Apple iPhone 3GS Quick Start Guide [ms]

Di Hujung
Jari Anda
Mula Di sini
Selamat Datang ke iPhone. Panduan Permulaan Ringkas ini membantu anda menyediakan iPhone anda dan menggunakan ciri-ciri utamanya. Selepas penyediaan dan anda mula membuat panggilan, anda dapat mempelajari lebih lanjut mengenai iPhone di www.apple.com/iphone.
Bersedia, mula.
1. Muat Turun iTunes.
Pergi ke www.itunes.com/download dan muat turun versi terkini iTunes untuk dipasang pada Mac atau PC anda.
2. Sambungkan kepada komputer anda.
Sambungkan iPhone anda kepada por t USB pada komputer anda.
3. Penyelarasan.
Apabila iPhone telah bersambung, iTunes dibuka dan membimbing anda menerusi persediaan. Pilih kenalan, kalendar, muzik, video, dan foto yang ingin anda selaraskan, kemudian klik Guna pada penjuru kanan bawah. Jika anda baru sahaja menggunakan iTunes atau penyelarasan, anda boleh menonton tutorial ringkas di
www.apple.com/itunes/tutorials.
Asas-asas Butang.
Untuk menghidupkan iPhone, tekan kuat butang Hidup/Mati. Untuk mematikan atau memulakan semula iPhone, tekan dan tahan butang Hidup/ Mati, kemudian gelongsor untuk mengesahkan. Untuk memasukkan iPhone dalam mod tidur, tekan butang Hidup/Mati sekali. Ini mematikan skrin tetapi masih membenarkan iPhone untuk menerima panggilan. Untuk menyenyapkan panggilan masuk, tekan sekali. Untuk menghantar panggilan terus ke mel suara, tekan dua kali.
Dering/
Senyap
Kelantangan
Tinggi/
Rendah
Hidup/Mati Tidur/ Bangun
Bar status
Ke Laman Utama.
Apabila menggunakan aplikasi, tekan butang Utama untuk menutupnya dan kembali ke skrin Utama. Tekan butang Utama sekali lagi untuk melompat ke skrin laman Utama anda. Semasa dalam panggilan, anda boleh mengakses e-mel, kalendar, atau aplikasi anda yang lain, malahan melayari web apabila anda bersambung melalui Wi-Fi atau 3G. Klik butang Utama dua kali pada bila-bila masa untuk pergi ke Kesukaan. Klik dua kali dalam mod tidur untuk membuka kawalan iPod.
Home
Membuat Panggilan.
Sentuh nombor telefon dalam Kenalan, Kesukaan, e-mel, mesej teks, atau di mana-mana sahaja dalam iPhone untuk membuat panggilan. Atau sentuh butang Pad kekunci untuk mendail secara manual. Untuk menjawab panggilan semasa menggunakan headset iPhone, tekan butang tengah sekali. Tekannya sekali lagi untuk menamatkan panggilan anda. Untuk melaraskan kelantangan, tekan butang “+” dan “-” yang terletak di atas dan di bawah mikrofon.
Kawalan Suara.
Untuk mengaktifkan Kawalan Suara, sentuh dan tahan ke bawah butang Utama sehingga skrin Kawalan Suara muncul. Selepas nada, sebutkan arahan seperti “Panggil Emma” atau “Dail 555-1212.” Anda juga boleh bertanya iPhone untuk memainkan album tertentu, artis, atau senarai main atau untuk “Mainkan lebih banyak lagu seperti ini.” Anda juga boleh bertanya iPhone “Apa yang sedang dimainkan?”
