Philips HTB9150/98, HTB7150/98 User Manual [ms]

Sedia membantu anda bila-bila masa
Ada Soalan?
Hubungi
Ada Soalan?
Hubungi
Philips
Daftarkan produk anda dan dapatkan sokongan di
www.philips.com/support
HTB9150 HTB7150
Manual pengguna

Daftar kandungan

1 Bantuan dan sokongan 2
Gunakan bantuan atas skrin (manual
pengguna) 2
Navigasi pada bantuan atas skrin 2
2 Penting 3
Keselamatan 3 Jagaan produk anda 4 Jagaan alam sekitar 4 Amaran kesihatan bagi 3D 5
3 Teater rumah anda 6
Kawalan jauh 6 Unit utama 7 Penyambung 8
4 Sambung dan sediakan 10
Penempatan 10 Sambung kepada TV 10 Sambungkan audio daripada TV dan
peranti lain 11
Sediakan EasyLink (kawalan HDMI-
CEC) 12
Sambungkan dan sediakan rangkaian
rumah 13
5 Gunakan teater rumah anda 16
Akses menu utama 16 Cakera 16 Fail data 18 Peranti storan USB 19 Pilihan audio, video, da gambar 19 Radio 21 pemain MP3 22 iPod atau iPhone 22 Kawalan telefon pintar 23 Radio Internet 24 Berbilang Pandangan 24 Semak imbas PC melalui DLNA 25 Karaoke 27 Pilih bunyi 27
6 Tukar tetapan 29
Tetapan bahasa 29 Tetapan gambar dan video 29 Tetapan audio 29 Tetapan kawalan ibu bapa 30 Tetapan paparan 30 Tetapan penjimatan tenaga 30 Tetapan pembesar suara 30 Kembalikan tetapan lalai 31
7 Kemas kinikan perisian 32
Semak versi perisian 32 Kemas kini perisian melalui USB 32 Kemas kini perisian melalui internet 33 Kemas kini bantuan atas skrin 33
8 Lekapkan teater rumah anda ke
dinding. 35
Lekapan dinding 35
9 Speksikasiproduk 36
10 Menyelesaikan masalah 40
11 Notis 43
Hak cipta 43 Perisian sumber terbuka 43 Perjanjian pengguna akhir RMVB (Asia
Pasik dan China sahaja) 43
Pematuhan 44 Tanda dagangan 44
12 Kod bahasa 46
13 Indeks 47
1MS-MY
1 Bantuan dan
sokongan
Philips menyediakan sokongan dalam talian yang meluas. Lawati laman web kami di www.philips.com/support untuk:
memuat turun manual pengguna lengkap
mencetak panduan permulaan pantas
menonton tutorial video (tersedia hanya untuk model terpilih)
mencari jawapan untuk soalan lazim (FAQ)
menghantar soalan kepada kami melalui e-mel
berbual dengan wakil sokongan kami.
Ikuti arahan pada laman web ini untuk memilih bahasa anda, lalu masukkan nombor model produk anda. Di samping itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Sebelum anda menghubungi Philips, catatkan nombor model dan nombor siri produk anda. Anda boleh menemui maklumat ini di bahagian belakang atau bawah produk anda.

Gunakan bantuan atas skrin (manual pengguna)

Untuk akses mudah, bantuan atas skrin (manual pengguna) disimpan pada teater rumah anda. Bantuan atas skrin terdiri daripada dua panel.
Panel kiri mengandungi dua tab -
Kandungan dan Indeks. Navigasi pada Kandungan atau Indeks untuk memilih
topik. Petunjuk yang digunakan untuk memaparkan Kandungan adalah seperti berikut:
: Tekan OK untuk mengembangkan
subtopik.
: Tekan OK untuk meruntuhkan subtopik, atau tekan Butang navigasi (atas/bawah) untuk memilih topik.
Untuk gerak antara panel kiri dan kanan, tekan Butang navigasi (kiri/kanan).
Panel kanan mengandungi kandungan bagi topik yang dipilih. Untuk bantuan tambahan mengenai kandungan, tatal ke bawah halaman untuk melihat Topik berkaitan.
Gunakan alat kawalan jauh teater rumah untuk memilih dan menavigasi bantuan atas skrin (lihat 'Navigasi pada bantuan atas skrin' di halaman 2).

