NOKIA CORPORATION, dengan ini mengisytiharkan
bahawa produk RM-367 ini mematuhi keperluan
penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC yang
lain. Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan boleh
didapati di http://www.nokia.com/phones/
declaration_of_conformity/.
Nokia mengamalkan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia berhak untuk
membuat perubahan dan perbaikan kepada mana-mana produk yang diperihalkan
di dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
HINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG
YANG BERKUAT KUASA, DALAM APA JUA KEADAAN NOKIA ATAU MANA-MANA
PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA JUA
KEHILANGAN DATA ATAU PENDAPATAN ATAU APA-APA KEROSAKAN KHAS,
SAMPINGAN, TURUTAN ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG YANG BAGAIMANA
BERLAKU.
KANDUNGAN DOKUMEN INI DIBEKALKAN “SEBAGAIMANA ADANYA“.
KECUALI DITUNTUT OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, TIADA APAAPA JENIS JAMINAN, SAMA ADA YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK,
TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BAGI DAGANGAN DAN
KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DIBUAT BERKAITAN DENGAN KETEPATAN,
KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA BERHAK UNTUK
MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK PADA BILA-BILA MASA
TANPA NOTIS YANG TERDAHULU.
Ketersediaan produk dan aplikasi dan perkhidmatan tertentu bagi produk ini
mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Sila semak dengan wakil penjual Nokia
anda untuk butiran, dan ketersediaan pilihan bahasa.
Kawalan eksport
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negaranegara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah
dilarang.
Aplikasi pihak ketiga yang disediakan bersama peranti anda mungkin telah dicipta
dan dimiliki oleh orang atau entiti yang tidak bergabungan atau berkaitan dengan
Nokia. Nokia tidak memiliki hak cipta atau hak harta intelektual bagi aplikasi pihak
ketiga. Dengan itu, Nokia tidak bertanggungjawab bagi sokongan pengguna akhir,
kefungsian aplikasi atau maklumat dalam aplikasi atau bahan-bahan ini. Nokia
tidak menyediakan sebarang waranti bagi aplikasi pihak ketiga.
DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI INI ANDA MENGAKUI BAHAWA APLIKASI
YANG DISEDIAKAN SEBAGAIMANA ADA TANPA SEBARANG JENIS JAMINAN YANG
DINYATAKAN ATAU TERSIRAT, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH
UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA. ANDA SETERUSNYA MENGAKUI
BAHAWA BAIK NOKIA MAHUPUN ANGGOTA GABUNGANNYA TIDAK MEMBUAT
SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN, YANG NYATA ATAU TERSIRAT,
TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN HAK MILIK, DAGANGAN ATAU
KESESUAIAN BAGI SESUATU TUJUAN KHUSUS ATAU BAHAWA APLIKASI TIDAK
AKAN MELANGGAR SEBARANG PATEN, HAK CIPTA, CAP DAGANG ATAU HAK-HAK
PIHAK KETIGA YANG LAIN.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh
jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang.
Baca panduan pengguna lengkap ini untuk maklumat
lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT Jangan
hidupkan peranti apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN
RAYA Patuhi semua undang-undang
tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda
bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa
memandu. Perkara pertama yang harus anda
pertimbangkan semasa memandu hendaklah
keselamatan jalan raya.
GANGGUAN Semua peranti wayarles boleh
mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
Patuhi sebarang sekatan. Matikan peranti
dalam kapal terbang, berdekatan peralatan
perubatan, bahan api, bahan kimia,
atau kawasan peletupan.
KHIDMAT BERKELAYAKAN Hanya
kakitangan berkelayakan boleh memasang
atau membaiki produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI Gunakan hanya
tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan
sambungkan produk-produk yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR Peranti anda tidak tahan air.
Pastikan ia sentiasa kering.
Perihal peranti anda
Peranti wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini
diluluskan untuk digunakan pada rangkaian GSM 850, 900,
1800, dan 1900 dan rangkaian UMTS 900 dan 2100.
Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat lanjut
mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini,
patuhi semua undang-undang dan hormati adat
tempatan, privasi dan hak-hak sah orang lain,
termasuk hak cipta.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah sesetengah imej,
muzik, dan kandungan lain daripada disalin, diubahsuai
atau dipindahkan.
Peranti anda menyokong beberapa cara kesambungan
yang lain. Seperti komputer, peranti anda mungkin
terdedah pada virus dan kandungan berbahaya lain.
Berwaspada dengan mesej, permintaan kesambungan,
penyemak imbasan, dan muat turun. Hanya pasang dan
gunakan perkhidmatan dan perisian lain dari sumber yang
dipercayai yang menawarkan keselamatan dan
perlindungan yang mencukupi terhadap perisian
berbahaya, seperti aplikasi yang Ditandatangani Symbian
atau yang telah melepasi ujian Java Verified™.
Pertimbangkan untuk memasang perisian antivirus dan
perisian keselamatan lain pada peranti anda dan sebarang
komputer yang bersambung.
