PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-240 ini
mematuhi dengan keperluan yang penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC yang
berkaitan. Satu salinan Pengisytiharan Pematuhan ini boleh didapati di
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Termasuk perisian kriptografi RSA BSAFE atau protokol keselamatan
daripada RSA Security.
Java adalah cap dagangan Sun Microsystems, Inc.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk
kegunaan peribadi dan bukan komersil yang berkaitan dengan maklumat yang telah
dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat
dalam kegiatan peribadi dan bukan komersil dan (ii) untuk kegunaan yang
berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh pembekal video berlesen.
Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat
tambahan termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan
komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat http://www.mpegla.com.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak membuat
perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang diperihalkan di dalam
dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
HINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG
BERKUAT KUASA, DALAM APA JUA KEADAAN NOKIA ATAU MANA-MANA PEMBERI
LESENNYA AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN DATA ATAU
PENDAPATAN ATAU APA-APA KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, TURUTAN ATAU
TIDAK LANGSUNG YANG BERLAKU .
ISI KANDUNGAN DOKUMEN INI DIBEKALKAN "SEBAGAIMANA ADANYA". KECUALI
DITUNTUT OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, TIADA APA-APA JENIS
JAMINAN, SAMA ADA YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK
TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BAGI KEPERDAGANGAN DAN KESESUAIAN
UNTUK TUJUAN TERTENTU, DIBUAT BERKAITAN DENGAN KETEPATAN,
KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA BERHAK UNTUK
MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK PADA BILA-BILA MASA
TANPA NOTIS YANG TERDAHULU.
Ketersediaan produk dan aplikasi serta perkhidmatan tertentu untuk produk ini
mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Sila semak dengan penjual Nokia anda
untuk mendapatkan butiran, dan ketersediaan pilihan bahasa.
Kawalan eksport
Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan
negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah
dilarang.
Aplikasi pihak ketiga yang disediakan bersama peranti anda mungkin telah
diwujudkan dan boleh dimiliki oleh orang atau entiti yang tidak bergabung atau
berkaitan dengan Nokia. Nokia tidak memiliki hak cipta atau hak harta intelektual
bagi aplikasi pihak ketiga ini. Oleh yang demikian, Nokia tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang sokongan pengguna akhir, kefungsian aplikasi ini, mahu pun
maklumat dalam aplikasi atau bahan-bahan ini. Nokia tidak menyediakan sebarang
jaminan bagi aplikasi pihak ketiga ini.
DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI INI ANDA MENGAKUI BAHAWA APLIKASI
YANG DISEDIAKAN SEBAGAIMANA ADA TANPA SEBARANG JENIS JAMINAN, YANG
DINYATAKAN ATAU TERSIRAT, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH
UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA. ANDA SETERUSNYA MENGAKUI
BAHAWA BAIK NOKIA MAHUPUN ANGGOTA GABUNGANNYA TIDAK MEMBUAT
SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN, YANG NYATA ATAU TERSIRAT,
TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN HAK MILIK, KEPERDAGANGAN
ATAU KESESUAIAN BAGI SESUATU TUJUAN KHUSUS ATAU BAHAWA APLIKASI
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh
jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca
panduan pengguna yang lengkap untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT Jangan
hidupkan peranti apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN
RAYA Patuhi semua undang-undang
tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda
bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa
memandu. Perkara pertama yang harus anda
pertimbangkan semasa memandu haruslah
keselamatan jalan raya.
GANGGUAN Semua peranti wayarles boleh
mendapat gangguan, yang mungkin boleh
menjejas prestasinya.
MATIKAN TELEFON DI KAWASAN
LARANGAN Patuhi sebarang sekatan.
Matikan peranti di dalam kapal terbang,
berdekatan peralatan perubatan, bahan bakar,
bahan kimia atau kawasan letupan.
kakitangan berkelayakan boleh memasang
atau membaiki produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI Gunakan hanya
tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan
sambungkan produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR Peranti anda tidak tahan air.
Pastikan ia sentiasa kering.
Maklumat am
Maklumat am
Petua bantuan
Sebelum membawa telefon anda ke pusat servis
S: Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan isu
operasi telefon saya?
J: Cuba daripada yang berikut:
• Matikan telefon, tanggalkan dan ganti baterinya.
• Simpan semula tetapan kilang. Pilih Menu > Tetapan
> S/smla ttp kilang. Nama dan nombor telefon yang
disimpan di dalam Kenalan tidak dipadamkan.
• Kemas kini telefon dengan Nokia Software Updater jika
tersedia. Lawat www.nokia-asia.com/softwareupdate
atau tapak web Nokia tempatan anda.
Kod akses
S: Apakah kata laluan untuk kod kunci, PIN, atau PUK
saya?
J: Kod kunci lalai adalah 12345. Jika anda lupa atau
hilangkan kod kunci, hubungi pengedar telefon anda.
Jika anda lupa atau hilangkan kod PIN atau PUK, atau anda
tidak menerima kod sedemikian, hubungi pembekal
khidmat anda.
Sambungan Bluetooth
S: Mengapa saya tidak jumpa peranti Bluetooth?
J: Cuba daripada yang berikut:
• Semak agar kedua-dua peranti telah mengaktifkan
sambungan Bluetooth.
• Semak agar jarak antara dua peranti tidak lebih
daripada 10 meter (33 kaki) dan tidak terdapat dinding
atau halangan yang lain antara peranti tersebut.
• Semak agar peranti lain tidak di dalam mod
tersembunyi.
• Semak agar kedua-dua peranti serasi.
Panggilan
S: Bagaimana boleh saya mengubah kelantangan?
J: Untuk menambah atau mengurangkan kelantangan
semasa panggilan, tekan kekunci kelantangan ke atas atau
ke bawah.
S: Bagaimana saya boleh mengubah nada dering?
J: Pilih Menu > Tetapan > Nada.
Kenalan
S: Bagaimana saya boleh menambah kenalan?
J: Pilih Menu > Kenalan > Nama > Pilihan > Tamb
pada kenalan?
J: Cari kenalan yang ingin ditambahkan butiran, dan pilih
Butiran > Pilihan > Tambah butiran. Pilih daripada
pilihan yang tersedia.
Menu
S: Bagaimana saya boleh mengubah tampilan menu?
J: Untuk menukar paparan menu, pilih Menu > Pilihan >
Pamer. menu utama > Senarai, Grid, Grid dengan label,
atau Tab.
S: Bagaimana saya boleh peribadikan menu?
J: Untuk menyusun semula menu, pilih Menu > Pilihan >
Susun. Tatal ke menu yang anda hendak pindahkan, dan
pilih Alih. Tatal ke tempat yang anda hendak pindahkan
menu tersebut, dan pilih OK. Untuk menyimpan perubahan
ini, pilih Selesai > Ya.
Mesej
S: Mengapa saya tidak boleh menghantar mesej
multimedia (MMS)?
J: Untuk mengetahui ketersediaan dan untuk melanggani
perkhidmatan mesej multimedia (MMS, perkhidmatan
rangkaian), hubungi pembekal khidmat anda.
S: Bagaimana saya boleh menyediakan e-mel?
J: Untuk menggunakan fungsi e-mel di telefon anda, anda
memerlukan sistem e-mel yang serasi. Periksa tetapan
e-mel anda dengan pembekal khidmat e-mel anda. Anda
boleh menerima tetapan-tetapan tatarajah e-mel sebagai
mesej tatarajah.
Untuk mengaktifkan tetapan e-mel, pilih Menu > Mesej >
Tetapan mesej > Mesej e-mel.
Kesambungan PC
S: Mengapa saya mempunyai masalah untuk menyambung
telefon ke PC saya?
J: Pastikan agar Nokia PC Suite dipasangkan dan berjalan
di PC anda. Rujuk panduan pengguna untuk Nokia PC
Suite. Untuk maklumat lanjut berkenaan penggunaan
Nokia PC Suite, lihat fungsi bantuan dalam Nokia PC Suite
atau lawat laman sokongan di www.nokia-asia.com.
Pintasan
S: Adakah terdapat apa-apa pintasan lain yang boleh saya
gunakan?
J: Terdapat beberapa pintasan dalam telefon anda:
• Untuk mengakses senarai nombor yang sudah didail,
tekan kekunci panggil sekali. Tatal ke nombor atau
nama yang anda mahu; dan untuk memanggil nombor
tersebut, tekan kekunci panggil.
• Untuk membuka penyemak imbas web, tekan dan
tahan 0.
• Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan
tahan 1.
• Untuk menukar dari mana-mana profil ke profil senyap
dan balik semula ke profil umum, tekan dan tahan #.
Mengenai peranti anda
Peranti wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini
diluluskan untuk digunakan pada rangkaian WCDMA 850
dan 2100 dan rangkaian GSM 850, 900, 1800, dan 1900.
Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi
semua undang-undang dan hormati adat tempatan,
privasi dan hak-hak sah orang lain termasuk hak cipta.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej,
muzik dan kandungan lain daripada disalin, diubah suai,
dipindahkan atau dikemukakan.
Peranti anda mungkin mempunyai penanda buku dan
pautan tapak internet pihak ketiga yang telah diprapasang.
Anda boleh juga mengakses tapak pihak ketiga yang lain
melalui peranti anda. Tapak pihak ketiga tidak bersekutu
dengan Nokia, dan Nokia tidak mengendors atau memikul
liabiliti untuk mereka. Jika anda memilih untuk mengakses
tapak sedemikian, anda hendaklah berhati-hati terhadap
keselamatan atau kandungannya.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di
dalam peranti ini, selain daripada jam penggera,
peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
Ingatlah untuk membuat salinan sandaran atau
menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat
penting yang disimpan dalam peranti anda.
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca
panduan penggunanya untuk arahan-arahan keselamatan
terperinci. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak
serasi.
Perkhidmatan rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai
perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles.
Kebanyakan cirinya memerlukan ciri rangkaian yang khas.
Ciri ini tidak didapati pada semua rangkaian; rangkaian
lain mungkin menghendaki anda membuat pengurusan
khusus dengan pembekal khidmat anda sebelum anda
boleh menggunakan perkhidmatan rangkaiannya.
Pembekal khidmat anda boleh memberi anda arahan dan
menjelaskan caj mana yang dikenakan. Sesetengah
rangkaian mungkin mempunyai had-had yang menjejas
cara anda menggunakan perkhidmatan rangkaian.
Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak
menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang
bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar
ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan dalam
peranti anda. Jika demikian, ciri ini tidak akan muncul pada
menu peranti anda. Peranti anda boleh juga mempunyai
tatarajah khas seperti perubahan dalam nama menu,
susunan menu, dan ikon. Hubungi pembekal khidmat anda
untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTP dan SSL)
yang berjalan pada protokol TCP/IP. Sesetengah ciri peranti
ini, seperti mesej multimedia (MMS), menyemak imbas,
aplikasi e-mel, mesej segera, kenalan ditambah tersedia,
penyegerakan jauh, dan muat turun kandungan
menggunakan penyemak imbas atau MMS, memerlukan
sokongan rangkaian untuk teknologi ini.
Tambahan
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan khususnya dengan model telefon ini.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa kelulusan atau jaminan,
dan mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan
tambahan yang diluluskan, sila hubungi wakil penjual
telefon anda. Apabila anda mencabut kord kuasa bagi
sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
Kod akses
Pilih Menu > Tetapan > Keselamatan untuk menetapkan
bagaimana telefon anda menggunakan kod akses dan
tetapan keselamatan.
• Kunci pad kekunci (kawal kekunci) hanya mengunci
kekuncinya.
Anda boleh mengunci kekunci untuk mencegah
tekanan kekunci yang tidak disengajakan.
1 Untuk mengunci kekunci, tutupkan gelangsar, dan
pilih Kunci dalam masa 3.5 saat.
2 Untuk buka mengunci kekunci, bukakan gelangsar;
atau pilih Buka k'ci > OK dalam masa 1.5 saat.
Untuk menjawab panggilan semasa kawal kekunci
sedang aktif, tekan kekunci panggil. Apabila anda
menamatkan atau menolak panggilan, kekuncinya
akan terkunci secara automatik.
Anda juga boleh memilih Menu > Tetapan > Telefon >
Kawal kekunci auto. atau Kawal k'knci k'slmtan >
Aktif atau Tak aktif. Jika Kawal k'knci k'slmtan
ditetapkan pada Aktif, masukkan kod keselamatan jika
diminta.
• Kod keselamatan, yang dibekalkan dengan telefon,
membantu melindungi telefon anda daripada
digunakan tanpa izin. Kod yang dipratetap adalah
12345.
• Kod PIN, yang dibekalkan dengan kad SIM, bantu
melindungi kad anda daripada digunakan tanpa izin.
• Kod PIN2, yang dibekalkan dengan beberapa kad SIM,
dikehendaki untuk mengakses perkhidmatan tertentu.
• Kod PUK dan PUK2 mungkin dibekalkan dengan kad
SIM. Jika anda memasukkan kod PIN atau PIN2 dengan
salah sebanyak tiga kali berturut-turut, anda akan
ditanya untuk kod PUK atau PUK2. Jika anda tidak
mempunyainya, hubungi pembekal khidmat tempatan
anda.
• Kata laluan sekatan (4 digits) diperlukan apabila
menggunakan Khidmat sekat pgln. untuk menyekat
panggilan masuk dan panggilan keluar dari telefon
anda (perkhidmatan rangkaian).
• Untuk melihat atau menukar tetapan modul
keselamatan, jika dipasangkan, pilih Menu >
Tetapan > Keselamatan > Ttpn modul k'selamtn.
Kemas kini perisian
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang
anda percayai dan yang menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang mencukupi
daripada perisian yang merosakkan.
Nokia boleh mengeluarkan kemas kini perisian yang
mungkin menawarkan ciri baru, fungsi yang ditambah,
atau prestasi yang dipertingkatkan. Anda mungkin boleh
meminta kemas kini ini melalui aplikasi PC Nokia Software
Updater. Untuk mengemas kini perisian peranti, anda
perlukan aplikasi Nokia Software Updater dan PC yang
serasi dengan sistem pengendalian Microsoft Windows
2000 atau XP, akses internet jalur lebar, dan kabel data
yang serasi untuk menyambungkan peranti anda pada PC.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk memuat
turun aplikasi Nokia Software Updater, lawati www.nokiaasia.com/softwareupdate atau laman web Nokia tempatan
anda.
Memuat turun kemas kini perisian mungkin melibatkan
penghantaran jumlah besar data melalui rangkaian
pembekal khidmat anda. Hubungi pembekal khidmat anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai bayaran
penghantaran data.
Pastikan bateri peranti mempunyai kuasa yang mencukupi,
atau sambungkan pengecas sebelum memulakan kemas
kini.
Jika kemas kini perisian melalui udara disokong oleh
rangkaian anda, anda juga boleh memohon kemas kini
melalui peranti. Lihat "Telefon" h. 39.
Anda boleh memuat turun kandungan baru (contohnya,
tema) ke telefon anda (perkhidmatan rangkaian).
Untuk ketersediaan perkhidmatan yang berbeza, harga dan
tarif, hubungi pembekal khidmat anda.
