1Lampu pengecasan/Lampu pemberitahuan
2Pembesar suara telinga
3Kekunci WALKMAN
4Sensor kehampiran/Sensor cahaya
5Kekunci kelantangan/zum
6Kekunci kuasa
7Mikrofon utama
8Mikrofon kedua
9Bicu headset
10 Lensa kamera
11 Penutup port pengecas/USB
Lapisan plastik perlindungan dilekatkan pada skrin. Anda harus menanggalkan lapisan ini
sebelum menggunakan skrin sentuh. Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi
dengan betul.
•
Menggunakan ibu jari anda, luncurkan penutup pada bahagian atas peranti.
•
Tanggalkan penutup bateri dan bateri, kemudian masukkan kad SIM ke dalam slot
yang bersesuaian dengan sentuhan berwarna emas menghadap ke bawah.
Untuk memasukkan kad memori
1
Tanggalkan penutup belakang dan bateri.
2
Masukkan kad memori ke dalam slot kad memori dengan sesentuh berwarna
keemasan menghadap ke bawah.
Luncurkan penutup atas ke bawah. Anda akan mendengar bunyi apabila penutup
terkunci ke dalam tempatnya.
Perlindungan skrin
Sebelum menggunakan peranti anda, alihkan filem perlindungan telus dengan menarik tab
terjulur ke atas.
Ia adalah disyorkan untuk melindungi peranti anda dengan penutup skrin berjenama
Sony atau pelindung bertujuan untuk model Xperia™ anda. Penggunaan aksesori
perlindungan skrin pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada berfungsi
dengan menutup sensor, kanta, pembesar suara, atau mikrofon dan ia boleh
membatalkan jaminan.
Kali pertama memulakan peranti anda
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan dibuka bagi
membantu anda mengkonfigurasikan tetapan asas, mendaftar masuk ke sesetengah
akaun dan memperibadikan peranti anda. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Sony
Entertainment Network, anda boleh mendaftar masuk ke akaun itu di sini dan melakukan
persediaan dengan serta-merta. Anda juga boleh memuat turun tetapan Internet dan WiFi® .
Anda juga boleh mengakses panduan persediaan kemudian dari menu Tetapan.
Untuk menghidupkan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa
sekali.
2
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik .
Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang
dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google
Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam
talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.
Contohnya, akaun Google™ adalah wajib jika anda ingin:
•
Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•
Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar menggunakan Gmail™.
•
Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
•
Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan
penyemak imbas web Google Chrome™.
•
Mengenalpasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia™ Companion.
•
Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan
jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk maklumat lanjut mengenai Android™ dan Google™, pergi ke
http://support.google.com
Ianya sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.
Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab
keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.
Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda
memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.
.
Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Tambah akaun > Google.
3
Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika
anda sudah mempunyai akaun.
Anda juga boleh mendaftar masuk atau membuat akaun Google™ dari panduan persediaan
pada kali pertama anda memulakan peranti anda. Atau anda boleh pergi ke dalam talian dan
buat akaun di
www.google.com/accounts
.
Mengecas peranti anda
Bateri tidak dicas sepenuhnya apabila anda membeli peranti. Anda masih boleh
menggunakan peranti anda semasa ia sedang dicaskan. Baca selanjutnya tentang bateri
dan cara memperbaiki prestasi
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan kelihatan.
Status lampu pemberitahuan bateri
HijauParas cas bateri melebihi 90%
Berdenyar merahBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%
JinggaBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
Tatal dengan pantas, contohnya, dalam senarai atau pada laman web Anda boleh
hentikan pergerakan penatalan dengan mengetik skrin.
Mengunci dan membuka kunci skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa yang
ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan dikunci secara
automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda
tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas telah
ditetapkan. Ini bermakna bahawa anda perlu meleret ke sebarang arah dari tengah skrin
untuk membukanya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan
menambahkan kunci jenis lain. Lihat
Kunci skrin
pada halaman 35 .
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap .
