Nokia 5300 User Manual [ms]

Panduan Pengguna untuk Nokia 5300

PENGISYTIHARAN KEPATUHAN

Dengan ini, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan bahawa produk RM-146 ini mematuhi keperluan-keperluan penting dan peruntukan-peruntukan relevan yang lain dalam Arahan 1999/5/EC.

Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan dari http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.

0434

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran semula atau penyimpanan sebahagian atau sebahagian kandungan dokumen ini dalam apa-apa juga bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang.

Nokia, Visual Radio, Nokia Connecting People, Xpress-on, XpressPrint, dan Pop-Port adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Nokia Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini merupakan cap-cap dagang atau nama perdagangan tuan punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.

Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.

No Paten Amerika Syarikat 5818437 dan paten-paten lain sedang menunggu kelulusan. Perisian input teks T9 Hak cipta © 1997-2007. Tegic Communications, Inc. Semua hak terpelihara.

Termasuk perisian kriptografi atau protokol keselamatan RSA BSAFE daripada RSA Security.

Java adalah cap dagang Sun Microsystems, Inc.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

i

Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten MPEG-4 Visual (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial berhubung dengan maklumat yang telah dikodkan menurut Standard MPEG-4 Visual oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan berhubung dengan video MPEG-4 video yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan penggunaan promosi, dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat <http://www.mpegla.com>.

Nokia mengamalkan dasar pembangunan yang berterusan. Nokia mempunyai hak untuk membuat perubahan dan penambahbaikan kepada mana-mana produk yang dinyatakan dalam dokumen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Peranti ini mematuhi Arahan 2002/95/EC berkenaan sekatan ke atas penggunaan bahan-bahan berbahaya tertentu di dalam kelengkapan elektrik dan elektronik.

Nokia tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan bagi sebarang kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerugian khas, sampingan, secara akibat atau secara tidak langsung walau macam mana pun ia berlaku.

Kandungan-kandungan dokumen ini diberikan "seperti sedia ada". Kecuali dikehendaki oleh undang-undang yang berkaitan, tidak ada jaminan, dalam bentuk apa pun, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan yang tersirat kebolehdagangan dan kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan, dibuat berdasarkan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan-kandungan dokumen ini. Nokia mempunyai hak untuk menyemak atau menarik balik dokumen ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Ketersediaan produk-produk tertentu mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila hubungi pengedar Nokia yang terdekat dengan anda untuk keterangan lanjut.

Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.

Keluaran 2.1

ii

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

PERISIAN

PANDUAN PENGGUNA

Jagaan Nokia

DEMONSTRASI Dalam Talian

INTERAKTIF

Sokongan web Jagaan Nokia memberi anda lebih banyak maklumat mengenai perkhidmatan dalam talian kami.

DEMONSTRASI INTERAKTIF

Pelajari cara untuk menyediakan telefon anda buat kali pertama, dan ketahui dengan lebih lanjut mengenai cirinya. Demonstrasi Interaktif memberi arahan langkah-demi-langkah mengenai penggunaan telefon anda.

PANDUAN PENGGUNA

Panduan Pengguna dalam talian ini mengandungi maklumat terperinci mengenai telefon anda. Ingatlah untuk memeriksa dengan kerap untuk mendapatkan kemas kinian.

PERISIAN

Gunakan sepenuhnya telefon anda dengan perisian untuk telefon dan PC anda. Nokia PC Suite menyambung telefon anda dan PC agar anda boleh menguruskan kalendar, kenalan, muzik, dan imej, sementara aplikasi lain melengkapi penggunaannya.

TETAPAN

Sesetengah fungsi telefon, seperti mesej multimedia, menyemak imbas mudah

TETAPAN alih dan e-mel*, mungkin memerlukan tetapan sebelum anda boleh menggunakannya. Dapatkannya agar dihantar ke telefon anda secara percuma.

*Tidak terdapat pada semua telefon.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

iii

BAGAIMANA SAYA MENGGUNAKAN TELEFON SAYA?

Bahagian Persediaan, di www.nokia-asia.com/setup, membantu anda menyediakan telefon anda untuk digunakan. Biasakan diri anda dengan fungsi dan ciri telefon dengan merujuk kepada bahagian Panduan dan Demo di www.nokia-asia.com/guides.

BAGAIMANA SAYA SEGERAKKAN TELEFON DAN PC SAYA?

Menyambung telefon anda ke PC yang serasi dengan versi Nokia PC Suite yang perlu dari www.nokia-asia.com/pcsuite membolehkan anda menyegerakkan kalendar dan kenalan anda.

DI MANAKAH BOLEH SAYA DAPATKAN PERISIAN UNTUK TELEFON SAYA? Dapatkan lebih daripada telefon anda dengan muat turun dari seksyen Perisian di www.nokia-asia.com/software.

DI MANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN JAWAPAN BAGI SOALAN BIASA? Cari di bahagian Soalan Lazim di www.nokia-asia.com/faq untuk mendapatkan

jawapan bagi soalan anda mengenai telefon anda dan produk dan perkhidmatan Nokia yang lain.

BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BERITA NOKIA? Langgani dalam talian ke Nokia Connections di www.nokia-asia.com/signup, dan jadilah orang pertama yang mengetahui mengenai produk, promosi terkini dan peristiwa yang akan datang.

Sekiranya anda masih memerlukan bantuan lanjut, sila rujuk kepada www.nokia-asia.com/contactus.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan pembaikan, sila lawati www.nokia-asia.com/repair.

Sila lawati www.nokia-asia.com/support untuk mendapatkan butiran.

