Electrolux EWF1092 User Manual [ms]

im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 46

Pelanggan yang dihormati,

Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama. Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.

Kerosakan dalam pengangkutan

Apabila mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan hubungilah Pusat Servis.

Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:

Segi tiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.

Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.

Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.

Sumbangan kami untuk melindungi alam sekitar: kami menggunakan kertas endah alam sekitar.

Kandungan

Amaran

47

Pelupusan

48

Petua bagi perlindungan

 

alam sekitar

48

Spesifikasi teknikal

48

Pemasangan

49

Mengisih pakaian

56

Suhu

56

Sebelum memasukkan pakaian

56

Beban maksimum

56

Berat pakaian

56

Menghapus tanda kotor

56

Detergen dan perapi tambah

57

Jumlah detergen yang patut digunakan

57

Mengeluarkan mesin dari bungkusan

49

Simbol kod basuh antarabangsa

58

 

 

Penempatan

49

Jujukan operasi

59-62

 

 

Saluran air masuk

49

Program membasuh

63-64

 

 

Penyaliran air

50

Penyenggeraan

64

Sambungan elektrik

50

 

 

Mesin basuh baru anda

51

Badan mesin

64

Kedap pintu

64

 

 

Perihalan mesin

51

Laci dispenser detergen

64

 

 

Laci dispenser detergen

51

Pam saliran

64

 

 

Penggunaan

52

Turas saluran air masuk

65

Penyaliran air darurat

65

Panel kawalan

52

Mengelakkan sejuk-beku

65

 

 

Kawalan

52-55

Jika ada masalah

66-67

Petua membasuh

56

46

im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 47

Amaran

Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.

Pemasangan

Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya.

Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.

Apa-apa kerja elektrik atau memasang mesin ini harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.

Apa-apa kerja perpaipan atau memasang mesin ini harus dilakukan oleh jurupaip bertauliah.

Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.

Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.

Penggunaan

Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja. Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang dimaksudkan.

Basuh kain yang memang dimaksudkan untuk dibasuh dengan mesin sahaja. Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi.

Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.

Pastikan semua saku kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.

Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bahan seperti itu telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotor sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.

Isikan dengan bahan kecil seperti stokin, tali pinggang, dsb. di dalam kantung kain atau sarung bantal suapaya tidak tersepit antara dram dengan tab.

Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan, boleh merosakkan pakaian yang dicuci.

Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila perkakas ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.

Sentiasa pastikan air telah disalirkan semuanya sebelum membuka pintunya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan di dalam buku petunjuk ini.

Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai menggunakan mesin.

Keselamatan umum

Kerja baik pulih mesin mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baik pulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan

bahaya berat. Harap hubungi Pusat Servis setempat.

Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut palam dari soketnya; sentiasa pegang dan cabut palam itu sendiri.

Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!

Keselamatan kanak-kanak

Kanak-kanan sering kali tidak sedar betapa bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.

Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik, polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak - bahaya kelemasan! Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.

Simpan semua detergen di tempat yang selamat jauh daripada capaian kanak-kanak.

Apabila perkakas ini hendak disingkirkan, potong kabel bekalan elektrik dan musnahkan palam bersama baki kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.

BAHASA MELAYU

47

im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 48

Pelupusan

Bahan pembungkusan

Bahan yang ditandakan dengan lambang boleh dikitar semula.

>PE< =polietilena >PS< =polistirena >PP< =polipropilena

Ini bererti bahan tersebut boleh dikitar semula dengan melupuskannya

dengan cara yang betul di dalam bekas pemungutan yang sesuai.

Mesin

Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi perkakas lama. Bersama-sama kita menjaga kebersihan negara!

Petua bagi perlindungan alam sekitar

Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami menyarankan agar petua berikut dipatuhi:

Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh untuk menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!).

Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban penuh.

Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda dan kotoran yang sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dipasuh pada suhu lebih rendah.

Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.

