PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk
RM-325 ini mematuhi dengan keperluan yang penting dan peruntukan
Arahan 1999/5/EC yang berkaitan. Satu salinan Pengisytiharan
Pematuhan ini boleh didapati di http://www.nokia.com/phones/
declaration_of_conformity/.
Nokia, Nokia Connecting People, dan Navi adalah cap dagang atau cap
dagang berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune adalah tanda bunyi
Nokia Corporation. Produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini
merupakan cap dagang atau nama dagang bagi pemiliknya masingmasing.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan
sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga
bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu
daripada Nokia adalah dilarang.
No Paten Amerika Syarikat 5818437 dan paten-paten lain sedang
menunggu kelulusan. Perisian input teks T9 Hak cipta (C) 1997-2008.
Tegic Communications, Inc. Semua hak terpelihara.
Merangkumi perisian protokol kriptografi atau keselamatan
RSA BSAFE daripada RSA Security.
This product is licensed under the MPEG-4 Visual Patent Portfolio
License (i) for personal and noncommercial use in connection with
information which has been encoded in compliance with the MPEG-4
Visual Standard by a consumer engaged in a personal and
noncommercial activity and (ii) for use in connection with MPEG-4
video provided by a licensed video provider. No license is granted or
shall be implied for any other use. Additional information, including
that related to promotional, internal, and commercial uses, may be
obtained from MPEG LA, LLC. See http://www.mpegla.com.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i)
untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil yang berkaitan dengan
maklumat yang telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual
MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi dan
bukan komersil dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan video
MPEG-4 yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen
akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat
tambahan termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi,
dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat
<http://www.mpegla.com>.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia
berhak membuat perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk
yang diperihalkan di dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan
terdahulu.
HINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANGUNDANG YANG BERKUAT KUASA, DALAM APA JUA KEADAAN NOKIA
ATAU MANA-MANA PEMBERI LESENNYA AKAN BERTANGGUNGJAWAB
ATAS KEHILANGAN DATA ATAU PENDAPATAN ATAU APA-APA
KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, TURUTAN ATAU TIDAK LANGSUNG
YANG BERLAKU.
ISI KANDUNGAN DOKUMEN INI DIBEKALKAN "SEBAGAIMANA
ADANYA". KECUALI DITUNTUT OLEH UNDANG-UNDANG YANG
BERKUAT KUASA, TIADA APA-APA JENIS JAMINAN, SAMA ADA YANG
NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA,
JAMINAN TERSIRAT BAGI KEPERDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK
TUJUAN TERTENTU, DIBUAT BERKAITAN DENGAN KETEPATAN,
KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA
BERHAK UNTUK MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK
PADA BILA-BILA MASA TANPA NOTIS YANG TERDAHULU.
Ketersediaan produk dan aplikasi serta perkhidmatan tertentu untuk
produk ini mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Sila semak dengan
penjual Nokia anda untuk mendapatkan butiran, dan ketersediaan
pilihan bahasa.
Kawalan eksport
Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau perisian
yang tertakluk pada undang-undang dan peraturan eksport dari
Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang
bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Aplikasi pihak ketiga yang disediakan bersama peranti anda mungkin
telah diwujudkan dan boleh dimiliki oleh orang atau entiti yang tidak
bergabung atau berkaitan dengan Nokia. Nokia tidak memiliki hak cipta
atau hak harta intelektual bagi aplikasi pihak ketiga ini. Oleh yang
demikian, Nokia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sokongan
pengguna akhir, kefungsian aplikasi ini, mahu pun maklumat dalam
aplikasi atau bahan-bahan ini. Nokia tidak menyediakan sebarang
jaminan bagi aplikasi pihak ketiga ini.
DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI INI ANDA MENGAKUI BAHAWA
APLIKASI YANG DISEDIAKAN SEBAGAIMANA ADA TANPA SEBARANG
JENIS JAMINAN, YANG DINYATAKAN ATAU TERSIRAT, SETAKAT
MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG
BERKUAT KUASA. ANDA SETERUSNYA MENGAKUI BAHAWA BAIK
NOKIA MAHUPUN ANGGOTA GABUNGANNYA TIDAK MEMBUAT
SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN, YANG NYATA ATAU
TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN HAK
MILIK, KEPERDAGANGAN ATAU KESESUAIAN BAGI SESUATU TUJUAN
KHUSUS ATAU BAHAWA APLIKASI TIDAK AKAN MELANGGAR
SEBARANG PATEN, HAK CIPTA, CAP DAGANG ATAU HAK-HAK PIHAK
KETIGA YANG LAIN.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh jadi
berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca panduan
pengguna yang lengkap ini untuk mendapatkan maklumat
lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan peranti apabila penggunaan
telefon wayarles dilarang atau apabila ia mungkin
menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang tempatan. Sentiasa
pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan
kenderaan semasa memandu. Perkara pertama
yang harus anda pertimbangkan semasa memandu
haruslah keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua peranti wayarles mudah terdedah kepada
gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
Patuhi sebarang sekatan. Matikan peranti di dalam
pesawat, berhampiran peralatan perubatan, bahan
api, kimia atau kawasan letupan.
PERKHIDMATAN BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan berkelayakan boleh memasang
atau membaiki produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI
Gunakan hanya tambahan dan bateri yang
diluluskan. Jangan sambungkan produk-produk
yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Peranti anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa
kering.
7
7
Maklumat umum
Maklumat umum
■ Petua berguna
Sebelum membawa telefon anda ke pusat Nokia Care
S: Apakah yang boleh saya lakukan untuk
menyelesaikan isu pengendalian berkenaan dengan
telefon saya?
J: Cuba langkah-langkah yang berikut:
• Matikan telefon, dan keluarkan dan masukkan
semula bateri
• Tetapkan semula tetapan kilang. Pilih Menu >
Tetapan > S/smla ttp kilang. Untuk menyimpan
semua data peribadi dalam telefon anda, pilih Smpn
semula ttpn shj.
• Kemas kinikan perisian telefon dengan Nokia
Software Updater jika tersedia. Lihat www.nokiaasia.com/softwareupdate atau tapak web Nokia
tempatan anda.
Kesambungan Bluetooth
S: Mengapakah saya tidak menemui peranti yang serasi
dengan Bluetooth?
J: Cuba langkah-langkah yang berikut:
8
8
• Pastikan kedua-dua peranti serasi.
• Periksa untuk memastikan kedua-dua peranti
mempunyai kesambungan Bluetooth.
• Periksa untuk memastikan bahawa kedua-dua
peranti itu tidak terpisah lebih daripada 10 meter
(33 kaki) dan bahawa tiada dinding atau halangan
lain di antara peranti tersebut.
• Periksa bahawa peranti yang satu lagi tidak berada
dalam mod tersembunyi.
Panggilan
S: Bagaimanakah saya membisukan panggilan masuk
atau nada penggera?
J: Dengan lipatannya tertutup, ketik dua kali pada
paparan kedua.
J: Dengan lipatannya tertutup, ketik dua kali pada
paparan kedua.
Kenalan
S: Bagaimanakah saya menambah kenalan baru?
J: Pilih Menu > Kenalan > Tambah baru.
S: Bagaimanakah saya menambah maklumat tambahan
pada kenalan?
J: Cari kenalan yang anda ingin tambahkan butiran, dan
pilih Butiran > Pilihan > Tambah butiran dan daripada
pilihan yang tersedia.
Menu
S: Bagaimana saya boleh menukar rupa menu?
J: Untuk menukar pameran menu, pilih Menu >
Pilihan > Pamer. menu utama > Senarai, Grid, Grid
dengan label, atau Tab.
S: Bagaimanakah saya memperibadikan menu saya?
J: Untuk menyusun semula menu, pilih Menu >
Pilihan > Susun. Tatal ke menu yang anda hendak
pindahkan, dan pilih Alih. Tatal ke tempat yang anda
hendak pindahkan menu tersebut, dan pilih OK. Untuk
menyimpan perubahan ini, pilih Selesai > Ya.
Mesej
S: Mengapakah saya tidak boleh menghantar mesej
multimedia?
J: Untuk mengetahui ketersediaan dan untuk
melanggan perkhidmatan mesej multimedia (MMS,
perkhidmatan rangkaian), hubungi pembekal khidmat
anda.
S: Bagaimanakah saya menyediakan e-mel?
J: Untuk menggunakan fungsi e-mel pada telefon anda,
anda memerlukan sistem e-mel yang serasi. Hubungi
pembekal khidmat e-mel anda untuk mendapatkan
tetapan yang betul. Anda boleh menerima tetapan
sebagai mesej tatarajah. Untuk mengaktifkan tetapan
e-mel, pilih Menu > Mesej >
mel.
Kesambungan PC
S: Mengapakah saya menghadapai masalah apabila
menyambung telefon saya ke PC?
J: Pastikan Nokia PC Suite dipasang dan berjalan pada
PC anda. Lihat panduan pengguna untuk Nokia PC
Suite. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
cara menggunakan Nokia PC Suite, lihat fungsi bantuan
dalam Nokia PC Suite atau halaman sokongan di
www.nokia-asia.com.
Pintasan
S: Adakah pintasan yang boleh saya gunakan?
J: Terdapat beberapa pintasan pada telefon anda:
• Untuk mengakses log panggilan, tekan kekunci
panggil sekali. Untuk membuat panggilan ke
sesuatu nombor, tatal ke nombor atau nama yang
anda kehendaki, dan tekan kekunci panggil.
• Untuk membuka penyemak imbas web, tekan dan
tahan 0.
• Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan
tahan 1.
• Untuk memanggil peti mel video anda, tekan dan
tahan 2.
• Untuk menukar daripada mana-mana profil ke profil
senyap dan kembali ke profil umum, tekan dan
tahan #.
■ Perihal peranti anda
Telefon wayarles yang diperihalkan dalam panduan ini
diluluskan untuk digunakan pada rangkaian WCDMA
850 dan 2100 dan GSM 850, 900, 1800, dan 1900.
Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini,
patuhi semua undang-undang dan hormati adat
tempatan, privasi dan hak-hak sah orang lain, termasuk
hak cipta.
Perlindungan hak cipta mungkin mencegah beberapa
imej, muzik dan kandungan lain daripada disalin,
diubah suai atau dipindahkan.
Peranti anda mungkin mempunyai penanda buku yang
dipra pasang dan pautan untuk tapak internet pihak
ketiga. Anda juga boleh mengakses tapak pihak ketiga
yang lain melalui peranti anda. Tapak pihak ketiga tidak
tergabung dengan Nokia, dan Nokia tidak mengendors
atau menanggung liabiliti untuk mereka. Jika anda
memilih untuk mengakses tapak sedemikian, anda
hendaklah mengambil langkah-langkah beringat
terhadap keselamatan atau kandungan.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri
dalam peranti ini, selain daripada jam
penggera, peranti ini mestilah dihidupkan.
Jangan hidupkan peranti ini apabila
penggunaan peranti wayarles boleh
Ingat supaya membuat salinan sandaran atau
menyimpan rekod bertulis bagi semua maklumat yang
penting yang disimpan dalam peranti anda.
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain,
baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan
keselamatan terperinci. Jangan sambungkan produkproduk yang tidak serasi.
■ Perkhidmatan rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda mesti mempunyai
perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles.
Kebanyakan ciri ini memerlukan ciri rangkaian khusus.
Ciri ini tidak tersedia pada semua rangkaian; rangkaian
lain mungkin menghendaki anda membuat persediaan
tertentu dengan pembekal khidmat anda sebelum anda
boleh menggunakan perkhidmatan rangkaian.
Pembekal khidmat anda boleh memberi anda arahan
dan menerangkan mengenai bayaran yang dikenakan.
Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had yang
menjejas cara anda menggunakan khidmat rangkaian.
Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak
menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang
bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar
ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan
dalam peranti anda. Jika demikian, ciri ini tidak akan
muncul pada menu peranti anda. Peranti anda mungkin
juga mempunyai tatarajah khas seperti perubahan
dalam nama menu, urutan menu, dan ikon. Hubungi
pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat
lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTP dan SSL)
yang berjalan pada protokol TCP/IP. Beberapa ciri
peranti ini, seperti perkhidmatan mesej multimedia
(MMS), menyemak imbas, aplikasi e-mel, mesej segera,
kenalan tertingkat kehadiran, penyegerakan jauh, dan
muat turun kandungan menggunakan penyemak imbas
atau MMS, memerlukan sokongan rangkaian bagi
teknologi ini.
■ Tambahan
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan untuk model ini khasnya.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa kelulusan atau
jaminan, dan mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan
tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual
telefon anda. Apabila mencabut kord kuasa sebarang
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
■ Kod akses
Pilih Menu > Tetapan > Keselamatan untuk
menetapkan cara telefon anda menggunakan kod akses
dan tetapan keselamatan
• Kunci pad kekunci (kawal kekunci) mencegah
tekanan kekunci yang tidak sengaja:
1. Untuk mengunci pad kekunci, dengan lipatannya
terbuka, pilih Menu > * dalam masa 3.5 saat.
2. Untuk membuka kunci pad kekunci, dengan
lipatannya terbuka, pilih Menu > * dalam masa
1.5 saat.
Untuk menjawab panggilan apabila pad kekunci
dikunci, tekan kekunci panggil. Apabila anda
menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci
mengunci secara automatik.
Anda juga boleh memilih Menu > Tetapan >
Telefon > Kawal kekunci auto. atau Kawal k'knci
k'slmtan > Aktif atau Tak aktif. Jika kawal kekunci
keselamatan diaktifkan, masukkan kod keselamatan
apabila diminta.
• Kod keselamatan (5-10 digit) membantu melindungi
telefon anda daripada penggunaan yang tidak
dibenarkan. Anda boleh membuat dan menukar kod,
dan menetapkan telefon untuk meminta kod.
Pastikan kod dirahsiakan dan disimpan tempat
selamat yang berasingan dari telefon anda. Jika
anda terlupa kod dan telefon anda terkunci, telefon
anda akan memerlukan perkhidmatan dan bayaran
tambahan akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut,
hubungi pusat Layanan Nokia atau penjual telefon
anda.
• Kod PIN ini, yang dibekalkan bersama kad SIM,
membantu melindungi kad daripada penggunaan
yang tidak dibenarkan.
• Kod PIN2 ini, dibekalkan dengan sesetengah kad,
diperlukan untuk mengakses perkhidmatan tertentu.
• Kod PUK dan PUK2 mungkin dibekalkan dengan kad
SIM. Jika anda memasukkan kod PIN atau PIN2 yang
salah sebanyak tiga kali berturut-turut, anda akan
diminta untuk memasukkan kod PUK atau PUK2.
Jika anda tidak mempunyai kod-kod tersebut,
hubungi pembekal khidmat anda.
• Kata laluan sekatan (4 digit) diperlukan apabila
menggunakan perkhidmatan sekatan panggilan
untuk menyekat panggilan ke dan daripada telefon
anda (perkhidmatan rangkaian).