 

 

 

iv

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Kandungan

 

Untuk keselamatan anda...........

ix

Perihal peranti anda.........................

x

Perkhidmatan rangkaian.................

x

Memori yang dikongsi....................

xi

Tambahan ..........................................

xi

Maklumat am...........................

xiii

Kod akses .........................................

xiii

Kod keselamatan.................................

xiii

Kod PIN ..................................................

xiii

Kod PUK.................................................

xiii

Kata laluan sekatan............................

xiii

Perkhidmatan tetapan

 

tatarajah...........................................

xiii

Muat turun kandungan.................

xiv

Sokongan dan maklumat

 

hubungan Nokia.............................

xiv

1. Mulakan .................................

1

Masukkan kad SIM dan bateri ......

1

Masukkan kad mikroSD...................

2

Keluarkan kad mikroSD ..................

2

Caskan bateri .....................................

3

Buka telefon gelangsar ...................

3

Menghidupkan dan mematikan

 

telefon..................................................

3

Tetapkan masa dan tarikh ...................

4

Perkhidmatan pasang dan main........

4

Antena .................................................

4

Alat Dengar ........................................

4

Penyesuai audio .....................................

5

Tali telefon..........................................

5

2. Telefon anda..........................

6

Kekunci dan bahagian-

 

bahagian .............................................

6

Mod siap sedia ..................................

7

Paparan.....................................................

7

Siap sedia aktif .......................................

7

Penunjuk...................................................

8

Mod penerbangan ............................

8

Kunci pad kekunci (kawal

 

kekunci) ...............................................

9

Fungsi-fungsi tanpa kad SIM........

9

3. Fungsi-fungsi panggilan ....

10

Membuat panggilan ......................

10

Dail cepat ..............................................

10

Dailan suara tambahan.....................

10

Menjawab atau menolak

 

panggilan..........................................

11

Panggilan menanti .............................

11

Pilihan-pilihan semasa

 

panggilan..........................................

11

4. Menulis teks ........................

13

Input teks tradisional ....................

13

Input teks ramalan.........................

13

5. Menavigasi menu ................

15

6. Mesej....................................

16

Mesej teks.........................................

16

Menulis dan menghantar mesej .....

16

Membaca dan membalas mesej......

17

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

v

Mesej multimedia...........................

17

Menulis dan menghantar mesej

 

multimedia.............................................

17

Menulis dan menghantar mesej

 

multimedia tambahan ........................

18

Hantaran mesej ....................................

18

Membaca dan membalas mesej ......

19

Poskad................................................

19

Mesej kilat ........................................

20

Menulis mesej.......................................

20

Menerima mesej...................................

20

Mesej audio Nokia Xpress ............

20

Membuat mesej....................................

20

Mendengar mesej ................................

20

Memori penuh .................................

21

Folder .................................................

21

Aplikasi e-mel..................................

21

Wizard tetapan.....................................

22

Menulis dan menghantar e-mel......

22

Memuat turun e-mel ..........................

23

Membaca dan membalas e-mel ......

23

Folder e-mel ..........................................

23

Tapis mel remeh ...................................

24

Mesej segera ....................................

24

Akses........................................................

24

Menyambung ........................................

25

Sesi...........................................................

25

Menambah kenalan IM ......................

27

Menghalang atau melepaskan

 

mesej .......................................................

27

Kumpulan...............................................

27

Mesej suara ......................................

28

Mesej maklumat .............................

28

Arahan khidmat...............................

28

Padam mesej ....................................

28

Mesej SIM .........................................

28

Tetapan mesej .................................

29

Tetapan umum.....................................

29

Mesej teks .............................................

29

Mesej multimedia ...............................

30

Mesej e-mail ........................................

31

7. Kenalan ................................

32

Mencari kenalan .............................

32

Menyimpan nama dan nombor

 

telefon ...............................................

32

Simpan butiran ...............................

32

Menyalin atau memindahkan

 

kenalan..............................................

33

Mengedit butiran kenalan ...........

33

Menyegerakkan semua .................

33

Memadam kenalan ........................

33

Kad niaga..........................................

34

Tetapan..............................................

34

Kumpulan..........................................

34

Dail cepat..........................................

34

Nombor maklumat, nombor

 

khidmat, dan nombor saya ..........

35

8. Log panggilan......................

36

Maklumat kedudukan ...................

36

9. Tetapan ................................

38

Profil...................................................

38

Tema...................................................

38

Nada...................................................

38

Paparan .............................................

39

Masa dan tarikh..............................

39

Pintasan saya...................................

40

Kekunci pilihan kiri.............................

40

Kekunci pilihan kanan .......................

40

Kekunci navigasi..................................

40

Arahan suara ........................................

40

vi

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Kesambungan ..................................

41

Teknologi wayarles Bluetooth ..........

41

Inframerah .............................................

42

Data paket..............................................

43

Pemindahan data.................................

44

Kabel data USB.....................................

45

Panggilan ..........................................

45

Telefon ...............................................

46

Tambahan .........................................

47

Tatarajah ...........................................

48

Keselamatan.....................................

49

Kemas kini perisian telefon..........

50

Tetapan ...................................................

50

Meminta kemas kini perisian ...........

51

Pasang kemas kini perisian ...............

51

Simpan semula tetapan kilang ...

51

10. Menu operator ...................

52

11. Galeri...................................

53

Mencetak imej.................................

53

Kad memori ......................................

53

Memformat kad memori....................

54

Mengunci kad memori .......................

54

Memeriksa penggunaan memori.....

54

12. Media ..................................

55

Kamera dan video...........................

55

Mengambil imej ...................................

55

Rakam klip video..................................

56

Pilihan-pilihan kamera dan video ...

56

Pemain media ..................................

56

Tatarajah untuk perkhidmatan

 

strim ........................................................

