Nokia 7280 User Manual [ms]

Panduan Pengguna untuk Nokia 7280
PENGISYTIHARAN KEPATUHAN Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata bahawa produk RM-14 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC. Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan dari http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau kesemua kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.
Nokia, Nokia Connecting People, X-press-on, Pop-Port dan Navi adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan punya-tuan punya syarikat-syarikat tersebut.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
No Paten Amerika Syarikat 5818437 dan paten-paten lain sedang menunggu kelulusan. Semua hak terpelihara.
Bluetooth adalah cap dagang berdaftar Bluetooth SIG, Inc.
Termasuk perisian kriptografi atau protokol keselamatan RSA BSAFE daripada
RSA Security.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia mempunyai hak untuk membuat perubahan dan perbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Nokia tidak bertanggung jawab dalam keadaan apa pun atas apa-apa kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerugian khas, sampingan, akibat, atau tidak langsung walau apa jua puncanya.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. i
Isi kandungan dokumen ini dibekalkan “sebagaimana adanya”. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang yang berkaitan, tidak ada waranti walau apa jua sifatnya, baik nyata mahupun tersirat, termasuk tetapi tidak terbatas kepada, waranti tersirat tentang kebolehdagangan dan kelayakan untuk tujuan tertentu, dibuat berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, atau kandungan dokumen ini. Nokia berhak menyemak atau menarik balik dokumen ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terdahulu.
Ketersediaan produk tertentu mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Sila tanya penjual Nokia yang terdekat dengan anda.
Kawalan Eksport Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau perisian yang tertakluk pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Keluaran 1
ii Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

Kandungan

UNTUK KESELAMATAN ANDA..... v
Maklumat am.............................. vii
Pelekat-pelekat di dalam
bungkusan jualan ............................. vii
Mengenai peranti anda................... vii
Memori yang dikongsi.......................... vii
Kod akses .......................................... viii
Perkhidmatan rangkaian.................. ix
Perkhidmatan tetapan tatarajah... ix Memuat turun kandungan dan
aplikasi................................................... x
Sokongan Nokia di Web.................... x
1. Telefon anda ............................ 1
Kekunci dan penyambung................ 1
Menggunakan pemutar..................... 2
Mod tunggu sedia............................... 2
Kertas hias dinding dan
Gambar skrin............................................. 3
Penjimatan kuasa..................................... 3
Penunjuk-penunjuk penting ................. 3
Penguncian pad kekunci (Kawal
kekunci) ................................................. 5
2. Bermula.................................... 6
Memasang kad SIM............................ 6
Mengecas bateri.................................. 6
Menghidupkan dan mematikan
telefon.................................................... 7
Gaya beroperasi biasa ....................... 7
Memasang tali pergelangan
tangan.................................................... 8
Menanggalkan dan memasang
semula Gelangsar cepat.................... 8
3. Fungsi-fungsi panggilan ......... 9
Membuat panggilan .......................... 9
Menjawab atau menolak
panggilan masuk .............................. 10
Pilihan-pilihan semasa
panggilan............................................ 10
Menulis teks....................................... 11
Petua untuk menulis teks ................... 12
4. Menggunakan menu.............. 13
Mengakses fungsi menu................. 13
Senarai fungsi menu........................ 14
5. Fungsi menu........................... 16
Mesej.................................................... 16
Mesej teks (SMS)................................... 16
Mesej multimedia (MMS)................... 18
Mesej suara............................................. 21
Mesej maklumat.................................... 22
Arahan khidmat..................................... 22
Memadam semua mesej dari
folder ........................................................ 22
Tetapan mesej........................................ 22
Kenalan................................................ 24
Memilih tetapan untuk kenalan....... 24
Mencari kenalan.................................... 25
Menyimpan nama dan nombor
telefon (Tambah kenalan)................... 25
Menyimpan berbilang nombor, perkara teks atau nama bagi setiap
nama......................................................... 25
Mengedit atau memadam
butiran...................................................... 26
Menyalin kenalan.................................. 26
Menghantar dan menerima kad
niaga......................................................... 26
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. iii
Dail suara ................................................ 27
Daftar panggilan.............................. 28
Pembilang dan pemasa bagi panggilan,
data dan GPRS....................................... 28
Maklumat tetap kedudukan............... 29
Tetapan............................................... 29
Profil ......................................................... 29
Tema ......................................................... 29
Tetapan nada.......................................... 29
Tetapan lampu....................................... 30
Tetapan paparan ................................... 30
Tetapan tarikh dan masa .................... 30
Pintasan peribadi .................................. 31
Kesambungan......................................... 31
Tetapan panggilan................................ 35
Tetapan telefon ..................................... 36
Tetapan tambahan................................ 37
Tetapan tatarajah ................................. 37
Tetapan keselamatan........................... 38
Simpan semula tetapan kilang ......... 39
Galeri................................................... 39
Media .................................................. 40
Kamera..................................................... 40
Pemain media ........................................ 41
Radio......................................................... 42
Perakam suara ....................................... 43
Pengatur............................................. 43
Jam penggera......................................... 43
Kalendar................................................... 44
Senarai tugasan..................................... 45
Nota.......................................................... 45
Penyegerakan......................................... 46
Web...................................................... 47
Menyediakan telefon untuk
perkhidmatan......................................... 47
Membuat sambungan kepada
perkhidmatan......................................... 48
Menyemak imbas halaman
perkhidmatan......................................... 48
Memori cache ........................................ 49
Memutuskan sambungan dari
perkhidmatan......................................... 50
Tetapan kemunculan penyemak
imbas ........................................................ 50
Kuki ........................................................... 51
Penanda buku ........................................ 51
Memuat turun........................................ 51
Peti masuk khidmat.............................. 52
Keselamatan penyemak imbas.......... 53
Khidmat SIM...................................... 55
Entri nombor...................................... 56
6. Kesambungan PC.................... 57
PC Suite............................................... 57
(E)GPRS, HSCSD dan CSD ................... 58
Menggunakan aplikasi komunikasi
data ...................................................... 58
7. Maklumat bateri .................... 60
Mengecas dan Menyahcas............. 60
8. Tambahan Tulen..................... 62
Bateri ................................................... 62
Di Dalam Bangunan......................... 62
Pengecas Boleh Sentut Nokia
(AC-1)....................................................... 62
Pengecas Kembara (ACP-12)............. 63
9. Penjagaan dan
penyelenggaraan ........................ 64
10. Maklumat tambahan bagi
keselamatan................................ 65
Indeks ...........................................70
iv Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

UNTUK KESELAMATAN ANDA

Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya mungkin berbahaya atau menyalahi undang-undang. Baca panduan pengguna yang lengkap untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang­undang. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Keselamatan di jalan raya harus menjadi pertimbangan anda yang utama.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang mungkin boleh menjejas prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan. Matikan telefon apabila berdekatan dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan telefon di mana letupan sedang dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam pendokumenan produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan yang berkelayakan sahaja yang boleh memasang atau membaiki peralatan produk ini.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. v
TAMBAHAN DAN BATERI
Gunakan hanya penambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produk­produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingat untuk membuat salinan-salinan sandaran atau menyimpan rekod semua maklumat penting yang disimpan di dalam telefon anda.
MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk mendapatkan arahan keselamatan yang terperinci. Jangan sambungkan produk­produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan kekunci Tamat seberapa kali yang perlu (misalnya untuk keluar dari panggilan, untuk keluar dari menu, dll.) untuk mengosongkan paparan. Tekan dan tahan kekunci pemilihan tengah dan masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci Panggil.
Jika pad kekunci dikunci, buka kunci pad kekunci dahulu. Berikan lokasi anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.
vi Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

Maklumat am

Pelekat-pelekat di dalam bungkusan jualan

Pelekat-pelekat ini mengandungi maklumat penting untuk tujuan perkhidmatan dan sokongan pelanggan. Simpan pelekat-pelekat ini di tempat yang selamat.
Tampal pelekat pada bahagian Keterangan Diri Anda yang dibekalkan di dalam bungkusan jualan.

Mengenai peranti anda

Peranti wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 900, GSM 1800 dan GSM
1900. Hubungi pembekal
perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati privasi dan hak-hak sah orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di dalam peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Peranti anda dan tambahan­tambahannya mungkin mengandungi bahagian-bahagian kecil. Jauhkan ia dari kanak-kanak kecil.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon anda. Apabila mencabut kord kuasa sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.

Memori yang dikongsi

Ciri-ciri berikut di dalam telefon ini mungkin menggunakan memori yang dikongsi: kenalan, mesej teks dan multimedia, e-mel, tag suara dan senari edaran SMS, nota kalendar dan tugasan. Menggunakan sebarang ciri yang demikian boleh mengurangkan memori yang terdapat untuk sebarang ciri yang berkongsi
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. vii
memori. Ini berlaku terutamanya dengan penggunaan berat sebarang ciri tersebut (walaupun beberapa ciri mungkin mempunyai jumlah memori tertentu yang diperuntukkan khas untuknya selain jumlah memori yang dikongsi dengan ciri-ciri lain). Misalnya, menyimpan banyak mesej multimedia, boleh mengambil semua memori yang dikongsi dan telefon anda mungkin memaparkan mesej bahawa memori telah penuh. Dalam hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang disimpan di dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan.
Sila ambil perhatian bahawa fail-fail galeri berkongsi memori yang berbeza; untuk maklumat lanjut lihat "Galeri" di halaman 39.

Kod akses

Kod kawalan (5 hingga 10 angka): Kod keselamatan
membantu melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod ini dibekalkan dengan telefon anda. Kod yang dipratetap ialah 12345. Untuk menukar kod itu dan untuk menetap telefon supaya meminta kod tersebut, lihat "Tetapan
keselamatan" di halaman 38.
Kod PIN (4 hingga 8 angka): Kod PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) membantu melindungi kad SIM anda daripada digunakan tanpa izin. Ia mungkin dibekalkan bersama kad SIM. Jika anda mengaktifkan fungsi
Permintaan kod PIN di dalam
menu Tetapan keselamatan, kod akan diminta setiap kali telefon dihidupkan.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka): Kod ini mungkin dibekalkan bersama kad SIM dan diperlukan untuk mengakses beberapa fungsi, seperti pembilang panggilan.
Kod PUK dan PUK2 (8 angka): Kod PUK (Kekunci Nyahhalang Peribadi) diperlukan untuk menukar kod PIN yang dihalang. Kod PUK2 diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang.
Kata laluan sekatan (4 angka): Kod ini diperlukan apabila menggunakan fungsi Khidmat
sekat panggilan di dalam menu Tetapan keselamatan.
viii Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
PIN modul dan PIN tandatangan: PIN modul
diperlukan untuk mengakses maklumat dalam modul keselamatan (lihat halaman 53).
PIN tanda tangan diperlukan untuk tanda tangan digital (lihat halaman 55).

Perkhidmatan rangkaian

Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada pembekal perkhidmatan wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini bergantung kepada ciri-ciri dalam rangkaian wayarles untuk berfungsi. Perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian ini mungkin tidak dapat diperolehi pada kesemua rangkaian atau anda mungkin perlu membuat persiapan tertentu dengan pembekal perkhidmatan anda sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan­perkhidmatan rangkaian ini. Pembekal perkhidmatan anda mungkin perlu memberi anda arahan-arahan tambahan bagi penggunaannya dan menerangkan bayaran yang mungkin dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had-had yang menjejas cara anda menggunakan perkhidmatan rangkaian.
Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.

Perkhidmatan tetapan tatarajah

Untuk menggunakan sesetengah perkhidmatan rangkaian, seperti perkhidmatan Internet bergerak, MMS, atau Penyegerakan, telefon anda memerlukan tetapan-tetapan tatarajah yang betul. Anda mungkin menerima tetapan-tetapan secara langsung sebagai mesej tatarajah dan anda perlu menyimpan tetapan­tetapan ini pada telefon anda. Pembekal perkhidmatan mungkin memberikan PIN yang diperlukan untuk menyimpan tetapan-tetapan. Untuk maklumat lanjut tentang ketersediaan tetapan-tetapan, hubungi operator rangkaian anda, pembekal perkhidmatan, wakil penjual Nokia berdaftar yang terdekat atau kunjungi bahagian sokongan di tapak web Nokia, <www.nokia-asia.com/support>.
Apabila anda menerima mesej tatarajah Tetapan tata- rajah
diterima dipaparkan. Untuk melihat
mesej yang diterima, tekan Tunjuk.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. ix
• Untuk menyimpan tetapan­tetapan yang diterima, tekan
Simpan. Jika telefon meminta
Masukkan PIN tetpn:, masukkan
kod PIN bagi tetapan dan tekan
OK. Pilih sama ada hendak
menjadikan tetapan-tetapan ini sebagai tetapan lali atau tidak. Untuk mengetahui sama ada kod PIN disediakan, hubungi pembekal perkhidmatan yang membekalkan tetapan tersebut.
• Untuk membuang tetapan­tetapan yang diterima, tekan
Buang.
Untuk melihat dan mengedit tetapan lihat "Tetapan tatarajah" di halaman 37.

Memuat turun kandungan dan aplikasi

Anda mungkin boleh memuat turun kandungan baru (misalnya tema, nada dan klip video) ke dalam telefon (perkhidmatan rangkaian). Pilih fungsi muat turun misalnya dalam menu Galeri. Untuk mengakses fungsi muat turun, lihat perihalan menu masing-masing. Untuk ketersediaan perkhidmatan­perkhidmatan yang berbeza, harga dan tarif, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Peranti anda mungkin mempunyai beberapa penanda buku yang telah dimuatkan untuk tapak-tapak yang bukan anggota gabungan Nokia. Nokia tidak menjamin atau menyokong tapak-tapak ini. Jika anda memilih untuk mengaksesnya, anda harus mengambil langkah­langkah berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau kandungan, seperti yang anda ambil untuk sebarang tapak Internet lain.

Sokongan Nokia di Web

Sila periksa <www.nokia-asia.com/support> atau laman Web Nokia setempat anda bagi mendapatkan versi terbaru panduan ini, maklumat tambahan, muat turun, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan produk Nokia anda.
xHak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

1. Telefon anda

Telefon anda

Kekunci dan penyambung

1. Cuping telinga
2. Paparan dan cermin
3. Kekunci pemilihan atas, kekunci
pemilihan bawah, kekunci pemilihan tengah
Fungsi kekunci-kekunci ini bergantung kepada teks panduan yang ditunjukkan pada paparan di sebelah kekunci-kekunci tersebut. Lihat "Mod tunggu
sedia" di halaman 2.
4. Pemutar Navi™
Pemutar digunakan untuk menatal bar aksara semasa memasukkan teks dan nombor, menatal senarai-senarai yang berbeza, dan menyemak imbas mesej-mesej. Lihat juga
"Menggunakan pemutar" di
halaman 2.
5. Kekunci Tamat menamatkan panggilan yang aktif. Keluar dari sebarang fungsi. Tekan dan tahan kekunci Tamat untuk menghidupkan dan mematikan telefon.
6. Kekunci Panggil mendail nombor telefon, dan menjawab panggilan. Dalam mod tunggu sedia, ia memaparkan senarai nombor-nombor yang terbaru dipanggil.
7. Gelangsar cepat, gelangsar ke luar menerima panggilan masuk, menghidupkan lampu paparan, membuka kanta kamera; gelangsar ke dalam menamatkan panggilan.
8. Penunjuk lampu denyut
9. Mikrofon
10. Penyambung aksesori digunakan, misalnya, untuk menyambungkan alat dengar
11 . Penyambung pengecas
12.Kanta kamera
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 1
Telefon anda
13.Pembesar suara
14.Port inframerah (IR)
15.Laci SIM

Menggunakan pemutar

Anda boleh menggunakan pemutar, misalnya, untuk memasukkan aksara, menatal senarai-senarai yang berbeza-beza, dan menyemak imbas mesej-mesej.
Untuk menggunakan pemutar, putar ia mengikut arah jam atau melawan arah jam.
Kekunci pemilihan tengah terletak di tengah-tengah pemutar.
Misalnya, dalam mod tunggu sedia anda boleh menggunakan pemutar seperti berikut:
• Tekan dan tahan kekunci pemilihan tengah untuk memasukkan nombor telefon.
Putar pemutar untuk menatal ke satu angka dalam nombor telefon dalam bar aksara yang ditunjukkan di bahagian bawah paparan, dan tekan Pilih. Ulang langkah ini untuk setiap angka nombor telefon.
Untuk memanggil nombor telefon, tekan kekunci Panggil, atau tekan Pilihan dan pilih
Panggil.
Untuk menyimpan nombor telefon dengan nama, tekan
Pilihan, pilih Simpan, pilih huruf-
huruf bagi nama satu demi satu dari bar aksara, tekan Pilihan, dan pilih Terima.

Mod tunggu sedia

Apabila telefon sudah sedia untuk digunakan, dan anda tidak memasukkan sebarang aksara, telefon berada dalam mod tunggu sedia.
1. Menunjukkan kekuatan isyarat rangkaian selular di lokasi semasa anda.
2. Memaparkan nama rangkaian atau logo operator bagi menunjukkan dalam rangkaian selular mana telefon anda sedang digunakan.
3. Menunjukkan aras pengecasan bateri.
2Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Telefon anda
4. Kekunci pemilihan atas dalam
mod tunggu sedia ialah Pergi ke.
Tekan Pergi ke untuk memilih fungsi-fungsi dari senarai pintasan peribadi anda.
Pilih Lantang dan tetapkan kelantangan asas telefon anda.
Tekan Pilihan dan pilih Pilih
pilihan untuk menandakan atau
membuang tanda ddari sesuatu fungsi dari senarai fungsi-fungsi yang tersedia. Pilih Susun untuk mengatur semula fungsi-fungsi pada senarai pintasan peribadi anda.
5. Kekunci pemilihan tengah dalam
mod tunggu sedia ialah Menu.
6. Kekunci pemilihan bawah dalam mod tunggu sedia boleh jadi
Kenalan untuk mengakses menu
Kenalan, satu kekunci khusus
operator untuk mengakses lelaman operator, atau satu fungsi khusus yang telah anda pilih dalam menu "Kekunci
pemilihan bawah". Lihat "Kekunci pemilihan bawah" di halaman 31.
Lihat juga "Penunjuk-penunjuk
penting" di halaman 3.

Kertas hias dinding dan Gambar skrin

Anda boleh menetap telefon anda supaya memaparkan gambar latar belakang, kertas hias dinding dan gambar skrin apabila telefon dalam mod tunggu sedia. Lihat "Tetapan
paparan" di halaman 30.

