Berhati-hati agar tidak membuka penutup belakang peranti secara tidak sengaja semasa
membuka penutup slot SIM micro dan kad ingatan. Penutup belakang tidak boleh dikeluarkan
dalam sebarang keadaan sekalipun.
Jangan terkeliru antara slot kad SIM mikro dengan slot kad ingatan. Memasukkan kad di slot
yang salah boleh merosakkan kedua-dua kad dan peranti anda.
Untuk memasukkan kad SIM mikro
1
Tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan kad memori.
2
Masukkan kad SIM mikro ke dalam slot kad SIM mikro .
Buka penutup slot kad SIM mikro dan slot kad ingatan.
2
Masukkan kad ingatan ke dalam slot ingatan dengan sesentuh berwarna emas
menghadap ke bawah, kemudian pasang semula penutup slot kad ingatan.
Untuk mengeluarkan kad SIM mikro
1
Tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan kad memori.
2
Tekan kad SIM mikro ke dalam, kemudian lepaskannya dengan cepat.
3
Pasang semula penutup.
Untuk mengeluarkan kad memori
1
Matikan peranti dan tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan kad memori.
2
Tekan kad memori ke dalam, kemudian lepaskannya dengan cepat.
3
Pasang semula penutup.
Anda juga boleh mengeluarkan kad ingatan itu tanpa mematikan peranti dalam langkah 1.
Untuk menggunakan kaedah ini, anda mestilah menyahlekapkan kad memori itu dahulu di
bawah Tetapan > Storan > Nyahlekapkan kad SD kemudian ikut arahan seterusnya di atas.
Perlindungan skrin
Sebelum menggunakan peranti anda, alihkan
terjulur ke atas.
Ia adalah disyorkan untuk melindungi peranti anda dengan penutup skrin berjenama
Sony atau pelindung bertujuan untuk model Xperia™ anda. Penggunaan aksesori
perlindungan skrin pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada berfungsi
dengan menutup sensor, kanta, pembesar suara, atau mikrofon dan ia boleh
membatalkan jaminan.
Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan dibuka bagi
membantu anda mengkonfigurasikan tetapan asas, mendaftar masuk ke akaun dalam
talian dan memperibadikan peranti anda. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Sony
Entertainment Network, anda boleh mendaftar masuk ke akaun itu di sini dan melakukan
persediaan dengan serta-merta.
Anda boleh mengakses panduan persediaan kemudian dari menu Tetapan juga.
Untuk menghidupkan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa
2
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik .
3
Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
Untuk mematikan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa
2
Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
3
Ketik OK.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
sehingga peranti bergetar.
sehingga menu pilihan dibuka.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?
Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang
dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google
Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam
talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.
Contohnya, akaun Google™ adalah wajib jika anda ingin:
•
Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•
Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar menggunakan Gmail™.
•
Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
•
Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan
penyemak imbas web Google Chrome™.
•
Mengenalpasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia™ Companion.
Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan
jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk maklumat lanjut mengenai Android™ dan Google™, pergi ke
http://support.google.com
Ianya sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.
Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab
keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.
Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda
memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.
.
Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Akaun > Tambah akaun > Google.
3
Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika
.
anda sudah mempunyai akaun.
Anda boleh mendaftar masuk atau mencipta akaun Google™ daripada panduan persediaan
juga apabila anda memulakan peranti anda buat pertama kali. Atau anda boleh pergi ke dalam
talian dan mencipta akaun di
www.google.com/accounts
.
Mengecas peranti anda
Peranti anda mempunyai bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, yang seharusnya
digantikan oleh Sony atau pusat pembaikan Sony yang berdaftar sahaja. Jangan sekalikali cuba membuka atau meleraikan peranti ini sendiri. Membuka peranti boleh
menyebabkan kerosakan yang akan membatalkan waranti anda.
Bateri tercas sebahagiannya semasa peranti dihantarkan dari kilang. Bergantung kepada
berapa lama ia berada di dalam kotak sebelum anda membelinya, paras bateri mungkin
agak rendah. Oleh itu anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit
sebelum memulakan peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan
peranti anda semasa ia sedang dicas. Baca selanjutnya tentang cara meningkatkan
prestasi bateri dalam
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan kelihatan.
