Keselamatan 3
Jagaan produk anda 4
Jagaan alam sekitar 4
Amaran kesihatan bagi 3D 5
3 Teater rumah anda 5
Kawalan jauh 5
Unit utama 7
Penyambung 7
4 Sambung dan sediakan 9
Sambung pembesar suara 9
Sambung kepada TV 10
Sambungkan peranti digital melalui HDMI 11
Sambungkan audio daripada TV dan
peranti lain 12
Sediakan pembesar suara 13
Sediakan EasyLink (kawalan HDMI-CEC) 14
Sambungkan dan sediakan rangkaian
rumah 15
5 Gunakan teater rumah anda 17
Akses menu utama 17
Cakera 17
Fail data 19
Peranti storan USB 20
Pilihan audio, video, da gambar 21
Radio 22
pemain MP3 23
iPod atau iPhone 23
Kawalan telefon pintar 24
Semak imbas TV Pintar 26
Radio Internet 27
Semak imbas PC melalui DLNA 27
Karaoke 30
Pilih bunyi 30
6 Tukar tetapan 32
Tetapan bahasa 32
Tetapan gambar dan video 32
Tetapan audio 32
Tetapan kawalan ibu bapa 33
Tetapan paparan 33
Tetapan penjimatan tenaga 33
Tetapan pembesar suara 33
Kembalikan tetapan lalai 34
7 Kemas kinikan perisian 34
Semak versi perisian 34
Kemas kini perisian melalui USB 35
Kemas kini perisian melalui internet 35
Kemas kini bantuan atas skrin 36
8 Speksikasiproduk37
9 Menyelesaikan masalah 40
10 Notis 43
Hak cipta 43
Perisian sumber terbuka 43
Perjanjian pengguna akhir RMVB (Asia
Pasik dan China sahaja) 43
Pematuhan 44
Tanda dagangan 44
11 Kod bahasa 46
12 Indeks 47
1MS-MY
1 Bantuan dan
sokongan
Philips menyediakan sokongan dalam talian
yang meluas. Lawati laman web kami di
www.philips.com/support untuk:
• memuat turun manual pengguna lengkap
• mencetak panduan permulaan pantas
• menonton tutorial video (tersedia hanya
untuk model terpilih)
• mencari jawapan untuk soalan lazim (FAQ)
• menghantar soalan kepada kami melalui
e-mel
• berbual dengan wakil sokongan kami.
Ikuti arahan pada laman web ini untuk memilih
bahasa anda, lalu masukkan nombor model
produk anda.
Di samping itu, anda juga boleh menghubungi
Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda.
Sebelum anda menghubungi Philips, catatkan
nombor model dan nombor siri produk anda.
Anda boleh menemui maklumat ini di bahagian
belakang atau bawah produk anda.
Gunakan bantuan atas skrin
(manual pengguna)
Untuk akses mudah, bantuan atas skrin (manual
pengguna) disimpan pada teater rumah anda.
Bantuan atas skrin terdiri daripada dua panel.
• Panel kiri mengandungi dua tab -
Kandungan dan Indeks. Navigasi pada
Kandungan atau Indeks untuk memilih
topik. Petunjuk yang digunakan untuk
memaparkan Kandungan adalah seperti
berikut:
• : Tekan OK untuk mengembangkan
subtopik.
• : Tekan OK untuk meruntuhkan
subtopik, atau tekan Butang navigasi
(atas/bawah) untuk memilih topik.
• Untuk gerak antara panel kiri dan kanan,
tekan Butang navigasi (kiri/kanan).
• Panel kanan mengandungi kandungan bagi
topik yang dipilih. Untuk bantuan tambahan
mengenai kandungan, tatal ke bawah
halaman untuk melihat Topik berkaitan.
Gunakan alat kawalan jauh teater rumah untuk
memilih dan menavigasi bantuan atas skrin (lihat
'Navigasi pada bantuan atas skrin' di halaman 2).
Navigasi pada bantuan atas
skrin
Tekan butang pada alat kawalan jauh anda untuk
menggunakan bantuan atas skrin.
ButangTindakan
HELP Akses atau keluar daripada
bantuan atas skrin.