56

Pemain muzik ..................................

57

Memainkan trek muzik.......................

57

Pilihan-pilihan pemain muzik ..........

57

Radio ..................................................

58

Menyimpan frekuensi radio ..............

59

Mendengar radio.................................

59

Perakam suara.................................

60

Merakamkan bunyi.............................

60

Penyama............................................

60

Peluasan stereo...............................

61

13. Tekan untuk cakap ............

62

Saluran PTT.......................................

62

Membuat saluran................................

63

Menerima jemputan...........................

63

Hidupkan dan matikan PTT..........

63

Membuat dan menerima

 

panggilan PTT ..................................

64

Membuat panggilan saluran............

64

Membuat panggilan satu sama

 

satu .........................................................

64

Membuat panggilan PTT kepada

 

berbilang penerima ............................

65

Menerima panggilan PTT ..................

65

Permintaan panggilan balik ........

66

Menghantar permintaan panggilan

 

balik ........................................................

66

Menjawab permintaan panggilan

 

balik ........................................................

66

Menambahkan kenalan satu sama

satu.....................................................

67

Tetapan PTT ......................................

67

Tetapan tatarajah...........................

68

Web ....................................................

68

14. Pengatur .............................

69

Jam penggera ..................................

69

Hentikan penggera .............................

69

Kalendar ............................................

69

Membuat nota kalendar ...................

70

Penggera nota......................................

70

Senarai tugasan ..............................

70

Nota....................................................

70

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

vii

Kalkulator..........................................

70

Pemasa undur ..................................

71

Jam randik ........................................

71

15. Aplikasi ...............................

73

Lancarkan permainan ....................

73

Melancarkan aplikasi.....................

73

Pilihan-pilihan aplikasi .................

73

Memuat turun aplikasi..................

73

16. Perkhidmatan SIM .............

75

17. Web .....................................

76

Menyediakan semakan imbas .....

76

Menyambung kepada

 

perkhidmatan...................................

76

Menyemak imbas halaman ..........

77

Semak imbas dengan kekunci

 

telefon.....................................................

77

Panggilan langsung.............................

77

Penanda buku ..................................

77

Menerima penanda buku...................

78

Tetapan kemunculan......................

78

Tetapan keselamatan.....................

79

Kuki ..........................................................

79

Skrip melalui sambungan terjamin . 79

Memuat turun tetapan .................

79

Peti masuk khidmat .......................

79

Tetapan peti masuk khidmat ............

80

Memori cache ..................................

80

Keselamatan penyemak imbas....

80

Modul keselamatan.............................

81

Sijil ...........................................................

81

Tandatangan digital ............................

82

18. Kesambungan PC................

83

Nokia PC Suite.................................

83

Data paket, HSCSD, dan CSD.......

83

Bluetooth ..........................................

83

Aplikasi komunikasi data .............

84

19. Maklumat bateri ................

85

Mengecas dan menyahcas...........

85

Garis panduan pengesahan

 

ketulenan bateri Nokia .................

87

20. Tambahan Tulen.................

89

Kuasa..................................................

89

Audio..................................................

89

Pembesar Suara Mini Nokia

 

MD-4 ......................................................

89

Get Laluan Audio Wayarles Nokia

 

AD-42W.................................................

90

Kit kereta ..........................................

90

Kit Kereta Multimedia Nokia

 

CK-20W .................................................

90

Data....................................................

90

Kad mikroSD 1 GB Nokia MU-22 ...

90

21. Penjagaan dan

 

penyelenggeraan.......................

91

22. Maklumat keselamatan

 

tambahan ..................................

93

Persekitaran beroperasi ................

93

Alat perubatan ................................

93

Perentak jantung.................................

93

Kenderaan.........................................

94

Persekitaran di mana letupan

 

boleh berlaku ...................................

94

Panggilan kecemasan....................

95

Untuk membuat panggilan

 

kecemasan: ...........................................

95

Maklumat pensijilan (SAR) ..........

96

Indeks ..........................................

97

viii

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Untuk keselamatan anda

Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca panduan pengguna lengkap ini untuk maklumat lanjut.

HIDUPKAN DENGAN SELAMAT

Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA

Patuhilah semua undangundang tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Perkara pertama yang harus anda pertimbangkan semasa memandu haruslah keselamatan jalan raya.

GANGGUAN

Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.

MATIKAN DI HOSPITAL

Patuhi sebarang sekatan. Matikan telefon apabila berdekatan dengan alat perubatan.

MATIKAN DI DALAM KAPAL TERBANG

Patuhi sebarang sekatan. Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.

MATIKAN APABILA MENGISI BAHAN BAKAR

Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan bahan bakar atau bahan kimia.

MATIKAN DEKAT KAWASAN PELETUPAN

Patuhi sebarang sekatan. Jangan gunakan telefon di mana letupan sedang dijalankan.

GUNAKAN DENGAN BIJAK

Gunakan hanya dengan gaya biasa seperti yang diterangkan di dalam dokumentasi produk. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.

KHIDMAT BERKELAYAKAN

Hanya kakitangan berkelayakan boleh memasang atau membaiki produk ini.

TAMBAHAN DAN BATERI

Gunakan hanya tambahan dan bateri yang diluluskan. Jangan sambungkan produkproduk yang tidak serasi.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

ix

KETAHANAN AIR

Telefon anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa kering.

SALINAN SANDARAN

Ingatlah untuk membuat salinan-salinan sandaran atau menyimpan rekod bertulis mengenai semua maklumat penting yang disimpan di dalam telefon anda.

MENYAMBUNG KEPADA PERANTI LAIN

Apabila menyambung kepada sebarang peranti lain, baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan keselamatan terperinci. Jangan sambungkan produk-produk yang tidak serasi.

