9 Bab 1: Sekilas Pandang iPhone
9 Gambaran Keseluruhan iPhone
11 Butang
13 Aplikasi iPhone
17 Ikon status
19 Bab 2: Bermula
19 Melihat Panduan Pengguna pada iPhone
19 Apa Yang Anda Perlukan
20 Memasang Kad SIM
21 Mengaktifkan iPhone
21 Membuat Persediaan iPhone
22 Memutuskan sambungan iPhone daripada Komputer Anda
22 Bersambung kepada Internet
26 Menambah Akaun Mel, Kenalan, dan Kalendar
2
29 Bab 3: Asas
29 Menggunakan Aplikasi
33 Memperibadikan Skrin Utama
37 Menaip
47 Mencetak
49 Mencari
50 Kawalan Suara
52 Fon Telinga Apple dengan Alat Kawalan Jauh dan Mikrofon
53 Peranti Bluetooth
54 Bateri
56 Ciri Keselamatan
58 Membersihkan iPhone
58 Memulakan semula atau Mereset iPhone
60 Bab 4: Penyelarasan dan Perkongsian Fail
60 Perihal Penyelarasan
60 Akaun Penyelarasan
61 Menyelaras dengan iTunes
62 iPhone Settings Panes dalam iTunes
65 Penyelarasan Automatik iTunes
66 Mengurus Kandungan Secara Manual
67 Memindahkan Kandungan yang Dibeli ke Komputer Lain
67 Perkongsian Fail
68 Bab 5: Telefon
68 Panggilan Telefon
77 Mel Suara Visual
79 Kenalan
79 Kegemaran
80 Nada dering dan Suis Dering/Senyap
81 Panggilan Antarabangsa
84 Bab 6: Mail
84 Menyediakan Akaun E-mel
84 Menyemak dan Membaca E-mel
87 Menggunakan Pautan dan Data Dikesan
88 Melihat Lampiran
89 Mencetak Mesej dan Lampiran
90 Menghantar E-mel
91 Menyusun E-mel
92 Mencari E-mel
94 Bab 7: Safari
94 Memaparkan Halaman Web
98 Mencari
98 Mencetak Halaman Web, PDF, dan Dokumen Lain
99 Penanda Buku
100 Klip Web
101 Bab 8: iPod
101 Mendapatkan Muzik, Video, dan Banyak Lagi
102 Muzik dan Audio Lain
112 Video
11 6 Mengeset Pemasa Tidur
11 6 Menukar Butang Semak Imbas
117 Bab 9: Mesej
117 Menghantar dan Menerima Mesej
11 9 Mencari Mesej
11 9 Berkongsi Foto dan Video
120 Menghantar Memo Suara
120 Mengedit Perbualan
Kandungan 3
121 Menggunakan Maklumat Hubungan dan Pautan
122 Mengurus Pratonton dan Isyarat
123 Bab 10: Kalendar
123 Perihal Kalendar
123 Menyelaras Kalendar
124 Melihat Kalendar Anda
125 Mencari Kalendar
126 Menambah dan Mengemas Kini Peristiwa pada iPhone
127 Membalas Jemputan Mesyuarat
128 Langgan Kalendar
129 Mengimport Fail Kalendar daripada Mel
129 Isyarat
130 Bab 11: Foto
130 Perihal Foto
130 Menyelaras Foto dan Video dengan Komputer Anda
131 Melihat Foto dan Video
133 Memadam Foto dan Video
133 Pertunjukan Slaid
133 Melihat Foto, Video, dan Pertunjukan Slaid pada TV
134 Berkongsi Foto dan Video
136 Mencetak Foto
136 Menambah Foto pada Kenalan
137 Hias Latar
138 Bab 12: Kamera
138 Perihal Kamera
139 Mengambil Foto dan Merakam Video
141 Melihat dan Berkongsi Foto dan Video
141 Memotong Video
142 Memuat naik Foto dan Video ke Komputer Anda
143 Bab 13: YouTube
143 Mencari dan Menonton Video
144 Mengawal Main Balik Video
146 Mengurus Video
147 Mendapatkan Maklumat Lanjut
147 Menggunakan Ciri Akaun YouTube
148 Menukar Butang Semak Imbas
149 Menghantar Video ke YouTube
150 Bab 14: Saham
150 Melihat Harga Saham
4 Kandungan
151 Mendapatkan Maklumat Lanjut
152 Bab 15: Peta
152 Mencari dan Melihat Lokasi
157 Mendapatkan Arahan
159 Menunjukkan Keadaan Trak
159 Mencari dan Menghubungi Perniagaan
160 Berkongsi Maklumat Lokasi
161 Menambah Penanda Buku pada Lokasi
162 Bab 16: Cuaca
162 Melihat Ringkasan Cuaca
163 Mendapatkan Lagi Maklumat Cuaca
164 Bab 17: Nota
164 Perihal Nota
164 Menyelaras Nota
165 Menulis dan Membaca Nota
166 Mencari Nota
166 E-mel Nota
167 Bab 18: Jam
167 Jam Dunia
168 Penggera
169 Jam Randik
169 Pemasa
170 Bab 19: Kalkulator
170 Menggunakan Kalkulator
170 Fungsi Memori Standard
171 Kekunci Kalkulator Saintik
173 Bab 20: Kompas
173 Mendapatkan Bacaan Kompas
174 Kompas dan Peta
176 Bab 21: Memo Suara
176 Merakam Memo Suara
177 Mendengar Memo Suara
178 Mengurus Memo Suara
17 8 Memotong Memo Suara
179 Berkonsi Memo Suara
180 Menyelaras Memo Suara
Kandungan 5
181 Bab 22: iTunes Store
181 Perihal iTunes Store
182 Mencari Muzik, Video, dan Banyak Lagi
183 Mengikuti Artis dan Rakan
185 Membeli Nada dering
186 Membeli Muzik atau Buku Audio
187 Membeli atau Menyewa Video
188 Menstrim atau Memuat turun Podcast
189 Menyemak Status Muat turun
189 Menyelaras Kandungan yang Dibeli
190 Menukar Butang Semak Imbas
190 Melihat Maklumat Akaun
191 Mengesahkan Muat Turun
19 2 Bab 23: App Store
19 2 Perihal App Store
19 3 Melayari dan Mencari
194 Skrin Maklumat
19 5 Memuat turun Aplikasi
196 Memadam Aplikasi
19 7 Menulis Ulasan
19 7 Mengemas kini Aplikasi
198 Menyelaras Aplikasi yang Dibeli
199 Bab 24: Game Center
199 Perihal Game Center
199 Menyediakan Game Center
201 Permainan
204 Rakan
206 Status dan Maklumat Akaun Anda
208 Bab 25: Seting
208 Mod Pesawat
210 Wi-Fi
2 11 VPN
2 11 Pemberitahuan
2 11 Pembawa
212 Bunyi dan Suis Dering/Senyap
213 Kecerahan
213 Hias Latar
213 Umum
224 Mail, Kenalan, Kalendar
227 Kenalan
6 Kandungan
229 Telefon
2 31 Safari
233 Mesej
234 iPod
234 Video
235 Foto
236 Nota
236 Store
236 Nike + iPod
237 Bab 26: Kenalan
237 Perihal Kenalan
237 Menambah Kenalan
238 Mencari Kenalan
239 Mengurus Kenalan pada iPhone
240 Menggunakan Maklumat Hubungan
242 Kenalan Disatukan
248 Bab 28: iBooks
248 Perihal iBooks
249 Menyelaras Buku dan PDF
249 Menggunakan iBookstore
250 Membaca Buku
251 Membaca PDF
252 Mengubah Penampilan Buku
252 Mencari Buku dan PDF
253 Mencari Denisi Perkataan
253 Buku Dibaca kepada Anda
253 Mencetak atau E-mel PDF
253 Menyusun Rak Buku
254 Penyelarasan Penanda Buku dan Nota
255 Bab 29: Kebolehcapaian
255 Ciri Akses Universal
256 VoiceOver
Kandungan 7
271 Zum
272 Teks Besar
272 Putih atas Hitam
272 Audio Mono
273 Sebut Teks Auto
273 Klik tiga kali Utama
273 Kapsyen Tertutup dan Ciri Berguna yang Lain
276 Lampiran A: Sokongan dan Maklumat Lain
276 Tapak Sokongan iPhone Apple
276 Memulakan Semula dan Mereset iPhone
276 Membuat Sandaran iPhone
278 Mengemas kini dan Memulihkan Perisian iPhone
280 Keselamatan, Perisian, dan Maklumat Perkhidmatan
281 Menggunakan iPhone dalam Persekitaran Perniagaan
281 Menggunakan iPhone dengan Pembawa Lain
282 Maklumat Pelupusan dan Kitar Semula
283 Apple dan Alam Sekitar
283 Suhu Pengendalian iPhone
8 Kandungan
iPhone
Bicu alat dengar
Penerima
Suis Dering/
Senyap
Mikrofon atas
Butang
kelantangan
Paparan
Retina Apple
Speaker
Butang Utama
Kamera depan
Kamera utama
Denyar LED
Dulang kad SIM
Penyambung Dok
Hidup/Mati
Tidur/Bangun
Mikrofon
bawah
Ikon aplikasi
Bar status
Sekilas Pandang iPhone
Gambaran Keseluruhan iPhone
iPhone 4
1
9
iPhone 3GS
iPhone
Bicu alat
dengar
Penerima
Suis Dering/
Senyap
Kamera
Dulang kad SIM
Butang
kelantangan
Skrin sentuh
Speaker
Penyambung Dok
Butang Utama
Hidup/Mati
Tidur/Bangun
Mikrofon
Ikon aplikasi
Bar status
Penyambung Dok ke Kabel USB
Fon Telinga Apple dengan
Alat Kawalan Jauh dan Mikrofon
Alat mengeluarkan SIM
Penyesuai kuasa USB
Skrin Utama anda mungkin nampak berlainan, bergantung pada model iPhone yang
anda miliki dan sama ada anda telah menyusun semula ikonnya.
Aksesori
Aksesori yang berikut disertakan bersama iPhone:
Nota: Alat mengeluarkan SIM tidak disertakan di semua negara atau rantau.
10 Bab 1 Sekilas Pandang iPhone
ItemApa yang anda boleh lakukan dengannya
Fon Telinga Apple dengan Alat Kawalan Jauh
dan Mikrofon
Kabel Penyambung Dok ke USBGunakan kabel untuk menyambung iPhone ke
Penyesuai kuasa USBSambung penyesuai kuasa ke iPhone
Alat mengeluarkan SIM (tidak disertakan di
semua negara atau rantau)
Dengar muzik, video dan panggilan telefon.
Gunakan mikrofon terbina dalam untuk bercakap.
Tekan butang tengah untuk menjawab atau
menamatkan panggilan. Semasa mendengar
iPod, tekan butang untuk memainkan atau
menjeda lagu, atau tekan dua kali dengan cepat
untuk melangkau ke trek seterusnya. Gunakan
butang + dan – untuk melaraskan kelantangan
(iPhone 3GS atau lebih baru). Tekan dan tahan
butang tengah untuk menggunakan Kawalan
Suara (iPhone 3GS atau lebih baru).
komputer anda untuk menyelaras dan mengecas.
Kabel boleh digunakan dengan dok opsyenal
atau dipasang terus ke iPhone.
menggunakan kabel yang disertakan, kemudian
pasangnya ke saluran kuasa standard untuk
mengecas iPhone.
Keluarkan dulang kad SIM.
Butang
Beberapa butang ringkas menjadikannya mudah untuk menghidupkan dan
mematikan iPhone, melaraskan kelantangan, dan bertukar antara mod dering dan
senyap.
Butang Hidup/Mati Tidur/Bangun
Apabila anda tidak menggunakan iPhone, anda boleh menguncinya untuk mematikan
paparan dan menjimatkan bateri.
Apabila iPhone dikunci, tiada apa-apa berlaku jika anda menyentuh skrin. iPhone
masih boleh menerima panggilan, mesej teks, dan kemas kinian lain. Anda juga boleh:
mendengar muzikÂ
melaraskan kelantangan menggunakan butang pada sisi iPhone (atau pada fon Â
kepala iPhone) semasa anda dalam panggilan telefon atau mendengar muzik.
menggunakan butang tengah pada fon kepala iPhone untuk menjawab atau Â
menamatkan panggilan, atau mengawal main balik audio (lihat “Mengawal Main
Balik Audio” pada halaman 103)
Bab 1 Sekilas Pandang iPhone 11
Secara lalai, iPhone terkunci jika anda tidak menyentuh skrin selama seminit.
Butang Hidup/
Mati Tidur/Bangun
Kunci iPhoneTekan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun.
Buka kunci iPhoneTekan butang Utama
Tidur/Bangun, kemudian seret gelangsar.
Matikan iPhone sepenuhnyaTekan dan tahan butang Hidup/Mati Tidur/
Bangun selama beberapa saat sehingga
gelangsar merah muncul, kemudian seret
gelangsar. Apabila iPhone dimatikan, panggilan
masuk pergi terus ke mel suara.
Hidupkan iPhoneTekan dan tahan butang Hidup/Mati Tidur/
Bangun sehingga logo Apple hilang.
atau butang Hidup/Mati
Untuk mendapatkan maklumat mengenai penukaran tempoh masa sebelum iPhone
dikunci, lihat “Kunci Auto” pada halaman 217. Untuk mendapatkan maklumat mengenai
mengeset iPhone supaya meminta kod laluan bagi membuka kuncinya, lihat “Kunci
Kod Laluan” pada halaman 217.
Butang Utama
Tekan butang Utama pada bila-bila masa untuk pergi ke skrin Utama, yang
mengandungi aplikasi iPhone anda. Sentuh sebarang ikon aplikasi untuk bermula.
Untuk melihat aplikasi terbaru yang anda gunakan, dwiklik butang Utama (iPhone 3GS
atau lebih baru). Lihat “Membuka dan Menukar Aplikasi” pada halaman 29.
Butang Kelantangan
Apabila anda dalam panggilan atau mendengar lagu, menonton lem, atau media lain,
butang pada sisi iPhone melaraskan kelantangan audio. Selain daripada itu, butang
tersebut mengawal kelantangan untuk pendering, isyarat, dan kesan bunyi yang lain.
AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara mengelakkan
kehilangan pendengaran, lihat Panduan Maklumat Produk Penting di
support.apple.com/ms_MY/manuals/#iphone/.
12 Bab 1 Sekilas Pandang iPhone
Untuk melaraskan kelantangan, gunakan butang pada sisi iPhone.
Tingkatkan
kelantangan
Kurangkan
kelantangan
Dering
Senyap
Untuk mengeset had kelantangan bagi muzik dan video pada iPhone, lihat
“Muzik” pada halaman 234.
Suis Dering/Senyap
Petik suis Dering/Senyap untuk menukar iPhone ke mod dering atau mod senyap
.
Dalam mod dering, iPhone memainkan semua bunyi. Dalam mod senyap, iPhone tidak
berdering atau memainkan isyarat dan kesan bunyi yang lain.
Penting: Penggera jam, aplikasi audio seperti iPod, dan banyak permainan masih
memainkan bunyi menerusi speaker terbina dalam apabila iPhone dalam mod senyap.
Secara lalai, apabila anda menerima panggilan, iPhone bergetar sama ada ia disetkan
ke mod dering atau mod senyap. Jika iPhone disetkan ke mod dering, anda boleh
menyenyapkan panggilan dengan menekan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun atau
salah satu daripada butang kelantangan. Tekan untuk kali kedua bagi menghantar
panggilan ke mel suara.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai menukar seting bunyi dan getaran, lihat
“Bunyi dan Suis Dering/Senyap” pada halaman 212 .
Aplikasi iPhone
Aplikasi dalam jadual berikut disertakan bersama iPhone.
Bab 1 Sekilas Pandang iPhone 13
Nota: Kefungsian dan ketersediaan aplikasi mungkin berbeza-beza, bergantung pada
negara atau rantau di mana anda membeli dan menggunakan iPhone.
Buat panggilan, dengan akses cepat kepada pemanggil terbaru, kegemaran, dan
semua kenalan anda. Dail secara manual menggunakan pad kekunci angka. Atau
Telefon
Mail
Safari
iPod
Mesej
Kalendar
Foto
hanya gunakan dail suara. Mel suara visual memberi senarai mesej mel suara anda—
hanya sentuh untuk mendengar sebarang mesej, dalam sebarang urutan. Buat
panggilan video FaceTime kepada pengguna iPhone 4 atau iPod touch (generasi
keempat) yang lain melalui Wi-Fi. Lihat Bab 5, “ Telefon,” pada halaman 68.
iPhone berfungsi dengan MobileMe, Microsoft Exchange, dan kebanyakan sistem
e-mel paling popular—termasuk Yahoo!, Google, dan AOL—dan juga kebanyakan
sistem e-mel POP3 dan IMAP yang menjadi standard industri. Lihat dan cetak PDF
dan lampiran lain. Simpan foto dan grak yang dilampirkan ke album Jalur Filem
anda. Lihat Bab 6, “ Mail,” pada halaman 84.
Layari laman web melalui rangkaian data selular atau melalui Wi-Fi. Pusing iPhone
ke sisi untuk paparan skrin lebar. Dwisentuh untuk zum masuk atau zum keluar—
Safari secara automatik memuatkan lajur halaman web pada skrin iPhone untuk
dibaca dengan mudah. Buka berbilang halaman. Selaraskan penanda buku dengan
Safari atau Microsoft Internet Explorer pada komputer anda. Tambah klip web Safari
pada skrin Utama untuk akses cepat kepada laman web kegemaran. Simpan imej
daripada laman web ke Pustaka Foto anda. Cetak halaman web, PDF, dan dokumen
lain yang dibuka dalam Quick Look. Lihat Bab 7, “ Safari,” pada halaman 94.
Dengar lagu, buku audio, dan podcast anda. Buat senarai main, atau gunakan Genius
untuk membuat senarai main bagi anda. Dengar Genius Mixes untuk lagu daripada
pustaka anda. Tonton lem dan podcast video dalam skrin lebar. Gunakan AirPlay
untuk menstrim muzik atau video anda secara wayarles ke Apple TV atau sistem
audio yang serasi. Lihat Bab 8, “ iPod,” pada halaman 101.
Hantar dan terima mesej teks SMS. Lihat senarai perbualan lama anda, dan sentuh
perbualan untuk melihat mesej yang telah anda hantar dan terima. Hantar foto,
klip video (iPhone 3GS atau lebih baru), maklumat hubungan, dan memo suara ke
peranti MMS. Lihat Bab 9, “ Mesej,” pada halaman 11 7.
Lihat dan cari dalam kalendar MobileMe, iCal, Microsoft Entourage, Microsoft
Outlook, atau Microsoft Exchange anda. Masukkan peristiwa pada iPhone dan
ia diselaraskan kembali ke kalendar pada komputer anda. Langgan kalendar.
Lihat hari jadi yang telah anda masukkan ke dalam Kenalan. Setkan isyarat
untuk mengingatkan anda tentang peristiwa, janji temu, dan tarikh akhir. Lihat
Bab 10 , “ Kalendar,” pada halaman 123 .
Lihat foto dan tonton video yang anda ambil dengan iPhone, simpannya daripada
mesej Mel atau MMS, atau selaraskannya dari komputer anda. Tonton video
(iPhone 3GS atau lebih baru) dalam orientasi potret atau landskap. Zum masuk pada
foto untuk melihat dengan lebih dekat, atau cetaknya. Lihat persembahan slaid.
E-mel foto dan video, hantarkannya dalam mesej MMS, atau terbitkannya ke galeri
MobileMe. Berikan imej pada kenalan, dan gunakannya sebagai hias latar. Lihat
foto mengikut tempat, dan jika anda menyelaras dengan iPhoto 8.0 (sebahagian
daripada iLife ‘09) atau lebih baru, lihat foto mengikut peristiwa dan muka. Lihat
Bab 11 , “ Foto,” pada halaman 13 0 .
14 Bab 1 Sekilas Pandang iPhone
Kamera
YouTube
Saham
Peta
Cuaca
Nota
Jam
Kalkulator
Ambil foto, dan rakam video (iPhone 3GS atau lebih baru). Lihat mereka pada
iPhone, e-melnya, hantarkannya dalam mesej MMS, atau muat naiknya ke komputer
anda. Sentuh untuk memfokus pada objek atau kawasan tertentu. Potong dan
simpan klip video. Muat naik video terus ke YouTube. Ambil gambar rakan dan
setkan iPhone untuk memaparkannya apabila mereka memanggil anda. Lihat
Bab 12 , “ Kamera,” pada halaman 138 .
Mainkan video daripada koleksi dalam talian YouTube. Cari sebarang video, atau
layari yang ditampilkan, terbanyak ditonton, terbaru dikemas kini, dan video dengan
rating tertinggi. Sediakan dan log masuk ke akaun YouTube anda—kemudian
tarafkan video, selaraskan kegemaran anda, lihat langganan, dan banyak lagi.
Gunakan AirPlay untuk menstrim video YouTube ke Apple TV. Muat naik video anda
sendiri yang dirakam dengan iPhone. Lihat Bab 13, “ YouTube,” pada halaman 14 3 .
Lihat saham kegemaran anda, dikemas kini secara automatik daripada Internet.
Lihat berita syarikat dan maklumat dagangan semasa, seperti harga pembukaan
dan harga purata, volum dagangan, atau permodalan pasaran. Pusing iPhone untuk
melihat carta terperinci dalam orientasi landskap. Seret jari anda sepanjang carta
untuk menjejak titik harga, atau gunakan dua jari bagi melihat julat di antara titik.
Lihat Bab 14 , “ Saham,” pada halaman 150.
Lihat peta jalan, paparan satelit, atau paparan hibrid lokasi dari seluruh dunia. Zum
masuk untuk pandangan lebih dekat, atau lihat Google Street View. Cari dan jejak
lokasi semasa anda (anggaran). Lihat arah anda sedang menghala (iPhone 3GS atau
lebih baru, menggunakan kompas terbina dalam). Dapatkan arahan memandu,
transit awam, atau berjalan yang terperinci dan lihat keadaan lalu lintas lebuh raya
semasa. Cari perniagaan di dalam kawasan dan panggil dengan satu sentuhan. Lihat
Bab 15 , “ Peta,” pada halaman 15 2 .
Dapatkan keadaan cuaca semasa dan ramalan enam hari. Tambah bandar
kegemaran anda untuk laporan cuaca segera pada bila-bila masa. Lihat
Bab 16 , “ Cuaca,” pada halaman 162.
Taipkan nota dalam perjalanan—peringatan, senarai barang runcit, idea pintar.
Hantarkannya dalam e-mel. Selaraskan nota ke Mail pada Mac anda, atau Microsoft
Outlook atau Outlook Express pada PC anda. Selaraskan nota atas udara (iPhone 3GS
atau lebih baru) menggunakan akaun MobileMe, Google, Yahoo!, atau IMAP anda.
Lihat Bab 17, “ Nota,” pada halaman 16 4.