Status lampu pemberitahuan bateri
HijauBateri sedang dicas dan paras cas bateri lebih tinggi daripada 90%
MerahBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%
JinggaBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
Tatal dengan pantas, contohnya, dalam senarai atau pada laman web Anda boleh
hentikan pergerakan penatalan dengan mengetik skrin.
Mengunci dan membuka kunci skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa yang
ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan dikunci secara
automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda
tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas telah
ditetapkan. Ini bermakna anda telah meleret ke atas pada skrin untuk membuka
kuncinya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan menambahkan kunci
jenis lain. Lihat
Kunci skrin
pada halaman 43.
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap .
Untuk mengunci skrin
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.
Skrin utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa dengan
desktop pada skrin komputer. Skrin Utama anda boleh mempunyai sehingga tujuh anak
tetingkap yang melebihi lebar paparan skrin biasa. Bilangan anak tetingkap skrin Utama
diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang diserlahkan
menunjukkan anak tetingkap yang anda sedang berada.
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga tujuh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga boleh
menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak tetingkap skrin
Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap skrin Utama yang utama
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas ke anak tetingkap yang anda
ingin tetapkan sebagai anak tetingkap skrin Utama yang utama anda, kemudian
ketik .
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Untuk menyemak imbas anak tetingkap, kuis sepenuhnya ke kiri atau kanan,
kemudian ketik .
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
padamkan, kemudian ketik .
Tetapan skrin utama
Gunakan pintasan Tetapan Skrin Utama untuk melaras beberapa tetapan asas pada
skrin Utama anda. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan skrin Utama anda ke
autoputar.
Untuk menetapkan skrin Utama agar putar auto
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik Tetapan Skrin Utama.
2
Seret penggelangsar di sebelah Putaran auto ke kanan.
Untuk melaraskan saiz ikon pada skrin Utama anda
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik Tetapan Skrin Utama.
2
Ketik Saiz ikon, kemudian buat pilihan.
Skrin aplikasi
Skrin Aplikasi, yang anda buka dari skrin Utama , mengandungi aplikasi yang
diprapasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.
Untuk melihat semua aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Kuis kiri atau kanan pada skrin Aplikasi.
Untuk membuka aplikasi daripada skrin Aplikasi
•
Kuis kiri atau kanan untuk mencari aplikasi, kemudian ketik aplikasi.
Untuk mencari aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Apabila skrin Aplikasi buka, ketik .
2
Masukkan nama aplikasi yang anda ingin cari.
Untuk membuka menu skrin Aplikasi
•
Apabila skrin Aplikasi dibuka, seret tepi kiri skrin ke kanan.
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Pastikan Susunan tersuai dipilih di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.
3
Pada skrin Aplikasi, sentuh terus aplikasi itu sehingga dipilih, kemudian seretnya
ke lokasi baharu.
Untuk menambahkan jalan pintas aplikasi pada skrin Utama
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Pastikan Susunan tersuai dipilih di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.
3
Pada skrin Aplikasi, sentuh terus ikon aplikasi, kemudian seret ikon ke bahagian
atas skrin. Skrin Utama terbuka.
4
Seret ikon ke lokasi yang dikehendaki pada skrin Utama, kemudian lepaskan jari
anda.
Jika Mengikut abjad atau Paling digunakan dipilih di bawah TUNJUKKAN APLIKASI dan
bukannya Susunan tersuai, anda masih dapat menambahkan jalan pintas aplikasi pada skrin
Utama. Sentuh terus ikon aplikasi yang berkenaan sehingga skrin Utama dibuka, kemudian
seret ikon ke lokasi yang diingini dan lepaskan jari anda.
Untuk mengatur aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Buat pilihan yang anda mahukan di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.
Untuk menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Ketik
NYAHPASANG
. Semua aplikasi yang tidak boleh dinyahpasang ditunjukkan
oleh .
3
Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik OK.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar kegemaran
dan tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda beralih antara
semua aplikasi yang terbaru digunakan dengan mudah. Kekunci navigasi terdiri daripada
kekunci Skrin utama, kekunci aplikasi Terbaru dan kekunci Undur. Sesetengah aplikasi
ditutup apabila anda menekan kekunci Skrin utama
lain dijeda atau terus berjalan dalam latar belakang. Jika aplikasi dijeda atau berjalan
dalam latar belakang, anda boleh teruskan di tempat anda berhenti apabila anda
membuka aplikasi selepas ini.
1Tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan – Buka aplikasi yang terbaru digunakan
2Bar kegemaran – Gunakan jalan pintas untuk mengakses aplikasi atau widget
3Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan dan bar kegemaran
4Kekunci skrin utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Utama
5Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•
Ketik dan kemudian ketik .
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
.
Aplikasi kecil
Aplikasi kecil merupakan aplikasi bersaiz kecil yang berjalan pada sebelah atas aplikasi
lain, pada skrin yang sama untuk membolehkan pelbagai tugas dilakukan. Contohnya,
anda boleh membuka halaman web yang menunjukkan butiran kadar pertukaran mata
wang dan kemudian membuka aplikasi kecil Kalkulator di bahagian atasnya dan
melakukan pengiraan. Anda boleh mengakses aplikasi kecil anda melalui bar kegemaran.
Untuk memuat turun lebih banyak aplikasi kecil, pergi ke Google Play™.
Untuk membuka aplikasi kecil
1
Untuk membuatkan bar kegemaran kelihatan, tekan .
2
Ketik aplikasi kecil yang anda ingin buka.
Anda boleh membuka beberapa aplikasi kecil pada masa yang sama.
Untuk menutup apl kecil
•
Ketik pada tetingkap apl kecil.
Untuk memuat turun aplikasi kecil
1
Dari bar kegemaran, ketik , kemudian ketik , dan ketik .
2
Cari aplikasi kecil yang anda ingin muat turun, kemudian ikut arahan untuk
memuat turunnya dan menyelesaikan pemasangan.
Untuk mengalih aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian alihkannya ke lokasi yang diinginkan.
Untuk meminimumkan aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian seretnya ke sisi kanan atau sisi bawah skrin.
Untuk mengatur semula aplikasi kecil dalam bar kegemaran
•
Sentuh terus aplikasi kecil dan seretnya ke kedudukan yang diingini.
Untuk mengalih keluar aplikasi kecil daripada bar kegemaran
1
Sentuh terus aplikasi kecil, kemudian seretnya ke .
Untuk memulihkan aplikasi kecil yang dialih keluar sebelum ini
1
Buka bar kegemaran, kemudian, ketik .
2
Sentuh terus aplikasi kecil yang anda mahu dipulihkan, kemudian seretnya ke
dalam bar kegemaran.
Untuk menambahkan widget sebagai aplikasi kecil
1
Untuk membuatkan bar kegemaran kelihatan, tekan .
2
Ketik > > .
3
Pilih widget.
4
Masukkan nama untuk widget itu, jika diingini, kemudian ketik OK.
Widget
Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Utama
anda. Ia juga berfungsi sebagai jalan pintas. Sebagai contoh, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas terus pada skrin Utama anda. Tetapi
apabila anda ketik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh memuat turun
widget tambahan daripada Google Play™.
Untuk menambahkan widget pada Skrin utama
1
Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik
2
Cari dan ketik widget yang ingin anda tambahkan.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian lepaskan widget. Jika widget
boleh disaiz semula, contohnya widget Kalendar, maka bingkai yang diserlahkan
dan titik pensaizan semula akan kelihatan.
2
Seret titik itu ke bahagian dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau
mengembangkan widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana sahaja pada Skrin
utama.
Untuk mengalihkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian seretnya ke lokasi baru.
Untuk mengalih keluarkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian seretnya ke .
Widget & Aplikasi
.
Jalan pintas dan folder
Gunakan jalan pintas dan folder untuk mengurus aplikasi anda dan memastikan skrin
Utama anda kemas.
Untuk menambahkan jalan pintas aplikasi ke Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin utama sehingga peranti bergetar dan
menu penyesuaian kelihatan.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik Widget & Aplikasi > Aplikasi.
3
Tatal melalui senarai aplikasi dan pilih aplikasi. Aplikasi yang dipilih akan
ditambahkan pada Skrin utama.
Secara alternatifnya, dalam langkah 3, anda boleh mengetik
dan kemudian memilih aplikasi daripada senarai yang tersedia. Jika anda menggunakan
kaedah ini untuk menambahkan jalan pintas, sesetengah aplikasi yang tersedia membenarkan
anda menambahkan kefungsian khusus pada jalan pintas itu.
Widget & Aplikasi > Jalan pintas
Untuk memindahkan item pada skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item itu ke lokasi baru.
Untuk memadamkan item dari skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item ke .
