Penting: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang keselamatan penggunaan peranti
dan bateri anda, baca maklumat “Untuk keselamatan anda” dan “Keselamatan Produk”
dalam panduan pengguna yang dicetak, atau du www.nokia.com/support sebelum anda
menggunakan peranti. Untuk mengetahui cara mula menggunakan peranti baru anda, baca
panduan pengguna dicetak.
Pastikan telefon anda terkini dan terima kemas kini perisian yang tersedia bagi mendapatkan
ciri baharu dan dipertingkat untuk telefon anda. Prestasi telefon anda boleh ditingkatkan
dengan mengemas kini perisiannya.
KEKUNCI DAN BAHAGIAN
Telefon anda
Panduan pengguna ini berkenaan dengan model berikut: TA-1234, TA-1227, TA-1223, TA-
Sesetengah aksesori yang dinyatakan dalam panduan pengguna ini, seperti pengecas, set
kepala atau kabel data, mungkin dijual secara berasingan.
*Pembantu Google tidak tersedia dalam bahasa dan negara tertentu. Di mana-mana
tidak tersedia, Pembantu Google diganti dengan Carian Google. Semak ketersediaan di
https://support.google.com/assistant.
Bahagian dan penyambung, magnet
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Sebahagian peranti ini adalah bermagnet. Bahan berlogam mungkin akan tertarik kepada
peranti. Jangan letakkan kad kredit atau kad jaluran bermagnet yang lain berdekatan dengan
peranti untuk tempoh berpanjangan kerana kad mungkin rosak.
13. Mikrofon
14. Pembesar suara
MASUKKAN SIM DAN KAD MEMORI
Masukkan kad SIM
1. Buka dulang kad SIM: tolak pin pembuka dulang ke dalam lubang dulang dan luncurkan
dulang keluar.
2. Masukkan SIM nano dalam slot SIM pada dulang, dengan kawasan sentuhan menghadap ke
bawah.
3. Jika anda mempunyai kad memori microSD, letakkan kad ke dalam slot kad memori.
Masukkan SIM kedua
1. Jika anda mempunyai telefon dwi SIM, letakkan SIM kedua ke dalam slot SIM2.
2. Luncurkan dulang ke dalam kembali.
Hanya gunakan kad SIM nano yang asli. Penggunaan kad SIM yang tidak serasi boleh
merosakkan kad atau peranti dan boleh merosakkan data yang disimpan pada kad.
Hanya gunakan kad memori yang serasi dan diluluskan untuk digunakan dengan peranti ini.
Kad yang tidak serasi boleh merosakkan kad dan peranti serta merosakkan data yang disimpan
pada kad.
Petua: Untuk mengetahui sama ada telefon anda boleh menggunakan 2 kad SIM, lihat label
pada kotak jualan. Jika terdapat 2 kod IMEI pada label, anda mempunyai telefon dwi SIM.
Penting: Jangan keluarkan kad memori apabila apl menggunakan kad tersebut. Berbuat
demikian boleh merosakkan kad memori dan peranti serta merosakkan data yang disimpan
pada kad.
__Petua:__Gunakan kad memori microSD sehingga 512 GB yang pantas daripada pengilang
yang terkenal.
1. Masukkan palam pengecas yang serasi ke dalam salur keluar dinding.
2. Menyambung kabel ke telefon anda.
Telefon anda menyokong kabel USB jenis C. Anda juga boleh mengecas telefon anda dengan
komputer menggunakan kabel USB, tetapi ini mungkin mengambil masa yang lebih lama.
Jika bateri dinyahcas sepenuhnya, beberapa minit mungkin diperlukan sebelum penunjuk
pengecasan dipaparkan.
HIDUPKAN DAN SEDIAKAN TELEFON ANDA
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali pertama, telefon anda membimbing anda
untuk menyediakan sambungan rangkaian anda dan tetapan telefon.
Hidupkan telefon anda
1. Untuk menghidupkan telefon anda, tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga telefon
bergetar.