Spesifikasi teknikal

DIMENSI

 

 

 

Tinggi

85 cm

 

Lebar

60 cm

 

Panjang ke Dalam

60 cm

BEBAN MAKSIMUM

Kapas

8 kg

 

Sintetik

3.5 kg

 

Bahan Halus

3.5 kg

 

Bahan wul

2 kg

 

Dibasuh tangan

2 kg

 

Sutera

1 kg

KELAJUAN PUTARAN maks

 

1000 rpm

VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA

230-240V / 50HZ

JUMLAH KUASA TERSERAP

 

2200W

PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM

 

10A

TEKANAN AIR

Minimum

50kPa

 

Maksimum

800kPa

Perkakas ini mematuhi Arahan EEC berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah

89/336/EEC bertarikh 03/05/tentang keserasian elektromagnet.

48

Electrolux EWF1092 User Manual

im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 49

Pemasangan

Mengeluarkan mesin dari bungkusan

Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan perkakas.

Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua alat pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi nanti.

1.Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan dua skru di belakang sebelah bawah.

Luncur keluarkan dua pin plastik. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bongkah penyendal sudut di antara mesin dan lantai.

2.Keluarkan bongkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.

P1129

P0001

3.Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kiri politena, keluarkan ke arah kanan dan ke bawah.

4.Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kanan politena, keluarkan ke arah kiri dan

1

2

3

P1123

P1126

kemudian ke atas.

Keluarkan penutup bahagian bawah yang terletak di dalam dram mesin, letak cangkuknya seperti yang ditunjukkan anak panah ‘A’ dan tolak bahagian atas penutup untuk menutupnya.

Penting: Anda boleh mendapatkan arahan lanjut

P1127

mengenai pemasangan penutup bahagian bawah di dalam kantungnya sendiri.

P1128

P0002

5. Tegakkan mesin dan tanggalkan baki skru di belakang.

Luncur keluarkan pin berkenaan.

6.Sumbat kesemua lubang dengan penyumbat yang disediakan

di dalam sampul yang mengandungi buku petunjuk.

Penempatan

Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar.

Pastikan peredaran udara di sekeliling mesin tidak di ganggu oleh permaidani, dab sebagainya.

Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau unit gerobok. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan dengan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.

Saluran air masuk

Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir 3/4” BSP.

Gunakan hos yang dibekalkan bersama mesin basuh. JANGAN GUNAKAN HOS YANG LAMA. Bahagian hujung lain hos air masuk yang bersambung dengan mesin boleh diputarkan ke arah mana pun. Longgarkan saja pemasangan, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.

P1088

P0021

 

BAHASA MELAYU

49

im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 50

Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.

Penyaliran air

Hujung hos saliran dapat diletakkan dengan tiga cara:

Disangkutkan pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air.

Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.

P0022

Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan keloknya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.

Langsung terus ke dalam paip saliran pada paras sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm.

Hujung saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garis pusat di dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garis pusat luar hos saliran.

Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan punca saliran sahaja yang perlu ditinggikan.

P0023

Untuk memastikan mesin dapat berfungsi dengan betul, hosnya hendaklah terus disangkutkan pada alat sokongan yang sesuai yang terletak pada bahagian atas di belakang perkakas.

Sambungan elektrik

Mesin ini direka bentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.

Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2.05 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.

Sambung mesin dengan soket yang dibumikan.

Pihak pengeluar enggan menanggung sebarang tanggungjawab di atas kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh kegagalan mematuhi dengan langkah-langkah keselamatan di atas. Sekiranya kabel bekalan kuasa perlu diganti, ia hendaklah dilakukan oleh pihak

Pusat Servis kami.

Mesin ini dibekalkan dengan palam 13amp siap dipasang.

Jika fius di dalam palam yang dibekalkan perlu diganti, gunakan fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363/A).