Untuk membuka kunci skrin
•
Letakkan jari di tengah-tengah skrin dan leret ke sebarang arah.
Untuk mengunci skrin
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.
Skrin Utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa dengan
desktop pada skrin komputer. Skrin Utama anda boleh mempunyai sehingga tujuh anak
tetingkap yang melebihi lebar paparan skrin biasa. Bilangan anak tetingkap skrin Utama
diwakili satu siri titik di bahagian atas skrin Utama. Titik yang diserlahkan menunjukkan
anak tetingkap yang anda sedang berada.
Untuk pergi ke skrin Utama
•
Tekan .
Untuk menyemak imbas skrin Utama
Anak tetingkap skrin utama
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga tujuh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga boleh
menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak tetingkap skrin
Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama Skrin utama
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
tetapkan sebagai anak tetingkap utama Skrin utama, kemudian ketik di sudut
atas anak tetingkap.
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Ketik Nyahpasang. Semua aplikasi yang boleh dinyahpasang ditandakan dengan
.
3
Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik Nyahpasang.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar aplikasi kecil
dan tetingkap aplikasi yang baru digunakan, yang membolehkan anda bertukar dengan
mudah antara semua aplikasi yang paling baru digunakan. Beberapa aplikasi ditutup
apabila anda menekan untuk keluar sementara aplikasi lain terus berjalan dalam latar
belakang atau dijeda. Jika aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh
teruskan dari tempat anda berhenti pada kali berikutnya anda membuka aplikasi.
Gambaran keseluruhan menavigasi aplikasi
1Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Membuka aplikasi yang digunakan baru-baru ini
2Bar aplikasi kecil – Membuka aplikasi kecil
3Kekunci navigasi tugas – Membuka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini dan bar aplikasi
kecil
4Kekunci navigasi Utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Utama
5Kekunci navigasi undur – Kembali ke skrin sebelumnya di dalam aplikasi atau menutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
Widget
Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Utama
anda. Ia juga berfungsi sebagai jalan pintas. Sebagai contoh, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas terus pada skrin Utama anda. Tetapi
apabila anda ketik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh memuat turun
widget tambahan daripada Google Play™.
Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik Widget.
2
Cari dan ketik widget yang anda ingin tambah.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
lepaskan widget. Jika widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar
maka bingkai yang diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.
2
Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana pada Skrin Utama.
Untuk memindahkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke lokasi baru.
Untuk memadam widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke
.
Jalan pintas dan folder
Gunakan jalan pintas dan folder untuk mengurus aplikasi anda dan memastikan skrin
Utama anda kemas.
1Akses folder yang mengandungi aplikasi
2Akses aplikasi menggunakan jalan pintas
Untuk menambah jalan pintas pada skrin Utama anda
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama sehingga peranti bergetar
dan menu penyesuaian kelihatan.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik Aplikasi.
3
Tatal melalui senarai aplikasi dan pilih aplikasi. Aplikasi yang dipilih akan ditambah
pada Skrin Utama.
Secara alternatif, dalam langkah 3, anda boleh ketik Jalan pintas dan kemudian memilih
aplikasi daripada senarai yang tersedia.. Jika anda menggunakan kaedah ini untuk menambah
jalan pintas, sesetengah aplikasi yang tersedia membenarkan anda untuk menambah
kefungsian khusus pada jalan pintas.
Untuk memindahkan item pada skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke lokasi baru.
Untuk memadam item dari Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke
.
Untuk membuat folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga ia membesar dan peranti
bergetar, kemudian seret dan lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi lain atau
jalan pintas.
Untuk menambah item pada folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret
item ke folder.
Untuk menamakan semula folder pada Skrin utama
1
Ketik folder untuk membukanya.
2
Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan
3
Masukkan nama folder baru dan ketik Selesai.
Nama folder
.
Latar belakang dan tema
Anda boleh sesuaikan skrin Utama mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias
latar dan tema berbeza. Anda juga boleh menukar hias latar pada skrin kunci.
