PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata
bahawa produk RM-115 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan dari
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Dilarang dicetak semula, dipindah, diedar atau disimpan sebahagian atau semua
kandungan dokumen ini dalam apa bentuk jua pun tanpa terlebih dahulu mendapatkan
izin bertulis daripada Nokia.
Nokia, Visual Radio, Nokia Connecting People, Xpress-on, XpressPrint, dan Pop-Port
adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Lain-lain nama
produk dan nama syarikat yang disebut di sini berkemungkinan adalah cap dagang atau
nama dagang pemilik masing-masing.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten MPEG-4 Visual (i) untuk kegunaan
peribadi dan bukan komersial berhubung dengan maklumat yang telah dikodkan
menurut Standard MPEG-4 Visual oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi
dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan berhubung dengan video MPEG-4 video
yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat
untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan
penggunaan promosi, dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC.
Lihat <http://www.mpegla.com>.
Nokia mengamalkan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia mempunyai hak
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan kepada mana-mana produk yang
dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Peranti Nokia ini mematuhi Arahan 2002/95/EC berkenaan sekatan ke atas penggunaan
bahan-bahan berbahaya tertentu di dalam kelengkapan elektrik dan elektronik.
Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan bagi sebarang kehilangan
data atau pendapatan atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara akibat atau
secara tidak langsung walau macam mana pun ia berlaku.
Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan "seperti sedia ada". Kecuali dikehendaki
oleh undang-undang yang berkaitan, tidak ada jaminan, dalam bentuk apa pun, sama
ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan yang tersirat
kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat berdasarkan
ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia
mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini pada bila-bila masa
tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Ketersediaan produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila
hubungi pengedar Nokia yang terdekat dengan anda untuk keterangan lanjut.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk
pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara
lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak
mematuhinya boleh jadi berbahaya atau
salah di sisi undang-undang. Baca
panduan pengguna lengkap ini untuk
maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN
SELAMAT
Jangan hidupkan telefon
apabila penggunaan telefon
wayarles dilarang atau
apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau
bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN
DI JALAN RAYA
Patuhi semua undangundang tempatan. Sentiasa
pastikan tangan anda bebas
untuk mengendalikan
kenderaan semasa memandu.
Perkara pertama yang harus
anda pertimbangkan semasa
memandu haruslah
keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles
boleh mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan
prestasi.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang sekatan.
Matikan telefon apabila
berdekatan dengan peralatan
perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL
TERBANG
Patuhi sebarang sekatan.
Peranti-peranti wayarles
boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI
BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di
tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan
bahan bakar atau bahan
kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN
PELETUPAN
Patuhi sebarang sekatan.
Jangan gunakan telefon di
mana letupan sedang
dijalankan.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya
biasa seperti yang
diterangkan di dalam
dokumentasi produk. Jangan
sentuh antena jika tidak
perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan
berkelayakan boleh
memasang atau membaiki
produk ini.
TAMBAHAN DAN BATERI
Gunakan hanya tambahan
dan bateri yang diluluskan.
Jangan sambungkan produkproduk yang tidak serasi.
Telefon anda tidak kalis air.
Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Ingatlah untuk membuat
salinan-salinan sandaran
atau menyimpan rekod
bertulis mengenai semua
maklumat penting yang
disimpan di dalam telefon
anda.
MENYAMBUNG KEPADA
PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada
sebarang peranti lain, baca
panduan penggunanya untuk
arahan-arahan keselamatan
terperinci. Jangan
sambungkan produk-produk
yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan
dan boleh digunakan. Tekan
kekunci tamat seberapa
banyak kali yang perlu untuk
mengosongkan paparan dan
kembali ke skrin permulaan.
Masukkan nombor
kecemasan, kemudian tekan
kekunci panggil. Berikan
lokasi anda. Jangan tamatk an
panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
■ Perihal peranti anda
Peranti wayarles yang diperihalkan di
dalam panduan ini diluluskan untuk
digunakan pada rangkaian EGSM 850,
900, 1800 dan 1900. Hubungi pembekal
khidmat anda untuk maklumat lanjut
mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam
peranti ini, patuhi semua undang-undang
dan hormati privasi dan hak-hak sah
orang lain.
Apabila mengambil dan menggunakan
imej atau klip video, patuhi semua
undang-undang dan hormati adat
tempatan serta hak privasi dan undangundang orang lain.
Amaran: Untuk menggunakan
sebarang ciri di dalam peranti
ini, selain daripada jam
penggera, peranti ini mestilah
dihidupkan. Jangan hidupkan
peranti ini apabila penggunaan
peranti wayarles boleh
menyebabkan gangguan atau
bahaya.