OKPaparkan halaman yang dipilih,
atau kembangkan subtopik
dalam Kandungan.
Butang
navigasi
BACK Bergerak ke atas dalam
(Sebelumnya)
(Seterusnya)
Atas: Tatal ke atas atau pergi ke
halaman sebelumnya.
Bawah: Tatal ke bawah atau
pergi ke halaman seterusnya.
Kanan: Navigasi ke panel kanan
atau entri indeks seterusnya.
Kiri: Navigasi ke panel kiri atau
entri indeks sebelumnya.
Kandungan atau Indeks.
Daripada panel kanan, bergerak
ke Kandungan pada panel kiri.
Paparkan halaman yang terakhir
dilihat dalam sejarah.
Paparkan halaman yang
seterusnya daripada sejarah.
2MS-MY
2 Penting
Baca dan faham semua arahan sebelum anda
gunakan produk anda. Jika kerosakan terjadi
disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan,
jaminan tidak dikenakan.
Keselamatan
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
• Jangan sekali-kali dedahkan produk dan
aksesori kepada hujan atau air. Jangan
sekali-kali letakkan bekas cecair, seperti
pasu, hampir dengan produk. Jika cecair
tertumpah pada atau ke dalam produk,
putuskan sambungan dengan alur keluar
kuasa dengan serta merta. Hubungi
Penjagaan Pelanggan Philips agar produk
diperiksa sebelum digunakan.
• Jangan sekali-kali letakkan produk dan
aksesori berhampiran nyalaan terbuka
atau sumber haba lain, termasuk cahaya
matahari langsung.
• Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam
slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada
teater rumah.
• Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding
perkakas digunakan sebagai peranti putus
sambungan, peranti putus sambungan
tersebut akan tetap sedia beroperasi.
• Bateri (pek bateri atau bateri yang
dipasang) tidak boleh didedahkan kepada
haba yang melampau seperti cahaya
matahari, api atau sebagainya.
• Putuskan sambungan produk daripada alur
keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
• Apabila anda memutuskan sambungan
kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan
bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
• Sebelum anda menyambungkan produk
kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa
voltan kuasa sepadan dengan nilai yang
dicetak di belakang atau bahagian bawah
produk tersebut. Jangan sekali-kali
sambungkan produk kepada alur keluar
kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan teater
rumah!
• Bagi produk yang boleh dilekapkan
pada dinding, gunakan hanya pendakap
lekapan dinding yang dibekalkan sahaja.
Kukuhkan lekapan dinding pada dinding
yang boleh menyokong gabungan berat
produk dan lekapan dinding. Koninklijke
Philips Electronics N.V. tidak menanggung
sebarang tanggungjawab terhadap
pemasangan dinding yang tidak wajar,
kecederaan atau kerosakan.
• Bagi pembesar suara dengan dirian,
gunakan hanya dirian yang dibekalkan.
Pasangkan dirian pada pembesar suara
dengan ketat. Letakkan dirian yang
dipasangkan pada permukaan mendatar
dan sama rata yang boleh menyokong
berat gabungan pembesar suara dan dirian.
• Jangan sekali-kali letakkan produk atau
sebarang objek pada kord kuasa atau
kelengkapan elektrik yang lain.
• Jika produk diangkut dalam suhu di bawah
5°C, buka bungkusan produk dan tunggu
sehingga suhunya sepadan dengan suhu
bilik sebelum menyambungkannya dengan
alur keluar kuasa.
• Sinaran laser boleh nampak dan
tak nampak apabila dibuka. Elakkan
pendedahan kepada pancaran.
• Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam
petak cakera.
• Bahagian-bahagian produk ini mungkin
dibuat daripada kaca. Kendalikan dengan
berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan
dan kerosakan.
3MS-MY
Risiko pemanasan melampau!
• Jangan pasang produk dalam ruangan
terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang
sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling
produk untuk pengalihudaraan. Pastikan
langsir atau objek lain tidak menutup slot
pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
• Jangan campurkan bateri (lama dengan
yang baru, atau karbon dengan alkali, dll.).