Penjimatan kuasa

Untuk penjimatan kuasa, lampu bagi paparan dan kekunci dimatikan selepas jangka masa yang tertentu. Penunjuk lampu denyut menunjukkan bahawa telefon dihidupkan. Tekanan kekunci yang pertama menghidupkan lampu paparan.
Menyahaktifkan penunjuk lampu denyut (Kesan lampu) juga menjimatkan kuasa. Lihat "Profil" di halaman 29.

Penunjuk-penunjuk penting

Anda telah menerima satu atau beberapa mesej teks atau multimedia. Lihat
"Membaca dan membalas mesej SMS atau e-mel SMS"
di halaman 17 atau
"Membaca dan membalas mesej multimedia" di
halaman 20.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 3
Telefon anda
Pad kekunci telefon dikunci. Lihat "Penguncian pad
kekunci (Kawal kekunci)" di
halaman 5.
Telefon tidak berdering untuk panggilan atau mesej teks yang masuk apabila
Isyarat pang masuk ditetap
ke Ta k aktif dan Nada isyarat
mesej ditetap ke Tak aktif.
Lihat "Tetapan nada" di halaman 29.
Jam penggera ditetap ke
Aktif. Lihat "Jam penggera"
di halaman 43.
Apabila mod sambungan (E)GPRS Sentiasa bertalian dipilih dan perkhidmatan (E)GPRS terdapat, penunjuk dipaparkan di sebelah kiri atas paparan. Rujuk kepada
"Sambungan (E)GPRS" di
halaman 34.
Apabila sambungan (E)GPRS diwujudkan, penunjuk dipaparkan di sebelah kiri atas paparan. Rujuk kepada
"Sambungan (E)GPRS" di
halaman 34 dan "Menyemak
imbas halaman perkhidmatan" di halaman
48.
Sambungan (E)GPRS digantung (ditahan), misalnya jika terdapat panggilan masuk atau panggilan keluar semasa sambungan (E)GPRS. Penunjuk dipaparkan di sebelah kanan atas paparan.
Penunjuk "Teknologi
wayarles Bluetooth". Lihat "Teknologi wayarles Bluetooth" di halaman 31.
Penunjuk sambungan inframerah, lihat
"Inframerah" di halaman 33.
Pembesar suara telah diaktifkan, lihat "Pilihan-
pilihan semasa panggilan" di
halaman 10.
Panggilan dihadkan untuk kumpulan pengguna terhad sahaja. Lihat "Tetapan
keselamatan" di halaman
38.
, ,
Penambahan alat dengar, bebas tangan atau set gelung atau tambahan yang serupa disambungkan kepada telefon.
4Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

Penguncian pad kekunci (Kawal kekunci)

Anda boleh mengunci pad kekunci untuk membantu mencegah kekunci-kekunci daripada ditekan dengan tidak sengaja.
Tekan Menu atau B/kunci dan kemudian kekunci Panggil dalam masa 1.5 saat untuk mengunci atau membuka kunci pad kekunci. Jika
Kawal k'kunci kslmtn ditetap Aktif,
tekan B/kunci dan masukkan kod keselamatan.
Panggilan masuk boleh dikendalikan seperti biasa. Apabila anda menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci akan dikunci secara automatik.
Untuk Kawal kekunci auto dan
Kawal k'kunci kslmtn, lihat "Tetapan
telefon" di halaman 36.
Nota: Apabila Kawal kekunci sedang aktif, panggilan mungkin boleh dibuat ke nombor kecemasan yang diprogram ke dalam telefon anda (misalnya, 112, 911 atau nombor kecemasan rasmi lain). Untuk butiran lanjut, lihat "Panggilan kecemasan" di halaman 67.
Telefon anda
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 5
Bermula

2. Bermula

Memasang kad SIM

Jauhkan semua kad SIM dan alat pelepas SIM dari kanak-kanak kecil. Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal perkhidmatan, operator rangkaian, atau penjual lain.
Untuk membuka laci SIM, gunakan alat pelepas SIM yang dibekalkan bersama telefon atau gunakan klip kertas dengan diameter maksimum
0.9 mm. Untuk melepaskan laci SIM,
sisipkan alat atau klip kertas ke dalam lubang pelepas seperti yang ditunjukkan (1). Masukkan kad SIM ke dalam pemegangnya supaya sentuhan-sentuhan emas pada kad menghadap ke bawah. Masukkan laci SIM (2).

Mengecas bateri

Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan khususnya dengan model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa kelulusan atau jaminan, dan mungkin berbahaya.
Peranti ini mempunyai bateri dalaman yang tidak boleh dikeluarkan dan boleh dicas semula. Jangan cuba mengeluarkan bateri dari peranti ini kerana anda boleh merosakkan peranti ini. Nokia mengesyorkan anda membawa ia ke kemudahan servis berdaftar yang terdekat untuk menggantikan bateri.
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila mendapat bekalan kuasa dari pengecas AC-1, ACP-7, ACP-8, ACP-12, LCH-8, LCH-9 atau LCH-12.
6Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Bermula
1. Sambungkan bahagian menyambung dari pengecas pada soket di bahagian bawah telefon anda.
2. Sambungkan pengecas pada soket dinding AC. Teks Mengecas dipaparkan sebentar jika telefon dihidupkan. Jika bateri benar­benar kehabisan kuasa, beberapa minit mungkin diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung kepada pengecas yang digunakan. Misalnya, mengecas bateri dengan pengecas AC-1 mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit semasa telefon dalam mod tunggu sedia.

Menghidupkan dan mematikan telefon

Amaran: Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Tekan dan tahan kekunci Tamat sehingga telefon hidup atau mati.
Jika telefon meminta kod PIN atau kod keselamatan, tatal ke angka yang diingini dalam bar aksara, dan tekan Pilih. Ulang langkah ini untuk setiap angka bagi kod. Jika anda memasukkan aksara yang salah, tekan Padam untuk memadamnya. Tekan Pilihan dan pilih Terima.
Lihat juga Permintaan kod PIN di dalam "Tetapan keselamatan" di halaman 38 dan "Kod akses" di halaman viii.

Gaya beroperasi biasa

Telefon anda mempunyai antena dalaman. Gunakan telefon hanya dengan gaya beroperasi biasa.
Nota: Seperti sebarang peranti pemancar antena jika tidak perlu apabila peranti dihidupkan. Menyentuh antena akan menjejas mutu panggilan dan boleh menyebabkan peranti beroperasi pada aras kuasa
-radio lain, jangan sentuh
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 7
Bermula
lebih tinggi daripada yang diperlukan. Mengelakkan daripada menyentuh bahagian antena semasa mengendalikan peranti ini menghasilkan prestasi optimum antena dan hayat bateri.

Memasang tali pergelangan tangan

Masukkan tali ke dalam lelubang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dan ketatkan ia.

Menanggalkan dan memasang semula Gelangsar cepat

Gelangsar cepat hanya perlu ditanggalkan untuk melihat label jenis telefon atau untuk membersihkan telefon.
• Untuk menanggalkan Gelangsar cepat, angkat pinggir gelangsar dengan menggunakan kuku anda seperti yang ditunjukkan (1) sehingga gelangsar terlepas.
Gelangsarkan ia seperti yang ditunjukkan untuk menanggalkan gelangsar (2). Elakkan daripada menyentuh kanta kamera
• Untuk memasang semula Gelangsar cepat, bawa telefon dan gelangsar ke kedudukan yang ditunjukkan (3) dan gelangsarkan ia ke kiri hingga ia terpasang di kedudukannya dengan berdetap (4).
8Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi-fungsi panggilan

3. Fungsi-fungsi panggilan

Membuat panggilan

1. Tekan dan tahan kekunci pemilihan tengah dalam mod tunggu sedia, dan masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan. Untuk memasukkan nombor telefon, tatal ke angka yang diingini dalam bar aksara, dan tekan Pilih. Ulang langkah ini untuk setiap angka nombor telefon. Jika anda memasukkan aksara yang salah, tekan Padam untuk memadamnya.
Untuk panggilan antarabangsa, masukkan aksara + untuk kod akses antarabangsa dan kemudian masukkan kod negara, kod kawasan tanpa awalan 0, jika perlu, dan nombor telefon.
2. Tekan kekunci Panggil untuk memanggil nombor tersebut.
3. Tekan kekunci Tamat untuk menamatkan panggilan atau untuk membatalkan percubaan memanggil.
Membuat panggilan menggunakan kenalan
Untuk mencari nama/nombor telefon yang telah anda simpan di dalam Kenalan, lihat "Mencari
kenalan" di halaman 25. Tekan
kekunci Panggil untuk memanggil nombor tersebut.
Memanggil nombor yang baru didail
Dalam mod tunggu sedia, tekan kekunci Panggil sekali untuk mengakses senarai yang mengandungi sehingga 20 nombor yang terakhir anda panggil atau cuba memanggil. Tatal ke nombor atau nama yang anda mahu, dan tekan kekunci Panggil untuk memanggil nombor tersebut.
Memanggil peti mel suara anda
Dalam mod tunggu sedia, tekan dan tahan kekunci pemilihan tengah, pilih 1, dan tekan kekunci Panggil. Lihat juga "Mesej suara" di halaman 21.
Membuat panggilan lain semasa panggilan (perkhidmatan rangkaian)
Semasa panggilan, tekan Pilihan dan pilih Panggilan baru. Masukkan nombor telefon, atau tekan Pilihan dan pilih Cari untuk mencari nombor telefon dalam kenalan. Tekan
Panggil atau kekunci Panggil.
Panggilan yang pertama akan ditahan. Untuk bertukar-tukar antara kedua-dua panggilan, tekan kekunci Panggil.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 9
Fungsi-fungsi panggilan

Menjawab atau menolak panggilan masuk

Gunakan gelangsar atau tekan kekunci Panggil untuk menjawab panggilan. Jika anda ingin membisukan nada deringan, tekan
Senyap.
Untuk menolak panggilan, tekan kekunci Tamat. Panggilan yang ditolak akan dialihkan jika anda telah mengaktifkan fungsi Alih jika
sibuk. Lihat "Tetapan panggilan" di
halaman 35.
Panggilan menanti
Anda boleh menjawab panggilan semasa anda mempunyai panggilan lain yang sedang berlangsung jika anda telah mengaktifkan fungsi
Khidmat panggilan menanti di
dalam menu Tetapan panggilan (perkhidmatan rangkaian). Untuk menjawab panggilan menanti, tekan
Jawab atau kekunci Panggil.
Panggilan yang pertama akan ditahan.

Pilihan-pilihan semasa panggilan

Banyak pilihan yang boleh anda gunakan semasa panggilan, adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk ketersediaan, hubungi operator rangkaian.
Tekan Pilihan semasa panggilan untuk beberapa pilihan berikut:
Lantang, Bisu atau Bersuara, Entri nombor, Kenalan, Menu, Rakam, Kunci pad kekunci, Tambahan audio, Pembesar suara atau Telefon bimbit,
dan perkhidmatan rangkaian Jawab dan Menolak, Tunggu atau Lepas,
Panggilan baru, Hantar DTMF (untuk
menghantar remtetan nada),
Bertukar (untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan panggilan yang ditahan), Pindah (untuk menyambungkan panggilan yang ditahan kepada panggilan aktif dan memutuskan sambungan anda sendiri), Persidangan (untuk menyediakan panggilan persidangan), Panggilan peribadi (untuk berbincang secara sulit dalam panggilan persidangan), Tamat
panggilan, Tamat semua pang.
Untuk maklumat lanjut, lihat panduan pengguna lanjut untuk model telefon anda di bahagian sokongan di tapak web Nokia, <www.nokia-asia.com/support>.
Nota: Jangan pegang peranti ini pada telinga apabila pembesar suara sedang digunakan, kerana kelantangannya mungkin sangat kuat.
10 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi-fungsi panggilan

Menulis teks

Semasa menulis, misalnya, satu mesej, anda boleh memasukkan huruf, nombor, dan aksara khas dengan memilihnya dari bar aksara yang ditunjukkan di bahagian bawah paparan. Tatal ke aksara yang diingini dan tekan Pilih.
Untuk mempercepat pemilihan, anda boleh menggunakan kaedah yang disebut ramalan aksara di mana aksara-aksara yang biasa diperlukan diletakkan di awal senarai aksara. Aksara-aksara yang dicadangkan oleh ramalan aksara bergantung kepada aksara-aksara yang dipilih sebelumnya. Jika anda tidak menggunakan ramalan aksara, aksara-aksara ditunjukkan mengikut susunan abjad.
Aksara yang tersedia bergantung pada bahasa yang dipilih dalam menu Bahasa telefon, lihat "Tetapan
telefon" di halaman 36.
Selain daripada aksara-aksara, anda mungkin boleh menggunakan bar aksara untuk perkara berikut:
• Untuk mengaktifkan ramalan aksara, pilih . Untuk menyahaktifkan ramalan, pilih
.
• Apabila ramalan aksara sedang aktif, ditunjukkan di bahagian atas paparan dan aksara-aksara yang diramal ditunjukkan dengan warna biru.
• Untuk menggerakkan kursor dalam teks atau nombor yang ditulis pilih dan putar pemutar. Untuk terus menulis, telan Teruskn..
• Untuk memasukkan ruang, pilih ruang dalam bar aksara.
• Untuk memasukkan huruf besar, pilih .
• Untuk memasukkan huruf kecil, pilih .
• Untuk memasukkan aksara beraksen, pilih
• Untuk memasukkan nombor, pilih
.
• Untuk memasukkan aksara khas, pilih .
Sesetengah fungsi ini boleh digunakan dengan menekan Pilihan dan memilih pilihan yang diingini.
Jika perlu, untuk menerima teks atau nombor yang ditulis, tekan Pilihan, dan pilih Terima.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 11
Fungsi-fungsi panggilan

Petua untuk menulis teks

Fungsi-fungsi berikut mungkin juga terdapat untuk penulisan teks:
• Untuk memadam aksara di
sebelah kiri kursor, tekan Padam. Tekan dan tahan Padam untuk memadam aksara-aksara dengan lebih cepat.
Untuk memadam semua aksara sekali gus apabila menulis mesej, tekan Pilihan dan pilih Padam
teks.
• Untuk menetap pemilih aksara supaya bergerak ke aksara pertama di bar aksara jika anda memutar pemutar ke kanan di hujung bar (atau jika anda memutar ke kiri ke aksara terakhir di permulaan bar), tekan
Pilihan, dan pilih Lingkaran aktif.
• Untuk menukar bahasa input ke bahasa lain daripada yang dipilih dalam Tetapan bahasa (lihat halaman 36), tekan Pilihan, dan pilih Bahasa tulisan dan bahasanya.
12 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

4. Menggunakan menu

Menggunakan menu
Telefon anda menawarkan pelbagai fungsi yang dikumpulkan di dalam menu-menu.
Kebanyakan fungsi menu ini disediakan dengan teks bantu ringkas. Untuk melihat teks bantu, tatal ke fungsi menu yang anda ingini dan tunggu selama sekitar 15 saat.
Teks bantu boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan menggunakan fungsi
Aktivasi teks bantu di dalam menu Tetapan telefon, lihat halaman 36.

Mengakses fungsi menu

1. Tekan Menu dalam mod tunggu sedia.
2. Tatal dengan pemutar ke menu utama yang diingini, misalnya
Tetapan, dan tekan Pilih untuk
membukanya.
3. Jika menu mengandungi submenu-submenu, pilih submenu yang anda mahu, misalnya Tetapan panggilan.
Jika submenu yang dipilih mengandungi submenu lanjut, misalnya, Dail semula auto, ulang langkah ini.
4. Pilih tetapan yang anda mahu.
Tekan Balik untuk kembali ke paras menu sebelumnya, atau tekan
Keluar atau kekunci Tamat untuk
keluar dari menu.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 13
Menggunakan menu

Senarai fungsi menu

1. Mesej
1. Buat mesej
2. Peti masuk
3. Peti keluar
4. Item dihantar
5. Item disimpan
6. Mesej suara
7. Mesej maklumat
8. Arahan khidmat
9. Padam mesej
10.Tetapan mesej
11.Pembilang mesej
2. Kenalan
1. Cari
2. Tamb kenalan br
3. Padam
4. Salin
5. Tetapan
6. Tag suara
7. Nombor maklumat
8. Nombor khidmat
9. Nombor sendiri
10.Kumpulan pemanggil
3. Daftar panggilan
1. Panggilan tak dijawab
2. Panggilan dijawab
3. Nombor yang sudah didail
4. Padam senarai panggilan terbaru
5. Tempoh panggilan
6. Pembilang data GPRS
7. Pemasa sambungan GPRS
8. Tetap kedudukan
4. Tetapan
1. Profil
2. Tema
3. Tetapan nada
4. Tetapan lampu
5. Tetapan paparan
6. Tetapan masa dan tarikh
7. Pintasan peribadi
1
1
1
1
8. Kesambungan
9. Tetapan panggilan
10.Tetapan telefon
11.Tetapan tambahan
2
12.Tetapan tatarajah
13.Tetapan keselamatan
14.Simpan semula tetapan kilang
1. Dipaparkan jika disokong oleh kad SIM anda. Untuk ketersediaan, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda. Jika salah satu item tidak disokong, nombor item-item menu yang berikut berubah sewajarnya.
2. Menu ini dipaparkan hanya jika telefon sedang atau telah disambungkan kepada tambahan yang serasi yang terdapat bagi telefon ini.
14 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Menggunakan menu
5. Galeri
1. Imej
2. Klip video
3. Tema
4. Grafik
5. Nada
6. Rakaman
6. Media
1. Kamera
2. Pemain media
3. Radio
4. Perakam
7. Pengatur
1. Jam penggera
2. Kalendar
3. Senarai tugasan
4. Nota
5. Penyegerakan
8. Web
1. Rumah
2. Penanda buku
3. Pautan muat turun
4. Almt web akhir
5. Peti masuk Khid
6. Tetapan
7. Pergi ke alamat
8. Kosongkan cache
9. Khidmat SIM
10.Entri nombor
1
1. Hanya dipaparkan jika disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan bergantung kepada kad SIM.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 15
Fungsi menu

5. Fungsi menu

Mesej

Perkhidmatan mesej hanya boleh digunakan jika ia disokong oleh rangkaian anda atau pembekal perkhidmatan anda (perkhidmatan rangkaian).
Nota: Apabila menghantar mesej, telefon anda mungkin memaparkan perkataan-perkataan Mesej
dihantar. Ini menandakan
mesej telah dihantar oleh peranti anda ke nombor pusat mesej yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda. Ini bukan menandakan mesej telah diterima di destinasi tujuan. Untuk butiran lanjut mengenai perkhidmatan SMS, sila periksa dengan pembekal perkhidmatan anda.