■ Perkhidmatan
rangkaian
Untuk menggunakan telefon ini anda
mestilah mempunyai perkhidmatan
daripada pembekal khidmat wayarles.
Banyak ciri di dalam peranti ini
bergantung kepada ciri-ciri dalam
rangkaian wayarles untuk berfungsi.
Perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian
ini mungkin tidak dapat diperolehi pada
kesemua rangkaian atau anda mungkin
perlu membuat persiapan tertentu
dengan pembekal khidmat anda sebelum
anda boleh menggunakan perkhidmatanperkhidmatan rangkaian ini. Pembekal
khidmat anda mungkin perlu memberi
anda arahan-arahan tambahan bagi
penggunaannya dan menerangkan
bayaran yang mungkin dikenakan.
Sesetengah rangkaian mungkin
mempunyai had yang menjejaskan cara
anda menggunakan perkhidmatan
rangkaian. Contohnya, sesetengah
rangkaian mungkin tidak menyokong
semua aksara dan perkhidmatan yang
bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah
meminta agar ciri-ciri tertentu
dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di
dalam peranti anda. Jika demikian, ia
tidak akan muncul pada menu peranti
anda. Peranti anda mungkin juga telah
ditatarajah secara khusus untuk
pembekal rangkaian anda. Tatarajah ini
mungkin termasuk perubahan dalam
nama-nama menu, susunan menu dan
ikon-ikon. Hubungi pembekal khidmat
anda untuk maklumat lanjut.
Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0
(HTTP dan SSL) yang berjalan pada
protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti ini,
seperti mesej multimedia (MMS),
menyemak imbas, aplikasi e-mel, mesej
segera, kenalan ditambah hadiran,
penyegerakan jauh, dan muat turun
kandungan menggunakan penyemak
imbas atau MMS, memerlukan sokongan
rangkaian bagi teknologi-teknologi ini.
■ Memori yang dikongsi
Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini
mungkin menggunakan memori yang
dikongsi: galeri, kenalan, mesej teks,
mesej multimedia, dan mesej segera,
e-mel, kalendar, nota tugasan,
permainan dan aplikasi Java™, dan
aplikasi nota. Penggunaan satu atau
lebih daripada ciri-ciri ini boleh
mengurangkan memori yang terdapat
bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori.
Contohnya, menyimpan banyak aplikasi
Java boleh menggunakan kesemua
memori yang ada. Peranti anda mungkin
memaparkan mesej bahawa memori
telah penuh apabila anda cuba
menggunakan ciri memori yang dikongsi.
Dalam hal ini, padam beberapa maklumat
atau entri yang disimpan di dalam
ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum
meneruskan. Sesetengah ciri ini, seperti
mesej teks, mungkin mempunyai jumlah
memori tertentu yang diperuntukkan
khusus untuknya sebagai tambahan
kepada memori yang dikongsi dengan
ciri-ciri lain.
■ Tambahan
Beberapa peraturan praktis mengenai
aksesori dan tambahan
• Jauhkan semua aksesori dan
tambahan dari kanak-kanak kecil.
• Apabila mencabut kord kuasa
sebarang aksesori atau tambahan,
genggam dan tarik palamnya, bukan
kordnya.
• Periksa secara tetap bagi memastikan
bahawa sebarang tambahan yang
dipasang pada kenderaan telah
dipasang dan beroperasi dengan
betul.
• Pemasangan sebarang tambahan
kereta yang kompleks mesti dibuat
oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Telefon anda menyediakan banyak
fungsi yang praktikal untuk
penggunaan harian, seperti mesej
teks dan multimedia, kalendar, jam,
jam penggera, radio, pemain muzik,
dan kamera terbina dalam. Telefon
anda juga menyokong fungsi-fungsi
berikut:
• Perkhidmatan dalam talian
pasang dan main untuk
mendapatkan tetapan tatarajah.
Lihat ”Perkhidmatan pasang dan
main”h. 4, dan ”Perkhidmatan
tetapan tatarajah” h. xi.
• Tekan untuk cakap. Lihat ”Tekan
untuk cakap” h. 76.
• Sekeping kad memori mikroSD
untuk meluaskan muatan
memori telefon. Lihat ”Masukkan
Kod keselamatan (5 hingga 10
angka) membantu melindungi
telefon anda daripada digunakan
tanpa izin. Kod yang dipratetap
adalah 12345. Untuk menukar kod,
dan untuk menetapkan telefon
supaya meminta kod, lihat
”Keselamatan” h. 57.
Kod PIN
Kod nombor pengenalan peribadi
(PIN) dan kod nombor pengenalan
peribadi universal (UPIN) (4 hingga 8
angka) membantu melindungi kad
SIM anda daripada digunakan tanpa
izin. Lihat ”Keselamatan” h. 57.
