LG LG-D686 User Guide

Panduan Pengguna
LG-D686
BAHASA MELAYU
E N G L I S H
MFL68043716 (1.0) www.lg.com
BAHASA MELAYU
Panduan Pengguna
• Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza daripada yang anda lihat pada telefon sebenar.
• Sesetengah kandungan panduan ini mungkin tidak berkaitan dengan telefon anda, bergantung kepada perisian dan pembekal perkhidmatan anda. Semua maklumat dalam dokumen ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
• Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk orang yang mempunyai kekurangan visual disebabkan papan kekunci skrin sentuhnya.
• Hak cipta ©2013 LG Electronics, Inc. Hak cipta terpelihara. LG dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar bagi Kumpulan LG dan entiti yang berkaitan dengannya. Semua tanda dagangan lain adalah harta pemiliknya masing-masing.
• Google™, Google Maps™, Gmail™, YouTube™, Hangouts™ dan Play Store™ adalah tanda dagangan Google, Inc.
Kandungan
Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien ..................................5
Notis penting ...........................................13
Mengenali telefon anda ..........................19
Gambaran keseluruhan telefon ..............19
Memasang kad SIM dan bateri ..............22
Mengecas telefon anda ..........................25
Menggunakan kad memori ....................26
Mengunci dan membuka kunci skrin .....28
Pasangkan skrin ..................................28
Skrin utama anda ...................................29
Petua Skrin Sentuh ................................29
Skrin Utama...........................................30
Menyesuaikan Skrin utama ..................31
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-
baru ini ..................................................31
Pemberitahuan ......................................32
Sapu ke bawah untuk mendapatkan
pemberitahuan & tetapan .....................32
Tetapan Pantas ....................................32
Ikon penunjuk pada Bar Status .............33
Papan kekunci atas skrin ....................... 35
Memasukkan huruf aksen ....................36
Persediaan akaun Google .......................37
Menyambung kepada Rangkaian dan
Peranti .....................................................38
Wi-Fi .....................................................38
Menyambung ke rangkaian Wi-Fi ..........38
2
Menghidupkan Wi-Fi dan menyambung
kepada rangkaian Wi-Fi ........................38
Bluetooth ...............................................39
Berkongsi sambungan data
telefon anda ..........................................40
Wi-Fi Langsung .....................................42
Menggunakan SmartShare ....................43
Sambungan PC dengan kabel USB .........45
Panggilan ................................................47
Membuat panggilan ...............................47
Membuat panggilan kepada kenalan
anda ......................................................47
Menjawab dan Menolak Panggilan .........47
Melaraskan volum panggilan masuk ......48
Membuat panggilan kedua ....................48
Melihat log panggilan anda ....................48
Tetapan panggilan .................................49
Kenalan ...................................................50
Mencari Kenalan ....................................50
Tambah Kenalan Baru ............................50
Kenalan kegemaran ...............................50
Membuat kumpulan...............................51
Pemesejan ...............................................52
Menghantar mesej .................................52
Peti teruntai ...........................................53
Menukar tetapan mesej anda ................53
E-mel .......................................................54
Menguruskan akaun e-mel ....................54
Menggunakan folder akaun ...................54
Mengarang dan menghantar e-mel ........55
Kamera ....................................................56
Mengenali pencari pandangan ...............56
Menggunakan tetapan lanjutan ..............57
Menangkap fotopantas .........................59
Setelah anda mengambil gambar ..........59
Melihat foto yang disimpan .................... 60
Kamera video ..........................................61
Mengenali pencari pandangan ...............61
Menggunakan tetapan lanjutan ..............62
Merakam video pantas ..........................63
Selepas merakam video.........................63
Melihat video anda yang disimpan .........64
Melaraskan volum semasa melihat
video .....................................................64
Fungsi......................................................65
QuickMemo ...........................................65
Menggunakan pilihan QuickMemo ........66
Melihat QuickMemo yang disimpan ......66
Penterjemah Pantas ...............................67
QuickRemote .........................................68
VuTalk ...................................................69
Mendaftar VuTalk .................................70
LG SmartWorld ......................................70
Bagaimana untuk Pergi ke LG SmartWorld
daripada Telefon Anda ..........................70
Bagaimana untuk menggunakan LG
SmartWorld .........................................71
Multimedia ..............................................72
Galeri .....................................................72
Melihat gambar ...................................72
Memainkan video ................................73
Mengedit foto ......................................73
Memadamkan foto/video ......................73
Menetapkan sebagai kertas dinding ......73
Video .....................................................74
Memainkan video ................................74
Muzik ....................................................75
Tambah fail muzik pada telefon anda ....75
Pindahkan fail menggunakan
Penyegerakan media (MTP) ..................75
Memainkan lagu ..................................75
Utiliti ........................................................78
Menetapkan penggera anda ..................78
Menggunakan kalkulator anda ...............78
Menambah acara pada kalendar anda ...78
Perakam Suara ......................................79
Merakam bunyi atau suara ...................79
Menghantar rakaman suara..................79
Radio FM ...............................................80
Pengurus Tugasan .................................80
Tugas ....................................................80
Polaris Viewer 4 .....................................81
Sandaran LG ..........................................81
Mengenai penyandaran dan pemulihan
data telefon pintar................................81
Menyandarkan data telefon pintar anda 82
Menjadualkan sandaran automatik ........82
3
Kandungan
Memulihkan data telefon pintar ............83
Google+ ................................................84
Carian Suara ..........................................84
Muat Turun ............................................84
Web .........................................................85
Internet ..................................................85
Menggunakan bar alat Web ..................85
Melihat halaman web ........................... 85
Membuka halaman ..............................86
Membuat carian web menggunakan
suara ..................................................86
Penanda buku .....................................86
Sejarah ...............................................86
Menggunakan Pelayar Pop Timbul ........86
Chrome .................................................87
Melihat halaman web ........................... 87
Membuka halaman ..............................87
Menyegerak dengan peranti lain ...........87
Tetapan ...................................................88
Akses menu Tetapan ..............................88
WAYARLES & RANGKAIAN ......................88
PERANTI ................................................91
PERIBADI ...............................................94
SISTEM ..................................................96
Perisian PC (LG PC Suite) .......................97
Kemas kinian perisian telefon .............100
Kemas kinian perisian telefon ..............100
Mengenai panduan pengguna ini ........102
Mengenai panduan pengguna ini .........102
Tanda dagangan ..................................103
DivX ....................................................103
Dolby Digital Plus ................................104
Aksesori ................................................105
Pencarisilapan ......................................106
Soalan Lazim ........................................110
4
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Telefon mudah alih model LG-D686 telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan pada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.258 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.654 W/kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam
5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
6
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
7
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa volumnya berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakan kepada pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
8
Kami juga mengesyorkan bahawa volumnya muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volumnya jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan aksesorinya.
9
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Pastikan sesentuh logam pada bateri sentiasa bersih.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
10
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini, fungsi perisian baru dan peningkatan.
Kemas kini telefon pintar anda tanpa menggunakan PC. Pilih Kemas kini perisian
Kemas kini telefon pintar anda dengan menyambungkannya kepada PC anda. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang
menggunakan fungsi ini, sila lawati http://www.lg.com/common/index.jsp pilih negara dan bahasa.
.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-D686 mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan pada Arahan 1999/5/EC. Satu salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di http://www.lg.com/
global/declaration
11
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber yang berpadanan di bawah GPL, LGPL, MPL dan lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati http://opensource.lge.com/ Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk dimuat turun dengan kod sumber.
12

Notis penting

Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan telefon anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Aplikasi pada PERANTI. 2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3 Sentuh Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri antara cas dengan mematikan ciri yang tidak perlu dijalankan di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
• Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
• Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
• Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
13
Notis penting
• Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > tab Biasa > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
• Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > tab Biasa > Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi. Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
14
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Skrin kunci dari PERANTI > Pilih kunci skrin > Corak. Ini akan membuka skrin yang akan memandu anda melalui cara melukis buka kunci corak skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak. Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
15
Notis penting
Apabila anda tidak dapat ingat Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda: < Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan corak yang betul sebanyak 5 kali, sentuh butang Terlupa corak? di bahagian bawah skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda, atau anda perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa membuat Kunci Corak anda. Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran, anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda > Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda belum log masuk ke Akaun Google anda dan terlupa Corak Buka Kunci anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
5. Menggunakan Tetapkan Semula Keras (Tetapkan Semula Kilang)
Jika telefon anda tidak pulih kepada keadaan asal, gunakan Tetapkan Semula Keras (Tetapkan Semula Kilang) untuk memulakannya.
1 Matikan kuasa Telefon anda. 2 Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + kekunci Turun Volum. 3 Selepas beberapa saat, skrin TETAPKAN SEMULA KILANG akan muncul, Sekarang
lepaskan semua kekunci.
4 Telefon akan membolehkan anda memilih fungsi set semula kilang dalam utiliti
pemulihan sistem Android.
16
5 Tekan kekunci Kuasa/Kunci, dan telefon anda akan dikembalikan kepada tetapan
kilangnya. Untuk membatalkan, tekan mana-mana kekunci lain.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan Semula Keras.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android kerana anda boleh membiarkan lebih daripada satu aplikasi berjalan sekali gus. Tidak perlu keluar daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih antara beberapa aplikasi terbuka. Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
Untuk menghentikan aplikasi:
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Apl daripada PERANTI > BERJALAN. 2 Tatal dan sentuh aplikasi yang diingini dan tekan Henti untuk menghentikannya.
NOTA: Untuk berbilang tugas, sentuh dan tahan kekunci Utama untuk beralih ke aplikasi lain semasa menggunakan aplikasi. Ini tidak menghentikan aplikasi sebelumnya yang berjalan di latar belakang pada peranti. Pastikan anda menyentuh kekunci Kembali untuk keluar dari aplikasi selepas menggunakannya.
17
Notis penting
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan Penyegerakan media (MTP)
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Simpanan daripada PERANTI untuk
memeriksa media simpanan.
2 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB. 3 Senarai jenis sambungan USB akan muncul pada skrin telefon anda,pilih pilihan
Penyegerakan media (MTP).
4 Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan pindahkan fail tersebut.
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar tidak mencalar atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan menjejaskan prestasi. Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan memegang bahagian bawah telefon di mana antena terletak. Berbuat demikian dapat menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba mengendalikannya:
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikan telefon anda. Jika ia masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
18

Mengenali telefon anda

Gambaran keseluruhan telefon

Alat cuping telinga
Sensor Kedekatan
Kanta Kamera Hadapan
Kekunci Kuasa/Kunci
• Menghidupkan/mematikan telefon anda dengan menekan dan menahan kekunci.
• Tekan sekejap untuk mengunci/menyahkunci skrin.
Skrin sentuh
Kekunci Undur
• Kembali ke skrin sebelumnya. Keluar dari aplikasi selepas menggunakannya.
Kekunci Utama
• Kembali ke skrin Utama dari mana-mana skrin.
Kekunci Dual SIM
• Pilih kad SIM mana yang anda akan gunakan.
Kekunci Menu
• Semak pilihan yang tersedia.
19
Mengenali telefon anda
NOTA: Sensor kedekatan
Semasa menerima dan membuat panggilan, sensor kedekatan akan mematikan lampu latar secara automatik dan mengunci skrin sentuh dengan mengesan apabila telefon berada berdekatan dengan telinga anda. Ini akan memanjangkan hayat bateri dan mengelakkan pad kekunci sentuh daripada diaktifkan tanpa sengaja semasa panggilan.
AMARAN
Meletakkan objek berat di atas telefon atau duduk di atasnya akan merosakkan LCD dan kefungsian skrin sentuhnya. Jangan tutup sensor kedekatan LCD dengan filem pelindung. Ini boleh menyebabkan sensor pincang tugas.
Kekunci volum
Pada Skrin utama: Mengawal volum pendering
Semasa panggilan: Kawal volum alat cuping telinga anda
Semasa memainkan lagu: Mengawal volum secara berterusan
20
Butang Segera Kekunci Kuasa/
Kunci
Bicu Fon telinga
LED IR
Mikrofon
Rubberdium
Pen Pembesar
suara Pengecas/Port
USB
Mikrofon
Kanta kamera
Flash
Penutup Belakang
Slot Kad microSD
Slot kad SIM
Bateri
21
Mengenali telefon anda

Memasang kad SIM dan bateri

Sebelum anda boleh mula meneroka telefon baru anda, anda perlu menyediakannya dahulu. Untuk memasukkan kad SIM dan bateri:
1 Untuk mengeluarkan penutup belakang, pegang telefon dengan kukuh di dalam
sebelah tangan anda. Dengan tangan anda yang satu lagi, keluarkan penutup belakang seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
22
2 Luncurkan kad SIM ke dalam slot masing-masing seperti yang ditunjukkan dalam
rajah. Pastikan kawasan sesentuh emas pada kad SIM menghala ke bawah.
3 Masukkan bateri ke tempatnya dengan menjajarkan sentuhan emas pada telefon
dan bateri dan menekannya ke bawah sehingga ia berklik di tempatnya .
23
Mengenali telefon anda
4 Sejajarkan penutup bateri di atas petak bateri dan tekan ke bawah sehingga ia
berklik di tempatnya .
24

Mengecas telefon anda

Caj bateri sebelum menggunakannya buat kali pertama. Gunakan pengecas untuk mengecas bateri. Komputer juga boleh digunakan untuk mengecas peranti dengan menyambungkannya melalui kabel USB.
AMARAN
Hanya gunakan pengecas, bateri, dan kabel yang disokong LG. Apabila menggunakan pengecas atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau mesej pop timbul berkenaan pengecasan yang perlahan. Atau, pengecas atau kabel yang tidak diluluskan boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, di mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan pengecas, dan pasang plag pada bekalan kuasa elektrik.
25
Mengenali telefon anda
NOTA:
Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk meningkatkan jangka hayat bateri. Jangan membuka penutup bateri semasa telefon anda sedang dicas.