Untuk membuat folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga dipilih, kemudian seret dan
lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi atau jalan pintas yang lain.
Untuk menambahkan item pada folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item ke folder.
Untuk menamakan semula folder pada Skrin utama
1
Ketik folder untuk membukanya.
2
Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan Nama folder.
3
Masukkan nama folder baru dan ketik Selesai.
Latar belakang dan tema
Anda boleh sesuaikan skrin Utama mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias
latar dan tema berbeza.
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Hias latar dan buat pilihan.
Untuk menetapkan tema
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Tema.
3
Buat pilihan dan ikut arahan pada peranti anda.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
Bateri dan pengurusan kuasa
Peranti anda mempunyai bateri yang dibenamkan. Anda boleh menjejak penggunaan
bateri anda dan melihat aplikasi yang paling banyak menggunakan kuasa. Anda boleh
mengalihkan atau mengehadkan aplikasi dan mengaktifkan beberapa mod penjimatan
kuasa untuk melanjutkan hayat bateri anda. Anda juga boleh melihat dan
menganggarkan berapa banyak masa bateri yang tinggal dan melaraskan tetapan bateri
anda untuk meningkatkan prestasi dan menjadikan bateri anda tahan lebih lama.
Untuk menguruskan penggunaan bateri anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
Gambaran keseluruhan muncul yang menunjukkan aplikasi yang mempunyai
kadar trafik data yang tinggi atau yang anda tidak gunakan untuk sekian lama.
3
Semak semula maklumat, kemudian bertindak sebagaimana perlu, contohnya,
dengan menyahpasang aplikasi atau mengehadkan penggunaannya.
Tetapan
>
.
Pengurusan kuasa
>
Penggunaan kuasa apl
.
Untuk melihat aplikasi yang menggunakan paling banyak kuasa
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan bateri.
Untuk melihat anggaran masa bateri
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.
.
Mod penjimatan kuasa
Terdapat beberapa mod penjimatan kuasa tersedia untuk anda gunakan jika anda mahu
jadikan bateri anda tahan lebih lama:
Menyahdayakan Wi-Fi®dan data mudah alih apabila skrin dimatikan, dan
mengehadkan prestasi perkakasan. muncul di bar status apabila mod ini aktif.
Mod bateri lemah
Baris gilir data l/
belakang
Mengubahsuai kelakuan peranti anda, contohnya, untuk melaraskan kecerahan skrin
dan tetapan tamat masa skrin, apabila paras bateri jatuh ke bawah peratus tertentu.
muncul di bar status apabila mod ini aktif.
Mengoptimumkan trafik keluar apabila skrin dimatikan dengan menghantar data pada
selang masa yang ditentukan terlebih dahulu.
Untuk mengaktifkan mod penjimatan kuasa
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Untuk mengaktifkan mod yang anda sukai, pilih nama mod dan ketik suis
hidup-mati untuk mengaktifkan mod yang dipilih, jika perlu.
Gambaran keseluruhan ciri mod STAMINA
Mod STAMINA mempunyai beberapa ciri yang membenarkan anda mengoptimumkan
prestasi bateri anda:
Bersedia dilanjutkan
Jam STAMINA
Penggunaan
lanjutan
Mencegah aplikasi daripada menggunakan trafik data dengan menyahdayakan WiFi®dan data mudah alih apabila skrin padam. Anda boleh kecualikan beberapa
aplikasi dan perkhidmatan daripada dijedakan apabila ciri ini aktif.
Menjedakan sambungan rangkaian dalam situasi di mana anda kerap menekan kunci
kuasa untuk melihat masa.
Mengehadkan prestasi perkakasan apabila anda menggunakan peranti anda.
Untuk mengaktifkan ciri mod STAMINA
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.
4
Seret penggelangsar sebelah ciri yang anda mahu aktifkan, kemudian ketik
Tetapan
>
Pengurusan kuasa
, kemudian ketik
Mod STAMINA
Aktifkan, jika digesa.
Untuk memilih aplikasi yang berjalan dalam mod STAMINA
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.
4
Pastikan ciri
Tetapan
Bersedia dilanjutkan
>
Pengurusan kuasa
dihidupkan, kemudian ketik
, kemudian ketik
Mod STAMINA
Aplikasi aktif dalam
mod tunggu sedia > Tambah aplikasi.