• Bahaya letupan jika bateri tidak diganti
dengan yang betul. Ganti hanya dengan
jenis yang sama atau setara.
• Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau
jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat
tempoh masa yang lama.
• Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia
hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
• Produk/alat kawalan jauh mungkin
mengandungi bateri jenis syiling/butang,
yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada
jangkauan kanak-kanak pada setiap masa!
Jika tertelan, bateri ini boleh mengakibatkan
kecederaan serius atau kematian. Kelecuran
dalaman yang teruk boleh berlaku dalam
masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
• Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah
tertelan atau termasuk ke dalam manamana bahagian badan, dapatkan rawatan
perubatan dengan segera.
• Apabila anda menukar bateri, pastikan
semua bateri baru dan lama jauh dari
jangkauan kanak-kanak. Pastikan petak
bateri telah ditutup dengan kemas selepas
anda mengganti bateri.
• Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan
kemas, berhenti menggunakan produk ini.
Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan
hubungi pengeluar.
Ini adalah perkakas CLASS II dengan penebatan
berganda, dan tiada perlindungan pembumian
dibekalkan.
Jagaan produk anda
• Jangan letakkan sebarang objek selain
daripada cakera ke dalam petak cakera.
• Jangan masukkan cakera yang meleding
atau merekah ke dalam petak cakera.
• Keluarkan cakera daripada petak cakera
jika anda tidak menggunakan produk untuk
tempoh masa yang lama.
• Hanya gunakan kain mikrogentian untuk
membersihkan produk.
Jagaan alam sekitar
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan
dengan menggunakan bahan dan komponen
yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula
dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah ini
dilekatkan pada sesuatu produk, ia bermakna
produk tersebut diliputi oleh Arahan Eropah
2002/96/EC. Sila pastikan diri anda termaklum
mengenai sistem kutipan berasingan setempat
bagi produk elektrik dan elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat
anda dan jangan buang produk lama anda
dengan sisa rumah anda yang biasa.
Cara membuang produk lama anda yang betul
akan membantu mencegah potensi akibat negatif
terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
4MS-MY
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi
oleh Arahan Eropah 2006/66/EC, yang tidak
boleh dilupuskan bersama sisa rumah yang biasa.
Sila pastikan diri anda termaklum mengenai
peraturan setempat berkenaan kutipan
berasingan bateri kerana pelupusan yang betul
membantu mencegah akibat yang negatif
kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.
Amaran kesihatan bagi 3D
Jika anda atau keluarga anda mempunyai sejarah
mengalami epilepsi atau sawan fotosensitif,
jumpalah doktor sebelum mendedahkan diri
anda kepada sumber cahaya berkelip, jujukan
imej deras atau tontonan 3D.
Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti
pening, sakit kepala atau disorientasi, kami
mengesyorkan agar anda tidak menonton 3D
dalam tempoh masa yang panjang. Jika anda
mengalami sebarang ketidakselesaan, hentikan
menonton 3D dan jangan dengan serta merta
melakukan perkara yang mungkin berbahaya
(seperti memandu kereta) sehingga gejala telah
hilang. Jika gejala berterusan, jangan teruskan
menonton 3D tanpa merujuk kepada doktor
terlebih dahulu.
Ibu bapa hendaklah mengawasi anak mereka
ketika menonton 3D dan memastikan mereka
tidak mengalami ketidakselesaan seperti yang
disebutkan di atas. Tontonan 3D tidak disyorkan
bagi kanak-kanak di bawah umur enam tahun
kerana sistem penglihatan mereka masih belum
lagi berkembang dengan sempurna.
3 Teater rumah
anda
Tahniah atas pembelian anda dan selamat
menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips (cth. pemberitahun naik taraf
perisian produk), daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Kawalan jauh
Bahagian ini mengandungi gambaran
keseluruhan alat kawalan jauh.
a (Bersedia-Hidup)
• Hidupkan teater rumah atau alihkan
kepada siap sedia.
• Apabila EasyLink didayakan, tekan dan
tahan selama sekurang-kurangnya tiga
saat untuk mengalihkan semua peranti
bersambung yang akur HDMI CEC
kepada siap sedia.
b Butang sumber / Butang berwarna
• Butang berwarna: Pilih tugasan atau
pilihan bagi cakera Blu-ray.
