Ini adalah Xperia™ E4 Panduan pengguna untuk Android™ 4.4.4 versi perisian. Jika
anda tidak pasti peranti anda menjalankan versi perisian mana, anda boleh
menyemaknya melalui menu Tetapan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
kemas kini perisian, lihat
Untuk memeriksa versi perisian semasa peranti anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Mengenai telefon > Versi Android.
Lapisan plastik perlindungan dilekatkan pada skrin. Anda harus menanggalkan lapisan ini
sebelum menggunakan skrin sentuh. Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi
dengan betul.
Untuk menanggalkan penutup belakang
•
Masukkan kuku ke dalam ruang (seperti ditunjukkan dalam ilustrasi) dan angkat
penutup tersebut.
Untuk memasang penutup belakang
1
Letakkan penutup belakang di atas bahagian belakang peranti, kemudian tekan
penjuru bawah ke bawah untuk mengunci penutup ditempatnya.
2
Bergerak dari bawah ke atas, tekan tepi penutup dari atas ke bawah sehingga
penutup berdetap masuk ke tempatnya.
Untuk memasukkan kad SIM mikro
Jika anda memasukkan kad SIM mikro semasa kuasa peranti dihidupkan, peranti akan
dimulakan semula secara automatik.
Tanggalkan penutup belakang, kemudian masukkan kad SIM mikro ke dalam
slotnya dengan sesentuh berwarna emas menghadap ke bawah.
Anda perlu menggunakan kad SIM mikro supaya peranti anda berfungsi dengan betul.
Sesetengah kad SIM bersaiz standard membolehkan anda menanggalkan kad SIM mikro
bersepadu. Setelah anda menanggalkan kad SIM mikro daripada kad SIM bersaiz standard,
anda tidak boleh menyambungkannya semula dan menggunakan kad SIM bersaiz standard
lagi. Jika anda tidak mempunyai kad SIM mikro atau jika kad SIM semasa anda tidak
mengandungi kad SIM mikro yang boleh ditanggalkan, hubungi pengendali rangkaian anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mengambil atau menukar kad SIM anda.
Untuk memasukkan kad ingatan
1
Tanggalkan penutup belakang.
2
Masukkan kad memori ke dalam slot kad memori dengan sesentuh berwarna
keemasan menghadap ke bawah.
Seret keluar kad SIM nano dari slotnya dan keluarkan kad itu sepenuhnya.
Untuk mengeluarkan kad ingatan
1
Matikan telefon atau nyahlekapkan kad ingatan dari Tetapan > Storan >
Nyahlekapkan kad SD
2
Tanggalkan penutup belakang, kemudian, tarik kad ingatan ke arah luar untuk
mengeluarkannya.
.
Perlindungan skrin
Sebelum menggunakan peranti anda, alihkan filem perlindungan telus dengan menarik tab
terjulur ke atas.
Ia adalah disyorkan untuk melindungi peranti anda dengan penutup skrin berjenama
Sony atau pelindung bertujuan untuk model Xperia™ anda. Penggunaan aksesori
perlindungan skrin pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada berfungsi
dengan menutup sensor, kanta, pembesar suara, atau mikrofon dan ia boleh
membatalkan jaminan.
Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan dibuka bagi
membantu anda mengkonfigurasikan tetapan asas, mendaftar masuk ke akaun dalam
talian dan memperibadikan peranti anda. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Sony
Entertainment Network, anda boleh mendaftar masuk ke akaun itu di sini dan melakukan
persediaan dengan serta-merta.
Anda boleh mengakses panduan persediaan kemudian dari menu Tetapan juga.
Untuk menghidupkan peranti
Pastikan bateri dicas selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan
peranti untuk pertama kali.
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga peranti bergetar.
2
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik
3
Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesalahan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik .
.
Untuk mematikan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.
2
Dalam menu pilihan, ketik
3
Ketik OK.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
Matikan kuasa
.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?
Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang
dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google
Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam
talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.
Contohnya, akaun Google™ adalah wajib jika anda ingin:
•
Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•
Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar menggunakan Gmail™.
•
Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
•
Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan
penyemak imbas web Google Chrome™.