Pentin g: Gunakan hanya perkhidmatan yang
anda percayai dan yang menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang mencukupi
daripada perisian yang merosakkan.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Kad SIM dan sesentuhnya mudah rosak oleh kerana
tercalar atau dibengkokkan, jadi berhati-hatilah apabila
mengendalikan, memasukkan, atau mengeluarkan kad itu.
Masukkan kad SIM dengan bahagian sesentuh berwarna
emas menghadap ke bawah (4).
Mengecas bateri
Pengecasan bateri BP-5M dengan pengecas AC-4
mengambil masa kira-kira 1 jam dan 30 minit semasa
telefon dalam mod siap sedia.
1Sambungkan
pengecas ke soket
dinding.
2Sambungkan
penyambung dari
pengecas ke soket di
bahagian atas telefon
anda.
Jika bateri benar-benar
kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum
penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
UPIN, masukkan kod (misalnya,
dipaparkan sebagai ****), dan pilih
OK.
Apabila anda menghidupkan telefon
anda buat kali pertama, dan telefonnya
berada dalam mod siap sedia, anda akan
diminta untuk mendapatkan tetapan
tatarajahnya dari pembekal khidmat
anda (perkhidmatan rangkaian). Sahkan atau tolak
pertanyaannya. Lihat "Tatarajah" h. 41 dan "Perkhidmatan
tetapan tatarajah" h. 16.
Menetapkan masa, zon masa, dan
tarikh
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali
pertama, dan telefonnya berada dalam mod siap sedia,
anda akan diminta untuk menetapkan masa dan tarikh.
Isikan medan-medan, dan pilih Simpan.
Untuk mengakses Tarikh dan masa kemudian, pilih Menu
> Tetapan > Tarikh dan masa > Ttpan. tarikh & masa,
Format tarkh. & masa, atau Kms. kini auto masa
(perkhidmatan rangkaian) untuk mungubah tetapan masa,
zon masa, dan tarikh.
Perkhidmatan tetapan tatarajah
Untuk menggunakan sesetengah khidmat rangkaian,
seperti khidmat internet bergerak, MMS, mesej audio
Nokia Xpress, penyegerakan pelayan internet jauh, telefon
anda memerlukan tetapan tatarajah yang betul. Untuk
maklumat lanjut mengenai ketersediaan, hubungi operator
rangkaian, pembekal khidmat, wakil penjual Nokia
berdaftar yang terdekat dengan anda, atau bahagian
sokongan pada tapak web Nokia, www.nokia-asia.com/
6500slide/support.
Setelah anda menerima tetapan sebagai mesej tatarajah,
dan tetapan itu tidak disimpan dan diaktifkan secara
automatik, Tetapan tatarajah diterima dipaparkan. Pilih
Tunjuk > Simpan. Jika dikehendaki, masukkan kod PIN
Peranti anda mungkin
mempunyai antena
dalaman dan luaran.
Seperti dengan sebarang
peranti pemancar radio
lain, jangan sentuh
kawasan antena jika
tidak perlu apabila
antena sedang
memindah atau
menerima maklumat.
Sentuhan dengan antena sedemikian menjejaskan kualiti
komunikasi radio, mungkin boleh menyebabkan peranti
beroperasi pada paras kuasa yang lebih tinggi daripada
yang diperlukan, dan boleh mengurangkan hayat bateri.
Tali pergelangan tangan
Tanggalkan penutup
belakang telefon.
Masukkan tali menerusi
lelubang. Meletakkan
tali di sekeliling tiang
telefon seperti yang
ditunjukkan di dalam
gambar. Ketatkan tali tersebut. Pasang semula penutup
bateri.
Kekunci dan
bahagian-bahagian
1 Cuping telinga
2 Sensor cahaya
3 Kamera hadapan
4 Kekunci Navi™ (dalam ini
dirujuk sebagai kekunci tatal)
5 Kekunci pilihan tengah
6 Kekunci pilihan kiri
7 Kekunci pilihan kanan
8 Kekunci panggil
9 Kekunci tamat/kekunci kuasa;
menamatkan panggilan (tekanan
kunci yang sekejap) dan
menghidupkan dan mematikan
telefon (tekanan kekunci yang lama)
10 Pad kekunci
11 Penyambung pengecas
12 Butang pelepas penutup bateri
13 Penyambung USB
14 Penyambung tambahan
15 Kekunci kelantangan ke atas/
bawah
17 Kekunci kamera/fokus auto
18 Pembesar suara
19 Kanta kamera
20 Denyar kamera
21 Lubang tali telefon
Kad memori microSD
Kad memori microSD, jika dimasukkan ke
dalam telefon, boleh memuatkan dengan
data seperti nada dering, tema, nada, imej,
dan video. Jika anda padam, memuat
semula, atau menggantikan kad ini, fungsi-fungsi dan
ciri-ciri ini mungkin tidak akan berfungsi dengan betul.
Anda boleh mengeluarkan atau menggantikan kad
microSD semasa telefon beroperasi tanpa menutup
telefon.
Penting: Jangan keluarkan kad memori ketika
sedang beroperasi apabila kad sedang diakses.
Mengeluarkan kad semasa sesuatu operasi sedang
berjalan mungkin akan merosakkan kad memori
serta peranti, dan data yang disimpan pada kad
mungkin juga tercemar.
1 Tanggalkan
penutup
belakang
telefon. Buka
pemegang kad
memori
microSD (1).
2 Masukkan kad
dengan
bahagian
sesentuh
berwarna
emas
menghadap ke bawah (2). Letakkan pemegang kad
memori di tempatnya (3), dan tutupkannya pada
pameran (4). Pasang semula penutup bateri.
Keluarkan kad microSD dalam susunan terbalik.
Mod siap sedia
Apabila telefon sedia digunakan, dan anda tidak
memasukkan sebarang aksara, telefon berada dalam mod
siap sedia.
1 Penunjuk 3G
2 Kekuatan isyarat rangkaian selular
3Tahap cas bateri
4 Penunjuk. Lihat "Penunjuk" h. 19.
5 Nama rangkaian atau logo operator
6Jam
7 Paparan
8 Kekunci pilihan kiri (8) adalah
Pergi ke atau pintasan ke
fungsi lain. Lihat "Kekunci
pilihan kiri" h. 36
9 Mod kekunci pilihan tengah (9)
adalah Menu.
10 Kekunci pilihan kanan (10)
boleh jadi Nama untuk
mengakses senarai kenalan
dalam menu Kenalan nama khusus operator -untuk
mengakses laman web operator -khusus, atau pintasan
pada fungsi yang anda pilih. Lihat "Kekunci pilihan
kanan" h. 36.
Penunjuk
Anda mempunyai mesej yang belum dibaca.
Telefon mendaftarkan satu panggilan yang tak
dijawab. Lihat "Log" h. 33.
Pad kekunci dikunci. Lihat "Kod akses" h. 12.
Telefon tidak berdering untuk panggilan masuk
atau mesej teks apabila Isyarat pgln. masuk
ditetapkan pada Tak aktif dan Nada isyarat
mesej ditetapkan pada Tak aktif. Lihat "Nada"
h. 34.
Jam penggera ditetap ke Aktif. Lihat "Jam
penggera" h. 52.
, Apabila mod sambungan data paket Sentiasa
bertalian dipilih dan perkhidmatan data paket
tersedia, penunjuknya dipaparkan.
, Sambungan GPRS atau EGPRS diwujudkan.
, Sambungan GPRS atau EGPRS digantung
(ditunda).
Penunjuk sambungan Bluetooth. Lihat
"Kesambungan dengan Bluetooth" h. 36.
Profil penerbangan
Anda boleh menyahaktifkan semua fungsi frekuensi radio
dan masih mempunyai akses ke permainan luar talian,
kalendar, dan nombor telefon. Gunakan profil penerbangan
dalam persekitaran peka radio—di dalam kapal terbang
atau hospital. Apabila profil penerbangan aktif,
ditunjukkan.
Pilih Menu > Tetapan > Profil > Penerbangan > Aktifkan
atau Pilihan sendiri.
Untuk menetapkan telefon ke pertanyaan setiap masa ia
dihidupkan sama ada untuk menggunakan profil
Untuk menyahaktifkan profil penerbangan, pilih
mana-mana profil lain.
Dalam profil luar talian atau penerbangan, anda mungkin
perlu buka kunci peranti dan ubah ke profil panggilan
sebelum membuat panggilan.
Amaran: Dengan profil penebangan anda tidak
boleh membuat atau menerima sebarang
panggilan, atau menggunakan ciri lain yang
memerlukan liputan rangkaian. Untuk membuat
panggilan, anda mesti mengaktifkan fungsi telefon
dengan menukar profil. Jika peranti telah dikunci,
masukkan kod kunci. Jika anda perlu membuat
panggilan kecemasan sementara peranti itu
dikunci dalam profil penerbangan, anda juga boleh
memasukkan nombor kecemasan rasmi yang
diprogram ke dalam peranti anda pada medan kod
kunci dan pilih ‘panggil’. Peranti akan
mengesahkan bahawa anda akan keluar profil
penerbangan untuk memulakan panggilan
kecemasan.
• Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan, dan
tekan kekunci panggil.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk
awalan antarabangsa (aksara + menggantikan kod
akses antarabangsa), masukkan kod negara, kod
kawasan tanpa awalan 0, jika perlu, dan nombor
telefon.
• Tekan kekunci panggil untuk menyenaraikan nombor
terakhir yang dipanggil, dan tekan kekunci panggil.
• Buat panggilan nama atau nombor pada Kenalan. Lihat
"Kenalan" h. 31.
Untuk menambah atau mengurangkan kelantangan
semasa panggilan, tekan kekunci kelantangan ke atas atau
ke bawah.
Jawab atau tolak panggilan suara
Untuk menjawab panggilan, tekan kekunci panggil. Untuk
menamatkan panggilan, tekan kekunci tamat.
Untuk menolak panggilan, tekan kekunci tamat.
Untuk membisukan nada deringan, pilih Senyap. Kemudian
anda boleh menjawab atau menolak panggilan.
Dail cepat
Untuk menetapkan sesuatu nombor pada salah satu
kekunci dail cepat, 2 ke 9:
1 Pilih Menu > Kenalan > Dail cepat.
2 Tatal ke nombor dail cepat yang dikehendaki.
3 Pilih Berikan, atau jika nombor sudah pun ditetapkan
kepada kekunci itu, pilih Pilihan > Tukar.
4 Pilih Cari dan kenalan yang hendak anda tetapkan.
Jika fungsi Dail cepat tidak aktif, telefon bertanya sama
ada anda mahu mengaktifkannya.
Pilih Menu > Tetapan > Panggilan > Dail cepat > Aktif
atau Tak aktif.
Untuk membuat panggilan, tekan dan tahan suatu kekunci
dail cepat sehingga panggilan itu bermula.
Anda boleh membuat panggilan telefon dengan menyebut
nama yang disimpan dalam senarai kenalan telefon. Untuk
menetapkan kenalan untuk main balik suara, pilih Menu >
Tetapan > Telefon > Pengecaman suara > Bahasa
pengecaman, dan ikut arahan paparan.
Sebelum menggunakan tag suara, ambil perhatian pada
yang berikut:
• Tag suara tidak bergantung pada bahasa. Ia bergantung
pada suara penuturnya.
• Anda perlu menyebut nama sama seperti anda
menyebutnya ketika merakam suara.
• Tag suara adalah sensitif pada hingar latar belakang.
Rakam tag suara dan gunakannya dalam persekitaran
yang senyap.
• Nama yang sangat pendek tidak diterima. Gunakan
nama panjang, dan elakkan nama yang serupa untuk
nombor yang berlainan.
Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar
dalam persekitaran yang bising atau semasa
kecemasan, oleh itu anda tidak seharusnya
bergantung semata-mata pada dailan suara
dalam semua keadaan.
Banyak daripada pilihan yang boleh anda gunakan semasa
panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk
ketersediaan, hubungi pembekal khidmat anda.
Pilihan yang mungkin ditawarkan oleh pembekal khidmat
termasuk panggilan persidangan, perkongsian video dan
menundakan panggilan.
Panggilan menanti
Pilih Menu > Tetapan > Panggilan > Panggilan menanti
> Aktifkan untuk membenarkan rangkaian memberitahu
anda tentang panggilan masuk ketika anda sedang dalam
talian (perkhidmatan rangkaian).
Untuk menjawab panggilan menanti semasa panggilan
aktif, tekan kekunci panggil. Panggilan yang pertama akan
ditunda. Untuk menamatkan panggilan yang aktif, tekan
kekunci tamat.
Membuat panggilan video
1 Untuk memulakan panggilan video, masukkan nombor
telefon dalam mod siap sedia, atau pilih Kenalan, dan
pilih kenalan.
2 Tekan dan tahan kekunci panggil, atau pilih Pilihan >
Panggilan video.
Panggilan
Memulakan panggilan video mungkin mengambil masa
yang agak lama. Panggilan video dan animasi keluar
dipaparkan. Jika panggilan tersebut tidak berjaya
(contohnya, panggilan video tidak disokong oleh
rangkaian, atau peranti yang menerima tidak serasi)
anda akan ditanya sama ada anda hendak mencuba
panggilan biasa atau menghantar mesej sebagai ganti.
Untuk menambah atau mengurangkan kelantangan
semasa panggilan, tekan kekunci kelantangan ke atas
atau ke bawah.
3 Untuk menamatkan panggilan, tekan kekunci tamat.
Apabila anda membuat panggilan video, anda menghantar
video masa nyata kepada penerima panggilan. Imej video
yang ditangkap oleh kamera pada bahagian depan telefon
anda akan dipaparkan kepada penerima panggilan video.
Untuk membolehkan membuat panggilan video, anda
perlu mempunyai kad USIM dan disambungkan dalam
rangkaian WCDMA. Untuk ketersediaan dan langganan
perkhidmatan data, hubungi operator rangkaian atau
pembekal khidmat anda. Panggilan video hanya boleh
dibuat antara dua pihak. Panggilan video boleh dibuat ke
telefon yang serasi atau klien ISDN. Panggilan video tidak
boleh dibuat semasa panggilan suara, video, atau data
sedang aktif.
Semasa pengendalian yang dilanjutkan, seperti panggilan
video aktif dan sambungan data berkelajuan tinggi, peranti
mungkin terasa hangat. Dalam kebanyakan kes, ini adalah
keadaan biasa. Jika anda mengesyaki peranti tidak
berfungsi dengan betul, bawanya ke kemudahan servis
berdaftar yang terdekat.
Anda boleh memasukkan teks menggunakan input teks
tradisional atau ramalan. Apabila anda menulis teks, tekan
dan tahan Pilihan untuk beralih antara input teks
tradisional, ditandakan dengan , dan input teks
ramalan, ditandakan dengan . Tidak semua bahasa
disokong oleh input teks ramalan.
Huruf-huruf besar atau kecil ditandakan oleh , ,
dan . Untuk menukar huruf besar atau huruf kecil,
tekan #. Untuk mengubah dari mod huruf ke mod nombor,
tandakan dengan , tekan dan tahan #, dan pilih Mod
nombor. Untuk menukar daripada mod nombor ke huruf,
tekan dan tahan #.
Untuk menetap bahasa menulis, pilih Pilihan > Bahasa
tulisan.
Input teks tradisional
Tekan satu kekunci nombor, 1 hingga 9, berulang kali
sehingga aksara yang diingini muncul. Aksara yang
tersedia bergantung kepada bahasa menulis yang dipilih.