• DISC: Beralih ke sumber cakera.
• DOCK for iPod: Beralih kepada dok
Philips bagi iPod atau iPhone.
• HELP: Akses bantuan atas skrin.
• SOURCE: Pilih sumber input audio
atau sumber radio.
5MS-MY
c (Laman utama)
Akses menu utama.
a POP-UP MENU/DISC MENU
Akses atau keluar daripada menu cakera
ketika anda memainkan cakera.
b BACK
• Kembali ke skrin menu sebelumnya.
• Dalam mod radio, tekan dan tahan
untuk memadam stesen radio yang
telah praset.
c SOUND SETTINGS
Akses atau keluar daripada pilihan bunyi.
d OPTIONS
• Akses lebih banyak pilihan mainan
sambil memainkan cakera atau peranti
storan USB.
• Dalam mod radio, tetapkan stesen
radio.
a OK
Sahkan entri atau pemilihan.
b Butang navigasi
• Navigasi menu.
• Semasa persediaan rangkaian dan kata
laluan, tekan kiri untuk memadamkan
satu aksara.
• Dalam mod radio, tekan kiri atau kanan
untuk memulakan carian automatik.
• Dalam mod radio, tekan atas atau
bawah untuk menala frekuensi radio.
c (Senyap)
Bisukan atau pulihkan kelantangan.
d +/- (Kelantangan)
Naikkan atau kurangkan kelantangan, atau
pulihkan kelantangan apabila dibisukan.
a (Henti) / (Eject/ Buka/Tutup)
• Hentikan main.
• Tekan dan tahan selama tiga saat untuk
membuka atau menutup petak cakera,
atau mengeluarkan cakera.
b (Main)
Mulakan atau sambung semula main.
c / (Sebelumnya/Seterusnya)
• Langkau ke trek sebelum atau
seterusnya, bab atau fail.
• Dalam mod radio, pilih stesen radio
pratetap.
d (Jeda)
Jedakan main.
e / (Pantas ke Belakang/Pantas ke
Hadapan)
Cari ke belakang atau ke hadapan. Tekan
berulang kali untuk menukar kelajuan
carian.
6MS-MY
a Butang abjad angka
• Masukkan angka atau huruf
(menggunakan entri gaya SMS).
• Dalam mod radio, pilih stesen radio
pratetap.
b MENU UTAMA
Akses menu utama cakera video.
c SARIKATA
Pilih bahasa sari kata bagi video.
Unit utama
Bahagian ini mengandungi gambaran
keseluruhan unit utama.
d SOURCE
Pilih sumber audio atau video untuk teater
rumah ini.
e +/-
Naikkan atau kurangkan kelantangan.
f (Buka/Tutup)
Buka atau tutup petak cakera, atau
keluarkan cakera.
g Panel paparan
h Kompartmen cakera
Penyambung
Bahagian ini mengandungi gambaran
keseluruhan penyambung yang ada dengan
teater rumah anda.
Penyambung hadapan
a (Bersedia-Hidup)
Hidupkan teater rumah atau alihkan
kepada siap sedia.
b (Main/Jeda)
Mula, jeda atau sambung semula main.
c (Henti)
• Hentikan main.
• Dalam mod radio, tekan dan tahan
untuk memadam stesen radio yang
telah praset.
a MUSIC iLINK / MIC (MIC hanya tersedia
pada model terpilih)
Input audio daripada pemain MP3 atau
mikrofon.
Input audio daripada mikrofon. (Hanya
tersedia pada model terpilih)
b (USB)
Input audio, video atau gambar daripada
peranti storan USB.
7MS-MY
Belakang kiri
a AC MAINS~
Sambung ke bekalan kuasa.
b SPEAKERS
Sambung kepada pembesar suara dan
subwufer yang dibekalkan.