Peranti anda mungkin mempunyai penanda buku dan
pautan yang diprapasang untuk tapak Internet pihak
ketiga. Anda juga boleh mengakses tapak pihak ketiga lain
melalui peranti anda. Tapak pihak ketiga tidak bergabung
dengan Nokia, dan Nokia tidak menyokong atau
menanggung liabiliti bagi mereka. Jika anda memilih untuk
mengakses tapak tersebut, anda hendaklah mengambil
langkah pencegahan dari segi keselamatan atau
kandungan.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri
dalam peranti ini, selain daripada jam penggera,
peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan wayarles boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
Aplikasi office menyokong ciri-ciri umum Microsoft Word,
PowerPoint, dan Excel (Microsoft Office 2000, XP,
dan 2003). Tidak semua format fail boleh dilihat atau
diubahsuai.
Ingatlah untuk membuat salinan sandaran atau
menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat
penting yang disimpan di dalam peranti anda.
Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain,
baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan
keselamatan terperinci. Jangan sambungkan produkproduk yang tidak serasi.
Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai
perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles.
Kebanyakan cirinya memerlukan ciri rangkaian khusus.
Ciri ini tidak tersedia pada semua rangkaian; rangkaian
lain mungkin menghendaki anda membuat urusan khusus
dengan pembekal khidmat anda sebelum anda boleh
menggunakan perkhidmatan rangkaian tersebut.
Pembekal khidmat anda boleh memberi anda arahan dan
menjelaskan bayaran yang akan dikenakan.
Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had yang
menjejas cara anda menggunakan khidmat rangkaian.
Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak
menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang
bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciriciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam
peranti anda. Jika demikian, ciri ini tidak akan muncul pada
menu peranti anda. Peranti anda juga mungkin
mempunyai tatarajah khusus seperti perubahan dalam
nama menu, susunan menu, dan ikon. Hubungi pembekal
khidmat anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTP dan SSL)
yang berjalan pada protokol TCP/IP. Sesetengah ciri peranti
ini, seperti pemesejan multimedia, menyemak imbas web,
dan e-mel memerlukan sokongan rangkaian untuk
teknologi ini.
Pengeluaran bateri
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Peranti anda mempunyai bantuan konteks sensitif.
Untuk mengakses bantuan apabila aplikasi terbuka,
pilih Pilihan > Bantuan. Untuk beralih antara bantuan dan
aplikasi yang dibuka di latar belakang, tekan dan tahan ,
dan pilih daripada senarai aplikasi yang terbuka.
Untuk membuka bantuan dari menu utama, pilih >
Bantuan > Bantuan. Pilih aplikasi untuk melihat senarai
topik bantuan, dan pilih teks bantuan yang berkaitan.
Untuk membuka senarai kata kunci, pilih Pilihan > Cari.
Maklumat sokongan dan
hubungan Nokia
Semak www.nokia-asia.com/6210/support atau halaman
web Nokia tempatan anda untuk panduan terkini,
maklumat tambahan, muat turun, dan perkhidmatan
berkaitan produk Nokia anda.
Pada halaman web, anda boleh mendapatkan maklumat
mengenai penggunaan produk dan perkhidmatan Nokia.
Jika anda perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan
Nokia, semak senarai perhubungan pusat layanan Nokia
tempatan di www.nokia.com/customerservice.
Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, semak
perhubungan pusat layanan Nokia yang berhampiran di
www.nokia.com/repair.
Kemas kinian perisian
Nokia mungkin menghasilkan kemas kini perisian yang
mungkin menawarkan fungsi baru, fungsi tambahan atau
peningkatan prestasinya. Anda mungkin boleh meminta
kemas kini berikut menerusi aplikasi PC Nokia Software
Updater. Untuk mengemas kini perisian peranti, anda
memerlukan aplikasi Nokia Software Updater dan PC yang
serasi dengan sistem operasi Microsoft Windows 2000, XP,
atau Vista, akses Internet jalur lebar, dan kabel data yang
serasi untuk menyambung peranti anda dengan PC.
Untuk mendapatkan lebih maklumat dan untuk
memuat turun aplikasi Nokia Software Updater,
lawati www.nokia-asia.com/softwareupdate atau
halaman web Nokia tempatan anda.
Jika kemas kinian melalui udara disokong oleh rangkaian
anda, anda juga boleh meminta kemas kinian menerusi
peranti.
ix
Memuat turun kemas kini perisian mungkin melibatkan
pemindahan jumlah data yang besar melalui rangkaian
pembekal khidmat anda. Hubungi pembekal khidmat anda
untuk maklumat tentang caj bagi penghantaran data.
Pastikan bateri peranti mempunyai kuasa yang cukup,
atau sambungkan pengecas sebelum memulakan
kemas kini.
Gunakan hanya kad microSD dan microSDHC
serasi yang disahkan oleh Nokia untuk digunakan
dengan peranti ini. Nokia menggunakan piawaian
industri yang diluluskan untuk kad memori tetapi
sesetengah jenama lain mungkin tidak serasi sepenuhnya
dengan peranti ini. Kad tidak serasi mungkin merosakkan
kad dan peranti serta merosakkan data yang disimpan
pada kad.
Masukkan kad memori
Ambil perhatian bahawa kad memori mungkin dibekalkan
bersama peranti, dan mungkin sudah dimasukkan.