Menggunakan kad memori

Telefon anda menyokong penggunaan kad memori microSDTM atau microSDHCTM berkapasiti sehingga 32 GB. Kad memori ini direka bentuk khusus untuk telefon mudah alih dan peranti ultra kecil yang lain dan ideal untuk menyimpan fail yang kaya dengan media seperti muzik, program, video dan foto untuk digunakan dengan telefon anda. Untuk memasukkan kad memori: Masukkan kad memori ke dalam slot. Pastikan kawasan sesentuh emas pada Kad memori menghala ke bawah.
Untuk mengeluarkan kad memori dengan selamat: Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Storan daripada PERANTI > Nyahlekap kad SD > OK.
26
NOTA: Gunakan kad memori yang serasi dengan telefon anda. Menggunakan kad memori yang tidak serasi mungkin merosakkan kad dan data yang disimpan pada kad serta telefon. Oleh sebab peranti menggunakan FAT32, saiz maksimum untuk sebarang fail ialah 4 GB.
AMARAN
Jangan masukkan atau keluarkan kad memori semasa telefon dihidupkan. Berbuat demikian mungkin akan merosakkan kad memori serta telefon anda, dan data yang disimpan pada kad memori mungkin akan rosak.
Untuk memformat kad memori:
Kad memori mungkin telah diformatkan. Jika tidak, anda mesti memformatkannya sebelum anda boleh menggunakannya.
NOTA: Semua fail pada kad memori anda dipadamkan apabila ia diformatkan.
1 Sentuh untuk membuka senarai aplikasi. 2 Tatal dan sentuh Tetapan > Storan pada tab PERANTI. 3 Sentuh Nyahlekap kad SD dan sentuh OK untuk mengesahkannya. 4 Sentuh Padam kad SD > Padam kad SD > Memadam semua. 5 Jika anda telah menetapkan kunci corak, masukkan kunci corak kemudian pilih
Padam semuanya.
NOTA: Jika terdapat kandungan dalam kad memori anda, struktur foldernya mungkin berbeza selepas diformatkan memandangkan semua fail telah dipadamkan.
27
Mengenali telefon anda

Mengunci dan membuka kunci skrin

Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja dan menjimatkan kuasa bateri. Apabila anda tidak menggunakan telefon, tekan kekunci Kuasa/Kunci untuk mengunci telefon anda. Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data). Untuk membangunkan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci . Skrin kunci akan muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.

Pasangkan skrin

Anda boleh Menghidupkan/Mematikan skrin dengan mengetik dua kali.
Untuk mengaktifkan ciri Pasangkan skrin
1 Dari Skrin Utama, sentuh Aplikasi > Tetapan > Paparan > Pasangkan Skrin. 2 Letakkan tanda semak semasa Skrin dihidupkan/dimatikan.
Ketik dua kali pusat skrin dengan cepat untuk menghidupkannya. Skrin akan dimatikan apabila anda mengetik dua kali bar status dalam sebarang skrin (kecuali pada pencari pandangan kamera) atau kawasan kosong pada Skrin utama LG dan Skrin Kunci.
NOTA:
· Apabila menghidupkan skrin, pastikan anda tidak menghalang sensor
berdekatan. Berbuat demikian akan mematikan skrin dengan segera selepas menghidupkannya untuk mengelakkan sensor dihidupkan secara tidak normal dalam poket atau beg anda.
· Skrin dihidupkan semasa anda memegang telefon pintar dan ketik dua kali di
pusat skrin, tetapi kaedah ini mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan bergantung pada cara anda menggunakan. Dalam kes ini, sila guna butang kuasa untuk menghidupkan skrin.
28

Skrin utama anda

Petua Skrin Sentuh

Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda. Ketik atau sentuh – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf pada papan kekunci pada skrin. Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan menyentuhnya dan tidak mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku. Contohnya, untuk membuka pilihan tersedia kenalan, sentuh dan tahan kenalan dalam senarai Kenalan sehingga menu konteks terbuka. Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda, gerakkan jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan yang disasarkan. Anda boleh menyeret item pada skrin Utama untuk menukar kedudukannya. Sapu atau luncurkan – Untuk sapu atau luncurkan, dengan pantas gerakkan jari anda merentasi permukaan skrin, tanpa berhenti semasa anda mula-mula menyentuhnya (supaya anda tidak menyeretnya pula). Contohnya, anda boleh meluncur skrin ke atas atau ke bawah untuk menatal menerusi senarai, atau menyemak imbas melalui skrin Utama berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan sebaliknya). Ketik dua kali – Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta. Contohnya, dengan cepat ketik dua kali bahagian halaman web untuk melaraskan bahagian itu untuk disesuaikan dengan lebar skrin. Anda juga boleh dwiketik untuk zum masuk dan keluar semasa melihat gambar. Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit atau mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menyemak imbas Peta atau gambar. Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan mengikut orientasi fizikal peranti.
29
Skrin utama anda
NOTA:
Untuk memilih item, sentuh bahagian tengah ikon. Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan sentuhan yang ringan dan kukuh. Gunakan hujung jari anda untuk menyentuh pilihan yang anda kehendaki. Berhati-hati supaya tidak tersentuh kekunci lain.

Skrin Utama

Hanya sapukan jari anda ke kiri atau kanan untuk melihat panel. Anda boleh suaikan setiap panel dengan apl, muat turun, widget dan kertas dinding.
NOTA: Sesetengah imej skrin mungkin berlainan bergantung pada pembekal telefon anda.
Pada skrin Utama anda, anda boleh melihat ikon menu di bahagian bawah skrin. Ikon menu memberikan akses mudah satu sentuhan kepada fungsi yang paling kerap anda gunakan.
Sentuh ikon Telefon untuk membawa ke atas pad dailan sentuh untuk membuat
panggilan. Sentuh ikon Kenalan untuk membuka kenalan anda. Sentuh ikon Mesej untuk mengakses menu pemesejan. Anda boleh mengarang
mesej baru di sini. Sentuh ikon Internet untuk melayari Internet. Sentuh tab Aplikasi pada bahagian bawah skrin. Ini akan memaparkan semua
aplikasi anda yang telah dipasang. Untuk membuka mana-mana aplikasi, hanya
sentuh ikon dalam senarai aplikasi.
30

Menyesuaikan Skrin utama

Anda boleh menyesuaikan Skrin utama anda dengan menambahkan apl, muat turun, widget atau menukar kertas hias dinding. Untuk menggunakan telefon anda dengan lebih mudah, tambahkan widget kegemaran anda pada Skrin utama.
Untuk menambah item pada skrin Utama anda:
1 Sentuh dan tahan bahagian kosong pada Skrin utama. 2 Dalam menu Tambahkan Mod, pilih item yang anda ingin tambah. Kemudian anda
akan melihat item yang ditambah pada Skrin utama.
3 Seret ia ke lokasi yang dikehendaki dan angkat jari anda.
Untuk mengalih keluar item daripada Skrin utama:
• Skrin utama > sentuh dan tahan ikon yang hendak anda alih keluar > seret ia ke
PETUA! Untuk menambahkan ikon aplikasi pada Skrin utama pada menu Apl, sentuh dan tahan aplikasi yang anda ingin tambah.
PETUA! Menggunakan folder Anda boleh gabungkan beberapa ikon aplikasi ke dalam suatu folder. Lepaskan satu ikon aplikasi ke atas satu lagi pada skrin Utama dan dua ikon ini akan bergabung.

Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-baru ini

1 Sentuh dan tahan kekunciUtama . Skrin akan menunjukkan pop timbul
dengan ikon aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini.
2 Sentuh ikon untuk membuka aplikasinya. Atau sentuh kekunci Kembali untuk
kembali kepada skrin sebelumnya.
31
Skrin utama anda

Pemberitahuan

Pemberitahuan memberitahu anda tentang ketibaan mesej baru, acara kalendar, dan penggera, di samping peristiwa yang sedang berlaku, seperti muat turun video. Daripada panel pemberitahuan, anda boleh melihat status semasa telefon anda dan pemberitahuan yang belum dibuka. Apabila pemberitahuan tiba, ikonnya akan muncul pada bahagian atas skrin. Ikon bagi pemberitahuan yang belum dibuka akan muncul di sebelah kiri, dan ikon sistem akan menunjukkan perkara seperti Wi-Fi atau kekuatan bateri di sebelah kanan.
NOTA: Pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada kawasan atau pembekal perkhidmatan.
Pemberitahuan yang belum dibuka
Bluetooth, Wi-Fi & status bateri

Sapu ke bawah untuk mendapatkan pemberitahuan & tetapan

Sapu ke bawah dari bar status untuk membuka panel pemberitahuan. Untuk menutup panel pemberitahuan, sapu ke atas bar yang terdapat di bahagian bawah skrin.

Tetapan Pantas

Gunakan Tetapan Pantas untuk togol tetapan fungsi seperti Wi-Fi, menguruskan kecerahan paparan dan banyak lagi dengan mudah. Bagi Tetapan Pantas, sapu ke
32
bawah dari bar status untuk membuka panel pemberitahuan dan sapu atau sentuh untuk menetapkan tetapan yang anda kehendaki.
Untuk mengatur semula item Tetapan Pantas pada panel pemberitahuan
Sentuh . Kemudian anda boleh memeriksa dan mengatur semula item pada panel pemberitahuan.
NOTA: Apabila menekan lama ikon di bahagian atas skrin, ia akan terus pergi ke Tetapan.

Ikon penunjuk pada Bar Status

Ikon penunjuk muncul pada bar status di bahagian atas skrin untuk melaporkan panggilan tidak dijawab, mesej baru, acara kalendar, status peranti dan banyak lagi.
Ikon yang dipaparkan di bahagian atas skrin memberi maklumat tentang status peranti. Ikon yang disenaraikan dalam jadual di bawah adalah ikon yang biasa didapati.
Ikon Huraian Ikon Huraian
Tiada kad SIM Mod Getar
Tiada isyarat Bateri dicas sepenuhnya
Mod pesawat Bateri sedang dicas
33
Skrin utama anda
Ikon Huraian Ikon Huraian
Disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi
Alat dengar berwayar Memuat naik data
Panggilan sedang dijalankan GPS sedang memperoleh
Tunda panggilan
Pembesar Suara Telefon Data sedang menyegerak
Panggilan tidak dijawab Gmail baru
Bluetooth dihidupkan Mesej baru Hangouts
Amaran sistem Lagu sedang dimainkan
Penggera Ditetapkan
Mel suara baru
Pendering disenyapkan
Penyimpanan tanpa wayar adalah hidup
Memuat turun data
Menerima data lokasi dari GPS
Telefon disambungkan dengan PC melalui kabel USB atau Penambatan USB sedang aktif
Hotspot Wi-Fi mudah alih adalah aktif
Kedua-dua penambatan USB dan hotspot mudah alih adalah aktif
VPN adalah HIDUP
34
Ikon Huraian Ikon Huraian
Penyimpan kuasa sekarang dihidupkan
Mesej baru
NOTA: Kedudukan ikon pada bar status mungkin berbeza mengikut fungsi atau perkhidmatan.
Mod senyap telah diaktifkan

Papan kekunci atas skrin

Anda juga boleh memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin. Papan kekunci atas skrin muncul secara automatik pada skrin apabila anda perlu memasukkan teks. Untuk memaparkan papan kekunci secara manual, hanya sentuh medan teks di mana anda hendak memasukkan teks.
Menggunakan pad kekunci & memasukkan teks
Ketik sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taip dalam huruf besar.
Ketik dua kali untuk membuatkan semua huruf besar.
Ketik untuk beralih kepada papan kekunci angka dan simbol.
Sentuh dan tahan ikon ini, untuk memilih fungsi input suara atau Tulisan Tangan
atau memilih tetapan Papan kekunci.
Ketik untuk memasukkan ruang. Ketik untuk mencipta baris baru. Ketik untuk memadam aksara yang sebelumnya.
35
Skrin utama anda

Memasukkan huruf aksen

Apabila anda memilih bahasa Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa masukan teks, anda boleh memasukkan aksara istimewa Perancis atau Sepanyol (seperti “á”). Contohnya, untuk memasukkan "á", sentuh dan tahan kekunci "a" sehingga kekunci zum masuk menjadi semakin besar dan memaparkan aksara daripada pelbagai bahasa. Kemudian pilih aksara khas yang anda inginkan.
36

Persediaan akaun Google

Apabila anda menghidupkan telefon anda buat pertama kali, anda mempunyai peluang untuk mengaktifkan rangkaian, mendaftar masuk ke Akaun Google anda dan memilih cara anda menggunakan sesetengah perkhidmatan Google.
Untuk menyediakan akaun Google anda:
• Mendaftar masuk ke Akaun Google daripada skrin persediaan yang digesa.
ATAU
• Sentuh > tab Aplikasi > pilih aplikasi Google, seperti Gmail > pilih Baru untuk mencipta akaun baru.
Jika anda mempunyai akaun Google, sentuh Sedia ada, masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda, kemudian sentuh . Setelah anda menyediakan akaun Google anda pada telefon anda, telefon anda akan secara automatik menyegerak dengan akaun Google anda di Web. Kenalan anda, mesej Gmail, acara Kalendar, dan maklumat lain daripada aplikasi dan perkhidmatan di Web akan disegerakkan dengan telefon anda. (Ini bergantung pada tetapan penyegerakan anda.) Selepas mendaftar masuk, anda boleh menggunakan Gmail™ dan mengambil manfaat daripada perkhidmatan Google pada telefon anda.
37

Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti

Wi-Fi

Dengan Wi-Fi, anda boleh menggunakan akses Internet kelajuan tinggi dalam liputan titik akses wayarles (AP). Nikmati Internet wayarles menggunakan Wi-Fi, tanpa caj tambahan.