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Hias latar dan buat pilihan.
Untuk menetapkan tema
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Tema, kemudian pilih tema.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
Untuk menukar hias latar bagi skrin kunci
1
Daripada skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Lock Screen.
3
Pilih pilihan, kemudian ikut arahan untuk menukar hias latar anda.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej-imej pegun daripada sebarang skrin pada peranti anda
sebagai tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara automatik
dalam Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa dan kekunci bawah kelantangan berulang kali
sehingga anda mendengar bunyi kilk.
2
Untuk melihat tangkapan skrin, menyeret bar status ke bawah sepenuhnya.
Status dan pemberitahuan
Ikon pada bar status memaklumkan anda tentang peristiwa seperti mesej baru dan
pemberitahuan kalendar, aktiviti yang sedang berjalan seperti muat turun fail, dan
maklumat status seperti paras bateri dan kekuatan isyarat. Anda boleh menyeret ke
bawah bar status untuk membuka panel Pemberitahuan dan mengendalikan
pemberitahuan anda.
Untuk memilih ikon sistem yang dipaparkan dalam bar status
1
Daripada skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Ikon bar status.
Untuk memilih aplikasi yang membenarkan menghantar pemberitahuan
1
Daripada skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Urus pemberitahuan.
3
Pilih aplikasi yang membenarkan menghantar pemberitahuan.
Untuk bertindak terhadap pemberitahuan
•
Ketik pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik Ksngkn.
Lampu pemberitahuan
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa
lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau
panggilan terlepas.
Ikon pada bar status
Ikon status
Kekuatan isyarat
Tiada isyarat
Perayauan
GPRS tersedia
EDGE tersedia
3G tersedia
Rangkaian data mudah alih tersedia
Menghantar dan memuat turun data GPRS
Menghantar dan memuat turun data EDGE
Menghantar dan memuat turun data 3G
Menghantar dan memuat turun data mudah alih
Status bateri
Bateri sedang dicas
Mod STAMINA diaktifkan
Mod pesawat diaktifkan
Fungsi Bluetooth® diaktifkan
Kad SIM tidak dimasukkan
Mikrofon dibisukan
Telefon speaker dihidupkan
Mod senyap
Mod getar
Penggera ditetapkan
GPS diaktifkan
Penyegerakan sedang berjalan
Masalah dengan daftar masuk atau penyegerakan
Bergantung pada pembekal khidmat, rangkaian dan/atau rantau anda, fungsi atau
perkhidmatan yang diwakili oleh sesetengah ikon dalam senarai ini mungkin tidak tersedia.
Ikon pemberitahuan
Ikon pemberitahuan berikut mungkin muncul pada skrin anda:
Mesej e-mel baru
Mesej teks baru atau mesej multimedia
Mel suara baru
Acara kalendar akan datang
Lagu sedang dimainkan
Peranti bersambung dengan komputer melalui kabel USB
Mesej amaran
Mesej ralat
Panggilan terlepas
Panggilan sedang berjalan
Panggilan tertunda
Pemajuan panggilan dihidupkan
Sambungan Wi-Fi® didayakan dan rangkaian wayarles tersedia
Kemas kini perisian tersedia
Memuat turun data
Memuat naik data
Lebih banyak pemberitahuan (tidak dipaparkan)
Gambaran keseluruhan aplikasi
Gunakan aplikasi Penggera dan jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera.
Gunakan penyemak imbas web anda untuk menavigasi dan melihat halaman
web, mengurus penanda buku dan mengurus teks dan imej.
Gunakan aplikasi Kalkulator untuk melaksanakan pengiraan asas.
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejak peristiwa anda dan mengurus janji
temu anda.
Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.
Gunakan aplikasi Kenalan untuk mengurus nombor telefon, alamat e-mel dan
maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.
Akses aplikasi yang anda muat turun.
Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui akaun
peribadi dan korporat.
Gunakan aplikasi Facebook™ untuk berinteraksi dalam rangkaian sosial dengan
rakan, ahli keluarga dan rakan sejawat di seluruh dunia.