Kod PIN2 (4 hingga 8 angka)
mungkin dibekalkan dengan kad SIM
dan diperlukan untuk sesetengah
fungsi.
PIN modul diperlukan untuk
mengakses maklumat di dalam
modul keselamatan. Lihat ”Modul
keselamatan” h. 92.
PIN tandatangan diperlukan untuk
tandatangan digital. Lihat
”Tandatangan digital” h. 93.
Kod PUK
Kod kunci nyahhalang peribadi (PUK)
dan kod kunci nyahhalang peribadi
universal (UPUK) (8 angka)
diperlukan untuk menukar kod PIN
dan UPIN yang terhalang. Kod PUK2
(8 angka) diperlukan untuk menukar
kod PIN2 yang dihalang. Jika kodnya
tidak dibekalkan bersama kad SIM,
hubungi pembekal khidmat
setempat anda untuk mendapatkan
kod-kod tersebut.
Kata laluan sekatan
Kata laluan sekatan (4 angka)
diperlukan apabila menggunakan
Khidmat sekat panggilan. Lihat
”Keselamatan” h. 57.
■ Perkhidmatan tetapan
tatarajah
Untuk menggunakan sesetengah
perkhidmatan rangkaian, seperti
perkhidmatan Internet bergerak,
MMS, mesej audio Nokia Xpress, atau
penyegerakan pelayan Internet jauh,
telefon anda memerlukan tetapan
tatarajah yang betul. Anda boleh
menerima tetapan-tetapannya
secara langsung sebagai mesej
tatarajah. Selepas menerima
tetapan-tetapan tersebut anda perlu
menyimpannya pada telefon anda.
Pembekal khidmat mungkin
menyediakan PIN yang diperlukan
untuk menyimpan tetapan-tetapan
tersebut. Untuk maklumat lanjut
mengenai ketersediaan, hubungi
operator rangkaian anda, pembekal
khidmat, wakil penjual Nokia
berdaftar yang terdekat dengan
anda, atau lawati bahagian
sokongan di laman Web Nokia,
www.nokia-asia.com/6131/support.
Setelah anda menerima
tetapan-tetapan sebagai mesej
tatarajah, dan tetapan-tetapan itu
tidak disimpan dan diaktifkan secara
automatik, Tetapan tatarajah
diterima dipaparkan.
Untuk menyimpan tetapan, pilih
Tunjuk > Simpan. Jika telefon
meminta Masukkan PIN tetapan:,
masukkan kod PIN bagi tetapan, dan
pilih OK. Untuk menerima kod PIN,
hubungi pembekal khidmat yang
membekalkan tetapan-tetapan itu.
Jika tiada tetapan yang disimpan,
tetapan-tetapan ini disimpan dan
ditetapkan sebagai tetapan-tetapan
tatarajah lalai. Jika tidak, telefon
Untuk membuang tetapan yang
diterima, pilih Keluar atau Tunjuk >
Buang.
■ Muat turun kandungan
Anda mungkin boleh memuat turun
kandungan baru (contohnya, tema)
ke telefon (perkhidmatan rangkaian).
Pilih fungsi muat turun (contohnya,
dalam menu Galeri). Untuk
mengakses fungsi muat turun, lihat
perihalan menu masing-masing.
Anda juga mungkin dapat memuat
turun kemas kini-kemas kini perisian
telefon (perkhidmatan rangkaian).
Lihat ”Telefon” h. 54, Kemas kini
telefon.
Untuk ketersediaan perkhidmatanperkhidmatan yang berbeza, harga
dan tarif, hubungi pembekal
khidmat anda.
Penting: Gunakan hanya
perkhidmatan yang anda
percayai dan yang
menawarkan keselamatan
dan perlindungan yang
mencukupi daripada
perisian yang merosakkan.
■ Sokongan dan maklumat
hubungan Nokia
Untuk versi terkini panduan ini,
muat turun, perkhidmatan dan
maklumat tambahan yang berkaitan
dengan produk Nokia anda, sila
lawati
www.nokia-asia.com/6131/support
atau laman web Nokia setempat
anda. Anda boleh juga memuat
turun tetapan-tetapan tatarajah
percuma, seperti MMS, GPRS, e-mel,
dan perkhidmatan-perkhidmatan
lain untuk model telefon anda di
www.nokia-asia.com/phonesettings.
Sekiranya anda masih memerlukan
bantuan, sila rujuk kepada
www.nokia-asia.com/contactus.
Untuk menyemak lokasi pusat Nokia
care yang terdekat bagi khidmat
penyelenggaraan, anda boleh lawati
www.nokia-asia.com/repair.
Sentiasa matikan peranti ini dan
cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Jauhkan semua kad SIM dari kanakkanak kecil.
