleh menghantar dan menerima maklumat kenalan seseorang dari peranti yang serasi yang menyokong piawai vCard sebagai kad niaga.
Untuk menghantar kad niaga, cari kenalan yang maklumatnya ingin dihantar dan pilih Butiran >
Pilihan > Hantar kad niaga.
Apabila anda telah menerima kad niaga, pilih Tunjuk > Simpan untuk menyimpan kad niaga di dalam memori telefon. Untuk membuang kad niaga, pilih Keluar > Ya.

Tetapan

Pilih Menu > Kenalan > Tetapan dan daripada pilihan yang berikut:
Memori digunakan — untuk
memilih kad SIM atau memori telefon untuk kenalan anda. Pilih
Telefon dan SIM untuk
mendapatkan semula nama dan nombor dari kedua-dua memori. Dalam hal itu, apabila anda menyimpan nama dan nombor, ia disimpan di dalam memori telefon.
Pameran kenalan — untuk memilih
bagaimana nama dan nombor kenalan Kenalan dipaparkan
Paparan nama — untuk memilih
sama ada nama ’pertama atau akhir kenalan dipaparkan dulu
Saiz fon — untuk menetapkan saiz
fon untuk senarai kenalan
Taraf memori — untuk melihat
muatan memori yang bebas dan yang digunakan.

Kumpulan

Pilih Menu > Kenalan > Kumpulan untuk menyusun nama dan nombor telefon yang disimpan dalam memori ke dalam kumpulan pemanggil dengan nada dering dan imej kumpulan yang berlainan.

Dail cepat

Untuk memberi nombor kepada kekunci dail cepat, pilih Menu >
Kenalan > Dail cepat, dan tatal ke
nombor dail cepat yang anda mahu.
Pilih Berikan, atau jika nombor telah diberi kepada kekunci, pilih
Pilihan > Tukar. Pilih Cari dan
kenalan yang anda hendak berikan. Jika fungsi Dail cepat tidak aktif, telefon bertanya sama ada anda mahu mengaktifkannya. Lihat juga Dail cepat dalam
”Panggilan” h. 61.
50
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Untuk membuat panggilan menggunakan kekunci dail cepat, lihat ”Mendail cepat” h. 26.

Maklumat, perkhidmatan, dan nombor saya

Pilih Menu > Kenalan dan salah satu daripada submenu ini:
No. maklumat — untuk memanggil
nombor maklumat pembekal khidmat anda jika nombor tersebut disertakan pada kad SIM anda (perkhidmatan rangkaian).
Nombor khidmat — untuk
memanggil nombor perkhidmatan pembekal khidmat anda jika nombor tersebut disertakan pada kad SIM anda (perkhidmatan rangkaian).
Nombor saya — untuk melihat
nombor telefon yang diberikan kepada kad SIM anda, jika nombor tersebut disertakan pada kad SIM anda.
Kenalan
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
51
Log panggilan

8. Log panggilan

Telefon ini mendaftarkan panggilan tidak dijawab, diterima, dan didail anda jika rangkaian menyokongnya dan telefon dihidupkan dan berada di dalam kawasan perkhidmatan rangkaian.
Untuk melihat maklumat pada panggilan anda, pilih Menu > Log > Panggiln tak jwb, Panggilan
dit'ma, atau No. yg s'dh didail.
Untuk melihat panggilan yang tidak dijawab dan diterima terbaru dan nombor sudah didail mengikut susunan waktu, pilih Log
panggilan. Untuk melihat kenalan
yang terbaru anda hantarkan mesej, pilih Penerima mesej.
Untuk melihat maklumat hampiran mengenai komunikasi terbaru anda, pilih Menu > Log >
Tempoh pangln., Pembilang data,
atau P'msa data paket.
Untuk melihat bilangan mesej teks dan multimedia yang telah anda hantar dan terima, pilih Menu >
Log > Log mesej.
Nota: Invois sebenar untuk panggilan dan perkhidmatan dari pembekal khidmat anda mungkin berbeza-beza,
bergantung kepada ciri rangkaian, pembundaran untuk bil, cukai, dan sebagainya.
Beberapa pemasa mungkin ditetap semula semasa naik taraf khidmat atau perisian.

Maklumat lokasi

Rangkaian mungkin menghantar anda permintaan lokasi (perkhidmatan rangkaian). Hubungi pembekal khidmat anda untuk melanggani dan untuk menyetujui penghantaran maklumat lokasi.
Untuk menerima atau menolak permintaan lokasi, pilih Terima atau Tolak. Jika anda terlepas permintaan itu, telefon menerima atau menolaknya secara automatik menurut apa yang telah dipersetujui dengan operator rangkaian atau pembekal khidmat anda. Telefon memaparkan
1 permintaan kedudukan terlepas.
Untuk melihat permintaan lokasi yang terlepas, pilih Tunjuk.
Untuk melihat maklumat tentang 10 pemberitahuan atau
52
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
permintaan privasi terbaru atau untuk memadamnya, pilih Menu >
Log > Kedudukan > Log kedudukan
> Buka folder atau Padam semua.
Log panggilan
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
53
Tetapan

9. Tetapan

Profil

Telefon anda mempunyai pelbagai kumpulan tetapan, yang disebut profil, yang boleh anda sesuaikan nada dering telefon bagi acara dan persekitaran yang berbeza.
Pilih Menu > Tetapan > Profil, profil yang diingini dan dari pilihan berikut:
Aktifkan — untuk mengaktifkan
profil yang dipilih
Pilihan sendiri — untuk
memperibadikan profil. Pilih tetapan yang ingin anda tukar, dan buat perubahan.
Ditetap masa — untuk menetap
profil supaya aktif sehingga masa yang tertentu (sehingga 24 jam) dan tetapkan masa tamatnya. Apabila masa yang ditetapkan untuk profil telah tamat tempohnya, profil yang sebelumnya yang tidak ditetapkan masanya menjadi aktif.

Tema

Satu tema mengandungi unsur­unsur untuk memperibadikan telefon anda.
Pilih Menu > Tetapan > Tema dan daripada pilihan yang berikut:
Pilih tema — untuk menetapkan
tema. Satu senarai folder di dalam
Galeri dibuka. Buka folder Tema,
dan pilih satu tema.
Muat turun tema — untuk
membuka senarai pautan untuk memuat turun lebih banyak tema

Nada

Anda boleh menukar tetapan­tetapan nada profil aktif yang dipilih.
Pilih Menu > Tetapan > Nada. Anda boleh mendapatkan tetapan yang sama dalam menu Profil. Lihat Pilihan sendiri dalam ”Profil” h. 54.
Untuk menetapkan telefon supaya berdering hanya jika terdapat panggilan dari nombor-nombor telefon yang di dalam kumpulan pemanggil yang dipilih, Isyarat
untuk. Tatal ke kumpulan
pemanggil yang anda ingin atau
Semua panggilan, dan pilih Tanda.
Pilih Pilihan > Simpan untuk menyimpan tetapan atau Batal
54
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

Tetapan

untuk membiarkan tetapan tidak diubah.
Jika anda pilih aras nada dering paling tinggi, nada dering mencecah aras paling tingginya selepas beberapa saat.
Tetapan
Pilih Menu > Tetapan > Paparan dan dari pilihan yang tersedia:
Kertas hias dinding — untuk
menambah imej dalam mod siap sedia
Siap sedia aktif — untuk
menghidupkan atau mematikan mod siap sedia aktif dan untuk mengatur dan memperibadikan mod siap sedia aktif
Warna fon siap sedia — untuk
memilih warna untuk teks dalam mod siap sedia
Ikon k'kunci navigasi — untuk
memaparkan ikon pintasan kekunci tatal dalam mod siap sedia apabila siap sedia aktif dimatikan
Animasi pemutar — untuk
menetapkan telefon supaya memaparkan animasi dan membunyikan nada apabila anda membuka dan menutup telefon bergantung kepada tema
Gambar skrin > Aktif — untuk
menetapkan telefon anda untuk
memaparkan gambar skrin. Untuk memuat turun lebih banyak gambar skrin, pilih Muat turun
grafik. Untuk menetapkan masa
yang berlalu sebelum gambar skrin diaktifkan, pilih Tamat masa.
Penjimat kuasa — untuk
menjimatkan kuasa bateri. Tarikh dan jam digital dipaparkan apabila tiada fungsi telefon digunakan buat jangka masa tertentu.
Mod tidur — untuk menjimatkan
kuasa bateri. Paparan menjadi hitam sepenuhnya apabila tiada fungsi telefon digunakan buat jangka masa tertentu.
Saiz fon — untuk menetapkan saiz
fon bagi mesej, kenalan, dan halaman web
Logo operator — untuk
menetapkan telefon anda supaya memaparkan atau menyembunyikan logo operator
Paparan maklumt. sel > Aktif
untuk memaparkan pengenalan sel, jika tersedia dari rangkaian

Masa dan tarikh

Untuk menukar jenis jam, masa, zon masa dan tetapan, pilih Menu > Tetapan > Masa dan tarikh >
Masa, Tarikh, atau Kms. kini auto masa (perkhidmatan rangkaian).
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
55
Tetapan
Apabila anda pergi ke zon masa yang berlainan, pilih Menu >
Tetapan > Masa dan tarikh > Masa
> Zon masa dan zon masa lokasi anda dari segi perbezaan masa berhubung dengan Waktu Min Greenwich (GMT) atau Masa Terlaras Universal (UTC). Masa dan tarikh ditetap menurut zon masa dan membolehkan telefon anda memaparkan masa hantaran yang betul bagi mesej teks atau multimedia yang diterima. Contohnya, GMT -5 menandakan zon masa bagi New York (Amerika Syarikat), 5 jam ke barat Greenwich, London (UK).
Gunakan untuk India (New Delhi) GMT +5.5, untuk Thailand/ Indonesia/Vietnam GMT +7, untuk Singapura/Malaysia/Filipina GMT +8, untuk Australia (Syndey) GMT +10, dan untuk New Zealand GMT +12.

Pintasan saya

Dengan pintasan peribadi anda mendapatkan akses cepat ke fungsi-fungsi telefon yang kerap digunakan.

Kekunci pilihan kiri

Untuk memilih fungsi dari senarai, pilih Menu > Tetapan > Pintasan
saya > Kekunci pilihan kiri.
Jika kekunci pilihan kiri adalah
Pergi ke untuk mengaktifkan
fungsi, dalam mod siap sedia, pilih
Pergi ke > Pilihan dan daripada
pilihan yang berikut:
Pilih pilihan — untuk menambah
fungsi ke senarai pintasan, atau untuk mengeluarkannya
Atur — untuk menyusun semula
fungsi pada senarai pintasan peribadi anda

Kekunci pilihan kanan

Untuk memilih fungsi dari senarai, pilih Menu > Tetapan > Pintasan
saya > K'kunci pilihan kanan.

