Midea MIDEA-B5D User manual

Manual Penyelenggaraan Harian
Pembersih Vakum
Hama Midea
Sila baca Manual ini dengan teliti sebelum penggunaan, dan disimpan dengan baik.
Penyelesaian keabnormalan
Jika produk ini mengalami sebarang kejadian abnormal semasa penggunaan, sila rujuk jadual di bawah.
Keabnormalan
Perkakas ini tidak berfungsi
Kuasa sedutan menjadi lemah
Lampu UV tidak berfungsi
Perkakas ini tiba-tiba berhenti
Tidak dapat dicas
Sebab-sebab yang mungkin
- Plag soket pengecasan tidak dipasang dengan betul atau soket tidak dihidupkan.
- Butang suis tidak ditekan.
- Perkakas ini tidak dicas dengan baik seperti yang dinyatakan.
- Terlalu banyak debu di dalam bekas debu.
- Kapas penapis bekas debu tersumbat.
- Kon siklon bekas debu tersumbat.
- Saluran udara port penyedut tersumbat.
- Kapas penapis tidak dikeringkan dengan sepenuhnya selepas dicuci.
- Perkakas ini berjarak terlalu jauh dari objek yang hendak dibersih.
- Perkakas ini diletakkan secara menegak.
- Lampu sensor UV dipenuhi oleh bahan kotoran.
- Tiub lampu UV rosak.
- Debu di dalam bekas debu melebihi garis skala maksimum.
- Saluran udara port penyedut tersumbat.
- Kapas penapis tersekat oleh bendasing.
- Perkakas ini tidak dicas dengan betul seperti yang dinyatakan.
- Suhu persekitaran terlalu tinggi atau terlalu rendah ketika pengecasan.
Cara penyelesaian
- Periksa sama ada bateri bagi seluruh mesin telah dicas penuh.
- Periksa sama ada plag dipasang dengan betul atau soket telah dihidupkan.
- Tekan butang suis.
- Letakkan perkakas ini dengan betul dan lakukan pengecasan seperti yang dinyatakan dalam arahan pengecasan.
- Bersihkan debu dengan segera.
- Bersihkan kapas penapis.
- Bersihkan kon siklon.
- Bersihkan port penyedut.
- Selepas dicuci dengan air, kapas penapis hendaklah dikeringkan di tempat yang sejuk sebelum dipasang semula.
- Di bawah keadaan normal, perkakas ini akan menghidupkan lampu UV secara automatik jika ia berjarak dalam lingkungan 5 cm dari objek yang hendak dibersih.
- Sudut kecondongan badan produk tidak boleh melebihi 30°.
- Bersihkan bahan kotoran dengan kain kapas yang kering.
- Hubungi bahagian selepas jualan untuk penggantian tiub lampu.
- Bersihkan bekas debu dengan segera.
- Bersihkan port penyedut.
- Bersihkan kapas penapis.
- Letakkan perkakas ini dengan betul dan lakukan pengecasan seperti yang dinyatakan dalam arahan pengecasan
- Perkakas ini hendaklah dicas pada suhu yang sesuai (5 - 40).
Arahan Keselamatan
Jangan letakkan pembersih vakum berdekatan dengan sumber haba, radiasi atau rokok yang menyala. Jangan gunakan pembersih vakum untuk menyedut objek seperti berikut:
1. Semua jenis cecair seperti air dan pelarut.
2. Debu dan sampah pembinaan seperti kapur dan simen, dan sebagainya.
3. Objek panas seperti kepala karbon yang tidak dapat dipadamkan atau puntung rokok.
4. Serpihan tajam seperti kaca, dan sebagainya.
5. Bahan mudah terbakar dan mudah meletup seperti petrol atau produk beralkohol. Hanya juruteknik bertauliah dibenarkan merungkai produk ini, dan anda dilarang merungkai produk ini dengan sendiri. Perkakas ini dilarang digunakan oleh kanak-kanak, dan orang kurang upaya atau kurang pengetahuan dan pengalaman terhadap penggunaan perkakas rumah tangga jika tanpa bimbingan daripada orang yang tertentu. Perkakas ini adalah produk untuk kegunaan dalam rumah, jangan digunakan di luar rumah. Pembersih vakum ini adalah sejenis perkakas elektrik: Ia mesti digunakan berdasarkan syarat yang normal, dan ia tidak boleh dibiarkan beroperasi jika tanpa pengawasan. Jangan sentuh kord kuasa, soket atau adapter kuasa dengan tangan basah. Kosongkan bekas debu sebelum anda menggunakan produk ini jika bekas debu penuh dengan debu. Kuasa mesti dimatikan apabila pembersih vakum dibersih, dibaiki dan tidak digunakan buat sementara waktu.
Peringatan
1. Tempoh pengecasan boleh dipanjangkan untuk keadaan seperti berikut: a. Pengecasan dilakukan pada suhu bilik melebihi 30. b. Perkakas ini dicas dengan serta-merta sebaik selepas ia berhenti berfungsi.
2. Tidak kira berapa lama ia digunakan, sila cas semula selepas pembersihan.
3. Plag kuasa disyorkan supaya dicabut keluar dengan segera jika ia tidak dicas.
4. Cabut keluar kord kuasa jika perkakas anda tidak digunakan untuk jangkamasa yang panjang (lebih daripada 2 bulan). Bagaimanapun, anda disyorkan supaya mengecas bateri sehingga penuh setiap 2 bulan bagi mengekalkan jangka hayat bateri.
5. Semasa proses pengecasan, badan atau adaptor kuasa mungkin menjadi panas. Gejala ini adalah normal dan boleh digunakan tanpa was-was.
Jangan rendam pembersih vakum di dalam air; elakkan terdedah kepada alat pemanasan atau cahaya matahari bagi mengelakkan kebakaran. Perkakas ini hanya boleh digunakan dengan adaptor kuasa asal yang terpasang di dalamnya. Perkakas ini mungkin menjadi rosak jika adapter lain digunakan. Perkakas ini mesti dimatikan ketika menanggalkan baterinya; Jangan merungkai bateri utama dengan sendiri. Jika anda perlu mengganti­kannya, sila hubungi pegawai di bahagian perkhidmatan selepas jualan. Bateri yang dikeluarkan tidak boleh dibuang sewenang-wenan­gnya. Jangan sentuh konduktor pada kepingan kutub atau port plag bagi mengelakkan litar pintas. Memutuskan kuasa: Jangan tarik kord kuasa. Pegang bahagian plastik pada plag dengan tangan ketika mencabut keluar plag. Kord kuasa pembersih vakum tidak boleh melintasi objek yang tajam bagi mengelakkan kabel kuasa daripada kerosakan. Jangan tarik dan heret kord kuasa ketika mengalihkan soket. Periksa bagi memastikan voltan bekalan adalah sepadan dengan voltan pengecasan pengecas vakum. Elakkan menggunakan perkakas ini untuk jangkamasa yang panjang jika port penyedut tersumbat bagi mengelakkan motor daripada kerosakan dan pemanasan berlebihan atau perubahan bentuknya. Jangan gunakan pembersih vakum jika berlakunya kejadian berikut, dan anda dikehendakihantarkannya ke bahagian penyelenggaraan yang ditetapkan oleh syarikat untuk dibaiki:
1. Perkakasi ni terjatuh dan terdapat kerosakan yang ketara atau berfungsi secara abnormal.
2. Kord kuasa rosak.
Loading...
+ 2 hidden pages