1. Buka penutup slot kad memori.
2. Masukkan kad memori dalam slot dengan kawasan
berwarna emas menghadap ke bawah. Masukkan kad
dengan berhati-hati untuk menguncinya di tempat itu.
3. Tutup penutup slot.
Keluarkan kad memori
Penting: Jangan keluarkan kad memori semasa
anda sedang beroperasi apabila kad sedang
diakses. Mengeluarkan kad ketika ia sedang
beroperasi mungkin merosakkan kad memori serta
perantinya, dan data yang disimpan dalam kad
mungkin juga rosak.
1. Dalam mod siap sedia, tekan kekunci kuasa seketika.
2. Tatal ke Keluarkan kad memori, dan pilih OK > Ya.
3. Buka penutup slot kad memori.
4. Tolak kad dengan perlahan-lahan untuk
melepaskannya.
5. Tarik kad keluar, dan pilih OK.
6. Tutup penutup slot.
Cas bateri
Bateri anda telah dicas tetapi tahap pengecasan berbezabeza.
menggunakan peranti anda semasa ia sedang
mengecas.
3. Apabila bateri dicas penuh, menanggalkan sambungan
pengecas dari peranti, kemudian dari alur keluar
dinding.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit
diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di
paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung kepada pengecas dan bateri
yang digunakan.
Menghidupkan
dan mematikan
peranti
Tekan dan tahan kekunci kuasa.
Jika peranti meminta kod PIN,
masukkan kod PIN, dan pilih
OK.
Jika peranti meminta kod kunci,
masukkan kod kunci, dan pilih
OK. Tetapan kilang bagi kod
kunci ialah 12345.
Tetapkan masa,
zon masa, dan tarikh
Masukkan masa tempatan, pilih zon masa bagi lokasi anda
dari segi perbezaan masa yang berkaitan dengan Masa Min
Greenwich (GMT), dan masukkan tarikh. Lihat “Masa dan
My Nokia ialah perkhidmatan percuma yang menghantar
kepada anda petua, cara, dan sokongan untuk peranti
Nokia anda secara tetap sebagai mesej teks. Jika My Nokia
tersedia di negara anda dan disokong oleh pembekal
khidmat anda, peranti anda menjemput anda untuk
menyertai perkhidmatan My Nokia selepas anda
menetapkan masa dan tarikh.
Pilih bahasa perkhidmatan. Jika anda menukar bahasa,
peranti akan mula semula. Untuk mendaftar ke My Nokia,
pilih Terima dan ikut arahan pada paparan.
Untuk mendaftar ke My Nokia kemudian, pilih >
Bantuan > My Nokia.
Lokasi antena
• Antena selular(1)
• Antena Bluetooth (2)
• Antena GPS (3)
Peranti anda mungkin mempunyai
antena dalaman dan luaran.
Seperti mana dengan sebarang peranti
pemancaran radio, elakkan daripada
menyentuh kawasan antena jika tidak
perlu apabila antena sedang memancar
atau menerima. Sentuhan dengan
antena sedemikian menjejaskan kualiti komunikasi dan
boleh menyebabkan peranti beroperasi pada paras kuasa
yang lebih tinggi daripada yang diperlukan dan boleh
mengurangkan hayat bateri.
Tetapan tatarajah
Sebelum anda boleh menggunakan pemesejan multimedia,
tekan untuk cakap, e-mel, penyegerakan, penstriman,
dan penyemak imbas, anda mesti mempunyai tetapan
tatarajah yang betul pada peranti anda. Peranti anda
mungkin menatarajah tetapan penyemak imbas,
pemesejan multimedia, pusat akses dan penstriman secara
automatik berdasarkan pada kad SIM yang digunakan.
Jika tidak, anda boleh menggunakan aplikasi Wizard ttpan.
untuk menata rajah tetapan, atau anda boleh menerima
tetapan secara terus sebagai mesej tatarajah, yang anda
simpan pada peranti anda. Untuk maklumat lanjut
mengenai ketersediaan, hubungi pembekal khidmat anda
atau wakil penjual Nokia berdaftar yang terdekat.
Apabila anda menerima mesej tatarajah, dan tetapannya
tidak disimpan dan diaktifkan secara automatik, 1 mesej
baru dipaparkan. Untuk menyimpan tetapan, pilih Tunjuk > Pilihan > Simpan. Anda mungkin perlu
memasukkan kod PIN yang disediakan oleh pembekal
khidmat.
Tukar — Salin atau segerakkan data dari peranti lain yang
serasi.
Tutorial — Pelajari mengenai ciri-ciri peranti anda dan
bagaimana menggunakannya. Untuk memulakan tutorial
kemudian, pilih > Bantuan > Tutorial dan item tutorial.
Untuk membuka Selamat Dtg. kemudian, pilih >
Bantuan > Selamat Dtg..
Wizard tetapan
Wizard tetapan menatarajahkan peranti anda untuk
tetapan operator dan e-mel berdasarkan pembekal
khidmat anda. Menatarajah tetapan lain juga mungkin
boleh dilakukan.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda mungkin
perlu menghubungi pembekal khidmat anda untuk
mengaktifkan sambungan data atau perkhidmatan lain.