Mesej teks (SMS)

Peranti anda menyokong penghantaran dan penerimaan mesej teks melebihi had biasa sebanyak 160 aksara. Jika mesej anda, yang juga mengandungi gambar, melebihi 160 aksara, ia
akan dihantar sebagai satu siri yang terdiri daripada dua mesej atau lebih (mesej berbilang bahagian). Invois mungkin berdasarkan bilangan mesej biasa yang diperlukan untuk mesej berbilang bahagian.
Di bahagian atas paparan anda boleh melihat penunjuk kepanjangan mesej mengira undur dari 160. Sebagai contoh, 10 /2 bermakna anda masih boleh menambah 10 aksara untuk teks yang akan dihantar sebagai dua mesej. Sila ambil perhatian bahawa aksara khas (Unicode) seperti ë, â, á, ì menggunakan lebih banyak ruang.
Sebelum anda boleh menghantar mesej, anda perlu menyimpan beberapa tetapan mesej. Lihat
"Tetapan-tetapan bagi mesej teks dan e-mel SMS" di halaman 22.
Nota: Hanya telefon yang menawarkan ciri mesej bergambar sahaja yang boleh menerima dan memaparkan mesej bergambar.
Fungsi mesej teks menggunakan memori yang dikongsi, lihat "Memori
yang dikongsi" di halaman vii.
16 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Menulis dan menghantar mesej
Tekan Menu, dan pilih Mesej, Buat
mesej dan Mesej teks. Masukkan
mesej. Untuk menghantar mesej, tekan kekunci Panggil atau Pilihan dan pilih Hantar. Masukkan nombor telefon penerima atau tekan Pilihan dan pilih Cari untuk mencari nombor telefon dalam Kenalan. Tekan
Pilihan dan pilih Terima untuk
menghantar mesej.
Pilihan-pilihan untuk menghantar mesej
Setelah anda menulis mesej, tekan
Pilihan dan pilih Pilihan hantaran.
Dengan Hantar ke ramai anda boleh menghantar mesej kepada beberapa penerima dan untuk menghantar mesej sebagai e-mel SMS (perkhidmatan rangkaian), pilih
Hantar sbg e-mel. Dengan Menghantar profil anda boleh
menggunakan profil mesej yang dipratakrif untuk menghantar mesej. Untuk mentakrif profil mesej, lihat
"Tetapan-tetapan bagi mesej teks dan e-mel SMS" di halaman 22.
Membaca dan membalas mesej SMS atau e-mel SMS
Apabila anda menerima mesej atau e-mel SMS, penunjuk dan bilangan mesej baru diikuti dengan
... mesej diterima dipaparkan.
yang berkelip menandakan memori mesej telah penuh. Sebelum anda
boleh menerima mesej baru, padam mesej-mesej lama.
1. Tekan Tunjuk untuk melihat mesej baru, atau tekan Keluar untuk melihatnya kemudian. Jika lebih daripada satu mesej telah diterima, pilih mesej yang ingin anda baca. Mesej teks atau e-mel SMS yang belum dibaca ditandakan dengan .
2. Semasa melihat mesej, tekan
Pilihan dan lihat pilihan-pilihan
yang tersedia.
3. Pilih Balas dan jenis mesej untuk membalas mesej. Apabila membalas e-mel SMS, sahkan atau edit alamat dan tajuk e-mel. Kemudian tulis mesej balasan anda.
4. Untuk menghantar mesej, tekan kekunci Panggil, atau tekan
Pilihan dan pilih Hantar. Tekan Pilihan dan pilih Terima untuk
menghantar mesej ke nombor yang dipaparkan.
Folder peti masuk dan perkara dihantar
Telefon ini menyimpan mesej teks dan multimedia yang masuk di dalam folder Peti masuk dan menghantar mesej teks dan multimedia di dalam folder Perkara
dihantar. Mesej-mesej teks
ditandakan dengan .
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 17
Fungsi menu
Mesej teks yang ingin anda hantar kemudian boleh disimpan di dalam folder Mesej teks disimp, Folder saya atau Templat.
Templat
Telefon anda menyertakan templat teks, yang ditandakan dengan , dan templat gambar, yang ditandakan dengan .
Untuk mengakses senarai templat, tekan Menu, dan pilih Mesej, Item
disimpan, Mesej teks dan Templat.
Folder perkara disimpan dan Folder Saya
Untuk mengatur mesej-mesej anda, anda boleh memindahkan beberapa mesej ke folder Item disimpan, atau tambahkan folder-folder baru untuk mesej-mesej anda. Semasa membaca mesej, tekan Pilihan. Pilih
Pindah, tatal ke folder di mana mesej
ingin dipindahkan dan tekan Pilih.
Untuk menambah atau memadam sesuatu folder, tekan Menu, dan pilih Mesej, Item disimpan, Mesej
teks dan Folder saya. Untuk
menambah folder jika anda belum menyimpan sebarang folder, tekan
Tambah. Jika tidak, tekan Pilihan
dan pilih Tambah folder. Untuk memadam folder, tatal ke folder yang ingin anda padam, tekan
Pilihan dan pilih Padam folder.

Mesej multimedia (MMS)

Nota: Hanya telefon yang menawarkan ciri-ciri mesej multimedia yang serasi boleh menerima dan memaparkan mesej multimedia.
Satu mesej multimedia boleh mengandungi teks, bunyi dan gambar atau klip video. Telefon ini menyokong mesej multimedia sehingga 100 kB besarnya. Jika mesej mengandungi gambar dalam format yang serasi, telefon akan mengecilkannya agar muat di dalam bahagian paparan.
Fungsi mesej multimedia menggunakan memori yang dikongsi, lihat "Memori yang dikongsi" di halaman vii.
Jika Bnrkn p'maan multim ditetap ke
Ya atau Dlm rangkaian rumah,
operator atau pembekal perkhidmatan anda boleh mengenakan bayaran untuk setiap mesej yang anda terima. Tetapan lalai untuk menerima mesej multimedia umumnya adalah aktif. Lihat "Tetapan-tetapan bagi mesej
multimedia" di halaman 23.
18 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Mesej multimedia menyokong format-format berikut:
• Gambar: JPEG, GIF, WBMP, BMP dan PNG.
• Bunyi: Polifonik Boleh Diskala MIDI (SP-MIDI), audio AMR dan nada deringan monofonik
• Klip video dalam format 3gp dengan peleraian SubQCIF dan QCIF dan audio AMR.
Telefon ini tidak semestinya menyokong semua variasi bagi format-format fail yang telah disebutkan sebelumnya. Jika mesej yang diterima mengandungi sebarang unsur yang tidak disokong, ia mungkin digantikan dengan nama fail dan teks Format objek tak
disokong
Sila mabil perhatian bahawa anda tidak dapat menerima sebarang mesej multimedia jika anda mempunyai panggilan yang sedang berlangsung. Oleh kerana penghantaran mesej multimedia boleh gagal atas pelbagai sebab, jangan bergantung semata-mata kepada mesej ini untuk komunikasi penting.
Menulis dan menghantar mesej multimedia
Untuk menetap tetapan-tetapan bagi mesej multimedia, lihat
"Tetapan-tetapan bagi mesej multimedia" di halaman 23. Untuk
mengetahui ketersediaannya dan untuk melanggani khidmat mesej multimedia, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Perlindungan hak cipta mungkin menghalang sesetengah imej, nada dering dan kandungan lain daripada disalin, diubahsuai, dipindahkan atau dihantar lanjut.
1. Tekan Menu, dan pilih Mesej,
Buat mesej dan Mesej multimedia.
2. Masukkan mesej. Lihat "Menulis
teks" di halaman 11 .
• Untuk memasukkan fail di
dalam mesej, tekan Pilihan, pilih Masukkan dan pilih pilihan yang diingini dari
Galeri, atau pilih Nota kalendar atau Kad bisnes.
Untuk memindahkan komponen teks ke atas atau ke bawah mesej, tekan Pilihan dan pilih Letak teks di atas atau Letak teks di bwh.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 19
Fungsi menu
• Telefon anda menyokong penghantaran dan penerimaan mesej multimedia yang mengandungi beberapa halaman (slaid). Untuk menambah slaid di dalam mesej, tekan Pilihan, dan pilih
Masukkan dan Slaid. Setiap
slaid boleh mengandungi teks, satu imej dan satu klip bunyi.
Jika mesej mengandungi beberapa slaid, anda boleh buka slaid yang diingini dengan menekan Pilihan dan memilih Slaid sebelumnya,
Slaid berikutnya atau Senarai slaid. Untuk menetap jarak
waktu antara slaid, tekan
Pilihan dan pilih Pemasaan slaid.
• Pilihan-pilihan berikut juga mungkin terdapat: Delete untuk memadam imej, salid atau klip bunyi dari mesej,
Pratonton atau Simpan mesej.
Dalam Pilihan lain pilihan­pilihan berikut mungkin terdapat: Masukkan kenalan,
Masukkan nombor, Butiran mesej dan Edit subjek.
3. Untuk menghantar mesej, tekan kekunci Panggil, atau tekan
Pilihan dan pilih Hantar ke untuk
memilih salah satu pilihan menghantar.
4. Masukkan nombor telefon (atau alamat e-mel) penerima atau tekan Pilihan dan pilih Cari untuk mencari ia di dalam Kenalan. Tekan Pilihan dan pilih Terima. Semasa mesej multimedia sedang dihantar, penunjuk dianimasi dipaparkan dan anda boleh menggunakan fungsi-fungsi lain pada telefon. Jika penghantaran gagal, mesej akan kekal di dalam folder Peti
keluar dan anda boleh cuba
menghantarnya semula kemudian.
Membaca dan membalas mesej multimedia
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej. Mesej-mesej boleh mengandungi perisian niat jahat atau mungkin boleh memudaratkan peranti atau PC anda.
Apabila telefon sedang menerima mesej multimedia, penunjuk animasi
dipaparkan. Apabila mesej telah
diterima, penunjuk dan teks
Mesej multimedia diterima
dipaparkan.
yang berkelip menandakan memori untuk mesej multimedia telah penuh, lihat "Memori mesej
multimedia penuh" di halaman 21.
20 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Kemunculan mesej multimedia boleh berbeza-beza bergantung kepada peranti yang menerima.
1. Tekan Tunjuk untuk melihat mesej, atau tekan Keluar untuk melihatnya pada lain masa.
Membaca mesej pada lain masa:
Tekan Menu, dan pilih Mesej dan
Peti masuk. Mesej multimedia
yang belum dibaca ditandakan dengan .
2. Tatal untuk melihat mesej. Tekan
Pilihan dan, misalnya, beberapa
pilihan berikut mungkin boleh didapatkan: Main sembahan,
Pamer teks, Buka imej, Buka klip bunyi, Buka klip video, Simpan imej, Simpan klip bunyi, Simpan video klip, Butiran, Padam mesej, Balas, Balas semua, Hantar ke nombor, Hantar ke e-mel, Hantar ke ramai, Edit, Butiran mesej.
Folder-folder Peti masuk, Peti keluar, Perkara disimpan dan Perkara dihantar
Telefon ini menyimpan mesej-mesej multimedia yang telah diterima di dalam folder Peti masuk. Mesej­mesej multimedia yang belum lagi dihantar dipindahkan ke folder Peti
keluar. Mesej multimedia yang ingin
anda hantar kemudian, boleh disimpan di dalam folder Perkara
disimpan. Mesej-mesej multimedia
yang telah dihantar disimpan di
dalam folder Perkara dihantar submenu Mesej multimedia jika tetapan Simpan mesej dihntr ditetap ke Ya. Lihat "Tetapan-tetapan bagi
mesej multimedia" di halaman 23.
Mesej-mesej multimedia ditandakan dengan .
Memori mesej multimedia penuh
Apabila anda mempunyai mesej multimedia baru yang menunggu dan memori untuk mesej telah penuh, penunjuk berkelip dan
Memori m/m penuh, pamer mesej tunggu. dipaparkan. Untuk melihat
mesej yang menunggu, tekan
Tunjuk. Untuk menyimpan mesej,
tekan Pilihan, pilih Simpan mesej dan padam mesej-mesej lama dengan mula-mula memilih folder dan kemudian mesej lama yang hendak dipadam. Untuk membuang mesej yang menunggu, tekan Keluar dan Ya. Jika anda menekan Tidak, anda boleh melihat mesej.

Mesej suara

Peti mel suara adalah perkhidmatan rangkaian dan anda mungkin perlu melangganinya. Untuk maklumat lanjut dan untuk nombor peti mel suara, hubungi pembekal perkhidmatan anda. Tekan Menu, dan pilih Mesej dan Mesej suara. Pilih Dengar mesej suara untuk
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 21
Fungsi menu
memanggil peti mel suara anda di nombor telefon yang telah anda simpan dalam menu Nombor peti
mel suara. Pilih Nombor peti mel suara untuk memasukkan, mencari
atau mengedit nombor peti mel suara anda.
Jika disokong oleh rangkaian, penunjuk akan menunjukkan mesej suara baru. Tekan Dengar untuk memanggil nombor peti mel suara anda.

Mesej maklumat

Dengan perkhidmatan rangkaian mesej maklumat anda mungkin boleh menerima mesej mengenai pelbagai topik daripada pembekal perkhidmatan anda. Mesej-mesej ini boleh termasuk, misalnya, keadaan cuaca atau lalu lintas. Untuk keterdapatan, topik-topik dan nombor-nombor topik yang relevan, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Arahan khidmat

Tekan Menu, dan pilih Mesej dan
Arahan khidmat. Masukkan dan
hantar permintaan perkhidmatan (juga dikenali sebagai arahan USSD), seperti arahan pengaktifan bagi perkhidmatan rangkaian, kepada pembekal perkhidmatan anda.

Memadam semua mesej dari folder

Untuk memadam semua mesej dari folder, tekan Menu, dan pilih Mesej dan Padam mesej. Pilih folder di mana anda ingin memadam mesej dan tekan Ya untuk mengesahkan tindakan. Jika folder tersebut mengandungi mesej yang belum dibaca, telefon akan bertanya sama ada anda ingin memadamnya juga.

Tetapan mesej

Tetapan-tetapan mesej menjejas penghantaran, penerimaan dan pameran mesej.
Tetapan-tetapan bagi mesej teks dan e-mel SMS
Tekan Menu, dan pilih Mesej,
Tetapan mesej dan Mesej teks.
• Pilih Menghantar profil. Jika lebih daripada satu kumpulan profil mesej disokong oleh kad SIM anda, pilih kumpulan yang ingin anda tukar. Setiap tetapan mempunyai tetapan-tetapan berikut: Nombor pusat mesej (dihantar oleh pembekal perkhidmatan anda), Mesej
dihntar. sbg., Kesahan mesej, Nombr penerima lalai(mesej teks)
atau Pelayan e-mel (e-mel),
P'ghantaran laporan, Guna GPRS,
22 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Bls m'lui pus yg sama
(perkhidmatan rangkaian) dan
Nama sml profil yg sedang dihantar.
•Select Simpan mesej dihantar dan Ya untuk menetap telefon supaya menyimpan mesej multimedia di dalam folder Item
dihantar.
Tetapan-tetapan bagi mesej multimedia
Jika Bnrkn p'maan multim ditetap ke
Ya atau Dlm rangkaian rumah,
operator atau pembekal perkhidmatan anda boleh mengenakan bayaran untuk setiap mesej yang anda terima. Tetapan lalai untuk menerima mesej multimedia umumnya adalah aktif.
Tekan Menu, dan pilih Mesej, Tet apan
mesej dan Mesej multimedia.
Pilih
Simpan mesej dihntr. Pilih Ya untuk menetap telefon supaya menyimpan mesej multimedia yang telah dihantar di dalam folder Perkara dihantar.
P'ghantaran laporan untuk meminta rangkaian menghantar laporan penghantaran mengenai mesej anda (perkhidmatan rangkaian).
Mengecilkan imej untuk mentakrif saiz imej apabila anda memasukkan imej ke dalam mesej multimedia.
Pemasaan slaid lalai bagi mentakrif masa lalai bagi slaid­slaid di dalam mesej multimedia.
Bnrkn p'maan multim. Pilih Tidak,
Ya atau Dlm rangkaian rumah
untuk menggunakan khidmat multimedia. Jika Bnrkn p'maan
multim ditetap ke Ya atau Dlm rangkaian rumah, operator atau
pembekal perkhidmatan anda boleh mengenakan bayaran untuk setiap mesej yang anda terima. Tetapan lalai untuk menerima mesej multimedia umumnya adalah aktif.
Msj multim msuk. Pilih Mendapat
kembali untuk menetapkan
telefon supaya mendapatkan secara automatik mesej multimedia yang baru diterima, atau pilih Menolak jika tidak mahu menerima mesej multimedia. Tetapan ini tidak ditunjukkan jika Bnrkn p'maan
multim ditetap ke Tidak.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 23
Fungsi menu
Tetapan tatarajah. Pilih Tatarajah dan pilih pembekal perkhidmatan lalai untuk mengambil mesej multimedia. Pilih Akaun untuk melihat alaun-akaun yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Jika lebih daripada satu akaun dipaparkan pilih satu yang ingin anda gunakan. Anda boleh menerima tetapan-tetapan sebagai mesej tatarajah dari pembekal perkhidmatan. Untuk menerima tetapan-tetapan sebagai mesej tatarajah, lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" di halaman ix.
Untuk memasukkan tetapan­tetapan secara manual lihat
"Tetapan tatarajah" di halaman
37.
Benarkan iklan untuk memilih sama ada anda membenarkan penerimaan mesej yang ditakrif sebagai iklan. Tetapan ini tidak ditunjukkan jika Bnrkn p'maan
multim ditetap ke Tidak.
Tetapan saiz fon
Untuk memilih saiz fon bagi membaca dan menulis mesej, tekan
Menu dan pilih Mesej, Tetapan mesej, Tetapan lain dan Saiz fon.
Pembilang mesej
Bagi melihat berapa banyak mesej anda sudah hantar dan terima, tekan
Menu dan pilih Mesej dan Pembilang mesej. Pilih Mesej dihantar atau Mesej diterima atau
pilih Hapus pembilang untuk mengosongkan pembilang.