Tekan kekunci 0 untuk membuat jarak. Tanda baca dan
aksara khas yang paling sering digunakan terdapat di
bawah kekunci 1.
Input teks ramalan berdasarkan kamus terbina dalam yang
boleh ditambahkan dengan kata baru.
1 Mula menulis kata dengan menggunakan kekunci 2
hingga 9. Telefon memaparkan * atau huruf jika ia
secara berasingan mempunyai makna sebagai satu
perkataan. Huruf-huruf yang dimasukkan dipaparkan
dengan bergaris bawah.
2 Apabila anda selesai menulis perkataan dan ia betul,
untuk mengesahkannya, tekan 0 untuk menambahkan
ruang.
Jika perkataan itu tidak betul, tekan * berkali-kali, dan
pilih perkataan dari senarai.
Jika aksara ? dipaparkan selepas kata, kata yang ingin
anda tuliskan tiada di dalam kamus. Untuk
menambahkan perkataan pada kamus, pilih Mengeja.
Masukkan perkataan menggunakan input teks
tradisional, dan pilih Simpan.
Untuk menulis perkataan majmuk, masukkan bahagian
pertama perkataan tersebut dahulu, dan tekan kekunci
tatal kanan untuk mengesahkannya. Tulis bahagian
akhir perkataan dan sahkan kata tersebut.
3 Mulakan menulis kata seterusnya.
Mesej
Mesej
Menulis dan menghantar mesej
1 Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej.
2 Masukkan satu atau lebih nombor telefon pada medan
Kepada:. Untuk mengambil semula nombor telefon
dari memori, pilih Tambah.
3 Masukkan mesej anda dalam medan Teks:.
Untuk menggunakan templat teks, tatal ke bawah dan
pilih Masukkn..
4 Pilih Hantar.
Menulis dan menghantar mesej
multimedia
1 Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej.
2 Masukkan satu atau lebih nombor telefon atau alamat
e-mel di dalam medan Kepada:. Untuk mengambil
nombor telefon atau alamat e-mel dari memori, pilih
Tambah.
3 Tuliskan mesej anda. Untuk menambah fail, tatal ke
bawah, dan pilih Masukkn..
4 Untuk melihat mesej sebelum menghantarnya, pilih
Pilihan > Pratonton.
5 Pilih Hantar.
Hanya peranti yang mempunyai ciri serasi boleh menerima
dan memaparkan mesej multimedia. Tampilan mesej boleh
berbeza-beza bergantung kepada peranti yang menerima.
Rangkaian wayarles mungkin mengehadkan saiz mesej
MMS. Jika gambar yang dimasukkan melebihi had ini,
peranti ini boleh membuatnya lebih kecil supaya ia boleh
dihantar melalui mesej MMS.
Untuk mengetahui ketersediaan dan untuk melanggan
perkhidmatan mesej multimedia (MMS, perkhidmatan
rangkaian), hubungi pembekal khidmat anda.
Membaca dan membalas mesej
1 Untuk melihat mesej yang diterima, pilih Tunjuk.
Untuk membaca mesej kemudian, pilih Menu > Mesej
> Peti masuk.
2 Untuk membalas mesej, pilih Balas. Menulis mesej
balasan.
3 Pilih Hantar.
Penting: Berhati-hati apabila membuka mesej.
Mesej-mesej mungkin mengandungi perisian niat
jahat atau mungkin berbahaya kepada peranti atau
PC anda.
Pemesejan audio Nokia Xpress
Anda boleh menggunakan perkhidmatan mesej multimedia
untuk membuat dan menghantar mesej audio. MMS mesti
diaktifkan sebelum anda boleh menggunakan mesej audio.
1 Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej audio.
Perakam terbuka.
2 Menuturkan mesej anda.
3 Masukkan satu atau lebih nombor telefon pada medan
Kepada: atau pilih Tambah untuk mengambil satu
nombor.
4 Pilih Hantar, atau tekan kekunci panggil.
Untuk membuka mesej audio yang diterima, pilih Main.
Jika lebih daripada satu mesej diterima, pilih Tunjuk >
Main. Untuk mendengar mesej kemudian, pilih Keluar.
Mesej kilat
Pilih Menu > Mesej > Buat mesej > Mesej kilat.
Masukkan nombor telefon penerima, dan tulis mesej anda.
Mesej kilat adalah mesej teks yang dipaparkan dengan
serta-merta selepas diterima. Mesej kilat tidak disimpan
secara automatik.
Aplikasi e-mel
Untuk mengaktifkan tetapan e-mel, pilih Menu > Mesej >
Tetapan mesej > Mesej e-mel.
Untuk menggunakan fungsi e-mel di telefon anda, anda
memerlukan sistem e-mel yang serasi.
Anda boleh menerima tetapan-tetapan tatarajah e-mel
sebagai mesej tatarajah.
E-mail tetapan wizard
Pilih Menu > Mesej > Peti mel e-mel > Pilihan > Tambah
peti mel > Wiz. p'sediaan. e-mel.
Untuk memasukkan tetapan secara manual, pilih Menu >
Mesej > Peti mel e-mel > Pilihan > Tambah peti mel >
Buat secara manual.
Aplikasi e-mel memerlukan pusat akses internet tanpa
proksi. Pusat akses WAP biasanya merangkumi proksi dan
tidak berfungsi dengan aplikasi e-mel.
Menulis dan menghantar e-mel
Anda boleh menulis mesej e-mel anda sebelum
menyambung kepada perkhidmatan e-mel; atau
menyambung dahulu kepada perkhidmatan itu, kemudian
menulis dan menghantar e-mel anda.
Jika lebih daripada satu akaun e-mel ditentukan, pilih
akaun yang anda mahu e-mel dihantar.
2 Masukkan alamat e-mel penerima, tulis subjeknya, dan
masukkan mesej e-melnya. Untuk melampirkan fail
pada e-mel, pilih butang Masukkn. dan dari pilihan.
Untuk simpan e-mel anda, pilih Pilihan > Simpan
mesej. Untuk edit atau sambung menulis e-mel anda
kemudian, pilih Sebagai mesej draf.
3 Untuk menghantar mesej e-mel, pilih Hantar.
Untuk menghantar e-mel dari folder draf, pilih Menu >
Mesej > Draf dan mesej yang diingini.
Memuat turun e-mel
1 Untuk memuat turun mesej e-mel yang telah dihantar
ke akaun e-mel anda, pilih Menu > Mesej.
Jika lebih daripada satu akaun e-mel ditetapkan, pilih
akaun dari mana anda ingin memuat turun e-mel.
Aplikasi e-mel hanya memuat turun tajuk e-mel
dahulu.
2 Pilih e-mel dan tekan Buka untuk memuat turun mesej
e-mel yang lengkap.
Membaca dan membalas e-mel
1 Pilih Menu > Mesej, nama akaun, dan mesej yang
dikehendaki.
2 Untuk membalas e-mel, pilih Pilihan > Balas. Sahkan
atau edit alamat dan perkara e-mel; kemudian tulis
balasan anda.
3 Untuk menghantar mesej, pilih Hantar.
Untuk menamatkan sambungan ke peti e-mel, pilih
Pilihan > Putuskan sambungan.
Mesej segera
Dengan mesej segera (IM, perkhidmatan rangkaian) anda
boleh menghantar mesej pendek dan mudah kepada
pengguna dalam talian. Anda perlu melanggani
perkhidmatan dan berdaftar dengan perkhidmatan IM
yang anda mahu gunakan. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai pendaftaran untuk perkhidmatan IM,
hubungi pembekal khidmat anda.
Mesej suara
Untuk memanggil peti mel suara anda, pilih Menu >
Mesej > Mesej suara > Dengar mesej suara. Untuk
memasukkan, mencari, atau mengedit nombor peti mel
suara anda, pilih No. peti mel suara.
Peti mel suara ialah perkhidmatan rangkaian, dan anda
mungkin perlu melanggannya. Untuk maklumat lanjut
hubungi pembekal khidmat anda.
Jika disokong oleh rangkaian, menandakan mesej
suara baru. Untuk memanggil nombor peti mel suara anda,
pilih Dengar.
Tetapan mesej
Tetapan umum
Tetapan umum adalah biasa untuk mesej teks dan
multimedia.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Tetapan umum
dan daripada pilihan yang berikut:
Simpan mesej dihntr. > Ya — untuk menetap telefon
supaya menyimpan mesej yang dihantar di dalam folder
Perkara dihantar.
M'ganti dlm Dihantar > Dibenarkan — untuk menetap
telefon supaya menggantikan mesej lama yang telah
dihantar dengan mesej baru apabila memori mesej penuh.
Tetapan ini hanya dipaparkan jika anda memilih Simpan
mesej dihntr. > Ya.
Penerima kegemaran — untuk menentukan penerima atau
kumpulan mesej tersedia dengan mudah apabila
menghantar mesej.
Saiz fon — untuk memilih saiz fon yang digunakan dalam
mesej.
Senyuman grafik > Ya — untuk menetap telefon supaya
menggantikan senyuman yang berdasarkan aksara dengan
senyuman grafik.
Mesej teks
Tetapan mesej teks menjejas penghantaran, penerimaan,
dan paparan teks dan mesej SMS.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Mesej teks dan
daripada pilihan yang berikut:
P'hantaran. laporan > Ya — untuk meminta rangkaian
menghantarkan laporan penghantaran tentang mesejmesej anda (perkhidmatan rangkaian).
Pusat mesej > Tambah pusat — untuk menetap nombor
telefon dan nama pusat mesej yang dikehendaki untuk
menghantar mesej teks. Anda menerima nombor ini
daripada pembekal khidmat anda.
Pusat mesej diguna — untuk memilih pusat mesej yang
sedang digunakan.
Kesahan mesej — untuk memilih jangka masa rangkaian
cuba menghantar mesej anda.
Mesej dihantar sbg. — untuk memilih format mesej untuk
dihantar: Teks, Mengelui, atau Faks (perkhidmatan
rangkaian).
Guna data paket > Ya — untuk menetapkan GPRS sebagai
Sokongan aksara > Penuh — untuk memilih semua aksara
dalam mesej untuk dihantar seperti dilihat. Jika anda
memilih Dikurangkan, aksara dengan aksen dan tandatanda lain boleh ditukar kepada aksara-aksara lain.
Bls. m'lui pusat sama > Ya — untuk membenarkan
penerima mesej anda menghantar balasan kepada anda
menggunakan pusat mesej anda (perkhidmatan
rangkaian).
Mesej multimedia
Tetapan mesej menjejas penghantaran, penerimaan, dan
paparan mesej multimedia. Anda mungkin menerima
tetapan tatarajah bagi mesej multimedia sebagai mesej
tatarajah. Lihat "Perkhidmatan tetapan tatarajah" h. 16.
Anda juga boleh memasukkan tetapan secara manual.
Lihat "Tatarajah" h. 40.
Pilih Menu > Mesej > Tetapan mesej > Mesej
multimedia dan daripada pilihan yang berikut:
P'hantaran. laporan > Ya — untuk meminta rangkaian
menghantarkan laporan penghantaran tentang mesejmesej anda (perkhidmatan rangkaian).
Mod ciptaan MMS — untuk menyekat atau membenarkan
pelbagai jenis multimedia ditambah ke mesej.
Saiz imej dalam MMS — untuk menetap saiz imej dalam
mesej multimedia.
Pemasaan slaid lalai — untuk menetap masa lalai antara
slaid-slaid dalam mesej multimedia.
Bnrkn trima m'media — untuk menerima atau
menghalang mesej multimedia, pilih Ya atau Tidak. Jika
anda pilih Dalam rangkn. rumah, anda tidak boleh
menerima mesej multimedia apabila di luar rangkaian
rumah anda. Tetapan lalai perkhidmatan mesej multimedia
biasanya Dalam rangkn. rumah. Ketersediaan menu ini
bergantung kepada telefon anda.
Mesej multim. masuk — untuk menentukan bagaimana
mesej multimedia di dapat kembali. Tetapan ini tidak
dipaparkan jika Bnrkn trima m'media ditetapkan ke Tidak.
Benarkan iklan — untuk menerima atau menolak iklan.
Tetapan ini tidak dipaparkan jika Bnrkn trima m'media
ditetapkan ke Tidak, atau Mesej multim. masuk
ditetapkan ke Tolak.
Tetapan tatarajah > Tatarajah — hanya tatarajah yang
menyokong mesej multimedia dipaparkan. Pilih satu
pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah peribadi bagi
mesej multimedia. Pilih Akaun dan satu akaun MMS yang
terkandung dalam tetapan-tetapan tatarajah yang aktif.
Mesej e-mail
Tetapan-tetapan mesej menjejas penghantaran,
penerimaan, dan paparan e-mel. Anda boleh menerima
tetapan sebagai mesej tatarajah. Lihat "Perkhidmatan
Anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon (kenalan)
dalam memori telefon dan dalam memori kad SIM.
Memori telefon boleh menyimpan kenalan dengan butiran
tambahan, seperti pelbagai nombor telefon dan item teks.
Anda juga boleh menyimpan imej untuk sebilangan
kenalan yang terhad.
Memori kad SIM boleh menyimpan nama dengan satu
nombor telefon dilampirkan padanya. Kenalan-kenalan
yang disimpan dalam memori kad SIM ditandakan dengan
.
Untuk menyegerakkan daripada PC, lihat "Kesambungan"
h. 36.
Menyimpan nama dan nombor
telefon
Pilih Menu > Kenalan > Nama > Pilihan > Tamb kenalan
baru. Nama dan nombor disimpan di dalam memori yang
digunakan.
Menambah butiran kenalan
Pilih Menu > Kenalan > Tetapan, dan pastikan bahawa
Memori digunakan adalah Telefon atau Telefon dan SIM.
Dalam memori telefon anda boleh menyimpan pelbagai
jenis nombor telefon, nada atau klip video, dan item teks
pendek untuk kenalan.
Cari kenalan yang ingin ditambahkan butiran, dan pilih
Butiran > Pilihan > Tambah butiran. Pilih daripada
pilihan yang tersedia.
Mencari kenalan
Pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal melalui senarai
kenalan, atau masukkan aksara pertama bagi nama yang
anda sedang mencari.
Menyalin atau memindahkan
kenalan
Anda boleh memindahkan dan menyalin kenalan dari
memori telefon ke memori kad SIM atau sebaliknya.
Memori kad SIM boleh menyimpan nama dengan satu
nombor telefon dilampirkan padanya.
Untuk mengalih atau menyalin semua kenalan, pilih
Menu > Kenalan > Pindah kenalan atau Salin kenalan.
Untuk mengalih atau menyalin kenalan satu demi satu,
pilih Menu > Kenalan > Nama. Tatal ke kenalan, dan pilih
Pilihan > Pindah kenalan atau Salin kenalan.
Untuk mengalih atau menyalin berbilang kenalan, pilih
Menu > Kenalan > Nama. Tatal ke kenalan, dan pilih
Pilihan > Tanda. Tandakan kenalan-kenalan yang lain, dan
pilih Pilihan > Pindah yang ditanda atau Salin yang
ditanda.
Edit kenalan
Pilih Menu > Kenalan >Nama. Tatal ke kenalan, dan pilih
Pilihan > Edit, dan tatal ke butiran yang ingin anda ubah.