• Untuk melihat atau menukar tetapan modul
keselamatan, jika dipasang, pilih Menu > Tetapan >
Keselamatan > Ttpn modul k'selamtn.
■ Kemas kinian perisian
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang
anda percayai dan yang menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang
mencukupi daripada perisian yang berbahaya.
Nokia mungkin akan menghasilkan kemas kini perisian
yang mungkin menawarkan ciri-ciri baru, fungsi
tambahan, atau prestasi yang dipertingkatkan. Anda
mungkin boleh meminta kemas kini tersebut melalui
Nokia Sofware Updater PC application. Untuk
mengemas kini perisian, anda memerlukan aplikasi
Nokia Sofware Updater dan PC yang serasi dengan
sistem operasi Microsoft Windows 2000 atau XP, akses
internet jalur lebar, dan kabel data yang serasi untuk
menyambungkan peranti anda kepada PC.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk
memuat turun aplikasi Nokia Software Updater, lawati
www.nokia-asia.com/softwareupdate atau tapak web
Nokia tempatan anda.
Memuat turun kemas kinian perisian mungkin
melibatkan penghantaran amaun data yang besar
melalui rangkaian pembekal khidmat anda. Hubungi
pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat
mengenai caj penghantaran data.
Pastikan bateri peranti anda mempunyai kuasa yang
cukup, atau sambungkan pengecas sebelum
memulakan kemas kini.
Jika kemas kini perisian melalui udara disokong oleh
rangkaian anda, anda juga boleh memohon kemas kini
melalui peranti. Lihat “Telefon” h. 46.
■ Kemas kinian perisian telefon
Pembekal khidmat anda mungkin menghantar kemas
kinian perisian telefon melalui udara langsung ke
peranti anda Pilihan ini mungkin tidak tersedia,
bergantung kepada telefon anda.
Amaran: Jika anda memasang kemas kinian
perisian, anda tidak boleh menggunakan
peranti ini, walaupun untuk membuat
panggilan kecemasan, sehingga pemasangan
tersebut selesai dan peranti dimulakan semula.
Pastikan anda membuat salinan sandaran data
sebelum menerima pemasangan kemas kinian.
■ Nokia Saya
Terima petua, teknik dan sokongan percuma untuk
telefon Nokia anda termasuk kandungan percubaan
yang percuma, tunjuk cara interaktif, halaman web
diperibadikan dan berita mengenai produk dan
perkhidmatan Nokia yang terkini.
Nikmatilah segala yang terbaik daripada telefon Nokia
anda dan daftarlah dengan Nokia Saya hari ini! Untuk
mendapat maklumat lanjut dan ketersediaan di daerah
anda, lihat www.nokia.com/mynokia.
■ Muat turun kandungan
Anda mungkin boleh memuat turun kandungan baru
(contohnya, tema) ke telefon anda (perkhidmatan
rangkaian).
Untuk ketersediaan perkhidmatan yang berbeza,
penentuan harga dan tarif, hubungi pembekal khidmat
anda.
■ Sokongan Nokia
Lihat www.nokia-asia.com/support atau tapak web
Nokia tempatan anda untuk mendapatkan panduan
terkini, maklumat tambahan, muat turun, dan
perkhidmatan yang berkaitan dengan produk Nokia
anda.
Laman web ini menyediakan
maklumat mengenai penggunaan
produk Nokia dan perkhidmatan . Jika
anda perlu menghubungi perkhidmatan Nokia Care,
lihat senarai pusat hubungan Nokia Care di
www.nokia.com/customerservice.
Untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan,
lihat pusat Nokia Care anda yang berhampiran di
www.nokia-asia.com/repair.
Kad SIM dan sesentuhnya mudah rosak oleh kerana
tercalar atau dibengkokkan, jadi berhati-hatilah
apabila memegang, memasukkan, atau mengeluarkan
kad itu.
Masukkan kad SIM
1. Dengan bahagian belakang telefon menghadap
anda, tanggalkan penutup bateri (1).
2. Untuk melepaskan pemegang kad SIM, tarik klip
pengunci pemegang kad perlahan-lahan dan
bukakannya (2).
3. Masukkan kad SIM (3). Pastikan bahawa kad SIM
dimasukkan dengan betul dan kawasan sentuhan
pada kad menghadap ke bawah.
4. Tutup pemegang kad SIM, dan tekannya sehingga ia
berdetap masuk pada kedudukannya (4).
Masukkan kad memori dan bateri
1. Untuk memasukkan kad memori, luncurkan
pemegang kad (1), dan ayunkannya terbuka (2).
2. Luncurkan kad memori ke dalam pemegang kad (3).
3. Ayunkan pemegang kad memori kembali pada
tempatnya (4), dan tutupkannya (5). Pastikan
15
15
Bermula
bahawa kad dimasukkan dengan betul dan kawasan
sentuhan pada kad menghadap ke bawah.
4. Perhatikan sesentuh bateri (6), dan masukkan bateri
(7).
5. Letak semula penutup bateri (8-9).
■ Kad memori microSD
Anda boleh menyimpan data seperti
nada dering, tema, nada, imej dan klip
video pada kad microSD yang serasi. Jika
anda menggantikan kad ini, fungsi dan ciri-ciri ini
mungkin tidak akan berfungsi dengan betul.
Anda mesti mematikan telefon untuk mengeluarkan
atau menggantikan kad microSD.
Telefon anda menyokong kad microSD sehingga 4 GB.
Gunakan hanya kad microSD yang serasi yang
diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti
ini. Nokia menggunakan standard industri yang
diperakui untuk kad memori, tetapi sesetengah jenama
mungkin tidak sesuai sepenuhnya dengan peranti ini.
Kad yang tidak serasi boleh merosakkan kad tersebut
dan peranti dan merosakkan data yang disimpan pada
kad.
■ Caskan bateri
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas
sebelum mengeluarkan bateri.
Mengecas bateri BL-4CT dengan pengecas AC-4
mengambil masa kira-kira 1 jam dan 30 minit semasa
telefon berada dalam mod siap sedia.
1. Sambungkan pengecas ke soket dinding.
2. Sambungkan hujung pengecas ke penyambung
pengecas di sisi telefon anda.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, ia mungkin
mengambil masa beberapa minit sebelum penunjuk
pengecasan muncul pada paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
■ Buka dan tutup telefon
Untuk membuka lipatan, tekan kekunci buka lipatan (1).
Lipatan tersebut mengayun terbuka (2) sehingga lebih
kurang 161 darjah. Jangan memaksa lipatan tersebut
dibuka dengan lebih luas lagi.
Tutup lipatan secara manual.
Apabila telefon dimatikan atau cas bateri berada
rendah, buka lipatan secara manual.
Untuk kekunci lipatan terbuka berfungsi dengan baik,
gunakan kain lembut, bersih dan kering untuk
memastikan plat magnet dan penambat bersih. Lihat
“Kekunci dan bahagian-bahagian” h.19.
■ Menghidupkan dan mematikan
telefon
1. Tekan dan tahan
kekunci kuasa.
2. Jika telefon
meminta kod PIN
atau UPIN,
masukkan kod
tersebut
(dipaparkan sebagai
****), dan pilih OK.
Apabila anda
menghidupkan telefon
anda buat kali pertama, dan telefonnya berada dalam
mod siap sedia, anda akan diminta untuk mendapatkan
tetapan tatarajah dari pembekal khidmat anda
(perkhidmatan rangkaian). Sah atau tolak
pertanyaannya. Lihat “Tatarajah” h. 48 dan
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali
pertama, dan telefonnya berada dalam mod siap sedia,
anda akan diminta untuk menetapkan masa dan tarikh.
Lengkapkan medan, dan pilih Simpan.
Untuk menukar tetapan tarikh dan masa kemudian,
pilih Menu > Tetapan > Tarikh dan masa > Ttpan.
tarikh & masa, Format tarkh. & masa, atau Kms. kini
auto masa (perkhidmatan rangkaian) untuk menukar
tetapan masa, zon masa dan tarikh.
■ Perkhidmatan tetapan tatarajah
Untuk menggunakan sesetengah khidmat rangkaian,
seperti perkhidmatan internet bergerak, MMS, mesej
audio Nokia Xpress, penyegerakan pelayan Internet
jauh, telefon anda memerlukan tetapan tatarajah yang
betul. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
ketersediaan, hubungi operator rangkaian anda,
pembekal khidmat, wakil penjual Nokia berdaftar yang
terdekat, atau lawati bahagian sokongan pada tapak
web Nokia, www.nokia-asia.com/support.
Setelah anda menerima tetapan sebagai mesej
tatarajah, dan tetapan itu tidak disimpan dan
diaktifkan secara automatik, Tetapan tatarajah
diterima dipaparkan. Pilih Tunjuk > Simpan. Jika
dikehendaki, masukkan kod PIN yang dibekalkan
pembekal perkhidmatan.
■ Tali pergelangan tangan
Tanggalkan penutup belakang telefon. Pasang tali
pergelangan tangan Pasang semula penutup bateri.
Peranti anda mungkin mempunyai
antena dalaman dan luaran. Seperti
dengan sebarang peranti pemancar
radio lain, jangan sentuh kawasan
antena jika tidak perlu apabila antena
sedang memancar atau menerima
maklumat. Sentuhan dengan antena
sedemikian menjejaskan kualiti
komunikasi dan boleh menyebabkan
peranti beroperasi pada paras kuasa
yang lebih tinggi daripada yang diperlukan, dan
mungkin mengurangkan hayat bateri.
Rajah menunjukkan kawasan antena yang ditandakan
dengan warna kelabu.
kekunci
tatal; selepas ini
dirujuk sebagai
kekunci tatal
tengah
panggilan (tekanan kekunci singkat) dan
menghidupkan dan mematikan telefon (tekanan
kekunci panjang)
19
19
Bermula
13. Pembesar suara
14. Port USB
15. Paparan kedua
16. Lelubang tali pergelangan tangan
17. Kamera 2-megapiksel
18. Denyar kamera
19. Penyambung pengecas
20. Kekunci buka lipatan (bukaan elektromagnet)
■ Sensor
Pilih Menu > Tetapan > Telefon > Tetapan Sensor >
Sensor > Aktif untuk mengaktifkan fungsi tersebut.
Fungsi ketik membenarkan anda membisukan serta
menolak panggilan dan nada penggera dengan cepat.
Anda boleh melihat masa dan penunjuk untuk
panggilan yang tidak dijawab dan mesej baru pada
paparan kedua.
Dwi ketik
Sentiasa dwi ketik paparan
kedua di kawasan di bawah
paparan luaran yang
tersembunyi dengan
kelipatnya ditutup.
Paparkan penunjuk
dan masa
Untuk memaparkan masa, dwi ketik paparan kedua
yang tersembunyi Jam analog atau digital akan muncul,
bergantung pada tetapan jam yang dipilih. Lihat
Jika anda telah membuka pemain muzik atau radio FM,
anda mesti mematikannya terlebih dahulu. Jika anda
mempunyai panggilan yang tidak dijawab atau
menerima mesej baru, anda mesti melihatnya terlebih
dahulu sebelum anda melihat waktu.
Jauhkan telefon anda daripada cahaya terang (sebagai
contoh cahaya matahari terus) untuk melihat penunjuk
dan masa pada paparan luaran yang tersembunyi.
Membisukan dan menolak
Untuk membisukan panggilan masuk atau nada
penggera, dwi ketik paparan kedua. Untuk menolak
panggilan atau menunda nada penggera, dwi ketik
paparan sekali lagi. Bunyi disimpan semula untuk
panggilan masuk atau nada penggera seterusnya.
■ Mod siap sedia
Telefon berada dalam mod siap sedia apabila telefon
sedia untuk digunakan, dan anda belum lagi
memasukkan sebarang aksara.
1. Penunjuk 3G
2. Kekuatan isyarat rangkaian selular
3. Tahap cas bateri
4. Penunjuk. Lihat “Penunjuk” h. 22.
5. Nama rangkaian atau logo operator
6. Jam
7. Paparan
8. Kekunci pilihan kiri. Secara lalai, ini adalah Pergi ke
yang membawa anda ke suatu senarai pintasan.
Lihat “Kekunci pilihan kiri dan kanan” h. 43
10. Kekunci pilihan kanan. Secara lalai ini adalah Nama
yang membawa anda ke kenalan anda yang
disimpan. Lihat “Kekunci pilihan kiri dan kanan”
h. 43.
Mod siap sedia aktif
Untuk mendayakan atau menyahdayakan mod siap
sedia aktif , pilih Menu > Tetapan > Papa ran > Siap
sedia aktif > Mod siap sedia aktif.
Dalam mod siap sedia aktif, tatal ke atas atau ke bawah
untuk menavigasi dalam senarai itu, dan pilih Pilih atau
Pamer. Anak panah menandakan bahawa maklumat
lanjut tersedia. Untuk menghentikan navigasi, pilih
Keluar.
Untuk mengatur dan menukar mod siap sedia aktif,
aktifkan mod siap sedia aktif dan pilih Pilihan >
Peribadikan pameran atau Ttpn. siap sedia aktif.
Penunjuk
Anda mempunyai mesej yang belum dibaca.
Anda tidak menjawab panggilan. Lihat “Log”
h. 40.
Pad kekunci dikunci. Lihat “Kod akses” h. 12.
Telefon senyap apabila panggilan masuk atau
mesej teks diterima. Lihat “Nada” h. 41.
Ada penggera yang aktif. Lihat “Jam penggera”
h. 58.
, Mod sambungan data paket Sentiasa bertalian
dipilih dan perkhidmatan data paket tersedia.
, Sambungan GPRS atau EGPRS diwujudkan.
, Sambungan GPRS atau EGPRS digantung
(ditunda).
Penunjuk sambungan Bluetooth. Lihat
“Teknologi wayarles Bluetooth” h. 44.
■ Profil penerbangan
Gunakan mod penerbangan dalam persekitaran peka
radio—di dalam kapal terbang atau di hospital-untuk
menyahaktifkan semua fungsi frekuensi radio. Apabila
profil penerbangan aktif, dipaparkan.
Pilih Menu > Tetapan > Profil > Penerbangan >
Aktifkan or Pilihan sendiri.
Untuk menetapkan supaya telefon menanya sama ada
untuk menggunakan profil penerbangan setiap kali ia
Untuk menyahaktifkan profil penerbangan, pilih manamana profil lain.
Dalam profil luar talian atau penerbangan, anda
mungkin perlu buka kunci peranti dan ubah ke profil
panggilan sebelum membuat panggilan.
Amaran:Dengan profil penerbangan anda
tidak boleh membuat atau menerima sebarang
panggilan, atau menggunakan ciri lain yang
memerlukan liputan rangkaian. Untuk
membuat panggilan, anda mestilah
mengaktifkan fungsi telefon dengan menukar
profil terlebih dahulu. Jika peranti telah
dikunci, masukkan kod kunci. Jika anda perlu
membuat panggilan kecemasan sementara
peranti itu dikunci dalam profil penerbangan,
anda juga boleh memasukkan nombor
kecemasan rasmi yang diprogram ke dalam
peranti anda pada medan kod kunci dan pilih
‘panggil’. Peranti akan mengesahkan bahawa
anda akan keluar profil penerbangan untuk
memulakan panggilan kecemasan.
• Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan,
dan tekan kekunci panggil.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali
untuk awalan antarabangsa (aksara +
menggantikan kod akses antarabangsa), masukkan
kod negara, kod kawasan tanpa awalan 0, jika perlu,
dan nombor telefon.
• Untuk mengakses log panggilan, tekan kekunci
panggil sekali, tatal ke nombor atau nama yang
anda kehendaki dan tekan kekunci panggil.
• Buat panggilan kepada nama atau nombor dalam
Kenalan. Lihat “Kenalan” h. 37.
Untuk melaraskan kelantangan semasa dalam
panggilan, tatal ke atas atau ke bawah.
24
24
■ Jawab dan tamatkan panggilan suara
Untuk menjawab panggilan, tekan kekunci panggil atau
buka lipatan. Untuk menamatkan panggilan, tekan
kekunci tamat, atau tutup lipatan.
• Untuk membisukan nada dering, dwi ketik paparan
kedua. Bunyi akan disimpan semula untuk panggilan
masuk seterusnya.
• Untuk menolak panggilan, dwi ketik paparan kedua
sekali lagi.
■ Dail cepat
Untuk memperuntukkan nombor kepada salah satu
daripada kekunci dail cepat, 3 hingga 9.
1. Pilih Menu > Kenalan > Dail cepat.
2. Tatal ke nombor dail cepat yang anda kehendaki.
3. Pilih Berikan, atau jika nombor telah pun
diperuntukkan kepada kekunci tersebut, pilih
Pilihan > Tukar.
4. Masukkan nombor atau pilih Cari dan kenalan yang
anda hendak peruntukkan.
Jika dail cepat dinyahaktifkan, telefon menanya sama
ada anda hendak mengaktifkannya.
Pilih Menu > Tetapan > Panggilan > Dail cepat > Aktif.
Untuk membuat panggilan, tekan dan tahan kekunci
dail cepat sehingga panggilan itu bermula.
■ Dailan suara
Buat panggilan telefon dengan menyebut nama yang
disimpan dalam Kenalan.
Oleh kerana arahan suara bergantung pada bahasa,
sebelum dailan suara, anda mesti memilih Menu >
Tetapan > Telefon > Pengecaman suara > Bahasa
pengecaman, dan bahasa anda. Buat Latihn p'gecamn
s'ra daripada arahan pada paparan.
Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar
dalam persekitaran yang bising atau semasa
kecemasan, oleh itu anda tidak seharusnya
bergantung semata-mata pada dailan suara
dalam semua keadaan.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci
pilihan kanan. Satu nada pendek kedengaran, dan
Cakap sekarang dipaparkan.
2. Sebutkan nama kenalan yang anda hendak dail. Jika
suara berjaya dikenali, senarai dengan padanannya
dipaparkan. Telefon memainkan arahan suara bagi
padanan yang pertama pada senarai. Jika padanan
tidak betul, tatal ke entri lain.
Kebanyakan daripada pilihan yang boleh anda gunakan
semasa dalam panggilan adalah perkhidmatan
rangkaian. Untuk ketersediaan, hubungi pembekal
khidmat anda.
Pilihan yang mungkin ditawarkan oleh pembekal
khidmat termasuk panggilan konferens, perkongsian
video dan menundakan panggilan.
Panggilan menanti
Supaya anda diberitahu bahawa ada panggilan yang
sedang menanti apabila anda berada dalam panggilan
(perkhidmatan rangkaian), pilih Menu > Tetapan >
Panggilan > Panggilan menanti > Aktifkan.
Untuk menjawab panggilan menanti semasa berada
dalam panggilan aktif, tekan kekunci panggil.
Panggilan yang pertama akan ditunda. Untuk
menamatkan panggilan yang aktif, tekan kekunci
tamat.
■ Membuat panggilan video
Apabila anda membuat panggilan video, anda
menghantar video masa nyata, yang ditangkap oleh
kamera di bahagian hadapan telefon anda, kepada
penerima panggilan.
Untuk membolehkan membuat panggilan video, anda
perlu mempunyai kad USIM dan disambungkan dalam
rangkaian WCDMA. Untuk ketersediaan dan langganan
kepada perkhidmatan panggilan video, hubungi
operator rangkaian atau pembekal khidmat anda.
Panggilan video hanya boleh dibuat antara dua pihak.
Panggilan video boleh dibuat ke telefon yang serasi
atau klien ISDN. Panggilan video tidak boleh dibuat
semasa panggilan suara, video, atau data sedang aktif.
1. Untuk memulakan panggilan video daripada mod
siap sedia, masukkan nombor telefon , atau pilih
Kenalan dan seorang kenalan.
2. Tekan dan tahan kekunci panggil, atau pilih
Pilihan > Panggilan video. Memulakan panggilan
video mungkin mengambil sedikit masa. Panggilan
video dan animasi keluar dipaparkan. Jika panggilan
tersebut tidak berjaya (contohnya, panggilan video
tidak disokong oleh rangkaian, atau peranti
penerima tidak serasi) anda akan ditanya sama ada
anda hendak mencuba panggilan biasa atau
menghantar mesej sebagai ganti.
Untuk melaraskan kelantangan semasa dalam
panggilan, tatal ke atas atau ke bawah.
3. Untuk menamatkan panggilan, tekan kekunci tamat.
Semasa pengendalian yang dilanjutkan, seperti
panggilan video aktif dan sambungan data berkelajuan
tinggi, peranti mungkin terasa hangat. Dalam
kebanyakan kes, ini adalah perkara biasa. Jika anda
mengesyaki peranti tidak berfungsi dengan betul,
bawanya ke kemudahan servis berdaftar yang terdekat.
Anda boleh memasukkan teks menggunakan input teks
tradisional atau input teks ramalan. Pilih dan tahan
Pilihan apabila anda menulis teks, untuk beralih antara
input teks tradisional, ditandakan dengan , dan
input teks ramalan, ditandakan dengan . Tidak
semua bahasa disokong oleh input teks ramalan.
Kes aksara ditandakan dengan , , dan .
Untuk menukar kes aksara, tekan #. Untuk menukar
daripada mod huruf ke mod nombor, ditandakan
dengan , tekan dan tahan #, dan pilih Mod nombor.
Untuk menukar daripada mod nombor ke modhuruf,
tekan dan tahan #.
Untuk menetapkan bahasa penulisan, pilih Pilihan >
Bahasa tulisan.
■ Input teks tradisional
Tekan kekunci nombor, 1 to 9, berulang kali sehingga
aksara yang dikehendaki muncul. Aksara yang tersedia
bergantung pada bahasa penulisan yang dipilih. Untuk
membuat ruang, tekan 0. Untuk memaparkan tanca
baca dan aksara khas yang selalu ditemui, tekan 1.
28
28
■ Input teks ramalan
Input teks ramalan adalah berdasarkan kamus terbina
dalam yang boleh ditambahkan dengan perkataan baru.
1. Mula menulis perkataan dengan menggunakan
kekunci 2 hingga 9. Telefon memaparkan * atau
huruf jika secara berasingan, ia mempunyai makna
sebagai satu perkataan. Huruf-huruf yang
dimasukkan bergaris bawah.
2. Apabila anda selesai menulis perkataan dan ia betul,
untuk mengesahkannya, tekan 0 untuk
menambahkan ruang.
Jika perkataan itu tidak betul, tekan * berulang kali,
dan pilih perkataan dari senarai.
Jika aksara ? dipaparkan selepas perkataan tersebut,
perkataan yang ingin anda tuliskan tiada di dalam
kamus. Untuk menambahkan perkataan tersebut
pada kamus, pilih Mengeja. Masukkan perkataan
menggunakan input teks tradisional, dan pilih
Simpan.
Untuk menulis perkataan majmuk, masukkan
bahagian pertama perkataan tersebut dahulu, dan
2. Masukkan satu atau lebih nombor telefon dalam
medan Kepada: . Untuk mengambil nombor telefon
daripada memori, pilih Tambah.
3. Tulis mesej anda dalam medan Teks: .
Untuk menggunakan templat teks, tatal ke bawah
dan pilih Masukkn..
4. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
■ Menulis dan menghantar mesej
multimedia
1. Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej.
2. Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau
alamat e-mel dalam medan Kepada: . Untuk
mengambil nombor telefon atau alamat e-mel
daripada memori, pilih Tambah.
3. Tuliskan mesej anda. Untuk menambahkan fail, tatal
ke bawah, dan pilih Masukkn..
30
30
4. Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, pilih
Pilihan > Pratonton.
5. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Untuk menyemak ketersediaan dan untuk melanggan
kepada perkhidmatan mesej multimedia (MMS,
perkhidmatan rangkaian), hubungi pembekal khidmat
anda.
Hanya peranti yang mempunyai ciri serasi boleh
menerima dan memaparkan mesej multimedia.
Tampilan mesej boleh berbeza-beza bergantung kepada
peranti yang menerima.
Rangkaian wayarles mungkin mengehadkan saiz mesej
MMS. Jika gambar yang dimasukkan melebihi had ini,
peranti ini boleh membuatnya lebih kecil supaya ia
boleh dihantar melalui mesej MMS.
■ Membaca dan membalas mesej
1. Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk.
2. Untuk membalas mesej, pilih Balas. Tulis mesej
balasan.
3. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Penting: Berhati-hati semasa membuka
mesej. Mesej mungkin mengandungi perisian
niat jahat atau mungkin merbahaya kepada
peranti atau PC anda.
■ Mesej audio Nokia Xpress
Anda boleh menggunakan perkhidmatan mesej
multimedia (MMS) untuk membuat dan menghantar
mesej audio. MMS mesti diaktifkan sebelum anda boleh
menghantar mesej audio.
1. Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej audio.
Perakam terbuka.
2. Menuturkan mesej anda.
3. Masukkan satu atau lebih nombor telefon dalam
medan Kepada: atau pilih Tambah untuk mengambil
nombor.
4. Pilih Hantar, atau tekan kekunci panggil.
Untuk membuka mesej audio yang diterima, pilih Main.
Jika lebih daripada satu mesej diterima, pilih Lihat >
Main. Untuk mendengar mesej kemudian, pilih Keluar.
■ Mesej kilat
Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej kilat.
Masukkan nombor telefon penerima, dan tulis mesej
anda.
Mesej kilat adalah mesej teks yang dipaparkan dengan
serta-merta selepas diterima. Mesej kilat tidak
disimpan secara automatik.
■ Aplikasi e-mel
Untuk mengaktifkan tetapan e-mel, pilih Menu >
Mesej > Tetapan mesej > Mesej e-mel.
Untuk menggunakan fungsi e-mel di telefon anda, anda
memerlukan sistem e-mel yang serasi.
Anda mungkin menerima tetapan e-mel sebagai mesej
tatarajah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
hubungi operator rangkaian atau pembekal khidmat
anda.
Wizard persediaan e-mail
Wizard persediaan e-mel akan bermula secara
automatik jika tiada tetapan e-mel ditentukan dalam
telefon. Untuk memulakan wizard persediaan untuk
akaun tambahan, pilih Menu > Mesej dan akaun e-mel
yang sedia ada. Pilih Pilihan > Tambah peti mel untuk
memulakan wizard persediaan e-mel. Ikut arahan pada
paparan.
Aplikasi e-mel memerlukan pusat akses internet tanpa
proksi. Pusat akses WAP biasanya merangkumi proksi
dan tidak berfungsi dengan aplikasi e-mel.
Tulis dan hantar e-mel
Anda boleh menulis mesej e-mel anda sebelum
menyambung ke perkhidmatan e-mel; atau
menyambung ke perkhidmatan itu terlebih dahulu dan
kemudian menulis dan menghantar e-mel anda.
1. Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > E-mel.
Jika lebih daripada satu akaun e-mel ditentukan,
pilih akaun yang anda hendak menghantar e-mel.
2. Masukkan alamat e-mel penerima, subjek, dan
mesej e-mel. Untuk melampirkan fail, pilih Pilihan >
Masukkn..
3. Untuk menghantar mesej e-mel Hantar.
Untuk menghantar e-mel dari folder draf, pilih Menu >
Mesej > Draf, mesej yang dikehendaki, dan Hantar.
Muat turun e-mel
1. Untuk memuat turun pengepala mesej e-mel, pilih
Menu > Mesej dan akaun e-mel anda.
2. Untuk memuat turun e-mel dan lampirannya, pilih
e-mel dan Buka atau Ambl kmb.
Baca dan balas e-mel
1. Pilih Menu > Mesej nama akaun, dan mesej yang
berkenaan.
2. Untuk membalas e-mel, pilih Pilihan > Balas.
Sahkan atau edit alamat dan subjek e-mel;
kemudian tulis balasan anda.
3. Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Untuk memutuskan sambungan ke akaun e-mel
anda, pilih Pilihan > Putuskan sambungan.
Penting: Berhati-hati semasa membuka mesej.
Mesej mungkin mengandungi perisian niat
jahat atau mungkin merbahaya kepada peranti
atau PC anda.
■ Mesej segera
Dengan mesej segera (IM, perkhidmatan rangkaian)
anda boleh menghantar mesej pendek dan mudah
kepada pengguna dalam talian. Anda perlu melanggan
perkhidmatan dan berdaftar dengan perkhidmatan IM
yang anda mahu gunakan. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai pendaftaran untuk
perkhidmatan IM, hubungi pembekal khidmat anda.
■ Mesej suara
Peti mel suara ialah perkhidmatan rangkaian, dan anda
mungkin perlu melanggannya. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Untuk memanggil peti mel suara anda, pilih Menu >
Mesej > Mesej suara > Dengar mesej suara, atau tekan
dan tahan 1. Untuk memasukkan, mencari, atau
mengedit nombor peti mel suara anda, pilih No. peti mel
suara.
■ Mesej video
Peti mel video adalah perkhidmatan rangkaian, dan
anda mungkin perlu melanggannya. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal
khidmat anda.
Untuk memanggil peti mel video anda, pilih Menu >
Mesej > Mesej video > Lihat mesej video, atau tekan
dan tahan 2. Untuk memasukkan, mencari, atau
mengedit nombor peti mel video anda, pilih No. peti
mel video.
■ Mesej maklumat
Pilih Menu > Mesej > Mesej maklumat untuk
menerima mesej mengenai pelbagai topik daripada
pembekal khidmat anda (perkhidmatan rangkaian).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi
pembekal khidmat anda.
■ Arahan perkhidmatan
Pilih Menu > Mesej > Arahan khidmat untuk menulis
dan menghantar permintaan perkhidmatan (arahan
USSD) kepada pembekal khidmat anda, seperti arahan
pengaktifan untuk perkhidmatan rangkaian.
■ Tetapan mesej
Tetapan umum
Tetapan umum adalah biasa untuk mesej teks dan
multimedia.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Tetapan umum
dan daripada pilihan yang berikut:
Simpan mesej dihntr. — untuk menetapkan telefon anda
supaya menyimpan mesej yang dihantar dalam folder
Perkara dihantar.