Kenalan

Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon (Kenalan) dalam memori telefon dan dalam memori kad SIM. Memori telefon boleh menyimpan nama dan nombor. Butiran-butiran yang berbeza (nota teks) boleh dikaitkan dengan setiap nama. Anda juga boleh melampirkan imej pada sebilangan terhad nama-nama.
Kenalan menggunakan memori yang
dikongsi, lihat "Memori yang
dikongsi" di halaman vii.
Nama dan nombor yang disimpan di dalam memori kad SIM, ditandakan dengan .

Memilih tetapan untuk kenalan

Tekan Menu dan pilih Kenalan dan
Tetapan. Pilih Memori digunakan, Pameran kenalan, atau Taraf memori.
24 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu

Mencari kenalan

Tekan Menu dan pilih Kenalan dan
Cari.
Selain itu, pilihan-pilihan berikut juga mungkin terdapat: Tamb
kenalan br, Padam , Salin, Nombor maklumat, Nombor khidmat, Nombor sendiri, Kumpulan pemanggil.

Menyimpan nama dan nombor telefon (Tambah kenalan)

Tekan Menu dan pilih Kenalan dan
Tamb kenalan br. Masukkan nama
dan nombor telefon. Apabila nama dan nombor telah disimpan, tekan
Selesai.

Menyimpan berbilang nombor, perkara teks atau nama bagi setiap nama

Anda boleh menyimpan berlainan jenis nombor telefon dan perkara teks ringkas untuk setiap nama di dalam memori dalaman telefon bagi kenalan.
Nombor pertama yang disimpan ditetap sebagai nnombor lalai secara automatik dan ia ditandakan dengan bingkai di sekeliling penunjuk jenis nombor, misalnya . Apabila anda
memilih nama dari kenalan, misalnya, untuk membuat panggilan, nombor lalai digunakan kecuali anda memilih nombor lain.
1. Pastikan memori yang sedang digunakan adalah sama ada
Telefon atau Telefon dan SIM.
2. Tatal ke nama yang disimpan di dalam memori dalaman telefon bagi kenalan yang ingin anda tambahkan dengan nombor atau perkara teks baru, dan tekan
Butiran.
3. Tekan Pilihan dan pilih Tambah
nombor, Tambah butiran atau Tambah imej.
4. Untuk menambahkan nombor atau butiran, pilih salah satu jenis nombor atau jenis teks, atau pilih satu imej dari Galeri.
Untuk menukar jenis nombor atau teks, pilih Tukar jenis di dalam senarai pilihan.
Untuk menetapkan nombor yang terpilih sebagai nombor lalai, pilih Tetapkan sbg lalai.
5. Masukkan nombor atau perkara teks dan tekan Pilihan dan
Terima untuk menyimpannya.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 25
Fungsi menu

Mengedit atau memadam butiran

Cari kenalan yang ingin anda edit atau padam dan tekan Butiran. Tatal ke nama, nombor, perkara teks atau imej yang ingin anda edit atau padam dan tekan Pilihan.
• Untuk mengedit nama, nombor atau perkara teks atau menukar imej, pilih masing-masing Edit
nama, Edit nombor, Edit butiran
atau Tukar imej.
• Bagi memadam nombor, perkara teks atau imej, pilih masing­masing Padam nombor, Padam
butiran atau Padam imej.

Menyalin kenalan

Anda boleh menyalin nama dan nombor telefon dari memori telefon ke memori kad SIM anda dan sebaliknya. Sila ambil perhatian bahawa sebarang perkara teks yang disimpan di dalam memori dalaman telefon, seperti alamat e-mel, tidak akan disalin ke kad SIM.
1. Tekan Menu dan pilih Kenalan dan Salin.
2. Pilih arah penyalinan, Dari
telefon ke kad SIM atau Dari kad SIM ke telefon.
3. Pilih Satu persatu, Semua atau
Nombor lalaiJika anda memilih Satu persatu, tatal ke nama yang
ingin anda salin dan tekan Salin.
Nombor lalai dipaparkan jika
anda menyalin dari telefon ke kad SIM. Hanya nombor-nombor lalai yang akan disalin.
4. Untuk memilih sama ada anda mahu menyimpan atau memadam nama dan nombor asal, pilih Simpan asal atau
Pindah asal. Jika anda memilih Semua atau Nombor lalai, tekan Ya apabila Salin kenalan? atau Pindah kenalan? dipaparkan.

Menghantar dan menerima kad niaga

Apabila anda menerima kad niaga, tekan Tunjuk dan Simpan untuk menyimpan kad niaga di dalam memori telefon. Untuk membuang kad niaga, tekan Keluar dan kemudian Ya.
Untuk menghantar kad niaga, cari nama dan nombor telefon yang ingin anda hantar dari Kenalan, tekan
Butiran dan Pilihan dan pilih Hantar kad niaga. Pilih Melalui inframerah, Melalui mesej teks (perkhidmatan
rangkaian), Melalui Bluetooth atau
Melalui multimedia (perkhidmatan
rangkaian) dan Nombor lalai atau
Semua butiran.
26 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu

Dail suara

Anda boleh membuat panggilan telefon dengan menyebut tag suara yang telah ditambahkan kepada nombor telefon. Sebarang perkataan(-perkataan) yang disebut, seperti nama(-nama) seseorang, boleh digunakan sebagai tag suara. Anda boleh tambahkan hingga sepuluh tag suara.
Sebelum menggunakan tag suara, sila ambil perhatian bahawa:
• Tag suara tidak bergantung kepada bahasa. Tag suara bergantung kepada suara penyebutnya.
• Anda mesti menyebut nama betul-betul seperti anda menyebutnya semasa merakamkannya.
• Tag suara peka terhadap hingar latar belakang. Rakam tag suara dan gunakan ia dalam persekitaran yang senyap.
• Nama-nama yang pendek tidak diterima. Gunakan nama yang panjang dan elakkan nama yang serupa bagi nombor-nombor yang berlainan.
Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar dalam persekitaran yang bising atau semasa kecemasan, jadi jangan bergantung kepada dail suara sahaja dalam semua keadaan.
Menambah dan mengurus tag suara
Simpan atau salin di dalam memori telefon kenalan yang ingin anda tambahkan dengan tag suara. Anda juga boleh menambah tag suara pada nama-nama dalam kad SIM. Tag suara menggunakan memori yang dikongsi, lihat "Memori yang
dikongsi" di halaman vii.
1. Tatal ke kenalan yang ingin anda tambahkan tag suara dan tekan
Butiran. Tatal ke nombor telefon
yang anda ingini dan tekan
Pilihan.
2. Pilih Tambah tag suara.
3. Tekan Mula, dan sebutkan dengan jelas perkataan (-perkataan) yang ingin anda rakamkan sebagai tag suara. Selepas rakaman, telefon akan memainkan tag yang dirakam.
Apabila tag suara telah berjaya disimpan, Tag suara disimpan dipaparkan, satu bip berbunyi dan simbol muncul selepas nombor telefon dengan tag suara.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 27
Fungsi menu
Untuk memeriksa tag suara, tekan
Menu dan pilih Kenalan dan Tag suara. Tatal ke kenalan dengan tag
suara yang anda mahu, tekan Pilih untuk melihat pilihan untuk mendengar, menukar atau memadam tag suara yang dirakamkan.
Membuat panggilan menggunakan tag suara
Dalam mod tunggu sedia, tekan dan tahan kekunci lembut bawah. Suatu nada pendek kedengaran dan Cakap
sekarang dipaparkan. Sebutkan tag
suara dengan jelas. Telefon memainkan tag suara yang dikenali dan kemudian mendail nombor telefon bagi tag suara selepas 1.5 saat. Jika anda menggunakan alat dengar yang serasi dengan kekunci alat dengar, tekan dan tahan kekunci alat dengar untuk memulakan dail suara.

Daftar panggilan

Telefon ini mendaftarkan nombor-nombor telefon yang tidak dijawab, yang diterima dan yang telah didail, dan anggaran tempoh panggilan anda. Telefon ini mendaftarkan panggilan hanya jika rangkaian menyokong fungsi-fungsi ini, telefon dihidupkan dan berada di dalam kawasan khidmat rangkaian.
Apabila anda menekan Pilihan di dalam menu Panggilan tak dijawab,
Panggilan dijawab dan Nombor yang sudah didail, anda boleh, misalnya,
melihat tarikh dan masa panggilan, mengedit atau memadam nombor telefon dari senarai, menyimpan nombor di dalam Kenalan, atau menghantar mesej ke nombor tersebut.

Pembilang dan pemasa bagi panggilan, data dan GPRS

Nota: Invois sebenar untuk panggilan dan perkhidmatan dari pembekal perkhidmatan anda mungkin berbeza-beza jumlahnya, bergantung kepada ciri-ciri rangkaian, pembulatan jumlah bil, cukai dan sebagainya.
Tekan Menu, dan pilih Daftar
panggilan dan kemudian pilih Tempoh panggilan, Pembilang data GPRS atau Pemasa sambungan GPRS
untuk anggaran maklumat mengenai komunikasi anda yang terbaru.
28 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu

Maklumat tetap kedudukan

Sesetengah rangkaian membenarkan anda meminta kedudukan telefon (perkhidmatan rangkaian). Menu ini membolehkan anda melihat permintaan kedudukan yang diterima dari operator rangkaian. Hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda untuk melanggani dan untuk mempersetujui penghantaran maklumat lokasi.

Tetapan

Profil

Telefon anda mempunyai pelbagai kumpulan tetapan, profil, supaya anda dapat menyesuaikan nada dering bagi pelbagai acara dan sekitaran.
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Profil dan satu profilk.
• Untuk mengaktifkan profil terpilih, pilih Aktifkan.
• Untuk memperibadikan profil, pilih Pilihan sendiri dan pilih tetapan yang ingin anda tukar. Untuk tetapan nada, lihat
"Tetapan nada" di halaman 29.
Pilih Kesan lampu untuk mengaktifkan penunjuk lampu denyut jika telefon dihidupkan
dan lampu paparan dimatikan. Profil Umum tidak boleh dinamakan semula.
• Untuk menetap profil supaya aktif sehingga masa yang tertentu sehingga 24 jam terdahulu, pilih Ditetap masa dan tetapkan masa bagi tetapan profil itu tamat.

Tema

Satu tema adalah pakej yang mungkin termasuk gambar skrin, imej kertas hias dinding, nada dering dan skema warna untuk mengkhususkan telefon anda bagi acara dan persekitaran yang berbeza-beza.
Tekan Menu, dan pilih Tetapan dan
Tema. Untuk mengaktifkan tema,
pilih Pilih tema untuk melihat folder
Tema di dalam Galeri. Buka folder
dan tatal ke tema. Tekan Pilihan dan pilih Guna tema. Untuk memuat turun tema baru, pilih Muat turun
tema.

Tetapan nada

Anda boleh menukar tetapan profil aktif yang terpilih.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 29
Fungsi menu
Tekan Menu, dan pilih Tetapan dan
Tetapan nada. Pilih dan tukar Isyarat pang masuk, Nada deringan, Lantang deringan, Isyarat getar, Nada isyarat mesej, Nada pad kekunci dan Nada amaran. Anda
boleh mendapati tetapan yang sama di dalam menu Profil, lihat "Profil" di halaman 29. Pilih Isyarat untuk untuk menetap telefon supaya berdering hanya jika panggilan datang dari nombor-nombor telefon yang di dalam kumpulan pemanggil terpilih. Tatal ke kumpulan pemanggil yang anda mahu atau pilih Semua panggilan dan tekan
Tanda.

Tetapan lampu

Anda boleh menukar tetapan profil aktif yang terpilih.
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Tetapan lampu dan Kesan lampu
untuk mengaktifkan penunjuk lampu denyut jika telefon dihidupkan dan lampu paparan dimatikan.

Tetapan paparan

Tekan Menu, dan pilih Tetapan dan
Tetapan paparan.
• Pilih Kertas hias dinding untuk menetap telefon anda supaya memaparkan imej latar belakang, apabila telefon dalam mod tunggu sedia.
• Pilih Skema warna untuk menukar warna dalam sesetengah komponen paparan.
• Pilih Logo operator untuk menetap telefon anda supaya memaparkan logo operator.
• Pilih Gambar skrin dan Pilih
gambar skrin untuk memilih
animasi atau imej pegun sebagai gambar skrin dari Grafik. Pilih di dalam Masa muncul masa yang selepasnya gambar skrin akan diaktifkan. Pilih Aktif untuk mengaktifkan gambar skrin.

Tetapan tarikh dan masa

Tekan Menu, dan pilih Tetapan dan
Tetapan masa dan tarikh.
• Pilih Jam untuk menetap telefon supaya menunjukkan jam dalam mod tunggu sedia, laraskan jam dan pilih zon masa dan format masa.
• Pilih Tarikh untuk menetap telefon supaya memaparkan tarikh dalam mod tunggu sedia, menetapkan tarikh, dan memilih format tarikh dan pemisah tarikh.
• Pilih Kms kini auto masa (perkhidmatan rangkaian) bagi menetap telefon supaya secara automatik mengemas kini masa dan tarikh mengikut zon masa semasa.
30 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu

Pintasan peribadi

Dengan pintasan peribadi anda boleh mendapatkan fungsi-fungsi telefon yang kerap digunakan dengan cepat.
Kekunci pemilihan bawah
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Pintasan peribadi dan K'kunci pilihan bawah untuk memperuntukkan satu
fungsi telefon dari senarai yang dipratakrif kepada kekunci pemilihan bawah. Rujuk juga kepada
"Mod tunggu sedia" di halaman 2.
Menu ini tidak ditunjukkan dalam sesetengah varian operator.
Arahan suara
Anda boleh mempunyai fungsi­fungsi telefon yang boleh diaktifkan dengan menyebut tag suara. Sehingga lima fungsi boleh dipilih untuk tag suara.
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Pintasan peribadi dan Arahan suara.
Pilih folder fungsi yang anda mahu dan tatal ke fungsi yang ingin anda tambahkan dengan tag suara dan tekan Tambah. Tag suara ditandakan dengan . Rujuk kepada arahan dalam "Menambah dan mengurus
tag suara" di halaman 27.
Untuk mengaktifkan arahan suara, rujuk kepada arahan dalam
"Membuat panggilan menggunakan tag suara" di halaman 28.