2. Apabila telefon dihidupkan, pilih bahasa dan kawasan anda.
3. Ikut arahan yang ditunjukkan pada telefon anda.
Pindahkan data daripada telefon anda sebelum ini
Anda boleh memindahkan data daripada telefon lama kepada telefon baharu menggunakan
akaun Google anda.
Untuk menyandarkan data pada telefon lama anda ke akaun Google anda, rujuk panduan
pengguna telefon lama anda.
2. Pilih data yang mana yang anda mahu pulihkan pada telefon baharu anda. Penyegerakan
akan bermula secara automatik sebaik sahaja telefon anda disambungkan ke internet.
Pulihkan tetapan apl daripada telefon Android™ anda yang sebelum ini
Sekiranya telefon anda sebelum ini adalah Android, dan sandaran ke akaun Google didayakan
padanya, anda boleh memulihkan tetapan apl anda dan kata laluan Wi-Fi.
1. Ketik Tetapan > Sistem > Sandaran .
2. Tukar Sandarkan ke Google Drive kepada Dihidupkan .
TETAPAN DWI SIM
Jika anda mempunyai telefon dwi SIM, anda boleh memiliki 2 SIM dalam telefon anda, sebagai
contoh, satu untuk kerja anda dan satu untuk kegunaan peribadi anda.
Pilih SIM yang mana untuk digunakan
Apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, anda boleh memilih SIM yang mana untuk
digunakan dengan mengetik butang SIM 1 atau SIM 2 yang berpadanan selepas anda mendail
nombornya.
Telefon anda menunjukkan status rangkaian untuk kedua-dua SIM secara berasingan. Keduadua kad SIM tersedia pada masa yang sama apabila peranti tidak digunakan, tetapi sementara
satu kad SIM adalah aktif, apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, yang lain mungkin tidak
tersedia.
Uruskan SIM anda
Tidak mahu kerja mengganggu masa lapang anda? Atau adakah anda memiliki sambungan data
yang lebih murah pada satu SIM? Anda boleh memutuskan SIM mana yang anda mahu guna.
Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Kad SIM .
Menamakan semula kad SIM
Ketik SIM yang anda mahu namakan semula dan taipkan nama yang anda mahu.
Pilih SIM yang mana untuk digunakan untuk panggilan atau sambungan data
Di bawah SIM yang diutamakan untuk , ketik tetapan yang anda mahu tukar dan pilih SIM
tersebut.
Sekiranya anda mahu mengelakkan membuat panggilan secara tidak sengaja apabila telefon
anda berada dalam poket atau beg anda, anda boleh mengunci kekunci dan skrin anda.
Untuk mengunci kekunci dan skrin anda, tekan kekunci kuasa.
Buka kunci kekunci dan skrin
Tekan kekunci kuasa dan lungsur merentasi skrin. Jika diminta, berikan perakuan tambahan.
GUNAKAN SKRIN SENTUH
Penting: Elak daripada mencalarkan skrin sentuh. Jangan sekali-kali guna pen, pensel atau
objek tajam lain pada skrin sentuh.
Ketik dan tahan untuk menyeret item
Letakkan jari anda pada item selama beberapa saat, dan lungsurkan jari anda merentasi skrin.
Untuk menghidupkan navigasi kekunci, ketik Tetapan > Sistem > Gestur > Navigasi sistem
> Navigasi 3-butang .
• Untuk melihat semua apl anda, leret
kekunci utama ke atas .
• Untuk pergi ke skrin utama, ketik kekunci
utama. Apl yang anda telah buka kekal
terbuka dalam latar belakang.
• Untuk melihat apl yang manakah yang
anda telah buka, ketik .
• Untuk beralih ke apl terbuka yang lain,
leret ke kanan dan ketik apl tersebut.
• Untuk menutup semua apl yang terbuka,
leret ke kanan melalui semua aplikasi, dan
ketik KOSONGKAN SEMUA .
• Untuk kembali ke skrin sebelumnya tempat
anda berada, ketik . Telefon anda ingat
semua apl dan laman web yang anda lawati
sejak kali terakhir skrin anda dikunci.