Dalam folder Utiliti. Lihat masa bagi bandar di seluruh dunia—cipta jam untuk
kegemaran anda. Setkan satu atau lebih penggera. Gunakan jam randik, atau setkan
pemasa kira detik . Lihat Bab 18, “Jam,” pada halaman 167.
Dalam folder Utiliti. Tambah, tolak, darab, dan bahagi. Pusing iPhone ke sisi untuk
menggunakan fungsi saintik yang diperluaskan. Lihat Bab 19 , “ Kalkulator,” pada
halaman 170.
Bab 1 Sekilas Pandang iPhone 15
Kompas
Memo Suara
iTunes
App Store
Game Center
Seting
Kenalan
Nike + iPod
iBooks
Dalam folder Utiliti. Gunakan kompas digital terbina dalam (iPhone 3GS atau lebih
baru) untuk menentukan arah anda. Dapatkan koordinat semasa anda. Pilih antara
utara benar dan utara magnetik. Lihat Bab 20, “ Kompas,” pada halaman 17 3.
Dalam folder Utiliti. Rakam memo suara pada iPhone. Mainkannya balik pada iPhone
atau selaraskannya dengan iTunes untuk mendengar memo suara pada komputer
anda. Lampirkan memo suara ke e-mel atau mesej MMS. Lihat Bab 21 , “ Memo
Suara
,” pada halaman 176.
Cari iTunes Store untuk muzik, lem, rancangan TV, buku audio, dan banyak
lagi. Semak imbas, pratonton, dan muat turun keluaran terbaru, atau lihat apa
yang popular pada carta. Sewa lem dan rancangan TV untuk ditonton pada
iPhone. Strim dan muat turun podcast. Ikuti artis kegemaran dan rakan anda
untuk mengetahui mengenai muzik yang mereka dengar dan berbincang. Lihat
Bab 22, “ iTunes Store,” pada halaman 181.
Cari dalam App Store untuk aplikasi iPhone yang boleh anda beli atau muat turun
menggunakan sambungan Wi-Fi atau rangkaian data selular anda. Baca ulasan atau
tulis ulasan anda sendiri untuk aplikasi kegemaran anda. Muat turun dan pasang
aplikasi pada skrin Utama anda. Lihat Bab 23, “App Store,” pada halaman 19 2.
Temui permainan baru dan kongsi pengalaman permainan anda dengan rakan
dari seluruh dunia (iPhone 3GS atau lebih baru). Jemput rakan, atau minta untuk
dipadankan dengan lawan setara yang lain. Semak penarafan pemain pada
papan juara. Dapatkan pencapaian untuk mata tambahan. Lihat Bab 24, “ Game
Center
,” pada halaman 199.
Sediakan akaun dan laraskan semua seting iPhone dalam satu tempat yang mudah.
Setkan had kelantangan anda sendiri untuk keselesaan mendengar. Setkan nada
dering anda, hias latar, kecerahan skrin, dan seting untuk rangkaian, telefon, mel,
web, muzik, video, foto, dan banyak lagi. Gunakan seting Perkhidmatan Lokasi untuk
mengeset pilihan privasi lokasi bagi Peta, Kamera, Kompas, dan aplikasi pihak ketiga
yang digunakan. Setkan kunci auto dan kod laluan untuk keselamatan. Hadkan
akses ke kandungan eksplisit iTunes dan aplikasi tertentu. Reset iPhone. Lihat
Bab 25, “ Seting,” pada halaman 208.
Dapatkan maklumat kenalan yang diselaraskan daripada MobileMe, Mac OS X
Address Book, Yahoo! Address Book, Google Contacts, Windows Address Book
(Outlook Express), Microsoft Outlook, atau Microsoft Exchange. Cari, tambah,
tukar, atau padam kenalan, yang diselaraskan balik ke komputer anda. Lihat
Bab 26, “ Kenalan,” pada halaman 237.
Nike + iPod (yang muncul apabila anda mengaktifkannya dalam Seting) menukar
iPhone menjadi rakan senaman. Jejak langkah anda, masa, dan jarak anda dari satu
senaman ke yang satu lagi, dan pilih lagu untuk memberi semangat sepanjang
latihan anda. (iPhone 3GS atau lebih baru. Memerlukan kasut Nike terpilih dan
Nike + iPod Sensor, dijual secara berasingan.) Lihat Bab 27, “ Nike + iPod,” pada
halaman 244.
Muat turun aplikasi iBooks percuma daripada App Store untuk cara hebat bagi
membeli dan membaca buku. Dapat segala-galanya daripada klasik ke penjual
terlaris daripada iBookstore yang terbina dalam. Tambah buku ePub dan buku PDF
ke rak buku anda menggunakan iTunes. Cetak PDF. Lihat Bab 28, “iBooks,” pada
halaman 248.
16 Bab 1 Sekilas Pandang iPhone
Ikon status
Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin memberi maklumat mengenai iPhone:
Ikon statusApakah maksudnya
Isyarat Sel*Menunjukkan sama ada anda berada dalam liputan
rangkaian selular dan boleh membuat dan menerima
panggilan. Lebih banyak bar, lebih kuat isyarat. Jika tiada
isyarat, bar digantikan dengan “Tiada perkhidmatan.”
Mod PesawatMenunjukkan bahawa mod pesawat adalah aktif—
anda tidak boleh menggunakan telefon, mengakses
Internet, atau menggunakan peranti Bluetooth®. Ciri
tanpa wayarles tersedia. Lihat “Mod Pesawat
halaman 208.
3GMenunjukkan bahawa rangkaian 3G pembawa anda
tersedia, dan iPhone boleh bersambung kepada Internet
melalui 3G. Lihat “Bagaimana iPhone Bersambung
kepada Internet
EDGEMenunjukkan bahawa rangkaian EDGE pembawa anda
tersedia, dan iPhone boleh bersambung kepada Internet
melalui EDGE. Lihat “Bagaimana iPhone Bersambung
kepada Internet
GPRSMenunjukkan bahawa rangkaian GPRS pembawa anda
tersedia, dan iPhone boleh bersambung kepada Internet
melalui GPRS. Lihat “Bagaimana iPhone Bersambung
kepada Internet
Wi-Fi*Menunjukkan bahawa iPhone disambung kepada
Internet melalui rangkaian Wi-Fi. Lebih banyak bar, lebih
kuat sambungannya. Lihat “Menyertai Rangkaian WiFi
” pada halaman 23.
Aktiviti rangkaianMenunjukkan penyelarasan atas udara atau aktiviti
rangkaian yang lain. Sesetengah aplikasi pihak
ketiga juga mungkin menggunakan ikon ini untuk
menunjukkan proses aktif.
Memajukan PanggilanMenunjukkan bahawa Memajukan Panggilan disediakan
pada iPhone. Lihat “Memajukan Panggilan
halaman 229.
VPNMenunjukkan bahawa anda bersambung kepada
rangkaian menggunakan VPN. Lihat “Rangkaian
halaman 214 .
ManggaMenunjukkan bahawa iPhone dikunci. Lihat “Butang
Hidup/Mati Tidur/Bangun
TTYMenunjukkan bahawa iPhone disetkan untuk berfungsi
dengan mesin TTY. Lihat “Menggunakan iPhone dengan
Mesin Teletaip ( TTY)
” pada halaman 22.
” pada halaman 22.
” pada halaman 22.
” pada halaman 11 .
” pada halaman 230.
” pada
” pada
” pada
Bab 1 Sekilas Pandang iPhone 17
Ikon statusApakah maksudnya
MainMenunjukkan bahawa lagu, buku audio, atau podcast
sedang bermain. Lihat “Memainkan Lagu dan Audio
Lain
” pada halaman 102.
Kunci orientasi potretMenunjukkan bahawa skrin iPhone dikunci dalam
orientasi potret. Lihat “Memaparkan dalam Orientasi
Potret atau Landskap
PenggeraMenunjukkan bahawa penggera diset. Lihat
“Penggera
Perkhidmatan lokasiMenunjukkan bahawa beberapa aplikasi menggunakan
perkhidmatan lokasi. Lihat “Perkhidmatan Lokasi
halaman 216 .
Bluetooth*Ikon biru atau putih: Bluetooth aktif dan peranti, seperti
headset atau kit kereta, bersambung.
Bluetooth aktif, tetapi peranti tidak bersambung.
Tiada ikon: Bluetooth dinyahaktifkan. Lihat “Peranti
Bluetooth
BateriMenunjukkan paras bateri atau status pengecasan. Lihat
“Bateri
” pada halaman 168.
” pada halaman 53.
” pada halaman 54.
” pada halaman 32.
Ikon kelabu:
* Penggunaan aksesori tertentu dengan iPhone mungkin menjejaskan prestasi
wayarles.
” pada
18 Bab 1 Sekilas Pandang iPhone
Bermula
2
·
AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca semua arahan pengendalian dalam
panduan ini dan maklumat keselamatan dalam iPhone Panduan Maklumat Produk
Penting di support.apple.com/ms_MY/manuals/#iphone/ sebelum menggunakan
iPhone.
Melihat Panduan Pengguna pada iPhone
Panduan Pengguna iPhone, yang dioptimumkan untuk paparan pada iPhone, tersedia
di help.apple.com/iphone.
Lihat panduan pada iPhone: Dalam Safari, sentuh , kemudian sentuh penanda
buku Panduan Pengguna iPhone.
Tambah ikon bagi panduan pada skrin Utama: Semasa melihat panduan, sentuh ,
kemudian sentuh “Tambah ke Skrin Utama.”
Panduan Pengguna iPhone tersedia dalam banyak bahasa.
Lihat panduan dalam bahasa berlainan: Sentuh “Tukar Bahasa” pada bahagian
bawah skrin pada halaman kandungan utama, kemudian pilih bahasa yang anda
inginkan.
Apa Yang Anda Perlukan
Untuk menggunakan iPhone, anda memerlukan:
Pelan perkhidmatan wayarles dengan pembawa yang menyediakan perkhidmatan Â
iPhone dalam kawasan anda
Mac atau PC dengan port USB 2.0 dan salah satu dari sistem pengendalian yang Â
berikut:
Mac OS X v10.5.8 atau lebih baruÂ
Windows 7, Windows Vista, atau Windows XP Home atau Professional (SP3)Â
Resolusi paparan komputer anda disetkan ke 1024 x 768 atau lebih tinggiÂ
iTunes 10.1 atau lebih baru, tersedia di Âwww.apple.com/asia/itunes/download
19
QuickTime 7.6.2 atau lebih baru (untuk memainkan video yang dirakam oleh Â
Kad SIM
Mikro
Dulang kad
SIM Mikro
Klip kertas
atau alat
mengeluarkan
SIM
Kad SIM
Dulang SIM
Alat mengeluarkan
SIM
iPhone 3GS atau lebih baru pada komputer anda)
Apple ID (seperti akaun iTunes Store atau akaun MobileMe) untuk pembelian Â
daripada iTunes Store atau App Store
Sambungan Internet dari komputer anda (jalur lebar disyorkan)Â
Memasang Kad SIM
Jika kad SIM anda tidak diprapasang, anda mesti memasangnya sebelum anda boleh
menggunakan iPhone.
Memasang kad SIM dalam iPhone 4
Memasang kad SIM dalam iPhone 3GS
Pasang kad SIM:
1 Masukkan hujung klip kertas atau alat mengeluarkan SIM ke dalam lubang pada
dulang kad SIM.
Tekan dengan kuat, terus ke dalam sehingga dulang keluar.
2 Tarik keluar dulang kad SIM dan letakkan kad SIM ke dalam dulang seperti yang
ditunjukkan.
3 Dengan dulang dijajarkan dan kad SIM di atasnya seperti yang ditunjukkan, masukkan
semula dulang dengan cermat.
20 Bab 2 Bermula
Mengaktifkan iPhone
Anda mesti mengaktifkan iPhone dengan mendaftar untuk pelan perkhidmatan
bersama pembawa perkhidmatan iPhone di kawasan anda dan mendaftarkan iPhone
dengan rangkaian.
iPhone anda mungkin telah diaktifkan pada masa pembelian. Jika ia belum diaktifkan,
hubungi penjual iPhone anda atau pembekal khidmat selular.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai iPhone, pergi ke www.apple.com/my/
iphone.
Membuat Persediaan iPhone
Sebelum anda boleh menggunakan iPhone, anda mesti menyediakannya dalam
iTunes. Semasa persediaan, anda boleh membuat Apple ID baru atau menentukan
Apple ID sedia ada bagi membuat pembelian dengan iPhone. (iTunes Store mungkin
tidak tersedia di semua negara atau rantau.) iTunes juga merekodkan nombor siri
iPhone anda, dalam keadaan anda memerlukannya.
Sediakan iPhone:
1 Muat turun dan pasang versi terbaru iTunes daripada www.apple.com/asia/itunes/
download.
2 Sambung iPhone ke port USB 2.0 pada Mac atau PC anda menggunakan kabel yang
disertakan dengan iPhone.
3 Ikut arahan atas skrin.
Dalam skrin Sediakan iPhone Anda, pilih “Automatically sync contacts, calendars and
bookmarks” untuk mengkongurasi item yang diselaraskan secara automatik apabila
anda menyambung iPhone ke komputer anda. Anda juga boleh menyesuaikan seting
penyelarasan anda dalam iTunes. Lihat “Menyelaras dengan iTunes” pada halaman 61.
Bab 2 Bermula 21
Nota: Jika anda mempunyai kerosakan penglihatan, VoiceOver (iPhone 3GS atau
lebih baru) boleh membantu anda menyediakan iPhone tanpa pembantu yang
boleh melihat. VoiceOver membaca apa yang muncul pada skrin, supaya anda dapat
menggunakan iPhone tanpa melihatnya. Apabila anda menyambung iPhone ke
komputer anda, iTunes mengesan sama ada anda menggunakan pembaca skrin yang
serasi pada komputer anda, seperti VoiceOver (Mac) atau GW Micro Window-Eyes
(PC), dan mendayakan VoiceOver pada iPhone secara automatik. Pengguna dengan
penglihatan juga boleh mendayakan VoiceOver pada iPhone menggunakan seting
Kebolehcapaian. (VoiceOver mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.) Lihat
“VoiceOver” pada halaman 256.
Memutuskan sambungan iPhone daripada Komputer Anda
Anda boleh memutuskan sambungan iPhone daripada komputer anda pada bila-bila
masa. Walau bagaimanapun, jika anda memutuskannya semasa penyelarasan sedang
berjalan, sesetengah data mungkin tidak akan diselaraskan sehingga kali seterusnya
anda menyambung iPhone ke komputer anda.
Apabila iPhone sedang menyelaras dengan komputer anda, iPhone memaparkan
“Penyelarasan sedang Berjalan.” Jika anda memutuskan sambungan iPhone sebelum ia
selesai menyelaras, sesetengah data mungkin tidak dipindahkan. Apabila penyelarasan
selesai, iTunes memaparkan “iPhone sync is complete.”
Batalkan penyelarasan: Seret gelangsar pada iPhone.
Jika anda menerima panggilan semasa penyelarasan, penyelarasan dibatalkan dan
anda boleh memutuskan sambungan iPhone bagi menjawab panggilan. Sambung
iPhone selepas panggilan untuk melengkapkan penyelarasan.
Bersambung kepada Internet
iPhone bersambung kepada Internet pada bila-bila anda menggunakan Mail, Safari,
YouTube, Saham, Peta, Cuaca, App Store, atau iTunes Store.
Bagaimana iPhone Bersambung kepada Internet
iPhone bersambung kepada Internet menggunakan sama anda rangkaian Wi-Fi atau
rangkaian data selular. iPhone melakukan yang berikut, mengikut urutan, sehingga
bersambung:
Bersambung melalui rangkaian Wi-Fi  terakhir yang anda gunakan yang tersedia.
22 Bab 2 Bermula
Jika tiada rangkaian Wi-Fi yang digunakan sebelumnya tersedia, iPhone Â
memaparkan senarai rangkaian Wi-Fi dalam liputan. Sentuh rangkaian, jika perlu,
masukkan kata laluan untuk menyertai. Rangkaian yang memerlukan kata laluan
menunjukkan ikon kunci bersebelahannya. Anda boleh mengelakkan iPhone
daripada memaparkan rangkaian yang tersedia secara automatik. Lihat “Wi-Fi” pada
halaman 210.
Jika tiada rangkaian Wi-Fi tersedia atau anda memilih untuk tidak menyertai mana-Â
mana, iPhone bersambung kepada Internet melalui rangkaian data selular ( , ,
atau ). Anda boleh menghalang iPhone daripada menggunakan data selular dalam
Seting. Lihat “Rangkaian” pada halaman 214 .
Jika tiada rangkaian Wi-Fi tersedia dan rangkaian data selular tidak tersedia, iPhone
tidak boleh bersambung kepada Internet.
Nota: Melainkan anda mempunyai sambungan 3G, anda tidak boleh menggunakan
Internet melalui rangkaian data selular apabila anda dalam panggilan. Anda mesti
mempunyai sambungan Wi-Fi untuk menggunakan aplikasi Internet sambil turut
berbual dengan telefon.
Kebanyakan rangkaian Wi-Fi boleh digunakan secara percuma termasuk, dalam
sesetengah negara atau rantau, hotspot Wi-Fi yang disediakan oleh pembawa iPhone
anda. Sesetengah rangkaian Wi-Fi memerlukan bayaran. Untuk menyertai rangkaian
Wi-Fi di hotspot yang mengenakan bayaran, anda biasanya boleh membuka Safari
untuk melihat halaman web yang membenarkan anda mendaftar bagi perkhidmatan
tersebut.
Menyertai Rangkaian Wi-Fi
Seting Wi-Fi membolehkan anda mengaktifkan Wi-Fi dan menyertai rangkaian Wi-Fi.
Aktifkan Wi-Fi: Pilih Seting > Wi-Fi dan aktifkan Wi-Fi.
rangkaian dalam liputan, kemudian pilih rangkaian (bayaran mungkin dikenakan bagi
menyertai sesetengah rangkaian Wi-Fi). Jika perlu, masukkan kata laluan dan sentuh
Sertai (rangkaian yang memerlukan kata laluan muncul dengan ikon kunci ).
Setelah anda menyertai rangkaian Wi-Fi secara manual, iPhone menyertainya secara
automatik pada bila-bila masa rangkaian tersebut berada dalam liputan. Jika lebih
daripada satu rangkaian yang digunakan sebelumnya berada dalam liputan, iPhone
menyertai yang terakhir digunakan.
Apabila iPhone disambung kepada rangkaian Wi-Fi, ikon Wi-Fi dalam bar status di
bahagian atas skrin menunjukkan kekuatan sambungan. Lebih banyak bar yang anda
lihat, lebih kuat sambungannya.
Untuk maklumat mengenai mengkongurasi seting Wi-Fi, lihat “Wi-Fi” pada
halaman 210.
Bab 2 Bermula 23
Akses Rangkaian Data Selular
3G, EDGE, dan GPRS membenarkan kesambungan Internet melalui rangkaian selular
yang tersedia menerusi perkhidmatan wayarles pembawa iPhone anda. Semak liputan
rangkaian pembawa di kawasan anda untuk ketersediaan.
Anda boleh melihat sama ada iPhone disambung kepada Internet melalui rangkaian
data selular jika anda dapat melihat ikon 3G (), EDGE ( ), atau ikon GPRS ( ) dalam
bar status di bahagian aras skrin.
Nota: Melainkan anda mempunyai sambungan 3G, anda mungkin tidak dapat
menerima panggilan semasa iPhone memindahkan data secara aktif melalui rangkaian
selular—contohnya, memuat turun halaman web. Panggilan masuk kemudiannya
masuk terus ke mel suara.
Aktifkan 3G: Dalam Seting, pilih Umum > Rangkaian dan sentuh Dayakan 3G.
Jika anda berada di luar rangkaian pembawa anda, anda mungkin dapat mengakses
Internet menerusi pembawa lain. Untuk membenarkan e-mel, melayari web, dan
perkhidmatan data yang lain pada bila-bila masa yang mungkin, aktifkan Perayauan
Data.
Aktifkan Perayauan Data: Dalam Seting, pilih Umum > Rangkaian dan aktifkan
Perayauan Data.
Penting: Caj perayauan mungkin dikenakan. Bagi mengelakkan caj perayauan data,
pastikan Perayauan Data dimatikan.
Akses Internet dalam Kapal Terbang
Mod pesawat mematikan pemancar dan penerima selular, Wi-Fi, Bluetooth, dan
penerima serta pemancar GPS iPhone bagi mengelakkan daripada mengganggu
operasi pesawat. Mod pesawat menyahdayakan kebanyakan ciri iPhone. Di sesetengah
negara atau rantau, di mana dibenarkan oleh pengendali pesawat dan undangundang serta peraturan yang berkuat kuasa, anda boleh mengaktifkan Wi-Fi apabila
mod pesawat aktif, untuk:
Menghantar dan menerima e-melÂ
Melayari InternetÂ
Selaraskan kenalan anda, kalendar, penanda buku penyemak imbas, dan nota Â
(iPhone 3GS atau lebih baru) melalui udara
Menstrim video YouTubeÂ
Mendapatkan harga sahamÂ
Mendapatkan lokasi petaÂ
Mendapatkan laporan cuacaÂ
Membeli muzik dan aplikasiÂ
24 Bab 2 Bermula
Anda juga mungkin dibenarkan untuk mengaktifkan Bluetooth dan menggunakan
peranti Bluetooth dengan iPhone.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Mod Pesawat” pada halaman 208.
Akses VPN
VPN (rangkaian peribadi maya) memberikan akses selamat melalui Internet ke
rangkaian peribadi, seperti rangkaian di syarikat atau sekolah anda. Gunakan seting
Rangkaian bagi mengkongurasi dan menghidupkan VPN. Lihat “Rangkaian” pada
halaman 214 .
Menggunakan iPhone sebagai Modem
Anda boleh menggunakan iPhone sebagai modem untuk menyambung, atau
menambat, komputer anda kepada Internet. Anda boleh menyambung iPhone ke
komputer anda menggunakan Kabel Penyambung Dok ke USB, atau melalui Bluetooth.
Nota: Penambatan mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau. Bayaran
tambahan mungkin dikenakan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan
maklumat lanjut.
Penambatan berfungsi menerusi rangkaian data selular. Anda tidak boleh berkongsi
sambungan Wi-Fi kepada Internet. Jika anda mempunyai sambungan 3G, anda boleh
membuat dan menerima panggilan telefon semasa dalam tambatan.
Sediakan sambungan penambatan:
1 Dalam Seting, pilih Umum > Rangkaian > Penambatan Internet.
2 Luncurkan suis Penambatan Internet ke Aktif.
3 Sambung iPhone ke komputer anda:
 USB: Sambung komputer anda ke iPhone, menggunakan Kabel Penyambung Dok
ke USB. Di dalam seting perkhidmatan Rangkaian komputer anda, pilih iPhone.