•
Mengenalpasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia™ Companion.
•
Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan
jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk maklumat lanjut mengenai Android™ dan Google™, pergi ke
http://support.google.com
Ianya sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.
Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab
keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.
Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda
memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.
.
Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Tambah akaun > Google.
3
Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika
anda sudah mempunyai akaun.
Anda juga boleh mendaftar masuk atau membuat akaun Google™ dari panduan persediaan
pada kali pertama anda memulakan peranti anda. Atau anda boleh pergi ke dalam talian dan
buat akaun di
www.google.com/accounts
.
Mengecas peranti anda
Peranti anda mempunyai bateri yang telah dipasang dan boleh dicas semula yang harus
digantikan oleh Sony atau pusat pembaikan Sony yang berdaftar. Anda tidak seharusnya
cuba membuka atau menanggalkan sendiri peranti ini. Membuka peranti ini boleh
menyebabkan kerosakan yang akan membatalkan waranti anda.
Bateri tidak dicas sepenuhnya apabila anda membeli peranti. Anda masih boleh
menggunakan peranti anda semasa ia sedang dicas. Baca lebih lanjut mengenai bateri
dan cara untuk meningkatkan prestasinya dalam
halaman 119 .
Bateri dan pengurusan kuasa
pada
Untuk mengecas peranti anda
1
Pasangkan pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan kelihatan.
HijauParas cas bateri melebihi 90%
Berdenyar merahBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%
JinggaBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
Tatal dengan pantas, contohnya, dalam senarai atau pada laman web Anda boleh
hentikan pergerakan penatalan dengan mengetik skrin.
Mengunci dan membuka kunci skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa, skrin
menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan dikunci secara automatik. Kunci ini
menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda tidak
menggunakannya. Semasa anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas telah
ditetapkan. Dalam kata lain, anda perlu meleret ke atas atau ke bawah skrin untuk
membuka kunci. Anda kemudiannya boleh menukar tetapan keselamatan dan
menambahkan kunci jenis lain. Lihat
Kunci skrin
pada halaman 41 .
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap .
Untuk mengunci skrin
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.
Skrin utama
Skrin Utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa dengan
desktop pada skrin komputer. Skrin Utama anda boleh mempunyai sehingga tujuh anak
tetingkap yang melebihi lebar paparan skrin biasa. Bilangan anak tetingkap skrin Utama
diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang diserlahkan
menunjukkan anak tetingkap yang anda sedang berada.
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga tujuh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga boleh
menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak tetingkap skrin
Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama Skrin utama
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
tetapkan sebagai anak tetingkap utama Skrin utama, kemudian ketik di sudut
atas anak tetingkap.
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap, kemudian ketik
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Ketik Nyahpasang. Semua aplikasi yang boleh dinyahpasang ditandakan dengan
.
3
Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik Nyahpasang.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar kegemaran
dan tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda beralih antara
semua aplikasi yang terbaru digunakan dengan mudah. Sesetengah aplikasi ditutup
apabila anda menekan untuk keluar sementara aplikasi lain dijeda atau terus berjalan
dalam latar belakang. Jika aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh
teruskan dari tempat anda berhenti pada kali berikutnya anda membuka aplikasi.
Gambaran keseluruhan menavigasi aplikasi
1Tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan – Buka aplikasi yang terbaru digunakan
2Bar kegemaran – Gunakan jalan pintas untuk mengakses aplikasi atau widget
3Kekunci navigasi tugas – Buka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan dan bar kegemaran
4Kekunci navigasi utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Utama
5Kekunci navigasi undur – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk menutup semua aplikasi yang terbaru digunakan
•
Ketik
dan kemudian ketik Tutup semua.
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
.
Aplikasi kecil
Aplikasi kecil merupakan aplikasi bersaiz kecil yang berjalan pada sebelah atas aplikasi
lain, pada skrin yang sama untuk membolehkan pelbagai tugas dilakukan. Contohnya,
anda boleh membuka halaman web yang menunjukkan butiran kadar pertukaran mata
wang dan kemudian membuka aplikasi kecil Kalkulator di bahagian atasnya dan
melakukan pengiraan. Anda boleh mengakses aplikasi kecil anda melalui bar kegemaran.