Belakang tengah
a Wireless Rear Audio
Sambung kepada modul wayarles
Philips.(Model: Philips RWSS5512, dijual
berasingan)
b DIGITAL IN-COAXIAL
Sambung kepada output audio sepaksi
pada TV atau peranti digital.
c DIGITAL IN-OPTICAL
Sambung kepada output audio optik pada
TV atau peranti digital.
d DOCK for iPod
Sambung kepada dok Philips bagi iPod atau
iPhone.(Model: Philips DCK306x)
e AUDIO IN-AUX
Sambung kepada output audio analog pada
TV atau peranti analog.
f ANTENNA FM 75
Input isyarat daripada antena, kabel atau
satelit.
Belakang kanan
a LAN
Sambung kepada input LAN pada modem
atau penghala jalur lebar.
b SD CARD FOR VOD/BD-LIVE ONLY
(Tidak tersedia di China)
Lubang alur untuk kad SD. Kad SD
digunakan untuk menyewa video dalam
talian dan mengakses BD-Live.
c VIDEO-VIDEO OUT
Sambung kepada input video komposit
pada TV.
d HDMI IN1 / HDMI IN2
Sambung kepada output HDMI pada
peranti digital.
e HDMI OUT (ARC)TO TV
Sambung kepada input HDMI pada TV.
8MS-MY
4 Sambung dan
sediakan
Bahagian ini membantu anda menghubungkan
teater rumah anda kepada TV dan peranti yang
lain, kemudian buat persediaannya.
Untuk maklumat tentang sambungan asas teater
rumah anda dan aksesorinya, rujuk panduan
permulaan ringkas.
Catatan
• Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan, lihat plat
jenis di bahagian belakang atau bawah produk.
• Sebelum anda membuat atau menukar sebarang
sambungan, pastikan semua peranti telah ditanggalkan
daripada alur keluar kuasa.
Sambung pembesar suara
Kabel pembesar suara adalah berkod warna
agar mudah disambung. Untuk menyambungkan
pembesar suara dengan teater rumah anda,
padankan warna kabel pembesar suara dengan
yang pada penghubung.
Kedudukan pembesar suara memainkan
peranan penting dalam menyediakan kesan
bunyi keliling. Untuk kesan terbaik, tempatkan
semua pembesar suara ke arah kedudukan
tempat duduk dan letakkannya pada paras
telinga anda (semasa duduk).
Catatan
• Bunyi keliling bergantung kepada faktor seperti bentuk
dan saiz bilik, jenis dinding dan siling, tingkap dan
permukaan pemantul, dan akustik pembesar suara.
Buat ujian dengan kedudukan pembesar suara untuk
mendapatkan tetapan optimum untuk anda.
Ikuti garis panduan umum ini untuk penempatan
pembesar suara.
1 Kedudukan tempat duduk:
Ini adalah pusat kawasan anda mendengar.
2 FRONT CENTER pembesar suara
(hadapan tengah):
Tempatkan pembesar suara tengah betulbetul di hadapan kedudukan tempat duduk,
sama ada di atas atau di bawah TV anda.
3 FRONT LEFT pembesar suara (hadapan
kiri) dan FRONT RIGHT (hadapan kanan):
Tempatkan pembesar suara di kiri dan
kanan di bahagian hadapan, dan pada
jarak yang sama daripada pembesar suara
tengah. Pastikan pembesar suara kiri, kanan
dan tengah berada pada jarak yang sama
daripada tempat duduk anda.
4 REAR LEFT pembesar suara (belakang kiri)
dan REAR RIGHT (belakang kanan):
Tempatkan pembesar suara belakang di
sebelah kiri dan kanan kedudukan tempat
duduk anda, sama ada sebaris dengannya
atau agak ke belakang sedikit.
9MS-MY
5 SUBWOOFER (subwufer):
Tempatkan subwufer sekurang-kurangnya
satu meter di sebelah kiri atau kanan
TV. Tinggalkan ruang lebih kurang
10 sentimeter dari dinding.
Jadikan pembesar suara belakang anda
tanpa wayar
Sambungkan pembesar suara belakang ke teater
rumah anda tanpa wayar menggunakan aksesori
modul wayarles. Untuk mendapatkan butiran
lanjut, lihat manual pengguna modul wayarles.