PANGGILAN KECEMASAN

Pastikan telefon dihidupkan dan boleh digunakan. Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu untuk mengosongkan paparan dan kembali ke skrin permulaan. Masukkan nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci panggil. Berikan lokasi anda. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.

Perihal peranti anda

Peranti wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan pada rangkaian EGSM 900, dan GSM 1800 dan 1900. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian.

Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati privasi dan hak-hak sah orang lain.

Apabila mengambil dan menggunakan imej atau klip video, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan serta hak privasi dan hak undang-undang orang lain termasuk hak cipta.

Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri di dalam peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini apabila penggunaan peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Perkhidmatan rangkaian

Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles. Banyak ciri di dalam peranti ini bergantung kepada ciri-ciri dalam rangkaian wayarles untuk berfungsi. Perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian ini mungkin tidak dapat diperolehi pada

x

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

kesemua rangkaian atau anda mungkin perlu membuat persiapan tertentu dengan pembekal perkhidmatan anda sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian ini. Pembekal perkhidmatan anda mungkin perlu memberi anda arahanarahan tambahan bagi penggunaannya dan menerangkan bayaran yang mungkin dikenakan. Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had yang menjejaskan cara anda menggunakan perkhidmatan rangkaian. Contohnya, sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara dan perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.

Pembekal perkhidmatan anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti anda. Jika demikian, ia tidak akan muncul pada menu peranti anda. Peranti anda mungkin juga telah ditatarajah secara khusus untuk pembekal rangkaian anda. Tatarajah ini mungkin termasuk perubahan dalam nama-nama menu, susunan menu dan ikon-ikon. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.

Peranti ini menyokong protokol WAP 2.0 (HTTP dan SSL) yang berjalan pada protokol TCP/IP. Beberapa ciri peranti ini, seperti mesej multimedia (MMS), menyemak imbas, aplikasi e-mel, mesej segera, penyegerakan jauh, dan muat turun kandungan menggunakan penyemak imbas atau MMS, memerlukan sokongan rangkaian bagi teknologiteknologi ini.

Memori yang dikongsi

Ciri-ciri berikut di dalam peranti ini mungkin menggunakan memori yang dikongsi: galeri, kenalan, mesej teks, mesej multimedia, dan mesej segera, e-mel, kalendar, nota tugasan, permainan dan aplikasi JavaTM, dan aplikasi nota. Penggunaan satu atau lebih daripada ciri-ciri ini boleh mengurangkan memori yang terdapat bagi ciri-ciri lain yang berkongsi memori. Contohnya, menyimpan banyak aplikasi Java boleh menggunakan kesemua memori yang ada. Peranti anda mungkin memaparkan mesej bahawa memori telah penuh apabila anda cuba menggunakan ciri memori yang dikongsi. Dalam hal ini, padam beberapa maklumat atau entri yang disimpan di dalam ciri-ciri memori yang dikongsi sebelum meneruskan. Sesetengah ciri ini, seperti mesej teks, mungkin mempunyai jumlah memori tertentu yang diperuntukkan khusus untuknya sebagai tambahan kepada memori yang dikongsi dengan ciri-ciri lain.

Tambahan

Beberapa peraturan praktis mengenai aksesori dan tambahan:

Jauhkan semua aksesori dan tambahan dari kanak-kanak kecil.

Apabila mencabut kord kuasa sebarang aksesori atau tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

xi

Periksa secara tetap bagi memastikan bahawa sebarang tambahan yang dipasang pada kenderaan telah dipasang dan beroperasi dengan betul.

Pemasangan sebarang tambahan kereta yang kompleks mesti dibuat oleh kakitangan berkelayakan sahaja.

xii

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Maklumat am

Kod akses

Kod keselamatan

Kod keselamatan (5 hingga 10 angka) membantu melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Kod yang dipratetap adalah 12345. Untuk menukar kod, dan untuk menetapkan telefon supaya meminta kod, lihat ”Keselamatan” h. 49.

Kod PIN

Kod nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kod nombor pengenalan peribadi universal (UPIN) (4 hingga 8 angka) membantu melindungi kad SIM anda daripada digunakan tanpa izin. Lihat ”Keselamatan” h. 49.

Kod PIN2 (4 hingga 8 angka) mungkin dibekalkan dengan kad SIM dan diperlukan untuk sesetengah fungsi.

PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat di dalam modul keselamatan. Lihat ”Modul keselamatan” h. 81.

PIN tandatangan diperlukan untuk tandatangan digital. Lihat ”Tandatangan digital” h. 82.

Kod PUK

Kod kunci nyahhalang peribadi (PUK) dan kod kunci nyahhalang peribadi universal (UPUK) (8 angka) diperlukan untuk menukar kod PIN dan UPIN yang dihalang. Kod PUK2 (8 angka) diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang. Jika kodnya tidak dibekalkan bersama kad SIM, hubungi pembekal perkhidmatan setempat anda untuk mendapatkan kod-kod tersebut.

Kata laluan sekatan

Kata laluan sekatan (4 angka) diperlukan apabila menggunakan

Khidmat sekat pgln.. Lihat ”Keselamatan” h. 49.

Perkhidmatan tetapan tatarajah

Untuk menggunakan sesetengah perkhidmatan rangkaian, seperti perkhidmatan Internet bergerak, MMS, mesej audio Nokia Xpress, atau penyegerakan pelayan Internet jauh, telefon anda memerlukan tetapan tatarajah yang betul. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan, hubungi operator rangkaian, pembekal perkhidmatan, wakil penjual Nokia berdaftar yang

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

xiii

terdekat dengan anda, atau bahagian sokongan di laman Web Nokia, www.nokia-asia.com/5300/support.