• Mikrofon (23)
Semasa penggunaan berpanjangan, peranti mungkin
terasa panas. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini adalah
normal. Jika anda mengesyaki peranti tidak berfungsi
dengan baik, bawakannya ke kemudahan perkhidmatan
yang disahkan yang terdekat.
Mod siap sedia
Apabila anda telah menghidupkan peranti, dan ia
didaftarkan ke rangkaian, peranti berada dalam mod siap
sedia dan sedia digunakan.
Untuk memilih paparan untuk mod siap sedia, pilih >
Tetapan > Ttpn telefon > Umum > Pemperibadian > Mod
bersedia > Tema siap sedia.
Simpan peranti anda jauh dari magnet atau medan magnet
kerana ia boleh mengaktifkan sesetengah aplikasi tanpa
dijangka.
Pintasan dalam mod siap sedia
Untuk membuka senarai nombor yang terbaru didail,
tekan kekunci panggil.
Untuk memanggil peti mel suara anda, tekan dan tahan
kekunci 1.
Untuk menggunakan arahan suara atau dailan suara,
tekan dan tahan kekunci pilihan kanan.
Untuk mendengar mesej baru yang diterima, tekan dan
tahan kekunci pilihan kiri sehingga P'baca mesej bermula.
Untuk mengubah profil, tekan kekunci kuasa seketika, dan
pilih profil.
Untuk bertukar ke mod senyap dengan cepat dari sebarang
profil lain, dalam mod siap sedia, tekan dan tahan #.
Untuk memulakan sambungan dengan web, tekan dan
tahan 0.
Bergantung pada tema siap sedia yang dipilih, anda boleh
memilih aplikasi atau peristiwa untuk ditambah ke senarai
pintasan dalam mod siap sedia atau kekunci tatal.
Untuk memilih aplikasi atau peristiwa, pilih > Tetapan >
Ttpn telefon > Umum > Pemperibadian > Mod bersedia >
Pintasan.
Untuk mengaktifkan profil Luar Talian dengan cepat,
dalam mod siap sedia, tekan kekunci kuasa seketika, dan
pilih Luar talian. Untuk meninggalkan profil Luar Talian,
tekan kekunci kuasa seketika, dan pilih profil lain.
Apabila profil Luar Talian aktif, semua sambungan ke
rangkaian selular dinyahaktifkan. Walau bagaimanapun,
anda boleh menggunakan peranti anda tanpa kad SIM, dan
mendengar radio atau muzik menggunakan Pemain Muzik.
Ingat untuk mematikan peranti anda apabila penggunaan
telefon wayarles dilarang.
Penting: Dalam profil luar talian anda tidak boleh
membuat atau menerima sebarang panggilan,
atau menggunakan ciri lain yang memerlukan
liputan rangkaian selular. Panggilan mungkin
masih boleh dibuat ke nombor kecemasan yang
diprogramkan ke dalam peranti anda.
Untuk membuat panggilan, anda mestilah
mengaktifkan fungsi telefon dengan menukar
profil terlebih dahulu. Jika peranti telah dikunci,
masukkan kod kunci.
— Peranti ini berada dalam profil Luar Talian dan tidak
disambung ke rangkaian selular.
— Kad memori dimasukkan ke dalam peranti.
— Anda ada mesej tak dibaca dalam peti masuk
dalam Pemesejan.
— Anda ada e-mel baru dalam peti mel jauh anda.
— Anda ada mesej yang menunggu untuk dihantar
dalam peti keluar.
— Anda ada panggilan terlepas.
— Jenis deringan ditetapkan ke Senyap dan Nada
isyarat mesej dan Nada isyarat e-mel ditetapkan ke Tak
aktif.
— Pad kekunci peranti dikunci.
— Pembesar suara diaktifkan.
— Ada penggera yang aktif.
Peranti anda
— Semua panggilan ke peranti dialihkan ke
nombor lain.
atau — Alat dengar atau set gelung bersambung ke
peranti.
atau atau — Sambungan data paket GPRS aktif,
atau sambungan dipegang, atau sambungan tersedia.
atau atau — Sambungan paket data adalah aktif
dalam sebahagian dari rangkaian yang menyokong EGPRS,
atau sambungan dipegang, atau sambungan tersedia.
Peranti anda mungkin tidak menggunakan EGPRS dalam
pemindahan data.
atau atau — Sambungan data paket UMTS aktif,
atau sambungan dipegang, atau sambungan tersedia.
atau — Kesambungan Bluetooth diaktifkan, atau
data sedang dipancarkan menggunakan teknologi
Bluetooth.
— Sambungan USB aktif.
— Penerima GPS aktif
Penunjuk lain juga mungkin dipaparkan.
Petunjuk lampu
Lampu GPS
Lampu GPS berkelip apabila peranti anda mencuba untuk
mewujudkan sambungan GPS, dan kekal aktif apabila
sambungan GPS diwujudkan. Apabila anda menutup
aplikasi menggunakan sambungan GPS, lampu berkelip
cepat beberapa kali.
