Philips HTD3510/98 user manual [ms]

Sedia membantu anda bila-bila masa
Ada Soalan?
Hubungi
Philips
Ada Soalan?
Hubungi
Philips
Daftarkan produk anda dan dapatkan sokongan di
www.philips.com/welcome
Manual pengguna

Daftar kandungan

1 Penting 2
Keselamatan 2 Jagaan produk anda 3 Jagaan alam sekitar 3
2 Teater rumah anda 4
Unit utama 4 Kawalan jauh 4 Penyambung 6
3 Sambung dan sediakan 7
Sambung pembesar suara 7 Sambung kepada TV 8 Sambungkan audio daripada TV dan
peranti lain 9 Sediakan pembesar suara 10 Sediakan EasyLink (kawalan HDMI-
CEC) 10
4 Gunakan teater rumah anda 12
Akses menu utama 12 Cakera 12 Fail data 13 Peranti storan USB 14 Pilihan audio, video, da gambar 14 Radio 15 pemain MP3 16 Karaoke 16 Pilih bunyi 16
7 Speksikasiproduk 22
8 Menyelesaikan masalah 24
9 Notis 26
Hak cipta 26 Tanda dagangan 26
10 Kod bahasa 27
5 Tukar tetapan 18
Tetapan bahasa 18 Tetapan gambar dan video 18 Tetapan audio 19 Tetapan kawalan ibu bapa 19 Tetapan paparan 19 Tetapan penjimatan tenaga 19 Kembalikan tetapan lalai 20
6 Kemas kinikan perisian 21
Semak versi perisian 21 Kemas kini perisian melalui USB 21
1MS-MY

1 Penting

Baca dan faham semua arahan sebelum anda gunakan teater rumah anda. Jika kerosakan terjadi disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.

Keselamatan

Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
• Jangan sekali-kali dedahkan produk dan aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan produk. Jika cecair tertumpah pada atau ke dalam produk, putuskan sambungan dengan alur keluar kuasa dengan serta merta. Hubungi Penjagaan Pelanggan Philips agar produk diperiksa sebelum digunakan.
• Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori berhampiran nyalaan terbuka atau sumber haba lain, termasuk cahaya matahari langsung.
• Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada teater rumah.
• Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding perkakas digunakan sebagai peranti putus sambungan, peranti putus sambungan tersebut akan tetap sedia beroperasi.
• Bateri (pek bateri atau bateri yang dipasang) tidak boleh didedahkan kepada haba yang melampau seperti cahaya matahari, api atau sebagainya.
• Putuskan sambungan produk daripada alur keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
• Apabila anda memutuskan sambungan kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
• Sebelum anda menyambungkan produk kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan kuasa sepadan dengan nilai yang dicetak di belakang atau bahagian bawah
produk tersebut. Jangan sekali-kali sambungkan produk kepada alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan teater rumah!
• Bagi produk yang boleh dilekapkan pada dinding, gunakan hanya pendakap lekapan dinding yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan lekapan dinding pada dinding yang boleh menyokong gabungan berat produk dan lekapan dinding. Koninklijke Philips Electronics N.V. tidak menanggung sebarang tanggungjawab terhadap pemasangan dinding yang tidak wajar, kecederaan atau kerosakan.
• Bagi pembesar suara dengan dirian, gunakan hanya dirian yang dibekalkan. Pasangkan dirian pada pembesar suara dengan ketat. Letakkan dirian yang dipasangkan pada permukaan mendatar dan sama rata yang boleh menyokong berat gabungan pembesar suara dan dirian.
• Jangan sekali-kali letakkan produk atau sebarang objek pada kord kuasa atau kelengkapan elektrik yang lain.
• Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5°C, buka bungkusan produk dan tunggu sehingga suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
• Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada pancaran.
• Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam petak cakera.
• Bahagian-bahagian produk ini mungkin dibuat daripada kaca. Kendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan dan kerosakan.
Risiko pemanasan melampau!
• Jangan pasang produk dalam ruangan terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
2 MS-MY
• Jangan campurkan bateri (lama dengan yang baru, atau karbon dengan alkali, dll.).
• Bahaya letupan jika bateri tidak diganti dengan yang betul. Ganti hanya dengan jenis yang sama atau setara.
• Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat tempoh masa yang lama.
• Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
• Produk/alat kawalan jauh mungkin mengandungi bateri jenis syiling/butang, yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa! Jika tertelan, bateri ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Kelecuran dalaman yang teruk boleh berlaku dalam masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
• Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah tertelan atau termasuk ke dalam mana­mana bahagian badan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
• Apabila anda menukar bateri, pastikan semua bateri baru dan lama jauh dari jangkauan kanak-kanak. Pastikan petak bateri telah ditutup dengan kemas selepas anda mengganti bateri.
• Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan kemas, berhenti menggunakan produk ini. Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan hubungi pengeluar.
Ini adalah perkakas CLASS II dengan penebatan berganda, dan tiada perlindungan pembumian dibekalkan.
• Jangan masukkan cakera yang meleding atau merekah ke dalam petak cakera.
• Keluarkan cakera daripada petak cakera jika anda tidak menggunakan produk untuk tempoh masa yang lama.
• Hanya gunakan kain mikrogentian untuk membersihkan produk.