Kekunci navigasi

Untuk menguntukkan fungsi lain dari senarai yang dipratetapkan ke kekunci navigasi (kekunci tatal), pilih Menu > Tetapan > Pintasan
saya > Kekunci navigasi.

Arahan suara

Anda boleh memanggil kenalan dan menjalankan fungsi telefon, contohnya arahan suara. Arahan suara bergantung kepada bahasa. Untuk menetapkan bahasa, lihat
Bahasa pengecaman dalam
”Telefon” h. 62.
Untuk memilih fungsi telefon untuk mengaktifkan arahan
56
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tetapan
suara, pilih Menu > Tetapan >
Pintasan saya > Arahan suara
dan folder. Tatal ke fungsi. menandakan bahawa tag suara diaktifkan. Untuk mengaktifkan tag suara, pilih Tambah. Untuk memainkan arahan suara yang telah diaktifkan, pilih Main. Untuk menggunakan arahan suara, lihat ”Panggilan dailan
suara” h. 26.
Untuk menguruskan arahan suara, tatal ke fungsi telefon, dan pilih daripada pilihan yang berikut:
Edit atau Keluarkan — untuk
menukar atau menyahaktifkan arahan suara fungsi yang dipilih
Tambah semua atau Keluarkan semua — untuk mengaktifkan
atau menyahaktifkan arahan suara kepada semua fungsi dalam senarai arahan suara

Kesambungan

Anda boleh menyambungkan telefon ke peranti yang serasi dengan menggunakan teknologi wayarles Bluetooth, atau sambungan kabel data USB. Anda juga boleh menetap tetapan-tetapan bagi sambungan dailan EGPRS.

Teknologi wayarles Bluetooth

Peranti ini serasi dengan Spesifikasi Bluetooth 2.0 + EDR yang menyokong profil berikut: akses generik, akses rangkaian, tukaran objek generik, bebas tangan, alat dengar, push objek, pemindahan fail, rangkaian pendailan, akses SIM, dan port siri. Untuk memastikan keantarakendalian di antara peranti-peranti lain yang menyokong teknologi Bluetooth, gunakan tambahan-tambahan Nokia yang diluluskan untuk model ini. Periksa dengan pembuat peranti lain untuk menentukan keserasiannya dengan peranti ini.
Mungkin terdapat batasan tentang penggunaan teknologi Bluetooth di sesetengah lokasi. Periksa dengan pihak berkuasa atau pembekal khidmat setempat anda.
Ciri-ciri yang menggunakan teknologi Bluetooth atau yang membolehkan ciri-ciri tersebut berjalan di latar belakang semasa menggunakan ciri-ciri lain, menambah penggunaan kuasa bateri dan mengurangkan hayat bateri.
Teknologi Bluetooth membolehkan anda menyambungkan telefon ke
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
57
Tetapan
peranti Bluetooth yang serasi dalam jarak 10 meter (32 kaki). Oleh kerana peranti yang menggunakan teknologi Bluetooth berkomunikasi menggunakan gelombang radio, telefon anda dan peranti yang satu lagi itu tidak perlu berada dalam garis tampak langsung, walaupun sambungan boleh jadi mendapat gangguan dari halangan seperti tembok atau dari peranti-peranti elektronik lain.
Sediakan sambungan Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Bluetooth dan
daripada pilihan yang berikut:
Bluetooth > Aktif atau Tak aktif
untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi Bluetooth.
menandakan Bluetooth aktif.
Cari tambahan audio — untuk
mencari peranti audio Bluetooth yang serasi. Pilih peranti yang ingin anda sambungkan kepada telefon.
Peranti yg berpasang — untuk
mencari sebarang peranti Bluetooth yang di dalam jarak. Pilih Baru untuk menyenaraikan sebarang peranti Bluetooth yang dalam jarak. Pilih peranti dan
Psgkan. Masukkan kod laluan
Bluetooth peranti yang
dipersetujui (hingga 16 aksara) untuk memasangkan peranti dengan telefon anda. Anda hanya perlu memberi kod laluan ini apabila anda menyambung ke peranti buat kali pertama. Telefon anda menyambung ke peranti, dan anda boleh memulakan pemindahan data.
Sambungan wayarles Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Bluetooth. Untuk
memeriksa sambungan Bluetooth mana yang sedang aktif, pilih
Peranti aktif. Untuk melihat
senarai peranti Bluetooth yang sedang dipasangkan dengan telefon, pilih Peranti yg berpasang.
Tetapan Bluetooth
Untuk menetapkan bagaimana telefon anda dipaparkan kepada peranti Bluetooth lain, pilih Menu > Tetapan > Kesambungan >
Bluetooth > K'bolhlihatan tel saya
atau Nama telefon saya.
Jika anda bimbang tentang keselamatan, matikan fungsi Bluetooth atau tetapkan
K'bolhlihatan tel saya ke Tersembunyi. Sentiasa terima
hanya komunikasi Bluetooth daripada pihak-pihak yang mempunyai persetujuan dengan anda.
58
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tetapan

Data Paket

Perkhidmatan radio paket umum (General packet radio service, GPRS) adalah perkhidmatan rangkaian yang membolehkan telefon bimbit menghantar dan menerima data melalui rangkaian berasaskan protokol Internet (IP).
Untuk menentukan cara untuk menggunakan perkhidmatan ini, pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Data paket > Sambgn. data paket dan daripada
pilihan yang berikut:
Apabila diperlukan — untuk
menetapkan sambungan data paket apabila aplikasi perlukannya. Sambungan akan ditutup apabila aplikasi ditamatkan.
Sentiasa bertalian — untuk
menetapkan telefon supaya bersambung secara automatik kepada rangkaian data paket semasa anda menghidupkan telefon
membolehkan kesambungan GPRS dari PC.
Untuk menetapkan tetapan untuk sambungan dari PC anda, pilih
Menu > Tetapan > Kesambungan
> Data paket > Tetapan data paket > Pusat akses aktif, dan aktifkan pusat akses yang anda mahu gunakan. Pilih Edit pusat akses
aktif > Alias utk. pusat akses,
masukkan nama untuk menukar tetapan pusat akses, dan pilih OK. Pilih Pusat aks. data paket, masuk nama pusat akses (APN) untuk mewujudkan sambungan kepada rangkaian, dan pilih OK.
Anda juga boleh menetap tetapan-tetapan khidmat dailan EGPRS (nama pusat akses) pada PC anda dengan menggunakan perisian PC Suite. Lihat ”Nokia PC
Suite” h. 92. Jika anda telah
menetap tetapan-tetapan kedua­duanya pada PC anda dan pada telefon anda, tetapan-tetapan PC akan digunakan.
Tetapan modem
Anda boleh menyambungkan telefon menggunakan teknologi wayarles Bluetooth atau sambungan kabel data USB pada PC yang serasi dan menggunakan telefon sebagai modem untuk
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

Pemindahan data

Segerakkan kalendar, data kenalan dan nota anda dengan peranti serasi lain (contohnya, telefon bimbit), PC serasi, atau pelayan Internet jauh (perkhidmatan rangkaian).
59
Tetapan
Telefon anda membolehkan pemindahan data dengan PC yang serasi atau peranti lain yang serasi semasa menggunakan telefon itu tanpa kad SIM.
Senarai kenalan pemindahan
Untuk menyalin atau menyegerakkan data dari telefon anda, nama peranti dan tetapannya mesti berada dalam senarai kenalan pemindahan. Jika anda menerima data dari peranti yang lain (contohnya, telefon bimbit yang serasi), kenalan pemindahan yang sepadan ditambah secara automatik pada senarai, dengan menggunakan data kenalan dari peranti lain.
P'ygrakan. pelayan dan Penyegerakan PC adalah item asal
dalam senarai ini.
Untuk menambah kenalan pemindahan baru pada senarai (contohnya, telefon bimbit), pilih
Menu > Tetapan > Kesambungan
> Pindahan data > Pilihan > Tmb.
prnti. pindahan > Penyegerakan telefon atau Salin telefon, dan
masukkan tetapan menurut jenis pemindahan.
Untuk mengedit tetapan menyalin dan menyegerak, pilih kenalan dari senarai kenalan pemindahan dan
Pilihan > Edit.
Untuk memadam kenalan pemindahan, pilih ia dari senarai kenalan pemindahan dan Pilihan > Padam
Pemindahan data dengan peranti yang serasi
Untuk penyegerakan gunakan teknologi wayarles Bluetooth atau sambungan kabel. Peranti yang satu lagi mesti diaktifkan untuk menerima data.
Untuk memulakan pemindahan data, pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Pindahan data
dan kenalan pemindahan dari senarai selain daripada P'ygrakan.
pelayan atau Penyegerakan PC.
Menurut tetapannya, data yang dipilih disalin atau disegerakkan.
Menyegerak dari PC yang serasi
Untuk menyegerak data dari kalendar, nota, dan kenalan, pasang perisian Nokia PC Suite telefon anda pada PC. Gunakan teknologi wayarles Bluetooth atau kabel data USB untuk penyegerakan, dan mulakan penyegerakan dari PC.
Menyegerak dari pelayan
Untuk menggunakan pelayan Internet jauh, langgani perkhidmatan penyegerakan. Untuk maklumat lanjut dan
60
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tetapan
tetapan yang diperlukan untuk khidmat ini, hubungi pembekal khidmat anda. Anda boleh menerima tetapan-tetapan sebagai mesej tatarajah. Lihat
”Perkhidmatan tetapan tatarajah”
h. 14 dan ”Tatarajah” h. 64.
Untuk memulakan penyegerakan dari telefon anda, pilih Menu >
Tetapan > Kesambungan > Pindahan data > P'ygrakan. pelayan. Bergantung pada
tetapan, pilih Permulaan
penyegerakan atau Memulakan menyalin.
Penyegerakan untuk pertama kali atau selepas penyegerakan yang terganggu boleh mengambil masa sehingga 30 minit untuk selesai.

Kabel data USB

Anda boleh menggunakan kabel data USB untuk memindahkan data antara telefon dan PC atau pencetak yang menyokong PictBridge. Anda boleh juga menggunakan kabel data USB dengan Nokia PC Suite.
Untuk mengaktifkan telefon untuk pemindahan data atau pencetakan imej, sambungkan kabel data. Sahkan Kabel data USB
tersambung. Pilih mod. dan pilih
pilihan daripada yang berikut:
Mod Nokia — untuk menggunakan
kabel bagi PC Suite.
Pencetakan & media — untuk
menggunakan telefon dengan pencetak serasi PictBridge atau dengan PC serasi anda.
Simpanan data — untuk
menyambungkan PC yang tidak mempunyai perisian Nokia dan menggunakan telefon sebagai peranti simpanan data.
Untuk menukar mod USB, pilih
Menu > Tetapan > Kesambungan
> Kabel data USB > Mod Nokia,
Pencetakan & media, atau Simpanan data.