Untuk memuat turun lebih banyak aplikasi kecil, pergi ke Google Play™.
Untuk membuka aplikasi kecil
1
Untuk membuatkan bar kegemaran kelihatan, tekan .
2
Ketik aplikasi kecil yang anda ingin buka.
Anda boleh membuka beberapa aplikasi kecil pada masa yang sama.
Untuk menutup apl kecil
•
Ketik pada tetingkap apl kecil.
Untuk memuat turun aplikasi kecil
1
Dari bar kegemaran, ketik
2
Cari aplikasi kecil yang anda ingin muat turun, kemudian ikut arahan untuk
memuat turunnya dan menyelesaikan pemasangan.
Untuk mengalih aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian alihkannya ke lokasi yang diinginkan.
Untuk meminimumkan aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian seretnya ke sisi kanan atau sisi bawah skrin.
, kemudian ketik , dan ketik .
Untuk mengatur semula aplikasi kecil dalam bar kegemaran
•
Sentuh terus aplikasi kecil dan seretnya ke kedudukan yang diingini.
Untuk mengalih keluar aplikasi kecil daripada bar kegemaran
•
Sentuh terus aplikasi kecil, kemudian seretnya ke
Untuk memulihkan aplikasi kecil yang dialih keluar sebelum ini
1
Buka bar kegemaran, kemudian, ketik .
2
Sentuh terus aplikasi kecil yang anda mahu dipulihkan, kemudian seretnya ke
dalam bar kegemaran.
Untuk menambahkan widget sebagai aplikasi kecil
1
Untuk membuatkan bar kegemaran kelihatan, tekan
2
Ketik > > .
3
Pilih widget.
4
Masukkan nama untuk widget itu, jika diingini, kemudian ketik OK.
.
.
Widget
Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Utama
anda. Ia juga berfungsi sebagai jalan pintas. Sebagai contoh, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas terus pada skrin Utama anda. Tetapi
apabila anda ketik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh memuat turun
widget tambahan daripada Google Play™.
Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik Widget.
2
Cari dan ketik widget yang anda ingin tambah.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
lepaskan widget. Jika widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar
maka bingkai yang diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.
2
Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana pada Skrin Utama.
Untuk memindahkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke lokasi baru.
Untuk mengeluarkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke
pada sebelah atas skrin.
Jalan pintas dan folder
Gunakan jalan pintas dan folder untuk mengurus aplikasi anda dan memastikan skrin
Utama anda kemas.
1Akses aplikasi menggunakan jalan pintas
2Akses folder yang mengandungi aplikasi
Untuk menambahkan jalan pintas aplikasi ke Skrin utama anda
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama sehingga peranti bergetar
dan menu penyesuaian kelihatan.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik Aplikasi.
3
Tatal melalui senarai aplikasi dan pilih aplikasi. Aplikasi yang dipilih akan ditambah
pada Skrin Utama.
Secara alternatif, dalam langkah 3, anda boleh ketik Jalan pintas dan kemudian memilih
aplikasi daripada senarai yang tersedia. Jika anda menggunakan kaedah ini untuk menambah
jalan pintas, sesetengah aplikasi yang tersedia membenarkan anda untuk menambah
kefungsian khusus pada jalan pintas.
Untuk memindahkan item pada skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke lokasi baru.
Untuk mengeluarkan item dari skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item itu ke
pada sebelah atas skrin.
Untuk membuat folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga ia membesar dan peranti
bergetar, kemudian seret dan lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi lain atau
jalan pintas.
Untuk menambah item pada folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke folder.
Untuk menamakan semula folder pada Skrin utama
1
Ketik folder untuk membukanya.
2
Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan
3
Masukkan nama folder baru dan ketik Selesai.
Nama folder
.
Latar belakang dan tema
Anda boleh sesuaikan skrin Utama mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias
latar dan tema berbeza. Anda juga boleh menukar hias latar pada skrin kunci.
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Hias latar dan buat pilihan.