5
Tatal ke kiri atau ke kanan untuk melihat semua aplikasi dan perkhidmatan,
kemudian tandakan kotak semak yang berkaitan untuk aplikasi yang anda ingin
jalankan.
6
Setelah anda selesai, ketik Selesai.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej-imej pegun daripada sebarang skrin pada peranti anda
sebagai tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara automatik
dalam Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2
Ketik .
.
.
Anda boleh mengambil tangkapan skrin dengan menekan terus kekunci kuasa dan kekunci
kelantangan rendah serentak juga. Setelah tangkapan skrin diambil, anda boleh melepaskan
kekunci itu.
Seret bar status sepenuhnya ke bawah, kemudian ketik tangkapan skrin yang
anda ingin lihat.
Anda juga boleh melihat tangkapan skrin anda dengan membuka aplikasi Album.
Pemberitahuan
Pemberitahuan memaklumkan anda tentang acara seperti mesej baharu dan
pemberitahuan kalendar serta aktiviti yang sedang berlangsung seperti muat turun fail.
Pemberitahuan muncul di tempat berikut:
•
Bar status
•
Panel Pemberitahuan
•
Skrin kunci
Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan
1
Untuk membuka panel Pemberitahuan, seret bar status ke bawah.
2
Untuk menutup panel Pemberitahuan, seret panel ke atas.
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan pada panel Pemberitahuan
•
Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik .
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Ketik dua kali pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Mengurus pemberitahuan pada skrin kunci
Anda boleh tetapkan peranti anda agar hanya pemberitahuan terpilih yang dipaparkan
pada skrin kunci anda. Anda boleh jadikan semua pemberitahuan dan kandungannya
boleh diakses, sembunyikan kandungan sensitif atau aplikasi khusus, atau pilih untuk
tidak paparkan sebarang pemberitahuan.
Untuk memilih pemberitahuan untuk dipaparkan pada skrin kunci
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Apabila peranti dikunci.
3
Buat pilihan.
.
Pilihan paparan pemberitahuan pada skrin kunci
Tunjukkan semua
kandungan
pemberitahuan
Sembunyikan
kandungan
pemberitahuan sensitif
Jangan tunjukkan
pemberitahuan sama
sekali
Dapatkan semua pemberitahuan pada skrin kunci. Apabila anda hidupkan tetapan
ini, perlu diingat bahawa semua kandungan (termasuk kandungan e-mel masuk
dan sembang) akan kelihatan pada skrin kunci melainkan anda menguntukkan
aplikasi berkaitan Sensitif di dalam Pemberitahuan apl menu tetapan.
Anda perlu ada PIN, kata laluan, atau persediaan corak sebagai kunci skrin untuk
tetapan ini tersedia. Kandungan tersembunyi dipaparkan pada skrin kunci apabila
pemberitahuan sensitif tiba. Sebagai contoh, anda akan mendapat pemberitahuan
untuk e-mel masuk atau sembang, tetapi kandungan tidak akan kelihatan pada
skrin kunci anda.
Anda tidak akan dapat sebarang pemberitahuan pada skrin kunci.
Menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
Anda boleh tetapkan perlakuan pemberitahuan yang berlainan untuk setiap satu aplikasi.
Sebagai contoh, anda boleh sekat semua pemberitahuan e-mel, mengutamakan
pemberitahuan Facebook™ dan jadikan kandungan pemberitahuan pemesejan tidak
kelihatan pada skrin kunci.
Untuk menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
3
Pilih aplikasi yang anda mahu tukarkan tetapan pemberitahuannya.
4
Seret penggelangsar berkenaan ke kanan.
Tetapan
>
.
Bunyi & pemberitahuan
>
Pemberitahuan apl
.
Tahap pemberitahuan dan pilihan untuk aplikasi khusus
Sekat
Keutamaan
Sensitif
Jangan sekali-kali tunjukkan pemberitahuan untuk aplikasi terpilih.
Pemberitahuan tahap keutamaan muncul pada skrin kunci di sebelah atas semua
pemberitahuan lain.
Pilihan ini hanya tersedia jika anda sediakan PIN, kata laluan atau corak sebagai kunci skrin
anda dan dipilih Tunjukkan semua kandungan pemberitahuan di bawah tetapanApabilaperanti dikunci. Pemberitahuan untuk aplikasi muncul di skrin kunci anda tetapi kandungannya
tidak kelihatan.