Panggilan

Pilih Menu > Tetapan > Panggilan dan daripada pilihan yang berikut:
Alih panggilan — untuk
mengalihkan panggilan masuk anda (perkhidmatan rangkaian). Anda mungkin tidak dapat mengalihkan panggilan anda jika beberapa fungsi sekatan panggilan sedang aktif. Lihat
Khidmat sekat pgln. dalam
”Keselamatan” h. 65.
Kejelasan suara > Aktif — Untuk
meningkatkan kebolehfahaman pertuturan dalam persekitaran yang bising
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
61
Tetapan
Jwb guna sbrg. kknci > Aktif
untuk menjawab panggilan masuk dengan menekan sebentar sebarang kekunci, kecuali kekunci kuasa, kekunci kamera, kekunci pilihan kiri dan kanan, atau kekunci tamat
Dail s'mla automatik > Aktif
untuk membuat maksimum 10 percubaan untuk menyambung panggilan selepas satu percubaan memanggil yang gagal
Dail cepat > Aktif — untuk mendail
nama dan nombor telefon yang diberi kepada kekunci-kekunci dail cepat 2 hingga 9 dengan menekan dan menahan kekunci nombor yang sepadan.
Panggilan menanti > Aktifkan
agar rangkaian memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang melayani panggilan lain (perkhidmatan rangkaian). Lihat ”Panggilan menanti” h. 27.
Ringkasan slps. pgln. > Aktif
untuk memaparkan sebentar anggaran tempoh dan kos (perkhidmatan rangkaian) panggilan selepas setiap panggilan
Htr id'titi pmggl. saya > Ya
untuk memaparkan nombor telefon anda kepada orang yang sedang anda hubungi (perkhidmatan rangkaian). Untuk
menggunakan tetapan yang telah dipersetujui dengan pembekal khidmat anda, pilih Ditetap
rangkaian.
Talian utk. pgl. keluar — untuk
memilih talian telefon 1 atau 2 untuk membuat panggilan jika disokong oleh kad SIM anda (perkhidmatan rangkaian).
P'dalian pgln. p'mtar — untuk
menetapkan telefon supaya menjawab panggilan apabila anda membuat telefon atau menamatkan panggilan apabila anda menutup telefon

Telefon

Pilih Menu > Tetapan > Telefon dan daripada pilihan yang berikut:
Tetapan bahasa — Untuk
menetapkan bahasa telefon anda, pilih Bahasa telefon.
Automatik memilih bahasa
menurut maklumat pada kad SIM. Untuk memilih bahasa kad USIM, pilih Bahasa SIM. Untuk menetapkan bahasa untuk arahan suara, pilih Bahasa pengecaman.
Kawal k'knci k'slmtan — untuk
menetap telefon supaya meminta kod keselamatan apabila anda membuka kunci kawal kekunci. Masukkan kod keselamatan, dan pilih Aktif.
62
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tetapan
Kawal kekunci auto. — untuk
mengunci pad kekunci telefon secara automatik selepas tundaan masa yang dipratetap apabila telefon dalam mod siap sedia dan tiada fungsi telefon telah digunakan. Pilih Aktif, dan tetapkan masanya.
Kata sambutan — untuk menulis
nota yang dipaparkan apabila telefon dihidupkan
Pertanyaan p'nrbngn. > Aktif
Telefon bertanya setiap kali ia dihidupkan sama ada profil penerbangan harus digunakan. Dengan profil penerbangan semua sambungan radio dimatikan. Profil penerbangan harus digunakan di kawasan yang peka terhadap pemancaran radio.
Kemas kini telefon — untuk
menerima kemas kinian perisian dari pembekal khidmat (perkhidmatan rangkaian). Pilihan ini mungkin tidak tersedia, bergantung kepada telefon anda. Lihat ”Kemas kini perisian telefon” h. 66.
Pilihan operator > Automatik
untuk menetap telefon supaya memilih secara automatik salah satu daripada rangkaian­rangkaian selular yang terdapat di kawasan anda. Dengan Manual anda boleh memilih rangkaian
yang mempunyai perjanjian perayauan dengan pembekal khidmat anda.
Sahkan tindakan SIM — Lihat
”Perkhidmatan SIM” h. 91.
Aktifkn teks bantuan — untuk
memilih sama ada telefon memaparkan teks bantuan.
Nada permulaan > Aktif — Telefon
memainkan nada apabila ia dihidupkan.

Tambahan

Menu ini atau opsyen berikut dipaparkan hanya jika telefon sedang atau telah disambungkan ke tambahan bimbit yang serasi.
Pilih Menu > Tetapan >
Tambahan. Pilih satu tambahan,
dan bergantung kepada tambahan itu, daripada pilihan-pilihan berikut:
Profil lalai — untuk memilih profil
yang ingin anda aktifkan secara automatik apabila anda menyambung kepada tambahan yang terpilih.
Jawapan automatik — untuk
menetap telefon supaya menjawab panggilan masuk secara automatik selepas 5 saat. Jika Isyarat pgln. masuk ditetap ke
Bip sekali atau Tak ak tif, jawapan
automatik dimatikan.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
63
Tetapan
Lampu — untuk menetapkan
lampu agar sentiasa Aktif. Pilih
Automatik untuk menetap lampu
dihidupkan selama 15 saat selepas penekanan kekunci.
Telefon teks > Guna telefon teks > Ya — untuk menggunakan tetapan
telefon teks dan bukan tetapan alat dengar atau set gelung.
Jika telefon anda disediakan dengan gelung alat bantu dengar, pilih Alat bantu dengar > Mod a/
bntu dgr glg-t > Aktif untuk
mengoptimumkan kualiti bunyi apabila menggunakan gelung-t alat bantu pendengaran. Ikon dipaparkan apabila Mod a/bntu
dgr glg-t aktif.

Tatarajah

Anda boleh menatarajah telefon anda dengan tetapan-tetapan yang diperlukan untuk khidmat­khidmat tertentu berfungsi dengan betul. Pembekal khidmat anda mungkin juga menghantar anda tetapan ini. Lihat
”Perkhidmatan tetapan tatarajah”
h. 14.
Pilih Menu > Tetapan > Tatarajah dan daripada pilihan yang berikut:
Ttpan. tatarajah lalai — untuk
melihat pembekal-pembekal khidmat yang disimpan di dalam
telefon. Untuk menetapkan tetapan tatarajah pembekal khidmat sebagai tetapan lalai, pilih Pilihan > Tetap sebagai lalai.
Akt. lalai dlm sma apl — untuk
mengaktifkan tetapan tatarajah lalai untuk aplikasi yang disokong
Pusat aks. diutamakn — untuk
melihat pusat-pusat akses yang disimpan. Tatal ke satu pusat akses, dan pilih Pilihan > Butiran untuk melihat nama pembekal khidmat, pembawa data, dan pusat akses data paket atau nombor dailan-GSM.
Sambung ke bantuan — untuk
memuat turun tetapan tatarajah daripada pembekal khidmat anda
Ttpn p'gurus. peranti — untuk
membolehkan atau menghalang telefon daripada menerima kemas kini perisian telefon. Pilihan ini mungkin tidak tersedia, bergantung kepada telefon anda. Lihat ”Kemas kini perisian telefon” h. 66.
Ttpn tatarajah pribdi — untuk
menambah akaun-akaun peribadi baru bagi pelbagai perkhidmatan, dan untuk mengaktifkan atau memadamnya. Untuk menambah akaun peribadi baru jika anda belum berbuat demikian, pilih
Tambah; jika tidak, pilih Pilihan >
Tambah baru. Pilih jenis khidmat,
64
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tetapan
dan pilih dan masukkan setiap parameter yang diperlukan. Parameter-parameter berbeza­beza menurut jenis khidmat yang dipilih. Untuk memadam atau mengaktifkan akaun peribadi, tatal kepadanya dan pilih Pilihan > Padam atau Aktifkan.

Keselamatan

Apabila ciri-ciri keselamatan yang menyekat panggilan sedang digunakan (seperti sekatan panggilan, kumpulan pengguna terhad, dan dail tetap) panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda.
Pilih Menu > Tetapan >
Keselamatan dan daripada pilihan
yang berikut:
Permintaan kod PIN dan Permintaan kod UPIN — untuk
menetapkan telefon supaya meminta kod PIN atau UPIN anda setiap kali telefon dihidupkan. Sesetengah kad SIM tidak membenarkan permintaan kod dinyahaktifkan.
Permintaan kod PIN2 — untuk
memilih sama ada kod PIN2 diperlukan apabila menggunakan ciri telefon tertentu yang dilindungi oleh kod PIN2.
Sesetengah kad SIM tidak membenarkan permintaan kod dinyahaktifkan.
Khidmat sekat pgln. — untuk
menyekat panggilan masuk dan panggilan keluar dari telefon anda (perkhidmatan rangkaian). Kata laluan sekatan diperlukan.
Dail tetap — untuk menyekat
panggilan keluar anda kepada nombor telefon yang dipilih jika fungsi ini disokong oleh kad SIM anda. Apabila dailan tetap hidup, sambungan GPRS tidak boleh diwujudkan kecuali apabila menghantar mesej teks melalui sambungan GPRS. Dalam keadaan ini, nombor telefon penerima dan nombor pusat mesej mesti disertakan di dalam senarai dailan tetap.
Kump. p'guna terhad — untuk
menentukan sekumpulan orang yang boleh anda panggil dan yang boleh memanggil anda (perkhidmatan rangkaian)
Tahap keselamatan > Telefon
untuk menetapkan telefon supaya meminta kod keselamatan setiap kali kad SIM baru dimasukkan ke dalam telefon. Jika anda pilih
Memori, telefon meminta kod
keselamatan apabila memori kad SIM dipilih, dan anda mahu
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
65

Tetapan

menukar memori yang sedang digunakan.
Kod akses — menukar kod
keselamatan, kod PIN, kod UPIN, kod PIN2, atau kata laluan sekatan.
Kod digunakan — untuk memilih
sama ada kod PIN atau kod UPIN yang seharusnya aktif
Sijil kuasa atau Sijil pengguna
untuk melihat senarai sijil kuasa atau pengguna yang dimuat turun ke dalam telefon anda. Lihat ”Sijil” h. 89.
Ttpn modul k'selamtn — untuk
melihat Butir. modul kslmtan., aktifkan P'mintaan PIN modul, atau tukar PIN modul dan PIN tandatangan. Lihat juga ”Kod akses” h. xi.

Menyimpan semula tetapan kilang

Untuk menetapkan semula tetapan menu kepada nilai asal, pilih Menu > Tetapan > S/smla ttp
kilang. Masukkan kod
keselamatan. Nama dan nombor telefon yang disimpan dalam
Kenalan tidak dipadam.