Kesambungan

Anda boleh menyambungkan telefon kepada peranti serasi melalui sambungan inframerah atau Bluetooth. Anda juga boleh mentakrifkan tetapan-tetapan bagi sambungan dail (E)GPRS.
Teknologi wayarles Bluetooth
Peranti ini mematuhi Spesifikasi 1.1 teknologi wayarles Bluetooth yang menyokong profil­profil berikut: Profil Alat Dengar, Profil Bebas Tangan, Profil Tolak Objek, Profil Pindahan Fail, Profil Perangkaian Dail. Untuk memastikan peranti-peranti lain yang menyokong teknologi wayarles Bluetooth boleh beroperasi anatara satu sama lain, gunakan tambahan yang diluluskan Nokia untuk model ini. Periksa dengan pembuat peranti­peranti lain bagi menentukan keserasiannya dengan peranti ini.
Mungkin terdapat sekatan-sekatan mengenai penggunaan teknologi Bluetooth di sesetengah lokasi. Periksa dengan pihak berkuasa tempatan atau pembekal perkhidmatan.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 31
Fungsi menu
Ciri-ciri yang menggunakan teknologi wayarles Bluetooth, atau yang membolehkan ciri-ciri demikian berjalan di latar belakang semasa menggunakan ciri-ciri lain, menambah penggunaan kuasa bateri dan mengurangkan hayat bateri.
Teknologi Bluetooth membolehkan sambungan wayarles antara peranti-peranti elektronik yang berada dalam jarak maksimum 10 meter. Sambungan Bluetooth boleh digunakan untuk menghantar imej, video, teks, kad niaga, nota kalendar, atau untuk menyambung secara wayarles kepada peranti-peranti yang menggunakan teknologi Bluetooth, seperti komputer. Sila ambil perhatian bahawa tidak semua komputer yang menggunakan teknologi Bluetooth semestinya serasi.
Menyediakan sambungan Bluetooth
1. Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Kesambungan dan Bluetooth.
2. Untuk mengaktifkan fungsi Bluetooth, pilih Bluetooth dan
Aktif.
3. Pilih Cari tambahan audio untuk mencari peranti audio Bluetooth yang serasi dan memilih peranti yang ingin anda sambungkan kepada telefon atau pilih Peranti
yang berpasang untuk mencari
sebarang peranti Bluetooth yang di dalam julat. Jika senarai kosong, tekan Baru untuk menyenaraikan sebarang peranti Bluetooth yang di dalam julat. Tatal ke satu peranti dan tekan
M'msgkn.
4. Masukkan kod laluan Bluetooth bagi peranti untuk mengaitkan (‘pasangkan’) dan menyambungkan peranti itu kepada telefon anda dan mula gunakan peranti. Anda hanya perlu memberi kod laluan ini apabila anda menyambung kepada peranti itu untuk pertama kalinya.
Sambungan Bluetooth
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Kesambungan dan Bluetooth. Pilih
Peranti aktif untuk melihat sambungan Bluetooth mana yang sedang aktif. Jika anda mahu menutup sambungan kepada peranti yang dipilih, tekan Putus sambungan.
32 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Peranti yang berpasang untuk melihat senarai peranti-peranti Bluetooth yang sedang dipasangkan dengan telefon. Tatal ke peranti yang diingini.
Tekan Sambng untuk menyambung kepada peranti yang dipilih atau tekan Pilihan untuk mengakses beberapa fungsi berikut bergantung kepada status peranti dan sambungan Bluetooth. Pilih M'beri
nama pendek untuk memberi nama
panggilan (dapat dilihat oleh anda sahaja) kepada peranti yang dipilih. Pilih Smb aut. t'pa pgsahn dan pilih
Ya jika anda mahu telefon
menyambung kepada peranti yang dipilih secara automatik, atau pilih
Tidak jika anda mahu telefon
meminta izin anda dahulu. Sambungan Bluetooth yang aktif ditandakan dengan di bahagian atas paparan. Jika anda mahu memadam pasangan kepada peranti, tekan Padam pasangan. Untuk memasangkan suatu peranti baru, pilih Memasangkan peranti baru.
Tetapan Bluetooth
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Kesambungan, Bluetooth. dan Tetapan Bluetooth untuk mentakrif
bagaimana telefon anda ditunjukkan kepada peranti-peranti Bluetooth lain. Pilih K'bolehlihatn tel s'ya dan
Ditunjuk. kpd. semua untuk
menunjukkan telefon kepada semua peranti Bluetooth lain atau
Tersembunyi untuk menunjukkan
telefon hanya kepada peranti­peranti yang dipasangkan. Kami mengesyorkan anda gunakan mod sembunyi, jika boleh. Pilih Nama
telefon saya untuk menukar nama
peranti Bluetooth telefon anda.
Inframerah
Anda boleh menetap telefon supaya menerima data melalui port inframerahnya (IR). Untuk menggunakan sambungan IR, peranti yang ingin anda gunakan untuk mewujudkan sambungan mestilah mematuhi IrDA.
Jangan halakan alur IR (inframerah) ke arah mata sesiapa pun atau membenarkan ia mengganggu peranti-peranti IR lain. Peranti ini ialah produk Laser Kelas 1.
Menghantar dan menerima data melalui IR
• Pastikan bahawa port IR peranti yang menghantar dan menerima menghala ke arah satu sama lain dan tidak terdapat halangan di antara peranti-peranti tersebut. Jarak yang baik antara kedua­dua peranti dalam sambungan inframerah adalah sejauh­jauhnya 1 meter.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 33
Fungsi menu
• Untuk mengaktifkan port IR telefon anda supaya menerima data melalui IR, tekan Menu, dan pilih Tetapan, Kesambungan dan
Inframerah.
• Pengguna telefon yang menghantar memilih fungsi IR yang diingini untuk memulakan pemindahan data.
Jika pemindahan data tidak dimulakan dalam masa 2 minit selepas pengaktifan port IR, sambungan akan dibatalkan dan perlu dimulakan semula.
Penunjuk sambungan IR
• Apabila ditunjukkan secara berterusan, sambungan IR diaktifkan dan telefon anda sudah bersedia untuk menghantar atau menerima data melalui port IRnya.
• Apabila berkelip, telefon anda sedang cuba menyambung kepada peranti yang satu lagi atau sambungan telah terputus.
(E)GPRS
GPRS (General Packet Radio Service) (Perkhidmatan Radio Paket Umum)) adalah perkhidmatan rangkaian yang membolehkan telefon bimbit digunakan untuk menghantar dan menerima data melalui rangkaian yang berdasarkan Protokol Internet (IP). EGPRS (GPRS Dipertingkat)
adalah serupa dengan GPRS tetapi membolehkan sambungan yang lebih cepat. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan (E)GPRS dan kelajuan pemindahan data, untuk langganan dan harga, hubungi pembekal perkhidmatan anda. Simpan tetapan (E)GPRS untuk setiap aplikasi yang digunakan melalui (E)GPRS.
Sambungan (E)GPRS
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Kesambungan, GPRS dan Sambungan GPRS.
• Pilih Apabila diperlukan dan pendaftaran dan sambungan (E)GPRS diwujudkan apabila aplikasi yang menggunakan (E)GPRS memerlukannya dan ditutup apabila anda menamatkan aplikasi.
• Pilih Sentiasa bertalian untuk menetap telefon supaya mendaftar pada rangkaian (E)GPRS secara automatik apabila anda menghidupkan telefon.
Sila ambil perhatian bahawa GPRS dan EGPRS tidak ditandakan secara berasingan, penunjuk untuk GPRS dan EGPRS adalah sama.
34 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Tetapan modem (E)GPRS
Anda boleh menyambungkan telefon melalui teknologi wayarles Bluetooth dan inframerah kepada PC yang serasi dan menggunakan telefon sebagai modem untuk membolehkan kesambungan (E)GPRS dari PC.
Untuk mentakrif tetapan bagi sambungan (E)GPRS dari PC anda, tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Kesambungan, GPRS dan Tetapan modem GPRS.
• Pilih Pusat akses aktif dan aktifkan pusat akses yang ingin anda gunakan.
• Pilih Edit pusat akses aktif untuk menukar tetapan-tetapan pusat akses.
Pilih Alias utk pus akses untuk memasukkan nama yang anda mahu untuk pusat akses yang diaktifkan.
Pilih Pusat akses GPRS untuk memasukkan Nama Pusat Akses (Access Point Name, APN) bagi mewujudkan sambungan kepada rangkaian (E)GPRS. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk APN.
Anda juga boleh menetap tetapan­tetapan perkhidmatan (E)GPRS (Nama Pusat Akses) pada PC anda dengan menggunakan perisian Nokia Modem Options, lihat "PC
Suite" di halaman 57. Jika anda telah
menetap tetapan-tetapan kedua­duanya pada PC anda dan pada telefon anda, sila ambil perhatian bahawa tetapan-tetapan PC akan digunakan.

Tetapan panggilan

Tekan Menu, dan pilih Tetapan dan
Tetapan panggilan. Pilih
Alih panggilan (perkhidmatan rangkaian). Untuk butiran, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Dail semula auto dan Aktif dan telefon anda akan membuat maksimum sepuluh percubaan untuk menyambungkan panggilan selepas satu percubaan memanggil yang gagal.
Tambahan audio untuk mengubah suai suara supaya ia boleh didengar dengan mudah dalam persekitaran yang hingar.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 35
Fungsi menu
Khidmat panggilan menanti dan
Aktifkan dan rangkaian akan
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang melayan panggilan lain (perkhidmatan rangkaian). Lihat
"Panggilan menanti" di halaman
10.
R'gkasn s'lepas pang dan Aktif dan telefon akan memaparkan sebentar anggaran tempoh dan kos (perkhidmatan rangkaian) panggilan selepas setiap panggilan.
Htr id p'manggil saya (perkhidmatan rangkaian) dan pilih Ya atau Tetapan rangkaian.
Talian pang. keluar (perkhidmatan rangkaian) untuk memilih talian telefon 1 atau 2 bagi membuat panggilan. Hanya ditunjukkan jika disokong oleh kad SIM anda.

Tetapan telefon

Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Tetapan telefon. Pilih
Tetapan bahasa dan Bahasa
telefon untuk menetap bahasa
paparan telefon anda atau
Bahasa tulisan untuk memilih
bahasa yang digunakan telefon apabila menulis teks.
• Pilih Taraf memori untuk melihat memori yang bebas dan yang digunakan.
Kawal kekunci auto untuk menetap pad kekunci telefon anda supaya mengunci secara automatik selepas tundaan masa yang dipratetap apabila telefon dalam mod tunggu sedia dan tiada fungsi telefon telah digunakan.
• Pilih Kawal k'kunci kslmtn, masukkan kod keselamatan dan pilih Aktif untuk menetap telefon supaya memnita kod keselamatan apabila anda membuka kunci kawal kekunci.
Apabila kawal kekunci sedang aktif, panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi. Rujuk juga kepada
"Penguncian pad kekunci (Kawal kekunci)" di halaman 5.
Paparan makl sel dan Aktif untuk menerima maklumat dari rangkaian bergantung kepada sel rangkaian yang digunakan (perkhidmatan rangkaian).
Kata sapaan dan masukkan nota yang anda ingin ditunjukkan sebentar apabila telefon dihidupkan. Untuk menyimpan nota, tekan Pilihan dan pilih
Simpan.
36 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Pilihan operator dan Automatik supaya telefon secara automatik memilih salah satu rangkaian selular yang terdapat di kawasan anda. Dengan Manual, anda boleh memilih satu rangkaian yang mempunyai persetujuan merayau dengan operator rangkaian rumah anda.
Sahkan tindakan SIM. Lihat
"Khidmat SIM" di halaman 55.
Aktivasi teks bantu untuk menetap telefon supaya menunjukkan atau tidak menunjukkan teks-teks bantu.
Nada permulaan untuk menetap telefon supaya memainkan atau tidak memainkan nada permulaan apabila telefon dihidupkan.

Tetapan tambahan

Menu tetapan-tetapan tambahan dipaparkan hanya jika telefon sedang atau telah disambungkan kepada tambahan bergerak pengecas dan unit bebas tangan yang serasi, misalnya.
Tekan Menu, dan pilih Tetapan dan
Tetapan tambahan. Anda boleh
memilih satu menu tambahan jika tambahan yang sepadan sedang atau telah disambungkan kepada telefon. Bergantung kepada tambahan itu, anda mungkin boleh
memilih beberapa pilihan berikut:
Profil lalai, Jawapan automatik.

Tetapan tatarajah

Sesetengah perkhidmatan rangkaian perlu mempunyai tetapan-tetapan tatarajah yang betul pada telefon anda. Dapatkan tetapan-tetapan ini dari pembekal perkhidmatan sebagai mesej tatarajah atau masukkan tetapan-tetapan peribadi anda secara manual. Anda juga boleh mengedit tetapan-tetapan dengan PC Suite. Tetapan-tetapan tatarajah dari sehingga sepuluh pembekal perkhidmatan boleh disimpan di dalam telefon dan boleh diurus dalam menu ini.
Untuk menyimpan tetapan-tetapan tatarajah yang diterima oleh mesej tatarajah yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan, lihat
"Perkhidmatan tetapan tatarajah" di
halaman ix.
Tetapan-tetapan ini boleh dilihat dan diedit sebahagiannya juga dalam aplikasi-aplikasi yang berlainan.
Tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Tetapan tatarajah. Pilih
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 37
Fungsi menu
Tatarajah lalai untuk melihat senarai pembekal perkhidmatan yang disimpan di dalam telefon (pembekal perkhidmatan lalai diserlahkan) dan untuk memilih pembekal perkhidmatan lain sebagai lalai. Tatal ke satu pembekal dan tekan Butiran untuk melihat senarai dengan aplikasi-aplikasi yang disokong. Untuk memadam pembekal perkhidmatan dari senarai, tekan
Pilihan dan pilih Padam.
Aktifkan lalai dlm semua aplikasi untuk menetap aplikasi bagi menggunakan tetapan-tetapan dari pembekal perkhidmatan lalai.
Pusat akses diutamakan untuk memilih satu lagi pusat akses. Biasanya pusat akses dari operator rangkaian yang lebih digemari digunakan.
Memasukkan tetapan secara manual
Untuk memasukkan, melihat dan mengedit tetapan secara manual, tekan Menu, dan pilih Tetapan,
Tetapan tatarajah dan Tetapan tatarajah peribadi.
Untuk menambah tatarajah baru, tekan Tamb br atau tekan Pilihan dan pilih Tambah baru. Pilih salah satu jenis aplikasi dari senarai dan masukkan semua tetapan yang perlu. Untuk mengaktifkan tetapan, tekan Balik dan Pilihan dan pilih
Aktifkan.
Untuk melihat atau mengedit tetapan-tetapan yang ditakrif pengguna pilih aplikasi yang ingin anda lihat dan pilih tetapan untuk diedit.

Tetapan keselamatan

Apabila ciri-ciri keselamatan yang mengehadkan panggilan sedang digunakan (seperti sekatan panggilan, kumpulan pengguna terhad dan dail tetap) panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang diprogram ke dalam peranti anda.
Tekan Menu, dan pilih Tetapan dan
Tetapan keselamatan. Pilih
Permintaan kod PIN untuk menetap telefon supaya meminta kod PIN anda setiap kali telefon dihidupkan. Sesetengah kad SIM tidak membenarkan permintaan kod PIN dinyahaktifkan.
38 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Khidmat sekat panggilan (perkhidmatan rangkaian) untuk menyekat panggilan masuk dan panggilan keluar dari telefon anda. Kata laluan sekatan diperlukan.
Dail tetap untuk menyekat panggilan keluar anda kepada nombor-nombor telefon tertentu jika fungsi ini disokong oleh kad SIM anda.
Kump p'guna t'had (perkhidmatan rangkaian) untuk menentukan sekumpulan orang yang boleh anda panggil dan yang boleh memanggil anda.
Tahap keselamatan. Pilih Telefon dan telefon akan meminta kod keselamatan apabila kad SIM baru dimasukkan ke dalam telefon.
Pilih Memori dan telefon akan meminta kod keselamatan apabila memori kad SIM dipilih dan anda mahu menukar memori yang digunakan.
Kod akses untuk menukar kod keselamatan, kod PIN, kod PIN2 atau kata laluan sekatan.

Simpan semula tetapan kilang

Untuk menetap semula tetapan­tetapan menu kepada nilai-nilai asalnya, tekan Menu, dan pilih
Tetapan dan Simpan semula tetapan kilang.

Galeri

Dalam menu ini, anda boleh mengurus grafik, imej, klip video, rakaman dan nada. Fail-fail ini disusun di dalam folder.
Telefon anda menyokong sistem Pengurusan Hak Digital (DRM) untuk melindungi kandungan yang diperoleh. Sentiasa periksa bagi memastikan syarat-syarat penghantaran sebarang kandungan dan kunci pengaktifan sebelum memperolehnya, kerana ia mungkin dikenakan bayaran.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, nada deringan, dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau dihantar lanjut.
1. Tekan Menu dan pilih Galeri. Satu
senarai folder dipaparkan. Imej,
Klip video, Tema, Grafik, Nada dan Rakaman adalah folder-folder
asal pada telefon.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 39
Fungsi menu
2. Tatal ke folder yang diingini dan tekan Buka untuk melihat senarai fail di dalam folder atau tekan Pilihan dan salah satu pilihan berikut mungkin terdapat:
Muat turun, Padam folder, Pindah, Nama sml folder, Butiran, Jenis pameran, Susun, Tambah folder, Taraf memori, Senarai 'kunci p'aktif..
3. Jika anda telah membuka satu folder, pilih fail yang ingin anda lihat dan tekan Buka. Jika Tema dipilih sebelumnya, tatal ke satu tema dan tekan Pamer untuk membuka pakej tema. Pilih dan buka satu fail, atau tekan Pilihan dan gunakan salah satu fungsi berikut yang mungkin terdapat untuk fail yang terpilih:
Pada m, Hantar, Edit imej, Pindah, Nama semula, Ttp sbg h/dinding, Tetap sbg dering, Guna tema, Butiran, Jenis pameran, Susun, Padam semua, Buka ikut urutan, Audio bisu ( Audio bersuara), Tetap kontras, Tambah folder dan Status memori, Aktifkan kandungan, Senarai 'kunci p'aktif..

Media

Kamera

Anda boleh mengambil gambar dengan kamera terbina dalam telefon ini. Kanta kamera berada di bahagian belakang telefon, dan paparan telefon berfungsi sebagai pemidang tilik. Kamera ini menghasilkan gambar-gambar dalam format JPEG.
Peranti Nokia 7280 menyokong peleraian tangkapan imej 640 x 480 piksel. Peleraian imej dalam bahan­bahan ini mungkin kelihatan berlainan.
Mengambil gambar
Buka kanta kamera, tekan Menu, dan pilih Media, Kamera. Imej langsung muncul pada paparan, dan anda boleh menggunakan paparan sebagai pemidang tilik. Untuk mengambil gambar, tekan Tangkap. Bunyi pengatup kedengaran. Telefon menyimpan gambar itu dalam folder
Imej dalam menu Galeri.
Jika anda mahu menghantar gambar itu sebagai mesej multimedia, tekan
Hantar.
40 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Atau pilih Balik untuk mengambil satu lagi gambar, atau tekan Pilihan dan pilih, misalnya, satu pilihan untuk mengezum, memadam atau menamakan semula gambar yang disimpan, untuk membuka Galeri, atau untuk menetap kontras, untuk menetap gambar sebagai kertas hias dinding, untuk melihat butiran­butiran, atau untuk menghantar gambar sebagai mesej multimedia, melalui inframerah atau teknologi Bluetooth.
Pilihan kamera
Tekan Menu, dan pilih Media,
Kamera. Tekan Pilihan dan
bergantung kepada mod kamera yang aktif pilihan-pilihan berikut mungkin muncul:Tukar mod, Zum,
Pemasa sendiri, Papar sebelumnya, Buka Galeri, atau Tetapan untuk
melaras tetapan-tetapan kamera:
Mod lalai, Mutu imej, Bunyi pengatup, Tajuk lalai.

Pemain media

Dengan pemain media anda boleh melihat, memainkan dan memuat turun fail, misalnya imej, audio, video dan imej animasi dari jenis­jenis sumber yang berlainan. Selain itu pemain media membolehkan anda melihat video striming yang serasi dari pelayan rangkaian (perkhidmatan rangkaian). Periksa
ketersediaan perkhidmatan­perkhidmatan ini, harga dan tarif dengan pembekal perkhidmatan anda yang perkhidmatannya ingin anda gunakan.
Tekan Menu, dan pilih Media dan
Pemain media. Pilih Buka Galeri, Penanda buku, Pergi ke alamat atau Muat turun media.
Menyediakan telefon untuk perkhidmatan strim
Anda mungkin menerima tetapan­tetapan striming sebagai mesej tatarajah daripada pembekal perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan yang ingin anda gunakan. Untuk menerima tetapan­tetapan perkhidmatan sebagai mesej tatarajah, lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" di halaman ix.
Lihat juga "Tetapan tatarajah" di halaman 37.
Tekan Menu, dan pilih Media,
Pemain media dan Tetapan strim.
• Pilih Tatarajah dan pilih pembekal perkhidmatan lalai bagi perkhidmatan strim.
• Pilih Akaun untuk melihat akaun­akaun yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Jika lebih daripada satu akaun dipaparkan pilih satu yang ingin anda gunakan.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 41
Fungsi menu

Radio

Untuk mendengar radio pada telefon anda sambungkan alat dengar yang serasi kepada penyambung alat dengar di bahagian bawah telefon. Wayar penyambung alat dengar berfungsi sebagai antena radio, jadi biarkan ia tergantung bebas. Mutu siaran radio bergantung kepada liputan stesen radio berkenaan di kawasan tempat anda berada. Untuk menghidupkan radio, tekan Menu dan pilih Media dan Radio. Nombor lokasi saluran dan nama saluran radio (jika anda telah menyimpan saluran itu) dan frekuensi saluran radio itu dipaparkan. Jika anda telah pun menyimpan saluran-saluran radio, tatal dan pilih lokasi saluran radio 1 hingga 20.
Menala dan menyimpan saluran radio
Apabila radio dihidupkan, pilih atau dan tekan Pilih untuk menukar frekuensi radio dalam langkah-lamgkah 0.05 MHz atau tekan dan tahan Pilih untuk mula mencari saluran. Pencarian berhenti apabila suatu saluran ditemui. Untuk menyimpan saluran, tekan Pilihan, dan pilih Simpan saluran. Masukkan nama saluran, tekan Pilihan, dan pilih Terima.
Menggunakan radio
Apabila radio dihidupkan, pilih atau untuk tatal ke saluran yang disimpan sebelumnya atau seterusnya atau tekan Pilihan, dan pilih
Matikan suis untuk mematikan radio.
Lantang untuk menetapkan kelantangan radio.
Saluran untuk melihat senarai saluran. Tekan Pilihan untuk menamakan semula atau memadam saluran.
Pembesar suara (atau Alat
dengar) untuk mendengar radio
menggunakan pembesar suara (atau alat dengar). Pastikan alat dengar disambungkan kepada telefon. Wayar penyambung alat dengar berfungsi sebagai antena radio.
Tetap frekuensi. Masukkan frekuensi saluran radio yang ingin anda dengar. Anda boleh memasukkan frekuensi antara
87.5 MHz dan 108.0 MHz. Untuk menetap frekuensi, tekan Pilihan dan pilih Terima.
42 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu

Perakam suara

Anda boleh merakamkan cebisan ucapan, bunyi atau panggilan yang aktif sehingga 3 minit. Ini berguna, misalnya, apabila merakamkan nama dan nombor telefon untuk ditulis kemudian.
Perakam tidak boleh digunakan apabila panggilan data atau sambungan GPRS sedang aktif.
Merakam
1. Tekan Menu, pilih Media dan
Pera kam.
2. Untuk memulakan rakaman, pilih
Rakam. Untuk memulakan
rakaman semasa panggilan, tekan Pilihan, dan pilih Rakam. Semasa merakamkan panggilan, semua pihak dalam panggilan akan mendengar bunyi bip perlahan setiap kira-kira 5 saat.
3. Untuk menamatkan rakaman,
tekan Henti. Rakaman itu akan disimpan dalam folder Rakaman dalam menu Galeri.
4. Untuk mendengar rakaman terbaru, pilih Main rakaman
akhir.
5. Untuk menghantar rakaman terbaru, pilih Hantr rakaman
akhir.
Senarai rakaman
Tekan Menu, dan pilih Media,
Perakam dan Senarai rakaman.
Senarai folder-folder di dalam Galeri dipaparkan. Buka Rakaman untuk melihat senarai dengan rakaman. Tekan Pilihan dan anda boleh pilih beberapa pilihan bagi fail di dalam
Galeri. Lihat "Galeri" di halaman 39.