Untuk ketersediaan dan maklumat
mengenai penggunaan perkhidmatan
kad SIM, hubungi penjual kad SIM
anda. Ini boleh jadi pembekal
khidmat, operator rangkaian, atau
penjual lain.
Peranti ini seharusnya digunakan
dengan bateri BL-4C. Sentiasa
gunakan bateri Nokia yang asli. Lihat
”Garis panduan pengesahan
ketulenan bateri Nokia” h. 97.
Kad SIM dan sentuh-sentuhnya
mudah rosak oleh kerana tercalar
atau dibengkokkan, jadi berhatihatilah apabila mengendalikan,
memasukkan, atau mengeluarkan
kad itu.
Untuk menanggalkan penutup
belakang telefon, tekan sedikit (1)
dan luncurkan penutup (2).
Keluarkan bateri seperti yang
ditunjukkan (3).
Buka pemegang kad SIM (4) dan
masukkan kad SIM dengan betul ke
dalam pemegangnya (5). Tutup
pemegang kad SIM (6).
Pasang semula bateri (7). Luncurkan
penutup belakang ke tempatnya (8,
Jauhkan semua kad memori mikroSD
dari kanak-kanak kecil.
1. Tanggalkan penutup belakang
telefon.
2. Masukkan kad ke dalam lubang
alur kad mikroSD dengan
permukaan sentuh emasnya
menghadap ke bawah, dan tekan
ia sehingga ia terkunci di
tempatnya.
3. Tutup penutup belakang telefon.
Gunakan hanya kad mikroSD yang
serasi dengan peranti ini. Kad-kad
memori lain, seperti kad MultiMedia
Saiz Kecil (Reduced Size
MultiMediaCards), tidak muat dalam
lubang alur kad mikroSD dan tidak
serasi dengan peranti ini.
Menggunakan kad memori yang
tidak serasi boleh merosakkan kad
memori itu dan peranti ini juga, dan
data yang disimpan pada kad yang
tidak serasi itu boleh tercemar.
Gunakan hanya kad-kad mikroSD
yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan dengan peranti ini. Nokia
menggunakan piawai-piawai
industri yang diluluskan bagi kad
memori tetapi tidak semua jenama
lain mungkin berfungsi dengan
betul atau benar-benar serasi
dengan peranti ini.
■ Keluarkan kad mikroSD
Penting: Jangan keluarkan
kad mikroSD semasa sesuatu
operasi apabila kad sedang
diakses. Mengeluarkan kad
semasa sesuatu operasi
mungkin akan merosakkan
kad memori serta peranti ini,
dan data yang disimpan
dalam kad mungkin juga
tercemar.
Anda boleh mengeluarkan atau
menggantikan kad mikroSD semasa
operasi telefon tanpa mematikan
telefon.
1. Pastikan bahawa tiada aplikasi
sedang mengakses kad memori
mikroSD.
2. Tanggalkan penutup belakang
telefon.
3. Tekan kad mikroSD sedikit untuk
melepaskan penguncian.
Periksa nombor model sebarang
pengecas sebelum menggunakannya
dengan peranti ini. Peranti ini untuk
digunakan apabila dibekalkan
dengan kuasa daripada pengecas
AC-3 atau AC-4.
Amaran: Gunakan hanya
bateri, pengecas, dan
tambahan yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan
khususnya dengan model
telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan apa-apa
kelulusan atau waranti, dan
mungkin berbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda
boleh mendapatkan tambahan yang
diluluskan, sila tanya wakil penjual
telefon anda. Apabila mencabut kord
kuasa sebarang tambahan, genggam
dan tarik palamnya, bukan kordnya.
1. Sambungkan pengecas ke soket
dinding.
2. Sambungkan penyambung dari
pengecas dengan soket di
bahagian bawah telefon anda.
Jika bateri benar-benar kehabisan
kuasa, beberapa minit diperlukan
sebelum penunjuk pengecasan
muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung
kepada pengecas yang digunakan.
Mengecas bateri BL-4C dengan
pengecas AC-3 mengambil masa
kira-kira 2 jam 20 minit semasa
telefon dalam mod siap sedia.
■ Buka dan tutup telefon
Untuk membuka telefon tekan
butang pelepas lipatan (1). Lipatan
terbuka secara automatik (2).
Untuk menutup telefon lipat lipatan
secara manual dalam kedudukan
tertutupnya.
Untuk mematikan nada yang
berbunyi apabila anda membuka dan
menutup telefon, lihat ”Nada” h. 44.
Amaran: Jangan hidupkan
telefon apabila penggunaan
telefon wayarles dilarang
atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan
atau bahaya.
Untuk menghidupkan atau
mematikan telefon, tekan dan tahan
kekunci kuasa. Lihat ”Kekunci dan
bahagian-bahagian” h. 6.