Apa yang anda perlukan
• Modul wayarles Philips. (Model: Philips
RWSS5512, dijual berasingan)
1 Sambungkan pemancar wayarles ke
penyambung Wireless Rear Audio pada
teater rumah anda.
2 Sambung pembesar suara belakang ke
penerima wayarles.
3 Sambungkan penerima wayarles kepada
bekalan kuasa.
Sambung kepada TV
Sambung teater rumah anda kepada TV untuk
menonton video. Anda boleh mendengar audio
TV menerusi pembesar suara teater rumah
anda.
Gunakan sambungan kualiti terbaik yang
tersedia pada teater rumah dan TV anda.
Pilihan 1: Sambung ke TV melalui
HDMI (ARC)
Video dengan kualiti terbaik
Teater rumah anda menyokong versi HDMI
dengan Saluran Kembali Audio (ARC). Jika TV
anda patuh HDMI ARC, anda boleh mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda
menggunakan satu kabel HDMI sahaja.
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambung penyambung HDMI OUT
(ARC) pada teater rumah anda kepada penyambung HDMI ARC pada TV.
• Penyambung HDMI ARC pada TV
mungkin dilabel dengan cara berbeza.
Untuk butiran, lihat manual pengguna
TV.
2 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC. Untuk butiran, lihat manual pengguna
TV.
• Jika anda tidak dapat mendengar audio
TV melalui teater rumah anda, Buat
persediaan audio secara manual (lihat
'Sediakan audio' di halaman 14).
10MS-MY
TV
Pilihan 2: Sambungkan ke TV menerusi
HDMI standard
Video dengan kualiti terbaik
Jika TV anda tidak patuh HDMI ARC,
sambungkan teater rumah anda kepada TV
melalui sambungan HDMI standard.
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambung penyambung HDMI OUT
(ARC) pada teater rumah anda kepada penyambung HDMI pada TV.
2 Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda
(lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan
peranti lain' di halaman 12).
3 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC. Untuk butiran, lihat manual pengguna
TV.
• HDMI-CEC adalah ciri yang
membolehkan peranti yang mematuhi
CEC yang disambung melalui HDMI
untuk dikawal oleh alat kawalan jauh
tunggal, seperti kawalan kelantangan
untuk kedua-dua TV dan teater rumah.
(lihat 'Sediakan EasyLink (kawalan
HDMI-CEC)' di halaman 14)
4 Jika anda tidak dapat mendengar audio TV
melalui teater rumah anda, Buat persediaan
audio secara manual.
Pilihan 3: Menyambung kepada TV
melalui video komposit
Video berkualiti asas
Jika TV anda tidak mempunyai penyambung
HDMI, gunakan sambungan komposit video.
Sambungan komposit tidak menyokong video
denisi tinggi.
1 Menggunakan kabel video komposit,
sambungkan penyambung VIDEO pada
teater rumah anda kepada penyambung
VIDEO IN pada TV.
• Penyambung video komposit mungkin
berlabel AV IN, COMPOSITE, atau
BASEBAND.
2 Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda
(lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan
peranti lain' di halaman 12).
3 Bila anda menonton program TV, tekan
SOURCE pada teater rumah anda berkali-
kali untuk memilih input audio yang betul.
4 Apabila anda menonton video, alihkan TV
anda kepada input video yang betul. Untuk
butiran, lihat manual pengguna TV.
TV
Catatan
• Jika TV anda mempunyai penyambung DVI, anda boleh
menggunakan penyesuai HDMI/DVI untuk menyambung
kepada TV. Bagaimanapun, sesetengah ciri mungkin tidak
tersedia.
TV
Sambungkan peranti digital
melalui HDMI
Sambungkan peranti digital seperti peti atas
set, konsol permainan, atau kamkorder ke
teater rumah anda melalui satu sambungan
HDMI sahaja. Apabila anda menyambungkan
peranti dengan cara ini dan memainkan fail atau
permainan,
11MS-MY
• video akan dipaparkan secara automatik
pada TV anda, dan
• audio dimainkan secara automatik pada
teater rumah anda.
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambung penyambung HDMI OUT
pada peranti digital anda ke penyambung
HDMI IN 1/2 pada teater rumah anda.