Ketik Tetapan > Bunyi > Nada dering telefon (SIM1) atau Nada dering telefon (SIM2) dan
pilih nada.
Tukar bunyi pemberitahuan mesej anda
Ketik Tetapan > Bunyi > Lanjutan > Bunyi pemberitahuan lalai .
PEMBERITAHUAN
Gunakan panel pmberitahuan
Apabila anda menerima pemberitahuan yang baharu, seperti mesej atau panggilan terlepas,
ikon penunjuk muncul pada bar status pada bahagian atas skrin. Untuk melihat maklumat lanjut
mengenai pemberitahuan, seret bar status ke bawah. Untuk menutup pandangan ini, leret ke
atas pada skrin.
Untuk membuka panel pemberitahuan, seret bar status ke bawah. Untuk menutup panel
pemberitahuan, leret ke atas pada skrin.
Untuk menukar tetapan pemberitahuan pada apl, ketik Tetapan > Apl & pemberitahuan dan
ketik nama apl untuk membuka tetapan apl. Ketik Pemberitahuan . Anda boleh mematikan
atau menghidupkan pemberitahuan bagi setiap apl secara individu.
Untuk mengaktifkan ciri, ketik ikon tetapan pantas pada panel pemberitahuan. Untuk melihat
lebih banyak ikon, seret menu ke bawah.
Untuk mengatur semula ikon, ketik , ketik dan tahan ikon dan kemudian seretkannya ke
lokasi yang lain.
KAWAL KELANTANGAN
Ubah kelantangan
Jika anda mempunyai masalah mendengar telefon anda berdering dalam persekitaran yang
bising, atau panggilan terlalu kuat, anda boleh mengubah kelantangan mengikut kesukaan anda
dengan menggunakan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda.
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Ubah kelantangan untuk media dan apl
Tekan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda untuk melihat bar status kelantangan, ketik
, dan seret pelungsur pada bar kelantangan untuk media dan apl di sebelah kiri atau kanan.
Untuk menetapkan telefon kepada senyap, tekan kekunci kelantangan ke bawah, ketik untuk
menetapkan telefon anda kepada getar sahaja dan ketik untuk menetapkannya kepada
senyap.
PEMBETULAN TEKS AUTOMATIK
Ketahui cara untuk menulis teks dengan cepat dan dengan cekap menggunakan pembetulan
teks papan kekunci.
Gunakan cadangan perkataan papan kekunci
Telefon anda mencadangkan perkataan ketika anda menulis, untuk membantu anda menulis
dengan cepat dan lebih tepat. Cadangan perkataan mungkin tidak tersedia dalam semua
bahasa.
Apabila anda mula menulis perkataan, telefon anda mencadangkan perkataan yang mungkin.
Apabila perkataan yang anda mahu ditunjukkan dalam bar cadangan, pilih perkataan tersebut.
Untuk melihat lebih banyak cadangan, ketik dan tahan cadangan.
Petua: Jika perkataan yang dicadangkan ditandakan dengan huruf tebal, telefon anda
menggunakannya secara automatik untuk menggantikan perkataan yang anda tulis. Sekiranya
perkataan tersebut salah, ketik dan tahan perkataan itu untuk melihat beberapa cadangan
lain.
Jika anda tidak mahu papan kekunci mencadangkan perkataan semasa menaip, matikan
pembetulan teks. Ketik Tetapan > Sistem > Bahasa & input > Papan kekunci maya .
Pilih papan kekunci yang biasa anda gunakan. Ketik Pembetulan teks dan matikan kaedah
pembetulan teks yang anda tidak mahu gunakan.
Betulkan perkataan
Jika anda perhatikan bahawa anda telah mengeja perkataan dengan salah, ketik perkataan
untuk melihat cadangan untuk membetulkan perkataan tersebut.
Matikan penyemak ejaan
Ketik Tetapan > Sistem > Bahasa & input > Lanjutan > Penyemak ejaan dan matikan