Kumpulan
Pilih Menu > Kenalan > Kumpulan untuk menyusun
nama dan nombor telefon ke dalam kumpulan pemanggil
dengan nada deringan dan imej kumpulan yang berbeza.
Kad niaga
Anda boleh menghantar dan menerima maklumat kenalan
seseorang dari peranti yang serasi yang menyokong piawai
vCard sebagai kad niaga.
Untuk menghantar kad niaga, cari kenalan yang
maklumatnya ingin anda hantar, dan pilih Butiran >
Pilihan > Hantar kad niaga.
Apabila anda menerima kad niaga, pilih Tunjuk > Simpan
untuk menyimpan kad niaga di dalam memori telefon.
Untuk membuang kad niaga, pilih Keluar > Ya.
Tetapan kenalan
Pilih Menu > Kenalan > Tetapan dan daripada pilihan
yang berikut:
Memori digunakan — Lihat "Menambah butiran kenalan"
h. 31.
Pameran kenalan — untuk memilih bagaimana nama dan
nombor dalam Kenalan dipaparkan.
Paparan nama — untuk memilih sama ada nama pertama
atau nama akhir kenalan dipaparkan dahulu.
Saiz fon — untuk menetap saiz fon bagi senarai kenalan
Taraf memori — untuk melihat muatan memori yang
Pilih Menu > Log > Panggiln tak jwb, Panggilan dit'ma,
atau No. yg s'dh didail. Untuk melihat panggilan terbaru
yang tidak dijawab dan yang diterima dan nombor yang
sudah didail mengikut susunan waktu, pilih Log
panggilan. Untuk melihat kenalan yang terbaru anda
hantarkan mesej, pilih Penerima mesej.
Untuk melihat bilangan mesej teks dan multimedia yang
telah anda hantar dan terima, pilih Menu > Log > Log
mesej.
Nota: Invois sebenar untuk panggilan dan
perkhidmatan dari pembekal khidmat anda
mungkin berbeza-beza, bergantung kepada ciri
rangkaian, pembundaran untuk bil, cukai, dan
sebagainya.
Muat turun tema — untuk membuka senarai pautan bagi
memuat turun lebih banyak tema.
Nada
Pilih Menu > Tetapan > Nada.
Pilih Pilihan > Simpan untuk menyimpan tetapan atau
Batal untuk membiarkan tetapan tidak diubah.
Jika anda pilih aras nada dering paling tinggi, nada dering
mencecah aras paling tingginya selepas beberapa saat.
Paparan
Dengan tetapan paparan anda boleh memperibadikan
pameran paparan telefon anda.
Tetapan mod siap sedia
Pilih Menu > Tetapan > Paparan dan daripada pilihan
yang berikut:
Tetapan
Gambar latar — untuk menetap telefon anda supaya
memaparkan imej atau slaid sebagai kertas hias dinding
apabila telefon dalam mod siap sedia. Pilih Gambar latar
> Imej atau Set slaid, tatal ke folder tempat anda hendak
memilih imej atau set slaid, dan pilih imej atau set slaid
yang anda kehendaki.
Siap sedia aktif — untuk memilih sama ada telefon anda
memaparkan siap sedia aktif.
Warna fon siap sedia — untuk memilih warna bagi teks
pada paparan dalam mod siap sedia.
Ikon k'kunci navigasi — untuk memaparkan ikon pintasan
kekunci navigasi pada waktu itu dalam mod siap sedia
apabila siap sedia aktif dinyahaktifkan.
Butiran p'beritahuan — untuk menunjukkan atau
menyembunyikan butiran seperti butiran kenalan, dalam
kedua-dua panggilan tidak dijawab dan pemberitahuan
penerimaan mesej.
Animasi gelangsar — untuk menetapkan telefon anda
memaparkan animasi dan memainkan nada apabila anda
buka dan tutup telefon bergantung pada tema.
Gambar skrin — untuk menetap telefon anda supaya
memaparkan corak berubah-ubah atau imej apabila tiada
fungsi telefon digunakan buat jangka masa tertentu.
Penjimat kuasa — untuk menjimatkan kuasa bateri, jam
digital dipaparkan apabila tiada fungsi telefon digunakan
buat jangka masa tertentu.
Mod tidur — untuk menjimatkan kuasa bateri, paparan
menjadi hitam apabila tiada fungsi telefon digunakan pada
masa tertentu.
Saiz fon — untuk menetap saiz fon bagi mesej dan menulis
mesej, serta melihat kenalan, dan halaman web.
Logo operator — untuk menetapkan telefon anda supaya
memaparkan atau menyembunyikan logo operator, jika
tersedia.
Paparan maklumt. sel > Aktif — untuk menerima
maklumat dari operator rangkaian bergantung kepada sel
rangkaian yang digunakan (perkhidmatan rangkaian).
Tarikh dan masa
Pilih Menu > Tetapan > Tarikh dan masa > Ttpan. tarikh
& masa, Format tarkh. & masa, atau Kms. kini auto masa
(rangkaian perkhidmatan) untuk mengubah tetapan masa,
zon masa, dan tarikh.
Pintasan saya
Dengan pintasan peribadi anda mendapatkan akses cepat
ke fungsi-fungsi telefon yang kerap digunakan.
Untuk memilih fungsi dari senarai, pilih Menu > Tetapan
> Pintasan saya > Kekunci pilihan kiri.
Kekunci pilihan kanan
Untuk memilih fungsi dari senarai, pilih Menu > Tetapan
> Pintasan saya > K'kunci pilihan kanan.
Kekunci navigasi
Untuk memberi fungsi telefon yang lain dari senarai yang
dipratetap ke kekunci tatal, pilih Menu > Tetapan >
Pintasan saya > Kekunci navigasi.
Mod sedia aktif
Untuk memilih fungsi dari senarai, pilih Menu > Tetapan
> Pintasan saya > Kknci s/sedia aktif.
Segerak dan sandaran
Pilih Menu > Tetapan > Pygrkn & sandrn. untuk
segerakkan atau menyalin data antara telefon anda dan
telefon yang lain atau pelayan jauh (perkhidmatan
rangkaian).
Tukar telefon — untuk segerakkan atau menyalin data
antara dua telefon
Buat sandaran — untuk membuat sandaran isi yang dipilih
dan simpankan ia di dalam kad memori anda
S/smla sandaran — untuk menyimpan semula kandungan
yang telah disandarkan sebelumnya dalam kad memori
anda
Pemindahan data — untuk memindahkan data antara
telefon anda dan peranti yang lain
Kesambungan
Anda boleh menyambungkan telefon ke peranti yang serasi
dengan menggunakan teknologi wayarles Bluetooth, atau
sambungan kabel data USB.
Kesambungan dengan Bluetooth
Peranti ini mematuhi Bluetooth Spesifikasi 2.0 yang
menyokong profil berikut: Akses SIM, penolak objek,
pemindahan fail, rangkaian dailan, set kepala, bebas
tangan, aplikasi penemuan perkhidmatan, akses generik,
port siri, dan pertukaran objek generik. Untuk memastikan
keantarakendalian di antara peranti-peranti lain yang
menyokong teknologi Bluetooth, gunakan tambahantambahan Nokia yang diluluskan untuk model ini. Periksa
dengan pembuat peranti lain untuk menentukan
keserasiannya dengan peranti ini.
Teknologi Bluetooth membolehkan anda menyambungkan
telefon anda ke telefon Bluetooth yang serasi dalam jarak
10 meter (33 kaki). Oleh kerana peranti yang menggunakan
teknologi Bluetooth berkomunikasi menggunakan
gelombang radio, telefon anda dan telefon yang satu lagi
itu tidak perlu berada dalam garis tampak langsung,
walaupun sambungan boleh jadi mendapat gangguan dari
halangan seperti tembok atau dari peranti-peranti
elektronik lain.
Ciri yang menggunakan teknologi Bluetooth meningkatkan
penggunaan kuasa bateri dan mengurangkan hayat bateri.
Menyediakan sambungan Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth >
Aktif.
Pilih Nama telefon saya untuk menetapkan atau
mengubah nama telefon anda yang boleh nampak oleh
peranti Bluetooth yang lain.
menandakan Bluetooth adalah aktif. Perlu diingati
bahawa Bluetooth menggunakan kuasa bateri dan
mengurangkan hayar bateri.
Menyambung peranti Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth >
Cari tambahan audio dan peranti yang anda hendak
sambungkan.
Melihat senarai sambungan
Bluetooth anda
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth >
Peranti aktif.
Menghantar data ke peranti
Bluetooth
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth >
Peranti yg berpasang. Pilih peranti yang ingin anda
sambungkan, dan masukkan kod laluan. Untuk sambung ke
peranti yang lain, anda perlu bersetuju pada kata laluan
(sehingga16 aksara) untuk menggunakannya. Anda perlu
menggunakan kata laluan satu kali untuk menetapkan
sambungan dan memulakan pemindahan data.
Jika anda tidak nampak peranti itu pada senarai, pilih Baru
untuk menyenaraikan peranti Bluetooth dalam jarak
lingkungan.
Menyembunyikan peranti Bluetooth
anda dari orang lain
Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth >
K'bolhlihatan tel saya atau Nama telefon saya. Pilih
Tersembunyi, atau matikan Bluetooth sepenuhnya.
Tetapan modem
Anda boleh menyambungkan telefon menggunakan
teknologi wayarles Bluetooth atau sambungan kabel data
USB ke PC yang serasi dan menggunakan telefon sebagai
modem untuk membolehkan kesambungan GPRS dari PC.
Untuk menentukan tetapan sambungan dari PC anda:
1 Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Data paket
> Tetapan data paket > Pusat akses aktif, dan
aktifkan pusat akses yang ingin anda gunakan.
2 Pilih Edit pusat akses aktif, masukkan nama untuk
mengubah tetapan pusat akses, dan pilih OK.
3 Pilih Pusat aks. data paket, masukkan nama pusat
akses (APN) untuk mewujudkan sambungan kepada
rangkaian, dan pilih OK.
4 Mewujudkan sambungan internet dengan
menggunakan telefon anda sebagai modem.
Lihat "Nokia PC Suite" panduan pengguna untuk maklumat
lanjut. Jika anda telah menetapkan tetapan kedua-duanya
pada PC anda dan pada telefon anda, tetapan PC akan
digunakan.
Untuk menyegerakkan data dari kalendar, nota, dan
kenalan, pasang perisian Nokia PC Suite untuk telefon
anda pada PC. Gunakan teknologi wayarless Bluetooth
atau kabel data USB, untuk penyegerakan, dan mula
penyegerakan dari PC.
Menyegerak dari pelayan
Untuk menggunakan pelayan internet jauh, langgani ke
khidmat penyegerakan. Untuk maklumat lanjut dan
tetapan yang diperlukan untuk perkhidmatan ini, hubungi
pembekal khidmat anda.
Kabel data USB
Anda boleh menggunakan kabel data USB CA-101 untuk
memindahkan data antara telefon dan PC atau pencetak
yang menyokong PictBridge. Anda juga boleh
menggunakan kabel data USB dengan Nokia PC Suite.
Tya k'tka m'ybg — membenarkan telefon anda bertanya
sama ada untuk disambungkan
PC Suite — untuk menggunakan telefon anda untuk
berinteraksi dengan aplikasi pada PC yang mempunyai
Nokia PC Suite
Pencetakan & media — untuk menggunakan telefon anda
dengan pencetak PictBridge serasi, atau menyambungkan
Tetapan
telefon anda pada PC untuk menyegerakkannya dengan
Windows Media Player (muzik, video)
Simpanan data — untuk menyambungkan PC yang tidak
mempunyai perisian Nokia dan menggunakan telefon
sebagai peranti simpanan data.
Untuk menukar mod USB pilih Menu > Tetapan >
Kesambungan > Kabel data USB > Tya k'tka m'ybg, PC
Suite, Pencetakan & media, atau Simpanan data.
Panggilan
Pilih Menu > Tetapan > Panggilan dan daripada pilihan
yang berikut:
Alih panggilan — untuk mengalihkan panggilan masuk
anda (perkhidmatan rangkaian). Anda mungkin tidak dapat
mengalihkan panggilan anda jika beberapa fungsi sekatan
panggilan sedang aktif. Lihat Khidmat sekat pgln. dalam
"Kod akses" h. 12.
Jwb guna sbrg. kknci > Aktif — untuk menjawab
panggilan masuk dengan menekan sebentar sebarang
kekunci, kecuali kekunci kuasa, kekunci kamera, kekunci
pilihan kiri dan kanan, atau kekunci tamat.
Dail s'mla automatik > Aktif — untuk membuat
maksimum 10 percubaan untuk menyambungkan
panggilan selepas satu percubaan memanggil yang gagal
Dail smla. vid. ke s'ra — untuk memilih sama ada telefon
secara automatik membuat panggilan suara kepada
nombor ke mana panggilan video gagal dibuat.
Kejelasan suara > Aktif — untuk menambah kejelasan
pertuturan terutamanya dalam persekitaran yang bising.
Dail cepat — Lihat "Dail cepat" h. 21.
Panggilan menanti — Lihat "Panggilan menanti" h. 22.
Ringkasan slps. pgln. > Aktif — untuk memaparkan
sebentar anggaran tempoh dan kos (perkhidmatan
rangkaian) panggilan selepas setiap panggilan.
Htr id'titi pmggl. saya > Ya — untuk memaparkan nombor
telefon anda kepada orang yang anda panggil
(perkhidmatan rangkaian). Untuk menggunakan tetapan
yang telah dipersetujui dengan pembekal khidmat anda,
pilih Ditetap rangkaian.
P'dalian pangln. g'sar — untuk memilih fungsi untuk
membuka dan menutup gelangsar.
Berkongsi video — untuk menentukan tetapan
perkongsian video.
Telefon
Pilih Menu > Tetapan > Telefon dan dari pilihan yang
berikut:
Tetapan bahasa — untuk menetap bahasa paparan telefon
anda, pilih Bahasa telefon. Automatik pilih bahasa
mengikut butiran pada kad SIM. Untuk memilih bahasa kad
USIM, pilih Bahasa SIM. Untuk menetapkan bahasa untuk
main balik suara, pilih Bahasa pengecaman.
Taraf memori — untuk melihat jumlah yang digunakan
dan yang tersedia dalam memori telefon.
Kawal kekunci auto. — Lihat "Kod akses" h. 12.
Pengecaman suara — Lihat "Dailan suara tambahan"
h. 22.
Kawal k'knci k'slmtan — Lihat "Kod akses" h. 12.
Kata sambutan — untuk menulis nota yang diperlihatkan
apabila telefon dihidupkan.
Kemas kini telefon — untuk mengemas kini perisian
telefon jika terdapat kemas kini tersedia.
Mod rangkaian — untuk memilih mod dual (UMTS atau
GSM). Anda tidak boleh mengakses pilihan ini semasa
panggilan sedang aktif.
Pilihan operator > Automatik — untuk menetap telefon
supaya memilih secara automatik salah satu daripada
rangkaian selular yang terdapat di kawasan anda. Dengan
Manual anda boleh memilih rangkaian yang mempunyai
perjanjian perayauan dengan pembekal khidmat anda.
Aktifkn teks bantuan — untuk memilih sama ada telefon
memaparkan teks bantuan.
Nada permulaan — untuk memilih sama ada telefon
memainkan nada apabila telefon dihidupkan.