Untuk menetapkan tema
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Tema, kemudian pilih tema.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
Untuk menukar hias latar bagi skrin kunci
1
Daripada skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Skrin kunci.
3
Pilih pilihan, kemudian ikut arahan untuk menukar hias latar anda.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej-imej pegun daripada sebarang skrin pada peranti anda
sebagai tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara automatik
dalam Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2
Ketik
Anda juga boleh mengambil tangkapan skrin dengan menekan kekunci kuasa dan kekunci
kelantangan turun pada masa yang sama sehingga anda mendengar bunyi klik.
Untuk melihat tangkapan skrin anda
•
Seret bar status sepenuhnya ke bawah, kemudian ketik tangkapan skrin yang
anda ingin lihat.
Anda juga boleh melihat tangkapan skrin anda dengan membuka aplikasi Album.
Merakamkan skrin anda
Anda boleh menggunakan ciri rakaman skrin untuk menangkap video yang
menayangkan apa yang berlaku pada skrin peranti anda. Ciri ini adalah berguna,
contohnya, apabila anda ingin membuat tutorial atau merakam video anda bermain
permainan pada peranti anda. Klip video yang dirakam disimpan secara automatik dalam
Album.
Gambaran keseluruhan jalan pintas dan folder
1Minimumkan/Teruskan tetingkap skrin rakaman
2Rakamkan skrin anda
3Rakamkan skrin anda apabila kamera depan diaktifkan
4Akses tetapan rakaman skrin
5Tutup tetingkap rakaman skrin
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2
Ketik .
3
Apabila tetingkap skrin rakaman dibuka, ketik . Pemasa untuk rakaman muncul.
4
Untuk menghentikan rakaman skrin, ketik pemasa, kemudian ketik
.
Untuk merakamkan skrin anda apabila kamera depan diaktifkan
1
Apabila tetingkap skrin rakaman dibuka, ketik
untuk menjadikan tetingkap
rakaman skrin kamera depan muncul.
2
Untuk mula merakamkan skrin dan video anda yang ditangkap oleh kamera
depan, ketik .
3
Untuk menghentikan rakaman, ketik pemasa, kemudian ketik
4
Untuk menyahaktifkan tetingkap rakaman skrin kamera depan, ketik .
Apabila tetingkap rakaman skrin kamera depan dibuka, seret untuk mensaizkan semula
tetingkap, dan ketik untuk merakamkan gambar pegun.
.
Untuk melihat rakaman skrin terbaru
•
Selepas rakaman skrin anda selesai, seret bar status ke bawah, kemudian ketik
untuk melihat rakaman terbaru skrin anda.
Anda juga boleh melihat rakaman skrin anda dalam aplikasi Album.
Status dan pemberitahuan
Ikon pada bar status memaklumkan anda tentang peristiwa seperti mesej baru dan
pemberitahuan kalendar, aktiviti yang sedang berjalan seperti muat turun fail, dan
maklumat status seperti paras bateri dan kekuatan isyarat. Anda boleh menyeret bar
status ke bawah untuk membuka panel Pemberitahuan dan mengendalikan
pemberitahuan anda. Selain itu, anda boleh memperibadikan ikon dan pemberitahuan
dengan memilih ikon sistem yang hendak dipaparkan dalam bar status dan memilih
aplikasi yang dibenarkan untuk menghantar pemberitahuan.
Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan
Untuk bertindak terhadap pemberitahuan
•
Ketik pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa
lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau
panggilan terlepas.
Ikon pada bar status
Ikon status
Kekuatan isyarat
Tiada isyarat
Perayauan
GPRS tersedia
EDGE tersedia
3G tersedia
Rangkaian data mudah alih tersedia
Menghantar dan memuat turun data GPRS
Menghantar dan memuat turun data EDGE
Menghantar dan memuat turun data 3G
Menghantar dan memuat turun data mudah alih
Status bateri
Bateri sedang mengecas
Mod STAMINA diaktifkan
Mod bateri rendah diaktifkan
Mod pesawat sedang diaktifkan
Fungsi Bluetooth® diaktifkan
Kad SIM tidak dimasukkan
Mikrofon dibisukan
Telefon speaker dihidupkan
Mod senyap
Mod getaran
Penggera ditetapkan
GPS diaktifkan
Penyelarasan sedang dijalankan
Masalah dengan daftar masuk atau penyelarasan
Bergantung pada pembekal khidmat anda, rangkaian dan/atau rantau, fungsi atau
perkhidmatan yang diwakili oleh sesetengah ikon dalam senarai ini mungkin tidak tersedia.