Kemas kini perisian telefon

Pembekal khidmat anda boleh menghantar kemas kini perisian telefon melalui udara langsung kepada peranti anda (perkhidmatan rangkaian). Pilihan ini mungkin tidak tersedia, bergantung kepada telefon anda.
Amaran: Jika anda memasang kemas kinian perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti ini, walaupun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga kemas kini tersebut selesai dan peranti dimulakan semula. Pastikan anda membuat salinan sandaran bagi data sebelum menerima kemas kini perisian.
Tetapan
Untuk membenarkan atau tidak membenarkan kemas kinian perisian telefon, pilih Menu >
Tetapan > Tatarajah > Ttpn p'gurus. peranti > K/kini p'risian p/ khid dan pilihan yang berikut:
Sentiasa benarkan — untuk
menjalankan semua muat turun
66
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
dan kemas kinian perisian secara automatik
Sentiasa tolak — untuk menolak
semua kemas kinian perisian
Sahkan dulu — untuk menjalankan
muat turun dan kemas kinian perisian hanya selepas pengesahan anda (tetapan lalai)

Meminta kemas kini perisian

Pilih Menu > Tetapan > Telefon >
Kemas kini telefon untuk meminta
kemas kinian perisian telefon yang tersedia dari pembekal khidmat anda. Pilih Butir. p'risian semasa untuk memaparkan versi perisian semasa dan memeriksa sama ada kemas kinian diperlukan. Pilih M/
turun perisian tel. untuk memuat
turun dan memasang kemas kinian perisian telefon. Ikut arahan pada paparan.
Tetapan

Pasang kemas kini perisian

Pilih Psng. k/kini perisian untuk memulakan pemasangan, apabila pemasangan dibatalkan selepas muat turun.
Kemas kini perisian boleh mengambil masa beberapa minit. Jika terdapat masalah dengan pemasangan, hubungi pembekal khidmat anda.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
67
Menu operator

10. Menu operator

Menu ini membolehkan anda mengakses portal kepada khidmat-khidmat yang disediakan oleh operator rangkaian anda. Nama dan ikon bergantung kepada operator. Untuk maklumat lanjut, hubungi operator rangkaian anda. Operator boleh mengemas kini menu ini dengan satu mesej khidmat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat ”Peti masuk khidmat” h. 87.
68
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

11. Galeri

Galeri
Dalam menu ini anda boleh mengurus imej, klip video, fail muzik, tema, grafik, nada, rakaman, dan fail diterima. Fail­fail ini disimpan di dalam memori telefon atau kad memori microSD yang terpasang dan boleh disusun di dalam folder-folder.
Telefon anda menyokong sistem kunci pengaktifan bagi melindungi kandungan yang diperoleh. Sentiasa periksa syarat-syarat penghantaran sebarang kandungan dan kunci pengaktifan sebelum memperolehnya, kerana ia mungkin dikenakan bayaran.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau dihantar lanjut.
Untuk melihat senarai folder tersebut, pilih Menu > Galeri.
Untuk melihat pilihan yang tersedia untuk sebuah folder, pilih folder dan Pilihan.
Untuk melihat senarai fail dalam sebuah folder, pilih folder dan
Buka.
Untuk melihat pilihan yang tersedia untuk sebuah fail, pilih fail dan Pilihan.
Untuk melihat folder-folder kad memori semasa memindahkan fail, tatal ke kad memori, dan tekan kekunci tatal kanan.

Mencetak imej

Peranti anda menyokong Nokia XpressPrint. Untuk menyambungkannya dengan pencetak yang serasi gunakan kabel data atau hantarkan imej melalui Bluetooth ke pencetak yang menyokong teknologi Bluetooth. Lihat ”Kesambungan” h. 57.
Anda boleh mencetak imej yang dalam format JPEG. Imej yang diambil dengan kamera disimpan secara automatik dalam format JPEG.
Pilih imej yang ingin anda cetak dan Pilihan > Cetak.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
69
Galeri

Kad memori

Jauhkan semua kad memori dari kanak-kanak kecil.
Anda boleh menggunakan kad memori microSD untuk menyimpan fail-fail multimedia seperti klip video, trek muzik, dan fail bunyi, imej, dan data mesej.
Beberapa folder di dalam Galeri dengan kandungan yang digunakan oleh telefon (contohnya, Tema) boleh disimpan pada kad memori.
Untuk memasukkan dan mengeluarkan kad memori microSD, lihat ”Masukkan kad
microSD” h. 17.

Memformat kad memori

Apabila kad memori diformat, semua data pada kad hilang buat selama-lamanya. Sesetengah kad memori dibekalkan dalam keadaan sudah diformat dan yang lain pula perlu diformat. Hubungi penjual anda untuk mengetahui sama ada anda perlu memformat kad memori anda sebelum anda menggunakannya.
Untuk memformat kad memori, pilih Menu > Galeri atau Aplikasi, folder kad memori , dan
Pilihan > Format kad memori > Ya.
Setelah pemformatan selesai, masukkan nama bagi kad memori.

Mengunci kad memori

Untuk menetap kata laluan bagi mengunci kad memori anda untuk mencegah penggunaannya tanpa izin, pilih Pilihan > Tetap kata
laluan. Kata laluan boleh jadi
sehingga lapan aksara panjangnya.
Kata laluan disimpan di dalam telefon anda dan anda tidak perlu memasukkannya lagi semasa anda menggunakan kad memori pada telefon yang sama. Jika anda mahu menggunakan kad memori pada telefon lain, anda diminta memberikan kata laluannya. Untuk memadam kata laluan, pilih
Pilihan > Padam kata laluan.

Memeriksa penggunaan memori

Untuk memeriksa penggunaan memori kumpulan data yang berlainan dan memori yang tersedia bagi memasang aplikasi atau perisian baru pada kad memori anda, pilih Pilihan >
Butiran.
70
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

12. Media

Media
Apabila mengambil dan menggunakan imej atau klip video, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan serta hak privasi dan undang-undang orang lain termasuk hak cipta.

Kamera dan video

Anda boleh mengambil imej atau merakam klip video dengan kamera terbina dalam.

Mengambil imej

Untuk mendapatkan fungsi imej pegun, tekan kekunci kamera dalam mod siap sedia, pilih Menu > Media > Kamera, atau jika fungsi video aktif, tatal ke kiri atau kanan.
Untuk mengambil imej dalam format landskap, pegang telefon dalam kedudukan mendatar. Untuk mengezum masuk dan keluar dalam mod kamera, tekan kekunci tatal ke atas dan ke bawah, atau kekunci kelantangan.
Untuk mengambil imej, pilih
Tangkap, atau tekan kekunci
kamera. Telefon meyimpan imej pada kad memori.
Pilih Pilihan untuk menetap
Aktifkan mod malam jika
pencahayaan malap, Aktifkn
pemasa k'diri untuk mengaktifkan
pemasa kendiri, Aktifkan urutan
imej untuk mengambil imej
dengan turutan yang cepat. Dengan tetapan saiz imej tertinggi tiga imej diambil dalam satu urutan; dengan tetapan saiz lain, lima imej diambil.
Pilih Pilihan > Tetapan > Masa
pratonton imej dan masa
pratonton untuk memaparkan imej yang telah ditangkap. Semasa masa pratonton, pilih Balik untuk mengambil imej lain atau Hantar untuk menghantar imej sebagai mesej multimedia.
Peranti anda menyokong resolusi tangkapan imej 1200 x 1600 piksel. Resolusi imej dalam bahan ini mungkin kelihatan berlainan.

Merakam klip video

Untuk mendapatkan fungsi video, tekan kekunci kamera dalam mod
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
71
Media
siap sedia, pilih Menu > Media >
Video, atau jika fungsi kamera
aktif, tatal ke kiri atau kanan. Untuk memulakan rakaman video, pilih Rakam. Untuk menjedakan rakaman, pilih Jeda; untuk menyambung rakaman, pilih
Teruskan; untuk menghentikan
rakaman, pilih Henti. Telefon meyimpan klip video pada kad memori atau memori telefon.

Pilihan kamera dan video

Untuk menggunakan penapis, pilih
Pilihan > Kesan > Warna palsu, Skala kelabu, Sepia, Negatif, atau Solar.
Untuk menyesuaikan kamera pada keadaan cahaya, pilih Pilihan >
Imbangan putih > Auto, Siang, Tungsten atau Fluoresen.
Untuk menukar tetapan kamera dan video lain dan untuk memilih penyimpan imej dan video, pilih
Pilihan > Tetapan.

Pemain media

Dengan pemain media anda boleh melihat, memainkan, dan memuat turun fail-fail, seperti imej, audio, video, dan imej animasi. Anda juga boleh melihat video striming yang serasi dari pelayan rangkaian (perkhidmatan rangkaian).
Pilih Menu > Media > Pemain
media > Buka Galeri, Penanda buku, Pergi ke alamat, atau Muat turun media untuk memilih atau
memuat turun media.
Pilih Menu > Media > Pemain
media > Selang FF/Rew untuk
menetapkan kelebaran langkah untuk memaju pantas atau memutar balik.

Tatarajah untuk perkhidmatan strim

Anda boleh menerima tetapan tatarajah yang diperlukan untuk pengestriman sebagai mesej tatarajah daripada pembekal khidmat. Lihat ”Perkhidmatan
tetapan tatarajah” h. 14. Anda
juga boleh memasukkan tetapan­tetapan secara manual. Lihat
”Tatarajah” h. 64. Untuk
mengaktifkan tetapan, lakukan yang berikut:
1. Pilih Menu > Media > Pemain
media > Tetapan strim > Tatarajah.
2. Pilih pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah peribadi untuk mesej pengestriman.
3. Pilih Akaun dan satu akaun perkhidmatan strim yang terkandung di dalam tetapan­tetapan tatarajah yang aktif.
72
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Media

Pemain muzik

Telefon anda menyertakan pemain muzik bagi mendengar trek muzik atau fail bunyi MP3 atau AAC lain yang telah anda muat turun dari Web atau dipindahkan ke telefon dengan Nokia PC Suite. Lihat
”Nokia PC Suite” h. 92.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, muzik (termasuk nada dering), dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau dihantar lanjut.
Fail muzik disimpan dalam folder muzik dalam memori telefon atau pada kad memori akan dikesan secara automatik dan ditambah ke pustaka muzik semasa telefon dimulakan.
Untuk membuka pemain muzik, pilih Menu > Media > Pemain
muzik.