Menyambung ke rangkaian Wi-Fi

Untuk menggunakan Wi-Fi pada telefon anda, anda perlu mengakses titik akses wayarles atau ‘hotspot’. Sesetengah pusat akses adalah terbuka dan anda hanya perlu menyambung padanya. Yang lain adalah tersembunyi atau menggunakan ciri keselamatan, jadi anda hendaklah mengkonfigurasi telefon anda agar dapat menyambung kepadanya. Matikan Wi-Fi apabila anda tidak menggunakannya, untuk melanjutkan hayat bateri anda.
NOTA: Jika anda di luar zon Wi-Fi atau anda menetapkan Wi-Fi kepada OFF, caj tambahan mungkin akan dikenakan oleh operator mudah alih anda bagi penggunaan data mudah alih.

Menghidupkan Wi-Fi dan menyambung kepada rangkaian Wi-Fi

1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Wi-Fi daripada tab WAYARLES &
RANGKAIAN.
2 Tetapkan Wi-Fi kepada ON untuk hidupkannya dan mula mengimbas untuk
rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
3 Ketik menu Wi-Fi sekali lagi untuk melihat senarai rangkaian Wi-Fi yang aktif dan di
dalam lingkungan.
• Rangkaian selamat ditandakan oleh ikon kunci.
4 Sentuh rangkaian untuk menyambung padanya.
• Jika rangkaian selamat, anda digesa untuk memasukkan kata laluan atau kelayakan lain. (Tanyakan pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan butiran)
38
5 Bar status memaparkan ikon yang menandakan status Wi-Fi.

Bluetooth

Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar data dengan menjalankan aplikasi yang sepadan, bukan daripada menu Bluetooth seperti mana kebanyakan telefon mudah alih yang lain.
NOTA: LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau penyalahgunaan data yang dihantar atau diterima melalui ciri wayarles Bluetooth. Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan peranti yang dipercayai dan dilindungi dengan sempurna. Jika terdapat halangan antara peranti, jarak operasi boleh dikurangkan. Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh Bluetooth SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti anda.
Menghidupkan Bluetooth dan memperpasangkan telefon anda dengan peranti Bluetooth
Anda hendaklah memasangkan peranti anda dengan peranti lain sebelum anda menyambung padanya.
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > tetapkan Bluetooth kepada HIDUP
daripada tab WAYARLES & RANGKAIAN.
2 Ketik menu Bluetooth sekali lagi. Anda akan melihat pilihan untuk menjadikan
telefon anda kelihatan dan pilihan untuk mencari peranti. Sekarang ketik Mencari peranti untuk melihat peranti dalam Lingkungan Bluetooth.
3 Pilih peranti yang hendak anda perpasang daripada senarai.
Setelah dipasangkan berjaya, peranti anda akan disambungkan kepada peranti lain.
39
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
NOTA: Sesetengah peranti, terutamanya alat dengar atau kit kereta bebas
tangan, mungkin mempunyai PIN Bluetooth yang ditetapkan, seperti 0000. Jika peranti yang satu lagi mempunyai PIN, anda akan diminta untuk memasukkannya.
Hantar data menggunakan ciri wayarles Bluetooth
1 Pilih fail atau item, seperti kenalan, acara kalendar atau fail media daripada aplikasi
yang bersesuaian atau daripada Muat turun.
2 Pilih pilihan untuk menghantar data melalui Bluetooth.
NOTA: Kaedah untuk memilih pilihan mungkin berbeza mengikut jenis data.
3 Cari dan pasangkan dengan peranti yang didayakan Bluetooth.
Terima data menggunakan ciri wayarles Bluetooth
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > tetapkan Bluetooth kepada HIDUP dan
sentuh agar ia dapat dilihat pada peranti lain.
NOTA: Untuk memilih tempoh masa bagi peranti anda kelihatan, sentuh > Keterlihatan tamat masa.
2 Pilih Terima untuk mengesahkan bahawa anda bersedia untuk menerima data
daripada peranti.

Berkongsi sambungan data telefon anda

Penambatan USB & kawasan istimewa Wi-Fi Mudah Alih adalah ciri-ciri yang hebat apabila tidak terdapat sambungan wayarles. Anda dapat berkongsi sambungan data mudah alih telefon anda dengan satu komputer sahaja melalui kabel USB (penambatan USB). Anda juga boleh berkongsi sambungan data telefon anda dengan lebih daripada satu peranti sekali gus, dengan menjadikan telefon anda ke dalam kawasan istimewa Wi-Fi mudah alih.
40
Apabila telefon anda berkongsi sambungan datanya, suatu ikon akan muncul dalam bar status dan sebagai pemberitahuan berterusan dalam pelukis pemberitahuan. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penambatan dan hotspot mudah alih, termasuk sistem pengendalian yang disokong dan butiran lain, layari http://www. android.com/tether.
Untuk menukar tetapan Hotspot Wi-Fi mudah alih
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Penambat & rangkaian daripada tab
WAYARLES & RANGKAIAN > Hotspot Wi-Fi mudah alih > pilih pilihan yang hendak anda laraskan.
PETUA! Jika komputer anda menjalankan Windows 7 atau edaran baru beberapa jenis Linux (seperti Ubuntu), anda biasanya tidak perlu menyediakan komputer anda untuk penambatan. Tetapi jika anda menjalankan versi Windows yang lebih awal atau sistem pengendalian yang lain, anda mungkin perlu menyediakan komputer anda untuk memulakan sambungan rangkaian melalui USB. Untuk maklumat terkini tentang sistem pengendalian mana yang menyokong penambatan USB dan cara menyediakan konfigurasinya, layari http://www.android.com/tether.
Untuk menamakan semula atau menjamin keselamatan hotspot mudah alih anda
Anda boleh menukar nama rangkaian Wi-Fi telefon anda (SSID) dan melindungi keselamatan rangkaian Wi-Finya.
1 Pada skrin Utama, sentuh > tab Aplikasi > Tetapan. 2 Sentuh Penambat & Rangkaian daripada tab WAYARLES & RANGKAIAN dan pilih
Hotspot Wi-Fi mudah alih.
3 Pastikan bahawa Hotspot Wi-Fi Mudah Alih ditandakan. 4 Sentuh Tetapkan titik utama Wi-Fi.
• Kotak dialog Tetapkan titik utama Wi-Fi akan terbuka.
• Anda boleh menukar Rangkaian SSID (nama) yang dilihat oleh komputer lain semasa mengimbas rangkaian Wi-Fi.
41
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
• Anda juga boleh menyentuh menu Keselamatan untuk mengkonfigurasi rangkaian dengan keselamatan Akses Dilindungi Wi-Fi 2 (WPA2) dengan kunci yang diprakongsi (PSK).
• Jika anda menyentuh pilihan keselamatan WPA2 PSK, medan kata laluan akan ditambahkan kepada kotak dialog Tetapkan titik utama Wi-Fi. Jika anda memasukkan kata laluan, anda akan perlu memasukkan kata laluan tersebut apabila anda menyambung kepada hotspot telefon dengan komputer atau peranti lain. Anda boleh set Buka pada menu Keselamatan untuk mengalih keluar ciri keselamatan daripada rangkaian Wi-Fi anda.
5 Sentuh Simpan.
PERHATIAN! Jika anda menetapkan pilihan keselamatan sebagai Buka, anda tidak dapat menghalang penggunaan perkhidmatan dalam talian yang tidak sah oleh orang lain dan caj tambahan mungkin akan dikenakan. Untuk mengelakkan penggunaan tidak sah, anda dinasihatkan agar mengekalkan pilihan keselamatan ini sebagai aktif.

Wi-Fi Langsung

Wi-Fi Direct menyokong sambungan terus antara peranti yang didayakan Wi-Fi tanpa memerlukan pusat akses. Disebabkan penggunaan bateri yang tinggi oleh Wi-Fi direct, anda disyorkan untuk memasang telefon anda ke alur keluar kuasa sementara menggunakan ciri Wi-Fi Direct.
Untuk menghidupkan Wi-Fi Direct:
1 Ketik Kekunci Menu > Tetapan sistem > Wi-Fi. 2 Ketik Kekunci Menu > Wi-Fi Direct. 3 Pilih peranti yang hendak disambungkan dalam senarai peranti yang diimbas.
42

Menggunakan SmartShare

SmartShare menggunakan teknologi DLNA (Digital Living Network Alliance) untuk berkongsi kandungan digital melalui rangkaian wayarles. Kedua-dua peranti hendaklah diperakui DLNA untuk menyokong ciri ini.
Untuk menghidupkan SmartShare dan membolehkan perkongsian kandungan.
1 Dari skrin Utama, sentuh Aplikasi > SmartShare . 2 Sentuh Kekunci Menu > Tetapan. 3 Sentuh Berkongsi kandungan untuk membenarkan peranti anda dikesan oleh
peranti lain.
• Pilih Permintaan perkongsian jika anda ingin pilih bagaimana untuk menerima permintaan perkongsian dari peranti lain. Pilih dari Sentiasa terima, Sentiasa tanya, dan Sentiasa nafi.
• Sentuh Terima fail jika anda ingin membenarkan peranti lain memuat naik fail media ke telefon saya.
NOTA: Pastikan kad microSD dipasang dengan betul dan pilihan Terima fail dalam menu Tetapan ditandakan.
4 Sentuh Kandungan dikongsi untuk menanda semak jenis kandungan yang anda
ingin kongsikan. Pilih daripada Gambar, Video dan Muzik.
5 SmartShare kini telah diaktifkan dan sedia untuk berkongsi kandungan.
Untuk mengawal peranti penyampai anda
Biarkan peranti penyampai anda (seperti TV) memainkan kandungan multimedia daripada pustaka kandungan jauh (seperti PC).
NOTA: Pastikan kefungsian DLNA peranti anda telah dikonfigurasi dengan betul (seperti TV dan PC).
1 Sentuh Aplikasi > SmartShare . 2 Sentuh ikon Pemain dan pilih peranti dari senarai peranti penyampai.
43
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
3 Sentuh ikon Pustaka dan pilih peranti pustaka kandungan jauh. 4 Anda boleh menyemak imbas pustaka kandungan. 5 Sentuh dan tahan imej kecil kandungan dan sentuh Main atau sentuh Kekunci
Menu > Main.
Untuk berkongsi kandungan daripada telefon anda kepada peranti penyampai anda (seperti TV)
NOTA: Pastikan peranti penyampai anda dikonfigurasi dengan betul.
1 Semasa memainkan muzik anda menggunakan aplikasi Muzik, sentuh tab /
pada kawasan Tajuk. : Pilih peranti pada peranti : Kini, kandungannya sedang dikongsi melalui SmartShare.
2 Pilih peranti dari senarai penyampai untuk memainkan fail.
NOTA: Ikuti langkah yang sama untuk menggunakan Galeri, Pemain Video atau Polaris Viewer untuk berkongsi kandungan.
NOTIS: Pastikan yang peranti anda bersambung dengan rangkaian rumah anda menggunakan sambungan Wi-Fi untuk menggunakan aplikasi ini. Beberapa peranti berdaya DLNA (seperti TV) hanya menyokong ciri DMP pada DLNA dan tidak akan dilihat dalam senarai peranti penyampai. Peranti anda mungkin tidak akan dapat memainkan beberapa jenis kandungan.
Untuk memuat turun kandungan dari pustaka kandungan jauh
1 Sentuh Aplikasi > SmartShare . 2 Sentuh butang Pustaka dan pilih peranti pustaka kandungan jauh. 3 Anda boleh menyemak imbas pustaka kandungan. 4 Sentuh dan tahan imej kecil kandungan dan kemudian sentuh Muat Turun atau
sentuh kekunci Menu > Muat Turun.
44
NOTIS: Sesetengah kandungan tidak disokong.
Untuk memuat naik kandungan ke pustaka kandungan jauh
1 Sentuh Aplikasi > SmartShare . 2 Sentuh ikon Pustaka dan pilih Telefon saya. 3 Anda boleh menyemak imbas pustaka kandungan tempatan untuk mencari
kandungan yang anda inginkan.
4 Sentuh dan tahan imej kecil kandungan dan kemudian sentuh Muat Naik atau
sentuh kekunci Menu > Muat Naik.
5 Pilih peranti dengan pustaka kandungan jauh untuk dimuat naik.
NOTIS: Sesetengah peranti berdaya DLNA tidak menyokong kefungsian muat naik DMS dan tidak akan dimuat naik. Sesetengah kandungan tidak disokong.