Ganti item dihantar — untuk menetapkan telefon anda
supaya menulis ganti mesej lama yang dihantar dengan
yang baru apabila memori mesej telah penuh. Tetapan
ini hanya ditunjukkan jika anda menetapkan telefon
anda untuk menyimpan mesej yang dihantar.
Penerima kegemaran — untuk menentukan penerima
atau kumpulan mesej tersedia dengan mudah apabila
menghantar mesej.
Saiz fon — untuk memilih saiz fon yang digunakan
dalam mesej.
Senyuman grafik — untuk menetapkan telefon supaya
menggantikan senyuman yang berasaskan aksara
dengan senyuman grafik.
Mesej teks
Tetapan mesej teks menjejaskan penghantaran,
penerimaan, dan pameran mesej teks.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Mesej teks dan
daripada pilihan berikut:
P'hantaran. laporan — meminta laporan penghantaran
mengenai mesej anda (perkhidmatan rangkaian).
Pusat mesej — untuk menetapkan nombor telefon dan
nama pusat mesej yang diperlukan untuk menghantar
mesej teks. Anda menerima nombor ini daripada
pembekal khidmat anda.
Pusat mesej diguna — untuk memilih pusat mesej yang
sedang digunakan.
Kesahan mesej — untuk memilih jangka masa yang
rangkaian gunakan untuk mencuba menghantar mesej
anda.
Mesej dihantar sbg. — untuk memilih format mesej
untuk dihantar: Teks, Mengelui, atau Faks
(perkhidmatan rangkaian).
Guna data paket — untuk menghantar mesej teks
melalui sambungan data paket, jika tersedia.
Sokongan aksara — untuk memilih cara aksara dalam
mesej yang hendak dihantar, dipaparkan. Untuk
menunjukkan semua aksara, pilih Penuh. Jika anda
memilih Dikurangkan, aksara dengan aksen dan tandatanda lain mungkin ditukar kepada aksara lain.
Bls. m'lui pusat sama — untuk membenarkan penerima
menggunakan pusat mesej anda (perkhidmatan
rangkaian).
Mesej multimedia
Tetapan mesej multimedia menjejaskan penghantaran,
penerimaan, dan pameran mesej multimedia. Anda
boleh menerima tetapan sebagai mesej tatarajah. Lihat
“Perkhidmatan tetapan tatarajah” h.18. Anda juga
boleh memasukkan tetapan secara manual. Lihat
“Tatarajah” h. 47.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Mesej
multimedia dan daripada pilihan yang berikut:
P'hantaran. laporan — untuk meminta laporan
penghantaran mengenai mesej anda (perkhidmatan
rangkaian)
Mod ciptaan MMS — untuk menyekat atau
membenarkan pelbagai jenis multimedia di tambah
pada mesej.
Saiz imej dalam MMS — untuk menetapkan saiz imej
dalam mesej multimedia.
Pemasaan slaid lalai — untuk menetapkan masa lalai
antara slaid-slaid dalam mesej multimedia
Bnrkn trima m'media —untuk menerima atau
menghalang mesej multimedia. Jika anda memilih
Dalam rangkn. rumah, (lalai), anda hanya boleh
menerima mesej multimedia apabila anda berada
dalam rangkaian rumah anda. Ketersediaan menu ini
bergantung pada telefon anda.
Mesej multim. masuk — untuk menentukan bagaimana
mesej multimedia diambil.
Benarkan iklan — untuk menerima atau menolak iklan.
Tetapan tatarajah — pilih Tatarajah untuk melihat
tatarajah yang menyokong mesej multimedia. Pilih
pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah peribadi bagi
mesej multimedia. Pilih Akaun dan akaun MMS yang
terkandung dalam tetapan tatarajah yang aktif.
Mesej e-mel
Tetapan e-mel menjejaskan penghantaran, penerimaan,
dan pameran e-mel. Anda boleh menerima tetapan
sebagai mesej tatarajah. Lihat “Perkhidmatan tetapan
tatarajah” h. 18. Anda juga boleh memasukkan tetapan
secara manual. Lihat “Tatarajah” h. 47.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Mesej e-mel
dan daripada pilihan yang berikut:
Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon
(kenalan) pada memori telefon dan pada memori kad
SIM.
Memori telefon boleh menyimpan kenalan dengan
butiran tambahan, seperti pelbagai nombor telefon dan
item teks. Anda juga boleh menyimpan imej untuk
sebilangan kenalan yang terhad.
Memori kad SIM boleh menyimpan nama dengan satu
nombor telefon dilampirkan padanya. Kenalan yang
disimpan dalam memori kad SIM ditandakan dengan
.
Untuk menyegerakkan kenalan anda daripada PC, lihat
“Kesambungan” h. 43.
■ Simpan nama dan nombor telefon
Pilih Menu > Kenalan > Tambah baru. Nama dan
nombor disimpan di dalam memori yang digunakan.
Pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal melalui senarai
kenalan, atau masukkan aksara pertama bagi nama
yang anda sedang mencari.
■ Edit kenalan
Pilih Menu > Kenalan > Nama. Cari kenalan yang anda
hendak edit, pilih Pilihan > Edit, dan tatal ke butiran
yang anda hendak tukar.
■ Tambah butiran kenalan
Tatal ke kenalan yang anda hendak menambahkan
butirannya, dan pilih Butiran > Pilihan > Tambah
butiran, dan daripada pilihan yang tersedia.
Dalam memori telefon anda boleh menyimpan berbagai
jenis nombor telefon, nada, imej atau klip video, dan
item teks ringkas untuk seorang kenalan.
Pilih Menu > Kenalan > Tetapan, dan pastikan bahawa
Memori digunakan adalah Telefon atau Telefon dan
SIM.
37
37
Kenalan
■ Salin atau pindahkan kenalan
Anda boleh memindahkan dan menyalin kenalan antara
memori telefon dan kad memori SIM. Kad SIM boleh
menyimpan hanya kenalan yang mempunyai satu
nombor telefon.
Untuk memindahkan atau menyalin semua kenalan,
pilih Menu > Kenalan > Pindah kenalan atau Salin
kenalan.
Untuk memindahkan atau menyalin kenalan secara
individu, pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal ke
kenalan tersebut, dan pilih Pilihan > Pindah kenalan
atau Salin kenalan.
Untuk memindahkan atau menyalin berbilang kenalan,
pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal ke seorang
kenalan, dan pilih Pilihan > Tanda. Tandakan kenalan
yang lain, dan pilih Pilihan > Pindah yang ditanda atau
Salin yang ditanda.
■ Kumpulan
Pilih Menu > Kenalan > Kumpulan untuk menyusun
nama dan nombor telefon ke dalam kumpulan
pemanggil dengan nada deringan dan imej kumpulan
yang berbeza.
38
38
■ Kad niaga
Anda boleh menghantar dan menerima maklumat
kenalan seseorang dari peranti yang serasi yang
menyokong piawai vCard sebagai kad niaga.
Untuk menghantar kad niaga, cari kenalan yang
maklumatnya anda hendak hantar, dan pilih Butiran >
Pilihan > Hantar kad niaga.
Apabila anda menerima kad niaga, pilih Tunjuk >
Simpan untuk menyimpan kad niaga dalam memori
telefon. Untuk membuang kad niaga, pilih Keluar > Ya.
■ Tetapan kenalan
Pilih Menu > Kenalan > Tetapan dan daripada pilihan
yang berikut:
Memori digunakan — Lihat “Tambah butiran kenalan”
h. 37.
Pameran kenalan — untuk memilih bagaimana nama
dan nombor dalam kenalan dipaparkan
Paparan nama — untuk memilih sama ada nama
pertama atau nama keluarga kenalan dipaparkan
dahulu
Untuk melihat makluamt mengenai panggil, mesej,
data dan penyegerakan anda, pilih Menu > Log dan
item yang dikehendaki.
Nota: Invois sebenar untuk panggilan dan
perkhidmatan daripada pembekal khidmat
anda mungkin berbeza-beza, bergantung pada
ciri-ciri rangkaian, pembundaran bil, cukai,
dan sebagainya.
Pilih Menu > Tetapan > Nada untuk menukar tetapan
nada bagi profil aktif yang dipilih. Anda boleh
mendapatkan tetapan yang sama dalam menu profil.
Jika anda memilih aras nada dering yang paling tinggi,
nada dering mencecah aras paling tingginya selepas
beberapa saat.
■ Lampu
Pilih Menu > Tetapan > Lampu > Kesan lampu untuk
menghidup atau mematikan lampu yang menandakan
mod siap sedia, peristiwa yang terlepas, penggera dan
peringatan, panggilan, dan paras bateri yang rendah.
Tetapan kesan cahaya bergantung pada profil. Menukar
tetapan lampu menjejaskan hanya profil semasa yang
diaktifkan.
Pilih Menu > Tetapan > Lampu untuk mengaktif atau
menyahaktifkan kesan cahaya yang berkaitan dengan
fungsi telefon yang berbeza.
41
41
Tetapan
■ Paparan
Dengan tetapan paparan anda boleh memperibadikan
pameran paparan anda.
Tetapan mod siap sedia
Pilih Menu > Tetapan > Paparan dan daripada yang
berikut:
Gambar latar — untuk menambah imej latar belakang
bagi mod siap sedia
Siap sedia aktif — untuk menggunakan mod siap sedia
yang aktif
Warna fon siap sedia — untuk memilih warna fon bagi
mod siap sedia
Kecerahan paparan — untuk melaraskan kecerahan
paparan
Ikon k'kunci navigasi — untuk memaparkan ikon
pintasan kekunci tatal dalam mod siap sedia apabila
mod siap sedia aktif mati.
Butiran p'beritahuan — untuk memaparkan butiran
dalam pemberitahuan panggilan tidak dijawab dan
pemberitahuan mesej
Kesan peralihan — untuk melancarkan peralihan antara
pameran pada paparan
Animasi lipatan — untuk memaparkan animasi dan
memainkan nada apabila anda membuka dan menutup
telefon
Saiz fon — untuk menetapkan saiz fon bagi mesej,
kenalan, dan halaman web
Logo operator — untuk memaparkan atau
menyembunyikan logo operator, jika tersedia
Paparan maklumt. sel — untuk menerima maklumat
daripada operator rangkaian bergantung pada sel
rangkaian yang digunakan (perkhidmatan rangkaian)
■ Tarikh dan masa
Pilih Menu > Tetapan > Tarikh dan masa > Ttpan.
tarikh & masa, Format tarkh. & masa, atau Kms. kini
auto masa (rangkaian perkhidmatan) untuk menukar
tetapan jenis jam, masa, zon masa, dan tarikh.
■ Pintasan saya
Pintasan peribadi memberi anda akses yang cepat
kepada fungsi telefon yang kerap digunakan.
Untuk menukar fungsi yang diperuntukkan kepada
kekunci pilihan kiri atau kanan, pilih Menu > Tetapan >
Pintasan saya > Kekunci pilihan kiri atau K'kunci pilihan
kanan dan fungsi tersebut.
Dalam mod siap sedia, jika kekunci pilihan kiri adalah
Pergi ke, untuk mengaktifkan fungsi, pilih Pergi ke >
Pilihan dan daripada pilihan yang berikut:
Pilih pilihan — untuk menambah atau mengeluarkan
fungsi
Atur — untuk menyusun semula fungsi
Kekunci tatal
Untuk memperuntukkan fungsi telefon lain daripada
senarai yang telah dipratentukan kepada kekunci tatal,
pilih Menu > Tetapan > Pintasan saya > Kekunci
navigasi.
Mod siap sedia aktif
Untuk memilih cara kekunci tatal mengaktifkan mod
siap sedia aktif, pilih Menu > Tetapan > Pintasan
saya > Kknci siap sedia aktif.
■ Penyegerakan dan sandaran
Pilih Menu > Tetapan > Pygrkn & sandrn. dan daripada
pilihan yang berikut:
Tukar telefon — Segerakkan atau salin data yang dipilih
antara dua telefon menggunakan teknologi Bluetooth.
Buat sandaran — Buat sandaran bagi data yang dipilih
pada kad memori anda atau pada peranti luar.
S/smla sandaran — Pilih fail sandaran yang disimpan
pada kad memori dan pada peranti luar dan simpan
semula pada telefon. Pilih Pilihan > Butiran untuk
mendapatkan maklumat mengenai fail sandaran yang
dipilih.
Pemindahan data — Segerakkan atau salin data antara
telefon anda dan peranti lain, PC atau pelayan
rangkaian (perkhidmatan rangkaian).
■ Kesambungan
Anda boleh menyambungkan telefon ke peranti yang
serasi dengan menggunakan teknologi wayarles
Bluetooth, atau kabel data USB.
Teknologi Bluetooth membolehkan anda
menyambungkan telefon anda, dengan menggunakan
gelombang radio ke peranti Bluetooth yang serasi
dalam jarak 10 meter (33 kaki).
Peranti ini serasi dengan Bluetooth Spesifikasi 2.0 +
EDR yang menyokong profil berikut: Akses SIM ,
penolakan objek, pemindahan fail, rangkaian dailan,
alat dengar, bebas tangan, aplikasi penemuan
perkhidmatan, akses generik, port siri, dan pertukaran
objek generik. Untuk memastikan keantarakendalian
antara peranti lain yang menyokong teknologi
Bluetooth, gunakan tambahan Nokia yang diluluskan
untuk model ini. Periksa dengan pengilang peranti lain
untuk menentukan keserasiannya dengan peranti ini.
Ciri yang menggunakan teknologi Bluetooth
meningkatkan penggunaan kuasa bateri dan
mengurangkan hayat bateri.
Sediakan sambungan Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth dan
ambil langkah-langkah berikut:
1. Pilih Nama telefon saya dan masukkan nama untuk
telefon anda.
2. Untuk mengaktifkan kesambungan Bluetooth, pilih
Bluetooth > Aktif. menandakan bahawa
Bluetooth aktif.
3. Untuk menyambung telefon anda dengan
penambahan audio, pilih Smbg tmbhn audio dan
peranti yang anda hendak sambungkan.
4. Untuk membuat peranti anda berpasangan dengan
sebarang peranti Bluetooth yang berada dalam
liputan, pilih Peranti yg berpasang > Tmbh peranti
baru.
Tatal ke peranti yang ditemui, dan pilih Tambah.
Masukkan kod laluan (sehingga 16 aksara) dalam
telefon anda dan benarkan sambungan pada peranti
Bluetooth yang satu lagi.
Jika anda bimbang mengenai keselamatan, matikan
fungsi Bluetooth, atau tetapkan K'bolhlihatan tel saya
pada Tersembunyi. Terima komunikasi Bluetooth hanya
daripada mereka yang anda percayai.
Data paket
Perkhidmatan radio paket umum (GPRS) adalah
perkhidmatan rangkaian yang membolehkan telefon
mudah alih menghantar dan menerima data melalui
rangkaian berasaskan protokol internet (IP).