Jika telefon meminta kod PIN atau
UPIN, masukkan kod tersebut
(dipaparkan sebagai ****), dan pilih
OK.
Tetapkan masa, zon masa,
dan tarikh
Masukkan masa tempatan, pilih zon
masa bagi lokasi anda dari segi
perbezaan masa berhubung dengan
Waktu Min Greenwich (GMT), dan
masukkan tarikh. Lihat ”Masa dan
tarikh” h. 46.
(perkhidmatan rangkaian). Sahkan
atau tolak pertanyaannya. Lihat
’’Samb ke b'tuan p'bkl khid,’ ’ h . 56,
dan ”Perkhidmatan tetapan
tatarajah” h. xi.
■ Antena
Peranti anda mempunyai antena
dalaman.
Nota: Seperti sebarang
peranti pemancar radio lain,
jangan sentuh antena jika
tidak perlu apabila peranti
dihidupkan. Menyentuh
antena akan menjejas mutu
panggilan dan boleh
menyebabkan peranti
beroperasi pada aras kuasa
lebih tinggi daripada yang
diperlukan. Mengelakkan
daripada menyentuh
bahagian antena semasa
mengendalikan peranti ini
menghasilkan prestasi
optimum antena dan hayat
bateri.
Perkhidmatan pasang dan
main
Apabila anda menghidupkan telefon
anda buat kali pertama, dan telefon
anda berada dalam mod siap sedia,
anda akan diminta untuk
mendapatkan tetapan tatarajahnya
dari pembekal khidmat anda
Apabila telefon sedia digunakan, dan
anda tidak memasukkan sebarang
aksara, telefon berada dalam mod
siap sedia.
Paparan utama
1 Kekuatan isyarat rangkaian
selular
2 Status cas bateri
3 Penunjuk
4 Nama rangkaian atau logo
operator
5 Jam
6 Skrin utama
7 Fungsi kekunci pilihan kiri adalah
Pergi ke atau pintasan ke fungsi
yang lain. Lihat ”Kekunci pilihan
kiri” h. 46.
8 Fungsi kekunci pilihan tengah
adalah Menu
9 Fungsi kekunci pilihan kanan
adalah Nama atau pintasan ke
fungsi yang lain. Lihat ”Kekunci
pilihan kanan” h. 47. Operator
yang berlainan mungkin
mempunyai nama khusus
operator untuk mengakses laman
Web khusus operator.
Siap sedia aktif
Dalam mod siap sedia aktif terdapat
satu senarai ciri-ciri telefon yang
terpilih dan maklumat pada skrin
yang boleh anda akses dalam mod
siap sedia. Untuk mengaktifkan mod
ini, pilih Menu > Tetapan > Paparan
utama > Tetapan mod siap sedia >
Siap sedia aktif > Siap sedia aktif
saya. Dalam mod siap sedia, tatal ke
atas atau ke bawah untuk
mengaktifkan navigasi dalam senarai
itu. Untuk memulakan ciri ini, pilih
Pilih; atau untuk memaparkan
maklumat, pilih Pamer. Anak panah
ke kiri dan ke kanan pada awal dan
akhir baris menandakan maklumat
lanjut boleh didapati dengan
menatal ke kiri atau ke kanan. Untuk
menamatkan mod navigasi siap sedia
aktif, pilih Keluar.
Untuk mengatur dan menukar mod
siap sedia aktif, aktifkan mod
navigasi, dan pilih Pilihan > Siap
sedia aktif > Siap sedia aktif saya >
Pilihan dan pilihan yang berikut:
Peribadikan — Memberi atau
menukar ciri-ciri telefon dalam mod
siap sedia.
Susun — Memindah kedudukan
ciri-ciri dalam mod siap sedia.
Benarkan siap sedia aktif — Memilih
kekunci untuk mengaktifkan mod
navigasi siap sedia Untuk menukar
tetapan, lihat ”Tetapan mod siap
sedia” h. 45.
Untuk mematikan mod siap sedia
aktif pilih Pilihan > Siap sedia
aktif > Dimatikan; atau pilih
Menu > Tetapan > Paparan
utama > Tetapan mod siap sedia >
Siap sedia aktif > Dimatikan.
Pintasan dalam mod siap
sedia
• Untuk mengakses senarai
nombor yang sudah didail, tekan
kekunci panggil sekali. Tatal ke
nombor atau nama yang anda
mahu; dan untuk memanggil
nombor tersebut, tekan kekunci
panggil.
• Untuk membuka penyemak
imbas web, tekan dan tahan 0.
• Untuk memanggil peti mel suara
anda, tekan dan tahan 1.
• Gunakan kekunci navigasi
sebagai pintasan. Lihat ”Pintasan
saya” h. 46.