Lampu pemberitahuan
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa
lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau
panggilan terlepas. Lampu pemberitahuan didayakan secara lalai tetapi boleh
dilumpuhkan secara manual.
Apabila lampu pemberitahuan dilumpuhkan, ia hanya menyala apabila terdapat amaran status
bateri, contohnya, apabila paras bateri lebih rendah daripada 15 peratus.
Untuk mendayakan lampu pemberitahuan
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan.
3
Seret penggelangsar di sebelah Lampu pemberitahuan ke kanan.
Ikon pada bar status
Ikon status
Tiada kad SIM
Kekuatan isyarat
Tiada isyarat
Perayauan
Menghantar dan memuat turun data LTE
Menghantar dan memuat turun data GPRS
Menghantar dan memuat turun data EDGE
Menghantar dan memuat turun data 3G
Menghantar dan memuat turun data mudah alih
Sambungan Wi-Fi® didayakan dan data sedang dihantar
Status bateri
Bateri sedang dicas
Mod STAMINA diaktifkan
Mod bateri lemah diaktifkan
Mod pesawat diaktifkan
Fungsi Bluetooth® diaktifkan
Mikrofon dibisukan
Fon pembesar suara dihidupkan
Mod jangan ganggu
Benarkan pengecualian dalam mod Jangan ganggu
Mod getar
Penggera ditetapkan
GPS diaktifkan
Penyegerakan sedang berjalan
Masalah dengan daftar masuk atau penyegerakan
Peranti anda sedia untuk menyambung ke peranti ANT+™ yang disokong
Bergantung pada pembekal perkhidmatan, rangkaian dan/atau rantau anda, fungsi atau
perkhidmatan yang diwakili oleh sesetengah ikon dalam senarai ini mungkin tidak tersedia.
Untuk menguruskan ikon bar status
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Ikon sistem.
3
Tandakan kotak semak untuk ikon sistem yang anda mahukannya muncul di bar
status.
Ikon pemberitahuan
Mesej teks atau mesej multimedia baru
Panggilan terlepas
Panggilan ditahan
Pemajuan panggilan dihidupkan
Mesej mel suara baru
Mesej e-mel baru
Memuat turun data
Memuat naik data
Data mudah alih dinyahdayakan
Lakukan persediaan asas peranti anda
Kemas kini perisian tersedia
Kemas kini sistem tersedia
Memuat turun kemas kini sistem
Ketik untuk memasang kemas kini sistem yang dimuat turun
Tangkapan skrin dirakam
Mesej sembang Hangouts™ yang baharu telah tiba
Sembang video dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™
Peristiwa kalendar akan datang
Aplikasi kecil sedang berjalan
Smart Connect diaktifkan
Lagu sedang dimainkan
Radio sedang dimainkan
Peranti disambungkan ke komputer melalui kabel USB
Storan dalaman 75% penuh. Ketik untuk memindahkan data ke kad ingatan
Amaran
Lebih banyak pemberitahuan (tidak dipaparkan)
Tidak semua ikon yang mungkin muncul dalam peranti anda disenaraikan di sini. Ikon-ikon ini
adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan perubahan boleh dibuat tanpa notis.
Gunakan aplikasi Sandaran dan pemulihan untuk menyandarkan dan
memulihkan kandungan pada peranti anda, seperti kenalan, mesej teks,
penanda buku, data kalendar, dsb.
Gunakan aplikasi Smart Connect™ untuk menetapkan perkara yang berlaku
dalam peranti anda semasa anda menyambungkan atau menanggalkan
aksesori.
Gunakan aplikasi Sokongan untuk mengakses sokongan pengguna dalam
peranti anda. Contohnya, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat
penyelesaian masalah, serta petua dan kiat.
Sesetengah aplikasi tidak disokong atau disenaraikan oleh semua rangkaian dan/atau
pembekal khidmat di semua kawasan.
Google Play™ adalah kedai Google dalam talian rasmi untuk memuat turun aplikasi,
permainan, muzik, filem dan buku. Ia termasuk kedua-dua aplikasi percuma dan
berbayar. Sebelum anda mula memuat turun daripada Google Play™, pastikan anda
mempunyai sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi® untuk
mengehadkan caj trafik data.
Untuk menggunakan Google Play™, anda perlu mempunyai akaun Google™. Google Play™
mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Untuk memuat turun aplikasi daripada Google Play™
1
Dari Skrin utama, ketik .
