Penting: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang keselamatan penggunaan peranti
dan bateri anda, baca maklumat “Untuk keselamatan anda” dan “Keselamatan Produk”
dalam panduan pengguna yang dicetak, atau du www.nokia.com/support sebelum anda
menggunakan peranti. Untuk mengetahui cara mula menggunakan peranti baru anda, baca
panduan pengguna dicetak.
Elakkan menyentuh kawasan antena ketika antena sedang digunakan. Sentuhan dengan antena
menjejaskan kualiti komunikasi dan boleh mengurangkan hayat bateri disebabkan tahap kuasa
yang lebih tinggi ketika operasi.
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Sebahagian peranti ini adalah bermagnet. Bahan berlogam mungkin akan tertarik kepada
peranti. Jangan letakkan kad kredit atau kad jaluran bermagnet yang lain berdekatan dengan
peranti untuk tempoh berpanjangan kerana kad mungkin rosak.
INSERT OR REMOVE SIM AND MEMORY CARD
Masukkan SIM dan kad memori
1. Buka talam SIM dan talam kad memori dengan memasukkan pembuka talam yang
disediakan ke dalam lubang bersebelahan dengan talam.
2. Masukkan SIM nano ke dalam slot 1 yang terletak di talam, dengan kawasan sentuhan
menghadap ke bawah. Jika anda mempunyai model dwi SIM, anda boleh sama ada
memasukkan SIM kedua atau kad memori ke dalam slot 2. Jika anda mempunyai model satu
SIM, anda hanya boleh memasukkan kad memori ke dalam slot 2.
3. Luncurkan talam SIM dan kad memori kembali ke tempat.
Perhatian: Jika anda mempunyai model dwi SIM dengan hanya satu dulang SIM, anda tidak
boleh menggunakan dua kad SIM dan kad memori pada masa yang sama.
2. Pilih data yang mana yang anda mahu pulihkan pada telefon anda. Penyegerakan akan
bermula secara automatik sebaik sahaja telefon anda disambungkan ke internet.
Pulihkan tetapan apl daripada telefon Android anda sebelum ini
Sekiranya peranti anda sebelum ini adalah Android , dan sandaran ke akaun Google didayakan
padanya, anda boleh memulihkan tetapan apl dan kata laluan Wi-Fi.
Jika anda mempunyai model dwi SIM, anda boleh memiliki 2 SIM dalam telefon anda, sebagai
contoh, satu untuk kerja anda dan satu untuk kegunaan peribadi anda.
Perhatian: Pada peranti didayakan dwi SIM, kedua-dua slot SIM1 dan SIM2 menyokong
rangkaian 4G. Walau bagaimanapun, jika SIM1 dan SIM2 anda menggunakan kad SIM LTE,
SIM utama menyokong rangkaian 4G/3G/2G, sementara SIM kedua hanya boleh menyokong
3G/2G. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kad SIM anda, hubungi penyedia
khidmat anda.
Pilih SIM yang mana untuk digunakan
Apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, anda boleh memilih SIM yang mana untuk
digunakan dengan mengetik butang SIM 1 atau SIM 2 yang berpadanan selepas anda mendail
nombornya.
Telefon anda menunjukkan status rangkaian untuk kedua-dua SIM secara berasingan. Keduadua kad SIM tersedia pada masa yang sama apabila peranti tidak digunakan, tetapi sementara
satu kad SIM adalah aktif, apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, yang lain mungkin tidak
tersedia.
Uruskan SIM anda
Tidak mahu kerja mengganggu masa lapang anda? Atau anda memiliki sambungan data yang
lebih murah pada satu SIM? Anda boleh memutuskan SIM yang mana yang anda mahu gunakan.
Ketik Tetapan > Kad SIM .
Menamakan semula kad SIM
Ketik SIM yang anda mahu namakan semula dan taipkan nama yang anda mahu.
Pilih SIM yang mana untuk digunakan untuk panggilan atau sambungan data
Di bawah SIM yang diutamakan untuk , ketik tetapan yang anda mahu tukar dan pilih SIM
tersebut.
