16. Menyelesaikan masalah ..............................................56
3
Keselamatan dan penggunaan ..
Kami sarankan agar anda membaca bab ini dengan teliti sebelum menggunakan telefon anda.
Pengeluar tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan, yang mungkin timbul akibat
penggunaan yang tidak betul atau cara penggunaan yang bertentangan dengan arahan-arahan yang
dinyatakan di sini.
• KESELAMATAN JALANRAYA:
Dengan merujuk kajian-kajian yang menunjukkan bahawa menggunakan telefon mudah alih semasa
memandu kenderaan merupakan risiko sebenar, walaupun kit bebas pegang digunakan (kit kereta,
alat dengar…), para pemandu diminta agar menahan diri daripada menggunakan telefon mudah alih
mereka ketika kenderaan tidak dihentikan.
Apabila dihidupkan, telefon anda mengeluarkan gelombang elektro magnetik yang boleh
mengganggu sistem elektronik kenderaan seperti sistem brek anti terkunci ABS atau beg udara. Bagi
memastikan tidak timbul sebarang masalah:
- jangan letakkan telefon anda di atas papan pemuka atau dalam kawasan pengeluaran beg udara.
- semak dengan pengedar atau pengeluar kenderaan bagi memastikan bahawa papan pemuka
dilindungi secukupnya dari tenaga RF telefon mudah alih.
• SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN:
Matikan telefon sebelum menaiki kapal terbang bagi mengelakkan pendakwaan.
Matikan telefon apabila berada dalam kawasan kemudahan kesihatan kecuali di kawasan yang
dibenarkan. Seperti lain-lain jenis peralatan yang kini sering digunakan, telefon mudah alih boleh
mengganggu peranti elektrik atau elektronik lain, atau peralatan yang menggunakan frekuensi radio.
Matikan telefon anda apabila anda berada berdekatan dengan gas atau cecair yang mudah terbakar.
Patuhi semua peraturan berkaitan penggunaan telefon mudah alih yang diletakkan di depot bahan
api, stesen petrol, atau loji kimia atau dalam sebarang persekitaran yang mempunyai potensi bahaya
letupan.
Apabila telefon dihidupkan, ia perlu berada sekurang-kurangnya 15 cm dari sebarang peranti
perubatan seperti perentak jantung, alat bantu pendengaran atau pam insulin, dsbnya. Khususnya
semasa menggunakan telefon, anda mesti memegangnya pada telinga yang bertentangan dengan
peranti, jika ada.
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, angkat panggilan sebelum meletakkan telefon ke
telinga anda. Dan juga jauhkan telefon dari telinga anda semasa menggunakan mod “bebas pegang”
kerana kelantangan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan pendengaran.
Jangan benarkan anak-anak kecil menggunakan telefon tanpa pengawasan.
Semasa menukar penutup sila ambil perhatian bahawa telefon anda mungkin mengandungi bahan
yang boleh menyebabkan reaksi alergi.
Sentiasa kendalikan telefon anda dengan cermat dan simpannya dalam tempat yang bersih dan bebas
habuk.
Anda dinasihatkan menutup telefon anda dari semasa ke semasa untuk mengoptimumkan
prestasinya.
4
Jangan biarkan telefon anda didedahkan kepada cuaca atau keadaan alam sekitar yang buruk
(kelembapan, hujan, kemasukan cecair, habuk, udara laut, dan lain-lain). Julat suhu operasi yang
disyorkan oleh pengeluar adalah-20 °C hingga +55 °C. Apabila melebihi 55 °C, kebolehbacaan
paparan telefon akan terjejas, tetapi ini hanya bersifat sementara dan tidak serius.
Jangan buka atau cuba memperbaiki sendiri telefon mudah alih anda.
Jangan jatuhkan, lempar atau bengkokkan telefon mudah alih anda.
Jangan mengecatnya.
Gunakan hanya bateri Alcatel, pengecas bateri dan aksesori yang sesuai dengan model telefon anda.
(Lihat Senarai Aksesori, halaman 55). T&A Mobile Phones Limited serta gabungannya tidak akan
bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan akibat penggunaan pengecas atau bateri lain.
Jangan lupa membuat salinan sokongan atau simpan rekod bertulis semua maklumat penting yang
disimpan dalam telefon anda.