Semak imbas dan dengar stesen radio FM.
Gunakan aplikasi Album untuk melihat dan mengendalikan foto dan video anda.
Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan menyusun mesej e-mel.
Cari maklumat pada peranti anda dan di web.
Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan kira laluan menggunakan Google
Maps™.
Pergi ke Google Play™ untuk memuat turun aplikasi percuma dan berbayar
untuk peranti anda.
Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan
multimedia.
Gunakan aplikasi Filem untuk memainkan video pada peranti anda dan
berkongsi kandungan dengan rakan anda.
Gunakan aplikasi "WALKMAN" untuk menyusun dan memainkan muzik, buku
audio dan podcast.
Lihat berita dan ramalan cuaca.
Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau
menggunakan fungsi dail pintar.
Optimumkan tetapan supaya sesuai dengan keperluan anda sendiri.
Gunakan aplikasi Hangouts™ untuk berbual dengan rakan dalam talian.
Kenal pasti trek muzik yang anda dengar berkumandang dalam persekitaran
anda dan dapatkan maklumat artis, album dan maklumat lain.
Gunakan YouTube™ untuk berkongsi dan menonton video dari seluruh dunia.
Gunakan aplikasi Sokongan untuk mengakses sokongan pengguna dalam
peranti. Contohnya, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat
penyelesaian masalah, serta petua dan kiat.
Muat turun dan pasang aplikasi dan kemas kini baru.
Sesetengah aplikasi tidak disokong oleh semua rangkaian dan/atau pembekal perkhidmatan di
semua kawasan.
Google Play™ adalah kedai Google dalam talian rasmi untuk memuat turun aplikasi,
permainan, muzik, filem dan buku. Ia termasuk kedua-dua aplikasi percuma dan
berbayar. Sebelum anda mula memuat turun daripada Google Play™, pastikan anda
mempunyai sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi® untuk
mengehadkan caj trafik data.
Untuk menggunakan Google Play™, anda perlu mempunyai akaun Google™. Google Play™
mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Untuk memuat turun aplikasi daripada Google Play™
1
Dari Skrin Utama, ketik .
2
Cari dan ketik Gedung Play.
3
Cari item yang anda ingin muat turun dengan menyemak imbas kategori atau
dengan menggunakan fungsi carian.
4
Ketik item untuk melihat butirannya dan ikuti arahan untuk menyelesaikan
pemasangan.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai.
Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan
mengetik apliaski di bawah Tetapan > Aplikasi.
Memuat turun aplikasi daripada sumber lain
Apabila peranti anda ditetapkan untuk membenarkan muat turun daripada sumber selain
Google Play™, anda boleh memuat turun aplikasi secara terus daripada laman tapak
web lain dengan mengikuti arahan muat turun berkaitan.
Memasang aplikasi yang asal usulnya tidak diketahui atau tidak boleh dipercayai boleh
merosakkan peranti anda. Hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai.
Hubungi pembekal aplikasi sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.
Untuk membenarkan muat turun aplikasi daripada sumber lain
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan >Keselamatan.
3
Tandakan kotak semak
4
Ketik OK.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai.
Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan
mengetik apliaski di bawah Tetapan > Aplikasi.
Penyemak imbas web Google Chrome™ untuk peranti Android™ siap diprapasang
dalam kebanyakan pasaran. Pergi ke http://support.google.com/chrome dan klik pautan
"Chrome for Mobile" untuk mendapatkan maklumat terperinci selanjutnya tentang cara
menggunakan penyemak imbas web ini.
Untuk melayari Google Chrome™
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik .
3
Jika anda menggunakan Google Chrome™ buat pertama kali, pilih sama ada
mendaftar masuk ke akaun Google™ atau layari Google Chrome™ tanpa nama.
4
Masukkan istilah carian atau alamat web dalam medan carian dan alamat,
kemudian ketik Pergi pada papan kekunci.