Setelah anda menerima tetapantetapan sebagai mesej tatarajah, dan tetapan-tetapan itu tidak disimpan dan diaktifkan secara automatik, Tetapan tatarajah diterima dipaparkan.

Untuk menyimpan tetapan, pilih

Tunjuk > Simpan. Jika perlu, masukkan kod PIN yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan.

Untuk membuang tetapan yang diterima, pilih Keluar atau Tunjuk >

Buang.

Muat turun kandungan

Anda mungkin boleh memuat turun kandungan baru (contohnya, tema) ke telefon (perkhidmatan rangkaian). Anda juga mungkin dapat memuat turun kemas kini-kemas kini perisian telefon (perkhidmatan rangkaian). Lihat ”Telefon” h. 46, Kemas kini telefon.

Untuk ketersediaan perkhidmatanperkhidmatan yang berbeza, harga dan tarif, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Penting: Gunakan hanya perkhidmatan yang anda percayai dan yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi daripada perisian yang merosakkan.

Sokongan dan maklumat hubungan Nokia

Untuk versi terkini panduan ini, muat turun, perkhidmatan dan maklumat tambahan yang berkaitan dengan produk Nokia anda, sila lawati www.nokia-asia.com/5300/support atau laman web Nokia setempat anda. Anda boleh juga memuat turun tetapan-tetapan tatarajah percuma, seperti MMS, GPRS, e-mel, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk model telefon anda di www.nokia-asia.com/phonesettings.

Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila rujuk kepada www.nokia-asia.com/contactus.

Untuk menyemak lokasi pusat Nokia care yang terdekat bagi khidmat penyelenggaraan, anda boleh lawati www.nokia-asia.com/repair.

xiv

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Nokia 5300 User Manual

1. Mulakan

Masukkan kad SIM dan bateri

Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum mengeluarkan bateri.

Jauhkan semua kad SIM dari kanakkanak kecil.

Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi pembekal perkhidmatan, operator rangkaian, atau penjual lain.

Peranti ini seharusnya digunakan dengan bateri BL-5B. Sentiasa gunakan bateri Nokia yang asli. Lihat ”Garis panduan pengesahan ketulenan bateri Nokia” h. 86.

Untuk menanggalkan penutup belakang telefon, tekan butang pelepas penutup belakang (1), dan tanggalkan penutup belakang dari

M u l a k a n

telefon (2). Keluarkan bateri seperti yang ditunjukkan (3).

Buka pemegang kad SIM (4), dan masukkan kad SIM dengan betul ke dalam pemegangnya (5). Tutup pemegang kad SIM (6).

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

1

M u l a k a n

Pasang semula bateri (7). Luncurkan penutup belakang ke tempatnya

(8, 9).

Masukkan kad mikroSD

Jauhkan semua kad memori mikroSD dari kanak-kanak kecil.

1.Tanggalkan penutup belakang telefon.

2.Masukkan kad ke dalam slot kad mikroSD dengan permukaan sentuhnya menghadap ke belakang, dan tekan ia sehingga ia terkunci di tempatnya.

3. Tutup penutup belakang telefon.

Gunakan hanya kad mikroSD yang serasi dengan peranti ini. Kad-kad memori lain, seperti kad multimedia saiz kecil, tidak muat dalam slot kad mikroSD dan tidak serasi dengan peranti ini. Menggunakan kad memori yang tidak serasi boleh merosakkan kad memori itu dan peranti ini juga, dan data yang disimpan pada kad yang tidak serasi itu boleh tercemar.

Gunakan hanya kad-kad mikroSD yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini. Nokia menggunakan piawai-piawai industri yang diluluskan bagi kad memori tetapi tidak semua jenama lain mungkin berfungsi dengan betul atau benar-benar serasi dengan peranti ini.

Keluarkan kad mikroSD

Penting: Jangan keluarkan kad memori semasa sesuatu operasi apabila kad sedang diakses. Mengeluarkan kad semasa sesuatu operasi mungkin akan merosakkan kad memori serta peranti ini, dan data yang tersimpan dalam kad mungkin juga tercemar.

2

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

1.Pastikan bahawa tiada aplikasi sedang mengakses kad memori mikroSD.

2.Tanggalkan penutup belakang telefon.

3.Tekan kad mikroSD ke dalam sedikit untuk melepaskan kunci, dan keluarkan kad mikroSD dari slotnya.

Caskan bateri

Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini seharusnya digunakan apabila dibekalkan dengan kuasa daripada pengecas AC-3 atau AC-4.

Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas, dan tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan khususnya dengan model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan apa-apa kelulusan atau waranti, dan mungkin berbahaya.

Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon anda. Apabila mencabut kord kuasa sebarang tambahan, genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.

M u l a k a n

Sambungkan pengecas pada soket dinding dan penyambung dari pengecas pada soket di bahagian bawah telefon anda.

Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.

Masa pengecasan bergantung kepada pengecas yang digunakan. Mengecas bateri BL-5B dengan pengecas AC-3 mengambil masa kira-kira 3 jam semasa telefon dalam mod siap sedia.

Buka telefon gelangsar

Untuk membuka gelangsar telefon, tolak bahagian atas telefon ke atas.

Menghidupkan dan mematikan telefon

Amaran: Jangan hidupkan telefon apabila penggunaan telefon wayarles dilarang atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

3

M u l a k a n

Tekan dan tahan kekunci kuasa. Lihat ”Kekunci dan bahagian-bahagian” h. 6. Jika telefon meminta kod PIN atau UPIN, masukkan kod tersebut (dipaparkan sebagai ****), dan pilih

OK.