Anda boleh menggunakan telefon anda sebagai modem
dengan menyambungkannya ke PC yang serasi dengan
menggunakan teknologi Bluetooth atau kabel data
USB. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihat
panduan pengguna bagi Nokia PC Suite.
Untuk menetapkan cara menggunakan perkhidmatan
tersebut, pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Data
paket > Sambgn. data paket dan daripada pilihan
berikut:
Apabila diperlukan — untuk menetapkan sambungan
data paket kepada terwujud apabila dikehendaki oleh
sesuatu aplikasi. Sambungan akan diputuskan apabila
aplikasi ditutup.
Sentiasa bertalian — untuk menyambung secara
automatik ke rangkaian data paket apabila anda
menghidupkan telefon
Kabel data USB
Anda boleh menggunakan kabel data USB untuk
memindahkan data antara telefon anda dengan PC
yang serasi atau pencetak yang menyokong PictBridge.
Untuk mengaktifkan telefon untuk pemindahan data
atau pencetakan imej, sambungkan kabel data dan pilih
mod:
Tya k'tka m'ybg — untuk menetapkan telefon anda agar
menanya sama ada untuk disambungkan
PC Suite — untuk menggunakan kabel data untuk Nokia
PC Suite
Pencetakan & media — untuk menggunakan telefon
anda dengan pencetak yang serasi dengan PictBridge
Simpanan data — untuk menyambungkan PC yang tidak
mempunyai perisian Nokia dan menggunakan telefon
sebagai peranti simpanan data.
Untuk menukar mod USB, pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Kabel data USB dan mod USB yang
dikehendaki.
■ Panggilan
Pilih Menu > Tetapan > Panggilan dan daripada pilihan
yang berikut:
Alih panggilan — untuk mengalihkan panggilan masuk
anda (perkhidmatan rangkaian). Anda mungkin tidak
dapat mengalihkan panggilan anda jika beberapa
fungsi sekatan panggilan sedang aktif. Lihat Khidmat
kecuali kekunci kuasa, kekunci pilihan kiri dan kanan,
atau kekunci tamat
Dail s'mla automatik — untuk mendail semula nombor
secara automatik jika panggilan gagal. Telefon cuba
memanggil nombor tersebut 10 kali.
Dail smla. vid. ke s'ra — untuk memilih sama ada telefon
membuat panggilan suara secara automatik kepada
nombor yang panggilan video telah gagal dibuat
Kejelasan suara — untuk menambah kejelasan
pertuturan terutamanya dalam persekitaran yang
bising
Dail cepat — Lihat “Dail cepat” h. 25.
Panggilan menanti — Lihat “Panggilan menanti” h. 26.
Ringkasan slps. pgln. — untuk memaparkan anggaran
tempoh dan kos (perkhidmatan rangkaian) panggilan
sebentar selepas setiap panggilan
Htr id'titi pmggl. saya — untuk memaparkan nombor
telefon anda kepada orang yang anda panggil
(perkhidmatan rangkaian). Untuk menggunakan
tetapan yang telah dipersetujui bersama dengan
pembekal khidmat anda, pilih Ditetap rangkaian.
Jwb. apb. lipat. buka — untuk menjawab panggilan
masuk dengan membuka lipatan
Kongsi video — untuk berkongsi pameran kamera anda
secara langsung dengan penerima panggilan semasa
panggilan suara sedang berjalan. Untuk menyemak
ketersediaan dan kos, dan untuk melanggan
perkhidmatan, hubungi operator rangkaian atau
pembekal khidmat anda.
■ Telefon
Pilih Menu > Tetapan > Telefon dan daripada pilihan
berikut:
Tetapan bahasa — untuk menetapkan bahasa paparan
telefon anda, pilih Bahasa telefon. Automatik memilih
bahasa mengikut butiran pada kad SIM. Untuk memilih
bahasa kad USIM, pilih Bahasa SIM. Untuk menetapkan
bahasa untuk arahan suara, pilih Bahasa pengecaman.
Taraf memori — untuk melihat jumlah penggunaan dan
rangkaian UMTS dan GSM. Anda tidak boleh mengakses
pilihan ini semasa panggilan sedang aktif.
Pilihan operator — untuk memilih salah satu daripada
rangkaian selular yang terdapat di kawasan anda
secara automatik . Dengan Manual anda boleh memilih
rangkaian yang mempunyai perjanjian perayauan
dengan pembekal khidmat anda.
Aktifkn teks bantuan — untuk memilih sama ada telefon
memaparkan teks bantuan
Nada permulaan — untuk memilih sama ada telefon
membunyikan nada apabila telefon dihidupkan
M'gndali p'ntpn lipat. — untuk memilih sama ada
telefon anda harus kembali ke mod siap sedia atau
membiarkan semua aplikasi terbuka apabila anda
menutup lipatan
■ Tambahan
Menu ini dan pelbagai pilihannya dipaparkan hanya jika
telefon sedang atau telah disambungkan ke tambahan
mudah alih yang serasi.
Pilih Menu > Tetapan > Tambahan, tambahan, dan
pilihan bergantung pada tambahan tersebut.
■ Tatarajah
Anda boleh menatarajahkan telefon anda dengan
tetapan yang diperlukan untuk perkhidmatan tertentu.
Pembekal khidmat anda juga mungkin menghantar
tetapan ini kepada anda sebagai mesej teks. Lihat
“Perkhidmatan tetapan tatarajah” h.18.
Pilih Menu > Tetapan > Tatarajah dan daripada pilihan
berikut:
Ttpan. tatarajah lalai — untuk melihat pembekal
khidmat yang disimpan dalam telefon dan menetapkan
pembekal khidmat lalai
Akt. lalai dlm sma apl — untuk mengaktifkan tetapan
tatarajah lalai bagi aplikasi yang disokong
Pusat aks. diutamakn — untuk melihat pusat akses yang
peribadi baru secara manual bagi pelbagai
perkhidmatan dan untuk mengaktifkan atau
memadamnya. Parameter berbeza-beza menurut jenis
perkhidmatan yang dipilih.
■ Keselamatan
Apabila ciri keselamatan yang menyekat panggilan
sedang digunakan (seperti sekatan panggilan,
kumpulan pengguna terhad, dan dailan tetap),
panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan
rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda.
Pilih Menu > Tetapan > Keselamatan dan daripada
pilihan berikut:
Permintaan kod PIN atau Permintaan kod UPIN — untuk
menetapkan telefon supaya meminta kod PIN atau
UPIN anda setiap kali telefon dihidupkan. Sesetengah
kad SIM tidak membenarkan permintaan kod
dimatikan.
Permintaan kod PIN2 — untuk memilih sama ada kod
PIN2 diperlukan apabila menggunakan ciri telefon
tertentu yang dilindungi oleh kod PIN2. Sesetengah kad
SIM tidak membenarkan permintaan kod dimatikan.
Khidmat sekat pgln. — untuk menyekat panggilan ke
dan dari telefon anda (perkhidmatan rangkaian). Kata
laluan sekatan diperlukan.
Dail tetap — untuk menyekat panggilan keluar anda
kepada nombor telefon yang dipilih, jika disokong oleh
kad SIM anda. Apabila dailan tetap sedang berjalan,
sambungan GPRS tidak dapat dijalankan kecuali
semasa menghantar mesej teks melalui sambungan
GPRS. Dalam kes ini, nombor telefon penerima dan
nombor pusat mesej mesti disertakan dalam senarai
dailan tetap.
Kump. p'guna terhad — untuk menentukan sekumpulan
orang yang anda boleh panggil dan yang boleh
memanggil anda (perkhidmatan rangkaian)
Tahap keselamatan — Pilih Telefon untuk meminta kod
keselamatan bila-bila masa kad SIM baru dimasukkan
ke dalam telefon. Pilih Memori untuk meminta kod
keselamatan apabila kad memori SIM dipilih, dan anda
hendak menukar memori yang digunakan.
Kod akses — untuk menukar kod keselamatan, kod PIN,
Akses portal ke perkhidmatan yang disediakan oleh
operator rangkaian anda. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, hubungi operator rangkaian anda.
Operator boleh mengemaskinikan menu ini dengan
mesej perkhidmatan.
Urus imej, klip video, fail muzik, tema, grafik, nada,
rakaman, dan fail yang diterima. Fail-fail ini disimpan
dalam memori telefon atau pada kad memori dan boleh
disusun di dalam folder.
Telefon anda menyokong sistem kunci pengaktifan bagi
melindungi kandungan yang diperoleh. Sentiasa semak
syarat penghantaran sebarang kandungan dan kunci
pengaktifan sebelum memperolehnya, kerana ia
mungkin dikenakan bayaran.
Untuk melihat senarai folder, pilih Menu > Galeri.
Untuk melihat pilihan folder yang tersedia, pilih folder
dan Pilihan.
Untuk melihat senarai fail dalam folder, pilih folder dan
Buka.
Untuk melihat pilihan fail yang tersedia, pilih fail dan
Pilihan.
■ Pengurusan hak digital
Pemilik kandungan boleh menggunakan jenis teknologi
pengurusan hak digital (DRM) yang berlainan untuk
melindungi harta intelektual mereka, termasuk hak
cipta. Peranti ini menggunakan pelbagai jenis perisian
DRM untuk mengakses kandungan yang dilindungi
DRM. Dengan peranti ini anda boleh mengakses
kandungan yang dilindungi WMDRM 10, OMA DRM
2.0, OMA DRM 1.0. Jika perisian DRM yang tertentu
gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh
meminta kemampuan perisian DRM ini untuk
mengakses kandungan yang dilindungi DRM baru ini
dibatalkan. Pembatalan juga akan mengelakkan
pembaharuan kandungan yang dilindungi DRM yang
telah ada dalam peranti anda. Pembatalan perisian
DRM yang sedemikian tidak menjejaskan penggunaan
kandungan yang dilindungi dengan jenis DRM lain atau
penggunaan kandungan yang bukan dilindungi DRM.
Kandungan yang dilindungi pengurusan hak digital
(DRM) didatangkan dengan kunci pengaktifan
berkaitan yang menentukan hak anda untuk
menggunakan kandungan.
Jika peranti anda mempunyai kandungan yang
dilindungi OMA DRM, untuk menyandarkan kedua-dua
kunci pengaktifan dan kandungannya, gunakan ciri
sandaranNokia PC Suite. Cara pemindahan lain
51
51
Galeri
mungkin tidak boleh memindahkan kunci pengaktifan
yang perlu disimpan semula dengan kandungan yang
membolehkan anda meneruskan penggunaan
kandungan yang dilindungi OMA DRM selepas memori
peranti diformat. Anda mungkin juga perlu menyimpan
semula kunci pengaktifan sekiranya fail pada peranti
anda rosak.
Jika peranti anda mempunyai kandungan terlindung
WMDRM, kedua-dua kekunci pengaktifan dan
kandungan akan hilang jika memori peranti
diformatkan. Anda juga mungkin kehilangan kunci
pengaktifan dan kandungannya sekiranya fail pada
peranti anda menjadi rosak. Kehilangan kunci
pengaktifan atau kandungannya mungkin
mengehadkan keupayaan anda untuk menggunakan
kandungan yang sama pada peranti anda lagi. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal
khidmat anda.
■ Cetak imej
Telefon anda menyokong Nokia XPressPrint untuk
mencetak imej dalam format .jpeg.
1. Untuk menyambungkan telefon anda ke pencetak
yang serasi, gunakan kabel data atau hantar imej
melalui kesambungan Bluetooth ke pencetak yang
menyokong teknologi Bluetooth. Lihat
Send untuk menghantar imej sebagai mesej
multimedia.
Rakam klip video
Pilih Menu > Media > Video; atau, jika fungsi kamera
dihidupkan, tatal ke kiri atau kanan. Untuk mengezum
masuk atau keluar, tatal ke atas atau bawah.
Untuk memulakan rakaman video, pilih Rakam. Telefon
menyimpan klip video pada kad memori, jika tersedia,
atau pada memori telefon.
Pilihan kamera dan video
Untuk menggunakan penapis, pilih Pilihan > Kesan.
Untuk menyesuaikan kamera pada keadaan cahaya,
pilih Pilihan > Imbangan putih.
Untuk menukar tetapan kamera dan video lain dan
untuk memilih tempat imej dan klip video disimpan,
pilih Pilihan > Tetapan.
53
53
Media
■ Pemain muzik
Telefon anda mempunyai pemain muzik untuk
mendengar trek muzik, rakaman atau lain-lain fail
muzik MP3, AAC, AAC+, eAAC+ atau WMA yang anda
telah muat turun daripada web atau yang telah
dipindahkan ke telefon melalui Nokia PC Suite. Anda
juga boleh menonton klip video anda yang dirakam
atau dimuat turun.
Fail muzik dan video yang disimpan dalam folder muzik
dalam memori telefon atau pada kad memori akan
dikesan secara automatik dan ditambah ke pustaka
muzik.
Untuk membuka pemain muzik, pilih Menu > Media >
Pemain muzik.
Untuk membuka senarai semua lagu yang disimpan
dalam telefon anda, pilih Semua lagu > Buka, atau tatal
ke kanan.
Untuk membuat atau mengurus senarai main, pilih
Senarai main > Buka, atau tatal ke kanan.
Buka folder dengan Artis, Album, atau Genre, tatal ke
folder yang anda kehendaki, dan pilih Kmbgkan, atau
tatal ke kanan.
Untuk membuka senarai klip video yang disimpan
dalam telefon anda, pilih Video > Buka, atau tatal ke
kanan.
Untuk menyesuaikan pemain muzik dan tema penyama,
pilih Menu > Media > Pemain muzik > Pergi ke P'mn
muz > Pilihan > Tetapan > Tema Pemain muzik.
Menu muzik
Akses fail muzik dan video yang disimpan dalam
memori telefon atau pada kad memori anda, muat
turun muzik atau klip video daripada web atau lihat
strim video yang serasi daripada pelayan rangkaian
(perkhidmatan rangkaian).
Mainkan muzik
Amaran: Dengar muzik pada aras yang
sederhana. Pendedahan kepada kelantangan
yang tinggi secara berterusan boleh
merosakkan pendengaran anda. Jangan
pegang peranti ini berhampiran telinga anda
apabila pembesar suara sedang digunakan,
kerana kelantangannya mungkin terlampau
kuat.
Apabila anda membuka menu Pemain muzik, butiran
trek pertama pada senarai trek lalai ditunjukkan.
Untuk main, pilih .
Untuk melaraskan kelantangan, tatal ke atas atau ke
bawah.
Untuk menjedakan main, pilih .
Untuk menghentikan main, tekan dan tahan kekunci
tamat.
Untuk melangkau ke trek yang berikutnya, pilih .
Untuk melangkau ke permulaan trek yang sebelumnya,
pilih .
Untuk memutar semula trek semasa, pilih dan tahan
. Untuk memara cepat trek semasa, pilih dan tahan
. Lepaskan kekunci di kedudukan yang anda
kehendaki.
■ Radio
Radio FM bergantung pada antena, selain daripada
antena peranti wayarles, dan alat dengar yang serasi
perlu dipasang pada peranti supaya radio FM dapat
berfungsi dengan betul.