Ada orang yang mungkin mengalami serangan epilepsi atau pitam apabila terdedah kepada cahaya
berkelip, atau apabila bermain permainan video. Serangan atau pitam mungkin berlaku walaupun
seseorang tidak pernah terkenan serangan atau pitam sebelumnya. Jika anda mengalami serangan
atau pitam, atau jika anda mempunyai sejarah keluarga peristiwa seumpamanya, sila rujuk doktor
anda sebelum bermain permainan video pada telefon anda, atau mengupayakan ciri cahaya berkelip
pada telefon. Semua orang perlu berhenti penggunaan dan merujuk kepada doktor jika sebarang
gejala berikut berlaku: kekejangan, mata atau otot bergerak-gerak, hilang kesedaran, gerakan luar
kawalan, atau disorientasi. Untuk membatasi kemungkinan gejala-gejala berkenaan, sila ikuti
langkah-langkah keselamatan berikut:
- Jangan bermain atau menggunakan ciri cahaya berkelip jika anda letih atau memerlukan tidur.
- Berehat minimum 15 minit setiap jam
- Main dalam bilik yang semua lampunya dibuka.
- Main pada jarak paling jauh dari skrin
Apabila bermain permainan pada telefon anda, anda mungkin mengalami ketidakselesaan sekali-skala
pada tangan, lengan, bahu, tengkuk, atau bahagian badan lain. Ikuti arahan-arahan ini untuk
mengelakkan masalah seperti tendinitis, sindrom carpal tunnel, atau gangguan skeletal otot lain:
- Berehat minimum 15 minit bagi setiap satu jam bermain.
- Jika tangan, pergelangan tangan, atau lengan menjadi letih atau sakit ketika bermain, berhenti dan
berehat beberapa jam sebelum bermain semula.
- Jika anda terus mempunyai tangan, pergelangan tangan, atau lengan sakit semasa atau selepas
bermain, hentikan permainan dan jumpa doktor.
5
Simbol pada telefon, bateri dan aksesori anda bermakna produk-produk ini mesti
dibawa ke pusat pengumpulan pada penghujung hayatnya:
- Pusat pembuangan sampah majlis bandaran dengan bekas-bekas khusus bagi item-item peralatan
sebegini.
- Bekas-bekas pengumpulan di tempat-tempat jualan.
Kesemuanya akan dikitar semula, mengelakkan bahan-bahan dibuang ke dalam alam sekitar, supaya
komponen-komponennya boleh digunakan semula.
Di negara-negara Kesatuan Eropah
Pusat-pusat pengumpulan ini boleh diakses secara percuma. Semua produk dengan tanda ini mesti
dibawa ke pusat-pusat pengumpulan ini.
Di negara-negara bukan ahli Kesatuan Eropah
Item-item peralatan dengan simbol ini tidak boleh dibuang ke dalam bekas biasa jika negara anda
atau rantau anda mempunyai fasiliti kitar semula dan pengumpulan yang sesuai: sebaliknya
kesemuanya hendaklah dibawa ke pusat-pusat pengumpulan untuk dikitar semula.
• BATERI:
Sebelum menanggalkan bateri daripada telefon anda, pastikan telefon sudah dimatikan.
Patuhi peringatan-peringatan berikut bagi penggunaan bateri:
- Jangan cuba membuka bateri (kerana risiko asap toksik dan melecur)
- Jangan membocorkan, membuka atau menyebabkan litar pintas dalam bateri,
- Jangan membakar atau membuang bateri yang telah digunakan ke dalam sampah-sarap rumah
yang lain, atau menyimpannya pada suhu melebihi 60 °C.
Bateri hendaklah dibuang mengikut peraturan alam sekitar tempatan yang diguna pakai. Bateri hanya
boleh digunakan bagi tujuan ia direka bentuk. Jangan gunakan bateri yang sudah rosak atau yang
tidak disyorkan oleh T&A Mobile Phones Limited dan/atau gabungannya.
• PENGECAS BATERI
Pengecas bateri yang menggunakan kuasa utama akan berfungsi dalam lingkungan suhu: 0 °C hingga
40 °C. Pengecas bateri yang direka untuk telefon bimbit anda memenuhi standard keselamatan
penggunaan peralatan teknologi maklumat dan peralatan pejabat. Ia harus digunakan bagi tujuan ini
sahaja.