Tetapkan masa dan tarikh

Masukkan masa tempatan, pilih zon masa bagi lokasi anda dari segi perbezaan masa berhubung dengan Waktu Min Greenwich (GMT), dan masukkan tarikh. Lihat ”Masa dan tarikh” h. 39.

Perkhidmatan pasang dan main

Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali pertama, dan telefonnya berada dalam mod siap sedia, anda akan diminta untuk mendapatkan tetapan tatarajah dari pembekal perkhidmatan anda (perkhidmatan rangkaian). Sahkan atau tolak pertanyaan tersebut. Lihat "Sambung ke bantuan," p. 48, dan ”Perkhidmatan tetapan tatarajah” h. xiii.

Antena

Peranti anda mempunyai antena dalaman.

Nota: Seperti sebarang peranti pemancar radio lain, jangan sentuh antena jika tidak perlu apabila peranti dihidupkan. Menyentuh antena akan menjejas mutu panggilan dan boleh menyebabkan peranti beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan. Mengelakkan daripada menyentuh bahagian antena semasa mengendalikan peranti ini menghasilkan prestasi optimum antena dan hayat bateri.

Alat Dengar

Alat dengar di dalam kotak jualan telah diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini.

Sentiasa dengar muzik pada aras sederhana. Anda dinasihati supaya memberi perhatian khas kepada aras kelantangan sekiranya anda menyambungkan sebarang alat dengar lain pada peranti ini.

4

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

M u l a k a n

Jangan sambungkan produk-produk yang membuat isyarat keluaran kerana ini boleh menyebabkan kerosakan pada peranti ini. Jangan sambungkan sebarang sumber voltan pada penyambung ini.

Penyesuai audio

Gunakan penyesuai audio AD-50 untuk menyambungkan fonkepala dengan palam 3.5-mm pada telefon anda. Jika penyesuai disambungkan pada telefon cuping telinga akan diputuskan sambungannya.

Sila ambil perhatian bahawa penyesuai tidak menyokong talian mikrofon.

Tali telefon

Masukkan tali menembusi lelubang telefon seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dan ketatkan ia.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

5

T e l e f o n a n d a

2. Telefon anda

Kekunci dan bahagian-bahagian

Cuping telinga (1)

Pemain muzik, langkau, mundur (rewind) (2)

Pemain muzik, mula, jeda (3) Penyambung tambahan (4)

Pemain muzik, langkau, maju (forward) (5)

Kekunci panggil (6)

Kekunci pilihan kiri, tengah, dan kanan (7)

Kekunci tamat (8) Kekunci-kekunci tatal (9) Pad kekunci (10) Penyambung pengecas (11) Penyambung USB (12) Kekunci kuasa (13) Lelubang tali telefon (14) Kanta kamera (15)

Kekunci kelantangan naik/PTT (16) Kelantangan turun (17)

Kekunci kamera (18)

Port inframerah (19)

Pemidang tilik potret diri (20) Pembesar suara (21)

6

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Mod siap sedia

Apabila telefon sedia digunakan, dan anda tidak memasukkan sebarang aksara, telefon berada dalam mod siap sedia.

T e l e f o n a n d a

Fungsi kekunci pilihan kanan (9) adalah Nama atau pintasan ke fungsi yang lain. Lihat ”Kekunci pilihan kanan” h. 40. Varian-varian operator mungkin mempunyai nama khusus operator.

Paparan

Kekuatan isyarat rangkaian selular (1)

Status cas bateri (2)

Penunjuk (3)

Nama rangkaian atau logo operator (4)

Jam (5)

Skrin utama (6)

Fungsi kekunci pilihan kiri (7) adalah Pergi ke atau pintasan ke fungsi yang lain. Lihat ”Kekunci pilihan kiri” h. 40.

Fungsi kekunci pilihan tengah (8) adalah Menu.

Siap sedia aktif

Dalam mod siap sedia aktif terdapat satu senarai ciri-ciri telefon dan maklumat yang terpilih pada skrin yang boleh anda akses langsung. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya, pilih Menu >

Tetapan > Paparan > Siap sedia aktif > Mod siap sedia aktif > Aktif atau Tak aktif.

Dalam mod siap sedia, tatal ke atas atau ke bawah untuk mengaktifkan navigasi dalam senarai itu, dan pilih Pilih atau Pamer. Anak panah ke kiri dan ke kanan pada awal dan akhir baris menandakan maklumat lanjut boleh didapati dengan menatal ke kiri atau ke kanan. Untuk menamatkan mod siap sedia aktif, pilih Keluar.

Untuk mengatur dan menukar mod siap sedia aktif, aktifkan mod navigasi, dan pilih Pilihan dan daripada pilihan yang tersedia.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

7

T e l e f o n a n d a

Penunjuk

Mesej yang belum dibaca.

Mesej yang belum dihantar, yang dibatalkan, atau yang gagal.

Panggilan tak dijawab.

, Disambungkan kepada perkhidmatan mesej segera, dan status ketersediaan adalah dalam talian atau luar talian.

Satu atau beberapa mesej segera telah diterima.

Pad kekunci dikunci.

Telefon tidak berdering untuk panggilan masuk atau mesej teks.

Jam penggera diaktifkan.

Pemasa undur sedang berjalan.

Jam randik sedang berjalan.

, Telefon didaftarkan pada rangkaian GPRS atau EGPRS.

, Sambungan GPRS atau EGPRS diwujudkan.

, Sambungan GPRS atau EGPRS digantung (ditahan).

Satu sambungan Bluetooth sedang aktif.

, Sambungan tekan untuk cakap sedang aktif atau digantung.

Jika anda mempunyai dua talian telefon, talian telefon yang kedua dipilih.