Amaran: Dengar muzik pada aras yang
sederhana. Pendedahan kepada kelantangan
yang tinggi secara berterusan boleh
merosakkan pendengaran anda. Jangan pegang
peranti ini berhampiran telinga anda apabila
pembesar suara sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin terlampau kuat.
Pilih Menu > Media > Radio.
Untuk menggunakan kekunci grafik , , , atau
pada paparan, tatal ke kiri atau kanan.
Pasang dan simpan stesen radio
1. Untuk memulakan carian, pilih dan tahan atau
. Untuk menukar frekuensi radio dalam langkah
0.05 MHz, tekan sebentar atau .
2. Untuk menyimpan stesen pada lokasi memori, pilih
Pilihan > Simpan saluran.
3. Masukkan nama stesen, dan pilih OK.
Dengar radio
1. Untuk menatal ke stesen radio yang dikehendaki,
2. Untuk memilih lokasi stesen radio, tekan kekunci
nombor yang sepadan sebentar.
3. Pilih Pilihan dan daripada yang berikut:
Saluran — untuk memilih senarai saluran yang
disimpan. Senarai stesen hanya dapat dimasuki jika
stesen yang dipilih telah disimpan.
Cari semua saluran — untuk mencari semua stesen
radio yang boleh diterima telefon.
Tetap frekuensi — untuk memasukkan frekuensi stesen
radio
Tetapan — untuk menukar tetapan Sistem Data Radio
(RDS). Apabila RDS dihidupkan, anda boleh memilih
Frekuensi auto aktif untuk menukar ke frekuensi lain
yang mengandungi stesen radio yang sama apabila
isyarat asal menjadi lemah
■ Perakam suara
Rakam perbualan, bunyi, atau panggilan yang sedang
aktif, dan simpan dalam Galeri.
Perakam tidak boleh digunakan apabila panggilan data
atau sambungan GPRS sedang aktif.
Pilih Menu > Media > Per akam . Untuk menggunakan
kekunci grafik , , atau pada paparan, tatal ke
kiri atau ke kanan.
Rakam bunyi
1. Pilih , atau, semasa dalam panggilan, pilih
Pilihan > Rakam. Semasa merakamkan panggilan,
semua pihak dalam panggilan mendengar bunyi bip
yang perlahan. Untuk menjedakan rakaman, pilih
.
2. Untuk menamatkan rakaman, pilih . Rakaman
disimpan dalam Rakaman dalam Galeri.
Pilih Pilihan untuk memainkan atau menghantar
rakaman terakhir, untuk mengakses senarai rakaman
atau untuk memilih memori dan folder untuk
menyimpan rakaman tersebut..
■ Penyama
Pilih Menu > Media > Penyama.
Untuk mengaktifkan set penyama, tatal ke salah satu
daripada set tersebut, dan pilih Aktifkan.
Untuk menetapkan penggera, pilih Waktu penggera,
dan masukkan masa penggera. Untuk menukar masa
penggera semasa masa penggera ditetapkan, pilih Aktif.
Untuk menetapkan penggera supaya berulang pada
hari-hari terpilih dalam seminggu, pilih Ulangi
penggera. Jika anda memilih radio sebagai nada
penggera, sambungkan alat dengar kepada telefon.
Untuk menetapkan tamat masa tunda, pilih tempoh
masa dan Simpan.
Hentikan penggera
Penggera membunyikan nada isyarat walaupun telefon
telah dimatikan.
Untuk menghentikan penggera, pilih Henti. Jika anda
membiarkan penggera berbunyi selama satu minit atau
memilih Tunda, penggera berhenti untuk tamat masa
tunda, kemudian menyambung kembali.
58
58
■ Kalendar
Pilih Menu > Pengatur > Kalendar.
Hari semasa dibingkaikan. Jika terdapat sebarang nota
yang ditetapkan untuk hari tersebut, hari itu
ditebalkan. Untuk melihat nota hari, pilih Pamer. Untuk
melihat nota seminggu, pilih Pilihan > Pamer minggu.
Untuk memadam semua nota dalam kalendar, pilih
pameran bulan atau minggu, dan pilih Pilihan > Padam
nota.
Untuk menetapkan tarikh, masa, zon masa, nada
kalendar, format tarikh atau masa, pameran lalai atau
hari pertama bagi minggu, pilih Tetapan. Untuk
menetapkan telefon supaya memadamkan nota lama
secara automatik selepas tempoh masa yang tertentu,
pilih Padam automat. nota.
Untuk menyegerakkan kalendar anda dari PC, lihat
“Kesambungan” h. 43.
Buat nota kalendar
Pilih Menu > Pengatur > Kalendar. Tatal ke tarikh, dan
pilih Pilihan > Buat nota. Pilih jenis nota dan isi medan.
Pada masa yang berkenaan, telefon memaparkan nota
dan membunyikan nada, jika anda telah
menetapkannya. Jika nota panggilan dipaparkan ,
tekan butang panggilan untuk membuat panggilan.
Untuk menghentikan penggera dan untuk melihat nota,
pilih Pamer. Jika anda membiarkan penggera berbunyi
selama satu minit atau memilih Tunda, penggera
berhenti untuk tamat masa tunda, kemudian
menyambung kembali.
Untuk menghentikan penggera tanpa melihat nota,
pilih Keluar.
■ Senarai tugasan
Pilih Menu > Pengatur > Senarai tugasan.
Untuk membuat nota tugasan jika tiada nota ditambah,
pilih Tambah; jika tidak, pilih Pilihan > Tambah.
Lengkapkan medan, dan pilih Simpan.
Untuk melihat nota, tatal kepadanya, dan pilih Pamer.
■ Nota
Pilih Menu > Pengatur > Nota untuk menulis dan
menghantar nota.
Untuk membuat nota jika tiada nota ditambahkan, pilih
Tambah; jika tidak, pilih Pilihan > Buat suatu nota.
Tulis nota, dan pilih Simpan.
Untuk menyegerakkan nota anda dari PC, lihat
“Kesambungan” h. 43.
■ Kalkulator
Pilih Menu > Pengatur > Kalkulator. Apabila 0
dipaparkan pada skrin, masukkan nombor pertama
dalam pengiraan. Tekan # untuk titik perpuluhan. Tatal
ke operasi atau fungsi yang dikehendaki. Masukkan
nombor kedua. Ulang turutan ini seberapa banyak kali
yang perlu. Untuk memulakan pengiraan baru, terlebih
dahulu pilih dan tekan Padam seberapa banyak kali
yang perlu sehingga 0 dipaparkan.
Kalkulator mempunyai ketepatan yang terhad dan
direka bentuk untuk pengiraan yang mudah.
■ Pemasa undur
1. Untuk mengaktifkkan pemasa undur, pilih Menu >
Pengatur > Pemasa undur > Pemasa biasa,
masukkan masa penggera, dan tulis nota yang akan
dipaparkan apabila tamat tempoh masanya. Untuk
menukar masa kira detik, pilih Tukar masa.
1. Untuk memulakan pemasa selang yang mempunyai
sehingga 10 jarak waktu, masukkan jarak waktu
terlebih dahulu.
2. Pilih Menu > Pengatur > Pemasa undur > Pemasa
jarak waktu.
3. Untuk memulakan pemasa, pilih Mula pemasa >
Mula.
■ Jam randik
Pilih Menu > Pengatur > Jam randik dan daripada
pilihan yang berikut:
Pemisahan masa — untuk mengambil masa
pertengahan. Untuk menetapkan semula masa tanpa
menyimpannya, pilih Henti > Pilihan > Tetap semula.
Masa pusingan — untuk mengambil masa pusingan.
Teruskan — untuk melihat pemasaan yang telah anda
tetapkan pada latar belakang
Tunjukkan akhir — untuk melihat masa yang paling baru
diukur jika jam randik tidak ditetapkan semula
Pamer masa atau Padam masa — untuk melihat atau
memadam masa yang disimpan
Untuk menetapkan pemasaan jam randik pada latar
belakang, tekan kekunci tamat. Pilih Teruskan untuk
melihat pemasaan yang telah anda tetapkan pada latar
belakang.
Untuk menetapkan bunyi, lampu, dan goncangan bagi
permainan, pilih Menu > Aplikasi > Pilihan > Tetapan
aplikasi.
61
61
Web
13. Web
Anda boleh mengakses pelbagai perkhidmatan internet
mudah alih dengan penyemak imbas telefon anda.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang
anda percayai dan yang menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang
mencukupi daripada perisian yang berbahaya.
Periksa ketersediaan perkhidmatan ini, harga dan tarif,
dan arahan dengan pembekal khidmat anda.
Dengan penyemak imbas telefon anda boleh melihat
perkhidmatan yang menggunakan bahasa tokokan
wayarles (WML) atau bahasa tokokan hiperteks
diperluas (XHTML) pada halaman-halamannya.
Penampilan mungkin berbeza disebabkan saiz skrin.
Anda mungkin tidak dapat melihat semua butiran
halaman internet.
■ Sambung ke perkhidmatan
Pastikan tetapan tatarajah yang betul bagi
perkhidmatan yang hendak gunakan, diaktifkan.
Untuk memilih tetapan untuk menyambung ke
perkhidmatan itu:
62
62
1. Pilih Menu > Web > Tetapan web > Tetapan
tatarajah.
2. Pilih Tatarajah. Hanya tatarajah yang menyokong
perkhidmatan semak imbas dipaparkan. Pilih
pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah peribadi
untuk menyemak imbas.
Anda mungkin menerima tetapan tatarajah yang
diperlukan untuk menyemak imbas sebagai mesej
tatarajah daripada pembekal khidmat yang
menawarkan perkhidmatan yang anda hendak
gunakan.
3. Pilih Akaun dan akaun perkhidmatan semak imbas
yang terkandung dalam tetapan tatarajah yang
aktif.
4. Pilih Ppr t'tingkp terminal > Ya untuk menjalankan
pengesahan pengguna manual untuk sambungan
intranet.
Buat sambungan ke perkhidmatan melalui salah satu
daripada cara berikut:
• Pilih Menu > Web > Rumah; atau dalam mod siap
sedia, tekan dan tahan 0.
Selepas anda membuat sambungan ke perkhidmatan
tersebut, anda boleh mula menyemak imbas
halamannya. Fungsi kekunci telefon mungkin berbeza
dalam perkhidmatan yang berlainan. Ikut panduan teks
pada paparan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
hubungi pembekal khidmat anda.
■ Penanda buku
Anda boleh menyimpan alamat sebagai penanda buku
dalam memori telefon.
1. Semasa menyemak imbas, pilih Pilihan > Tmbh.
penanda buku; atau dalam mod siap sedia, pilih Menu > Web > Penanda buku.
2. Tatal ke penanda buku, dan pilih ia, atau tekan
kekunci panggil untuk membuat sambungan ke
halaman yang berkaitan dengan penanda buku itu.
3. Pilih Pilihan untuk melihat, mengedit, memadam,
atau menghantar penanda buku; untuk membuat
penanda buku baru; atau untuk menyimpan
penanda buku ke folder.
■ Tetapan kemunculan
Untuk memperibadikan cara halaman web dipaparkan
pada telefon anda, semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Tetapan > Paparan; atau dalam mod siap
sedia, pilih Menu > Web > Tetapan web > Paparan.
■ Tetapan keselamatan
Kuki dan cache
Kuki adalah data yang disimpan oleh tapak dalam
memori cache telefon anda. Kuki disimpan sehingga
anda mengosongkan memori cache.
Semasa menyemak imbas, pilih Pilihan > Tetapan >
Keselamatan > Kuki; atau dalam mod siap sedia, pilih
Cache ialah lokasi memori yang digunakan untuk
menyimpan data buat sementara waktu. Jika anda
telah mencuba untuk mengakses atau telah mengakses
maklumat sulit yang memerlukan kata laluan,
kosongkan cache setiap kali setelah digunakan.
Maklumat atau perkhidmatan yang telah anda akses
disimpan dalam cache. Untuk mengosongkan cache,
pilih Pilihan > Tetapan > Kosongkan cache; dalam mod
siap sedia, pilih Menu > Web > Ksngkan. cache.
Skrip melalui sambungan terjamin
Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan
skrip berjalan daripada halaman terjamin. Telefon ini
menyokong skrip WML.
Untuk membenarkan skrip semasa menyemak imbas,
pilih Pilihan > Tetapan > Keselamatan > WMLScript;
atau dalam mod siap sedia, pilih Menu > Web >
Tetapan web > Keselamatan > WMLscript >
Membenarkan.
■ Keselamatan penyemak imbas
Ciri keselamatan diperlukan untuk sesetengah
perkhidmatan, seperti perbankan atau beli-belah dalam
talian. Untuk sambungan seumpama ini anda perlukan
sijil keselamatan dan mungkin juga modul keselamatan,
yang mungkin tersedia pada kad SIM anda. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal
khidmat anda.
Sijil
Penting: Walaupun penggunaan sijil
mengurangkan lagi risiko yang terlibat dalam
sambungan jauh dan pemasangan perisian, ia
mestilah digunakan dengan betul untuk
mendapat faedah daripada keselamatan yang
dipertingkatkan. Kewujudan sijil tidak
menawarkan sebarang perlindungan dengan
sendirinya; pengurus sijil mestilah
mengandungi sijil yang betul, tulen dan
dipercayai untuk memperoleh keselamatan
yang dipertingkatkan. Sijil mempunyai jangka
hayat yang terhad. Jika "Sijil tamat" atau "Sijil
belum sah lagi" dipaparkan, walaupun sijil
seharusnya sah, periksa untuk memastikan
tarikh dan waktu semasa dalam peranti anda
adalah betul.
Sebelum menukar sebarang tetapan sijil, anda mesti
memastikan bahawa anda benar-benar mempercayai
pemilik sijil dan bahawa sijil tersebut benar-benar
kepunyaan pemilik yang disenaraikan.
Terdapat tiga jenis sijil: sijil pelayan, sijil kuasa dan sijil
pengguna. Anda mungkin menerima sijil-sijil ini
daripada pembekal khidmat anda. Sijil kuasa dan sijil
pengguna boleh juga disimpan dalam modul
keselamatan oleh pembekal khidmat.
Untuk melihat senarai sijil kuasa atau pengguna yang
dimuat turun pada telefon anda, pilih Menu >
Tetapan > Keselamatan > Sijil kuasa atau Sijil
pengguna.
dipaparkan semasa sambungan jika
penghantaran data antara telefon dan pelayan
kandungan disulitkan.
Ikon keselamatan tidak menunjukkan bahawa
penghantaran data antara get laluan dan pelayan
kandungan (atau tempat di mana sumber yang diminta
disimpan) adalah terjamin. Pembekal khidmat
menjamin penghantaran data antara laluan get dan
pelayan kandungan.
Tandatangan digital
Anda boleh membuat tandatangan digital dengan
telefon anda jika kad SIM anda mempunyai modul
keselamatan. Menggunakan tandatangan digital boleh
jadi sama seperti menandatangani nama anda pada bil,
kontrak, atau dokumen kertas lain.