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Ikon bar status.
3
Tandakan kotak semak untuk ikon sistem yang anda mahukannya muncul di bar
status.
Ikon pemberitahuan
Mesej teks atau mesej multimedia baru
Panggilan terlepas
Panggilan sedang berjalan
Pemajuan panggilan dihidupkan
Mesej mel suara baru
Mesej e-mel baru
Sambungan Wi-Fi® didayakan dan data sedang dihantar
Memuat turun data
Memuat naik data
Data mudah alih dinyahdayakan
Kemas kini perisian tersedia
Kemas kini sistem tersedia
Memuat turun kemas kini sistem
Ketik untuk memasang kemas kini sistem yang dimuat turun
Tangkapan skrin dirakam
Mesej bual Hangouts™ yang baharu sudah tiba
Berbual video dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
Peristiwa kalendar akan datang
Aplikasi kecil sedang berjalan
Smart Connect diaktifkan
Lagu sedang dimainkan
Radio sedang dimainkan
Peranti disambungkan pada komputer melalui kabel USB
Storan dalaman 75% penuh. Ketik untuk memindahkan data ke kad ingatan
Mesej amaran
Mesej ralat
Lebih banyak pemberitahuan (tidak dipaparkan)
Tidak semua ikon yang mungkin muncul dalam peranti anda disenaraikan di sini. Ikon ini
adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan perubahan boleh dibuat tanpa notis.
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Urus pemberitahuan.
3
Tandakan kotak semak untuk aplikasi yang membenarkan penghantaran
pemberitahuan.
Gambaran keseluruhan aplikasi
Gunakan aplikasi Penggera & jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera.
Gunakan penyemak imbas web anda untuk menavigasi dan melihat halaman
web, mengurus penanda buku, teks dan imej.
Gunakan aplikasi Kalkulator untuk melaksanakan pengiraan asas.
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejak peristiwa dan mengurus janji temu
anda.
Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.
Gunakan aplikasi Kenalan untuk mengurus nombor telefon, alamat e-mel dan
maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.
Akses aplikasi, dokumen dan gambar yang anda muat turun.
Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui akaun
peribadi dan korporat.
Gunakan aplikasi Facebook™ untuk berinteraksi dalam rangkaian sosial dengan
rakan, ahli keluarga dan rakan sejawat di seluruh dunia.
Semak imbas dan dengar stesen radio FM.
Gunakan aplikasi Album untuk melihat dan mengendalikan foto dan video anda.
Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan menyusun mesej e-mel.
Cari maklumat pada peranti anda dan di web.
Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan kira laluan menggunakan Google
Maps™.
Pergi ke Google Play™ untuk memuat turun aplikasi percuma dan berbayar
untuk peranti anda.
Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan
multimedia.
Gunakan aplikasi Filem untuk memainkan video pada peranti anda dan
berkongsi kandungan dengan rakan anda.
Gunakan aplikasi Walkman® untuk mengatur dan memainkan muzik, buku audio
dan podcast.
Lihat berita dan ramalan cuaca.
Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau
menggunakan fungsi dail pintar.
Optimumkan tetapan supaya sesuai dengan keperluan anda sendiri.
Gunakan aplikasi Hangouts™ untuk berbual dengan rakan dalam talian.
Kenal pasti trek muzik yang anda dengar berkumandang dalam persekitaran
anda dan dapatkan maklumat artis, album dan maklumat lain.
Gunakan YouTube™ untuk berkongsi dan menonton video dari seluruh dunia.
Gunakan aplikasi Sokongan untuk mengakses sokongan pengguna pada
peranti. Contohnya, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat
penyelesaian masalah, serta petua dan kiat.