2 Sambungkan teater rumah anda ke TV
melalui HDMI OUT (ARC).
• Jika TV tidak patuh HDMI CEC, pilih
input video yang betul pada TV anda.
3 Pada peranti yang bersambung, hidupkan
operasi HDMI-CEC. Untuk mendapatkan
butiran, lihat manual pengguna peranti
tersebut.
• Jika anda tidak dapat mendengar audio
peranti digital menerusi teater rumah
anda, sediakan audio secara manual.
• Anda juga boleh menekan SOURCE
pada teater rumah anda berulang kali
untuk memilih input HDMI yang betul.
Sambungkan audio daripada
TV dan peranti lain
Mainkan audio daripada TV atau peranti lain
melalui pembesar suara teater rumah anda.
Gunakan sambungan kualiti terbaik yang
tersedia pada TV anda, teater rumah, dan
peranti lain.
Pilihan 1: Sambung audio melalui kabel
optik digital
Audio dengan kualiti terbaik
1 Menggunakan kabel optik, sambungkan
penyambung OPTICAL pada teater rumah
anda kepada penyambung OPTICAL OUT
pada TV atau peranti lain.
• Penyambung optik digital mungkin
berlabel SPDIF atau SPDIF OUT.
TV
Pilihan 2: Sambungkan audio melalui
kabel sepaksi digital
Audio berkualiti baik
1 Menggunakan kabel sepaksi, sambungkan
penyambung COAXIAL pada teater
rumah anda kepada penyambung
COAXIAL/DIGITAL OUT pada TV atau
peranti lain.
• Penyambung sepaksi digital mungkin
berlabel DIGITAL AUDIO OUT.
Catatan
• Apabila teater rumah dan TV anda disambungkan
melalui HDMI ARC, sambungan audio tidak diperlukan
(lihat 'Pilihan 1: Sambung ke TV melalui HDMI (ARC)'
di halaman 10).
12MS-MY
Pilihan 3: Sambungkan audio melalui
kabel audio analog
Audio berkualiti asas
1 Menggunakan kabel analog, sambungkan
penyambung AUX pada teater rumah anda
kepada penyambung AUDIO OUT pada
TV atau peranti lain.
VCR
Persediaan manual
Sediakan pembesar suara secara manual untuk
mengalami bunyi keliling tersuai.
Sebelum anda bermula
Buat sambungan yang diperlukan seperti yang
diterangkan dalam panduan permulaan pantas
dan kemudian ubah TV kepada sumber yang
betul dari teater rumah anda.
1 Tekan (Laman utama).
2 Pilih [Persediaan], kemudian tekan OK.
3 Pilih [Audio] > [Sediaan pembesar suara]
4 Masukkan jarak bagi setiap pembesar suara,
dan kemudian dengar nada ujian dan ubah
kelantangan. Uji kedudukan pembesar suara
untuk mendapatkan tetapan terbaik.
Sediakan pembesar suara
Apabila anda menyediakan teater rumah
anda buat pertama kali, menu persediaan
akan menggesa anda untuk menyediakan
pembesar suara anda bagi pengalaman bunyi
keliling. Jika anda mengalihkan pembesar suara,
atau menukar tataletak atau bilik anda, buat
persediaan pembesar suara anda sekali lagi
dalam salah satu cara berikut:
• Persediaan manual: Sediakan pembesar
suara secara manual melalui menu
persediaan teater rumah.
• Persediaan telefon pintar: Gunakan telefon
pintar anda untuk persediaan pembesar
suara anda menggunakan ciri Philips yang
dipanggil SurroundMe.
Sebelum anda bermula
Buat sambungan yang diperlukan seperti yang
diterangkan dalam panduan permulaan pantas
dan kemudian ubah TV kepada sumber yang
betul dari teater rumah anda.
Persediaan Telefon Pintar
(SurroundMe)
Dengan menggunakan menu interaktif
pada telefon pintar anda, SurroundMe
mengoptimumkan bunyi keliling berdasarkan
kedudukan pembesar suara anda dan faktor
akustik lain.