1. Untuk membuat tandatangan digital, pilih pautan
pada halaman, contohnya, tajuk buku yang ingin
anda beli dan harganya. Teks untuk ditandatangani,
yang mungkin termasuk jumlah dan tarikh,
dipaparkan.
Periksa bagi memastikan bahawa teks pengepala
ialah Baca dan ikon tandatangan digital
dipaparkan.
2. Untuk menandatangani teks, baca semua teks
terlebih dahulu, dan pilih T/tangan.
Teks mungkin tidak muat dalam satu skrin. Oleh itu,
pastikan anda menatal lalu dan membaca semua
teks sebelum menandatangani.
3. Pilih sijil pengguna yang anda hendak gunakan.
Masukkan PIN tandatangan. Ikon tandatangan
digital akan hilang, dan perkhidmatan itu mungkin
memaparkan pengesahan pembelian anda.
Anda boleh menyemak imbas peta untuk bandar dan
negara berlainan, mencari alamat dan tempat menarik,
merancang perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang
lain, menyimpan lokasi sebagai mercu tanda dan
menghantarnya ke peranti yang serasi.
Hampir semua kartografi digital tidak tepat dan tidak
sempurna setakat tertentu. Jangan bergantung
semata-mata pada kartografi yang anda muat turun
untuk digunakan dalam peranti ini.
Untuk menggunakan aplikasi Peta, pilih Menu > Peta
dan item yang dikehendaki.
■ Muat turun peta
Telefon anda mungkin mengandungi peta yang telah
dipra pasang pada kad memori. Anda boleh memuat
turun set peta yang baru dari internet dengan
menggunakan perisian Nokia Map Loader.
66
66
Nokia Map Loader
Untuk memuat turun Nokia Map Loader pada PC
anda dan untuk mendapatkan arahan lanjut, lihat
www.maps.nokia.com.
Sebelum anda memuat turun peta baru buat kali
pertama, pastikan anda telah memasukkan kad memori
ke dalam telefon, dan pilih Menu > Peta untuk
membuat tatarajah pemulaan.
Untuk menukar pemilihan peta pada kad memori anda
dan untuk memastikan bahawa semua peta adalah
daripada pelepasan yang sama, gunakan Nokia Map
Loader untuk memadam semua peta pada kad memori
dan muat turun pemilihan yang baru.
Perkhidmatan rangkaian
Anda boleh menetapkan telefon agar disambungkan
kepada pelayan Nokia Maps secara automatik untuk
mendapatkan carian alamat berbantu atau
perancangan laluan, dan memuat turun peta yang tiada
dalam telefon anda apabila diperlukan. Pilih Menu >
Peta > Tetapan > Tetapan rangkaian > Bnrkn p'gunaan
r'gkn.
Untuk mencegah muat turun peta secara automatik,
pilih Tidak.
Nota: Memuat turun peta mungkin melibatkan
penghantaran amaun data yang besar melalui
rangkaian pembekal khidmat anda. Hubungi pembekal
khidmat anda untuk mendapatkan maklumat mengenai
caj penghantaran data.
■ Peta dan GPS
Anda boleh menggunakan sistem penentududukan
global (GPS) bersama aplikasi Peta untuk mencari lokasi
anda atau untuk mengukur jarak dan koordinat.
Sebelum anda boleh menggunakan fungsi GPS dengan
telefon anda, telefon anda mesti dipasangkan dengan
penerima GPS luar yang serasi dengan menggunakan
teknologi wayarles Bluetooth. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, lihat panduan pengguna untuk
peranti GPS anda.
Setelah peranti GPS Bluetooth dipasangkan dengan
telefon, ia mungkin mengambil masa beberapa minit
untuk telefon memaparkan lokasi semasa anda.
Sambungan seterusnya sepatutnya lebih cepat,
melainkan GPS tidak digunakan selama beberapa hari
ataupun anda terlalu jauh daripada tempat terakhir
anda menggunakannya, ia mungkin mengambil masa
beberapa minit untuk mengesan dan memaparkan
lokasi anda
Sistem Penentududukan Global (GPS) dikendalikan oleh
kerajaan Amerika Syarikat, yang bertanggung jawab
sepenuhnya ke atas ketepatan dan
penyelenggaraannya. Ketepatan data lokasi boleh
terjejas oleh pelarasan kepada satelit GPS yang dibuat
oleh kerajaan Amerika Syarikat dan tertakluk kepada
perubahan kepada dasar GPS awam Jabatan
Pertahanan Amerika Syarikat dan Rancangan navigasi
Radio Kebangsaan. Ketepatan juga boleh terjejas oleh
geometri satelit yang lemah. Ketersediaan dan kualiti
isyarat GPS boleh terjejas oleh lokasi anda, bangunan,
halangan semula jadi dan keadaan cuaca. Penerima
GPS hendaklah digunakan di luar bangunan sahaja
untuk membenarkan penerimaan isyarat GPS.
Mana-mana GPS tidak harus digunakan untuk
pengukuran lokasi yang tepat dan anda tidak harus
sekali-kali bergantung semata-mata pada data lokasi
daripada penerima GPS dan rangkaian radio selular
untuk penentududukan atau navigasi..
Peta juga menyokong navigasi dengan panduan suara,
yang memerlukan lesen daerah. Untuk menggunakan
perkhidmatan ini, anda memerlukan peranti GPS luaran
yang serasi yang menyokong teknologi wayarles
Bluetooth.
Untuk membeli perkhidmatan navigasi dengan
panduan suara, pilih Menu > Peta > P'khidmtn
tambahn > Beli navigasi atau Smk kemas kini peta, dan
ikut arahan.
Untuk menggunakan navigasi dengan panduan suara,
anda mesti membenarkan aplikasi Peta untuk
menggunakan sambungan rangkaian.
Lesen navigasi disambungkan kepada kad SIM anda.
Jika anda memasukkan kad SIM lain ke dalam telefon
anda, anda diminta membeli lesen semasa memulakan
navigasi. Semasa prosedur pembelian, anda ditawarkan
untuk memindahkan lesen navigasi sedia ada kepada
kad SIM yang tanp caj tambahan.
Kad SIM anda mungkin menyediakan perkhidmatan
tambahan. Anda boleh mengakses menu ini hanya jika
disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan
menu ini bergantung pada perkhidmatan yang tersedia.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai
penggunaan perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual
kad SIM anda. Ini mungkin pembekal khidmat atau
penjual lain.
Mengakses perkhidmatan ini mungkin melibatkan
penghantaran mesej atau membuat panggilan telefon
yang boleh dikenakan bayaran.
Anda boleh menghantar dan menerima e-mel dan
mengakses internet apabila telefon anda
disambungkan ke PC yang serasi melalui sambungan
Bluetooth atau kabel data. Anda boleh menggunakan
telefon anda dengan pelbagai aplikasi kesambungan PC
dan aplikasi komunikasi data.
■ Nokia PC Suite
Dengan Nokia PC Suite anda boleh mengurus muzik
anda, menyegerakkan kenalan, kalendar, nota, dan nota
tugasan antara telefon anda dan PC yang serasi atau
pelayan internet jauh (perkhidmatan rangkaian). Anda
boleh mencari maklumat lanjut dan PC Suite di
www.nokia-asia.com/support atau tapak web Nokia
tempatan anda.
■ Aplikasi komunikasi data
Untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan
aplikasi komunikasi data, rujuk kepada pendokumenan
yang disediakan bersamanya.
70
70
Membuat atau menjawab panggilan telefon semasa
sambungan komputer tidak disyorkan, kerana ia
mungkin mengganggu operasi ini.
Untuk prestasi yang lebih baik semasa panggilan data,
letakkan telefon di atas permukaan yang tidak bergerak
dengan pad kekuncinya menghadap ke bawah. Jangan
gerakkan telefon dengan memegangnya dalam tangan
anda semasa panggilan data.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan untuk model ini khasnya.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa kelulusan atau
jaminan, dan mungkin berbahaya.
Berbagai-bagai jenis tambahan baru
terdapat untuk peranti anda. Pilih
tambahan yang menampung
keperluan komunikasi anda yang
khusus.
■ Tambahan
Peraturan yang praktikal mengenai aksesori dan
tambahan.
• Jauhkan semua aksesori dan tambahan daripada
jangkauan kanak-kanak kecil.
• Apabila anda mencabut kord kuasa daripada
sebarang aksesori atau tambahan, genggam dan
tarik palamnya, bukan kordnya.
• Buat pemeriksaan secara tetap bagi memastikan
bahawa sebarang tambahan yang dipasang dalam
kenderaan telah dipasang dan beroperasi dengan
betul.
• Pemasangan sebarang tambahan kereta yang
kompleks mesti dibuat oleh kakitangan
berkelayakan sahaja.
■ Bateri
JenisMasa bualSiap sedia
BL-4CTsehingga
Penting:Masa bual dan siap sedia bateri hanya
anggaran dan bergantung pada kekuatan
isyarat, keadaan rangkaian, ciri yang
digunakan, usia bateri dan keadaan suhu bateri
didedahkan, kegunaan dalam mod digital, dan
banyak lagi faktor lain. Jumlah masa peranti
digunakan untuk panggilan akan
mempengaruhi masa siap sedianya. Demikian
3 jamsehingga 300 jam
71
71
Tambahan Tulen
juga, jumlah masa peranti dihidupkan dan
berada dalam mod siap sedia akan
mempengaruhi masa bualnya.
■ Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-803
Butiran keluli tahan karat, kemasan hitam piano yang
berkilau dan kawalan kelantangan sensitif sentuhan
yang inovatif akan memastikan anda menjadi perhatian
ramai dengan Alat dengar Bluetooth Nokia BH-803.
Hanya luncurkan alat dengar tersebut untuk
melaraskan kelantangan dan mendapatkan kejelasan
audio yang hebat.
■ Pembesar suara Bluetooth Nokia
MD-5W
Pembesar suara Bluetooth Nokia MD-5W sangat sesuai
untuk anda jika anda hendak mendengar fail audio
pada peranti anda yang serasi, dan membaut panggilan
Bluetooth pada telefon pembesar suara yang berguna.
■ Telefon Pembesar suara Nokia
HF-300
Penyelesaian bebas tangan ini berdetap pada video
matahari kereta anda - ditempatkan agar mudah untuk
anda bercakap dan mendengar Buka klipnya dan anda
boleh menggunakannya dengan mudah sebagai telefon
pembesar suara di pejabat atau di rumah. Pembesar
suara yang berkuasa lagi kompak dan mikrofon yang
sensitif menyediakan bunyi berkualiti tinggi supaya
anda dapat mendengar dan didengari dengan jelas.
Kekunci yang bercahaya memastikan anda dapat
mencarinya dengan mudah untuk mengurus
pengendalian panggilan - siang atau malam.
■ Pengecas Mudah alih Nokia DC-4
Mudah dan kompak, pengecas telefon mudah alih ini
menawarkan pengecasan telefon yang pantas daripada
soket pemetik api kereta.
■ Kabel kesambungan mikroUSB
CA-101
Kabel kesambungan untuk memindahkan data penting
dan menyegerakkan cth. kalendar, buku telefon dan
senarai tugasan dengan PC yang serasi. Sokongan
untuk USB 2.0 standard, pengecasan USB dan
pemindahan data berkelajuan tinggi.
Peranti anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas
semula. Bateri dimaksudkan untuk digunakan dengan peranti
ini BL-4CT. Peranti ini dimaksudkan untuk digunakan apabila
mendapat bekalan kuasa daripada pengecas yang berikut: AC-
4. Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi
lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa siap
sedia nyata lebih pendek dari biasa, gantikanlah bateri.
Gunakan hanya bateri yang diluluskan oleh Nokia, dan cas
semula bateri anda hanya dengan pengecas yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini. Penggunaan
bateri atau pengecas yang tidak luluskan boleh
mengakibatkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran, atau
bahaya yang lain.
Jika bateri digunakan buat pertama kalinya atau jika bateri
telah tidak digunakan untuk tempoh yang lama, anda mungkin
perlu menyambungkan pengecas dan kemudian mencabutnya
dan menyambungkannya semula untuk memulakan
pengecasan. Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa,
beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh
dibuat.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Cabut pengecas dari palam elektrik dan peranti ini apabila
tidak digunakan. Jangan biarkan bateri yang telah dicas penuh
tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan berlebihan
boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan tanpa
digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan akan
hilang casnya.
Sentiasa cuba kekalkan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F dan
77°F). Suhu yang melampau mengurangkan keupayaan dan
jangka hayat bateri. Peranti dengan bateri yang sejuk atau
panas mungkin tidak akan berfungsi buat sementara waktu.
Prestasi bateri terhad terutamanya dalam suhu yang jauh di
bawah beku.
Jangan melitar pintas bateri. Melintar pintas secara tidak
sengaja boleh berlaku apabila objek logam seperti duit syiling,
klip, atau pen menyebabkan sambungan langsung terminal
positif (+) dan negatif (-) bateri. (Ia kelihatan seperti jalurjalur logam pada bateri.) Ini mungkin berlaku, contohnya,
apabila anda membawa bateri ganti di dalam saku atau beg
tangan anda. Melitar pintas terminal boleh merosakkan bateri
atau objek yang menyambungkan.
Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup.
Bateri juga boleh meletup jika rosak. Buang bateri menurut
peraturan tempatan. Sila kitar semula jika boleh. Jangan
buang sebagai sisa rumah.
73
73
Maklumat bateri dan pengecas
Jangan hapus, kerat, buka, musnah, bengkok, ubah bentuk,
cucuk, atau cincang sel atau bateri. Sekiranya bateri bocor,
jangan biarkan cecairnya terkena pada kulit atau mata.
Sekiranya berlaku kebocoran sedemikain, segera siram kulit
atau mata anda dengan air, atau dapatkan bantuan perubatan.
Jangan ubah suai, mengilang semula, cuba untuk memasukkan
objek asing ke dalam bateri, serta merendam atau
mendedahkannya pada air atau cecair yang lain.
Penyalahgunaan bateri boleh mengakibatkan kebakaran,
letupan, atau bahaya yang lain. Jika peranti atau bateri
dijatuhkan, terutamanya pada permukaan keras, dan anda
percaya bateri itu rosak, bawa ia pada pusat perkhidmatan
untuk pemeriksaan sebelum sambung menggunakannya.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya. Jangan
sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri yang
rosak. Jauhkan dari capaian kanak-kanak kecil.
■ Garis panduan pengesahan
ketulenan bateri Nokia
Sentiasa gunakan bateri-bateri asli Nokia untuk keselamatan
anda. Untuk memeriksa bagi memastikan anda telah
mendapat bateri asli Nokia, belilah ia daripada wakil penjual
Nokia yang sah dan periksa label hologram menggunakan
langkah-langkah berikut:
Berjaya menyelesaikan langkah itu bukanlah jaminan mutlak
ketulenan bateri. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk
mempercayai bahawa bateri anda bukanlah bateri asli Nokia
yang tulen, jangan gunakannya. Jika ketulenannya tidak dapat
ditentusahkan, kembalikan bateri itu ke tempat pembelian.