Sambungan PC dengan kabel USB

Ketahui cara menyambungkan peranti anda ke PC dengan kabel USB dalam mod sambungan USB.
Memindahkan muzik, gambar dan video menggunakan mod penyimpanan massa USB
1 Sambungkan telefon anda ke PC menggunakan kabel USB. 2 Jika anda belum memasang Pemacu Platform Android LG pada PC anda, anda
akan diminta untuk menukar tetapan secara manual. Pilih Tetapan sistem >Sambungan PC > Jenis sambungan USB, lalu pilih Penyegerakan media (MTP).
3 Anda kini akan dapat melihat kandungan penyimpanan massa pada PC anda dan
memindahkan fail tersebut.
45
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
Segerakkan dengan Windows Media Player
Pastikan Windows Media Player dipasangkan pada PC anda.
1 Gunakan kabel USB untuk menyambungkan telefon kepada PC yang telah
memasang Windows Media Player.
2 Pilih pilihan Penyegerakan media (MTP). Apabila bersambung, tetingkap timbul
akan muncul pada PC.
3 Buka Windows Media Player untuk menyegerakkan fail muzik. 4 Edit atau masukkan nama peranti anda dalam tetingkap timbul ( jika perlu). 5 Pilih dan seret fail muzik yang anda inginkan kepada senarai penyegerakan. 6 Mulakan penyegerakan.
• Keperluan berikut mestilah dipenuhi untuk menyegerak dengan Windows Media Player.
Item Keperluan
OS Microsoft Windows XP SP2, Vista atau lebih tinggi
Versi Windows Media Player Windows Media Player 10 atau lebih tinggi
• Jika versi Windows Media Player lebih rendah daripada 10, pasang versi 10 atau lebih tinggi.
46

Panggilan

Membuat panggilan

1 Sentuh untuk membuka pad kekunci. 2 Masukkan nombor menggunakan pad kekunci. Untuk memadam satu digit, sentuh
.
3 Sentuh untuk membuat panggilan. 4 Untuk menamatkan panggilan, sentuh ikon Tamat .
PETUA! Untuk memasukkan “+” ketika membuat panggilan antarabangsa, sentuh dan tahan .

Membuat panggilan kepada kenalan anda

1 Sentuh untuk membuka kenalan anda. 2 Tatal menerusi senarai kenalan atau masukkan huruf pertama kenalan yang
hendak anda panggil dengan menyentuh Cari kenalan.
3 Dalam senarai, sentuh yang ingin anda hubungi.

Menjawab dan Menolak Panggilan

Apabila anda menerima panggilan dalam keadaan Kunci, sapu dalam mana-mana arah untuk Jawab panggilan masuk. Sapu dalam mana-mana arah untuk Tolak panggilan masuk. Seret ikon Tolak dengan mesej dari bawah jika anda ingin menghantar mesej.
PETUA! Tolak dengan mesej Anda boleh menghantar mesej dengan cepat menggunakan fungsi ini. Ini berguna jika anda perlu menolak panggilan dengan mesej semasa mesyuarat.
47
Panggilan

Melaraskan volum panggilan masuk

Untuk melaraskan volum dalam panggilan, gunakan kekunci volum naik dan turun pada sisi kiri telefon.

Membuat panggilan kedua

1 Semasa panggilan pertama anda, sentuh Kekunci menu >
Tambah panggilan dan dail nombor tersebut. Anda boleh juga melihat senarai
nombor telefon yang didail baru-baru ini dengan menyentuh atau mencari kenalan dengan menyentuh dan memilih kenalan yang hendak anda hubungi.
2 Tekan untuk membuat panggilan. 3 Kedua-dua panggilan akan dipaparkan pada skrin panggilan. Panggilan pertama
anda akan dikunci dan ditunda.
4 Sentuh senarai panggilan ditahan untuk beralih antara panggilan. Atau sentuh
Gabungkan panggilan untuk memulakan panggilan persidangan.
5 Untuk menamatkan panggilan aktif, sentuh Tamat atau sentuh kekunci Utama dan
luncurkan bar pemberitahuan ke bawah dan pilih ikon Tamat panggilan .
NOTA: anda akan dikenakan bayaran bagi setiap panggilan yang anda buat.

Melihat log panggilan anda

Pada skrin Utama, sentuh dan pilih tab Log panggilan . Lihat senarai lengkap bagi semua panggilan didail, diterima dan tidak dijawab.
48
PETUA! Sentuh mana-mana entri log untuk melihat tarikh, masa dan tempoh panggilan.
Sentuh kekunci Menu memadam semua item yang dirakamkan.
, kemudian sentuh Padam semua untuk

Tetapan panggilan

Anda boleh mengkonfigurasi tetapan panggilan telefon seperti pemajuan panggilan, selain ciri istimewa lain yang ditawarkan oleh pembawa rangkaian anda.
1 Pada skrin Utama, sentuh . 2 Sentuh . 3 Ketik Tetapan panggilan dan pilih pilihan yang hendak anda laraskan.
49

Kenalan

Tambah kenalan pada telefon anda dan segerakkannya dengan kenalan dalam Akaun Google anda atau akaun lain yang menyokong penyegerakan kenalan.

Mencari Kenalan

Pada skrin Utama
1 Sentuh untuk membuka kenalan anda. 2 Sentuh Cari kenalan dan masukkan nama kenalan menggunakan papan kekunci.

Tambah Kenalan Baru

1 Sentuh , masukkan nombor telefon kenalan baru, lalu sentuh kekunci Menu
. Sentuh Tambah pada Kenalan > Wujudkan kenalan baru.
2 Jika anda hendak menambah gambar pada kenalan baru, sentuh kawasan imej.
Pilih daripada Ambil gambar atau Pilih dari Galeri.
3 Pilih jenis kenalan dengan menyentuh . 4 Sentuh kategori maklumat kenalan dan masukkan butiran mengenai kenalan anda. 5 Sentuh Simpan.

Kenalan kegemaran

Anda boleh mengelaskan kenalan yang kerap dipanggil sebagai kegemaran.
Menambah kenalan pada kegemaran anda
1 Sentuh untuk membuka kenalan anda. 2 Sentuh kenalan untuk melihat butirannya. 3 Sentuh bintang di penjuru kanan nama kenalan. Bintang akan bertukar menjadi
kuning.
Mengeluarkan kenalan daripada senarai kegemaran anda
1 Sentuh untuk membuka kenalan anda.
50
2 Sentuh tab dan pilih kenalan untuk melihat butirannya. 3 Sentuh bintang berwarna kuning di penjuru kanan nama kenalan. Bintang kembali
kelabu dan kenalan ini akan dikeluarkan daripada kegemaran anda.

Membuat kumpulan

1 Sentuh untuk membuka kenalan anda. 2 Sentuh Kumpulan dan sentuh kekunci Menu . Pilih Kumpulan baru. 3 Masukkan nama untuk kumpulan baru. Anda juga boleh menetapkan nada dering
untuk kumpulan yang baru dicipta.
4 Sentuh Simpan untuk menyimpan kumpulan tersebut.
NOTA: Jika anda memadam kumpulan, kenalan yang dimasukkan kepada kumpulan itu tidak akan hilang. Mereka akan kekal dalam kenalan anda.
51

Pemesejan

Telefon anda menggabungkan SMS dan MMS ke dalam satu menu intuitif yang mudah digunakan.

Menghantar mesej

1 Sentuh pada Skrin utama dan sentuh untuk membuka mesej kosong. 2 Masukkan nama kenalan atau nombor panggilan dalam medan To. Setelah anda
memasukkan nama kenalan, kenalan yang sepadan akan muncul. Anda boleh
menyentuh penerima yang dicadangkan. Anda boleh menambahkan lebih daripada
satu kenalan.
NOTA: Anda akan dikenakan caj bagi mesej teks bagi setiap individu yang anda hantar mesej.
3 Sentuh medan Mesej melalui SIM1/SIM2 dan mula mengarang mesej anda. 4 Sentuh untuk membuka menu Pilihan. Pilih daripada Mesej segera,
Memasukkan senyuman, Penghantaran dijadual, Tambah subjek dan Buang.
PETUA! Anda boleh menyentuh ikon untuk melampirkan fail yang hendak anda kongsi bersama-sama dengan mesej anda mesej.
5 Sentuh Hantar untuk menghantar mesej anda. 6 Maklum balas akan muncul pada skrin. Semasa anda melihat dan menghantar
mesej tambahan, urutan mesej akan diwujudkan.
AMARAN:
Had 160 aksara mungkin berbeza dari negara ke negara bergantung kepada bahasa dan cara SMS dikodkan. Jika fail imej, video, atau audio ditambah pada mesej SMS, ia akan secara automatik ditukar menjadi mesej MMS, dan akan dikenakan bayaran sewajarnya.
52

Peti teruntai

Mesej (SMS, MMS) yang ditukar dengan pihak lain boleh dipaparkan dalam turutan kronologi agar anda boleh melihat gambaran keseluruhan perbualan anda dengan mudah.

Menukar tetapan mesej anda

Tetapan mesej telefon anda dipratentukan supaya anda boleh menghantar mesej dengan serta-merta. Anda boleh menukar tetapan ini mengikut keutamaan anda.
• Sentuh ikon Mesej pada Skrin utama, sentuh lalu ketik Tetapan.
53

E-mel

Anda boleh menggunakan aplikasi E-mel untuk membaca e-mel dari perkhidmatan seperti Gmail. Aplikasi E-mel menyokong jenis akaun berikut: POP3, IMAP dan Exchange. Penyedia perkhidmatan atau pentadbir sistem anda akan dapat menyediakan tetapan akaun yang anda perlukan.

Menguruskan akaun e-mel

Kali pertama anda membuka aplikasi E-mel, wizard persediaan akan terbuka untuk membantu anda menyediakan akaun e-mel. Selepas persediaan awal, E-mel akan memaparkan kandungan peti masuk anda.
Untuk menambah satu lagi akaun e-mel:
• Sentuh > tab Aplikasi > E-mel > sentuh > Tetapan > .
Untuk menukar tetapan akaun e-mel atau folder:
• Sentuh > tab Aplikasi > E-mel > bar tindakan .
Untuk memadamkan akaun e-mel:
• Sentuh > tab Aplikasi > E-mel > sentuh > Tetapan > sentuh > sentuh akaun yang hendak anda padamkan > Buang > pilih Ya.

Menggunakan folder akaun

Sentuh > tab Aplikasi > E-mel, sentuh dan pilih Folder. Setiap akaun mempunyai folder Inbox, Peti keluar, Dihantar dan Draf. Bergantung pada ciri-ciri yang disokong oleh penyedia perkhidmatan akaun anda, anda boleh mempunyai folder tambahan.
54

Mengarang dan menghantar e-mel

Untuk menggubah dan menghantar mesej
1 Semasa dalam aplikasi E-mel, sentuh . 2 Masukkan alamat penerima mesej. Sambil anda memasukkan teks, alamat
sepadan akan dicadangkan daripada Kenalan anda. Pisahkan berbilang alamat dengan tanda koma bertitik.
3 Sentuh untuk menambah Sk/Skt dan Sentuh untuk melampirkan fail, jika
diperlukan.
4 Masukkan teks bagi mesej. 5 Sentuh .
PETUA! Apabila e-mel baru sampai ke dalam Peti masuk, anda akan menerima pemberitahuan bunyi atau getaran.
55

Kamera

Untuk membuka aplikasi Kamera, ketik Kamera pada skrin Utama.