Pada Mac, tetingkap pop-up muncul pada kali pertama anda bersambung, yang
menyatakan “A new network interface has been detected.” Klik Network Preferences,
kongurasi seting rangkaian untuk iPhone, kemudian klik Apply. Pada PC, gunakan
Network Control Panel untuk mengkongurasi sambungan iPhone.
 Bluetooth: Pada iPhone, pilih Seting > Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth.
Kemudian rujuk dokumentasi yang disertakan dengan perisian sistem komputer
anda bagi memasang dan menyambung iPhone dengan komputer anda.
Apabila anda disambung, jalur biru muncul pada bahagian atas skrin. Penambatan
kekal aktif apabila anda bersambung dengan USB, walaupun jika anda tidak
menggunakan sambungan Internet secara aktif.
Awasi penggunaan rangkaian data selular anda: Dalam Seting, pilih Umum >
Penggunaan.
Bab 2 Bermula 25
Menambah Akaun Mel, Kenalan, dan Kalendar
Mengenai Akaun
iPhone berfungsi dengan MobileMe, Microsoft Exchange, dan kebanyakan pembekal
khidmat e-mel, kenalan dan kalendar berasaskan Internet yang paling popular. Jika
anda belum lagi mempunyai akaun e-mel, anda boleh mendapatkan akaun percuma
dalam talian di www.yahoo.com, www.google.com, atau www.aol.com. Anda juga
boleh mencuba MobileMe, percuma selama 60 hari, di www.me.com.
Anda boleh menambah kenalan dengan menggunakan akaun LDAP atau CardDAV
jika syarikat atau organisasi anda menyokongnya. Lihat “Menambah Kenalan” pada
halaman 237.
Anda boleh menambah akaun kalendar CalDAV. Lihat “Menyelaras Kalendar” pada
halaman 12 3 .
Anda boleh melanggan kalendar iCal (.ics) atau mengimportnya daripada Mail. Lihat
“Langgan Kalendar” dan “Mengimport Fail Kalendar daripada Mel” pada halaman 129.
Menyediakan Akaun MobileMe
Untuk menggunakan MobileMe pada iPhone, anda perlu membuat persediaan Akaun
Percuma MobileMe atau Langganan Berbayar MobileMe.
Akaun Percuma MobileMe membenarkan anda menggunakan Cari iPhone Saya
(tidak tersedia di semua negara atau rantau), ciri yang membantu anda mencari dan
melindungi maklumat pada iPhone anda jika ia hilang atau telah dicuri. Lihat “Ciri
Keselamatan” pada halaman 56.
Langganan Berbayar MobileMe membenarkan anda menggunakan Cari iPhone Saya,
serta ciri-ciri berikut:
Akaun mel di me.comÂ
Penyelarasan atas udara bagi kenalan, kalendar, penanda buku, dan notaÂ
Galeri MobileMe untuk berkongsi foto dan videoÂ
MobileMe iDisk untuk menyimpan dan berkongsi failÂ
Anda boleh mencuba ciri-ciri ini dengan percubaan percuma selama 60 hari di
www.apple.com/asia/mobileme/.
Akaun Percuma MobileMe tersedia kepada mana-mana pengguna dengan iPhone 4
yang menjalankan iOS 4.2 atau lebih baru. Jika anda sudah mencipta akaun untuk App
Store atau Game Center, anda boleh menggunakan Apple ID yang sama untuk akaun
MobileMe anda. Anda boleh membuat Apple ID baru jika anda belum memiliki satu,
aatau jika anda inginkan Apple ID yang lain untuk akaun MobileMe anda.
26 Bab 2 Bermula
Sediakan Akaun Percuma MobileMe:
1 Dalam Seting, sentuh “Mail, Kenalan, Kalendar.”
2 Sentuh Tambah Akaun, kemudian sentuh MobileMe.
3 Masukkan Apple ID dan kata laluan anda, atau sentuh Cipta Apple ID Percuma.
4 Ikut arahan atas skrin.
Sahkan alamat e-mel anda, jika diperlukan.
5 Pastikan Cari iPhone Saya diaktifkan.
Hanya satu akaun MobileMe boleh digunakan pada satu-satu masa untuk Cari iPhone
Saya dan untuk menyelaras kenalan, kalendar, penanda buku dan nota.
Untuk menggunakan Galeri, iDisk, dan Cari iPhone Saya pada iPhone, muat turun
aplikasi percuma Galeri MobileMe, MobileMe iDisk, dan Cari iPhone Saya daripada
App Store.
Menyediakan Akaun Microsoft Exchange
Untuk menggunakan Microsoft Exchange pada iPhone, anda perlu menambah akaun
dengan seting akaun Microsoft Exchange anda. Bertemu pembekal khidmat atau
pentadbir sistem anda untuk mendapatkan seting tersebut.
iPhone menggunakan protokol Exchange ActiveSync untuk menyelaras e-mel,
kalendar, dan kenalan atas udara dengan versi Microsoft Exchange yang berikut:
Exchange Server 2003 Service Pack 2Â
Exchange Server 2007 Service Pack 1Â
Exchange Server 2010Â
Semasa menyediakan akaun, anda boleh memilih perkhidmatan Exchange yang anda
mahu gunakan dengan iPhone:
MailÂ
KenalanÂ
KalendarÂ
Perkhidmatan yang anda aktifkan diselaraskan secara automatik melalui udara tanpa
perlu menyambung iPhone ke komputer anda. Lihat “Akaun Penyelarasan” pada
halaman 60.
Anda boleh menyediakan berbilang akaun Exchange.
Sediakan akaun Exchange:
1 Dalam Seting, sentuh “Mail, Kenalan, Kalendar.”
2 Sentuh Tambah Akaun, kemudian sentuh Microsoft Exchange.
Bab 2 Bermula 27
3 Masukkan alamat e-mel lengkap anda, domain (pilihan), nama pengguna, kata laluan,
dan perihalan. Perihalan adalah apa-apa sahaja yang anda suka.
iPhone menyokong perkhidmatan Autodiscovery Microsoft, yang menggunakan
nama pengguna dan kata laluan anda untuk menentukan alamat pelayan Exchange.
Jika alamat pelayan tidak dapat ditentukan, anda diminta untuk memasukkannya.
(Masukkan alamat lengkap dalam medan Pelayan.) Setelah anda bersambung kepada
pelayan Exchange, anda mungkin digesa untuk menukar kod laluan anda supaya
sepadan dengan dasar yang disetkan pada pelayan.
4 Sentuh item yang anda mahu gunakan pada iPhone (mel, kenalan dan kalendar) dan
setkan bilangan hari e-mel yang anda ingin selaraskan ke iPhone.
Persediaan Akaun Google, Yahoo!, dan AOL
Untuk banyak akaun popular (Google, Yahoo!, AOL), iPhone memasukkan kebanyakan
dari setingnya bagi anda. Semasa menyediakan akaun, anda boleh memilih
perkhidmatan akaun yang mana anda mahu gunakan dengan iPhone. Perkhidmatan
yang anda aktifkan diselaraskan secara automatik melalui udara tanpa perlu
menyambung iPhone ke komputer anda. Lihat “Akaun Penyelarasan” pada halaman 60.
Sediakan akaun:
1 Dalam Seting, sentuh “Mail, Kenalan, Kalendar.”
2 Sentuh Tambah Akaun, kemudian Google, Yahoo!, atau AOL.
3 Masukkan nama anda, alamat e-mel yang lengkap, kata laluan, dan perihalan. Perihalan
adalah apa-apa sahaja yang anda suka.
4 Sentuh item yang anda mahu gunakan pada iPhone. Item yang tersedia bergantung
pada pembekal khidmat.
Menyediakan Akaun Lain
Pilih Akaun Lain untuk menyediakan akaun lain bagi mel (seperti POP), kenalan
(seperti LDAP atau CardDAV), atau kalendar (seperti CalDAV). Hubungi pembekal
khidmat atau pentadbir sistem anda untuk mendapatkan seting akaun yang anda
perlukan.
Sediakan akaun:
1 Dalam Seting, sentuh “Mail, Kenalan, Kalendar.”
2 Sentuh Tambah Akaun, kemudian sentuh Lain.
3 Pilih jenis akaun yang anda mahu tambah (Mel, Kenalan, atau Kalendar).
4 Masukkan maklumat akaun anda dan sentuh Simpan.
28 Bab 2 Bermula
Asas
3
Menggunakan Aplikasi
Skrin Berbilang Sentuhan resolusi tinggi dan gerak isyarat jari yang ringkas
menjadikannya mudah untuk menggunakan aplikasi iPhone.
Membuka dan Menukar Aplikasi
Apabila anda membuka aplikasi pada iPhone dengan menyentuh ikonnya pada skrin
Utama.
Kembali ke skrin Utama: Tekan butang Utama di bahagian bawah paparan.
Bertukar ke skrin Utama lain: Kuis ke kiri atau kanan, atau sentuh ke kiri atau kanan
barisan titik.
Pergi ke skrin Utama pertama: Tekan butang Utama .
29
Pada iPhone 3GS atau lebih baru, anda boleh bertukar dengan cepat di antara aplikasi
yang sedang anda gunakan; fungsi berbilang tugas juga membolehkan aplikasi
tertentu berjalan di latar belakang.
Lihat aplikasi yang terbaru digunakan (iPhone 3GS atau lebih baru): Dwiklik butang
Utama.
Empat aplikasi yang terbaru digunakan ditunjukkan di bahagian bawah skrin. Kuis ke
kiri untuk melihat lebih banyak aplikasi.
Nota: Pada iPhone 3G, mendwiklik butang Utama menjalankan tindakan yang
ditentukan oleh seting Butang Utama. Lihat “Butang Utama” pada halaman 216 .
Keluarkan aplikasi daripada senarai terbaru: Sentuh dan tahan ikon aplikasi sehingga
ia mula bergoyang, kemudian sentuh .
Aplikasi ditambah ke aplikasi terbaru sekali lagi pada kali seterusnya anda
membukanya.
Menatal
Seret ke atas atau bawah untuk menatal. Pada sesetengah skrin seperti halaman web,
anda juga boleh menatal dari sisi ke sisi.
Menyeret jari anda untuk menatal tidak akan memilih atau mengaktifkan apa-apa
pada skrin.
30 Bab 3 Asas
Kuis untuk menatal cepat.
indeks
Anda boleh menunggu sehingga penatalan berhenti, atau menyentuh di manamana pada skrin untuk menghentikannya serta merta. Menyentuh skrin untuk
menghentikan penatalan tidak akan memilih atau mengaktifkan apa-apa.
Untuk menatal ke bahagian atas senarai, halaman web, atau e-mel dengan cepat,
hanya sentuh bar status.
Cari item dalam senarai yang diindeks: Sentuh huruf untuk melompat ke item yang
bermula dengan huruf tersebut. Seret jari anda sepanjang indeks untuk menatal cepat
menerusi senarai.
Pilih item: Sentuh item dalam senarai.
Bergantung pada senarai, menyentuh item boleh melakukan perkara yang berbeza—
contohnya, ia mungkin membuka senarai baru, memainkan lagu, membuka e-mel,
atau menunjukkan maklumat hubungan seseorang supaya anda boleh memanggil
individu tersebut.
Bab 3 Asas 31
Zum Masuk atau Keluar
Apabila melihat foto, halaman web, e-mel, atau peta, anda boleh zum masuk dan
keluar. Cubit jari anda mendekati atau menjauhi satu sama lain. Untuk foto dan
halaman web, anda boleh dwisentuh (sentuh dua kali dengan cepat) bagi zum masuk,
kemudian dwisentuh sekali lagi bagi zum keluar. Untuk peta, dwisentuh bagi zum
masuk dan sentuh sekali dengan dua jari bagi zum keluar.
Memaparkan dalam Orientasi Potret atau Landskap
Banyak aplikasi iPhone membenarkan anda melihat skrin sama ada dalam paparan
potret atau landskap. Pusing iPhone dan paparan turut berputar, melaras secara
automatik untuk muat pada orientasi skrin baru.
Anda mungkin lebih suka orientasi landskap bagi melihat halaman web dalam Safari,
atau contohnya, semasa memasukkan teks. Dalam orientasi landskap:
Aplikasi yang berikut menyokong orientasi potret dan juga landskap:
32 Bab 3 Asas
Halaman web secara automatik dibesarkan ke skrin lebar, menjadikan teks dan imej Â
lebih besar.
Papan kekunci atas skrin lebih besar, yang mungkin membantu meningkatkan Â
kelajuan dan ketepatan menaip anda.
MailÂ
SafariÂ
MesejÂ
NotaÂ
KenalanÂ
SahamÂ
iPodÂ
FotoÂ
Kamera Â
KalkulatorÂ
Filem yang ditonton dalam iPod dan YouTube muncul hanya dalam orientasi landskap.
Pandangan jalan dalam Peta turut muncul dalam landskap sahaja.
Kunci skrin dalam potret orientasi (iPhone 3GS atau lebih baru): Dwiklik butang
Utama, kuis bahagian bawah skrin dari kiri ke kanan, kemudian sentuh .
Ikon kunci orientasi potret ( ) muncul dalam bar status apabila orientasi skrin dikunci.
Memperibadikan Skrin Utama
Anda boleh memperibadikan reka letak ikon pada skrin Utama—termasuk ikon Dok
di sepanjang bahagian bawah skrin. Jika anda inginkan, susunkannya dalam berbilang
skrin Utama. Anda juga boleh menyusun aplikasi dengan mengumpulnya di dalam
folder.
Menyusun semula Ikon
Anda boleh menyusun ikon pada skrin Utama anda dalam sebarang susunan yang
anda inginkan.
Susun semula ikon:
1 Sentuh dan tahan sebarang ikon pada skrin Utama sehingga ia mula bergoyang.
2 Susun ikon dengan menyeretnya.
3 Tekan butang Utama untuk menyimpan susunan anda.
Anda juga boleh menambah pautan ke halaman web kesukaan anda pada skrin
Utama. Lihat “Klip Web” pada halaman 100.
Apabila iPhone disambung ke komputer anda, anda boleh menyusun semula ikon
pada skrin Utama dan urutan skrin. Dalam iTunes, pilih iPhone dalam senarai Devices,
kemudian klik Apps di bahagian atas skrin.
Bab 3 Asas 33
Pindahkan ikon ke skrin lain: Semasa menyusun ikon, seret ikon ke sisi skrin.
Buat skrin Utama tambahan: Semasa menyusun ikon, kuis skrin Utama paling kanan,
kemudian seret ikon ke pinggir kanan skrin sehingga skrin baru muncul.
Anda boleh membuat sehingga 11 skrin. Bilangan titik di atas Dok menunjukkan
bilangan skrin yang anda ada, dan skrin yang sedang anda lihat.
Reset skrin Utama anda ke reka letak lalai: Pilih Seting > Umum > Reset dan sentuh
Reset Reka Letak Skrin Utama.
Mereset skrin Utama mengeluarkan sebarang folder yang telah anda buat dan
menggunakan hias latar lalai ke skrin Utama anda.
Menyusun dengan Folder
Folder membolehkan anda menyusun ikon pada skrin Utama. Anda boleh meletakkan
sehingga 12 ikon dalam folder. iPhone secara automatik menamakan folder apabila
anda membuatnya, berdasarkan ikon yang anda gunakan untuk membuat folder,
tetapi anda boleh menukar namanya pada bila-bila masa anda inginkan. Seperti ikon,
folder boleh disusun semula dengan menyeretnya sekeliling skrin Utama. Anda boleh
memindahkan folder ke skrin Utama baru atau ke Dok.
Buat folder: Sentuh dan tahan ikon sehingga ikon skrin Utama mula bergoyang,
kemudian seret ikon ke atas ikon lain.
34 Bab 3 Asas
iPhone membuat folder baru yang termasuk dua ikon tersebut, dan menunjukkan
nama folder. Anda boleh menyentuh medan nama dan memasukkan nama lain.
Anda juga boleh membuat folder di dalam iTunes.
Buat folder menggunakan iTunes: Dengan iPhone disambung ke komputer anda,
pilih iPhone dalam senarai Peranti dalam iTunes. Klik Aplikasi di bahagian atas skrin,
dan pada skrin Utama berhampiran bahagian atas tetingkap, seret aplikasi ke atas
aplikasi yang lain.
Tambah ikon ke folderSemasa menyusun ikon, seret ikon ke atas folder.
Keluarkan ikon daripada folderSemasa menyusun ikon, sentuh untuk membuka
folder, kemudian seret ikon keluar daripada
folder.
Buka folderSentuh folder. Anda kemudiannya boleh
menyentuh ikon untuk membuka aplikasi
tersebut.
Tutup folderSentuh di luar folder, atau tekan butang Utama.
Padam folderPindahkan semua ikon keluar daripada folder.
Folder dipadam secara automatik apabila ia
kosong.
Namakan semula folderSemasa menyusun ikon, sentuh untuk membuka
folder, kemudian sentuh nama di bahagian atas
dan gunakan papan kekunci bagi memasukkan
nama baru. Tekan butang Utama untuk
menyimpan perubahan anda.
Apabila anda selesai menyusun skrin Utama anda, tekan butang Utama bagi
menyimpan perubahan anda.
Bab 3 Asas 35
Banyak aplikasi, seperti Telefon, Mesej, Mail, dan App Store, memaparkan lencana pada
ikon skrin Utamanya dengan nombor (untuk menunjukkan item masuk) atau tanda
seruan (bagi menunjukkan masalah). Jika aplikasi ini disimpan di dalam folder, lencana
muncul di atas folder. Lencana bernombor menunjukkan jumlah item yang anda
belum ambil tindakan, seperti panggilan telefon, mesej e-mel, dan mesej teks, masuk
dan aplikasi yang dikemas kini untuk dimuat turun. Lencana isyarat menunjukkan
masalah dengan aplikasi dalam folder.
Menambah Hias Latar
Anda boleh setkan imej atau foto sebagai hias latar untuk Skrin Kunci. Pada
iPhone 3GS atau lebih baru, anda juga boleh setkan hias latar untuk skrin Utama anda.
Anda boleh memilih imej yang datang dengan iPhone, foto daripada Jalur Filem anda,
atau foto yang diselaraskan ke iPhone daripada komputer anda.
Hias latar Skrin Kunci juga muncul apabila anda dalam panggilan dengan individu
yang anda tidak mempunyai foto kenalan.
Setkan hias latar (iPhone 3GS atau lebih baru):
1 Dalam Seting, pilih Hias Latar, sentuh imej Kunci dan skrin Utama, kemudian sentuh
Hias Latar atau album.
2 Sentuh untuk memilih imej atau foto. Jika anda memilih foto, seret untuk
menempatkannya dan cubit bagi zum masuk atau ke luar, sehingga ia terpapar seperti
yang anda inginkan.
3 Sentuh Set, kemudian pilih sama ada anda mahu menggunakan foto sebagai hias latar
bagi Skrin Kunci anda, skrin Utama, atau kedua-duanya.
36 Bab 3 Asas
Setkan hias latar (iPhone 3G):
1 Pilih Seting > Hias Latar, kemudian sentuh Hias Latar atau album.
2 Sentuh untuk memilih imej atau foto. Jika anda memilih foto, seret untuk
menempatkannya dan cubit bagi zum masuk atau ke luar, sehingga ia terpapar seperti
yang anda inginkan.
3 Sentuh Set Hias Latar.
Menaip
Papan kekunci atas skrin muncul pada bila-bila masa anda perlu menaip.
Memasukkan Teks
Gunakan papan kekunci untuk memasukkan teks, seperti maklumat hubungan,
e-mel, mesej teks,dan alamat web. Papan kekunci membetulkan kesalahan ejaan,
meramalkan perkataan yang anda sedang taip, dan mempelajarinya sambil anda
menggunakannya.
Bergantung pada aplikasi yang anda gunakan, papan kekunci pintar mungkin
mencadangkan pembetulan semasa anda menaip, untuk membantu mengelakkan
perkataan yang ditaip salah.
Masukkan teks:
1 Sentuh medan teks, seperti dalam nota atau kenalan baru, untuk membuka papan
kekunci.
2 Sentuh kekunci pada papan kekunci.
Mula dengan menaip hanya dengan jari telunjuk anda. Apabila anda menjadi lebih
cekap, anda boleh menaip dengan lebih cepat menggunakan kedua-dua ibu jari.
Bab 3 Asas 37
Semasa anda menaip, setiap huruf muncul di atas ibu jari atau jari anda. Jika anda
menyentuh kekunci yang salah, anda boleh meluncurkan jari anda ke kekunci yang
betul. Huruf tidak dimasukkan sehingga anda mengangkat jari anda daripada kekunci.
Padam aksara sebelumnyaSentuh .
Taip dalam huruf besarSentuh kekunci Shift sebelum menyentuh
huruf. Atau sentuh dan tahan kekunci Shift,
kemudian luncur ke huruf.
Taip noktah dan ruang dengan cepatDwisentuh space bar. (Anda boleh mengaktifkan
atau menyahaktifkan ciri ini dalam Seting >
Umum > Papan kekunci.)
Aktifkan caps lockDwisentuh kekunci Shift
bertukar menjadi biru, dan semua huruf yang
anda taip adalah dalam huruf besar. Sentuh
kekunci Shift sekali lagi untuk menyahaktifkan
caps lock. (Anda boleh mengaktifkan atau
menyahaktifkan ciri ini dalam Seting > Umum >
Papan kekunci.)
Tunjukkan nombor, tanda baca, atau simbolSentuh kekunci Nombor
Simbol untuk melihat tanda baca dan simbol
tambahan.
Taipkan huruf atau simbol yang tiada pada
papan kekunci
Sentuh dan tahan huruf yang berkaitan,
kemudian luncur untuk memilih variasi.
. Kekunci Shift
. Sentuh kekunci
Kamus
Untuk kebanyakan bahasa, iPhone mempunyai kamus bagi membantu anda menaip.
Kamus yang bersesuaian diaktifkan apabila anda memilih papan kekunci yang
disokong.
Untuk mendapatkan senarai bahasa yang disokong, lihat www.apple.com/iphone/
specs.html.
38 Bab 3 Asas
iPhone menggunakan kamus aktif untuk mencadangkan pembetulan atau
Perkataan
yang
dicadangkan
melengkapkan perkataan yang sedang anda taip. Anda tidak perlu menghentikan
penaipan anda untuk menerima perkataan yang dicadangkan.
Terima atau tolak cadangan kamus:
m Untuk menolak perkataan yang dicadangkan, selesaikan menaip perkataan seperti
yang anda inginkan, kemudian sentuh “x” untuk menolak cadangan sebelum menaip
perkataan lain. Setiap kali anda menolak cadangan untuk perkataan yang sama,
iPhone menjadi kurang mungkin untuk menerima perkataan anda.
Nota: Jika anda memasukkan Bahasa Cina atau Jepun, sentuh salah satu daripada
alternatif yang dicadangkan.
m Untuk menggunakan perkataan yang dicadangkan, taipkan ruang, tanda baca, atau
aksara return.
iPhone turut menggaris bawah perkataan yang telah anda taip yang mungkin dieja
salah.