Navigasi pada bantuan atas skrin

Tekan butang pada alat kawalan jauh anda untuk menggunakan bantuan atas skrin.
Butang Tindakan
HELP Akses atau keluar daripada
bantuan atas skrin.
OK Paparkan halaman yang dipilih,
atau kembangkan subtopik dalam Kandungan.
Butang navigasi
BACK Bergerak ke atas dalam
(Sebelumnya)
(Seterusnya)
Atas: Tatal ke atas atau pergi ke halaman sebelumnya. Bawah: Tatal ke bawah atau pergi ke halaman seterusnya. Kanan: Navigasi ke panel kanan atau entri indeks seterusnya. Kiri: Navigasi ke panel kiri atau entri indeks sebelumnya.
Kandungan atau Indeks. Daripada panel kanan, bergerak ke Kandungan pada panel kiri.
Paparkan halaman yang terakhir dilihat dalam sejarah.
Paparkan halaman yang seterusnya daripada sejarah.
2 MS-MY

2 Penting

Baca dan faham semua arahan sebelum anda gunakan produk anda. Jika kerosakan terjadi disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.

Keselamatan

Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan produk. Jika cecair tertumpah pada atau ke dalam produk, putuskan sambungan dengan alur keluar kuasa dengan serta merta. Hubungi Penjagaan Pelanggan Philips agar produk diperiksa sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori berhampiran nyalaan terbuka atau sumber haba lain, termasuk cahaya matahari langsung.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada teater rumah.
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding perkakas digunakan sebagai peranti putus sambungan, peranti putus sambungan tersebut akan tetap sedia beroperasi.
Bateri (pek bateri atau bateri yang dipasang) tidak boleh didedahkan kepada haba yang melampau seperti cahaya matahari, api atau sebagainya.
Putuskan sambungan produk daripada alur keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
Apabila anda memutuskan sambungan kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
Sebelum anda menyambungkan produk kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan kuasa sepadan dengan nilai yang dicetak di belakang atau bahagian bawah produk tersebut. Jangan sekali-kali sambungkan produk kepada alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan teater rumah!
Bagi produk yang boleh dilekapkan pada dinding, gunakan hanya pendakap lekapan dinding yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan lekapan dinding pada dinding yang boleh menyokong gabungan berat produk dan lekapan dinding. Koninklijke Philips Electronics N.V. tidak menanggung sebarang tanggungjawab terhadap pemasangan dinding yang tidak wajar, kecederaan atau kerosakan.
Bagi pembesar suara dengan dirian, gunakan hanya dirian yang dibekalkan. Pasangkan dirian pada pembesar suara dengan ketat. Letakkan dirian yang dipasangkan pada permukaan mendatar dan sama rata yang boleh menyokong berat gabungan pembesar suara dan dirian.
Jangan sekali-kali letakkan produk atau sebarang objek pada kord kuasa atau kelengkapan elektrik yang lain.
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5°C, buka bungkusan produk dan tunggu sehingga suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada pancaran.
Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam petak cakera.
Bahagian-bahagian produk ini mungkin dibuat daripada kaca. Kendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan dan kerosakan.
3MS-MY
Risiko pemanasan melampau!
Jangan pasang produk dalam ruangan terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
Jangan campurkan bateri (lama dengan yang baru, atau karbon dengan alkali, dll.).
Bahaya letupan jika bateri tidak diganti dengan yang betul. Ganti hanya dengan jenis yang sama atau setara.
Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat tempoh masa yang lama.
Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
Produk/alat kawalan jauh mungkin mengandungi bateri jenis syiling/butang, yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa! Jika tertelan, bateri ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Kelecuran dalaman yang teruk boleh berlaku dalam masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah tertelan atau termasuk ke dalam mana­mana bahagian badan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Apabila anda menukar bateri, pastikan semua bateri baru dan lama jauh dari jangkauan kanak-kanak. Pastikan petak bateri telah ditutup dengan kemas selepas anda mengganti bateri.
Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan kemas, berhenti menggunakan produk ini. Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan hubungi pengeluar.
Ini adalah perkakas CLASS II dengan penebatan berganda, dan tiada perlindungan pembumian dibekalkan.