• Tekan kekunci kamera untuk
memulakan kamera (gambar
pegun).
• Dalam mod kamera tekan
kekunci-kekunci kelantangan
untuk mengezum masuk atau
keluar.
• Tekan satu kekunci kelantangan
untuk membisukan nada
deringan panggilan masuk
semasa telefon ditutup.
• Tekan kekunci kuasa untuk
mengakses menu profil pada
paparan utama.
Penunjuk
Anda mempunyai mesej
belum dibaca dalam folder
Peti masuk .
Anda mempunyai mesej
yang belum dihantar,
dibatalkan atau gagal dalam
folder Peti keluar.
Telefon mendaftarkan satu
panggilan yang tak dijawab.
Untuk membuka kunci pad kekunci,
pilih Buka k'ci, dan tekan * dalam
masa 1.5 saat. Jika Kawal k'knci
keselamatan ditetapkan ke Aktif,
masukkan kod keselamatan jika
diminta.
Untuk menjawab panggilan semasa
kawal kekunci sedang aktif, tekan
kekunci panggil. Apabila anda
menamatkan atau menolak
panggilan, pad kekunci mengunci
secara automatik.
Untuk Kawal k'knci keselamatan,
lihat ”Telefon” h. 54.
Apabila kawal kekunci sedang aktif,
panggilan masih boleh dibuat ke
nombor kecemasan rasmi yang telah
diprogramkan ke dalam peranti
anda.
■ Fungsi-fungsi tanpa
kad SIM
Beberapa fungsi telefon anda boleh
digunakan tanpa memasang kad SIM
(contohnya pemindahan data
dengan PC yang serasi atau peranti
lain yang serasi). Ambil perhatian
bahawa apabila anda menggunakan
telefon tanpa kad SIM, beberapa
fungsi kelihatan dimalapkan dalam
menu-menu dan tidak boleh
digunakan. Penyegerakan dengan
pelayan Internet jauh tidak dapat
dilakukan tanpa kad SIM.
Bagi panggilan kecemasan,
sesetengah rangkaian mungkin
memerlukan kad SIM yang sah
dimasukkan dengan betul ke dalam
peranti.
Untuk panggilan antarabangsa,
tekan * dua kali untuk awalan
antarabangsa (aksara +
menggantikan kod akses
antarabangsa), masukkan kod
negara, kod kawasan tanpa
awalan 0, jika perlu, dan nombor
telefon.
2. Untuk memanggil nombor, tekan
kekunci panggil.
3. Untuk menamatkan panggilan
atau untuk membatalkan
percubaan memanggil, tekan
kekunci tamat, atau tutup
telefon.
Untuk mencari nama atau nombor
telefon yang telah anda simpan
dalam Kenalan, lihat ”Mencari
kenalan” h. 36. Tekan kekunci
panggil untuk memanggil nombor.
Untuk mengakses senarai nombor
yang sudah didail, tekan kekunci
panggil sekali dalam mod siap sedia.
Untuk memanggil nombornya, pilih
nombor atau nama, dan tekan
kekunci panggil.
Dail cepat
Berikan nombor telefon ke salah
satu daripada kekunci dail cepat,
2 hingga 9. Lihat ”Dail cepat” h. 41.
Panggil nombor menggunakan salah
satu daripada cara berikut:
• Tekan kekunci dail cepat,
kemudian kekunci panggil.
•Jika Dail cepat di tetap ke Aktif,
tekan dan tahan kekunci dail
cepat sehingga panggilan
bermula. Lihat Dail cepat dalam
”Panggilan” h. 53.
Dailan suara tambahan
Anda boleh membuat panggilan
telefon dengan menyebut nama
yang disimpan dalam senarai
kenalan telefon. Arahan suara
ditambah secara automatik pada
semua entri dalam senarai kenalan
telefon.
Jika sesuatu aplikasi menghantar
atau menerima data dengan
menggunakan sambungan data
paket, tamatkan aplikasi itu sebelum
anda menggunakan dailan suara.
Arahan suara bergantung kepada
bahasa. Untuk menetapkan bahasa,
lihat Bahasa main balik suara dalam
suara mungkin sukar dalam
persekitaran yang bising
atau semasa kecemasan,
dari itu anda tidak
seharusnya bergantung
semata-mata pada dailan
suara dalam semua
keadaan.
1. Dalam mod siap sedia, tekan dan
tahan kekunci pilihan kanan atau
tekan dan tahan kekunci
kelantangan turun. Satu nada
pendek dimainkan, dan Cakap
sekarang dipaparkan.
Jika anda menggunakan alat
dengar yang serasi dengan
kekunci alat dengar, tekan dan
tahan kekunci alat dengar untuk
memulakan dailan suara.