Gambaran keseluruhan penyemak imbas web
.
1Pergi ke laman utama
2Medan carian dan alamat
3Muat semula halaman
4Akses tab penyemak imbas
5Lihat bantuan dan pilihan
6Undur satu halaman dalam sejarah penyemak imbas
Tetapan Internet dan MMS
Untuk menghantar mesej multimedia atau untuk mengakses Internet di tempat yang
tidak mempunyai rangkaian Wi-Fi®, anda mesti mempunyai sambungan data mudah alih
yang berfungsi dan tetapan Internet serta MMS (Khidmat Mesej Multimedia) yang betul.
Berikut terdapat beberapa petua:
•
Untuk kebanyakan rangkaian dan pengendali mudah alih, tetapan Internet dan MMS
diprapasang pada peranti anda. Anda boleh mula menggunakan Internet dan
menghantar mesej multimedia dengan serta merta.
•
Dalam sesetengah keadaan, anda mendapat pilihan untuk memuat turun tetapan
Internet dan MMS pada kali pertama anda menghidupkan peranti anda semasa kad SIM
dimasukkan. Tetapan ini turut dapat dimuat turun kemudian dari menu Tetapan.
Anda boleh menambahkan, menukar atau memadamkan tetapan Internet dan MMS
secara manual pada peranti anda pada bila-bila masa. Hubungi pengendali rangkaian
anda untuk mendapatkan maklumat terperinci.
•
Jika anda tidak dapat mengakses Internet melalui rangkaian mudah alih atau jika
pemesejan multimedia tidak berfungsi walaupun tetapan Internet dan MMS telah berjaya
dimuat turun ke peranti anda, rujuk pada petua menyelesai masalah untuk peranti anda
di
www.sonymobile.com/support/
untuk isu liputan rangkaian, data mudah alih dan
MMS.
Untuk memuat turun tetapan Internet dan MMS
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Tetapan internet.
3
Pilih kad SIM atau kad-kad SIM, yang anda ingin muat turun Internet dan tetapan
MMS.
4
Ketik Terima. Setelah tetapan berjaya dimuat turun,
muncul dalam bar status
dan data mudah alih dihidupkan secara automatik.
Jika tetapan tidak boleh dimuat turun ke peranti anda, periksa kekuatan isyarat rangkaian
mudah alih anda. Pergi ke lokasi terbuka yang tiada halangan atau berhampiran dengan
tingkap dan cuba lagi.
Untuk menyemak sama ada data mudah alih dihidupkan atau dimatikan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Semak sama ada kotak pilihan Mobile data traffic ditandai atau tidak.
Untuk menambahkan tetapan Internet dan MMS secara manual
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik
Access Point names
5
Ketik Nama dan masukkan nama yang diinginkan.
6
Ketik
7
Masukkan semua maklumat lain yang diperlukan. Jika anda tidak tahu maklumat
dan masukkan nama pusat akses.
APN
Tetapan
>
>
Lagi…
.
>
Rangkaian mudah alih
.
yang diperlukan, hubungi pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan butiran
lanjut.
8
Setelah anda selesai, ketik , kemudian ketik
SIMPAN
.
Untuk melihat tetapan Internet dan MMS yang dimuat turun
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik Access Point Names.
5
Untuk melihat butiran lanjut, ketik mana-mana item yang tersedia.
Jika anda mempunyai beberapa sambungan tersedia, sambungan rangkaian aktif ditunjukkan
dengan butang yang ditandakan .
Untuk memadamkan semua tetapan Internet dan MMS
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM yang anda ingin set semula tetapannya.
4
Ketik Nama Pusat Akses, kemudian ketik
5
Ketik Tetapkn semula kepada lalai. Semua tetapan Internet dan MMS
.
dipadamkan.
Wi-Fi®
Gunakan sambungan Wi-Fi® untuk melayari Internet, memuat turun aplikasi atau
menghantar dan menerima e-mel. Setelah anda bersambung dengan rangkaian Wi-Fi®,
peranti anda mengingati rangkaian dan bersambung dengannya secara automatik pada
kali berikutnya anda berada dalam jarak lingkungan.
