PENGISYTIHARAN KEPATUHAN
Kami, NOKIA CORPORATION mengisytiharkan kepertanggungjawaban kami semata
bahawa produk Rh-38 mematuhi peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapatkan di
http://www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
Dilarang dicetak semula, dipindah, diedar atau disimpan sebahagian atau semua
kandungan dokumen ini dalam apa bentuk jua pun tanpa terlebih dahulu mendapatkan
izin bertulis daripada Nokia.
Nokia dan Nokia Connecting People adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar
Nokia Corporation. Nama-nama produk dan syarikat lain yang disebut di sini mungkin
adalah cap dagang atau nama dagang pemilik mereka masing-masing.
Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak membuat
perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang diperihalkan di dalam dokumen
ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
Nokia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kehilangan data atau
pendapatan atau sebarang kerugian khas, secara kebetulan, berakibat atau tidak
langsung tanpa mengira bagaimana ia disebabkan.
Kandungan dokumen ini adalah "seperti adanya". Kecuali dituntut oleh undang-undang
yang berkaitan, tiada apa-apa jaminan, yang nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak
terhad kepada, jaminan termaklum bagi keperdagangan dan kesesuaian untuk tujuan
tertentu, dibuat berkaitan dengan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan
dokumen ini. Nokia berhak menyemak atau menarik balik dokumen ini pada bila-bila
masa tanpa pemberitahuan terdahulu.
Keterdapatan aksesori-aksesori tertentu mungkin berbeza-beza mengikut kawasan.
Sila periksa dengan peniaga Nokia terdekat anda.
Baca garis panduan mudah ini.
Melanggar peraturan mungkin
merbahaya atau menyalahi undangundang. Maklumat terperinci selanjutnya
diberi di dalam buku panduan ini.
Jangan hidupkan telefon apabila
penggunaan telefon wayarles
dilarang atau apabila ia boleh
menyebabkan gangguan atau
bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI
JALAN RAYA
Jangan gunakan telefon yang
dipegang tangan semasa
memandu.
GANGGUAN
Semua telefon wayarles boleh
mendapat gangguan, yang
mungkin boleh menjejas
prestasinya.
MATIKAN DI HOSPITAL
Patuhi sebarang peraturan atau
undang-undang. Matikan
telefon apabila berdekatan
dengan peralatan perubatan.
MATIKAN DI DALAM KAPAL
TERBANG
Peranti-peranti wayarles boleh
menyebabkan gangguan di
dalam pesawat.
MATIKAN APABILA MENGISI
BAHAN BAKAR
Jangan gunakan telefon di
tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan
bahan bakar atau bahan kimia.
MATIKAN DEKAT KAWASAN
PELETUPAN
Jangan gunakan telefon di mana
peletupan sedang dijalankan.
Patuhi sekatan-sekatan, dan
sebarang peraturan atau
undang-undang.
GUNAKAN DENGAN BIJAK
Gunakan hanya dengan gaya
biasa. Jangan sentuh antena jika
tidak perlu.
KHIDMAT BERKELAYAKAN
Hanya kakitangan yang
berkelayakan sahaja yang boleh
memasang atau membaiki
peralatan telefon.
AKSESORI DAN BATERI
Gunakan hanya aksesori dan
bateri yang diluluskan. Jangan
sambungkan produk-produk
yang tidak serasi.
KETAHANAN AIR
Telefon anda tidak tahan air.
Pastikan ia sentiasa kering.
SALINAN SANDARAN
Anda harus ingat untuk
membuat salinan sandaran bagi
semua data penting.
MENYAMBUNG KEPADA
PERANTI LAIN
Apabila menyambung kepada
sebarang peranti lain, baca
panduan penggunanya untuk
mendapatkan arahan
keselamatan yang terperinci.
Jangan sambungkan produkproduk yang tidak serasi.
Pastikan telefon dihidupkan dan
boleh digunakan. Masukkan
nombor telefon, termasuk kod
kawasan, kemudian tekan
Panggil. Untuk menamatkan
panggilan, tekan Tamat.
Untuk menjawab panggilan,
tekan Jawab.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan telefon dihidupkan dan
boleh digunakan. Tekan dan
tahan dua kali selama
beberapa saat untuk
mengosongkan paparan.
Masukkan nombor kecemasan,
kemudian tekan Panggil.
Berikan lokasi anda. Jangan
tamatkan panggilan sehingga
diarahkan untuk berbuat
demikian.
Telefon wayarles yang diperihalkan di dalam panduan ini diluluskan untuk digunakan
pada rangkaian EGSM 900 dan GSM 1800.
Jalur kembar adalah ciri yang bergantung kepada rangkaian. Sila periksa dengan
pembekal perkhidmatan setempat anda sama ada anda boleh melanggani dan
menggunakan ciri ini.