Pertanyaan p'nrbngn. — Lihat "Profil penerbangan" h. 19.
Tambahan
Menu ini atau pilihan-pilihan berikut dipaparkan jika
telefon sedang atau telah disambungkan pada tambahan
bimbit yang serasi.
Pilih Menu > Tetapan > Tambahan. Pilih satu tambahan
dan bergantung kepada tambahan itu, daripada pilihanpilihan berikut:
Profil lalai — untuk memilih profil yang ingin anda
aktifkan secara automatik apabila anda menyambung
kepada tambahan yang dipilih.
Jawab automatik — untuk menetap telefon supaya
menjawab panggilan masuk secara automatik selepas 5
saat. Jika Menu > Tetapan > Nada > Isyarat pgln. masuk
ditetapkan pada Bip sekali atau Tak aktif, jawapan
automatik tidak akan aktif.
Tatarajah
Anda boleh menatarajah telefon anda dengan tetapan
yang diperlukan untuk perkhidmatan tertentu berfungsi
dengan betul. Pembekal khidmat anda mungkin juga
menghantar anda tetapan ini sebagai mesej tatarajah.
Pilih Menu > Tetapan > Tatarajah dan daripada pilihan
yang berikut:
Ttpan. tatarajah lalai — untuk melihat pembekal-
pembekal khidmat yang disimpan di dalam telefon. Untuk
menetap tetapan tatarajah pembekal khidmat sebagai
tetapan lalai, pilih Pilihan > Tetap sebagai lalai.
Akt. lalai dlm sma apl — untuk mengaktifkan tetapan
tatarajah lalai bagi aplikasi yang disokong.
Pusat aks. diutamakn — untuk melihat pusat-pusat akses
yang disimpan. Tatal ke satu pusat akses, dan pilih
Pilihan > Butiran untuk melihat nama pembekal khidmat,
pembawa data, dan pusat akses data paket atau nombor
dailan-GSM.
Sambung ke bantuan — untuk memuat turun tetapan
tatarajah daripada pembekal khidmat anda.
Ttpn tatarajah pribdi — untuk menambah akaun peribadi
baru secara manual bagi pelbagai perkhidmatan dan untuk
mengaktifkan atau memadamnya. Parameter berbezabeza menurut jenis perkhidmatan yang dipilih.
Menyimpan semula tetapan
kilang
Pilih Menu > Tetapan > S/smla ttp kilang untuk menetap
sesetengah tetapan menu kepada nilai asalnya. Masukkan
kod keselamatan. Nama dan nombor telefon yang
disimpan di dalam Kenalan tidak dipadam.
Kemas kini perisian telefon
Pembekal khidmat anda mungkin menghantar kemas kini
perisian telefon melalui udara langsung kepada peranti
anda Pilihan ini mungkin tidak tersedia, bergantung
kepada telefon anda.
Amaran: Jika anda memasang satu kemas kini
perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti
ini, walaupun untuk membuat panggilan
kecemasan, sehingga pemasangan tersebut
selesai dan peranti dimulakan semula. Pastikan
anda membuat salinan sandaran data sebelum
menerima pemasangan kemas kini.
Menu ini membolehkan anda mengakses perkhidmatan
yang disediakan oleh operator rangkaian anda. Nama dan
ikon bergantung kepada operator. Untuk maklumat lanjut,
hubungi operator rangkaian anda. Operator boleh
mengemas kini menu ini dengan satu mesej perkhidmatan.
Mesej maklumat
Pilih Menu > Mesej > Mesej maklumat untuk menerima
mesej tentang pelbagai topik dari pembekal khidmat anda
(perkhidmatan rangkaian). Untuk maklumat lanjut,
hubungi pembekal khidmat anda.
Arahan khidmat
Pilih Menu > Mesej > Arahan khidmat untuk menulis dan
menghantar permintaan perkhidmatan (arahan USSD ) ke
pembekal khidmat anda, seperti arahan pengaktifan untuk
perkhidmatan rangkaian.
Dalam menu ini anda boleh mengurus imej, klip video, fail
muzik, tema, grafik, nada, rakaman, dan fail yang diterima.
Fail-fail ini disimpan di dalam memori telefon dan boleh
disusun dalam folder.
Telefon anda menyokong sistem kunci pengaktifan bagi
melindungi kandungan yang diperoleh. Sentiasa periksa
syarat penghantaran sebarang kandungan dan kunci
pengaktifan sebelum memperolehnya, kerana ia mungkin
dikenakan bayaran.
Untuk melihat senarai folder, pilih Menu > Galeri.
Untuk melihat pilihan-pilihan folder yang tersedia, pilih
satu folder dan Pilihan.
Untuk melihat senarai fail di dalam folder, pilih satu folder
dan Buka.
Untuk melihat pilihan fail yang tersedia, pilih satu fail dan
Pilihan.
Pengurusan hak digital
Pengurusan hak digital (DRM) adalah perlindungan hak
cipta, direka cipta untuk mencegah pengubahsuaian dan
untuk membataskan pengedaran fail yang dilindungi.
Apabila anda memuat turun fail-fail yang dilindungi,
seperti bunyi, video, tema, atau nada deringan ke telefon
anda, fail-fail tersebut adalah percuma, tetapi dikunci.
Anda membayar kekunci untuk mengaktifkan fail tersebut,
dan kekunci pengaktifan dihantar secara automatik ke
telefon anda semasa anda memuat turun fail tersebut.
Untuk melihat keizinan bagi fail yang dilindungi, tatal ke
fail dan pilih Pilihan > Kunci pengaktifan. Contohnya,
anda boleh lihat sebanyak mana masa anda boleh melihat
video atau sebanyak mana hari yang tinggal untuk
mendengar lagu.
Untuk memanjangkan keizinan bagi sesuatu fail, pilih
Pilihan dan pilihan yang sepadan bagi jenis fail itu, seperti
Aktifkan tema. Anda boleh menghantar sesetengah jenis
fail yang dilindungi kepada rakan-rakan anda, dan mereka
boleh membeli kekunci pengaktifan sendiri.
Telefon ini menyokong OMA DRM 2.0.
Pemilik kandungan boleh menggunakan jenis teknologi
pengurusan hak digital (DRM) yang berlainan untuk
melindungi harta intelektual mereka, termasuk hak cipta.
Peranti ini menggunakan pelbagai jenis perisian DRM
untuk mengakses kandungan yang dilindungi DRM.
Dengan peranti ini anda boleh mengakses kandungan yang
dilindungi dengan WMDRM 10.07, OMA DRM 1.0 dan OMA
DRM 2.0. Jika perisian DRM yang tertentu gagal
melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh meminta
kemampuan perisian DRM ini untuk mengakses
kandungan yang dilindungi DRM baru ini dibatalkan.
Pembatalan juga akan mengelakkan pembaharuan
kandungan yang dilindungi DRM yang telah ada dalam
peranti anda. Pembatalan perisian DRM yang sedemikian
tidak menjejaskan penggunaan kandungan yang dilindungi
dengan jenis DRM lain atau penggunaan kandungan yang
bukan dilindungi DRM.
Kandungan yang dilindungi pengurusan hak digital (DRM)
didatangkan dengan kunci pengaktifan berkaitan yang
menentukan hak anda untuk menggunakan kandungan.
Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi
OMA DRM, untuk menyandarkan kedua-dua kunci
pengaktifan dan kandungannya, gunakan ciri sandaran
Nokia PC Suite. Cara pemindahan lain mungkin tidak boleh
memindahkan kunci pengaktifan yang perlu disimpan
semula dengan kandungan yang membolehkan anda
meneruskan penggunaan kandungan yang dilindungi OMA
DRM selepas memori peranti diformat. Anda mungkin juga
perlu menyimpan semula kunci pengaktifan sekiranya fail
pada peranti anda rosak.
Mod TV-keluar
Untuk melihat video dan imej, main permainan, semak
imbas laman web, atau membuat panggilan video pada
skrin TV yang serasi:
1 Hidupkan TV dan sambungkan kabel TV-keluar,
CA-92U, ke video dan input audio.
2 Sambung kabel TV-keluar ke penyambung tambahan
pada bahagian atas telefon anda.
3 Pilih saluran AV yang sesuai di TV.
Telefon membunyikan bip dan memaparkan nota.
Jika set TV tidak dikesan dengan automatik melalui telefon
anda, pilih Menu > Tetapan > Tambahan > Kabel TV, dan
kemudian pilih satu daripada berikut:
• Standard TV > PAL atau NTSC
• Aktifkan TV-keluar
Semua audio, termasuk bunyi stereo video klip, nada
dering, dan nada kekunci pad, dihalakan ke TV apabila
kabel TV-keluar disambungkan ke telefon. Anda boleh
menggunakan mikrofon telefon dengan normal dan
menerima panggilan suara dan video.
Apabila anda membuka imej dalam paparan kenit ketika ia
dipamerkan di TV, pilihan zum tidak tersedia. Imej yang
terbuka dipaparkan pada TV dalam skrin penuh.
Apabila anda membuka klip video yang diserlahkan,
telefon mula memainkan klip video pada skrin TV.
Peranti anda menyokong Nokia XPressPrint. Untuk
menyambungkannya dengan pencetak yang serasi,
gunakan kabel data USB atau hantarkan imej melalui
Bluetooth ke pencetak yang menyokong teknologi
Bluetooth. Lihat "Kesambungan" h. 36.
Anda boleh mencetak imej yang dalam format .jpg. Imej
yang diambil dengan kamera disimpan secara automatik
dalam format .jpg.
Pilih imej yang ingin anda cetak dan Pilihan > Cetak.
Anda boleh mengambil gambar atau merakam klip video
dengan kamera 3.2 megapiksel yang terbina dalam dengan
fokus auto.
Kamera
Kamera tersebut menghasilkan gambar dalam format .jpg,
dan anda boleh zum secara digital sehingga lapan kali.
Mengambil imej
Tekan kekunci kamera
(tekanan kunci
sekejap) untuk
mengaktifkan kamera.
Tekan ia semula untuk
mengambil imej.
Untuk mengambil imej yang lain, pilih Balik; untuk
menghantar imej sebagai mesej multimedia, pilih Pilihan >
Hantar. Telefon menyimpan imej di dalam Galeri > Imej.
Untuk fokus auto, tekan kekunci kamera sebentar. Bingkai
putih akan muncul dalam paparan. Apabila ia selesai
memfokus bingkai berubah warna ke warna hijau dan
gambar boleh ditangkap dengan menekan kekunci kamera
ke bawah dengan sepenuhnya. Bingkai merah menandakan
kamera tidak di dalam fokus. Oleh yang demikian, lepaskan
kekunci kamera dan fokuskan kamera kembali.
Denyar kamera akan digunakan dengan automatik apabila
anda mengambil imej dalam keadaan cahaya rendah.
Pastikan jarak yang selamat apabila menggunakan flash.
Jangan gunakan flash pada orang atau haiwan pada jarak
yang dekat. Jangan tutup flash semasa mengambil gambar.
Untuk mengezum masuk atau keluar, tekan kekunci
kelantangan ke atas atau ke bawah.
Video
Anda boleh merakam klip video dalam format .3gp. Masa
merakam sedia ada bergantung pada panjang klip video
dan tetepan kualiti. Panjang dan saiz fail klip mungkin
berbeza bergantung pada kualiti yang dipilih dan memori
sedia ada.
Untuk menetapkan kualiti klip video anda, pilih Menu >
Media > Video > Pilihan > Tetapan > Kualiti klip video >
Tinggi, Biasa, atau Asas.
Media
Untuk memilih had saiz fail, pilih Menu > Media >
Video > Pilihan > Tetapan > Panjang klip video.
Rakam klip video
Untuk mengaktifkan kamera, tekan kekunci kamera
(tekanan lama pada kekunci). Untuk memulakan rakaman,
pilih Rakam. Untuk mengezum masuk atau keluar, tekan
kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
Pemain muzik
Telefon anda mempunyai pemain muzik untuk mendengar
trek muzik, rakaman atau fail-fail bunyi MP3, MP4, AAC,
eAAC+ atau WMA lain yang telah anda pindahkan ke
telefon dengan aplikasi Nokia Audio Manager, yang mana
sebahagian daripada Nokia PC Suite.
Untuk membuka pemain muzik, pilih Menu > Media >
Pemain muzik.
Untuk membuka semua senarai lagu yang disimpan dalam
telefon anda, pilih Semua lagu > Buka, atau tatal ke
kanan.
Untuk membuat atau menguruskan senarai main, pilih
Senarai main > Buka, atau tatal ke kanan.
Buka folder dengan Artis, Album, atau Genre, tatal ke
folder yang anda ingini, dan pilih Kmbgkan, atau tatal ke
kanan.
Untuk membuka semua senarai lagu yang disimpan dalam
telefon anda, pilih Video > Buka, atau tatal ke kanan.
Untuk menyesuaikan pemain muzik dan tema penyama,
gerakkan Gelangsar Muzik ke kanan, pilih Menu >
Media > Pemain muzik > Pergi ke P'mn muz > Pilihan >
Tetapan > Tema Pemain muzik..
Mainkan muzik
Amaran: Dengar muzik pada aras kelantangan
yang sederhana. Pendedahan kepada kelantangan
yang tinggi secara terus menerus boleh
merosakkan pendengaran anda. Jangan pegang
peranti ini dekat pada telinga apabila pembesar
suara sedang digunakan, kerana kelantangannya
mungkin sangat kuat.
Apabila anda membuka menu Pemain muzik, butiran trek
pertama pada senarai trek lalai ditunjukkan.
Untuk memainkan, pilih .
Untuk melaraskan kelantangan dalam panggilan, tekan
kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
Untuk berjeda memainkan, pilih.
Untuk berhenti main, tekan dan tahan kekunci tamat.
Untuk melangkau ke trek yang berikutnya, pilih .
Untuk melangkau ke permulaan trek yang sebelumnya,
pilih .
Untuk memundurkan trek semasa, pilih dan tahan .
Untuk memajukan cepat trek semasa, pilih dan tahan
. Lepaskan kekunci di kedudukan yang anda mahu.
Radio
Radio FM bergantung pada sebuah antena selain daripada
antena peranti wayarles. Alat dengar atau tambahan yang
serasi perlu dipasangkan kepada peranti ini supaya radio
FM boleh berfungsi dengan betul.
Amaran: Dengar muzik pada aras kelantangan
yang sederhana. Pendedahan kepada kelantangan
yang tinggi secara terus menerus boleh
merosakkan pendengaran anda. Jangan pegang
peranti ini dekat pada telinga apabila pembesar
suara sedang digunakan, kerana kelantangannya
mungkin sangat kuat.
Pilih Menu > Media > Radio. Untuk menggunakan
kekunci grafik , , , atau pada paparan telefon,
tatal ke kiri atau ke kanan ke kekunci yang anda kehendaki,
dan pilih kekunci tersebut.
Simpan stesen
1 Untuk memulakan carian stesen radio, pilih dan tahan
atau . Untuk menukar frekuensi radio dalam
langkah 0.05 MHz, tekan atau .
2 Untuk meyimpan stesen ke satu lokasi memori 1 hingga
9, tekan dan tahan kekunci nombor yang sepadan.
3 Untuk menyimpan saluran dalam lokasi memori dari 10
hingga 20, tekan 1 atau 2, dan tekan dan tahan kekunci
nombor (0 hingga 9) yang dikehendaki.