Sesetengah rangkaian Wi-Fi® memerlukan anda untuk log masuk ke laman web
sebelum anda boleh mendapat akses. Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi® yang
berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kekuatan isyarat rangkaian Wi-Fi® mungkin berbeza-beza. Bergerak menghampiri pusat
akses Wi-Fi® meningkatkan kekuatan isyarat.
Rangkaian Wi-Fi® yang tersedia mungkin dibuka atau selamat.
•
Rangkaian dibuka ditunjukkan oleh di sebelah nama rangkaian Wi-Fi®.
•
Rangkaian selamat ditunjukkan oleh di sebelah nama rangkaian Wi-Fi®.
Sesetengah rangkaian Wi-Fi® tidak kelihatan dalam senarai rangkaian tersedia kerana ia tidak
menyiarkan nama rangkaiannya (SSID). Jika anda tahu nama rangkaian tersebut, anda boleh
menambahnya secara manual pada senarai rangkaian Wi-Fi® anda yang tersedia.
Untuk menghidupkan Wi-Fi®
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan.
3
Seret penggelangsar di sebelah Wi-Fi ke kanan untuk menghidupkan fungsi Wi-
.
Fi®.
Beberapa saat mungkin diperlukan sebelum Wi-Fi® didayakan.
Untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi® secara automatik
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan.
3
Ketik
4
Ketik rangkaian Wi-Fi® untuk bersambung dengannya. Untuk rangkaian selamat,
. Semua rangkaian Wi-Fi® yang tersedia dipaparkan.
Wi-Fi
masukkan kata laluan yang berkenaan. dipaparkan dalam bar status setelah
anda disambungkan.
Untuk mencari rangkaian baru yang tersedia, ketik
dan kemudian ketik Imbas.
Untuk menambah rangkaian Wi-Fi® secara manual
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Wi-Fi.
3
Ketik .
4
Masukkan maklumat SSID rangkaian yang diperlukan.
5
Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan
6
Jika diperlukan, masukkan kata laluan.
7
Untuk menyunting beberapa pilihan lanjutan seperti tetapan proksi dan IP,
Keselamatan
.
tandakan kotak semak Tunjukkan pilihan lanjutan, kemudian sunting seperti yang
dikehendaki.
8
Ketik Simpan.
Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi® anda untuk mendapatkan SSID rangkaian dan kata
laluan.
Tetapan Wi-Fi®
Apabila anda bersambung dengan rangkaian Wi-Fi® atau apabila terdapat rangkaian WiFi® tersedia dalam kawasan sekitar anda, status rangkaian ini boleh dilihat. Anda juga
boleh dayakan peranti anda untuk memberitahu anda apabila rangkaian Wi-Fi® terbuka
dikesan.
Jika anda tidak bersambung dengan rangkaian Wi-Fi®, peranti anda menggunakan
sambungan data mudah alih untuk mengakses Internet (jika anda telah menyediakan dan
mendayakan sambungan data mudah alih pada peranti anda). Dengan menambah dasar
tidur Wi-Fi®, anda boleh menentukan masa untuk bertukar daripada Wi-Fi® kepada
data mudah alih.
Untuk melihat maklumat terperinci tentang rangkaian Wi-Fi® yang disambungkan
1
Dari Skrin Utama, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan >Wi-Fi.
3
Ketik rangkaian Wi-Fi® yang sedang bersambung dengan anda. Maklumat
.
terperinci rangkaian dipaparkan.
Untuk menambah dasar tidur Wi-Fi®
1
Dari Skrin Utama, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan >Wi-Fi.
3
Tekan
4
Ketik Lanjutan.
5
Ketik Biarkan Wi-Fi aktif smsa tidur.
6
Pilih pilihan.
.
.