Memainkan trek muzik

Amaran! Dengarkan muzik pada aras kelantangan yang sederhana. Pendedahan kepada kelantangan yang tinggi secara terus menerus boleh merosakkan pendengaran anda.
Mengendalikan pemain muzik dengan kekunci maya pada paparan.
Apabila anda membuka menu Pemain muzik, butiran trek pertama pada senarai trek lalai ditunjukkan. Untuk memainkan, pilih .
Untuk melaraskan aras kelantangan, gunakan kekunci­kekunci kelantangan di sebelah tepi telefon.
Untuk menjedakan main, pilih .
Untuk melangkau ke trek yang berikutnya, pilih . Untuk melangkau ke awal trek yang sebelumnya, pilih .
Untuk memundurkan trek semasa, pilih dan tahan . Untuk memajukan cepat trek semasa, pilih dan tahan . Lepaskan kekunci di kedudukan yang anda mahu.
Untuk menghentikan pemain muzik, pilih Balik.

Pilihan pemain muzik

Dalam menu Pemain muzik, pilih daripada pilihan yang berikut:
Senarai trek — Lihat semua trek
dari senarai trek aktif yang tersedia dan mainkan trek yang dikehendaki. Untuk memainkan
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
73
Media
trek, tatal ke trek yang diingini, dan pilih Main.
Pustaka muzik — Lihat semua trek
yang tersedia disusun mengikut
Artis, Album, Genre, Penggubah,
atau Senarai trek. Pilih Kemas kini
pustaka untuk memuat semula
senarai. Kesan senarai yang dijanakan dengan Nokia Music Manager yang anda dapati di bawah Senarai trek > Senarai trek
saya.
Pilihan main — Pilih Rawak untuk
memainkan trek dalam senarai trek dalam urutan rawak. Pilih
Ulang untuk memainkan trek
semasa atau seluruh senarai trek berulang kali.
Penyama media — untuk memilih
atau menentukan tetapan penyama
Tamb. pd. Kegemaran — untuk
menambah trek semasa pada senarai trek kegemaran
Main mel. Bluetooth — untuk
menyambung dan memainkan trek pada aksesori audio dengan menggunakan teknologi Bluetooth
Guna nada — Tetapkan trek muzik
yang kini dimainkan, contohnya, sebagai nada dering.
Hantar — untuk menghantar trek
semasa melalui mesej multimedia
atau menggunakan teknologi Bluetooth
Laman web — untuk mengakses
halaman Web yang berkaitan dengan trek yang kini dimainkan
Muat turun muzik — untuk
menyambung ke perkhidmatan Web
Status memori — untuk melihat
muatan memori yang bebas dan yang digunakan.

Radio

Radio FM bergantung kepada antena lain daripada antena peranti wayarles. Alat dengar atau tambahan yang serasi perlu dipasangkan kepada peranti ini supaya radio FM boleh berfungsi dengan betul.
Amaran: Dengarkan muzik pada aras kelantangan yang sederhana. Pendedahan kepada kelantangan yang tinggi secara terus menerus boleh merosakkan pendengaran anda. Jangan pegang peranti ini dekat pada telinga apabila pembesar suara sedang digunakan, kerana kelantangannya mungkin sangat kuat.
74
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Media
Pilih Menu > Media > Radio.
Untuk menggunakan kekunci­kekunci grafik , , , atau
pada paparan, tatal ke kiri atau ke kanan ke kekunci yang diingini, dan pilihkannya.

Simpan frekuensi radio

1. Untuk memulakan carian
saluran, pilih dan tahan atau . Untuk menukar frekuensi radio dalam langkah
0.05 MHz, tekan sebentar atau .
2. Untuk menyimpan frekuensi ke
lokasi memori, 1 hingga 9, tekan dan tahan kekunci nombor yang sepadan. Untuk menyimpan frekuensi ka lokasi memori dari 10 hingga 20, tekan sebentar 1 atau 2, dan tekan dan tahan kekunci nombor yang diingini, 0 hingga
9.
3. Masuk nama stesen radio.

Mendengar radio

Pilih Menu > Media > Radio. Untuk tatal ke frekuensi yang diingini, pilih atau , atau tekan kekunci alat dengar. Untuk memilih stesen radio, tekan sebentar kekunci nombor yang sepadan. Untuk melaraskan
kelantangan, tekan kekunci kelantangan.
Pilih daripada pilihan yang berikut:
Matikan — mematikan radio.
Pembesar suara atau Alat dengar
— mendengar radio menggunakan pembesar suara atau alat dengar. Pastikan alat dengar disambungkan ke telefon. Wayar penyambung alat dengar berfungsi sebagai antena radio.
Output mono atau Output stereo
untuk mendengar radio dalam bunyi monofonik atau dalam stereo
Saluran — untuk memilih senarai
stesen yang tersimpan. Untuk memadam atau menamakan semula stesen, tatal ke stesen yang diingini, dan pilih Pilihan >
Padam saluran atau Nama semula.
Cari semua saluran — untuk
mencari secara automatik stesen yang tersedia di lokasi anda
Tetap frekuensi — untuk
memasukkan frekuensi stesen radio yang diingini
Direktori stesen — untuk
mengakses tapak Web dengan senarai stesen radio
Apabila suatu aplikasi yang menggunakan data paket atau sambungan HSCSD sedang
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
75
Media
menghantar atau menerima data, ia mungkin mengganggu radio.

Perakam suara

Anda boleh merakam bahagian ucapan, bunyi, atau panggilan aktif, dan menyimpannya dalam
Galeri. Ini berguna apabila
merakamkan nama dan nombor telefon untuk dituliskan kemudian.
Perakam tidak boleh digunakan apabila panggilan data atau sambungan GPRS sedang aktif.

Merakamkan bunyi

1. Pilih Menu > Media > Perakam.
Untuk menggunakan kekunci grafik , , atau pada paparan, tatal ke kiri atau ke kanan ke kekunci yang diingini, dan pilih ia.
2. Untuk memulakan rakaman, pilih . Untuk memulakan rakaman semasa panggilan, pilih Pilihan > Rakam. Semasa merakamkan panggilan, semua pihak dalam panggilan mendengar bunyi bip perlahan. Semasa merakamkan panggilan, pegang telefon di kedudukan biasa berdekatan dengan telinga anda. Untuk menjedakan rakaman, pilih .
3. Untuk menamatkan rakaman, pilih . Rakaman disimpan di dalam Galeri > Rakaman.
Untuk mendengar rakaman terakhir, pilih Pilihan > Main
rakam terakhir.
Untuk menghantar rakaman akhir, pilih Pilihan > Hntr
rakaman t'akhir.
Untuk melihat senarai rakaman dalam Galeri, pilih Pilihan >
Senarai rakaman > Rakaman.

Penyama

Anda boleh mengawal mutu bunyi apabila menggunakan pemain muzik dengan menguatkan atau memperlahankan jalur-jalur frekuensi.
Pilih Menu > Media > Penyama.
Untuk mengaktifkan satu set, tatal ke salah satu daripada set penyama, dan pilih Aktifkan.
Untuk melihat, mengedit atau menamakan semula set yang dipilih, pilih Pilihan > Lihat, Edit, atau Nama semula. Tidak semua set boleh diedit atau dinamakan semula.

Peluasan stereo

Peluasan stereo menambah output audio telefon dengan membolehkan
76
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
kesan bunyi stereo yang lebih luas. Untuk menukar tetapan, pilih
Menu > Media > Peluasan stereo.
Media
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
77
Pengatur

13. Pengatur

Jam penggera

Anda boleh menetap telefon untuk menggera pada masa yang diingini. Pilih Menu > Pengatur >
Jam penggera.
Untuk menetapkan penggera, pilih
Waktu penggera, dan masukkan
masa penggera. Untuk menukar waktu penggera bila waktu penggera ditetapkan, pilih Aktif.
Untuk menetap telefon supaya memberi isyarat kepada anda pada hari-hari tertentu, pilih Ulangi
penggera.
Untuk memilih nada penggera atau untuk menetap radio sebagai nada penggera, pilih Nada
penggera. Jika anda memilih radio
sebagai nada penggera, sambungkan alat dengar kepada telefon.
Untuk menetapkan masa muncul tunda, pilih Tamat masa tunda dan masa.

Hentikan penggera

Telefon membunyikan nada isyarat dan memancarkan Penggera! dan masa semasa di paparan, meskipun telefon dimatikan.
Untuk berhenti memainkan, pilih
Henti. Jika anda membiarkan
telefon terus membunyikan penggera selama seminit atau pilih Tunda, penggeranya berhenti untuk masa anda tetap dalam
Tamat masa tunda, kemudian
meneruskannya.
Jika tiba masa penggera semasa peranti ini dimatikan, peranti ini akan dihidupkan dengan sendirinya dan mula membunyikan nada penggera. Jika anda memilih Henti, peranti ini akan bertanya sama ada anda ingin mengaktifkan peranti ini untuk panggilan. Tekan Tidak untuk mematikan telefon atau Ya untuk membuat dan menerima panggilan. Jangan pilih Ya apabila penggunaan telefon wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Kalendar

Pilih Menu > Pengatur > Kalendar.
Hari semasa ditandakan dengan bingkai. Jika terdapat sebarang nota yang ditetapkan untuk hari itu, hari tersebut ditebalkan, dan
78
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Pengatur
permulaan nota dipaparkan di bawah kalendar. Untuk melihat nota-nota hari, pilih Pamer. Untuk melihat minggu, pilih Pilihan >
Pamer minggu. Untuk memadam
semua nota dalam kalendar, pilih pandangan bulan atau minggu dan pilih Pilihan > Padam semua
nota.
Dalam Tetapan anda boleh menetapkan tarikh, masa, zon masa, format tarikh atau masa, pemisah tarikh, pameran lalai, atau hari pertama bagi minggu. Dalam Padam automat. nota anda boleh menetapkan telefon supaya memadam nota-nota lama secara automatik selepas masa yang ditentukan.

Membuat nota kalendar

Pilih Menu > Pengatur > Kalendar. Tatal ke tarikh, dan pilih Pilihan >
Buat nota dan salah satu daripada
jenis nota yang berikut:
Mesyuarat, Panggil, Harijadi, Memo, atau Peringatan. Isi medan.

Penggera nota

Telefon memaparkan nota dan jika ditetap, bunyi nada. Dengan nota panggilan pada paparan, panggil nombor yang dipaparkan dengan menekan kekunci panggil.
Untuk menghentikan penggera dan melihat nota, pilih Pamer. Untuk menghentikan penggera selama 10 minit, pilih Tunda.
Untuk menghentikan penggera tanpa melihat nota, pilih Keluar.

Senarai tugasan

Untuk menyimpan nota bagi sesuatu tugas yang perlu anda buat, pilih Menu > Pen gatu r >
Senarai tugasan.
Untuk membuat nota jika tiada nota ditambahkan, pilih Tambah; jika tidak, pilih Pilihan > Tambah. Isikan medan-medan berikut, dan pilih Simpan.
Untuk melihat nota, tatal ke nota itu, dan pilih Pamer. Apabila melihat nota, anda boleh juga memilih pilihan untuk mengedit sifat. Anda juga boleh memilih pilihan untuk memadam nota yang dipilih dan memadam semua nota yang telah anda tandakan sebagai selesai.