Jagaan produk anda

Jangan letakkan sebarang objek selain daripada cakera ke dalam petak cakera.
Jangan masukkan cakera yang meleding atau merekah ke dalam petak cakera.
Keluarkan cakera daripada petak cakera jika anda tidak menggunakan produk untuk tempoh masa yang lama.
Hanya gunakan kain mikrogentian untuk membersihkan produk.

Jagaan alam sekitar

Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan menggunakan bahan dan komponen yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah ini dilekatkan pada sesuatu produk, ia bermakna produk tersebut diliputi oleh Arahan Eropah 2002/96/EC. Sila pastikan diri anda termaklum mengenai sistem kutipan berasingan setempat bagi produk elektrik dan elektronik. Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah anda yang biasa.
4 MS-MY
Cara membuang produk lama anda yang betul akan membantu mencegah potensi akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh Arahan Eropah 2006/66/EC, yang tidak boleh dilupuskan bersama sisa rumah yang biasa. Sila pastikan diri anda termaklum mengenai peraturan setempat berkenaan kutipan berasingan bateri kerana pelupusan yang betul membantu mencegah akibat yang negatif kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.

Amaran kesihatan bagi 3D

Jika anda atau keluarga anda mempunyai sejarah mengalami epilepsi atau sawan fotosensitif, jumpalah doktor sebelum mendedahkan diri anda kepada sumber cahaya berkelip, jujukan imej deras atau tontonan 3D. Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti pening, sakit kepala atau disorientasi, kami mengesyorkan agar anda tidak menonton 3D dalam tempoh masa yang panjang. Jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan, hentikan menonton 3D dan jangan dengan serta merta melakukan perkara yang mungkin berbahaya (seperti memandu kereta) sehingga gejala telah hilang. Jika gejala berterusan, jangan teruskan menonton 3D tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu. Ibu bapa hendaklah mengawasi anak mereka ketika menonton 3D dan memastikan mereka tidak mengalami ketidakselesaan seperti yang disebutkan di atas. Tontonan 3D tidak disyorkan bagi kanak-kanak di bawah umur enam tahun kerana sistem penglihatan mereka masih belum lagi berkembang dengan sempurna.
5MS-MY
3 Teater rumah
anda
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips (cth. pemberitahun naik taraf perisian produk), daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Kawalan jauh

Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan alat kawalan jauh.
a (Bersedia-Hidup)
• Hidupkan teater rumah atau alihkan kepada siap sedia.
• Apabila EasyLink didayakan, tekan dan tahan selama sekurang-kurangnya tiga saat untuk mengalihkan semua peranti bersambung yang akur HDMI CEC kepada siap sedia.
b Butang sumber / Butang berwarna
Butang berwarna: Pilih tugasan atau pilihan bagi cakera Blu-ray.
DISC: Beralih ke sumber cakera.
DOCK for iPod: Beralih kepada dok Philips bagi iPod atau iPhone.
HELP: Akses bantuan atas skrin.
SOURCE: Pilih sumber input audio
atau sumber radio.
c (Laman utama)
Akses menu utama.
a POP-UP MENU/DISC MENU
Akses atau keluar daripada menu cakera ketika anda memainkan cakera.
b
BACK
• Kembali ke skrin menu sebelumnya.
• Dalam mod radio, tekan dan tahan untuk memadam stesen radio yang telah praset.
c
SOUND SETTINGS
Akses atau keluar daripada pilihan bunyi.
d
OPTIONS
• Akses lebih banyak pilihan mainan sambil memainkan cakera atau peranti storan USB.
• Dalam mod radio, tetapkan stesen radio.
a OK
6 MS-MY
Sahkan entri atau pemilihan.
a b c d e f
g
b Butang navigasi
• Navigasi menu.
• Dalam mod radio, tekan kiri atau kanan untuk memulakan carian automatik.
• Dalam mod radio, tekan atas atau bawah untuk menala frekuensi radio.
• Semasa persediaan rangkaian dan kata laluan, tekan kiri untuk memadamkan satu aksara.
c
(Senyap)
Bisukan atau pulihkan kelantangan.
d +/- (Kelantangan)
Naikkan atau kurangkan kelantangan.
a (Henti) / (Eject)
• Hentikan main.
• Tekan dan tahan selama tiga saat untuk mengeluarkan cakera.
b
(Main)
Mulakan atau sambung semula main.
c
/ (Sebelumnya/Seterusnya)
• Langkau ke trek sebelum atau seterusnya, bab atau fail.
• Dalam mod radio, pilih stesen radio pratetap.
d
(Jeda)
Jedakan main.
e
/ (Pantas ke Belakang/Pantas ke
Hadapan)
Cari ke belakang atau ke hadapan. Tekan berulang kali untuk menukar kelajuan carian.
a Butang abjad angka
• Masukkan angka atau huruf (menggunakan entri gaya SMS).
• Dalam mod radio, pilih stesen radio pratetap.
b MENU UTAMA
Akses menu utama cakera video.
c SARIKATA
Pilih bahasa sari kata bagi video.

Unit utama

Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan unit utama.
a +/-
Naikkan atau kurangkan kelantangan.
7MS-MY
b SOURCE
Pilih sumber audio atau video untuk teater rumah ini.
c
(Bersedia-Hidup)
Hidupkan teater rumah atau alihkan kepada siap sedia.
d
(Main/Jeda)
Mula, jeda atau sambung semula main.
e
(Henti)
• Hentikan main.
• Dalam mod radio, tekan dan tahan untuk memadam stesen radio yang telah praset.
f
(Eject)
Tekan dan tahan selama tiga saat untuk mengeluarkan cakera.
g Kompartmen cakera

Penyambung

Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan penyambung yang ada dengan teater rumah anda.
Sisi kiri
a
b
b (USB)
Input audio, video atau gambar daripada peranti storan USB.
Belakang kiri
e
a SD CARD FOR VOD/BD-LIVE ONLY
Lubang alur untuk kad SD. Kad SD digunakan untuk mengakses BD-Live sahaja.
b LAN
Sambung kepada input LAN pada modem atau penghala jalur lebar.
c HDMI OUT (ARC)
Sambung kepada input HDMI pada TV.
d VIDEO OUT
Sambung kepada input video komposit pada TV.
e AC MAINS~
Sambung ke bekalan kuasa.
a b
c
d
a MUSIC iLINK / MIC (MIC hanya tersedia
pada model terpilih)
• Input audio daripada pemain MP3 atau mikrofon.
• Input audio daripada mikrofon. (Hanya tersedia pada model terpilih)
8 MS-MY
Belakang kanan
a
b
c
d
a ANTENNA FM 75
Input isyarat daripada antena, kabel atau satelit.
b DIGITAL IN-OPTICAL
Sambung kepada output audio optik pada TV atau peranti digital.
c AUDIO IN-AUX
Sambung kepada output audio analog pada TV atau peranti analog.
d DOCK for iPod
Sambung kepada dok Philips bagi iPod atau iPhone.(Model: Philips DCK306x, dijual berasingan)
e SUBWOOFER
Sambung kepada subwufer yang dibekalkan.
e
9MS-MY
4 Sambung dan

Sambung kepada TV

sediakan
Bahagian ini membantu anda menghubungkan teater rumah anda kepada TV dan peranti yang lain, kemudian buat persediaannya. Untuk maklumat tentang sambungan asas teater rumah anda dan aksesorinya, rujuk panduan permulaan ringkas.
Catatan
Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan, lihat plat
jenis di bahagian belakang atau bawah produk.
Sebelum anda membuat atau menukar sebarang
sambungan, pastikan semua peranti telah ditanggalkan daripada alur keluar kuasa.