Jagaan alam sekitar

Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan menggunakan bahan dan komponen yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula dan digunakan semula. Jangan buang produk anda dengan buangan isi rumah yang lain. Sila ambil tahu tentang peraturan tempatan mengenai pengumpulan berasingan produk elektrik dan elektronik dan bateri. Pembuangan produk ini dengan cara yang betul akan membantu mencegah kemungkinan akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Produk anda mengandungi bateri, yang tidak boleh dibuang bersama buangan isi rumah yang biasa. Sila ambil tahu tentang peraturan tempatan mengenai pengumpulan berasingan bateri. Cara membuang bateri yang betul akan membantu mencegah kemungkinan akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Sila lawati www.recycle.philips.com untuk maklumat tambahan mengenai pusat kitaran semula di kawasan anda.

Jagaan produk anda

• Jangan letakkan sebarang objek selain daripada cakera ke dalam petak cakera.
3MS-MY
2 Teater rumah
anda
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat penuh daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan teater rumah anda di www. philips.com/welcome.

Unit utama

a Kompartmen cakera b Panel paparan c (Buka/Tutup)
Buka atau tutup petak cakera, atau keluarkan cakera.
d (Main/Jeda)
Mula, jeda atau sambung semula main.
e SOURCE
Pilih sumber audio atau video untuk teater rumah ini.
f (Bersedia-Hidup)
Hidupkan teater rumah atau alihkan kepada siap sedia.
Paparan panel hadapan
Penunjuk
Laman utama Radio Cakera Aux In Optical In Audio In Buka Tutup Muatkan Jeda Senyap

Kawalan jauh

Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan alat kawalan jauh.
4 MS-MY
a
q
b
c
d
e
f g
h
i
j k
p
o
n
m
l
a (Bersedia-Hidup)
• Hidupkan teater rumah atau alihkan
kepada siap sedia.
• Apabila EasyLink didayakan, tekan dan
tahan selama sekurang-kurangnya tiga saat untuk mengalihkan semua peranti bersambung yang akur HDMI CEC kepada siap sedia.
b Butang sumber
• DISC: Beralih ke sumber cakera.Akses atau keluar daripada menu cakera ketika anda memainkan cakera.
• AUDIO SOURCE: Pilih sumber input audio.
• RADIO: Beralih ke radio FM.
• USB: Beralih kepada peranti storan
USB.
c Butang navigasi
• Navigasi menu.
• Dalam mod video, tekan kiri atau kanan
untuk mengundur atau mara dengan laju, tekan atas atau bawah untuk mara atau mengundur dengan perlahan (untuk video DVD sahaja).
• Dalam mod radio, tekan kiri atau kanan untuk mencari stesen radio; tekan atas atau bawah untuk menalahaluskan frekuensi radio.
d OK
Sahkan entri.
e BACK
Kembali ke skrin menu sebelumnya.
f +/-
Naikkan atau kurangkan kelantangan.
g (Senyap)
Bisukan atau pulihkan kelantangan.
h / (Sebelumnya/Seterusnya)
• Langkau ke trek sebelum atau seterusnya, bab atau fail.
• Dalam mod radio, pilih stesen radio pratetap.
i Butang angka
Pilih item untuk dimainkan.
j SOUND
Pilih mod bunyi.
k SURR
Pilih bunyi keliling atau bunyi stereo.
l (Main/Jeda)
Mula, jeda atau sambung semula main.
5MS-MY
m (Henti)
Hentikan main.
n OPTIONS
Akses lebih banyak pilihan mainan sambil memainkan cakera atau peranti storan USB.
o (Buka/Tutup)
Buka atau tutup petak cakera.
p (Laman utama)
Akses atau keluar daripada menu utama.
q AUDIO SYNC
• Pilih bahasa atau saluran audio.
• Tekan dan tahan untuk mengakses
tetapan lengah audio, kemudian tekan Butang navigasi (kiri/kanan) untuk melengahkan audio agar sepadan dengan video.

Penyambung

Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan penyambung yang ada dengan teater rumah anda.
Depan
Penyambung hadapan
c AUDIO IN
Input audio dari pemain MP3 (bicu
3.5mm).
Penyambung belakang
a AC MAINS
Sambungkan kabel kuasa AC yang dibekalkan.
b SPEAKERS
Sambung kepada pembesar suara dan subwufer yang dibekalkan.
c VIDEO OUT
Sambung kepada input video komposit pada TV.
d AUDIO IN-AUX
Sambung kepada output audio analog pada TV atau peranti analog.
e DIGITAL IN-OPTICAL
Sambung kepada output audio optik pada TV atau peranti digital.
f HDMI OUT (ARC)
Sambung kepada input HDMI pada TV.
g FM ANTENNA
Sambungkan antena yang dibekalkan untuk penerimaan radio.
a (USB)
Input audio, video atau gambar daripada peranti storan USB.
b MIC
Input audio daripada mikrofon.
6 MS-MY
3 Sambung dan
sediakan
Bahagian ini membantu anda menghubungkan teater rumah anda kepada TV dan peranti yang lain, kemudian buat persediaannya. Untuk maklumat tentang sambungan asas teater rumah anda dan aksesorinya, rujuk panduan permulaan ringkas.
Catatan
• Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan, lihat plat
jenis di bahagian belakang atau bawah produk.
• Sebelum anda membuat atau menukar sebarang
sambungan, pastikan semua peranti telah ditanggalkan daripada alur keluar kuasa.