4 Masukkan nama stesen, dan pilih OK.
Mendengar
1 Pilih Menu > Media > Radio.
2 Untuk tatal ke stesen radio yang dikehendaki, pilih
atau , atau tekan kekunci alat dengar.
3 Untuk memilih stesen radio, tekan sebentar kekunci
nombor yang sepadan.
4 Pilih Pilihan dan salah satu daripada pilihan yang
berikut:
Matikan — untuk mematikan radio.
Simpan saluran — untuk menyimpan stesen radio baru
dengan memasukkan nama saluran. Pilihan ini hanya
dipaparkan apabila stesen radio yang dipilih tidak
disimpan.
Saluran — untuk memilih stesen daripada senarai
stesen yang disimpan. Ia hanya boleh dapat
memasukkan senarai stesen jika stesen yang dipilih
telah disimpan.
Tetap frekuensi — untuk memasukkan frekuensi stesen
radio yang diingini.
Tetapan — untuk menukar tetapan Sistem Data Radio
(RDS), pilih RDS aktif atau RDS tak aktif. Apabila RDS
dihidupkan, anda boleh memilih Frekuensi auto aktif
untuk menukar kepada frekuensi lain yang
mengandungi stesen radio yang sama apabila isyarat
asal menjadi lemah.
Direktori stesen — untuk membuka perkhidmatan
Visual Radio menggunakan pautan web pada panduan
stesen radio.
Visual Radio — untuk menetap sama ada aplikasi
Visual Radio digunakan. Sesetengah saluran radio
boleh menghantar maklumat teks atau grafik yang
boleh anda lihat menggunakan Visual Radio.
Bnrkn. khdmt. visual — untuk menetapkan sama ada
aplikasi Visual Radio mula dengan automatik apabila
anda menghidupkan radio.
Biasanya anda boleh membuat panggilan atau menjawab
panggilan masuk semasa mendengar radio. Semasa
panggilan, kelantangan radio dibisukan.
Apabila suatu aplikasi yang menggunakan data paket atau
sambungan HSCSD sedang menghantar atau menerima
data, ia mungkin mengganggu radio.
Perakam suara
Anda boleh merakam cebisan percakapan, bunyi, atau
panggilan aktif, dan menyimpannya dalam Galeri. Ini
berguna apabila merakamkan nama dan nombor telefon
untuk dituliskan kemudian.
Perakam tidak boleh digunakan apabila panggilan data
atau sambungan GPRS sedang aktif.
1 Pilih Menu > Media > Perakam.
Untuk menggunakan kekunci grafik , , atau
pada paparan, tatal ke kiri atau ke kanan ke kekunci
yang diingini, dan pilih ia.
2 Untuk memulakan rakaman, pilih . Untuk
memulakan rakaman semasa panggilan, pilih Pilihan >
Rakam. Semasa merakamkan panggilan, semua pihak
dalam panggilan mendengar bunyi bip. Semasa
merakamkan panggilan, pegang telefon di kedudukan
biasa berdekatan dengan telinga anda. Untuk
menjedakan rakaman, pilih.
3 Untuk menamatkan rakaman, pilih . Rakaman
disimpan di dalam Galeri > Rakaman.
Untuk mendengar rakaman terbaru, pilih Pilihan >
Main rakam terakhir.
Untuk menghantar rakaman terakhir, pilih Pilihan >
Pilih Menu > Tekan untuk cakap.
Dengan Tekan untuk cakap (PTT, perkhidmatan rangkaian)
anda boleh berbual dengan seorang atau sekumpulan
orang (saluran) yang mempunyai peranti yang serasi. Anda
perlu melanggan kepada perkhidmatan dan berdaftar
dengan perkhidmatan PTT yang anda mahu gunakan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
pendaftaran untuk perkhidmatan PTT, hubungi pembekal
khidmat anda.
Pilih Menu > Pengatur > Jam penggera.
Untuk menetap penggera, pilih Waktu penggera, dan
masukkan masa penggera. Untuk menukar masa penggera
semasa masa penggera ditetapkan, pilih Aktif.
Untuk menetap telefon supaya memberi isyarat kepada
anda pada hari-hari tertentu, pilih Ulangi penggera.
Untuk memilih nada penggera atau untuk menetap radio
sebagai nada penggera, pilih Nada penggera:. Jika anda
memilih radio sebagai nada penggera, sambungkan alat
dengar kepada telefon.
Untuk menetapkan tamat masa tunda, pilih Tamat masa
tunda dan masanya.
Hentikan penggera
Penggera membunyikan nada isyarat walaupun jika
telefon dimatikan. Untuk menghentikan penggera, pilih
Henti. Jika anda membiarkan telefon terus membunyikan
penggera selama seminit atau pilih Tunda, penggera
berhenti bagi masa yang anda tetapkan dalam Tamat
masa tunda, dan kemudian berbunyi lagi.
Kalendar
Pilih Menu > Pengatur > Kalendar.
Hari semasa ditandakan dengan bingkai. Jika terdapat
sebarang nota yang ditetapkan untuk hari itu, hari tersebut
ditebalkan, dan permulaan nota dipaparkan di bawah
kalendar. Untuk melihat nota-nota hari, pilih Pamer. Untuk
melihat minggu, pilih Pilihan > Pamer minggu. Untuk
memadam semua nota di dalam kalendar, pilih pamer
bulan atau minggu, dan pilih Pilihan > Padam nota.
Untuk menetapkan tarikh, masa, zon masa, nada calendar,
format tarikh dan masa, pemisah tarikh, paparan lalai atau
hari pertama bagi minggu, pilih Tetapan. Untuk
menetapkan telefon untuk memadamkan nota lama secara
automatik selepas tempoh waktu tertentu, pilih Padam
automat. nota.
Untuk menyegerakkan daripada PC, lihat "Menyimpan
semula tetapan kilang" h. 41.
Pengatur
Membuat nota kalendar
Pilih Menu > Pengatur > Kalendar. Tatal ke tarikh, dan
pilih Pilihan > Buat nota dan salah satu daripada jenis
nota yang berikut: Peringatan,Mesyuarat,
Panggil, Harijadi atau Memo. Isikan medan.
Penggera nota
Telefon memaparkan nota dan, jika ditetapkan,
memainkan nada. Dengan nota panggilan pada
paparan, panggil nombor yang dipaparkan dengan
menekan kekunci panggil. Untuk menghentikan penggera
dan melihat nota, pilih Pamer. Untuk menghentikan
penggera selama 10 minit, pilih Tunda.
Untuk menghentikan penggera tanpa melihat nota, pilih
Keluar.
Senarai tugasan
Pilih Menu > Pengatur > Senarai tugasan.
Untuk membuat nota jika tiada nota ditambahkan, pilih
Tambah; jika tidak, pilih Pilihan > Tambah. Isikan medan,
dan pilih Simpan.
Untuk melihat nota, tatal ke nota itu, dan pilih Pamer.
Apabila melihat nota, anda boleh juga memilih pilihan
untuk mengedit sifat. Anda juga boleh memilih pilihan
untuk memadam nota yang dipilih dan memadam semua
nota yang telah anda tandakan sebagai selesai.
Nota
Pilih Menu > Pengatur > Nota untuk menulis dan
menghantar nota.
Untuk membuat nota jika tiada nota ditambahkan, pilih
Tambah; jika tidak, pilih Pilihan > Buat suatu nota. Tulis
nota, dan pilih Simpan.
Untuk menyegerakkan daripada PC, lihat "Kesambungan"
h. 36.
Kalkulator
Pilih Menu > Pengatur > Kalkulator. Apabila 0
dipaparkan di skrin, masukkan nombor pertama dalam
pengiraan. Tekan # untuk titik perpuluhan. Tatal ke operasi
atau fungsi yang diingini, atau pilih ia dari Pilihan.
Masukkan nombor kedua. Ulang turutan ini sebanyak
mana yang perlu. Untuk memulakan pengiraan baru, mulamula pilih dan tahan Padam.
Kalkulator mempunyai ketepatan terhad dan direka bentuk
untuk pengiraan yang mudah.
Pemasa undur
1 Untuk mengaktifkan pemasa undur, pilih Menu >
Pengatur > Pemasa undur > Pemasa biasa, masukkan
masa penggera, dan tulis teks nota yang dipaparkan
apabila tamat tempoh masanya. Untuk menukar masa
undur, pilih Tukar masa.
2 Untuk memulakan pemasa, pilih Mula.
3 Untuk menghentikan pemasa, pilih Henti pemasa.
Pemasa selang
1 Untuk mendapatkan jarak masa sehingga dimulakan 10
jarak, masukkan jarak dahulu.
2 Pilih Menu > Pengatur > Pemasa undur > Pemasa
jarak waktu.
3 Untuk memulakan pemasa, pilih Mula pemasa > Mula.
Jam randik
Pilih Menu > Pengatur > Jam randik dan daripada pilihan
yang berikut:
Pemisahan masa — untuk mengambil masa pertengahan.
Untuk memulakan pemerhatian masa, pilih Mula. Pilih
Pisahkan setiap kali anda mahu mengambil masa
pertengahan. Untuk menghentikan pemerhatian masa,
pilih Henti.
Untuk menyimpan masa yang diukur, pilih Simpan.
Untuk memulakan pemerhatian masa sekali lagi, pilih
Pilihan > Mula. Masa yang baru ditambahkan kepada
masa yang sebelumnya. Untuk menetap semula masa
tanpa menyimpannya, pilih Tetap semula.
Masa pusingan — untuk mengambil masa pusingan.
Semasa mengukur masa, fungsi telefon yang lain boleh
digunakan. Untuk menetap pemasaan jam randik di latar
belakang, tekan kekunci tamat. Pilih Teruskan untuk
melihat pemasaan yang telah anda tetapkan di latar
belakang.
Kad SIM anda mungkin menyediakan khidmat-khidmat
tambahan. Anda boleh mengakses menu ini hanya jika ia
disokong oleh kad SIM anda. Nama dan kandungan menu
ini bergantung kepada khidmat yang tersedia.
Mengakses perkhidmatan ini mungkin melibatkan
penghantaran mesej atau membuat panggilan telefon
yang boleh dikenakan bayaran.
Anda boleh mengakses pelbagai khidmat internet bergerak
dengan penyemak imbas telefon anda.
Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang
anda percayai dan yang menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang mencukupi
daripada perisian yang merosakkan.
Periksa ketersediaan perkhidmatan ini, harga dan tarif, dan
arahan dengan pembekal khidmat anda.
Dengan penyemak imbas telefon anda boleh melihat
perkhidmatan-perkhidmatan yang menggunakan bahasa
tokokan wayarles (WML) atau bahasa tokokan hiperteks
diperluas (xHTML) di halaman-halamannya. Kemunculan
boleh berubah-ubah disebabkan oleh saiz skrin. Anda
mungkin tidak dapat melihat semua butiran di lamanlaman internet.
Menyambung kepada
perkhidmatan
Pastikan tetapan tatarajah yang betul bagi khidmat yang
ingin anda gunakan diaktifkan.
Untuk memilih tetapan untuk menyambung ke
perkhidmatan itu:
1 Pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan tatarajah.
2 Pilih Tatarajah. Hanya tatarajah yang menyokong
perkhidmatan semak imbas dipaparkan. Pilih satu
pembekal khidmat, Lalai, atau Tatarajah peribadi
untuk menyemak imbas.
Anda boleh menerima tetapan-tetapan tatarajah yang
diperlukan untuk menyemak imbas sebagai mesej
tatarajah daripada pembekal khidmat yang
menawarkan khidmat yang ingin anda gunakan.
3 Pilih Akaun dan satu akaun perkhidmatan semak imbas
yang terkandung dalam tetapan-tetapan tatarajah
yang aktif.
4 Pilih Ppr t'tingkp terminal > Ya untuk menjalankan
pengesahan pengguna manual untuk sambungan
intranet.
Buat sambungan kepada khidmat dengan salah satu cara
yang berikut:
• Pilih Menu > Web > Rumah; atau dalam mod siap
sedia, tekan dan tahan 0.
• Untuk memilih URL terakhir, pilih Menu > Web > Almt
web t'akhir.
• Untuk memasukkan alamat perkhidmatan, pilih Menu
> Web > Pergi ke alamat. Masukkan alamat
perkhidmatan, dan pilih OK.
Semak imbas laman
Selepas anda membuat sambungan ke khidmat, anda
boleh mula menyemak imbas halaman-halamannya.
Fungsi kekunci-kekunci telefon boleh berubah-ubah dalam
khidmat yang berlainan. Ikut panduan teks pada paparan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Penanda buku
Anda boleh menyimpan alamat halaman sebagai penanda
buku di dalam memori telefon.
1 Semasa menyemak imbas, pilih Pilihan > Tmbh.
penanda buku; atau dalam mod siap sedia, pilih Menu
> Web > Penanda buku.
2 Tatal ke satu penanda buku, dan pilih ia, atau tekan
kekunci panggil untuk membuat sambungan kepada
halaman yang berkaitan dengan penanda buku itu.
3 Pilih Pilihan untuk melihat, mengedit, memadam, atau
menghantar penanda buku; untuk membuat penanda
buku baru; atau untuk menyimpan penanda buku ke
folder.
Tetapan kemunculan
Untuk memperibadikan cara laman web dipaparkan dalam
telefon anda, semasa menyemak imbas, pilih Pilihan >
Pilihan lain > Tetapan kemunculan; atau dalam mod siap
sedia, pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan
kemunculan.
Tetapan keselamatan
Kuki dan cache
Kuki ialah tapak yang disimpan di dalam memori cache
telefon anda. Kuki disimpan sehingga anda memadam
memori cache.
Semasa menyemak imbas, pilih Pilihan > Pilihan lain >
Keselamatan > Tetapan kuki; atau dalam mod siap sedia,
pilih Menu > Web > Tetapan > Tetapan keselamatan >
Kuki. Untuk membenarkan atau menghalang telefon
daripada menerima kuki, pilih Membenarkan atau Tolak.
Suatu cache ialah lokasi memori yang digunakan untuk
menyimpan data buat sementara waktu. Jika anda telah
cuba mengakses atau telah mengakses maklumat sulit
yang memerlukan kata laluan, kosongkan cache selepas
setiap kali digunakan. Maklumat atau perkhidmatan yang
telah anda akses disimpan dalam cache. Untuk
mengosongkan cache, pilih Pilihan > Pilihan lain >
Kosongkan cache; dalam mod siap sedia, pilih Menu >
Web > Ksngkan. cache.
Skrip melalui sambungan terjamin
Anda boleh memilih sama ada hendak membenarkan skrip
berjalan dari laman terjamin telefon tersebut menyokong
skrip WML.
Untuk membenarkan skrip, semasa menyemak imbas, pilih
Pilihan > Pilihan lain > Keselamatan > Tetapan
WMLScript; atau dalam mod siap sedia, pilih Menu >
Web > Tetapan > Tetapan keselamatan > WMLScript
dlm samb. > Membenarkan.
Peti masuk khidmat
Telefon boleh menerima mesej khidmat yang dihantar oleh
pembekal khidmat anda (perkhidmatan rangkaian). Mesej
perkhidmatan adalah pemberitahuan (contohnya, tajuk
berita), dan ia mungkin mengandungi mesej teks atau
alamat khidmat.