Berkongsi sambungan data mudah alih anda
Anda boleh berkongsi sambungan data mudah alih peranti anda dengan satu komputer
menggunakan kabel USB. Proses ini dipanggil penambatan USB. Anda juga boleh
berkongsi sambungan data peranti anda dengan sehingga lapan peranti lain secara
serentak, dengan menjadikan telefon anda hotspot Wi-Fi® mudah alih. Apabila
sambungan data mudah alih peranti anda berjaya dikongsi, peranti yang berkongsi boleh
menggunakan sambungan data peranti anda, contohnya, untuk melayari Internet,
memuat turun aplikasi atau menghantar dan menerima e-mel.
Anda mungkin perlu menyediakan komputer anda untuk mewujudkan sambungan rangkaian
melalui kabel USB. Pergi ke www.android.com/tether untuk mendapatkan maklumat semasa
terkini.
Untuk berkongsi sambungan data anda menggunakan kabel USB
1
Nyahaktifkan semua sambungan kabel USB ke peranti anda.
2
Menggunakan kabel USB yang disertakan dengan peranti anda, sambung peranti
anda kepada komputer.
3
Dari Skrin Utama anda, ketik .
4
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Penambatan & hotspot mudah alih.
5
Tandakan
Penambatan USB
kotak semak, kemudian ketik OK jika digesa.
dipaparkan pada bar status apabila anda telah bersambung.
6
Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda, nyahtanda kotak semak
Penambatan USB atau tanggalkan kabel USB.
Anda tidak boleh berkongsi sambungan data dan kad SD peranti anda melalui kabel USB
pada masa yang sama.
Untuk menggunakan peranti anda sebagai hotspot Wi-Fi® mudah alih
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Penambatan & hotspot mudah alih.
3
Ketik Tetapan hotspot Wi-Fi mudah alih > Konfigurasikan hotspot Wi-Fi.
4
Masukkan maklumat SSID rangkaian yang diperlukan.
5
Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan Keselamatan. Jika diperlukan,
masukkan kata laluan.
6
Ketik Simpan.
7
Ketik
8
Jika digesa, ketik OK untuk mengesahkan. muncul pada bar status selepas
dan tandakan kotak semak Hotspot Wi-Fi mdh alih.
hotspot Wi-Fi® mudah alih aktif.
9
Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda melalui Wi-Fi®, nyahtanda kotak
semak Hotspot Wi-Fi mdh alih.
Untuk menamakan semula atau melindungi hotspot mudah alih anda
1
Dari Skrin Utama, ketik
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Penambatan & hotspot mudah alih.
3
Ketik Tetapan hotspot Wi-Fi mudah alih > Konfigurasikan hotspot Wi-Fi.
4
Masukkan SSID rangkaian bagi rangkaian.
5
Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan Keselamatan.
6
Jika diperlukan, masukkan kata laluan.
7
Ketik Simpan.
.
Mengawal penggunaan data
Anda boleh menjejak jumlah data yang dipindahkan kepada dan daripada peranti anda
melalui sambungan data mudah alih atau Wi-Fi® anda pada masa tertentu. Contohnya,
anda juga boleh melihat jumlah data yang digunakan oleh aplikasi individu. Untuk data
yang dipindahkan melalui sambungan data mudah alih anda, anda juga boleh
menetapkan amaran penggunaan data dan had untuk mengelakkan caj tambahan.
Melaraskan tetapan penggunaan data boleh membantu anda mempunyai lebih kawalan
terhadap penggunaan data tetapi tidak dapat menjamin caj tambahan boleh dielakkan.
Untuk menghidupkan atau mematikan trafik data
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
3
Pilih kad SIM.
4
Seret penggelangsar di sebelah
Tetapan
>
Penggunaan data
Trafik data mudah alih
.
untuk menghidupkan atau
mematikan data.
Apabila trafik data dimatikan, peranti anda masih boleh mewujudkan sambungan Wi-Fi® dan
Bluetooth®.
Untuk menetapkan amaran penggunaan data
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Tetapan > Penggunaan data.
4
Pilih kad SIM.