KUNCI ATAU BUKA KUNCI TELEFON ANDA
Kuncikan telefon anda
Sekiranya anda mahu mengelakkan membuat panggilan secara tidak sengaja apabila telefon
anda berada dalam poket atau beg anda, anda boleh mengunci kekunci dan skrin anda.
Untuk mengunci kekunci dan skrin anda, tekan kekunci kuasa.
Letakkan 2 jari pada item, seperti peta, foto, atau laman web dan lungsurkan jari anda
berjauhan atau bersama.
Kunci arah skrin
Skrin berputar secara automatik apabila anda memusingkan telefon 90 darjah.
Untuk mengunci skrin dalam mod potret, lungsur ke bawah dari atas skrin dan ketik
Auto-putar untuk menukar kepada Potret .
Gunakan kekunci navigasi
Untuk melihat apl yang anda telah buka, ketik kekunci gambaran keseluruhan .
Untuk beralih kepada apl yang lain, ketik apl yang anda mahu. Untuk menutup sesuatu apl,
ketik ikon di sebelahnya.
Untuk kembali ke skrin sebelumnya tempat anda berada, ketik kekunci kembali . Telefon
anda ingat semua apl dan laman web yang anda lawati sejak kali terakhir skrin anda dikunci.
Untuk pergi ke skrin utama, ketik kekunci utama . Apl yang anda telah buka kekal terbuka
dalam latar belakang.
Untuk navigasi yang lebih mudah antara apl, tekan dan tahan kekunci gambaran keseluruhan
untuk membahagikan skrin antara dua apl. Untuk kembali ke paparan biasa, tekan dan tahan
kekunci gambaran keseluruhan sekali lagi.
Tekan , lungsur ke atas menerusi semua apl dan ketik KOSONGKAN SEMUA .
PEMBERITAHUAN
Terus berhubung dengan apa yang berlaku pada telefon anda dengan pemberitahuan.
Gunakan panel pmberitahuan
Apabila anda menerima pemberitahuan yang baharu, seperti mesej atau panggilan terlepas,
ikon penunjuk muncul pada bar status pada bahagian atas skrin. Untuk melihat lebih banyak
maklumat tentang ikon, buka panel pemberitahuan dan melihat butiran.
Untuk membuka panel pemberitahuan, seret bar status ke bawah. Untuk menutup panel
pemberitahuan, lungsur ke atas pada skrin.
Untuk menukar tetapan pemberitahuan pada apl, ketik Tetapan > Pemberitahuan dan ketik
nama apl untuk membuka tetapan apl.
Gunakan ikon tetapan pantas
Untuk mengaktifkan ciri, ketik ikon tetapan pantas pada panel pemberitahuan. Untuk melihat
lebih banyak ikon, seret menu ke bawah.
Untuk mengatur semula ikon, ketik , ketik dan tahan ikon dan kemudian seretkannya ke
lokasi yang lain.
Jika anda mempunyai masalah mendengar telefon anda berdering dalam persekitaran yang
bising, atau panggilan terlalu kuat, anda boleh mengubah kelantangan mengikut kesukaan anda
dengan menggunakan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda.
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Ubah kelantangan untuk media dan apl
Tekan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda untuk melihat bar status kelantangan, ketik
, dan seret pelungsur pada bar kelantangan untuk media dan apl di sebelah kiri atau kanan.
Tetapkan telefon kepada senyap
Tekan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda dan ketik untuk menukar kepada senyap.
Petua: Tidak mahu membiarkan telefon anda dalam mod senyap, tetapi tidak boleh menjawab
sekarang? Untuk menyenyapkan panggilan masuk, tekan kekunci kelantangan turun . Anda
juga boleh menetapkan telefon anda kepada senyapkan nada dering apabila diangkat: ketik
Tetapan > Pergerakan > Senyapkan apabila diangkat .
Jika anda inginkan keupayaan menolak panggilan dengan cepat, dayakan Pergerakan: ketik
Tetapan > Pergerakan > Pusing untuk menolak panggilan . Apabila terdapat panggilan
masuk, pusing telefon untuk menolak panggilan.
TANGKAPAN SKRIN
Ambil tangkapan skrin
Untuk mengambil tangkapan skrin, buka panel pemberitahuan dan seret bar status ke bawah.