Lampu kekunci Navi
Anda boleh menetapkan lampu kekunci Navi untuk
berkelip perlahan untuk menunjukkan apabila peranti
diaktifkan. Lampu menjadi aktif untuk beberapa saat pada
jarak masa lebih kurang 20 saat. Untuk mengaktifkan
cahaya status, pilih > Tetapan > Ttpn telefon >
Umum > Pemperibadian > Mod bersedia > Cahaya
status > Aktif.
Peristiwa terlepas
Lampu kekunci Navi berkelip perlahan untuk beberapa
minit selepas peristiwa terlepas, seperti panggilan tidak
dijawab.
Untuk menetapkan tetapan penyelamat skrin, pilih >
Tetapan > Ttpn telefon > Umum > Pemperibadian >
Paparan > Penyelamat skrin. Untuk menetapkan tempoh
masa tamat untuk mengaktifkan penyelamat skrin,
pilih Tmt masa p'yelamt skrin. Untuk menetapkan tempoh
penyelamat skrin aktif, pilih Tempoh penyelamt skrin.
Menu
Dalam menu anda boleh mengakses fungsi dalam peranti
anda. Untuk mengakses menu utama, pilih .
Untuk membuka aplikasi atau folder, tatal kepadanya dan
tekan kekunci tatal.
Jika anda menukar susunan fungsi dalam menu,
susunan mungkin berbeza daripada susunan lalai yang
diperihalkan dalam panduan pengguna ini.
Untuk menukar paparan menu, pilih Pilihan > Tukar
Paparan menu dan jenis paparan.
Tandakan item dalam aplikasi
Untuk menanda atau membuang tanda item dalam
aplikasi, seperti imej atau klip video dalam Galeri, tekan #.
Untuk menanda atau membuang tanda beberapa item
berturutan, tekan dan tahan #, dan tatal.
Untuk bertukar antara aplikasi yang terbuka, buat salah
satu daripada yang berikut:
• Pilih Pilihan > Tunjuk aplikasi t'buka dan aplikasi.
• Tekan dan tahan . Tatal ke aplikasi, dan pilihnya.
Tutup aplikasi
Untuk menutup aplikasi atau folder, pilih Balik dan Keluar
seberapa kali yang perlu untuk kembali ke mod siap sedia,
atau pilih Pilihan > Keluar.
Membiarkan aplikasi berjalan di latar belakang akan
menambahkan penggunaan kuasa bateri dan
mengurangkan hayat bateri.
Kawalan kelantangan
Untuk melaraskan kelantangan alat cuping telinga atau
pembesar suara semasa dalam panggilan atau semasa
mendengar fail audio, tekan kekunci kelantangan.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pembesar suara
semasa dalam panggilan, pilih Pbsr suara atau Telefon.
Amaran: Jangan pegang peranti ini dekat dengan
telinga anda apabila pembesar suara sedang
digunakan, kerana kelantangannya mungkin
sangat kuat.
Peranti anda
Putaran paparan
Peranti anda mengandungi akselerometer yang mengesan
pergerakan peranti.
Untuk memutarkan kandungan paparan secara automatik
apabila anda memusingkan peranti pada bahagian kirinya
atau balik ke kedudukan menegak, pilih > Tetapan >
Ttpn telefon > Umum > Tetapan sensor > Sensor Aktif.
Sesetengah aplikasi dan ciri mungkin tidak menyokong
pemutaran kandungan paparan.
Kawalan pusing
Untuk membolehkan panggilan disenyapkan dan penggera
ditunda dengan memusing peranti agar paparan
menghadap ke bawah, pilih > Tetapan > Ttpn telefon >
Umum > Tetapan sensor > Sensor > Aktif. Pilih Kawalan
pusing, dan tandakan Menyenyapkan pgln dan Penggera
tunda.
Kunci pad kekunci (kawal
kekunci)
Untuk mengunci pad kekunci apabila anda menutup
gelangsar, pilih > Tetapan > Ttpn telefon > Umum >
P'gndlian. glngsr > P'aktifn. p'gawal kekunci > Tukar >
Aktif apb tutup glngsr.
Untuk menetapkan peranti supaya mengunci pad kekunci
selepas tempoh tertentu, pilih > Tetapan > Ttpn
telefon > Umum > Keselamatan > Telefon dan kad SIM >
T'poh knci auto pad kkci > Ditentu pengguna dan masa
yang dikehendaki.
Membuka gelangsar akan membuka kunci pad kekunci.
Untuk membuka kunci pad kekunci apabila gelangsar
ditutup, tekan kekunci pemilihan kiri dan pilih OK dalam
1.5 saat.
Apabila peranti atau pad kekunci dikunci, panggilan masih
boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda.
Kunci jauh
Anda boleh mengunci jauh peranti dan kad memori anda
menggunakan mesej teks. Untuk membenarkan
penguncian jauh dan menentukan kandungan mesej teks
untuk digunakan, pilih > Tetapan > Ttpn telefon >
Umum > Keselamatan > Telefon dan kad SIM > P'guncian
tel. secara jauh > Dibenar. Masukkan kandungan mesej
teks (5 hingga 20 aksara), sahkannya, dan masukkan kod
kunci.