Muat turun dan pasang aplikasi dan kemas kini baru.
Sesetengah aplikasi tidak disokong atau disenaraikan oleh semua rangkaian dan/atau
pembekal khidmat di semua kawasan.
Google Play™ adalah kedai Google dalam talian rasmi untuk memuat turun aplikasi,
permainan, muzik, filem dan buku. Ia termasuk kedua-dua aplikasi percuma dan
berbayar. Sebelum anda mula memuat turun daripada Google Play™, pastikan anda
mempunyai sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi® untuk
mengehadkan caj trafik data.
Untuk menggunakan Google Play™, anda perlu mempunyai akaun Google™. Google Play™
mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Untuk memuat turun aplikasi daripada Google Play™
1
Dari Skrin Utama, ketik .
2
Cari dan ketik Gedung Play.
3
Cari item yang anda ingin muat turun dengan menyemak imbas kategori atau
dengan menggunakan fungsi carian.
4
Ketik item untuk melihat butirannya dan ikuti arahan untuk menyelesaikan
pemasangan.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai.
Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan
mengetik apliaski di bawah Tetapan > Aplikasi.
Memuat turun aplikasi daripada sumber lain
Apabila peranti anda ditetapkan untuk membenarkan muat turun daripada sumber selain
Google Play™, anda boleh memuat turun aplikasi secara terus daripada laman tapak
web lain dengan mengikuti arahan muat turun berkaitan.
Memasang aplikasi yang asal usulnya tidak diketahui atau tidak boleh dipercayai boleh
merosakkan peranti anda. Hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai.
Hubungi pembekal aplikasi sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.
Untuk membenarkan muat turun aplikasi daripada sumber lain
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan >Keselamatan.
3
Tandakan kotak semak
4
Ketik OK.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai.
Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan
mengetik apliaski di bawah Tetapan > Aplikasi.
Penyemak imbas web Google Chrome™ untuk peranti Android™ siap diprapasang
dalam kebanyakan pasaran. Pergi ke http://support.google.com/chrome dan klik pautan
"Chrome for Mobile" untuk mendapatkan maklumat terperinci selanjutnya tentang cara
menggunakan penyemak imbas web ini.
Untuk melayari Google Chrome™
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik .
3
Jika anda menggunakan Google Chrome™ buat pertama kali, pilih sama ada
mendaftar masuk ke akaun Google™ atau layari Google Chrome™ tanpa nama.
4
Masukkan istilah carian atau alamat web dalam medan carian dan alamat,
kemudian ketik Pergi pada papan kekunci.
Tetapan Internet dan MMS
Untuk menghantar mesej multimedia atau untuk mengakses Internet di tempat yang
tidak mempunyai rangkaian Wi-Fi®, anda mesti mempunyai sambungan data mudah alih
yang berfungsi dan tetapan Internet serta MMS (Khidmat Mesej Multimedia) yang betul.
Berikut terdapat beberapa petua:
•
Untuk kebanyakan rangkaian dan pengendali mudah alih, tetapan Internet dan MMS
diprapasang pada peranti anda. Anda boleh mula menggunakan Internet dan
menghantar mesej multimedia dengan serta merta.
•
Dalam sesetengah keadaan, anda mendapat pilihan untuk memuat turun tetapan
Internet dan MMS pada kali pertama anda menghidupkan peranti anda semasa kad SIM
dimasukkan. Tetapan ini turut dapat dimuat turun kemudian dari menu Tetapan.
•
Anda boleh menambahkan, menukar atau memadamkan tetapan Internet dan MMS
secara manual pada peranti anda pada bila-bila masa. Jika anda menukar atau
memadamkan tetapan Internet atau MMS secara tidak sengaja, muat turun tetapan
Internet dan MMS semula.
•
Jika anda tidak dapat mengakses Internet melalui rangkaian mudah alih atau jika
pemesejan multimedia tidak berfungsi walaupun tetapan Internet dan MMS telah berjaya
dimuat turun ke peranti anda, rujuk pada petua penyelesaian masalah untuk peranti anda
www.sonymobile.com/support/
di
MMS.