Beberapa ciri yang disertakan di dalam panduan ini dipanggil Khidmat Rangkaian. Ini
adalah perkhidmatan-perkhidmatan khas yang anda atur menerusi pembekal
perkhidmatan wayarles anda. Sebelum anda dapat memanfaatkan sebarang Khidmat
Rangkaian ini, anda mestilah melangganinya menerusi pembekal perkhidmatan anda
dan mendapatkan arahan bagi penggunaannya daripada pembekal perkhidmatan anda.
Nota: Sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara yang
bergantung kepada bahasa dan/atau perkhidmatan.
Pengecas dan aksesori
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum menggunakannya dengan peranti
ini. Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila mendapat bekalan kuasa dari ACP-7,
ACP-8, ACP-12, LCH-9 dan LCH-12.
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan oleh
pembuat telefon untuk digunakan khususnya dengan telefon model ini.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau
jaminan untuk telefon ini, dan mungkin merbahaya.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan aksesori yang diluluskan, sila
tanya wakil penjual telefon anda.
Apabila anda mencabut kord kuasa sebarang aksesori, genggam dan tarik palamnya,
bukan kordnya.
Pelekat-pelekat ini mengandungi
maklumat penting untuk tujuan
perkhidmatan dan sokongan
pelanggan. Simpan pelekat-pelekat
ini di tempat yang selamat.
Tampal pelekat pada halaman
Keterangan diri anda di dalam
Panduan Pengguna ini.
■ Kod akses
• Kod keselamatan: Kod ini, yang
dibekalkan dengan telefon,
melindungi telefon anda
daripada digunakan tanpa izin.
Kod yang dipratetap ialah 12345.
Rujuk kepada ”Tetapan
keselamatan” di halaman 26
untuk melihat bagaimana ia
berfungsi.
• Kod PIN: Kod ini, yang dibekalkan
dengan kad SIM, melindungi kad
daripada digunakan tanpa izin.
Aktifkan Permintaan kod PIN di
dalam menu Tetapan
keselamatan (lihat ”Tetapan
keselamatan” di halaman 26),
supaya kod diminta setiap kali
telefon dihidupkan.
Jika anda memasukkan kod PIN
secara salah tiga kali berturutturut, kad SIM akan dihalang.
Anda mestilah memasukkan kod
PUK untuk menyahhalang kad
SIM dan menetap kod PIN baru.
• Kod PIN2: Kod ini dibekalkan
dengan sesetengah kad SIM dan
diperlukan untuk mengakses
perkhidmatan tertentu, seperti
pembilang unit mengecaj. Jika
anda memasukkan kod PIN2
secara salah tiga kali berturutturut, Kod PIN2 dihalang muncul
di paparan, dan anda akan
diminta memberikan kod PUK2.
Tukar kod keselamatan, kod PIN
dan kod PIN2 di dalam
Pertukaran kod akses di dalam
menu Tetapan keselamatan
(lihat ”Tetapan keselamatan” di
halaman 26). Rahsiakan kod-kod
baru dan simpan ia di tempat
yang selamat berasingan dengan
telefon anda.
• Kod PUK dan PUK2: Kod-kod ini
mungkin dibekalkan dengan kad
SIM. Jika ini bukan halnya,
hubungi pembekal perkhidmatan
setempat anda.
• Jauhkan semua kad SIM kecil dari
jangkauan kanak-kanak kecil.
• Kad SIM dan sentuhansentuhannya mudah rosak oleh
kerana tercalar atau
dibengkokkan, oleh itu berhatihati apabila memegang,
memasukkan atau mengeluarkan
kad itu.
• Sebelum memasang kad SIM,
pastikan bahawa telefon
dimatikan, sambungannya
kepada pengecas atau sebarang
peranti lain diputuskan dan
kemudian keluarkan bateri.
1. Tekan butang pelepas penutup
belakang (1), gelongsorkan
penutup belakang (2) dan angkat
ia dari telefon.
3. Angkat pemegang kad SIM
menggunakan pemegang jari.
Buka pemegang (4). Tekan kad
SIM dengan berhati-hati ke
dalam lubang alur kad SIM (5).
Pastikan bahawa penyambungpenyambung berwarna emas
pada kad menghadap ke bawah
dan sudut serong berada di
sebelah kanan. Tutup pemegang
kad SIM dan tekan ia untuk
mengunci.
4. Sejajarkan penyambungpenyambung berwarna emas
pada bateri dengan
penyambung-penyambung yang
sepadan pada telefon, dan tolak
hujung bateri yang bertentangan
sehingga ia mendetap ke dalam
tempatnya (6).
2. Keluarkan bateri dengan
mengangkat ia menggunakan
pemegang jari (3).