Untuk menetapkan bagaimana peranti anda menggunakan
kod akses, pilih > Tetapan > Ttpn telefon > Umum >
Keselamatan > Telefon dan kad SIM.
Kod kunci
Kod kunci (5 digit) membantu mengunci peranti anda.
Kod yang dipratetap ialah 12345. Tukar kod, dan rahsiakan
kod baru dan simpan di tempat yang selamat berasingan
daripada peranti anda.
Untuk menukar kod kunci, pilih > Tetapan > Ttpn
telefon > Umum > Keselamatan > Telefon dan kad SIM >
Kod kunci. Untuk mengaktifkan penguncian automatik
peranti anda, pilih Tempoh kunci auto tel. > Ditentu
pengguna.
Jika anda lupa kod dan peranti anda dikunci, peranti anda
akan memerlukan servis dan bayaran tambahan mungkin
dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nokia
Care - Pusat Layanan Nokia.
Apabila peranti atau pad kekunci dikunci, panggilan masih
boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti anda.
Kod nombor pengenalan peribadi (PIN) atau kod nombor
pengenalan peribadi universal (UPIN) (4 hingga 8 angka)
membantu melindungi kad SIM anda. Kod (U)PIN biasanya
dibekalkan dengan kad SIM. Tetapkan peranti agar
meminta kod setiap kali telefon diaktifkan, pilih >
Tetapan > Ttpn telefon > Umum > Keselamatan > Telefon
dan kad SIM > Permintaan kod PIN > Aktif.
Kod PIN2 mungkin dibekalkan dengan kad SIM dan
diperlukan untuk sesetengah fungsi.
PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat di
dalam modul keselamatan. PIN tandatangan diperlukan
untuk tandatangan digital. PIN modul dan PIN
tandatangan diberikan bersama kad SIM jika kad SIM
mempunyai modul keselamatan di dalamnya.
Kod PUK
Kod kunci membuka sekatan peribadi (PUK) atau kod kunci
membuka sekatan universal (UPUK) (8 angka) diperlukan
untuk menukar kod PIN dan UPIN yang dihalang. Kod PUK2
diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang.
Jika diperlukan, hubungi pembekal khidmat tempatan
anda untuk mendapatkan kod.
Peranti anda
Kata laluan sekatan
Kata laluan sekatan (4 angka) diperlukan apabila
menggunakan sekatan panggilan. Anda boleh
mendapatkan kata laluan ini daripada pembekal khidmat
anda. Jika kata laluan dihalang, hubungi pembekal
khidmat anda.
Muat turun!
Muat turun! (perkhidmatan rangkaian) adalah kedai
kandungan mudah alih yang tersedia dalam peranti anda.
Dengan Muat turun! anda boleh menemui, pratonton,
membeli, memuat turun, dan menaik taraf kandungan,
perkhidmatan dan aplikasi. Item dikategorikan di bawah
katalog dan folder yang disediakan oleh pembekal khidmat
yang berbeza. Kandungan yang tersedia bergantung pada
pembekal khidmat anda.
Pilih > Internet > Muat turun!.
Muat turun! menggunakan perkhidmatan rangkaian anda
untuk mengakses kandungan terkini. Untuk maklumat bagi
item tambahan yang tersedia melalui Muat turun!,
hubungi pembekal khidmat anda, atau pembekal atau
pengilang item tersebut.
Anda boleh memasang aplikasi pada peranti anda.
Untuk mengakses aplikasi, pilih > Aplikasi > Milik saya.
Penting: Hanya pasang dan gunakan aplikasi atau
perisian lain dari pihak yang dipercayai, seperti
aplikasi yang Ditandatangani Symbian atau telah
melepasi ujian Java Verified
TM
.
Menyambungkan alat
dengar serasi
Jangan menyambung produk yang membentuk isyarat
output kerana ini boleh merosakkan peranti.
Jangan menyambung sebarang sumber voltan ke
penyambung AV Nokia.
13
Peranti anda
Semasa menyambung sebarang peranti luaran atau alat
dengar, selain yang dibenarkan oleh Nokia bagi
penggunaan dengan peranti ini, ke penyambung AV Nokia,
beri perhatian khusus pada aras kelantangan.
Sambungkan kabel data USB
Sambungkan kabel data USB yang serasi ke penyambung
USB.
Untuk memilih mod sambungan USB lalai atau menukar
mod aktif, pilih > Tetapan > K’sambgn > USB > Mod
sambungan USB dan mod yang diingini. Untuk
menetapkan sama ada mod lalai diaktifkan secara
automatik, pilih Tanya ketika samb. > Tidak.
Untuk melaraskan kelantangan semasa panggilan,
tekan kekunci kelantangan.
Membuat panggilan suara
1. Dalam mod siap sedia, masukkan nombor telefon,
termasuk kod kawasan. Tekan kekunci kosongkan untuk
mengeluarkan nombor.
Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk
awalan antarabangsa (aksara + menggantikan kod
akses antarabangsa), dan masukkan kod negara,
kod kawasan (buang awalan sifar jika perlu),
dan nombor telefon.
2. Untuk memanggil sesuatu nombor, tekan kekunci
panggil.