Jika mod STAMINA diaktifkan untuk menjimatkan kuasa, semua trafik data mudah alih
dihentikan seketika semasa skrin dimatikan. Jika hal ini menyebabkan masalah sambungan,
cuba keluarkan beberapa aplikasi dan perkhidmatan daripada dihentikan seketika atau
nyahaktifkan mod STAMINA buat sementara waktu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat
Gambaran keseluruhan ciri mod STAMINA
.
untuk isu liputan rangkaian, data mudah alih dan
pada halaman 119 .
Untuk memuat turun tetapan Internet dan MMS
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Tetapan internet.
3
Ketik Terima. Setelah tetapan berjaya dimuat turun, muncul dalam bar status
dan data mudah alih dihidupkan secara automatik.
Jika tetapan tidak boleh dimuat turun ke peranti anda, periksa kekuatan isyarat rangkaian
mudah alih anda. Pergi ke lokasi terbuka yang tiada halangan atau berhampiran dengan
tingkap dan cuba lagi.
Untuk menambahkan tetapan Internet dan MMS secara manual
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik Nama Titik Akses > .
4
Ketik Nama dan masukkan nama seperti yang diingini.
5
Ketik APN dan masukkan nama titik akses.
6
Masukkan semua maklumat lain yang diperlukan. Jika anda tidak mengetahui
maklumat yang diperlukan, hubungi pengendali rangkaian anda untuk
mendapatkan butiran lanjut.
7
Setelah anda selesai, ketik
8
Untuk memilih APN yang baru sahaja anda tambahkan, ketik butang radio di
, kemudian ketik Simpan.
sebelah nama APN itu. Setelah dipilih, APN ini menjadi APN lalai untuk
perkhidmatan Internet dan MMS.
Untuk melihat tetapan Internet dan MMS yang dimuat turun
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik Nama Titik Akses.
4
Untuk melihat butiran lanjut, ketik mana-mana item yang tersedia.
Jika anda mempunyai beberapa sambungan tersedia, sambungan rangkaian aktif ditunjukkan
dengan butang yang ditandakan .
.
Wi-Fi®
Gunakan sambungan Wi-Fi® untuk melayari Internet, memuat turun aplikasi atau
menghantar dan menerima e-mel. Setelah anda bersambung dengan rangkaian Wi-Fi®,
peranti anda mengingati rangkaian dan bersambung dengannya secara automatik setiap
kali anda berada dalam jarak liputan.
Sesetengah rangkaian Wi-Fi® memerlukan anda untuk log masuk ke laman web
sebelum anda boleh mendapat akses. Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi® yang
berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Rangkaian Wi-Fi® yang tersedia mungkin terbuka atau dilindungi:
•
Rangkaian terbuka ditunjukkan oleh
•
Rangkaian dilindungi ditunjukkan oleh
Sesetengah rangkaian Wi-Fi® tidak kelihatan dalam senarai rangkaian yang ada kerana ia
tidak menyiarkan nama rangkaiannya (SSID). Jika anda tahu nama rangkaian tersebut, anda
boleh menambahnya secara manual pada senarai rangkaian Wi-Fi® anda yang tersedia.
di sebelah nama rangkaian Wi-Fi®.
di sebelah nama rangkaian Wi-Fi®.
Untuk menghidupkan Wi-Fi®
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan.
3
Seret penggelangsar di sebelah Wi-Fi ke kanan untuk menghidupkan fungsi WiFi®.
Beberapa saat mungkin diperlukan sebelum Wi-Fi® didayakan.
Untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi® secara automatik
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan.
3
Ketik Wi-Fi. Semua rangkaian Wi-Fi® yang tersedia dipaparkan.
4
Ketik rangkaian Wi-Fi® untuk bersambung dengannya. Untuk rangkaian selamat,
masukkan kata laluan yang berkenaan. dipaparkan dalam bar status setelah
anda disambungkan.
Untuk mencari rangkaian baru yang tersedia, ketik
berjaya menyambung kepada rangkaian Wi-Fi, rujuk petua penyelesaian masalah yang
berkaitan untuk peranti anda di