Untuk mengakses Peti msk khidmt. dalam mod siap sedia,
apabila anda telah menerima mesej perkhidmatan, pilih
Tunjuk. Jika anda pilih Keluar, mesej akan dipindahkan ke
Peti msk khidmt.. Untuk mengakses Peti msk khidmt.
kemudian, pilih Menu > Web > Peti msk khidmt..
Untuk menetapkan sama ada anda mahu menerima mesej
perkhidmatan, pilih Menu > Web > Tetapan > Ttpn peti
masuk khid. > Mesej perkhidmatan > Aktif atau Tak
aktif.
Keselamatan penyemak imbas
Ciri-ciri keselamatan diperlukan untuk sesetengah
perkhidmatan, seperti perbankan atau membeli-belah
dalam talian. Untuk sambungan seumpama ini anda
perlukan sijil keselamatan dan mungkin juga modul
keselamatan, yang mungkin tersedia pada kad SIM anda.
Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Sijil
Penting: Walaupun penggunaan sijil
mengurangkan lagi risiko yang terlibat dalam
sambungan jauh dan pemasangan perisian, ia
mestilah digunakan dengan betul untuk
mendapat faedah daripada keselamatan yang
dipertingkatkan. Kewujudan sijil tidak
menawarkan sebarang perlindungan dengan
sendirinya; pengurus sijil mestilah mengandungi
sijil-sijil yang betul, tulen dan dipercayai untuk
ketersediaan keselamatan yang dipertingkatkan.
Sijil-sijil mempunyai hayat yang terhad. Jika "Sijil
tamat" atau "Sijil belum sah lagi" dipaparkan
walaupun ketika sijil seharusnya sah, periksa bagi
memastikan tarikh dan waktu semasa di dalam
peranti anda adalah betul.
Sebelum menukar sebarang tetapan sijil, anda
mestilah memastikan bahawa anda benar-benar
mempercayai pemilik sijil dan sijil benar-benar
kepunyaan pemilik yang disenaraikan.
Terdapat tiga jenis sijil: sijil pelayan, sijil kuasa, dan sijil
pengguna. Anda boleh menerima sijil-sijil ini daripada
pembekal khidmat anda. Sijil kuasa dan sijil pengguna
boleh juga disimpan di dalam modul keselamatan oleh
pembekal khidmat.
Untuk melihat senarai sijil kuasa atau pengguna yang
dimuat turun ke dalam peranti anda, pilih Menu >
Tetapan > Keselamatan > Sijil kuasa atau Sijil
pengguna.
dipaparkan semasa sambungan jika penghantaran
data antara telefon dan pelayan kandungan dienkripsikan.
Ikon keselamatan tidak menunjukkan bahawa
penghantaran data antara get laluan dan pelayan
kandungan (atau tempat di mana sumber yang diminta
disimpan) adalah terjamin. Pembekal khidmat menjamin
penghantaran data antara get laluan dan pelayan
kandungan.
Tandatangan digital
Anda boleh membuat tandatangan digital dengan telefon
anda jika kad SIM mempunyai modul keselamatan.
Menggunakan tandatangan digital boleh jadi sama seperti
menandatangani nama anda pada bil, kontrak, atau
dokumen kertas lain.
1 Untuk membuat tandatangan digital, pilih pautan pada
laman, contohnya, tajuk buku yang ingin anda beli dan
harganya. Teks untuk ditandatangani, yang mungkin
termasuk jumlah dan tarikh, dipaparkan.
Periksa bagi memastikan bahawa teks pengepala ialah
Baca dan ikon tandatangan digital dipaparkan.
2 Untuk menandatangani teks, baca semua teks dahulu,
dan pilih T/tangan.
Teksnya mungkin tidak muat di dalam satu skrin. Oleh
itu, pastikan anda menatal dan membaca semua teks
sebelum menandatangani.
3 Pilih sijil pengguna yang ingin anda gunakan.
Masukkan PIN tandatangan. Ikon tandatangan digital
akan hilang, dan khidmat itu mungkin memaparkan
pengesahan pembelian anda.
Anda boleh menghantar dan menerima e-mel, dan
mengakses internet apabila telefon anda disambungkan
kepada PC yang serasi melalui sambungan Bluetooth atau
kabel data. Anda boleh menggunakan telefon anda dengan
pelbagai aplikasi kesambungan PC dan komunikasi data.
Nokia PC Suite
Dengan Nokia PC Suite anda boleh menyegerak kenalan,
kalendar, nota, dan nota tugasan antara telefon anda dan
PC yang serasi atau pelayan internet jauh (perkhidmatan
rangkaian). Anda boleh mendapatkan lebih banyak
maklumat dan PC Suite pada laman Web Nokia di
www.nokia-asia.com/6500slide/support atau laman Web
Nokia setempat anda.
Aplikasi komunikasi data
Untuk maklumat mengenai penggunaan aplikasi
komunikasi data, rujuk kepada dokumentasi yang
disediakan bersamanya.
Membuat atau menjawab panggilan telefon semasa
sambungan komputer tidak disarankan, kerana ia mungkin
mengganggu operasi tersebut.
Untuk prestasi yang lebih baik semasa panggilan data,
letakkan telefon di atas permukaan pegun dengan pad
kekuncinya menghadap ke bawah. Jangan gerakkan
telefon dengan memegangnya di dalam tangan semasa
panggilan data.
Peranti anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas
semula. Bateri dimaksudkan untuk digunakan dengan
peranti ini BP-5M. Peranti ini dimaksudkan untuk
digunakan apabila mendapat bekalan kuasa daripada
pengecas yang berikut: AC-4. Bateri boleh dicas dan
dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama kelamaan ia akan
haus. Apabila masa bual dan masa siap sedia nyata lebih
pendek dari biasa, gantikanlah bateri. Gunakan hanya
bateri yang diluluskan oleh Nokia, dan cas semula bateri
anda hanya dengan pengecas yang diluluskan oleh Nokia
untuk digunakan dengan peranti ini. Penggunaan bateri
atau pengecas yang tidak luluskan boleh mengakibatkan
risiko kebakaran, letupan, kebocoran, atau bahaya yang
lain.
Jika bateri digunakan buat pertama kalinya atau jika bateri
telah tidak digunakan untuk tempoh yang lama, anda
mungkin perlu menyambungkan pengecas dan kemudian
mencabutnya dan menyambungkannya semula untuk
memulakan pengecasan. Jika bateri benar-benar
kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum
penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Cabut pengecas dari palam elektrik dan peranti ini apabila
tidak digunakan. Jangan biarkan bateri yang telah dicas
penuh tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan
berlebihan boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan
tanpa digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan
akan hilang casnya.
Sentiasa cuba kekalkan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F
dan 77°F). Suhu yang melampau mengurangkan
keupayaan dan jangka hayat bateri. Peranti dengan bateri
yang sejuk atau panas mungkin tidak akan berfungsi buat
sementara waktu. Prestasi bateri terhad terutamanya
dalam suhu yang jauh di bawah beku.
Jangan melitar pintas bateri. Melintar pintas secara tidak
sengaja boleh berlaku apabila objek logam seperti duit
syiling, klip, atau pen menyebabkan sambungan langsung
terminal positif (+) dan negatif (-) bateri. (Ia kelihatan
seperti jalur-jalur logam pada bateri.) Ini mungkin berlaku,
contohnya, apabila anda membawa bateri ganti di dalam
saku atau beg tangan anda. Melitar pintas terminal boleh
merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.
Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup.
Bateri juga boleh meletup jika rosak. Buang bateri menurut
peraturan tempatan. Sila kitar semula jika boleh. Jangan
buang sebagai sisa rumah.
Maklumat bateri dan pengecas
Jangan hapus, kerat, buka, musnah, bengkok, ubah bentuk,
cucuk, atau cincang sel atau bateri. Sekiranya bateri bocor,
jangan biarkan cecairnya terkena pada kulit atau mata.
Sekiranya berlaku kebocoran sedemikain, segera siram
kulit atau mata anda dengan air, atau dapatkan bantuan
perubatan.
Jangan ubah suai, mengilang semula, cuba untuk
memasukkan objek asing ke dalam bateri, serta merendam
atau mendedahkannya pada air atau cecair yang lain.
Penyalahgunaan bateri boleh mengakibatkan kebakaran,
letupan, atau bahaya yang lain. Jika peranti atau bateri
dijatuhkan, terutamanya pada permukaan keras, dan anda
percaya bateri itu rosak, bawa ia pada pusat perkhidmatan
untuk pemeriksaan sebelum sambung menggunakannya.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya. Jangan
sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri
yang rosak. Jauhkan dari capaian kanak-kanak kecil.
Garis panduan pengesahan
ketulenan bateri Nokia
Sentiasa gunakan bateri-bateri asli Nokia untuk
keselamatan anda. Untuk memeriksa bagi memastikan
anda telah mendapat bateri asli Nokia, belilah ia daripada
wakil penjual Nokia yang sah dan periksa label hologram
menggunakan langkah-langkah berikut:
Berjaya menyelesaikan langkah itu bukanlah jaminan
mutlak ketulenan bateri. Jika anda mempunyai sebarang
sebab untuk mempercayai bahawa bateri anda bukanlah
bateri asli Nokia yang tulen, jangan gunakannya dan bawa
ke pusat servis atau wakil penjual Nokia sah yang terdekat
dengan anda untuk mendapatkan bantuan. Pusat servis
atau wakil penjual Nokia sah anda akan memeriksa bateri
itu bagi memastikan ketulenannya. Jika ketulenannya
tidak dapat ditentusahkan, kembalikan bateri itu ke
tempat pembelian.
Sahkan ketulenan hologram
1 Apabila melihat hologram pada
label, anda seharusnya melihat
simbol tangan berjalinan Nokia
dari satu sudut dan logo
Tambahan Asli Nokia apabila
melihat dari sudut lain.
2 Apabila anda menyerongkan
hologram ke kiri, ke kanan, ke
bawah, dan ke atas, anda
seharusnya melihat 1, 2, 3, dan
4 bintik masing-masing di
setiap sisi.
Jika anda tidak boleh mengesahkan bahawa bateri Nokia
anda dengan hologram pada label adalah bateri tulen
Nokia, jangan gunakan bateri tersebut. Bawa ia ke tempat
servis atau wakil penjual Nokia sah yang terdekat untuk
mendapatkan bantuan. Penggunaan bateri yang tidak
diluluskan oleh pembuat mungkin berbahaya dan mungkin
menghasilkan prestasi yang lemah dan merosakkan peranti
anda dan tambahan-tambahannya. Ia mungkin juga
mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti untuk
peranti ini.
Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang bateri-bateri
asli Nokia, kunjungi www.nokia-asia.com/batterycheck.
Pelbagai pilihan tambahan boleh didapati untuk telefon
anda. Sila lawati www.nokia-asia.com untuk mendapatkan
butiran lanjut.
Untuk mengetahui sama ada sesuatu tambahan terdapat,
sila tanya wakil penjual setempat anda. Beberapa petua
praktikal bagi operasi tambahan:
• Jauhkan tambahan-tambahan dari jangkauan kanakkanak kecil.
• Apabila anda mencabut kord kuasa bagi sebarang
tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
• Periksa dengan kerap bahawa semua peralatan telefon
mudah alih di dalam kenderaan dipasang dan
beroperasi dengan betul.
Gunakan hanya bateri, pengecas dan tambahan yang
diluluskan oleh pembuat telefon. Penggunaan manamana bateri jenis lain boleh membatalkan sebarang
kelulusan atau jaminan yang diguna pakai pada telefon
ini, dan mungkin berbahaya.
Bateri
JenisMasa cakap#Siap sedia#
BP-5Msehingga 6 jamsehingga 320 jam
# Perbezaan dalam masa operasi mungkin berlaku
bergantung kepada kad SIM, tetapan rangkaian dan
penggunaan, gaya penggunaan dan persekitaran.
Alat Dengar
Alat Dengar Wayarles
Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-602
Ingin cepat? Dengan Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-602,
tidak perlu lagi tunggu untuk membuat panggilan mudah.
Dalam tempoh 15 minit, alat dengar dicas untuk memberi
anda sepanjang 5 jam masa berbual. Dan isyarat digital
teknologi pemprosesan terbaru, menjadikan pendengaran
panggilan lebih senang, walaupun dalam persekitaran
yang bising.
Alat Dengar Bluetooth Nokia BH-700 direka untuk anda
jika anda mahu sesuatu yang ringan dan elegan malah
ringkas dan senang.
Penyelesaian Kereta
Paparan Penyelesaian Kereta
Bluetooth Nokia CK-15W
Paparan Penyelesaian Kereta Bluetooth Nokia CK-15W
direka untuk anda jika anda perlu membuat dan menerima
panggilan semasa anda sedang memandu dan ingin
melakukannya dengan penuh gaya.
Kad memori
Kad microSD 2 GB Nokia MU-37
Kad memori microSD 2GB padat ini membenarkan anda
menyimpan data, muzik dan aplikasi perisian bersaiz besar
pada telefon anda.
Peranti anda adalah produk hasil reka bentuk dan ketukangan
unggul dan patut dijaga dengan baik. Cadangan-cadangan
yang berikut akan membantu anda melindungi perlindungan
jaminan anda.
• Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan,
kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan boleh
mengandungi mineral-mineral yang akan mengakis litar
elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan
baterinya, dan biarkan peranti ini benar-benar kering
sebelum memasangnya semula.
• Jangan gunakan atau simpan peranti ini di tempat yang
berhabuk dan kotor. Bahagian yang bergerak dan
komponen elektronik di dalamnya boleh menjadi rosak.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang panas. Suhu
tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik,
merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan
plastik tertentu.
• Jangan simpan peranti ini di tempat yang sejuk. Apabila
peranti ini kembali pada suhu normalnya, lembapan boleh
terbentuk di dalam peranti ini, dan merosakkan papan litar
elektroniknya.
• Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain
daripada yang diarahkan di dalam panduan ini.
• Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini.
Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan litar
dalaman dan mekanisme halus.
• Jangan gunakan kimia, pelarut pembersihan, atau bahan
cuci yang keras untuk membersihkan peranti ini.
• Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian
yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang
operasi sempurna.
• Gunakan kain kering yang lembut dan bersih untuk
membersihkan sebarang kanta seperti kanta kamera,
sensor jarak, dan sensor cahaya.
• Gunakan hanya antena ganti yang dibekalkan atau
diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan
yang tidak dibenarkan boleh merosakkan peranti ini dan
mungkin melanggar peraturan yang berkuatkuasa bagi
peranti radio.
• Gunakan pengecas di dalam bangunan.
• Sentiasa buat data sandaran yang anda hendak simpan,
seperti kenalan dan nota kalendar.
• Untuk menetapkan semula peranti dari masa ke masa
untuk mendapatkan prestasi yang optimum, matikan
peranti dan keluarkan bateri.
Semua cadangan ini sama berkaitan dengan peranti anda,
bateri, pengecas atau sebarang tambahan. Jika sebarang
peranti tidak berfungsi dengan betul, bawanya ke kemudahan
servis sah yang terdekat untuk diservis.
Peranti anda dan tambahan-tambahannya mungkin
mengandungi bahagian-bahagian kecil. Jauhkan dari capaian
kanak-kanak kecil.