Jika palam perlu diganti atas apa-apa sebab pun, lakukan seperti yang dihuraikan di bawah: Wayar di dalam salur bekalan kuasa diwarnakan mengikut kod berikut:

Hijau dan Kuning

- Bumi

Biru

- Neutral

Perang

- Hidup

Wayar hijau dan kuning mesti

GREEN & YELLOW

E

 

13A

N

L

 

BROWN

BLUE

P1041

CORD CLAMP

 

disambung kepada terminal bertanda dengan huruf «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau dan kuning.

Wayar biru mesti disambungkan dengan terminal «N» atau berwarna hitam.

Wayar perang mesti disambungkan dengan terminal «L» atau berwarna merah.

Setelah siap, jangan sampai ada wayar terpotong atau helaian wayar yang terlepas dan kapit kabel mesti kemas mengikat sarung luar kabel.

50

im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 51

Mesin basuh baru anda

Mesin baru yang dilengkapi sistem New Jet, memenuhi semua keperluan moden bagi mencuci pakaian secara berkesan, dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang rendah.

Program Dibasuh tangan khas dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian halus dengan cukup cermat.

Program khas wul dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian wul dengan cukup cermat.

Penyejukan automatik air basuh daripada 90° hingga 60°C sebelum disalirkan dapat mengelakkan paip salir lama menjadi rosak.

Peranti kawalan imbangan memastikan mesin sentiasa mantap semasa putaran.

Perihalan mesin

1.

Laci detergen

1

2

 

 

2.

Panel kawalan

 

 

3.

Pemegang pintu

 

 

4.

Pam saliran

 

 

5.

Kaki boleh laras

 

 

3

4

5

Laci dispenser detergen

Pra-basuh

Basuh utama

Pelembut kain, kanji

BAHASA MELAYU

51

im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 52

Penggunaan

Panel kawalan

1

2

3

4

5

6 7 8

9

1.Laci Dispenser Detergen

2.Cakera pemilih Program

Cakera pemilih program dibahagi kepada 3 bahagian:

1.Kain Kapas, Eko Kapas, Kapas Harian (Bahagian hijau)

2.Seluar jean, sintetik, mudah diseterika, Kain halus,

Wul, Sutera, Dibasuh Tangan, Quick30 (Bahagian

Biru)

3.Salir, Bilas & Putar, Putar, Putar Lembut (bahagian kelabu)

Cakera pemilih boleh diputar sama ada mengikut arah jam atau

lawan jam. Kedudukan “Kapas Harian” sepadan dengan program menjimat tenaga untuk kapas dan untuk “Off” untuk mengeset semula program atau mematikan mesin. Di akhir program, cakera pemilih hendaklah diputar ke kedudukan “Off” untuk mematikan mesin.

3. Butang suhu “Suhu.”

Tekan butang ini berulang kali untuk meningkatkan atau mengurangkan suhu, jika ingin pakaian dicuci pada suhu yang lain daripada yang diusulkan

oleh 30 programme.

4.Butang Kelajuan Putaran “Putar”

Tekan butang ini berulang kali untuk mengubah kelajuan putaran, jika ingin pakaian diputar pada kelajuan yang lain daripada yang diusulkan oleh mesin dan lampu LED berkaitan akan menyala.

Kelajuan maksimum untuk EWF 1090 adalah:

untuk kain kapas: 1000 rpm

untuk kain wul, sintetik dan dibasuh tangan 900 rpm.

untuk kain sutera yang halus dan mini program: 700 rpm

Dengan menekan butang kelajuan Putaran anda boleh juga memilih Tiada Putaran .

OpsyenTiada Putaran : apabila anda memilih opsyen ini, mesin akan menyalirkan air bilasan terakhir, dan menghapuskan fasa putaran. Untuk memutar Pakaian, pilih program putaran atau putaran halus.

Pilih putaran kelajuan yang diingini dengan menekan butang ini dan tekan butang Mula/ Tambah Pakaian.

52

Loading...
+ 16 hidden pages