Penempatan

Tempatkan subwufer sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) dari teater rumah anda, dan sepuluh sentimeter dari dinding. Untuk pengalaman terbaik, letakkan subwufer anda seperti yang ditunjukkan di bawah.
Sambung teater rumah anda kepada TV untuk menonton video. Anda boleh mendengar audio TV menerusi pembesar suara teater rumah anda. Gunakan sambungan kualiti terbaik yang tersedia pada teater rumah dan TV anda.
Pilihan 1: Sambung ke TV melalui HDMI (ARC)
Video dengan kualiti terbaik
Teater rumah anda menyokong versi HDMI dengan Saluran Kembali Audio (ARC). Jika TV anda patuh HDMI ARC, anda boleh mendengar audio TV menerusi teater rumah anda menggunakan satu kabel HDMI sahaja.
TV
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambung penyambung HDMI OUT (ARC) pada teater rumah anda kepada
penyambung HDMI ARC pada TV.
• Penyambung HDMI ARC pada TV mungkin dilabel dengan cara berbeza. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
2 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
• Jika anda tidak dapat mendengar audio TV melalui teater rumah anda, Buat persediaan audio secara manual.
10 MS-MY
Pilihan 2: Sambungkan ke TV menerusi HDMI standard
Video dengan kualiti terbaik
Jika TV anda tidak patuh HDMI ARC, sambungkan teater rumah anda kepada TV melalui sambungan HDMI standard.
Pilihan 3: Menyambung kepada TV melalui video komposit
Video berkualiti asas
Jika TV anda tidak mempunyai penyambung HDMI, gunakan sambungan komposit video. Sambungan komposit tidak menyokong video
denisi tinggi.
TV
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambung penyambung HDMI OUT (ARC) pada teater rumah anda kepada penyambung HDMI pada TV.
2 Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda (lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain' di halaman 11).
3 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
• HDMI-CEC adalah ciri yang membolehkan peranti yang mematuhi CEC yang disambung melalui HDMI untuk dikawal oleh alat kawalan jauh tunggal, seperti kawalan kelantangan untuk kedua-dua TV dan teater rumah. (lihat 'Sediakan EasyLink (kawalan HDMI-CEC)' di halaman 12)
4 Jika anda tidak dapat mendengar audio TV
melalui teater rumah anda, Buat persediaan audio secara manual. (lihat 'Sediakan audio' di halaman 13)
Catatan
Jika TV anda mempunyai penyambung DVI, anda boleh
menggunakan penyesuai HDMI/DVI untuk menyambung kepada TV. Bagaimanapun, sesetengah ciri mungkin tidak tersedia.
TV
1 Menggunakan kabel video komposit,
sambungkan penyambung VIDEO OUT pada teater rumah anda kepada
penyambung VIDEO IN pada TV.
• Penyambung video komposit mungkin berlabel AV IN, COMPOSITE, atau
BASEBAND.
2 Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda (lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain' di halaman 11).
3 Bila anda menonton program TV, tekan
SOURCE pada teater rumah anda berkali-
kali untuk memilih input audio yang betul.
4 Apabila anda menonton video, alihkan TV
anda kepada input video yang betul. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.

Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain

Mainkan audio daripada TV atau peranti lain melalui pembesar suara teater rumah anda. Gunakan sambungan kualiti terbaik yang tersedia pada TV anda, teater rumah, dan peranti lain.
11MS-MY
Catatan
Apabila teater rumah dan TV anda disambungkan
melalui HDMI ARC, sambungan audio tidak diperlukan (lihat 'Pilihan 1: Sambung ke TV melalui HDMI (ARC)' di halaman 10).
Pilihan 1: Sambung audio melalui kabel optik digital
Audio dengan kualiti terbaik
TV
1 Menggunakan kabel optik, sambungkan
penyambung OPTICAL pada teater rumah anda kepada penyambung OPTICAL OUT pada TV atau peranti lain.
• Penyambung optik digital mungkin berlabel SPDIF atau SPDIF OUT.
Pilihan 2: Sambung audio melalui kabel audio analog
Audio berkualiti asas
AUDIO IN- AUX
VCR
1 Menggunakan kabel analog, sambungkan
penyambung AUX pada teater rumah anda kepada penyambung AUDIO OUT pada TV atau peranti lain.

Sediakan EasyLink (kawalan HDMI-CEC)

Teater rumah ini menyokong Philips EasyLink, yang menggunakan protokol HDMI-CEC (Kawalan Elektronik Pengguna). Peranti yang akur EasyLink yang bersambung melalui HDMI boleh dikawal dengan alat kawalan jauh yang sama.
Catatan
Bergantung pada pengilang, HDMI-CEC dikenali dengan
banyak nama. Untuk mendapat maklumat mengenai peranti anda, lihat manual pengguna peranti.
Philips tidak menjamin 100% kesalingfungsian dengan
semua peranti HDMI-CEC.
Sebelum anda bermula
Sambungkan teater rumah anda ke peranti yang serasi dengan HDMI-CEC melalui sambungan HDMI.
Buat sambungan yang diperlukan seperti yang diterangkan dalam panduan permulaan pantas dan kemudian ubah TV kepada sumber yang betul dari teater rumah anda.
Dayakan EasyLink
1 Tekan (Laman utama). 2 Pilih [Persediaan], kemudian tekan OK. 3 Pilih [EasyLink] > [EasyLink] > [Hidup]. 4 Pada TV anda dan peranti lain yang
bersambung, hidupkan kawalan HDMI­CEC. Untuk mendapatkan butiran, lihat manual pengguna TV atau peranti lain.
• Pada TV anda, tetapkan output audio
kepada 'Amplier' (dan bukannya
pembesar suara TV). Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
12 MS-MY
Kawalan EasyLink
Dengan EasyLink, anda boleh mengawal teater rumah anda, TV dan peranti serasi HDMI-CEC bersambung yang lain dengan satu alat kawalan jauh.
[Main Satu Sentuhan] (Mainan satu sentuhan): Apabila cakera video berada di dalam ruang cakera, tekan membangunkan TV daripada siap sedia dan kemudian mainkan cakera.
[Siap Sedia Satu Sentuhan] (Siap sedia satu sentuhan): Jika siap sedia satu sentuhan didayakan, teater rumah anda boleh beralih kepada siap sedia dengan alat kawalan jauh TV atau peranti-peranti HDMI-CEC yang lain.
[Kawalan Audio Sistem] (Kawalan audio sistem):Jika kawalan audio sistem didayakan, audio daripada peranti bersambung dikeluarkan melalui pembesar suara teater rumah anda secara automatik apabila anda memainkan peranti tersebut.
[Pemetaan Input Audio] (Pemetaan input audio):Jika kawalan audio sistem tidak berfungsi, petakan peranti bersambung ke penyambung input audio yang betul pada teater rumah anda.
Catatan
Untuk menukar tetapan kawalan EasyLink, tekan
(Laman utama), pilih [Persediaan] > [EasyLink].
(Main) untuk
Sediakan audio
Jika anda tidak boleh mendengar output audio peranti yang disambungkan melalui pembesar suara teater rumah anda, lakukan yang berikut:
Periksa sekiranya anda telah mendayakan EasyLink pada semua peranti, (lihat 'Sediakan EasyLink (kawalan HDMI-CEC)' di halaman 12) dan
pada TV anda, tetapkan output audio
kepada 'Amplier' (dan bukannya
pembesar suara TV). Untuk butiran, lihat manual pengguna TV, dan
sediakan kawalan audio EasyLink.
1 Tekan (Laman utama). 2 Pilih [Persediaan], kemudian tekan OK. 3 Pilih [EasyLink] > [Kawalan Audio Sistem]
> [Hidup].
• Untuk memainkan audio daripada pembesar suara TV, pilih [Mati], dan langkau langkah berikut.
4 Pilih [EasyLink] > [Pemetaan Input Audio]. 5 Ikuti arahan atas skrin untuk memetakan
peranti bersambung ke input audio pada teater rumah anda.
• Jika anda sambung teater rumah anda ke TV menerusi sambungan HDMI ARC , pastikan audio TV telah dipetakan kepada input ARC pada teater rumah anda.