Gunakan semakan ejaan bagi menggantikan perkataan yang dieja salah: Sentuh
perkataan yang digaris bawah, kemudian sentuh salah satu daripada pembetulan
yang dicadangkan.
Bab 3 Asas 39
Jika tiada daripada cadangan adalah betul, anda boleh membetulkan ejaan perkataan
yang dipilih dengan menaipnya semula. Untuk membiarkan perkataan tanpa diubah,
sentuh di tempat lain dalam kawasan mesej.
Aktifkan atau nyahaktifkan pembetulan auto: Pilih Umum > Papan Kekunci,
kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pembetulan Auto. Pembetulan Auto aktif secara
lalai.
Aktifkan atau nyahaktifkan semakan ejaan: Pilih Umum > Papan Kekunci, kemudian
aktifkan atau nyahaktifkan Semak Ejaan. Semakan ejaan aktif secara lalai.
Pengeditan—Potong, Salin, dan Tampal
Skrin sentuh menjadikannya mudah untuk membuat perubahan pada teks yang
telah anda masukkan. Kanta pembesar atas skrin membantu anda menempatkan
titik pemasukan dengan tepat di mana anda perlukannya. Titik cekup pada teks yang
dipilih membolehkan anda dengan cepat memilih lebih banyak atau kurang teks.
Anda juga boleh memotong, menyalin, dan menampal teks dan foto di dalam aplikasi,
atau dalam berbilang aplikasi.
Tempatkan titik pemasukan: Sentuh dan tahan untuk memaparkan kanta pembesar,
kemudian seret bagi menempatkan titik pemasukan.
Pilih teks: Sentuh titik pemasukan untuk memaparkan butang pilihan. Sentuh Pilih
untuk memilih perkataan bertentangan atau sentuh Pilih Semua bagi memilih semua
teks. Anda juga boleh dwisentuh untuk memilih perkataan. Dalam dokumen baca
sahaja, seperti halaman web, atau mesej e-mel atau teks yang anda terima, sentuh dan
tahan untuk memilih perkataan.
Seret titik cekup untuk memilih lebih banyak atau kurang teks.
40 Bab 3 Asas
Potong atau salin teks: Pilih teks, kemudian sentuh Potong atau Salin.
Ketik, sentuh atau
tahan, untuk
bertukar papan
kekunci
Tampal teks: Sentuh titik pemasukan dan sentuh Tampal. Teks terakhir yang anda
potong atau salin dimasukkan. Atau pilih seterusnya dan sentuh Tampal untuk
menggantikan teks.
Batalkan pengeditan terakhir: Goncang iPhone dan sentuh Batal.
Papan Kekunci Antarabangsa
Papan kekunci antarabangsa membolehkan anda memasukkan teks dalam pelbagai
bahasa, termasuk bahasa yang dibaca dari kanan ke kiri. Jika anda mahu memasukkan
teks dalam bahasa lain, anda boleh menggunakan Seting untuk menyediakan papan
kekunci tambahan semasa anda menaip.
Untuk senarai penuh papan kekunci yang disokong, pergi ke www.apple.com/iphone/
specs.html.
Tambah papan kekunci:
1 Dalam Seting, pilih Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Antarabangsa.
Nombor sebelum anak panah menunjukkan bilangan papan kekunci yang didayakan
pada masa ini.
2 Sentuh Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian pilih papan kekunci daripada senarai.
Ulang untuk menambah lagi papan kekunci. Beberapa bahasa mempunyai berbilang
papan kekunci yang tersedia.
Tukar papan kekunci semasa anda menaip: Sentuh . Apabila anda menyentuh
simbol, nama papan kekunci yang baru diaktifkan muncul seketika.
Anda juga boleh menyentuh dan menahan untuk memaparkan senarai papan
kekunci yang tersedia. Untuk memilih papan kekunci daripada senarai, luncurkan jari
anda ke nama papan kekunci, kemudian lepaskan jari.
Bab 3 Asas 41
Edit senarai papan kekunci anda: Pilih Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci
Antarabangsa, kemudian sentuh Edit dan lakukan salah satu daripada berikut:
 Untuk memadam papan kekunci, sentuh , kemudian sentuh Padam.
 Untuk menyusun semula senarai, seret bersebelahan papan kekunci ke tempat
baru dalam senarai.
Taipkan huruf, nombor, atau simbol yang tiada
pada papan kekunci
Masukkan Kana JepunGunakan pad kekunci Kana untuk memilih suku
Masukkan QWERTY JepunGunakan papan kekunci QWERTY untuk
Masukkan aksara gambar EmojiGunakan papan kekunci Emoji. Tersedia hanya
Sentuh dan tahan huruf, nombor, atau simbol
yang berkaitan, kemudian luncurkan untuk
memilih variasinya. Pada papan Bahasa Thai,
contohnya, anda boleh memilih nombor asli
dengan menyentuh dan menahan nombor Arab
yang berkaitan.
kata. Untuk lebih banyak pilihan suku kata,
sentuh kekunci anak panah dan pilih suku kata
atau perkataan lain daripada tetingkap.)
memasukkan kod bagi suku kata Jepun. Semasa
anda menaip, suku kata yang dicadangkan akan
muncul. Sentuh suku kata untuk memilihnya.
pada iPhone yang dibeli dan digunakan di Jepun.
42 Bab 3 Asas
Masukkan tanda mukaMenggunakan papan kekunci Kana Jepun,
sentuh kekunci “^_^”.
Menggunakan papan kekunci Romaji Jepun
(QWERTY-reka letak Bahasa Jepun), sentuh
kekunci Nombor
“^_^”.
Menggunakan papan kekunci Pinyin Cina
(Ringkas atau Tradisional) atau Zhuyin
(Tradisional), sentuh kekunci Simbol
kemudian sentuh kekunci “^_^”.
Masukkan Bahasa KoreaGunakan papan kekunci 2-Set bahasa Korea
untuk menaip huruf Hangul. Untuk menaip
konsonan berganda atau huruf vokal majmuk,
sentuh dan tahan huruf, kemudian luncur bagi
memilih huruf berganda.
Masukkan Pinyin Cina Ringkas atau TradisionalGunakan papan kekunci QWERTY untuk
memasukkan Pinyin bagi aksara Cina. Semasa
anda menaip, aksara Cina yang dicadangkan
akan muncul. Sentuh cadangan untuk
menggunakannya, atau teruskan memasukkan
Pinyin untuk melihat lebih banyak pilihan.
Jika anda terus memasukkan Pinyin tanpa ruang,
cadangan ayat akan muncul.
Masukkan Cangjie CinaGunakan papan kekunci untuk membina aksara
Bahasa Cina daripada kekunci komponen
Cangjie. Semasa anda menaip, aksara Cina yang
dicadangkan akan muncul. Sentuh aksara untuk
memilihnya, atau teruskan menaip sehingga lima
komponen penuh untuk melihat lebih banyak
pilihan aksara.
, kemudian sentuh kekunci
,
Bab 3 Asas 43
Masukkan Goresan Bahasa Cina Ringkas (Wubi
Hua)
Masukkan Zhuyin Cina TradisionalGunakan papan kekunci untuk memasukkan
Masukkan Bahasa Cina tulisan tangan Ringkas
atau Tradisional
Gunakan pad kekunci untuk membina aksara
Cina dengan menggunakan sehingga lima
goresan dalam urutan menulis yang betul: dari
kiri ke kanan, atas ke bawah, luar ke dalam, dan
dari dalam ke goresan penutupan (contohnya,
aksara Cina 圈 hendaklah bermula dengan
goresan menegak丨).
Semasa anda menaip, cadangan aksara
Bahasa Cina muncul (aksara yang paling lazim
digunakan muncul dahulu). Sentuh aksara untuk
memilihnya.
Jika anda tidak pasti mengenai goresan yang
betul, masukkan asterisk (*). Untuk melihat lagi
pilihan aksara, taipkan goresan lain, atau tatal
menerusi senarai aksara.
Sentuh kekunci 匹配 untuk hanya menunjukkan
aksara yang sepadan tepat dengan apa yang
anda taip. Contohnya, jika anda menaip 一一
dan menyentuh 匹配 , 二 yang kurang lazim
digunakan muncul sebagai padanan tepat.
huruf Zhuyin. Semasa anda menaip, aksara
Cina yang dicadangkan akan muncul. Sentuh
cadangan untuk menggunakannya, atau teruskan
memasukkan Zhuyin bagi melihat lebih banyak
pilihan. Selepas anda menaip huruf permulaan,
papan kekunci bertukar untuk menunjukkan
lebih banyak huruf.
Jika anda terus memasukkan Zhuyin tanpa ruang,
cadangan ayat akan muncul.
Tulis aksara Cina terus pada skrin dengan jari
anda. Sambil anda menulis goresan aksara,
iPhone mengecamnya dan memaparkan aksara
yang sepadan dalam senarai, dengan padanan
paling hampir di atas. Apabila anda memilih
aksara, aksara berikutnya yang berkemungkinan
akan muncul dalam senarai sebagai pilihan
tambahan.
Anda boleh mendapat beberapa aksara kompleks
dengan menulis dua atau lebih komponen
aksara. Contohnya, masukkan 魚 (ikan), kemudian
巤 (bulu), untuk mendapatkan 鱲 (nama separa
bagi Hong Kong International Airport), yang
muncul dalam senarai aksara dengan anak
panah bersebelahannya. Sentuh aksara untuk
menggantikan aksara yang anda masukkan.
Untuk tulisan tangan Cina Ringkas, aksara Roman
turut dikenali.
44 Bab 3 Asas
Bertukar antara Bahasa Cina Ringkas dan
Pad sentuh
Tradisional
Pilih aksara yang anda mahu tukar, kemudian
sentuh Ganti. Lihat “Pengeditan—Potong, Salin,
dan Tampal
” pada halaman 40.
Masukkan Bahasa VietnamSentuh dan tahan aksara untuk melihat tanda
diakritik yang tersedia, kemudian luncur untuk
memilih yang anda inginkan.
Anda juga boleh menaip kekunci yang berikut
untuk memasukkan aksara dengan tanda
diakritik:
Apabila format tulisan tangan Bahasa Cina Ringkas atau Tradisional diaktifkan, anda
boleh memasukkan aksara Cina dengan jari anda seperti yang ditunjukkan:
Apabila menggunakan papan kekunci Cina atau Jepun tertentu, anda boleh
mewujudkan kamus perkataan dan pasangan input. Apabila anda menaip perkataan
daripada kamus semasa menggunakan papan kekunci yang disokong, input yang
berkaitan digantikan dengan perkataan. Kamus tersedia untuk papan kekunci yang
berikut:
Cina - Ringkas (Pinyin)Â
Cina - Tradisional (Pinyin)Â
Bab 3 Asas 45
Cina - Tradisional (Zhuyin)Â
Jepun (Romaji)Â
Jepun (Ten Key)Â
Tambah perkataan ke kamus: Dalam Seting, pilih Umum > Papan Kekunci > Edit
Kamus Pengguna. Sentuh +, sentuh medan Perkataan dan masukkan perkataan,
kemudian sentuh medan Yomi, Pinyin, atau Zhuyin dan masukkan input.
Anda boleh mempunyai berbilang input untuk setiap perkataan, bergantung pada
papan kekunci yang anda aktifkan.
Padam perkataan daripada kamus: Sentuh perkataan dalam senarai Kamus
Pengguna, kemudian sentuh Padam Perkataan.
Reka Letak Papan Kekunci
Anda boleh menggunakan Seting untuk mengeset reka letak papan kekunci bagi
papan kekunci perisian dan perkakasan. Reka letak yang tersedia bergantung pada
bahasa papan kekunci.
Pilih reka letak papan kekunci: Dalam Seting, pilih Umum > Papan Kekunci > Papan
Kekunci Antarabangsa, kemudian pilih papan kekunci. Untuk setiap bahasa, anda
boleh membuat pemilihan berbeza untuk papan kekunci perisian atas skrin dan papan
kekunci perkakasan luaran.
Reka letak papan kekunci perisian menentukan reka letak papan kekunci pada skrin
iPhone. Reka letak papan kekunci perkakasan menentukan reka letak Papan Kekunci
Wayarles Apple yang bersambung ke iPhone.
Menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple
Untuk memudahkan penaipan, anda boleh menggunakan Papan Kekunci Wayarles
Apple (tersedia secara berasingan; iPhone 3GS atau lebih baru).
Papan Kekunci Wayarles Apple bersambung melalui Bluetooth, jadi anda mesti
pasangkan papan kekunci tersebut dengan iPhone. Lihat “Memasangkan Peranti
Bluetooth dengan iPhone” pada halaman 53.
Apabila papan kekunci dipasangkan dengan iPhone, ia bersambung pada bila-bila
masa papan kekunci berada dalam liputan (sehingga 30 kaki). Anda boleh mengetahui
sama ada papan kekunci bersambung jika papan kekunci atas skrin tidak muncul
apabila anda menyentuh dalam medan teks.
Tukar bahasa semasa menggunakan papan kekunci perkakasan: Tekan dan tahan
kekunci Arahan, kemudian sentuh space bar untuk memaparkan senarai bahasa yang
tersedia. Sentuh space bar sekali lagi untuk memilih bahasa lain.
Putuskan sambungan papan kekunci wayarles daripada iPhone: Tekan dan tahan
butang kuasa pada papan kekunci sehingga lampu hijau terpadam.
iPhone memutuskan sambungan papan kekunci apabila ia di luar liputan.
46 Bab 3 Asas
Batalkan pasangan papan kekunci wayarles daripada iPhone: Dalam Seting, pilih
Umum > Bluetooth, sentuh bersebelahan nama peranti, kemudian sentuh “Lupakan
Peranti Ini.”
Anda boleh menggunakan reka letak yang berlainan pada papan kekunci wayarles.
Lihat “Papan Kekunci Antarabangsa” pada halaman 41 dan “Reka Letak Papan
Kekunci” pada halaman 46.
Mencetak
Perihal AirPrint
AirPrint membolehkan anda mencetak secara wayarles ke pencetak diupayakan
AirPrint. Anda boleh mencetak daripada aplikasi iOS yang berikut:
Mail—mesej dan lampiran e-mel yang boleh dilihat dalam Quick LookÂ
Foto—fotoÂ
Safari—halaman web, PDF, dan lampiran lain yang boleh dilihat dalam Quick LookÂ
iBooks—PDFÂ
Aplikasi lain yang tersedia daripada App Store juga mungkin menyokong AirPrint.
Pencetak yang diupayakan AirPrint tidak memerlukan persediaan; ia hanya perlu
disambung kepada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan iPhone. (Jika anda tidak pasti
sama ada pencetak anda diupayakan AirPrint, rujuk pada dokumentasinya.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke support.apple.com/kb/HT4356.
Mencetak Dokumen
AirPrint menggunakan rangkaian Wi-Fi anda untuk menghantar tugas cetakan secara
wayarles ke pencetak anda. iPhone mesti disambung ke rangkaian wayarles yang sama
dengan pencetak AirPrint.
Cetak dokumen:
1 Sentuh atau (bergantung pada aplikasi yang sedang anda gunakan), kemudian
sentuh Cetak.
2 Sentuh Pilih Pencetak untuk memilih pencetak.
3 Setkan pilihan pencetak seperti bilangan salinan dan output kedua-dua muka (jika
pencetak menyokongnya). Sesetengah aplikasi juga membenarkan anda mengeset
julat halaman untuk dicetak.
Bab 3 Asas 47
4 Sentuh Cetak.
Lihat status kerja cetakan: Dwiklik butang Utama, kemudian sentuh Pusat Cetakan.
Aplikasi Pusat Cetakan muncul sebagai aplikasi terbaru apabila dokumen dicetak.
Lencana pada ikon aplikasi ini menunjukkan bilangan dokumen yang dibariskan untuk
dicetak.
Jika anda mencetak lebih daripada satu dokumen, pilih tugas cetakan untuk melihat
ringkasan statusnya.
Batalkan tugas cetakan: Dwiklik butang Utama, sentuh Pusat Cetakan, pilih tugas
cetakan (jika anda mencetak lebih daripada satu dokumen), kemudian sentuh Batal
Cetakan.
48 Bab 3 Asas
Mencari
Anda boleh mencari banyak aplikasi pada iPhone, termasuk Mail, Kalendar, iPod, Nota,
Mesej (iPhone 3GS atau lebih baru), dan Kenalan. Anda boleh mencari aplikasi individu,
atau mencari semua aplikasi sekaligus menggunakan Carian.
Pergi ke Carian: Pada skrin laman Utama, kuis dari kiri ke kanan atau tekan butang
Utama .
Dari skrin Carian, tekan butang Utama untuk kembali ke halaman skrin laman
Utama.
Cari iPhone: Pada skrin Carian, masukkan teks dalam medan Cari. Hasil carian muncul
semasa anda menaip. Sentuh item dalam senarai hasil untuk membukanya. Sentuh
Cari untuk menyembunyikan papan kekunci dan melihat lebih banyak hasil.
Ikon bersebelahan hasil carian menunjukkan aplikasi daripada mana hasil carian
berasal.
iPhone mungkin memaparkan hasil teratas untuk anda di bahagian atas senarai,
berdasarkan carian terdahulu anda. Hasil carian Safari termasuk pilihan untuk mencari
di web atau di Wikipedia.
AplikasiApa yang dicari
KenalanNama pertama, akhir, dan nama syarikat
MailMedan Kepada, Daripada, Subjek untuk semua
akaun (teks bagi mesej tidak dicari)
KalendarTajuk peristiwa, jemputan, lokasi dan nota
iPodMuzik (nama lagu, artis, dan album) dan tajuk
podcast, video, dan buku audio
Mesej (iPhone 3GS atau lebih baru)Nama dan teks mesej
NotaTeks nota
Bab 3 Asas 49
Carian turut mencari nama aplikasi asli dan yang dipasang pada iPhone, oleh itu jika
anda mempunyai banyak aplikasi, anda mungkin mahu menggunakan Carian untuk
mencari dan membuka aplikasi.
Buka aplikasi daripada Carian: Masukkan nama aplikasi, kemudian sentuh bagi
membuka aplikasi terus daripada hasil carian.
Gunakan seting Carian Spotlight bagi menentukan kandungan yang dicari dan
susunan hasil carian tersebut dipaparkan. Lihat “Carian Spotlight” pada halaman 2 17.
Kawalan Suara
Kawalan Suara (iPhone 3GS atau lebih baru) membenarkan anda membuat panggilan
telefon dan mengawal main balik muzik iPod menggunakan arahan suara.
Nota: Kawalan Suara mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.
Gunakan Kawalan Suara: Tekan dan Tahan butang Utama sehingga skrin Kawalan
Suara muncul dan anda mendengar bunyi bip. Anda juga boleh menekan dan
menahan butang tengah pada fon telinga iPhone.
Gunakan arahan yang berikut untuk membuat panggilan atau memainkan lagu.
Panggil seseorang dalam kenalanSebutkan “call” atau “dial,” kemudian sebutkan
Buat panggilan FaceTime kepada seseorang
dalam kenalan (iPhone 4 sahaja)
Dail nomborSebutkan “call” atau “dial,” kemudian sebutkan
Kawal main balik muzikSebutkan “play” atau “play music.” Untuk menjeda,
50 Bab 3 Asas
nama orang. Jika orang tersebut mempunyai
lebih daripada satu nombor telefon, contohnya,
anda boleh menambah “home” atau “mobile.”
Sebutkan “FaceTime,” kemudian sebutkan nama
orang. Jika orang tersebut mempunyai lebih
daripada satu nombor telefon, contohnya, anda
boleh menambah “home” atau “mobile.”
nombor.
sebutkan “pause” atau “pause music.” Anda juga
boleh menyebut “next song” atau “previous song.”
Mainkan album, artis, atau senarai mainSebutkan “play,” kemudian sebutkan “album,”
“artist,” atau “playlist” dan nama.
Kocok senarai main semasaSebut “shue.”
Ketahui lebih lanjut mengenai lagu yang
sedang dimainkan sekarang
Gunakan Genius untuk memainkan lagu yang
serupa
Ketahui masa semasaSebutkan “what time is it?” atau “what is the
Batalkan Kawalan SuaraSebutkan “cancel” atau “stop.”
Sebutkan “what's playing,” “what song is this,”
“who sings this song,” atau “who is this song by.”
Sebutkan “Genius,” “play more like this,” atau “play
more songs like this.”
time?”
Untuk mendapatkan hasil terbaik:
Bercakap ke dalam mikrofon iPhone sama seperti apabila anda membuat panggilan Â
telefon. Anda juga boleh menggunakan mikrofon pada headset Bluetooth anda
atau kit kereta Bluetooth yang serasi.
Bercakap dengan jelas dan secara semula jadi.Â
Sebutkan iPhone arahan dan nama, dan nombor sahaja. Berhenti seketika di antara Â
arahan.
Gunakan nama penuh.Â
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menggunakan Kawalan Suara,
termasuk maklumat mengenai penggunaan Kawalan Suara dalam bahasa berlainan,
pergi kesupport.apple.com/kb/HT3597.
Kawalan Suara biasanya mengharapkan anda menyebut arahan suara dalam bahasa
yang disetkan bagi iPhone (seting dalam Umum > Antarabangsa > Bahasa). Seting
Kawalan Suara membolehkan anda menukar bahasa yang digunakan bagi menyebut
arahan suara. Sesetengah bahasa tersedia dalam dialek dan aksen berbeza.
Tukar bahasa atau negara: Dalam Seting, pilih Umum > Antarabangsa > Kawalan
Suara dan sentuh bahasa atau negara.
Kawalan Suara bagi aplikasi iPod sentiasa aktif, tetapi untuk keselamatan tambahan
anda boleh menghalang dailan suara apabila iPhone dikunci.
Halang pendailan suara apabila iPhone dikunci: Dalam Seting, pilih Umum > Kunci
Kod Laluan dan nyahaktifkan Dail Suara. Buka kunci iPhone untuk menggunakan
pendailan suara.
Lihat “Pendailan Suara” pada halaman 69 dan “Menggunakan Kawalan Suara dengan
iPod” pada halaman 107.
Bab 3 Asas 51
Fon Telinga Apple dengan Alat Kawalan Jauh dan Mikrofon
Butang tengah
Fon Telinga Apple dengan Kawalan Jauh dan Mik yang disertakan dengan iPhone
mempunyai mikrofon, butang kelantangan, dan butang yang terbina padanya yang
membolehkan anda menjawab dan menamatkan panggilan dengan mudah, dan
mengawal main balik audio dan video.
Pasang fon telinga untuk mendengar muzik atau membuat panggilan telefon. Tekan
butang tengah untuk mengawal main balik muzik dan menjawab atau menamatkan
panggilan, walaupun apabila iPhone dikunci.
Jeda lagu atau videoTekan butang tengah. Tekan lagi sekali untuk
meneruskan main balik.
Langkau ke lagu seterusnyaTekan butang tengah dua kali dengan cepat.