• GELOMBANG RADIO:
Bukti pematuhan standard antarabangsa (ICNIRP) atau Arahan Eropah 1999/5/EC (R&TTE)
diperlukan bagi semua model telefon bimbit sebelum boleh dipasarkan. Perlindungan kesihatan dan
keselamatan pengguna dan mana-mana individu lain merupakan keperluan penting standard atau
arahan ini.
TELEFON BIMBIT INI MEMATUHI KEPERLUAN-KEPERLUAN ANTARABANGSA DAN
EROPAH BERKENAAN DENGAN PENDEDAHAN KEPADA GELOMBANG RADIO.
6
Telefon bimbit anda merupakan pemancar/penerima gelombang radio. Ia telah direka bentuk dan
dikeluarkan untuk mematuhi ambang pendedahan frekuensi radio (RF) yang disyorkan oleh
keperluan-keperluan antarabangsa (ICNIRP)
1999/519/EC)
Had-had ini merupakan sebahagian daripada satu set keperluan dan mewujudkan tahap frekuensi
radio yang dibenarkan bagi orang awam. Had-had ini diwujudkan oleh kumpulan-kumpulan pakar
berkecuali menggunakan asas penilaian-penilaian saintifik biasa dan terperinci. Ia termasuk margin
keselamatan signifikan yang bertujuan memastikan keselamatan semua pihak, tanpa mengira umur
atau keadaan kesihatan.
Standard pendedahan bagi telefon bimbit ditentukan oleh suatu unit pengukuran yang dikenali
sebagai Kadar Penyerapan Spesifik, atau “SAR”. Had SAR ditetapkan oleh keperluan-keperluan
antarabangsa atau oleh Majlis Kesatuan Eropah pada kadar 2 watt/kilogram (W/kg) pada purata 10
gram tisu badan. Ujian-ujian yang digunakan bagi menentukan tahap-tahap SAR dilaksanakan
menggunakan asas mod-mod penggunaan standard dengan telefon memancar pada tahap kuasa
maksimum pada keseluruhan julat jalur frekuensi.
Walaupun SAR telah ditetapkan pada tahap kelulusan tertinggi, tahap SAR sebenar bagi telefon
bimbit semasa penggunaan, secara umumnya adalah lebih rendah daripada nilai-nilai maksimum.
Sebenarnya, oleh sebab telefon bimbit direka bentuk untuk beroperasi pada tahap-tahap kuasa
berbeza, ia hanya menggunakan tahap minimum kuasa yang diperlukan bagi menyediakan suatu
sambungan ke rangkaian. Secara teorinya, semakin hampir anda kepada antena stesen pangkalan,
semakin rendah tahap kuasa yang diperlukan oleh telefon bimbit berkenaan.
Nilai SAR paling tinggi yang diuji bagi telefon bimbit ini bagi penggunaan pada telinga dan pematuhan
terhadap standard adalah 0.53 W/kg. Walaupun terdapat perbezaan antara tahap-tahap SAR pada
pelbagai telefon dan pada pelbagai kedudukan, kesemuanya mematuhi garis panduan-garis panduan
Antarabangsa dan keperluan-keperluan EU berkaitan bagi pendedahan RF(gelombang radio).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap bahawa maklumat saintifik semasa tidak
menunjukkan keperluan sebarang peringatan khas bagi penggunaan telefon bimbit. Sekiranya
individu-individu berasa bimbang, mereka boleh memilih untuk mengehadkan pendedahan RF diri
mereka atau anak-anak mereka dengan mengehadkan tempoh panggilan atau menggunakan perantiperanti “bebas pegang” bagi menjauhkan telefon bimbit daripada kepala dan badan (helaian fakta n°
193). Maklumat lanjut mengenai medan elektro magnetik dan kesihatan awam tersedia di laman
web berikut: http://www.who.int/peh-emf.
Telefon anda dilengkapkan dengan antena terbina dalam. Bagi operasi optimum, anda harus
mengelakkan daripada menyentuhnya atau merosakkannya.
(1)
(2)
.
Keperluan-keperluan ICNIRP adalah diguna pakai di kawasan-
(1)
dan oleh Majlis Kesatuan Eropah (Perakuan
kawasan berikut: Amerika Tengah (kecuali Mexico), Amerika Selatan,
Afrika Utara dan Selatan, Asia Pasifik (kecuali Taiwan dan Korea),
Australia.
(2)
Perakuan Eropah (1999/519/EC) adalah diguna pakai di kawasankawasan berikut: Eropah, Israel.
7
Maklumat umum ........................