Ketik Tangkapan skrin . Anda boleh melihat imej yang ditangkap dalam Foto .
Tidak mungkin untuk mendapatkan tangkapan skrin ketika menggunakan beberapa apl dan ciri.
HAYAT BATERI
Gunakan sepenuhnya telefon anda disamping mendapatkan hayat bateri anda yang diperlukan.
Terdapat langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menjimatkan kuasa pada telefon anda.
1. Cas dengan bijak: Sentiasa mengecas
bateri sepenuhnya.
2. Pilih hanya bunyi yang anda perlukan:
Bisukan bunyi yang tidak diperlukan,
seperti bunyi tekan kunci. Ketik Tetapan
> Bunyi , dan di bawah Bunyi Lain , pilih
bunyi yang mana yang ingin disimpan.
3. Gunakan fon kepala yang berwayar, dan
bukan pembesar suara.
4. Tukar tetapan skrin telefon: Tetapkan
skrin telefon untuk dimatikan selepas
masa yang pendek. Ketik Tetapan >
Paparan > Tidur dan pilih masanya.
5. Kurangkan kecerahan skrin: Ketik
Tetapan > Paparan > Tahap kecerahan .
Pastikan bahawa Kecerahan automatik
tidak ditandakan. Untuk melaraskan
kecerahan, seret pelungsur
Tahap kecerahan .
6. Hentikan apl daripada berjalan di latar
belakang: Tekan , dan tutup apl yang
anda tidak perlukan.
7. Gunakan perkhidmatan lokasi secara
pilihan: Matikan perkhidmatan lokasi
apabila anda tidak memerlukannya. Ketik
Tetapan > Lokasi , dan Matikan .
8. Gunakan sambungan rangkaian secara
pilihan: Hidupkan Bluetooth hanya apabila
diperlukan. Gunakan sambungan Wi-Fi
untuk menyambung ke internet, dan bukan
sambungan data mudah alih. Hentikan
telefon anda daripada mengimbas untuk
rangkaian wayarles yang tersedia. Ketik
Tetapan > Wi-Fi , dan Matikan . Jika
anda mendengar muzik atau sebaliknya
menggunakan telefon anda, tetapi tidak
mahu membuat atau menerima panggilan,
hidupkan mod Kapal terbang. Ketik
Tetapan > Lagi > Mod Kapal terbang .
MENJIMATKAN KOS PERAYAUAN DATA
Anda boleh memotong kos perayauan data dan menjimatkan bil telefon anda dengan menukar
tetapan data selular. Untuk menggunakan kaedah sambungan yang optimum, tukar tetapan
Wi-Fi dan rangkaian selular. Perayauan data bermaksud menggunakan telefon anda untuk
menerima data melalui rangkaian yang pembekal khidmat rangkaian anda tidak miliki atau
beroperasi. Menyambung ke internet ketika dalam perayauan, terutamanya ketika di luar
negara, boleh meningkatkan kos data dengan banyak. Menggunakan sambungan Wi-Fi biasanya
lebih cepat dan kurang mahal daripada menggunakan sambungan data selular. Sekiranya
sambungan Wi-Fi dan data selular tersedia, telefon anda menggunakan sambungan Wi-Fi.
Sambungkan ke rangkaian Wi-Fi
1. Ketik Tetapan > Wi-Fi .
2. Pastikan rangkaian Wi-Fi ditukarkan kepada Hidup .
Lungsur ke bawah dari atas skrin, ketik dan tukarkan Data selular kepada Dimatikan .
Untuk mengikut penggunaan data anda, ketik Tetapan > Penggunaan data .
Hentikan perayauan data
Ketik Tetapan > Lagi > Rangkaian selular dan matikan Perayauan data .
TULIS TEKS
Ketahui cara untuk menulis teks dengan cepat dan dengan berkesan menggunakan papan
kekunci telefon anda.
Gunakan papan kekunci pada skrin
Menulis dengan papan kekunci pada skrin adalah mudah. Anda boleh menggunakan papan
kekunci apabila menggunakan telefon anda dalam mod potret atau landskap. Bentangan papan
kekunci boleh berbeza dalam apl dan bahasa yang berbeza.