Mengenali pencari pandangan

Denyar – Membolehkan anda menghidupkan denyar apabila mengambil gambar di
tempat gelap.
Tukar kamera – Tukar antara lensa kamera menghadap belakang dan lensa
kamera mengadap hadapan.
Mod tangkapan – Pilih daripada Normal, Panorama, Tangkapan berterusan,
Tangkapan cantik, Sukan atau Malam. Tetapan – Sentuh ikon ini untuk membuka menu tetapan. Tukar mod – Sentuh dan luncurkan ikon ini ke bawah untuk bertukar kepada mod
video. Mengambil foto Galeri – Sentuh untuk melihat foto terakhir yang anda tangkap. Ini membolehkan
anda mengakses galeri anda dan melihat foto yang disimpan dari dalam mod kamera.
NOTA: Sila pastikan kanta kamera dalam keadaan bersih sebelum mengambil gambar.
56

Menggunakan tetapan lanjutan

Dalam pencari pandangan, ketik untuk membuka pilihan lanjutan. Anda boleh menukar tetapan kamera dengan menatal melalui senarai ini. Selepas memilih pilihan, ketik kekunci Kembali.
Membolehkan anda mengambil gambar dengan suara.
Menentukan dan mengawal jumlah cahaya matahari yang memasuki kanta. Luncurkan penunjuk kecerahan sepanjang bar ke arah “-” untuk kecerahan video yang lebih rendah, atau ke arah “+” untuk kecerahan video yang lebih tinggi.
Ketik untuk menetapkan saiz (di dalam piksel) gambar yang anda ambil. Pilih nilai piksel daripada pilihan berikut: 8M (3264x2448), W6M (3264x1836), 5M (2592x1944), 1M (1280x960).
Kawal kepekaan kamera terhadap cahaya. Pilih daripada Auto, 100, 200 dan 400.
Pengimbang putih memastikan sebarang kawasan putih dalam gambar anda nampak semula jadi. Untuk mendayakan kamera anda supaya melaraskan imbangan putih dengan betul, anda mungkin perlu menentukan keadaan pencahayaan. Pilih daripada Auto, Pijar, Cerah, Pendarfluor, dan Mendung.
Membolehkan anda untuk menetapkan kesan warna bagi foto tersebut. Pilih daripada Tiada, Mono, Sepia, dan Negatif.
Pemasa kendiri membolehkan anda menetapkan masa lengah selepas pengatup ditekan. Pilih Mati, 3 saat, 5 saat, atau 10 saat. Ini sangat sesuai jika anda mahu dimasukkan ke dalam foto.
57
Kamera
Aktifkan untuk menggunakan perkhidmatan berdasarkan lokasi telefon anda. Ambil gambar di mana sahaja anda berada dan tag ia bersama lokasi. Jika anda memuat naik gambar yang ditag pada blog yang menyokong geo-tag, anda boleh melihat gambar tersebut dipaparkan di atas peta.
NOTA: Fungsi ini menggunakan rangkaian wayarles. Anda perlu mengaktifkan perkhidmatan lokasi Google. Dari skrin Utama, ketik
Kekunci Menu > Tetapan sistem > Akses lokasi > Satelit GPS dan Lokasi Wi-Fi & rangkaian mudah alih.
Laraskan bunyi pengatup apabila mengambil gambar.
Tetapkan cara untuk menggunakan Kekunci volum. Pilih daripada Tangkap atau Zum.
Pilih storan untuk menyimpan foto.
Sentuh pada bila-bila masa anda ingin tahu bagaimana suatu fungsi itu beroperasi. Ikon ini menyediakan panduan ringkas untuk anda.
Kembalikan semua tetapan lalai kamera.
PETUA!
Apabila anda keluar dari kamera, beberapa tetapan akan kembali kepada nilai lalainya, seperti imbangan putih, kesan warna, pemasa dan mod adegan. Periksa yang berikut ini sebelum mengambil foto anda yang seterusnya. Menu tetapan bertindan dengan pencari pandangan, jadi apabila anda menukar elemen warna atau kualiti foto, anda akan dapat melihat pratonton pertukaran imej di belakang menu Tetapan.
58

Menangkap fotopantas

1 Buka aplikasi Kamera. 2 Dengan memegang telefon secara mendatar, halakan lensa ke arah subjek yang
hendak anda ambil gambarnya.
3 Kotak fokus akan muncul di tengah skrin pencari pandangan. Anda juga boleh
mengetik di mana-mana bahagian pada skrin untuk memfokus titik itu.
4 Apabila peti fokus bertukar menjadi hijau, kamera telah memfokus pada subjek
anda.
5 Sentuh untuk menangkap gambar.

Setelah anda mengambil gambar

Sentuh untuk melihat foto terakhir yang anda tangkap.
Sentuh untuk berkongsi foto anda menggunakan fungsi SmartShare.
Sentuh untuk terus mengambil foto lain.
Sentuh untuk menghantar foto anda kepada orang lain atau berkongsinya melalui perkhidmatan rangkaian sosial.
Tekan untuk memadamkan gambar.
PETUA! Jika anda mempunyai akaun SNS dan menetapkannya pada telefon anda, anda boleh berkongsi foto anda dengan komuniti SNS anda.
NOTA: Caj tambahan mungkin akan dikenakan semasa mesej MMS dimuat turun ketika dalam perayauan.
59
Kamera
Sentuh kekunci Menu untuk membuka semua pilihan lanjutan. Tetapkan imej sebagai – Sentuh untuk menggunakan foto sebagai Foto kenalan, Kertas hias dinding skrin Utama atau Kertas hias dinding skrin kunci. Pindah – Sentuh untuk memindahkan foto ke tempat lain. Salin – Sentuh untuk menyalin foto yang dipilih dan simpan ke dalam album lain. Namakan semula – Sentuh untuk mengedit nama gambar yang dipilih. Putar kiri/kanan – Untuk memutar ke kiri atau kanan. Kerat – Pangkas foto anda. Gerakkan jari anda merentasi skrin untuk memilih kawasan
yang hendak dipangkas.
Edit – Lihat dan edit foto. Tayangan slaid – Menunjukkan kepada anda imej dalam folder semasa satu per satu
secara automatik. Butiran – Lihat maklumat lanjut tentang kandungan.

Melihat foto yang disimpan

Anda boleh mengakses foto yang disimpan apabila dalam mod kamera. Hanya ketik ikon Galeri dan Galeri anda akan dipaparkan.
• Untuk melihat lebih banyak foto, tatal ke kiri atau ke kanan.
• Untuk zum masuk atau keluar, dwiketik skrin atau letakkan dua jari dan jarakkannya (rapatkan jari anda untuk zum keluar).
60

Kamera video

Mengenali pencari pandangan

Flash – Ketik untuk menukar flash kepada On atau Off. Tukar kamera – Tukar antara lensa kamera menghadap belakang dan lensa
kamera mengadap hadapan.
Tetapan – Sentuh ikon ini untuk membuka menu tetapan.
Mod kamera – Sentuh dan luncurkan ikon ini ke atas untuk bertukar kepada mod
kamera. Mula merakam Galeri – Sentuh untuk melihat video terakhir yang anda rakamkan. Ini membolehkan
anda mengakses galeri anda dan melihat foto yang disimpan semasa dalam mod kamera.
PETUA!
Semasa membuat rakaman video, letakkan dua jari pada skrin dan cubit untuk menggunakan fungsi Zum.
61
Kamera video

Menggunakan tetapan lanjutan

Menggunakan pencari pandangan, sentuh untuk membuka semua pilihan lanjutan.
Membolehkan anda menukar resolusi video kepada HD (1280x720), QVGA (320x240) dan QCIF (176x144).
Menentukan dan mengawal jumlah cahaya matahari yang memasuki kanta. Luncurkan penunjuk kecerahan sepanjang bar ke arah “-” untuk kecerahan video yang lebih rendah, atau ke arah “+” untuk kecerahan video yang lebih tinggi.
Pengimbang putih memastikan sebarang kawasan putih dalam video anda nampak semula jadi. Untuk mendayakan kamera anda supaya melaraskan imbangan putih dengan betul, anda mungkin perlu menentukan keadaan pencahayaan. Pilih daripada Auto, Pijar, Cerah, Pendarfluor, dan Mendung.
Membolehkan anda untuk menetapkan kesan warna bagi foto tersebut. Pilih daripada Tiada, Mono, Sepia, dan Negatif.
Aktifkan untuk menggunakan perkhidmatan berdasarkan lokasi telefon anda. Rakam video di mana-mana sahaja anda berada dan tag ia bersama lokasi. Jika anda memuat naik video yang ditag pada blog yang menyokong geo­tag, anda boleh melihat video tersebut dipaparkan di atas peta.
Tetapkan cara untuk menggunakan Kekunci volum. Pilih daripada Rakam atau Zum.
Pilih storan untuk menyimpan video.
Sentuh pada bila-bila masa anda ingin tahu bagaimana fungsi ini beroperasi. Ikon ini menyediakan panduan ringkas untuk anda.
Kembalikan semua tetapan lalai kamera video.
62

Merakam video pantas

1 Buka aplikasi Kamera dan sentuh butang Mod video. 2 Pencari pandangan kamera video akan muncul pada skrin. 3 Dengan memegang telefon, halakan kanta ke arah subjek yang hendak anda
tangkap dalam video anda.
4 Sentuh sekali untuk memulakan rakaman. 5 Lampu merah akan muncul di sudut atas kiri pencari pandangan dengan pemasa
menunjukkan tempoh video.
6 Sentuh pada skrin untuk berhenti merakam.
PETUA!
– Ketik untuk menjeda semasa merakam video.

Selepas merakam video

Sentuh untuk melihat video terakhir yang anda ambil.
Sentuh untuk berkongsi video anda menggunakan fungsi SmartShare.
Sentuh untuk merakam video yang lain dengan serta-merta.
Sentuh untuk menghantar video anda kepada orang lain atau berkongsinya melalui perkhidmatan rangkaian sosial.
Tekan untuk memadamkan video.
NOTA: Caj tambahan mungkin akan dikenakan semasa mesej MMS dimuat turun ketika dalam perayauan.
63
Kamera video

Melihat video anda yang disimpan

Dalam pencari pandangan, ketik > .

Melaraskan volum semasa melihat video

Untuk melaraskan volum video semasa ia sedang dimainkan, gunakan kekunci volum pada sisi kiri telefon.
64

Fungsi

QuickMemo

Gunakan QuickMemo untuk mencipta memo secara praktikal dan berkesan sewaktu dalam panggilan, dengan gambar yang disimpan atau pada skrin telefon semasa.
1 Masuk ke skrin QuickMemo dengan
menekan Kekunci QuickButton pada skrin yang anda ingin tangkap.
ATAU
ATAU
Sentuh dan luncurkan bar status ke bawah dan sentuh
2 Pilih pilihan menu yang diingini
daripada Jenis pen, Warna, Pemadam dan reka memo.
.
65
Fungsi
3 Sentuh pada menu Edit untuk
menyimpan memo dengan skrin semasa.
NOTA: Sila gunakan hujung jari atau pen Rubberdium™ semasa menggunakan QuickMemo. Jangan gunakan kuku jari anda.

Menggunakan pilihan QuickMemo

Anda boleh menggunakan pilihan QuickMenu dengan mudah semasa menggunakan fungsi QuickMemo.
Sentuh untuk mengekalkan memo semasa pada skrin dan gunakan telefon sekali gus.
Memilih sama ada anda ingin menggunakan skrin latar belakang atau tidak.
Buat asal atau Buat semula.
Pilih jenis pen dan warnanya.
Memadamkan memo yang telah anda cipta.
Sentuh untuk menghantar memo anda kepada orang lain atau berkongsinya melalui perkhidmatan rangkaian sosial.
Sentuh untuk menyimpan memo dengan skrin semasa.

Melihat QuickMemo yang disimpan

Sentuh Galeri dan pilih album QuickMemo.
66

Penterjemah Pantas

Hanya tudingkan kamera telefon pintar anda pada ayat asing yang hendak anda fahami. Anda boleh mendapatkan terjemahan masa nyata di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh membeli kamus tambahan untuk terjemahan di luar talian daripada Google Play Store.
Bahasa utama. Bahasa destinasi. Terjemahan perkataan. Terjemahan ayat. Terjemahan perenggan. Denyar.
1 Sentuh > tab Aplikasi > Penterjemah Pantas. 2 Sentuh Perkataan, Baris atau Perenggan. 3 Sentuh dan pilih bahasa yang dikehendaki. 4 Pegang telefon dengan menghalakan lensa ke arah subjek yang anda hendak
terjemah untuk beberapa saat.
NOTA: Hanya sebuah kamus disediakan dengan percuma. Kamus tambahan perlu dibeli. Sila pilih kamus yang hendak anda pasang sebagai kamus percuma anda daripada senarai kamus di bawah.
67
Fungsi
NOTA: Mungkin terdapat perbezaan dalam kadar pengecaman bergantung
kepada saiz, fon, warna, kecerahan dan sudut huruf yang perlu diterjemahkan.

QuickRemote

QuickRemote menukar telefon anda kepada Kawalan Jauh Universal untuk TV rumah anda dan kotak atas set.
1 Sentuh > tab Aplikasi >
QuickRemote > sentuh .
ATAU
Sentuh dan luncurkan bar status ke bawah dan sentuh
PERANTI.
2 Pilih jenis dan jenama peranti
kemudian ikuti arahan pada skrin untuk mengkonfigurasikan peranti.
ATAU
> TAMBAH
68
3 Sentuh dan luncurkan bar status ke
bawah dan gunakan ciri QuickRemote.
Ketik kekunci Menu untuk memilih Tetapan Jauh Magik, Edit nama jauh, Ketahui jauh, Alihkan jauh, Padam jauh, Edit bilik, Tetapan dan Bantuan.
NOTA: QuickRemote berfungsi dengan cara yang sama seperti isyarat inframerah (IR) kawalan jauh biasa. Berhati-hati supaya tidak menutup sensor di bahagian atas telefon apabila anda menggunakan fungsi QuickRemote. Fungsi ini mungkin tidak disokong, bergantung pada model, pengilang atau syarikat perkhidmatan.

VuTalk

Gunakan Vutalk untuk membuat kandungan buku nota menggunakan tulisan tangan interaktif masa nyata dan berkongsi perbualan yang memberi tekanan.
NOTA:
• Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data semasa
menggunakan VuTalk.
• Sambungkan peranti yang dipramuat ciri VuTalk tersedia untuk
menggunakan VuTalk.
• Anda boleh hanya menggunakan VuTalk semasa bersambung ke rangkaian
data, lebih lagi ketika panggilan.
• Sila berhati-hati bahawa skrin mungkin dikunci, jika anda tidak memasukkan
sebarang input dalam sesuatu tempoh masa.
69
Fungsi

Mendaftar VuTalk

1 Dari skrin Utama, ketik . 2 Ketik dan menyetujui terma dan syarat.
• Sebaik sahaja anda mendaftar perkhidmatan VuTalk, anda boleh menyediakan pengetikan > tetapan VuTalk.