Papan kekunci pintar.
iPhone membetulkan dan mencadangkan perkataan secara automatik semasa anda menaip. Jadi jika anda menaip huruf yang salah, teruskan menaip. Untuk menerima cadangkan perkataan, sentuh bar ruang. Sentuh “x” untuk menolak perkataan yang dicadangkan. Papan kekunci mempelajari perkataan yang anda taip. Ia juga memasukkan tanda koma atas ke dalam singkatan perkataan untuk anda. Untuk bertukar ke papan kekunci nombor dan simbol, sentuh kekunci “.?123”. Sentuh bar ruang dua kali untuk memasukkan noktah.
Membesarkan untuk mengedit teks.
Sentuh teks yang ingin anda edit. Untuk mengubah kedudukan titik sisipan, sentuh dan tahan untuk memaparkan kanta pembesar. Sapu jari anda untuk mengerakkan titik sisipan, kemudian edit menggunakan papan kekunci.
Potong, salin, dan tampal.
Semasa menaip, sentuh dua kali pada perkataan untuk memilihnya. Seret titik sambar untuk memilih lebih banyak atau kurang teks, kemudian sentuh untuk potong, salin atau tampal. Untuk menyalin teks dari halaman web, e-mel, atau mesej teks, sentuh dan tahan untuk memilih teks berkenaan. Untuk membatalkan edit, goncang iPhone, kemudian sentuh butang Batal.
Kirim mesej.
Sentuh ikon Mesej. Taipkan nama atau nombor telefon dalam medan Kepada atau pilih seseorang dari kenalan anda. Tulis mesej anda, kemudian sentuh Kirim. Untuk mengirim foto atau video, sentuh butang Kamera. Untuk memadam atau memajukan keseluruhan atau sebahagian daripada mesej, sentuh Edit. Untuk mengeluarkan keseluruhan perbualan daripada senarai Mesej anda, sapu jari anda merentasinya, kemudian sentuh Hapus.
Menyediakan e-mel.
Untuk menyediakan akaun e-mel terus pada iPhone anda, sentuh Tambah Akaun dalam Seting Mail. Kemudian sentuh jenis akaun yang anda miliki, atau sentuh Lain untuk
mengkongurasi sebarang akaun POP3 atau
IMAP. Seting akaun e-mel juga dapat diselaraskan dari Mac atau PC anda menggunakan iTunes.
Akses App Store.
Sentuh ikon App Store untuk melayari secara wayarles beribu-ribu aplikasi dalam kategori seperti permainan, perniagaan, perjalanan, rangkaian sosial, dan banyak lagi. Layari mengikut Dicirikan, Kategori, atau Top 25 atau cari mengikut nama. Untuk membeli dan memuat turun aplikasi terus ke iPhone anda, sentuh Beli Sekarang. Malahan, kini terdapat
banyak aplikasi yang percuma.
App Store tersedia di negara-negara terpilih.
Mencari dengan Spotlight.
Untuk menggunakan carian Spotlight, pergi ke skrin laman Utama dan tekan butang Utama atau sapu skrin dari kiri ke kanan. Taipkan apa yang ingin anda cari-nama, kata kunci, lagu, artis,
atau judul lem. iPhone memberikan cadangan
semasa anda menaip untuk mempercepatkan carian. Untuk mencari di dalam aplikasi seperti Mail, Kenalan, atau iPod, sentuh bar status.
Melihat web secara dekat.
Sentuh dua kali sebarang elemen pada halaman web-gambar atau teks-untuk zum masuk. Sentuh dua kali sekali lagi untuk zum keluar. Sentuh butang Berbilang halaman untuk menyelak antara berbilang halaman web atau membuka yang baru. Pusing iPhone untuk melihat web dalam skrin lebar.
Cari lokasi. Mencari persekitaran.
Untuk melihat kedudukan semasa anda pada peta, sentuh butang Lokasi. Bulatan atau titik biru akan muncul pada kedudukan semasa anda. Untuk melihat pada arah mana anda sedang menghala, sentuh butang Lokasi sekali lagi untuk menghidupkan paparan kompas. Cari tempat di sekeliling anda dengan menaip perkataan seperti “Starbucks” atau “pizza” dalam medan carian. Sentuh dua kali untuk zum masuk. Sentuh sekali dengan dua jari untuk zum keluar.