5. Sejajarkan bahagian bawah
penutup belakang dengan
bahagian bawah telefon (7),
tekan bahagian atas penutup
belakang untuk mengunci ia ke
dalam tempatnya (8).
■ Mengecas bateri
Jangan mengecas bateri jika salah
satu penutup telefon telah
ditanggalkan.
1. Sambungkan penyambung dari
pengecas kepada pangkal
telefon.
2. Sambungkan pengecas kepada
soket dinding AC. Palang
penunjuk bateri akan mula
menatal.
• Mengecas bateri BL-5C
dengan pengecas ACP-7
mengambil masa sehingga 3
jam 30 minit sementara
mengecas dengan pengecas
ACP-12 mengambil masa
sehingga 2 jam.
•Jika Bateri tak dicas
dipaparkan, tunggu sebentar,
cabut pengecas, palamkan ia
semula, dan cuba lagi. Jika
pengecasan masih gagal,
hubungi wakil penjual anda.
3. Apabila bateri telah dicas
sepenuhnya, palang penunjuk
akan berhenti menatal. Cabut
pengecas dari telefon dan soket
AC.
PETUA UNTUK OPERASI YANG
CEKAP:
Telefon anda
mempunyai antena
terbina dalam.
Seperti sebarang
peranti pemancar
radio lain, jangan
sentuh antena jika tidak perlu
apabila telefon dihidupkan.
Menyentuh antena menjejas mutu
panggilan dan boleh menyebabkan
telefon beroperasi pada paras kuasa
yang lebih tinggi daripada yang
diperlukan. Prestasi antena dan
masa bual telefon anda akan lebih
optimum jika bahagian antena tidak
disentuh semasa panggilan telefon.
Telefon anda mempunyai lampu
terbina dalam. Lihat ”Lampu
denyar” di halaman 5.
2. Kekunci Pandu arah
Fungsi kekunci Pandu Arah Nokia
bergantung kepada teks yang
ditunjukkan di atasnya. Di dalam
panduan ini, simbol diikuti
dengan teks panduan yang
berkaitan, misalnya Menu
atau Pilih.
3. Kekunci kuasa
Menghidupkan dan mematikan
telefon. Apabila pad kekunci
dikunci, menekan sebentar
menghidupkan lampu paparan
telefon selama kira-kira 15 saat.
4. Kekunci-kekunci tatal
Membolehkan anda menatal
nama, nombor telefon, menu
atau tetapan. Melaras
kelantangan cuping telinga
semasa panggilan. Dalam mod
tunggu sedia,
menunjukkan senarai nombor
yang terakhir didail dan
menunjukkan nama dan nombor
telefon yang disimpan di dalam
Kenalan.
5. Kekunci padam/keluar
Memadam aksara dari paparan
dan keluar dari fungsi-fungsi
yang berlainan.
6. - memasukkan
nombor dan aksara.
dan digunakan
untuk pelbagai tujuan di dalam
fungsi-fungsi yang berlainan.
Penunjuk-penunjuk yang
diperihalkan di bawah dipaparkan
apabila telefon sudah sedia untuk
digunakan dan tiada aksara telah
dimasukkan oleh pengguna. Skrin ini
dipanggil ‘mod tunggu sedia‘.
1. Menunjukkan nama rangkaian
selular di mana telefon sedang
digunakan, atau logo operator.
2. Menunjukkan keamatan isyarat
rangkaian selular di lokasi
semasa anda.
3. Menunjukkan aras pengecasan
bateri.
4. Menunjukkan fungsi semasa
kekunci Pandu Arah .
elektronik semasa menukar penutup.
Sentiasa simpan dan gunakan
telefon dengan penutupnya
terpasang.
1. Tanggalkan penutup belakang
telefon dan bateri. Lihat langkah
1 dan 2 di dalam ”Memasukkan
kad SIM” di halaman 1.
2. Tanggalkan penutup depan
dengan berhati-hati bermula dari
bahagian bawah telefon (3).
3. Tanggalkan alas kekunci dengan
berhati-hati (4). Letakkan alas
kekunci yang baru ke dalam
penutup depan yang baru
bermula dari bahagian atas (5).
Pastikan bahawa alas kekunci
yang baru itu diletakkan di
tempatnya dengan betul (6).
■ Menukar penutup
Sebelum menukar penutup, sentiasa
matikan kuasa dan putuskan
sambungan telefon dari pengecas
atau sebarang peranti lain. Elakkan
daripada menyentuh komponen
4. Sejajarkan bahagian atas
penutup depan dengan bahagian
atas telefon dan tekan penutup
depan untuk mengunci ia ke
dalam tempatnya (7).
5. Masukkan bateri dan pasang
semula penutup belakang. Lihat
langkah 4 dan 5 di dalam
”Memasukkan kad SIM” di
halaman 1.