LG SmartWorld

LG SmartWorld menawarkan pelbagai kandungan menarik - permainan, aplikasi, kertas dinding dan nada dering - yang memberi pengguna telefon LG peluang untuk menikmati pengalaman "Kehidupan Mudah Alih" yang lebih kaya.

Bagaimana untuk Pergi ke LG SmartWorld daripada Telefon Anda

1 Sentuh > tab Aplikasi >ketik ikon untuk mengakses LG SmartWorld. 2 Ketik Log masuk dan masukkan ID/Kata Laluan untuk LG SmartWorld. Jika anda
belum lagi mendaftar, ketik Daftar untuk mendapatkan keahlian LG SmartWorld.
3 Muat turun kandungan yang anda kehendaki.
NOTA: Bagaimana jika ikon tiada? 1 Dengan menggunakan penyemak imbas Web mudah alih, akses LG
SmartWorld (www.lgworld.com) dan pilih negara anda.
2 Muat turun Apl LG SmartWorld. 3 Jalankan dan pasang fail yang dimuat turun. 4 Akses LG SmartWorld dengan mengetik ikon
.
70

Bagaimana untuk menggunakan LG SmartWorld

• Ambil bahagian dalam promosi bulanan LG SmartWorld.
Cari kandungan.
Cari kandungan mengikut kategori (seperti Permainan, Pendidikan, Hiburan, dsb).
Senarai kandungan dimuat turun/akan dikemas kini.
• Cuba butang "Menu" yang mudah untuk mendapatkan apa yang anda cari dengan
pantas.
Aplikasi untuk anda: Kandungan yang disyorkan berdasarkan pilihan anda yang
terdahulu. Tetapan: Menetapkan Profil dan Paparan. Daftar masuk : Menetapkan ID dan Kata laluan anda.
• Cuba fungsi lain yang juga berguna. (Skrin Butiran Kandungan)
NOTA: LG SmartWorld mungkin tidak disediakan oleh semua pembawa rangkaian atau di semua negara.
71

Multimedia

Galeri

Anda boleh menyimpan fail multimedia dalam memori dalaman supaya anda dapat mengakses semua fail multimedia anda dengan mudah. Gunakan aplikasi ini untuk melihat fail multimedia seperti gambar dan video.
1 Sentuh > tab Aplikasi > Galeri.
Anda boleh urus dan kongsi semua fail imej dan video dengan Galeri.
NOTA:
• Beberapa format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian yang dipasang pada telefon.
• Sesetengah fail mungkin tidak akan dimainkan dengan betul, bergantung kepada bagaimana ia dikodkan.

Melihat gambar

Melancarkan Galeri akan memaparkan folder anda yang tersedia. Apabila aplikasi lain, seperti E-mel, menyimpan gambar, folder muat turun akan dicipta secara automatik untuk menyimpan gambar ini. Begitu juga, menangkap tangkap layar dengan automatik akan mencipta folder Tangkap Layar. Pilih folder untuk membukanya. Gambar dipaparkan mengikut tarikh ciptaannya dalam folder. Pilih gambar yang hendak dilihat dalam skrin penuh. Tatal ke kiri atau kanan untuk melihat imej seterusnya atau sebelumnya.
Mengezum masuk dan keluar
Gunakan salah satu kaedah berikut untuk mengezum masuk dan keluar imej:
• Ketik dua kali di mana-mana untuk mengezum masuk.
• Kembangkan dua jari di mana-mana tempat untuk mengezum masuk. Cubit untuk mengezum keluar, atau ketik dua kali untuk kembali.
72

Memainkan video

Fail video menunjukkan ikon dalam pratonton. Pilih video yang hendak ditonton dan ketik . Aplikasi Video akan dilancarkan.

Mengedit foto

Semasa melihat foto, ketik kekunci Menu dan gunakan pilihan mengedit lanjutan.
• Tayangan slaid: mulakan tayangan slaid dengan imej dalam folder semasa.

Memadamkan foto/video

Gunakan salah satu kaedah berikut:
• Dalam folder, ketik dan pilih gambar/video dengan menandakannya, lalu ketik
pada Padam.
• Semasa melihat foto/video, ketik .

Menetapkan sebagai kertas dinding

Semasa melihat foto, sentuh kekundi Menu > Tetapkan imej sebagai untuk menetapkan imej sebagai kertas dinding atau untuk menguntukkannya kepada kenalan..
NOTA:
Sesetengah format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian peranti. Jika saiz fail melebihi memori yang ada, ralat akan berlaku apabila anda membuka fail.
73
Multimedia

Video

Telefon anda mempunyai pemain muzik terbina dalam yang membolehkan anda memainkan semua video kegemaran anda. Untuk mengakses pemain video, sentuh > tab Aplikasi > Video.

Memainkan video

1 Sentuh > tab Aplikasi > Video. 2 Pilih video yang anda mahu mainkan.
Sentuh untuk menjeda main balik video.
Sentuh untuk menyambung semula main balik video.
Sentuh untuk pergi 10 saat ke depan.
Sentuh untuk pergi 10 saat ke belakang.
Sentuh untuk mengurus volum video.
Sentuh untuk menukar nisbah skrin video.
Sentuh untuk menggunakan QSlide.
Sentuh untuk berkongsi video anda melalui fungsi SmartShare.
Sentuh untuk mengunci skrin video.
Untuk menukar volum semasa menonton video, tekan kekunci volum ke atas dan bawah pada sisi kiri telefon. Sentuh dan tahan video dalam senarai. Pilihan Kongsi, Potong, Padam dan Butiran akan dipaparkan.
74

Muzik

Telefon anda mempunyai pemain muzik terbina dalam yang membolehkan anda memainkan semua muzik kegemaran anda. Untuk mengakses pemain muzik, sentuh
> tab Aplikasi > Muzik.

Tambah fail muzik pada telefon anda

Mulakan dengan memindahkan fail muzik ke telefon anda:
• Pindahkan fail menggunakan Penyegerakan media (MTP).
• Muat turun dari Web tanpa wayar.
• Segerakkan telefon anda kepada komputer.
• Terima fail melalui Bluetooth.

Pindahkan fail menggunakan Penyegerakan media (MTP)

1 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB. 2 Pilih pilihan Penyegerakan media (MTP). Telefon anda akan kelihatan sebagai
pemacu keras yang lain pada komputer anda. Klik pada pemacu keras ini untuk melihatnya. Salin fail dari PC anda ke dalam folder pemacu.
3 Apabila anda telah selesai memindahkan fail, sapu ke bawah pada Bar Status
dan sentuh USB disambung > Cas sahaja. Anda kini boleh menanggalkan plag peranti anda dengan selamat.

Memainkan lagu

1 Sentuh > tab Aplikasi > Muzik. 2 Sentuh Lagu. 3 Pilih lagu yang anda mahu mainkan.
Sentuh untuk mencari fail dengan YouTube
Sentuh untuk berkongsi muzik anda melalui fungsi SmartShare.
75
Multimedia
Sentuh untuk menetapkan mod kocokan
Sentuh untuk menetapkan mod ulangan
Sentuh untuk menguruskan volum muzik
Sentuh untuk menjeda main balik
Sentuh untuk menyambung semula main balik
Sentuh untuk melangkau ke trek seterusnya dalam album atau dalam senarai main
Sentuh untuk kembali ke permulaan lagu. Sentuh dua kali untuk kembali ke lagu sebelumnya
Sentuh untuk menetapkan kegemaran
Sentuh untuk melihat senarai main semasa
Untuk menukar volum semasa mendengar muzik, tekan kekunci volum ke atas dan bawah pada sisi kiri telefon. Sentuh dan tahan sebarang lagu di dalam senarai. Pilihan Main, Tambah pada senarai main, Kongsi, Tetapkan sebagai nada dering, Padam, Butiran dan Cari akan dipaparkan.
NOTA:
Sesetengah format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian peranti. Jika saiz fail melebihi memori yang ada, ralat akan berlaku apabila anda membuka fail.
76
NOTA: Hak cipta fail muzik mungkin dilindungi oleh perjanjian antarabangsa dan undang-undang hak cipta nasional. Oleh itu, kebenaran atau lesen mungkin perlu diperoleh untuk mengeluarkan semula atau menyalin muzik. Dalam sesetengah negara, undang-undang nasionalnya melarang penyalinan peribadi bahan berhak cipta. Sebelum memuat turun atau menyalin fail, semak undang-undang nasional negara yang berkenaan mengenai penggunaan bahan sedemikian.
77

Utiliti

Menetapkan penggera anda

1 Sentuh > tab Aplikasi > Penggera/Jam > . 2 Selepas anda menetapkan penggera, telefon anda akan memberitahu anda baki
masa yang tinggal sebelum penggera berbunyi.
3 Tetapkan Ulang, Tempoh tunda, Getaran, Nada penggera, Volum penggera,
Pemula Aplikasi Auto, Kunci teka-teki dan Memo. Sentuh Simpan.
NOTA: Untuk menukar tetapan penggera dalam skrin senarai penggera, sentuh kekunci Menu dan pilih Tetapan.

Menggunakan kalkulator anda

1 Sentuh > tab Aplikasi > Kalkulator. 2 Sentuh kekunci nombor untuk memasukkan nombor. 3 Untuk pengiraan mudah, sentuh fungsi yang anda kehendaki (+, –, x, atau ÷),
diikuti dengan =.
4 Untuk pengiraan yang lebih kompleks, luncurkan yang kiri kemudian pilih sin, cos,
tan, log dll.
5 Untuk menyemak sejarah, ketik ikon .

Menambah acara pada kalendar anda

1 Sentuh > tab Aplikasi > Kalendar. 2 Pada skrin, anda akan dapat menemui jenis paparan Kalendar yang berbeza (Hari,
Minggu, Agenda).
3 Ketik pada tarikh yang hendak anda tambahkan acara lalu sentuh . 4 Sentuh Nama acara lalu masukkan nama acara tersebut. 5 Sentuh Lokasi dan masukkan lokasi. Semak tarikh dan masukkan masa mula dan
tamat acara.
78
6 Jika anda ingin mengulang semula penggera, tetapkan ULANG, dan tetapkan
PERINGATAN, jika perlu.
7 Jika anda hendak menambah memo pada acara anda, sentuh . 8 Sentuh Simpan untuk menyimpan acara dalam kalendar.

Perakam Suara

Gunakan perakam suara untuk merakamkan memo suara atau fail audio yang lain.

Merakam bunyi atau suara

1 Sentuh > tab Aplikasi dan pilih Perakam suara. 2 Sentuh untuk mula merakam. 3 Pilih untuk menamatkan rakaman. 4 Sentuh untuk mendengar rakaman.
NOTA: Sentuh untuk mengakses album anda. Anda boleh mendengar rakaman yang disimpan. Masa rakaman yang tersedia mungkin berbeza daripada masa rakaman sebenar.

Menghantar rakaman suara

1 Sebaik sahaja anda telah selesai merakam, anda boleh menghantar klip audio
dengan menyentuh .
2 Pilih daripada Bluetooth, E-mel, Gmail, Memo, Mesej atau SmartShare Beam.
Apabila anda memilih E-mel, Gmail, Memo atau Mesej rakaman suara akan
ditambah kepada mesej. Anda kemudiannya boleh menulis dan menghantar mesej
seperti biasa.
79
Utiliti

Radio FM

Peranti anda mempunyai Radio FM terbina dalam agar anda boleh menala ke stesen kegemaran anda dan mendengar semasa dalam perjalanan.
NOTA: Anda perlu memasukkan fon kepala anda untuk mendengar radio. Masukkannya ke dalam bicu fon kepala.

Pengurus Tugasan

Anda boleh menguruskan aplikasi anda menggunakan Pengurus Tugasan. Anda dengan mudah boleh memeriksa bilangan aplikasi yang sedang berjalan dan menutup aplikasi tertentu.

Tugas

Tugas ini boleh disegerakkan dengan akaun MS Exchange. Anda boleh mencipta tugas, menyemaknya dan memadamkannya dalam MS outlook atau MS Office Outlook Web Access.
Untuk Menyegerakkan MS Exchange
1 Pada Skrin Utama, Sentuh > Tetapan. 2 Sentuh Akaun & selari > TAMBAH AKAUN. 3 Sentuh Microsoft Exchange untuk mencipta Alamat e-mel dan Kata Laluan. 4 Pastikan anda menambah tanda semak pada tugas Segerakkan.
80

Polaris Viewer 4

Polaris Viewer ialah penyelesaian pejabat mudah alih profesional yang membolehkan pengguna melihat berbagai jenis dokumen Office dengan mudah, termasuk fail Word, Excel dan PowerPoint di mana sahaja, pada bila-bila masa, menggunakan peranti mudah alih mereka. Sentuh > tab Aplikasi > Polaris Viewer 4.
Melihat fail
Pengguna mudah alih kini dapat melihat dengan mudah berbagai jenis fail, termasuk dokumen Microsoft Office dan Adobe PDF, langsung pada peranti mudah alih mereka. Semasa melihat dokumen menggunakan Polaris Viewer, objek dan tataletak kekal sama seperti dalam dokumen asal.