2
Cari dan ketik Gedung Play.
3
Cari item yang anda ingin muat turun dengan menyemak imbas kategori atau
dengan menggunakan fungsi carian.
4
Ketik item untuk melihat butirannya dan ikuti arahan untuk menyelesaikan
pemasangan.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai.
Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan
mengetik apliaski di bawah Tetapan > Aplikasi.
Memuat turun aplikasi daripada sumber lain
Apabila peranti anda ditetapkan untuk membenarkan muat turun daripada sumber selain
Google Play™, anda boleh memuat turun aplikasi secara terus daripada laman web lain
dengan mengikuti arahan muat turun berkaitan.
Memasang aplikasi yang asal usulnya tidak diketahui atau tidak boleh dipercayai boleh
merosakkan peranti anda. Hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai.
Hubungi pembekal aplikasi sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.
Untuk membenarkan muat turun aplikasi daripada sumber lain
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan.
3
Seret penggelangsar di sebelah
4
Ketik OK.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai.
Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan
mengetik aplikasi di bawah Tetapan > Aplikasi.
Penyemak imbas web Google Chrome™ untuk peranti Android™ siap diprapasang
dalam kebanyakan pasaran. Pergi ke http://support.google.com/chrome dan klik pautan
"Chrome for Mobile" untuk mendapatkan maklumat terperinci selanjutnya tentang cara
menggunakan penyemak imbas web ini.
Untuk melayari Google Chrome™
1
Daripada Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik .
3
Jika anda menggunakan Google Chrome™ buat pertama kali, pilih sama ada
mendaftar masuk ke akaun Google™ atau layari Google Chrome™ tanpa nama.
4
Masukkan istilah carian atau alamat web dalam medan carian dan alamat,
kemudian ketik Pergi pada papan kekunci.
Tetapan Internet dan MMS
Untuk menghantar mesej multimedia atau untuk mengakses Internet di tempat yang
tidak mempunyai rangkaian Wi-Fi®, anda mesti mempunyai sambungan data mudah alih
yang berfungsi dan tetapan Internet serta MMS (Khidmat Mesej Multimedia) yang betul.
Berikut terdapat beberapa petua:
•
Untuk kebanyakan rangkaian dan pengendali mudah alih, tetapan Internet dan MMS
diprapasang pada peranti anda. Anda boleh mula menggunakan Internet dan
menghantar mesej multimedia dengan serta merta.
•
Dalam sesetengah keadaan, anda mendapat pilihan untuk memuat turun tetapan
Internet dan MMS pada kali pertama anda menghidupkan peranti anda semasa kad SIM
dimasukkan. Tetapan ini turut dapat dimuat turun kemudian dari menu Tetapan.
•
Anda boleh menambahkan, menukar atau memadamkan tetapan Internet dan MMS
secara manual pada peranti anda pada bila-bila masa. Jika anda menukar atau
memadamkan tetapan Internet atau MMS secara tidak sengaja, muat turun tetapan
Internet dan MMS semula.
•
Jika anda tidak dapat mengakses Internet melalui rangkaian mudah alih atau jika
pemesejan multimedia tidak berfungsi walaupun tetapan Internet dan MMS telah berjaya
dimuat turun ke peranti anda, rujuk pada petua penyelesaian masalah untuk peranti anda
www.sonymobile.com/support/
di
MMS.
Jika mod STAMINA diaktifkan untuk menjimatkan kuasa, semua
dihentikan seketika semasa skrin dimatikan. Jika hal ini menyebabkan masalah sambungan,
cuba keluarkan beberapa aplikasi dan perkhidmatan daripada dihentikan seketika atau
nyahaktifkan mod STAMINA buat sementara waktu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat
Gambaran keseluruhan ciri mod STAMINA
.
untuk isu liputan rangkaian, data mudah alih dan
trafik data mudah alih
pada halaman 22.
Untuk memuat turun tetapan Internet dan MMS
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Lagi > Tetapan internet.
3
Ketik Terima. Sebaik sahaja tetapan berjaya dimuat turun, muncul dalam bar
status dan data mudah alih dihidupkan secara automatik.
Jika tetapan tidak boleh dimuat turun ke peranti anda, periksa kekuatan isyarat rangkaian
mudah alih anda. Pergi ke lokasi terbuka yang tiada halangan atau berhampiran dengan
tingkap dan kemudian cuba lagi.