■ Memakai
tali
pergelang
an tangan
Masukkan tali menembusi lubang
seperti yang ditunjukkan di dalam
gambar dan kemudian ketatkan ia.
Untuk menggunakan lampu denyar,
anda mempunyai pilihan-pilihan
berikut:
• Dalam mod tunggu sedia, tekan
dan tahan . Lampu denyar
dimatikan apabila anda
melepaskan kekunci .
Sebagai alternatif, untuk
mengaktifkan lampu denyar
secara berterusan, tekan
dua kali untuk mengaktifkan
lampu denyar dan tekan
sekali untuk mematikannya.
•Tekan Menu dan pilih
Tambahan dan Lampu picit dan
pilih Aktif atau Tak aktif.
• Semasa panggilan, tekan
dan Pilihan atau pilih L. picit
aktif atau L. picit tak aktif.
■ Lampu denyar
Telefon anda mempunyai lampu
denyar terbina dalam yang boleh
anda gunakan. Apabila lampu
denyar diaktifkan, ditunjukkan
pada paparan telefon.
Untuk membuat panggilan
telefon antarabangsa: Tambah '+'
dengan menekan dua kali,
dan tambah kod negara (atau
wilayah) di depan kod kawasan
(padam awalan 0 jika perlu).
Tekan untuk memadam
angka terakhir yang dimasukkan.
2. Tekan Panggil untuk
memanggil nombor tersebut.
Tekan untuk menambah
atau untuk mengurangkan
kelantangan cuping telinga atau
alat dengar.
3. Tekan Tamat untuk
menamatkan panggilan (atau
membatalkan percubaan
memanggil).
Membuat panggilan
menggunakan buku telefon
Dalam mod tunggu sedia, tekan
untuk mencari nama yang
anda mahu. Tekan Panggil
untuk memanggil nombor tersebut.
Membuat panggilan
persidangan
Panggilan persidangan adalah
Khidmat Rangkaian yang
membolehkan sehingga 4 orang
mengambil bahagian dalam
panggilan yang sama.
1. Buat panggilan kepada peserta
pertama. Masukkan nombor
telefon atau pilih ia dari buku
telefon dan tekan Panggil.
2. Untuk membuat panggilan
kepada seorang peserta baru,
tekan danPilihan,
dan pilih Panggilan baru.
3. Apabila panggilan baru telah
dijawab, tambahkan ia kepada
panggilan persidangan dengan
menekan Pilihan dan
memilih Sidang.
4. Untuk menambah satu lagi
peserta baru kepada panggilan,
ulang langkah 2 hingga 3.
Untuk mendail semula 20 nombor
terakhir yang telah anda panggil
atau cuba memanggil, tekan
sekali dalam mod tunggu sedia, tatal
dengan atau ke nombor
telefon atau nama yang anda mahu,
dan tekan Panggil.
Dail cepat
Tekan Menu, pilih Kenalan
dan Dail cepat. Pilih kekunci yang
anda mahu, ( hingga )
dan tekan Berikan. Pilih sama ada
anda mahu memberi kepada
panggilan atau SMS. Pilih nama
yang anda mahu dan tekan
Pilih.
Selepas nombor telefon diberi
kepada sesuatu kekunci nombor,
anda boleh mendail nombor dengan
cepat dengan cara yang berikut:
• Tekan kekunci nombor yang
sepadan dan kemudian tekan
Panggil, atau
•Jika Dail cepat ditetap ke 'aktif',
tekan dan tahan kekunci nombor
yang sepadan sehingga
panggilan bermula (lihat
”Tetapan panggilan” di halaman
23).
■ Menjawab panggilan
Dalam mod tunggu sedia, tekan
Jawab. Untuk mengalih atau
menolak panggilan tanpa
menjawabnya, tekan .
■ Operasi dalam
panggilan
Semasa panggilan, tekan dan
Pilihan untuk beberapa fungsi
yang berikut: Banyak daripadanya
adalah Khidmat Rangkaian. Bisu
atau Bersuara, Pegang atau Lepas,
Panggilan baru, Jawab, Tolak,
Tamat pang., Tamat semua,
Kenalan, Hantar DTMF, Tukar talian,
Menu dan L. picit aktif atau L. picit
tak aktif.
■ Mendengarkan mesej
suara
Peti mel suara adalah satu Khidmat
Rangkaian. Untuk maklumat lanjut
dan untuk menerima nombor peti
mel suara, hubungi pembekal
perkhidmatan anda. Untuk
memanggil peti mel suara anda,
tekan dan tahan dalam mod
tunggu sedia. Untuk menukar
nombor peti mel suara, lihat
”Nombor peti mel suara” di halaman
18.
Untuk mengalihkan panggilan ke
peti mel suara anda, rujuk kepada