2. Sebutkan arahan suara dengan
jelas. Jika pengecaman suara
tersebut berjaya, satu senarai
dengan padanannya dipaparkan.
Telefon memainkan arahan suara
padanan yang teratas dalam
senarai itu. Selepas anggaran
1.5 saat, telefon mendail
nombornya, atau jika hasilnya
tidak betul, tatal ke entri yang
lain, dan pilih untuk mendail
entri tersebut.
Menggunakan arahan suara
untuk menjalankan fungsi
telefon yang dipilih adalah
serupa dengan dailan suara. Lihat
Arahan suara dalam ”Pintasan
saya” h. 46.
■ Menjawab atau
menolak panggilan
Untuk menjawab panggilan masuk,
tekan kekunci panggil, atau buka
telefon. Untuk menamatkan
panggilan, tekan kekunci tamat atau
tutup telefon.
Untuk menolak panggilan masuk jika
telefon dibuka, tekan kekunci tamat.
Untuk menolak panggilan masuk
apabila telefon ditutup, tekan dan
tahan satu kekunci kelantangan.
Untuk membisukan nada deringan,
tekan satu kekunci kelantangan
apabila telefon ditutup, atau pilih
Senyap apabila telefon dibuka.
Petua: Jika fungsi Alih jika
sibuk diaktifkan untuk
mengalihkan panggilan
(misalnya, ke peti mel suara
anda), menolak panggilan
masuk akan juga mengalihkan
panggilan tersebut. Lihat
”Panggilan” h. 53.
Jika alat dengar yang serasi yang
dibekalkan dengan kekunci alat
dengar disambungkan kepada
telefon, untuk menjawab dan
menamatkan panggilan, tekan
kekunci alat dengar.
Untuk menjawab panggilan yang
menanti semasa panggilan aktif,
tekan kekunci panggil. Panggilan
yang pertama akan dijadikan
panggilan menunggu. Untuk
menamatkan panggilan yang aktif,
tekan kekunci tamat.
Untuk mengaktifkan fungsi Khid.
panggiln menanti, lihat ”Panggilan”
h. 53.
■ Pilihan-pilihan semasa
panggilan
Banyak pilihan yang boleh anda
gunakan semasa panggilan adalah
perkhidmatan rangkaian. Untuk
ketersediaan, hubungi pembekal
khidmat anda.
Semasa dalam panggilan, pilih
Pilihan dan daripada pilihan yang
berikut:
Pilihan-pilihan panggilan adalah
Bisu atau Bersuara, Kenalan, Menu,
Kunci pad kekunci, Rakam, Pembesar
suara atau Telefon bimbit.
Pilihan-pilihan perkhidmatan
rangkaian adalah Jawab atau Tolak,
Tunggu atau Lepas, Panggilan baru,
Tambah ke persidangan, Tamat
panggilan, Tamat semua panggilan,
dan yang berikut:
Hantar DTMF — untuk menghantar
rentetan nada
Bertukar — untuk bertukar-tukar
antara panggilan aktif dan
panggilan yang menunggu
Pindah — untuk menyambung
panggilan yang menunggu dengan
panggilan aktif dan memutuskan
sambungan anda sendiri.
Persidangan — untuk membuat
panggilan persidangan yang
membolehkan sehingga lima orang
mengambil bahagian dalam satu
panggilan persidangan.
Panggilan peribadi — untuk
berbincang secara peribadi dalam
panggilan persidangan
Amaran: Jangan pegang
peranti ini pada telinga
apabila pembesar suara
sedang digunakan, kerana
kelantangannya mungkin
sangat kuat.
Anda boleh memasukkan teks
(misalnya, semasa menulis mesej)
menggunakan input teks tradisional
atau ramalan. Semasa anda menulis
teks, penunjuk input teks dipaparkan
di bahagian atas paparan.
menunjukkan input teks tradisional.
menunjukkan input teks
ramalan. Input teks ramalan
membolehkan anda menulis teks
dengan cepat menggunakan pad
kekunci telefon dan kamus terbina
dalam. Anda boleh memasukkan
satu huruf dengan satu tekanan
kekunci. menunjukkan input
teks ramalan dengan Cadangan
kata. Telefon meramalkan dan
melengkapkan perkataan sebelum
anda memasukkan semua aksaranya.
, , atau muncul di
sebelah penunjuk input teks,
menandakan huruf besar atau huruf
kecil. Untuk menukar huruf besar
atau huruf kecil, tekan #.
menandakan mod nombor.
Untuk menukar daripada mod huruf
kepada mod nombor, tekan dan
tahan #, dan pilih Mod nombor.
Untuk menetap bahasa menulis
semasa menulis teks, pilih Pilihan >
Bahasa tulisan.
■ Input teks ramalan
Untuk mengaktifkan input teks
ramalan, pilih Pilihan > Ramalan
aktif.