Persekitaran beroperasi
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila
digunakan dalam kedudukan biasa pada telinga atau apabila
diletakkan sekurang-kurangnya 1.5 sentimeter (5/8 inci)
jauhnya dari badan. Apabila sarung pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan bagi operasi pakai pada
badan, ia tidak seharusnya mengandungi logam dan harus
meletakkan peranti sejauh jarak yang disebut di atas dari
badan.
Untuk menghantar fail data atau mesej, peranti ini
memerlukan sambungan yang bermutu kepada rangkaian.
Dalam sesetengah hal, penghantaran fail data atau mesej
mungkin tertunda sehingga sambungan demikian terdapat.
Pastikan arahan jarak pemisahan di atas dipatuhi sehingga
penghantaran selesai.
Operasi sebarang peralatan pemancar radio, termasuk telefon
wayarles, boleh mengganggu fungsi alat-alat perubatan yang
tidak dilindungi secukupnya. Anda harus berjumpa dengan
pakar perubatan atau pembuat alat perubatan tersebut untuk
menentukan sama ada ia dilindungi secukupnya daripada
tenaga RF luaran atau jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan. Matikan peranti ini di kemudahan jagaan
kesihatan apabila diarahkan berbuat demikian oleh peraturan
yang ditampalkan di tempat-tempat ini. Hospital atau
kemudahan jagaan kesihatan mungkin menggunakan
peralatan yang peka terhadap tenaga RF luaran.
Alat perubatan yang diimplan Pengilang alat perubatan
menyarankan bahawa pemisahan minimum sebanyak 15.3
sentimeter (6 inci) hendaklah dikekalkan di antara peranti
wayarles dan alat perubatan yang diimplan, seperti perentak
jantung atau kardioverter defibrilator yang diimplan, untuk
mengelakkan gangguan yang mungkin berlaku dengan alat
perubatan. Orang yang memiliki peranti sedemikian
hendaklah:
• Sentiasa pastikan peranti wayarles berada lebih daripada
15.3 sentimeter (6 inci) dari alat perubatan apabila peranti
wayarles dihidupkan.
• Tidak membawa peranti wayarles ini di dalam saku dada.
Maklumat keselamatan tambahan
• Pegang peranti wayarles pada telinga yang bertentangan
dengan alat perubatan untuk mengurangkan gangguan
yang mungkin berlaku.
• Matikan peranti wayarles dengan segera jika terdapat
sebarang sebab untuk mengesyaki gangguan sedang
berlaku.
• Baca dan ikut arahan daripada pengilang alat perubatan
yang diimplan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai
menggunakan peranti wayarles dengan alat perubatan yang
diimplan, rujuk penyedia jagaan kesihatan anda.
Alat bantuan pendengaran Sesetengah peranti wayarles
digital boleh mengganggu sesetengah alat bantuan
pendengaran. Jika gangguan berlaku, hubungi pembekal
khidmat anda.
Kenderaan
Isyarat RF boleh menjejas sistem elektronik yang tidak
dipasang dengan betul atau tidak dilindungi secukupnya di
dalam kenderaan bermotor seperti sistem pancitan bahan
bakar elektronik, sistem brek anti-kelincir (anti-kunci)
elektronik, sistem kawalan kelajuan elektronik, dan sistem beg
udara. Untuk maklumat lanjut, periksa dengan pembuat
kenderaan anda atau wakilnya mengenai kenderaan anda atau
sebarang kelengkapan yang telah ditambahkan.
Hanya kakitangan yang berkelayakan harus membaiki peranti
ini atau memasang peranti ini di dalam kenderaan.
Pemasangan atau servis yang tidak betul membahayakan dan
boleh mentaksahkan sebarang waranti yang mungkin
diberikan bagi peranti ini. Periksa dari masa ke masa dengan
tetap semua peralatan peranti wayarles di dalam kenderaan
anda bagi memastikan ia dipasang dan beroperasi dengan
betul. Jangan simpan atau bawa cecair mudah terbakar, gas,
atau bahan mudah meletup di dalam tempat yang sama
dengan peranti ini, bahagian-bahagiannya atau tambahantambahannya. Untuk kenderaan yang dilengkapi beg udara,
anda harus ingat bahawa beg udara mengembung dengan
daya yang amat kuat. Jangan letakkan barang-barang,
termasuk peralatan wayarles baik yang terpasang mahupun
yang mudah dialih di tempat di atas beg udara atau di tempat
pelancaran beg udara. Jika peralatan wayarles dalamkenderaan tidak dipasang dengan betul dan beg udara
mengembung, kecederaan serius boleh berlaku.
Menggunakan peranti anda semasa terbang di dalam pesawat
adalah dilarang. Matikan peranti anda sebelum menaiki
pesawat. Penggunaan peranti telefon wayarles di dalam
pesawat boleh membahayakan pengendalian pesawat,
mengganggu rangkaian telefon wayarles, dan mungkin
menyalahi undang-undang.
Persekitaran di mana letupan boleh berlaku
Matikan peranti anda apabila berada di kawasan di mana
letupan boleh berlaku, dan patuhi semua papan tanda dan
arahan. Persekitaran di mana letupan boleh berlaku termasuk
tempat-tempat di mana anda biasanya dinasihatkan supaya
mematikan enjin kenderaan anda. Percikan api di kawasankawasan seperti itu boleh menyebabkan letupan atau
kebakaran yang mengakibatkan kecederaan pada badan
ataupun kematian. Matikan peranti ini di tempat-tempat
mengisi bahan bakar seperti berdekatan dengan pam gas di
stesen minyak. Patuhi sekatan-sekatan terhadap penggunaan
peralatan radio di depo, tempat-tempat penyimpanan, dan
pengedaran bahan bakar, loji kimia atau tempat operasi
peletupan sedang berjalan. Kawasan-kawasan di mana
letupan boleh berlaku sering, tetapi tidak semestinya,
ditandakan dengan jelas. Ia termasuk di bawah dek di dalam
bot, kemudahan memindah atau menyimpan bahan kimia, dan
tempat-tempat di mana udaranya mengandungi bahan kimia
atau zarah seperti butir, habuk, atau serbuk logam. Anda perlu
semak dengan pengilang kenderaan yang menggunakan gas
petroleum cecair (seperti propana atau butana) untuk
menentukan jika peranti ini boleh digunakan dengan selamat
dalam kawasan sekitar mereka.
Panggilan kecemasan
Penting: Peranti ini beroperasi menggunakan isyarat
radio, rangkaian wayarles, rangkaian talian darat,
dan fungsi-fungsi yang diprogram pengguna. Jika
peranti anda menyokong panggilan suara melalui
internet (panggilan internet), aktifkan kedua-dua
panggilan internet dan telefon selular. Per ant i ak an
cuba membuat panggilan kecemasan melalui
rangkaian selular dan melalui pembekal panggilan
internet anda jika kedua-duanya diaktifkan.
Sambungan dalam semua keadaan tidak dapat
dijamin. Anda tidak harus sekali-kali bergantung
semata-mata kepada sebarang peranti wayarles
untuk komunikasi penting seperti kecemasan
perubatan.
Untuk membuat panggilan kecemasan:
1 Jika peranti ini belum dihidupkan, hidupkan ia. Periksa
untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi.
Bergantung pada peranti anda, anda mungkin perlu
melengkapkan seperti berikut:
• Masukkan kad SIM jika peranti anda menggunakannya.
• Buangkan batasan panggilan tertentu yang telah anda
aktifkan dalam peranti anda.
• Ubah profil anda daripada luar talian atau mod profil
penerbangan ke profil yang aktif.
2 Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu
untuk mengosongkan paparan dan menyediakan peranti
ini untuk panggilan.
3 Masukkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi semasa
anda. Nombor-nombor kecemasan berbeza mengikut
lokasi.
4 Tekan kekunci panggil.
Apabila membuat panggilan kecemasan, berikan semua
maklumat yang perlu seberapa tepat yang mungkin. Peranti
wayarles anda mungkin satu-satunya alat komunikasi di
tempat kemalangan itu. Jangan tamatkan panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
Peranti mobil ini memenuhi garis panduan antarabangsa
bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Peranti bimbit anda adalah sebuah pemancar dan penerima
radio. Ia direka untuk tidak melebihi had pendedahan kepada
gelombang radio yang disarankan oleh garis panduan
antarabangsa. Garis panduan ini dihasilkan oleh pertubuhan
saintifik ICNIRP dan merangkumi margin keselamatan yang
direka bentuk bagi memastikan keselamatan semua orang,
tidak kira usia dan kesihatan.
Piawai pendedahan bagi peranti-peranti bimbit menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Tertentu
(Specific Absorption Rate) atau SAR. Had SAR yang dinyatakan
di dalam garis panduan ICNIRP adalah 2.0 watts/kilogram
(W/kg) dipuratakan pada sepuluh gram tisu. Ujian bagi SAR
yang dijalankan menggunakan kedudukan beroperasi biasa
dengan peranti memancar pada aras kuasa yang disahkan
tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang diuji. Paras SAR
sebenar bagi peranti yang beroperasi boleh jadi jauh di bawah
nilai maksimum kerana peranti direka bentuk untuk
menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk mencapai
rangkaian. Jumlahnya berubah bergantung pada beberapa
faktor seperti sejauh mana jarak anda dengan stesen
pangkalan rangkaian. Nilai SAR tertinggi mengikut garis
panduan ICNIRP untuk penggunaan peranti ini di telinga ialah
1.10 W/kg.
Penggunaan aksesori dan tambahan peranti boleh
menghasilkan nilai-nilai SAR yang berbeza-beza. Nilai SAR
mungkin berubah-ubah bergantung kepada keperluan laporan
kebangsaan dan pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat SAR
tambahan boleh diberikan di bawah maklumat produk di
www.nokia.com.
Kabel TV-keluar44
Kad memori
Kad microSD 2 GB Nokia MU-37
Kad niaga
kalendar
Kalkulator
kamera
kekuatan isyarat
kekunci kelantangan
kekunci kuasa
kekunci pengaktifan
kekunci pilihan
kekunci tamat
kekunci zum
Kemas kini perisian
57
54
32
52, 53
53
46
66
16, 17
17
17
17
18
24
13
17
43
24
66
kenalan
dail cepat
kumpulan
mencari
mengedit
menyalin
menyimpan
tetapan
kertas hias dinding
Kesambungan PC
Kod
12
kod akses
komunikasi data
Kuki
58
L
log33
logo operator
M
memuat turun fail yang dilindungi43
menamatkan panggilan
mengunci kekunci
menu operator
menulis teks
mesej
2132
31
32
31
31
32
35
61
12
61
18, 19, 35
21
12
42
24
Indeks
arahan khidmat42
Mesej audio
mesej kilat
mesej maklumat
mesej suara
Mesej audio
Mesej kilat
mesej maklumat
mesej perkhidmatan
Mesej push
mesej suara
mod siap sedia
muat turun
N
nada34
nada dering
nota
53
P
panggil
kekunci
log
menanti
panggilan
antarabangsa
daftar panggilan. Lihat log
dailan suara
26
26
27
26
26
42
59
27
18, 35
14
34
17
33
22
21
panggilan.
22
42
59
21
membuat
pilihan
22
tetapan
39
Paparan Penyelesaian Kereta Bluetooth
Nokia CK-15W
PC Suite
61
pemasa undur
pembesar suara
pemesejan segera
penanda buku
pengatur
pengurusan hak digital
penunjuk
penyama
Penyelesaian Kereta
penyemak imbas
Perakam
perakam suara
perkhidmatan
Perkhidmatan SIM
perlindungan hak cipta
permainan
peti masuk perkhidmatan
pintasan
profil
54
58
52
1950
keselamatan
penanda buku
tetapan kemunculan
49
57
55
35
34
66
22
27
43
66
58
58
58
49
56
43
59
Profil penerbangan
PTT. Lihat tekan untuk cakap
R
radio48
S
Senarai tugasan53
sijil
59
T
Tahap cas18
tali
17
tali pergelangan tangan
Tambahan tulen Nokia
Tandatangan digital
tatarajah
Sokongan web Jagaan Nokia memberi anda lebih banyak maklumat mengenai
perkhidmatan dalam talian kami.
PERISIAN
PANDUAN
PENGGUNA
TETAPAN
DEMONSTRASI INTERAKTIF
Pelajari cara untuk menyediakan telefon anda buat kali pertama, dan ketahui dengan
lebih lanjut mengenai cirinya. Demonstrasi Interaktif memberi arahan langkah-demilangkah mengenai penggunaan telefon anda.
PANDUAN PENGGUNA
Panduan Pengguna dalam talian ini mengandungi maklumat terperinci mengenai
telefon anda. Ingatlah untuk memeriksa dengan kerap untuk mendapatkan kemas
kinian.
PERISIAN
Gunakan sepenuhnya telefon anda dengan perisian untuk telefon dan PC anda. Nokia
PC Suite menyambung telefon anda dan PC agar anda boleh menguruskan kalendar,
kenalan, muzik, dan imej, sementara aplikasi lain melengkapi penggunaannya.
TETAPAN
Sesetengah fungsi telefon, seperti mesej multimedia, menyemak imbas mudah alih
dan e-mel*, mungkin memerlukan tetapan sebelum anda boleh menggunakannya.
Dapatkannya agar dihantar ke telefon anda secara percuma.
*Tidak terdapat pada semua telefon.
BAGAIMANA SAYA MENGGUNAKAN TELEFON SAYA?
Bahagian Persediaan, di www.nokia.com.my/setup, membantu anda menyediakan telefon anda untuk digunakan.
Biasakan diri anda dengan fungsi dan ciri telefon dengan merujuk kepada bahagian Panduan dan Demo di
www.nokia.com.my/guides.
BAGAIMANA SAYA SEGERAKKAN TELEFON DAN PC SAYA?
Menyambung telefon anda ke PC yang serasi dengan versi Nokia PC Suite yang perlu dari www.nokia.com.my/pcsuite
membolehkan anda menyegerakkan kalendar dan kenalan anda.
DI MANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN PERISIAN UNTUK TELEFON SAYA?
Dapatkan lebih daripada telefon anda dengan muat turun dari seksyen Perisian di www.nokia.com.my/software.
DI MANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN JAWAPAN BAGI SOALAN BIASA?
Cari di bahagian Soalan Lazim di www.nokia.com.my/faq untuk mendapatkan jawapan bagi soalan anda mengenai
telefon anda dan produk dan perkhidmatan Nokia yang lain.
BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BERITA NOKIA?
Langgani dalam talian di www.nokia.com.my/signup dan jadilah orang pertama yang mengetahui mengenai produk
dan promosi terbaru. Daftar dengan “Nokia Connections” untuk menerima berita terkini bulanan mengenai telefon dan
teknologi yang terbaru. Daftar dengan “Be the First To Know” (Jadilah Orang Pertama yang Mengetahui) untuk
mendapatkan previu eksklusif tentang pengumuman telefon baru atau langgani “Promotional Communications”
(Komunikasi Promosi) untuk peristiwa yang akan datang.
Sekiranya anda masih memerlukan bantuan lanjut, sila rujuk kepada www.nokia.com.my/contactus.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan pembaikan, sila lawati www.nokia.com.my/repair.
Sila lawati www.nokia.com.my/support untuk mendapatkan butiran.
Loading...
+ hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.