Untuk membuka papan kekunci pada skrin, ketik kotak teks.
Tukar antara aksara huruf besar dan huruf kecil
Ketik kekunci anjak. Untuk menghidupkan mod kunci huruf besar, ketik dua kali kekunci. Untuk
kembali ke mod biasa, ketik kekunci anjak sekali lagi.
Taipkan nombor atau aksara yang khas
Ketik kekunci nombor dan simbol. Sesetengah kekunci aksara khas mengeluarkan lebih banyak
syimbol. Untuk melihat lebih banyak simbol. ketik dan tahan simbol atau aksara yang khas.
Ketik dan tahan perkataan, seret penanda sebelum dan selepas perkataan untuk menyerlahkan
bahagian yang anda mahu salin, dan ketik SALIN . Untuk menampal teks, ketik tempat yang
anda mahu tampalkan teks dan pilih TAMPAL .
Tambah tanda aksen kepada aksara
Ketik dan tahan aksara dan ketik tanda akses atau aksara yang beraksen, jika disokong oleh
papan kekunci anda.
Padam aksara
Ketik kekunci undur ruang.
Gerakkan kursor
Untuk mengedit perkataan yang anda baru sahaja tulis, ketik perkataan dan seretkan kursor ke
tempat yang anda mahu.
Gunakan cadangan perkataan papan kekunci
Telefon anda mencadangkan perkataan ketika anda menulis, untuk membantu anda menulis
dengan cepat dan lebih tepat. Cadangan perkataan mungkin tidak tersedia dalam semua
bahasa.
Apabila anda mula menulis perkataan, telefon anda mencadangkan perkataan yang mungkin.
Apabila perkataan yang anda mahu ditunjukkan dalam bar cadangan, pilih perkataan tersebut.
Untuk melihat lebih banyak cadangan, ketik dan tahan cadangan.
Jika perkataan yang dicadangkan ditandakan dalam huruf tebal, telefon anda secara
automatik menggunakannya untuk menggantikan perkataan yang anda tulis. Sekiranya
perkataan tersebut salah, ketik dan tahan perkataan itu untuk melihat beberapa cadangan
lain.
Jika anda tidak mahu papan kekunci mencadangkan perkataan semasa menaip, matikan
pembetulan teks. Ketik Tetapan > Bahasa & input > Papan kekunci maya . Pilih papan
kekunci yang biasa anda gunakan. Ketik Pembetulan teks dan matikan kaedah pembetulan
teks yang anda tidak mahu gunakan.
Betulkan perkataan
Jika anda perhatikan bahawa anda telah mengeja perkataan dengan salah, ketik perkataan
untuk melihat cadangan untuk membetulkan perkataan tersebut.
Ketik Tetapan > Bahasa & input > Penyemak ejaan , dan tukarkan Penyemak ejaan kepada
Dimatikan .
TARIKH DAN MASA
Mengawasi masa – ketahui cara untuk menggunakan telefon anda sebagai jam, serta jam
loceng dan cara untuk memastikan temu janji, tugasan dan jadual anda dikemas kini.
Tetapkan tarikh dan masa
Ketik Tetapan > Tarikh & masa .
Kemas kini masa dan tarikh secara automatik
Anda boleh menetapkan telefon anda kepada kemas kini masa, tarikh dan zon masa secara
automatik. Kemas kini automatik adalah perkhidmatan rangkaian dan mungkin tidak tersedia
bergantung kepada rantau atau pembekal khidmat rangkaian anda.
1. Ketik Tetapan > Tarikh & masa .
2. Ketik Tarikh & masa automatik > Gunakan masa yang disediakan rangkaian .
3. Hidupkan Zon waktu automatik .
Tukar jam kepada format 24-jam
Ketik Tetapan > Tarikh & masa dan hidupkan Guna format 24-jam .
JAM DAN PENGGERA
Jam anda bukan hanya untuk penggera – ketahui apa lagi yang boleh anda lakukan.
Gunakan pemasa hitung mundur
Tiada lagi terlebih memasak – gunakan pemasa hitung undur untuk mengukur masa memasak
anda.