Semua panggilan masuk dialihkan ke nombor lain.

Pembesar suara diaktifkan, atau pemegang muzik disambungkan ke telefon.

Panggilan dihadkan kepada kumpulan pengguna terhad.

Profil ditetap masa dipilih.

, , , atau

Tambahan alat dengar, bebas tangan, set gelung, atau pemegang muzik disambungkan pada telefon.

Mod penerbangan

Anda boleh menyahaktifkan semua fungsi frekuensi radio dan tetap mempunyai akses kepada permainan, kalendar, dan nombor-nombor telefon. Gunakan mod penerbangan dalam persekitaran peka radio—di dalam kapal terbang atau di hospital. Apabila mod penerbangan aktif, dipaparkan.

8

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Pilih Menu > Tetapan > Profil > Penerbangan > Aktifkan atau Pilihan sendiri.

Untuk menyahaktifkan mod penerbangan, pilih sebarang profil lain.

Dalam mod penerbangan anda boleh membuat panggilan kecemasan. Masukkan nombor kecemasan, tekan kekunci panggil, dan pilih Ya apabila ditanya Keluar dari profil penerbangan? Telefon akan cuba membuat panggilan kecemasan.

T e l e f o n a n d a

Untuk menjawab panggilan semasa kawal kekunci sedang aktif, tekan kekunci panggil atau buka telefon. Apabila anda menamatkan atau menolak panggilan, pad kekunci mengunci secara automatik.

Untuk Kawal k'knci k'slmtan, lihat ”Telefon” h. 46.

Apabila kawal kekunci sedang aktif, panggilan masih boleh dibuat ke nombor kecemasan rasmi yang telah diprogramkan ke dalam peranti anda.

Kunci pad kekunci (kawal kekunci)

Untuk mencegah kekunci-kekunci daripada ditekan secara tidak sengaja, tutup telefon, dan pilih Kunci dalam masa 3.5 saat.

Untuk membuka kunci pad kekunci, pilih Buka k'ci > Ok, atau buka telefon. Jika kawal kekunci keselamatan diaktifkan, masukkan kod keselamatan jika diminta.

Fungsi-fungsi tanpa kad SIM

Beberapa fungsi telefon anda boleh digunakan tanpa memasang kad SIM (contohnya, pemindahan data dengan PC yang serasi atau peranti lain yang serasi). Beberapa fungsi kelihatan dimalapkan di dalam menu-menu dan tidak boleh digunakan.

Bagi panggilan kecemasan, sesetengah rangkaian mungkin memerlukan kad SIM yang sah dimasukkan dengan betul ke dalam peranti.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

9

F u n g s i - f u n g s i p a n g g i l a n

3. Fungsi-fungsi panggilan

Membuat panggilan

1.Masukkan nombor telefon, termasuk kod kawasan.

Untuk panggilan antarabangsa, tekan * dua kali untuk awalan antarabangsa (aksara + menggantikan kod akses antarabangsa), masukkan kod negara, kod kawasan tanpa awalan 0, jika perlu, dan nombor telefon.

2.Untuk memanggil nombor, tekan kekunci panggil.

Untuk menambah kelantangan dalam panggilan, tekan + dan untuk mengurangkan, tekan - .

3.Untuk menamatkan panggilan atau untuk membatalkan percubaan memanggil, tekan kekunci tamat, atau tutup telefon.

Untuk mencari nama atau nombor telefon yang telah anda simpan dalam Kenalan, lihat ”Mencari kenalan” h. 32. Tekan kekunci panggil untuk memanggil nombor.

Untuk mengakses senarai nombor yang sudah didail, tekan kekunci panggil sekali dalam mod siap sedia. Untuk memanggil nombor tersebut, pilih nombor atau nama, dan tekan kekunci panggil.

Dail cepat

Berikan nombor telefon kepada salah satu daripada kekunci dail cepat, 2 hingga 9. Lihat ”Dail cepat” h. 34. Panggil nombor menggunakan salah satu daripada cara berikut:

Tekan kekunci dail cepat, kemudian kekunci panggil.

Jika Dail cepat di tetap ke Aktif, tekan dan tahan kekunci dail cepat sehingga panggilan bermula. Lihat Dail cepat dalam ”Panggilan” h. 45.

Dailan suara tambahan

Anda boleh membuat panggilan telefon dengan menyebut nama yang disimpan dalam senarai kenalan telefon. Arahan suara bergantung kepada bahasa. Untuk menetapkan bahasa, lihat Bahasa pengecaman dalam ”Telefon” h. 46.

10

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

Nota: Menggunakan tag suara mungkin sukar dalam persekitaran yang bising atau semasa kecemasan, dari itu anda tidak seharusnya bergantung semata-mata pada dailan suara dalam semua keadaan.

1.Dalam mod siap sedia, tekan dan tahan kekunci pilihan kanan, atau tekan dan tahan kekunci kelantangan turun. Satu nada pendek dimainkan, dan Cakap sekarang dipaparkan.

2.Sebutkan arahan suara dengan jelas. Jika suara berjaya dikenali, senarai dengan padanannya dipaparkan. Telefon memainkan arahan suara padanan yang paling atas dalam senarai itu. Jika hasilnya bukan hasil yang betul, tatal ke entri lain.

Menggunakan arahan suara untuk menjalankan fungsi telefon yang dipilih adalah serupa dengan dailan suara. Lihat Arahan suara dalam ”Pintasan saya” h. 40.

Menjawab atau menolak panggilan

Untuk menjawab panggilan masuk, tekan kekunci panggil, atau buka telefon. Untuk menamatkan

F u n g s i - f u n g s i p a n g g i l a n

panggilan, tekan kekunci tamat, atau tutup telefon.