Kembali ke lagu sebelumnyaTekan butang tengah tiga kali dengan cepat.
Maju pantasTekan butang tengah dua kali dengan cepat dan
tahan.
Putar balikTekan butang tengah tiga kali dengan cepat dan
tahan.
Laraskan kelantangan (iPhone 3GS atau lebih
baru)
Jawab panggilan masukTekan butang tengah.
Tamatkan panggilan semasaTekan butang tengah.
Tolak panggilan masukTekan dan tahan butang tengah untuk lebih
Beralih ke panggilan masuk atau panggilan
menunggu dan tahan panggilan semasa
Beralih ke panggilan masuk atau panggilan
menunggu dan tamatkan panggilan semasa
Gunakan Kawalan Suara (iPhone 3GS atau lebih
baru)
Tekan butang + atau –.
kurang dua saat, kemudian lepaskan. Dua bunyi
bip rendah mengesahkan bahawa anda telah
menolak panggilan.
Tekan butang tengah. Tekan sekali lagi untuk
beralih semula ke panggilan pertama.
Tekan dan tahan butang tengah untuk lebih
kurang dua saat, kemudian lepaskan. Dua bunyi
bip rendah mengesahkan bahawa anda telah
menamatkan panggilan pertama.
Tekan dan tahan butang tengah. Lihat “Kawalan
Suara” pada halaman 50.
52 Bab 3 Asas
Jika anda mendapat panggilan semasa fon telinga dipasang, anda boleh mendengar
nada dering menerusi speaker serta fon telinga iPhone.
Peranti Bluetooth
Anda boleh menggunakan iPhone dengan Papan Kekunci Wayarles Apple dan peranti
Bluetooth lain, seperti headset, kit kereta, dan fon kepala stereo. Fon kepala Bluetooth
pihak ketiga mungkin menyokong kawalan kelantangan dan main balik. Lihat
dokumentasi yang disertakan dengan peranti Bluetooth anda. Untuk prol Bluetooth
yang disokong, pergi ke support.apple.com/kb/HT3647.
Memasangkan Peranti Bluetooth dengan iPhone
AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara mengelakkan
kehilangan pendengaran dan pemanduan selamat, lihat Panduan Maklumat Produk
Penting di support.apple.com/ms_MY/manuals/#iphone/.
Sebelum anda boleh menggunakan peranti Bluetooth dengan iPhone, anda mesti
memasangkannya.
Pasangkan headset, kit kereta, atau peranti Bluetooth lain dengan iPhone:
1 Ikut arahan yang disertakan dengan peranti untuk menjadikannya boleh ditemui atau
untuk mengesetnya bagi mencari peranti Bluetooth yang lain.
2 Dalam Seting, Pilih Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth.
3 Pilih peranti tersebut pada iPhone, dan masukkan kunci laluan atau nombor PINnya.
Lihat arahan mengenai kunci laluan atau PIN yang disertakan dengan peranti.
Selepas anda memasangkan peranti Bluetooth untuk berfungsi dengan iPhone,
anda mesti membuat sambungan untuk iPhone menggunakan peranti tersebut bagi
panggilan anda. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti ini.
Apabila iPhone disambungkan ke headset atau kit kereta Bluetooth, panggilan keluar
dihalakan menerusi peranti tersebut. Panggilan masuk dihalakan menerusi peranti
jika anda menjawab menggunakan peranti tersebut, dan menerusi iPhone jika anda
menjawab menggunakan iPhone.
Pasangkan Papan Kekunci Wayarles Apple dengan iPhone:
1 Dalam Seting, Pilih Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth.
2 Tekan butang kuasa pada Papan Kekunci Wayarles Apple untuk mengaktifkannya.
3 Pada iPhone, pilih papan kekunci yang disenaraikan di bawah Peranti.
4 Taipkan kunci laluan pada papan kekunci seperti yang diarahkan, kemudian tekan
Return.
Bab 3 Asas 53
Nota: Anda hanya boleh memasangkan satu Papan Kekunci Wayarles Apple dengan
MengecasDicas
iPhone pada satu-satu masa. Untuk memasangkan papan kekunci berlainan, anda
mesti membatalkan pasangan papan kekunci semasa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Menggunakan Papan Kekunci Wayarles
Apple” pada halaman 46.
Status Bluetooth
Ikon Bluetooth muncul pada bar status iPhone di bahagian atas skrin:
 atau : Bluetooth aktif dan peranti disambungkan ke iPhone. (Warna bergantung
pada warna semasa bar status.)
Â: Bluetooth aktif tetapi tiada peranti disambung. Jika anda pasangkan peranti
dengan iPhone, ia mungkin di luar liputan atau dimatikan.
 Tiada ikon Bluetooth: Bluetooth dinyahaktifkan.
Membatalkan pasangan Peranti Bluetooth daripada iPhone
Anda boleh memutuskan pasangan peranti Bluetooth jika anda tidak mahu
menggunakannya dengan iPhone lagi.
Batalkan pasangan peranti Bluetooth:
1 Dalam Seting, Pilih Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth.
2 Sentuh bersebelahan nama peranti, kemudian sentuh “Lupakan Peranti Ini.“
Bateri
iPhone mempunyai bateri dalaman yang boleh dicas semula.
Mengecas Bateri
AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat keselamatan penting mengenai
pengecasan iPhone, lihat Panduan Maklumat Produk Penting di support.apple.com/
ms_MY/manuals/#iphone/.
Ikon bateri di penjuru kanan atas menunjukkan paras bateri atau status pengecasan.
Anda juga boleh memaparkan peratusan cas bateri (iPhone 3GS atau lebih baru). Lihat
“Penggunaan” pada halaman 214 .
54 Bab 3 Asas
Cas bateri: Sambung iPhone ke saluran keluar kuasa menggunakan Kabel
Penyambung Dok ke USB dan penyesuai kuasa USB yang disertakan.
Caskan bateri dan selaraskan iPhone: Sambung iPhone ke komputer anda
menggunakan Kabel Penyambung Dok ke USB yang disertakan. Atau sambung iPhone
ke komputer anda menggunakan kabel dan Dok yang disertakan, tersedia secara
berasingan.
Melainkan papan kekunci anda mempunyai port USB 2.0 berkelajuan tinggi, anda
mesti sambungkan iPhone ke port USB 2.0 pada komputer anda.
Penting: Bateri iPhone mungkin ternyahcas dan bukannya mengecas jika iPhone
disambung ke komputer yang dimatikan atau berada dalam mod tidur atau siap sedia.
Jika anda mengecas bateri semasa menyelaras atau menggunakan iPhone, masa yang
lebih lama mungkin diperlukan untuk mengecas.
Bab 3 Asas 55
Penting: Jika iPhone mempunyai kuasa yang sangat rendah, ia mungkin memaparkan
atau
salah satu daripada mesej berikut, yang menunjukkan bahawa iPhone perlu dicas
sehingga sepuluh minit sebelum anda dapat menggunakannya. Jika iPhone
mempunyai kuasa yang amat rendah, paparan mungkin menjadi kosong sehingga dua
minit sebelum salah satu daripada imej bateri rendah muncul.
Memaksimumkan Hayat Bateri
iPhone menggunakan bateri litium-ion. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
cara memaksimumkan jangka hayat dan hayat bateri iPhone anda, pergi ke
www.apple.com/support/iphone/service/battery/country.
Menggantikan Bateri
Bateri yang boleh dicas semula mempunyai bilangan kitar pengecasan yang terhad dan
mungkin akhirnya perlu digantikan. Bateri iPhone tidak boleh digantikan oleh pengguna;
ia hanya boleh digantikan oleh pembekal khidmat yang dibenarkan. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, pergi ke www.apple.com/support/iphone/service/battery.
Ciri Keselamatan
Ciri keselamatan membantu melindungi maklumat pada iPhone daripada diakses
orang lain.
Kod Laluan dan Perlindungan Data
Anda boleh setkan kod laluan yang anda mesti masukkan setiap kali anda
menghidupkan atau membangunkan iPhone.
Setkan kod laluan: Pilih Seting > Umum > Kunci Kod Laluan dan masukkan kod
laluan 4 digit, kemudian masukkan kod laluan sekali lagi untuk mengesahkannya.
iPhone kemudiannya memerlukan anda memasukkan kod laluan bagi membuka
kuncinya atau bagi memaparkan seting kunci kod laluan.
56 Bab 3 Asas
Mengeset kod laluan mengaktifkan perlindungan data (iPhone 3GS atau lebih baru).
Perlindungan data menggunakan kod laluan anda sebagai kunci untuk mengenkripsi
mesej mel dan lampirannya yang disimpan pada iPhone. (Perlindungan data juga
mungkin digunakan oleh beberapa aplikasi yang tersedia dalam App Store.) Notis di
bahagian bawah skrin Kunci Kod Laluan dalam Seting menunjukkan bila perlindungan
data didayakan.
Untuk meningkatkan keselamatan iPhone, nyahaktifkan Kod Laluan Mudah dan
gunakan kod laluan yang lebih panjang dengan kombinasi nombor, huruf, tanda baca,
dan aksara khas. Lihat “Kunci Kod Laluan” pada halaman 217.
Penting: Pada iPhone 3GS yang tidak dijual dengan iOS 4 atau lebih baru, anda
juga mesti memulihkan perisian iOS bagi mendayakan perlindungan data. Lihat
“Memulihkan iPhone” pada halaman 279.
Halang pendailan suara apabila iPhone dikunci: Dalam Seting, pilih Umum > Kunci
Kod Laluan dan nyahaktifkan Dail Suara. Buka kunci iPhone untuk menggunakan
pendailan suara.
Cari iPhone Saya
Cari iPhone Saya membantu anda mencari dan mendapatkan kembali iPhone
menggunakan aplikasi Cari iPhone Saya percuma pada iPhone, iPad, atau iPod touch
lain, atau dengan menggunakan Mac atau PC dengan pelayar web. Cari iPhone Saya
termasuk:
 Cari pada peta: Lihat lokasi anggaran iPhone anda pada peta skrin penuh
 Memaparkan Mesej atau Memainkan Bunyi: Membenarkan anda menulis
mesej yang akan muncul pada skrin iPhone anda, atau memainkan bunyi pada
kelantangan penuh selama dua minit, walaupun jika suis Dering/Senyap disetkan ke
senyap
 Kunci Kod Laluan Jauh: Membenarkan anda mengunci iPhone anda dari jauh dan
membuat kod laluan 4 digit, jika anda tidak mengeset satu sebelumnya
 Padam Jauh: Membenarkan anda melindungi privasi anda dengan memadam
semua media dan data pada iPhone, lalu memulihkannya ke seting kilang
Gunakan Cari iPhone Saya: Anda perlu mengaktifkan Cari iPhone Saya pada
iPhone sebelum anda boleh menggunakan ciri-ciri ini. Lihat “Menyediakan Akaun
MobileMe” pada halaman 26.
Untuk mencari iPhone anda yang hilang dan menggunakan ciri Cari iPhone Saya yang
lain, muat turun aplikasi Cari iPhone Saya percuma daripada App Store pada peranti
iOS yang lain, atau daftar masuk ke me.com dalam penyemak imbas web pada Mac
atau PC.
Bab 3 Asas 57
Nota: Cari iPhone Saya memerlukan akaun MobileMe. MobileMe adalah perkhidmatan
dalam talian Apple, yang menyediakan Cari iPhone Saya secara percuma untuk
pelanggan iPhone 4, iPhone, dan ciri-ciri tambahan dengan langganan berbayar.
MobileMe mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, lihat “Menyediakan Akaun MobileMe” pada halaman 26, atau pergi ke
www.apple.com/my/mobileme.
Membersihkan iPhone
Bersihkan iPhone dengan segera jika terkena sebarang bahan cemar yang boleh
menyebabkan kesan kotoran, seperti dakwat, pewarna, solekan, kotoran, makanan,
minyak, atau losen. Untuk membersihkan iPhone, tanggalkan semua kabel dan
matikan iPhone (tekan dan tahan butang Hidup/Mati Tidur/ Bangun, kemudian
luncurkan gelangsar atas skrin). Kemudian gunakan kain lembut bebas lin yang
lembap sedikit. Elakkan daripada mendedahkan lembapan pada bukaan. Jangan
gunakan pembersih tingkap, pembersih rumah, udara mampat, semburan aerosol,
pelarut, alkohol, ammonia, atau pelelas untuk membersihkan iPhone. Penutup depan
iPhone 3GS dan penutup depan dan belakang iPhone 4 diperbuat daripada kaca
dan mempunyai salutan oleofobik. Untuk membersihkan permukaan ini, hanya sapu
dengan kain lembut bebas lin. Keupayaan salutan ini untuk mencegah minyak akan
berkurangan sepanjang masa penggunaan biasa, dan menggosok skrin dengan bahan
pelelas akan mengurangkan lagi kesannya dan mungkin mencalarkan kaca.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengendalian iPhone, lihat Panduan Maklumat Produk Penting iPhone di support.apple.com/ms_MY/manuals/#iphone/.
Memulakan semula atau Mereset iPhone
Jika sesuatu tidak berfungsi dengan betul, cuba mulakan semula iPhone, henti paksa
aplikasi, atau mereset iPhone.
Mulakan semula iPhone: Tekan dan tahan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun sehingga
gelangsar merah muncul. Luncurkan jari anda merentasi gelangsar untuk mematikan
iPhone. Hidupkan kembali iPhone, tekan dan tahan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun
sehingga logo Apple muncul.
Jika anda tidak dapat mematikan iPhone atau jika masalah berterusan, anda mungkin
perlu mereset iPhone. Reset hanya perlu dilakukan jika mematikan dan menghidupkan
iPhone tidak menyelesaikan masalah.
Henti paksa sesuatu aplikasi: Tekan dan tahan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun
selama beberapa saat sehingga gelangsar merah muncul, kemudian tekan dan tahan
butang Utama sehingga aplikasi ditutup.
58 Bab 3 Asas
Pada iPhone 3GS atau lebih baru, anda juga boleh mengeluarkan aplikasi daripada
senarai terbaru untuk memaksanya berhenti. Lihat “Membuka dan Menukar
Aplikasi” pada halaman 29.
Reset iPhone: Tekan dan tahan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun dan butang Utama
secara serentak selama sekurang-kurangnya sepuluh saat, sehingga logo Apple
muncul.
Untuk mendapatkan lebih banyak cadangan penyelesaian masalah, lihat
Lampiran A, “ Sokongan dan Maklumat Lain,” pada halaman 276.
Bab 3 Asas 59
Penyelarasan dan Perkongsian Fail
4
Perihal Penyelarasan
Penyelarasan menyalin maklumat dari komputer anda atau akaun dalam talian ke
iPhone, kemudian memastikan maklumat terselaras dengan menyalin perubahan yang
dibuat di satu lokasi ke lokasi yang lain.
Anda menggunakan iTunes pada komputer anda untuk menyelaras kenalan, kalendar,
dan maklumat lain; aplikasi iOS; foto dan video; dan muzik serta kandungan iTunes
yang lain. Secara lalai, penyelarasan berlaku pada bila-bila masa anda menyambung
iPhone ke komputer anda.
Anda juga boleh mengkongurasi iPhone untuk mengakses akaun dengan pembekal
khidmat dalam talian seperti MobileMe, Microsoft Exchange, Google, Yahoo!, dan yang
lain. Maklumat anda pada perkhidmatan tersebut diselaraskan atas udara.
60
Akaun Penyelarasan
MobileMe, Microsoft Exchange, Google, Yahoo!, dan pembekal khidmat dalam talian
yang lain menyelaras maklumat—yang mungkin termasuk kenalan, kalendar, pelayar
penanda buku, dan nota (iPhone 3GS atau lebih baru)—melalui sambungan Internet
anda (atas udara), supaya anda tidak perlu menyambung iPhone ke komputer anda.
Sambungan Internet boleh dijalankan melalui rangkaian selular anda atau rangkaian
Wi-Fi tempatan anda.
Sesetengah pembekal khidmat—termasuk MobileMe dan Microsoft Exchange—
menolak kemas kinian maklumat. Ini bermaksud penyelarasan berlaku pada bila-bila
masa maklumat diubah. Seting Push dalam Ambil Data Baru mesti diaktifkan (ia aktif
secara lalai). Untuk pengguna iPhone 3G, iPhone mesti bangun atau bersambung ke
komputer anda atau penyesuai kuasa. Pembekal lain menyelaras dengan “mengambil”
perubahan yang telah berlaku dari semasa ke semasa. Gunakan seting Ambil untuk
menentukan kekerapan aktiviti pengambilan ini. Lihat “Ambil Data Baru” pada
halaman 226.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai persediaan akaun pada iPhone, lihat
“Menambah Akaun Mel, Kenalan, dan Kalendar” pada halaman 26.
Menyelaras dengan iTunes
Anda boleh setkan iTunes untuk menyelaras sebarang atau semua daripada yang
berikut:
Kenalan—nama, nombor telefon, alamat, alamat e-mel, dan banyak lagiÂ
Kalendar—janji temu dan acaraÂ
Seting akaun e-melÂ
Penanda buku halaman webÂ
NotaÂ
Nada deringÂ
MuzikÂ
Foto dan video (dalam aplikasi foto atau folder foto komputer anda)Â
Koleksi iTunes UÂ
PodcastÂ
Buku dan buku audioÂ
Filem, rancangan TV, dan video muzikÂ
Aplikasi yang dimuat turun daripada App StoreÂ
Anda boleh melaraskan seting penyelarasan pada bila-bila masa iPhone disambung ke
komputer anda.
Nada dering, muzik, buku audio, podcast, buku, koleksi iTunes U, video, dan aplikasi
diselaraskan daripada pustaka iTunes anda. Jika anda belum mempunyai kandungan
dalam iTunes, iTunes Store (mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau)
menjadikannya mudah untuk pratonton dan memuat turun kandungan ke iTunes.
Anda juga boleh menambah muzik ke pustaka iTunes anda daripada CD anda. Untuk
mempelajari mengenai iTunes dan iTunes Store, buka iTunes dan pilih Help > iTunes
Help.
Kenalan, kalendar, nota, dan penanda buku halaman web diselaraskan dengan aplikasi
pada komputer anda, seperti yang diterangkan dalam bahagian yang berikut. Entri
baru atau perubahan yang anda buat pada iPhone diselaraskan ke komputer anda,
dan sebaliknya.
iTunes juga membolehkan anda menyelaras foto dan video daripada aplikasi atau
daripada folder.
Seting akaun e-mel diselaraskan hanya daripada aplikasi e-mel komputer anda ke
iPhone. Ini membolehkan anda menyesuaikan akaun e-mel anda pada iPhone tanpa
menjejaskan seting akaun e-mel pada komputer anda.
Nota: Anda juga boleh menyediakan akaun e-mel terus pada iPhone. Lihat
“Menambah Akaun Mel, Kenalan, dan Kalendar” pada halaman 26.
Bab 4 Penyelarasan dan Perkongsian Fail 61
Pembelian yang anda buat pada iPhone dalam iTunes Store atau App Store
diselaraskan kembali ke pustaka iTunes anda. Anda juga boleh membeli atau memuat
turun kandungan dan aplikasi daripada iTunes Store pada komputer anda, dan
kemudian menyelaraskannya ke iPhone.
Anda boleh setkan iPhone untuk menyelaras dengan hanya sebahagian daripada apa
yang ada pada komputer anda. Contohnya, anda mungkin ingin menyelaras hanya
sekumpulan kenalan daripada buku alamat anda, atau hanya podcast video yang
belum ditonton.
Penting: Anda harus telah melog masuk ke akaun pengguna anda sendiri pada
komputer anda sebelum menyambungkan iPhone.
Sediakan penyelarasan iTunes:
1 Sambung iPhone ke komputer anda, dan buka iTunes.
2 Dalam iTunes, pilih iPhone dalam senarai Devices.
3 Kongurasi seting penyelarasan dalam setiap anak tetingkap seting.
Lihat bahagian yang berikut untuk penerangan anak tetingkap.
4 Klik Apply dalam penjuru kanan bawah skrin.
Secara lalai, “Open iTunes when this iPhone is connected” dipilih.
iPhone Settings Panes dalam iTunes
Seksyen berikut memberikan gambaran keseluruhan untuk setiap anak tetingkap
seting iPhone. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, buka iTunes dan pilih Help >
iTunes Help.
Nota: Butang untuk anak tetingkap tambahan mungkin dipaparkan dalam iTunes,
bergantung pada jenis kandungan dalam pustaka iTunes anda.
62 Bab 4 Penyelarasan dan Perkongsian Fail
Anak Tetingkap Summary
Pilih “Open iTunes when this iPhone is connected” untuk membolehkan iTunes
membuka dan menyelaras iPhone secara automatik pada bila-bila masa anda
menyambungnya ke komputer anda. Nyahpilih pilihan ini jika anda ingin selaraskan
hanya dengan mengklik butang Sync dalam iTunes. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, lihat “Penyelarasan Automatik iTunes” pada halaman 65.
Pilih “Sync only checked songs and videos” jika anda inginkan iTunes untuk melangkau
item yang tidak ditanda dalam pustaka iTunes anda semasa penyelarasan.
Pilih “Prefer standard denition videos” jika anda mahukan iTunes untuk menyelaras
video denisi standard berbanding video denisi tinggi (iPhone 4 sahaja).
Pilih “Convert higher bit rate songs to 128 kbps AAC” jika anda mahukan iTunes
untuk menukar fail audio yang lebih besar ke format audio standard iTunes semasa
penyelarasan.
Pilih “Manually manage music and videos” untuk menyahaktifkan penyelarasan
automatik dalam anak tetingkap seting Music dan Video. Lihat “Mengurus Kandungan
Secara Manual” pada halaman 66.
Pilih “Encrypt iPhone backup” jika anda mahu enkripsikan maklumat yang disimpan
pada komputer anda apabila iTunes membuat sandaran. Sandaran yang dienkripsi
ditandakan dengan ikon mangga , dan kata laluan diperlukan untuk memulihkan
maklumat ke iPhone. Lihat “Membuat Sandaran iPhone” pada halaman 276.
Klik Congure Universal Access untuk mengaktifkan ciri Accessibility (iPhone 3GS atau
lebih baru). Lihat Bab 29, “ Kebolehcapaian,” pada halaman 255.
Anak Tetingkap Info
Anak tetingkap Info membolehkan anda mengkongurasi seting penyelarasan untuk
kenalan, kalendar, akaun e-mel, dan pelayar web anda.
KenalanÂ
Selaraskan kenalan dengan aplikasi seperti Buku Alamat Mac OS X, Yahoo! Address
Book, dan Google Contacts pada Mac, atau dengan Yahoo! Address Book, Google
Contacts, Windows Address Book (Outlook Express), Windows Contacts (Vista dan
Windows 7), atau Microsoft Outlook 2003, 2007, atau 2010 pada PC. (Pada Mac,
anda boleh menyelaras kenalan dengan berbilang aplikasi. Pada PC, anda boleh
menyelaras kenalan dengan hanya satu aplikasi pada satu masa.)