Nota

Untuk menulis dan menghantar nota Menu > Pengatur > Nota.
Untuk membuat nota jika tiada nota ditambahkan, pilih Tambah; jika tidak, pilih Pilihan > Buat
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
79
Pengatur
suatu nota. Tulis nota, dan pilih
Simpan.

Kalkulator

Kalkulator di dalam telefon anda menyediakan fungsi-fungsi aritmetik dan trigonometri asas, mengira kuasa dua dan punca kuasa dua, songsang nombor, dan menukar nilai-nilai mata wang.
Nota: Kalkulator mempunyai ketepatan terhad dan direka bentuk untuk pengiraan yang mudah.
Pilih Menu > Penga tur >
Kalkulator. Tekan # untuk titik
perpuluhan. Tatal ke operasi atau fungsi yang diingini, atau pilih ia dari Pilihan.
Untuk menyimpan kadar pertukaran, pilih Pilihan > Kadar
pertukaran.

Pemasa undur

Untuk memulakan pemasa undur, pilih Menu > Penga tur > Pemasa
undur > Pemasa biasa, masukkan
masa penggera, dan tuliskan teks nota yang dipaparkan apabila sampai tamat tempohnya. Untuk memulakan pemasa undur, pilih
Mula. Untuk memulakan pemasa
undur, pilih Tukar masa. Untuk
berhenti pemasa, pilih Henti
pemasa.
Untuk pemasa jarak waktu dengan 10 jarak waktu dimulakan, masukkan jarak waktu. Pilih Menu > Pengatur > Pemasa undur >
Pemasa jarak waktu. Untuk
berhenti pemasa, pilih Mula
pemasa > Mula.

Jam randik

Anda boleh mengukur masa, mengambil masa pertengahan, atau masa pusingan menggunakan jam randik. Semasa mengukur masa, fungsi-fungsi telefon yang lain boleh digunakan. Untuk menetap pemasaan jam randik di latar belakang, tekan kekunci tamat.
Menggunakan jam randik atau membiarkan ia berjalan di latar belakang apabila menggunakan ciri-ciri lain menambah penggunaan kuasa bateri dan mengurangkan hayat bateri.
Pilih Menu > Pengatur > Jam
randik dan daripada pilihan yang
berikut:
Pemisahan masa — untuk
mengambil masa pengantara. Untuk memulakan pemerhatian masa, pilih Mula. Pilih Pisahkan setiap kali anda mahu mengambil
80
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
masa pertengahan. Untuk memulakan pemerhatian masa, pilih Henti.
Untuk menyimpan masa yang diukur, pilih Simpan.
Untuk memulakan pemerhatian masa sekali lagi, pilih Pilihan >
Mula. Masa yang baru
ditambahkan kepada masa yang sebelumnya. Untuk menetap semula masa tanpa menyimpannya, pilih Tetap
semula.
Masa pusingan — untuk
mengambil masa pusingan
Teruskan — untuk melihat
pemasaan yang telah anda tetapkan di latar belakang
Tunjukkan akhir — untuk melihat
masa yang paling baru diukur jika jam randik tidak ditetap semula
Pamer masa atau Padam masa
untuk melihat atau memadam masa-masa yang disimpan
Pengatur
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
81
Aplikasi

14. Aplikasi

Dalam menu ini anda boleh mengurus aplikasi dan permainan. Fail-fail ini disimpan di dalam memori telefon atau kad memori microSD yang terpasang dan boleh disusun di dalam folder-folder.
Untuk pilihan untuk memformat atau mengunci dan membuka kunci kad memori lihat ”Kad
memori” h. 70.

Lancarkan permainan

Perisian telefon anda termasuk beberapa permainan.
Pilih Menu > Aplikasi >
Permainan. Tatal ke permainan
yang diingini dan pilih Buka.
Untuk menetapkan bunyi, lampu, dan goncangan bagi permainan, pilih Menu > Aplikasi > Pilihan >
Tetapan aplikasi. Untuk
mendapatkan lebih banyak pilihan, lihat ”Pilihan-pilihan
aplikasi” h. 82.

Melancarkan aplikasi

Perisian telefon anda termasuk beberapa aplikasi Java.
Pilih Menu > Aplikasi > Kutipan. Tatal ke aplikasi, dan pilih Buka.

Pilihan-pilihan aplikasi

Versi terkini — untuk memeriksa
sama ada versi baru aplikasi terdapat untuk dimuat turun dari
Web (perkhidmatan rangkaian)
Akses aplikasi — untuk menyekat
aplikasi daripada mengakses rangkaian
Laman web — untuk memberi
maklumat lanjut atau data tambahan bagi aplikasi dari halaman Internet (perkhidmatan rangkaian), jika tersedia

Muat turun aplikasi

Telefon anda menyokong aplikasi Java J2ME. Pastikan bahawa aplikasi itu serasi dengan telefon anda sebelum memuat turunkannya.
Penting: Hanya pasang dan gunakan aplikasi dan perisian lain dari sumber­sumber yang menawarkan keselamatan dan
82
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang merosakkan.
Anda boleh memuat turun aplikasi-aplikasi Java baru dengan beberapa cara berlainan.
Gunakan Nokia Application Installer dari PC Suite untuk memuat turun aplikasi ke telefon anda, atau pilih Menu > Aplikasi >
Pilihan > Muat turun > Muat turun aplikasi; dan senarai
penanda buku yang ada dipaparkan. Lihat ”Penanda buku” h. 85.
Untuk ketersediaan perkhidmatan yang berbeza, harga dan tarif, hubungi pembekal khidmat anda.
Peranti anda mungkin mempunyai beberapa penanda buku yang telah dimuatkan untuk tapak­tapak yang bukan anggota gabungan Nokia. Nokia tidak menjamin atau menyokong tapak­tapak ini. Jika anda memilih untuk mengaksesnya, anda harus mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau kandungan, seperti yang anda ambil untuk sebarang tapak Internet.
Aplikasi
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
83
Web

15. Web

Anda boleh mengakses pelbagai khidmat Internet bergerak dengan penyemak imbas telefon anda.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang merosakkan.
Periksa ketersediaan khidmat­khidmat ini, harga dan tarif, dan arahan dengan pembekal khidmat anda.
Dengan penyemak imbas anda boleh melihat perkhidmatan yang menggunakan bahasa tokokan wayarles (WML) atau bahasa tokokan wayarles boleh diperluas (XHTML) pada halaman mereka. Kemunculan boleh berubah-ubah disebabkan saiz skrin. Anda mungkin tidak dapat melihat semua butiran di halaman­halaman Internet.

Menyediakan semakan imbas

Anda boleh menerima tetapan­tetapan tatarajah yang diperlukan
untuk menyemak imbas sebagai mesej tatarajah daripada pembekal khidmat yang menawarkan khidmat yang ingin anda gunakan. Lihat
”Perkhidmatan tetapan tatarajah”
h. 14. Anda boleh juga memasukkan semua tetapan tatarajah secara manual. Lihat
”Tatarajah” h. 64.

Menyambung kepada perkhidmatan

Pastikan tetapan tatarajah yang betul bagi khidmat yang ingin anda gunakan diaktifkan.
1. Untuk memilih tetapan untuk menyambung kepada perkhidmatan itu, pilih Menu >
Web > Tetapan > Tetapan tatarajah.
2. Pilih Tatarajah. Hanya tatarajah yang menyokong perkhidmatan semak imbas dipaparkan. Pilih pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah
peribadi untuk menyemak
imbas. Lihat ”Menyediakan
semakan imbas” h. 84.
84
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Web
3. Pilih Akaun dan satu akaun khidmat menyemak imbas yang terkandung di dalam tetapan­tetapan tatarajah yang aktif.
4. Pilih Ppr t'tingkp terminal > Ya untuk melaksanakan pengesahan pengguna manual bagi sambungan intranet.
Buat sambungan kepada perkhidmatan dengan salah satu daripada cara berikut:
• Pilih Menu > Web > Rumah.
• Untuk memilih penanda buku perkhidmatan, pilih Menu >
Web > Penanda buku.
• Untuk memilih URL terakhir, pilih Menu > Web > Almt web
t'akhir.
• Untuk memasukkan alamat perkhidmatan, pilih Menu >
Web > Pergi ke alamat.
Masukkan alamat khidmat, dan pilih OK.

Menyemak imbas halaman

Selepas anda membuat sambungan ke khidmat, anda boleh mula menyemak imbas halaman-halamannya. Fungsi kekunci-kekunci telefon boleh berubah-ubah dalam khidmat yang berlainan. Ikut panduan teks
pada paparan telefon. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.

Semak imbas dengan kekunci-kekunci telefon

Untuk menyemak imbas melalui halamannya, tatal ke mana-mana arah.
Untuk memilih item, tekan kekunci panggil, atau pilih Pilih.
Untuk memasukkan huruf dan nombor, tekan kekunci 0 hingga 9. Untuk memasukkan aksara khas, tekan *.

Panggilan langsung

Semasa menyemak imbas, anda boleh membuat panggilan telefon, dan menyimpan nama dan nombor telefon dari sesuatu halaman.

Penanda buku

Anda boleh menyimpan alamat halaman sebagai penanda buku di dalam memori telefon.
1. Semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Penanda buku; atau
dalam mod siap sedia, pilih
Menu > Web > Penanda buku.
2. Tatal ke satu penanda buku, dan pilih ia; atau tekan kekunci panggil untuk membuat
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
85
Web
sambungan ke halaman yang berkaitan dengan penanda buku itu.
3. Pilih Pilihan untuk melihat, mengedit, memadam, atau menghantar penanda buku; untuk membuat penanda buku baru; atau untuk menyimpan penanda buku ke folder.
Peranti anda mungkin mempunyai beberapa penanda buku yang telah dimuatkan untuk tapak­tapak yang bukan anggota gabungan Nokia. Nokia tidak menjamin atau menyokong tapak­tapak ini. Jika anda memilih untuk mengaksesnya, anda harus mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau kandungan, seperti yang anda ambil untuk sebarang tapak Internet.

Menerima penanda buku

Apabila anda menerima penanda buku yang dihantar sebagai penanda buku, 1 penanda buku
diterima dipaparkan. Untuk
melihat penanda buku tersebut, pilih Tunjuk.