Sahkan ketulenan hologram
1. Apabila melihat hologram
pada label, anda seharusnya
melihat simbol tangan
berjalinan Nokia dari satu
sudut dan logo Tambahan Asli
Nokia apabila melihat dari
sudut lain.
2. Apabila anda menyerongkan
hologram ke kiri, ke kanan, ke
bawah, dan ke atas, anda
seharusnya melihat 1, 2, 3, dan
4 bintik masing-masing di
setiap sisi.
Bagaimana kalau bateri anda tidak tulen?
Jika anda tidak boleh mengesahkan bahawa bateri Nokia anda
dengan hologram pada label adalah bateri tulen Nokia, jangan
gunakan bateri tersebut. Penggunaan bateri yang tidak
diluluskan oleh pembuat mungkin berbahaya dan mungkin
menghasilkan prestasi yang lemah dan merosakkan peranti
anda dan tambahan-tambahannya. Ia mungkin juga
Peranti anda adalah produk hasil reka bentuk dan ketukangan
unggul dan patut dijaga dengan baik. Cadangan-cadangan
yang berikut akan membantu anda melindungi perlindungan
jaminan anda.
• Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan,
kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan boleh
mengandungi mineral-mineral yang akan mengakis litar
elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan
baterinya, dan biarkan peranti ini benar-benar kering
sebelum memasangnya semula.
• Jangan gunakan atau simpan peranti ini di tempat yang
berhabuk dan kotor. Bahagian yang bergerak dan
komponen elektronik di dalamnya boleh menjadi rosak.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang panas. Suhu
tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik,
merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan
plastik tertentu.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang sejuk. Apabila
peranti ini kembali pada suhu normalnya, lembapan boleh
terbentuk di dalam peranti ini, dan merosakkan papan litar
elektroniknya.
• Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain
daripada yang diarahkan di dalam panduan ini.
76
76
• Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini.
Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan litar
dalaman dan mekanisme halus.
• Jangan gunakan kimia, pelarut pembersihan, atau bahan
cuci yang keras untuk membersihkan peranti ini.
• Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian
yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang
operasi sempurna.
• Gunakan kain kering yang lembut dan bersih untuk
membersihkan sebarang kanta seperti kanta kamera,
sensor jarak, dan sensor cahaya.
• Gunakan hanya antena ganti yang dibekalkan atau
diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan
yang tidak dibenarkan boleh merosakkan peranti ini dan
mungkin melanggar peraturan yang berkuatkuasa bagi
peranti radio.
• Gunakan pengecas di dalam bangunan.
• Sentiasa buat data sandaran yang anda hendak simpan,
seperti kenalan dan nota kalendar.
• Untuk menetapkan semula peranti dari masa ke masa
untuk mendapatkan prestasi yang optimum, matikan
peranti dan keluarkan bateri.
Semua cadangan ini sama berkaitan dengan peranti anda,
bateri, pengecas atau sebarang tambahan. Jika sebarang
peranti tidak berfungsi dengan betul, bawanya ke kemudahan
servis sah yang terdekat untuk diservis.
Peranti anda dan tambahan-tambahannya mungkin
mengandungi bahagian-bahagian kecil. Jauhkan dari capaian
kanak-kanak kecil.
■ Persekitaran beroperasi
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila
digunakan dalam kedudukan biasa pada telinga atau apabila
diletakkan sekurang-kurangnya 1.0 sentimeter (3/8 inci)
jauhnya dari badan. Apabila sarung pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan bagi operasi pakai pada
badan, ia tidak seharusnya mengandungi logam dan harus
meletakkan peranti sejauh jarak yang disebut di atas dari
badan.
Untuk menghantar fail data atau mesej, peranti ini
memerlukan sambungan yang bermutu kepada rangkaian.
Dalam sesetengah hal, penghantaran fail data atau mesej
mungkin tertunda sehingga sambungan demikian terdapat.
Pastikan arahan jarak pemisahan di atas dipatuhi sehingga
penghantaran selesai.
Sebahagian daripada peranti ini adalah bermagnet. Bahanbahan logam boleh tertarik pada peranti ini. Jangan letakkan
kad kredit atau media storan bermagnet lain berdekatan
78
78
dengan peranti, kerana maklumat yang tersimpan padanya
mungkin boleh terpadam.
■ Alat perubatan
Operasi sebarang peralatan pemancar radio, termasuk telefon
wayarles, boleh mengganggu fungsi alat-alat perubatan yang
tidak dilindungi secukupnya. Anda harus berjumpa dengan
pakar perubatan atau pembuat alat perubatan tersebut untuk
menentukan sama ada ia dilindungi secukupnya daripada
tenaga RF luaran atau jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan. Matikan peranti ini di kemudahan jagaan
kesihatan apabila diarahkan berbuat demikian oleh peraturan
yang ditampalkan di tempat-tempat ini. Hospital atau
kemudahan jagaan kesihatan mungkin menggunakan
peralatan yang peka terhadap tenaga RF luaran.
Alat perubatan yang diimplan
Pengilang alat perubatan menyarankan bahawa pemisahan
minimum sebanyak 15.3 sentimeter (6 inci) hendaklah
dikekalkan di antara peranti wayarles dan alat perubatan yang
diimplan, seperti perentak jantung atau kardioverter
defibrilator yang diimplan, untuk mengelakkan ganggu an yang
mungkin berlaku dengan alat perubatan. Orang yang memiliki
peranti sedemikian hendaklah:
• Sentiasa pastikan peranti wayarles berada lebih daripada
15.3 sentimeter (6 inci) dari alat perubatan apabila peranti
wayarles dihidupkan.
• Tidak membawa peranti wayarles ini di dalam saku dada.
• Pegang peranti wayarles pada telinga yang bertentangan
dengan alat perubatan untuk mengurangkan gangguan
yang mungkin berlaku.
• Matikan peranti wayarles dengan segera jika terdapat
sebarang sebab untuk mengesyaki gangguan sedang
berlaku.
• Baca dan ikut arahan daripada pengilang alat perubatan
yang diimplan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai
menggunakan peranti wayarles dengan alat perubatan yang
diimplan, rujuk penyedia jagaan kesihatan anda.
Alat bantuan pendengaran
Sesetengah peranti wayarles digital boleh mengganggu
sesetengah alat bantuan pendengaran. Jika gangguan berlaku,
hubungi pembekal khidmat anda.
■ Kenderaan
Isyarat RF boleh menjejas sistem elektronik yang tidak
dipasang dengan betul atau tidak dilindungi secukupnya di
dalam kenderaan bermotor seperti sistem pancitan bahan
bakar elektronik, sistem brek anti-kelincir (anti-kunci)
elektronik, sistem kawalan kelajuan elektronik, dan sistem beg
udara. Untuk maklumat lanjut, periksa dengan pembuat
kenderaan anda atau wakilnya mengenai kenderaan anda atau
sebarang kelengkapan yang telah ditambahkan.
Hanya kakitangan yang berkelayakan harus membaiki peranti
ini atau memasang peranti ini di dalam kenderaan.
Pemasangan atau servis yang tidak betul membahayakan dan
boleh mentaksahkan sebarang waranti yang mungkin
diberikan bagi peranti ini. Periksa dari masa ke masa dengan
tetap semua peralatan peranti wayarles di dalam kenderaan
anda bagi memastikan ia dipasang dan beroperasi dengan
betul. Jangan simpan atau bawa cecair mudah terbakar, gas,
atau bahan mudah meletup di dalam tempat yang sama
dengan peranti ini, bahagian-bahagiannya atau tambahantambahannya. Untuk kenderaan yang dilengkapi beg udara,
anda harus ingat bahawa beg udara mengembung dengan
daya yang amat kuat. Jangan letakkan barang-barang,
termasuk peralatan wayarles baik yang terpasang mahupun
yang mudah dialih di tempat di atas beg udara atau di tempat
pelancaran beg udara. Jika peralatan wayarles dalamkenderaan tidak dipasang dengan betul dan beg udara
mengembung, kecederaan serius boleh berlaku.
Menggunakan peranti anda semasa terbang di dalam pesawat
adalah dilarang. Matikan peranti anda sebelum menaiki
pesawat. Penggunaan peranti telefon wayarles di dalam
pesawat boleh membahayakan pengendalian pesawat,
mengganggu rangkaian telefon wayarles, dan mungkin
menyalahi undang-undang.
Matikan peranti anda apabila berada di kawasan di mana
letupan boleh berlaku, dan patuhi semua papan tanda dan
arahan. Persekitaran di mana letupan boleh berlaku termasuk
tempat-tempat di mana anda biasanya dinasihatkan supaya
mematikan enjin kenderaan anda. Percikan api di kawasankawasan seperti itu boleh menyebabkan letupan atau
kebakaran yang mengakibatkan kecederaan pada badan
ataupun kematian. Matikan peranti ini di tempat-tempat
mengisi bahan bakar seperti berdekatan dengan pam gas di
stesen minyak. Patuhi sekatan-sekatan terhadap penggunaan
peralatan radio di depo, tempat-tempat penyimpanan, dan
pengedaran bahan bakar, loji kimia atau tempat operasi
peletupan sedang berjalan. Kawasan-kawasan di mana
letupan boleh berlaku sering, tetapi tidak semestinya,
ditandakan dengan jelas. Ia termasuk di bawah dek di dalam
bot, kemudahan memindah atau menyimpan bahan kimia, dan
tempat-tempat di mana udaranya mengandungi bahan kimia
atau zarah seperti butir, habuk, atau serbuk logam. Anda perlu
semak dengan pengilang kenderaan yang menggunakan gas
petroleum cecair (seperti propana atau butana) untuk
menentukan jika peranti ini boleh digunakan dengan selamat
dalam kawasan sekitar mereka.
■ Panggilan kecemasan
Penting: Peranti ini beroperasi menggunakan isyarat
radio, rangkaian wayarles, rangkaian talian darat,
dan fungsi-fungsi yang diprogram pengguna. Jika
peranti anda menyokong panggilan suara melalui
internet (panggilan internet), aktifkan kedua-dua
panggilan internet dan telefon selular. Peranti akan
cuba membuat panggilan kecemasan melalui
rangkaian selular dan melalui pembekal panggilan
internet anda jika kedua-duanya diaktifkan.
Sambungan dalam semua keadaan tidak dapat
dijamin. Anda tidak harus sekali-kali bergantung
semata-mata kepada sebarang peranti wayarles
untuk komunikasi penting seperti kecemasan
perubatan.
Untuk membuat panggilan kecemasan:
1. Jika peranti ini belum dihidupkan, hidupkan ia. Periksa
untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi.
Bergantung pada peranti anda, anda mungkin perlu
melengkapkan seperti berikut:
• Masukkan kad SIM jika peranti anda menggunakannya.
• Buangkan batasan panggilan tertentu yang telah anda
aktifkan dalam peranti anda.
• Ubah profil anda daripada luar talian atau mod profil
2. Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu
untuk mengosongkan paparan dan menyediakan peranti
ini untuk panggilan.
3. Masukkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi semasa
anda. Nombor-nombor kecemasan berbeza mengikut
lokasi.
4. Tekan kekunci panggil .
Apabila membuat panggilan kecemasan, berikan semua
maklumat yang perlu seberapa tepat yang mungkin. Peranti
wayarles anda mungkin satu-satunya alat komunikasi di
tempat kemalangan itu. Jangan tamatkan panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
Peranti mobil ini memenuhi garis panduan antarabangsa
bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Peranti bimbit anda adalah sebuah pemancar dan penerima
radio. Ia direka untuk tidak melebihi had pendedahan kepada
gelombang radio yang disarankan oleh garis panduan
antarabangsa. Garis panduan ini dihasilkan oleh pertubuhan
saintifik ICNIRP dan merangkumi margin keselamatan yang
direka bentuk bagi memastikan keselamatan semua orang,
tidak kira usia dan kesihatan.
Piawai pendedahan bagi peranti-peranti bimbit menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Tertentu
(Specific Absorption Rate) atau SAR. Had SAR yang dinyatakan
di dalam garis panduan ICNIRP adalah 2.0 watts/kilogram (W/
kg) dipuratakan pada sepuluh gram tisu. Ujian bagi SAR yang
dijalankan menggunakan kedudukan beroperasi biasa dengan
peranti memancar pada aras kuasa yang disahkan tertinggi
dalam semua jalur frekuensi yang diuji. Paras SAR sebenar bagi
peranti yang beroperasi boleh jadi jauh di bawah nilai
maksimum kerana peranti direka bentuk untuk menggunakan
hanya kuasa yang diperlukan untuk mencapai rangkaian.
Jumlahnya berubah bergantung pada beberapa faktor seperti
sejauh mana jarak anda dengan stesen pangkalan rangkaian.
Nilai SAR tertinggi mengikut garis panduan ICNIRP untuk
penggunaan peranti ini di telinga ialah 0.61 W/kg.
Penggunaan aksesori dan tambahan peranti boleh
menghasilkan nilai-nilai SAR yang berbeza-beza. Nilai SAR
mungkin berubah-ubah bergantung kepada keperluan laporan
kebangsaan dan pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat SAR
tambahan boleh diberikan di bawah maklumat produk di
www.nokia.com.
kertas hias dinding42
Kesambungan PC70
khidmat pelanggan
kod12
kod akses12
komunikasi data
kuki63
kunci pad kekunci12
19
dailan pantas
kumpulan38
mencari37
mengedit
37
menyalin38
menyimpan37
tetapan
38
25
14
70
L
log panggilan40
logo operator
21, 42
M
Maklumat hubungan Nokia14
maklumat kenalan14
maklumat keselamatan7
membuka kunci pad kekunci
menamatkan panggilan24
12
83
83
menghidupkan dan mematikan17
mengunci pad kekunci12
menu operator50
menulis teks
mesej
mesej audio31
mesej kilat31
mesej maklumat
mesej segera32
mesej suara33
mod penerbangan
mod siap sedia21, 42
mod siap sedia aktif22
muat turun
28
arahan perkhidmatan33
mesej audio
mesej kilat31
mesej maklumat33
mesej suara
31
33
33
22
14
N
nada41
nada dering41
nota58, 59
P
panggilan
antarabangsa
dailan suara25
membuat24
pilihan
tetapan45
panggilan menunggu26
24
26
paparan
19
PC Suite70
pembesar suara20, 26
Pembesar suara Bluetooth
Nokia MD-5W
pengatur58
Pengecas Mudah alih Nokia DC-4
pengurusan hak digital51
penunjuk22
penyama
penyemak imbas63
perakam56
perakam suara
perkhidmatan62
Perkhidmatan SIM69
permainan
peta66
pintasan42
port USB
profil41
72
57
56
61
20
R
radio55
T
Tahap cas21
Tambahan71
Tambahan Tulen
tatarajah
perkhidmatan tetapan18
umum
teks28
telefon
71
47
72
bahagian
19
kekunci19
Telefon Pembesar suara
Nokia HF-300
telefon pembesar suara. Lihat pembesar
suara.
tema
tetapan