Petua: Untuk mengaktifkan
atau menyahaktifkan input
teks ramalan dengan cepat
semasa menulis teks, tekan #
dua kali, atau pilih dan tahan
Pilihan.
1. Mula menulis perkataan dengan
menggunakan kekunci 2 hingga
9. Tekan setiap kekunci sekali
sahaja untuk satu huruf.
Huruf-huruf yang dimasukkan
dipaparkan dengan bergaris
bawah.
Untuk memasukkan aksara khas,
tekan dan tahan *, atau pilih
Pilihan > Masukkan simbol. Tatal
ke satu aksara, dan pilih Guna.
Untuk menulis perkataan
majmuk, masukkan bahagian
pertama perkataan; untuk
mengesahkannya, tekan kekunci
navigasi kanan. Tulis bahagian
perkataan berikutnya dan sahkan
perkataan.
2. Apabila anda selesai menulis
perkataan dan ia betul, untuk
mengesahkannya, tekan 0 untuk
menambahkan ruang.
Jika perkataan itu tidak betul,
tekan * berkali-kali, atau pilih
Pilihan > Sepadan. Apabila
perkataan yang anda mahu
muncul, pilih perkataan tersebut
dan tekan kekunci navigasi.
Jika aksara ? dipaparkan selepas
perkataan, perkataan yang ingin
anda tuliskan tidak ada di dalam
kamus. Untuk menambahkan
perkataan pada kamus, pilih
Mengeja. Lengkapkan perkataan
(menggunakan input teks
tradisional), dan pilih Simpan.
■ Input teks tradisional
Untuk mengaktifkan input teks
tradisional, pilih Pilihan > Ramalan
tak aktif.
Tekan satu kekunci nombor, 1 hingga
9, berkali-kali sehingga aksara yang
diingini muncul. Tidak semua aksara
yang boleh didapati di bawah
sesuatu kekunci nombor dicetak
pada kekunci tersebut. Aksaraaksara yang terdapat bergantung
kepada bahasa menulis yang dipilih.
Jika huruf seterusnya yang anda
mahu terletak pada kekunci yang
sama dengan yang sedang
digunakan, tunggu sehingga kursor
muncul, atau tekan mana-mana
kekunci navigasi sebentar dan
masukkan huruf tersebut.
Tanda baca dan aksara khas yang
paling sering digunakan terdapat di
bawah kekunci 1. Untuk
mendapatkan lebih banyak aksara,
tekan *.
Anda boleh membaca, menulis,
menghantar, dan menyimpan mesej
teks, multimedia, e-mel, audio, flash
dan poskad. Semua mesej diatur ke
dalam folder.
■ Mesej teks (SMS)
Dengan perkhidmatan mesej ringkas
(SMS) anda boleh menghantar dan
menerima mesej teks, dan menerima
mesej yang boleh mengandungi
gambar (perkhidmatan rangkaian).
Sebelum anda boleh menghantar
sebarang mesej teks atau e-mel
SMS, anda perlu menyimpan nombor
pusat mesej anda. Lihat ”Tetapan
mesej” h. 32.
Untuk mengetahui ketersediaan
perkhidmatan e-mel SMS dan untuk
melanggani perkhidmatan ini,
hubungi pembekal khidmat anda.
Untuk menyimpan alamat e-mel di
dalam Kenalan, lihat ”Simpan
butiran” h. 36.
Peranti anda menyokong
penghantaran mesej teks yang
melebihi had aksara bagi satu mesej.
Mesej-mesej yang lebih panjang
akan dihantar sebagai satu siri yang
terdiri daripada dua atau lebih
mesej. Pembekal khidmat anda boleh
mengenakan bayaran yang
sewajarnya. Aksara-aksara yang
menggunakan aksen atau tandatanda lain, dan aksara-aksara dari
beberapa pilihan bahasa seperti
bahasa Cina, mengambil lebih
banyak ruang dan membataskan
bilangan aksara yang boleh dihantar
dalam satu mesej.
Penunjuk kepanjangan mesej di
bahagian atas paparan
menunjukkan jumlah bilangan
aksara yang tinggal dan bilangan
mesej yang diperlukan untuk
dihantar. Misalnya, 673/2 bermakna
terdapat 673 aksara yang tinggal
dan mesej akan dihantar sebagai
satu siri yang terdiri daripada dua
mesej.
Tulis dan hantar mesej SMS
1. Pilih Menu > Mesej > Buat
mesej > Mesej teks.
2. Masukkan nombor telefon
penerima atau alamat e-mel
dalam medan Kepada:. Untuk
mengambil nombor telefon atau
alamat e-mel dari Kenalan, pilih
Tambah > Kenalan. Untuk
menghantar mesej kepada
berbilang penerima, tambah