• Laman web: www.tcl-ta.com
• Alamat Wap: wap.my-onetouch.com
• No. Hotline: lihat risalah “T&A Mobile Phones Services” atau pergi ke
laman Internet kami.
Di laman Internet kami, anda akan mendapati seksyen FAQ kami (Soalan
Lazim). Anda juga boleh menghubungi kami melalui e-mel untuk
bertanyakan soalan yang anda ada.
Telefon anda merupakan penghantar-terima yang beroperasi pada
rangkaian-rangkaian GSM dengan jalur 900 dan 1800 MHz.
Tanda menunjukkan bahawa telefon bimbit anda mematuhi arahan
“1999/5/EC (R&TTE)” dan bahawa aksesori- aksesori berkaitan mematuhi
arahan-arahan EC semasa. Salinan penuh Perisytiharan Pematuhan bagi
telefon bimbit anda boleh didapati melalui laman web kami: www.tclta.com.
Input Teks T9 dilesenkan di bawah satu atau lebih
daripada yang berikut: Pat. A.S. Bil. 5,187,480,
5,818,437, 5,945,928, 5,953,541, 6,011,554,
®
6,286,064, 6,307,548, 6,307,549, dan 6,636,162,
6,646,573; Pat. Eropah Bil. 0 842 463 (96927260.8),
1 010 057 (98903671.0), 1 018 069 (98950708.2);
dan paten tambahan lain sedang menunggu kelulusan
di seluruh dunia.
8
Perlindungan terhadap kecurian
(1)
Telefon bimbit anda dikenal pasti dengan IMEI (nombor siri telefon) yang
dipamerkan pada label pembungkusan dan dalam memori produk. Kami
mengesyorkan agar anda mencatatkan nombor ini semasa kali pertama
anda menggunakan telefon bimbit anda dengan memasukkan *, #, 0, 6, #
dan menyimpannya di tempat yang selamat. Ia mungkin diminta oleh polis
atau operator anda sekiranya telefon anda dicuri. Nombor ini
membenarkan telefon bimbit anda disekat bagi menghalang orang ketiga
daripada menggunakannya, walaupun dengan kad SIM yang berbeza.
Penafian
Mungkin terdapat perbezaan-perbezaan tertentu antara deskripsi manual
pengguna dan operasi telefon, bergantung kepada keluaran perisian telefon
anda atau perkhidmatan operator.
Disember 2005
(1)
Hubungi operator rangkaian anda untuk menyemak ketersediaan
khidmat.
9
1
Kekunci dalam mod terbiar
Telefon bimbit anda............
10
1.1Kekunci
HIDUPKAN/MATIKAN telefon (tekan kekunci lama) dari skrin
utama
Letak
Tolak panggilan masuk
Kembali ke skrin utama (tekan kekunci lama atau sekejap)
Kekunci lembut kiri:
Pilihan / Menu / Sahkan
Papar mesej diterima
11
Kekunci lembut kanan:
Kembali ke skrin sebelumnya (tekan kekunci sekejap)
Miutkan nada dering panggilan masuk
Dalam mod edit:
Padam aksara (tekan kekunci sekejap)
Padam semua aksara (tekan kekunci lama)
Rujuk mel suara anda (tekan kekunci lama)
Masukkan tanda baca pintar (tekan kekunci sekejap) dalam mod
edit
Huruf besar - huruf kecil/huruf besar automatik/huruf kecil/mod
Prediktif/mod Biasa dalam mod edit
Bar simbol (tekan kekunci lama) dalam mod edit
Aktifkan/Nyahaktifkan penggetar (tekan kekunci lama)
Sahkan perkataan dipilih (tekan kekunci sekejap) dalam mod edit
Tambah perkataan (tekan kekunci lama) dalam mod edit
Skrol perkataan seterusnya dalam mod prediktif (tekan kekunci
sekejap)
untuk Masukkan huruf (tekan kekunci sekejap) atau angka
(tekan kekunci lama) dalam mod edit
12
1.2Ikon skrin utama
(1)
Paras cas bateri.
Mod penggetar: telefon anda bergetar (tetapi bunyi penggera
dan bateri rendah akan dimainkan juga).
Mod senyap: telefon anda tidak berdering, mengeluarkan bunyi
bip atau bergetar (tetapi bunyi penggera dan bateri rendah akan
dimainkan juga).
Mesej belum dibaca.