Pengatur

Jam penggera

Anda boleh menetap telefon supaya menggera pada masa yang diingini. Tekan Menu, dan pilih Pengatur dan
Jam penggera.
Untuk menetap penggera, pilih
Waktu penggera, dan masukkan
waktu penggera. Untuk menukar waktu penggera bila waktu penggera ditetapkan, pilih Aktif. Pilih Ulang penggera untuk menetap telefon supaya memberitahu anda pada hari-hari tertentu dalam seminggu.
Pilih Nada penggera dan pilih nada penggera lalai, peribadikan nada penggera dengan memilih satu dari senarai nada dering atau dari Galeri.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 43
Fungsi menu
Apabila waktu penggera telah tamat tempohnya
Telefon akan membunyikan nada isyarat, dan memancarkan Penggera! dan waktu semasa di paparan, walaupun ketika telefon dimatikan. Tekan Henti untuk menghentikan penggera. Jika anda membiarkan telefon terus membunyikan penggera selama satu minit atau menekan Tunda, penggera berhenti selama kira-kira 10 minit dan kemudian berbunyi lagi.
Jika waktu penggera tiba semasa peranti ini dimatikan, peranti ini akan dihidupkan sendiri dan mula membunyikan nada penggera. Jika anda menekan Henti, peranti ini akan bertanya sama ada anda ingin mengaktifkan peranti ini untuk panggilan. Tekan Tidak untuk mematikan peranti ini atau Ya untuk membuat dan menerima panggilan. Jangan tekan Ya apabila penggunaan telefon wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Kalendar

Kalendar menggunakan memori yang dikongsi, lihat "Memori yang
dikongsi" di halaman vii.
Tekan Menu, dan pilih Pengatur dan
Kalendar.
Hari semasa ditandakan dengan bingkai. Jika terdapat sebarang nota yang ditetapkan untuk hari tersebut, hari tersebut ditunjukkan dalam bentuk tebal. Untuk melihat nota hari, tekan Pamer. Untuk melihat satu minggu, tekan Pilihan dan pilih
Pameran minggu. Untuk melihat
satu nota, tekan Pamer.
Pilihan-pilihan lain bagi pamer kalendar boleh jadi pilihan-pilihan untuk membuat nota, untuk memadam, mengedit, memindahkan dan mengulang nota dan untuk menyalin nota ke hari lain, atau untuk menghantar nota sebagai nota langsung ke kalendar telefon lain yang serasi atau sebagai mesej teks atau mesej multimedia. Dalam
Tetapan anda boleh menetap tarikh,
masa, zon masa, format tarikh atau masa, atau hari pertama bagi minggu. Di dalam pilihan Padam
auto. nota anda boleh menetap
telefon supaya memadam nota-nota lama secara automatik selepas masa yang ditentukan.
Untuk memadam semua nota dalam kalendar, pilih pamer bulan atau minggu, tekan Pilihan dan pilih Pdm
semua nota.
44 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Membuat nota kalendar
Tekan Menu, dan pilih Pengatur dan
Kalendar. Tatal ke tarikh yang anda
ingini, tekan Pilihan dan pilih Buat
nota. Pilih salah satu jenis nota yang
berikut: Mesyuarat, Panggil,
Harijadi, Memo atau
Peringatan.
Apabila telefon membunyikan penggera untuk nota
Telefon membunyikan bip, dan memaparkan nota. Dengan nota panggilan di paparan, anda boleh memanggil nombor yang dipaparkan dengan menekan kekunci Panggil. Untuk menghentikan penggera dan untuk melihat nota, tekan Pamer. Tekan Tunda dan telefon membunyikan penggera sekali lagi selepas 10 minit. Untuk menghentikan penggera tanpa melihat nota, tekan Keluar.

Senarai tugasan

Anda boleh menyimpan nota untuk tugas yang perlu anda buat, pilih tahap keutamaan untuk nota dan tandakan ia sebagai selesai setelah menyelesaikannya. Anda boleh mengisih nota-nota mengikut keutamaan atau mengikut tarikh. Senarai tugasan menggunakan memori yang dikongsi, lihat "Memori
yang dikongsi" di halaman vii.
Tekan Menu, dan pilih Pengatur dan
Senarai tugasan.
Untuk membuat nota tekan Tbh
nota atau tekan Pilihan dan pilih
Tambah. Masukkan nota dan tekan Pilihan dan pilih Simpan. Pilih
keutamaan nota. Telefon secara automatik menetap tempoh akhir tanpa penggera bagi nota. Untuk menukar tarikh akhir, lihat nota dan pilih pilihan bagi tarikh akhir.
Atau tatal ke nota dan tekan Pamer atau tekan Pilihan untuk melihat pilihan-pilihan yang tersedia.

Nota

Anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk menulis dan menghantar nota ke peranti yang serasi melalui IR, teknologi Bluetooth, SMS atau MMS. Aplikasi Nota menggunakan memori yang dikongsi, lihat "Memori
yang dikongsi" di halaman vii.
Tekan Menu dan pilih Penga tur dan
Nota.
Untuk menambah nota, tekan Tbh
nota atau tekan Pilihan dan pilih
Buat suatu nota. Masukkan nota dan
tekan Pilihan dan pilih Simpan.
Atau tatal ke nota tekan Pamer atau tekan Pilihan untuk melihat pilihan­pilihan yang tersedia bagi nota.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 45
Fungsi menu

Penyegerakan

Penyegerakan membolehkan anda menyimpan data kalendar dan kenalan anda pada pelayan Internet jauh (perkhidmatan rangkaian) atau pada PC yang serasi. Jika anda talah menyimpan data pada pelayan Internet jauh, anda boleh menyegerakkan telefon anda dengan memulakan penyegerakan dari telefon anda. Anda boleh juga menyegerakkan data di dalam kenalan, kalendar dan nota telefon anda supaya sepadan dengan data PC anda yang serasi dengan memulakan penyegerakan dari PC anda. Data kenalan di dalam kad SIM anda tidak akan disegerakkan.
Menyegerak dari telefon anda
Sebelum menyegerak dari telefon anda, anda perlu melanggani perkhidmatan penyegerakan dan mendapatkan tetapan-tetapan tatarajah dari pembekal anda. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan tetapan-tetapan perkhidmatan penyegerakan, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Untuk memulakan penyegerakan dari telefon anda:
1. Aktifkan tetapan-tetapan sambungan yang anda perlukan bagi penyegerakan. Lihat
"Tetapan bagi penyegerakan dari telefon anda" di halaman 46.
2. Tekan Menu, pilih Pengatur,
Penyegera kan, Penyegerakan pelayan dan Data utk disgrkn.
Tandakan data yang hendak disegerakkan dan tekan Selesai.
3. Tekan Menu, dan pilih Pengatur,
Penyegera kan, Penyegerakan pelayan dan Segerakkan. Data
yang ditandakan bagi kumpulan yang aktif akan disegerakkan selepas pengesahan.
Tetapan bagi penyegerakan dari telefon anda
Anda boleh menerima tetapan­tetapan penyegerakan sebagai mesej tatarajah. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan tetapan­tetapan perkhidmatan penyegerakan, hubungi pembekal perkhidmatan anda. Untuk menerima tetapan­tetapan sebagai mesej tatarajah, lihat
"Perkhidmatan tetapan tatarajah" di
halaman ix. Untuk memasukkan tetapan-tetapan secara manual, lihat
"Tetapan tatarajah" di halaman 37.
46 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Tekan Menu, pilih Pengatur,
Penyegerakan dan Penyegerakan pelayan dan Tetapan penyegerkn.
Pilih Tatarajah dan tatal ke pembekal perkhidmatan yang tetapannya ingin anda aktifkan dan tekan Pilih. Pilih Akaun untuk melihat akaun-akaun yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Jika lebih daripada satu akaun dipaparkan pilih satu yang ingin anda gunakan.
Menyegerak dari PC anda yang serasi
Untuk menyegerak kenalan, kalendar dan nota dari PC anda yang serasi, gunakan sama ada sambungan IR atau sambungan Bluetooth. Anda juga perlu memasang perisian PC Suite telefon anda pada PC. Mulakan penyegerakan dari PC menggunakan PC suite. Pastikan telefon berada dalam mod tunggu sedia dan masa dan tarikh telah ditetapkan.
Web
Anda dapat mengakses pelbagai perkhidmatan Internet bergerak menggunakan penyemak imbas telefon anda.
Periksa ketersediaan perkhidmatan­perkhidmatan ini, harga dan tarif dengan pembekal perkhidmatan yang perkhidmatannya ingin anda gunakan.
Dengan menggunakan penyemak imbas telefon anda, anda dapat melihat perkhidmatan­perkhidmatan yang menggunakan Bahasa Tokokan Wayarles (WML) atau Bahasa Tokokan Hiperteks boleh diperluas (XHTML) di halaman-halamannya. Kemunculan mungkin berbeza-beza disebabkan saiz skrin. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dapat melihat kesemua butiran halaman­halaman Internet.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi terhadap perisian yang memudaratkan.

Menyediakan telefon untuk perkhidmatan

Telefon anda mungkin telah menyimpan beberapa tetapan perkhidmatan. Tetapan-tetapan tambahan boleh diterima sebagai mesej tatarajah dari operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan yang ingin anda gunakan.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 47
Fungsi menu
Untuk menerima tetapan-tetapan perkhidmatan sebagai mesej tatarajah, lihat "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" di halaman ix dan "Tetapan tatarajah" di halaman 37.
Untuk maklumat lanjut dan tetapan­tetapan yang sesuai, hubungi pembekal perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan yang ingin anda gunakan.

Membuat sambungan kepada perkhidmatan

Pastikan bahawa tetapan-tetapan Web bagi perkhidmatan yang ingin anda gunakan diaktifkan. Untuk mengaktifkan tetapan-tetapan, tekan Menu, dan pilih Web, Tetapan dan Tetapan tatarajah. Pilih
Tatarajah dan pilih kumpulan
tatarajah yang ingin anda aktifkan.
Untuk membuat sambungan kepada Web, gunakan salah satu cara yang berikut ini:
• Buka halaman mula, misalnya, lelaman pembekal perkhidmatan: Tekan Menu, dan pilih Web dan
Rumah.
• Pilih penanda buku perkhidmatan:
Tekan Menu, dan pilih Web,
Penanda buku, dan pilih satu
penanda buku. Jika penanda buku tidak berfungsi dengan tetapan­tetapan perkhidmatan yang sedang aktif, aktifkan satu lagi kumpulan tetapan perkhidmatan dan cuba lagi.
• Pilih URL terakhir: Tekan Menu,
dan pilih Web, Almt web akhir.
• Masukkan alamat perkhidmatan:
Tekan Menu, dan pilih Web dan kemudian Pergi ke alamat. Masukkan alamat perkhidmatan dan tekan Pilihan dan pilih
Terima.

Menyemak imbas halaman perkhidmatan

Selepas anda membuat sambungan kepada perkhidmatan, anda boleh mula menyemak imbas halaman­halamannya. Fungsi kekunci­kekunci telefon boleh berubah-ubah dalam perkhidmatan yang berlainan. Ikut panduan teks pada paparan telefon. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
48 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Sila ambil perhatian bahawa jika GPRS dipilih sebagai pembawa data, penunjuk ditunjukkan di sebelah kiri atas paparan semasa menyemak imbas. Jika anda menerima panggilan atau mesej teks, atau membuat panggilan semasa sambungan (E)GPRS, penunjuk akan ditunjukkan di sebelah kiri atas paparan untuk menandakan bahawa sambungan (E)GPRS digantung (ditahan). Selepas panggilan, misalnya, telefon akan cuba menyambungkan semula sambungan (E)GPRS.
Menggunakan kekunci­kekunci telefon semasa menyemak imbas
• Gunakan pemutar untuk menyemak imbas halaman.
• Untuk memilih perkara yang diserlahkan, tekan kekunci Panggil, atau tekan Pilihan untuk memilih pilihan bagi membuka pautan.
• Untuk memasukkan huruf, nombor, atau aksara khas, tekan kekunci pemilihan tengah dan pilih aksara-aksara satu demi satu dari bar.
Pilihan-pilihan semasa menyemak imbas
Tekan Pilihan dan pilihan-pilihan berikut mungkin boleh didapatkan. Pembekal perkhidmatan mungkin juga menawarkan pilihan-pilihan lain. Pilih Tatal kanan-kiri atau Tatal
atas-bawah, Pintasan, Rumah, Tambah p/buku, Penanda buku, Pilihan laman, Sejarah, Pautan muat turun, Simpan ke folder, Pilihan lain, Muat semula, Henti.
Panggilan langsung
Penyemak imbas menyokong fungsi­fungsi yang boleh anda akses semasa menyemak imbas. Anda boleh membuat panggilan suara, menghantar nada DTMF semasa panggilan suara sedang berjalan, dan menyimpan nama dan nombor telefon dari sesuatu halaman.

Memori cache

Maklumat atau perkhidmatan yang telah anda akses disimpan di dalam cache telefon anda. Untuk mengosongkan cache:
• semasa menyemak imbas, tekan
Pilihan dan pilih Pilihan lain dan Kosongkan cache, atau
• dalam mod tunggu sedia, tekan
Menu, dan pilih Web, dan Kosongkan cache.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 49
Fungsi menu
Satu cache ialah lokasi memori yang digunakan untuk menyimpan data buat sementara waktu. Jika anda telah cuba mengakses atau telah mengakses maklumat sulit yang memerlukan kata laluan, kosongkan cache selepas setiap kali digunakan. Maklumat atau perkhidmatan yang telah anda akses disimpan di dalam cache.

Memutuskan sambungan dari perkhidmatan

Untuk berhenti menyemak imbas dan menamatkan sambungan, tekan
Pilihan dan pilih Henti. Sebagai
alternatif, tekan kekunci Tamat dua kali, atau tekan dan tahan kekunci Tamat.

Tetapan kemunculan penyemak imbas

Semasa menyemak imbas, tekan
Pilihan dan pilih Pilihan lain dan Ttpn kemunculan, atau dalam mod
tunggu sedia, tekan Menu, dan pilih
Web, Tetapan dan Tetapan kemunculan. Pilih
Susunan teks. Pilih Aktif dan teks bersambung ke barisan yang seterusnya. Jika anda memilih
Tak aktif, teks akan disingkatkan.
Tunjukkan imej. Pilih Tidak dan sebarang gambar yang muncul di halaman tidak akan dipaparkan.
Isyarat dan pilih Isy utk smb
t/t'jamin dan Ya untuk menetap
telefon supaya memberitahu apabila sambungan yang selamat bertukar menjadi sambungan yang tidak selamat semasa menyemak imbas. Pilih Isy utk
item t/t'jamin dan Ya untuk
menetap telefon supaya memberitahu apabila halaman yang selamat mengandungi perkara yang tidak selamat. Sila ambil perhatian bahawa pemberitahuan ini tidak menjamin sambungan yang terjamin. Untuk maklumat lanjut, lihat "Keselamatan penyemak
imbas" di halaman 53.
Pengekodan aksara untuk memilih kumpulan aksara yang digunakan telefon bagi menunjukkan halaman-halaman penyemak imbas yang tidak menyertakan maklumat atau untuk memilih sama ada ingin sentiasa menggunakan pengekodan UTF-8 apabila menghantar alamat Web ke telefon yang serasi.
50 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu

Kuki

Kuki adalah data yang disimpan oleh sesuatu tapak dalam memori cache penyemak imbas telefon anda. Data tersebut boleh jadi, misalnya, maklumat pengguna anda atau pilihan semak imbas anda. Kuki akan disimpan sehingga anda mengosongkan memori cache, lihat
"Memori cache" di halaman 49.
Semasa menyemak imbas, tekan
Pilihan dan pilih Pilihan lain, Keselamatan dan Tetapan kuki, atau
dalam mod tunggu sedia, tekan
Menu, dan pilih Web, Tetapan, Tetapan keselamatan dan Kuki, Membenarkan atau Menolak.