3. Untuk menamatkan panggilan, atau untuk
membatalkan percubaan memanggil, tekan
kekunci tamat.
Untuk memilih sama ada panggilan aktif ditamatkan
apabila gelangsar ditutup, pilih > Tetapan > Ttpn
telefon > Umum > P'gndlian. glngsr > Menutup
gelangsar > Tukar > Tamatkan pgln. aktif atau
Teruskan pgln. aktif
Kenalan. Tatal ke nama yang dikehendaki; atau masukkan
huruf-huruf pertama daripada nama, dan tatal ke nama
yang dikehendaki. Untuk memanggil nombor,
tekan kekunci panggil.
Untuk memanggil nombor yang baru didail dari mod siap
sedia, tekan kekunci panggil.
Dail cepat
Dail cepat adalah cara cepat untuk memanggil nombor
yang selalu digunakan dari mod siap sedia. Anda perlu
memberikan nombor telefon ke kekunci dail cepat 2 to 9
( 1 ditetapkan untuk peti mel panggilan suara), dan
tetapkan Dail cepat ke Aktif.
Untuk memberikan nombor telefon ke kekunci dail cepat,
pilih > Tetapan > Dail cepat. Tatal ke ikon kekunci,
dan pilih Berikan dan kenalan. Untuk menukar nombor,
pilih Pilihan > Tukar.
Untuk mengaktifkan dail cepat, pilih > Tetapan > Ttpn
telefon > Telefon > Panggilan > Dail cepat > Aktif.
Untuk memanggil nombor dail cepat, tekan dan tahan
kekunci dail cepat sehingga panggilan bermula.
15
Fungsi panggilan
Panggil peti mel
Untuk memanggil peti mel suara anda (perkhidmatan
rangkaian) dari mod siap sedia, tekan dan tahan 1.
Anda boleh mempunyai peti mel panggilan untuk
panggilan suara dan berbilang talian telefon.
Untuk menentukan panggilan peti mel panggilan jika tiada
nombor ditetapkan, pilih > Tetapan > Pt. mel pgln..
Tatal ke Peti mel suara, dan masukkan nombor peti mel
yang sepadan. Untuk menukar nombor peti mel panggilan,
pilih Pilihan > Tukar nombor. Untuk nombor peti mel
panggilan, hubungi pembekal khidmat anda.
Dail suara
Tag suara ditambah secara automatik ke semua entri di
dalam Kenalan. Gunakan nama panjang, dan elakkan nama
yang serupa bagi nombor yang berlainan.
Membuat panggilan dail suara
Tag suara peka terhadap hingar latar belakang.
Gunakan tag suara dalam persekitaran yang senyap.
Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar
dalam persekitaran yang bising atau semasa
kecemasan, jadi anda tidak seharusnya
bergantung semata-mata pada dail suara dalam
semua keadaan.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci pilihan
kanan.
Jika anda menggunakan alat dengar yang serasi
dengan kekunci alat dengar, tekan dan tahan
kekunci alat dengar.
2. Apabila Sila cakap sekarang dipaparkan, sebutkan
arahan suara dengan jelas. Peranti memainkan arahan
suara dengan padanan terbaik. Selepas 1.5 saat,
peranti mendailkan nombor itu; jika hasilnya salah,
sebelum mendail pilih entri lain.
Membuat panggilan persidangan
Peranti anda menyokong panggilan persidangan
(perkhidmatan rangkaian) di antara maksimum enam
peserta, temasuk anda sendiri.
1. Buat panggilan ke peserta pertama.
2. Untuk membuat panggilan kepada peserta,
pilih Pilihan > Panggilan baru.
3. Untuk membuat panggilan persidangan apabila
panggilan baru dijawab, pilih Pilihan > Sidang.
Untuk menambah orang lain ke panggilan persidangan,
ulang langkah 2, dan pilih Pilihan > Sidang > Tambah
Untuk menolak panggilan, tekan kekunci tamat, atau pilih
Pilihan > Tolak. Jika anda telah mengaktifkan Alihn.
panggilan > Jika sibuk, menolak panggilan tersebut
mengalihkan panggilan.
Untuk menghantar mesej teks sebagai balasan kepada
pemanggil dan sebaliknya tidak menjawab panggilannya,
pilih Pilihan > Hantar mesej. Untuk mengaktifkan balasan
mesej teks dan mengedit mesej, pilih > Tetapan > Ttpn
telefon > Telefon > Panggilan > Tolak panggilan dgn. msj.
dan Teks mesej.
Untuk menentukan sama ada panggilan dijawab secara
automatik apabila gelangsar dibuka, pilih > Tetapan >
Ttpn telefon > Umum > P'gndlian. glngsr > Membuka
gelangsar > Tukar > Jwb panggilan masuk atau Panggilan
tiada jwpn.
Panggilan menunggu
Semasa dalam panggilan, untuk menjawab panggilan
menunggu, tekan kekunci panggilan. Panggilan yang
pertama ditunda. Untuk beralih antara dua panggilan
tersebut, pilih Tukar. Untuk menamatkan panggilan yang
aktif, tekan kekunci tamat.