Sambung pembesar suara

Kabel pembesar suara adalah berkod warna agar mudah disambung. Untuk menyambungkan pembesar suara dengan teater rumah anda, padankan warna kabel pembesar suara dengan yang pada penghubung.
Kedudukan pembesar suara memainkan peranan penting dalam menyediakan kesan bunyi keliling. Untuk kesan terbaik, tempatkan semua pembesar suara ke arah kedudukan tempat duduk dan letakkannya pada paras telinga anda (semasa duduk).
SUB
WOOFER
FRONT
LEFT
REAR LEFT
FRONT
CENTER
FRONT
RIGHT
REAR RIGHT
* Bentuk pembesar suara yang sebenar mungkin berbeza dari illustrasi di atas.
Catatan
• Bunyi keliling bergantung kepada faktor seperti bentuk
dan saiz bilik, jenis dinding dan siling, tingkap dan permukaan pemantul, dan akustik pembesar suara. Buat ujian dengan kedudukan pembesar suara untuk mendapatkan tetapan optimum untuk anda.
Ikuti garis panduan umum ini untuk penempatan pembesar suara.
1 Kedudukan tempat duduk:
Ini adalah pusat kawasan anda mendengar.
2 FRONT CENTER pembesar suara
(hadapan tengah): Tempatkan pembesar suara tengah betul­betul di hadapan kedudukan tempat duduk, sama ada di atas atau di bawah TV anda.
3 FRONT LEFT pembesar suara (hadapan
kiri) dan FRONT RIGHT (hadapan kanan): Tempatkan pembesar suara di kiri dan kanan di bahagian hadapan, dan pada jarak yang sama daripada pembesar suara tengah. Pastikan pembesar suara kiri, kanan dan tengah berada pada jarak yang sama daripada tempat duduk anda.
4 REAR LEFT pembesar suara (belakang kiri)
dan REAR RIGHT (belakang kanan):
7MS-MY
Tempatkan pembesar suara belakang di sebelah kiri dan kanan kedudukan tempat duduk anda, sama ada sebaris dengannya atau agak ke belakang sedikit.
5 SUBWOOFER (subwufer):
Tempatkan subwufer sekurang-kurangnya satu meter di sebelah kiri atau kanan TV. Tinggalkan ruang lebih kurang 10 sentimeter dari dinding.

Sambung kepada TV

Sambung teater rumah anda kepada TV untuk menonton video. Anda boleh mendengar audio TV menerusi pembesar suara teater rumah anda. Gunakan sambungan kualiti terbaik yang tersedia pada teater rumah dan TV anda.
Pilihan 1: Sambung ke TV melalui HDMI (ARC)
Video dengan kualiti terbaik
Teater rumah anda menyokong versi HDMI dengan Saluran Kembali Audio (ARC). Jika TV anda patuh HDMI ARC, anda boleh mendengar audio TV menerusi teater rumah anda menggunakan satu kabel HDMI sahaja.
2 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
• HDMI-CEC adalah ciri yang membolehkan peranti yang mematuhi CEC yang disambung melalui HDMI untuk dikawal oleh alat kawalan jauh tunggal, seperti kawalan kelantangan untuk kedua-dua TV dan teater rumah. (lihat 'Sediakan EasyLink (kawalan HDMI-CEC)' di halaman 10)
3 Jika anda tidak dapat mendengar audio TV
melalui teater rumah anda, Buat persediaan audio secara manual. (lihat 'Sediakan audio' di halaman 11)
Pilihan 2: Sambungkan ke TV menerusi HDMI standard
Video dengan kualiti terbaik
Jika TV anda tidak patuh HDMI ARC, sambungkan teater rumah anda kepada TV melalui sambungan HDMI standard.
TV
TV
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambung penyambung HDMI OUT (ARC) pada teater rumah anda kepada penyambung HDMI ARC pada TV.
• Penyambung HDMI ARC pada TV mungkin dilabel dengan cara berbeza. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
8 MS-MY
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambung penyambung HDMI OUT (ARC) pada teater rumah anda kepada penyambung HDMI pada TV.
2 Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda (lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain' di halaman 9).
3 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
• HDMI-CEC adalah ciri yang membolehkan peranti yang mematuhi
Loading...
+ 22 hidden pages