Penanda buku

Semasa menyemak imbas, tekan
Pilihan dan pilih Penanda buku, atau
dalam mod tunggu sedia, tekan
Menu, dan pilih Web dan Penanda buku. Tatal ke penanda buku yang
ingin anda gunakan dan tekan Pilih untuk membuat sambungan kepada halaman yang berkaitan dengan penanda buku. Atau pilih Pilihan untuk melihat tajuk dan alamat penanda buku yang terpilih, mengedit atau memadam penanda buku yang terpilih, atau menghantar
ia langsung ke telefon lain sebagai penanda buku, atau sebagai mesej teks, atau mencipta penanda buku baru.
Peranti anda mungkin mempunyai beberapa penanda buku yang telah dimuatkan untuk tapak-tapak yang bukan anggota gabungan Nokia. Nokia tidak menjamin atau menyokong tapak-tapak ini. Jika anda memilih untuk mengaksesnya, anda harus mengambil langkah­langkah berjaga-jaga yang sama, untuk keselamatan atau kandungan, seperti yang anda ambil untuk sebarang tapak Internet lain.
Menerima penanda buku
Apabila anda menerima penanda buku (dihantar sebagai penanda buku) 1 penanda buku diterima dipaparkan. Tekan Tunjuk untuk melihat penanda buku. Untuk menyimpan penanda buku, tekan
Simpan, atau tekan Pilihan dan pilih
Pamer untuk melihat butiran atau Padam untuk membuangnya.

Memuat turun

Untuk memuat turun lebih banyak nada, grafik, video atau tema ke telefon anda (perkhidmatan rangkaian), tekan Menu, dan pilih
Web dan Pautan muat turun.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 51
Fungsi menu
Pilih Muat turun nada, Muat turun
grafik, Muat turun video atau Muat turun tema.
Penting: Hanya pasang dan gunakan aplikasi-aplikasi dan perisian lain dari sumber-sumber yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi terhadap perisian yang memudaratkan.
Untuk ketersediaan perkhidmatan­perkhidmatan yang berbeza, harga dan tarif, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Peti masuk khidmat

Telefon ini boleh menerima mesej perkhidmatan (mesej paksa) yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan anda. Mesej-mesej perkhidmatan adalah pemberitahuan, misalnya, tajuk berita, dan ia mungkin mengandungi mesej teks atau alamat perkhidmatan.
Untuk mengakses Peti masuk Khid dalam mod tunggu sedia, apabila anda menerima mesej perkhidmatan, tekan Tunjuk. Jika anda menekan Keluar mesej akan dipindahkan ke Peti masuk Khid.
Untuk mengakses Peti masuk Khid kemudian, tekan Menu, dan pilih
Web dan Peti masuk Khid.
Untuk mengakses Peti masuk Khid semasa menyemak imbas, tekan
Pilihan dan pilih Pilihan lain dan Peti masuk Khid. Tatal ke mesej yang
anda mahu, tekan Ambil untuk mengaktifkan penyemak imbas dan muat turun kandungan yang ditandakan, atau tekan Pilihan dan pilih Butiran untuk memaparkan maklumat terperinci tentang pemberitahuan perkhidmatan, atau pilih Padam untuk memadamnya.
Tetapan peti masuk khidmat
Tekan Menu, dan pilih Web, Tetapan dan Tetapan peti masuk Khidmat.
• Pilih Mesej perkhidmatan dan
Aktif (atau Tak aktif) untuk
menetap telefon supaya menerima (atau tidak menerima) mesej perkhidmatan.
• Pilih Penurasan mesej dan Aktif untuk menetap telefon supaya menerima mesej perkhidmatan hanya daripada penulis-penulis kandungan yang diluluskan oleh pembekal perkhidmatan. Untuk melihat senarai penulis kandungan yang diluluskan, pilih
Saluran dipercayai.
52 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
• Pilih Sambgn automatik. Jika anda telah menetap telefon supaya menerima mesej perkhidmatan dan memilih Aktif, telefon akan mengaktifkan penyemak imbas secara automatik dari mod tunggu sedia apabila telefon menerima mesej perkhidmatan.

Keselamatan penyemak imbas

Ciri-ciri keselamatan mungkin diperlukan untuk sesetengah perkhidmatan, seperti perkhidmatan perbankan atau membeli-belah dalam talian. Untuk sambungan­sambungan seperti itu anda memerlukan sijil keselamatan dan mungkin modul keselamatan yang mungkin terdapat pada kad SIM anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Modul keselamatan
Modul keselamatan boleh mengandungi sijil-sijil serta kunci­kunci peribadi dan umum. Tujuan modul keselamatan ialah memperbaiki perkhidmatan keselamatan bagi aplikasi yang memerlukan sambungan penyemak imbas, dan ia membolehkan anda menggunakan tandatangan digital. Sijil-sijil disimpan di dalam modul
keselamatan oleh pembekal perkhidmatan.
Tekan Menu dan pilih Web, Tetapan,
Tetapan keselamatan dan Tetapan modul keselamatan. Pilih
Butiran modul keselamatan untuk memaparkan tajuk, status, pembuat dan nombor siri modul keselamatan.
P'taan PIN modul untuk menetap telefon supaya meminta PIN modul apabila menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh modul keselamatan.
Tukar PIN modul untuk menukar PIN modul, jika dibenarkan oleh modul keselamatan.
Tukar PIN yang ditandatangan untuk menukar PIN tandatangan.
Lihat juga "Kod akses" di halaman
viii.
Sijil
Terdapat tiga jenis sijil: sijil pelayan, sijil kuasa dan sijil pengguna.
• Telefon menggunakan sijil pelayan untuk mewujudkan sambungan yang lebih selamat kepada pelayan kandungan. Telefon menerima sijil pelayan daripada pembekal perkhidmatan sebelum sambungan diwujudkan dan kesahannya diperiksa menggunakan sijil-sijil kuasa
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 53
Fungsi menu
yang disimpan di dalam telefon. Sijil pelayan tidak disimpan.
Penunjuk keselamatan dipaparkan semasa sambungan jika penghantaran data antara telefon dan pelayan kandungan disulitkan.
Ikon keselamatan tidak menunjukkan bahawa penghantaran data antara get laluan dan pelayan kandungan (atau tempat di mana sumber yang diminta disimpan) adalah selamat. Pembekal perkhidmatan memastikan keselamatan penghantaran data antara get laluan dan pelayan kandungan.
• Sijil kuasa digunakan oleh sesetengah perkhidmatan, seperti perkhidmatan perbankan, bagi memeriksa kesahan sijil-sijil lain. Sijil-sijil kuasa boleh sama ada disimpan di dalam modul keselamatan oleh pembekal perkhidmatan, atau ia boleh dimuat turun dari rangkaian, jika perkhidmatan tersebut menyokong penggunaan sijil kuasa.
• Sijil pengguna dikeluarkan kepada pengguna oleh Penguasa Pensijilan. Sijil-sijil pengguna diperlukan, misalnya, untuk membuat tandatangan digital dan ia mengaitkan pengguna
dengan kunci peribadi tertentu di dalam modul keselamatan.
Penting: Sila ambil perhatian bahawa, walaupun penggunaan sijil membuat risiko yang terlibat dalam sambungan jauh dan pemasangan perisian sangat kecil, ia mestilah digunakan dengan betul untuk mendapat faedah daripada keselamatan yang dipertingkat. Adanya sijil tidak menawarkan sebarang perlindungan dengan sendirinya; pengurus sijil mestilah mangandungi sijil­sijil yang betul, tulen dan dipercayai untuk memperoleh keselamatan yang dipertingkat.
Sijil-sijil mempunyai hayat yang terhad. Jika Sijil tamat atau Sijil belum sah lagi dipaparkan walaupun sijil seharusnya sah, periksa bagi memastikan tarikh dan waktu semasa di dalam peranti anda adalah betul.
Sebelum menukar sebarang tetapan sijil, anda mestilah memastikan bahawa anda benar-benar mempercayai pemilik sijil dan sijil benar-benar kepunyaan pemilik yang disenaraikan.
54 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Fungsi menu
Tandatangan digital
Anda boleh membuat tandatangan digital dengan telefon anda jika kad SIM anda mempunyai modul keselamatan. Tandatangan ini boleh dikesan balik kepada anda melalui kunci peribadi pada modul keselamatan dan sijil pengguna yang telah digunakan untuk melaksanakan tandatangan tersebut. Menggunakan tandatangan digital sama seperti menandatangani nama anda pada bil, kontrak atau dokumen kertas lain.
Untuk membuat tandatangan digital, pilih pautan pada halaman, misalnya, tajuk buku yang ingin anda beli dan harganya. Teks yang hendak ditandatangani (kemungkinannya termasuk jumlah, tarikh, dll.) akan dipaparkan.
Periksa bagi memastikan bahawa teks pengepala ialah Baca dan ikon tandatangan digital dipaparkan.
Nota: Jika ikon tandatangan digital tidak muncul, terdapat pecah keselamatan, dan anda tidak harus memasukkan sebarang data peribadi seperti PIN tandatangan anda.
Untuk menandatangani teks, baca kesemua teks dahulu dan kemudian anda boleh memilih Tanda.
Teks itu mungkin tidak muat semuanya dalam satu skrin. Oleh itu, pastikan anda menatal dan membaca kesemua teks sebelum menandatangani.
Pilih sijil pengguna yang ingin anda gunakan. Masukkan PIN tandatangan (lihat "Kod akses" di halaman viii).

Khidmat SIM

Sebagai tambahan kepada fungsi-fungsi yang terdapat pada telefon, kad SIM anda mungkin menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan yang boleh anda akses dalam menu ini yang hanya dipaparkan jika ia disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan menu bergantung kepada kad SIM.
Untuk memastikan ketersediaan, kadar dan maklumat tentang penggunaan khidmat SIM, hubungi penjual kad SIM anda, misalnya operator rangkaian, pembekal perkhidmatan atau penjual lain.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 55
Fungsi menu
Bergantung kepada operator anda boleh menetap telefon supaya menunjukkan mesej pengesahan kepada anda yang dihantar antara telefon anda dengan rangkaian apabila anda menggunakan khidmat SIM dengan memilih pilihan Ya dalam menu Sahkan tindakan SIM, dalam Tetapan telefon.
Sila ambil perhatian bahawa mengakses perkhidmatan­perkhidmatan ini mungkin melibatkan penghantaran mesej teks atau membuat panggilan telefon yang boleh dikenakan bayaran.

Entri nombor

Fungsi ini membolehkan anda mengakses keadaan entri nombor, di mana anda boleh membuat panggilan atau melaksanakan tugas-tugas pada nombor telefon yang telah anda masukkan.
Tekan Menu dan pilih Entri nombor dan masukkan nombor yang anda mahu. Tekan Pilihan dan pilih
Simpan untuk menambah nombor kepada kenalan anda.
Gerak kursor untuk menukar kepada mod kursor.
Tambah pd. kenalan untuk menambah nombor kepada kenalan, iaitu yang telah disimpan di dalam buku telefon anda.
Hantar mesej untuk mencipta mesej dan menghantarnya kepada nombor ini.
Panggil untuk membuat panggilan kepada nombor ini.
56 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

6. Kesambungan PC

Kesambungan PC
Anda boleh menghantar dan menerima e-mel, dan mengakses Internet apabila telefon anda disambungkan kepada PC yang serasi melalui sambungan IR atau sambungan wayarles Bluetooth. Anda boleh menggunakan telefon anda dengan pelbagai aplikasi kesambungan PC dan komunikasi data. Dengan PC Suite anda boleh, misalnya, menyegerakkan kenalan, kalendar dan nota antara telefon anda dan PC yang serasi atau pelayan Internet jauh (perkhidmatan rangkaian).
Anda boleh mendapati maklumat lanjut dan fail-fail yang boleh dimuat turun, misalnya PC suite, di bahagian sokongan di tapak web Nokia, <www.nokia-asia.com/ support>.

PC Suite

PC Suite mengandungi aplikasi­aplikasi yang berikut (mengikut susunan abjad):
HTML Help untuk menyokong penggunaan aplikasi.
Nokia Connection Manager untuk memilih jenis sambungan antara PC dan telefon.
Nokia Contacts Editor untuk mengedit kenalan dalam telefon anda.
Nokia Content Copier untuk menyandar dan mengembalikan data peribadi antara telefon anda dan PC yang serasi. Aplikasi ini juga menyokong pemindahan kandungan ke telefon Nokia lain yang serasi.
Nokia Image Converter untuk membuat imej-imej dalam format-format yang disokong boleh digunakan untuk mesej multimedia atau kertas hias dinding dan untuk memindahkan ia ke telefon anda.
Nokia Modem Options mengandungi tetapan-tetapan bagi sambungan HSCSD dan GPRS.
Nokia Multimedia Player untuk memainkan bunyi, imej, video dan mesej multimedia pada PC. Multimedia Player membolehkan anda melihat kandungan multimedia yang diterima pada telefon anda atau melalui e-mel.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 57
Kesambungan PC
Nokia PC Sync untuk menyegerakkan kenalan, kalendar dan nota tugasan antara telefon anda dan PC yang serasi.
Nokia Phone Browser untuk melihat kandungan folder Galeri telefon anda pada PC yang serasi. Anda boleh menyemak imbas fail-fail gambar dan audio dan juga mengubah suai fail-fail di dalam memori telefon dan memindahkan fail-fail antara telefon anda dan PC.
Nokia Sound Converter untuk mengoptimumkan nada deringan polifonik dalam format-format yang disokong supaya serasi dengan telefon anda dan untuk memindahkan ia ke telefon anda.
Nokia Text Editor untuk menghantar mesej teks.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej, nada deringan, dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai, dipindahkan atau dikemukakan.

(E)GPRS, HSCSD dan CSD

Dengan telefon anda, anda boleh menggunakan perkhidmatan data (E)GPRS (GPRS Tertingkat), GPRS (Perkhidmatan Radio Paket Umum),
HSCSD (Data Ditukar Litar Kelajuan Tinggi) dan CSD (Data Ditukar Litar,
Data GSM).
Untuk ketersediaan dan langganan perkhidmatan data, hubungi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda.
Sila ambil perhatian bahawa penggunaan perkhidmatan HSCSD menggunakan kuasa bateri telefon dengan lebih cepat daripada panggilan suara atau data biasa. Anda mungkin perlu menyambungkan telefon kepada pengecas selama tempoh pemindahan data.
Lihat "Tetapan modem (E)GPRS" di halaman 35.

Menggunakan aplikasi komunikasi data

Untuk maklumat mengenai penggunaan aplikasi komunikasi data, rujuk kepada pendokumenan yang disediakan bersamanya.
Sila ambil perhatian bahawa membuat atau menjawab panggilan telefon semasa sambungan komputer tidak disyorkan kerana ia mungkin mengganggu operasi tersebut.
58 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Untuk prestasi yang lebih baik semasa panggilan data, letakkan telefon di atas permukaan pegun dengan pad kekuncinya menghadap ke bawah. Jangan gerakkan telefon dengan memegang ia di dalam tangan semasa panggilan data.
Kesambungan PC
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 59
Maklumat bateri

7. Maklumat bateri

Mengecas dan Menyahcas

Peranti anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas semula. Prestasi penuh bateri baru dapat dicapai hanya selepas dua atau tiga kitaran mengecas dan menyahcas yang lengkap! Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali tetapi lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa tunggu sedia nyata lebih pendek dari biasa, belilah bateri baru. Hubungi kemudahan perkhidmatan berdaftar untuk bateri ganti. Jangan cuba membuatnya sendiri. Gunakan hanya bateri-bateri yang diluluskan oleh Nokia, dan cas semula bateri anda hanya dengan pengecas-pengecas yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini.
Beberapa petua praktis mengenai operasi tambahan
• Cas semula bateri hanya dengan pengecas-pengecas yang diluluskan oleh Nokia yang dikhususkan untuk peranti ini.
• Cabut pengecas dari palam elektrik dan peranti ini apabila tidak digunakan. Jangan tinggalkan bateri tersambung kepada pengecas. Pengecasan berlebihan boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan tanpa digunakan bateri yang dicas penuh lama kelamaan akan nyahcas dengan sendirinya. Suhu keterlaluan boleh menjejas keupayaan bateri untuk mengecas.
• Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri yang rosak.
• Jangan melitar pintas bateri. Melintar pintas secara tidak sengaja boleh berlaku apabila objek logam seperti duit syiling, klip, atau pen menyebabkan sambungan langsung terminal positif (+) dan negatif (-) bateri. (Ini kelihatan seperti jalur-jalur logam pada bateri.) Ini mungkin berlaku, contohnya, apabila anda membawa bateri ganti di dalam saku atau beg tangan anda. Melitar pintas terminal boleh merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.
60 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
• Membiarkan bateri di tempat panas atau sejuk, seperti di dalam kereta dalam keadaan musim panas atau musim sejuk, akan mengurangkan keupayaan dan hayat bateri. Sentiasa cuba kekalkan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F dan 77°F). Peranti dengan bateri yang panas atau sejuk mungkin tidak berfungsi buat sementara waktu, walaupun baterinya telah dicas sepenuhnya. Prestasi bateri terhad terutamanya dalam suhu yang jauh di bawah beku.
• Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup. Bateri juga boleh meletup jika rosak. Buang bateri menurut peraturan tempatan. Harap kitar semula jika boleh. Jangan buang sebagai sisa rumah.
Maklumat bateri
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 61
Tambahan Tulen

8. Tambahan Tulen

Berbagai-bagai jenis tambahan baru terdapat untuk telefon anda. Pilih tambahan yang menampung keperluan komunikasi anda yang khusus.
Beberapa tambahan diperihalkan dengan terperinci di bawah.
Untuk mengetahui sama ada sesuatu tambahan terdapat ataupun tidak, sila tanya wakil penjual setempat anda. Beberapa petua praktis bagi operasi tambahan:
• Jauhkan tambahan-tambahan dari kanak-kanak kecil.
• Apabila anda mencabut kord kuasa sebarang aksesori, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
• Periksa secara tetap untuk memastikan semua peralatan telefon selular di dalam kenderaan dipasang dan beroperasi dengan betul.
Gunakan hanya bateri, pengecas dan tambahan yang diluluskan oleh pembuat telefon. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang diberi untuk telefon ini, dan mungkin merbahaya.