Untuk menolak panggilan masuk, tekan kekunci tamat. Untuk membisukan nada deringan, pilih

Senyap.

Panggilan menanti

Untuk menjawab panggilan yang menanti semasa panggilan aktif (perkhidmatan rangkaian), tekan kekunci panggil. Panggilan yang pertama akan dijadikan panggilan menunggu. Untuk menamatkan panggilan yang aktif, tekan kekunci tamat.

Untuk mengaktifkan fungsi Panggilan menanti, lihat ”Panggilan” h. 45.

Pilihan-pilihan semasa panggilan

Banyak pilihan yang boleh anda gunakan semasa panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk ketersediaan, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Semasa dalam panggilan, pilih Pilihan dan daripada pilihan-pilihan berikut:

Pilihan-pilihan panggilan adalah

Bisu atau Bersuara, Kenalan, Menu, Kunci pad kekunci, Rakam, Kejelasan

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

11

F u n g s i - f u n g s i p a n g g i l a n

suara, Pembesar suara atau Telefon bimbit.

Pilihan-pilihan perkhidmatan rangkaian adalah Jawab atau Tolak,

Tunggu atau Lepas, Panggilan baru, Tmbh. ke p'sidangan, Tamat panggilan, Tmt semua panggiln., dan yang berikut:

Hantar DTMF — untuk menghantar rentetan nada.

Bertukar — untuk bertukar-tukar antara panggilan aktif dan panggilan yang menunggu.

Pindah — untuk menyambungkan panggilan yang menunggu kepada panggilan aktif dan memutuskan sambungan anda sendiri.

Persidangan — untuk membuat panggilan persidangan.

Panggilan peribadi — untuk berbincang secara peribadi dalam panggilan persidangan.

Amaran: Jangan pegang peranti ini dekat dengan telinga apabila pembesar suara sedang digunakan, kerana kelantangannya mungkin terlalu kuat.

12

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

4. Menulis teks

Anda memasukkan teks (misalnya, semasa menulis mesej), menggunakan input teks tradisional atau ramalan. Apabila anda menulis teks, tekan dan tahan Pilihan untuk menogol antara input teks tradisional, ditandakan dengan , dan input teks ramalan, ditandakan dengan . Tidak semua bahasa disokong input teks ramalan.

Kecil besar huruf ditandakan dengan

, , dan . Untuk menukar huruf besar atau huruf kecil, tekan

#. Untuk menukar daripada mod huruf kepada mod nombor, ditandakan dengan , tekan dan tahan #, dan pilih Mod nombor. Untuk menukar daripada mod nombor kepada huruf, tekan dan tahan #.

Untuk menetap bahasa menulis, pilih Pilihan > Bahasa tulisan.

Input teks tradisional

Tekan satu kekunci nombor, 1 hingga 9, berkali-kali sehingga aksara yang diingini muncul. Aksara-aksara yang terdapat bergantung kepada bahasa menulis yang dipilih. Jika huruf seterusnya yang anda mahu terletak pada kekunci yang anda sedang gunakan, tunggu sehingga kursor

M e n u l i s t e k s

muncul dan masukkan huruf tersebut. Tanda-tanda baca dan aksara-aksara khas yang paling sering digunakan terdapat di bawah kekunci nombor 1.

Input teks ramalan

Input teks ramalan berdasarkan kamus terbina dalam yang boleh juga anda tambahkan dengan perkataan-perkataan baru.

1.Mula menulis perkataan menggunakan kekunci-kekunci, 2 hingga 9. Tekan setiap kekunci sekali sahaja untuk satu huruf.

2.Apabila anda selesai menulis perkataan dan ia betul, untuk mengesahkannya dengan menambahkan ruang, tekan 0.

Jika perkataan itu tidak betul, tekan * berkali-kali, dan pilih perkataan dari senarai.

Jika aksara ? dipaparkan selepas perkataan, perkataan yang ingin anda tuliskan tidak ada di dalam kamus. Untuk menambahkan perkataan pada kamus, pilih Mengeja. Masukkan perkataan menggunakan input teks tradisional, dan pilih Simpan.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

13

M e n u l i s t e k s

Untuk menulis perkataan majmuk, masukkan bahagian pertama perkataan, dan tekan kekunci tatal kanan untuk mengesahkannya. Tulis bahagian akhir perkataan tersebut, dan sahkan perkataan tersebut.

3.Mula menulis perkataan yang seterusnya.

14

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

M e n a v i g a s i m e n u

5. Menavigasi menu

Telefon ini menawarkan anda pelbagai fungsi, yang dikumpulkan ke dalam menu-menu.

1.Untuk mengakses menu, pilih

Menu.

Untuk menukar paparan menu, pilih Pilihan > Pamer. menu utama > Senarai, Grid, Grid dengan label, atau Tab.

Untuk menyusun semula menu, tatal ke menu yang anda hendak pindahkan, dan pilih Pilihan > Susun > Alih. Tatal ke tempat yang anda hendak pindahkan menu tersebut, dan pilih OK. Untuk menyimpan perubahan ini, pilih Selesai > Ya.

2.Tatal menu, dan pilih pilihan (misalnya, Tetapan).

3.Jika menu yang dipilih mengandungi submenu-submenu lanjut, pilih submenu yang anda mahu (misalnya, Panggilan).

4.Jika menu yang dipilih mengandungi submenu-submenu lanjut, ulang langkah 3.

5.Pilih tetapan pilihan anda.

6.Untuk kembali ke paras menu yang sebelumnya, pilih Balik. Untuk keluar dari menu, pilih

Keluar.

Hak cipta © 2007 Nokia. Semua hak terpelihara.

15

Loading...
+ 87 hidden pages