Jika anda menyelaras dengan Yahoo! Address Book, anda hanya perlu klik Congure
untuk memasukkan maklumat log masuk baru anda apabila anda menukar Yahoo!
ID atau kata laluan anda selepas anda menyediakan penyelarasan.
Bab 4 Penyelarasan dan Perkongsian Fail 63
KalendarÂ
Selaraskan kalendar daripada aplikasi seperti iCal pada Mac, atau daripada Microsoft
Outlook 2003, 2007, atau 2010 pada PC. (Pada Mac, anda boleh menyelaras kalendar
dengan berbilang aplikasi. Pada PC, anda boleh menyelaras kalendar dengan hanya
satu aplikasi pada satu masa.)
Akaun MelÂ
Selaraskan seting akaun e-mel daripada Mail pada Mac, dan daripada Microsoft
Outlook 2003, 2007, atau 2010 atau Outlook Express pada PC. Seting akaun
dipindahkan hanya daripada komputer anda ke iPhone. Perubahan yang anda buat
pada akaun e-mel pada iPhone tidak menjejaskan akaun pada komputer anda.
Nota: Kata laluan untuk akaun e-mel Yahoo! anda tidak disimpan pada komputer
anda, jadi ia tidak boleh diselaraskan dan mesti dimasukkan pada iPhone. Dalam
Seting, pilih “Mel, Kenalan, Kalendar,” sentuh akaun Yahoo! anda, dan masukkan kata
laluan.
Pelayar WebÂ
Anda boleh menyelaras penanda buku pada iPhone dengan Safari pada Mac, atau
dengan Safari atau Microsoft Internet Explorer pada PC.
NotaÂ
Selaraskan nota dalam aplikasi Nota pada iPhone dengan nota dalam Mail pada
Mac atau dengan Microsoft Outlook 2003, 2007, atau 2010 pada PC.
LanjutanÂ
Pilihan ini membolehkan anda menggantikan maklumat pada iPhone dengan
maklumat pada komputer anda semasa penyelarasan seterusnya.
Anak Tetingkap Apps
Gunakan anak tetingkap Apps untuk menyelaras aplikasi App Store, menyusun aplikasi
pada skrin Utama iPhone, atau menyalin dokumen di antara iPhone dan komputer
anda.
Pilih “Automatically sync new apps” untuk menyelaras aplikasi baru ke iPhone yang
anda muat turun atau selaraskan daripada peranti lain. Jika anda memadam aplikasi
pada iPhone, anda boleh memasangnya semula daripada anak tetingkap Apps asalkan
ia telah diselaraskan sebelumnya.
Anda boleh membuat dokumen pada iPhone dengan aplikasi yang menyokong
perkongsian fail, dan kemudian salin dokumen tersebut ke komputer anda. Anda juga
boleh menyalin dokumen daripada komputer anda ke iPhone, dan menggunakannya
dengan aplikasi yang menyokong perkongsian fail. Lihat “Perkongsian Fail” pada
halaman 67.
Anak Tetingkap Ringtones
Gunakan anak tetingkap Ringtones untuk memilih nada dering yang anda mahu
selaraskan ke iPhone.
64 Bab 4 Penyelarasan dan Perkongsian Fail
Anak tetingkap Music, Movies, TV Shows, Podcasts, dan iTunes U
Gunakan anak tetingkap ini untuk menentukan media yang anda mahu selaraskan.
Anda boleh menyelaras keseluruhan koleksi muzik, lem, rancangan TV, podcast,
iTunes U, buku dan buku audio, atau memilih kandungan yang anda inginkan pada.
Jika anda membuat folder senarai main (koleksi senarai main) dalam iTunes, folder
tersebut dan senarai mainnya akan diselaraskan dengan iPhone. Anda tidak boleh
membuat folder senarai main terus pada iPhone.
Jika anda mendengar sebahagian daripada podcast atau buku audio, kedudukan anda
di dalam cerita disertakan jika anda menyelaraskan kandungan dengan iTunes. Jika
anda mula mendengar cerita pada iPhone, anda boleh meneruskan dari mana anda
berhenti dengan menggunakan iTunes pada komputer anda—atau sebaliknya.
Jika anda ingin menonton lem yang disewa dari komputer anda pada iPhone,
selaraskannya ke iPhone menggunakan anak tetingkap Movies pada iTunes.
Hanya lagu dan video yang dikodkan dalam format yang disokong oleh iPhone
diselaraskan ke iPhone. Untuk mendapatkan maklumat mengenai format yang
disokong oleh iPhone, pergi ke www.apple.com/iphone/specs.html.
Penting: Jika anda memadam item daripada iTunes, ia turut dipadam daripada iPhone
pada kali seterusnya anda menyelaras.
Anak Tetingkap Photos
Pada Mac, anda boleh menyelaras foto dengan Aperture atau iPhoto 4.0.3 atau lebih
baru, dan video dengan iPhoto 6.0.6 atau lebih baru. Pada PC, anda boleh menyelaras
foto dengan Adobe Photoshop Elements 8.0 atau lebih baru. Anda juga boleh
menyelaras foto dan video daripada sebarang folder pada Mac atau PC anda yang
mengandungi imej.
Penyelarasan Automatik iTunes
Secara lalai, iPhone menyelaras pada bila-bila masa anda menyambungnya ke iTunes.
Anda boleh menghalang iPhone daripada menyelaras apabila anda menyambung
iPhone ke komputer selain daripada yang anda biasa gunakan untuk penyelarasan.
Nyahaktifkan penyelarasan automatik untuk iPhone:
1 Sambung iPhone ke komputer anda.
2 Dalam iTunes, pilih iPhone dalam senarai Devices, kemudian klik Summary di bahagian
atas skrin.
3 Nyahpilih “Open iTunes when this iPhone is connected.”
Apabila penyelarasan automatik dinyahaktifkan, anda masih boleh menyelaras dengan
mengklik butang Sync.
Bab 4 Penyelarasan dan Perkongsian Fail 65
Halang penyelarasan automatik untuk semua iPod, iPhone, dan iPad:
1 Dalam iTunes, pilih iTunes > Preferences (pada Mac) atau Edit > Preferences (pada PC).
2 Klik Devices, kemudian pilih “Prevent iPods, iPhones, and iPads from syncing
automatically.”
Jika kotak semak ini dipilih, iPhone tidak akan menyelaras, walaupun jika “Open iTunes
when this iPhone is connected” dipilih dalam anak tetingkap Summary.
Halang penyelarasan automatik sekali, tanpa menukar seting: Buka iTunes,
sambung iPhone ke komputer anda, kemudian tekan dan tahan Command-Option
(pada Mac) atau Shift-Control (pada PC) sehingga anda dapat melihat iPhone muncul
dalam bar sisi.
Selaras secara manual: Dalam iTunes, pilih iPhone dalam bar sisi, kemudian klik Sync
dalam penjuru kanan bawah tetingkap. Atau, jika anda telah menukar sebarang seting
penyelarasan, klik Apply.
Mengurus Kandungan Secara Manual
Ciri pengurusan manual membolehkan anda memilih hanya muzik, video, dan podcast
yang anda inginkan pada iPhone.
Sediakan iPhone untuk mengurus kandungan secara manual:
1 Sambung iPhone ke komputer anda.
2 Dalam iTunes, pilih iPhone dalam bar sisi.
3 Klik Summary di bahagian atas skrin dan pilih “Manually manage music and videos.”
4 Klik Apply.
Tambah item ke iPhone: Seret lagu, video, podcast, atau senarai main dalam pustaka
iTunes anda ke iPhone (dalam bar sisi). Shift-click atau Command-click (Mac) atau
Control-click (Windows) untuk memilih berbilang item untuk ditambah pada masa
yang sama.
iTunes menyelaras kandungan dengan serta merta. Jika anda nyahpilih “Manually
manage music and videos,” kandungan yang anda tambah secara manual akan
dikeluarkan daripada iPhone pada kali seterusnya iTunes menyelaras kandungan.
Keluarkan item daripada iPhone: Dengan iPhone disambung ke komputer anda, pilih
iPhone dalam bar sisi iTunes, dan klik segi tiga pendedahannya untuk menunjukkan
kandungan. Pilih kawasan kandungan, seperti Muzik atau Filem, kemudian pilih item
yang anda mahu padam dan tekan kekunci Delete pada papan kekunci.
Mengeluarkan item daripada iPhone tidak memadamnya daripada pustaka iTunes anda.
Nota: Genius tidak berfungsi jika anda mengurus kandungan anda secara manual.
Lihat “Menggunakan Genius pada iPhone” pada halaman 109.
66 Bab 4 Penyelarasan dan Perkongsian Fail
Memindahkan Kandungan yang Dibeli ke Komputer Lain
Anda boleh memindahkan kandungan pada iPhone yang dibeli menggunakan
iTunes pada satu komputer ke pustaka iTunes pada komputer lain yang dibenarkan.
Komputer tersebut mesti dibenarkan untuk memainkan kandungan yang dibeli
menggunakan Apple ID anda.
Benarkan komputer:Buka iTunes pada komputer dan pilih Store > Authorize
Computer.
Pindahkan kandungan yang dibeli: Sambung iPhone ke komputer lain. Dalam
iTunes, pilih File > Transfer Purchases from iPhone.
Perkongsian Fail
Perkongsian Fail membolehkan anda memindahkan fail di antara iPhone dan
komputer anda. Anda boleh berkongsi fail yang dicipta dengan aplikasi yang serasi
dan disimpan dalam format yang disokong.
Aplikasi yang menyokong perkongsian fail muncul dalam senarai File Sharing Apps
dalam iTunes. Untuk setiap aplikasi, senarai Files menunjukkan dokumen yang berada
pada iPhone. Lihat dokumentasi aplikasi untuk mengetahui bagaimana ia berkongsi
fail; bukan semua aplikasi menyokong ciri ini.
Pindahkan fail daripada iPhone ke komputer anda:
1 Sambung iPhone ke komputer anda.
2 Dalam iTunes, pilih iPhone dalam senarai Devices, kemudian klik Apps di bahagian atas
skrin.
3 Dalam bahagian File Sharing, pilih aplikasi daripada senarai di sebelah kiri.
4 Di sebelah kanan, pilih fail yang anda mahu pindahkan, kemudian klik “Save to” untuk
memilih destinasi pada komputer anda.
Pindahkan fail daripada komputer anda ke iPhone:
1 Sambung iPhone ke komputer anda.
2 Dalam iTunes, pilih iPhone dalam senarai Devices, kemudian klik Apps di bahagian atas
skrin.
3 Dalam bahagian File Sharing, klik Add.
4 Pilih fail, kemudian klik Choose (Mac) atau OK (PC).
Fail dipindahkan ke peranti anda dan boleh dibuka menggunakan aplikasi yang
menyokong jenis fail tersebut. Untuk memindahkan lebih daripada satu fail, pilih
setiap fail tambahan.
Padam fail daripada iPhone: Pilih fail dalam senarai Files, kemudian sentuh Delete.
Bab 4 Penyelarasan dan Perkongsian Fail 67
Bilangan panggilan tidak
dijawab
Bilangan mesej mel suara
yang belum didengar
Telefon
5
Panggilan Telefon
Membuat panggilan pada iPhone adalah semudah menyentuh nama dan nombor
dalam kenalan anda, menyentuh salah satu daripada kegemaran anda, atau
menyentuh panggilan terbaru untuk membalas panggilan.
Membuat Panggilan
Butang di bawah skrin Telefon memberikan anda akses cepat kepada kegemaran
anda, panggilan terbaru, kenalan anda, dan pad kekunci angka untuk mendail secara
manual.
68
AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemanduan selamat, lihat
Panduan Maklumat Produk Penting di support.apple.com/ms_MY/manuals/#iphone/.
Gunakan Kenalan untuk memanggil seseorangSentuh Kenalan, pilih kenalan, kemudian sentuh
nombor telefon.
Panggil kegemaranSentuh Kegemaran, kemudian pilih kenalan.
Balas panggilan terbaruSentuh Terbaru, kemudian sentuh nama atau
nombor dalam senarai. Jika panggilan adalah
panggilan video FaceTime (ditunjukkan oleh
), sentuh item untuk membuat
panggilan video baru.
Dail nomborSentuh Pad Kekunci, masukkan nombor,
kemudian sentuh Panggil.
Jika anda menyalin nombor telefon ke papan klip, anda boleh menampalnya pada pad
kekunci angka dan mendailnya.
Tampal nombor pada pad kekunci: Sentuh skrin di atas pad kekunci, kemudian
sentuh Tampal. Jika nombor telefon yang anda salin adalah termasuk huruf, iPhone
menukarnya ke digit yang sesuai.
Dail semula nombor terakhir yang anda dail: Sentuh Pad Kekunci, kemudian sentuh
Panggil. Sentuh Panggil sekali lagi untuk mendail nombor.
Pendailan Suara
Anda boleh menggunakan Kawalan Suara (iPhone 3GS atau lebih baru) untuk
memanggil seseorang dalam kenalan anda atau mendail nombor tertentu.
Nota: Kawalan Suara mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.
Gunakan Kawalan Suara untuk membuat panggilan telefon: Tekan dan tahan
butang Utama sehingga skrin Kawalan Suara muncul dan anda mendengar
bunyi bip. Kemudian gunakan arahan yang diterangkan di bawah untuk membuat
panggilan.
Anda juga boleh tekan dan tahan butang tengah pada fon telinga iPhone untuk
menggunakan Kawalan Suara.
Panggil seseorang dalam kenalanSebutkan “call” atau “dial” kemudian sebutkan
nama orang. Jika orang tersebut mempunyai
lebih dari satu nombor, tentukan yang mana
anda mahu panggil.
Contoh:
 Call John Appleseed Call John Appleseed at home Call John Appleseed, mobile
Dail nomborSebutkan “call” atau “dial,” kemudian sebutkan
nombor.
Untuk hasil terbaik, sebutkan nama penuh orang yang anda panggil. Jika anda
menyebut nama pertama sahaja dan anda mempunyai lebih daripada seorang
kenalan dengan nama yang sama, iPhone bertanya kenalan mana yang anda mahu
panggil. Jika terdapat lebih daripada satu nombor untuk orang yang anda panggil,
tentukan nombor yang ingin digunakan. Jika tidak, iPhone akan bertanya anda.
Apabila mendail suara nombor, sebutkan setiap digit secara berasingan—contohnya,
sebutkan “four one ve, ve ve ve, one two one two.”
Nota: Untuk kod kawasan “800” dalam A.S., anda boleh menyebut “eight hundred.”
Bab 5 Telefon 69
Halang pendailan suara apabila iPhone dikunci: Dalam Seting, pilih Umum > Kunci
Butang tengah
Butang Hidup/
Mati Tidur/Bangun
Kod Laluan dan nyahaktifkan Dail Suara. Buka kunci iPhone untuk menggunakan
pendailan suara.
Menerima Panggilan
Apabila anda menerima panggilan, sentuh Jawab. Jika iPhone dikunci, seret gelangsar.
Anda juga boleh menekan butang tengah pada fon telinga iPhone anda untuk
menjawab panggilan.
Senyapkan panggilan: Tekan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun atau manamana satu butang kelantangan. Anda masih boleh menjawab panggilan selepas
menyenyapkannya, sehingga ia masuk ke mel suara.
Tolak panggilan: Buat salah satu dari yang berikut untuk menghantar panggilan terus
ke mel suara.
Tekan butang Hidup/Mati Tidur/Bangun dua kali dengan cepat.Â
Tekan dan tahan butang tengah pada fon telinga iPhone selama lebih kurang dua Â
saat. Dua bunyi bip rendah mengesahkan bahawa panggilan telah ditolak.
Sentuh Tolak (jika iPhone bangun semasa panggilan masuk).Â
Sekat panggilan dan kekalkan akses Wi-Fi kepada Internet: Dalam Seting, aktifkan
Mod Pesawat, kemudian sentuh Wi-Fi untuk mengaktifkannya.
70 Bab 5 Telefon
Semasa Dalam Panggilan
Apabila anda dalam panggilan, skrin menunjukkan pilihan panggilan.
Pilihan panggilan mungkin berbeza-beza, bergantung pada iPhone yang anda
gunakan.
Senyapkan talian andaSentuh Senyap. Anda masih boleh mendengar
pemanggil, tetapi pemanggil tidak dapat
mendengar anda.
Gunakan pad kekunci angka untuk
memasukkan maklumat
Gunakan telefon speaker atau peranti Bluetooth Sentuh Speaker. Butang dilabelkan Sumber
Lihat maklumat hubunganSentuh Kenalan.
Tahan panggilaniPhone 4:
Buat panggilan lainSentuh Tambah Panggilan.
Sentuh Pad Kekunci.
Audio apabila peranti Bluetooth tersedia, yang
membolehkan anda memilih peranti Bluetooth,
iPhone, atau Telefon Speaker.
Sentuh dan tahan Senyap.
iPhone 3G atau iPhone 3GS: Sentuh Tahan.
Kedua-dua pihak tidak dapat mendengar satu
sama lain. Apabila panggilan ditahan, sentuh
Tahan sekali lagi untuk kembali ke panggilan.
Anda boleh menggunakan aplikasi lain semasa panggilan—contohnya, untuk
menyemak jadual anda dalam Kalendar.
Gunakan aplikasi lain semasa panggilan: Tekan butang Utama , kemudian sentuh
ikon aplikasi. Untuk membalas panggilan, sentuh bar hijau di bahagian atas skrin.
Tamatkan panggilan: Sentuh Tamatkan Panggilan. Atau tekan butang tengah pada
fon telinga iPhone anda.
Bab 5 Telefon 71
Panggilan Kedua
Semasa panggilan, anda boleh membuat atau menerima panggilan lain. Jika anda
menerima panggilan kedua, iPhone berbunyi bip dan memaparkan maklumat
pemanggil dan senarai pilihan.
Nota: Membuat dan menerima panggilan kedua mungkin adalah perkhidmatan
pilihan di sesetengah negara atau rantau. Hubungi pembawa anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Balas kepada panggilan masuk kedua:
 Untuk mengabaikan panggilan dan menghantarnya ke mel suara, sentuh Abai.
 Untuk menahan panggilan pertama dan menjawab yang baru, sentuh Tahan
Panggilan + Jawab.
 Untuk menamatkan panggilan pertama dan menjawab yang baru, sentuh Tamatkan
Panggilan + Jawab.
Jika anda dalam panggilan video FaceTime, anda boleh sama ada menamatkan
panggilan video dan menjawab panggilan masuk, atau menolak panggilan masuk.
Buat panggilan kedua: Sentuh Tambah Panggilan. Panggilan pertama ditahan.
Bertukar antara panggilan: Sentuh Tukar. Panggilan aktif ditahan.
Mulakan panggilan sidang: Sentuh Gabung Panggilan. Lihat “Panggilan Sidang” di
bawah.
Panggilan Sidang
Anda boleh bercakap dengan lebih daripada seorang pada satu masa, dan
menggabungkan sehingga lima panggilan, bergantung pada pembawa anda.
Nota: Panggilan sidang mungkin perkhidmatan pilihan di sesetengah negara atau
rantau. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat.
Mulakan panggilan sidang:
1 Buat panggilan.
2 Sentuh Tambah Panggilan dan buat panggilan lain. Panggilan pertama ditahan.
3 Sentuh Gabung Panggilan. Panggilan digabungkan ke dalam satu talian dan setiap
orang boleh mendengar satu sama lain.
4 Ulangi langkah kedua dan ketiga untuk menambah sehingga lima panggilan.
72 Bab 5 Telefon
Tamatkan satu panggilanSentuh Sidang dan sentuh bersebelahan
panggilan. Kemudian sentuh Tamatkan Panggilan.
Cakap secara peribadi dengan salah satu
panggilan
Tambah panggilan masukSentuh Tahan Panggilan + Jawab, kemudian
Sentuh Sidang, kemudian sentuh Peribadi
bersebelahan salah satu panggilan. Sentuh
Gabung Panggilan untuk meneruskan
persidangan.
sentuh Gabung Panggilan.
Jika perkhidmatan anda termasuk panggilan sidang, iPhone sentiasa mempunyai
talian kedua tersedia sebagai tambahan kepada panggilan sidang.
Nota: Anda tidak boleh membuat panggilan video FaceTime apabila anda dalam
panggilan sidang.
FaceTime
Panggilan video FaceTime membolehkan anda melihat serta mendengar orang yang
anda sedang bercakap. Pemanggil dan penerima mesti memiliki iPhone 4 atau iPod
touch (generasi keempat), dan sambungan Wi-Fi. Tiada persediaan diperlukan untuk
FaceTime pada iPhone 4. Secara lalai, FaceTime menggunakan kamera depan supaya
orang yang anda panggil boleh melihat muka anda. Beralih ke kamera utama untuk
berkongsi apa yang anda lihat di sekeliling anda.
Nota: FaceTime mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Cara anda membuat panggilan video FaceTime bergantung pada sama ada anda
menghubungi iPhone 4 atau iPod touch (generasi keempat) yang lain.
Buat panggilan FaceTime:
Ke iPhone 4: Panggilan nombor telefon penerima, kemudian sentuh FaceTime.
Atau, dalam Kenalan, sentuh FaceTime.
Ke iPod touch (generasi keempat): Dalam Kenalan, sentuh FaceTime.
Maklumat kenalan mesti termasuk alamat e-mel yang digunakan orang yang anda
panggil untuk mendaftar masuk ke FaceTime.
Bab 5 Telefon 73
muncul pada butang FaceTime dalam Kenalan jika anda pernah membuat
Buat panggilan
video
FaceTime
panggilan FaceTime dengan orang itu.
Orang yang anda panggil mesti menerima panggilan video dengan menyentuh
Terima.
Buat panggilan FaceTime menggunakan Kawalan Suara: Tekan dan Tahan butang
Utama sehingga skrin Kawalan Suara muncul dan anda mendengar bunyi bip.
Kemudian sebut “FaceTime,” diikuti nama orang yang ingin dipanggil.
Jika anda pernah membuat panggilan video FaceTime sebelum ini dengan seseorang,
anda boleh membuat panggilan video lain dengan individu tersebut dengan
menyentuh entri panggilan itu dalam Terbaru. Panggilan video FaceTime lama
ditunjukkan oleh .
74 Bab 5 Telefon
Apabila panggilan suara diwujudkan, anda melihat imej daripada iPhone penerima.
Tetingkap gambar dalam gambar menunjukkan imej daripada iPhone anda yang
dilihat oleh penerima. Anda boleh menyeret tetingkap ke sebarang penjuru. Anda
boleh menggunakan FaceTime dalam orientasi potret atau landskap.
Panggilan video menggunakan mikrofon atas pada iPhone.
Jika anda bergerak menjauhi rangkaian Wi-Fi anda, atau sebaliknya ia tidak tersedia,
anda akan mendapat pilihan bagi mendail semula nombor tersebut untuk panggilan
suara.