Sandaran LG

Mengenai penyandaran dan pemulihan data telefon pintar

Anda disyorkan untuk membuat dan menyimpan fail sandaran pada storan dalaman dengan kerap, terutamanya sebelum anda mengemas kini sebarang perisian. Penyelenggaraan fail sandaran semasa dalam memori storan mungkin akan membolehkan anda memulihkan data telefon pintar anda jika telefon pintar anda hilang, dicuri atau rosak akibat kejadian yang tidak dijangka. Aplikasi Sandaran disokong antara telefon pintar LG, versi Perisian atau OS lain. Hasilnya, apabila anda membeli telefon pintar LG yang baru, anda boleh menyandarkan data telefon Anda semasa ke dalam telefon anda yang baru. Jika anda telah pramuat aplikasi Sandaran pada telefon pintar anda, anda boleh menyandarkan dan memulihkan kebanyakan data telefon pintar anda, Skrin utama LG, Data peribadi, Aplikasi LG, Tetapan dan Aplikasi dimuat turun. Menggunakan aplikasi ini, anda boleh:
• Laksanakan sandaran manual bagi data telefon pintar anda.
81
Utiliti
• Jadualkan sandaran automatik bagi data telefon pintar anda.
• Pulihkan data telefon pintar anda.
NOTA: Sila ambil perhatian bahawa fungsi Sandaran tidak menyokong sandaran Data pengguna & Data media (Gambar/Video/Muzik). Sila sandarkan fail tersebut menggunakan Penyegerakan media (MTP). Sambungkan telefon anda kepada komputer anda menggunakan kabel USB lalu sentuh Penyegerakan media (MTP).
AMARAN
Untuk mengelakkan telefon daripada mati tiba-tiba akibat kekurangan kuasa bateri semasa membuat sandaran atau pemulihan, anda hendaklah memastikan bateri anda sentiasa bercas penuh.

Menyandarkan data telefon pintar anda

1 Sentuh > tab Aplikasi > Sandaran LG > Sandaran manual > Storan
dalaman atau Kad SD.
2 Sentuh Sandaran baru untuk memasukkan nama fail sandaran anda dan pilih
Seterusnya.
3 Tandakan kotak semak di sebelah item yang hendak disandarkan lalu pilih
Sandaran untuk menyandarkan.
4 Apabila semua fail yang dipilih telah disandarkan, anda akan melihat mesej
Sandaran selesai.

Menjadualkan sandaran automatik

Anda boleh juga memprogramkan sandaran automatik bagi data pada telefon pintar anda mengikut tetapan jadual anda. Untuk berbuat demikian, lengkapkan langkah berikut:
1 Sentuh > tab Aplikasi > Sandaran LG > Sandaran auto.
82
2 Pada skrin Lokasi Sandaran, sentuh Storan dalaman atau Kad SD. 3 Masukkan nama untuk fail sandaran anda dan pilih Seterusnya. 4 Pilih kotak semak di sebelah data yang hendak disandarkan dan pilih Seterusnya. 5 Dari senarai, pilih berapa kerap anda hendak menyandarkan data dan tetapan
peranti anda, kemudian pilih Selesai untuk menyelesaikan set jadual.

Memulihkan data telefon pintar

NOTA: Semua fail yang tersimpan dalam telefon pintar anda akan
dipadamkan sebelum fail sandaran dipulihkan.
1 Sentuh > tab Aplikasi > Sandaran LG > Pulih. 2 Pada skrin Pulih, pilih fail sandaran yang mengandungi data yang hendak anda
pulihkan.
3 Pilih kotak semak di sebelah item yang hendak anda sandarkan lalu pilih Pulih
untuk memulihkannya pada telefon anda.
NOTA: Sila ambil perhatian bahawa data telefon anda akan ditulis ganti dengan kandungan sandaran anda.
4 Jika fail sandaran telah disulitkan, taipkan kata laluan yang anda tetapkan untuk
penyulitan.
5 Apabila semua fail yang dipilih telah dipulihkan, telefon akan dimula balik secara
automatik.
NOTA: Anda boleh menetapkan Dayakan penyulitan untuk menyulitkan fail sandaran anda bagi mendapatkan perlindungan tambahan.
Sentuh dari skrin Sandaran dan masukkan kata laluan dan bayangan jika sekiranya anda terlupa kata laluan anda. Selepas anda menetapkan kata laluan, anda perlu memasukkannya setiap kali anda ingin membuat sandaran/pemulihan.
83
Utiliti

Google+

Gunakan aplikasi ini untuk kekal berhubung dengan orang lain melalui perkhidmatan rangkaian sosial Google.
• Sentuh > tab Aplikasi > Google +.
NOTA: Aplikasi ini mungkin tidak tersedia bergantung pada wilayah atau pembekal khidmat.

Carian Suara

Gunakan aplikasi ini untuk membuat carian laman web menggunakan suara.
1 Sentuh > tab Aplikasi > Carian Suara. 2 Sebut kata kunci atau ungkapan apabila Cakap sekarang muncul pada skrin. Pilih
salah satu kata kunci cadangan yang muncul.
NOTA: Aplikasi ini mungkin tidak tersedia bergantung pada wilayah atau pembekal khidmat.

Muat Turun

Gunakan aplikasi ini untuk melihat fail mana yang telah dimuat turun melalui aplikasi.
• Sentuh > tab Aplikasi > Muat Turun.
NOTA: Aplikasi ini mungkin tidak tersedia bergantung pada wilayah atau pembekal khidmat.
84
Web

Internet

Gunakan aplikasi ini untuk melayari Internet. Pelayar memberikan anda dunia permainan, muzik, berita, sukan, hiburan, dan banyak lagi yang pantas dan penuh warna-warni, terus pada telefon mudah alih anda, di mana sahaja anda berada dan apa sahaja yang anda minati.
NOTA: Caj tambahan akan dikenakan semasa menyambung pada perkhidmatan ini dan memuat turun kandungan. Semak caj data dengan pembekal rangkaian anda.
1 Sentuh > tab Aplikasi > Internet.

Menggunakan bar alat Web

Sentuh dan tahan bar alat Web dan luncurkan ia ke atas dengan jari anda untuk membukanya.
Sentuh untuk ke belakang satu halaman.
Sentuh untuk pergi ke hadapan satu halaman, ke halaman yang anda sambungkan selepas halaman semasa. Ini adalah berlawanan dengan apa yang berlaku apabila anda menekan kekunci Kembali, yang membawa anda ke halaman sebelumnya.
Sentuh untuk pergi ke Laman utama.
Sentuh untuk menambah tetingkap baru.
Sentuh untuk akses penanda buku.

Melihat halaman web

Ketik medan alamat, masukkan alamat web dan ketik Pergi.
85
Web

Membuka halaman

Untuk pergi ke halaman yang baru, ketik Untuk pergi ke laman web yang lain, ketik , tatal ke atas atau ke bawah, dan ketik halaman ini untuk memilihnya.

Membuat carian web menggunakan suara

Ketik medan alamat, ketik , sebutkan kata kunci, lalu pilih salah satu kata kunci cadangan yang muncul.
NOTA: Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung kepada wilayah atau pembekal khidmat anda.

Penanda buku

Untuk menanda buku laman web semasa, sentuh > Simpan pada penanda buku > OK. Untuk membuka halaman web yang ditandai, ketik dan pilih satu.

Sejarah

Ketik > Sejarah untuk membuka laman web daripada senarai laman web yang baru dilawati. Untuk mengosongkan sejarah, ketik kekunci Menu Padam semua sejarah.

Menggunakan Pelayar Pop Timbul

Gunakan ciri ini untuk mengakses Internet tanpa menutup aplikasi semasa. Sambil melihat kandungan, seperti kenalan atau nota yang termasuk alamat web, pilih alamat web, lalu ketik Pelayar Pop Timbul untuk membuka pelayar pop timbul ini. Ketik dan seret pelayar untuk menggerakkannya ke tempat lain. Untuk melihat pelayar dalam skrin penuh, ketik . Untuk menutup pelayar, ketik .
86

Chrome

Gunakan Chrome untuk membuat carian maklumat dan melayari laman web.
1 Sentuh > tab Aplikasi > Chrome.
NOTA: Aplikasi ini mungkin tidak tersedia bergantung kepada wilayah atau pembekal khidmat anda.

Melihat halaman web

Ketik medan Alamat, lalu masukkan alamat web atau kriteria carian.

Membuka halaman

Untuk pergi ke halaman yang baru, tab Tab baru. Untuk pergi ke laman web yang lain, ketik , tatal ke atas atau ke bawah, dan ketik halaman ini untuk memilihnya.

Menyegerak dengan peranti lain

Segerakkan tab dan penanda buku terbuka yang hendak digunakan dengan Chrome pada peranti lain semasa anda sedang log masuk dengan akaun Google yang sama. Untuk melihat tab yang terbuka pada peranti lain, ketik kekunci Menu Peranti lain. Pilih laman web yang hendak dibuka. Untuk menambah penanda buku, ketik .
87

Tetapan

Akses menu Tetapan

1 Pada skrin Utama, sentuh > tab Aplikasi > Tetapan.
atau Pada skrin Utama, sentuh > Tetapan sistem.
2 Pilih kategori tetapan dan pilih pilihan.

WAYARLES & RANGKAIAN

Di sini, anda boleh menguruskan Wi-Fi dan Bluetooth. Anda juga boleh menyediakan rangkaian mudah alih dan beralih kepada mod pesawat.
< Dwi SIM >
Anda boleh memilih kad SIM mana yang anda akan gunakan di antara manual atau automatik.
Mod penjimatan kos Setiap kenalan ditambah bersama-sama SIM yang diperuntukkan semasa ditambah ke buku telefon. Semasa Panggilan, SIM operator yang sepadan dikenal pasti dan operasi diselesaikan menggunakan SIM operator yang sepadan. Ini mungkin dapat menggunakan manfaat daripada menggunakan operator sama. Untuk menggunakan ciri Mod penjimatan kos, pastikan ciri ini Hidup [Tetapan > Dual SIM > Mod penjimatan kos]
NOTA: Mod penjimatan kos tidak berfungsi semasa dalam panggilan.
< Wi-Fi > Wi-Fi – Hidupkan Wi-Fi untuk menyambung ke rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
88
PETUA! Bagaimana mendapatkan alamat MAC
Untuk menyediakan sambungan dalam sesetengah rangkaian wayarles dengan penapis MAC, anda mungkin perlu memasukkan alamat MAC telefon anda ke dalam penghala. Anda boleh mendapatkan alamat MAC dalam antara muka pengguna yang
berikut: sentuh tab Aplikasi > Tetapan > Wi-Fi >
MAC.
> Lanjutan > alamat
< Bluetooth >
Hidupkan ciri wayarles Bluetooth untuk menggunakan Bluetooth.
< Penggunaan data >
Memaparkan penggunaan data dan menetapkan had penggunaan data mudah alih.
< Panggilan >
Konfigurasikan tetapan panggilan telefon seperti pemajuan panggilan, dan ciri istimewa lain yang ditawarkan oleh pembawa rangkaian anda.
< tab SIM1 atau SIM2 > Nombor dail tetap – Hidupkan dan kumpulkan senarai nombor yang boleh dihubungi
daripada telefon anda. Anda akan memerlukan PIN2 anda, yang boleh didapati daripada operator anda. Hanya nombor yang termasuk dalam senarai dail tetap boleh dipanggil menggunakan SIM tersebut. Mel suara – Membolehkan anda memilih perkhidmatan mel suara yang disediakan oleh pembawa rangkaian anda. Mengalihkan panggilan – Pilih sama ada anda ingin mengalih semua panggilan semasa talian sibuk, apabila tidak dijawab atau apabila isyarat tiada.
Sekatan panggilan – Kunci panggilan masuk, keluar atau antarabangsa. Tempoh panggilan – Lihat tempoh panggilan termasuk Panggilan terakhir, Semua
panggilan, Panggilan didail dan Panggilan diterima. Tetapan tambahan – Ini membolehkan anda menukar tetapan yang berikut:
89
Tetapan
ID pemanggil: Pilih sama ada hendak memaparkan nombor telefon anda pada
panggilan keluar.
Panggilan menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).
< Tab biasa > Pop panggilan masuk – Papar pop panggilan masuk semasa menggunakan Kamera
dan Video.
Tolak panggilan – Membolehkan anda menetapkan fungsi tolak panggilan. Pilih antara Mod penolakan panggilan atau Tolak panggilan daripada. Tolak dengan mesej – Apabila anda hendak menolak panggilan, anda boleh
menghantar mesej pantas menggunakan fungsi ini. Ini amat berguna jika anda perlu menolak panggilan semasa mesyuarat. Getaran penyambungan – Telefon anda bergetar semasa pihak yang dihubungi menjawab panggilan. Penyimpan privasi – Menyembunyikan nama dan nombor telefon pemanggil bagi panggilan masuk. Butang kuasa menamatkan panggilan – Penekanan kekunci Kuasa/Kunci membenarkan anda mengakhiri panggilan daripada mematikan skrin. Simpan nombor tak dikenali – Menambah nombor tidak diketahui ke dalam kenalan selepas panggilan.
< Kongsi & Bersambung > SmartShare Beam – Boleh menerima fail dari telefon-telefon LG. Penyimpanan tanpa wayar – Kongsi fail dengan komputer melalui Wi-Fi.
< Penambat & rangkaian > Mod pesawat – Selepas bertukar kepada Mod pesawat, semua sambungan wayarles
akan dinyahdayakan.
90
Hotspot Wi-Fi Mudah Alih – Membolehkan anda berkongsi rangkaian mudah alih melalui Wi-Fi dan anda boleh mengkonfigurasi tetapan hotspot Wi-Fi. Penambatan Bluetooth – Membolehkan anda mengongsi sambungan Internet melalui Bluetooth. VPN - Memaparkan senarai Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang telah anda konfigurasikan sebelum ini. Membolehkan anda menambah jenis VPN yang berbeza. Rangkaian mudah alih – Tetapkan pilihan untuk perayauan data, mod & operator rangkaian, nama pusat akses (APN), dsb.
NOTE: Anda mesti menetapkan PIN kunci skrin atau kata laluan sebelum anda boleh menggunakan simpanan tauliah.