Untuk mengaktifkan fungsi panggilan menunggu
(perkhidmatan rangkaian), pilih > Tetapan > Ttpn
telefon > Telefon > Panggilan > Panggilan menunggu >
Aktifkan.
Panggilan video
Membuat panggilan video
Untuk membuat panggilan video, anda perlu mempunyai
kad USIM dan berada dalam liputan rangkaian UTMS.
Untuk ketersediaan dan langganan perkhidmatan
panggilan video, hubungi pembekal khidmat anda.
Panggilan video hanya boleh dibuat antara dua pihak dan
apabila tiada panggilan suara, video atau data lain aktif.
Panggilan video boleh dibuat ke telefon mudah alih yang
serasi atau klien ISDN.
Anda telah menangkap imej pegun untuk dihantar
berbanding menghantar video.
Anda telah menolak penghantaran video dari peranti
anda.
1. Masukkan nombor telefon dalam mod siap sedia dan
pilih Panggilan video. Atau, pilih > Kenalan, tatal ke
kenalan yang diingini, dan pilih Pilihan > Panggilan
video.
2. Untuk bertukar antara menunjukkan video atau hanya
mendengar bunyi semasa panggilan video, pilih dari bar
alat Bnrkn. p'hantaran video atau Tak bnrkn. p'htrn
video.
Jika anda menolak penghantaran video semasa
panggilan video, panggilan tersebut tetap akan
dikenakan bayaran sebagai panggilan video.
Semak penetapan harga dengan operator rangkaian
atau pembekal khidmat anda.
3. Untuk menamatkan panggilan video, tekan
kekunci tamat.
Jawap panggilan video
Apabila panggilan video sampai, dipaparkan.
Untuk menjawab panggilan video, tekan kekunci panggil.
Benarkan imej video dihantar ke pemanggil? ditunjukkan.
Jika anda memilih Ya, imej yang ditangkap oleh kamera
dalam peranti anda dipaparkan kepada pemanggil.
Jika tidak, penghantaran video tidak diaktifkan.
Jika anda menolak penghantaran video semasa panggilan
video, panggilan tersebut tetap akan dikenakan bayaran
sebagai panggilan video. Periksa penetapan harga dengan
pembekal khidmat anda.
Untuk menamatkan panggilan video, tekan kekunci tamat.
Tetapan panggilan
Panggilan
Pilih > Tetapan > Ttpn telefon > Telefon > Panggilan
dan daripada yang berikut:
Hantar nombor sendiri (perkhidmatan rangkaian) — untuk
memaparkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
daripada orang yang anda panggil
Dail cepat — Lihat “Dail cepat”, h. 15.
Jawab sbrg. kekunci — untuk menjawab panggilan masuk
dengan menekan seketika sebarang kekunci, kecuali
kekunci pilihan kanan, kekunci kelantangan, dan kekunci
tamat
Talian sedang diguna (perkhidmatan rangkaian) — untuk
memilih talian telefon untuk membuat panggilan dan
menghantar mesej ringkas. Ini hanya ditunjukkan jika kad
SIM menyokong dua talian telefon.
Tukar talian (perkhidmatan rangkaian) — untuk
membenarkan atau tidak membenarkan pemilihan talian
Alihan panggilan
1. Pilih > Tetapan > Ttpn telefon > Telefon > Alihn.
panggilan (perkhidmatan rangkaian).
2. Pilih panggilan yang anda mahu alihkan, sebagai
contoh, Panggilan suara.
3. Pilih pilihan yang dikehendaki. Sebagai contoh,
untuk mengalihkan panggilan suara apabila nombor
anda sibuk atau apabila anda menolak panggilan
masuk, pilih Jika sibuk.
4. Pilih Pilihan > Aktifkan dan nombor telefon yang anda
mahu alihkan panggilan. Beberapa pilihan alihan boleh
aktif pada masa yang sama.
Sekatan panggilan dan alihan panggilan tidak boleh aktif
pada masa yang sama.
Sekatan panggilan
1. Pilih > Tetapan > Ttpn telefon > Telefon > Sekatan
pangln. (perkhidmatan rangkaian) untuk mengehadkan
panggilan yang anda buat dan terima dengan peranti
anda.
2. Tatal ke pilihan sekatan yang dikehendaki, dan pilih
Pilihan > Aktifkan. Untuk menukar tetapan,
anda perlukan kata laluan sekatan yang diberikan oleh
pembekal khidmat anda.
Sekatan panggilan dan alihan panggilan tidak boleh aktif
pada masa yang sama.
Apabila panggilan disekat, panggilan mungkin dibolehkan
ke beberapa nombor kecemasan rasmi tertentu.
Rangkaian
Pilih > Tetapan > Ttpn telefon > Telefon > Rangkaian
dan daripada yang berikut:
Mod rangkaian — untuk memilih rangkaian untuk
digunakan (ini ditunjukkan hanya jika ia disokong oleh
pembekal khidmat). Jika anda memilih Dwi mod, peranti
menggunakan rangkaian GSM atau UMTS secara
automatik.
Pilihan operator — untuk menetapkan peranti agar
mencari dan memilih salah satu rangkaian yang tersedia
secara automatik, pilih Automatik. Untuk memilih