Tetapan kemunculan

Semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Tetapan
kemunculan; atau dalam mod siap
sedia, pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan kemunculan dan daripada pilihan yang berikut:
Susunan teks — untuk memilih
cara teks akan muncul pada paparan
Saiz fon — untuk menetap saiz fon
Tunjukkan imej > Tidak — untuk
menyembunyikan imej pada halaman
Isyarat > Isy utk smb tak jamin > Ya — untuk menetapkan telefon
supaya mengisyaratkan apabila sambungan terjamin bertukar kepada tidak terjamin semasa menyemak imbas
Isyarat > Isy utk item tak j'min > Ya
— untuk menetapkan telefon supaya mengisyaratkan apabila halaman terjamin mengandungi item yang tidak terjamin. Isyarat­isyarat ini tidak menjamin sambungan yang terjamin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat ”Keselamatan penyemak
imbas” h. 88.
Pengekodan aksara > Pengekodan kandgn. — untuk memilih
pengekodan bagi kandungan halaman penyemak imbas
Pengekodan aksara > Almt Unicode (UTF-8) > Aktif — untuk
menetapkan telefon supaya
86
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Web
menghantar URL sebagai pengekodan UTF-8
Saiz skrin > Penuh atau Kecil
untuk menetapkan susun atur skrin
JavaScript > Dibenar — untuk
membolehkan skrip Java

Tetapan keselamatan

Kuki

Satu kuki ialah tapak yang disimpan di dalam memori cache telefon anda. Kuki disimpan sehingga anda memadam memori cache. Lihat ”Memori cache” h. 88.
Semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Keselamatan > Tetapan kuki; atau
dalam mod siap sedia, pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan
keselamatan > Kuki. Untuk
membenarkan atau menghalang telefon daripada menerima kuki, pilih Membenarkan atau Tolak.

Skrip melalui sambungan terjamin

Anda boleh memilih sama ada hendak membenarkan skrip berjalan dari laman terjamin. Telefon ini menyokong skrip WML.
Semasa menyemak imbas, untuk membenarkan skrip, pilih Pilihan >
Pilihan lain > Keselamatan > Tetapan WMLScript; atau dalam
mod siap sedia, pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan keselamatan > WMLScript dlm samb. >
Membenarkan.

Tetapan muat turun

Untuk menyimpan secara automatik semua fail yang dimuat turun dalam Galeri, pilih Menu >
Web > Tetapan > Tetapan muat turun > Menyimpan automat. > Aktif.

Peti masuk khidmat

Telefon boleh menerima mesej khidmat (mesej ditolak) yang dihantar oleh pembekal khidmat anda (perkhidmatan rangkaian). Mesej khidmat adalah pemberitahuan (contohnya, tajuk berita), dan ia mungkin mengandungi mesej teks atau alamat khidmat.
Untuk mengakses Peti msk khidmt. dalam mod siap sedia, apabila anda menerima mesej perkhidmatan, pilih Tunjuk. Jika anda memilih Keluar, mesej dipindahkan ke Peti msk khidmt.. Untuk mengakses Peti msk khidmt. kemudian, pilih Menu > Web >
Peti msk khidmt..
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
87
Web
Untuk mengakses Peti msk khidmt. ketika menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Peti masuk khidmat. Tatal ke mesej yang anda
mahu, dan untuk mengaktifkan penyemak imbas dan muat turun kandungan yang ditandakan, pilih
Ambil. Untuk memaparkan
maklumat terperinci tentang pemberitahuan perkhidmatan atau untuk memadam mesej, pilih
Pilihan > Butiran atau Padam.

Tetapan peti masuk perkhidmatan

Pilih Menu > Web > Tetapan >
Ttpn peti masuk khid..
Untuk melihat sama ada anda ingin menerima mesej perkhidmatan, pilih Mesej
perkhidmatan > Aktif atau Tak aktif.
Untuk menetapkan telefon supaya menerima mesej perkhidmatan hanya daripada pengarang kandungan yang diluluskan oleh pembekal khidmat, pilih
Penurasan mesej > Aktif. Untuk
melihat senarai pengarang kandungan yang diluluskan, pilih
Saluran dipercayai.
Untuk menetap telefon supaya mengaktifkan penyemak imbas secara automatik dari mod tunggu sedia apabila telefon menerima
mesej khidmat, pilih Sambungan
automat. > Aktif. Jika anda pilih Tak akt if, telefon akan
mengaktifkan penyemak imbas hanya selepas anda memilih Ambil apabila telefon menerima mesej khidmat.

Memori cache

Suatu cache ialah lokasi memori yang digunakan untuk menyimpan data buat sementara waktu. Jika anda telah cuba mengakses atau telah mengakses maklumat sulit yang memerlukan kata laluan, kosongkan cache selepas setiap kali digunakan. Maklumat atau khidmat yang telah anda akses disimpan di dalam cache.
Untuk mengosongkan cache semaa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Kosongkan cache; dalam mod siap sedia, pilih Menu > Web > Ksngkan. cache.

Keselamatan penyemak imbas

Ciri-ciri keselamatan diperlukan untuk sesetengah perkhidmatan, seperti perbankan atau membeli­belah dalam talian. Untuk sambungan seumpama ini anda perlukan sijil keselamatan dan mungkin juga modul keselamatan,
88
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Web
yang mungkin tersedia pada kad SIM anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.

Modul keselamatan

Modul keselamatan memperbaiki khidmat-khidmat keselamatan bagi bagi aplikasi yang memerlukan sambungan penyemak imbas, dan membolehkan anda menggunakan tandatangan digital. Modul keselamatan boleh mengandungi sijil-sijil serta kunci-kunci peribadi dan awam. Sijil-sijil disimpan di dalam modul keselamatan oleh pembekal khidmat.
Untuk melihat atau menukar tetapan modul keselamatan, pilih
Menu > Tetapan > Keselamatan > Ttpn modul k'selamtn.

Sijil

Penting: Walaupun penggunaan sijil mengurangkan lagi risiko yang terlibat dalam sambungan jauh dan pemasangan perisian, ia mestilah digunakan dengan betul untuk mendapat faedah daripada keselamatan yang dipertingkat. Adanya sijil tidak menawarkan
sebarang perlindungan dengan sendirinya; pengurus sijil mestilah mengandungi sijil-sijil yang betul, tulen dan dipercayai untuk memperoleh keselamatan yang dipertingkat. Sijil­sijil mempunyai hayat yang terhad. Jika Sijil Telah Tamat Tempoh atau Sijil tidak sah tetapi dipaparkan walaupun sijil berkenaan sepatutnya sah, semak sama ada tarikh dan masa semasa dalam peranti adalah betul. Sebelum menukar tetapan sijil, anda mesti memastikan bahawa anda benar-benar mempercayai pemilik sijil tersebut dan bahawa sijil berkenaan adalah milik pemilik yang tersenarai.
Terdapat tiga jenis sijil: sijil pelayan, sijil kuasa,dan sijil pengguna. Anda boleh menerima sijil-sijil ini daripada pembekal khidmat anda. Sijil kuasa dan sijil pengguna boleh juga disimpan di dalam modul keselamatan oleh pembekal khidmat.
Untuk melihat senarai sijil penguasa atau pengguna yang
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
89
Web
telah dimuat turun dalam telefon anda, pilih Menu > Tetapan >
Keselamatan > Sijil kuasa atau Sijil pengguna.
dipaparkan semasa sambungan, jika penghantaran data antara telefon dan pelayan kandungan disulitkan.
Ikon keselamatan tidak menunjukkan bahawa penghantaran data antara get laluan dan pelayan kandungan (atau tempat di mana sumber yang diminta disimpan) adalah terjamin. Pembekal khidmat memastikan keselamatan penghantaran data antara get laluan dan pelayan kandungan.

Tandatangan digital

Anda boleh membuat tandatangan digital dengan telefon anda jika kad SIM mempunyai modul keselamatan. Menggunakan tandatangan digital boleh jadi sama seperti menandatangani nama anda pada bil, kontrak, atau dokumen kertas lain.
Untuk membuat tandatangan digital, pilih pautan pada halaman (contohnya, tajuk buku yang ingin anda beli dan harganya). Teks untuk ditandatangani dipaparkan,
yang mungkin termasuk jumlah dan tarikh.
Periksa bagi memastikan bahawa teks pengepala ialah Baca dan ikon tandatangan digital dipaparkan.
Jika ikon tandatangan digital tidak muncul, terdapat pelanggaran keselamatan, dan anda tidak harus memasukkan sebarang data peribadi seperti PIN tandatangan anda.
Untuk menandatangani teks, baca semua teks dahulu, dan pilih
T/tangan.
Teksnya mungkin tidak muat di dalam satu skrin. Oleh itu, pastikan anda menatal dan membaca semua teks sebelum menandatangani.
Pilih sijil pengguna yang ingin anda gunakan. Masukkan PIN tandatangan. Ikon tandatangan digital akan hilang, dan perkhidmatan itu mungkin memaparkan pengesahan pembelian anda.
90
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.

16. Perkhidmatan SIM

Kad SIM anda mungkin menyediakan khidmat-khidmat tambahan. Anda boleh mengakses menu ini hanya jika ia disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan menu ini bergantung kepada khidmat yang tersedia.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan khidmat kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal khidmat, operator rangkaian, atau penjual lain.
Untuk menetapkan telefon agar menunjukkan anda mesej pengesahan yang dihantar antara telefon anda dengan rangkaian semasa anda sedang menggunakan perkhidmatan SIM, pilih Menu > Tetapan > Telefon >
Sahkan tindakan SIM > Ya.
Mengakses perkhidmatan ini mungkin melibatkan penghantaran mesej atau membuat panggilan telefon yang boleh dikenakan bayaran.
Perkhidmatan SIM
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
91
Kesambungan PC

17. Kesambungan PC

Anda boleh menghantar dan menerima e-mel, dan mengakses Internet apabila telefon anda disambungkan kepada PC yang serasi melalui sambungan Bluetooth atau kabel data. Anda boleh menggunakan telefon anda dengan pelbagai aplikasi kesambungan PC dan komunikasi data.

Nokia PC Suite

Dengan Nokia PC Suite anda boleh menyegerak kenalan, kalendar, nota, dan nota tugasan antara telefon anda dan PC yang serasi atau pelayan Internet jauh (perkhidmatan rangkaian). Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan PC Suite di halaman Web Nokia di www.nokia-asia.com/support atau laman Web Nokia tempatan anda.
Data paket, HSCSD,
dan CSD
Dengan telefon ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan data data paket, data ditukar litar kelajuan tinggi (HSCSD), dan data ditukar litar (CSD, Data GSM).
Untuk ketersediaan dan langganan perkhidmatan data, hubungi operator rangkaian atau pembekal khidmat anda. Lihat ”Tetapan
modem” h. 59.
Penggunaan khidmat HSCSD menggunakan kuasa bateri dengan lebih cepat daripada panggilan suara atau data biasa.

Bluetooth

Gunakan teknologi Bluetooth untuk menyambungkan Laptop (Komputer riba) anda yang serasi kepada Internet. Telefon anda harus sudah mengaktifkan satu pembekal khidmat yang menyokong akses Internet dan PC anda harus menyokong PAN (Rangkaian Kawasan Peribadi) Bluetooth. Setelah menyambung kepada perkhidmatan pusat akses rangkaian (NAP) telefon dan berpasangan dengan PC anda telefon anda membuka sambungan data paket kepada Internet secara automatik. Pemasangan perisian PC Suite adalah tidak perlu apabila menggunakan perkhidmatan NAP telefon.
92
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Lihat ”Teknologi wayarles
Bluetooth” h. 57.