Nota: Apabila anda membuat panggilan video FaceTime daripada iPhone, nombor
telefon anda dipaparkan pada iPhone atau iPod touch penerima walaupun jika
nombor telefon anda disekat.
Senyapkan panggilan video FaceTimeSentuh di bahagian bawah skrin. Anda masih
boleh mendengar dan melihat pemanggil.
Pemanggil boleh melihat anda, tetapi tidak boleh
mendengar anda.
Bertukar antara kamera depan dan kamera
utama
Gunakan aplikasi lain semasa panggilan video
FaceTime
Tamatkan panggilan video FaceTimeSentuh
Sentuh
Tekan butang Utama , kemudian sentuh
ikon aplikasi. Anda masih boleh berbual, tetapi
tidak akan dapat melihat satu sama lain. Untuk
membalas panggilan video, sentuh bar hijau di
bahagian atas skrin.
di bahagian bawah skrin.
di bahagian bawah skrin.
Untuk menyekat panggilan video FaceTime, anda boleh menyahaktifkan FaceTime
dalam Seting.
Bab 5 Telefon 75
Aktifkan atau nyahaktifkan FaceTime: Dalam Seting, pilih telefon dan sentuh suis
FaceTime. FaceTime aktif secara lalai.
Anda juga boleh menyahdayakan FaceTime dalam Sekatan. Lihat “Sekatan” pada
halaman 218 .
Menggunakan Peranti Bluetooth untuk Panggilan
Anda juga boleh membuat dan menerima panggilan menggunakan peranti Bluetooth
yang dipasangkan dengan iPhone. Lihat “Memasangkan Peranti Bluetooth dengan
iPhone” pada halaman 53.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan peranti Bluetooth bagi
membuat dan menerima panggilan, lihat dokumentasi yang disertakan dengan
peranti.
Dengar kepada panggilan menerusi iPhone apabila peranti Bluetooth disambung:
Buat salah satu daripada yang berikut:
Jawab panggilan dengan menyentuh skrin iPhone.Â
Semasa panggilan, sentuh Audio pada iPhone. Pilih iPhone untuk mendengar Â
panggilan menerusi iPhone atau Telefon Speaker bagi menggunakan telefon
speaker.
Nyahaktifkan Bluetooth. Dalam Seting, pilih Umum > Bluetooth dan seret suis ke Tak Â
Aktif.
Nyahaktifkan peranti Bluetooth, atau bergerak ke luar liputan. Anda mesti berada Â
dalam lebih kurang 30 kaki dari peranti Bluetooth supaya ia disambungkan ke
iPhone.
Panggilan Kecemasan
Jika iPhone dikunci dengan kod laluan, anda masih mungkin dapat membuat
panggilan kecemasan.
Buat panggilan kecemasan apabila iPhone dikunci: Pada skrin Masukkan Kod Laluan,
sentuh Panggilan Kecemasan, kemudian dail nombor menggunakan pad kekunci
angka.
Penting: Hanya nombor kecemasan yang sah di negara atau rantau yang anda
buat panggilan akan berfungsi. Di sesetengah negara atau rantau, anda tidak boleh
membuat panggilan kecemasan melainkan kad SIM anda terpasang dan diaktifkan,
dan PIN SIM telah dimasukkan dengan betul atau dinyahaktifkan.
Dalam A.S., maklumat lokasi (jika tersedia) diberikan kepada pembekal khidmat
kecemasan apabila anda mendail 911.
76 Bab 5 Telefon
Penting: Anda tidak boleh bergantung pada peranti wayarles untuk komunikasi
Bilangan panggilan terlepas dan mesej
mel suara yang belum didengar
muncul pada ikon Telefon skrin Utama.
penting, seperti kecemasan perubatan. Penggunaan sebarang telefon selular untuk
memanggil perkhidmatan kecemasan mungkin tidak berfungsi dalam semua lokasi.
Nombor dan perkhidmatan kecemasan mungkin berbeza mengikut negara atau
rantau, dan kadangkala panggilan kecemasan tidak boleh dibuat akibat ketersediaan
rangkaian atau gangguan alam sekitar. Sesetengah rangkaian selular mungkin tidak
menerima panggilan kecemasan dari iPhone jika ia tidak mempunyai kad SIM, jika
anda telah mengunci kad SIM anda, atau jika anda belum mengaktifkan iPhone anda.
Jika anda dalam panggilan video FaceTime, anda mesti menamatkan panggilan
tersebut sebelum anda boleh memanggil panggilan kecemasan.
Mel Suara Visual
Pada iPhone, mel suara visual membolehkan anda melihat senarai mesej anda dan
memilih yang mana untuk didengar atau dipadam, tanpa perlu mendengar arahan
atau mesej sebelumnya.
Nota: Mel suara visual mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau,
atau mungkin merupakan perkhidmatan pilihan. Hubungi pembawa anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut. Jika mel suara visual tidak tersedia, sentuh Mel suara
dan ikut arahan suara untuk mengambil mesej anda.
Menyediakan Mel Suara
Pada kali pertama anda menyentuh Mel Suara, iPhone menggesa anda untuk
membuat kata laluan mel suara dan merakam ucapan mel suara anda.
Tukar ucapan anda:
1 Sentuh Mel Suara, sentuh Ucapan, kemudian sentuh Tersuai.
2 Sentuh Rakam apabila anda sedia untuk bermula.
3 Apabila anda selesai, sentuh Henti. Untuk mendengar semula, sentuh Main.
Untuk merakam semula, ulangi langkah 2 dan 3.
4 Sentuh Simpan.
Bab 5 Telefon 77
Gunakan ucapan lalai pembawa andaSentuh Mel Suara, sentuh Ucapan, kemudian
Bilangan panggilan tidak
dijawab
Bilangan mesej mel suara
yang belum didengar
Langkau ke sebarang
ketika pada mesej: Seret
kepala main.
Mesej belum
didengar
Main/Jeda
Maklumat kenalan
Bar leret
Telefon speaker (Audio,
apabila peranti Bluetooth
disambung. Sentuh untuk
memilih output audio.)
Balas panggilan
sentuh Lalai.
Setkan bunyi isyarat untuk mel suara baruDalam Seting, pilih Bunyi dan aktifkan Mel Suara
Baru. Isyarat berbunyi sekali untuk setiap mel
suara baru. Jika suis Dering/Senyap dimatikan,
iPhone tidak akan membunyikan isyarat.
Tukar kata laluan mel suaraDalam Seting, pilih Telefon > Tukar Kata laluan
Mel Suara.
Menyemak Mel Suara
Apabila anda menyentuh Telefon, iPhone menunjukkan bilangan panggilan tidak
dijawab dan mesej mel suara yang belum didengar.
Sentuh Mel suara untuk melihat senarai mesej anda.
Dengar mesej: Sentuh mesej. (Jika anda sudah mendengar mesej, sentuh mesej
sekali lagi untuk memainkannya semula.) Gunakan dan untuk menjeda dan
menyambung main balik.
78 Bab 5 Telefon
Selepas anda mendengar mesej, ia disimpan sehingga pembawa anda memadamnya.
Semak mel suara dari telefon lain: Dail nombor anda sendiri atau nombor akses jauh
pembawa anda.
Memadam Mesej
Pilih mesej, kemudian sentuh Padam.
Dengar mesej yang dipadamSentuh Mesej Dipadam (pada penghujung
senarai), kemudian sentuh mesej.
Nyahpadam mesejSentuh Mesej yang telah Dipadam (pada
penghujung senarai), kemudian sentuh mesej
dan sentuh Nyahpadam.
Padam mesej secara kekalSentuh Mesej Dipadam (pada penghujung
senarai), kemudian sentuh Kosongkan Semua.
Nota: Di beberapa negara atau rantau, mesej mel suara visual yang dipadam mungkin
dipadam secara kekal oleh pembawa anda.
Mendapatkan Maklumat Hubungan
Mel suara visual menyimpan tarikh dan masa panggilan, panjang mesej, dan sebarang
maklumat hubungan yang tersedia.
Lihat maklumat hubungan pemanggil: Sentuh bersebelahan mesej.
Anda boleh menggunakan maklumat tersebut untuk menghantar e-mel atau teks
kepada pemanggil, atau mengemas kini maklumat hubungan.
Kenalan
Dari skrin Maklumat kenalan, satu sentuhan cepat membolehkan anda membuat
panggilan telefon, membuat mesej e-mel baru, mencari lokasi alamat mereka, dan
banyak lagi. Lihat “Mencari Kenalan” pada halaman 238.
Kegemaran
Kegemaran memberi anda akses cepat kepada nombor telefon yang paling kerap
anda gunakan.
Tambah nombor telefon kenalan ke senarai kegemaran anda: Sentuh Kenalan dan
pilih kenalan. Kemudian sentuh “Tambah ke Kegemaran” dan pilih nombor telefon
atau alamat e-mel yang anda mahu tambah. Pada iPhone 4, pilih sama ada untuk
menyimpan kegemaran sebagai panggilan suara atau sebagai panggilan FaceTime.
Jika anda menyimpan kenalan sebagai panggilan FaceTime, muncul dengan nama
dalam senarai kegemaran.
Jika seseorang yang sudah berada dalam kenalan anda memanggil anda, anda boleh
menambah nama mereka ke kegemaran anda daripada senarai terbaru.
Bab 5 Telefon 79
Tambah kenalan ke kegemaran daripada senarai terbaru: Sentuh Terbaru dan
Dering
Senyap
sentuh bersebelahan nama kenalan, kemudian sentuh “Tambah ke Kegemaran.”
Panggil kenalan daripada kegemaran andaSentuh Kegemaran dan pilih kenalan. Jika
muncul bersebelahan nama, anda boleh
menyentuh nama dan membuat panggilan
FaceTime.
Padam kenalan daripada kegemaran andaSentuh Kegemaran dan sentuh Edit. Kemudian
sentuh
dan sentuh Keluarkan.
Susun semua senarai kegemaran andaSentuh Kegemaran dan sentuh Edit. Kemudian
seret
baru dalam senarai.
bersebelahan kenalan atau nombor
bersebelahan kenalan ke kedudukan
Nada dering dan Suis Dering/Senyap
iPhone datang dengan nada dering yang boleh anda gunakan untuk panggilan
masuk, Penggera jam, dan Pemasa jam. Anda juga boleh membeli nada dering dari
lagu dalam iTunes.
Suis Dering/Senyap dan Mod Getar
Suis pada sisi iPhone menjadikannya mudah untuk menghidupkan atau mematikan
pendering.
Hidupkan atau matikan pendering: Petik suis pada sisi iPhone.
Penting: Penggera jam masih berbunyi jika anda memetik suis Dering/Senyap ke
senyap.
Setkan iPhone untuk bergetar: Dalam Seting, pilih Bunyi. Kawalan berasingan
membolehkan anda mengeset getar untuk mod dering dan mod senyap.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Bunyi dan Suis Dering/Senyap” pada
80 Bab 5 Telefon
halaman 212 .
Mengeset Nada Dering
Anda boleh setkan nada dering lalai untuk panggilan, dan untuk penggera dan
pemasa Jam. Anda juga boleh memberikan nada dering individu kepada kenalan
supaya anda tahu siapa yang memanggil.
Set nada dering lalai: Dalam Seting, pilih Bunyi > Nada dering, kemudian pilih nada
dering.
Berikan nada dering kepada kenalan: Dari Telefon, sentuh Kenalan dan pilih kenalan.
Sentuh Edit, kemudian sentuh Nada dering dan pilih nada dering.
Membeli Nada dering
Anda boleh membeli nada dering daripada iTunes Store pada iPhone. Lihat “Membeli
Nada dering” pada halaman 18 5.
Panggilan Antarabangsa
Membuat Panggilan Antarabangsa dari Kawasan Rumah Anda
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara membuat panggilan dari
kawasan rumah anda, termasuk kadar dan caj lain yang mungkin dikenakan, hubungi
pembawa anda atau pergi ke laman web pembawa anda.
Menggunakan iPhone Di luar Negara
Anda boleh menggunakan iPhone untuk membuat panggilan di banyak negara di
seluruh dunia. iPhone 3GS dan iPhone 4 adalah telefon berbilang jaluran frekuensi,
yang memastikan liputan antarabangsa yang luas.
Dayakan perayauan antarabangsa: Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan
maklumat mengenai ketersediaan dan bayaran.
Setkan iPhone untuk menambah awalan yang betul semasa mendail dari negara
lain: Dalam Seting, sentuh Telefon, kemudian aktifkan Bantuan Antarabangsa. Ini
membolehkan anda membuat panggilan ke negara asal anda menggunakan nombor
dalam kenalan dan kegemaran anda, tanpa perlu menambah awalan atau kod negara
anda. Bantuan Antarabangsa hanya berfungsi untuk nombor telefon Amerika Syarikat.
Apabila anda membuat panggilan menggunakan Bantuan Antarabangsa, “Bantuan
Antarabangsa” muncul pada skrin iPhone, berselang-seli dengan mesej “memanggil...”,
sehingga panggilan anda disambungkan.
Nota: Bantuan Antarabangsa mungkin tidak tersedia di semua kawasan.
Bab 5 Telefon 81
Setkan pembawa untuk menggunakan: Dalam Seting, sentuh Pembawa, kemudian
pilih pembawa yang anda utamakan. Pilihan ini hanya tersedia apabila anda dalam
perjalanan ke luar daripada rangkaian pembawa anda. Anda hanya boleh membuat
panggilan pada pembawa yang mempunyai perjanjian perayauan dengan pembekal
khidmat iPhone. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Pembawa” pada
halaman 2 11 .
Penting: Caj perayauan suara dan data mungkin dikenakan. Untuk mengelakkan caj
perayauan data, nyahaktifkan Perayauan Data.
Aktifkan atau nyahaktifkan Perayauan Data: Dalam Seting, pilih Umum > Rangkaian,
kemudian sentuh untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Perayauan Data.
Perayauan Data dinyahaktifkan secara lalai.
Menyahaktifkan Perayauan Data membantu mencegah caj perayauan data semasa
dalam perjalanan di luar rangkaian pembawa anda dengan menyahdayakan
penghantaran data melalui rangkaian selular. Anda masih boleh mengakses Internet
jika anda mempunyai sambungan Wi-Fi. Walau bagaimanapun, jika akses rangkaian
Wi-Fi tidak tersedia, anda tidak boleh:
Membuat atau menerima panggilan video FaceTimeÂ
Menghantar atau menerima e-melÂ
Melayari InternetÂ
Selaraskan kenalan, kalendar, atau penanda buku anda dengan MobileMe atau Â
Exchange
Menstrim video YouTubeÂ
Mendapatkan harga sahamÂ
Mendapatkan lokasi petaÂ
Mendapatkan laporan cuacaÂ
Membeli muzik atau aplikasiÂ
Aplikasi pihak ketiga yang lain yang menggunakan perayauan data mungkin turut
dinyahdayakan.
Jika Perayauan Data tidak aktif, anda masih boleh membuat dan menerima panggilan
telefon, dan menghantar dan menerima mesej teks. Caj perayauan suara mungkin
dikenakan. Mel suara visual dihantar jika tiada caj dikenakan; jika pembawa anda
mengenakan bayaran untuk penghantaran mel suara visual apabila merayau,
menyahaktifkan Perayauan Data menghalang penghantaran mel suara visual.
Untuk mendayakan e-mel, melayari web, dan perkhidmatan data yang lain, aktifkan
Perayauan Data.
82 Bab 5 Telefon
Penting: Jika Perayauan Data diaktifkan, anda mungkin dikenakan caj semasa merayau
di luar rangkaian pembawa anda untuk penggunaan sebarang ciri yang disenaraikan
di atas, dan juga bagi penghantaran mel suara visual. Semak dengan pembawa anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai caj perayauan.
Anda juga boleh menyahaktifkan data selular untuk menghalang sebarang
penggunaan data seluar.
Nyahaktifkan Data Selular: Dalam Seting, pilih Umum > Rangkaian, kemudian sentuh
suis Data Selular untuk menyahaktifkannya.
Dapatkan mel suara apabila mel suara visual tidak tersedia: Dail nombor anda
sendiri, atau sentuh dan tahan “1” pada pad kekunci angka.
Anda boleh menggunakan Mod Pesawat untuk menyahaktifkan perkhidmatan selular
dan kemudian mengaktifkan Wi-Fi untuk mendapatkan akses kepada Internet, sambil
mengelakkan caj perayauan suara.
Gunakan mod pesawat untuk menyahaktifkan perkhidmatan selular: Dalam Seting,
sentuh Mod Pesawat bagi mengaktifkannya, kemudian sentuh Wi-Fi dan aktifkan Wi-Fi.
Lihat “Mod Pesawat” pada halaman 208.
Panggilan telefon masuk dihantar terus ke mel suara. Untuk membuat dan menerima
panggilan sekali lagi dan mendapatkan mesej mel suara anda, nyahaktifkan mod
pesawat.
Bab 5 Telefon 83
Bilangan e-mel belum
dibaca dalam peti
masuk anda
Mail
6
Mail berfungsi dengan MobileMe, Microsoft Exchange, dan kebanyakan sistem e-mel
paling popular—termasuk Yahoo!, Google, dan AOL—dan juga kebanyakan sistem
e-mel POP3 dan IMAP yang menjadi standard industri. Anda boleh menghantar dan
menerima foto, video dan grak, dan melihat PDF dan lampiran lain. Anda juga boleh
mencetak mesej, dan lampiran yang boleh dibuka dalam Quick Look.
Menyediakan Akaun E-mel
Anda boleh menyediakan akaun e-mel pada iPhone dalam salah satu daripada cari
berikut:
Sediakan akaun terus pada iPhone. Lihat “ÂMenambah Akaun Mel, Kenalan, dan
Kalendar” pada halaman 26.
Dalam iTunes, gunakan seting iPhone untuk menyelaras seting akaun e-mel Â
daripada komputer anda. Lihat “iPhone Settings Panes dalam iTunes” pada
halaman 62.
84
Menyemak dan Membaca E-mel
Ikon Mail pada skrin Utama menunjukkan jumlah mesej yang belum dibaca dalam peti
masuk anda. Anda mungkin mempunyai mesej belum dibaca yang lain dalam peti mel
lain.
Dalam Mail, skrin Peti Mel memberikan anda akses cepat ke semua peti masuk anda
Bilangan mesej
yang belum
dibaca
Mesej masuk
untuk semua
akaun
Mesej belum
dibaca
Bilangan mesej
dalam jaluran
dan peti mel yang lain. Sentuh peti masuk untuk sebuah akaun bagi melihat mesejnya.
Untuk melihat mesej masuk bagi semua akaun anda, sentuh Semua Peti Masuk. Jika
anda hanya mempunyai satu akaun mel disediakan dan diaktifkan, maka anda hanya
akan melihat satu peti masuk pada skrin Peti Mel.
Apabila anda membuka peti mel, Mail mengambil dan memaparkan kandungan
paling baru, dan menunjukkan bilangan mesej yang belum dibaca di bahagian atas
skrin. Mesej yang belum di baca mempunyai titik biru bersebelahannya. Bilangan
mesej yang diambil ditentukan oleh seting Mail anda. Lihat “Mail” pada halaman 226.
Jika anda menyusun mesej mengikut jaluran, mesej yang berkaitan akan muncul
sebagai entri tunggal dalam peti mel. Jaluran mesej mempunyai nombor
bersebelahan anak panah kanan, menunjukkan bilangan mesej dalam jaluran. Titik
biru menunjukkan bahawa satu atau lebih mesej dalam jaluran belum dibaca. Mesej
yang dipaparkan adalah mesej paling lama yang belum dibaca, atau mesej paling baru
jika semua mesej telah dibaca.
Lihat mesej dalam jaluran: Sentuh jaluran dalam peti mel.
Baca mesej: Sentuh mesej. Di dalam mesej, sentuh atau untuk melihat mesej
seterusnya atau sebelumnya.
Aktifkan atau nyahaktifkan “Susun Ikut Jaluran”: Dalam Seting, pilih “Mel, Kenalan,
Bab 6 Mail 85
Kalendar,” dan sentuh suis untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Susun Ikut
Jaluran. Lihat “Mail” pada halaman 226.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun disediakan dan diaktifkan, seksyen
Bilangan mesej
belum dibaca
Sentuh untuk
melihat semua
akaun e-mel anda
Akaun pada skrin Peti Mel menyediakan akses kepada akaun anda. Sentuh akan untuk
melihat folder dan peti melnya, termasuk peti masuknya. Jika anda hanya mempunyai
satu akaun disediakan dan diaktifkan, folder dan peti mel untuk akaun tersebut
muncul pada skrin Peti Mel.
Semak mesej baru: Pilih peti mel, atau sentuh pada bila-bila masa.
Muat mesej tambahan: Tatal ke bahagian bawah senarai mesej dan sentuh Muat Lagi
Mesej.
Zum masuk pada sebahagian daripada mesejDwisentuh sebahagian daripada mesej.
Dwisentuh sekali lagi untuk zum keluar. Atau
cubit terbuka atau cubit untuk zum masuk atau
keluar.
Saizkan semula sebarang lajur teks untuk muat
pada skrin
Lihat semua penerima mesejSentuh Butiran.
Tambah penerima e-mel pada senarai kenalan
anda
Tanda mesej sebagai belum dibacaBuka mesej dan sentuh “Tanda sebagai Belum
Dwisentuh teks.
Sentuh nama atau alamat e-mel untuk melihat
maklumat hubungan kenalan. Kemudian sentuh
nombor telefon, alamat e-mel, atau mesej teks
untuk menghubungi mereka. Sentuh Sembunyi
untuk menyembunyikan penerima.
Sentuh mesej dan, jika perlu, sentuh Butiran
untuk melihat penerima. Kemudian sentuh nama
atau alamat e-mel dan sentuh Buat Kenalan Baru
atau “Tambah ke Kenalan Sedia ada.”
Dibaca.”
Titik biru
senarai peti mel sehingga anda membukanya
sekali lagi.
muncul bersebelahan mesej dalam
Buka jemputan mesyuarat: Sentuh jemputan.
86 Bab 6 Mail
Anda boleh mendapatkan maklumat kenalan untuk penganjur dan jemputan yang
lain, setkan peringatan, menambah nota pada peristiwa, dan menambah komen
yang disertakan dalam balasan anda yang die-mel kepada penganjur. Anda boleh
menerima, menerima secara tentatif, atau menolak jemputan. Lihat “Membalas
Jemputan Mesyuarat” pada halaman 12 7.
Aktifkan atau nyahaktifkan Bluetooth: Dalam Seting, pilih “Mel, Kenalan, Kalendar”
> Ambil Data Baru, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Push. Lihat “Ambil Data
Baru” pada halaman 226.
Menggunakan Pautan dan Data Dikesan
iPhone mengesan pautan web, nombor telefon, alamat e-mel, dan jenis maklumat lain
yang anda boleh gunakan untuk membuka halaman web, membuat panggilan telefon,
membuat mesej e-mel yang telah dialamatkan, membuat atau menambah maklumat
bagi kenalan, atau menjalankan aktiviti berguna yang lain. Data yang dikesan muncul
sebagai teks biru bergaris bawah. Sentuh data untuk menggunakan tindakan lalainya,
atau sentuh dan tahan bagi melihat tindakan lain.