PERANTI

< Bunyi > Masa senyap – Nyahdayakan pemberitahuan termasuk panggilan dan mesej untuk
tidak mengganggu masa persendirian.
Profil bunyi – Pilih Bunyi, sama ada Getar sahaja atau Senyap. Volum – Uruskan volum Nada dering telefon, Bunyi pemberitahuan, Maklum balas &
sistem sentuh, Muzik, video, permainan dan media lain. Nada dering dengan getaran - Maklum balas getaran untuk panggilan dan pemberitahuan. SIM1 Nada dering telefon - Membenarkan anda menetapkan nada dering panggilan masuk SIM1 anda. Nada dering telefon SIM2 - Membenarkan anda menetapkan nada dering panggilan masuk SIM2 anda. Bunyi pemberitahuan SIM1 - Membenarkan anda menetapkan bunyi pemberitahuan SIM1 anda.
91
Tetapan
Bunyi pemberitahuan SIM2 – Membenarkan anda menetapkan bunyi pemberitahuan SIM2 anda.
Getaran panggilan masuk SIM1 – Membenarkan anda menetapkan getaran panggilan masuk SIM1 anda.
Getaran panggilan masuk SIM2 – Membenarkan anda menetapkan getaran panggilan masuk SIM2 anda.
Nada sentuh pad dail – Membolehkan anda menetapkan telefon untuk memainkan nada apabila menggunakan pad dailan untuk mendail nombor telefon.
Bunyi sentuhan – Membolehkan anda menetapkan telefon anda untuk memainkan bunyi apabila anda membuat pemilihan skrin.
Bunyi kunci skrin – Membolehkan anda menetapkan telefon anda untuk memainkan bunyi ketika mengunci dan menyahkunci skrin.
< Paparan > Kecerahan – Laraskan kecerahan skrin. Masa tamat skrin – Tetapkan masa untuk masa tamat skrin. Pasangkan Skrin – Tandakan semak untuk membolehkan Pasangkan Skrin
menghidup dan mematikan skrin. Dwiketik dengan cepat di tengah skrin untuk menghidupkannya. Dwiketik Bar Status, kawasan kosong pada skrin Utama atau skrin Kunci untuk mematikan skrin. Skrin auto putar – Tetapkan untuk menukar orientasi secara automatik semasa anda memutar telefon.
Jenis fon –Tukar jenis fon paparan. Saiz huruf – Ubah saiz fon paparan.
< Skrin utama >
Tetapkan Pilih Utama, Tema, Efek skrin, Kertas dinding, Tatal skrin secara bulatan atau Paparan menegak sahaja. Pilih sandaran Utama & pulihkan ke tetapan skrin Sandaran/Pulihkan tetapan skrin,tema.
92
< Kunci skrin > Pilih kunci skrin – Tetapkan jenis skrin kunci untuk menjamin keselamatan telefon
anda. Membuka beberapa skrin yang membantu anda melalui lukisan corak buka kunci skrin. Tetapkan Tiada, Seret, Membuka Kunci Muka, Corak, PIN atau Kata Laluan. Jika anda telah mendayakan jenis kunci Corak semasa anda menghidupkan telefon anda atau membangunkan skrin, anda akan diminta untuk melukis corak buka kunci anda untuk membuka kunci skrin.
Kertas dinding – Pilih kertas dinding untuk skrin kunci anda daripada Galeri atau galeri Kertas Dinding. Jam & pintasan – Sesuaikan jam & pintasan pada skrin kunci. Corak tersembunyi – Tunjukkan dont corak apabila mengetik pada skrin. Maklumat pemilik – Tunjukkan maklumat pemilik pada skrin kunci. Pemasa kunci – Tetapkan pemasa kunci selepas tamat masa skrin. Butang kuasa segera mengunci – Tetapkan kunci skrin semasa butang kuasa
ditekan.
Jadikan corak boleh dilihat – Menunjukkan corak Kunci apabila melukis pada skrin. <Operasi sebelah tangan>
Pad kekunci dail – Tekan anak panah untuk melaraskan kedudukan kiri atau kanan
pad kekunci dail. Papan kekunci LG – Kuis papan kekunci atau tekan anak panah untuk melaraskan kedudukan kiri atau kanan papan kekunci LG.
Skrin kunci – Tekan anak panah untuk melaraskan kedudukan PIN kiri atau kanan. < Simpanan >
SIMPANAN TELEFON – Lihat penggunaan storan dalaman. KAD SD – Semak jumlah ruang kad SD yang ada. Sentuh Menyahlekap kad SD untuk
menanggalkannya dengan selamat. Padam kad SD jika anda hendak memadamkan semua data daripada kad SD.
93
Tetapan
< Bateri > Maklumat bateri – Periksa tahap penggunaan bateri dan butiran penggunaan bateri. Peratusan bateri – Papar peratusan bateri pada penunjuk. Jimat kuasa – Menguruskan bateri untuk item yang menjimatkan kuasa. Petua jimat kuasa – Petua untuk memanjangkan hayat bateri. < Aplikasi >
Lihat dan uruskan aplikasi anda.

PERIBADI

< Akaun & selari >
Membolehkan aplikasi menyegerakkan data di latar belakang, tanpa mengira sama ada anda sedang mengerjakannya secara aktif atau tidak. Membuang tanda semak pada tetapan ini boleh menjimatkan kuasa bateri dan menurunkan (tetapi tidak menghapuskan) penggunaan data.
< Akses lokasi > Akses kepada lokasi saya – Jika anda memilih perkhidmatan lokasi Google, telefon
anda akan menentukan anggaran lokasi anda menggunakan Wi-Fi dan rangkaian mudah alih. Apabila anda memilih pilihan ini, anda akan ditanya sama ada anda setuju untuk membolehkan Google menggunakan lokasi anda semasa menyediakan perkhidmatan ini. Satelit GPS – Jika anda memilih satelit GPS, telefon anda akan menentukan lokasi anda sehingga peringkat ketepatan jalan. Wi-Fi & lokasi rangkaian mudah alih – Membolehkan apl menggunakan data daripada sumber seperti Wi-Fi dan rangkaian mudah alih untuk menentukan anggaran lokasi anda.
94
< Keselamatan > Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad SIM atau tukar PIN kad SIM. Menaip kata laluan boleh dilihat – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang
disembunyikan semasa anda menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir peranti. Sumber tidak diketahui – Tetapan lalai untuk memasang aplikasi bukan gedung Play. Kelayakan dipercayai – Paparkan sijil-sijil CA yang dipercayai. Pasang dari storan – Pilih untuk memasang sijil yang disulitkan. Kosongkan kelayakan – Alih keluar semua sijil.
< Bahasa & input >
Gunakan tetapan Bahasa & input untuk memilih bahasa bagi teks pada telefon anda dan untuk mengkonfigurasikan papan kekunci atas skrin, termasuk perkataan yang telah anda tambahkan pada kamusnya.
< Sokongan & tetapkan semula >
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda. Sandarkan data saya – Tetapkan untuk menyandarkan tetapan anda dan data aplikasi pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Tetapkan untuk menyandarkan akaun anda. Pemulihan automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data aplikasi anda
apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda. Menetapkan semula data kilang – Tetapkan semula tetapan anda kepada nilai lalai kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda tetapkan semula telefon dengan cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula maklumat yang sama sebagaimana ketika anda memulakan Android buat kali pertama.
95
Tetapan

SISTEM

< Butang Segera >
Pilih aplikasi yang anda ingin dapatkan akses cepat menggunakan Butang Segera.
< Tarikh & masa >
Gunakan tetapan Tarikh & Masa untuk menetapkan cara akan dipaparkan. Anda juga boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan masa dan zon masa anda sendiri dan bukan mendapatkan masa semasa daripada rangkaian mudah alih.
< Kebolehcapaian >
Anda boleh menggunakan tetapan Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi sebarang pasang masuk kebolehcapaian yang telah anda pasang pada telefon anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadi boleh dipilih.
< Sambungan PC > Jenis sambungan USB – Tetapkan mod yang dikehendaki: Cas sahaja, Penyegerakan media (MTP), Penambatan USB, Perisian LG atau Kamera (PTP). Tanya ketika menyambung – Tanya dalam mod sambungan USB ketika hendak
menyambung kepada komputer.
Bantuan – Bantuan bagi jenis sambungan USB. PC Suite – Penerima permintaaan sambungan Wi-Fi dari PC. Bantuan – Bantuan bagi perisian LG.
< Pilihan pembangun >
Sila ambil perhatian bahawa menghidupkan tetapan pembangun ini mungkin akan mengakibatkan tingkah laku peranti yang lain daripada biasa. Pilihan pembangun disarankan hanya untuk pengguna lanjutan.
< Mengenai telefon >
Lihat maklumat perundangan, dan periksa status telefon dan versi perisian anda.
96

Perisian PC (LG PC Suite)

Perisian PC "LG PC Suite" adalah program yang membantu anda menyambung peranti anda ke PC melalui kabel USB dan Wi-Fi. Setelah bersambung, anda boleh menggunakan fungsi peranti anda dari PC anda.
Dengan PC Perisian “LG PC Suite” anda, Anda Boleh...
• Uruskan dan mainkan kandungan media anda (muzik, filem, gambar) pada PC anda.
• Hantar kandungan multimedia ke peranti anda.
• Menyegerakkan data (jadual, kenalan, penanda buku) dalam peranti dan PC anda.
• Sandarkan aplikasi dalam peranti anda.
• Kemas kini perisian dalam peranti anda.
• Sandarkan dan pulihkan data peranti.
• Mainkan kandungan multimedia peranti anda daripada PC anda.
• Sandarkan dan cipta serta edit memo dalam peranti anda
NOTA: Anda boleh menggunakan menu Bantuan daripada aplikasi untuk mengetahui cara menggunakan perisian PC "LG PC Suite" anda.
Memasang PC perisian “LG PC Suite”
PC perisian “LG PC Suite” boleh dimuat turun dari laman web LG.
1 Pergi ke www.lg.com dan pilih negara pilihan anda. 2 Pergi ke Sokongan > SOKONGAN MUDAH ALIH > Telefon Mudah Alih LG >
Pilih Model
atau
Pergi ke Sokongan > Telefon Mudah Alih > Pilih Model.
3 Klik PYGRKN PC daripada MANUAL & MUAT TURUN dan klik MUAT TURUN untuk
memuat turun perisian PC “LG PC Suite”.
97
Perisian PC (LG PC Suite)
Keperluan Sistem untuk perisian PC "LG PC Suite"
• OS: Windows XP (Service pack 3) 32bit, Windows Vista, Windows 7, Windows 8
• CPU: Pemproses 1GHz atau lebih tinggi
• Memori: RAM 512MB atau lebih tinggi
• Kad grafik: Resolusi 1024 x 768, warna 32 bit atau lebih tinggi
• HDD: 500 MB atau lebih ruang cakera keras bebas (Lebih banyak ruang bebas
cakera keras mungkin diperlukan bergantung pada jumlah data yang disimpan.)
• Perisian diperlukan: pemacu integrasi LG, Windows Media Player 10 atau lebih baru
NOTA: Pemacu USB Bersepadu LG
Pemacu USB bersepadu LG diperlukan untuk menyambungkan peranti LG dan PC serta dipasang secara automatik apabila anda memasang aplikasi perisian PC "LG PC Suite".
Menyegerakkan Peranti anda kepada PC
Data daripada peranti dan PC anda boleh disegerakkan dengan mudah dengan adanya perisian PC "LG PC Suite" untuk kemudahan anda. Kenalan, jadual dan penanda buku boleh disegerakkan. Prosedurnya adalah seperti berikut:
1 Sambungkan peranti anda ke PC. (Gunakan kabel USB atau sambungan Wi-Fi.) 2 Jenis sambungan USB akan muncul, kemudian pilih perisian LG. 3 Selepas sambungan, jalankan program dan pilih seksyen peranti daripada kategori
di sebelah kiri skrin.
4 Klik Maklumat peribadi untuk memilih. 5 Tandakan kotak semak kandungan untuk menyegerak dan klik butang Pygrkn.
NOTA: Untuk menyegerakkan telefon dengan PC anda menggunakan kabel USB, anda perlu memasang LG PC Suite pada PC anda. Sila rujuk halaman sebelumnya untuk memasang LG PC Suite.
98
Loading...