Aplikasi komunikasi data

Untuk maklumat mengenai penggunaan aplikasi komunikasi data, rujuk kepada pendokumenan yang disediakan bersamanya.
Membuat atau menjawab panggilan telefon semasa sambungan komputer tidak disyorkan, kerana ia mungkin mengganggu operasi ini.
Untuk prestasi yang lebih baik semasa panggilan data, letakkan telefon di atas permukaan pegun dengan pad kekuncinya menghadap ke bawah. Jangan gerakkan telefon dengan memegangnya di dalam tangan semasa panggilan data.
Kesambungan PC
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
93
Maklumat bateri

18. Maklumat bateri

Mengecas dan menyahcas

Peranti anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas semula. Prestasi penuh bateri baru dapat dicapai hanya selepas dua atau tiga kitaran mengecas dan menyahcas yang lengkap! Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa tunggu sedia nyata lebih pendek dari biasa, gantikanlah bateri. Gunakan hanya bateri yang diluluskan oleh Nokia, dan cas semula bateri anda hanya dengan pengecas yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini.
Jika bateri ganti digunakan buat pertama kalinya atau jika bateri telah tidak digunakan untuk tempoh yang lama, anda mungkin perlu menyambungkan pengecas dan kemudian memutuskan sambungan dan menyambungkannya kembali untuk memulakan pengecasan.
Cabut pengecas dari palam elektrik dan peranti ini apabila tidak digunakan. Jangan biarkan bateri yang telah dicas penuh
tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan berlebihan boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan tanpa digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan akan hilang casnya.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri yang rosak.
Jangan melitar pintas bateri. Melintar pintas secara tidak sengaja boleh berlaku apabila objek logam seperti duit syiling, klip, atau pen menyebabkan sambungan langsung terminal positif (+) dan negatif (-) bateri. (Ini kelihatan seperti jalur-jalur logam pada bateri.) Ini mungkin berlaku, contohnya, apabila anda membawa bateri ganti di dalam saku atau beg tangan anda. Melitar pintas terminal boleh merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.
Membiarkan bateri di tempat panas atau sejuk, seperti di dalam
94
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Maklumat bateri
kereta dalam keadaan musim panas atau musim sejuk, akan mengurangkan keupayaan dan hayat bateri. Sentiasa cuba kekalkan bateri di antara 15°C dan 25°C (59°F dan 77°F). Peranti dengan bateri yang panas atau sejuk mungkin tidak berfungsi buat sementara waktu, walaupun baterinya telah dicas sepenuhnya. Prestasi bateri terhad terutamanya dalam suhu yang jauh di bawah beku.
Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup. Bateri juga boleh meletup jika rosak. Buang bateri menurut peraturan tempatan. Harap kitar semula jika boleh. Jangan buang sebagai sisa rumah.

Garis panduan pengesahan ketulenan bateri Nokia

Sentiasa gunakan bateri-bateri asli Nokia untuk keselamatan anda. Untuk memeriksa bagi memastikan anda telah mendapat bateri asli Nokia, belilah ia daripada wakil penjual Nokia yang berdaftar, cari logo Tambahan Asli Nokia pada bungkusan, dan periksa label hologram menggunakan langkah-langkah berikut:
Menyelesaikan keempat-empat langkah itu bukanlah jaminan mutlak ketulenan bateri. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai bahawa bateri anda bukanlah bateri asli Nokia yang tulen, jangan gunakan ia dan bawa ia ke pusat servis atau wakil penjual Nokia yang berdaftar yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan bantuan. Pusat servis atau wakil penjual Nokia anda yang berdaftar akan memeriksa bateri itu bagi memastikan ketulenannya. Jika ketulenannya tidak dapat ditentusahkan, kembalikan bateri itu ke tempat pembelian.
Sahkan ketulenan hologram
1. Apabila melihat hologram pada label, anda seharusnya melihat simbol tangan berjalinan Nokia dari satu sudut dan logo Tambahan Asli Nokia apabila melihat dari sudut lain.
2. Apabila anda menyerongkan hologram ke kiri, ke kanan, ke bawah, dan ke atas, anda
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
95
Maklumat bateri
seharusnya melihat 1, 2, 3, dan 4 bintik masing-masing di setiap sisi.
3. Goreskan sisi label untuk menunjukkan kod 20 angka, misalnya,
12345678919876543210. Pusingkan bateri supaya nombor-nombor itu menghadap ke atas. Kod 20 angka itu dibaca bermula dari nombor yang di baris atas diikuti oleh baris bawah.
Sahkan bahawa kod 20 angka adalah sah dengan mengikut arahan di
www.nokiaoriginals.com/ check.
Untuk membuat mesej teks masukkan kod 20 angka, misalnya, 12345678919876543210, dan hantar ke +44 7786 200276.
Untuk membuat mesej teks,
• Bagi negara-negara di Asia Pasifik tidak termasuk India: Masukkan kod 20 angka, misalnya, 12345678919876543210, dan hantar ke +61 427151515.
• Bagi India sahaja: Masukkan ’Battery’ diikuti oleh kod bateri 20 angka, misalnya, Battery 12345678919876543210, dan hantar ke 5555.
Bayaran operator negara atau antarabangsa akan dikenakan.
Anda seharusnya menerima mesej yang menunjukkan sama ada kod itu boleh disahkan ketulenannya.
96
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Jika anda perlukan bantuan mengesahkan kod bateri, hubungi Pusat Nokia care setempat anda yang tersenarai di www.nokia­asia.com/carecentrelocator.
Bagaimana kalau bateri anda tidak tulen?
Jika anda tidak boleh mengesahkan bahawa bateri Nokia anda dengan hologram pada label adalah bateri tulen Nokia, jangan gunakan bateri tersebut. Bawa ia ke tempat servis atau wakil penjual Nokia berdaftar yang terdekat untuk mendapatkan bantuan. Penggunaan bateri yang tidak diluluskan oleh pembuat mungkin merbahaya dan mungkin menghasilkan prestasi yang lemah dan merosakkan peranti anda dan tambahan-tambahannya. Ia mungkin juga mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti untuk peranti ini.
Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang bateri-bateri asli Nokia, kunjungi www.nokiaoriginals.com/battery.
Maklumat bateri
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
97
Tambahan Tulen

19. Tambahan Tulen

Berbagai-bagai jenis tambahan baru boleh didapati untuk telefon anda. Pilih tambahan yang menampung keperluan komunikasi anda yang khusus.
Beberapa tambahan diperihalkan dengan terperinci di bawah.
Untuk mengetahui sama ada sesuatu tambahan terdapat, sila tanya wakil penjual setempat anda. Beberapa petua praktikal bagi operasi tambahan:
• Jauhkan tambahan-tambahan dari jangkauan kanak-kanak kecil.
• Apabila mencabut kord kuasa sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
• Periksa secara tetap untuk memastikan semua peralatan telefon selular di dalam kenderaan dipasang dan beroperasi dengan betul.
Gunakan hanya bateri, pengecas dan tambahan yang diluluskan oleh pembuat telefon. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang diberi untuk telefon ini, dan mungkin berbahaya.

Kuasa

Jenis Tek Masa
bual*
BL-4B Li-lon Sehingga
2 - 2.5 jam
* Perbezaan dalam masa operasi mungkin berlaku bergantung kepada kad SIM, tetapan rangkaian dan penggunaan, gaya penggunaan dan persekitaran. Penggunaan radio FM dan bebas tangan bersepadu akan menjejas masa bual dan siap sedia.
Siap Sedia*
Sehingga 250 hari

Alat Dengar Wayarles

Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-700

Nikmati keanggunan bebas tangan dengan Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-700. Ciri butang jawab/ tamat dan kelantangan yang mudah dicapai, gelung telinga pilihan dan tali untuk
98
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tambahan Tulen
memudahkan memegang alat dengar apabila ia tidak diguna.
Penyelesaian Kereta ­Penyelesaian plug-in
Bebas Tangan Kereta Plug­in Nokia HF-3
Menyertakan pembesar suara terbina dalam, mikrofon bersepadu, dan pengecasan telefon. Pasangkannya ke dalam soket pemetik api kereta anda dan anda sudah bersedia untuk membuat panggilan bebas tangan melalui telefon mudah alih serasi anda.

Alat Dengar - Alat Dengar Berwayar

Alat Dengar Stereo Fesyen Nokia (HS-31)

Alat Dengar Stereo Fesyen Nokia menyediakan kemudahan bebas tangan dan keseronokkan mendengar radio FM dan pemain MP3 yang serasi anda dalam stereo.

Kad memori

512 MB Kad microSD Nokia MU-28

Kad microSD ini menyediakan 512 MB penyimpanan boleh tanggal dan menambah memori yang tersedia untuk aplikasi data, muzik dan perisian.
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
99

Penjagaan dan penyelenggaraan

Penjagaan dan penyelenggaraan
Peranti anda adalah produk hasil reka bentuk dan ketukangan unggul dan patut dijaga dengan baik. Cadangan­cadangan yang di bawah akan membantu anda melindungi perlindungan jaminan anda.
• Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan dan semua jenis cecair atau lembapan boleh mengandungi mineral­mineral yang akan mengakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan baterinya dan biarkan peranti ini benar­benar kering sebelum memasangnya semula.
• Jangan gunakan atau simpan peranti ini di tempat yang berhabuk dan kotor. Bahagian­bahagian bergerak dan komponen­komponen elektrik di dalamnya boleh menjadi rosak.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang panas. Suhu tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik, merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan plastik tertentu.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang sejuk. Apabila peranti ini kembali kepada suhu normalnya, lembapan boleh terbentuk di dalam peranti ini, dan merosakkan papan litar elektroniknya.
• Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain daripada yang diarahkan di dalam panduan ini.
• Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan litar dalaman dan mekanisme halus.
• Jangan gunakan kimia, pelarut pembersihan, atau bahan cuci yang keras untuk membersihkan peranti ini.
• Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian-bahagian yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang operasi sempurna.
• Jangan sentuh paparan utama dengan bahan yang keras atau tajam. Objek-objek seperti anting­anting atau barang kemas boleh mencalarkan paparan.
• Gunakan kain kering yang lembut dan bersih untuk membersihkan sebarang kanta (seperti kanta kamera, sensor jarak dan sensor cahaya).
• Gunakan hanya antena ganti yang dibekalkan atau diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak dibenarkan boleh merosakkan peranti ini dan mungkin melanggar peraturan
100
Hak cipta © 2006 Nokia. Semua hak terpelihara.
Loading...