Google, logo Google logo, dan Google Maps adalah tanda dagangan Google Inc. Tele Atlas® Map data © 2009. Hak cipta terpelihara.
Mendapatkan arah.
Dalam Peta, sentuh Arah, kemudian masukkan titik mula dan tamat. Anda boleh menggunakan lokasi semasa anda, taip masuk alamat, atau pilih alamat dari kenalan anda atau lokasi dengan penanda buku. Sentuh Laluan untuk memaparkan arah memandu. Sentuh butang Berjalan untuk arah berjalan atau butang Bas untuk melihat laluan dan masa transit. iPhone boleh menjejak dan menunjukkan kemajuan anda sepanjang sebarang laluan yang anda ambil.
Tele Atlas® Map data © 2009. Hak cipta terpelihara.
Kawalan video dan lagu.
Sentuh skrin untuk memaparkan kawalan pada skrin. Sentuh sekali lagi untuk menyembunyikannya. Menyentuh dua kali video menukar antara skrin lebar dan skrin penuh. Semasa mendengar muzik, pusing iPhone untuk menyelak menerusi seni album anda dalam Cover Flow. Sentuh sebarang album untuk melihat senarai treknya, kemudian sentuh sebarang trek untuk memainkannya. Sentuh di luar senarai trek untuk menyelak kembali ke kerja seni album. Semasa mendengar muzik dengan headset berwayar, tekan butang tengah sekali untuk menjeda atau memainkan, dan tekan dua kali dengan cepat untuk melangkau ke lagu seterusnya.
Lovers in Japan oleh Coldplay tersedia di iTunes.Google, logo Google logo, dan Google Maps adalah tanda dagangan Google Inc.
Melihat Foto.
Muatkan foto kesukaan anda ke iPhone dari komputer anda menggunakan iTunes atau gunakan kamera terbina dalam untuk
mengambil gambar atau video. Selak ke kanan atau kiri untuk bergerak antara imej. Sentuh dua
kali atau cubit untuk mengezum. Sentuh sekali untuk memaparkan kawalan pada skrin. Sentuh
butang Tindakan untuk menghantar foto atau
video dalam MMS atau e-mel, atau gunakan
foto sebagai wallpaper, atau peruntukkannya
pada kenalan.
Ketahui lebih lanjut.
Anda boleh menonton demo dan mempelajari
lebih lanjut mengenai ciri-ciri iPhone di
www.apple.com/iphone.
Untuk membaca Panduan Pengguna iPhone pada iPhone anda, pergi ke help.apple.com/
iphone atau penanda buku Safari. Untuk versi
Panduan Pengguna iPhone yang boleh dimuat
turun dan Panduan Maklumat Produk Penting,
lawati www.apple.com/support/iphone.
Dapatkan sokongan.
Hubungi pembekal perkhidmatan wayarles anda untuk mendapatkan sokongan teknikal mengenai perkhidmatan yang
berkaitan dengan rangkaian, termasuk Visual Voicemail dan pengebilan.* Lawati
www.apple.com/support/iphone untuk
sokongan teknikal bagi iPhone dan iTunes.
*Visual Voicemail dan MMS mungkin tidak terdapat di semua kawasan. Sila hubungi pembekal perkhidmatan wayarles anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sesetengah ciri dan perkhidmatan tidak tersedia di semua kawasan.
© 2009 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple, Cover Flow, iPod, iTunes, Mac, dan Safari adalah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S dan negara-negara lain. iPhone dan Spotlight adalah tanda dagangan Apple Inc. App Store adalah tanda perkhidmatan Apple Inc. Produk dan nama syarikat lain yang dinyatakan di dalam panduan ini mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing. Designed by Apple in California. Printed in China. MY034-4911-A
Loading...