Pautan atau imejSentuh untuk membuka halaman web dalam
Safari.
Sentuh dan tahan untuk:
 Membuka halaman web dalam Safari Menyalin pautan
Nombor telefonSentuh nombor, kemudian sentuh Panggil untuk
mendail nombor.
Sentuh dan tahan untuk:
 Dail nombor Hantar mesej teks Buat kenalan baru dengan nombor Tambah nombor ke kenalan sedia ada
AlamatSentuh untuk memaparkan lokasi dalam Peta.
Sentuh dan tahan untuk:
 Memaparkan lokasi dalam Peta Membuat kenalan baru dengan alamat Menambah alamat ke kenalan sedia ada Menyalin alamat
Alamat e-melSentuh untuk membuat mesej e-mel baru yang
telah dialamatkan.
Sentuh dan tahan untuk:
 Membuat mesej e-mel baru Membuat kenalan baru dengan alamat Menambah alamat ke kenalan sedia ada Menyalin alamat
Bab 6 Mail 87
Hari, tarikh, atau masaSentuh item, kemudian sentuh Buat Peristiwa
Sentuh lampiran
untuk muat turun
untuk membuat peristiwa dalam Kalendar.
Nombor penjejakan (mungkin tidak tersedia di
semua negara atau rantau)
Sentuh untuk membuka halaman web bagi
mendapatkan status pakej.
Melihat Lampiran
iPhone memaparkan lampiran gambar dalam kebanyakan format yang lazim
digunakan (JPEG, GIF, dan TIFF) sebaris dengan teks dalam mesej e-mel. iPhone boleh
memainkan kebanyakan lampiran audio seperti MP3, AAC, WAV, dan AIFF. Anda boleh
memuat turun dan melihat fail (seperti PDF, halaman web, teks, Pages, Keynote,
Numbers, dan dokumen Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint) yang dilampirkan
pada mesej yang anda terima.
Lihat fail yang dilampirkan: Sentuh lampiran untuk membukanya dalam Quick Look.
Anda mungkin perlu memuat turun lampiran terlebih dahulu dengan menyentuh
(jika ia muncul di penghujung mesej dalam kotak bertitik dengan nama dokumen).
Anda boleh melihat lampiran dalam orientasi lampiran atau landskap.
Jika format fail yang dilampirkan tidak disokong oleh iPhone, anda boleh melihat
nama fail tetapi anda tidak boleh membukanya. iPhone menyokong jenis dokumen
yang berikut:
.docMicrosoft Word
.docxMicrosoft Word (XML)
.htmhalaman web
.htmlhalaman web
.keyKeynote
.numbersNumbers
.pagesPages
88 Bab 6 Mail
.pdfPreview, Adobe Acrobat
.pptMicrosoft PowerPoint
.pptxMicrosoft PowerPoint (XML)
.rtfRich Text Format
.txtteks
.vcfmaklumat hubungan
.xlsMicrosoft Excel
.xlsxMicrosoft Excel (XML)
Buka fail lampiran dengan aplikasi lain: Sentuh dan tahan lampiran, kemudian pilih
aplikasi. Jika tiada aplikasi tersedia, anda boleh memilih untuk membuka lampiran
dalam Quick Look.
Simpan foto yang dilampirkan ke album Jalur Filem anda: Sentuh foto, kemudian
sentuh Simpan Imej. Jika foto belum lagi dimuat turun, sentuh notis muat turun
terlebih dahulu.
Simpan video yang dilampirkan ke album Jalur Filem anda: Sentuh dan tahan
lampiran, kemudian sentuh Simpan Video. Jika video belum lagi dimuat turun, sentuh
notis muat turun terlebih dahulu.
Mencetak Mesej dan Lampiran
Anda boleh mencetak mesej dan lampiran e-mel yang boleh dilihat dalam Quick Look
Mencetak mesej e-mel: Sentuh , kemudian sentuh Cetak. Sentuh Pilih Pencetak
untuk memilih pencetak, kemudian setkan pilihan pencetak seperti bilangan salinan
dan output kedua-dua muka (jika pencetak menyokongnya). Kemudian sentuh Cetak.
Untuk mencetak imej dalam baris tanpa mesej lain dalam e-mel tersebut, simpan imej
(sentuh pada imej dan sentuh Simpan Imej), kemudian buka Foto atau Kamera dan
cetak imej daripada album Jalur Filem anda.
Cetak lampiran: Sentuh lampiran untuk melihatnya dalam Quick Look, kemudian
sentuh dan sentuh Cetak. Sentuh Pilih Pencetak untuk memilih pencetak, kemudian
setkan pilihan pencetak seperti julat halaman, bilangan salinan dan output kedua-dua
muka (jika pencetak menyokongnya). Kemudian sentuh Cetak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Mencetak” pada halaman 47.
Bab 6 Mail 89
Menghantar E-mel
Anda boleh menghantar mesej e-mel kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel.
Karang dan hantar mesej:
1 Sentuh .
2 Taipkan nama atau alamat e-mel dalam medan Kepada, atau sentuh untuk
menambah nama bagi kenalan anda.
Semasa anda menaip alamat e-mel, alamat e-mel yang sepadan daripada senarai
kenalan anda muncul di bawah. Sentuh alamat untuk menambahnya. Untuk
menambah lebih nama, sentuh Return atau .
Nota: Jika anda sedang menulis mesej daripada akaun Microsoft Exchange anda dan
mempunyai akses ke Global Address List (GAL) perniagaan anda, alamat yang sepadan
daripada kenalan pada iPhone muncul dahulu, diikuti oleh alamat GAL yang sepadan.
3 Sentuh Sk/Skt/Daripada jika anda ingin menyalin atau membuat salinan karbon mesej
kepada orang lain, atau menukar akaun dari mana anda menghantar mesej. Jika anda
mempunyai lebih daripada satu akaun e-mel, atau jika anda mempunyai alias e-mel
bagi akaun MobileMe anda, anda boleh menyentuh medan Daripada untuk menukar
akaun atau alias dari mana anda menghantar mel.
4 Masukkan subjek, kemudian mesej anda.
Anda boleh menyentuh Return untuk bergerak dari satu medan ke medan yang lain.
5 Sentuh Hantar.
Hantar foto atau video (iPhone 3GS atau lebih
baru) dalam mesej e-mel
Tampal dan hantar foto atau video dalam mesej
e-mel
Simpan draf mesej untuk dilengkapkan
kemudian
90 Bab 6 Mail
Dalam Foto, pilih foto atau video, sentuh
kemudian sentuh E-mel Foto atau E-mel Video.
Anda juga boleh menyalin dan menampal foto
dan video.
Untuk menghantar berbilang foto atau video
pada masa yang sama, sentuh
melihat imej kecil dalam album, kemudian sentuh
bagi melihat foto dan video, sentuh Kongsi, dan
sentuh E-mel.
Dalam Foto, sentuh dan tahan foto atau video
sehingga arahan Salin muncul. Sentuh Salin.
Pergi ke Mail dan buat mesej baru. Sentuh
untuk menempatkan titik pemasukan di mana
anda inginkan video, kemudian sentuh titik
pemasukan bagi memaparkan arahan edit dan
sentuh Tampal.
Untuk menyalin berbilang video, dalam Foto,
buka album, sentuh
dan video, kemudian sentuh Salin.
Sentuh Batal, kemudian sentuh Simpan. Mesej
disimpan dalam peti mel Draf.
, sentuh bagi memilih foto
semasa
,
Buka draf yang paling baru disimpanSentuh dan tahan untuk membuka draf yang
Untuk menunjukkan butang
Padam, sapu ke
kiri atau ke kanan
di atas mesej.
terbaru disimpan daripada akaun terakhir yang
anda sedang gunakan.
Balas kepada mesejSentuh
hanya kepada penghantar atau sentuh Balas
Semua untuk menghantar kepada penghantar
dan semua penerima. Taip mesej balas anda,
kemudian sentuh Hantar.
Fail atau imej yang dilampirkan pada mesej asal
tidak akan dihantar balik.
Majukan mesejBuka mesej dan sentuh
Majukan. Tambah satu atau lebih mesej e-mel,
taipkan mesej anda, kemudian sentuh Hantar.
Apabila anda memajukan mesej, anda boleh
menyertakan fail atau imej yang dilampirkan
pada mesej asal.
Kongsi maklumat kenalanDalam Kenalan, pilih kenalan, sentuh Kongsi
Kenalan di bahagian bawah skrin Maklumat,
kemudian sentuh E-mel.
. Sentuh Balas untuk membalas
, kemudian sentuh
Menyusun E-mel
Anda boleh menyusun mesej dalam sebarang peti mel, folder, atau tetingkap hasil
carian. Anda boleh memadam mesej satu demi satu, atau memilih kumpulan untuk
memadam semuanya sekali. Anda juga boleh memindahkan mesej daripada satu
peti mel atau folder ke yang satu lagi dalam akaun yang sama atau di antara akaun
berlainan.
Padam mesej: Buka mesej dan sentuh .
Anda juga boleh memadam mesej terus daripada senarai mesej peti mel dengan
meleret ke kiri atau kanan di atas tajuk mesej, kemudian menyentuh Padam.
Nota: Untuk akaun Google, sentuh Arkib. Mesej tidak dipadam, tetapi dipindahkan ke
arkib akaun anda.
Bab 6 Mail 91
Padam berbilang mesej: Apabila melihat senarai mesej, sentuh Edit, pilih mesej yang
ingin anda hapuskan, kemudian sentuh Padam.
Pindahkan mesej ke peti mel atau folder yang lain: Apabila melihat mesej, sentuh ,
kemudian pilih peti mel atau folder.
Sentuh Akaun untuk memilih peti mel atau folder bagi akaun lain.
Pindahkan berbilang mesej: Apabila melihat senarai mesej, sentuh Edit, pilih mesej
yang anda mahu pindahkan, kemudian sentuh Pindah dan pilih peti mel atau folder.
Mencari E-mel
Anda boleh mencari medan Kepada, Daripada, dan Subjek bagi mesej e-mel. Mail
mencari mesej yang dimuat turun di dalam peti mel yang terbuka pada masa ini.
Untuk akaun MobileMe, Exchange, dan sesetengah akaun mel IMAP, anda juga boleh
mencari mesej pada pelayan baru.
Cari mesej e-mel: Buka peti mel, tatal ke atas, masukkan teks dalam medan Cari.
Sentuh Daripada, Kepada, Subjek, atau Semua untuk memilih medan yang ingin anda
cari. Untuk menatal cepat ke medan carian di bahagian atas senarai, sentuh bar status.
Hasil carian untuk mesej yang sudah dimuat turun ke iPhone muncul secara automatik
semasa anda menaip. Sentuh Cari untuk menyembunyikan papan kekunci dan melihat
lebih banyak hasil.
92 Bab 6 Mail
Cari mesej pada pelayan: Sentuh “Teruskan Carian pada Pelayan” di bahagian akhir
hasil carian.
Nota: Hasil carian bagi mesej pada pelayan mungkin berbeza-beza bergantung pada
jenis akaun. Sesetengah pelayan mungkin mencari perkataan penuh sahaja.
Mesej Mail disertakan dalam carian daripada skrin Utama. Lihat “Mencari” pada
halaman 49.
Bab 6 Mail 93
Safari
7
Safari membolehkan anda melayari web dan melihat halaman web pada iPhone
seakan-akan seperti pada komputer anda. Buat penanda buku pada iPhone dan
selaraskannya dengan komputer anda. Tambah klip web untuk mengakses cepat
laman kegemaran anda terus daripada skrin Utama. Cetak halaman web, PDF, dan
dokumen lain yang dibuka dalam Quick Look.
Memaparkan Halaman Web
Anda boleh melihat halaman web sama ada dalam orientasi potret atau landskap.
Pusing iPhone dan halaman web turut berpusing, melaras secara automatik untuk
muat pada halaman.
94
Membuka Halaman Web
Buka halaman web: Sentuh medan alamat (pada bahagian kiri bar tajuk), kemudian
taipkan alamat web dan sentuh Pergi. Jika medan alamat tidak kelihatan, sentuh bar
status pada bahagian atas skrin untuk menatal cepat ke medan alamat pada bahagian
atas halaman web.
Sambil anda menaip, alamat web yang bermula dengan huruf tersebut akan muncul.
Ini adalah halaman yang ditambah penanda buku atau halaman yang anda buka barubaru ini. Sentuh pada alamat untuk pergi ke halaman tersebut. Teruskan menaip jika
anda ingin memasukkan alamat web yang tiada dalam senarai.
Padam teks dalam medan alamat: Sentuh medan alamat, kemudian sentuh .
Zum dan Tatal
Zum masuk atau zum keluar: Dwisentuh lajur pada halaman web untuk
mengembangkan lajur tersebut. Dwisentuh sekali lagi untuk zum keluar.
Anda boleh juga mencubit untuk zum masuk atau keluar secara manual.
Tatal di sekitar halaman webSeret ke atas, ke bawah atau ke sisi. Semasa
menatal, anda boleh menyentuh dan menyeret di
mana sahaja pada halaman tanpa mengaktifkan
sebarang pautan.
Tatal di dalam bingkai pada halaman webGunakan dua jari untuk menatal di dalam bingkai
halaman web. Gunakan satu jari untuk menatal
keseluruhan halaman web.
Tatal cepat ke bahagian atas halaman webSentuh bar status di bahagian atas skrin iPhone.
Menavigasi Halaman Web
Pautan pada halaman web secara lazimnya membawa anda ke tempat lain di web.
Ikut pautan pada halaman web: Sentuh pautan.
Anda juga boleh menggunakan pautan web untuk membuat panggilan telefon,
memaparkan lokasi dalam Peta, memainkan audio yang distrim, atau mencipta mesej
Mail yang telah dialamatkan. Untuk kembali ke Safari selepas pautan membuka
aplikasi lain, tekan butang Utama dan sentuh Safari.
Bab 7 Safari 95
Lihat alamat destinasi pautanSentuh dan tahan pautan. Alamat akan muncul
bersebelahan jari anda. Anda boleh sentuh
dan tahan imej untuk melihat sama ada ia
mempunyai pautan.
Hentikan halaman web daripada memuatSentuh
Muat semula halaman webSentuh .
Balik ke halaman sebelumnya atau seterusnyaSentuh atau di bahagian bawah skrin.
Kembali ke halaman yang dipaparkan barubaru ini
Membuat mesej Mail yang telah dialamatkanSentuh dan tahan pautan web e-mel, kemudian
Buat kenalan baru atau tambah kenalan sedia
ada
Hantar URL halaman web melalui e-melSentuh
Simpan imej atau foto ke album Jalur Filem
anda
Sentuh dan sentuh Sejarah. Untuk
mengosongkan senarai sejarah, sentuh
Kosongkan.
sentuh Mesej Baru.
Sentuh dan tahan pautan web yang
mengandungi maklumat kenalan, kemudian
sentuh Buat Kenalan Baru atau Tambah Kenalan
Sedia Ada.
ini.”
Sentuh dan tahan imej, kemudian sentuh Simpan
Imej.
.
dan sentuh “Mel Pautan ke Halaman
Membuka Berbilang Halaman
Anda boleh membuka sehingga lapan halaman pada satu-satu masa. Sesetengah pautan
membuka halaman baru secara automatik daripada menggantikan yang sedia ada.
Nombor di dalam di bahagian bawah skrin menunjukkan bilangan halaman yang
terbuka. Jika tiada nombor di dalam, hanya satu halaman terbuka. Contohnya:
Buka halaman baru: Sentuh dan sentuh Halaman Baru.
96 Bab 7 Safari
= satu halaman terbuka
= tiga halaman terbuka
Pergi ke halaman lain: Sentuh dan kuis ke kiri atau kanan. Sentuh halaman yang
ingin anda lihat.
Tutup halaman: Sentuh dan sentuh .
Memasukkan Teks dan Mengisi Borang
Sesetengah halaman web mempunyai medan teks dan borang untuk diisi. Anda boleh
setkan Safari untuk mengingati nama dan kata laluan bagi laman web yang anda
lawati dan mengisi medan teks secara automatik dengan maklumat daripada Kenalan.
Lihat “Safari” pada halaman 231.
Paparkan papan kekunciSentuh di dalam medan teks.
Bergerak ke medan teks yang lainSentuh medan teks yang lain, atau sentuh butang
Seterusnya atau Sebelumnya.
Hantar borangApabila anda selesai mengisi borang, sentuh
Pergi atau Cari. Kebanyakan halaman turut
mempunyai pautan yang boleh anda sentuh bagi
menghantar borang.
Tutup papan kekunci tanpa menghantar borang Sentuh Selesai.
Dayakan Isi Auto untuk membantu anda mengisi borang web: Dalam Seting, pilih
Safari > Isi Auto, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
 Untuk menggunakan maklumat daripada kenalan, aktifkan Gunakan Maklumat
Kenalan, kemudian pilih Maklumat Saya dan pilih kenalan yang ingin anda gunakan.
Safari menggunakan maklumat daripada Kenalan untuk mengisi medan kenalan
pada borang web.
 Untuk menggunakan maklumat daripada nama dan kata laluan, aktifkan Nama &
Kata Laluan.
Bab 7 Safari 97
Apabila ciri ini aktif, Safari mengingati nama dan kata laluan bagi laman web yang
anda lawati dan mengisi maklumat secara automatik apabila anda melawat semula
laman web.
 Untuk mengeluarkan semua maklumat Isi Auto, sentuh Kosongkan Semua.
Mencari
Gunakan medan carian untuk memasukkan perkataan dan frasa untuk mencari di web
dan halaman web semasa. Sambil anda menaip, carian yang dicadangkan dan terbaru
muncul.
Cari di web:
1 Sentuh pada medan carian (pada bahagian kiri bar tajuk).
2 Taipkan perkataan atau frasa yang menerangkan apa yang anda mahu cari, kemudian
sentuh cadangan daripada senarai atau sentuh Cari.
3 Sentuh pautan dalam senarai hasil carian untuk membuka halaman web.
Cari perkataan carian atau frasa pada halaman web semasa: Tatal ke bahagian
bawah senarai hasil, kemudian sentuh entri di bawah Pada Halaman Ini untuk
mencari kewujudan pertama perkataan atau frasa carian. Untuk mencari perulangan
berikutnya, sentuh Seterusnya.
Secara lalai, Safari mencari menggunakan Google. Anda boleh menggunakan enjin
carian lain.
Setkan Safari untuk mencari menggunakan enjin carian yang berlainan: Dalam
Seting, pilih Safari > Enjin Carian, kemudian pilih enjin carian yang berbeza.
Mencetak Halaman Web, PDF, dan Dokumen Lain
Anda boleh mencetak halaman web, PDF, dan dokumen lain yang dibuka dalam Quick
Look daripada Safari.
Cetak halaman web, PDF, atau dokumen Quick Look: Sentuh , kemudian sentuh
Cetak. Sentuh Pilih Pencetak untuk memilih pencetak, kemudian setkan pilihan
pencetak seperti bilangan salinan dan output kedua-dua muka (jika pencetak
menyokongnya). Jika anda mencetak PDF atau dokumen Quick Look lain, anda
mungkin dapat mengeset julat halaman yang anda mahu cetak. Kemudian sentuh
Cetak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Mencetak” pada halaman 47.
98 Bab 7 Safari
Penanda Buku
Anda boleh menambah penanda buku pada halaman yang ingin anda lawati semula
nanti.
Letakkan penanda buku pada halaman web: Buka halaman dan sentuh .
Kemudian sentuh Tambah Penanda Buku.
Apabila anda menyimpan penanda buku anda boleh mengedit tajuknya. Secara lalai,
penanda buku disimpan di bahagian paling atas Penanda Buku. Sentuh Penanda Buku
untuk memilih folder lain.
Jika anda menggunakan Safari pada Mac, atau Safari atau Microsoft Internet Explorer
pada PC, anda boleh menyelaras penanda buku dengan pelayar web pada komputer
anda.
Selaraskan penanda buku dengan Komputer Anda
1 Sambung iPhone ke komputer anda.
2 Dalam iTunes, pilih iPhone dalam senarai Devices.
3 Klik Info pada bahagian atas skrin, pilih “Sync … bookmarks” di bawah Other,
kemudian klik Apply.
Lihat “iPhone Settings Panes dalam iTunes” pada halaman 62.
Menyelaras penanda buku dengan MobileMe: Dalam Seting pada iPhone,
pilih Penanda Buku dalam akaun MobileMe anda. Lihat “Menyediakan Akaun
MobileMe” pada halaman 26.
Buka halaman web yang ditambah penanda buku: Sentuh , kemudian pilih
penanda buku atau sentuh folder untuk melihat penanda buku di dalamnya.
Edit penanda buku atau letakkan penanda buku pada folder: Sentuh , pilih folder
yang mempunyai penanda buku atau folder yang anda mahu edit, kemudian sentuh
Edit. Kemudian buat salah satu daripada yang berikut:
 Untuk membuat folder baru, sentuh Folder Baru.
 Untuk memadam penanda buku atau folder, sentuh , kemudian sentuh Padam.
 Untuk menempatkan semula penanda buku atau folder, seret .
 Untuk mengedit nama atau alamat, atau untuk meletakkannya dalam folder yang
berlainan, sentuh penanda buku atau folder.
Apabila anda selesai, sentuh Selesai.
Bab 7 Safari 99
Klip Web
Tambah klip web ke skrin Utama bagi mengakses cepat halaman web kegemaran
anda. Klip web muncul sebagai ikon pada skrin Utama, dan anda boleh menyusun klip
web anda bersama-sama dengan ikon lain. Lihat “Memperibadikan Skrin Utama” pada
halaman 33.
Tambah klip web: Buka halaman web dan sentuh . Kemudian sentuh “Tambah ke
Skrin Utama.”
Apabila anda membuka klip web, Safari secara automatik mengezum dan menatal ke
kawasan halaman web yang dipaparkan semasa anda menyimpan klip web. Kawasan
yang dipaparkan turut digunakan untuk membuat ikon bagi klip web pada skrin
Utama anda, melainkan halaman web tersebut datang dengan ikon tersuainya yang
sendiri.
Apabila anda menambah klip web, anda boleh mengedit namanya. Jika namanya
terlalu panjang (lebih daripada 10 aksara), ia mungkin muncul disingkatkan pada skrin
Utama.
Klip Web bukan penanda buku, dan tidak diselaraskan oleh MobileMe atau iTunes.
Padam klip web:
1 Sentuh dan tahan sebarang ikon pada skrin Utama sehingga ikon mula bergoyang.
2 Sentuh di penjuru klip web yang anda mahu padam.
3 Sentuh Padam, kemudian tekan butang Utama untuk menyimpan susunan anda.
100 Bab 7 Safari
Loading...
+ hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.