Walaupun anda tidak meletakkan pembesar
suara di tempat yang disyorkan, atau tidak
menggunakan semua pembesar suara,
SurroundMe akan mengoptimumkan
pengalaman bunyi untuk anda.
1 Pada peranti mudah alih anda, sediakan
aplikasi kawalan, MyRemote (MyRemote).
2 AksesMyRemote aplikasi MyRemote.
3 Pilih teater rumah anda daripada skrin
utama (lihat 'Peribadikan nama rangkaian'
di halaman 16).
4 KetikSound tab (Bunyi) di bahagian bawah
skrin, dan kemudian ketik ikon SurroundMe
(SurroundMe).
5 Ikuti arahan atas skrin untuk menyediakan
pengalaman bunyi anda.
13MS-MY
Sediakan EasyLink (kawalan
HDMI-CEC)
Teater rumah ini menyokong Philips EasyLink,
yang menggunakan protokol HDMI-CEC
(Kawalan Elektronik Pengguna). Peranti yang
akur EasyLink yang bersambung melalui HDMI
boleh dikawal dengan alat kawalan jauh yang
sama.
Catatan
• Bergantung pada pengilang, HDMI-CEC dikenali dengan
banyak nama. Untuk mendapat maklumat mengenai
peranti anda, lihat manual pengguna peranti.
• Philips tidak menjamin 100% kesalingfungsian dengan
semua peranti HDMI-CEC.
Sebelum anda bermula
• Sambungkan teater rumah anda ke peranti
yang serasi dengan HDMI-CEC melalui
sambungan HDMI.
• Buat sambungan yang diperlukan
seperti yang diterangkan dalam panduan
permulaan pantas dan kemudian ubah
TV kepada sumber yang betul dari teater
rumah anda.
Kawalan EasyLink
Dengan EasyLink, anda boleh mengawal teater
rumah anda, TV dan peranti serasi HDMI-CEC
bersambung yang lain dengan satu alat kawalan
jauh.
• [Main Satu Sentuhan] (Mainan satu
sentuhan): Apabila cakera video berada di
dalam ruang cakera, tekan (Main) untuk
membangunkan TV daripada siap sedia dan
kemudian mainkan cakera.
• [Siap Sedia Satu Sentuhan] (Siap sedia satu
sentuhan): Jika siap sedia satu sentuhan
didayakan, teater rumah anda boleh beralih
kepada siap sedia dengan alat kawalan jauh
TV atau peranti-peranti HDMI-CEC yang
lain.
• [Kawalan Audio Sistem] (Kawalan audio
sistem):Jika kawalan audio sistem didayakan,
audio daripada peranti bersambung
dikeluarkan melalui pembesar suara teater
rumah anda secara automatik apabila anda
memainkan peranti tersebut.
• [Pemetaan Input Audio] (Pemetaan
input audio):Jika kawalan audio sistem
tidak berfungsi, petakan peranti yang
bersambung ke penyambung input audio
yang betul pada teater rumah anda.
Dayakan EasyLink
1 Tekan (Laman utama).
2 Pilih [Persediaan], kemudian tekan OK.
3 Pilih [EasyLink] > [EasyLink] > [Hidup].
4 Pada TV anda dan peranti lain yang
bersambung, hidupkan kawalan HDMICEC. Untuk mendapatkan butiran, lihat
manual pengguna TV atau peranti lain.
• Pada TV anda, tetapkan output audio
kepada 'Amplier' (dan bukannya
pembesar suara TV). Untuk butiran,
lihat manual pengguna TV.
14MS-MY
Catatan
• Untuk menukar tetapan kawalan EasyLink, tekan
(Laman utama), pilih [Persediaan] > [EasyLink].
Sediakan audio
Jika anda tidak boleh mendengar output audio
peranti bersambung menerusi pembesar suara
teater rumah anda, semak sama ada anda telah
mendayakan Easylink pada semua peranti (lihat
'Dayakan EasyLink' di halaman 14). Kemudian,
sediakan kawalan audio EasyLink.
1 Tekan (Laman utama).
2 Pilih [Persediaan], kemudian tekan OK.
Loading...
+ 36 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.