Senarai mesej penuh: terminal anda tidak boleh terima
sebarang mesej baru lagi. Anda perlu akses senarai mesej dan
padamkan sekurang-kurangnya satu mesej pada kad SIM anda (lihat
halaman 34).
Panggilan terlepas.
Mesej mel suara tiba.
Alihan panggilan diaktifkan: panggilan anda dialihkan (lihat
halaman 46).
Penggera diprogramkan (lihat halaman 50).
Petunjuk kekuatan isyarat.
Perantauan kebangsaan.
(1)
Ikon dan ilustrasi dalam panduan ini disediakan bagi tujuan maklumat
sahaja.
13
2
Bermula ..............................
2.1Tetapan
Memasukkan kad SIM
Anda perlu memasukkan kad SIM anda bagi menggunakan telefon anda.
Untuk memasukkan kad SIM anda, matikan telefon anda dengan menekan
lama pada kekunci .
Memasukkan dan mengeluarkan bateri
Selaraskan bahagian atas bateri dengan ruang dalam tempat bateri telefon anda.
Tekan bateri ke bawah sehingga selak masuk dengan kemas.
(1)
Semak dengan operator rangkaian anda untuk pastikan bahawa kad
SIM anda serasi 3V. Kad SIM 5 Volt yang terdahulu tidak boleh
digunakan. Sila hubungi operator anda.
(1)
Letak kad SIM pada kedudukan cip menghadap ke
bawah. Masukkan kad SIM ke dalam petaknya.
Tolak kad SIM dengan jari anda untuk
mengeluarkannya.
14
Mengecas bateri
Sambungkan pengecas
• Satu animasi akan muncul ketika mengecas.
• Ia mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum pengecasan bermula.
• Jangan paksakan plag ke dalam soket.
• Ikon bateri akan mengambil masa beberapa minit
sebelum tahapnya ditunjukkan.
• Sebelum
• Soket utama mesti berdekatan dengan telefon dan
• Sebelum menggunakan telefon anda buat kali
menyambung ke pengecas, pastikan bateri
dimasukkan dengan betul.
mudah dicapai (elakkan kabel sambungan kuasa).
pertama, cas bateri anda sepenuhnya (lebih kurang
3 jam). Hanya gunakan pengecas Alcatel. Kami
mengesyorkan mengecas bateri sehari sekali
supaya telefon beroperasi pada tahap optimum.
Anda dinasihatkan mengecas sepenuhnya bateri
().
15
Peringatan semasa penggunaan
Telefon anda dilengkapkan dengan antena terbina dalam. Bagi penerimaan
dan operasi optimum, jangan menyentuh bahagian atas telefon anda.
Buka penutup belakangPasang semula penutup
belakang
16
2.2MENGHIDUPKAN telefon anda
Tekan kekunci (tekan kekunci lama). Animasi selamat datang
dipaarkan selama 2 saat. Masukkan kod PIN anda jika perlu, kemudian
sahkan dengan kekunci lembut kiri.
Jika anda tidak tahu kod PIN anda atau jika anda terlupa, hubungi
operator rangkaian anda. Jangan letakkan kod PIN berhampiran
telefon anda. Ia perlu disimpan di tempat yang selamat apabila
tidak diperlukan.
2.3MEMATIKAN telefon anda
Dari skrin utama, tekan kekunci (tekan kekunci lama).
17
3
Panggilan ........................
3.1Membuat panggilan
Dail nombor yang dikehendaki dan tekan kekunci untuk membuat
panggilan. Untuk tamatkan, tekan kekunci .
Jika anda tersilap, tekan kekunci lembut kanan sekali untuk memadam
angka terakhir. Tekan dan pegang kunci tersebut untuk memadamkan
semua angka.
Untuk memasukkan "+", "P" (berhenti sekejap) tekan kekunci
(tekan kekunci lama).
Membuat panggilan kecemasan
Semasa kecemasan, dail 112 atau sebarang nombor yang diberikan oleh
operator anda. Tekan kekunci .
Panggilan kecemasan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa kad SIM
atau kod PIN anda. Sebaik panggilan berkenaan dibuat, skrin akan
memaparkan: “SOS”.
Membuat panggilan antarabangsa
Tekan kekunci lama pada kekunci . Apabila “+” dipaparkan, masukkan
kod negara dan kawasan, kemudian lengkapkan nombor dan hantar
panggilan berkenaan.
18
Loading...
+ 42 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.