5
Untuk menetapkan tahap amaran, seret garis amaran ke nilai yang dikehendaki.
Anda menerima pemberitahuan amaran apabila jumlah trafik data menghampiri
paras yang anda tetapkan.
Tandakan Had penggunaan data mdh alih kotak semak jika ia belum ditandakan,
kemudian ketik OK.
6
Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih, seret garis yang berkaitan
ke nilai yang dikehendaki.
Sebaik sahaja penggunaan data anda mencapai had yang ditetapkan, trafik data mudah alih
pada peranti anda akan dimatikan secara automatik.
Untuk mengawal penggunaan data mudah alih bagi aplikasi individu
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Penggunaan data.
3
Pilih kad SIM.
4
Cari dan ketik aplikasi yang dikehendaki.
5
Tandakan kotak semak Sekat data latar belakang.
6
Untuk mengakses tetapan khusus bagi aplikasi (jika tersedia), ketik Lihat tetapan
aplikasi dan lakukan pertukaran yang dikehendaki.
Prestasi aplikasi individu mungkin terjejas jika anda menukar tetapan penggunaan data yang
berkaitan.
Untuk melihat data yang dipindahkan melalui Wi-Fi®
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Penggunaan data.
3
Ketik
, kemudian tandakan kotak semak
Tnjk p'gunaan Wi-Fi
jika ia tidak
ditandakan.
4
Ketik tab
Wi-Fi
.
Memilih rangkaian mudah alih
Peranti anda bertukar antara rangkaian mudah alih secara automatik bergantung kepada
rangkaian mudah alih yang tersedia di tempat anda berada. Anda turut boleh
menetapkan telefon anda secara manual untuk menggunakan mod rangkaian mudah
alih tertentu, sebagai contoh, WCDMA atau GSM.
Untuk memilih mod rangkaian
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik Mod Rangkaian.
5
Pilih mod rangkaian.
Peranti anda menyokong penggunaan serentak satu rangkaian WCDMA dan satu rangkaian
GSM atau dua rangkaian GSM.
Untuk memilih rangkaian lain secara manual
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik Network operators.
5
Ketik Mod cari > Manual.
6
Pilih rangkaian.
Jika anda memilih rangkaian secara manual, peranti anda tidak akan mencari rangkaian lain,
walaupun sekiranya anda keluar daripada liputan rangkaian pilihan yang dibuat secara manual
itu.
Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik Network operators.
5
Ketik Mod cari > Select automatically.
Rangkaian persendirian maya (VPN)
Gunakan peranti anda untuk bersambung kepada rangkaian persendirian maya (VPN),
yang membenarkan anda mengakses sumber dalam rangkaian tempatan selamat
daripada rangkaian awam. Contohnya, sambungan VPN lazimnya digunakan oleh
syarikat dan institusi pendidikan untuk pengguna yang memerlukan akses intranet dan
perkhidmatan dalaman yang lain apabila mereka berada di luar rangkaian dalaman,
contohnya, apabila mereka dalam perjalanan.
Sambungan VPN boleh disediakan dalam pelbagai cara, bergantung pada rangkaian.
Sesetengah rangkaian mungkin memerlukan anda memindahkan dan memasang sijil
keselamatan pada peranti anda. Untuk butiran terperinci mengenai cara menyediakan
sambungan kepada rangkaian persendirian maya anda, hubungi pentadbir rangkaian
syarikat atau organisasi anda.
Untuk menambah rangkaian persendirian maya
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > VPN.
3
Ketik .
4
Pilih jenis VPN yang mahu ditambah.
5
Masukkan tetapan VPN anda.
6
Ketik Simpan.
.
Untuk bersambung ke rangkaian persendirian maya
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
3
Dalam senarai rangkaian yang tersedia, ketik VPN yang anda mahu sambungkan.
4
Masukkan maklumat yang diperlukan.
5
Ketik Sambung.
Untuk memutuskan sambungan daripada rangkaian peribadi maya
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik pemberitahuan untuk sambungan VPN untuk mematikannya.