Bateri

Jenis Tek Masa
bual*
BL-8N Li-ion Sehingga
3 jam
* Perbezaan dalam masa operasi mungkin berlaku bergantung kepada kad SIM, tetapan rangkaian dan penggunaan, gaya penggunaan dan persekitaran. Penggunaan radio FM dan bebas tangan bersepadu akan menjejas masa bual dan tunggu sedia.
Tunggu sedia*
Sehingga 240 jam

Di Dalam Bangunan

Pengecas Boleh Sentut Nokia (AC-1)

Pengecas kembara yang kecil dan ringan dengan pengurusan kabel yang mudah.
62 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

Pengecas Kembara (ACP-12)

Pengecas kembara yang kecil dan ringan dengan teknologi penukar berbilang voltan (100 - 240V). Menyediakan cara yang mudah dan menyenangkan untuk mengecas telefon.
Nota: Jenis palam berbeza-beza mengikut pasaran yang berlainan.
Tambahan Tulen
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 63
Tambahan Tulen

9. Penjagaan dan penyelenggaraan

Peranti anda adalah produk hasil reka bentuk dan ketukangan unggul dan patut dijaga dengan baik. Cadangan-cadangan yang di bawah akan membantu anda melindungi perlindungan jaminan anda.
• Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan dan semua jenis cecair atau lembapan boleh mengandungi mineral-mineral yang akan mengakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan baterinya dan biarkan peranti ini benar-benar kering sebelum memasangnya semula.
• Jangan gunakan atau simpan peranti ini di tempat yang berhabuk dan kotor. Bahagian-bahagian bergerak dan komponen-komponen elektrik di dalamnya boleh menjadi rosak.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang panas. Suhu tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik, merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan plastik tertentu.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang sejuk. Apabila peranti ini kembali kepada suhu normalnya, lembapan boleh terbentuk di dalam peranti ini, dan merosakkan papan litar elektroniknya.
• Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain daripada yang diarahkan di dalam panduan ini.
• Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan litar dalaman dan mekanisme halus.
• Jangan gunakan kimia, pelarut pembersihan, atau bahan cuci yang keras untuk membersihkan peranti ini.
• Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian-bahagian yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang operasi sempurna.
• Gunakan pengecas di dalam bangunan.
• Gunakan kain kering yang lembut dan bersih untuk membersihkan sebarang kanta (seperti kanta kamera, sensor jarak dan sensor cahaya).
• Gunakan hanya antena ganti yang dibekalkan atau diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak dibenarkan boleh merosakkan peranti ini dan mungkin melanggar peraturan yang berkuatkuasa bagi peranti radio.
Semua cadangan yang di atas sama berkaitan dengan peranti anda, bateri, pengecas atau sebarang tambahan. Jika sebarang peranti tidak berfungsi dengan betul, bawa ia ke kemudahan servis berdaftar yang terdekat untuk servis.
64 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.

10. Maklumat tambahan bagi keselamatan

Tambahan Tulen
Peranti anda dan tambahan­tambahannya mungkin mengandungi bahagian-bahagian kecil. Jauhkan ia dari kanak-kanak kecil.
Keselamatan Lalu Lintas
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu kenderaan. Sentiasa pasang telefon di dalam pemegangnya dengan kukuh; jangan letakkan telefon di tempat duduk penumpang atau di mana ia boleh tercampak dalam perlanggaran atau pemberhentian mendadak.
Ingatlah, sentiasa utamakan keselamatan di jalan raya!
Persekitaran beroperasi
Ingatlah supaya mematuhi sebarang peraturan khas yang berkuatkuasa di mana sahaja dan sentiasa matikan peranti anda di mana penggunaannya dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya. Gunakan peranti ini dalam kedudukan operasinya yang biasa sahaja. Untuk tetap mematuhi garis panduan pendedahan kepada frekuensi radio, hanya gunakan tambahan-tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan bersama peranti ini. Apabila peranti ini dihidupkan dan dipakai pada badan, sentiasa gunakan pemegang atau sarung pembawa yang diluluskan.
Bahagian-bahagian peranti ini ada yang bermagnet. Bahan-bahan logam boleh
tertarik pada peranti ini, dan orang­orang yang menggunakan alat bantuan pendengaran tidak seharusnya memegang peranti ini pada telinga yang menggunakan alat bantuan pendengaran. Sentiasa letakkan peranti ini dengan kukuh di dalam pemegangnya, kerana bahan-bahan berlogam boleh tertarik pada cuping telinga. Jangan letakkan kad kredit atau medium storan bermagnet dekat dengan peranti ini, kerana maklumat yang tersimpan padanya boleh terpadam.
Alat perubatan
Operasi sebarang peralatan pemancar radio, termasuk telefon wayarles, boleh mengganggu fungsi alat-alat perubatan yang tidak dilindungi secukupnya. Anda harus berjumpa dengan pakar perubatan atau pembuat alat perubatan tersebut untuk menentukan sama ada ia dilindungi secukupnya daripada tenaga RF luaran atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Matikan peranti ini di kemudahan jagaan kesihatan apabila diarahkan berbuat demikian oleh peraturan yang ditampalkan di tempat­tempat ini. Hospital atau kemudahan jagaan kesihatan mungkin menggunakan peralatan yang peka terhadap tenaga RF luaran.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 65
Tambahan Tulen
Perentak jantung
Pembuat perentak jantung menyarankan agar memisahkan telefon wayarles pegang tangan dengan perentak jantung pada jarak pemisahan minimum 6 in (15.3 cm) bagi mengelakkan gangguan yang mungkin berlaku kepada perentak jantung. Saranan-saranan ini adalah selaras dengan penyelidikan bebas oleh dan saranan-saranan daripada Penyelidikan Teknologi Wayarles. Mereka yang menggunakan perentak jantung harus:
• sentiasa memastikan peranti ini
berada lebih dari 6 in. (15.3 cm) jaraknya dari perentak jantung apabila peranti ini dihidupkan;
• tidak membawa peranti ini di dalam
saku dadanya; dan
• memegang peranti ini pada telinga
yang bertentangan dengan perentak jantung untuk mengurangkan gangguan yang mungkin berlaku.
Jika atas sebarang sebab anda mengesyaki ada gangguan yang berlaku, matikan peranti anda dengan segera.
Alat bantuan pendengaran
Sesetengah peranti wayarles digital boleh mengganggu sesetengah alat bantuan pendengaran. Jika gangguan berlaku, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Kenderaan
Isyarat RF boleh menjejas sistem elektronik yang tidak dipasang dengan betul atau tidak dilindungi secukupnya di dalam kenderaan bermotor seperti sistem pancitan bahan bakar elektronik, sistem brek anti-kelincir (anti-kunci) elektronik, sistem kawalan kelajuan elektronik, sistem beg udara. Untuk maklumat lanjut, periksa dengan pembuat kenderaan anda atau wakilnya atau sebarang kelengkapan yang telah ditambahkan.
Hanya kakitangan yang berkelayakan harus membaiki peranti ini, atau memasang peranti ini di dalam kenderaan. Pemasangan atau servis yang tidak betul membahayakan dan boleh mentaksahkan sebarang waranti yang mungkin diberikan bagi peranti ini. Periksa d ari masa k e masa den gan tet ap semua kelengkapan peranti wayarles di dalam kenderaan anda bagi memastikan ia dipasang dan beroperasi dengan betul. Jangan simpan atau bawa cecair mudah terbakar, gas, atau bahan mudah meletup di dalam tempat yang sama dengan peranti ini, bahagian-bahagiannya atau tambahan-tambahannya. Untuk kenderaan yang dilengkapi beg udara, anda harus ingat bahawa beg udara mengembung dengan daya yang amat kuat. Jangan letakkan barang-barang, termasuk kelengkapan wayarles baik yang terpasang mahupun yang mudah dialih di tempat di atas beg udara atau di tempat pelancaran beg udara. Jika kelengkapan wayarles dalam-kenderaan tidak dipasang dengan betul dan beg udara mengembung, kecederaan serius boleh berlaku.
66 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tambahan Tulen
Menggunakan peranti anda semasa di dalam pesawat adalah dilarang. Matikan peranti anda sebelum menaiki pesawat. Penggunaan peranti telefon wayarles di dalam pesawat boleh membahayakan pengendalian pesawat, mengganggu rangkaian telefon wayarles, dan mungkin menyalahi undang-undang.
Persekitaran di mana
letupan boleh berlaku
Matikan peranti anda apabila berada di kawasan di mana letupan boleh berlaku dan patuhi semua papan tanda dan arahan. Persekitaran di mana letupan boleh berlaku termasuk tempat-tempat di mana anda biasanya dinasihatkan supaya mematikan enjin kenderaan anda. Percikan api di kawasan-kawasan seperti itu boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan kecederaan pada badan ataupun kematian. Matikan peranti ini di tempat­tempat mengisi bahan bakar seperti berdekatan dengan pam gas di stesen minyak. Patuhi sekatan-sekatan terhadap penggunaan peralatan radio di depo, tempat-tempat penyimpanan dan pengedaran bahan bakar, loji kimia atau tempat operasi peletupan sedang berjalan. Kawasan-kawasan di mana letupan boleh berlaku sering tetapi tidak semestinya ditandakan dengan jelas. Ia termasuk di bawah dek di dalam bot, kemudahan memindah atau menyimpan bahan kimia, kenderaan yang menggunakan gas petroleum cecair (seperti propana dan butana), dan tempat-tempat di mana udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah seperti butir, habuk atau serbuk logam.
Panggilan kecemasan
Pentin g:
Telefon wayarles, termasuk peranti ini, beroperasi menggunakan isyarat radio, rangkaian wayarles, rangkaian talian darat, dan fungsi-fungsi yang diprogram pengguna. Oleh kerana itu, sambungan dalam semua keadaan tidak dapat dijamin. Anda tidak harus sekali-kali bergantung semata­mata kepada sebarang peranti wayarles untuk komunikasi penting seperti kecemasan perubatan.
Untuk membuat panggilan kecemasan:
1. Jika telefon tidak dihidupkan, hidupkan ia. Periksa untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi.
Sesetengah rangkaian mungkin memerlukan kad SIM yang sah dimasukkan dengan betul ke dalam telefon.
2. Tekan kekunci Tamat seberapa banyak kali yang perlu (misalnya untuk keluar dari panggilan, untuk keluar dari menu, dll.) untuk mengosongkan paparan dan menyediakan telefon bagi panggilan.
Jika pad kekunci dikunci, buka kunci pad kekunci dahulu dengan menekan kekunci pemilihan tengah dan kekunci Panggil dalam masa 1.5 saat.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 67
Tambahan Tulen
Nota: Sila ambil perhatian
bahawa panggilan kepada nombor-nombor kecemasan yang diprogram ke dalam telefon anda mungkin boleh dibuat apabila pad kekunci dikunci, bergantung kepada kawasan dan pembekal perkhidmatan rangkaian. Tekan kekunci Panggil selama 1.5 saat. Kemudian tekan Ya dan kekunci Panggil dalam masa 4 saat untuk cuba membuat panggilan kecemasan.
3. Tekan dan tahan kekunci pemilihan tengah dan pilih angka-angka nombor kecemasan bagi lokasi semasa anda (misalnya 112, 911 atau nombor kecemasan rasmi lain) satu demi satu dari bar aksara. Nombor­nombor kecemasan berbeza mengikut lokasi.
4. Tekan kekunci Panggil.
Jika ciri-ciri tertentu sedang digunakan, anda mungkin perlu menyahaktifkan ciri­ciri tersebut dahulu sebelum anda boleh membuat panggilan kecemasan. Jika peranti ini berada dalam mod luar talian atau penerbangan, anda mestilah menukar profil untuk mengaktifkan fungsi telefon sebelum anda membuat panggilan kecemasan. Lihat panduan ini atau hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.
Apabila membuat panggilan kecemasan, berikan semua maklumat yang perlu seberapa tepat yang mungkin. Peranti wayarles anda mungkin satu-satunya alat komunikasi di tempat kemalangan itu. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.
68 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
Tambahan Tulen
Maklumat Pensijilan (SAR)
TELEFON MODEL INI MEMENUHI GARIS PANDUAN ANTARABANGSA UNTUK PENDEDAHAN KEPADA GELOMBANG RADIO.
Telefon bimbit anda adalah alat pemancar dan penerima radio. Ia direka bentuk dan dibuat supaya tidak melebihi had-had bagi pendedahan kepada frekuensi radio (RF) yang disyorkan oleh garis-garis panduan antarabangsa (ICNIRP). Had-had ini adalah sebahagian daripada garis-garis panduan komprehensif dan mewujudkan paras­paras tenaga RF yang dibenarkan bagi penduduk umum. Garis-garis panduan ini dihasilkan oleh pertubuhan-pertubuhan saintifik bebas menerusi penilaian berkala dan teliti kajian-kajian saintifik. Garis-garis panduan ini termasuk margin keselamatan yang cukup besar yang bertujuan untuk memastikan keselamatan semua orang, tanpa mengira usia dan kesihatan.
Piawai pendedahan bagi telefon bimbit menggunakan unit ukuran yang dikenali sebagai Kadar Penyerapan Tertentu, atau SAR. Had SAR yang dinyatakan di dalam garis panduan antarabangsa ialah
2.0 W/kg*. Ujian-ujian bagi SAR telah
dijalankan menggunakan kedudukan­kedudukan operasi biasa dengan telefon memancar pada paras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang diuji. Walaupun SAR ditentukan pada paras kuasa diperakui yang tertinggi, SAR sebenar telefon semasa beroperasi boleh jadi jauh di bawah nilai maksimum. Ini adalah kerana telefon ini direka bentuk supaya beroperasi pada paras kuasa yang
berbilang agar ia menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk menghubungi rangkaian. Pada umumnya, lebih dekat anda berada dengan sebuah stesen pangkalan, lebih rendahlah keluaran kuasa telefon.
Nilai SAR tertinggi bagi telefon model ini apabila diuji untuk penggunaan pada telinga ialah 0.83 W/kg. Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara paras-paras SAR pelbagai telefon dan pada pelbagai kedudukan, semua telefon memenuhi garis panduan antarabangsa yang relevan bagi pendedahan RF.
Produk ini memenuhi garis panduan antarabangsa RF apabila digunakan sama ada dengan gaya biasa pada telinga atau apabila ia diletakkan sekurang­kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila sarung pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk operasi pakai pada badan, ia tidak harus mengandungi logam dan anda harus meletakkan produk ini sekurang­kurangnya 1.5 cm dari badan anda.
* Had SAR bagi telefon bimbit yang digunakan oleh orang awam ialah
2.0 watt/kilogram (W/kg) dipuratakan pada sepuluh gram tisu badan. Garis­garis panduan ini mengandungi margin keselamatan yang cukup besar untuk memberi perlindungan tambahan kepada orang awam dan untuk menerangkan sebarang variasi dalam pengukuran. Nilai-nilai SAR mungkin berbeza-beza bergantung kepada keperluan-keperluan melapor kebangsaan dan jalur rangkaian. Untuk maklumat SAR di kawasan­kawasan lain sila lihat di bawah maklumat produk di http:// www.nokia-asia.com.
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 69

Indeks

SIMBOL
(E)GPRS, HSCSD dan CSD 58
A
Alat perubatan 65
Alat bantuan pendengaran 66 Perentak jantung 66
Arahan khidmat
22
B
Bateri 62 Bermula 6
D
Daftar panggilan 28
Pembilang dan pemasa bagi panggilan, data dan GPRS
Dail suara 27
28
F
Fungsi menu 16 Fungsi-fungsi panggilan
9
G
Galeri 39 Gaya beroperasi biasa 7
K
Kandungan iii Kekunci dan penyambung Kenalan
24
Memilih tetapan untuk kenalan Mencari kenalan Menyimpan berbilang nombor, perkara teks atau imej untuk setiap nama
25
Menyimpan nama dan nombor telefon (Tambah kenalan)
Kenderaan Kesambungan
66
31
1
25
25
24
53
viii
55
57
65
53
Kesambungan PC Keselamatan Lalu Lintas Keselamatan penyemak imbas keselamatan penyemak imbas
modul keselamatan untuk aplikasi
WAP Khidmat SIM Kod akses Kuki 51
M
Maklumat am vii Maklumat bateri
jenis 62 Maklumat pensijilan (SAR) 69 Maklumat tambahan bagi keselamatan Media 40
Kamera
Pemain media 41
Perakam suara 43
Radio Memadam semua mesej dari folder 22 Memasang kad SIM 6 Memasang tali pergelangan tangan Membuat panggilan 9 Memori cache 49 Memuat turun Memuat turun kandungan dan aplikasi x Menanggalkan dan memasang semula Gelangsar cepat Mengakses fungsi menu 13 Mengecas bateri Mengecas dan Menyahcas Mengedit atau memadam butiran Mengenai peranti anda
Memori yang dikongsi Menggunakan aplikasi komunikasi data
58
Menggunakan menu Menggunakan pemutar 2 Menghantar dan menerima kad niaga Menghidupkan dan mematikan telefon Menjawab atau menolak panggilan masuk
10
42
40
65
51
8
60
6
13
vii
vii
60
8
26
26
7
70 Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara.
menu
senarai fungsi
Menulis teks 11
Petua untuk menulis teks 12
Menyalin kenalan Mesej 16
Mesej maklumat 22 Mesej multimedia (MMS) Mesej suara Mesej teks (SMS)
Mod tunggu sedia
Kertas hias dinding dan Gambar skrin 3 Penjimatan kuasa Penunjuk-penunjuk penting 3
21
14
26
18
16
2
3
N
Nilai SAR 69
P
Panggilan kecemasan 67
Untuk membuat panggilan kecemasan
PC Suite 57 Pelekat-pelekat di dalam bungkusan jualan Penanda buku 51 Pengatur
Jam penggera 43 Kalendar 44 Nota Penyegerakan 46 Senarai tugasan 45
Penguncian pad kekunci (Kawal kekunci) Penjagaan dan penyelenggaraan Perkhidmatan rangkaian Perkhidmatan tetapan tatarajah Perkhidmatan WAP
modul keselamatan dalam SIM Persekitaran beroperasi Persekitaran di mana letupan boleh berlaku Peti masuk khidmat 52 Pilihan-pilihan semasa panggilan Pintasan peribadi
vii
67
43
45
5
67
31
ix
65
64
ix
10
53
S
Sijil 53 Sokongan Nokia di Web x
T
Tambahan Tulen 62 Tandatangan digital Telefon anda
29
Tetapan
Profil
29
Simpan semula tetapan kilang Tema 29 Tetapan keselamatan 38 Tetapan masa dan tarikh Tetapan nada 29 Tetapan panggilan Tetapan paparan 30 Tetapan tambahan 37 Tetapan tatarajah Tetapan telefon 36
Tetapan mesej 22
55
1
30
35
37
U
UNTUK KESELAMATAN ANDA v
W
Web 47
Membuat sambungan kepada perkhidmatan Memutuskan sambungan dari perkhidmatan Menyediakan telefon untuk perkhidmatan 47 Menyemak imbas halaman perkhidmatan Tetapan kemunculan penyemak imbas
48
50
48
50
39
Hak cipta © 2004 Nokia. Semua hak terpelihara. 71
Loading...