Sambungkan dan sediakan rangkaian rumah

Sambungkan teater rumah anda ke penghala rangkaian melalui sambungan rangkaian berwayar atau wayarles, dan nikmati:
Kandungan multimedia distrim
Kawalan telefon pintar (lihat 'Kawalan telefon pintar' di halaman 23)
Radio Internet (lihat 'Radio Internet' di halaman 24)
Kemas kini perisian (lihat 'Kemas kini perisian melalui internet' di halaman 33)
Awas
Biasakan diri anda dengan penghala rangkaian, perisian
pelayan media dan prinsip rangkaian. Jika perlu, baca dokumentasi yang mengiringi komponen rangkaian. Philips tidak bertanggungjawab atas data yang hilang, rosak atau tercemar.
13MS-MY
Sebelum anda bermula
Buat sambungan yang diperlukan seperti yang diterangkan dalam panduan permulaan pantas dan kemudian ubah TV kepada sumber yang betul dari teater rumah anda.
Sediakan rangkaian berwayar
Apa yang anda perlukan
Kabel rangkaian (kabel lurus RJ45).
Penghala rangkaian (dengan DHCP didayakan).
LAN
Sediakan rangkaian wayarles
Teater rumah anda mempunyai Wi-Fi terbina dalam untuk akses mudah ke rangkaian wayarles.
Apa yang anda perlukan
Penghala rangkaian (dengan DHCP didayakan). Bagi prestasi, liputan, dan keserasian wayarles terbaik, gunakan penghala 802.11n.
www
www
1 Menggunakan kabel rangkaian, sambungkan
penyambung LAN pada teater rumah anda ke penghala rangkaian.
2 Tekan (Laman utama). 3 Pilih [Persediaan], kemudian tekan OK. 4 Pilih [Rangkaian] > [Pemasangan
rangkaian] > [Berwayar (Ethernet)].
5 Ikuti arahan pada skrin untuk
menyelesaikan persediaan.
• Jika sambungan gagal, pilih [Cuba lagi], kemudian tekan OK.
6 Pilih [Selesai], dan kemudian tekan OK
untuk keluar.
• Untuk melihat tetapan rangkaian, pilih
[Persediaan] > [Rangkaian] > [Lihat tetapan rangkaian].
14 MS-MY
1 Tekan (Laman utama). 2 Pilih [Persediaan], kemudian tekan OK. 3 Pilih [Rangkaian] > [Pemasangan
rangkaian] > [Wayarles (Wi-Fi)], dan kemudian tekan OK.
4 Ikuti arahan atas skrin untuk memilih dan
menyediakan rangkaian wayarles.
• Jika sambungan gagal, pilih [Cuba lagi], kemudian tekan OK.
5 Pilih [Selesai], dan kemudian tekan OK
untuk keluar.
• Untuk melihat tetapan rangkaian, pilih
[Persediaan] > [Rangkaian] > [Lihat tetapan wayarles].
Peribadikan nama rangkaian
Berikan nama kepada teater rumah anda agar mudah untuk anda mengecamnya pada rangkaian rumah anda.
Loading...
+ 36 hidden pages